Contoh Surat Lantikan Felo Penyelidik dan felo Penyelidik Bersekutu

129 downloads 15576 Views 159KB Size Report
Lampiran 4 - Contoh Surat Lantikan Felo Penyelidik/Felo Penyelidik ... Y. Brs. Prof. amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.
Lampiran 4 - Contoh Surat Lantikan Felo Penyelidik/Felo Penyelidik Bersekutu UMS

2012

Contoh Surat Lantikan Felo Penyelidik/Felo Penyelidik Bersekutu

No. Ruj. : Tarikh :

NAMA & ALAMAT FELO PENYELIDIK (Penyelidik UMS) Y. Brs. Prof/…. PELANTIKAN SEBAGAI FELO PENYELIDIK Dengan segala hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk. Sukacita dimaklumkan bahawa Felo Bersekutu [Nama Pusat Kecemerlangan] adalah dilantik di kalangan ahli akademik Universiti Malaysia Sabah yang terlibat dalam projek-projek penyelidikan yang dijalankan oleh [Nama Pusat Kecemerlangan] atau memperoleh sokongan pembiayaan melalui peruntukan yang diurus oleh [Nama Pusat Kecemerlangan] atau punca biaya lain yang diusahakan untuknya oleh [Nama Pusat Kecemerlangan]. Memandangkan Y. Brs. Prof terlibat di dalam aktiviti penyelidikan [Nyatakan tajuk projek penyelidikan dimana calon Felo Penyelidik terlibat] yang diusahakan oleh [Nama Pusat Kecemerlangan], maka dengan ini saya dengan sukacitanya melantik Y. Brs. Prof sebagai Felo Penyelidik [Nama Pusat Kecemerlangan] bagi tempoh … tahun mulai ….. hingga ………. Bersama-sama ini dilampirkan sesalinan syarat-syarat perlantikan Felo Penyelidik serta Borang Maklumbalas Penerimaan untuk perhatian dan tindakan lanjut Y. Brs. Prof. Sukacita sekiranya YBhg. Prof. dapat memaklumkan sama ada menerima pelantikan ini atau sebaliknya dengan melalui fax atau e-mail atau menghantar Borang Maklumbalas seperti dilampirkan kepada Pengarah, Pusat Penyelidikan dan Inovasi, UMS. Perhatian dan pertimbangan Y. Brs. Prof. amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Yang ikhlas, Timbalan Naib Canselor (P & I) Universiti Malaysia Sabah. s.k.

: : : : :

Naib Canselor, UMS Pendaftar, UMS Pengarah, PPI Dekan/Pengarah PTJ [dimana Pusat Kecemerlangan (unit) terletak] Ketua Pusat Kecemerlangan [dimana Felo Penyelidik dilantik] Fail

BERTEKAD CEMERLANG

Lampiran 4 - Contoh Surat Lantikan Felo Penyelidik/Felo Penyelidik Bersekutu UMS

2012

SYARAT-SYARAT PELANTIKAN FELO PENYELIDIK UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

1. Felo Penyelidik adalah dilantik daripada kalangan ahli akademik Universiti

Malaysia Sabah yang terlibat dalam projek-projek penyelidikan yang diurus atau punca biaya lain yang diusahakan untuknya oleh sesebuah Pusat Kecemerlangan. 2. Tempoh pelantikan sebagai Felo Penyelidik adalah selama antara 1 hingga 3

tahun. 3. Felo Penyelidik tidak menerima sebarang elaun atau imbuhan kewangan. 4. Ahli akademik yang dilantik sebagai Felo Penyelidik, tetap menjadi ahli

jabatan, fakulti atau institut asal beliau, tetapi boleh sebagai tambahan menggunakan designasi sebagai Felo Penyelidik di sesebuah Pusat Kecemerlangan. 5. Felo Penyelidik boleh menggunakan kemudahan-kemudahan yang terdapat

di Pusat Kecemerlangan dimana ianya dilantik iaitu termasuk kemudahan makmal dan boleh melibatkan diri dalam semua ceramah, perbincangan, persidangan anjuran Pusat Kecemerlangan berkenaan tanpa dikenakan yuran pendaftaran. 6. Dari masa ke semasa, Felo Penyelidik boleh memberi ceramah, menganjurkan

aktiviti bawah naungan Pusat Kecemerlangan atau mengetuai inisiatif untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang hubungkait alam sekitar dan pembangunan. 7. Felo Penyelidik digalakkan menerbitkan karya-karya mereka sebagai

penerbitan dalam siri jenis-jenis penerbitan Pusat Kecemerlangan dimana beliau dilantik.

BERTEKAD CEMERLANG

Lampiran 4 - Contoh Surat Lantikan Felo Penyelidik/Felo Penyelidik Bersekutu UMS

2012

PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

BORANG MAKLUMBALAS PENERIMAAN PELANTIKAN SEBAGAI FELO PENYELIDIK Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah Jalan UMS 88400 Kota Kinabalu No. Faks : 088-320127 Tuan, PELANTIKAN SEBAGAI FELO PENYELIDIK Perkara tersebut di atas dan surat pihak tuan yang bertarikh…………………………adalah dirujuk. Dengan hormat dimaklumkan bahawa saya menerima / tidak menerima pelantikan sebagai Felo Penyelidik di [Nama Pusat Kecemerlangan] bagi tempoh xxxx tahun bermula dari xxxxx hingga xxxxx Sekian, terima kasih.

Yang benar, Nama

: ___________________________________________________

Alamat

: ___________________________________________________

No. Tel

: ___________________________________________________

No. Faks

: ___________________________________________________

E-mail

: ___________________________________________________

Tarikh

: ____________________________________________________

BERTEKAD CEMERLANG

Lampiran 4 - Contoh Surat Lantikan Felo Penyelidik/Felo Penyelidik Bersekutu UMS

2012

NAMA & ALAMAT FELO PENYELIDIK BERSEKUTU]

Y. Brs. Prof./Tuan PELANTIKAN SEBAGAI FELO PENYELIDIK BERSEKUTU DI [Nama Pusat Kecemerlangan] UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Saya dengan sukacitanya memaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah bersetuju melantik YBhg. Prof. sebagai Felo Penyelidik Bersekutu di [Nama Pusat Kecemerlangan], UMS untuk tempoh xxx tahun mulai dari tarikh melapor diri. Sepanjang perkhidmatan, tugas-tugas yang akan dijalankan oleh Y. Brs. Prof. adalah seperti berikut : i.

penglibatan sekurang-kurangnya dalam 1 projek penyelidikan berkaitan bidang tujahan penyelidikan [Nama Pusat Kecemerlangan]

ii.

menerbitkan hasil penyelidikan dalam jurnal yang berindeks secara bersama dengan [Nama Pusat Kecemerlangan]

iii.

membentang kertas kerja / kerta teknikal dalam bidang tujahan [Nama Pusat Kecemerlangan]

iv.

membuat semakan, pemurnian dan pentahsian sesuatu laporan dan manuskrip.

v.

menjadi penyelia bersama atau ahli jawatankuasa penyeliaan pelajar pasca siswazah.

vi.

memberi nasihat dalam perancangan strategik, pengurusan penyelidikan di [Nama Pusat Kecemerlangan]

vii.

membantu meningkatkan penghasilan karya dan terbitan [Nama Pusat Kecemerlangan]

viii.

merangsangkan jaringan serta jangkauan [Nama Pusat Kecemerlangan] untuk mengukuhkan hubungan dengan pihak berkepentingan di peringkat antarabangsa / kebangsaan.

ix.

Menyampaikan Seminar Penyelidikan / Syarahan Umum.

Sukacita sekiranya YBhg. Prof. dapat memaklumkan kepada saya sama ada menerima pelantikan ini atau sebaliknya melalui fax atau e-mail atau menghantar Borang Maklumbalas seperti dilampirkan kepada Pengarah, Pusat Penyelidikan dan Inovasi, UMS. BERTEKAD CEMERLANG

Lampiran 4 - Contoh Surat Lantikan Felo Penyelidik/Felo Penyelidik Bersekutu UMS

2012

Perhatian dan pertimbangan Y. Brs. Prof. amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. Yang ikhlas,

TIMBALAN NAIB CANSELOR (P & I) Universiti Malaysia Sabah s.k.

: : : : :

Naib Canselor, UMS Pendaftar, UMS Pengarah, PPI Dekan/Pengarah PTJ [dimana Pusat Kecemerlangan (unit) terletak] Ketua Pusat Kecemerlangan [dimana Felo Penyelidik Bersekutu dilantik] Fail

BORANG MAKLUMBALAS PENERIMAAN BERTEKAD CEMERLANG

Lampiran 4 - Contoh Surat Lantikan Felo Penyelidik/Felo Penyelidik Bersekutu UMS

2012

PELANTIKAN SEBAGAI FELO PENYELIDIK BERSEKUTU

Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi Aras 5, Blok Utara, Bangunan Canselori Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu Universiti Malaysia Sabah Fax : 088-320127

Y. Brs. Prof., PELANTIKAN SEBAGAI FELO BERSEKUTU DI [Nama Pusat Kecemerlangan] UNIVERSITI MALAYSIA SABAH Dengan hormatnya merujuk kepada surat pihak Y. Brs. Prof. [No. Rujukan] bertarikh xxx mengenai perkara di atas. Saya BERSETUJU/TIDAK BERSETUJU menerima pelantikan sebagai Felo Penyelidik Bersekutu di [Nama Pusat Kecemerlangan], Universiti Malaysia Sabah untuk tempoh xxxx tahun mulai tarikh melapor diri. Sekian, terima kasih.

Yang benar

…………………………… (Tandatangan) Nama Alamat Organisasi

: :

[*Potong mana yang tidak berkenaan)

BERTEKAD CEMERLANG