Kemahiran Membaca Kanak-kanak dalam Aplikasi Pendekatan ...

51 downloads 10345 Views 84KB Size Report
penguasaan kemahiran membaca terhadap kanak-kanak prasekolah ... Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira .... ini, kanak-kanak menunjukkan kebolehan dan keinginan belajar yang tinggi melalui latihan.
DP. Jilid 12 Bil.1/2012

Pendidikan Prasekolah

Kemahiran Membaca Kanak-kanak dalam Aplikasi Pendekatan Belajar Melalui Bermain Siti Fatimah Ali Najeemah Mohd Yusof Pendahuluan Kebolehan membaca adalah penting untuk dimulakan seawal mungkin. Kecekapan membaca merupakan keperluan asas dalam proses pembelajaran. Oleh itu kanak-kanak prasekolah perlu digalakkan untuk berkembang secara optimum sehingga mereka dapat menguasai bahasa sesuai dengan tahap perkembangan mereka. Kanak-kanak mempelajari bahasa dengan meniru dan menyerap dalam ingatan sebagai hasil interaksi pembelajaran. Membaca ialah keupayaan kanak-kanak mentafsir simbol dan perkataan dengan sebutan, jeda dan kelancaran yang betul. Kebolehan membaca merupakan kemahiran yang penting diperoleh walaupun usia kanak-kanak masih pada peringkat awal. Kanak-kanak yang sudah boleh membaca ayatayat mudah dengan lancar dan menguasai pembendaharaan kata asas serta boleh mengeja perkataan berada pada kedudukan yang lebih selesa dan meyakinkan jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang masih belum menguasai kemahiran membaca. Oleh yang demikian, penguasaan kemahiran membaca yang tepat dan berkesan harus bermula pada peringkat awal lagi, jika tidak kanak-kanak ini akan kekal lemah sehingga tamat sekolah rendah. Pendekatan Belajar Melalui Bermain dan Kemahiran Membaca dalam Kalangan Murid Ramai guru mengeluh kerana kemahiran membaca sebahagian besar murid mereka masih lemah. Faktor ini berlaku mungkin disebabkan murid tidak memahami perkara yang diajarkan oleh guru dan tidak mampu bertutur dalam bahasa Malaysia dengan sempurna. Apabila keadaan ini berlaku, secara langsung ia turut menyukarkan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancarnya. Kesedaran terhadap kepentingan penguasaan kemahiran membaca terhadap kanak-kanak prasekolah menyebabkan para guru menggunakan kaedah atau teknik pengajaran yang sesuai untuk memastikan prestasi kanakkanak dalam aspek membaca dapat ditingkatkan lagi. Proses pengajaran dan pembelajaran konvensional yang berpusatkan guru seperti yang diamalkan oleh kebanyakan guru pada masa ini tidak menepati strategi yang disarankan oleh Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang menekankan strategi berpusatkan kanak-kanak (Kementerian Pelajaran Malaysia 2010). Menurut Zulkifley Hamid (2006), menguasai kebolehan membaca bukanlah satu kerja yang mudah. Prosesnya tidak seperti proses menguasai kemahiran berbahasa secara lisan yang dapat dikuasai oleh semua individu. Penguasaan kebolehan membaca tidak dapat berlaku melainkan wujud pengajaran dan pembelajaran yang terancang. Bagi menjayakan tugas mengajar bacaan permulaan, guru-guru memerlukan pendekatan, kaedah dan teknik yang baik dan bersesuaian dengan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang sedang dihadapi oleh mereka. Oleh itu, konsep Pendekatan Belajar Melalui Bermain harus dipraktikkan secara wajar dan berkesan supaya kanak-kanak dapat menguasai kemahiran membaca dengan mudah. Pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (2003) ialah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur untuk memberikan peluang kepada kanak-kanak belajar dalam suasana yang mengembirakan dan bermakna. Kurikulum 4

DP. Jilid 12 Bil.1/2012

Pendidikan Prasekolah

Standard Prasekolah Kebangsaan (Kementerian Pelajaran Malaysia 2010), telah menyenaraikan beberapa pendekatan terutamanya belajar melalui bermain di samping pendekatan bersepadu, bertema dan pembelajaran berasaskan projek. Pendekatan yang dipilih dalam makalah ini ialah Pendekatan Belajar Melalui Bermain. Belajar Melalui Bermain ialah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan di samping mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada kanak-kanak. Belajar melalui bermain ialah satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui pendekatan ini juga, akan mendatangkan keseronokan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan oleh guru. Melalui bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai kemahiran membaca dan penguasaan bahasa dari segi pembendaharaan dan pertuturan tatabahasa. Membaca ialah satu perkara yang penting dalam kehidupan seseorang. Sekiranya tidak mempunyai kebolehan membaca, maka terputuslah hubungan dengan dunia luar. Begitu juga pentingnya kemahiran membaca bagi kanak-kanak prasekolah. Masalah membaca juga boleh mempengaruhi prestasi pelajar dalam tunjang lain selain Tunjang Bahasa dan Komunikasi. Bagi murid yang kurang cekap membaca, mereka akan ketinggalan dalam sesi pembelajaran dan keadaan ini akan mempengaruhi pembelajaran mereka apabila masuk ke Tahun 1. Masalah ketidakcekapan menguasai kemahiran membaca menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam mata pelajaran bahasa Malaysia. Permasalahan membaca yang ada pada diri murid adalah seperti keliru mengecam huruf besar dan huruf kecil semasa membaca, tidak membunyikan perkataan dengan betul dan tepat, tidak dapat menyebut perkataan yang dieja serta sering meninggalkan perkataan yang tidak diketahui atau gagal membunyikannya. Keadaan ini menimbulkan pola bacaan yang merangkak-rangkak dan pastinya menjadikan murid-murid tidak memahami perkara yang dibaca. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius terhadap masalah membaca dalam kalangan murid-murid sekolah rendah. Masih terdapat murid yang belum menguasai kemahiran membaca walaupun pelbagai program pemulihan telah dilaksanakan oleh KPM. Antaranya adalah seperti yang berikut: i) ii) iii) iv)

Program KIA2M untuk murid Tahun 1 yang mula dilaksanakan pada tahun 2006. Program pemulihan untuk murid Tahun 2 dan 3 yang dikendalikan oleh guru pemulihan khas di sekolah masing-masing. Program Pemulihan Asas Kemahiran Membaca, Menulis dan Mengira (PROTIM) untuk murid Tahap 2. PROTIM selepas Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal-awalnya pada Tahap Satu. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) merupakan kumpulan yang berisiko tinggi dalam keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan untuk melanjutkan pelajaran dan kerjaya. Program LINUS (Literasi dan Numerasi) telah dilaksanakan di semua sekolah rendah pada bulan Mac 2010. National Key Result Areas (NKRA’s) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak bermasalah pembelajaran, berkeupayaan menguasai asas literasi (Bahasa Malaysia) dan numerasi (Matematik) selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012. Semua murid Tahun 1 yang dikenal pasti

5

DP. Jilid 12 Bil.1/2012

Pendidikan Prasekolah

sebagai murid yang tiada bermasalah pembelajaran telah menduduki ujian LINUS untuk menilai tahap penguasaan kemahiran asas mereka pada setiap awal tahun. Jadual 1. Status Penguasaan Membaca Murid Prasekolah KPM 2010 Mengikut Pejabat Pelajaran Daerah (Utara) Jabatan Pelajaran Pulau Pinang. Kemahiran Membina dan Membaca Suku Kata

Menguasai Kemahiran Membaca

Jumlah Peratus 1440 82.62 KV 1346 77.22 KV KV 1234 70.80 KV KV KV 1074 61.62 VKV 1002 57.49 KVK 873 50.09 VKVK 855 49.05 KVKVK Jumlah Murid Prasekolah Daerah Seberang Perai Utara

Tidak Menguasai Kemahiran Membaca Jumlah 303 397 507 669 741 870 888

Peratus 17.38 22.78 29.20 38.38 42.51 49.51 50.59 1743

Sumber: Pejabat Pelajaran Daerah Utara, Pulau Pinang Jadual 1 menunjukkan status penguasaan membaca murid prasekolah KPM 2010 mengikut Pejabat Pelajaran Daerah (Utara) Jabatan Pelajaran Pulau Pinang. Data menunjukkan terdapat peningkatan peratus murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca dari kemahiran yang paling rendah (KV) 17.38 peratus sehingga kemahiran yang tinggi (KVKVK) 50.59 peratus. Hal ini menunjukkan bahawa semakin tinggi kemahiran membaca, semakin ramai murid tidak dapat menguasai kemahiran tersebut. Murid-murid yang tidak dapat menguasai kemahiran membaca ini, kini berada dalam Tahun 1 dan mereka ini juga terlibat dengan LINUS Tegar. Keadaan ini menunjukkan bahawa sekiranya penguasaan kemahiran membaca tidak diatasi sebaik mungkin dari peringkat prasekolah lagi, akan menyebabkan murid-murid ini ketinggalan dalam pelajaran mereka. Aplikasi Pendekatan Belajar Melalui Bermain Dalam Usaha Meningkatkan Kemahiran Membaca Pendekatan belajar melalui bermain digunakan dalam pengajaran Bahasa Malaysia bagi meningkatkan kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah selama lima minggu. Bagi mengenal pasti tahap pencapaian kanak-kanak prasekolah dalam kemahiran membaca praujian diberikan. Selepas praujian, kanak-kanak prasekolah diajarkan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain selama lima minggu. Seterusnya pada minggu kelima juga, kanak-kanak prasekolah akan diberikan pascaujian untuk mengetahui pencapaian murid dalam penguasaan kemahiran membaca. Langkah Pengajaran Pendekatan Belajar Melalui Bermain i. Guru menjelaskan objektif pelajaran hari itu. ii. Guru menentukan jenis permainan, peraturan permainan dan masa permainan. iii. Guru memberikan penerangan berkaitan tentang tujuan, peraturan dan cara permainan. iv. Kanak-kanak dibahagikan kepada dua kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada empat orang. v. Kanak-kanak memulakan permainan. 6

DP. Jilid 12 Bil.1/2012

vi. vii. viii. ix.

Pendidikan Prasekolah

a. Mencantumkan kad huruf vokal dengan kad huruf konsonan untuk membentuk suku kata KVKV. Contoh ba, ma, ra, ka, tu b. Mencari pasangan dengan mencantumkan kad suku kata KV menjadikan perkataan KVKV berpandukan gambar yang diberi. c. Permainan lontar dan eja. Murid membaca perkataan hasil gabungan suku kata yang dilontar tadi. d. Kumpulan A dan B mencari suku kata untuk dicantumkan membentuk perkataan KVKVKV berdasarkan gambar yang diberi. Guru bertindak sebagai pengawas pemerhati dan pembimbing. Guru menilai hasil kerja kanak-kanak, memberikan pengukuhan dan ganjaran. Guru membimbing kanak-kanak membuat rumusan. Sebagai penutup, kanak-kanak mencatat rumusan dan mengemas alat permainan.

Ujian bertulis dilaksanakan untuk mengenal pasti pencapaian dalam kemahiran membaca kanak-kanak. Ujian bertulis ini terdiri daripada lima set soalan berdasarkan kemahiran membina dan membaca suku kata KV, KV KV dan KV KV KV yang mengandungi lima soalan setiap set. Kanak-kanak prasekolah dalam kumpulan kajian menjawab praujian dan pascaujian. Kandungan praujian dan pascaujian adalah sama. Praujian telah dijalankan pada minggu pertama dan pascaujian telah dijalankan pada minggu kelima. Analisis data praujian dan pascaujian dinilai berdasarkan tiga tahap pencapaian iaitu Tahap Lemah, Tahap Sederhana dan Tahap Baik. Praujian telah diberikan kepada kanak-kanak sebelum pengajaran dijalankan dan pascaujian pula diberikan kepada kanak-kanak selepas sesi pengajaran Bahasa Malaysia menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain. Petunjuk: Ujian 1: Mencari suku kata akhir berdasarkan gambar KV. Ujian 2: Bulati perkataan berdasarkan gambar KV + KV. Ujian 3: Menulis suku kata KVKV yang sesuai. Ujian 4: Mencari suku kata berdasarkan gambar KV+KV+KV. Ujian 5: Menulis suku kata KV KV KV berdasarkan gambar. Daripada data yang diperoleh didapati 37.5 peratus menguasai kemahiran membaca suku kata KV pada peringkat sederhana manakala 62.5 peratus berada pada tahap lemah. Daripada data yang diperoleh, 75 peratus kanak-kanak berada pada tahap sederhana dalam menguasai kemahiran membaca perkataan berdasarkan gambar KVKV dan 25 peratus kanak-kanak belum menguasai kemahiran tersebut. Data menunjukkan sebahagian besar kanak-kanak iaitu 87.5 peratus, belum dapat menguasai kemahiran membaca dan menulis suku kata KVKV dengan baik dan hanya 12.5 peratus sahaja berada pada tahap sederhana. Data menunjukkan peratusan kanak-kanak yang berada pada tahap lemah masih tinggi iaitu 62.5 peratus yang belum mampu menguasai kemahiran membaca dan mencari suku kata berdasarkan gambar KV+KV+KV. Sebanyak 37.5 peratus kanak-kanak berada pada tahap sederhana. Tiada kanak-kanak yang berada pada tahap baik. Semua kanak-kanak didapati tidak dapat menguasai kemahiran membaca suku kata KV KV KV. Pada keseluruhannya, praujian menunjukkan bahawa jumlah kanak-kanak yang dapat menguasai kemahiran membaca suku kata KV, KV+KV dan KV+KV+KV adalah rendah berbanding kanak-kanak yang dapat menguasai kemahiran tersebut. Mereka hanya mampu berada pada tahap sederhana sahaja dan masih belum mencapai tahap baik manakala bagi keputusan ujian 5, semua kanak-kanak belum menguasai kemahiran membaca perkataan KV+KV+KV dan berada pada tahap lemah. Masalah membaca merupakan kekangan utama

7

DP. Jilid 12 Bil.1/2012

Pendidikan Prasekolah

dalam proses membaca mudah atau asas bagi suku kata dan perkataan KV, KV+KV dan KV+KV+KV. Keberkesanan Pendekatan Belajar Melalui Bermain Berdasarkan keputusan pascaujian yang dijalankan, terdapat peningkatan penguasaan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak prasekolah dengan menggunakan pendekatan Belajar Melalui Bermain. Aktiviti bermain dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia sangat berkesan dan membantu kanak-kanak menguasai kemahiran membaca dengan mudah dan cepat. Hal ini disebabkan aktiviti bermain merupakan fitrah bagi kanak-kanak. Aktiviti bermain ini menyeronokkan dan memberikan peluang kepada kanak-kanak membuat penerokaan dan berinteraksi dengan persekitaran. Kesan keseronokan daripada bermain akan membantu mempercepat proses pembelajaran ketika bermain. Kanakkanak yang lemah akan mendapat bantuan daripada rakan-rakan dengan tidak berasa terdesak apabila belajar membaca. Aktiviti bermain membenarkan mereka memenuhi keperluan ingin tahu, di samping meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran mereka. Sebenarnya tanpa disedari kanak-kanak turut belajar semasa aktiviti bermain. Bagi kanak-kanak yang lambat menguasai kemahiran membaca, guru perlu menggunakan satu pendekatan yang benar-benar menarik minat mereka untuk belajar. Hal ini adalah kerana mereka ini berasa rendah diri, malas dan kurang berkeyakinan diri. Namun melalui pendekatan Belajar Melalui Bermain, guru dapat menarik minat kanak-kanak ini untuk belajar membaca melalui aktiviti permainan yang menyeronokkan seperti menyanyi lagu a b c, permainan mencantum huruf membentuk suku kata, permainan lontar dan eja perkataan dan mencari pasangan untuk mencantum suku kata membentuk perkataan. Apabila mereka berminat untuk belajar secara tidak langsung mereka akan menguasai isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Oleh yang demikian pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain dapat meningkatkan penguasaan kanakkanak terhadap kemahiran membaca suku kata dan perkataan. Selain itu, aspek yang penting dalam Pendekatan Belajar Melalui Bermain ialah penggunaan bahan bantu mengajar. Aktiviti pembelajaran dan bahan yang digunakan dalam pembelajaran adalah terdiri daripada bahan yang konkrit, bahan sebenar dan relevan kepada kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu bermain dengan bahan sebenar dan mengalami peristiwa sebenar sebelum mereka boleh memahami makna simbol seperti abjad. Pada peringkat umur ini, kanak-kanak menunjukkan kebolehan dan keinginan belajar yang tinggi melalui latihan lisan, lukisan dan membuat persembahan aktiviti lain seperti yang diarahkan oleh orang dewasa. Oleh yang demikian, penyediaan aktiviti yang menarik dengan bahan-bahan pengajaran yang bersesuaian seperti kad gambar, topi huruf, pundi kacang dan kad-kad suku kata yang berwarna perlu dilakukan. Bahan-bahan pengajaran ini telah menarik minat kanakkanak untuk terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran membaca, seterusnya dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca kanak-kanak. Berdasarkan teori Behaviourisme, pembelajaran akan bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap sesuatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif) menyebabkan pencapaian kanak-kanak meningkat kerana Pendekatan Belajar Melalui Bermain menjadikan kanakkanak lebih bermotivasi untuk belajar dengan adanya ganjaran seperti pujian dan peneguhan. Selain itu, ganjaran dalam kumpulan turut mendorong kanak-kanak bermotivasi dan bekerjasama untuk mendapatkan keputusan yang baik. Slavin (1983) berpendapat, ganjaran 8

DP. Jilid 12 Bil.1/2012

Pendidikan Prasekolah

kumpulan mendorong murid saling membantu dalam kumpulan untuk mencapai hasrat yang diinginkan. Secara tidak langsung kanak-kanak akan menguasai kemahiran membaca dengan baik apabila mereka bermotivasi untuk belajar. Kesimpulan Pendekatan Belajar Melalui Bermain dapat meningkatkan penguasaan kemahiran membaca kanak-kanak prasekolah. Peningkatan penguasaan kemahiran membaca ini didorong oleh ciri-ciri dalam Pendekatan Belajar Melalui Bermain sendiri yang berpusatkan kanak-kanak, memberikan peluang berinteraksi yang tinggi semasa aktiviti permainan dalam kumpulan. Dengan kata lain, Pendekatan Belajar Melalui Bermain merupakan salah satu pendekatan yang terbaik dan bersesuaian untuk dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran pada peringkat prasekolah. Hal ini disebabkan Pendekatan Belajar Melalui Bermain merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang amat berkesan dan sesuai dilaksanakan pada peringkat prasekolah memandangkan sifat semula jadi kanak-kanak yang menganggap permainan sebagai sesuatu yang menyeronokkan dan sebahagian daripada hidup mereka. Oleh itu, Pendekatan Belajar Melalui Bermain bukan sahaja dapat meningkatkan pencapaian dan penguasaan kemahiran membaca tetapi juga meningkatkan semua aspek perkembangan kognitif, psikomotor, dan afektif kanak-kanak. Rujukan Black JK (1992). The Young Child: Development From Prebirth Through Age Eight (2nd Edition). dalam Merrill precentice Hall. Driscoll, A & Nagel, N.G. (1999). Early Childhood Education, Birth – 8 Allyn and Bacon. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Huraian kurikulum prasekolah kebangsaan. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pelajaran Malaysia (2010). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (1993). Garis Panduan Kurikulum Pendidikan Prasekolah Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum. Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003), Panduan Pendidikan Prasekolah. Pahang: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd. Piaget, J. (1962). Play, dreams and imitation in childhood. New York: Nortan. Rohaty Mohd Majzub. 1989. Beberapa dimensi pendidikan prasekolah menjelang abad ke-21 dan selepasnya. Aliran dan awalan pendidikan menjelang abad ke-21. Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia. See Bee Ean (2008). Ke Arah Meningkatkan Kemahiran Membaca dalam Kalangan Pelajar Tingkatan 2. SMK Tunku Kurshiah. Negeri Sembilan. Slavin, R.E. (1983). Cooperative Learning. New York: Longman. Zulkifley Hamid (2006). Aplikasi Psikolinguistik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. Selangor: PTS Profesional.

9