Laporan Aktiviti Sepanjang Tahun 2013

20 downloads 290382 Views 1MB Size Report
yang hadir dapat mempelajari cara membuat cupcakes, buttercream untuk hiasan, teknik mendeco menggunakan buttercream dan fondant. Sebahagian.
AKTIVITI JABATAN / AGENSI Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia

Mesyuarat AGM PUSPANITA 2013 Mesyuarat Agung pada 6 Mac 2013 dihadiri seramai 114 orang ahli PUSPANITA. Perasmian telah diadakan di Autorium JPS Ampang dan dirasmikan oleh Ketua Pengarah JPS, Malaysia Y.Bhg. Datuk Ir Hj Ahmad Husaini Bin Sulaiman. Seramai 9 orang penolong AJK telah dilantik untuk melancarkan program dan aktiviti sepanjang tahun 2013. Mesyuarat PUSPANITA Bil 1/2013 Mesyuarat PUSPANITA Bil 1/2013 diadakan pada 18 Januari 2013 dan disempurnakan oleh Y.Bhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Husaini bin Sulaiman bertempat di Bilik Gerakan, Ibu Pejabat JPS Malaysia. Membentang laporan aktiviti 2012 dan aktiviti yang dirancang sepanjang 2013. Program Lawatan Turun Padang & iM4U 19 Mac 2013 di FRIM

Program pada 13 Mac 2013 ini dihadiri oleh Pengerusi PUSPANITA bersama 3 orang AJK menjayakan Program Turun Padang dan iM4U.

1|Page5

AKTIVITI JABATAN / AGENSI Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia

Kelas Menjahit Baju Kurung Seramai 10 orang peserta menghadiri Kelas Menjahit yang diadakan pada 26 April 2013. Ahli Puspanita yang hadir dapat mempelajari cara membuat pola, memotong kain serta menjahit baju kurung dengan cara mudah dan cepat. Di samping itu dapat menambah pendapatan sekiranya mahir dalam bidang jahitan. Deco Cup Cake Seramai 15 orang ahli menyertai bengkel yang diadakan pada 31 Mei 2013. Mereka yang hadir dapat mempelajari cara membuat cupcakes, buttercream untuk hiasan, teknik mendeco menggunakan buttercream dan fondant. Sebahagian daripada peserta PUSPANITA telah berjaya menguruskan jualan runcit secara kecil-kecilan. Kunjungan Nursery Sg. Buloh Taklimat oleh peniaga di Nursery Sg Buloh mengenai cara-cara penanaman dan penjagaan pokok yang betul kepada ahli Puspanita pada 7 Jun 2013.

Perhimpunan Bulanan dan Jamuan Hariraya Aidilfitri Peringkat JPS Perhimpunan bulanan JPS bagi bulan Ogos dan Jamuan Hari Raya diadakan pada 29 Ogos 2013 dan telah dihadiri oleh yang amat berhormat Menteri NRE Y.Bhg Datuk Seri G. Palanivel dan semua pengurusan atasan JPS serta disertai oleh 500 orang Warga JPS.

2|Page5

AKTIVITI JABATAN / AGENSI Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia

Lawatan Kerja Teknikal Program Warga JPS Turun Padang Zon Utara 2013 Lawatan Kerja Teknikal Ke Luar Negara melalui Program Warga JPS Turun Padang Zon Utara 2013 bersama Penasihat dan Pengerusi PUSPANITA JPS diadakan pada 18 – 21 Oktober 2013. Seramai 106 orang warga pekerja Jabatan Pengairan dan Saliran menjalankan aktiviti warga JPS turun padang ke negeri Perak, Perlis dan seterusnya ke Royal Irrigation Department (RID), Thailand. Kunjungan ke RID juga disertai oleh Konsulate Malaysia dari Songkhla. Program ini yang menyokong dasardasar kerajaan ke arah mewujudkan masyarakat sihat, cergas serta penyayang dan prihatin terhadap alam sekitar dan sungai sekali gus di dalam atau luar negara melalui medium persatuan dan kelab di samping menyahut dan merealisasikan menaikkan imej Jabatan samada Wawasan 2020. Bengkel Roti, 17 Julai 2013 Bengkel ini dihadiri oleh seramai 9 orang ahli PUSPANITA. Ahli puspanita yang hadir dapat mempelajari cara membuat roti menggunakan bread maker, cara menggulung bun sosej serta red bean bun. Disamping itu, dapat mempelajari cara-cara membuat nasi arab, kek span serta bihun goreng menggunakan pressure cooker. Kebaikan yang diperolehi daripada adalah boleh menambah pendapatan jika dikomersialkan dan boleh diadaptasi untuk majlis-majlis keraian.

3|Page5

AKTIVITI JABATAN / AGENSI Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia

“Medicated Room Sauna” Pada 28 May 2013, seramai 30 orang menghadiri program ini. Semua Ahli yang hadir sangat teruja menikmati “Medicated Room Sauna” ini kerana ia mampu membuang toksin dan boleh mengurangkan berat badan di samping boleh mencerahkan dan mencantikkan kulit jika selalu mengamalkan bersauna ini. Ceramah Israk & Mikraj “Suatu Perjalanan” Program ini dihadiri oleh Ahli Puspanita JPS seramai 6 orang yang dianjurkan oleh PUSPANITA peringkat NRE pada 13 Jun 2013 . Ahli yang hadir dapat berkongsi ilmu yang sangat manfaat daripada Penceramah Jemputan iaitu Ustaz Elyas bin Ismail. Hari Karaf Kebangsaan 2013, 1 Mac Seramai 18 orang ahli menyertai Program ini. Ahli PUSPANITA dapat memberi sokongan kepada usahawan serta penggiat kraf dalam usaha membangunkan industri kraf negara. Kunjungan lawatan ini adala bersempena Hari Krangkraf Kebangsaan 2013. Berbagai produk telah direka bagi menjana pendapat rakyat Malaysia seperti kain batik, ukiran kayu dan tembaga. Penjanaan hasil produk oleh kaum hawa dipertengakhan melalui Yayasan NurKrangkraf. Karnival Inovasi JPS, Malaysia Majlis karnival Inovasi telah diadakan pada 26-29 November 2013. PUSPANITA telah ditugaskan untuk menyelengara gerai-gerai jualan. Sebanyak sepuluh gerai jualan telah disediakan oleh PUSPANITA dan kutipan sewa gerai RM1000 telah dimasukkan kedalam akaun PUSPANITA.

4|Page5

AKTIVITI JABATAN / AGENSI Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia

Sumbangan Dana PUSPADARA PUSPANITA Sumbangan kepada Pn Sarvamudthy A/p Sinnasamy oleh Pengerusi PUSPANITA YBhg Datin Hjh Norliyati binti Said dan Penasihat PUSPANITA Y.Bhg. Datuk Ir. Hj. Ahmad Hussaini bin Sulaiman.

Jumlah sumbangan RM1100 diterima daripada PUSPANITA Kebangsaan (RM500) dan sumbangan daripada PUSPANITA JPS serta sumbangan persendirian. Program Sasiah Diri Program pembentukan sasiah diri di Perkampongan Orang Asli Kg.Perjek, Sg.Siput diadakan pada 6-8 Disember 2013. Program dengan kerjasama PUSPANITA dan JPI disertai oleh seramai 30 orang warga JPS. Aktiviti utama yang diadakan adalah membaiki jambatan yang telah usang dan beberapa sumbangan kebajikan. Pertandingan Boling Puspanita JPS Malaysia 2013 Pertandingan boling PUSPANITA JPS Malaysia 2013 bagi acara berpasukan antara Bahagian dan Individu VIP bagi merebut piala pusingan Y.Bhg. Datin Hajjah Norliyati Binti Haji Said berlansung dengan jayanya pada 17 Disember 2013 di Ampang SuperBowl, Ampang Point Shopping Center. VIP serta ahli untuk mewujudkan semangat kesukanan Kejohanan ini disertai Y.Bhg. Datin dan berpasukan di kalangan ahli PUSPANITA, beramah mesra dan mengeratkan silaturahim. Hj Norliyati Hj Said, ahli

5|Page5