APA ITU PENDIDIKAN KHAS ? CIRI-CIRI MURID BERKEPERLUAN ...

279 downloads 34320 Views 528KB Size Report
Sekolah-sekolah yang mempunyai kelas untuk murid khas yang ditadbir sepenuhnya oleh ... peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian. Sumber .... bermasalah dalam pengiraan ataupun Matematik) ii. Dysgraphia ... banyak soalan kerana berminat untuk mengetahui sesuatu perkara. Kanak-kanak ...
APA ITU PENDIDIKAN KHAS ? Apa itu Program Pendidikan Khas Integrasi ? Sekolah-sekolah yang mempunyai kelas untuk murid khas yang ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri , Kementerian Pelajaran Malaysia Siapa yang boleh mendaftar di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)?   

Murid bermasalah penglihatan Murid bermasalah pendengaran Murid bermasalah pembelajaran

Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu 'kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa' (Chua,1982) Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang Bertanggungjawab mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu kanak-kanak dan belia yang bersifat luar biasa. (Gearhart dan Weishahn,1980)

CIRI-CIRI MURID BERKEPERLUAN KHAS •

Autisme



Epilepsi



Pintar Cerdas dan Berbakat



Lembam



Cerebral Palsy



Acalculia



Discalculia



Disgrafia



Sindrom Down



Disleksia

FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS Pendidikan Khas di Malysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan

yang

berkemahiran,

berhaluan,

berupaya,

beriman,

berdikari,

mampu

merancang dan mengurus kehidupan serta menyedari potensi diri sendirir seabgai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

HURAIAN FALSAFAH PENDIDIKAN KHAS Melaksanakan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Khas Memperseimbangkan peluang-peluang pendidikan dalam aspek peruntukan kewangan, pakar khidmat sokongan khas, peruntukan fizikal, pembangunan dan lain-lain. Menyediakan perkembangan kemahiran intelek dan psikomotor secara menyeluruh dan bersepadu untuk menghasilkan individu yang terpelajar dan seimbang dalam masyarakat. Menekankan Pendidikan Bagi Semua (Education for all). Segala program yang dirancang dan dibentuk hendaklah berlandaskan kebolehan kefungsian, bukan kepada kategori / labelling. Memperkukuhkan keadaaan bahawa kanak-kanak dengan keperluankeperluan khas pada asasnya adalah kanak-kanak dan pergaulan berterusan dengan kanak-kanak biasa adalah berfaedah; kelas khas rancangan percantuman, normalisasi, persekitaran yang tidak terhad,

intergrasi sosial, intergrasi berfungsi, intergrasi setempat dan pengsealiran (mainstreaming). Menghasilkan individu yang mempunyai kesedaran, semangat, kesetiaan, aspirasi dan nilai yang tinggi agar dapat bersatu dan membentuk perpaduan di kalangan masyarakat majmuk. Menghasilkan sumber tenaga manusia untuk pembangunan ekonomi negara. Menyediakan individu yang mempunyai nilai moral yang tinggi, sahsiah yang baik, bertanggungjawab, berdisiplin dan progresif agar dapat memberi sumbangan dalam pembangunan bangsa dan negara. Menyediakan kanak-kanak dengan keperluan-keperluan pendidikan khas dengan program seperti yang diberi kepada kanak-kanak biasa dan belajar bersama-sama mereka. Pendidikan khas adalah sebahagian dari pendidikan biasa dengan pengubahsuaian dimana perlu. Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (IEP). Mewujudkan norma-norma yang berteraskan keperluan-keperluan khas dari aspek tenaga pendidikan khas dan tenaga khidmat sokongan khas seperti jurupulih pertuturan/bahasa, guru khas audiologi/guru khas pakar perunding, guru khas beredar (intinerant teacher) dan lain-lain. Menekankan pendekatan pendidikan dan pemulihan yang terdiri daripada pasukan multi disciplinary. Menekankan pembekalan perkhidmatan-perkhidmatan yang bersifat pencegahan awal daripada yang bersifat pemulihan. Mewujudkan program transisi bagi murid-murid dan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas untuk mendapatkan penyesuaian dalam budaya kerja. Menghasilkan program-program yang berteraskan pra-vokasional dan vokasional supaya murid-murid dan pelajar-pelajar dengan keperluan-

keperluan pendidikan khas mempunyai kemahiran-kemahiran bekerja sendiri. Menghasilkan perkhidmatan-perkhidmatan program yang menekankan kepada pelbagai model perkhidmatan. Menentukan supaya pelajar-pelajar dengan keperlaun-keperluan khas rancangan percantuman sekolah biasa terlibat dalam cadangan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV untuk persediaan peperiksaan SPM. Menentukan perlaksanaan kombinasi mata pelajaran efektif di tingkatan IV di sekolah menengah khas untuk persediaan SPM. Menentukan supaya sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluankeperluan pendidikan khas cacat penglihatan dan rabun dapat mengambil peperiksaan SPM(Vokasional). Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di sekolah menengah pendidikan khas mengambil peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia. Menentukan sebilangan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di SMP Khas Vokasional mengambil peperiksaan SPMV dan MLVK. Menentukan pelajar-pelajar dengan keperluan-keperluan pendidikan khas cacat pendengaran di kelas-kelas khas rancangan percantuman mengambil peperiksaan Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan Kementerian Sumber Manusia di bawah sayap Vokasional.

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU ( RPI)

Dengan RPI, ibu bapa dan guru dapat bekerjasama dalam beberapa aspek seperti menentukan keperluan pembelajaran murid, keperluan bagi mencapai keperluan itu dan hasil pembelajaran yang dijangkakan. RPI disemak dan diteliti apabila berlaku perubahan dalam keperluan pembelajaran murid.

Penulisan RPI adalah komitmen pihak sekolah bagi menyediakan sumbersumber yang diperlukan dan dipersetujui bersama. Dengan adanya RPI, pencapaian murid dapat dilihat dengan jelas dan dapat bertindak sebagai penilaian bagi murid ituu dalam mencapai matlamat objektif. Di samping itu, RPI juga adalah satu titik pertemuan bagi menyelesaikan isu yang mungkin timbul dengan wujudnya kesepakatan antara pelbagai pihak.

CIRI-CIRI RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

Rancangan Pendidikan Individu yang dibentuk perlu mengandungi ciri-ciri berikut : a) Komprehensif RPI merangkumi aspek ketidakupayaan murid, termasuk aspek komunikasi, tingkah laku, sosial, pengurusan diri, akademik, kemahiran motor kasar dan koordinasi motortangan, kemahiran vokasional dan transisi, perkhidmatan yang berkaitan

penempatan yang diperlukan sama ada di program biasa, vokasional ataupun pendidikan khas. b) Spesifik Matlamat dan objektif bagi RPI dinyatakan dalam bentuk tingkah laku yang dapat diperhatikan dan diukur.

c) Mengikut urutan RPI dibentuk berdasarkan urutan perkembangan dan fungsi kemahiran. d) Realistik dan sesuai Matlamat dan objektif yang dinyatakn dalam RPI perlu sesuai dengan tahap fungsi dan kadar perkembagan sedia ada setiap murid. e) Difahami RPI direkodkan dengan menggunakan bahasa yang difahami oleh para profesional dan juga ibubapa dan dapat menjejaskan apa yang perlu diketahui. f) Dipersetujui RPI adalah program yang dipersetuujui ibubapa, guru, murid dan professional lain yang terlibat.

PENGENALAN SINDROM DOWN Sindrom Down disebabkan kelainan pada kromosom. Kromosom adalah merupakan serat-serat khusus yang terdapat didalam setiap sel didalam badan manusia dimana terdapat bahan-bahan genetik yang menentukan sifatsifat seseorang. Bayi normal dilahirkan dengan jumlah 46 kromosom (23 pasang) iaitu hanya sepasang kromosom 21 (2 kromosom 21). Sindrom Down yang kerap terjadi ialah disebabkan oleh kelebihan kromosom 21 dimana 3 kromosom 21 menjadikan jumlah kesemua kromosom ialah 47 kromosom. Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan perempuan).

APAKAH YANG MENYEBABKAN SINDROM DOWN ?

Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down. 95% Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. Keadaan ini disebabkan oleh "non-dysjunction" kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21 dimana semasa proses pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna. Di kalangan 5% lagi kanak-kanak Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "Translocation". Keadaan ini biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah kesemuanya 46 kromosom. Mekanisma ini biasanya berlaku pada ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda. Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "mosaic".

CIRI-CIRI SINDROM DOWN Apakah ciri-ciri Sindrom Down? Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ciri-ciri fizikal yang unik. Sifat pada kepala, muka dan leher Mereka mempunyai iras muka yang hampir sama seperti muka orang Mongol. Pangkal hidungnya kemek. Jarak diantara 2 mata jauh dan berlebihan kulit di sudut dalam. Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang. Lehernya agak pendek. Sifat pada tangan dan lengan Sifat-sifat yang jelas pada tangan adalah mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam. Tapak tangan mereka biasanya hanya terdapat satu garisan urat dinamakan "simian crease". Sifat pada kaki Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki. Sifat pada otot Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar. Masalah-masalah yang berkaitan: Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah kelainan organ-organ dalaman terutama sekali jantung dan usus. Masalah jantung

Masalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang diantara bilik jantung kiri dan kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang diantara atria kiri dan kanan. Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan (Patent Ductus Ateriosis / PDA). Bagi kanak-kanak sindrom down boleh mengalami masalah jantung berlubang jenis kebiruan (cynotic spell) dan susah bernafas. Masalah usus Masalah usus biasanya dikesan semasa awal kelahiran seperti: a. Salur esofagus yang tidak terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama sekali di bahagian tertentu esofagus. Biasnya ia dapat dekesan semasa berumur 1 - 2 hari dimana bayi mengalami masalah menelan air liurnya atau di kesan oleh doktor atau jururawat kerana mereka tidak dapat memasukkan tiub untuk menyedut air perut semasa baru lahir. b. Salur usus kecil duodenum yang tidak terbuka penyempitan yang dinamakan "Hirshprung Disease". Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar. c. Salur usus rectum atau bahagian usus yang paling akhir (dubur) yang tidak terbuka langsung atau penyempitan yang dinamakan "Hirshprung Disease". Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar. Masalah perubatan yang lain Kanak-kanak Sindrom Down mungkin mengalami masalah Hipotiroidism iaitu kurang hormon tairoid. Masalah ini berlaku di kalangan 10% kanak-kanak Sindrom Down. Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai ketidakstabilan di tulang-tulang kecil di bahagian lener bolih menyebabkan berlakunya penyakit lumpuh (atlantoaxial instability) dimana ianya berlaku di kalangan 10% kanakkanak Sindrom Down. Sebahagian kecil mereka mempunyai risiko untuk mengalami kanser sel darah putih iaitu leukimia. Masalah perkembangan pembelajaran Kanak-kanak Sindrom Down secara keseluruhannya mengalami kelewatan perkembangan dan kerencatan akal. Pada peringkat awal pembesaran mereka mengalami masalah lambat dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat

untuk berjalan, perkembangan motor halus dan bercakap. Perkembangan sosial mereka agak menggalakkan menjadikan mereka digemari oleh ahli keluarga. Mereka juga mempunyai sifat periang. Perkembangan motor kasar mereka lambat disebabkan otot-otot yang lembik tetapi mereka akhirnya berjaya melakukan hampir semua pergerakan kasar. Apakah kaitan usia ibu bapa dengan sindrom down? Terdapat satu perkaitan antara usia ibu yang lanjut dengan Sindrom Down :Umur ibu Risiko mendapat anak Sindrom Down 25 1:1500 30 1:1000 35 1:360 40 1:100 45 1:50 Tiada kaitan Sindrom Down dengan usia bapa setakat ini. Apakah punca kematian kanak-kanak sindrom down? Kadar kematian kanak-kanak Sindrom Down adalah paling tinggi pada umur 2 tahun yang pertama. Punca kematian yang paling ketara ialah akibat penyakit jantung kongenital dan sistem pernafasan.Lebih kurang 40-60% kanak-kanak Sindrom Down berpenyakit jantung kongenital dapat hidup hingga umur 10 tahun. Tanpa penyakit kardiak, jangka umur hidup mereka ialah 40 tahun.Lainlain penyakit serius termasuk dislokasi atlantoaksial (tulang belakang di antara rangka kepala dengan leher) khususnya dengan aktiviti sukan yang cergas dan menyebabkan lumpuh akibat saraf tunjang tertekan. Penyakit leukemia juga meragut nyawa sebanyak 5% daripada kanak-kanak Sindrom Down. Bolehkah kanak-kanak sindrom down dapat hidup berdikari? Kebolehan kanak-kanak Sindrom Down amat berbeza, daripada yang cukup serba boleh kepada yang terencat serius. Oleh yang demikian, kebolehan setiap kanak-kanak Sindrom Down harus ditentukan secara kes demi kes. Kebanyakkan kanak-kanak Sindrom Down dapat hidup berdikari, kalau mereka mendapat sokongan dan peluang yang mencukupi. Mereka seperti manusia lain, juga perlu mengatasi masalah kehidupan sehariannya. Mereka juga harus

diberi segala kasih sayang dan kepercayaan yang ibu bapa dan kakitangan perubatan sanggup berikan, untuk membolehkan mereka terus berkembang maju. Suasana membesarkan kanak-kanak SD: -Suasana persekitaran penting, membantu pembesaran kanak-kanak SD. Ketenangan dan kemesraan penjaga dapat merangsang penerimaan pembelajaran lebih cepat. -Alat permainan perlu sesuai teknik pengajaran. Ia perlu ditambah untuk mengelak kebosanan mereka. -Kanak-kanak SD perlu berasa selamat, disayangi dan diterima keluarga serta masyarakat. Ini membantu membentuk imej diri positif dan mendorong mereka belajar. -Disiplin perlu diterap pada usia awal. Nyatakan had tingkah laku yang dibenar dan tidak dibenarkan. -Perlu beri pujian kepada setiap kecermerlangan dicapai. Membantu kanak-kanak SD bertutur Langkah perlu diambil: -Adakan kegiatan atau permainan bahasa yang dapat menarik perhatian mereka. -Cuba dapatkan perhatian sebelum bercakap dengan mereka. -Jangan terlalu banyak bertanya. Tunggu tindak-balas mereka dan beri mereka peluang menjawab. -Guna ayat pendek dan bahasa mudah difahami. -Sambil bertutur, buat aksi atau lakonan. -Latihan berterusan. -Pilih masa sesuai, terutama ketika mereka masih segar dan aktif. -Tumpu kepada satu perkara. Beri masa, peluang dan latihan sebelum beralih kepada latihan baru. -Guna setiap peluang, berinteraksi dengan mereka. -Selalu beri tindak-balas kepada setiap percakapan mereka. Peringatan kepada ibu bapa: -Cara terbaik kanak-kanak SD mempelajari perkara baru, melalui boneka. -Pilih alat permainan sesuai tahap perkembangan kanak-kanak. -Sedia bahan sampingan untuk permainan khayalan.

-Jangan terlalu memaksa mereka melakukan sesuatu. -Boneka pilihan atau kesayangan, dapat dijadikan pendorong. -Apabila kanak-kanak SD boleh bermain dengan alat permainan mudah, mereka boleh dibiarkan bermain sendirian. -Jangan biar kanak-kanak SD bersendirian. Mereka perlu bergaul, memberi dan menerima tindak-balas daripada rakan.

PENGENALAN DISLEKSIA Menurut Hammond dan Hughes (1996), istilah disleksia diperkenalkan oleh seorang Profesor Berlin yang merupakan seorang pakar perubatan dan “ophalomotologist” pada tahun 1887. Berdasarkan World Federation of Neorology (1968) disleksia merupakan satu masalah “Disorder” yang terjadi kepada kanak-kanak yang telah menerima pendidikan biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan, menulis dan ejaan yang setaraf intelek. Selain itu, terdapat juga perkataan lain yang berkaitan dengan disleksia. Antaranya ialah :i. Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu merujuk kepada seseorang disleksis yang bermasalah dalam pengiraan ataupun Matematik) ii. Dysgraphia (Disgrafia) iaitu merujuk kepada seseorang disleksis yang bermasalah dalam bahasa. iii. Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seseorang disleksis yang bermasalah dalam koordinasi motor mata dan tangan.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, kanak-kanak lelaki lebih banyak menghidap disleksia berbading kanak-kanak perempuan. Dalam laporan Kementerian Kesihatan Malaysia 2009, dianggarkan 4-8% pelajar sekolah mengalami masalah pembelajaran disleksia. Kesimpulannya,

disleksia

merupakan

satu

jenis

gangguan

atau

kecelaruan dalam sistem otak yang menyebabkan kanak-kanak sukar untuk mengeja, membaca, mengira dan menulis

CIRI-CIRI DSLEKSIA Kebiasaannya disleksia dapat dikenalpasti pada peringkat awal persekolahan mereka. Ciri-ciri kanak-kanak disleksia dibahagikan kepada dua peringkat iaitu pada peringkat prasekolah dan peringkat sekolah rendah (6-12 tahun)

Pada

peringkat

prasekolah,

kanak-kanak

mempunyai

kemahiran

bertutur yang lambat dan sukar untuk memahami arahan. Mereka sangat suka mengganti perkataan semasa bercakap dan tidak suka duduk diam. Kanakkanak ini juga mempunyai kemahiran motor kasar dan motor halus yang lemah. Mereka tidak boleh mengikat tali kasut dengan betul. Mereka sangat sukar untuk mengimbangkan badan mereka dan kadang-kadang mereka mudah terjatuh semasa menaiki tangga. Kanak-kanak disleksia juga sangat suka mengganti perkataan dengan perkataan lain serta hiperaktif.

Kanak-kanak ini seringkali terlupa kepada nama-nama benda atau matapelajaran yang dipelajari di sekolah. Oleh sebab yang demikian, murid disleksia dianggap “bodoh” oleh sesetengah guru kerana mereka sukar mengingati benda-benda yang diajar oleh guru. Kesukaran mengingat ini terjadi kerana kecelaruan sistem dan fungsi pada otak dan menyebabkan murid disleksia seringkali ketinggalan dalam mata pelajaran. Namun begitu, kanak-kanak disleksia mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi dan berminat terhadap perkara-perkara baru. Mereka sangat suka bertanya banyak soalan kerana berminat untuk mengetahui sesuatu perkara. Kanak-kanak disleksia sekolah rendah pula terbahagi kepada dua peringkat iaitu murid yang berumur 6 hingga 9 tahun dan peringkat kedua ialah berumur 9 tahun hingga 12 tahun.

i) 6 hingga 9 tahun - Kemahiran membaca, menulis dan mengeja yang lemah dan suka menterbalikkan perkataan, huruf dan nombor - Menggunakan jari untuk mengira dan membaca - Keliru dengan kiri dan kanan - Tulisan cermin atau terbalik

ii) 9 hingga 12 tahun - Kesilapan membaca, mengeja dan lemah dalam kefahaman - Mengambil masa yang panjang untuk menyiapkan latihan - Kesukaran menyalin maklumat dipapan putih atau buku teks - Sukar mengikuti arahan lisan yang panjang

- Kelihatan tidak terurus semasa berada dirumah atau sekolah - Kurang keyakinan dan menghadapi masalah tekanan jiwa Sekolah Menengah : - Kesukaran membaca dan terkeliru dengan perkataan dan ejaan yang tidak konsisten - Kesukaran menulis karangan - Keliru dengan nombor-nombor dan arahan oral - Kesukaran mempelajari bahasa lain - Lemah dalam kefahaman dan tidak mempunyai ramai kawan - Jenis orang yang suka senyap - Bercakap dengan nada yang kuat atau menjerit daripada konsisten - Kurang kemahiran bersosial

JENIS-JENIS DISLEKSIA Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :

(i) Disleksia visual (penglihatan) Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik. Sebagai contoh, mereka

keliru dengan huruf b – d, c – e, j – g, p – q, m – w, dan m – n. (ii) Disleksia auditori (pendengaran) Kesukaran

untuk

mengingat

bunyi

abjad,

menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori. Sebagai contoh, mereke keliru dengan bunyi huruf seperti h – s, m – n, f – s, b – d, b – p, j – g dan t – d.

(iii) Disleksia visual-auditori Disleksia jenis ini merupakan disleksia yang paling teruk kerana melibatkan kedua-dua deria iaitu deria penglihatan

dan

pendengaran.

Ia

melibatkan

kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio.

PUNCA-PUNCA DISLEKSIA

Mengikut Mercer (1997), Hammond dan Hughes (1996) dan Spaafford dan Grosser (1996), antara punca-punya terjadinya disleksia ialah melibatkan tiga faktor iaitu keturunan atau genetik, biologi dan kematangan. i) Keturunan atau genetik Kebanyakan

kes,

terdapat

beberapa

ahli

keluarga

yang

mengalami masalah-masalah yang sama. Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang membezakan adalah tahap keterukkannya. Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan disleksia disebabkan oleh kromosom 15,1 dan 16 yang boleh diperturunkan secara turun temurun. ii) Biologi Pada

kebiasaannya,

sejarah kanak-kanak

disleksia semasa

dilahirkan adalah tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau kelahiran yang amat sukar. Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau ketidaksempurnaan kepada perkembangan mereka. Sebahagian daripada kerosakan otak

akan menyebabkan kanak-kanak ini mengalami masalah belajar dan kerosakan ini adalah minimum. iii) Kematangan Terdapat kanak-kanak yang lambat perkembangan pada bahagian tertentu dalam sistem saraf mereka. Pada kebiasaannya kanakkanak lelaki lambat matang berbanding kanak-kanak perempuan. Kelewatan kematangan pada kanak-kanak ini merupakan salah satu kemungkinan punca terjadinya disleksia. Menurut

Rourke

(1991),

kanak-kanak

yang

mengalami

disleksia

mempunyai pelbagai defisit atau kekurangan yang disebabkan oleh kurang fungsian (dysfunction) otak. Bukan bermakna kanak-kanak itu mengalami kecederaan atau kerosakan di bahagian otak tetapi otak kanak-kanak disleksia beroperasi secara berbeza berbanding kanak-kanak normal yang lain. Menurut Galaburda dan Tallal (1991), sistem pemprosesan auditori dan visual pada otak individu yang mengalami disleksia selalunya lebih kecil sebanyak 27 % berbanding dengan individu normal.

PENGENALAN EPILAPSI Epilepsi ialah satu gejala gangguan saraf disebabkan oleh kecacatan atau gangguan pada isyarat elektrik yang mengawal operasi otak. Ia juga dikenali

sebagai gila babi dalam masyarakat Malaysia khususnya kaum

Melayu

(Vikki F. Howard et.al, 2005). Epilepsi atau gila babi

merupakan ketidakaturan otak yang mengganggu fungsi sistem saraf yang normal. Ini menyebabkan penghidapnya mengalami sawan berulang kali atau tidak

sedarkan

diri

secara

(http://www.infosihat.gov.my/Penyakit_epilepsi_p1.html).

tiba-tiba Epilepsi

terjadi

apabila sekumpulan sel-sel saraf otak menyahcas atau mengeluarkan impuls elektrik secara seiringan. Ini akan memberikan kesan sementara terhadap tingkahlaku, pergerakan, deria, persepsi dan perasaan individu tersebut. Disebabkan keadaannya yang tidak dapat diramal ini, individu tersebut mungkin mengalami kecederaan yang serius. Epilepsi biasanya penyakit keluarga dan tidak ada kaitan dengan kecacatan mental.

BAGAIMANA EPILAPSI TERBENTUK

Otak manusia terdiri dari berbilion-bilion neuron (sel saraf). Neuronneuron ini boleh berkomunikasi sesama sendiri melalui aktiviti elektrik.

Aktiviti elektrik yang kecil-kecil inilah yang menjadi penggerak utama bagi kesemua tindakan dan pemikiran. Oleh itu, jika neuron-neuron ini mengalami masalah untuk berhubung antara satu sama

lain, manusia akan mengalami

kesan yang serius. Neuron bertukar ganti maklumat

sesama sendiri

melalui proses elektrokimia. Proses ini boleh dikesan dengan menggunakan elektroensefalograf (EEG). Kadangkala, gangguan keadaan kimia di otak boleh mengganggu proses elektrokimia ini dan mengakibatkan sawan berlaku. Seseorang individu yang menghidap sawan akan menunjukkan corak aktiviti elektrik

otak

yang

tidak

normal

melalui

pemeriksaan

EEG

(http://www.infosihat.gov.my/Penyakit_epilepsi_p1.html).

JENIS-JENIS EPILEPSI

Sawan menyeluruh Sawan menyeluruh disebabkan oleh gangguan sel-sel saraf yang biasanya

melibatkan

keseluruhan

otak.

Sawan

keseluruhan

ini

boleh

dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu tonik-klonik, absens, dan mioklonik. Sawan

tonik-klonik dahulunya dikenali sebagai sawan grand-mal.

Semasa berlakunya sawan Tonik-Klonik, seseorang mungkin tidak sedarkan diri dan jatuh, badan menjadi kaku dan menggeletar atau menyentak (Vikki F. Howard et.al, 2005) . Sawan ini akan berlarutan lebih kurang 3 minit dan akan mengalami konvulsi secara berulang-ulang. Pesakit mungkin terasa letih

selepas mengalami sawan dan memerlukan rehat sebelum melakukan aktiviti seperti biasa. Tanda-tanda Grand mal pengsan, kancing gigi, anggota badan mengalami kekejangan dan meronta-ronta, kencing tidak terkawal dan mulut berbuih. Semasa serangan grand mal seseorang itu perlu lindungi anak daripada kecederaan dengan mengalihkan perabot supaya anggota yang meronta tidak menghantuk objek keras disamping sentiasa berada di sisi anak sehingga serangannya berhenti. Selain itu, perlu longgarkan pakaiannya di leher dan dada. Jangan cuba meregangkan rahang mulut jika berlaku kancing gigi atau cuba memasukkan benda ke dalam mulutnya. Sebarang kecederaan yang berlaku pada lidahnya berlaku di permulaan

serangan. Oleh itu, tidak

ada apa yang boleh dilakukan sehingga serangan ini

berhenti. Sebaik

sahaja serangan berhenti, iringkan badan anak supaya dia tidak pada

lidah

atau

liurnya

dan

perhatikan

apa

yang

tercekik

berlaku

semasa

serangan ini. Pemerhatian ahli keluarga dapat membantu doktor membuat diagnosis (http://www.sabah.org.my/bm/nasihat/artikel_kesihatan/epilepsi.asp) Sawan absens atau sawan ketidakwujudan dahulunya dikenali sebagai sawan petit-mal. Jenis epilepsi petit mal tidak melibatkan konvulsi. Keadaan pengsan hanya berterusan selama beberapa ketika sahaja dan mata anak kelihatan memandang kosong. Anak tidak mendengar atau melihat apa-apa. Bentuk epilepsi jenis ini biasanya tidak dapat dikesan dan tidak dikenalpasti sebagai epilepsi (Vikki F. Howard et.al, 2005). Walaupun epilepsi jenis ini berbeza daripada konvulsi grand mal, serangan petit mal yang kerap boleh mengganggu kehidupan anak, terutamanya dalam persekolahan dan aktiviti

luar seperti menunggang basikal. Tanda bagi epilepsi ketidakwujudan ialah anak seakan-akan termenung buat beberapa ketika dan tidak sedar . Semasa serangan berlaku alihkan anak ke tempat yang selamat jika dia berada di jalan atau di atas tangga dan berada di sisi anak sehingga serangan epilepsi berhenti. Kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak sekolah rendah. Sawan jenis ini biasanya menyerang untuk suatu tempoh yang pendek dan mungkin tidak dapat dikesan oleh orang lain. Mangsa kelihatan seperti berkhayal. Ia akan berhenti daripada aktiviti yang sedang dilakukannya dan merenung kosong selama 5 hingga 30 saat. Matanya mungkin memandang ke atas atau berkedip dan kelihatan seolah-olah seperti sedang berkhayal. Jika dibiarkan tanpa rawatan, sawan ini akan berulang lebih kerap dalam sehari. Kanak-kanak ini mungkin akan menghadapi masalah untuk belajar dan memberi tumpuan

di

dalam

kelas

(http://www.infosihat.gov.my/PDF%20Penyakit/Epilepsi.pdf). Serangan sawan absens biasaannya berlaku pada kanak-kanak pada usia persekolahan dan berlaku sekejap sahaja (dalam beberapa saat). Tandatandanya ialah kelihatan bingung, pergerakan yang tidak ketara seperti mata terkelip-kelip. Mungkin tiada yang perasan ia sedang berlaku, malahan kadang-kala pengidap sendiri pun tidak perasaan ia berlaku. Epilepsi bukan merupakan gangguan yang berbahaya. Setiap kanakkanak biasanya akan mengatasi keadaan petit mal di akhir zaman remaja mereka. Walau bagaimanapun, kanak-kanak yang menghidap epilepsi grand

mal memerlukan pertimbangan yang khusus sepanjang hayat mereka walaupun keadaan ini boleh dikawal oleh penggunaan dadah. Anak yang menghidap

penyakit epilepsi jenis ini memerlukan pengawasan semasa melakukan aktiviti seperti berenang dan menunggang basikal. Sawan Myoklonik menyebabkan berlaku sentakan ringkas pada bahagian tangan, kaki atau bahagian atas badan (Vikki F. Howard et.al, 2005). Ia sama seperti terjahan atau sentakan secara tiba-tiba pada kaki, yang dialami kebanyakan orang ketika hampir terlelap tidur. Sawan separa Sawan separa berlaku apabila gangguan elektrik terjadi di sebahagian otak sahaja. Satu contoh yang biasa ialah sawan separa kompleks. Perlakuan pesakit mungkin menjadi automatik dan selalu disalah anggap sebagai masalah emosi atau mental. Pesakit mungkin akan berlari dalam satu bulatan, terasa pening dan keliru, kelihatan seperti berkhayal atau tidak bertindak balas dengan orang lain. Sesetengahnya berasa sangat pelik/ganjil. Keadaan ini mungkin berlarutan untuk beberapa saat hingga beberapa minit. Bermula di satu bahagian tertentu dalam otak (contohnya di hipokampus), tetapi boleh merebak ke bahagian otak yang lain. Sawan separa ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu separa komplek dan separa ringkas. Pengidap sawan separa ringkas masih sedarkan diri. Gejala dan tanda yang wujud akan menentukan kawasan fokus elektrik contohnya sentakan satu tangan sahaja, terasa sesuatu yang aneh di sebelah kaki dan lain-lain lagi. Pesakit mungkin terasa loya, berpeluh serta terbeliak mata dan keadaan mental dan emosi yang ganjil seperti tindakbalas yang berlebihan terhadap bau dan rasa.

Sawan yang khusus pada kanak-kanak sahaja ialah Sindrom West yang biasanya berlaku pada kanak-kanak yang berumur di antara 4 hingga 8 bulan dan Sindrom Lennox-Gastaut yang melibatkan kanak-kanak yang muda. Ini merupakan epilepsi yang paling buruk berlaku pada kanak-kanak yang muda.

SEBAB DAN FAKTOR EPILEPSI Penyebab gangguan sawan dalam lebih kurang 70 peratus kes Epilepsi adalah tidak diketahui (Epilepsi Idiopatik). Bagi sesetengah pesakit (lebih kurang 30 peratus), kejadian sawan mungkin disebabkan oleh janin mengalami kecedaraan otak semasa dalam kandungan, trauma kelahiran seperti pendarahan dalam otak atau kekurangan bekalan oksigen ke otak, tumor otak dan angin ahmar (strok), kecederaan kepala yang teruk, saluran darah ke otak menjadi sempit, penyakit berjangkit, contohnya Meningitis atau Ensefalitis Bakteria (keradangan otak), sebab-sebab genetik, perubahan paras gula darah, contohnya hipoglisemia dan kerosakan hati atau buah pinggang dan keracunan disebabkan oleh penyalahgunaan bahan seperti dadah atau pencemaran alam sekitar seperti keracunan plumbum. Antara faktor berlakunya epilepsi ialah kekurangan tidur, tekanan, perjalanan dan

haid yang tidak menentu, pengambilan alkohol, jangkitan kuman

pengambilan

ubat-ubatan

tertentu

dengan

tiba-tiba

(http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/282/rawatan-efektifepilepsi)

RAWATAN EPILEPSI

Terdapat beberapa panduan yang perlu diikuti semasa memberi pertolongan cemas untuk sawan yang teruk. Pertamanya, jangan panik dan cuba pegang mangsa semasa dia rebah atau jatuh, kemudian baringkan perlahan-lahan untuk mengelakkan kecederaan pada kepalanya. Ibu bapa atau

orang di sekeliling perlu bersikap tenang kerana mangsa sebenarnya tidak merasa sakit dan tidak akan menggigit atau menelan lidahnya. Seterusnya, alihkan benda-benda yang keras dan tajam yang boleh mencederakannya. Selepas sawan reda, letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan dan longgarkan pakaian yang ketat. Kedudukan ini akan menghalang mangsa daripada tercekik akibat gigi palsu, lidah atau muntahnya sendiri (Vikki F. Howard et.al,2005). Rawatan bagi epilepsi bukan sahaja bagi menyembuhkan semua serangan sawan, tetapi juga untuk menguruskan kehidupan keseluruhan pesakit. Oleh itu, rawatan yang berkesan untuk epilepsi bermula dengan diagnosis yang betul tentang jemis serangan sawan yang dialami pesakit kerana setiap jenis penyakit ini memerlukan rawatan khusus dan berkesan. Perkara pertama yang akan dilakukan oleh doktor ialah menyemak sejarah perubatan pesakit. Ini termasuk soalan mengenai sejarah serangan sawan dalam keluarga pesakit dan butiran lanjut mengenainya. Seorang anggota keluarga atau mereka yang menyaksikan serangan sawan mesti hadir untuk memberi maklumat tambahan, terutama jika pesakit tidak sedarkan diri. Ini biasanya akan disusuli dengan pemeriksaan fizikal dan neurologi untuk mengenal pasti petanda fizikal berkaitan sindrom epilepsi yang dialami oleh pesakit. Doktor mungkin mencadangkan ujian lanjut dijalankan untuk memahami dengan lebih mendalam punca berlakunya serangan sawan dan mengesan sebarang keadaan yang tidak normal dalam otak. Ujian-ujian ini mungkin termasuk electroencephalogram (EEG) yang mengukur denyutan elektrik dalam otak, tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema bermagnet (MRI),

iaitu menyediakan imbasan imej otak. Sebaik sahaja diagnosis selesai dilakukan, doktor akan mencadangkan beberapa pilihan rawatan. Hampir kesemua penyakit epilepsi dapat dirawat dengan menggunakan ubat antiepileptik (juga dikenali sebagai anticonvulsants atau ubat anti-sawan). Rawatan moden yang biasa diberi untuk kebanyakan jenis penyakit epilepsi ialah

ubat

atau

kombinasi

ubat

anti-sawan

yang

lazim

digunakan

(http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/282/rawatan-efektifepilepsi). Setiap pesakit memberi reaksi yang berbeza terhadap ubat anti-sawan seperti reaksi mereka terhadap makanan atau bahan-bahan lain yang masuk ke badan mereka. Oleh itu, doktor akan cuba menentukan ubat anti-sawan dan program yang betul untuk setiap pesakit dengan kesan sampingan yang minimum. Antara faktor yang akan diambil kira oleh doktor apabila memilih ubat anti-sawan termasuk jenis sawan, umur pesakit dan jantina, tahap IQ dan isu kesihatan, serta ubat-ubat lain yang mungkin diambil oleh pesakit. Pesakit perlu memakan ubat seperti yang ditetapkan, dan sentiasa merujuk kepada doktor sebelum mengambil ubat-ubatan yang lain, ubat yang dibeli di kedai, atau rawatan herba. Terdapat bahan- bahan yang boleh mengganggu rawatan epilepsi dan mengurangkan keberkesanannya.Untuk hasil rawatan terbaik, pesakit epilepsi perlu terlebih dahulu menemui doktor yang terlatih

dan

berlesen

(http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/282/rawatan-efektifepilepsi). Sebahagian besar pesakit epilepsi boleh bebas dari serangan sawan untuk tempoh yang lama dengan menjalani rawatan yang betul. Telah dibuktikan bahawa kira-kira 80 peratus pesakit epilepsi yang dirawat dengan

ubat anti-sawan, bebas daripada serangan penyakit itu untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun. Bagi pesakit dewasa pula, 50 hingga 60 peratus bebas dari serangan sawan selepas pertama kali mengambil ubat antisawan. Bagi mereka yang didiagnosis mengidap epilepsi ketika usia muda, 20 peratus mula mengambil ubat dan tidak lagi diserang sawan selepas berhenti mengambil ubat, walaupun apabila mencecah usia dewasa dan lebih 50 peratus kanak- kanak berjaya bebas daripada serangan penyakit itu. Pembedahan juga boleh dilakukan untuk membuang tempat fokus serangan sawan (kawasan otak di mana serangan sawan berasal), tetapi ia hanya sesuai bagi sawan

partial yang berasal dari satu kawasan khusus

dalam otak. Pesakit yang berpotensi dibedah perlu menjalani penilaian terperinci oleh pakar neurologi sebelum pembedahan dan jika berpendapat pembedahan tidak sesuai dilakukan, maka pesakit akan

dinasihatkan

supaya tidak melakukannya dan menjalani rawatan pilihan yang lain. Keberkesanan pembedahan berbeza; ada pesakit bebas sepenuhnya daripada serangan sawan selepas pembedahan, manakala bagi yang lainnya, jumlah serangan sawan

yang mereka alami berkurangan dengan banyaknya.

Kebanyakan pesakit boleh

berhenti mengambil ubat anti-sawan selepas

menjalani

pembedahan

(http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/282/rawatan-efektifepilepsi). Walaubagaimanapun,

dalam

mana-mana

pembedahan,

masih

ada

risikonya. Rangsangan saraf vagus (vagus nerve stimulation atau VNS) adalah satu lagi pilihan rawatan untuk epilepsi. Alat yang dikenali sebagai peransang saraf vagus ditanam di bawah kulit dada pesakit. Wayar dari alat tersebut diikat pada saraf vagus. Saraf vagus menyambung otak ke jantung, paru-paru,

saluran usus dan perut. Alat ini menjana denyutan elektrik dalam jarak masa tetap (interval), yang merangsang saraf vagus. VNS boleh menjadi rawatan pilihan bagi mereka yang tidak berkesan dalam pengambilan ubat anti-sawan dan pesakit yang dianggap tidak sesuai menjalani pembedahan di atas sebabsebab tertentu. Satu lagi rawatan bagi epilepsi dalam kalangan kanak-kanak ialah dietketogenik, yang kaya lemak dan rendah karbohidrat. Ia bertujuan untuk mengekalkan ‘tahap lapar’ (starvation mode) dalam badan bagi tempoh masa yang lama. Bila badan dalam

keadaan berpuasa, ia menghasilkan ketones (

bahan yang terhasil bila badan yang menunjukkan badan sedang untuk

memecahkan lemak untuk menjana tenaga), membakar lemak dan bukannya glukos menjana

tenaga

(http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/282/rawatan-efektifepilepsi. ).

PENGENALAN

PINTAR

CERDDAS

DAN

BERBAKAT Pintar cerdas dan berbakat adalah salah satu kategori dalam masalah pembelajaran pendidikan khas. Namun masalah pintar cerdas dan berbakat ini adalah berbeza dengan masalah pembelajaran yang lain kerana masalah pembelajaran lain melibatkan kekurangan fungsi anggota badan dan otak sebaliknya masalah pintar cerdas dan berbakat ini adalah melibatkan kelebihan otak atau boleh berfikir lebih lagi daripada kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Terdapat pelbagai definisi atau makna pintar cerdas dan berbakat. Salah satunya adalah Marland, (1972), dalam S.Deborah, (1998: hal. 277) iaitu:

“Gifted and talented children are those identified by professionally qualified persons who by virtue of outstanding abilities are capable of high performance. These are children who require differentiated educational programs and services beyond those normally provided by the regular school program in order to realize their contribution to self and society. Children capable of high performance include those with demonstrated achievement and/or potential ability in any of the following areas singly or in combination:(1) General intellectual aptitude, (2) Specific academic aptitude, (3)Creative or productive thinking, (4) Leadership ability and (5) Visual and performing arts .( http://www.sksenai.com/blogs/index.php/2008/07/12/pintar-cerdas?blog=6). Selain itu pintar cerdas dan berbakat juga ditakrifkan sebagai mereka yang mempunyai potensi dan pencapaian yang tinggi dari segi intelektual, kreativiti, artistik, kebolehan kepimpinan dan juga mempunyai bakat dalam bidang seni dan muzik yang mengagumkan, serta mereka ini memerlukan aktiviti atau perkhidmatan yang lain dari yang lain atau istimewa (http://www.speed.net/ld-pintarCerdas.php).

Manakala

Dr

Rosadah

Abd

Majid

daripada

Universiti Kebangsaan Malaysia menjelaskan bahawa berbakat ialah

keadaan

dimana seseorang yang mempunyai potensi untuk menjadi cemerlang dalam bidang-bidang tertentu sama ada dalam bidang akademik atau bukan akademik. Seseorang itu di anggap berbakat dalam bidang-bidang tertentu apabila dia menampakkan potensinya dalam bidang tersebut. Kadang-kadang pencapaiannya

dalam bidang itu belum terbukti cemerlang. Sebaliknya pintar cerdas pula ialah keadaan seseorang yang berbakat berjaya menempa kecemerlangan dalam domain-domain bakatnya pada peringkat-peringkat tertentu.

FAKTOR PINTAR CERDDAS DAN BERBAKAT Pintar cerdas berpunca dari suatu sifat semulajadi atau perlakuan yang ada pada diri seseorang Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan berlakunya keadaan pintar cerdas dan berbakat iaitu faktor dalaman dan faktor persekitaran. Bagi faktor dalaman atau intrapersonal seperti keadaan emosi yang sejahtera dan konsep kendiri yang positif. Apabila kanak-kanak itu mempunyai emosi yang sejahtera dan konsep kendiri yang positif, mereka akan menjadi lebih yakin untuk belajar dan mencuba sesuatu yang baru. Ini akan mendorong mereka untuk berfikir secara luar biasa lain dari kanak-kanak yang tidak stabil emosi dan tiada keyakinan kendiri (http://www.spe-ed.net/ld-pintarCerdas.php). Selain itu faktor persekitaran juga turut berperanan sebagai pemangkin kepada kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat. Keadaan ini merujuk kepada aspek-aspek sokongan di rumah dan di sekolah. Kanak-kanak yang mendapat sokongan daripada ibu bapa akan lebih berkeyakinan. Ibu bapa yang melatih anakanak mereka untuk berfikir secara kreatif dan kritis akan melahirkan anak yang pintar cerdas dan berbakat. Manakala bagi sekolah pula, jika iklim dan keadaan di sekolah tersebut adalah baik dan mempunyai ramai pelajar yang pintar ini akan mendorong pelajar lain juga untuk menjadi pintar cerdas dan berbakat.

CIRI-CIRI PINTAR CERDDAS DAN BERBAKAT

Terdapat banyak ciri-ciri yang boleh dilihat daripada kanak-kanak yang pintar cerdas dan berbakat. Antaranya ialah kanak-kanak ini mempunyai pengamatan yang tinggi. Kanak-kanak ini dapat dan boleh menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya. Selain itu, kanak-kanak ini juga mempunyai keinginan untuk tahu yang tinggi. Mereka ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara yang sedang berlaku berbeza dengan kanak-kanak lain yang hanya memikirkan

perkara

di

hadapan

mereka

sahaja

.

(http://www.geocities.com/Athens/Agora/3988/kki.html). Kanak-kanak dalam kategori ini juga mempunyai minat yang amat mendalam terhadap sesuatu perkara. Mereka akan memfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau lebih lagi serta akan menjadi terlampau atau taksub dalam hal tersebut. Berbeza bagi kanak-kanak yang normal mereka mudah beralih minat kepada perkara lain dalam jangka masa yang singkat. Kanak-kanak yang istimewa ini juga dapat menerima informasi dengan pantas berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Mereka adalah seperti span yang mana boleh menyerap segala maklumat

dengan

cepat

dan

banyak

(http://www.spe-ed.net/ld-

pintarCerdas.php). Apabila kanak-kanak pintar cedas dan berbakat ini boleh menyerap maklumat dengan banyak dan cepat mereka semestinya mempunyai daya ingatan yang tinggi. Keadaan ini kerana mereka mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu untuk mengingati semula dengan cepat. Ciri yang jelas kelihatan bagi kanak-kanak ini ialah mereka dapat membaca lebih awal berbanding dengan kanak-kanak lain iaitu sebelum berumur 5 tahun. Mereka juga mempunyai tatabahasa yang tinggi iaitu memiliki penggunaan tatabahasa yang canggih serta banyak dan mampu untuk menggunakan perkataan yang baru dan unik. Keadaan ini amat ketara jika dibandingkan dengan kanak-kanak lain yang sebaya dimana mereka baru sahaja mula untuk mengenal sukukata perkataan.

Kanak-kanak istimewa ini juga kerap membaca dan luas pembacaannya. Mereka tertarik untuk membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta berkebolehan

untuk

membaca

dengan

pantas

(http://www.geocities.com/Athens/Agora/3988/kki.html). Selain daripada ciri-ciri yang telah dinyatakan terdapat banyak lagi ciriciri lain iaitu mempunyai tahap penumpuan yang lama. Kanak-kanak ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara berbanding dengan kanak-kanak lain yang mudah beralih tumpuan. Kanak-kanak ini juga mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi. Ciri lain ialah mereka suka bertanya dengan lebih teliti tentang sesuatu dan akhirnya mereka mampu untuk mencipta teori baru terhadap sesuatu yang baru . (http://www.spe-ed.net/ld-pintarCerdas.php).

Keupayaan

imaginasi yang tinggi yang mana mereka mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan kebimbangan adalah antara ciri kanak-kanak istimewa ini. Mereka mempunyai minat dalam falsafah dan isu-isu sosial seperti perjalanan galaksi, masalah-masalah berkaitan populasi dunia dan isu-isu alam sekitar. Mereka amat menitikberatkan keadilan yang mana sangat teliti dalam halhal betul atau salah. Walaupun kanak-kanak ini kurang tidur berbanding dengan rakan sebaya namun mereka masih lagi bersemangat dan bertenaga. Pandai berjenaka merupakan satu ciri istimewa bagi kanak-kanak ini kerana mereka mampu untuk mencipta sesuatu jenka dan melakukan jenaka yang mana rakan sebaya mereka langsung tidak memahaminya. Namun kanak-kanak ini amat teliti dan mementingkan kesempurnaan dimana mereka tidak suka jika melakukan kesilapan dan mudah kecewa jika tidak dapat melakukan sesuatu dengan sempurna. Ciri positif yang terakhir ialah dari segi perkembangan asynchronous yang mana perkembangan dari segi perkembangan fizikal, intelektual, emosi dan sosial yang tidak sekata. Misalnya kanak-kanak yang berumur 6 tahun memiliki

fizikal mengikut umurnya tetapi memiliki tahap perkembangan emosi seperti kanak-kanak

berumur

10

tahun

(http://www.geocities.com/Athens/Agora/3988/kki.html).

CIRI-CIRI NEGATIF PINTAR CERDDAS DAN BERBAKAT

Ciri negatif yang pertama ialah permasalahan dari segi perkembangan

asynchronous. Kanak-kanak ini boleh memahami sesuatu secara intelektual mengenai perkara yang abstark tetapi tidak mampu untuk menangani perkara yang melibatkan emosi. Mereka juga boleh terlibat dalam perbualan orang dewasa tetapi boleh menangis hanya kerana mainan kesukaan mereka diambil oleh kanak-kanak lain. Dalam kebanyakan hal kanak-kanak ini tidak mampu mengawal emosi dengan baik. Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini sangat sensitif dari segi emosi dan tingkahlaku contohnya mereka akan mudah kecewa dalam halhal kecil, boleh mengalirkan air mata apabila melihat keindahan matahari terbenam, atau ketika mendengar lagu serta sanggup untuk berhenti memakan daging

kerana

simpati

terhadap

haiwan

(http://www.spe-ed.net/ld-

pintarCerdas.php). Selain itu sikap yang terlalu mementingkan ketelitian dan kesempurnaan boleh mendorong mereka ke arah kekecewaan. Hal ini kerana apabila mereka terlalu ingin berjaya tetapi takut untuk gagal mereka tidak akan berani untuk memcubanya, keadaan ini akan mendorong ke arah putus asa. Ciri-ciri negatif yang lain ialah permasalahan dari segi pertuturan yang terlalu kehadapan dan kebolehan untuk memberi alasan. Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini biasanya bersikap tidak mahu mengalah walau dalam apaapa perkara sekalipun bahkan kadangkala degil. Mereka yang pandai bercakap akan cuba dan boleh mempengaruhi orang lain dengan memujuk. Seterusnya mereka akan bersikap tunjuk pandai terhadap ibu bapa dan guru. Manakala ciri

negatif yang terakhir ialah mereka seringkali meminta maklumat atau data-data yang lengakap untuk menjawab sesuatu soalan dan seringkali juga suka mencari jawapan

sendiri

kerana

mereka

malas

untuk

bersosial

(http://www.geocities.com/Athens/Agora/3988/kki.html).

KRITERIA PENENTUAN PINTAR CERDDAS DAN BERBAKAT Terdapat bebarapa kriteria penentuan bagi menentukan dan mengenalpasti kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat iaitu kaedah perlu dipilih samada ia memenuhi keperluan kanak-kanak. Penilaian perlu diasaskan kepada penyelidikan dan pengetahuan yang baik. Selain itu keadah penelitian juga tidak boleh bias kepada mana-mana kumpulan kanak-kanak seperti mengikut etnik. Penilaian yang dijalankan juga perlulah komprehensif dan cekap. Antara yang lain ialah kaedah penilaian tidak perlu lebih daripada untuk mendiagnosis. Dalam proses penentuan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini terdapat berberapa proses. Pertama ialah laporan ibu bapa yang mana mereka mempunyai maklumat yang terperinci mengenai perkembangan anak-anak mereka. Kedua ialah pemerhatian guru, guru boleh mengenalpasti kanak-kanak ini dengan merujuk kepada senarai semak yang memberikan tanda-tanda bahawa kanakkanak ini pintar cerdas. Ketiga adalah melalui pemerhatian berstuktur yang mana guru akan memberikan deskripsi dalam istilah khusus apa yang dilakukan oleh kanak-kanak ini. Proses kelima ialah melalui senarai semak. Senarai semak ini boleh memberi petunjuk kepada guru untuk mereka mengenalpasti kanak-kanak ini. Seterusnya yang keenam ialah dengan membuat portfolio dan di dalamnya boleh dimasukkan nota pemerhatian tentang bahasa dan tingkahlaku, contoh gambar kerja murid-murid dan contoh kerja yang menunjukkan kebolehan luar biasa bagi kanak-kanak tersebut. Langkah ketujuh dalam menentukan kanakkanak pintar cerdas dan berbakat ialah dengan melakukan ujian rujukan norma

yang mana melalui ujian ini ianya akan dapat memberi maklumat tentang kanakkanak istimewa ini berbanding kanak-kanak biasa. Langkah kelapan pula ialah melalui ujian kecerdasan. Jika kanak-kanak tersebut memperoleh lebih daripada 120 mata mereka dianggap pintar cerdas dan berbakat.

KEDUDUKAN

KANAK-KANAK

PINTAR

CERDDAS

DAN

BERBAKAT Persekitaran yang sesuai bagi kanak-kanak pintar cerdas bermaksud memberi peluang kanak-kanak ini untuk mencapai potensi dengan tidak menghadkan persekitarannya. Oleh

itu kanak-kanak

ini harus mendapat

penempatan dan perkhidmatan yang bersesuaian. Kanak-kanak ini perlu diberikan pengajaran pada kelajuan yang bersesuaian, kerja yang melibatkan kognitif, standard prestasi yang realistik dan peluang yang sesuai untuk mencapai potensi. Walaupun kanak-kanak ini berbeza dengan kanak-kanak normal yang lain mereka tidak seharusnya diasingkan. Menurut Marilyn Friend (2002), persekitaran yang sesuai untuk perkembangan potensi kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ialah kelas yang kecil iaitu hanya 10-15 orang murid, masa ditingkatkan untuk aktiviti yang melibatkan kognitif, kelajuan yang sesuai di dalam kelas dan peningkatan masa pengajaran guru, memberikan tugasan yang bersesuaian banyak dan tumpuan kepada kognitif di dalam pembelajaran. Bagi memenuhi keperluan kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ini, pengubahsuaian

kurikulum

perlu

dilakukan.

Mereka

lebih

memerlukan

pengajaran dan pembelajaran di dalam aspek lisan dan disiplin kuantatif. Kurikulum kanak-kanak pintar cerdas seharusnya mengandungi aspek-aspek berikut seperti meneroka isu-isu ilmu dan pengetahuan, kurikulum pembelajaran dan pengajaran perlu memasukkan proses berfikir secara kritis dan kreatif. Selain itu, kurikulum istimewa untuk kanak-kanak ini juga harus melibatkan

kedua-dua

bidang disiplin dan orientasi antara disiplin. Pembelajaran juga

hendaklah mengarah kepada belajar secara bebas (http://teechconsult.blogspot. com /2008/08/ dari-majalah-pa-pendidikan-pra formal.html). Oleh itu, kanak-kanak pintar cerdas dn berbakat ini tidak seharusnya diasingkan daripada pelajar lain sebaliknya dibiarkan bergaul sesama mereka. Kanak-kanak pintar ini hendaklah dibimbing dan dibantu agar bakat dan kebolehan mereka tidak terbiar begitu sahaja dan lama-kelamaan akan hilang.

PENGENALAN CEREBRAL PALSY Menurut

laman

web

http://pkbpsksj.blogspot.com/2008_03_01_archive.html, cerebral bermaksud otak dan palsy bermaksud kurang atau tidak upaya mengawal pergerakan otot. Kanak-kanak cerebral palsy mengalami kerosakkan sebahagian besarnya pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kurang upaya untuk melakukan pergerakan otot-otot dan menegakkan badan. Kecacatan otak dan saraf otot ini lazimnya berlaku sebelum, semasa dan di peringkat awal bayi dilahirkan. Menurut Vikki F. Howard, Betty Fry Williams dan Cheryl Lepper (2005), kemalangan otak yang disifatkan sebagai cerebral palsy akan muncul sebelum mencapai umur 16 tahun. Terdapat 1.5 peratus hingga 2.7 peratus per 1000 orang yang mengidap cerebral palsy di negara membangun. Hal ini merupakan jumlah yang lebih tinggi berbanding di negara yang sedang membangun yang mana fakta ini tidak berubah sejak tahun 1960. Walaupun sudah ada ubatan moden di pasaran, namun masih terdapat peningkatan 20 peratus pengidap cerebral palsy kerana kesalahan semasa merawat bayi yang lahir tidak cukup berat (Bhusnan, Paneth, & Kiely 1993) serta bayi yang lahir dengan berat di bawah 2.5 kg (Rosen & Dickinson, 1992). Jumlah cerebral palsy menjadi semakin tinggi kerana penurunan kadar kematian bayi yang sangat kecil, apabila mereka terselamat. Menurut Arthur Shapiro (1999), Cerebral Palsy merujuk kepada keadaan tidak upaya yang mempunyai ciri-ciri kelumpuhan, lemah, keadaan motor badan yang tidak berfungsi dengan sempurna. Hal ini berlaku apabila sistem saraf tunjang mengalami kerosakan atau kecederaan semasa kelahiran atau selepas kelahiran. Menurut Vikki F. Howard, Betty Fry Williams, Cheryl Lepper (2005), cerebral palsy dikategorikan mengikut bahagian serebral yang rosak, tahap

kerosakan otak, dan bahagian yang badan yang mengalami masalah akibat kerosakan otak tersebut. Cerebral palsy terjadi akibat percanggahan antara pergerakan badan dengan tindakbalas motor otot seseorang. Menurut Deborah Deutsch Smith (1998), cerebral palsy terdiri daripada sindrom yang berkaitan dengan pergerakan dan postur badan. Ia berlaku biasanya disebabkan oksigen yang tidak mencukupi ke otak semasa pertumbuhan iaitu sebelum, semasa dan selepas kelahiran. Sesetengahnya mengalami cerebral palsy selepas umur mereka menjangkau tiga tahun. Cerebral palsy bukanlah suatu jangkitan tetapi merupakan keadaan seseorang yang lumpuh akibat kerosakan di bahagian otak. Ia juga tidak dapat sembuh sepenuhnya. Mereka akan mengalami satu ciri sahaja atau akan mengalami gabungan beberapa ciri iaitu pergerakan yang tersentak-sentak, kekejangan otot, pergerakan yang tidak sekata, kekurangan fungsi otot. Mereka juga akan mengalami masalah percakapan. Mereka juga mengalami masalah kekurangan pencaindera, masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Menurut Janet Lerner, Carol Mardell- Czudnowski and Dorothea Goldenberg (1987),Cerebral palsy juga menyebabkan kekejangan atau lebik pada otot yang menyebabkan pengidapnya memerlukan kerusi roda. Sesetengah kanakkanak

cerebral

palsy

akan

mengalami

pertumbuhan

yang

terganggu.

Ketidakseimbangan sistem motor menyebabkan masalah pada tindakan otot, postur, dan keseimbangan badan untuk berdiri. Sekiranya ia melibatkan otot pada salur suara kanak-kanak tersebut akan mengalami masalah pertuturan. Menurut Richard M. Gargiulo (2006), individu yang mengidap cerebral palsy mempunyai pergerakan motor otot yang tidak normal, tidak terkawal, serta kewalan otot yang tidak selaras. Tahapnya adalah daripada cerebral palsy yang ringan ke cerebral palsy yang teruk. Sesetengah yang ringan hanya boleh dikesan

apabila individu tersebut berlari dan jelas kelihatan semasa memakai pakaian yang menampakkan ketidaksempurnaan ototnya. Pengidap cerebral palsy yang teruk pula, tidak dapat melakukan pergerakan motor yang biasa seperti berjalan, duduk tanpa sokongan, makan dengan sendiri, mengunyah makanan, mengambil barang atau bercakap. Menurut Roger Pierangelo dan George Giuliani (2007), tanda-tanda awal cerebral palsy muncul sebelum umur 18 bulan, justeru ibu bapa dapat mengesan bayi mereka mengalami cerebral palsy apabila perkembangan pergerakan motor mereka adalah tidak normal seperti bayi biasa iaitu sukar atau sanga lambat untuk meniarap, duduk, merangkak, tersenyum atau berjalan yang dikenali sebagai kelewatan perkembangan.

JENIS-JENIS CEREBRAL PALSY Terdapat empat jenis cerebral palsy iaitu spastic, athetoid, ataxia, dan campuran. Menurut Richard M. Gargiulo (2006), spastic cerebral palsy dicirikan melalui otot yang kejang atau kaku. Apabila mereka memulakan pergerakan ia seperti boleh dikawal tetapi secara tiba-tiba ototnya akan menjadi tidak terkawal. Contohnya apabila individu ini ingin mencapai objek, tangannya akan bergerak secara perlahan dan secara tiba-tiba akan tersentak ke hadapan menyebabkan mereka akan menolak objek tersebut ke hadapan. athetoid cerebral palsy pula ialah pergerakan yang tidak terkawal, tidak normal dan tidak dapat berfungsi. Apabila mereka ingin mencapai objek, tangan mereka akan tersasar dari tempat objek iaitu ia akan bergerak ke belakang dan menjauhi objek secara perlahan-lahan dan akhirnya mereka tidak dapat mencapai objek tersebut. Ataxia cerebral palsy atau ataxic mengalami ketidakseimbangan untuk melakukan pergerakan. Apabila mereka melakukan pergerakan iaitu berjalan kaki

mereka akan terbuka seperti berada di atas kapal yang bulat. Menurut Janet Lerner, Carol Mardell- Czudnowski and Dorothea Goldenberg (1987), athetoid cerebral palsy juga dikenali sebagai dyskinesia yang melibatkan pergerakan yang tidak diperlukan atau tidak disengajakan iaitu pergerakan yang melibatkan pinggang, jari dan kaki yang merupakan 24 peratus daripada pengidap cerebral palsy. Menurut Roger Pierangelo dan George Giuliani (2007), kanak-kanak yang mengalami ataxic cerebral palsy kelihatan tidak stabil dan bergoyang, terutama sekali apabila mereka cuba untuk menulis, cuba mengalihkan mukasurat buku dan menggunting. Mereka

juga berjalan secara tidak stabil kerana kurang

keseimbangan. Disebabkan tangan yang sentiasa bergoyang akibat masalah koordinasi otot menyebabkan mereka mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tugasan menulis atau melukis. Cerebral palsy campuran pula adalah campuran beberapa jenis cerebral palsy.

Menurut

Deborah Deutsch Smith

(1998), walaupun individu yang mengalami ataxia cerebral palsy boleh berjalan tetapi mereka memerlukan tongkat atau kerusi roda untuk bergerak bagi mengelakkan kecederaan yang lebih teruk pada tulang dan pergerakan mereka adalah terbatas. Mereka juga memerlukan bantal dan kerusi yang direka khas untuk mereka supaya mereka akan lebih selesa, memudahkan pernafasan, mengelakkan kecederaan. Bahagian Badan Yang Terlibat akibat cerebral palsy

Monoplegia

Paraplegia

Hemiplegia

Quadriplegia

Menurut Richard M. Gargiulo (2006), Cerebral palsy dikelaskan mengikut bahagian tangan dan kaki yang mengalami masalah pergerakan. Hemiplegia

berlaku apabila anggota kaki dan tangan sebelah kanan atau kiri yang mengalami masalah. Diplegia berlaku apabila anggota kaki mengalami masalah yang lebih teruk berbanding bahagian tangan. Paraplegia berlaku apabiala bahagian kaki sahaja yang mengalami masalah. Quadriplegia melibatkan empat anggota badan yang mengalami masalah.

FAKTOR-FAKTOR CEREBRAL PALSY

Menurut

laman

web

http://wstefanus.wordpress.com/2007/11/19/about-

degenerative-disease/ punca cerebral Palsy meliputi sebelum kelahiran, semasa kelahiran dan selepas kelahiran. Sebelum Kelahiran Menurut Roger Pierangelo dan George Giuliani (2007), 70 peratus kes yang melibatkan cerebral palsy terjadi sebelum kelahiran yang boleh mengganggu perkembangan otak yang normal. Kesukaran yang melibatkan kekurangan oksigen yang sampai ke fetus semasa dalam kandungan merupakan punca yang paling kurang menyebabkan cerebral palsy berdasarkan laporan pada tahun 2003 oleh American College of Obstetricians and Gynecologiats and The American Academy of Pediatrics (Tugasan berkaitan Neonatal Encephalopathy…, 2003). Sejumlah kecil kanak-kanak pula mengalami kecederaan semasa pertumbuhan otak yang juga menyebabkan cerebral palsy. Cerebral palsy tidak dapat diubati tetapi kebanyakan pengidapnya boleh menikmati kehidupan yang hampir normal melalui pengurusan yang baik terhadap masalah neurologikal mereka. Berlakunya jangkitan dalam rahim ibu penyakit yang menyerang ketika ibu mengandung sehingga menyerang otak bayi yang sedang dikandungnya, misalnya

infeksi, sypilis, rubela, dan typhus abdominolis. Selain itu, ibu juga mungkin terdedah pada persekitaran bertoksin seperti terdedah pada asap rosok, toksin dari kilang perindustrian serta asap kenderaan yang mengandungi gas yang beracun. Selain itu, kurang darah ketika mengandung juaga boleh menjadi punca kerana akan berlakunya penurunan pengaliran darah ke plasenta menyebabkan sistem otak fetus terganggu. Cerebral palsy juga boleh disebabkan ibu yang mengalami pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung, Ibu yang sedang mengandung

mengalami

trauma

(kecelakaan)

yang

dapat

mengakibatkan

terganggunya pembentukan sistem syaraf pusat misalnya ibu jatuh dan perutnya mengalami hentakan yang kuat dan secara kebetulan mengganggu kepala bayi serta merosakkan sistem saraf pusat bayi di dalam kandungan. Semasa Proses Kelahiran Kelahiran tidak cukup bulan dengan berat kurang 2.5 kg yang mengalami gangguan semasa perkembangan sistem saraf pusat bayi.

Kecederaan semasa

lahir seperti anoxia iaitu lemas semasa lahir juga boleh mengakibatkan cerebral palsy. Proses kelahiran yang terlalu lama karana tulang pinggang ibu yang kecil sehingga bayi mengalami kekurangan oksigen menyebabkan terganggunya sistem metabolisme dalam otak bayi, akibatnya jaringan saraf pusat mengalami kerosakan. Pemakaian alat bantu berupa vakum ketika proses kelahiran yang mengalami kesulitan sehingga dapat merosak jaringan saraf otak pada bayi akan turut

menjadi

penyebab

cerebral

palsy.

Penggunaan anestasi yang melebihi sukatan akibat pembedahan unutk melahirkan bayi

dapat mempengaruhi perkembangan sistem otak bayi, sehingga otaknya

mengalami kelainan struktur ataupun fungsinya.

Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun) Meningitis iaitu jangkitan kuman diselaput otak serta Jaundis yang teruk iaitu demam kuning, boleh menyebabkan kerosakan otak. Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal juga boleh mengakibatkan cerebral palsy. Menurut Janet Lerner, Carol Mardell- Czudnowski and Dorothea Goldenberg (1987), cerebral palsy merupakan kecacatan yang banyak berlaku kepada kanak-kanak di sekolah. Ia merupakan kecacatan kekal yang disebabkan oleh kerosakan pada neurologi yang terdapat sistem saraf pusat. Ia disebabkan oleh kecederaan semasa proses kelahiran, kecederaan kepada kepala, otak atau radang tulang belakang, terkena keracunan, jaundis, kekurangan pengaliran darah ke otak.

SERANGAN TERHADAP KANAK-KANAK CEREBRAL PALSY Menurut Vikki F. Howard, Betty Fry Williams, Cheryl Lepper

(2005),

terdapat kira-kira 1/3 kanak-kanak cerebral palsy juga menghidap epilepsy. Jumlah epilepsy yang paling ramai ialah melibatkan kanak-kanak spastic cerebral palsy dan yang paling sedikit ialah kanak-kanak athetosis cerebral palsy. Selain itu, mereka juga mengalami mental yang lembam. Mejoriti kanakkanak cerebral palsy mempunyai IQ diatas 50. Sesetengah individu yang mengalami cerebral palsy mempunyai kecerdasan seperti mereka yang mengalami masalah kerencatan akal. Contohnya, hemiplegia yang mengalami kerencatan akal apabila serangan berlaku pada dua pasang anggota. Kesan yang terbesar menyerang pengidap cerebral palsy ialah keadaan sesak nafas (asphyxia).

Akibat

daripada

kerencatan

ini

boleh

juga

menimbulkan

lain-lain

kerencatan seperti kerencatan pertuturan, Rencatan penglihatan, Rencatan pendengaran, Kecacatan anggota, Kecacatan gigi, Masalah mengenai pernafasan, Masalah mangenai pemakanan, masalah untuk buang air besar atau kecil.

PERKEMBANGAN KANAK-KANAN CEREBRAL PALSY 4.5 Perkembangan kanak-kanak cerebral palsy

Bagi kanak-kanak yang menghidapi cerebral palsy biasanya kita dapati mereka akan lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis. 0 – 10 bulan Kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi kanak-kanak normal seperti maniarap, duduk mengesot dan sebagainya. 11 bulan Mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak. 1 – 3 tahun Pada usia 1 tahun kanak-kanak cerebral palsy ini masih belum boleh berjalan kerana anggota tubuh lembik. Mereka juga mempunyai tabiat bertahan nafas atau breatholding spell yang berlaku disamping berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila di menarik nafasnya dan menangis, warna dimukanya kembali cerah semula. 8 tahun

Pada usia 8 tahun mereka masih belum boleh bercakap kerana terdapat kerosakan pada saluran suara mereka.

RAWATAN UNTUK KANAK-KANAK CEREBRAL PALSY

Kanak-kanak yang mengalami cerebral palsy perlu diberikan rawatan. Oleh kerana itu, kita mesti memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ini ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin. Kalau kanak-kanak tidak diberi latihan oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga untuk jangka masa yang lama, kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok. Oleh itu, kanak-kanak Cerebral Palsy mesti diberi latihan tiap-tiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah. Menurut Richard M. Gargiulo (2006), cerebral palsy tidak mempunyai penawar atau ubatan yang boleh menyembuhkannya. Selalunya ia dikurangkan dengan pengambilan ubatan seperti Diazepam, Baclofen atau Botox serta pembedahan seperti dorsal rhizotomy atau spinal fusion yang mana akan mengurangkan keadaan otot yang kejang dan bentuknya yang tidak cacat, walaubagaimana pun pergerakannya masih tidak mempu kembali seperti individu yang normal. Ujian dilakukan kepada kanak-kanak dan pengidap cerebral palsy untuk mengetahui keadaan postur tubuh, keseimbangan tubuh, kekuatan otot, kecerdasan, serta perabaan. Alat yang digunakan untuk ujian ini adalah Finger Goniometer, Flexometer, Plastic Goniometer, Reflex Hammer, Posture Evaluation

Set, TPD Arsthesiometer, Gound Rhytem Tibre Instrumen, Cabinet Geometric Insert, Color Sorting Box, Tactile Board Set

LATIHAN

DAN

PENDIDIKAN

KEPADA

KANAK-KANAK

CEREBRAL PALSY

Kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai otak yang kurang berfungsi. Tetapi, sekiranya umur mereka lebih muda. Fungsi otak itu akan menjadi lebih baik. Iaitu walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Jikalau, kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.

PENGENALAN AUTISME •

Berasal daripada perkataan Yunani :

-‘autos’ -diri sendiri - ‘isme’- aliran • Autisme- keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menumpukan perhatian dalam dunianya sendiri.

JENIS-JENIS AUTISME

1.

Autisme Awal Bayi  Hadir semasa kelahiran 2. Autisme Regresif  Bermula ketika berusia 18 bulan

CIRI-CIRI AUTISME

     

Ketidakupayaan dalam komunikasi- menghadapi masalah untuk berkomunikasi, menjalin hubungan sosial dan berfikir secara kreatif. Pada peringkat bayi- tidak peduli sama ada dipeluk atau tidak oleh ibu bapanya. Pada peringkat awal kanak-kanak mereka akan mengasingkan diri dan menunjukkan reaksi agresif apabila dipegang, disentuh atau dipeluk. Tidak akan meluahkan masalah untuk mengurangkan ketidakselesaan jika berasa sakit ataupun sedih- jarang ada ekspresi perasaan dalam pertuturan. Suka berseorangan dan tidak suka menjalin hubungan

dengan orang lain  Mempuanyai suatu corak komunikasi yang digelar percakapan orang lain.

‘echolalia’ iaitu suka mengulangi

Sanggup menggunakan masa yang panjang untuk mengulangi sesuatu perbuatan seperti memusingkan badan dalam bulatan, menggigit kuku dan sebagainya

PUNCA-PUNCA AUTISME 1.

Genetik





Kajian anak kembar ‘Twin Studies’ yang dilakukan oleh para saintis menunjukkan 90% daripada kes autistik yang dilaporkan berpuca daripada faktor genetik. Penyelidik genetik mencadangkan bahawa gen yang terdapat dalam kecelaruan autistik mungkin terletak pada kromosom 2, 7, 15 dan x.

2. Teratogen   

Teratogen adalah agen atau bahan yang akan menyebabkan kecacatan bayi di dalam kandungan ibunya. Memberi kesan buruk terhadap kandungan pada 8 minggu pertama kehamilan. Diantaranya adalah:

- Thalidomide - Asid Valproik - Misoprostol - Jangkitan Rubella pada ibu

LEMBAM Kanak-kanak yang tidak boleh mengikuti pelajaran di kelas / kurikulum / di sekolah biasa, terlalu lambat untuk mencapai satu - satu objektif pengajaran yang mudah / objektif jangka pendek dan juga mempunyai daya rangsangan serta daya pengamatan yang lemah / rendah.

CIRI-CIRI LEMBAM

 

Pencapaian pelajaran atau akademik berbeza. Pendiam / tidak aktif / tidak banyak cakap. Sukar menerima arahan. Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak-kanak biasa. Menyebut huruf-huruf yang tidak tepat/salah dan bertukar-tukar. Meninggalkan huruf, sukukata atau perkataan ketika membaca dan menulis. Tulisan yang terlalu buruk/sukar dibaca. Kekerapan kesalahan dalam ejaan, tanda

    

Tanpa ketetapan / menaik dan menurun Huruf terbalik / urutan dan arah yang salah Tanpa ketetapan dan ketentuan jarak huruf dan perkataan. Saiz yang tidak seragam / mencampur adukkan saiz besar dan kecil. Idea yang tidak berkembangan dan

    

bacaan.

penyusunan idea yang tidak teratur.  Perbendaharaan kata yang terhad dan tatabahasa yang tidak tepat.

FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB LEMBAM         

Baka Kesan semasa mengandung Pengambilan ubat semasa mengandung. Penyakit semasa pembesaran selepas lahir. Kematangan yang lambat Intelek yang rendah Amalan makanan Lemah daya ingatan Faktor-faktor kesihatan

CEREBRAL FALSY Menurut laman web http://pkbpsksj.blogspot.com/2008_03_01_archive.html,  “CEREBRAL” ialah OTAK  “PALSY” bermaksud “KURANG ATAU

• •

TIDAK UPAYA

MENGAWAL PERGERAKAN OTOT” Mengalami (sebahagian besarnya) kerosakkan pada kawasan motor dalam otak yang mengakibatkan kurang upaya untuk melakukan pergerakan otot-otot dan menegakkan badan. • Vikki F. Howard, Betty Fry Williams, Cheryl Lepper, 2005) kemalangan otak yang disifatkan sebagai cerebral palsy akan muncul sebelum mencapai umur 16 tahun. • Kajian menunjukkan 1.5 - 2.7 per 1000 orang cerebral palsy berlaku di negara yang sudah membangun dan lebih tinggi di negara membangun sejak tahun 1960. • Walaupun sudah ada ubatan moden masih terdapat peningkatan 20% pengidap cerebral palsy akibat rawatan bayi yang lahir tidak cukup berat (Bhusnan, Paneth, & Kiely 1993) dengan berat di bawah 2.5 kg (Rosen & Dickinson, 1992). • Jumlahnya menjadi semakin tinggi kerana penurunan kadar kematian dengan bayi yang sangat kecil, apabila mereka terselamat. •

BAHAGIAN YANG BERMASALAH DAN PENJELASANNYA • • • • • •

Paraplegia bahagian yang tidak bermasalah teruk Quadriplegia atau tetraplegia ialah empat bahagian mengalami kecacatan. Diplegia - empat bahagian cacat dengan kaki lebih teruk cacat daripada tangan. Manoplegia -satu daripada tiga bahagian yang teruk triplegia – Tiga bahagian bermasalah Hemiplegia - apabila sebelah badan yang bermasalah (double hemiplegia melibatkan dua bahagian dengan mungkin bahagian tangan lebih bermasalah daripada kaki. Hal ini disebabkan kecacatan bahagian otak yang berlawanan.

JENIS-JENIS CEREBRAL PALSY



Spastic - Bahagian-bahagian otot anggota yang spastik menjadi tegang dan tidak mudah kendur semula.



Athetosis – merupakan 20 % daripada pengidap cerebral palsy. Bahagian-bahagian anggota bergerak tanpa dapat dikawal otot otak (ivoluntary movements). Otot menjadi keras ke lembik. Empat bahagian yang teruk. Antara puncanya ialah jangkitan jaundis. Meraka

akan susah untuk duduk, berjalan , makan dan bercakap serta sukar bergerak sebelum mencapai umur 2 tahun •

Ataxic (jarang)- Biasanya, jika kanak-kanak ini mampu berdiri dan berjalan sekalipun, kakinya akan berkeadaan terkangkang luas bagi membantu mendapat keseimbangan postur tersebut dan kerana ototnya kaku.



Hypotonia (Campuran sifat-sifat di atas) – otot lembik

FAKTOR-FAKTOR KECACATAN CEREBRAL PALSY Sebelum Kelahiran

   

Semasa Proses Kelahiran    

Jangkitan dalam rahim Persekitaran bertoksin yang didiami oleh ibu. kurang darah ketika mengandung dengan penurunan pengaliran darah ke plasenta menyebabkan sistem otak terganggu. Ibu mengalami Pendarahan teruk dan kronik ketika mengandung Kelahiran tidak cukup bulan- berat kurang 2.5 kg Kecederaan semasa lahir Lemas semasa lahir -anoxia Jangkitan semasa lahir

Selepas Kelahiran (sebelum berumur 3 tahun)  Meningitis (jangkitan kuman diselaput otak) – kerosakan otak  Jaundis yang teruk (kemicterus) demam kuning  Kecederaan otak disebabkan oleh kemalangan, penderaan dan penganiayaan fizikal. 

PERKEMBANGAN KANAK-KANAK CEREBRAL PALSY • •

lahir lebih awal berbanding dengan kanak-kanak normal yang lain. Selain daripada itu, kanak-kanak seperti ini sewaktu lahirnya jarang atau tidak menangis. 0 – 10 bulan

 Kanak-kanak ini pada peringkat awalnya sukar untuk melakukan pergerakan biasa bagi kanak-kanak normal seperti meniarap, duduk mengensot dan sebagainya







.

11 bulan Mula merangkak, tetapi tidak mahu berjalan dan mereka biasanya akan berdiri di hujung jari ibu kaki sahaja seolah-olah bimbang untuk bertapak. 1 – 3 tahun 1 tahun masih belum boleh berjalan / anggota tubuh lembik. Tabiat bertahan nafas atau breatholding spell berlaku disamping berlakunya kekejangan terhadap anggota badan sekiranya kanak-kanak tersebut menangis apabila kemahuannya tidak dituruti dan didapati mukanya bertukar menjadi warna biru. Apabila menarik nafasnya dan menangis, warna dimukanya kembali cerah semula. 8 tahun Belum boleh bercakap

AKIBAT DARIPADA KERENCATAN INI BOLEH JUGA MENIMBULKAN LAIN-LAIN KERENCATAN SEPERTI :

         

Rencatan akal (kurang kecerdasan) Kerencatan pertuturan Rencatan penglihatan Rencatan pendengaran Sawan (epilepsy) Kecacatan anggota Kecacatan gigi Masalah mengenai pernafasan Masalah mengenai pemakanan masalah untuk buang air besar atau kecil.

LATIHAN DAN PENDIDIKAN KEPADA KANAK-KANAK CEREBRAL PALSY • •

• •

Walaupun mereka mempunyai otak yang kurang berfungsi, namun mereka boleh berkembang secara beransur-ansur. Memperkenalkan kanak-kanak Cerebral Palsy ke Fisio Terapist dan Occupational Terapist secepat mungkin. Untuk mengelakkan kecacatan mereka akan bertambah teruk. Contohnya, sendi mereka akan menjadi lebih keras dan tulang belakang mereka akan menjadi bengkok. Diberi latihan setiap hari oleh Fisio Terapist, Occupational Terapist dan keluarga di hospital atau di rumah. kanak-kanak yang mengalami Cerebral Palsy mempunyai terencat akal juga, mereka perlu diberi pendidikan khas oleh Guru Khas dan keluarga mereka.

ACALCULIA •

Acalculia adalah masalah dalam simbol dan nombor dan operasi matematik. Istilah ini kadang-kadang digunakan apabila merujuk kepada pemahaman metematik yang terdahulu yang terjejas akibat kerosakan otak.

Henschen, 1919, “ Akalkulia ” Berger(1926), Grewel, (1952), define: - “ primary ”, “ Secondary “, acalculia. • Primary acalculia: cannot attributed to defects in other cognitive domains. • Secondary acalculia: attributed to attention, memory, language.

FAKTOR PENYEBAB •

• • •

Gerstmann’s syndrome...merupakan gangguan neurologi iaitu kecacatan tulisan ( agrafia atau disgrafia),kurang pemahaman dalam pengiraan, tidak dapat membezakan betul dari kiri ke kanan dan tidak berkeupayaan untuk mengenalpasti jari. Brain tumor Strok Encephatitis, iaitu satu jangkitan serius dalam otak.

DISCALCULIA •

• • • • • • • • • • • •

Discalculia ialah masalah dalam metematik secara amnya dan dalam operasi matematik khasnya. Apabila kanak-kanak menghadapi masalah dalam matematik ditahap yang teruk,ia dikatakan menghadapi masalah diskalkulia Kalau menyalin tulisan sering lambat selesai. Sering salah menulis huruf b dengan p, p dengan q, v dengan u, 2 dengan 5, 6 dengan 9, dan sebagainya. Hasil tulisan tidak cantik dan tidak boleh dibaca. Tulisannya banyak salah, terbalik, huruf hilang Susah menulis dengan lurus pada kertas yang tidak bergaris. Kanak-kanak ini juga sukar untuk melakukan pengiraan Matematik. Kalau menyalin tulisan sering lambat selesai. Sering salah menulis huruf b dengan p, p dengan q, v dengan u, 2 dengan 5, 6 dengan 9, dan sebagainya. Hasil tulisan tidak cantik dan tidak boleh dibaca. Tulisannya banyak salah, terbalik, huruf hilang Susah menulis dengan lurus pada kertas yang tidak bergaris. Kanak-kanak ini juga sukar untuk melakukan pengiraan Matematik.

FAKTOR PENYEBAB DISCALCULIA

• • •

kelemahan pada proses penglihatan atau visual. mengalami gangguan dalam mengeja dan menulis dengan tangan Bermasalah dalam hal mengurus informasi, sukar mengingat sebuah fakta, konsep atau formula untuk menyelesaikan masalah matematik. Fobia kepada pembelajaran matematik. Kanak-kanak yang pernah mengalami trauma dengan pelajaran matematik biasanya kehilangan rasa percaya pada dirinya

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI DISCALCULIA • •



• • •

Diagnosa discalculia harus dilakukan oleh pakar dalam bidang discalculia. Bentuk terapi atau rawatan yang akan diberikan juga harus berdasarkan evaluasi terhadap kemampuan dan tingkat pencapaian kanak-kanak secara terperinci dan menyeluruh. Cuba menvisualkan konsep Matematik yang sukar difahami, dengan menggunakan gambar ataupun cara lain untuk kanak-kanak faham kehendak yang diperlukan. mereka juga perlu dilatih membaca masalah matematik dengan kuat dan mendengar dengan teliti bagi mengukuhkan kemahiran mendengar. Sebaik-baiknya setiap masalah matematik yang diberi perlu dikaitkan dengan situasi seharian penggunaan kertas graf perlu digalakkan. Ini membolehkan kanak-kanak ini menulis nombor mengikut garisan Kanak-kanak ini juga perlu diberi masa tambahan bagi mengingati fakta dan formula matematik. Salah satu cara adalah dengan hafalan yang berbentuk irama muzik • Seeloknya konsep Matematik ataupun angka-angka yang hendak diajar perlulah secara bertulis supaya senang kanak-kanak melihatnya dan bukan secara abstrak.



Sentiasa mendorong kanak-kanak berlatih mengingati secara kreatif, dengan mengingat angka-angka mudah seperti alunan nyanyian atau cara lain yang memudahkan ingatan kepada konsep-konsep angka.



Pujilah setiap kali kanak-kanak menunjukkan kemajuan di atas usaha yang dilakukan. Lakukan proses perkaitan antara konsep yang sedang diajarkan dengan kehidupan seharian, agar kanak-kanak mudah memahaminya

DISGRAFIA •

Disgrafia ialah masalah pembelajaran spesifik yang memberi kesan terhadap kesukaran dalam menyatakan apa yang ada dalam pemikiran ke dalam bentuk tulisan dan graf. Ini merujuk kepada tulisan yang buruk.



Kelainan neurologis ini merangsang kemampuan menulis yang meliputi rangsangan secara fizik, seperti tidak dapat memegang pensil dengan betul ataupun tulisan tangan yang buruk



Disgrafia mengalami kesukaran dengan mengharmonisasikan ingatan dengan penguasaan gerak tangannya ketika menulis angka atau huruf. Kesulitan ini dapat mengganggu proses belajar kanak-kanak, terutama ketika kanak-kanak berada di peringkat bawah.

FAKTOR-FAKTOR DISGRAFIA •

kanak-kanak ini biasanya mempunyai masalah sampingan seperti masalah memproses maklumat yang menyebabkan berlakunya masalah pengamatan di mana kanak-kanak menulis secara terbalik.



Mereka tidak menulis mengikut urutan dan tulisan yang buruk. Mereka juga menghadapi masalah dalam huruf dan perkataan yang berturutan dan ini meyebabkan kanak-kanak ini menulis dengan kadar perlahan dan lambat ataupun mengalami kesukaran dalam mekanisme tulisan seperti ejaan, tanda baca dan sebagainya. Mereka juga biasaya mencampuradukkan antara huruf dengan nombor dalam formula.



Kanak-kanak yang mengalami masalah gangguan tumpuan (hyperactive ataupun attention deficit disorder) biasanya mengalami kesukaran untuk menulis. Hal ini kerana mereka juga mengalami masalah dalam mengatur dan menyusun maklumat dan proses maklumat mereka berlaku dengan kadar yang cepat dan tidak dapat berkoordinasi dengan motor halus



Terdapat juga kanak-kanak yang mengalami masalah disgrafia kerana kelemahan dalam proses pendengaran dan bahasa. Keadaan ini disebabkan oleh kesukaran belajar dan memahami bahasa. Mereka biasaya menghadapi masalah dalam ekspresi itu dalam bentuk tulisan Bentuk huruf tidak konsisten, sukar memegang alat tulis dengan betul, pen atau pensel sering terlepas dari tangan.



Sering salah menulis kata-kata (dilakukan secara berulang-ulang). Misalnya menuliskan ‘’kepala’’ menjadi ‘’kelapa’’ atau ‘’taman’’ menjadi ‘’tangan’’.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK DISGRAFIA



Bentuk huruf tidak konsisten, sukar memegang alat tulis dengan betul, pen atau pensel sering terlepas dari tangan.



Sering salah menulis kata-kata (dilakukan secara berulang-ulang). Misalnya menuliskan ‘’kepala’’ menjadi ‘’kelapa’’ atau ‘’taman’’ menjadi ‘’tangan’’.



Sukar menginterpretasikan idea, perasaan atau mesej melalui tulisan



kanak-kanak ini menggunakan tanda baca yang tidak betul, ejaan yang salah dan mengulang ayat ataupun perkataan yang sama. Kanak-kanak ini dapat berkomunikasi dengan baik tetapi mereka menghadapi masalah dalam kemahiran menulis



Kanak-kanak ini biasanya sukar untuk menulis nombor mengikut urutan. Kanak-kanak ini tidak konsisten dalam tulisan iaitu mencampuradukkan huruf besar dan huruf kecil,kecondongan tulisan dan saiz tulisan.



kanak-kanak ini juga tidak menulis ayat atau perkataan hingga habis. Terdapat huruf atau perkataan yang ditinggalkan.



Kanak-kanak ini juga akan menulis dengan gerakan pangkal lengan ataupun memegang pensel rapat ke kertas. Kanak-kanak ini juga akan bercakap bersendirian semasa menulis dan lambat untuk menulis.



• •

Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami masalah disgrafia, berikan pujian sewajarnya pada setiap usaha yang dilakukan oleh kanak-kanak, jangan sesekali melecehkan kerana hal ini akan membuatnya mereka berasa rendah diri dan berputus asa.

Kanak-kanak disgrafia juga boleh diberikan kesempatan untuk menghasilkan idea dan konsepnya dengan menggunakan komputer atau mesin taip. Ajar mereka untuk menggunakan bahan-bahan bantu mengajar ini agar mereka tidak ketinggalan dalam penggunaan teknologi komputer. Kanak-kanak akan memanfaatkan saranan pembetulan ejaan agar ia mengetahui kesalahannya. Seeloknya pihak ibu bapa, guru, atau pendamping memahami kesukaran dan keterbatasan yang dimiliki anak-anak disgarafia. Berusahalah untuk tidak membandingkan kanak-kanak seperti itu dengan kanak-kanak normal yang lain. • Kanak-kanak disgrafia sepatutnya diberikan tugas-tugas menulis yang singkat sahaja. Ibu bapa juga boleh meminta pihak sekolah untuk memberikan ujian lisan bukan tulisan kepada kanak-kanak tersebut. • Sebaiknya bahan pengajaran yang digunakan ibu bapa atau guru tidak terlalu menuntut kanak-kanak untuk banyak menulis .

CONTOH AGRAFIA NOMBOR

PENUTUP

Kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran ini berada di sekeliling kita dan jumlahnya semakin bertambah dengan meningkatnya tahun ke tahun. Terdapat banyak faktor peningkatan kelahiran kanak-kanak ini seperti faktor usia ibu, masalah kesukaran semasa kelahiran, pemakanan, pencemaran alam sekitar mahupun baka. Kanak-kanak ini mungkin jiran kita, sanak-saudara, muridmurid mahupun bakal anak didik. Justeru, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani anak-anak bermasalah pembelajaran ini untuk masa depan mereka yang lebih baik. Kepelbagaian masalah pembelajaran bukanlah satu alasan untuk bakal pendidik menjadikan anak-anak bermasalah ini seorang manusia. Cabaran dan halangan mesti dilalui untuk memaknakan kehidupan mereka. Setiap masalah pembelajaran seperti yang dibincangkan di atas mempunyai rawatan tertentu untuk mengurangkannya dan mengelak daripada terjadi. Oleh itu, langkah demi langkah perlu diikuti supaya masalah pembelajaran yang berlaku ini dapat dikurangkan.