KEBERKESANAN KONSEP PETA MINDA DALAM ...

157 downloads 2276 Views 503KB Size Report
36. 2.5 Pembelajaran Berasaskan Minda. 39. 2.6 Teori Otak. 40. 2.6.1 Empat Kuadran Berfikir. 41. 2.7 Pencapaian Pelajar Melalui Konsep Peta Minda 42.
KEBERKESANAN KONSEP PETA MINDA DALAM PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH

WAHIDAH BINTI HJ ABU BAKAR

Laporanprojekinidikemukakansebagaimemenuhi Sebahagiandaripadasyaratpenganugerahan IjazahSarjanaPendidikanTeknik Dan Vokasional

FakultiPendidikanTeknik Dan Vokasional UniversitiTun Hussein Onn Malaysia

DISEMBER 2011

v

ABSTRAK

Politeknik bukan sahaja melahirkan pelajar yang terpelajar dari segi kognitif malah juga melahirkan pelajar yang cukup sifatnya sebagai manusia sepertimana yang diharap oleh Falsafah Pendidikan Negara kita iaitu cukup jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Konsep Peta Minda adalah satu kaedah persembahan yang menerangkan sesuatu konsep dalam bentuk grafik. Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan konsep peta minda dalam pembelajaran berasaskan masalah bagi subjek Aplikasi Komputer. Bentuk kajian yang digunakan ialah kuasi eksperimen yang dijalankan menggunakan ujian pra dan pasca ke atas kumpulan rawatan dan kawalan. Sampel kajian adalah dua kumpulan pelajar dari kelas DEP1C dan DEP1E di Politeknik Johor Bahru. Sampel adalah terdiri daripada 30 orang pelajar untuk kumpulan rawatan, dan 30 orang pelajar untuk kumpulan kawalan. Kumpulan rawatan telah diajar dengan bantuan konsep peta minda dalam pembelajaran berasaskan masalah manakala kumpulan kawalan diajar dengan kaedah PBM sahaja. Rekabentuk faktorial 2x2 yang melibatkan ujian-t pada paras signifikan 0.05. Hasil kajian telah mendapati min pencapaian kumpulan rawatan adalah tinggi iaitu 82.33 dan signifikan secara statistik pada tahap α= 0.05 (ρ = 0.00) berbanding dengan min kumpulan kawalan iaitu 64.93 yang menunjukkan bahawa penggunaan konsep peta minda telah meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam subjek Aplikasi Komputer. Oleh itu, pembelajaran yang menggunakan konsep peta adalah dicadangkan untuk diamalkan di dalam pengajaran dan pembelajaran bagi matepelajaran Aplikasi Komputer.

vi

ABSTRACT

The Polytechnic is producing student not only restricted to cognitive intelligence human being but it goes beyond in creating a well balanced student influenced by National Education Philosophy i.e., integrating well physical being emotion, spiritual and wisdom. Concept mapping is a graphical method for describing a specific concept. The objective of this study to analyse the effectiveness of concept mapping in subject oriented towards Computer Application. The study used a pre and post test quasi-experimental design method with a control group. The samples were two groups from class DEP1C and DEP1E of students from Polytechnic Johor Bahru. The samples consist of 30 students for the experimental group and 30 students for the control group. The experimental group was taught using concept mind mapping in problem based learning and the control group was taught only using problem based learning. 2x2 factor design is used that engage t-test with 0.05 significant values. The results show that the mean of the concept mapping group is statistically significantly higher (mean = 82.33) than the control group (mean = 64.93) with ρ = 0.00 α = 0.05), which means that the use of concept mapping enhances the effectiveness of concept learning in Computer Application. Hence, concept map method is recommended to be used in Computer Application subject.

viii BAB

BAB 1

PERKARA

MUKA SURAT

PENDAHULUAN

1

1.1 Pengenalan

1

1.2 Latar Belakang

4

1.3 Pernyataan Masalah

8

1.4 Tujuan Kajian

9

1.5 Objektif Kajian

9

1.6 Persoalan Kajian

10

1.7 Hipotesis Kajian

10

1.7.1 Hipotesis Null (H0)

10

1.7.2 Hipotesis Alternatif (Ha)

11

1.8 Skop Kajian

12

1.9 Batasan Kajian

12

1.10 Kepentingan Kajian

13

1.10.1 Pelajar

13

1.10.2 Pendidik

14

1.10.3 Jabatan Matematik Sains Dan Komputer

14

1.10.4 Politeknik Johor Bahru

14

1.10.5 Kementerian Pendidikan Tinggi malaysia

15

1.11 Kerangka Konseptual

15

1.12 Definisi dan istilah

17

1.12.1 Pembelajaran

17

1.12.2 Pembelajaran Berasaskan Masalah

17

1.12.3 Modul Pembelajaran

18

1.12.4 Peta Minda

19

1.12.5 Kognitif

19

1.12.6 Pencapaian Akademik

19

1.13 Kesimpulan

20

ix BAB 2

KAJIAN LITERATUR

21

2.1 Pengenalan

21

2.2 Gaya Pembelajaran

22

2.3 Teori-teori Pembelajaran

23

2.3.1

Pembelajaran Secara Konstruktif

23

2.3.2 Pembelajaran Koperatif

23

2.3.3 Pembelajaran Melalui Pengalaman

24

2.3.4 Pembelajaran Berpusatkan Pelajar

25

2.4 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran

25

2.4.1

Pembelajaran Berasaskan Masalah

25

2.4.2

Konsep Pembelajaran Berasaskan Masalah 26

2.4.3

Model Fasa Pembangunan Kurikulum bagi 29 Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Robert Fogarty (1997)

2.4.4

Proses Pembelajaran Berasaskan Masalah 33

2.4.5

Peta Minda

36

2.5 Pembelajaran Berasaskan Minda

39

2.6 Teori Otak

40

2.6.1 Empat Kuadran Berfikir

41

2.7 Pencapaian Pelajar Melalui Konsep Peta Minda

42

2.8 Penerimaan Konsep Peta Minda Di Kalangan

43

Pelajar. 2.9 Sorotan Kajian 2.9.1 Reka bentuk Hibrid Pembelajaran

44 44

Berasakan Masalah (PBM) 2.9.2 Sains Komputer dalam Classroom-in-

46

The-Round 2.9.3 Kesan Penggunaan Peta Konsep Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Matapelajaran Fizik Di Kalangan Pelajar

47

x Sekolah Menengah Teknik Pengajian Kejuruteraan Mekanikal. 2.9.4 Penggunaan Peta Konsep Dan Peta

47

Vee Dalam Meningkatkan sikap Pelajar Terhadap Kimia 2.9.5 Kesan Penggunaan Peta Konsep Dan

48

Pembelajaran Koperatif Terhadap Prestasi Pelajar 2.9.6 Penggunaan peta konsep dalam pengajaran 49 dan pembelajaran 2.9.7 Teori-teori Berkaitan Dengan Peta Konsep 50

BAB 3

2.10 Kesimpulan

53

METODOLOGI

54

3.1 Pengenalan

54

3.2 Reka Bentuk Kajian

55

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian

60

3.4 Instrumen Kajian

61

3.4.1 Ujian Pra Dan Ujian Pasca

61

3.4.2 Modul Pembelajaran

65

3.5 Kajian Rintis 3.5.1 Ujian Pra Dan Ujian Pasca 3.6 Pengumpulan Data 3.6.1 Prosidur Kajian

66 66 68 69

3.7 Analisis Data

72

3.8 Kerangka Operasi

74

3.9 Andaian Kajian

75

3.10 Kesimpulan

76

xi BAB 4

ANALISIS DATA

77

4.1 Pengenalan

77

4.2 Analisis Data

78

4.3 Pengujian Hipotesis

79

4.4 Apakah Pencapaian Keseluruhan Pelajar Sebelum

81

Dan Selepas Proses Pembelajaran Dengan Menggunakan Kaedah Konsep Peta Minda Dan PBM? 4.4.1 Pencapaian Responden Berdasarkan Kaedah

83

Konsep Peta Minda dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah (Kumpulan Rawatan) 4.4.2Pencapaian Responden Dengan Menggunakan 85 Kaedah PBM (Kumpulan Kawalan) 4.4.3 Perbandingan Pencapaian Responden

87

kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan 4.5 Adakah Terdapat Perbezaan yang signifikan dalam 89 ujian pencapaian pelajar di antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan ? 4.5.1 Perbezaan Diantara Ujian Pra Dan Ujian Pasca 89 Untuk Pelajar Kumpulan Rawatan 4.5.2 Perbezaan Diantara Ujian Pra Dan Ujian Pasca 90 Untuk Pelajar Kumpulan Kawalan 4.5.3 Perbezaan Di Antara Markah Ujian Pasca

92

Kumpulan Kawalan Dengan Markah Ujian Pasca Untuk Kumpulan Rawatan 4.5.4 Perbezaan Peningkatan Ujian Pencapaian Pelajar Di Antara Kumpulan Kawalan (pembelajaran berasaskan masalah sahaja)

93

xii dan kumpulan rawatan (konsep peta minda dalam pembelajaran berasaskan masalah)

BAB 5

4.6 Kesimpulan

95

PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

96

5.1 Pengenalan

96

5.2 Perbincangan Dapatan kajian

97

5.2.1 Apakah Modul Pembelajaran Berasaskan

98

Masalah yang bersesuaian di dalam matapelajaran Aplikasi Komputer? 5.2.2 Apakah pencapaian keseluruhan pelajar

102

sebelum dan selepas proses pembelajaran dengan menggunakan kaedah konsep peta minda dan PBM? 5.2.3 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan

105

dalam ujian pencapaian pelajar diantara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan? 5.2.4 Adakah kaedah pembelajaran menggunakan

108

teknik Peta Minda dalam pembelajaran berasaskan masalah lebih berkesan berbanding dengan pembelajaran menggunakan kaedah PBM sahaja terhadap prestasi pencapaian pelajar? 5.3

Kesimpulan

110

5.4

Cadangan

112

5.5

Penutup

114

xiii RUJUKAN

115

LAMPIRAN

124

xiv

SENARAI JADUAL

NO JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

2.1

Jadual FILA

36

2.2

Kerja dalam kumpulan lebih dominan daripada kerja

46

secara individu 3.1

Taburan Sampel Politeknik Johor Bahru

60

3.2

Indeks Kesukaran Dan Aras Kesukaran Piawai

67

3.3

Indeks Diskriminasi Dan Aras Diskriminasi Piawai

67

3.4

Aktiviti Pengambilan Data Kajian

68

3.5

Kaedah Analisis Data

73

4.1

Statistik Deskriptif Untuk Skor Min Ujian Pra

80

4.2

Keputusan Ujian-t Bagi Ujian Pra

80

4.3

Keputusan Ujian Kolmogorov-Smirnov Bagi Ujian Pra 81

4.4

Analisis markah Ujian Pra Dan Ujian Pasca bagi

81

kumpulan Kawalan dan kumpulan Rawatan 4.5

Perbandingan Pencapaian Ujian Pra Dan Ujian Pasca

82

Bagi Kumpulan Kawalan Dan Kumpulan Rawatan 4.6

Perbandingan Markah Pelajar Kumpulan Rawatan

84

Sebelum Dan Selepas Menggunakan Kaedah Konsep Peta Minda Dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah 4.7

Perbandingan Markah Pelajar Kumpulan Kawalan Sebelum Dan Selepas Menggunakan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah Dan Peta Minda

86

xv 4.8

Perbandingan Peningkatan Markah Ujian Pra Dan

88

Ujian Pasca Bagi Kumpulan Kawalan Dan Kumpulan Rawatan 4.9

Statistik Sampel Berpasangan Ujian Pra dan Ujian

90

Pasca Bagi Kumpulan Rawatan 4.10

Ujian –T Sampel Berpasangan Ujian Pra – Ujian Pasca

90

Bagi Kumpulan Rawatan 4.11

Statistik Sampel Berpasangan Ujian Pra dan Ujian

91

Pasca Bagi Kumpulan Kawalan 4.12

Ujian –T Sampel Berpasangan Ujian Pra – Ujian

91

Pasca Bagi Kumpulan Kawalan 4.13

Statistik Ujian –T Sampel Berpasangan Ujian Pasca

92

Bagi Kumpulan Kawalan Dan Kumpulan Rawatan 4.14

Ujian –T Sampel Berpasangan Ujian Pasca Bagi

93

Kumpulan Kawalan Dan Kumpulan Rawatan 4.15

Skor Min Ujian Pra, Ujian Pasca dan Peningkatan

94

Pencapaian Pelajar Bagi Kumpulan Rawatan Dan Kumpulan Kawalan 4.16

Analisis Peningkatan Pencapaian Pelajar Di antara Kumpulan Rawatan Dan Kumpulan kawalan

94

xvi

SENARAI RAJAH

NO RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

1.1

Kerangka Konsep Kajian

16

2.1

Carta Alir Model Kurikulum : Fasa Pembangunan

30

bagi Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) 2.2

Proses Pembelajaran Berasaskan Masalah

34

2.3

Rajah Pengelasan Otak

37

2.4

Teori Otak Kiri Dan Kanan

40

2.5

Modul empat kuadran berfikir Hermann

41

2.6

Model bagi kurikulum Shift

44

2.7

Model Hibrid bagi PBM

45

3.1

Aktiviti Penilaian Sebenar

56

3.2

Panduan Model PBM Dan Konsep Peta Minda Bagi

58

Matapelajaran Aplikasi Komputer 3.3

Cara Perlaksanaan Kajian

71

3.4

Kerangka Operasi

74

4.1

Lengkungan Normal Pada Histogram

79

xvii

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

A

Silibus

125

B

Taburan Kekerapan Keputusan Peperiksaan

130

Pertengahan Tahun Bagi Kumpulan Kawalan Dan Kumpulan Rawatan C

Modul PBM Dan Konsep Peta Minda

131

D

Contoh Konsep Peta Minda Aplikasi Komputer

139

E

Set Soalan Ujian Pra

141

F

Set Soalan Ujian Pasca

146

G

Skema Ujian Pra

151

H

Skema Ujian Pasca

155

I

Jadual Penentu Ujian

159

J

Kajian Rintis

160

K

Hasil Kajian SPSS

161

L

Pengesahan Ujian

168

M

Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

173

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Pendidikan merupakan salah satu bidang penting yang menyumbang kepada pembangunan negara. Pelajar di semua institusi pengajian sama ada di peringkat rendah, menengah atau atas adalah golongan sasaran yang menjadi tunggak kepada pembangunan negara. Mereka berperanan serta dipertanggungjawab untuk merealisasikan wawasan negara demi menjana kemajuan teknologi terkini. Ekoran daripada itu, pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk memperbaiki dan meningkatkan sistem pendidikan di Malaysia (Ibrahim, Baharuddin & Jamaluddin, 2005). Corak pembelajaran yang bijak akan melahirkan pelajar yang bijak. Bagaimana seorang pelajar itu dapat mengikuti pelajaran di dalam kelas dan membuat ulangkaji di luar kelasbiasanya bermula dari cara seseorang guru itu mengajar dan memberi corak pembelajaran yang berkesan hasil dari pengajaran yang menarik. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad, Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang terbaik di kalangan dunia ketiga maka kejayaan yang perlu dicapai mempunyai kaitan dengan cabaran ke enam wawasan 2020 iaitu mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif, inovatif dan memandang jauh ke hadapan (Som & Dahalan, 1998).

2 Pada masa kini, terdapat seruan atau tuntutan supaya perubahan dilakukan terhadap strategi pengajaran sedia ada di mana dari pengajaran berpusatkan guru kepada pengajaran yang lebih berpusatkan pelajar. Ini bermakna, pelajar dituntut untuk lebih aktif dan mengambil bahagian dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Demi menyahut seruan ini, para pendidik perlu mencari idea, teknik atau pendekatan yang lebih baik untuk diaplikasikan dalam strategi pengajaran mereka. Sistem Pendidikan dan kaedah pengajaran yang berkesan adalah penting untuk menghasilkan pakar-pakar jurutera yang berkaliber dan memberi sumbangan yang bermakna demi kemajuan negara. Mata pelajaran Aplikasi Komputer adalah penting dan wajib dipelajari oleh semua pelajar di Politeknik untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang perkomputeran. Munculnya teknologi komputer dapat membantu manusia untuk mengumpul, memproses dan mendalikan maklumat secara mudah dan bersistematik. Konsep perkomputeran seringkali melibatkan pengunaan istilah-istilah yang spesifik dan bersifat abstrak serta kompleks. Penguasaan kukuh sesuatu konsep perkomputeran memerlukan penaakulan secara logikal. Kebolehan untuk menaakul dan memberi definisi konsep serta menyusun konsep yang dipelajari dalam struktur kognitif dapat membantu pelajar mengekalkan ingatan terhadap sesuatu konsep dalam jangka masa yang panjang. Strategi yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah menggunakan kaedah peta minda. Menurut Tony Buzan (2003), dimana beliau menyatakan manusia akan mudah mengingati sesutau yang menarik untuk dipandang dan tulisan atau gambar ringkas yang mengandungi maklumat yang boleh disimpan di dalam minda manusia. Ini menunjukkan selain pemahaman terhadap apa yang diulangkaji, proses untuk mengingat juga haruslah penting untuk pelajar memanggil kembali data yang telah disimpan tadi. Oleh itu, dalam memudahkan pemahaman serta dapat menarik minat dan memanipulasi kedua-dua otak, kaedah pembelajaran secara peta minda yang diperkenalkan oleh Tony Buzan adalah satu daripada kaedah pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam bentuk modul. Amalan pengajaran menggunakan konsep peta minda dalam pembelajaran dan dalam bilik darjah amat penting dalam merealisasikan matlamat kurikulum. Ini adalah kerana menurut Wahidin et al. (2004), penggunaan konsep peta minda dalam pengajaran dapat menunjukkan peningkatan sikap pelajar terhadap matapelajaran yang diajar. Kaedah-kaedah alternatif yang selari dan bersesuaian dengan kehendak

3 kurikulum perlu diketahui dan difahami oleh pengamal-pengamal kurikulum. Menurut Huo Kok Sen (dalam Tukiran, 2004), kesan penggunaan konsep peta minda ini telah banyak dilihat keberkesanannya di luar negara sebagai satu advancer organizer untuk pembelajaran sains. Peta konsep dilihat sebagai bahan bantu mengajar yang baru untuk memperbaiki kaedah pembelajaran yang lama bagi menggalakkan pemikiran yang kritis. Selain daripada itu, peta konsep juga digunakan untuk mengukuhkan pengalaman pembelajaran pelajar bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang efektif (Canas et al., 2003). Pendekatan pembelajaran yang betul dan tepat dilihat sebagai penyumbang ke arah merealisasikan kecemerlangan pendidikan seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi melahirkan insan berkebolehan, berkemahiran tinggi, bertanggungjawab dan berfikiran positif. Pembelajaran melalui konsep peta minda akan menjadi pembelajaran lebih bermakna kerana ia tidak membosankan dan menggunakan pengetahuan sedia ada dan pengetahuan yang baru diterimanya bagi menunjukkan perkaitan dan perhubungan di antara sesuatu konsep yang dipelajari. Dengan cara ini, pemahaman pelajar dapat dikukuhkan dan prestasi pelajar dalam sesuatu matapelajaran akan meningkat. Selaras dengan inovasi teknologi yang merupakan cabaran baru maka satu strategi pengajaran dan pembelajaran yang dikenali sebagai Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) juga telah diperkenalkan. Pembelajaran Berasaskan Masalah atau lebih dikenali sebagai PBL (Problem Based Learning) buat kali pertama digunakan oleh Fakulti Perubatan Universiti Case Western Reserve pada 1950-an. PBM adalah merupakan satu contoh pendekatan pembelajaran yang menggunakan persekitaran pembelajaran konstruktivisme. Konstruktivisme fokus kepada kemampuan pelajar untuk menyelesaikan masalah kehidupan sebenar secara praktikal dan caranya ialah meminta pelajar membina ilmu sendiri (Roblyer, 2004). Maka, gabungan persekitaran pembelajaran yang sedemikian mampu melahirkan pelajar yang kreatif dan kritis. Selain daripada itu, antara salah satu kekuatan pada strategi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan PBM adalah menggalakkan penglibatan yang aktif dikalangan pelajar dalam sesi pembelajaran. Menurut Montgomery (2000), kelebihan utama penggunaan PBM berbanding dengan strategi pembelajaran lain yang dicadangkan oleh teori konstruktivisme ialah rangsangan atau simulasi dalam

4 membentuk kognitif pelajar agar lebih bersifat ingin tahu terhadap sesuatu perkara yang dipelajari. Justeru, ini akan meningkatkan minat dan motivasi pelajar untuk terus mempelajari sesuatu dengan lebih mendalam. Kaedah PBM dapat membantu pelajar memperolehi kemahiran dalam menyelesaikan soalan yang berbentuk aplikasi dan seterusnya meningkatkan pencapaian mereka. Pencapaian akademik yang tinggi adalah menjadi impian bagi setiap individu yang bergelar sebagai pelajar di dalam menghadapi cabaran kesan globalisasi dan liberasi dunia. Teknik atau kaedah pembelajaran yang betul adalah perlu bagi setiap pelajar dalam mencapai impian serta matlamat mereka. Satu proses pembelajaran yang betul serta sesuai perlu diamalkan oleh setiap individu kerana proses pembelajaran berlaku sepanjang hayat dan proses ini amat penting bagi mendapatkan serta menyebarkan ilmu dalam kehidupan. Gaya pembelajaran yang sesuai penting untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar (Chambers, 1991). Chambers berpendapat bahawa pelajar harus menggunakan gaya pembelajaran sebagai kekuatan mereka dalam bidang akademik. Hal ini kerana cara yang bersesuaian dengan ciri-ciri pembelajaran akan menyebabkan pelajar di semua peringkat lebih bermotivasi dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian akademik.

1.2

Latar belakang

Menurut Nor (2002), Pelajar perlu memahami bahawa tidak ada satu formula yang mesti dan tepat bagi merumuskan satu kaedah yang paling baik untuk menghadapi pelajaran melainkan ia banyak bergantung pada diri pelajar itu sendiri. Setiap pelajar mempunyai karakter yang berbeza berpandukan jiwa dan keselesaan pelajar itu sendiri dalam proses pembelajaran. Selain itu, mereka juga mempunyai daya kreativiti yang berbeza berdasarkan minat dan kebolehan masing-masing (Paul, 2000). YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga telah membentangkan bajet negara bagi tahun 2007 pada 1 September 2006 bagi melaksanakan Misi Nasional ke arah mencapai wawasan negara. Menurut beliau, antara teras utama Misi Nasional ini

5 ialah untuk membolehkan sektor swasta menerajui semua pembangunan ekonomi negara serta mempergiatkan lagi sumber penajaan pertumbuhan baru berintensif teknologi dan pengetahuan. Oleh itu negara amat memerlukan tenaga kerja mahir yang mempunyai kompetensi bersesuaian dengan keperluan perindustrian. YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi juga mengkehendaki negara melahirkan lebih ramai ahli sains, jurutera, juruteknik dan pakar lain. Pada masa yang sama, sistem pendidikan negara akan terus mengambil pendekatan holistik bagi pembangunan modal insan dengan memberi tumpuan terhadap pendidikan sepanjang hayat, pemerolehan pelbagai pengetahuan dan peningkatan kemahiran. Sehubungan dengan itu, negara Malaysia memerlukan lebih ramai modal insan yang mempunyai minda kelas pertama bagi memenuhi keperluan dalam sektor perindustrian yang akan dibangunkan. Oleh itu, adalah amat penting bagi pensyarah untuk mengetahui pendekatan pembelajaran para pelajar agar lebih kreatif dan profesional. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan aspek utama dalam memantapkan dan melahirkan pelajar berdaya saing dalam bidang kejuruteraan. Di dalam bidang kejuruteraan, sememangnya memerlukan pelajar yang mempunyai pengetahuan komputer yang secukupnya. Pengetahuan asas yang kuat dalam komputer adalah penting dalam masyarakat kita yang menuju ke arah sebuah negara maju yang berteraskan sains dan teknologi. Tujuan ditawarkan mata pelajaran Aplikasi komputeri, adalah untuk mendedahkan pelajar berupaya menggunakan komputer secara efektif untuk menyelesaikan masalah serta mempunyai pengetahuan yang mencukupi untuk digunakan di dalam subjek-subjek yang lain dan berfungsi secara produktif dalam kerjaya masa hadapan mereka. Pusat Perkembangan Kurikulum (2001) mengesan antara kelemahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah kegagalan untuk membantu murid mencari perkaitan antara maklumat baru dengan pengalaman sedia ada dan antara dunia pendidikan dengan kehidupan seharian. Peranan graduan memberi impak yang besar dalam mendukung cita-cita negara. Perubahan dan penyusunan baru dalam pendidikan di peringkat tinggi terus dipergiatkan supaya dapat melahirkan graduan yang lebih berkualiti. Sehubungan dengan itu, pendekatan demi pendekatan baru diperkenalkan sebagai alternatif untuk menambahbaikkan sistem pendidikan sedia ada. Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) ialah pendekatan yang menggunakan masalah semasa atau berkaitan dunia

6 sebenar dalam pengajaran. Selain dapat meningkatkan kemahiran pelajar, pendekatan ini juga mendedahkan pelajar kepada masalah dunia sebenar dan terkini (Barbara, J. D., 1995). Menurut Graaff dan Kolmos (2003), dalam mempelbagaikan pengajaran supaya dapat memenuhi gaya pembelajaran pelajar, pembelajaran berasaskan masalah (PBM) merupakan salah satu alternatif daripada pembelajaran aktif. Pembelajaran berasaskan Masalah merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggunakan masalah sebenar yang relevan serta bermakna sebagai fokus dalam proses pembelajaran. Ianya didapati sesuai digunakan bukan sahaja dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar tetapi juga mampu menyokong kepada pembangunan kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalam kumpulan, kemahiran berkomunikasi dan sebagainya. Secara umumnya, pelajar-pelajar tidak mempunyai satu kursus khusus bagi mereka mempelajari kemahiran berfikir dan penggunaan peta minda (Tee et al. 2009). Maka, pendekatan baru perlu diusahakan oleh semua pihak untuk mengajar kemahiran berfikir dan alat berfikir seperti peta minda kepada pelajar secara formal atau tidak formal. Penggunaan alat-alat berfikir seperti konsep peta minda dapat membantu pelajar dalam mengukuhkan daya ingatan dan pemahaman dalam matapelajaran Aplikasi Komputer ini dengan lebih mudah. Pelajar-pelajar digalakkan oleh guru menggunakan peta minda di dalam pembelajaran. Ini selaras dengan Abd.Rahim (1999) dan Buzan (1984) iaitu bagi meningkatkan daya ingatan, taakulan dan perkembangan pemikiran dalam sesuatu pembelajaran konsep pemetaan minda boleh diketengahkan. Mereka akan memberi galakan kepada anggota-anggota kumpulan untuk menjadi ahli dalam bidang masing-masing dan mereka akan membantu. Apabila terdapat sebarang masalah, pada kebiasaannya, anggota kumpulan yang ahli dalam bidang tertentu akan memberi penjelasan kepada anggota-anggota lain dalam kumpulan. Ini adalah bertepatan dengan konsep Pembelajaran Melalui Pengalaman (Experiential Learning) daripada (Kolb, 1984) dan (Rogers, 1969). Teori Pembelajaran Berpusatkan Pelajar juga dari (Rogers, 1969) dan Teori Pembelajaran Kooperatif oleh Herman Schneider (1939).

7 Gagne (1996) menyatakan bahawa penggunaan peta konsep merupakan satu strategi kognitif yang mudah diamalkan. Pelajar akan mempelajari bahan yang diajar dengan cepat apabila pengajaran dibuat dalam bentuk kumpulan dengan menggunakan lakaran yang berbentuk gambar atau bentuk perkataan tersusun. Pelajar juga akan menggunakan kemahiran intelek untuk berfikir bagi menyelesaikan masalah yang diberi berdasarkan mata pelajaran yang diajar. Pelajar yang menghadapi masalah akan memilih cara mudah untuk memilih dan memahami kandungan pelajaran yang mewakili keseluruhan topik dengan bantuan rakan sebaya atau guru. Menurut Prof Madya Dr Khairiyah (Berita Harian, 2007), aktiviti dalam pembelajaran aktif membabitkan semua pelajar dan tidak terhad kepada segelintir yang memang aktif, untuk meningkatkan kefahaman dan keberkesanan pembelajaran. Contoh aktiviti pembelajaran aktif yang mudah adalah dengan meminta dan memberi sedikit masa untuk pelajar berbincang dengan rakan di sebelahnya, sebelum meminta mereka memberikan idea kepada keseluruhan kelas. Antara teknik pembelajaran aktif ialah pembelajaran koperatif dan pembelajaran berasaskan masalah. Kedua-dua teknik baru pembelajaran itu bukan saja dapat meningkatkan kualiti pembelajaran, tetapi kemahiran generik. Menurut Prof Ir Dr Zaini Ujang (Berita Harian, 2007), Pihak industri menunjukkan minat dalam penggunaan kaedah ini di kalangan pelajar. Sebagai contoh, Dow Chemicals (Malaysia) Sdn Bhd menyediakan geran RM10,000 untuk digunakan di dalam mata pelajaran yang membabitkan PBM dan membantu dalam usaha merekabentuk masalah untuk pelajar di dalam bidang kejuruteraan. Kaedah pembelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) semakin menarik dan efektif. Pelajar tidak lagi hanya disogokkan dengan kuliah dan tutorial yang sering kali membosankan, malah banyak inovasi, idea dan pendekatan baru dicuba dan dilaksanakan sepenuhnya untuk merealisasikan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi di rantau ini. Dalam hal ini, bekas Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Mohamed mahu pensyarah IPT menjadikan aktiviti pembelajaran lebih dinamik dan berkesan secara inovatif dan kreatif. Selain itu, beliau juga mengarahkan semua pensyarah IPT menerapkan kemahiran insaniah dalam proses pembelajaran aktif bagi membolehkan pelajar lebih kompetitif dan berketrampilan. Pembelajaran aktif dirangka sedemikian rupa bagi membolehkan pelajar mengambil bahagian

8 sepenuhnya dalam proses pembelajaran, dan tidak lagi hanya duduk mendengar kuliah dan mencatat nota. Kecemerlangan para pelajar di institusi pendidikan tinggi sering diperkatakan oleh masyarakat umum. Kecemerlangan bukan sahaja di bidang akademik, tetapi juga merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek seperti yang telah termaktub dalam prinsip pendidikan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPN).

1.3

Pernyataan masalah

Subjek Aplikasi komputer merupakan salah satu daripada mata pelajaran teras dalam bidang Kejuruteraan yang wajib dipelajari oleh pelajar semester satu di Politeknik, maka kelemahan pelajar dalam mata pelajaran ini akan mencacatkan kemahiran pelajar sebagai profesional apabila memasuki alam pekerja nanti. Para pelajar didapati kurang mahir dalam membuat perkaitan di antara satu topik dengan topik yang lain mahupun antara satu sub topik dengan sub topik yang lain dan juga di antara satu konsep dengan konsep yang lain. Kefahaman membuat perkaitan antara konsep dan topik ini perlu ada memandangkan pengetahuan Aplikasi Komputer ini merupakan satu pengetahuan berbentuk hieraki iaitu kefahaman berbentuk mudah kepada yang berbentuk abstrak. Kelemahan daripada penggunaan teknik pengajaran dan pembelajaran yang tidak sesuai mengekang keseluruhan pencapaian pelajar. Menurut Abd. Aziz Abd. Talib (2007), teknik pengajaran konvensional secara syarahan yang berpandukan buku teks, buku latihan topikal dan nota pensyarah masih menjadi amalan. Ini menyebabkan topik menjadi tidak menarik, di samping membuatkan pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada pengajaran penulisan. Menurut Ismail Zin (2006) pula menyatakan bahawa masalah pengajaran yang kurang memberikan penekanan kepada unsur pemetaan minda dalam sesuatu teknik telah menyebabkan pelajar tidak bersedia dalam pembelajaran. Justeru itu, pengkaji ingin mencadangkan penggunaan kaedah peta minda dalam pembelajaran berasaskan masalah di kalangan para pelajar dengan harapan untuk membantu mereka meningkatkan kefahaman konsep dan perkaitan di antara

9 satu konsep dengan konsep yang lain mahupun dari satu topik ke topik yang lain. Seterusnya, ini dapat membantu mereka dalam meningkatkan pencapaian dalam matapelajaran Aplikasi Komputer.

1.4

Tujuan kajian

Tujuan kajian ini dibuat adalah untuk mengenalpasti keberkesanan konsep peta minda dalam pembelajaran berasaskan masalah ke atas pencapaian pelajar-pelajar Politeknik Johor Bahru yang mengikuti matapelajaran Aplikasi Komputer supaya masalah-masalah berkaitan dapat dikenalpasti.

1.5

Objektif Kajian

Berikut adalah di antara objektif-objektif kajian ini :-

1. Mengintegrasikan Modul Pembelajaran Berasaskan Masalah berkonsepkan Peta Minda dalam matapelajaran Aplikasi Komputer.

2. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian pencapaian pelajar di antara kumpulan kawalan ( Pembelajaran Berasaskan Masalah) dan kumpulan rawatan ( Peta Minda Dan Pembelajaran Berasaskan Masalah)

3. Mengenalpasti keberkesanan penggunaan konsep peta minda dalam pembelajaran berasaskan masalah terhadap pencapaian pelajar dalam matapelajaran Aplikasi Komputer.

10 1.6

Persoalan Kajian

1. Apakah modul Pembelajaran Berasaskan Masalah yang bersesuaian di dalam matapelajaran Aplikasi Komputer? 2. Apakah pencapaian keseluruhan pelajar sebelum dan selepas proses pembelajaran dengan menggunakan kaedah konsep peta minda dan PBM? 3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dalam ujian pencapaian pelajar di antara kumpulan kawalan (pembelajaran berasaskan masalah sahaja) dan kumpulan rawatan (konsep peta minda dan pembelajaran berasaskan masalah)? 4. Adakah peta minda bersesuaian dengan pembelajaran berasaskan masalah untuk matapelajaran Aplikasi Komputer?

1.7

Hipotesis Kajian

1.7.1

Hipotesis Null (H0)

Hipotesis merupakan ramalan tentang apa yang dijangka oleh pengkaji mengenai masalah kajian. Oleh itu, hipotesis berdasarkan persoalan kajian.

Hipotesis Null, H0(1) Tidak terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam perbezaan min markah ujian pra dengan min markah ujian pasca pelajar untuk kumpulan Rawatan.

11 Hipotesis Null, H0(2) Tidak terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam perbezaan min markah ujian pra dengan min markah ujian pasca pelajar untuk kumpulan Kawalan.

Hipotesis Null, H0(3) Tidak terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam perbezaan min markah ujian pasca kumpulan Kawalan dengan min markah ujian pasca pelajar untuk kumpulan Rawatan.

Hipotesis Null, H0(4) Tidak terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam perbezaan min skor ujian pencapaian pembelajaran pelajar di antara kumpulan Kawalan dan kumpulan Rawatan.

1.7.2

Hipotesis Alternatif (Ha)

Hipotesis Alternatif, Ha(1) Terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam perbezaan min markah ujian pra dengan min markah ujian pasca pelajar untuk kumpulan Rawatan.

Hipotesis Alternatif, Ha(2) Terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam perbezaan min markah ujian pra dengan min markah ujian pasca pelajar untuk kumpulan Kawalan.

12 Hipotesis Alternatif, Ha(3) Terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam perbezaan min markah ujian pasca kumpulan Kawalan dengan min markah ujian pasca pelajar untuk kumpulan Rawatan.

Hipotesis Alternatif, Ha(4) Terdapat perbezaan statistik yang signifikan dalam perbezaan min skor ujian pencapaian pembelajaran pelajar di antara kumpulan Kawalan dan kumpulan Rawatan.

1.8

Skop Kajian

Tumpuan kajian adalah hanya untuk mengenalpasti keberkesanan konsep peta minda dalam pembelajaran berasaskan masalah dalam kalangan pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Johor Bahru yang mengikuti matapelajaran Aplikasi Komputer. Dalam kajian ini juga tumpuan diberikan kepada penggunaan konsep peta minda dalam pembelajaran digunakan oleh pelajar yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

1.9

Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada objektif dan persoalan-persoalan kajian yang dinyatakan sahaja. Selain itu, penyelidik juga hanya memberi tumpuan kepada golongan pelajar yang terdiri daripada pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik yang mengambil matapelajaran Aplikasi Komputer di Politeknik Johor Bahru. Dalam kajian ini,

13 Konsep Peta Minda dan PBM tidak dilaksanakan menggantikan proses pengajaran dan pembelajaran pensyarah sepenuhnya, sebaliknya sebagai satu tugasan berkumpulan. Selain itu, kajian hanya dijalankan ke atas topik dan bab tertentu sahaja disebabkan oleh kekangan dari segi masa dan pemilihan slot yang bersesuaian.

1.10

Kepentingan Kajian

Kajian ini memberikan kepentingan kepada golongan-golongan yang terlibat dalam sistem pendidikan iaitu Pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, pensyarah serta pihak Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer.

1.10.1 Pelajar



Meningkatkan daya pemahaman pelajar dalam subjek Sistem Komputer dan Pemprosesan Kata.



Memperkembangkan pemikiran secara kreatif dalam mengaplikasikan konsep peta minda dalam pembelajaran.



Meningkatkan daya kemahiran dan pengetahuan pelajar dalam subjek Sistem Komputer dan Pemprosesan Kata.



Meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam matapelajaran Aplikasi Komputer.



Menurut Mok (1997), proses pembelajaran yang menekankan tahap penguasaan yang berbeza antara pelajar penting kerana pelajar boleh menikmati proses pembelajaran mengikut keadaan kebolehan mereka seterusnya memberi kesan yang besar dalam menghasilkan proses pembelajaran yang berkesan. Selain itu, proses pembelajaran menjadi

14 menarik dan menyeronokkan disamping dapat meningkatkan motivasi pelajar.

1.10.2 Pendidik



Pendidik perlu menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang lebih sesuai dalam mengekalkan minat pelajar.



Pendidik harus mempelbagaikan kaedah pengajaran dalam memastikan pelajar menerima pembelajaran dengan lebih berkesan.



Pendidik dapat mengenalpasti kelemahan pelajar untuk menilai keberkesanan pembelajaran.



Membantu memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan mengurangkan beban pensyarah.

1.10.3 Jabatan Matematik Sains Dan Komputer



Memperkasakan kaedah pengajaran yang sedia ada dengan memperkenalkan Pembelajaran berasaskan masalah.



Meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

1.10.4 Politeknik Johor Bahru



Merangka strategi yang berkesan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

15 

Pembelajaran menggunakan konsep peta minda dalam pembelajaran berasaskan masalah dapat meningkatkan prestasi pencapaian pelajar.



Meningkatkan imej Politeknik yang terlibat sebagai sebuah politeknik yang memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan graduan yang cemerlang.

1.10.5 Kementerian Pendidikan Tinggi malaysia

Kajian yang dihasilkan dijadikan sebagai rujukan untuk pihak KPTM khususnya politeknik-politeknik di seluruh Malaysia dalam menyediakan keperluankeperluan yang mencakupi bagi melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan konsep peta minda dalam pembelajaran berasaskan masalah.

1.11

Kerangka konseptual

Kerangka konseptual memberikan gambaran yang jelas dan menyeluruh mengenai apa yang dikaji seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1. Kerangka ini menjadi sempadan bahawa kajian yang akan dijalankan tidak terkeluar dari pernyataan masalah yang dikemukakan. Soalan kajian dan sorotan penulisan telah dirujuk dari kerangka konsep ini. Terdapat dua pembolehubah iaitu pembolehubah bersandar dan tidak bersandar. Pembolehubah tidak bersandar mewakili pembelajaran berasaskan masalah, konsep peta minda dan modul pembelajaran berasaskan masalah iaitu subjek Aplikasi Komputer. Manakala pembolehubah bersandar pula adalah pencapaian pelajar.

16

1. 2. 3. T I D A K

B E R S A N D A R

4. 5. 6. 7. 8.

PBM Mulakan dengan masalah realistik Masalah disampaikan dalam bentuk kes-kes yang relevan Merancang pengaktifan dan perkembangan pengetahuan Menyokong pencapaian murid Menyediakan jalan cerita Menyediakan capaian informasi Penilaian kendiri Pembelajaran kendiri

Modul PBM

B E R S A N D A R

Rajah : 1.1 Kerangka Konsep Kajian

Pencapaian Pelajar

Peta Minda -

Grafik Kepelbagaian warna Kesenian Keunikan

Tony Buzan(2003)

17 1.12

Definisi dan Istilah

Definisi konseptual dirujuk kepada maksud atau istilah yang telah dinyatakan oleh sesuatu organisasi atau individu yang menjalankan kajian berdasarkan sesuatu sumber rujukan (Mohamad Najib, 1999). Dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang perlu dijelaskan bagi menerangkan dengan lebih tepat akan kehendak dan keperluan tentang perkara-perkara yang akan dibincangkan oleh pengkaji dalam kajiannya.

1.12.1 Pembelajaran

Pembelajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Perihal mengajar segala sesuatu yang berkaitan dengan mengajar seperti cara atau sistem mengajar, aspek yang di pentingkan dan lain-lain. (Kamus Dewan, 2000). Pembelajaran merujuk kepada proses memperoleh pengetahuan dan kemahiran dan berlakunya perubahan tingkah laku pelajar. Ia meliputi segala kegiatan meninjau, memerhati, membaca, menyoal, memahami, mengingati isi penting, menyemak semula fakta yang kurang jelas, merujuk kepada bahan bacaan tambahan dan merumuskan dalam bentuk nota ringkas.

1.12.2 Pembelajaran Berasaskan Masalah

Pembelajaran Berasaskan Masalah merupakan satu teknik pembelajaran aktif yang berpusatkan murid. Semua sesi pembelajaran PBM akan bermula dengan menunjukkan satu masalah kepada pelajar. Pelajar berpeluang mencari penyelesaian sendiri dengan kemampuan mereka tanpa terikat kepada teknik-teknik tertentu

18 sepertimana yang ditetapkan oleh guru. Mereka berpeluang mencari ahli kumpulan sendiri demi menyelesaikan masalah yang ditunjukan. PBM yang diperkenalkan oleh Barrow dan Tamblyn pada tahun 1990 yang dinyatakan dalam penulisan Baden & Mojor (2004) mempunyai ciri-ciri seperti situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak mempunyai jawapan yang betul atau salah. Kedua adalah pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menangani masalah, mengenalpasti jurang pembelajaran dan mengembangkan pelbagai penyelesaian. Ketiga adalah pengajar memperolehi informasi baru melalui pembelajaran kendiri. Keempat adalah pengajar atau pendidik sebagai pembimbing dan kelima adalah masalah akan memandu ke arah perkembangan keupayaan penyelesaian masalah ilmu perubatan. Pembelajaran berasakan masalah (Problem Based Learning), Pembelajaran koorperatif (coorperative Learning), Pembelajaran aktif (active learning) memberi makna yang sama dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk membolehkan pelajar memahami apa yang dipelajari dan menggunakan semula ilmu pengetahuan serta kemahiran yang telah disampaikan melalui masalah yang ditimbulkan. Menurut bekas Menteri Pengajuan Tinggi Datuk Mustapha Mohamed dalam kenyataan akhbar menyatakan bahawa beliau malu melihat perubahan dalam corak pendidikan agar melahirkan pelajar yang berani, mempunyai kemahiran dan berpengetahuan Hasyamuddin dan Rahifa (2005).

1.12.3 Modul Pembelajaran

Kursus pelajaran, latihan dan sebagainya yang dapat dilaksanakan secara tersendiri ke arah pencapaian sesuatu kelayakan atau kemahiran. Ia biasanya dalam satu pakej yang lengkap dan hanya menjurus ke arah satu teoretikal pembelajaran yang berfokus oleh Jenkins & Lawrie (2004). Dalam kajian ini, modul pembelajaran adalah satu bentuk pakej pembelajaran kendiri yang lebih lengkap dan teratur yang menggunakan konsep peta minda Tony Buzan.

19 1.12.4 Peta Minda

Peta minda adalah satu percambahan idea daripada satu konsep atau tajuk untuk membentuk satu rangkaian dahan idea daripada konsep tadi (Tony Buzan, 2001). Peta minda dapat menggalakkan pelajar untuk menelaah pelajaran apabila konsepnya yang mudah untuk diaplikasikan dan senang untuk difahami. Ini merupakan satu kaedah pembelajaran yang akan diterapkan di dalam modul PBM.

1.12.5 Kognitif

Berkaitan dengan kognisi iaitu untuk kefahaman intelektual (Mok Soon Sang, 2003). Definisi ini sama seperti yang diberikan oleh Tony Buzan ( 2001) iaitu adalah sesuatu yang melibatkan kecenderungan mental seseorang itu. Ia berubah mengikut keadaan, pengalaman dan tingkah laku manusia. Dalam kajian ini, kognitif sangat penting yang akan mendorong pergerakan psikomotor. Apabila kognitif tertarik dengan modul pembelajaran peta minda, ini akan menggerakkan psikomotor dan secara tidak langsung melahirkan keinginan untuk mengulang kaji pembelajaran secara kendiri.

1.12.6 Pencapaian Akademik

Pencapaian akademik memberi maksud kemampuan dan kebolehan pelajar - pelajar menerima dan menguasai pelajaran Aplikasi Komputer yang dipelajari di Politeknik. Dengan kata lain, pencapaian juga dapat ditakrifkan sebagai kejayaan yang diperolehi oleh para pelajar dalam peperiksaan yang diadakan di Politeknik sama ada

20 cemerlang, sederhana atau lemah. Dalam kajian ini, pencapaian akademik pelajar adalah berdasarkan keputusan ujian Pra dan ujian Pasca.

1.13

Kesimpulan

Bab ini telah menghuraikan serta membincangkan perkara yang menjadi asas dan latar belakang kajian ini, termasuklah penyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kerangka teori, kepentingan kajian, skop kajian, batasan kajian dan definisi istilah-istilah yang digunakan dalam kajian ini. Bab yang seterusnya akan membincangkan serta melihat kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pengkajipengkaji yang lain terhadap perkaitan dengan kajian ini.

21

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1

Pengenalan

Di dalam bab ini, perbincangan adalah mengenai definisi gaya pembelajaran, konsep Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM), Peta Minda, Pembelajaran Berasaskan Masalah terhadap kursus Aplikasi Komputer, pembolehubah-pembolehubah yang dikaji dan tinjauan kajian-kajian lepas. Tambahan pula, pembacaan ilmiah oleh pengkaji termasuk dalam bab ini.

22 2.2

Gaya Pembelajaran

Gaya pembelajaran adalah merupakan satu cara bagaimana seseorang itu belajar. Pembelajaran merupakan kebolehan seseorang mengambil maklumat, mengekodkan dan failkan maklumat tersebut supaya ianya mudah untuk digunakan apabila diperlukan. Gaya pembelajaran tidak berkait dengan kecerdasan atau apakah kemahiran yang telah dipelajari. Tetapi gaya pembelajaran berkait rapat dengan bagaimana minda seseorang bekerja dengan berkesan terhadap pembelajaran maklumat baru. Di samping itu, tiada gaya pembelajaran yang buruk atau baik. Kejayaan di peroleh dengan penggunaan gaya pembelajaran yang berlainan. Semua orang mempunyai gaya tersendiri dalam pembelajaran sesuatu maklumat yang baru. Ini bermakna setiap orang mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. Jenis keperibadian atau gaya pembelajaran merupakan alat yang direka bentuk oleh ahli psikologi untuk membantu di dalam mengklasifikasikan dan menerangkan tingkah laku manusia. Beliau menyatakan bahawa gaya sebegini selalunya meliputi had sifat secara luas iaitu bagaimana seseorang itu bersedia di dalam berinteraksi dengan orang lain, memperoleh maklumat dan menghasilkan idea serta menggunakan idea tersebut. Tidak menghairankan bahawa gaya pembelajaran telah digunakan secara meluas di dalam mempertingkatkan mutu pendidikan (Deibel, 2005). Ahli psikologi pendidikan memberi pendapat bahawa setiap individu mempunyai kaedah pembelajaran yang berbeza. Ini ternyata di dalam memberi keutamaan kepada satu jenis gaya pembelajaran daripada mengkategorikannya kepada seseorang individu. Terdapat pelbagai kategori di dalam gaya pembelajaran (Thomas.L, Ratcliffe, Woodbury & Jarman, 2002).

23 2.3

Teori-Teori Pembelajaran

2.3.1

Pembelajaran Secara Konstruktif

Pembelajaran Berasaskan Masalah adalah berdasarkan teori pembelajaran secara konstruktif. Dalam teori ini pelajar diberi peluang untuk membina pengetahuan yang baru. Dalam PBM pelajar akan diberi masalah yang merupakan langkah pertama proses pembelajaran dan ia akan mencetuskan idea-idea baru dalam pengetahuan. Dalam teori pembelajaran secara konstruktif, pelajar membina pengetahuan yang baru dengan mengenal pasti masalah, menjana idea, mencari dan mensintesiskan maklumat baru bagi menyelesaikan masalah dan mendapat maklumat balas terhadap penyelesaian masalah yang mereka capai (Lynda Wee, 2004). Ini bermakna PBM adalah satu pendekatan pembelajaran yang mempunyai satu siri kaedah yang teratur dan sistematik dalam membina pengetahuan masalah sehingga kepada penyelesaiannya. Fogarty (1997), menyatakan bahawa PBM adalah satu model kurikulum yang direka bentuk mengikut persekitaran sebenar yang kabur, terbuka dan tidak berstruktur. Ia akan menggalakkan pelajar untuk merasa ingin tahu. Pelajar akan menghadapi situasi sebenar masalah yang berkaitan untuk pembelajaran.

2.3.2

Pembelajaran Koperatif

Teori Pembelajaran Koperatif banyak menekankan konsep hubungan sosial. Manusia tidak boleh hidup menyendiri dan terasing dari dunia persekitaran. Kaedah tersebut diterapkan oleh beliau di atas kesedaran tentang suasana bekerja sebagai praktis beliau sebagai jurutera dan arkitek dalam pendekatan pengajaran di kelas didikan beliau. Pembelajaran koperatif juga merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk

24 mencapai satu matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:

i. saling bergantung antara satu sama lain secara positif, ii. saling berinteraksi secara bersemuka, iii. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri, iv. kemahiran koperatif, dan v. pemprosesan kumpulan.

Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini. Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan kumpulan digalakkan.

2.3.3

Pembelajaran Melalui Pengalaman

Pendidikan di institusi adalah usaha berterusan untuk menerajui program akademik yang berorientasikan pasaran dan berfokuskan pelajar menerusi pembelajaran-melalui-pengalaman (experiential learning) untuk menghasilkan sumber manusia terlatih dan prosfesional sebagai pemangkin kearah kemajuan Negara yang mampan. Pembelajaran Melalui Pengalaman ini dipelopori oleh Rogers (1969), dalam bukunya, Freedom to Learn. Pada masa tersebut hangat tentang konsep pendemokrasian dalam kehidupan begitulah juga konsep demokrasian dalam pembelajaran, di mana setiap manusia mempunyai hak yang sama untuk belajar. Menurut Razzaly (2007), pendekatan yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan pengajaran adalah Experiential Learning atau Pembelajaran Melalui Pengalaman yang semenangnya amat pratikal diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran masa kini bagi menerapkan soft skills.

115 RUJUKAN

Abdul, G, M.N. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Edisi Pertama. Skudai : Universiti Teknologi Malaysia.

Abd,G, N. (2005). Kajian keberkesanan pengajaran menggunakan peta konsep bagi subtopik ikatan ion dalam mata pelajaran Kimia tingkatan 4. Universiti Pendidikan Sultan Idris: Laporan Projek Sarjana

Abu, M.S. & Tasir, Z. (2001). Pengenalan Kepada Analisis Data Berkomputer: SPSS 10.0 for Windows. Edisi Pertama. Kuala Lumpur: Venton Publishing.

Ab, S.R.S. & Abd Rashid, A.R. (2002). Pengajaran Berasaskan Masalah Dalam Pendidikan Sains Sosial Teori dan Amalan. Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya. ms. 181-198.

Affan, O. (2008 ). .Persediaan Minda untuk menjadi pelajar cemerlang .Kuala Lumpur True Wealth Sdn Bhd.

Ahmad, I., Aris, B. & Harun, J. (2005). Pembelajaran Mata Pelajaran ICT menggunakan ICT menerusi pendekatan PBM. Prosiding Seminar Pendidikan JPPG. ms. 1(1). 271-276.

Ahmad, R. (1999). Penggunaan peta konsep dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains di sekolah rendah. Universiti Malaya: Laporan Projek Sarjana.

Ahmad, S., A. (2005). The Effect Of Mind Mapping, Answering Higher Order Thinking Questions and Problem Solving Towards Student’s Interests and Achievement in Catering Technology. Fakulti Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

116 Asan, A. (2007). Concept Mapping In Science class: A Case Study of Fifth Grade Students. Educational technology and Society. ms.10 (1), 186-195.

Ayob, A. (2005). Pembelajaran Berasaskan Minda dan Implikasinya Kepada Pendidikan. Dicapai 3 Mac 2011, dari Syarahan Umum Dewan Budaya USM Pulau Pinang: http://www.upsi.edu.my/am/malim/malim.pdf

Baddeley, A.D., (1986). Working Memory: Theory and Practice. London: Oxford University Press. Baden, M.S & Major, C.H. (2004).”Foundation of Problem-Based Learning”. USA: Mc Graw Hill Education.

Bakar, E.A. (2001). PBL in Universiti Kebangsaan Malaysia: Wit it Swim or Sink in The Next Millenium? 1st Asia Pacific PBL Conference: Implementing Problem Based Learnin.. Dicapai pada 2 April 2011, dari http://nt.media.khui.hk/pbl/book/malaysia4_Edariah.pdf. Barbara, J.D. (1995). What is Problem Based Learning?. A Newsletter of the Center for Teaching Effectiveness.

Barlett, F.C., (1932). Remembering. Cambridge: Cambridge University Press.

Barrows H (1983). Problem-based, self-directed learning. Journal of the American Medical Association (JAMA), Vol.250. Bott, P.A. (1996). Testing Assessment in Occupational and Technical Education. Needham Heights: Allyn & Bacon. Braselton, S. dan decker, C. (1994).Using Graphic Organizers To Improve The Reading Of Mathematics. Reading Teacher, 48 (3), ms. 276-281.

Buzan, T. & Barry, B. (2003). Tony & Barry Buzan The Mind map Book. BBC Worldwide Limited: London.

117

Campbell, D. T., & Stanley, J. C. (1966). Experimental and Quasi-Experimental Designs for Research. Chicago, Illinois: Rand McNally. Canas, A. J., Coffey, J. W. & Novak, J. D. (2003). A summary of literature pertaining to the use of concept mapping techniques and technologies for education and performance support. The Chief Of Naval Education and Training Pensacola. Dicapai pada 2 April 2011 dari http://d.scribd.com/docs/261j5fna86ajy54923b3.pd Chambers, B., & Abrami, C.P. (1991). The Relationship Between Student TeamLearning Outcome and Achievement, Causal Attributions and Affect. Educational Psychology. ms. 140-14

Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan - Kaedah dan Statistik PenyelidikanBuku 1. Kuala Lumpur: McGraw Hill Education.

Deibel, K. (2005). Team formation methods for increasing interaction during in-class group work. University Of Washington. ms.27-29.

Dilip, M. (1996). Superbrain-Train your brain and Unleash The Genius Within. Singapore: Oxford University Press.

Dugan, F. R., Breimer, E. A., Lim T. D., Glinert, E. P., Goldberg M. K. & Champagne, M.V. (2005). Exploring, Collaborative Learning in Rensselaer's Classroom-in-the-Round. New York: Rensselaer Polytechnic Institute.

Ee Ah Meng. (2005). Kursus perguruan lepasan ijazah (KPLI): Ilmu pengetahuan dan ketrampilan ikhtisas. Shah Alam: Fajar Bakti.124-158.

Eggen, P. and Kauchak, D.( 2004). Educational psychology window on classrooms. New Jersey: Pearson Education, Inc. Journal of college science teaching 19(2), 212- 217.

118 Felder, R. M. & L.K. Silverman (1988). Learning Styles and teaching Styles In Engineering Educaation. Engr. Education, 78 (7). ms. 674-681.

Finkle, S.L. dan Torp, L.L. (1995). Introductory Documents. Available from the Centre for Problem-based Learning. Illinois Mathematics and Science Academy.

Gagne, R. M., Briggs, L. J., & Wager, W. W. (1992). Principles of instructional design. Fort Worth, TX: Harcourt Brace Jovanavich College Publishers.

Graaf, E. D., & Kolmos, A. (2003). Chacteristics of PBL. Journal International Enginering Education, 19(5).

Fogarty, R. (1997). Problem-based Learning dan other curriculum Models for the multiple Intelligences Classroom.Illinois: Skylight Training and Publishing. 2-16. Graaff, E. & A. Kolmos. (2003). Characteristics Of Problem Based Learning. International Journal Of Engineering Eeducation. 19(5): 657-662.

Harland, T. (1998). Moving toward Problem-Based Learning. Teaching in Higer Education. 3(2). 25-32.

Hashim,S. & Yaakub, R. (2004). Psikologi pembelajaran & Personaliti. Shah Alam: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Hermann, N (1995). The Creative Brain.Kingsport: Quebacor Printing Book Group.

Hj, N.S. & Mohd.Ramli, M.D. (1998). Kemahiran Berfikir Secara Kreatif Dan Kritis (KBKK). Petaling jaya : Pearson Education Malaysia Sdn. Bhd.

Hopkins, M. (1997). Technologies as Tools for Transforming Learning Environments. The Computing Teacher, 18(7). ms. 27-30.

119 Hussein, A.R. (1996). Memupuk Kemahiran Berfikir. Skudai: Umida Industries Sdn. Bhd.

Jamrin, M.J. (2002). Keberkesanan penggunaan teknik pengajaran peta konsep dalam mata pelajaran ekonomi asas tingkatan empat. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis Sarjana Pendidikan.

Jenkins, A. and Walker, L. (2004) Developing Student Capability Through Modular Course. Biddles Ltd, London.

Johari, A.Z. (2001). Principles of PBL in doing course Work in Lower Secondary School in Malaysia: A Case Study. Singapura: Paper Work in 2nd Asia Pacific conferences on Problem-Based Learning.

Kevin Paul (2000). Study Smarter Not Harder. Advantage Quest Publct.

Kerlinger, F.N (1973). Foundations of Behavioral Research. 2nd. ed. New York: Holt, Rinehart and Winston, Inc.

Kubiszyn, T. & Borich, G. (1996). Educational Testing and Measurement. New York, Harper Collins.

Kolb, D. A. (1984). Experiential Learning. New Jersey, USA: Prentice Hall.

Konting, M.M. (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Krejcie, Morgan. (1970). Determining Sample Size for research Activities. Educational And Psychology Measurement.

Leahey, T. & Harris, R. (1997). Learning and cognition. New Jersey: Prentice Hall.

120 Lefrancois, G. Y. (1999). Theories of human learning. Australia: Wadsworth Thomson Learning.

Lynda, W.K.N. (2004). Jump Start Authentic PBL.Singapore: Prentice Hall. ms. 22-131.

Mat, Z.Z. (2006). Keberkesanan penggunaan peta konsep dalam mengatasi masalah miskonsepsi di kalangan pelajar dalam mata pelajaran Sains di tingkatan dua. Universiti Terbuka Malaysia: Laporan Projek Sarjana.

Montgomery, D.C (2000). Rekabentuk dan Analisis Ujikaji. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohd, Y. K. (2005). Problem Based Learning: A Universiti Teknologi Malaysia Experience. UTM : Skudai.

Mohd, N. K. (2002). Belajar teknik Belajar. PTS Publication and Distrubators Sdn. Bhd. M. & Rathakrishnan, B. (2006). Kesan Peta Konsep Dan Pembelajaran Koperatif Terhadap Prestasi Pelajar dalam Matapelajaran Sejarah Tingkatan Empat. Universiti Sains Malaysia. McMillan, J.H. (1997). Classroom Assessment. Principle and Practice for Effective Instruction. Needham heights: Allyn & Bacon.

Mohamad, R.N. (2005). Keberkesanan pengajaran menggunakan peta konsep terhadap pemahaman pelajar tingkatan 4 Sains dalam topik "Ikatan Kimia". Universiti Pendidikan Sultan Idris: Laporan Projek Sarjana.

Mok, S.S. (1997). Pedadogi 2 :Pelaksanaan Pengajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman SDN BHD.

Mok S.S. (2003). Psikologi Pendidikan. Kumpulan Budiman Sdn Bhd, Subang jaya.

121

Moye, V.H. (1998). Problem-Based Learning in social Studies: Cues to culture and change. Illinois: Skylight Training and Publishing.

Nair. (2001). Kesan pendekatan teknik belajar terhadap pencapaian dan minat pelajar dalam pembelajaran. Seminar Penyelidikan Pendidikan Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2001. Dicapai pada 2 November 2011, dari http://219.93.192.238/mpgaya/abstrak/Subadra_Nair.doc

Nik, M. N.R. (2000). Keberkesanan penggunaan peta konsep dalam pembelajaran konsep hidrokarbon alifatik di kalangan pelajar matrikulasi. Universiti Malaya : Laporan Projek Sarjana.

Nor, M.K. (1993). Kaedah Pembelajaran Berkesan. Kuala Lumpur : Cahaya Pantai (M) Sdn. Bhd

Norman, D., (1982). Learning and Memory. San Francisco: Freeman. O’Kelly, J. (2005). Designing a Hybrid Problem-Based Learning (PBL) Course: A Case Study of First Year Computer Sciencs in Nui, Maynooth. Creative Commons Licence.

Oon, S.T. (2004). Enhancing thinking through Problem-based Learning approaches : International Prespective. Singapore: Thomson Asia PTE LTD. ms. 5-10.

Othman, H. & Mustafa, R. (2005). Kertas Kerja Perbentangan:” Kemahiran Generik Dalam Kelas Bercirikan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) Di Kalangan Pelajar Kolej Universiti Tun Hussein Onn (KUiTTHO)”. Kolej Universiti Tun Hussein Onn. Ms 13.

Panot, S. (2006). Kesan pendekatan konstruktivisme menggunakan peta konsep terhadap prestasi pelajar dalam penyampaian kursus Fizik melalui laman web. Universiti Sains Malaysia:Laporan Projek Sarjana.

122 Prankratius, W.J. (1990). Building an Organized Knowledge Base: Concept Mapping And Achievement In Secondary School Physics. Journal Of Research In Science Teaching, 27 (4). ms. 315-333.

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: kementerian Pendidikan Malaysia.

Rathakrishna, M. (2003). Kesan Penggunaan Peta Konsep Dan Pembelajaran Koperatif Terhadap Prestasi Pelajar Dalam Matapelajaran Sejarah Tingkatan Empat. Universiti Malaysia Sabah: Laporan Projek Sarjana.

Rashid, A, A.R. (2000). Model dan pendekatan pengajaran sejarah KBSM. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Razzaly, W. (2007). Panduan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) UTHM. Batu Pahat: Penerbit UTHM

Roblyer, M.D. (2004). Educational Technology in Action: Problem-Based xercise for Technology Integration. New Jersey: Pearson Education.

Rogers, C. R. (1969). Freedom to Learn. Columbus, OH: Merrill.

Selamat, A. R. (1999). Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Shamsudin, S.N. (2005). Keberkesanan penggunaan peta konsep bagi tajuk kerja, tenaga dan kuasa bagi pelajar tingkatan empat di tiga buah sekolah di Daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Universiti Pendidikan Sultan Idris: Laporan Projek Sarjana.

Sulong, S. (2007, Januari 25). Pembelajaran Berpasukan Memebentuk Kemhairan Insaniah. Berita Harian. ms. 12.

123

Steinemann, A. (2003). Implementation Sustainable Development Through Problem-Based Learning: Pedagogy and practices. Journal of professional issues in Engineering education and practices.

Syed, A.S.R., (1999). Keberkesanan penggunaan peta konsep dalam pembelajaran konsep mol di kalangan pelajar kejuruteraan elektrik di Institut Teknologi Mara. Universiti Malaya: Laporan Projek Sarjana.

Tee, Kiong,T., Jailani., Baharom., Widad & Yee, M.H. (2009). Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Menerusi Peta Minda Bagi Matapelajaran kemahiran Hidup. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sains dan Teknologi 2009 (PKPST 2009). M.s. 114-121.

Thomas, L., Ratcliffe, M., Woodbury, J. & Jarman, E. (2002). Learning Style and Performance in the Introductory programming Sequence. University of Wales.

Tukiran, A. (2004). Kesan Penggunaan Peta Konsep Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Matapelajaran Fizik Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik Pengajian Kejuruteraan Mekanikal. KUITTHO: Tesis Ijazah Sarjana.

Wahidin, Othman, K. & Mohd, M. T.S. (2004). Penggunaan Peta Konsep dan Peta Vee Dalam Meningkatkan Sikap Pelajar Terhadap Kimia. Jurnal Pendidikan, (29).Ms 125-140.

Winn, W. & Sryder, D. (1996). Cognitive perspectives in psychology. In H. J. David (Ed.), Handbook of research for education communication and technology. London: London Prentice Hall International.

Woods, D. R. (1996). Problem-based Learning: helping your students gain the most from PBL. Dicapai pada 2 April 2011 dari: www.chemeng.mcmaster.ca/pbl/pbl.htm

124

Woolfolk, A.E. (1994). Educational Psychology. 5th ed. Boston: Allyn and Bacon.

Zain, I. (2003). Pelajar Cemerlang Melangkah ke Alam Siber. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd.

Zisk, J. (1998). Promoting Meaningful Student learning. Dicapai pada 2 April 2011, dari The Components Of Meaningful Learning. http://www.sciteched.org/curriculum/learning.instructuion.htm.