INGATAN - Dewan Bahasa dan Pustaka

7 downloads 39 Views 145KB Size Report
Aku masih ingat segala-galanya bagaikan baru terjadi semalam. Ingatan i ..... Bussarawan dan Thi An untuk menunjukkan contoh kepada mereka mengenai ...

INGATAN Pudarno bin Binchin NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

Cerpen

Memori i INGAT? Ya, aku masih ingat, eehheemmm, mungkin aku juga masih ingat semua detik-detik pengalaman itu. Untuk menyiapkan sebuah esei panjang dalam jangka waktu sepuluh hari dalam anggaran lima belas halaman hingga dua puluh halaman, bukan mudah. Ya, tidak mudah saudara! Kami telah menginap di sebuah hotel pelancongan yang terletak di tepi pantai di kawasan peranginan di Anyer. Aku, Muhammad, Mawar, Abdul Rahman, Sofiyan, Chris, Pudarno, Chollada, Ismail, dan beberapa orang rakan yang lain sedang menghadiri ASEAN Writers Workshop, sebuah bengkel penulisan anjuran ASEAN-COCi. Wkatu itu bulan Disember 1996, suatu waktu yang indah; keadaannya cukup harmoni buat kami berkumpul, berbincang, dan berdebat dalam suasana bengkel penulisan tersebut. Memang kenangan itu tidak mudah untuk dilupakan (Begitulah kata Mawar lewat kad ucapan tahun barunya kepada Pudarno setelah kami kembali ke kampung halaman masing-masing). Aku masih ingat segala-galanya bagaikan baru terjadi semalam. Ingatan i Kami bertemu sekali lagi di Hotel Mambruk. Muhamad! Aku hampir-hampir tidak mengenali dia lagi. Dia berdiri di depan bilik nombor 161 di bangunan yang bernama “Perkutut” itu. Lampulampu di situ masih seperti sediakala; cahayanya remang-remang sambil lampu-lampu itu dikurung dalam sangkar burung ibarat burung perkutut. Aku kebetulan berhajat untuk ke tempat itu sekali lagi untuk mencuba menikmati kenangan masa lalu. Kebetulan ini mungkin boleh terjadi

1

sejuta dalam satu peristiwa – Muhamad kebetulan menoleh kepadaku dan kami sama-sama tertawa setelah mengenali antara satu sama lain. “Empat hari berlalu memaksa diri untuk menulis esei, mencuba mencari ilham dan seni – teruklah kawan....” “Penyakit dugal pun timbul.” “Kami tertawa sekali lagi dengan suara agak terlepas, tidak tertahan. Penyakit dugal yang Muhamad maksudkan itu merupakan rasa kerinduan yang terlalu amat terhadap kampung halaman, anak-anak, isteri, dan risau terhadap tugas-tugas yang sedang melambak ditinggalkan di pejabat, (agaknya) akibat tekanan bengkel penulisan esei itu. Aku masih ingat bagaimana sebilangan kami bergilir-gilir menghidap sakit perut bersilih ganti hari demi hari. Aku dan Muhamad tertawa bersama-sama mengingatkannya.

Ingatan ii Aku menyedari bahawa ingatanku ini tidak berlangsung secara kronologi. Muhamad Sobary, seorang pakar rujuk dalam bengkel penulisan tersebut, mengingatkan bahawa “untuk bersikap mudah adalah tidak mudah” – To be simple is not simple! Memang tidak mudah untuk menghadapi perkara yang sedang kami hadapi sekarang dan di kala itu juga. Jika seseorang menghidap penyakit perut pada bulan Disember memang tidak menghairankan. Teman-teman sepejabat yang lain bergembira beristirehat melancong ke tempat-tempat indah mencari hiburan, tetapi kami masih memeras otak, mencuba mengilhamkan kandungan esei masing-masing. Bulan Disember adalah bulan penghujung tahun, suatu pengakhiran dan tanda persediaan bagi memulakan suatu langkah baru, mungkin suatu langkah permulaan, langkah yang berlainan pula. Siapa tahu? Sesiapa sahaja akan berasa tergopoh-gapah untuk mencuba menyiapkan tugas masing-masing sebelum hujung tahun. Aku kira kronologi peristiwa yang aku ceritakan ini bermula daripada logik yang begitu.

2

Ingatan iii Sepuluh hari kami merantau di Jawa Barat – cukup mencabar, menyeronokkan, kemudian membebankan, dan akhirnya sedikit membosankan. Tempat-tempat yang kami lawati itu dipenuhi dengan kehidUpan pelbagai ragam manusia – masyarakat suku kaum Badui, Kabupaten Lebak, Kabupaten Serang, Daerah Bentan, MalLippo Karawaci, dan sebagainya – semuanya menimbulkan ingatan kami mengenai keadaan-keadaan tertentu pada masa lalu dan juga masa kini di negeri sendiri, peristiwa yang berulang kali berlaku tanpa dihiraukan secara peribadi, adegan kehidpan yang kerap diceritakan melalui cerita-cerita fiksyen untuk menyuarakan tema-tema yang serupa. Aku masih benar-benar ingat akan tempat-tempat yang telah kami lawati itu. “Kamu diperlukan menulis esei tentang perkara-perkara yang berkaitan atau serupa dengan tempat-tempat yang telah kamu lawati itu.” Kami saling berpandangan. Shamsul mengingatkan bagaimana untuk menyuarakan pendapat, lebih-lebih lagi suara kritikan, melalui cara yang paling halus dan sopan seperti yang dilakukan oleh Emha Ainun Nadjib dan Goenawan Mohamad. (Majalah Tempo pimpinan Goenowan Mohammad baru saja diharamkan oleh Kerajaan Republik Indonesia, bagaimana Shamsul?) kepalaku mulai terasa gatal. Sakit kepala? Banyak perkara terpaksa dikecil-kecilkan dan tidak boleh dibesar-besarkan. Ruang bilik perbincangan kami juga terasa mula menjadi kecil dan semakin kecil hari demi hari. Baju-baju dan kasut-kasut kami juga mula menjadi kecil; pada tahap ini kami sekadar membayangkan esei-esei itu dalam khayalan. Esei-esei itu sebetulnya sudah tertulis di mana-mana dan kami memimpikannya siang dan malam. Kenyataannya ialah kami tidak melawat untuk menyaksikan sesuatu yang baru di Jawa Barat; sebetulnya kami merantau untuk menyelami waktu masa lampau – tentang diri kami atau diri sesiapa sahaja pada masa lalu. Dunia kami tidak lagi wujud dalam bentuk nyata; semuanya berligar dalam khayalan seperti juga dalam dunia fiksyen yang aku ceritakan ini. “Kalau tidak boleh berbicara mengenai masa lalu dengan setepatnya.” “Ya, kita mungkin lebih mudah berbicara mengenai peristiwa yang mungkin akan berlaku pada masa akan datang – tentang cita-cita, mimpi-mimpi, harapan-harapan; tumpukan perhatian

3

pada apa-apa yang mungkin akan berlaku pada masa akan datang. Kita amat diperlukan untuk bermimpi-mimpi – mengenai masa lalu, segala-galanya telah menjadi lengkap bagi sesiapa sahaja; peristiwa masa lalu sudah terjadi; terimalah kenyataan masa lalu dengan seadanya, ya, menulis esei tentang masa lalu memang tidak mudah. Apakah kau tidak tahu akan kenyataan itu? Cuba pastikan sekali lagi dengan Pak Sobary.” “Kami akan menulis topik apa-apa sahaja, perkara-perkara yang remeh-temeh; tentang kertas-kertas tisu di jamban-jamban, tentang bekalan air untuk mandi yang berwarna kuning atau air yang cepat kehabisan bekalan, dan lain-lain. Ya, perkara-perkara kecil yang mungkin dapat dinilai dari aspek semiotiknya. Umberto Eco berbicara tentang ikan salmon, misalnya.” “Kenapa tidak berbicara mengenai sesuatu yang ada di negara kita sendiri? Aku hanya berbicara tentang negara aku apabila aku berada di luar negeri; jarang sekali aku berbicara tentang negaraku semasa aku berada di dalam negeri.” “Kenapa kau takut untuk berbicara tentang negeri sendiri? Apakah banyak polis rahsia akan berkeliaran di mana-mana kalau kau berbicara soal politik; walau teman rapat sekali pun mungkin juga seorang polis rahsia?” “Oh, tidak.... Selalunya kami tidak terfikir untuk berbincang mengenai peristiwa yang berlaku di negeri kami apabila berada dalam negeri sendiri. Tiada perkara baru yang cukup menarik untuk dibincangkan selain daripada yang telah dilaporkan dalam surat khabar. Benar atau tidak laporan itu, perkara kedua. Tetapi apabila kami berada di sini, melihat keadaan di negeri asing, kami mula bertanya kepada diri kami mengenai negeri kami sendiri. Jadi kami mula berbicara dan menyoal perkara mengenai itu dan ini terhadap diri kami.” “Kami akan menulis esei tentang diri kami.” “Kita akan menulis perkara yang lebih benar daripada yang benar, kebenaran yang lebih benar atau kebenaran-kebenaran yang benar-benar tulen.” “Hyper-reality? Pernahkah kau membaca tulisan Jean Baudrillard? Bagaimana dengan tulisan Roland Barthes? Charles Sanders Peirce? Atau Ferdinand de Saussure?” “Aku lebih suka dengan gaya naratif dalam filem-filem Akira Kurosawa?”

4

“Kenapa tidak dengan gaya super journalism baru atau foto super realism? Kau pernah baca buku karya Tom Wolff? Kita akan menghujahkan diri kita sendiri yang benar-benar wujud, benar-benar terjadi: ASEAN Writers Workshop ini, misalnya.” “Kalau begitu kita sebenarnya mempunyai banyak pilihan terhadap gaya penulisan. Tetapi aku akan bermula dengan pelukisan ruang. Warna adalah penting. Apabila disapukan warna, ruang akan kelihatan indah. Sedikit goresan warna boleh membentuk sebuah esei.” Dan ingatan-ingatanku itu, tepat atau tidak, mengikut kronologi atau tidak, adalah cuma blah, blah, blah, blah, blah, blah.

Memori ii Barangkali cahaya ruang blik perbincangan itu bermain silap mata dengan kami. Barangkali juga pandangan kami sudah berbolak-balik tanpa perspektif yang terarah. Oh, tidak! Katakan begini: kami menyedari tentang wujudnya hyper-reality yang agak berlainan daripada peristiwa biasa. Malam pertama kami beristirehat di Hotel Membruk, Anyer, kami telah disajikan dengan persembahan silap mata yang dipanggil “Debus”. Ahli-ahli persembahan Debus itu melakukan beberapa buah adegan hebat bermain dengan alat-alat tajam ke atas tubuh mereka tanpa berasa kesakitan ataupun kesan luka ke atas diri mereka menakjubkan! Menggigit dan menanggalkan kulit kepala menggunakan gigi – menakjubkan! Seekor kelawar keluar dari mulut – aneh! Akhirnya persembahan Debus itu telah mempermainkan setiap ketelitian dan fokus pandangan mata kami. Kami telah menyaksikan suatu hyper-reality. Persembahan Debus itu sendiri telah menjadi esei atau menanti untuk ditulis untuk menjadi esei pada masa akan datang oleh sesiapa sahaja. Muhamad bercadang untuk melakukannya. Tetapi malangnya rahsia sebenar tidak pula boleh ditulis dalam bentuk sebuah penjelasan; persembahan Debus itu Cuma boleh digambarkan secara bayangan mata kasar sahaja ataupun sekadar membuktikan bahawa pandangan mata kasar amat terbatas bagi menghayati realiti sebenarnya. Itulah dilema yang kami hadapi terhadap penulisan esei mengenai esei yang sebenarnya.

5

Memori iii Seperti dulu juga aku dan Muhamad memilih untuk duduk di barisan kerusi belakang sekali di dalam bas Hiba Utama itu dalam perjalanan kami pulang ke Jakarta dari Anyer. Waktu itu ialah pada 18 Disember. Aku cuba melelapkan mata. Aku berasa letih; aku juga berasa lesu dengan ingatan. Bas itu berjalan dengan lancar. Tiba-tiba kedengaran suara merdu Sheila Majid berkumandang menyanyikan lagu “Antara Ayer dan Jakarta” dengan penuh romantis. Terasa ada sesuatu yang menghimbau mengenai masa lalu. Muhamad memandang kepadaku sambil tersenyum. Derusan ombak bersilih ke pantai....... Rembulan megah di atas mahligai. Kami tahu Mawar yang memiliki kaset Sheila Majid itu. Memang sengaja Mawar memainkan lagu itu bagi perjalanan kami pulang dari Anyer ke Jakarta, suatu perjalanan yang bakal meninggalkan banyak kenangan. Alunan bunyi saksofon yang ditiup Abd. Razak Abd. Rahman mengasyikkan sekali; begitu juga bunyi piano petikan Helen Yap. “Derusan ombak”, “nyiur melambai”, “rembulan megah”, “sejuta bintang bermain mata”, dan lain-lain menyajikan khayalan romantisme terhadap Anyer oleh Sheila Majid – atau lebih tepat lagi oleh Odie Agam. Kenikmatan itu hanya diketahui setelah Pudarno dan Muhamad turun ke pantai, ingin bermandimanda melapangkan fikiran, menghibur rasa kerinduan, merealitikan kenyataan atau apa-apa saja. Derusan ombak (tanpa rembulan megah, tanpa sejuta bintang; mereka turun ke pantai waktu siang) sepatutnya menyajikan keseronokan; rupanya tidak. Ketika itu Mawar dan Indra berjalan-jalan di pasir pantai melihat batu-batu karang yang terdampar (bersemiotik tentang batubatu karang, bahan-bahan yang remeh-temeh untuk diceritakan dalam esei). Muhamad dan Pudarno bersembunyi di balik pagar yang diperbuat daripada tibunan batu, sambil berasa kesopanan terhadap kaum wanita Melayu, menanggalkan baju dan seluar panjang (mereka masih memakai seluar mandi) dan merangkak ke dalam air. Pantai Anyer tidak semuanya berpasir. Batu-batu karang yang tajam terasa menusuk lutut dan tapak tangan mereka. Di tempat itu airnya terlalu cetek. Mereka merangkak ke tengah

6

sedikit cuba mendekati ombak. Dua tiga orang pendduk Anyer kelihatan menjala ikan di situ berjalan agak mudah tanpa kasut atau selipar. “Dekat ombak sana ada pasir, pak?” “Enggak ada pasir di sini; semua batu,” jawab penjala ikan itu. Muhamad dan Pudarno terpaksa berpatah balik. Ilham tidak akan timbul atau datang mendadak dalam keadaan begini. Tapak tangan dan lutut kaki mereka cukp menderita terseksa oleh ketajaman batu karang. Sekali-sekala sedikit serpihan ombak menerjah dari belakang. Tidak cukup menyeronokkan untuk melahirkan ilham. Kenikmatan tempat itu bukan terletak pada kesempatan untuk bermandi-manda di pantainya. Pantainya ternyata hanya untuk dinikmati dengan pandangan mata sahaja. Akhirnya rasa dendam mereka terpenuh juga di kolam renang di situ sambil terpegun melihat kebolehan Chollada merenangi sepanjang kolam itu dua, tiga, empat, lima kali berulang alik dengan penuh ketenangan dan tenaga. Sekali renang, lahirlah ilham-ilham itu, dicari-cari di antara sedutan nafas, direnang-renang tanpa henti bersama kesejukan air kolam dan tiupan angin laut. Esei yang ditulisnya mungkin sudah mencapai dua puluh keping kertas, siapa tahu?

Memori iv Aku tidak dapat melelapkan mata. Aku terpandang bayangan Mawar sedang duduk di depan bas sana dengan kaset Sheila Majidnya. Bayang-bayang teman yang lain juga: Chollada, Bussarawan, Chris, Mohammad, Fuad, Laila, Masjizah, Abd. Rahman, Shamsul, Ismail, dan lainlain. Aku masih ingat sambil suara merdu Sheila Majid mengalun indah: Antara Anyer dan Jakarta (A) kan ingat selamanya Antara Anyer dan Jakarta Tinggal memori membawa (ku) kembali.... Aku lalu teringat akan kata-kata bicara antara Marco Polo dengan Kublai Khan melalui khayalan Italo Calvino dalam Invisible Cities. Kota-kota yang telah dilawati oleh Marco Polo itu telah diceritakannya dengan terperinci sekali kepada Kublai Khan - lebih tepat lagi, diceritakan

7

oleh Calvino kepada pembaca dengan terperinci sekali. Di sini juga ada silap matanya. Bacalah daripada halaman 24 hingga 26 novelet Invisible Cities itu. Aku tidak berasa hairan kalau novelet itu diceritakan secara terbalik. Salah satu pertanyaan Kublai Khan kepada Marco Polo: “Perjalanan untuk menghidupkan masa lalu?” atau “Perjalanan untuk mencari masa akan datang?” Dalam muka surat yang lain Marco Polo menjawab: “Bayangan memori, sekali dikekalkan dalam bentuk kata-kata, akan terpendam. Barangkali aku takut akan kehilangan kota Venice sekaligus jika aku bercerita mengenainya. Atau mungkin, sambil bercerita mengenai kotakota yang lain, aku sudah kehilangan kota Venice sedikit demi sedikit.” Mungkin ada benarnya pada kata-kata Marco Polo itu dan dengan itu ak perlu bercerita mengenai lagu “antara Anyer dan Jakarta”, Hotel Mambruk, “Mal Lippo Karawaci” – sedikit demi sedikit – sebagai penanda sahaja ibarat memasuki dari sebuah jalan raya tol ke satu lagi jalan raya tol yang lain yang tidak sepenuhnya lengkap dan tersedia untuk dilalui. Setiap melalui satu jalan raya tol itu, pemandangan terus berubah dan memori/ingatan juga turut berubah, mungkin akan hilang dan terpadam. Perkara ini juga boleh dilihat dari sudut paradoks yang dihadapi oleh Zeno, menurut Jorge Luis Borges (ataupun Aristotle) bahawa setiap satu langkah itu perlu mengatasi separuh daripada jarak langkah yang sepenuhnya dan dengan itu, setiap langkah

disukat

mengikut

jarak

separuh

daripada

yang

sepenuhnya dan kemudian diikuti dengan langkah-langkah selanjutnya menuju infiniti. Membuat esei itu juga, menurut Mohamad Sobary, mempunyai langkah-langkah tertentu, berpandukan beberapa pointers yang perlu untuk diketemukan ataupun ditulis terlebih dahulu sebelum perkara-perkara yang selanjutnya dapat ditentukan. Apakah esei-esei itu akan dapat disiapkan juga akhirnya? Tetapi jangan lupa, kata Marco Polo lagi: “[Pengembara itu] tidak boleh berhenti; dia mesti meneruskan perjalanannya ke sebuah kota yang lain, di mana satu lagi masa

8

lampaunya menanti atau mungkin suatu masa depan yang bakal miliknya menanti dan sekarang telah menjadi saat masa kini bagi orang lain. Masa depan yang tidak kesampaian adalah sekadar ranting-ranting masa lalu: ranting-ranting yang telah mati.” Bagaimana? Tempat-tempat itu sebenarnya hanya dilawati dalam khayalan, khayalan Italo Calvino, khayalan kita sebagai pembaca, yang belum lagi ditemui dalam kenyataan – apakah esei-esei kita akan mampu untuk menemuinya? Aku berasa sambil memiksikan diri ke dalam cerita ini (narator cerpen ini adalah bukan P. Binchin), bahawa narator itu adalah ingatan itu sendiri, bagaikan mimpi-mimpi kami telah menerjah masuk ke alam ruang sedarku; atau peristiwa nyata yang aku ceritakan ini adalah juga mimpi yang telah dimimpikan oleh orang lain yang sedang nyenyak tidur. Esei-esei yang sedang kami tulis itu pun terus berligar dalam dunia mimpi dan mungkin akan menjadi amat sukar untuk disiapkan. Aku berasa ragu-ragu dan tidak tergesa-gesa hendak mnyiapkannya kerana apabila terjaga nanti alangkah sia-sia bagiku setelah mendapati esei yang telah siap itu cumalah sekadar mimpi belaka.

Ingatan iv Sheila Majid telah menyajikan suatu hyper-reality. Italo Calavino juga telah menyajikan suatu hyper-reality. Persembahan Debus itu juga merupakan suatu hyper-reality. Aku tahu bahawa peristiwa yang aku ceritakan ini juga adalah suatu hyper-reality; esei yang ingin kutulis itu telah siap disudahi dalam bentuk hyper-treality cerpen ini. Sebenarnya aku telah berjanji kepada Bussarawan dan Thi An untuk menunjukkan contoh kepada mereka mengenai cerpen yang berbentuk separuh esei (“preudo-essays” kata James E. Irby terhadap Jorge Luis Borges). Buku bertajuk Labyrinths karya Jorge Luis Borges kebetulan kubeli di Lapangan Terbang Changi, Singapura dalam perjalanan ke Indonesia. Namun hyper-reality yang kami alami itu adalah lebih daripada yang Jorge Luis Borges telah sajikan. Hal tersebut lalu membuat kau berasa seakan hidup ini mempunyai berbagai kemungkinan dan pilihan-pilihan – ibarat seperti apa yang diceritakan oleh Jorge Luis Borges dalam cerpennya yang bertajuk “The Garden of The Forking Paths” itu. Setiap kali kau menulis satu esei dan kemudian menyiapkannya, kau mungkin akan berasa bahawa kau sepatutnya menulis sebuah esei yang baru lagi atau esei yang berlainan dari

9

esei yang telah kausiapkan itu; keinginan ini berlangsung secara berterusan sambil kau terus menyelesaikan setiap esei-esei selanjutnya pada hari-hari yang mendatang. Bukankah begitu maksud kau itu Mawar? Melalui buku Italo Calvino, Invisible Cities, kau mungkin akan terkejut bahawa ingatan ataupun memori itu merupakan sesuatu yang bukan milik masa lalu tetapi milik waktu yang akan datang. Kau akan tahu apabila kau menemuinya sesudah sesuatu peristiwa tertentu terjadi terlebih dahulu. Dengan itu, kau tentu akan bersetuju dengan paradoks Zeno yang diceritakan oleh Jorge Luis Borges itu, esei-esei kita itu tidak akan dapat diselesaikan dengan menyentuh peristiwa masa lalu; perlu juga menceritakan mengenai peristiwa yang akan berlaku di masa akan datang, satu per satu, separuh jalan sambil menuju ke infiniti dan mungkin juga akan berakhir sebagai sebuah hyper-reality yang berlainan lagi!

© Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, SEMUA HAK CIPTA TERPELIHARA 2004

10