10 - Dewan Bahasa dan Pustaka

18 downloads 46 Views 805KB Size Report
bitan, contoh ayat, dan lain-lain. Sesi dialog tersebut diadakan sempena ... pantun, teromba, mantera, zi- kir, gurindam, seloka dan teka- teki. Manakala, sastera ...

Halaman Sepuluh

BERITA HARIAN Rabu, 19 Mac 2008

BH PILIH L10 19 emel

SASTERA PENGGERAK BAHASA AKTIVITI SASTERA Oleh Abdul Nassir Said

S

esi dialog antara Ahli Jawatankuasa Bahasa Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Profesor Emeritus Datuk Dr. Asmah Haji Omar, Pengarah Jabatan Bahasa DBP, Puan Hajah Noresah Baharom, pegawai-pegawai kanan DBP dengan wakil etnik di Sabah membincangkan bentuk kerjasama antara DBP dengan etnik di Sabah diadakan di Sudut Penulis, DBP Cawangan Sabah, pada bulan Februari yang lalu. Majlis dihadiri oleh 15 orang yang terdiri daripada 10 subetnik di Sabah, iaitu Bajau Sama, Sungai, Bisaya, Iranun, Lundayeh, Brunei, Rungus, Dusun, Kedayan dan Kagayan. Menurut Profesor Emeritus Datuk Dr. Asmah, warisan peribumi di Malaysia termasuk bahasa etnik harus dikekalkan. Pengekalan dan pelestarian bahasa sukuan di Sabah mesti dimasukkan ke dalam kamus dengan disertakan takrif, kata terbitan, contoh ayat, dan lain-lain. Sesi dialog tersebut diadakan sempena kunjungan muhibah Profesor Emeritus Datuk Dr. Asmah Haji Omar bersama-sama Pengarah Jabatan Bahasa DBP, Puan Hajah Noresah Baharom dan para pegawai kanan DBP ke Sabah dan Sarawak pada 26 hingga 29 Februari lalu. Kunjungan ini diadakan bagi merangka pelan induk dan rangka kerja projek Penyusunan Kamus Bahasa Sukuan. Perbendaharaan kata bahasa Melayu diserapkan daripada pelbagai bahasa utama dunia. Lazimnya daripada bahasa Inggeris yang mengalami penyesuaian dari-

Pelestarian Bahasa Sukuan Sabah pada peraturan pembentukan kata bahasa Melayu. Bahasa Sanskrit dan bahasa Arab juga antara bahasa yang banyak diserapkan dalam usaha memperkaya perbendaharaan kata bahasa Melayu. Namun, penyerapan kata daripada bahasa asing menjadi pilihan kedua sekiranya ada perbendaharaan kata bahasa etnik atau suku bangsa di Malaysia yang boleh mewakili makna kata ter­tentu. Sama ada kata atau istilah dalam kalangan bahasa orang asli di Semenanjung atau bahasa etnik di Sabah dan Sarawak, keutamaan haruslah diberikan berbanding bahasa asing dalam proses penye-

P

ihak DBP Wilayah Selatan (DBPWS) bukan sahaja menumpukan bengkel atau

Lasimbang. Hasilnya, satu bentuk kerjasama antara DBP dan KLF direncanakan untuk menyusun Kamus Kadazandusun - Melayu. Rancangan penyusunan kamus tersebut kerana keperluan pembelajaran di sekolah yang mengajarkan bahasa Kadazandusun sejak tahun 2003. Bersesuaian dengan pelaksanaan pengajaran bahasa elektif di sekolah-sekolah kebangsaan dan menengah di Malaysia yang bertujuan mewujudkan integrasi nasional, penghasilan kamus dwibahasa amat perlu sebagai rujukan makna dan penjelasan sesuatu kata atau istilah.

Cerita Kanak-kanak Cerita kanak-kanak ialah cerita yang dihasilkan khusus untuk kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah. Lazimnya tema cerita ini adalah ringan dan mempunyai nilai-nilai murni dan unsur-unsur pengajaran, mempunyai ilustrasi gambar yang menarik dan berwarna-warni, serta saiz tulisan yang besar. Cerita Dongeng Cerita dongeng ialah cerita yang tidak benar, direka untuk memberikan hiburan kepada pembaca. Cerita khayalan yang menampilkan watak yang tidak wujud di dunia nyata, seperti pari-pari, dewadewi, mambang dan sebagainya. Watak-watak dalam cerita ini biasanya mempunyai kekuatan, kebijaksanaan dan kebolehan yang luar biasa dan sering terlibat dalam pengembaraan-pengembaraan yang menakjubkan. Cerita Rakyat Cerita rakyat ialah cerita yang tergolong dalam sastera rakyat berbentuk naratif yang merupakan cerita rekaan yang disampaikan secara lisan daripada satu generasi kepada satu generasi dan tidak diketahui penciptanya. Cerita-cerita rakyat yang tergolong dalam cerita rakyat ini termasuklah cerita penglipur lara, cerita binatang, cerita jenaka dan cerita asal-usul.

BERSEDIA: Peserta yang terdiri daripada pelbagai etnik di Sabah bergambar kenangan bersama ahli panel sesi dialog.

Kursus Asas Penulisan Puisi Guru Pelatih IPTHO Oleh Rusdi Abd. Rahman

rapan ke dalam bahasa Melayu. Maka, wujud istilah “kudapan” yang menggantikan perkataan “minum pagi” dan “minum petang”, dan istilah “merarau” yang menggantikan perkataan “makan tengah hari”. Sesi kunjungan diadakan ke Kadazandusun Language Foundation (KLF) di Penampang, Sabah dan Yayasan Tun Jugah di Sarawak, iaitu badan-badan yang menjalankan penyelidikan bahasa Kadazandusun dan bahasa Iban. Rombongan yang diketuai oleh Datuk Dr. Asmah bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif KLF Encik Majuis dan Puan Rita

MAKLUMAT SASTERA

kursus penulisan karya kreatif kepada golongan pelajar sekolah sahaja, tetapi juga meng­adakan kursus sebegini buat bakal guru yang akan mendidik para pela-

TEKUN: Bakal guru "memerah otak" menyelesaikan tugasan yang diberi.

jar di sekolah. Buat julung kalinya DBPWS bersama Jabatan Pengajian Melayu, Institut Perguruan Tun Hussein Onn (IPTHO), Batu Pahat, Johor dengan kerjasama Persatuan Penulis Johor (PPJ) mengambil inisiatif menganjurkan Kursus Asas Penulisan Puisi Guru Pelatih IPTHO pada 29 Februari 1 Mac 2008 di IPTHO, Batu Pahat, Johor. Seramai 110 peserta yang terdiri daripada bakal guru yang mengambil pengajian Bahasa Melayu, Prasekolah dan Pemulihan, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) menyertai kursus ini. Turut serta dalam kursus ini ialah ketua jabatan dan para pensyarah Jabatan Pengajian Melayu IPTHO. Antara tujuan diadakan kursus asas ini adalah untuk mencungkil bakat guru pelatih dalam penulisan puisi, memupuk semangat cinta kepada karya sastera, menggalakkan bakal guru menghasilkan karya yang bermutu, dan memperluas serta memasyarakatkan karya sastera dalam kalangan pendidik. Selain itu, pihak IPTHO juga ingin menerbitkan sebuah antologi

puisi khas yang dihasilkan oleh bakal pendidik. Sepanjang kursus para peserta telah didedahkan dengan teknik asas penulisan karya puisi selain ceramah dan motivasi tentang kesedaran dan kepentingan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan termasuklah dalam karya kreatif. Penceramah yang diundang khas, Encik Azhar Salleh juga menerapkan kepentingan penguasaan tatabahasa dan kosa kata yang baik bagi menghasilkan sesebuah puisi yang bermutu. Sebelum kursus ini bermula, pihak penganjur mewajibkan para peserta menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah karya puisi untuk dinilai tahap kemampuan peserta. Pada akhir kursus juga para peserta dikehendaki menyiapkan beberapa karya puisi dan penceramah membuat penilaian serta perbandingan dengan karya awal mereka. Para peserta juga harus menghasilkan dua buah puisi bertemakan dunia pendidikan dan IPTHO berhasrat untuk menerbitkannya dalam bentuk antologi.

Cerita Tradisional Cerita tradisional dapat dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu sastera lisan dan sastera tulisan. Dari segi bentuk, dapat dibahagikan kepada dua, iaitu prosa dan puisi. Cerita-cerita lisan terbahagi kepada dua bentuk, iaitu cerita dan bukan cerita. Bentuk cerita termasuk cerita asal-usul, binatang, jenaka, mitos dan legenda dan lipur lara. Bentuk bukan cerita ialah peribahasa, pantun, teromba, mantera, zikir, gurindam, seloka dan tekateki. Manakala, sastera tulisan juga dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu bentuk cerita dan bukan cerita. Bentuk cerita ialah yang mengandungi sastera hikayat, sastera epik, sastera panji, sastera sejarah dan kisah para nabi dan tokohtokoh Islam. Bentuk bukan cerita pula ialah sastera kitab, sastera undang-undang dan kepustakaan ilmu tradisional. Cerpen Cerpen didefinisikan sebagai cerita rekaan pendek, dihasilkan dalam bentuk prosa, dan lazimnya mengandungi 500 hingga 15,000 perkataan. Cerpen mengemukakan cerita dalam latar yang terbatas, jangka masa yang pendek dan pertalian cerita yang tidak kompleks. Penyusun bahan: Roziah Mohd Yunus