BURNOUT DAN HUBUNGANNYA DENGAN TEKANAN KERJA DI ...

16 downloads 3978 Views 470KB Size Report
Personaliti dan minat kerjaya sering berkait rapat antara satu sama lain. Kajian ini .... Saya memperakui bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli.
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

PERSONALITY PROFILE AND CAREER INTEREST AMONG TRAINEES OF MALAYSIAN TEACHER TRAINING INSTITUTE

SITI AISHAH BINTI HAMID

FPP 2009 3

PROFIL PERSONALITI DAN MINAT KERJAYA PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

OLEH SITI AISHAH HAJI HAMID

MASTER SAINS UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA FEBRUARI 2009

PROFIL PERSONALITI DAN MINAT KERJAYA PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

OLEH SITI AISHAH HAJI HAMID

Tesis ini Dikemukakan Kepada Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia sebagai Memenuhi Keperluan Untuk Penganugerahan Ijazah Master Sains

FEBRUARI 2009

Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai memenuhi keperluan untuk Ijazah Master Sains

PROFIL PERSONALITI DAN MINAT KERJAYA PELATIH INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

Oleh SITI AISHAH BINTI HAMID FEBRUARI 2009

Pengerusi

:

Profesor Madya Sidek Mohd Noah PhD

Fakulti

:

Pengajian Pendidikan

Personaliti dan minat kerjaya sering berkait rapat antara satu sama lain. Kajian ini bertujuan untuk melihat personaliti dan minat kerjaya dalam kalangan pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia. Rekabentuk kajian ini ialah kajian ex post facto jenis korelasi bertujuan melihat hubungan antara personaliti dan minat kerjaya pelatih IPGM berdasarkan kepada Teori Pemilihan Kerjaya Holland (1973;1978;1985). Dua alat ukuran digunakan iaitu Self-Directed Search dan Inventori Personaliti Warna. Subjek kajian terdiri daripada 358 orang guru pelatih program pengajian ijazah (bidang pengkhususan yang berbeza) dua buah IPGM di negeri Kedah. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan dua kaedah statistik iaitu statistik deskriptif dan statistik inferensi. Analisis deskriptif melibatkan frekuensi, min dan peratusan sementara analisis statistik inferensi menggunakan ujian korelasi Pearson. Aras signifikan yang ditetapkan ialah pada aras .05.

ii  

Dapatan kajian menunjukkan bahawa pola personaliti pelatih IPGM didominasi oleh persekitaran minat kerjaya Sosial. Keputusan analisis menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Hijau dan Jingga dan minat kerjaya dalam bidang Realistik dan hubungan yang signifikan antara personaliti Hijau, Emas dan Jingga dan minat kerjaya dalam bidang Investigatif. Hubungan yang signifikan juga didapati antara personaliti Jingga, Hijau dan Biru dan minat kerjaya Artistik dan hubungan signifikan antara

personaliti Jingga, Emas dan Biru dengan

minat kerjaya Sosial.

Kajian juga menunjukkan hubungan yang signifikan antara Jingga, Emas, Hijau, dan Biru dengan

personaliti

minat kerjaya Enterprising serta

hubungan signifikan antara personaliti Jingga, Emas dan Hijau dengan minat kerjaya

Conventional.

Sehubungan

dengan

keputusan

kajian

diperolehi, beberapa implikasi dan cadangan telah dikemukakan.

iii  

yang

Abstract of thesis presented to the Senate of Universiti Putra Malaysia in fullfillment of the requirements for the degree of Master of Science

PERSONALITY PROFILE AND CAREER INTEREST AMONG TRAINEES OF MALAYSIAN TEACHER TRAINING INSTITUTE

By SITI AISHAH BINTI HAMID FEBRUARY 2009

Chairman

:

Associate Professor Sidek Mohd Noah PhD

Faculty

:

Educational Studies

Previous researches have shown that there is a relationship between one’s personality and career interest. This study, framed by Holland’s Theory of Career Choices(1973;1978;1985), identifies the relationship between the personality and career interest of trainee teachers undergoing the Bachelor Degree of Education in a teacher training institute in Kedah. The research design in this study was correlational ex post facto.Two instruments were used in this study, that were Self-Directed Search and Colours Personality Inventory. The data collected were

analysed by two

statistical analysis that were descriptive statistics and inferential analysis. The descriptive analysis used were frequency, mean and percentage whereby the inferential analysis used was Pearson’s Correlation. The level of significance chosen was .05.

  iv  

The findings showed that there was a significant relationship between Green and Orange personality and vocational interest in Realistic and a significant relationship between Green, Gold and Orange personality and vocational interest in Investigative. There was also a significant relationship between Orange, Green and Blue personality with vocational interest in Artistic and there was a significant relationship between Orange, Blue and Gold personality and vocational interest in Social. The findings also showed there was a significant relationship between Orange, Gold, Green and Blue personality and vocational interest in Enterprising and a significant relationship between Orange, Gold and Green personality and vocational interest in Conventional. Based on the findings of this study, implications and suggestions were put forward.

  v  

7 PENGHARGAAN

Sejuta kesyukuran dirafa’kan kepada Allah swt kerana dengan izin-Nya dapat saya menyiapkan tesis ini dengan jayanya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada kedua-dua penyelia Profesor Madya Dr Sidek Mohd Noah dan Dr Haji Jamaluddin Ahmad kerana membimbing dengan penuh kesabaran dan komitmen yang tinggi sehinggalah tesis ini dapat disiapkan.Penghargaan terima kasih atas komenkomen dan cadangan penambahbaikan daripada Prof Dr Sharifah Mohd Nor selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksa, Dr Zuria Mahmud pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia selaku pemeriksa luar, Dr Maznah Baba dan Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir selaku Ahli Jawatankuasa Pemeriksa. Segala cadangan penambahbaikan membantu saya menyempurnakan tesis ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pensyarah dan rakan-rakan yang turut sama membantu memberikan tunjuk ajar, dorongan dan nasihat di sepanjang proses tesis ini dilakukan. Tesis ini didedikasikan untuk ayahanda Haji Hamid bin Hassan dan bonda Habsah Haji Ismail serta ayahanda mertua Sulaiman Haji Md Yassin dan bonda Jamaliah binti Elham. Ucapan penghargaan terima kasih tidak terhingga kepada suami saya Mohd Najib Sulaiman yang menjadi tulang belakang saya atas sokongan yang tidak berbelah bahagi dan motivasi berterusan sehingga ke saat ini. Anak-anak yang memahami dan bertoleransi sepanjang masa. Nabil Syakir, Nabil Harith, Nabil Fikri, Nabilah Wafa’ dan Nabil Zaki, ucapan terima kasih atas sokongan dan dorongan. Seterusnya dedikasi untuk sahabat-sahabat seperjuangan, kaunselor-kaunselor di seluruh Malaysia dan semua responden yang terlibat dalam penyelidikan ini serta pihak pengurusan Bahagian Pendidikan Guru, IPGM Kampus Darul Aman dan Kampus Sultan Abdul Halim atas bantuan dan sokongan yang diberikan.

Semoga penulisan ini memberikan sesuatu yang bermakna kepada mereka yang memerlukan.

SITI AISHAH HAJI HAMID

vi

Saya mengesahkan bahawa satu jawatankuasa Pemeriksa telah berjumpa pada tarikh viva voce untuk menjalankan peperiksaan akhir bagi Siti Aishah bt Hamid untuk menilai tesis Master Sains (Bimbingan dan Kaunseling) beliau yang bertajuk “Profil Personaliti Dan Minat Kerjaya Pelatih Institut Pendidikan Guru Malaysia” mengikut Akta Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1980 dan Peraturan Universiti Pertanian Malaysia (Ijazah Lanjutan) 1981. Jawatankuasa Pemeriksa tersebut telah memperakukan bahawa calon ini layak dianugerahi ijazah berkenaan. Ahli Pemeriksa Jawatankuasa adalah seperti berikut:

Nama Pengerusi, PhD Pangkat (Profesor/Profesor Madya/Ir)-jika berkenaan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Pengerusi)

Nama Pemeriksa 1, PhD Pangkat (Profesor/Profesor Madya/Ir)-jika berkenaan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Pemeriksa Dalam)

Nama Pemeriksa 2, PhD Pangkat (Profesor/Profesor Madya/Ir)-jika berkenaan Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Pemeriksa Dalam)

Nama Pemeriksa Luar, PhD Pangkat (Profesor/Profesor Madya/Ir)-jika berkenaan Nama Jabatan dan/atau Fakulti Nama Organisasi (Universiti/Institusi) Negara (Pemeriksa Luar) ________________________ BUJANG BIN KIM HUAT, PhD Profesor dan Timbalan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia Tarikh: 27 Ogos 2009 vii  

Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima sebagai memenuhi syarat keperluan untuk ijazah Master Sains (Bimbingan dan Kaunseling). Ahli Jawatankuasa Penyeliaan adalah seperti berikut:

Sidek Mohd Noah, PhD Profesor Madya Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Pengerusi)

Jamaluddin Ahmad, PhD Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (Ahli)

_____________________ HASANAH MOHD. GHAZALI, PhD Profesor dan Dekan Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia Tarikh: 11 September 2009

viii  

PERAKUAN

Saya memperakui bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan petikan dan sedutan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya. Saya juga memperakui bahawa tesis ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak dengan ini, untuk ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau di institusi lain.

___________________ SITI AISHAH BT HAMID Tarikh: 20 Ogos 2009

ix  

JADUAL KANDUNGAN

Halaman ABSTRAK

ii

ABSTRACT

iv

PENGHARGAAN

vi

PENGESAHAN

vii

PERAKUAN

ix

SENARAI JADUAL

xiii

SENARAI RAJAH

xvii

SENARAI SINGKATAN

xviii

PENGENALAN KAJIAN

1

Pengenalan

1

Latar Belakang Kajian

1

Pendekatan Teori

6

BAB I

Teori Minat Kerjaya Holland

6

Teori Personaliti Warna

19

Pernyataan Masalah

24

Persoalan Kajian

27

Objektif Kajian

29

Hipotesis Kajian

30

Definisi Pembolehubah Kajian

34

Personaliti

34

Minat kerjaya

35

Pelatih

36

Kepentingan Kajian

36

Ringkasan

38

x

II

III

KAJIAN-KAJIAN LEPAS

39

Pengenalan

39

Hubungan Personaliti dengan Minat Kerjaya

39

Kajian-Kajian

39

Ringkasan

53

METOD KAJIAN

55

Pengenalan

55

Rekabentuk Kajian

55

Kerangka Konsep Kajian

57

Alat Kajian

57

Bahagian A : Biodata Responden

58

Bahagian B : Inventori Personaliti Warna

58

Bahagian C : Inventori Self-Directed Search

59

Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Kajian

IV

59

Inventori Personaliti Warna

60

Inventori Self Directed-Search

60

Tempat Kajian

61

Subjek Kajian

61

Populasi Kajian

61

Sampel kajian

63

Prosedur Kajian

64

Penganalisisan Data Statistik

66

Kaedah Pemarkatan

66

Pengujian Hipotesis

68

Ringkasan

72

KEPUTUSAN KAJIAN

73

Pengenalan

73

Keputusan Kajian

73

Aspek demografi responden

xi

74

V

Profil Personaliti Pelatih IPG

80

Pengujian hipotesis kajian

111

Rumusan

119

Ringkasan

125

PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

126

Pengenalan

126

Perbincangan

126

Hubungan personaliti warna dengan

132

minat kerjaya Realistik Hubungan personaliti warna dengan

137

minat kerjaya Investigatif Hubungan personaliti warna dengan

139

minat kerjaya Artistik Hubungan personaliti warna dengan

143

minat kerjaya Sosial Hubungan personaliti warna dengan

146

minat kerjaya Enterprising Hubungan personaliti warna dengan

148

minat kerjaya Conventional Implikasi Kajian

150

Cadangan - cadangan

164

Rumusan dan Penutup

170

BIBLIOGRAFI

173

LAMPIRAN

178

BIODATA PELAJAR

193

xii

SENARAI JADUAL

Jadual

Halaman

1

Tahap ketekalan dan pola personaliti

15

2

Model Gaya Individu dan Persekitaran Pekerjaan Mengikut Holland

17

3

Deskripsi Persekitaran Akademik Holland

18

4

Pentafsiran Personaliti IPW

21

5

Minat kerjaya Holland dan bidang pengajian yang dikaji

62

6

Jenis personaliti warna dan item yang berkaitan

66

7

Jenis personaliti Holland dan item yang berkaitan

67

8

Pemilihan statistik berasaskan skala pengukuran r mengikut Tuckman

69

9

Taburan responden mengikut kumpulan bidang pengajian

75

10

Taburan responden mengikut jantina

76

11

Pembahagian responden mengikut bidang pengkhususan dan jantina.

77

12

Taburan responden mengikut bangsa

78

13

Kod persekitaran berdasarkan jumlah min bagi semua keseluruhan kumpulan SDS.

81

13a

Kod persekitaran berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Pendidikan Jasmani.

82

13b

Kod persekitaran berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Bahasa Inggeris.

83

13c

Kod persekitaran berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Bahasa Cina.

84

xiii

13d

Kod persekitaran berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Bahasa Melayu.

85

13e

Kod persekitaran berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Bahasa Tamil.

86

13f

Kod persekitaran berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Pendidikan Khas.

87

13g

Kod persekitaran berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Kajian Sosial.

88

13h

Kod persekitaran berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Bahasa Arab.

89

13i

Kod persekitaran berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Seni Visual.

90

13j

Kod persekitaran berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Ekonomi/Sejarah.

91

13k

Kod persekitaran berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Pengajian Islam.

92

13l

Kod persekitaran berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Pengajian Akaun.

93

13m

Kod persekitaran berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Pengajian Sains.

94

13n

Ringkasan dapatan kajian mengenai penentuan pemilihan kerjaya pelatih mengikut bidang pengkhususan responden.

95

14

Kod personaliti warna berdasarkan jumlah min bagi semua keseluruhan kumpulan IPW.

96

14a

Kod personaliti warna berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Pendidikan Jasmani.

97

14b

Kod personaliti warna berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Bahasa Inggeris.

98

14c

Kod personaliti warna berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Bahasa Cina.

99

xiv

14d

Kod personaliti warna berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Bahasa Melayu.

100

14e

Kod personaliti warna berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Bahasa Tamil.

101

14f

Kod personaliti warna berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Pendidikan Khas.

102

14g

Kod personaliti warna berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Kajian Sosial.

103

14h

Kod personaliti warna berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Bahasa Arab.

104

14i

Kod personaliti warna berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Pendidikan Seni Visual.

105

14j

Kod personaliti warna berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Ekonomi/Sejarah.

106

14k

Kod personaliti warna berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Pengajian Islam.

107

14l

Kod personaliti warna berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Pengajian Akaun.

108

14m

Kod personaliti warna berdasarkan jumlah min bagi bidang pengkhususan Pengajian Sains.

109

14n

Ringkasan dapatan kajian mengenai penentuan personaliti warna pelatih mengikut bidang pengkhususan responden.

110

15

Hubungan antara personaliti warna dan minat kerjaya dalam bidang Realistik.

111

16

Hubungan antara personaliti warna dan minat kerjaya dalam bidang Investigatif.

113

17

Hubungan antara personaliti warna dan minat kerjaya dalam bidang Sosial.

114

18

Hubungan antara personaliti warna dan minat kerjaya dalam bidang Artistik.

115

xv

19

Hubungan antara personaliti warna dan minat kerjaya dalam bidang Enterprising.

116

20

Hubungan antara personaliti warna dan minat kerjaya dalam bidang Conventional.

118

21

Keputusan Kajian Hubungan Signifikan mengikut Hipotesis.

119

22

Penambahbaikan Plan Tindakan Pemilihan Pelatih Guru.

163

23

Rumusan cadangan aplikasi inventori personaliti warna dan minat kerjaya untuk setiap peringkat pelajar.

168

xvi

SENARAI RAJAH

Rajah

1

Halaman

Model Heksagon Holland: Konsep Keselarasan

13

Personaliti-Persekitaran

2

Carta yang menunjukkan taburan responden

75

mengikut kumpulan bidang pengajian(SDS)

3

Carta yang menunjukkan taburan responden

76

mengikut jantina

4

Carta yang menunjukkan taburan responden mengikut bangsa atau keturunan

xvii

79

SENARAI SINGKATAN

BPG IPDA IPG IPGM IPSAH H1 H2 H3 H4 H5 H6 R I A S E C IPW IK MtesT PIPP PISMP SD SDS SPM SPSS TESL dk n p r r² sp t T Y < >

Bahagian Pendidikan Guru Institut Perguruan Darulaman Institusi Pendidikan Guru Institut Pendidikan Guru Malaysia Institut Perguruan Sultan Abdul Halim Hipotesis 1 Hipotesis 2 Hipotesis 3 Hipotesis 4 Hipotesis 5 Hipotesis 6 Realistik Investigatif Artistik Sosial Enterprising Conventional Inventori Personaliti Warna Indeks Keselarasan Malaysian Teacher’s Selection Test Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Standard Deviation Self-Directed Search Sijil Pelajaran Malaysia Statistical Packages for the Sosial Science Teaching English as a Second Languange Darjah kebebasan Bilangan sampel Aras signifikan pekali korelasi pekali penentuan Sisihan piawai perbezaan dua sampel tidak bersandar Tidak Ya Kurang daripada Lebih daripada

xviii

BAB 1

PENGENALAN KAJIAN

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan mengenai latar belakang kajian, pendekatan teori, pernyataan masalah, tujuan kajian, kepentingan kajian, skop kajian, definisi dan hipotesis-hipotesis kajian yang berkaitan hubungan antara personaliti dan minat kerjaya.

Latar Belakang Kajian

Penubuhan

Institut

Pendidikan

Guru

Malaysia

(IPGM)

bertujuan

untuk

meningkatkan dan memantapkan latihan perguruan. IPG sebagai institut latihan yang khusus dalam bidang keguruan mempunyai budayanya yang tersendiri selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru iaitu melahirkan guru yang berpekerti mulia, berpandangan

1

progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kehidupan negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan disiplin. Selain daripada itu IPG sebagai sebuah institusi unggul yang melatih guru agar memiliki personaliti unggul (towering personality), pakar yang berkemampuan dengan kebolehan(capable specialist with capable generalist) (BPG, 2007) ke arah merealisasi dasar perolehan, saksama, mutu, berkesanan dan pedagogi yang berhasil (accessibility, equity, quality, effective and efficient pedagogy seperti yang dimanifestasikan

dalam

Dasar

Rancangan

Jangka

Panjang

Kementerian

Pendidikan Malaysia 2001-2010.

IPG juga diharapkan dapat membentuk dan melahirkan guru yang mengamalkan dimensi budaya ilmu, kepimpinan, kerja profesional, akhlak dan moral, penyayang, hidup sihat dan estetika. Keguruan ialah satu jawatan profesional sepertimana kerjaya-kerjaya lain dalam masyarakat seperti peguam, perubatan, akauntan, kaunselor, kejuruteraan dan perniagaan. Status profesional ini diberikan kepada sektor keguruan kerana ia adalah sesuatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu. Ikhtisas keguruan ialah latihan yang mendalam yang perlu

diikuti

oleh

setiap

guru

jika

dia

ingin

meningkatkan

tahap

profesionalismenya. Sebagai contoh kursus Diploma Perguruan Malaysia, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) yang sedang dijalankan di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Profesion

2

keguruan juga dianggap sebagai satu jawatan profesional

kerana ia adalah

pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab, integriti dan akauntabiliti terhadap masyarakat. Justeru itu kajian yang lebih mendalam terhadap minat kerjaya dan personaliti guru perlu dijalankan untuk mencapai aspirasi negara kita. Sehubungan dengan itu kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti personaliti guru yang ada dalam kalangan pelatih IPG.

Personaliti adalah organisasi dinamik sistem-sistem psikologikal dalam diri individu yang menentukan ciri-ciri tingkah laku dan pemikirannya (Allport, 1971). Personaliti adalah merupakan satu pola trait-trait yang unik yang ada pada individu (Guilford dalam Levey, 1970:7). Setiap individu yang wujud di muka bumi ini mempunyai sifat, sikap, gaya dan personaliti yang tersendiri. Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang individu itu yang berbeza daripada seorang manusia dengan manusia yang lain.

Mengikut Abdul Majid Mohd. Isa dan Rahil Mahyuddin (1987) personaliti berasal daripada perkataan Latin, persona iaitu topeng yang dipakai oleh pelakon pentas. Mereka menjelaskan bahawa personaliti ialah perkaitan antara pemikiran, perasaan dengan perlakuan manusia. Bagaimana manusia

menggambarkan

pemikiran, emosi dan perasaan mereka adalah perkara yang menjadi kajian ahli psikologi personaliti. Trait-trait personaliti lazimnya dapat dikenali melalui kecenderungan terhadap subjek-subjek sekolah, aktiviti-aktiviti rekreasi, hobi dan kerja serta minat vokasional adalah merupakan ekspresi personaliti (Brown &

3

Brooks, 1984). Jelas bahawa terdapat banyak definisi personaliti yang telah dikemukakan

namun ianya tidak universal. Justeru itu kita hanya dapat

mentakrifkan “personaliti” secara umumnya merupakan gabungan ke-bolehan mental,

minat

dan

sikap

serta

pembolehubah-pembolehubah

lain

yang

membentuk pemikiran, perasaan dan tingkah laku individu.

Mengikut Havighurst (1981 dalam Ahmad Jazimin, 2000), personaliti adalah tingkah laku yang dipelajari dan ianya berkembang melalui kematangan dan pembelajaran. Personaliti terbentuk hasil daripada pembelajaran melalui interaksi dengan persekitaran, terutama sekali interaksi dengan orang yang signifikan dengan diri individu tersebut.

Logvinenko (1999), dalam Colour in Visual Science, Art and Personality Assessment telah menghuraikan maksud tertentu dalam personaliti berkaitan dengan warna. Menurut beliau personaliti Hijau (Pemikiran) adalah dikatakan seorang yang tegas dan susah untuk menerima perubahan. Di samping itu mereka juga

dianggap sebagai seorang yang persistent, posesif dan

mementingkan diri sendiri. Personaliti warna ini juga menunjukkan seseorang itu mempunyai citarasa yang tinggi, bersifat kebendaan, mahu diiktiraf, dikenali dan perlu untuk diberi perhatian tetapi bimbang tentang kegagalan yang akan dihadapi. Mereka adalah seorang yang kritikal terhadap sesuatu, suka menggunakan kata-kata yang menyakitkan hati dan keras.

4

Personaliti Biru (Perasaan) pula mewakili ketenangan dan keikhlasan, sensitif dan mudah tersinggung. Personaliti ini tidak panik, boleh mengawal diri dan mempunyai rasa bimbang terhadap kehidupan yang bebas, dan bersedia untuk berkorban dalam beberapa matlamat dalam usaha untuk mencapai citacitanya itu. Mereka memerlukan suatu perhubungan yang bebas dan stabil daripada konflik. Dalam keadaan tertentu personaliti Biru (Perasaan) ini tidak dapat mengembangkan perhatian keluarga dan kerjaya, kesannya individu yang terlibat akan menderita tanpa disedari oleh orang lain.

Dalam kajian ini, penyelidik ingin mengkaji sejauhmanakah hubungan personaliti warna dengan minat kerjaya Holland. Dapatan kajian Ahmad Jazimin Jusoh (2000) menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti Jingga (Kebebasan) dengan kerjaya Realistik, personaliti Hijau (Pemikiran) dengan minat kerjaya Investigatif, personaliti Biru (Perasaan) dengan minat kerjaya Sosial dan Personaliti Emas (Peraturan) dengan minat kerjaya Conventional. Berasaskan dapatan kajian tersebut, penyelidik mengandaikan terdapat

hubungan

yang

signifikan

antara

personaliti

warna

Emas

(Peraturan),Hijau (Pemikiran), Biru (Perasaan) dan Jingga (Kebebasan) dengan minat kerjaya Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial, Enterprising dan Conventional. penyelidik melihat personaliti Emas (Peraturan) mempunyai hubungan yang kuat dengan minat kerjaya Conventional, personaliti Hijau (Pemikiran) mempunyai hubungan yang kuat dengan minat kerjaya Investigatif, personaliti Biru (Perasaan)

5