kertas 2 - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU

439 downloads 1898 Views 140KB Size Report
lebih terbuka dari segi minda dan pergaulan. ... Pergaulan yang sihat membolehkan remaja berkongsi pengalaman dan semua ... Contoh Jawapan Rumusan.
Soalan 1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan berekreasi dalam kalangan remaja dan kekangan yang dihadapi bagi melaksanakannya. Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Berekreasi sememangnya digalakkan bagi setiap orang. Kepentingan menjaga kesihatan ialah tanggungjawab yang tidak boleh dipandang mudah dan kita perlu melakukannya bagi memastikan kesihatan tubuh dan kecerdasan minda tidak terganggu. Berekreasi merupakan terapi fizikal semula jadi untuk mengekalkan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda. Persekitaran hari ini yang serba moden dan canggih menyaksikan kegiatan rekreasi bagi tujuan mengeluarkan peluh tidak lagi tertumpu di taman permainan, sebaliknya boleh dilakukan di pusat kesihatan yang menyediakan pelbagai peralatan senaman moden. Hampir di setiap kawasan perumahan, ada disediakan taman untuk berekreasi. Bagi golongan remaja, rekreasi yang dilakukan secara teratur, sama ada dilakukan secara berseorangan ataupun berkumpulan, mampu mengelakkan remaja daripada terjebak dalam aktiviti tidak sihat yang boleh merosakkan masa hadapan mereka. Berekreasi, selain berfungsi menyihatkan badan dan memberikan kesihatan yang baik, minda yang cerdas dan menjauhkan diri daripada gejala sosial yang tidak sihat, juga mampu mendidik remaja untuk lebih terbuka dari segi minda dan pergaulan. Kesempatan bertemu dengan rakan baharu dapat membantu membentuk sahsiah diri remaja yang baik, seperti belajar untuk bergaul, menghormati sesama rakan, dan yang paling penting, mengajar mereka untuk tidak mementingkan diri sendiri. Rekreasi yang dilakukan secara teratur mampu membentuk golongan remaja menjadi lebih matang, berketerampilan, dan mempunyai keyakinan dalam pergaulan. Pergaulan yang sihat membolehkan remaja berkongsi pengalaman dan semua ini penting sebagai persediaan untuk menempuh alam dewasa yang lebih mencabar. Program rekreasi secara berkumpulan mendedahkan remaja kepada aspek kerohanian. Secara tidak langsung akan membantu meningkatkan motivasi diri dan menilai diri serta menghargai usia remaja dengan sebaik-baiknya. Remaja yang suka berekreasi bukan sahaja mempunyai minda yang sihat serta terbuka dalam pergaulan, tetapi juga lebih terarah dalam soal kehidupan berbanding dengan mereka yang tidak melakukan aktiviti rekreasi. Berekreasi membantu perkembangan psikologi remaja. Sebagai remaja yang menuju alam kedewasaan dan perlu membuat pilihan untuk menentukan masa hadapan, biasanya mereka telah ada arah tuju atau pilihan. Berekreasi memudahkan remaja mencari hala tuju dalam kehidupan mereka tanpa terpengaruh oleh persekitaran yang tidak sihat. Mereka akan mudah membuat keputusan kerana memiliki badan yang sihat dan minda yang cerdas. Remaja yang membuat pilihan bijak akan mengecap kejayaan dan mereka yang tersilap langkah akan berdepan dengan kehancuran dan dihimpit masalah. Oleh itu, bagi menggalakkan remaja aktif berekreasi, kerajaan telah membina banyak pusat sukan tertutup bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cerdas. (Dipetik dan diubah suai daripada rencana `Ayuh Berekreasi’, Dewan Siswa, Januari 2010)

Contoh Jawapan Rumusan Petikan membincangkan faedah berekreasi untuk menjaga kesihatan dalam kalangan remaja. Kepentingannya adalah untuk mengekalkan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda. Selain itu, berekreasi mampu mengelakkan remaja daripada terjebak dalam aktiviti tidak sihat. Seterusnya berekreasi mampu mendidik remaja untuk lebih terbuka dari segi minda dan pergaulan. Lagipun, rekreasi mampu membentuk golongan remaja menjadi lebih matang, berketerampilan, dan mempunyai keyakinan dalam pergaulan. Tambahan pula, rekreasi akan membantu meningkatkan motivasi diri dan menilai diri serta menghargai usia remaja dengan sebaik-baiknya. Akhir sekali, berekreasi membantu perkembangan psikologi remaja. Kekangan yang dihadapi bagi melaksanakannya ialah masa untuk berekreasi begitu terhad. Selain itu, remaja menganggap rekreasi sebagai aktiviti yang tidak berfaedah. Kesimpulannya, setiap remaja mestilah melakukan aktiviti rekreasi supaya kesihatan fizikal dan mental mereka lebih terjamin. (119 patah perkataan) Soalan 2(a) - Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i)

Berikan maksud rangkai kata menuju alam kedewasaan .

[2 markah]

Contoh Jawapan: (i)

Maksud rangkai kata menuju alam kedewasaan ialah bergerak ke arah kematangan.

(ii)

Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk menggalakkan rakyat berekreasi ? [ 3 markah]

Contoh Jawapan: (ii)

Usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk menggalakkan rakyat berekreasi adalah dengan membina pusat kesihatan yang menyediakan pelbagai peralatan senaman moden. Selain itu, hampir di setiap kawasan perumahan ada di sediakan taman untuk berekreasi. Seterusnya kerajaan telah membina banyak pusat sukan tertutup bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang sihat dan cerdas.

(iii)

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan para pelajar berekreasi . Berikan tiga cadangan. [4 markah]

Contoh Jawapan: (iii)

Pada pendapat saya, langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan para pelajar berekreasi ialah memperkasakan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Selain itu, pihak sekolah boleh menyediakan pelbagai aktiviti kokurikulum secara malar sepanjang tahun. Seterusnya, pihak sekolah juga boleh menyediakan kemudian gimnasium untuk memmudahkan pelajar berekreasi. Soalan 2(b) - Petikan Cerpen

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. Pagi masih lagi meredup, suram dan dingin. Dalam kepala Pak Itam, tujuh lapan khemah akan dipasang. Anak-anak Langat bolehlah menjamu selera. Cik Habsah dari Terengganu sudah pun dijemput untuk menyanyikan lagu Ulek Mayang. Budak Zubir dari Pusat Kebudayaan UM juga akan datang bersama-sama gitarnya menyanyi lagu puisi. Aziz H.M. dan kumpulan teater Malininya akan mempersembahkan drama mereka. Bagi Pak Itam, makanan untuk fizikal mesti diselaraskan juga dengan makanan kerohanian. Pembangunan sosioekonomi sahaja tidak mencukupi, kiranya kita melupakan hal-hal kebudayaan, hal-hal kesenian bangsa, agama dan adat resam. “Tempat letak kereta macam mana?” Pak Itam mendongak lagi ke muka Tuk Mat. “Semuanya beres, pak, sudah saya siapkan di tanah kosong seberang jalan!” Tuk Mat menjawab cepat. “Aku tak mahu, kereta-kereta dan bas-bas tetamu mengganggu lalu lintas, jalan raya itu pun bukan besar sangat!” balas Pak Itam. Dia mesti menghormati undang-undang, dia tidak mahu jalan raya jadi tersumbat kerana kenderaan para tetamu jemputannya. Kalau kita sendiri tidak mahu menghormati undang-undang yang kita buat, siapa lagi? Bukankah dia anak Melayu pertama menjadi majistret di Malaya ini, yang ikut membubar dan mengubah suai undang-undang negara selepas Inggeris pergi. (Dipetik daripada cerpen Memori Seorang Tua oleh Zahari Affandi dalam antologi Harga Remaja,

(i)

Kemukakan dua persediaan Pak Itam untuk menyambut tetamunya.

[2 markah]

Contoh Jawapan: (i) Persediaan Pak Itam untuk menyambut tetamunya ialah memasang khemah-khemah sebagai tempat menjamu selera dan mengadakan persembahan. Selain itu, Pak Itam menyediakan tempat letak kereta para tetamu. (ii)

Undang-undang negara perlu dihormati oleh setiap rakyat. Jelaskan tiga kesan sekiranya undang-undang negara tidak dipatuhi. [3 markah]

Contoh Jawapan: (ii) Kesan sekiranya undang-undang negara tidak dipatuhi ialah kesejahteraan hidup akan terjejas. Selain itu, kejadian jenayah akan semakin meningkat. Seterusnya, rakyat akan hidup dalam ketakutan. (iii)

Huraikan satu perwatakan Pak Itam seperti yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan Pak Itam dalam cerpen tersebut. [4 markah]

Contoh Jawapan: (iii) Perwatakan Pak Itam seperti yang terdapat dalam petikan ialah mengambil berat. Contohnya, selain menyediakan makanan, Pak Itam telah mengundang penyanyi dan pelakon untuk menghiburkan tetamunya. Perwatakan Pak Itam dalam cerpen tersebut ialah bersemangat patriotik. Buktinya Pak Itam sanggup dipenjarakan kerana menentang penjajah.

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Alkisah, maka tersebutlah perkataan Raja Kedah berkelahi dengan saudaranya di dalam negeri Kedah. Kemudian saudaranya yang tua Raja Kedah itu berkirim surat pula menyilakan Opu Daeng yang berlima bersaudara, silakan ke Kedah. Maka tiada berapa antara maka muafakatlah Opu Daeng yang berlima bersaudara itu. Maka bersiaplah masing-masing dengan kelengkapannya serta dengan kenaikannya sebuah seorang. Maka sampai waktu ketika yang baik, maka dilangkahkan dengan langkah rijalul ghaib. Maka belayarlah ke negeri Kedah. Serta sampai dipanggil oleh Yang Amtuan Raja Kedah masuk ke dalam kota. Maka berjumpalah dengan Yang Amtuan Kedah. Maka berjamu-jamulah santap nasi. Telah sudah santap air panas, maka Raja Kedah pun berkhabarlah, “Minta tolong perang, kerana saya berkelahi dengan saudara saya sebab berebutkan kerajaan.” Khabar Raja Kedah, “Jikalau menang saya perang, saya berilah Opu Daeng yang berlima bersaudara, saya berilah seorang lima belas bahara.” Kemudian dijawab oleh Opu Daeng, “Khabar Raja Kedah itu, saya minta cap tandatangan, dan mana-mana sekalian orang dagang yang datang dari Timur ada di dalam negeri Kedah ini dan seperti Bugis dan Mengkasar dan Mandura semuanya itu diserahkan kepada saya perintahnya.” (Dipetik daripada “Hikayat Opu Daeng Menambun” dalam antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka) (i)

Mengapakah Opu Daeng dan saudara-saudaranya diutus supaya datang ke Kedah oleh Raja Kedah? [2 markah]

Contoh Jawapan: (i) Opu Daeng dan saudara-saudaranya diutus supaya datang ke Kedah oleh Raja Kedah supaya dapat membantu Raja Kedah mengalahkan saudaranya. Seterusnya, supaya Raja Kedah dapat memerintah negeri Kedah. (ii)

Nyatakan perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah berjaya mencapai hasratnya untuk memerintah negeri Kedah. [3 markah]

Contoh Jawapan: (ii) Perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah berjaya mencapai hasratnya untuk memerintah negeri Kedah ialah Raja Kedah akan memberikan Opu Daeng berlima bersaudara lima belas bahara seorang sekiranya Berjaya dalam perebutan

kuasa tersebut. Selain itu, Opu Daeng pula meminta mana-mana orang dagang yang datang dari Timur yang ada di negeri Kedah diserahkan kepadanya untuk diperintah. (iii)

Pada pendapat anda, apakah kepentingan sesuatu perjanjian. Berikan tiga sebab.

[3 markah]

Contoh Jawapan: (iii) Kepentingan sesuatu perjanjian ialah supaya kedua-dua pihak maklum tentang janji yang telah dibuat. Selain itu, perjanjian juga penting untuk memperoleh ganjaran sebagaimana yang ditetapkan. Seterusnya, perjanjian juga mampu mengelakkan perselisihan faham selepas sesuatu tugas disempurnakan. Soalan 2(d) - Petikan Puisi Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang menggunakan ayat anda sendiri.

berikutnya dengan

PANTUN LAPAN KERAT Buat bangsal di tengah hutan, Tebaslah hutan buat halaman, Di tepi halaman menanam kubis, Diselang dengan pokok papaya; Biarlah sabar dalam perlahan, Itulah tanda tuan beriman, Tidak patah digoncang iblis, Akhirnya tuan menang berjaya. Ikan teluk parang-parang, Anak ketam disangka lelabi, Berburu musim tengkujuh, Dapat buruan dibelah-belah; Bukan makhluk sebarang-barang, Cucu Adam sepaian nabi, Turun dari langit ketujuh, Jadi khalifah kepada Allah. Lengkang-lengkung apa dipaku, Paku jatuh patah dua, Menjadi riuh orang di darat, Anak Cik Itam jatuh jalar; Bumi kandungan nenek moyangku, Kerana lalai rosak binasa, Kebudayaan Timur dinodai Barat, Bahasa ibunda hina terbiar. Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i)

Berdasarkan rangkap pertama, nyatakan sifat-sifat orang yang beriman.

[2 markah]

Contoh Jawapan: (i) Berdasarkan rangkap pertama, sifat-sifat orang yang beriman ialah mempunyai sifat sabar. Selain itu, orang yang beriman juga tidak mudah termakan hasutan iblis. (ii)

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan generasi baharu mudah terpengaruh oleh budaya Barat? Berikan tiga faktor. [3 markah]

Contoh Jawapan: (ii) Pada pendapat saya, faktor-faktor yang menyebabkan generasi baharu mudah terpengaruh oleh budaya Barat ialah pengaruh media massa yang tidak terbatas. Selain itu, mereka menganggap budaya Barat lambang ketamadunan. Seterusnya, kurangnya penghayatan agama menyebabkan remaja hanyut dengan budaya Barat.

(iii)

Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap pertama dan satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga pantun tersebut. [4 markah]

Contoh Jawapan (iii) Satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap pertama pantun ialah kita hendaklah melawan hasutan iblis agar akhlak terpelihara. Pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga pantun tersebut ialah kita hendaklah memelihara kedaulatan bahasa ibunda agar martabatnya sentiasa terpelihara. (Pastikan jawapan menepati formula anda 1 + 1 iaitu isi + huraian)

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan. (a)

Tulis dua ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas. (i) (ii) (iii)

gamat diam bidang [6 markah]

Contoh Jawapan: (i)

Industri minyak gamat begitu sinonim dengan Pulau Langkawi. Kehadiran artis popular itu menjadikan suasana di dalam dewan begitu gamat.

(ii)

Sudah hampir lima tahun dia diam di kampung itu setelah mendirikan rumah tangga. Pesalah itu diam sahaja tatkala hakim menjatuhkan hukuman.

(iii)

Beberapa bidang tanah di pinggir bandar itu telah diratakan untuk projek perumahan. Ahli bina badan itu dikagumi kerana mempunyai dada yang bidang lagi berotot.

(b)

Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya. Golongan remaja yang terlalu asyik melayari internet seringkali menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran. Mereka memberikan alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya melayari laman-laman yang tidak berfaedah. [ 6 markah]

Contoh Jawapan: i. Golongan remaja terlalu asyik melayari internet. ii.

Golongan remaja seringkali menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer.

iii.

Keadaan ini mengakibatkan remaja tanggungjawab terhadap keluarga.

tersebut

mengabaikan

iv.

Keadaan ini mengakibatkan remaja tanggungjawab terhadap pelajaran.

tersebut

mengabaikan

v.

Mereka memberikan alasan hendak mencari maklumat.

vi.

Sebenarnya berfaedah.

mereka

melayari

laman-laman

yang

tidak

(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i)

Penunggang motorsikal itu berjaya melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dilaku oleh polis trafik.

(ii)

Melalui e-mail yang dikirimnya malam tadi, adik diharap supaya kami sekeluarga tidak bimbang akan keselamatannya.

(iii)

Semua bekerja di kilang itu akan keluar makan pada waktu tengahari selama satu jam setengah. [6 markah]

Contoh Jawapan: (i) motorsikal dilaku

-

motosikal dilakukan

(ii)

e-mail diharap

-

e-mel berharap

(iii)

tengahari bekerja

-

tengah hari pekerja

(d)

Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Media massa merupakan satu saluran komuniti yang berkesan untuk menyalurkan berbagai maklumat kepada masyarakat. Jika kita lihat pada hari ini, media massa telah digunakan secara menyeluruh. Ini kerana media massa berfungsi sebagai pelebar maklumat kepada masyarakat secara komprehensif. Selain itu, media massa berperanan mendidik masyarakat di dalam mempelajari sesuatu perkara dan membuka perasaan mereka untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam. [6 markah] Contoh Jawapan: berbagai pelbagai Ini kerana Hal ini kerana pelebar penyebar di dalam dalam perasaan minda/fikiran komuniuti komunikasi

(e)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian kemukakan tiga peribahasa berdasarkan situasi tersebut.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam rasuah kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang dan hukum agama. Amalan rasuah dalam jangka panjang mampu memusnahkan sesebuah negara. Golongan yang terlibat dalam gejala rasuah selama ini, sekalipun mereka cuba menyembunyikan perbuatan jahat tersebut, suatu masa nanti mereka pasti akan diketahui oleh masyarakat. Kejahatan mereka tidak mampu disembunyikan daripada ketahui orang. [6 markah] Contoh Jawapan: (i) Makan suap (ii) Duri dalam daging (iii) sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga

Soalan 4: Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut : (i) (ii)

Renyah karya Gunawan Mohamad Sutera Dalam Lukisan karya Abd Taib Hassan

(a)

Pengarang menggunakan pelbagai teknik plot untuk menjadikan cerita lebih menarik.

Huraikan dua teknik plot yang digunakan oleh pengarang berdasarkan novel yang anda pelajari. [7 markah] Contoh Jawapan: (a) Novel yang saya kaji ialah Renyah karya Gunawan Mahmood. Dalam novel ini, pengarang menggunakan pelbagai teknik plot untuk menjadikan cerita lebih menarik. Teknik plot yang digunakan oleh pengarang ialah imbas kembali. Contohnya, pengarang mengimbas kembali kenangan Datuk Dolhi bersama isterinya Mastura dua puluh lapan tahun yang lalu. Selain itu, pengarang juga menggunakan teknik plot imbas muka. Misalnya, pengarang menggambarkan watak Mukhlis yang teringatkan ibunya. Mukhlis membayangkan ibunya tentu marah kerana dia berkahwin tanpa memberitahu keluarganya.

(b)

Watak utama dalam sesebuah novel sering menjadi idola kepada pembaca. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari huraikan satu perwatakan watak utama yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan sehari-hari. [8 markah]

Contoh Jawapan: (b) Dua buah novel yang saya pelajari ialah Renyah karya Gunawan Mahmood dan Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan. Watak utama dalam novel Renyah ialah Datuk Dolhi manakala watak utama dalam novel Sutera Dalam Lukisan ialah Hafiz atau Bujei. Perwatakan Datuk Dolhi dalam novel Renyah yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan sehari-hari ialah tabah menghadapi cabaran. Contohnya, Datuk Dolhi begitu tabah membangunkan perniagaannya sehingga beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya. Perwatakan Hafiz dalam novel Sutera Dalam Lukisan yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan sehari-hari ialah anak yang bertanggungjawab. Misalnya, Hafiz cuba menyelamatkan ibunya daripada kebakaran rumahnya tetapi tidak berjaya kerana api marak terlalu cepat dan dia dihalang oleh orang ramai daripada memasuki rumahnya yang terbakar. Salam Hormat Semoga A+ dalam gapaian