ABSTRAK

83 downloads 7426 Views 303KB Size Report
Isu Islam dan perubahan serta perkembangan masyarakat Islam di Malaysia sering mendapat perhatian .... Kajian ini menyimpulkan bahawa data tafsir al- Jalalayn lebih mendominasi ..... mendukung faham ini untuk dikembang di Indonesia.
ABSTRAK KEDUDUKAN SAINS DALAM ILMU WAHYU MohdYusof Hj Othman Sains adalah pengetahuan yang berhubung dengan pemahaman seseorang tentang tabii alam, manakala teknologi adalah pengetahuan yang berhubung dengan bagaimana pengetahuan sains tersebut dimanfaat untuk pembangunan keseluruhannya. Ilmu wahyu adalah ilmu yang diturunkan oleh Allah SWT kepada insan yang terpilih yang bergelar Nabi dan Rasul untuk disampaikan kepada pengikut mereka untuk menjadi panduan dalam membangun diri dan peradaban manusia. Sepanjang sejarah peradaban manusia, pengetahuan sains amat diperlukan untuk membangun sesebuah tamadun. Tiada pembangunan tamadun tanpa sains dan teknologi. Tetapi dalam peradaban yang dibangunkan oleh Barat, ilmu wahyu tidak ada peranannya. Malah kehadiran ilmu wahyu dirasakan akan mengganggu kelancaran pembangunan sains itu sendiri. Dengan demikian, bagi sarjana Barat, ilmu wahyu perlu diabai dan dikesampingkan. Natijahnya pembangunan hari ini menjadi tempang sehingga menyebabkan isu alam sekitar dan pemanasan global yang tiada penyelesaiannya; isu eksploitasi dan manipulasi sumber alam sehingga menjejaskan sistem ekonomi dunia; dan isu sosial yang amat menjelekkan yang melahirkan insan yang tidak tahu menghormati ibu bapanya sendiri. Kertas ini mengutarakan tentang kedudukan sains dalam ilmu wahyu (al-Qur’an). Kita perlu mengutarakan isu ini kerana pembangunan sains tanpa agama adalah buta, sehingga matlamat pembangunan untuk menghasilkan insan yang bahagia dan sejahtera tidak tercapai. Manakala agama tanpa sains adalah tempang, sehingga tuntutan agama tidak dapat dilaksanakan tanpa pembangunan sains dan teknologi yang sewajarnya.

PERANAN ILMU TASAWUF DALAM KEHIDUPAN MATERIALISTIK SEMASA Zakaria Stapa

Kehidupan semasa jelas memperlihatkan bahawa manusia seluruhnya, termasuk umat Islam, sedang berada di bawah penguasaan materialisme atau faham kebendaan. Segenap sektor kehidupan manusia kelihatan ditunjangi oleh unsur-unsur materialisme berkenaan, sehingga aspek kerohanian diri mereka terabai secara yang amat serius. Akibat daripada keadaan itu mereka menjadi jauh dan semakin jauh daripada Tuhan. Hal ini pastinya menghilangkan keseimbangan kehidupan manusia itu sendiri yang secara fitrah nya memerlukan Tuhan serta komposisi diri mereka sendiri yang dicipta terdiri daripada dua komponen: Roh dan benda. Kedua-dua komponen tersebut perlu diberikan hak masing-masing untuk mengekalkan keseimbangan kehidupan makhluk manusia itu sendiri sebagai manusia yang normal. Dan yang paling utama lagi manusia akan hidup terus menerus dalam kerugian, khususnya untuk kehidupan akhirat mereka. Oleh itu, ilmu Tasawuf yang memberikan perhatian kepada aspek kerohanian manusia perlu memainkan peranan untuk mengembalikan keseimbangan hidup manusia dan menyelamatkan mereka daripada petaka besar kemanusiaan yang dibawa oleh landaan faham materialism ini. 1

KEPENTINGAN ISNAD DAHULU DAN MASA KINI Ahamad Asmadi Sakat Sanad adalah sebahagian daripada agama. Tanpanya sesuatu hadis tidak dapat dinilai keabsahan nya. Justeru setelah berlakunya fitnah pembunuhan sayidina Othman r.a, para sahabat dan pendukung sunah bersungguh-sungguh untuk mengenal pasti sesuatu perkhabaran menerusi disiplin sanad. Kertas kerja ini akan memaparkan sejauh mana keperluan isnad hingga ke hari kiamat khususnya zaman IT. Kajian ini fokus kepada kajian perpustakaan dan sedikit lapangan dengan melihat kepada dua pendapat pro dan kontra yang dilihat mempunyai kepentingan atau nilai akademik sesekali dan dalam masa yang sama meninggalkan kesan negatif di antara puak atau masyarakat Islam sehingga mencetuskan permusuhan. Segolongan berpihak kepada nilai ilmu tanpa isnad secara mutlak. Segelintir yang lain pula mengatakan isnad hanyalah sekadar ingin memperoleh berakah. Hasil kajian menemui bahawa setiap penyataan atau pendapat keduadua golongan memiliki maksud tertentu di antara umum dan khusus. Hasil yang terpenting ditemui ialah maksud sebenar penyataan para ulamak berhubung isnad bagi tujuan mengenal pasti kebenaran perkhabaran. Iaitu dari pengarang kitab-kitab hadis hingga Rasulullah SAW. Manakala maksud berakah ialah memahami nilai hadis menurut salafusalih. Justeru kesilapan kedua-dua pihak boleh dimurnikan atau diperbetulkan dan seterusnya bersama-sama meneruskan perjuangan Islam tanpa ada permusuhan dan perpecahan insya-Allah.

PENTERJEMAHAN KARYA HADIS DI NUSANTARA Ahmad Levi Fachrul Avivy & Jawiah Dakir

Kekayaan intelektual bumi Nusantara sudah dirintis semenjak beberapa abad yang lalu. Lahirnya ulama-ulama besar seperti Hamzah al-Fansuri, Nur al-Din al-Raniri, Shams alDin al-Sumatrani, Abd al-Rauf al-Singkili dan ulama besar lain yang hampir sezaman, memulai satu era baru keilmuan Islam dan juga tradisi penulisan di Nusantara. Mereka lebih terkenal dalam bidang tasawuf dan kiqh, tetapi tidak dalam bidang hadith, sedangkan mereka juga menyumbang dalm bidang hadith sekali pun hanya dengan menterjemah kitab hadis dari bahasa Arab ke bahasa Melayu. Karya tulis mereka merupakan khazanah ilmu yang tak ternilai dalamberbagai bidang. Diantara karya-karya tulis mereka banyak yang berupa terjemahan dari kitab berbahasa Arab pelbagai bidang keilmuan Islam, termasuk dalam bidang hadis. Kertas kerja ini akan mendedahkan sumbangan mereka dalam bidang terjemahn kitab hadis daripada bahasa Arab ke Bahasa Melayu. Antara ulama yang menterjemah kitab hadis berbahasa Arab ke bahasa Melayu iaitu Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani dengan karyanya Fawaid al-fikr fi al-Imam al-Mahdi dan Kashf alGhummah, Syeikh ‘Abdullah bin ‘Abdul Mubin al-Fathani dengan karyanya Tanbih alghafilin, Syeikh Ahmad Lingga dengan karyanya Nasihat al-ahl al-wafa’ dan Syeikh Idris al-Marbawi dengan karyanya Bahr al-Madhi dan terjemah Bulugh al-maram min adillat alahkam Karya-karya mereka walaupun berbentuk terjemah merupakan sumbangan besar bagi perkembangan keilmuan di Nusantara. Karya-karya terjemah menjadi batu asas bagi tradisi penulisan karya ilmiah selanjutnya. 2

PENGUASAAN JAWI MEMPERKASA PENGUASAAN AL-QURAN Sabri Mohamad, Mohd Faizulamri Mohd Saad dan Khazri Osman

Kajian ini memfokuskan peranan jawi dalam memperkasa interaksi al-Quran. Sebagai umat Islam, interaksi dengan al-Quran menjadi perkara pokok serta asas dalam pendidikan dan pembentukan syakhsiah terpuji. Kajian-kajian ilmiah tentang penguasaan al-Quran dalam pelbagai aspek interaksi telah banyak dijalankan. Hasilnya menunjukkan masih ramai umat Islam yang tidak menguasai al-Quran, antaranya interaksi awal terhadap al-Quran iaitu membaca, mendengar, menghafaz dan memahami. Kemahiran penggunaan jawi ternyata dapat membantu interaksi al-Quran. Kelaziman sebutan huruf-huruf jawi dan kesamaannya dengan huruf al-Quran menjadikan jawi mempunyai peranan penting dalam interaksi al-Quran.

KESAHIHAN AMALAN BARZANJI : ANTARA TEORI DAN PRAKTIS Siti Rugayah Hj. Tibek, Jawiah Dakir, Wan Kamal Mujani dan Ahmad Mujahid Abdullah

Kedatangan Islam yang di bawa oleh Bangsa Arab ke Asia Tenggara, tidak hanya berbentuk doktrin keagamaan yang praktikal pernah dilaksanakan khususnya dalam masyarakat Melayu, bahkan turut membawa budaya dan kesenian Bangsa Arab sebagai uslub dakwah yang dominan dalam populasi Melayu sehingga ke hari ini. Antara warisan kesenian Arab yang masih menunjangi tradisi masyarakat Melayu sejak sekian lama adalah karya Maulid Barzanji. Maulid Barzanji atau Kitab Barzanji merupakan karya seni naratif yang mengisahkan sirah perjalanan Rasulullah saw. Karya ini boleh dipadankan dengan pelbagai rentak bacaan, sesuai dibaca di majlis dan keraian tertentu. Walau bagaimanapun, muncul keraguan dan kebimbangan dalam masyarakat Melayu mutakhir ini tentang amalan dan kesahihan isi kandungan karya Barzanji. Maka penyelidikan ini secara umumnya dilaksanakan untuk mengabsahkan isi kandungan karya Barzanji dan menjelaskan bentuk pengamalan masyarakat Melayu terhadap karya Barzanji. Untuk dapat, memproses dan menganalisis maklumat, kaedah dan metodologi kajian dipadu secara sistematik selaras dengan objektif kajian. Hasilnya, data dan maklumat yang di peroleh menunjukkan bahawa pengamalan kitab Barzanji dalam masyarakat Melayu secara umumnya tidak tersimpang daripada landasan syara’. Sementara kesahihan isi kandungannya, terdapat hadis yang sahih, hasan dan daif serta terdapat nas-nas yang diambil dengan jalan istifadhoh mengikut metodologi ikhbariyyin.

3

WACANA ISLAM DALAM PENULISAN BUKAN ISLAM DI MALAYSIA Jaffary Awang Isu Islam dan perubahan serta perkembangan masyarakat Islam di Malaysia sering mendapat perhatian dari kalangan penyelidik mahupun pengkaji sosial. Dalam konteks penyelidik dan penulis bukan Islam di Malaysia, kebanyakan tulisan yang dihasilkan boleh dianggap sebagai respon terhadap perkembangan Islam serta pola tindakan masyarakat Islam. Adalah menarik untuk menganalisis tema-tema yang menjadi tumpuan penulis serta pengkaji bukan Islam dan bentuk analisis yang dikemukakan. Untuk itu bagi tujuan kertas kerja ini yang menggunakan pendekatan analisis kandungan meneroka penulisan-penulisan terpilih bagi memperlihatkan gambaran wacana bukan Islam Malaysia berkaitan dengan Islam dan masyarakat Islam. Isu pertama menjurus kepada kebangkitan Islam dan proses Islamisasi yang menjadi pemangkin kepada pencernaan program Islam di Malaysia. Kedua, isu kebebasan beragama yang dalam konteks konversi agama, penerbitan serta penggunaan istilah Islam. Ketiga meneliti bentuk atau gaya persembahan penulisan yang menggambarkan pola pemikiran penulis. Terakhir, kaitan penulisan tersebut dalam konteks hubungan antara masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia. Penulis merumuskan isu Islam dan masyarakat Islam akan terus mendapat perhatian dan tumpuan pengkaji bukan Islam sebagai manifestasi dinamika Islam serta masyarakatnya dalam konteks di Malaysia. PEMIKIRAN POLITIK HASSAN AL-BANNA DALAM PEMBINAAN PERADABAN MESIR MODEN Shamsul Azhar Yahya

Awal abad ke-20 menyaksikan kelahiran beberapa tokoh islah yang cuba untuk membawa perubahan kepada umat Islam. Peranan yang dimainkan oleh Hassan al-Banna dan Ikhwan alMuslimin yang ditubuhkan pada tahun 1928 begitu berpengaruh dan memberi kesan yang besar kepada Mesir, dunia Arab dan negara Islam yang lain. Perkembangan gerakan ini begitu cepat dan ini amat membimbangkan penjajah. Mereka berusaha untuk menghapuskan pengaruh gerakan ini dengan membunuh, menangkap dan mengharamkan kewujudan gerakan ini. Pelbagai pendekatan dilakukan oleh Inggeris untuk menghapuskan gerakan ini dari bumi Mesir namun sebaliknya gerakan ini semakin berkembang dan diterima oleh masyarakat Mesir. Idea pembaharuan yang dikemukakan oleh gerakan ini banyak mempengaruhi suasana politik, ekonomi dan pendidikan di Mesir. Ia turut mendapat reaksi dari pelbagai pihak serta banyak mengorbankan harta dan jiwa ahli-ahlinya. Campur tangan Ikhwan al-Muslimin dalam politik Mesir telah mengubah persepsi masyarakat mengenai budaya politik yang selama ini diamalkan oleh pemerintah. Kesedaran politik semakin dirasai di kalangan masyarakat dan mereka menuntut agar reformasi politik berlaku di Mesir. Dakwah yang lebih terbuka digunakan oleh Ikhwan al-Muslimin untuk menjelaskan tentang perjuangan dan sistem politik yang bersih kepada masyarakat. Pendekatan politik Ikhwan al-Muslimin menampakkan hasil sehingga ia di anggap sebagai satu kelompok yang terpenting dalam politik Mesir pada hari ini.

4

ELEMEN SIHAT TUBUH BADAN DALAM PEMBANGUNAN INSAN: ANALISIS NOVEL “TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK Muhammad Hilmi Jalil Usaha pembangunan insan boleh dilaksanakan dengan berbagai-bagai pendekatan, salah satu pendekatannya melalui penulisan sesebuah karya. Oleh yang demikian objektif penulisan artikel ini adalah untuk mengutarakan contoh usaha pembangunan insan yang dilakukan melalui karya penulisan khususnya novel, artikel ini akan menjelaskan kepentingan elemen sihat tubuh badan sebagai salah satu elemen yang diperlukan dalam usaha pembangunan insan dan artikel ini akan mengenal pasti elemen sihat tubuh badan yang telah diketengahkan dalam novel HAMKA bertajuk Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Novel ini dipilih sebagai bahan yang akan dianalisis dalam artikel ini kerana novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck merupakan sebuah novel yang mendapat sambutan hangat di kalangan pembaca sekitar Nusantara. Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dianalisis berpandukan kepada salah satu domain elemen pembangunan insan iaitu elemen sihat tubuh badan, elemen ini akan dipetik dan dikeluarkan dari jalan cerita novel seterusnya dianalisis mengikut kaca mata pembangunan insan. Artikel ini mendapati elemen sihat tubuh badan telah diketengahkan oleh pengarang novel pada watak utama novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck iaitu watak Zainuddin, elemen ini wujud pada watak Zainuddin melalui perjuangan beliau memiliki elemen tersebut, di mana elemen ini tidak wujud secara tiba-tiba, sebaliknya Zainuddin perlu berusaha dengan bersungguh-sungguh dan berjuang sehingga elemen sihat tubuh badan benar-benar dimilikinya. Artikel ini menyimpulkan bahawa karya penulisan boleh menjadi salah satu saluran untuk melaksana usaha pembangunan insan, manakala elemen sihat tubuh badan pula merupakan salah satu elemen yang semestinya wujud dalam mana-mana usaha pembangunan insan, selain itu Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck merupakan novel yang telah diterapkan dengan salah satu elemen pembangunan insan iaitu elemen sihat tubuh badan, justeru novel ini sesuai dijadikan bahan bacaan ke arah pembangunan insan.

DEMOCRATIC VALUES IN THE ISLAMIC POLITICAL SYSTEM Lukman Thaib Islam today still continues to be at the center stage of the global community. Yet the Muslim world-nearly 1/5 of the world population is caught between the modern as well as the mundane aspirations of life on one hand and a disconnection from the past glories and transcending values-beliefs that these people identify with, on the other. The Muslim world would like to progress past its problems without delinking from Islam. The western countries, currently dominating the world, supposedly prefer that the Muslim world to move forward, too, but also delink itself from Islam except at the personal or spiritual level, and most definitely, not to upset the current global status quo.Western countries are mostly democratic and they claim that they would like to see the spread of democracy around the world. They consider democracy to be an indispensible modern ideal that, they contend, is quite conducive to attaining modern aspirations of life. For that reason democracy is identified as a cornerstone of western civilization and it is even promoted as a panacea. Discourses involving Islam, Muslim world and democracy are proliferating. But what really is the relationship between Islam and democracy? Are they even compatible? 5

PENGARUH KARYA KLASIK FIQH MAZHAB SHAFI'I DALAM AMALAN FATWA ZAKAT DI TERENGGANU, MALAYSIA Wan Zulkifli Wan Hassan Berdasarkan kedudukan dan amalan hukum yang berlaku di negeri-negeri di Malaysia yang lebih memberi keutamaan kepada pandangan mazhab Shafici, maka keadaan yang sama juga turut berlaku di Terengganu. Justeru kertas ini akan mengesani bahan rujukan bersumberkan karya fiqh mazhab Shaf'i'i yang terdapat dalam fatwa mengenai zakat di Terengganu dari tahun 1953 hingga 2005. Kajian mendapati fatwa yang menyebut secara jelas karya dan pandangan fiqh mazhab Shafici hanya 12 fatwa daripada 104 fatwa zakat. Fatwa-fatwa tersebut bersumberkan kitab al-Umm karya Imam al-Shafi'i, al-Majmu', al-Rawdah dan Minhaj al-Talibin wa 'Umdah al-Muftin oleh Imam al-Nawawi, Tuhfah al-Muhtaj oleh Ibn Hajar al-Haytami, Hashiyah alBujayrimi oleh Imam Sulayman b. 'Umar b. Muhammad al-Bujayrimi, I'anah al-Talibin oleh Abu Bakr al-Sayyid Muhammad Shata al-Dimyati, al-Ashbah wa al-Naza'ir oleh al-Suyuti dan lain-lain rujukan dalam karya klasik fiqh mazhab Shafi'i. Kajian juga mendapati, rujukan fatwa tersebut bukan sahaja bersumberkan karya fiqh tetapi karya berbentuk tasawwuf dari ulama mazhab Shafi'i juga diketengahkan dalam fatwa seperti al-Durr al-Manzum Lizawi al-‘Uqul wa al-Fuhum karya al-Habib 'Abd Allah al-Haddad. Hal ini menggambarkan karya-karya fiqh mazhab Shafi'i begitu masyhur dalam kalangan mufti dan Jawatankuasa dalam membuat ukuran terhadap fatwa dan aplikasi hukum.

Pelaksanaan Pemerintahan Islam: Pertembungan Antara Mendahulukan Substance atau Form dan Penyelesaiannya Dalam Konteks Malaysia Kamarudin Salleh Persoalan pemerintahan Islam secara umum dan negara Islam secara khusus sememangnya menimbulkan perdebatan dan kontroversi yang tidak kesudahan di kalangan ulama dan sarjana. Berpunca dari ketiadaan nas dan dalil yang jelas dan muktamad tentang bentuk dan sistem negara tersebut. Di era moden negara-negara umat Islam (negara Islam) bertukar bentuk kepada berbagai-bagai sistem kenegaraan dan pemerintahan seperti republik, republik Islam dan sebagainya. Dalam konteks ini usaha-usaha untuk pengislamisasian telah dilakukan dengan berbagai-bagai program, namun seringkali berlaku pertembungan antara kumpulan yang mahu mendahulukan pelaksanaan form atau substance nya sebagai usaha-usaha pengisian nya. Kertas ini berusaha memaparkan permasalahan yang dihadapi oleh negara-negara Islam yang mahukan melakukan proses penerapan nilai-nilai Islam tersebut dan jalan penyelesaiannya terbaik bagi umat Islam berdasarkan pengalaman di beberapa negara Islam lain dan bagaimana kesesuaiannya dalam konteks Malaysia

6

HUBUNGAN ISLAM- KRISTIAN: ANALISA PERBANDINGAN ANTARA ISMA’IL RAJI FARUQI DAN SEYYED HOSSEIN NASR Muhammad Hasbi Abdul Rahman dan Jaffary Awang Isma'il Raji al-Faruqi (January 1, 1921 – May 27, 1986) dan Seyyed Hossein Nasr (April 7, 1933) merupakan dua orang tokoh cendiakwan Muslim yang memberikan sumbangan besar dalam khazanah keilmuan kepada dunia akademik dan masyarakat. Ketokohan mereka bukan hanya berlegar dalam kerangka dunia Islam dan Arab sahaja malah merentas ke seluruh dunia termasuk Barat. Antara sumbangan dan pencapaian yang membanggakan kedua-dua tokoh ini termasuk isu atau hubungan berkaitan antara agama Islam dan Kristian. Walaupun kedua-dua mereka adalah berketurunan Arab, namun perbezaan dari sudut sejarah hidup, pendidikan, pengalaman dan pendedahan telah membuka beberapa jurang antara mereka dalam menanggapi sesuatu perkara atau isu terutama hubungan Islam-Kristian. Isma'il Raji al-Faruqi melalui satu karyanya Christian Ethics: A Historical and Systematic Analysis of Its Dominant Ideas telah menjadikan beliau salah seorang tokoh sarjana Muslim yang terkenal dalam membincangkan tentang agama Islam dan Kristian. Begitu pula Seyyed Hossein Nasr antara judul karya beliau yang popular iaitu The Heart of Islam: Enduring Values for Humanity turut melonjakkan nama beliau dalam wacana Islam–Kristian. Hossein Nasr yang lebih dikenali sebagai seorang perennial philosopher dan tokoh dalam Sufism dilihat bertentangan dengan Isma’il Faruqi yang lebih tertonjol sebagai sarjana Muslim Fundamental mendorong kepada beberapa perbezaan metodologi yang digunakan oleh kedua-dua mereka. Penglibatan khusus kedua-duanya dalam dunia akademik dan kesarjanaan di Barat terutama di Kanada dan Amerika Syarikat juga mempengaruhi pendekatan mereka terhadap hubungan Islam-Kristian. Kertas kerja ini menyorot serta menganalisis perbandingan pendekatan yang digunakan oleh kedua-dua tokoh ini dalam isu atau hubungan berkaitan antara agama Islam-Kristian seterusnya merumus sumbangan mereka dalam perkembangan ilmu masa kini. TARJUMAN AL-MUSTAFID: PEMURNIAN FAKTA SEJARAH Wan Nasyrudin Wan Abdullah dan Muammar Ghadaffi Hanafiah Kertas kerja ini memurnikan fakta sejarah tentang status Tarjuman al-Mustafid. Sebagai kitab tafsir pertama di alam Melayu, ia menjadi rujukan sejak kurun ke 17 Masehi lagi. Shaykh Abdul Rauf telah merujuk kepada beberapa rujukan teks tafsir seperti al-Jalalayn karya Imam Suyuti, al-Baydawī, al-Khazin, al-Thaclabi, al-Baghaw , al- abari, al-Kalby, Manafic al-Qur’ān, beberapa rujukan teks hadith, seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Musnad Ahmad dan Mustadrak al-Hakim, dan teks fikah seperti al-Nihayah. Selama beberapa kurun, kitab ini dikenali sebagai kitab Tafsir al-Baydawi Melayu kerana kedapatan nama al-Baydawi disebut di awal setiap perbincangan surah. Kekeliruan ini lebih ketara apabila pentashih kitab ini di Maktabah al-Amiriyyah, Mekah menegaskan di akhir naskhah Tarjuman al-Mustafid bahawa ianya adalah terjemahan daripada Tafsir al-Baydawi tanpa sedikit pun tambahan dan

7

pengurangan. Kajian ini menyimpulkan bahawa data tafsir al-Jalalayn lebih mendominasi berbanding tafsir al-Baydawi.

KETOKOHAN SYEIKH MUSTAFA ISMAICIL DAN SUMBANGAN BELIAU DALAM DUNIA TILAWAH AL-QURAN (TARANNUM) Wan Hilmi Wan Abdullah, Ahamad Asmadi Sakat dan Sabri Mohamad Kertas kerja ini menyentuh tentang ketokohan Syeikh Mustafa Ismacil dan sumbangan beliau sepanjang penglibatannya dalam dunia tilawah al-Quran (tarannum) bermula pada tahun 1934 hingga 1978. Setelah Syeikh Mustafa Ismaicil meninggal dunia pada tahun 1978, didapati terdapat banyak rakaman-rakaman bacaan al-Quran dalam bentuk berlagu yang sempat direkodkan sama ada oleh individu-individu tertentu, syarikat-syarikat rakaman terkenal seperti Sout al-Qahirah dan juga siaran radio Izacat al-Quran, Mesir. Himpunan khazanah yang ditinggalkan ini, telah mencetuskan satu fenomena yang sangat hebat dalam kalangan pencintapencinta ilmu Tarannum dengan menjadikan rakaman-rakaman ini sebagai salah satu daripada panduan dan rujukan utama dalam bidang tarannum terutamanya dalam aspek lagu dan teknik suara itu sendiri. Dalam satu tinjauan yang telah dilakukan oleh penulis dalam sebuah blog (www.pcbukm.blogspot.com) tentang pertanyaan siapakah qari yang menjadi pilihan anda? Daripada 58 responden yang menyertai tinjauan itu, sebanyak 75% telah memilih Syeikh Mustafa Ismacil iaitu mewakili 44 orang responden, manakala selebihnya 35% yang mewakili 14 responden telah memilih qari-qari yang selainnya. Tinjauan ini dapat lagi dikukuhkan dengan penulisan-penulisan kitab yang membincangkan tentang dunia tilawah al-Quran di Mesir khususnya ketokohan Syeikh Mustafa Ismacil seperti kitab Alhan al-Sama’ karangan Mahmud al-Sacdani (1996), kitab cAbaqirah al-Tilawah fi Qarn al-cIshrin karangan Shukri al-Qadhi (t.t), kitab Sufara’ al-Quran karangan Faruq Fahmi (1994), kitab Mustafa Ismacil Hayatuhu fi Zillil al-Quran karangan Kamal Najmi (1992) dan lain-lain. Ketokohan Syeikh Mustafa Ismacil lebih terserlah dengan rakaman bacaan al-Quran secara berlagu di sepanjang penglibatan beliau dalam tilawah al-Quran bermula pada tahun 1934-1978. Menurut Kamal Najmi (1992), keseluruhan rakaman Syeikh Mustafa Ismacil dalam bentuk bacaan mujawwad (tarannum) dan murattal (tartil) adalah sebanyak 52624 jam, namun yang ada pada hari ini hanyalah sebanyak 300 jam sahaja, manakala baki daripada jumlah itu iaitu 52326 didapati ia telah hilang. PENDEKATAN FALSAFAH SAINS AL-QURAN DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KEBANGSAAN Abdul Hafiz Mat Tuah dan Zakaria Stapa Negara yang membangun seperti Malaysia masih dibelenggu dengan fenomena permasalahan pendidikan. Usaha yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam sistem pendidikan telah membawa kepada satu transformasi yang besar dalam kurikulum pendidikan kebangsaan. Beberapa tindakan dan perubahan kepada sistem pendidikan perlu dilakukan bagi merealisasikan hasrat dan matlamat sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Faktor ini berasaskan kepada pembentukan masyarakat masa hadapan akan lahir daripada generasi yang terlatih dengan bentuk pendidikan masa kini. Kurikulum sekolah juga memerlukan kepada pendekatan Sains al-Quran bagi melahirkan para pelajar yang dapat mengimbangi di antara duniawi dan ukhrawi. Terdapat permasalahan pada kurikulum pendidikan serta penglibatan 8

pelajar kurang mengaplikasikan sains al-Quran dalam kehidupan mereka. Ini amat penting kerana di dalam kurikulum pendidikan kebangsaan ada menekankan tentang aspek insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Objektif kajian ini, adalah untuk mengenalpasti sama ada kurikulum pendidikan kebangsaan ada ataupun tidak menerapkan nilai-nilai sains al-Quran dalam pelajaran mereka. selain itu, pengaplikasian sains al-Quran dalam kurikulum. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah kualititatif. Ini menunjukkan sains dan al-Quran tidak boleh dipisahkan. Justeru, fokus kajian ini merujuk kepada falsafah sains al-Quran dalam kurikulum pendidikan kebangsaan. Hasil dapatan ini diharapkan dapat membantu Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menilai semula kurikulum, supaya ilmu sains al-Quran dapat diterapkan dalam kurikulum pendidikan kebangsaan.

KONSEP DAN KAEDAH MENGAWAL EMOSI MARAH: ANALISIS AL-QURAN, PANDANGAN ISLAM DAN BARAT Noor Erma Azila Binti Mohd Pawzi, Fariza Md Sham, Jawiah Dakir, Wan Nasyrudin Wan Abdullah, Khaidzir Ismail, Shamsul Azhar Yahya.

Kajian ini memberi tumpuan kepada emosi anger kerana ianya mempunyai perkaitan yang rapat dengan tingkah laku manusia iaitu agresif. Sehubungan dengan itu, artikel ini akan merungkai isu berkaitan emosi anger, konsep anger, penjelasan Al-Quran berkaitan emosi marah dan rawatan marah menurut Islam. Kajian ini secara tidak langsung akan memberi sumbangan kepada individu serta masyarakat bagi mengatasi tingkah laku agresif seperti pembunuhan, pergaduhan, penceraian, penderaan kanak-kanak dan sebagainya. Artikel konseptual ini telah disediakan berasaskan analisis terhadap nas-nas Al-Quran berkaitan emosi anger sebagai rujukan utama serta mengambil pandangan sarjana psikologi Islam dan Barat. Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati terdapat beberapa nas Al-Quran yang menyebut mengenai emosi anger serta diketengahkan juga kaedah rawatan dalam mengawal emosi anger. Para sarjana Islam dan barat tidak terlepas daripada membincangkan mengenai emosi anger setelah melihat kesan emosi ini terhadap tingkah laku manusia.

TAKHRIJ HADIS-HADIS ISYARAT “WA FI AL-BAB” DALAM ABWAB AL-SOUM (BAB PUASA) Mohammad Fattah Bin Shamsuddin, Latifah Binti Abdul Majid, Ahamad Asmadi Bin Sakat

Ini adalah satu kajian terhadap hadis-hadis yang diisyaratkan oleh Imam al-Tirmidhi “Wa fi alBab” dalam bab Puasa. Kajian ini bertujuan untuk menyingkap kewujudan hadis-hadis tersebut di dalam kitab-kitab hadis yang lain, di samping cuba mengetahui status dan hukumnya. Bagi mencapai tujuan tersebut, pengkaji menjalankan kajian perpustakaan untuk mentakhrij hadishadis berkenaan terutama daripada kutub al-Sittah. Oleh yang demikian, kajian mendapati bahawa dalam perbahasan mengenai bab puasa, terdapat empat puluh enam (46) bab yang mengandungi hadis-hadis isyarat. Di dalamnya terdapat seratus tujuh puluh lapan (178) hadis yang diisyaratkan oleh beliau. Dari empat puluh enam bab itu, terdapat tiga puluh lima bab memiliki hadis-hadis isyarat dengan status Sahih, satu bab dengan status Hasan, dua bab sebagai 9

hadis Hasan Gharib dan lapan bab dengan status Docif. Penulis mencadangkan supaya kajian serupa dengan penggunaan metode yang sama perlu dilakukan bagi menyingkap baki hadis-hadis yang diisyaratkan itu. JATI DIRI KEBANGSAAN DAN MUSLIM DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH AGAMA : SATU KONSEP AWAL

Azizi Umar, Ari Kurniawan Artikel ini akan membincangkan tentang konsep awal mengenai ciri-ciri jati diri kebangsaan dalam acuan dan konteks Malaysia yang seharusnya ada pada pada seseorang pelajar sekolah agama. Kajian awal ini cuba meneroka penggabungan dua ciri jati diri yang mungkin berada dalam keadaan terpisah antara keperluan kebangsaan dan keperluan Islam. Pada masa yang sama, Islam sendiri sebagai satu cara hidup yang sempurna tidak akan memisahkan kehidupan daripada mana-mana sistem samada bersifat kebangsaan atau antarabangsa. Kajian masih di peringkat awal menggunakan sumber perpustkaan sebagai rujukan utama. Penentuan dalam mencari ciri jati diri kebangsaan dalam kalangan pelajar sekolah agama sangat mustahak kerana sebahagian besar pelajar jenis sekolah ini berada di luar daripada sistem pendidikan kebangsaan. Kajian mendapati titik persamaan boleh ditemui apabila terdapat sembilan ciri jati diri kebangsaan bertepatan dengan kehendak Islam. Sembilan ciri tersebut berasaskan tiga perkara utama iaitu sahsiah, pembudayaan dan tanggungjawab sosial.

HAK ANAK DALAM PENJARA DI MALAYSIA: KAJIAN AWAL DI PENJARA WANITA KAJANG, SELANGOR Nor Intan Zanariah Bte Abd Aziz, Noor Aziah Hj.Mohd Awal, Jawiah Dakir Era kemodenan kini menyaksikan jumlah banduan lelaki dan perempuan semakin meningkat di penjara-penjara seluruh Malaysia. Pelbagai jenayah dicatatkan meliputi kes berat mahupun ringan. Populasi penghuni penjara pada tahun 1998 seramai 26,501 meningkat kepada 50,305 pada pertengahan tahun 2007. Daripada jumlah ini 9.8% terdiri daripada banduan wanita (Zuraidah Abu Bakar). Kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati sebanyak 75% banduan wanita berstatus ibu (Katz,1998). Di Malaysia, kerajaan bukan sahaja memperuntukkan perbelanjaan yang tinggi bagi memulih dan menampung kos sara hidup, namun turut menyediakan belanjawan bagi anak-anak banduan wanita yang lahir atau dibawa ke dalam penjara. Melihat kepada skop kehidupan kanak-kanak di dalam penjara, tumbesaran mereka mungkin sama dengan kanak-kanak normal di luar. Namun, tahap pencapaian dan sahsiah diri berbeza kerana mereka tidak dapat menjalani kehidupan bebas seperti kanak-kanak lain. Sebagai kanak-kanak, mereka mempunyai hak untuk dijaga oleh ibu mereka dengan kasih sayang, hak terhadap penyusuan serta hak mendapat pakaian dan keselesaan hidup. Kertas ini adalah berasaskan kajian rintis yang dijalankan terhadap 13 orang responden dari Penjara Kajang, Selangor. Reka bentuk kajian ini adalah kuantitatif dan kualitatif (mix method) dengan menggunakan kaedah tinjauan (survey) sebagai metode utama. Data yang diperolehi telah diproses dan dianalisis menggunakan perisian PASW 18.0 (Predictive Analysis Software 18.0). Hasil kajian mendapati bahawa kanak-kanak mempunyai hak tinggal bersama ibunya walaupun di dalam penjara demi kepentingan dan kebajikan anak itu sendiri. Majoriti responden berpuas 10

hati terhadap kemudahan penjagaan anak-anak yang disediakan dalam penjara merangkumi kemudahan asas seperti lampin pakai buang, susu, ubat-ubatan dan Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA). TASKA ini mengguna pakai modul umum oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

KHIDMAT ULAMA MINANG DALAM BIDANG HADIS Jannatul Anuar dan Gamal Nasir Hj. Zakaria dan Norhazlin Pg Hj Muhammad

Tanah Minang adalah merupakan di antara kawasan di Alam Melayu yang banyak menghasilkan cerdik pandai dalam pelbagai bidang dari zaman-berzaman. Ranah yang berpaksikan falsafah ABS-SBK itu turut melahirkan ahli di bidang akidah-tauhid, fikah-ibadah, tafsir al-Quran, tasawuf-tarekat, falsafah-pemikiran, bahasa-logik, falak-astronomi, dan lain-lain. Kecuali itu, tidak sedikit pula di antara putera-puteri daerah berkenaan yang menguasai bidang hadis Nabi s.a.w. Tersebutlah misalnya figur ulama seperti Syekh Yasin Padang (m. 1990); Buya Mawardi Muhammad (m. 1994); Buya Zainuddin Hamidy (m. 1957); Ustaz Fachruddin HS (l. 1905); Prof. Dr. Mahmud Yunus (m. 1982); dan Ustaz Haji Oemar Bakry (m. 1985). Adapun tujuan kerja ini ditulis iaitu bagi memperkenalkan sepintas lalu riwayat hidup dan sumbangan karya tulis mereka dalam bidang hadis Nabi s.a.w. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ada sesetengah mereka yang telah menulis berbilang kitab hadis, sama ada dalam konteks hadith riwayah dan dirayah, fiqh al-hadith atau ilmu mustalah hadis. Bagaimanapun, karya-karya mereka—sedikit ataupun banyak, nipis mahupun tebal—telah menambahkan khazanah kajian hadis di tanah air dan ianya patut untuk dilestarikan dan dipelajari.

PEMIKIRAN KALAM IMAM AL-SYAFI’I Afrizal M Yang menjadi inti dalam tulisan ini adalah Kalam Imam al-Syafi’i. Tokoh ini sangat anti terhadap kalam karena akibat perbedaan pendapat para mutakallim sangat sengit sampai menimbulkan konflik berkepanjangan dan saling kafir mengafirkan di antara umat Islam sendiri. Faktor yang paling menonjol dalam menimbulkan konflik itu adalah paham al-Quran makhluk dan kemudian ini berkembang kepada persoalan-persoalan lain. Menurut al-Syafi’i kajian kalam menyimpang dari al-Quran dan al-Sunnah. Kalau kalam ini termasuk ilmu yang diakui kenapa para sahabat tidak tidak membicarakannya, demikian juga tabi’in tidak menyinggung persoalan kalam sebagai ilmu yang disenangi. Atas dasar itu pemahaman al-Syafi’i mengenai kalam adalah mengikuti metode salaf yang telah dijalani para sahabat, menghindar diri dari unsur-unsur filsafat dan perdebatan yang tidak perlu. Al-Syafi’i menjauhi ilmu kalam karena ilmu ini menjauhkan umat dari al-Quran dan Sunnah. 11

INTERAKSI RASIONALITAS TEKNIS DALAM PEMIKIRAN HADIS KONTEMPORER M. Ridwan Hasbi Transmisi periwayatan hadis dari Rasulullah sampai pada tahap kodifikasinya merupakan sebuah realitas yang berkaitan dengan redaksionalisasi wahyu, kewenangan dan validitasnya.Tahap selanjutnya aplikasi hadis dalam ajaran Islam dengan pemahaman yang berputar antara tekstual dan kontekstual yang berformulasi pada penggunaan rasio secara terbatas terikat dengan kaidah-kaidah dan atau liberal.Kontek pemikiran hadis kontemporer menjelaskan perlunya rasio dalam pemahaman hadis yang disebabkan perubahan kondisi sosio-historis, mobilitas sosial, dan kemajuan zaman. Dinamika pemikiran ini dipola pada rasionalitas teknis, yakni penggunaan akal terhadap hadis dalam merealisasikan ajaran Islam yang “sholeh likulli zamanin wa makanin” dengan memilih sarana yang terbaik dalam menggapai tujuan tersebut tapi tidak keluar dari kaidah yang mu`tabarah.Konstruksi interaksi pemikiran ini dihadapkan pada maqashid dan maslahah, juga `umum al-lafzi dan khusus al-Sabab, kedua masalah ini dipolarisasi pada dinamika bahwa penjabaran dan pemahaman rasionalitas teks bersifat teknis dengan sarana dua sayap akal dan teks yang tidak beroposisi untuk sampai pada pemikiran yang flekisibel, variasi dan tidak statis. PEMBERANTASAN TERORISME DALAM TURĀTS ISLAM Fikri Mahmud

Terorisme merupakan persoalan global yang menjadi musuh seluruh bangsa. Pemberantasan terosisme yang dilakukan berbagai negara di dunia lebih bersifat militeristik,“kekerasan dibalas dengan kekerasan”; Akibatnya gerakan terorisme malah cenderung semakin berkembang. Diperlukan cara yang lebih bijak dan adil dalam menangani gerakan tersebut agar gerakan terorisme dapat ditekan sedemikian rupa. Makalah ini membahas cara memberantas gerakan terorisme dalam perspektif turāts Islam. Sungguhpun gerakan terorisme tidak dapat dihapuskan secara keseluruhan, namun terbukti dalam sejarah bahwa cara-cara yang ditawarkan oleh Islam sangat efektif dalam menangani berbagai gerakan, baik pemberontakan maupun terorisme.

12

AYAT-AYAT PLURALISME AGAMA DALAM PANDANGAN HARUN NASUTION Khairunnas Jamal

Pluralisme agama di dunia Islam baru dikenal secara luas dalam dua atau tiga dekade terakhir. Hal ini menunjukkan bahwa sejatinya faham ini bukanlah berasal dari ajaran Islam. Faham ini berasal dari pemikiran Barat. Kehadirannya di Indonesia menimbulkan polemik antara yang menolak dan mendukung. Harun Nasution adalah salah satu pendukung faham ini. Bagi Harun, Islam melalui ajaran al Qur’an sangat mendukung faham ini untuk dikembang di Indonesia. Oleh sebab itu dalam tulisan dan kuliah yang disampaikannya ide pluralisme ini selalu menjadi tema sentral. Dukungan al Qur’an tersebut menurut Harun tampak dari banyaknya ayat al Qur’an yang menyinggung hal ini baik langsung maupun tak langsung. Dalam pandangan Harun, ada kebenaran lain di luar Islam, dan ada hak penganut agama lain selain Islam untuk masuk sorga. METODE PEMAHAMAN AYAT-AYAT AL-QUR’AN YANG MENGANDUNG BALAGHAH Masyhuri Putra

Ilmu Balaghah merupakan di antara perangkat media yang dapat mengungkap rahasia kemukjizatan al-Qur’an. Ilmu ini menjadi salah satu instrument yang dapat membantu seseorang dalam berinteraksi dengan al-Qur’an. Seorang mufassir tidak bisa terelakkan dari ilmu ini dalam metode pemahaman kandungan isi al-Qur’an dan pesan-pesan yang tertuang di dalamnya. Seorang mufassir harus mampu mengklasifikasi ayat-ayat al-Qur’ān yang mengandung Balāghah. Dengan demikian, ia akan dapat mengungkap dan menyingkap rahasia yang ada disebalik kata, kalimat ataupun ungkapan bahasa al-Qur’ān. Ilmu Balāghah adalah di antara ilmu yang bisa menjelaskan makna sebenar dan tersirat yang terkandung di sebalik ayat tersebut. Sehingga ia dapat mengungkap makna yang mulia dari setiap ayat al-Qur’ān. Kekeliruan dan kesalahan akan terjadi ketika seorang mufassir tidak menjelaskan ayat-ayat yang mengandungi Balāghah’. Artinya, ayat-ayat ini perlu kepada penjelasan yang lebih rinci dan mendalam. Iaitu, dengan merujuk kepada asal perkataan masing-masing setiap kata dan penggunaannya dalam bahasa Arab. Memahami seluk-beluk bahasa Arab, sehingga tidak menimbulkan kekeliruan, kesalahfahaman bahkan penyimpangan di dalam pemahaman terhadap kata dan ayat-ayat suci alQur’ān tersebut.

13

PROSPEK DAN TANTANGAN KAJIAN HADITS DAN ILMU HADITS DI ERA GLOBAL Ilyas Husti

Satu peristiwa yang mengguncang sendi-sendi kehidupan masyarakat di awal Abad ke 21 adalah globalisasi. Ia berlindung melalui dua dimensi yaitu dimensi ruang dan dimensi waktu. Ruang semakin terasa sempit dan waktu semakin terasa signature dalam interaksi Dan komunikasi pada skala dunia. Globalisasi juga terjadi secara cepat Serta tidak dapat terbendung lagi. Kejadian ini ditandai dengan keberadaan pasar bebas bagi negara-negara di dunia Serta di dukung oleh perkembangan teknologi komunikasi, transportasi, Serta sarana Dan prasarana modern lainnya. Kehadiran globalisasi membaca pengaruh BAGI kehidupan manusia di seluruh belajar belahan dunia baik positif maupun negatif, Dan merasuk dalam sendi-sendi kehidupan sehari-hari baik politik ,ekonomi, ideologi, sosial budaya, bahkan sampai merusak nilai-nilai ajaran dasar agama Islam, seperti ; timbulnya paham-paham liberalisme, radikalisme dan lain-lain, bahkan semakin banyak munculnya kelompok-kelompok atau paham-paham yang menentang keabsolutan dasardasar ajaran seperti al-Quran Dan Hadis. Hal ini berdampak juga kepada diskriminasi penerimaan tenaga kerja, menurunya minat terhadap kajian hadis mulai dari tingkat sekolah menengah sampai ke perguruan tinggi. Untuk itulah upaya Dan usaha mengantisipasi pengaruh negatif tersebut, perlu mendapatkan perhatian yang sungguh-sungguh Dari semua pihak, lebihlebih lagi bagi kelompok-kelompok yang telah mengkonsentrasikan diri pada kajian-kajian alQuran Dan Hadis

STUDI KOMPARATIF TERHADAP GAGASANISLAMISASI ILMU PENGETAHUAN ISMAIL RAJI AL-FARUQIDAN HUMANISASI ILMU-ILMU KEISLAMAN HASSAN HANAFI(Upaya untuk Menemukan Epistemologi Pengembangan Ilmu denganParadigma Sintesis-Integratif)*) Sholihan

Islamisasi Ilmu Pengetahuan dan Humanisasi Ilmu-ilmu Keislaman merupakan dua bentuk respon intelektual Muslim terhadap tantangan modernitas yang masih relatif baru dalam wacana pemikiran Islam dan sampai sekarang masih diliputi kontroversi. Dalam perkembangannya, kedua gagasan ini memiliki eksponen pendukung masing-masing, yang antara satu dengan lainnya kurang saling “menyapa”. Tulisan ini mengkaji kedua gagasan tersebut secara komparatif. Hasil kajian menunjukkan, al-Faruqi dan Hanafi sama dalam melihat faktor penyebab keterbelakangan masyarakat Muslim viv a vis Barat modern, yakni faktor yang lebih bersifat epistemologis. Mereka berbeda dalam melihat apa yang menjadi inti persoalan epistemologis yang dihadapi umat Islam. Menurut al-Faruqi yang menjadi inti persoalan adalah terjadinya sekularisasi sistem pendidikan, dengan komponen utamanya ilmu pengetahuan Barat 14

modern, di kalangan masyarakat Muslim. Dengan Islamisasi Ilmu Pengetahuan yang digagasnya, al-Faruqi melakukan teologisasi, normatifisasi, sakralisasi, dan dengan demikian juga berarti absolutisasi terhadap ilmu pengetahuan Barat modern berdasarkan visi Islam. Sedangkan menurut Hanafi, inti persoalannya adalah sakralisasi ilmu-ilmu keislaman. Dengan Humanisasi Ilmu-ilmu Keislaman yang digagasnya, Hanafi melakukan desakralisasi dan deabsolutisasi terhadap ilmu-ilmu keislaman agar lebih bersifat antroposentris dan historis, dan dengan demikian terbuka. Dengan demikian, gagasan Islamisasi Ilmu Pengetahuan al-Faruqi dan Humanisasi Ilmu-ilmu Keislaman Hanafi dapat dikatakan merupakan respon terhadap tantangan modernitas yang bersifat epistemologis. Hanya saja kedua gagasan epistemologi pengembangan ilmu tersebut bersifat parsial. Disinilah dirasakan perlunya paradigma baru epistemologi pengembangan ilmu yang bersifat integratif. Paradigma baru itu dapat dibentuk dari sintesis dua paradigma pengembangan ilmu keduanya yang berbeda, yakni al-Faruqi yang teosentris dan Hanafi yang antroposentris, sehingga menjadi teo-antroposentris.

DIALEKTIKA AL-QUR’AN DAN REFORMASI SOSIAL-BUDAYA MASYARAKAT FASE MAKKAH DAN MADINAH Kaizal Bay Al-Qur’an yang diwahyukan kepada Muhammad SAW, telah berhasil mereformasi sistem sosial pada masyarakat Arab. Reformasi tersebut bukan hanya mengenai bagian luar dari budaya masyarakat, tapi menyentuh pula bagian pokok kebudayaan mereka yang telah mapan pada waktu itu. Nilai dan norma, lembaga sosial serta keyakinan masyarakat ikut mengalami perubahan yang siqnifikan. Reformasi masyarakat Arab selama pewahyuan al-Qur’an, dibagi kepada dua fase : Pertama, reformasi fase Makkah, al-Qur’an mengubah kultur masyarakat Makkah berdasarkan prinsip tauhid. Karena ketauhidan menjadi fondasi dalam membangun peradaban umat Islam ke depan. Kedua, reformasi fase Madinah, meruapakan kelanjutan dari reformasi Makkah, yaitu membangun struktur masyarakat yang kokoh. Landasannya ketauhidan yang menekankan prinsip egalitarian atau ummah dan moralitas sosial. Struktur yang dibangun meliputi struktur politik, ekonomi, dan sosial budaya.Masyarakat Madinah merupakan contoh dari masyarakat Islam yang orisinil, sehingga bagaimana penataan dan pranata kehidupan yang terjadi pada masa itu, adalah menjadi tolak ukur dan contoh bagi pembangunan masyarakat Islam pada masa sekarang.

BUILDING THE FUTURE ON THE BASES OF TURĀŚ Munzir Hitami This article attempts to sketch some of Muslim intellectuals in viewing al-Turāś and its role pertaining withbuilding the Muslims future including their approaches into consideration.The future is an aspiration and a goal, but it is also an ideology. So, there are several trends in the Muslim world in depicting and struggling for the future. From the point of view of the Puritanism, to return to the Qur’an and the Sunna and following their piety predecessors (al-salaf al-şāleḫ) is compulsory. But part of them defends the shari’a as absolute principal of political, governmental, and state system which often leads its defenders to radicalism and militant. There 15

were al-Qa’ida, Taliban, Hizbullah, Jama’a Islamiya (JI), and Jama’a Ansar al-Tawhid (JAT), for instance, chose radical struggle even by weapon and terror for their ideology. They defend for the totally Shari’a as way of life and ideology that regulates and systemizes entire life of the Muslims from individual day to day life to the system of state and government.Hizb ut Tahrir a fundamental organization moves in the political field and uses the way of al-da’wa as their method in spreading and socializing their movement and ideology, besides some that take secularism as an alternative of the Muslim lives. There will be a competition for the future, but a wrestle. The question is “who will be the winner”?

BEBERAPA AJARAN SOSIAL SURAT AL-MÂ`ÛN:KAJIAN TEMATIK Abad Badruzaman Surat al-Mâ’ûn, dengan ringkas, menolak ibadah formalistik (‘ibâdah shûriyah). Ia memandang bahwa menolong orang susah merupakan syarat iman, seperti khusyuk yang merupakan syarat bagi mendirikanshalat. Ia juga mengancam orang yang enggan menolong orang yang membutuhkan dengan neraka.Tulisan inipertama, memberikan wawasan umum tentang surat al-Mâ’ûn, dan kedua, menggali pesan-pesan sosial yang terkandung dalam surat al-Ma’ûn. Diharapkan tulisan inimenjadi sumbangsihdalam menegaskan kembali bahwa Islam adalah agama yang utuh; tidak condong pada aspek ritual dengan mengorbankan aspek sosial. Islam juga menghendaki para pemeluknya menjadi pribadi-pribadi yangkhusyuk dalam ibadah ritual serta giatmenebarkan kesalehan sosial.

REFLEKSI PLURALISME AGAMA DALAM TAFSIR AL-MISHBAH QURAISH SHIHAB Afrizal Nur

Ketinggian Islam terletak dari dua sumber utama nya iaitu al-Qur’an dan Sunnah. Islam menstimulus umat nya untuk mengelaborasi setiap kandungan ayat-ayat suci al-Qur’an. Tafsir lah yang mengambil perananan dalam memahami dan mengungkap rahasia keagungan khazanah pada setiap ayat-ayat al-Qur’an tersebut. Berlandaskan kepada motivasi tinggi untuk memahami al-Qur’an, di Indonesia telah dimulai aktivitas penafsiranal-Qur’an pada abad ke-17 melalui Syeikh Abdurra’uf al-Singkli dan berlanjut terus sekarang yaitu era M.Quraish Shihab dengan karya besar nya yaitu tafsir Al-Mishbah. Produktifitas beliau menghasilkan karya tidak serta merta menjadikan beliau luput dan bebas dari kritikan, disamping tentunya pujian dan dukungan dari pihak-pihak yang peduli terhadap maju mundurnya dunia penafsiran di Indonesia. Diantara fokus kritikan kepada beliau meliputi pandangan nya yang rasional terhadap beberapa kasus, seperti yang akan diketengahkan dalam tulisan ini yaitu unsur-unsur “pluralisme Agama” dalam tafsir al-Mishbah, antara lain adalah persoalan ahlul Kitab, dan semua Agama menganjurkan kebersihan Batin. Penulis sadari bahwa kita sebagai manusia pastinya tidak akan pernah terhindar dari kesalahan dan kesilapan, sementara disisi lain sudah menjadi kewajiban setiap 16

Muslim pula untuk saling mengingatkan satu sama lain dalam bingkai kebenaran dan kesabaran. Quraish Shihab adalah diantara mufassir, yang juga memiliki kesalahan di dalam beberapa dimensi penafsirannya. Perlu juga penulis tambahkan di sini, walaupun Quraish Shihab melakukan kesalahan di dalam perkara-perkara tersebut, nas’alullaha salamah wa ‘afiyah. Sebab, bukanlah hak saya untuk memvonis nya, karena hal ini adalah hak para ulama dan ahlul ilmi yang mutamakkin (mumpuni). Saya di sini hanya ingin menunjukkan beberapa kesalahan yang beliau lakukan sebagai bentuk amar ma’ruf nahi munkar. Dalam rangka menempatkan tafsir alMishbah kemartabat yang tinggi di tangga samudera karya tafsir ulama tafsir Indonesia

Dakwah bil Hal Sayid Idrus Bin Salim Aldjufrie:Sebuah Bentuk Pola Pemikiran Pendidikan Islam Haliadi Sadi dan Muhammadiyah Yunus

Sayid Idrus bin Salim Aldjufrie (1887-1968) yang dikenal sebagai Guru Tua, adalah sosok pahlawan dakwah dan pendidikan Islam di Indonesia. Pemikirannya dalam menyampaikan misi dakwah memberi inspirasi bagi para da’i dan muballihgh terutama dalam hal pendirian pondok pesantren dan pendidikan Islam. Kajian ini merupakan sebuah kajian historis yang menuliskan deskripsi dakwah bilhal yang telah dilakukan oleh sayid Idrus. Metode kajian berupa kajian pustaka yang didukung dengan wawancara mendalam yang bertujuan untuk mengungkapkan pemikiran dan metode dakwah yang telah dilakukan oleh Guru Tua sayid Idrus al Djufrie.

17