Bahasa Melayu Q&A

58 downloads 2210721 Views 385KB Size Report
1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Tiap- tiap soalan ..... SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS 2. PEPERIKSAAN ...
www.papercollection.wordpress.com 1 SULIT 02/1 Bahasa Melayu Kertas 1 Ogos 2011 1 jam

ANJURAN MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS ___________________________________________________________________ PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA PENILAIAN MENENGAH RENDAH ( PMR ) TAHUN 2011

BAHASA MELAYU Kertas 1 Satu jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1.

Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2.

Jawab semua soalan.

3.

Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan anda pada kertas jawapan objektif yang disediakan.

___________________________________________________________________ Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak 02/1

[Lihat sebelah SULIT

www.papercollection.wordpress.com 2 Soalan 1 hingga Soalan 7 Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai. 1

Munirah selalu terkenang ____________ peristiwa pahit manis ketika dia berada di kampung dahulu. A akan C pada B terhadap D dengan

2

Para ______________ tanah air telah dihantar ke negara Jepun untuk membantu mangsa yang dilanda gempa bumi dan tsunami baru-baru ini. A hartawan B dermawan C bangsawan D sukarelawan

3

Ahli politik itu menyampaikan kempen pilihan raya dengan penuh semangat __________ sambutannya kurang menggalakkan oleh sebab hari telah larut malam. A namun C serta B malahan D kerana

4

Penduduk di perkampungan nelayan itu bekerja sambilan dengan ___________ jala semasa musim tengkujuh. A menjahit B menenun C menyirat D menyemat 5

Burung merpati itu ____________ sayapnya yang kebasahan setelah sarangnya ditimpa hujan. A mengibas-ngibas C mengirai-ngirai B mengipas-ngipas D mengelus-elus

www.papercollection.wordpress.com 3 6

Pesawat Nuri itu __________ di udara kerana menghadapi masalah untuk mendarat. A bergegar-gegar C bergerak-gerak B berlegar-legar D bergoyang-goyang

7

Melalui Rancangan Malaysia Kesembilan, kerajaan telah memperuntukkan subsidi dan latihan __________ kepada para petani untuk meningkatkan hasil tanaman mereka. A intensif B insentif C inisiatif D inovatif

Soalan 8 hingga Soalan 14 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan. 8

Meja yang besar itu terangkat oleh Syazwan dengan hanya sebelah tangan A B sahaja. Tiada kesalahan. C D

9

Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang mengalungkan Datuk Nicol Ann David A B seutas rantai emas. Tiada kesalahan. C D

10

Kelawar-kelawar yang bergayutan di dinding Gua Kelam pasti menarik A B perhatian siapa-siapa yang mengunjunginya. Tiada kesalahan. C D

11

Pemimpin negara kita pernah menyatakan bahawa sifat suatu masyarakat A B maju ialah kebolehan memahami dan mengawal teknologi. Tiada kesalahan. C D

12

Anak-anak mestilah menghargai pengorbanan ibu bapa yang mengerah A B keringat setiap hari untuk membesarkan mereka. Tiada kesalahan. C D

www.papercollection.wordpress.com 4 13

Banyak orang tidak kira lelaki dan wanita sanggup berbelanja lebih semataA B C mata untuk kelihatan menawan. Tiada kesalahan. D

14

Hingga ke hari ini, Safuan belum pernah bersua muka dengan ibu kandungnya. A B C Tiada kesalahan. D

Soalan 15 hingga Soalan 17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

15

I. II III IV

16

“Plastik kalau ditarik boleh menghulur,” kata Fasihah kepada Nasihin. Penukaran jantung dapat menghulur umur orang yang menderita penyakit Jantung. Sambil menghulur minuman dan buah-buahan, dia merenungi muka suaminya. Lazimnya, batang tumbuh tegak ke atas dan menghulur daun-daun ke satu arah yang sesuai untuk mendapat sebanyak-banyak cahaya.

A B C D

III sahaja I dan II sahaja III dan IV sahaja I, II dan III sahaja

I

III IV

Luka pada betis Hazim akibat kemalangan jalan raya meninggalkan bakat hingga hari ini. Pelajar yang bakat dalam bidang lakonan itu terpilih sebagai Pelakon Terbaik. Bakat terpendam Norain berpidato berjaya dicungkil oleh cikgu Sufian. Ribut kencang dan awan hitam tebal di langit bakat hujan akan turun.

A B C D

I dan III sahaja II dan IV sahaja I, II dan IVsahaja I, III dan IV sahaja

II

.

www.papercollection.wordpress.com 5 17

I II III IV

A B C D

Tempat-tempat itu dikawal keras oleh askar-askar yang bersenjata. Terburu-buru Zafuan balik ke kampungnya kerana isterinya sakit keras. Kedengaran suara keras pegawai tentera itu memberikan perintah kepada orang-orangnya. Lama-kelamaan, kalsium karbonat yang di lapisan luar keras dan membentuk batu kapur. I dan II sahaja III dan IV sahaja I, II dan III sahaja II, III dan IV sahaja

Soalan 18 hingga Soalan 21 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. 18

Pembedahan untuk memisahkan pasangan kembar Siam itu telah dijalankan sejak dari lima jam setengah yang lalu. A sejak lima jam setengah yang lalu. B sejak lima setengah jam yang lalu. C sejak dari lima setengah jam yang lalu. D sejak dari lima jam setengah yang lalu.

19

Kapal terbang itu bukan boleh mendarat dalam keadaan biasa kerana terdapat kerosakan pada bahagian sayapnya. A bukan dapat mendarat B tidak dapat mendarat C tidak boleh mendarat D bukan boleh mendarat

20

Tukang urut itu mengurut-urut tangannya berkali-kali kerana tangannya lenguh setelah banyak mengurut pelanggan hari ini. A mengurut tangannya berkali B mengurut tangannya berkali-kali C mengurut-urut berkali-kali tangannya D mengurut-urut tangannya berkali-kali

21

Rashdan akan bertanya kepada gurunya bila dia menemui kesukaran dalam mana-mana mata pelajaran. A apabila dia bertemu kesukaran B apabila dia menemukan kesukaran C bila dia menemukan kesukaran D bila dia menemui kesukaran

www.papercollection.wordpress.com 6 Soalan 22 hingga Soalan 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22

Bercucuk tanam di sekitar kawasan rumah bolehlah dijadikan aktiviti berfaedah bagi mengisi masa lapang. A Aktiviti bagi mengisi masa lapang yang berfaedah adalah dengan bercucuk tanam di sekitar kawasan rumah. B Aktiviti bercucuk tanam ialah aktiviti berfaedah mengisi masa lapang di sekitar kawasan rumah. C Bagi mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah bolehlah bercucuk tanam di sekitar kawasan rumah. D Mengisi masa lapang bolehlah bercucuk tanam di sekitar kawasan rumah dijadikan aktiviti berfaedah.

23

“Saya nak mengikuti kelas tuisyen pada hari ini, bosanlah duduk di rumah,” kata Abu kepada Amin. A Abu memberitahu Amin bahawa dia akan mengikuti kelas tuisyen pada hari ini kerana dia bosan tinggal di rumah. B Amin diberitahu oleh Abu bahawa dia bercadang untuk menghadiri kelas tuisyen pada hari itu kerana dia berasa bosan tinggal di rumah. C Amin memberitahu Abu bahawa dia akan pergi mengikuti kelas tuisyen pada hari ini kerana dia bosan tinggal di rumah. D Abu memberitahu bahawa dia ingin mengikuti kelas tuisyen pada hari itu oleh sebab dia bosan tinggal di rumah.

24

Orang yang tidak menjaga lidahnya dengan baik sering terdedah dengan perbuatan kurang baik seperti mengumpat, menghina dan mencerca orang. A Perbuatan seperti mengumpat, menghina dan mencerca orang sering terdedah dengan perbuatan kurang baik kerana orang itu tidak menjaga lidahnya dengan baik. B Orang yang sering terdedah dengan perbuatan kurang baik seperti mengumpat, menghina dan mencerca orang ialah orang yang tidak menjaga lidahnya dengan baik. C Perbuatan kurang baik seperti mengumpat, menghina dan mencerca perbuatan orang sering terdedah dengan orang yang tidak menjaga lidahnya. D Sering terdedah dengan perbuatan kurang baik seperti mengumpat, menghina dan mencerca orang serta tidak menjaga lidahnya dengan baik.

www.papercollection.wordpress.com 7 Soalan 25 hingga Soalan 27 Pilih ayat-ayat yang betul. 25

I II III IV

26

A B

I dan II sahaja II dan III sahaja

I II III

Kereta merah yang terletak di tepi jalan itu kepunyaan awakkah? Rohani menghadiahkan gurunya sebatang pen pada Hari Guru yang lalu. Dengan kawannya, dia mengembara ke Malaysia Timur selama seminggu. Jailani yang hidup merempat itu sudah biasa tidur bertilamkan rumput dan berbantalkan lengan.

IV

27

Azrin dimasukkan ke hospital kerana ketulangan. Bunga-bunga yang berkembangan menghiasi laman rumah Puan Zainab. Sebilangan besar rakyat Malaysia tidak menyedari Hepatitis A dapat dicegah. Mukanya pucat lesi sebaik-baik sahaja menyedari dirinya terpisah daripada kawan-kawannya di dalam hutan. C D

A B

I dan II sahaja II dan III sahaja

I

“Tolong jangan makan di dalam kelas semasa rehat,” tegur pengawas sekolah itu. “Aduhai, tidak sempat saya hendak menikmati keenakan nasi beriani Kashmir!” keluh Aida. Apatah yang dibualkan oleh mereka hingga tidak sedar bahawa hari sudah petang. Pemandu-pemandu kenderaan melapangkan jalan apabila mendengar bunyi siren ambulans.

II III IV

A B

I dan II sahaja II dan III sahaja

C D

I dan IV sahaja III dan IV sahaja

C D

I dan IV sahaja III dan IV sahaja

I,II dan IIV sahaja II, III dan IV sahaja

www.papercollection.wordpress.com 8 Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan berikut. 28

Firdaus seorang yang pandai berjimat. Setiap hari apabila pulang dari sekolah dia akan mengambil upah mencuci pinggan di kedai makan Pak Ayob. Duit upah yang diperoleh disimpannya di dalam tabung. Situasi tersebut sesuai dengan peribahasa berikut kecuali A ingat sebelum kena, jimat sebelum habis. B sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit C sehari selembar benang lama-lama menjadi kain. D berjagung-jagung dahulu sementara menanti padi masak

29 Amin : Saya berasa beruntung kerana mempunyai seorang pekerja seperti Arini. Kamu pakar dalam sistem pengkomputeran malah saya berasa yakin bahawa kamu akan berjaya pada masa hadapan. Arini : Terima kasih,encik. Saya akan menggunakan kelebihan yang ada pada saya untuk memajukan syarikat. Peribahasa yang bersesuaian untuk menggambarkan dialog di atas ialah A seperti harimau menyembunyi kukunya. B seperti pipit menelan jagung. C seperti limau masak seulas. D seperti kerbau dicucuk hidung. 30

Lempar batu sembunyi tangan Maksud yang paling sesuai dengan peribahasa di atas ialah A menjalankan sesuatu tugas dengan tidak amanah. B melakukan sesuatu kerja dengan tidak bersungguh-sungguh. C orang yang berbuat sesuatu kemudian berpura-pura tidak tahu. D tindak-tanduk seorang pemalas dalam melakukan sesuatu pekerjaan.

Soalan 31 hingga Soalan 35 Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalansoalan berikutnya. Maka kata buaya itu, “Hai sahabatku! Adalah isteri hamba itu terlalu sakit payah; maka ia menyuruhkan seekor buaya memanggil hamba. Maka beberapa orang tabib telah mengubati dia, tiadalah juga sembuh. Maka ada seorang tabib mengatakan, jikalau boleh dapat hati kera, nescaya sembuhlah penyakitnya itu. Maka sebab itulah hamba terlalu dukacita ini.”

www.papercollection.wordpress.com 9 Maka apabila didengar oleh kera akan perkataan buaya itu, maka berdebar hatinya, seraya berfikir, “Wahai, buaya ini hendak menipu akulah rupanya.” Maka katanya, “Hai sahabatku! Mengapakah tiada tuan hamba katakan kepada hamba tadi, supaya boleh hamba bawa hati hamba itu bersama-sama? Kerana adat sekalian kera itu, apabila hendak berjalan jauh, maka ditinggalkannya hati itu di rumah. Maka sekarang pun marilah segera kita berbalik mengambil hati hamba itu, supaya boleh hasil pekerjaan isteri tuan hamba itu.” Maka pada sangka buaya itu benarlah perkataan kera itu; maka ia pun segeralah kembali. Maka kata kera itu, “Segera-segeralah tuan hamba berenang, kerana hamba takut dimakan oleh burung-burung hati hamba itu; kerana hamba sangkutkan di pohon kedempung itu.” Maka berlari-larilah buaya itu. Maka setelah hampirlah ke darat, maka melompatlah kera itu naik ke pohon kedempung itu. Maka kata buaya itu, “Hai sahabatku, segeralah ambil hati tuan hamba itu, supaya kita pergi!” (Dipetik daripada “Cerita Kera dengan Buaya,” Antologi Seuntai Kata Untuk Dirasa Dewan Bahasa dan Pustaka)

31

Apakah penyakit yang dihidapi oleh isteri buaya? A Kerosakan hati B Mengidam hati kera C Penyakit yang ganjil D Penyakit yang serius

32

Mengapakah buaya berdukacita? A Buaya serba salah untuk mendapatkan hati kera. B Takut hati kera dimakan oleh burung-burung. C Isteri buaya menghidapi penyakit ganjil. D Perbuatan kera yang ingin menipunya.

33

Apakah tindakan kera apabila sedar bahawa dirinya ditipu oleh buaya? A Memarahi buaya kerana tidak memberitahunya awal-awal. B Memberitahu bahawa hatinya disangkut di pohon kedempung. C Menyuruh buaya berenang dengan pantas takut hatinya dimakan burungburung. D Memberitahu buaya bahawa hatinya ditinggalkan di rumah apabila hendak berjalan jauh.

www.papercollection.wordpress.com 10 34 Buaya yang bersahabat baik dengan kera enggan pulang walaupun isterinya sakit.

Buaya memujuk kera supaya menemaninya pulang berjumpa dengan isterinya yang sakit.

Peristiwa X

Buaya sangat menyesal atas perbuatannya dan mati.

Berdasarkan keseluruhan urutan Cerita Kera dengan Buaya , apakah Peristiwa X? A Kera memberi buaya keizinan untuk berjumpa dengan isterinya. B Kera dibawa oleh buaya untuk mengambil hati mereka. C Kera dapat menghidu niat jahat buaya terhadapnya. D Kera meninggalkan hatinya di pohon kedempung.

35

Berikut merupakan pengajaran yang boleh diperoleh daripada keseluruhan “Cerita Kera dengan Buaya,” kecuali A Kita hendaklah membantu orang yang mengalami kesusahan. B Kita janganlah menuduh sembarangan tanpa bukti yang kukuh. C Kita janganlah suka mengkhianati kawan kelak ditimpa kesusahan. D Kita hendaklah berhati-hati memilih kawan agar tidak mudah terpedaya.

www.papercollection.wordpress.com 11 Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca sajak di bawah denga teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. KETIKA KAMI BERCERITA TENTANGNYA Ketika kami bercerita tentangnya bapa sedang tidur aku cukup kenal pada lelap matanya tikar mengkuang lusuh itu barangkali, tambah melenakan bapa. Tadi lama sekali bapa menemani kami mengisi malam-malam seperti selalunya duduk mengelilingi pelita minyak tanah yang kecil itu semacam pahit dan getir pengalamannya begitu akrab pula dengan kami semua. Tidak pernah kami menyoal mengapa demikian laut sejarahnya kerana seperti juga di hutan kehidupan ini kami sedia memaklumi akan ketentuan yang harus digenggam. Asap pelita berkepul sesekali meliuk digerak angin ketika kami bercerita tentang bapa aku cukup faham pada sebuah doa yang selalu disebutnya: semoga ombak masa laluku bukan gelombang masa depanmu. (Dipetik daripada Ketika Kami Bercerita Tentangnya , Antalogi Anak Bumi Tercinta,Dewan Bahasa Pustaka)

www.papercollection.wordpress.com 12 36

Berdasarkan rangkap kedua sajak tersebut, perwatakan bapa penyajak boleh dianggap sebagai A Seorang bapa yang menyayangi keluarganya. B Seorang bapa yang suka duduk di rumah sahaja. C Seorang bapa yang suka bercerita kepada anak-anak. D Seorang bapa yang mempunyai pengalaman yang luas.

37

Berdasarkan sajak di atas, bagaimanakah kehidupan penyajak? A Kecewa kerana miskin. B Bahagia walaupun miskin. C Sentiasa mengeluh kerana miskin. D Bercita-cita tinggi walaupun miskin.

38

semoga ombak masa laluku bukan gelombang masa depanmu Unsur gaya bahasa yang terdapat dalam kedua-dua baris sajak di atas ialah A perlambangan. B personifikasi. C metafora. D simile.

39

Berikut merupakan pengajaran yang dapat diperoleh dalam sajak ini, kecuali A Kita perlulah reda menerima ketentuan Tuhan. B Kita perlulah menghormati bapa yang telah banyak berjasa kepada kita. C Kita perlu mengasihi orang tua kita kerana mereka telah membesarkan kita. D Kita perlulah saling membantu untuk meringankan beban yang ditanggung keluarga.

40

Apakah harapan bapa penyajak terhadap anak-anaknya? A Anak-anaknya dapat memahaminya punca mereka miskin. B Anak-anaknya dapat hidup berdikari selepas dia tiada lagi. C Anak-anaknya terus berjuang untuk meneruskan kehidupan. D Anak-anaknya tidak mewarisi kemiskinan seperti yang dialaminya.

KERTAS SOALAN TAMAT

www.papercollection.wordpress.com 1 SULIT Bahasa Melayu Kertas 2 Ogos 2011 2 jam

02/2

ANJURAN MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA PENILAIAN MENENGAH RENDAH ( PMR ) TAHUN 2011 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1.

Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian. Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C dan Bahagian D.

2.

Bahagian A terdiri daripada dua bahagian: Bahagian A (i) dan Bahagian A (ii). Anda dikehendaki supaya menjawab kedua-dua bahagian tersebut. Bahagian B dan Bahagian D juga mesti dijawab. Manakala Bahagian C mempunyai lima pilihan soalan dan anda diminta supaya menjawab satu soalan sahaja.

3.

Anda dinasihati supaya mengambil masa 40 minit untuk menjawab Bahagian A, 25 minit untuk Bahagian B, 45 minit untuk Bahagian C dan 10 minit untuk Bahagian D.

4.

Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya ruang jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada pengawas peperiksaan.

Kertas soalan ini mengandungi 6 halaman bercetak 02/2

[Lihat sebelah SULIT

www.papercollection.wordpress.com 2 Bahagian A (i) : Ringkasan [20 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang manfaat KOMSAS kepada murid. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Bidang sastera telah lama bertapak di dunia ini. Bidang sastera negara juga telah lama berkembang. Pengajaran dan pemelajaran sastera (KOMSAS) dalam Bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam membantu murid untuk mengenali warisan sastera. Warisan itu harus dikekalkan agar tidak lenyap ditelan zaman. Dunia tanpa sempadan yang menyerang masyarakat kini mampu menghakis warisan itu sedikit demi sedikit jika kita tiada kesedaran untuk memeliharanya mulai sekarang. KOMSAS mampu membentuk jati diri murid secara tidak langsung. Mereka dapat membentuk jati diri yang berkualiti daripada mesej yang tersirat dan tersurat di balik karya penulis. Umpamanya, murid dapat memupuk semangat cinta akan negara apabila membaca karya tentang perjuangan membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah. Oleh hal yang demikian, semangat patriotisme dapat disemai dalam jiwa murid. Kewujudan KOMSAS memberikan banyak faedah kepada murid. Mereka dapat meningkatkan pengetahuan, terutamanya tentang sejarah yang turut diselitkan dalam karya sastera. Selain itu, murid dapat mempelajari teknik untuk menghasilkan karya kreatif yang baik. KOMSAS juga dapat memupuk minat membaca dalam kalangan murid. Ada banyak bahan bacaan dalam pelbagai genre sastera yang dimuatkan dalam antologi yang diajarkan di sekolah. Nilai murni dan pengajaran yang diselitkan dalam teks KOMSAS pula dapat dijadikan sebagai pegangan hidup. Secara tidak langsung, murid yang berakhlak mulia dapat dilahirkan. Mereka juga dapat meningkatkan penggunaan bahasa yang betul dan mengenali perkataan yang baharu. Malahan, KOMSAS dapat memperkenalkan murid kepada penulis dan sasterawan negara. Memang menyedihkan apabila remaja kini tidak mengenali sasterawan negara. Kehadiran KOMSAS dapat memperkenalkan penulis mapan yang telah banyak berjasa dalam dunia penulisan negara kepada murid. Usaha dan jasa penulis tersebut harus dikenang sepanjang zaman kerana berkat perjuangan mereka, bahasa dan sastera negara masih bernyawa hingga hari ini biarpun diancam globalisasi. Keunikan sastera harus dipelihara agar kekal buat selamalamanya. Tuntasnya, KOMSAS relevan untuk diajarkan kepada murid. (Dipetik dan diubahsuaikan daripada KOMSAS Membantu Murid Mengenali Sastera, Mohd Haniff Mohammad Yusoff, Pelita Bahasa, Mac 2011)

www.papercollection.wordpress.com 3 Bahagian A (ii) : Pemahaman [10 markah] Berdasarkan petikan Bahagian A(i), jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. 1..

Berikan maksud rangkai kata lenyap ditelan zaman . [2 markah]

2.

Berdasarkan petikan, apakah faktor-faktor yang dapat menghakis warisan sastera? [4 markah]

3.

Pada pendapat anda, apakah masalah yang timbul semasa pengajaran dan pemelajaran KOMSAS di sekolah? [4 markah]

www.papercollection.wordpress.com 4

Bahagian B [ 20 markah] Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang kepentingankepentingan sukan. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

mengharumkan nama negara

memupuk semangat perpaduan

Kepentingan sukan

membentuk disiplin diri

menyihatkan tubuh badan

www.papercollection.wordpress.com 5

Bahagian C [40 markah] Pilih satu daripada soalan di bawah. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.

1

Pada cuti persekolahan yang lalu, anda sekeluarga telah bercuti di sebuah tempat yang menarik. Ceritakan pengalaman anda semasa percutian tersebut.

2

Ibu bapa mempunyai peranan penting untuk mendorong kejayaan anak-anak dalam pelajaran. Nyatakan usaha-usaha yang boleh dilakukan ibu bapa untuk memastikan anak-anak berjaya dalam pelajaran.

3

Rakan anda di luar negara berminat untuk mengetahui suasana dan kemeriahan sambutan pelbagai perayaan di negara kita. Tulis surat itu selengkapnya.

4

Berjimat cermat merupakan amalan yang sangat dituntut dalam kehidupan. Bincangkan faedah-faedah yang diperoleh apabila kita berjimat cermat.

5

Berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian; Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Tulis sebuah cerita berdasarkan peribahasa di atas.

www.papercollection.wordpress.com 6 Bahagian D [10 markah] Jawapan mestilah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3. (i) Panas Salju karya Talib Samat (ii) Merdeka! Merdeka! Merdeka! Karya A.Rahman Hanafiah (iii) Ekspedisi karya Mohd Ghazali Tocheh (iv) Kanang Cerita Seorang Pahlawan karya Maznan Nordin

Masyarakat yang cinta akan ilmu pengetahuan

Berikan tiga contoh peristiwa yang berkaitan dengan latar masyarakat di atas.

KERTAS SOALAN TAMAT

www.papercollection.wordpress.com

1

ANJURAN MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA CAWANGAN PERLIS

___________________________________________________________________ PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA PENILAIAN MENENGAH RENDAH ( PMR ) TAHUN 2011

BAHASA MELAYU PERATURAN PEMARKAHAN

Kertas soalan ini mengandungi 11 halaman bercetak [Lihat sebelah SULIT

www.papercollection.wordpress.com

2 SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS 1 PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) 2011 PERINGKAT NEGERI PERLIS

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

A D A C A B A C B A D B B A D D C A B B

21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40

B C B B C D D D C C D A D C B A B A D D

www.papercollection.wordpress.com

3 SKEMA JAWAPAN BAHASA MELAYU KERTAS 2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN BERSAMA PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR) 2011 PERINGKAT NEGERI PERLIS

Markah penuh Kertas 2 Bahagian A(i) Bahagian A(ii) Bahagian B Bahagian C Bahagian D

: : : : : :

100 markah 20 markah 10 markah 20 markah 40 markah 10 markah

Bahagian A(i) : 20 markah 1.

Perkara yang perlu diberikan perhatian semasa membaca jawapan calon. (a) (b) (c)

Bahasa dinilai secara tanggapan (impression) Pemeriksa diminta menandakan kesalahan bahasa sebagaimana penandaan karangan. Peringkatkan markah calon berdasarkan kriteria di bawah.

Markah bahasa (10 markah)

Peringkat

Markah

Kriteria

Cemerlang

09 - 10

Baik

06 - 08

Memuaskan

03 - 05

Penguasaan Minimum

01 -02

Bahasa baik dan lancar Berupaya menggunakan ayat sendiri. * pemilihan kata yang tepat: ayat yang gramatis * penanda wacana yang sesuai Ejaan dan tanda baca yang betul. Bahasa baik dan lancar. Masih berupaya menggunakan ayat sendiri. * pemilihan kata yang agak terhad. * ayat yang masih gramatis * penanda wacana masih sesuai Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum. Bahasa yang kurang lancar. Terdapat kesalahan yang ketara dalam ayat, ejaan dan tanda baca ATAU Menyalin ayat daripada petikan asal secara terpilih Keseluruhan jawapan menggambarkan penguasaan bahasa yang lemah. Menyalin secara terus daripada petikan.

www.papercollection.wordpress.com

4

Markah Isi ( 10 markah ) Bilangan Isi 5 4 3 2 1

Markah 09 – 10 07 – 08 05 – 06 03 – 04 01 – 02

Isi-isi Penting 1. Membantu murid mengenali warisan sastera 2. Mampu membentuk jati diri murid 3. Dapat memupuk semangat cinta akan negara / semangat patriotisme dapat disemai 4. Meningkatkan pengetahuan terutamanya tentang sejarah 5. Mempelajari teknik untuk menghasilkan karya kreatif yang baik 6. Memupuk minat membaca 7. Nilai murni dan pengajaran dapat dijadikan pegangan hidup 8. Murid berakhlak mulia dapat dilahirkan 9. Dapat meningkatkan penggunaan bahasa yang betul 10. Dapat mengenali perkataan baharu 11. Memperkenalkan murid kepada penulis dan sasterawan negara 12. memperkenalkan penulis mapan yang telah banyak berjasa dalam dunia penulisan negara kepada murid

Bahagian A (ii) : Soalan Pemahaman

Soalan 1 – Maksud kata / rangkai kata ( 2 markah ) Markah 2 markah 1 markah

0 markah

Deskripsi - Maksud tepat mengikut konteks dan ayat gramatis - Maksud tepat mengikut konteks tetapi ayat tidak lengkap - Maksud kurang tepat mengikut konteks/isi tersurat sahaja - Hanya memberikan sebahagian daripada maksud rangkai kata - Maksud tidak tepat mengikut konteks

www.papercollection.wordpress.com

5 Soalan 2 – Soalan Pemahaman ( 4 markah ) Markah 4 markah 3 markah 2 markah 1 markah 0 markah

Deskripsi - Isi dinyatakan dengan cukup serta lengkap dan ayat gramatis - Isi cukup serta lengkap mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis - Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan tetapi ayat gramatis - Isi tidak cukup dan kurang lengkap mengikut tugasan serta ayat kurang gramatis - Isi tidak mengikut tugasan tetapi ayat gramatis - Isi tidak mengikut tugasan dan ayat tidak gramatis

Soalan 3 – Soalan Pemahaman Kemahiran Berfikir ( 4 markah ) Markah 4 markah 3 markah 2 markah 1 markah 0 markah

Deskripsi - Isi relevan mengikut tugasan dan ayat yang gramatis - Isi relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang gramatis - Isi kurang relevan mengikut tugasan tetapi ayat gramatis - Isi kurang relevan mengikut tugasan dan ayat kurang gramatis - Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis - Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis

Soalan A(ii) : Pemahaman Soalan 1 (2 markah) Maksud rangkai kata lenyap ditelan zaman

-

hilang / musnah mengikut masa / waktu

2 markah

Soalan 2 (4 markah) Berdasarkan petikan, faktor-faktor yang dapat menghakis warisan sastera ialah - dunia tanpa sempadan yang menyerang masyarakat kini [2 markah] - tiada kesedaran untuk memeliharanya mulai sekarang [2 markah]

Soalan 3 (4 markah) 3.

-

Pada pendapat anda, apakah masalah yang timbul semasa pengajaran dan pemelajaran KOMSAS di sekolah 2 markah murid tidak suka / gemar membaca teks sastera 2 markah murid hanya membaca buku rujukan 2 markah

www.papercollection.wordpress.com

6 -

murid tidak faham isi kandungan terutama puisi dan prosa tradisional 2 markah Pengajaran dan pemelajaran guru tidak menarik 2 markah Murid tidak diberikan pendedahan yang secukupnya tentang KOMSAS 2 markah [Nota : Isi-isi lain yang sesuai, diterima]

Bahagian B : Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan ( 20 markah ) 1.

Periksa sehingga 120 patah perkataan atau sehingga ayat itu berakhir.

2.

Isi : sekurang-kurangnya 3.

3.

Jika calon menggunakan tiga isi atau kesemua isi dalam rajah– peringkat cemerlang.

4.

Jika calon menggunakan sebahagian isi (2 isi) – peringkat baik.

5.

Jika calon langsung tidak menggunakan isi dalam rajah – peringkat memuaskan.

6.

Isi luaran yang berkaitan dengan tugasan – diterima

7.

Jika calon tidak menjawab tugasan – markah maksimum ialah penguasaan minimum. Markah boleh dinaikkan ke peringkat memuaskan jika bahasa cemerlang. Isi Dalaman 3/4 2 2 1 1 0

Isi Luaran 0 1 0 1 2 3

Peringkat Cemerlang

Baik Memuaskan

Kriteria Penskoran Peringkat

Markah

16 – 20 Cemerlang

( 18- 20 ) ( 16 - 17 )

Deskripsi - Ayat yang gramatis. - Kata dan kosa kata luas dan tepat. - Kesalahan penggunaan kata yang minimum. - Ejaan dan tanda baca yang betul. - Idea yang relevan berdasarkan tugasan. - Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan sesuai dan berkembang. - Pengolahan yang menarik dan berkesan.

www.papercollection.wordpress.com

7

11 – 15 Baik

( 13 - 15 ) ( 11 - 12 )

06 – 10 Memuaskan

( 08 - 10 ) ( 06 - 07 )

Penguasaan Minimum

01- 05

- Ayat masih gramatis. - Kata masih luas dan kosa kata tepat. - Kesalahan penggunaan kata yang minimum - Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum. - Idea yang relevan berdasarkan tugasan. - Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan masih sesuai tetapi kurang dikembangkan. - Pengolahan masih menarik - Ayat kurang gramatis. - Kata dan kosa kata yang terhad - Kesalahan penggunaan kata yang ketara. - Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara - Idea yang relevan berdasarkan tugasan. - Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan yang terhad - Pengolahan tidak menarik - Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap. - Idea kabur / tidak berkaitan dengan tugasan.

Langkah-langkah memeriksa 1. Perkara yang perlu diberikan perhatian semasa membaca jawapan calon. a) Menjawab tugasan. b) Bahasa c) Kerelevanan idea d) Pengolahan

Isi-isi cadangan 1.

mengharumkan nama negara

2.

menyihatkan tubuh badan

3.

membentuk disiplin diri

4.

memupuk semangat perpaduan

5.

meningkatkan ekonomi negara

www.papercollection.wordpress.com

8 Bahagian C : Karangan Respons Terbuka ( 40 markah ) Kriteria Penskoran Peringkat

Markah

33 – 40 Cemerlang

( 37 - 40 ) ( 33 - 36 )

25 – 32 Kepujian

( 29 – 32 ) ( 25 - 28 )

17 – 24 Baik ( 21 - 24 ) ( 17 - 20 )

09 – 16 Memuaskan ( 13 - 16 ) ( 09 - 12 )

Deskripsi - Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat - Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. - Penggunaan penanda wacana yang betul - Ejaan dan tanda baca yang betul. - Penggunaan kosa kata luas dan tepat. - Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh-contoh yang sesuai. - Pengolahan menarik dan berkesan dengan pemerengganan yang sesuai dan format menepati kehendak tugasan. - Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik. - Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat. - Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. - Penggunaan penanda wacana yang sesuai. - Ejaan dan tanda baca yang betul. - Penggunaan kosa kata luas. - Idea yang relevan dengan huraian yang jelas berserta dengan contoh. - Pengolahan menarik dengan pemerengganan yang sesuai dan format menepati kehendak tugasan. - Penggunaan ungkapan yang mudah seperti peribahasa, pantun, cogan kata dan frasa yang menarik. - Penggunaan pelbagai jenis kata yang sesuai. - Penggunaan ayat majmuk gabungan yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum. - Penggunaan penanda wacana yang masih sesuai. - Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum - Penggunaan kosa kata umum tetapi terdapat kesalahan yang minimum. - Idea masih relevan dengan huraian yang masih jelas. - Pengolahan masih menarik dengan pemerengganan dan format yang masih sesuai mengikut tugasan. - Penggunaan pelbagai jenis kata yang terhad. - Penggunaan ayat yang mudah tetapi terdapat kesalahan yang minimum. - Penggunaan penanda wacana yang kurang tepat -Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara - Idea masih relevan/ idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas. - Pengolahan kurang menarik dengan pemerengganan yang kurang sesuai dan format yang kurang tepat / format bercampur aduk.

www.papercollection.wordpress.com

9 Penguasaan Minimum

01 – 08 ( 05 - 08 ) ( 01 - 04 )

- Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan bahasa yang tidak cekap. -Tidak menjawab tugasan soalan ( jenis hafalan )

Langkah-langkah memeriksa 1. Perkara yang perlu diberikan perhatian semasa membaca jawapan calon. a) Menjawab tugasan. b) Bahasa c) Kerelevanan idea d) Pengolahan 2. Pemotongan kesalahan ejaan tidak lebih daripada 2 markah.

KRITERIA MENILAI KEMAHIRAN MENULIS ASPEK BAHASA

IDEA

PENGOLAHAN

KRITERIA - Kegramatisan : Kata ( Morfologi ), Ayat ( Sintaksis ) - Ejaan dan tanda baca yang betul - Kosa kata luas dan tepat - Isi-isi sesuai - Huraian isi jelas - Contoh yang sesuai - Pengolahan menarik dan berkesan - Pemerengganan sesuai - Format menepati tugasan - Unsur keindahan bahasa ( pantun dan peribahasa )

Soalan C : Karangan Respons Terbuka Soalan 1 a. b. c.

Jika calon menceritakan pengalaman dirinya bersama dengan rakan-rakannya – maksimum peringkat kepujian. Jika calon menceritakan pengalamannya pada hujung minggu – diterima Jika calon menceritakan pengalamannya bercuti di kampung - diterima

www.papercollection.wordpress.com

10

Soalan 2 a..

Jika calon mengemukakan usaha-usaha pihak lain – maksimum peringkat baik Jika calon mengemukan usaha pelbagai pihak termasuk ibu bapa – diterima Jika calon menceritakan usahanya sendiri – maksimum peringkat baik

b. c.

Soalan 3 a. b. c. d.

Format : Surat kiriman tidak rasmi Jika format tidak lengkap – impression turun sedikit (1-3 markah) Jika bukan format surat kiriman tidak rasmi – maksimum peringkat kepujian Jika calon mengemukakan satu perayaan sahaja – diterima

Soalan 4 a.

Jika calon mengemukakan faedah-faedah menabung – maksimum peringkat kepujian Jika calon mengemukakan cara-cara berjimat cermat – maksimum peringkat baik

b.

Soalan 5 a..

Jika calon menulis karangan fakta / perbincangan – diterima

Bahagian D : Pemahaman Novel ( 10 markah )

Pembahagian Markah Perincian Isi Bahasa

Markah 6 markah 4 markah

Perhatian bagi jawapan Bahagian D a) b) c) d) e) f) g)

Jawapan berdasarkan novel tingkatan tiga sahaja. Jawapan hendaklah dalam ayat yang gramatis. Maksimum 3 isi (peristiwa), 1 isi : 2 markah Markah maksimum bagi isi dan huraian isi 6 markah. Markah maksimum bagi bahasa 4 markah. Markah bahasa diberikan secara tanggapan(impression) Markah maksimum 10 markah.

www.papercollection.wordpress.com

11 Kriteria Markah Bahasa Peringkat

Markah

Cemerlang

04

Baik

02 – 03

Memuaskan

01

Deskripsi - Bahasa baik dan lancar - Ayat gramatis - Ejaan dan tanda baca yang betul - Bahasa masih baik dan masih lancar - Penggunaan ayat masih gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum - Kesalahan ejaan dan tanda baca yang minimum - Bahasa tidak cekap - Ayat tidak gramatis - Kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara

Masyarakat yang cinta akan ilmu pengetahuan Contoh peristiwa: 1.

Zulkifli dan Bushrah menghadiri kursus anak cemerlang anjuran NURI di Pusat Islam.

2.

Zilkifli melanjutkan pelajaran hingga peringkat PhD

3.

Muliyadi melanjutkan pelajaran ke luar negara.

4.

Nadhirah tetap belajar walaupun menghadapi masalah kesihatan.

5.

Nadhirah belajar di rumahnya dengan dibantu oleh Cikgu Khairani

6.

Nazli melanjutkan pelajaran ke MCKK.

7.

Zulkifli masih belajar secara jarak jauh walaupun telah berkeluarga dan mempunyai pekerjaan tetap. [Terima mana-mana isi yang relevan]

PERATURAN PEMARKAHAN TAMAT