KEBERKESANAN KEM BAHASA ARAB DALAM MENINGKATKAN ...

48 downloads 608 Views 422KB Size Report
Responden terdiri daripada 30 pelajar yang mengikuti Kem Bahasa Arab yang ... Dapatan kajian menunjukkan bahawa Kem Bahasa Arab memberi kesan.
Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR’12) • disunting oleh: Mohd Shukari Hamzah, Khazri Osman, Moktar Hussain, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Hakim Zainal, & Zainuddin Ismail • © Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi • ISBN 978-9675478-49-9 • http://www.ukm.my/uba/sebar2012/prosiding.htm

KEBERKESANAN KEM BAHASA ARAB DALAM MENINGKATKAN TAHAP MOTIVASI DAN KEYAKINAN PELAJAR Khairuzaman Kadir, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Khazri Osman, Ummu Hani Hashim, Nur Syazwina Mustapa. [email protected] Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap motivasi dan keyakinan pelajar sebelum dan selepas mengikuti kem bahasa Arab. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah soal selidik, temu bual dan pemerhatian bagi mengumpul data kuantitatif dan kualitatif. Responden terdiri daripada 30 pelajar yang mengikuti Kem Bahasa Arab yang diadakan di Taman Malaysia Seremban, Ng Sembilan Darul Takzim pada 31 Mac – 1 April 2012 yang lalu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Kem Bahasa Arab memberi kesan positif kepada pelajar melalui peningkatan tahap minat dan motivasi mereka terhadap kursus kemahiran bahasa Arab. Sebanyak 68.4% peserta kem bersetuju bahawa aktiviti yang dijalankan dalam kem dapat membantu menyelesaikan permasalahan pembelajaran bahasa Arab yang dihadapi oleh mereka. Ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (P