INTERNET SEBAGAI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN ...

234 downloads 334 Views 985KB Size Report
sebagai media pengajaran yang berkesan, efektif, fleksibel dan menarik ... Contoh media termasuklah slide, video, gambarajah, bahan bercetak dan komputer.
INTERNET SEBAGAI MEDIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: CIRI-CIRI DAN APLIKASINYA Saharani bt. Abdullah Nazila bt. Abdullah Siti Rafidah bt. Bachok R.Kalyani

Kertas kerja ini membicarakan tentang penggunaan internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran komputer dalam pendidikan telah mengubah corak pembelajaran dan pengajaran tradisi kepada corak yang lebih moden. Penggunaan komputer menerusi talian internet menawarkan pelbagai kemudahan dan maklumat yang menguntungkan pelajar dan juga pendidik dan telah menarik ramai pengguna untuk mencubanya. Ciri-ciri dan keistimewaan internet sebagai media pengajaran yang berkesan, efektif, fleksibel dan menarik menjadi sebab mengapa ia perlu diaplikasikan dalam sistem pendidikan kini. Kertas kerja ini juga memaparkan bukti-bukti pengaplikasian internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Kesimpulan yang mempertikaikan kebergunaan sepenuhnya internet dalam pengajaran dan pembelajaran telah diketengahkan berdasarkan isu-isu yang menjurus kepada ketidaksesuaiannya dari segi rekabentuk kepada pelajar-pelajar peringkat rendah dan menengah. Katakunci : Internet, Media Pengajaran, Penggunaan, Ciri-Ciri, Aplikasi, Kebergunaan

1.0

PENGENALAN

Perkembangan teknologi maklumat yang begitu pesat menyebabkan institusi pendidikan terpaksa mengikut arus penggunaan komputer di semua pusat pengajian bermula di peringkat rendah hingga ke peringkat yang lebih tinggi. Terdapat pelbagai media pengajaran yang boleh digunakan pada masa kini. Antaranya ialah alat tayangan, audio-video, OHP (kemudahan dari pusat sumber), penggunaan teks, menggunakan media elektronik yang lebih sofistikated seperti slaid, filem, video dan komputer. Perkembangan teknologi telah mengubah corak pengajaran dan pembelajaran daripada tradisi kepada kaedah yang lebih sofistikated dan moden. Media yang paling popular dewasa ini ialah penggunaan komputer atas talian (internet). Beberapa faktor menyumbang kepada kepopularan ini termasuk kesediaannya secara percuma untuk semua lapisan pengguna dan juga adanya ciri-ciri internet yang boleh dimanfaatkan untuk pengajaran dan pembelajaran. Telah terbukti bahawa usaha kearah pengaplikasian internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran sedang giat dilakukan oleh semua pihak diseluruh dunia.

Muka surat 1/11

Malaysia juga tidak ketingalan. Laman-laman web banyak dibina dan disenggara untuk tujuan, walau kadangkala tidak secara langsung, pengajaran dan pembelajaran. Kertas kerja ini memaparkan dalam teks utamanya ciri-ciri internet yang membolehkan ia dianggap sebagai media pengajaran dan pembelajaran dan memberikan bukti-bukti pengaplikasiannya di dalam sektor pendidikan. Teks utama ini diikuti dengan perbincangan mengenai isu-isu kebergunaan ciri-ciri ini yang boleh menyebabkan permasalahan kepada pengaplikasian internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran. Dari perbincangan yang dibentangkan ternyata bahawa kebergunaan internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran masih boleh dipertikaikan.

2.0

DEFINISI MEDIA DAN INTERNET

Media adalah saluran komunikasi yang diambil dari perkataan Latin bermaksud “di antara”. Perkataan ini merujuk kepada maklumat antara sumber dan penerima. Contoh media termasuklah slide, video, gambarajah, bahan bercetak dan komputer. Bahan-bahan ini juga dipanggil instructional media di mana ia membawa mesej yang bertujuan untuk memudahkan komunikasi dan meningkatkan pembelajaran. Kassim Abbas (1989), mendefinisikan media pendidikan sebagai segala jenis dan bentuk sumber / bahan yang digunakan dalam bidang pendidikan untuk membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Beliau membahagikan media pendidikan kepada dua kategori iaitu media pendidikan bercetak dan media pendidikan bukan bercetak. Media pendidikan bercetak termasuklah buku-buku, majalah, akhbar, jurnal, risalah dan sebagainya manakala media pendidikan bukan bercetak termasuklah semua jenis alat projektor, sistem audio, video, transparensi, komputer dan sebagainya.

Mengikut Ismail (2002) media dalam konteks pengajaran dan pembelajaran dikait rapatkan dengan komputer dan ICT. Media berbantukan komputer ialah dengan menggunakan perkakasan dan peralatan komputer secara terus samada melalui perisian persembahan elektronik seperti powerpoint atau penggunaan CD-ROM atau secara atas talian melalui internet. Sementara mod tidak berbantukan komputer ialah menggunakan bahan-bahan yang dihasilkan berasaskan perkakasan komputer tetapi mod penyampaiannya tidak dibantu peralatan komputer contohnya menggunakan helaian transparensi menggunakan cetakan komputer atau melalui edaran lembaran kerja atau ‘hand-out’ samada berbentuk grafik atau teks yang diambil daripada internet, CD-ROM atau perisian aplikasi seperti ‘powerpoint’ atau ‘words’. Internet merupakan jaringan global yang menghubungkan dengan beribu bahkan berjuta jaringan komputer (local/wide area network) ajaran dan medan komputer peribadi (stand alone), yang memungkinkan setiap komputer yang terhubung dengannya boleh melakukan komunikasi diantara satu sama lain (Brace, 1997). Jaringan ini bukan merupakan suatu organisasi atau institusi kerana tiada satu pihak pun yang mengatur dan memilikinya.

Muka surat 2/11

Brace juga menyebutkan Internet sebagai suatu "kesepakatan", kerana untuk membolehkan hubungan dan berkomunikasi setiap komputer harus menggunakan protokol piawai iaitu TCP/IP ( Transmission Control Protocol/Internet Protocol) yang disetujui bersama. Dengan kata lain walaupun suatu komputer terhubung ke dalam jaringan Internet, tetapi kalau ia tidak menggunakan komunikasi pengiriman dan penerimaan yang piawai telah disetujui tersebut, maka komunikasi tidak boleh dilaksanakan.

3.0

APLIKASI DAN PENGAJARAN

CIRI-CIRI

INTERNET

SEBAGAI

MEDIA

Terdapat berbagai-bagai kemudahan aplikasi internet yang mampu memberikan sokongan keperluan yang tidak terhingga kepada para pendidik. Zawawi (1999) menyenaraikan enam kemudahan internet yang utama yang boleh menyokong keperluan pendidikan masakini iaitu E–mail (Mel Eletronik), Laman Web (WWW), Internet Relay Chat (IRC), Telnet, Kumpulan Diskusi dan Berita (News group) ,File Transfer Protocal (FTP) dan Telesidang Video (Video Conferencing)

3.1

Mel Elektronik (E-mail)

Mel eletronik adalah satu perkhidmatan komunikasi melalui internet. Mel elektronik biasanya bentuk teks. Tetapi ia juga boleh melibatkan imej grafik dan suara (voice mail). Setiap pesanan yang dihantar, akan melibatkan kos yang amat minimum. Pesanan dan pertanyaan boleh ditulis bila-bila masa dan dihantar dari rumah atau pejabat dan akan sampai kepada penerima dalam masa yang singkat. Penghantaran maklumat tersebut boleh dilakukan sama ada dari seorang ke seorang atau dari seorang kepada ramai, iaitu sekumpulan penerima secara serentak.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh guru dengan mengunakan e-mail ialah berkomunikasi secara dalaman dan luaran sesama guru, ibu-bapa, pelajar dan pihak jabatan serta kementerian, mendapatkan khidmat nasihat pakar dan bantuan teknikal, berkongsi dan bertukar pendapat berhubung dengan proses pengajaran dan pembelajaran, teknik pengajaran terbaik, idea kreatif dan inovatif, latihan dan penilaian, bahan bantu mengajar dan sebagainya dan menghubungi agensi pusat dan swasta serta institusi pendidikan lain mengenai sesuatu program dan polisi yang di gunakan khususnya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul (Zulkifli, 1998). Antara aktiviti yang boleh dilakukan oleh pelajar melalui e-mail ialah berkongsi menjalankan sesuatu projek dengan pelajar di sekolah-sekolah lain, berbincang dengan rakan dari kalangan berbagai budaya dan latarbelakang negara mengenai berbagai isu semasa, mengalakkan perkembangan bahasa terutama bahasa Inggeris melalui komunikasi dengan rakan pena di luar negara, dan memperolehi bahan dan teknik di dalam menyelesaikan sesuatu masalah pelajaran secara "on-line".

Muka surat 3/11

Seorang guru atau pensyarah boleh menerima dan memeriksa hasil tugasan pelajarnya melalui kemudahan e-mail. Kajian oleh Christie (1996) terhadap penggunaan mel eletronik dan penerokaan maklumat di kalangan para pelajar sekolah rendah mendapati bahawa, selain daripada semangat belajar secara kumpulan (cooperative learning), para pelajar juga semakin mesra dengan alat teknologi ini dan sentiasa berusaha untuk meneroka 'alam yang baru ditemui' (virtual reality). Kang (1995) dalam kajiannya untuk menilai kesan aktiviti mel eletronik ke atas sikap pelajar terhadap internet telah mendapati bahawa para pelajar amat kagum dan tertarik kepada internet.

Zoraini (1996) menambah aktiviti-aktiviti seperti di atas akan memberi banyak faedah kepada para pelajar. Ini termasuk pelajar lebih peka terhadap isu semasa dunia, dapat membiasakan diri dengan aplikasi komputer, berpeluang menjalankan aktiviti kumpulan dan dapat meningkatkan kemahiran berfikir, kemahiran bahasa atau kemahiran berkomunikasi.

3.2

Laman Web ( World Wide Web)

Rangkaian sedunia WWW adalah sebahagian daripada internet dan merupakan satu koleksi besar dokumen yang dikenali sebagai ‘halaman web’ (TMB, 1998, Crumlish, 1996). Halaman web merupakan komponen yang menjadikan internet lebih menarik dan paling diminati oleh sesiapa sahaja yang dapat mengaksesnya. Dengan lebih 50 juta tapak halaman web dan dengan pertumbuhan 10 peratus setiap hari, halaman web merupakan sumber maklumat tak terhingga kandungannya. Para pendidik boleh mendapatkan kandungan teks penuh, artikel, rancangan pengajaran dan lain-lain bahan pengajaran pembelajaran seperti maklumat mengenai projek-projek yang boleh dijalankan oleh pelajar, pendidikan keibu-bapaan dan maklumat kesihatan serta bermacam-macam. Laman (http://k12.cnidr.org:90/web.intro.html) contohnya menghuraikan cara-cara menggunakan World Wide Web khususnya dalam mereformasikan kurikulum. Crumlish (1996) mencadangkan supaya WWW dalam pendidikan dugunakan sebagai tutor, pusat sebaran dan penerbitan, medan perbincangan (forum), dan pemandu (search engine).

3.3

Internet Relay Chat

Internet Relay Chat (IRC) biasanya merujuk kepada sekumpulan orang berbual sesama sendiri dengan menggunakan papan kekunci. Walau bagaimanapun pada hari ini sudah terdapat perisian yang membolehkan komunikasi secara audio dan visual dengan bantuan beberapa alatan tambahan. Komunikasi seperti ini sering disebut sebagai telesidang (video conferencing). IRC menyediakan berbagai-bagai tajuk perbualan dan pengguna-pengguna di seluruh dunia berbincang tentang berbagai tajuk tersebut secara serentak. IRC berasaskan model pelayan pelanggan dimana perisian pelanggan dan pelayan diperlukan untuk melihatnya. Antara perisian yang terkenal ialah mIRC (http://www.mirc.com ), netmeeting, ICQ ( http://www.mirabilis.com ). Perisian pelanggan IRC akan berkomunikasi dengan pelayan IRC dalam Internet. Pengguna log Muka surat 4/11

masuk pelayan dengan menggunakan perisian pelanggan dan kemudian pilihlah saluran yang diminati. Melalui kemudahan yang disediakan oleh beberapa web server (contohnya Xoom – http://www.xoom.com ) , pengguna berpeluang membina ruang perbualan sendiri. Ruang-ruang perbualan ini boleh diubahsuai untuk digunakan sebagai bilik mesyuarat siber.

3.4

Telnet

Telnet ialah kemudahan menggunakan komputer yang berlokasi di benua lain, seolah-olah sama seperti menggunakan komputer yang ditempatkan dalam sebuah bangunan yang sama. Ia menggunakan protokol piawai bagi membolehkan seseorang pengguna komputer membuat sambungan kepada komputer lain. Bagi menggunakan telnet, pengguna hanya perlu melaksanakan atur cara yang dinamakan telnet di komputer sendiri dan beliau akan disambungkan kepada komputer yang dikehendakki. Sebaik sahaja sambungan dibuat, telnet bertindak sebagai agen pertengahan di antara kedua-duanya. Dengan itu semua yang ditaip menggunakan papan kekunci akan dihantar kepada komputer yang dihubungi manakala semua yang dipaparkan oleh komputer yang dihubungi itu akan dipaparkan di skrin di hadapan pengguna.

3.5

Kumpulan berita dan diskusi

Internet menyediakan pentas-pentas perbincangan dalam pelbagai subjek. Kumpulan berita dan diskusi secara asasnya adalah aplikasi dan lanjutan kepada penggunaan e-mail secara berkesan. Komuniti-komuniti yang terbentuk secara elektronik yang mempunyai minat yang sama membolehkan ahli-ahli yang menyertai kumpulan diskusi berkongsi pendapat dan membantu di antara satu sama lain tanpa batasan sempadan geografi. Terdapat beribu-ribu kumpulan diskusi yang boleh disertai oleh pendidik mengikut minat mereka. Sebaagai contoh senarai kumpulan diskusi eletronik dalam pendidikan boleh didapati dari laman http://k12.cnidr.org:90/list.html Pangkalan data amat popular dikalangan pendidik dari semua peringkat. Ia membekalkan data-data soal-selidik, artikel-artikel, rancangan pengajaran, ujian dan lain-lain. Contoh pengkalan data yang terdapat di internet ialah ERIC dan Test Collection yang disenggara di Amerika Syarikat. Di Malaysia pula Universiti Teknologi Malaysia dan universiti-universiti tempatan yang lain juga menyediakan katalog bagi berbagai-bagai dokumen elektronik.

3.6

Pemindahan Fail ( FTP )

Menerusi internet, segala fail sama ada dalam bentuk teks, grafik, audio atau video amat mudah untuk dipindahkan dari satu komputer kepada komputer yang lain dengan menggunakan "File Transfer Protocol (FTP)". Segala bahan pembelajaran yang terdapat dalam sesuatu server (di mana-mana institusi pendidikan) boleh dipindahkan ke dalam komputer kita di rumah atau di sekolah tanpa mengalami sebarang perubahan. Muka surat 5/11

Pada hari ini, terdapat pelbagai perisian yang boleh dimuat turun (download) sama ada secara percuma ataupun berbayar. Kita juga boleh memuatkan kembali (upload) segala fail ke dalam sesuatu server untuk di pamirkan atau dimanfaatkan oleh orang lain, terutama para pendidik dan pelajar di seluruh dunia. Semuanya menggunakan kemudahan FTP. 3.7

Telesidang Video

Telesidang adalah sistem penyampaian elektronik yang melibatkan komunikasi dua hala antara dua atau lebih pusat telesidang secara langsung. Telesidang video ini juga amat sesuai bagi melaksanakan Pendidikan Jarak Jauh kerana ia sesuai bagi tujuan menjalankan seminar, kuliah, ceramah jemputan, tutorial, tunjukcara, mesyuarat, perdebatan, persidangan, pembentangan kajian, viva, temuduga dan juga bimbingan kaunseling. Menurut J.Maki (2001) penggunaan telesidang video ini menyelesaikan banyak masalah pembelajaran di kalangan pelajar menerusi guru-guru ICT. Walau bagaimanapun, pelaksanaan telesidang ini memerlukan perancangan dan latihan yang rapi malah latihan dan percubaan perlu dijalankan sebelum menggunakan bahan sokongan media ini. Berdasarkan kajian, di dapati telesidang ini adalah di antara jenis yang sesuai diaplikasi dalam sistem Pendidikan sesebuah negara yang membangun yang berteraskan teknologi maklumat dan komunikasi seperti yang berlaku di Findland(J.Maki, 2001) dan Singapura (Hu. Chun, 2001)

4.0

APLIKASI INTERNET PEMBELAJARAN

SEBAGAI

MEDIA

PENGAJARAN

DAN

Internet telah digunakan sebagai sumber untuk penyediaan pelbagai bahan dan maklumat yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia juga telah digunakan sebagai sebuah saluran komunikasi antara guru dengan guru lain, guru dengan murid, guru dengan ibubapa, atau murid dengan murid lain. Berikut adalah beberapa kategori aplikasi internet dan lokasinya yang telah dibangunkan sebahagiannya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. 4.1

Projek

Projek ialah aktiviti pembelajaran secara individu atau kumpulan yang banyak dilakukan diluar kelas. Ianya perlu disiapkan dalam tempoh masa tertentu. Sesuatu projek boleh merangkumi beberapa konsep dan kemahiran yang telah dipelajari. Projek berasaskan Internet perlu diintegrasikan ke dalam pelajaran yang biasa diajar di dalam kelas. Kenal pasti terlebih dahulu objektif yang perlu dicapai di dalam kelas. Kemudian fikirkan cara Internet boleh digunakan dengan berkesan. Kemudian, cari bahan yang sesuai dan rancangkan langkah-langkah yang diperlukan untuk melaksanakan serta menjayakan projek tersebut. Terdapat beberapa projek yang telah dan boleh dijalankan oleh para guru berasaskan kepada Internet. Antara beberapa tapak web yang mempunyai cadangan tersebut ialah http://www.nptn.org.cyber.serv/AOneP/academyone/project-index.html , Muka surat 6/11

http://www.gsn.org, http://www.stolaf.edu/network/lecc/, http://www.nptn.org.cyber.serv/AoneP/academyone/Project-index.html

4.2

dan

Rancangan Pengajaran (Lesson Plans)

Terdapat beratus-ratus rancangan pengajaran yang telah disediakan oleh para guru dari seluruh pelusuk dunia yang boleh dimanfaatkan oleh guru-guru lain. Selain dari matematik, rancangan pelajaran tersebut meliputi pelbagai mata pelajaran yang lain. Antara tapak-tapak web yang boleh kita lawati untuk mendapatkan rancangan pengajaran ialah http://wwwsci.lib.Uci.edu/SEP/SEP.Internet untuk subjek sains, http://www.csun.edy:80/hceduo13/ untuk sains sosial, untuk matematik, http://forum.swarthmore.edu/arithmetic/arith.units.html http://www.teachnet.com/lesson.htmlhttp://www.mmserve.com/educ untuk English dan http://www.coe.missouri.edu/~kyle/edu.html khusus untuk penyediaan perancangan pengajaran.

4.3

Bahan maklumat yang menarik dan terkini

Internet mendedahkan pelajar kepada pelbagai bahan. Bahan-bahan seperti imej bumi yang diambil dari satelit di seluruh dunia atau maklumat tentang puting beliung, fakta-fakta negara, pelbagai jenis penyakit boleh diperolehi dengan. Tambahan pula, maklumat seperti ini lebih terkini daripada apa yang dapat diperolehi dari sumber lain. Guru juga dapat mengatur supaya pelajar membuat lawatan ke tempat-tempat menarik di seluruh dunia secara elektronik. Muzium, tempat-tempat bersejarah seperti Melaka dan tempat-tempat menarik seperti Grand Canyon dan Niagara Falls terdapat di dalam Internet, khususnya World Wide Web. Gambar dan maklumat tentang tempat-tempat ini dapat diperolehi dengan cepat dan mudah.

4.4

Bahan bacaan dan kemahiran berbahasa

Di dalam internet juga terdapat beribu majalah dan jurnal yang diterbitkan secara berkala, sama ada harian, mingguan atau bulanan. Begitu juga dengan akhbar yang menjadi sumber maklumat, khususnya berhubung dengan peristiwa dan isu semasa yang berlaku di seluruh dunia. Pelajar boleh diminta untuk mendapatkan berita tentang sesuatu perkara melalui akhbar dari seluruh dunia, dan bandingkan cara penyampaian berita di lain-lain negara. Cara ini mungkin sesuai bagi pelajar-pelajar peringkat menengah atas. Search engine untuk mendapatkan akhbar, majalah atau bahan-bahan bacaan tertentu dengan menulis tajuk yang diingini. Kebanyakkan akhbar terkemuka diseluruh dunia menyediakan versi elektroniknya di internet. Guru dan pelajar juga dapat menggunakan internet untuk mempertingatkan kemahiran menulis. Mel elektronik merupakan aplikasi utama di sini. Semasa menyertai forum sebegini melalui mel elektronik, pelajar biasanya lebih prihatin dan teliti dalam menulis. Mereka akan memastikan ejaan dan nahu betul dan apa yang dibangkitkan memberi imej yang positif bukan sahaja mereka sendiri tetapi sekolah, masyarakat dan negara. Terdapat beberapa tapak web seperti kidlink Muka surat 7/11

(http://www.kidlink.org/) yang menyediakan aktiviti forum untuk disertai pelajar dari umur 10 tahun hingga 14 tahun untuk berhubung antara satu sama lain dengan membincangkan topik yang telah ditetapkan.

4.5

Perkongsian maklumat

Selain itu, guru sendiri boleh berhubung dengan guru lain untuk berkongsi sumber, idea ataupun masalah khususnya melalui kumpulan diskusi elektronik. Terdapat berpuluh-puluh kumpulan diskusi elektronik di dalam internet yang boleh disertai secara percuma oleh guru di seluruh dunia. Beberapa contoh kumpulan diskusi elektronik yang meliputi pelbagai bidang dan topik boleh didapati dari laman berikut: http://www.educ.kent.edul/deafed/whahome.httm. Guru juga dapat membaca artikel yang berguna untuk mempertingkatkan diri mereka sebagai pendidik atau untuk mendapatkan idea bagi mengintegrasikan teknologi di dalam bilik darjah. Antara jurnal berkenaan yang ada di dalam internet ialah http://fromnowon.org dan http://www.thejournal.com.

4.6

Saluran komunikasi

Para guru dan pelajar juga berpeluang berkomunikasi antara satu sama lain melalui internet, sama ada secara lisan atau tulisan. Terdapat beberapa kemudahan berupa perisian atau komputer server yang telah menyediakan kemudahan tersebut. Antara bentuk saluran komunikasi atau perisian yang terdapat melalui internet ialah Internet Relay Chat (IRC), Discussion group, Internet phone, netmeeting, cooltalk dan sebagainya, Video Conferencing, ICQ dan lain-lain.

5.0

PERBINCANGAN

Di Malaysia, Internet menjadi sebahagian dari kelengkapan sekolah terutamanya di sekolah bestari seawal Januari 1999. Sepatutnya, semua sekolah menengah akan mendapat akses ke internet tahun 2000. Sehingga kini, walaupun terdapat kes-kes terpencil beberapa buah sekolah yang masih ketiadaan kelengkapan internet, boleh dikatakan semua sekolah bandar terhubung melalui internet. Dengan yang demikian, semua ciri-ciri internet yang telah diterangkan di atas adalah dalam jangkauan sekolahsekolah bandar. Namun ini tidak bererti bahawa pengguna-pengguna di Malaysia khususnya dari kalangan guru dan pelajar celik dengan ciri-ciri internet ini. Dari pemerhatian kasar, perkara-perkara berikut tidaklah kerterlaluan jika diketengahkan sebagai isu yang boleh dibincangkan terus mengenai tahap aplikasi internet dalam pengajaran dan pembelajaran. Isu pertama adalah tentang penggunaan IRC dan kemudahan-kemudahan sepertinya termasuk Discussion Group atau Forum. Hakikatnya, IRC bukan direkabentuk khusus untuk guru dan pelajar semata-mata. Ia adalah untuk semua lapisan masyarakat dan falsafah rekabentuknya berasaskan nilai komersil. Dengan itu suasana yang disediakan oleh IRC lebih berbentuk sensasi (glamour) dimana, contohnya, tajuk-tajuk perbualan yang disediakan lebih kepada yang berbentuk hiburan. Dengan itu, pengguna dengan tidak secara langsung akan terpanggil untuk melawati Muka surat 8/11

sidang perbincangan yang mungkin pada masa itu tidak langsung bermanfaat kepadanya. Isu kedua juga tentang kebergunaan IRC kepada pelajar, lebih-lebih lagi pelajar di peringkat menengah atau yang lebih rendah. Walaupun tajuk perbualan yang ditawarkan di IRC secara umumnya berkait dengan pelajar, contohnya fizik, terdapat kemungkinan topik yang dibincangkan terlalu mendalam dan terperinci sehingga pelajar tidak termampu memahami apa yang dibincangkan apatah lagi untuk menyertainya. Dalam konteks ini, kebergunaan IRC dan Discussion Group atau Forum kepada pengajaran dan pembelajaran boleh dipertikaikan. Isu ketiga adalah mengenai Telnet. Kemudahan yang Telnet sediakan boleh dianggap khusus sehingga pengguna perlu mematuhi syarat-syarat yang berkaitan dengan keselamatan data dan sebagainya. Adakah pelajar memerlukan kemudahan seperti ini sedang syarat-syarat yang dikenakan mungkin membebankan pelajar itu sendiri atau mereka langsung tidak memahaminya? Mungkin ya bagi sekumpulan kecil pelajar diperingkat pasca ijazah. Namun kumpulan terbesar pelajar yang memerlukan bimbingan pengajaran dan pembelajaran berbantukan media adalah diperingkat rendah dan menengah. Jelas bahawa Telnet juga tidak direkabentuk dengan memikirkan pelajar bawahan sebagai penggunanya. Isu keempat adalah mengenai kebergunaan FTP bagi pelajar-pelajar rendah dan menengah. Permasalahannya adalah, seperti juga Telnet, kumpulan pengguna yang menjadi sasaran kemudahan itu ialah pelajar di peringkat tinggi, terutama nya pelajarpelajar di tahun-tahun akhir pengajian di universiti. Dengan itu suasana yang disediakan bagi pengguna FTP tidak benar-benar user friendly. Protokol bagi FTP untuk kegunaan umum disediakan masih menggunakan low level programming language yang membuatkan ia tidak user friendly dan dengan itu tidak mampu digunakan untuk pengguna-pengguna yang mempunyai pilihan lain selain FTP. Dalam kes ini, pelajar rendah dah menengah akan secara automatik tidak merasa layak menggunakan FTP. Isu kelima adalah laman web sebagai ciri internet untuk pengajaran dan pembelajaran. Permasalahannya berkait rapat dengan isu kos. Penyenggaraan laman web memerlukan pembiayaan dan dengan itu penyedia laman web terpaksa menampung kos dengan membenarkan pengiklanan di lamannya. Ini memberikan masaalah dari segi carian. Search engine masa kini masih tidak mampu untuk mensisihkan laman-laman web yang kurang relevan semasa carian dibuat dan pemaparan iklan melambatkan carian. Tumpuan pengguna, lebih-lebih lagi pelajar yang kurang sirius akan terpesong ke laman-laman web yang tidak bermanfaat pada masa itu yang diiklankan semasa proses carian. Ini juga membuktikan bahawa laman web bukan ciri internet yang sewenang-wenangnya boleh dianggap baik untuk pengajaran dan pembelajaran.

6.0

KESIMPULAN

Dari apa yang dipaparkan di atas, beberapa kesimpulan penting dapat dibuat mengenai ciri-ciri internet dan aplikasinya kepada bidang pengajaran dan pembelajaran. Pertama, jelas bahawa internet adalah kemudahan moden yang mempunyai ciri-ciri yang membolehkan ia menjadi media pengajaran dan pembelajaran. Ciri-ciri ini ialah Muka surat 9/11

E–mail (Mel Eletronik), Laman Web (WWW), Internet Relay Chat (IRC), Telnet, Kumpulan Diskusi dan Berita (News group) dan File Transfer Protocal (FTP). Kedua, Pengaplikasian ciri-ciri ini kepada proses pengajaran dan pembelajaran, bagi guru dan pelajar, tampak mudah atas alasan ia tersedia secara percuma kepada semua lapisan pengguna. Namun, dengan fakta-fakta yang telah dibincangkan, jelas bahawa kebergunaan ciri-ciri ini kepada pelajar adalah terhad. Yang pasti ciri-ciri ini mungkin tidak langsung memikirkan kebergunaannya kepada golongan majoriti pelajar iaitu pelajar-pelajar peringkat rendah dan menengah. Oleh yang demikian, apa-apa usaha kearah menggunakan internet sebagai media pengajaran dan pembelajaran perlu pertama-tamanya menangani isu-isu asas ini. Kebergunaan ciri-ciri internet dengan itu bergantung kepada pengaplikasian yang bijak yang boleh menjawab permasalahanpermasalahan ini.

RUJUKAN : Abbas, K., (1989); Pusat Sumber Sekolah Struktur dan Organisasi, Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd; Kuala Lumpur. Bier, M. et. al. (1996). "Personal Empowerment in the Study of Home Internet Use by Low-Income Families". Journal of Research on Computing in Education. Volume 28 (5). Crumlish, C. (1996). The ABCs of the Internet. Singapore: Tech Publications Pte Ltd. Hu, Chun et.al, 2001. Multipoint Desktop Videoconferencing For Teacher Training : A Singapore Experience. Multimedia Desktop Video Conferencing On Educational Multimedia, Hypermedia and Telecommunication. Proceeding . (13th, Tampere, Findland. June 25-30).IR 012 194. Ismail, M. A, dan Razali, N. (2003), Aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran : Perspektif Dalam Mata Pelajaran Kimia SPM; Universiti Kebangsaan Malaysia. J.Maki. 2001. Is It Possible To Teach Music In A Classroom From Distance of 1000km? Learning Environment of Music Education Using ISDN-Video Conferencing. EDMedia Advancement of Computing In Education Multimedia, Hypermedia and Telecommunication. Proceeding . (13th, Tampere, Findland. June 25-30).IR 012 194 Kang, W. C. (1995). The effects of internet sessions on student’s attitudes towards the internet: A case study. Tesis Sarjana Pendidikan. UM Telekom Malaysia Berhad (1998). Mengenali dan Mengguna Internet. Kuala Lumpur: Federal Publications. Tengku Zawawi b. Tengku Zainal (1999), Buletin JASA, Jil 2 Bil 2.

Muka surat 10/11

Zoraini Wati Abas (1996). “ Internet untuk pendidikan “. Kertas yang dibentangkan dalam Seminar Internet Dalam Pendidikan. Johor Bahru. MPTI

Muka surat 11/11