Imam al-Bukhari

67 downloads 2914 Views 50KB Size Report
Imam Al-Bukhari adalah seorang ulama yang terkenal dalam ilmu hadis. e. ... Kitab "Sahih Al-Bukhari" adalah himpunan hadis-hadis nabi yang paling sistematik ...
Imam al-Bukhari Riwayat Hidup a.Namanya yang sebenar ialah Abu Abdullah Muhammad bin Ismail. b.Beliau dilahirkan pada tahun 194 Hijrah bersamaan dengan 810 Masihi di Bukhara. c.Imam Al-Bukhari buta sewaktu kecilnya, berkat doa ibu bapanya, akhirnya beliau dapat melihat. d.Imam Al-Bukhari adalah seorang ulama yang terkenal dalam ilmu hadis. e.Beliau berasal dari keturunan yang alim. Bapanya seorang yang alim, dan pernah menuntut ilmu dengan Imam Malik.

soleh, warak

f.Imam Al-Bukhari meninggal dunia pada tahun 256 Hijrah bersamaan dengan tahun 872 Masihi ketika berusia 62 tahun.

Peribadi a.Imam Al-Bukhari berusaha dengan bersungguh-sungguh menimba ilmu pengetahuan yang memberi manfaat. b.Beliau teliti dan berhati-hati dalam sesuatu perkara yang dilakukannya. c.Beliau mempunyai daya ingatan yang kuat. Beliau telah hafaz Al-Quran sejak kecil. d.Beliau sangat menghormati ilmu yang dipelajarinya terutama sekali ilmu hadis. e.Imam Al-Bukhari sangat berminat pada ilmu hadis. Beliau sanggup bermusafir ke beberapa daerah untuk berjumpa dengan ulama-ulama hadis dan mendapatkan ilmu daripada mereka. f.Beliau sangat warak (taat kepada suruhan Allah S.W.T. dan meninggalkan laranganNya) dan tidak makan benda-benda yang syubhat. Pendidikan a.Imam Al-Bukhari mula mempelajari ilmu hadis ketika berusia sebelas tahun.

1

b.Ketika berusia enam belas tahun, beliau mengunjungi kota Makkah dan kota Madinah dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Selama enam tahun beliau mengikuti pengajian hadis daripada ulama-ulama di sana. c.Beliau kemudian mengunjungi Basrah, Mesir, Hijaz, Kufah dan Baghdad untuk mempelajari dan mengumpul hadis-hadis nabi. d.Berkat kesungguhan, usaha gigih dan mempunyai daya ingatan yang kuat, Al-Imam Al-Bukhari telah hafaz segala hadis-hadis yang diperoleh daripada 80,000 orang ahli hadis. Mengikut satu riwayat, beliau telah hafaz 600,000 buah hadis beserta sanadnya. Sumbangan a.Kitab "Sahih Al-Bukhari" adalah sumbangan Imam Bukhari yang paling besar. b.Kitab "Sahih Al-Bukhari" adalah himpunan hadis-hadis nabi yang paling sistematik dan penting sebagai rujukan umat Islam selepas Al-Quran. c.Imam Al-Bukhari mengambil masa selama 16 tahun dalam usahanya mengumpul, menapis, menyelidik dan menyusun hadis-hadis tersebut untuk dimuatkan dalam kitab Sahih Al-Bukhari. d.Kitab "Sahih Al-Bukhari" mempunyai 7,275 buah hadis yang telah ditapis daripada 600,000 buah hadis. Hadis-hadis tersebut disusun mengikut bab-bab yang tertentu termasuklah bab fikah. Kemudian dihuraikan menjadi beberapa pecahan seperti ibadat, muamalat dan jenayah. e.Terdapat sebuah kitab yang telah dihasilkan oleh Al-Imam Al-Bukhari iaitu Tarikh Al-Kabir yang terdiri daripada hadis-hadis yang tidak terdapat dalam kitab Sahih Al-Bukhari.

2