3 - Dewan Bahasa dan Pustaka

29 downloads 202 Views 300KB Size Report
misalnya karya agung kesusasteraan, karya seni, karya falsafah ... tif, yakni mengulangi atau menyerap hasil ... rakyat di negara ini mempunyai minat membaca buku yang ... bahan fiksyen kepada bahan yang lebih ilmiah dan bacaan umum ...
BERITA HARIAN Rabu, 24 Januari 2007

Halaman Tiga BH PILIH L3 24 (emel)

Bahasa penjana minda BICARA KARYAWAN

DBP SETENGAH ABAD

TAHUKAH ANDA?

Bersama Datuk Dr. Hassan Ahmad

(Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan/ Mantan Ketua Pengarah DBP Kelima)

Bahasa dan Tamadun Manusia

S

esuatu bangsa biasanya tidak akan menjadi bangsa yang cemerlang sekiranya bangsa itu tidak lagi me­­ mentingkan bahasanya sebagai alat budaya, alat pemikiran, alat ilmu dan alat kemajuan bangsanya. Hakikat ini dapat kita buktikan berdasarkan sejarah tama­ dun manusia dan berdasarkan ilmu lin­ guistik kognitif yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan kreativiti pemikiran manusia yang menggunakan bahasa itu. Dalam sejarah tamadun manusia kita per­ hatikan bahawa hampir semua bangsa yang mempunyai tamadun yang maju dan gemi­ lang ialah bangsa yang mencipta tamadun itu melalui bahasa mereka sendiri, tidak melalui bahasa pinjaman atau bahasa bangsa-bangsa lain. Semua karya agung sesuatu bangsa, misalnya karya agung kesusaste­raan, karya seni, karya falsafah dan ilmu tinggi dalam pelbagai bidang dihasilkan oleh para pemi­ kir, ahli falsafah, ilmuwan, sasterawan dan seniman yang berfikir, mengarang, berkar­ ya, berimaginasi dalam bahasa mereka sendiri. Shakespeare, karyawan Inggeris, misalnya, tidak akan berjaya menghasilkan karya-karya besarnya jikalau beliau berfikir dan menulis dalam bahasa Latin atau bahasa Perancis. Semua pemikir, ahli falsafah dan ahli sains Arab-Islam yang agung dan masy­ hur (Al-Kindi, Al-Farabi, Ibnu Sina, Imam Al-Ghazali, Ibnu Rushd dan berpuluh-puluh yang lain) berfikir dan menghasilkan karyakarya besar dan berpengaruh mereka dalam bahasa Arab, tidak dalam bahasa lain. Di dunia Melayu, semua karya besar, yang agung, baik dalam bidang kesusaster­ aan, mahupun dalam bidang metafizik dan tasawuf dan falsafah, atau pun dalam bidangbidang ilmu Islam, dari abad ke-14 hingga ke perte­ngahan abad ke-19, dikarang oleh sas­ terawan, ilmuwan, dan pemikir yang berfi­ kir dan me­nulis dalam bahasa Melayu, tetapi

tidak dalam bahasa Arab, walaupun mereka me­nguasai bahasa Arab. Banyak pandangan hidup atau falsafah Melayu yang tinggi nilai ilmu dan pe­ngajarannya, yang kekal hingga sekarang, dicetuskan juga dalam bahasa Melayu yang teratur nahunya, indah dan puitis gaya bahasa­nya, tidak dalam ‘bahasa pasaran’, atau bahasa campuran atau dalam dialek daerah. Jikalau bangsa Melayu tidak dijajah oleh bangsa Belanda dan Inggeris (atau pun Portugis di Melaka) kita dapat menduga kemampuan bangsa Melayu untuk seterusnya menghasilkan karya-karya ilmu tinggi dalam bidang se­perti Sains dan Matematik tinggi dalam bahasa Melayu. Kita percaya bahawa jikalau bangsa Melayu tidak disekat oleh penjajah untuk terus menggunakan bahasa mereka sebagai alat kemajuan mereka, dunia berbahasa Melayu yang besar ini – lebih 250 juta manusia menge­tahui bahasa ini di rantau ini pasti – akan menjadi kawasan kecemerlan­ gan ilmu yang dapat menandingi ilmu yang dikembangkan di dunia lain, dunia yang meng­ gunakan bahasa-bahasa lain sebagai alatnya. Kajian ilmu linguistik kognitif atau ilmu psikolingustik menunjukkan bahawa kanakkanak dan seterusnya orang dewasa lebih mudah mengenali dan memahami konsepkonsep ilmu yang asas dan lebih mampu berfikir secara kreatif dalam bahasa mereka sendiri. Jikalau mereka mempelajari konsepkonsep itu yang sudah ada dalam bahasa orang lain, proses mental yang berlaku tidak lagi bersifat kreatif tetapi bersifat reproduk­ tif, yakni mengulangi atau menyerap hasil fikiran atau ilmu orang lain. Walaupun ini tidak salah, tetapi hasilnya ialah, kita tidak melakukan apa-apa pembaharuan atau tambahan kepada ilmu itu. Yang penting ialah, ilmu atau kemajuan atau tamadun kita perlu mempunyai kelebihan atau ‘nilai tambahan’nya yang kira-kira asli sifatnya, dan nilai ini hanya dapat diciptakan dari

pemikiran dan budaya bangsa kita sendiri, dan untuk itu kita memerlukan alat, iaitu bahasa kita sendiri, untuk menjadi bangsa yang kreatif dan tinggi akal budinya. Saya telah beberapa kali terpaksa berkomu­ nikasi dengan pemikir Jepun dan Perancis (yang menguasai bahasa Inggeris) di negara mereka melalui penterjemah. Mereka mem­ beritahu saya ‘Kami dapat berfikir lebih jelas dan tepat dalam bahasa kami sendiri’. Para pemimpin kerajaan mereka tidak pernah memberitahu bangsa mereka bahawa jika mereka hendak menjadi bangsa yang ‘maju’ ‘mereka hendaklah menggunakan bahasa Inggeris.' Tetapi di Malaysia, bangsa Melayu sering diberitahu bahawa jikalau mereka hendak maju di dalam negeri mereka sen­diri, mereka hendaklah menggunakan bahasa Inggeris untuk menuntut ilmu, untuk mema­ jukan keadaan hidup mereka. Akibatya, hari ini bahasa Melayu – bahasa yang telah dimaktubkan dalam Perlembagaan sebagai bahasa kebangsaan Malaysia – makin lama makin merosot taraf dan pengaruhnya dalam hampir semua bidang, baik sebagai bahasa komuni­kasi luas dalam masyarakat, mahupun dalam sektor urusan negara dan dalam sektor pengajian tinggi. Contohnya, kita mencipta lagu dalam bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa Inggeris untuk mem­ promosikan Malaysia sebagai negara “Truly Asian”, tanpa menyedari bahawa tidak semua pelancong yang hendak melawat Malaysia mengetahui bahasa Inggeris. Mereka tentu­ nya datang bukan untuk melihat apa yang sudah ada di negara Asia yang lain tetapi untuk melihat apa yang unik di Malaysia dan tidak ada di negara lain. Agaknya, ke­rana menyangka Malaysia tidak mempunyai apa-apa ‘kelebihan’, maka pihak yang meng­ atur promosi pelancongan ini memberitahu dunia ‘Kami Truly Asian’ dan tidak “Truly Malaysian”.

PEDOMAN PENTERJEMAHAN Bersama Sa'odah Abdullah

S

eperti yang diterangkan dalam siri yang lalu, proses penterjemahan frasa Inggeris ke bahasa Melayu, bukanlah mudah terutama apabila melibatkan perbe­ zaan budaya, struktur bahasa dsb. Bahasa Inggeris call back

Bahasa Melayu a. menelefon balik, menelefon semula

b. memanggil balik seseorang

Frasa yang dipilih kali ini mengandungi kata “call”. Dalam bahasa Inggeris “call” boleh tergolong dalam kelas kata kerja dan kata nama dan membawa maksud yang berbeza-beza apabila terdapat dalam

Contoh Penggunaannya

Bahasa Inggeris

Bahasa Melayu

Contoh Penggunaannya

BI: He promised to call back as soon as he arrived at the office. BM: Dia berjanji akan menelefon balik sebaik sahaja dia tiba di pejabat.

call in at

singgah

BI: Maria called in at a friend’s place on the way home.

BI: We decided to call him back to complete the project. BM: Kami memutuskan untuk memanggilnya balik untuk menyelesaikan projek ini.

call by

singgah

BI: I will call by at the shop on my way home. BM: Saya akan singgah di kedai dalam perjalanan pulang.

call for

a. menuntut

BI: The union calls for a pay rise. BM: Kesatuan sekerja menuntut kenaikan gaji.

b. memerlukan

BI: The situation calls for drastic measures. BM: Keadaan itu memerlukan langkahlangkah yang drastik.

membangkitkan/ menimbulkan

BI: The challenging task called forth their courage and spirit. BM:Tugas yang mencabar itu membangkitkan ketabahan dan semangat mereka.

a. menarik balik

BI: The manufacturer called in the faulty products. BM: Pihak pengilang menarik balik barang keluaran mereka yang rosak.

call forth

call in

b. mendapatkan bantuan

bentuk frasa. Seperti frasa-frasa sebelum ini, frasa berikut juga merupakan ungkap­ an umum yang mempunyai maknanya tersendiri berdasarkan konteks dan tidak boleh diterjemahkan secara harfiah.

BI: We have to call in a specialist for this particular illness. BM: Kita perlu mendapatkan bantuan pakar bagi menangani penyakit ini.

BM: Maria singgah di rumah kawannya sewaktu dalam perjalanan pulang. call of duty

panggilan tugas

BI: I must go now, duty calls! BM: Saya terpaksa beredar sekarang, kerana panggilan tugas!

call of nature

buang air (eufemisme)

BI: The pupils were asked by the teacher to raise their hands for the call of nature. BM: Guru meminta murid-murid mengangkat tangan kalau hendak buang air.

call off

membatalkan/ dibatalkan

BI: The said meeting had to be called off due to lack of quorum. BM: Mesyuarat tersebut terpaksa dibatalkan kerana tidak cukup korum.

call on

mengunjungi, menziarah

BI: We can call on Asmah this weekend to say hello. BM: Kita boleh mengunjungi Asmah pada hujung minggu ini untuk bertanyakan khabar.

call out

menyeru, mengajak

BI: The headmaster called out his students to keep up the good name of their school. BM: Guru Besar menyeru murid-muridnya menjaga nama baik sekolah mereka.

Dasar Buku Negara D

asar Buku Negara merupakan pendekatan bersepadu yang digubal untuk memastikan perkembangan buku serta peningkatan taraf profesionalisme di dalam industri perbukuan negara selain mewujudkan masyarakat yang ber­ budaya membaca dan bermaklumat. Dasar yang diluluskan oleh Kabinet pada tahun 1985 ini menetapkan empat mat­ lamat utama, iaitu memastikan buku dalam bahasa Melayu dapat memainkan peranan yang berkesan sebagai alat pemba­ ngunan fikiran, sosial dan kebudayaan, sesuai dengan keper­ luan dan cita-cita negara; memastikan buku dapat dinikmati oleh semua golongan masyarakat di negara ini; memastikan rakyat di negara ini mempunyai minat membaca buku yang tinggi dan memastikan semua buku yang diterbitkan di nega­ ra ini mencapai mutu yang baik dari segi isi dan juga bentuk fizikalnya. Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) sebagai sebuah badan profesional dan penasihat buku peringkat kebangsaan telah diamanahkan untuk melaksanakan saranan yang terkandung dalam Dasar tersebut. Semasa merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ke-23, Menteri Pelajaran Malaysia, Y.B. Datuk Hishammuddin Tun Hussein, meminta supaya Dasar ini dilihat semula supaya kemajuan buku seimbang dengan kemajuan negara. Ekoran itu, Seminar Penilaian Semula Dasar Buku Negara diadakan pada 3 hingga 4 September 2004 bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Antara saranan yang dikemuka­kan dalam Seminar tersebut ialah pentakrifan semu­ la ‘buku’ supaya me­rangkumi buku konvensional dan digital; pemantapan projek Gerakan Membaca perlu dilaksanakan untuk mengalih minat membaca terutama remaja, daripada bahan fiksyen kepada bahan yang lebih ilmiah dan bacaan umum; peningkatan bahan, topik penulisan dan bilangan penulis berwibawa yang mempunyai mutu penulisan yang berkualiti dan peningkatan kemajuan penerbitan buku di Malaysia diharap dapat meningkatkan purata jumlah pem­ bacaan buku rakyat Malaysia kepada 6 judul buku setahun pada tahun 2007, 10 judul buku setahun pada tahun 2010 dan 24 judul buku setahun pada tahun 2020. Bagi melaksanakan Dasar tersebut, Jawatankuasa Induk Penggerak Dasar Buku Negara ditubuhkan dan dianggotai oleh MBKM, DBP, Institut Terjemahan Negara Malaysia Bhd. (ITNM), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), penulis, pener­ bit, persatuan pengedar dan penggiat industri perbukuan negara. Pelaksanaan Dasar ini juga hendaklah dilaksanakan seiring dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Bahasa Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Komunikasi Negara. Dengan adanya Dasar Buku Negara ini pelbagai masalah berkaitan industri perbukuan, seperti pener­ bitan dan pengedaran buku dapat diatasi secara bersepadu. Oleh Fatimah Zahrin Mohd Taib

PERIBAHASA

Berapa Panjang Lunjur, Begitulah Panjang Selimut

P

eribahasa ini menasihatkan kita supaya membuat se­suatu pekerjaan atau sesuatu tugas itu menurut kesanggupan diri sendiri agar kerja yang dilaksanakan menghasilkan yang terbaik dan tidak membebankan diri sendiri. Maksud yang sama juga terdapat dalam peri­ bahasa “ukur baju di badan sendiri”, yang digambarkan dalam peribahasa Inggeris sebagai Cut your coat according to your cloth. Oleh Raja Masittah Raja Ariffin

KATA DIALEK

Apet

D

alam dialek Perak, apet membawa maksud “penyakit atau masalah tidak boleh membuang air kecil”. Contoh penggunaan: “Jangan kamu makan jeren tu bebanyak sangat, karang kene apet” (jangan kamu makan jering tu banyak-banyak, nanti tidak boleh buang air kecil). Oleh Shariffulizan Malek