Laporan

27 downloads 8723 Views 1MB Size Report
Pelajar-pelajar sekolah menengah Malaysia telah menyertai program selama 10 ... Sopan-santun : sebagai contoh, “homestay” anak-anak angkat dilayan ... Sebelum makan, ucap 'itadakimas' dan selepas makan ucap ' gochisosamadeshita'.
Program Pertukaran Pelajar dan Belia untuk Jaringan Jepun – Asia Timur Abad ke-21 Rombongan Pertama Delegasi Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Malaysia ke Jepun (13 Oktober 2009 – 22 Oktober 2009)

Laporan

November 2009 Japan International Cooperation Center

Maklumat Ringkas Delegasi Pelajar-Pelajar Sekolah Menengah Malaysia ke Jepun - Rombongan Pertama 2009 ◆ Tempoh Lawatan 13 Oktober 2009 – 22 Oktober 2009 ◆ Bilangan peserta 70 orang : 64 pelajar sekolah menengah (32 lelaki, 32 perempuan) 6 pegawai pengiring (seorang pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia, 5 guru dari sekolah menengah) ◆ Bilangan sekolah yang dihantar 58 sekolah : 32 buah sekolah harian (termasuk 8 sekolah agama dan 8 sekolah teknik) 26 buah sekolah berasrama penuh (termasuk 16 sekolah sains, 6 sekolah integrasi dan 2 sekolah agama) ◆ Bilangan peserta mengikut Negeri / Wilayah Persekutuan Perlis Kedah Pulau Pinang Perak Kelantan Terengganu Pahang Selangor

3 orang 6 orang 1 orang 3 orang 4 orang 4 orang 3 orang 14 orang

Negeri Sembilan Melaka Johor Sabah Sarawak Kuala Lumpur Putrajaya Labuan

4 orang 4 orang 4 orang 3 orang 4 orang 5 orang 1 orang 1 orang

◆ Wilayah yang telah dilawati di Jepun 4 buah wilayah (Tokyo, Hokkaido, Yamagata dan Ishikawa) ◆ Bilangan keluarga angkat 33 buah keluarga : Hokkaido (9), Yamagata (12) Ishikasa (12) ◆ Sekolah yang telah dilawati Kumpulan Hokkaido : Institut Teknologi Tokyo, Sekolah Menengah Tinggi Takikawa Nishi, Sekolah Menengah Rendah Ebeotsu Kumpulan Yamagata : Sekolah Menengah Tsuruoka Chuo Kumpulan Ishikawa : Japan Advanced Institute of Science and Technology, Sekolah Menengah Kerajaan Bandar Komatsu, Sekolah Rendah Noshiro

Gambar-Gambar Kenangan 【Program di Tokyo】

Orientasi (penerangan mengikut kumpulan)

Lawatan ke TEPIA (permainan “niramekko” dengan robot)

Bersiar-siar di Asakusa

Syarahan mengenali Jepun dan orang Jepun

Langkah mengelakkan daripada influenza

Jamuan makan malam

【Kumpulan Hokkaido】

Lawatan ke SMR Ebeotsu (menari tarian Malaysia bersama pelajar-pelajar)

Lawatan ke ladang epal

Lawatan ke Muzium Sains Kanak-Kanak

(kajian elektrostatik)

Membuat jem epal

Lawatan ke SMT Takikawa Nishi (melihat kegiatan ko-kurikulum)

Majlis pertemuan dengan keluarga angkat

【Kumpulan Yamagata】

Lawatan ke Syarikat Summit Wind Power

Lawatan ke SM Tsuruoka Chuo

Sdn.Bhd.(janakuasa angin)

(membuat “makizushi”)

Memetik buah anggur

Lawatan ke Pusat Kitar Semula Tsuruoka (menjana tenaga elektrik)

Jamuan ramah mesra (persembahan “kagura”)

Lawatan ke Taman Kuil Gyokusen

【Kumpulan Ishikawa】

Lawatan ke Muzium Salji dan Ais (memancing ais)

Lawatan ke Pusat Alam Sekitar Komatsu

Membuat “Kakinoha-zushi”

Majlis perpisahan

Lawatan ke SR Noshiro

Lawatan ke SM Komatsu

Jadual Keseluruhan Tarikh

1

2

Kumpulan Hokkaido

Kumpulan Yamagata

Kumpulan Ishikawa

20 orang (18 pelajar, 2 pegawai pengiring)

25 orang (23 pelajar, 2 pegawai pengiring)

25 orang (23 pelajar, 2 pegawai pengiring)

Isnin 12 Okt 09

AM Orientasi sebelum berangkat

Selasa 13 Okt 09

AM Tiba di Jepun / Orientasi

Rabu 14 Okt 09

AM Syarahan mengenali Jepun dan Orang Jepun

PM Majlis meraikan keberangkatan / Berlepas

PM Lawatan ke Menara Tokyo

PM

Interaksi di Institut Teknologi Tokyo

AM Bertolak ke Hokkaido

3

Khamis 15 Okt 09

4

Jumaat 16 Okt 09

Bertolak ke Yamagata

Bertolak ke Ishikawa

Lawatan ke Sekolah Menengah Rendah Ebeotsu

Lawatan ke Tohoku University of Community Service and Science (janakuasa suria)

Kunjungan hormat ke Majlis Perbandaran Komatsu

Kunjungan hormat ke Majlis Perbandaran Takikawa

Lawatan ke Syarikat Summit Wind Lawatan ke Muzium Salji dan Ais Power Sdn.Bhd.(janakuasa angin)

PM

AM

PM

Rumah Buatan Tangan Tomato : membuat jem epal Lawatan ke loji pelupusan sampah "Recyclean" Lawatan ke Sekolah Menengah Tinggi Takikawa Nishi

AM

5

Sabtu 17 Okt 09

Lawatan ke TEPIA / Lawatan ke Taman Istana Maharaja

Ineraksi di Sekolah Menengah Tsuruoka Chuo

Lawatan ke Pusat Alam Sekitar Komatsu Lawatan ke JAIST (IPT)

Majlis pertemuan dengan keluarga angkat / homestay

Majlis pertemuan dengan keluarga angkat / homestay

Mencuba Kado (gubahan bunga) & Sado (upacara teh)

Lawatan ke Muzium Seni dan Homestay (Mencuba tenunan Sejarah Alam Takikawa / Muzium Shinaori dan memetik buah Sains Kanak-kanak / Muzium anggur bersama keluarga angkat) PM Kehidupan rakyat

Homestay (memakai kimono, memasak kakinoha-zushi, takoyaki, pisang goreng, dsb.bersama keluarga angkat)

Majlis pertemuan dengan keluarga angkat / homestay

6

7

Ahad 18 Okt 09

Isnin 19 Okt 09

AM Homestay PM

Lawatan ke Sekolah Menengah AM Tinggi Takikawa Nishi Bengkel pertukaran pendapat Majlis perpisahan

9

10

Homestay

Majlis perpisahan dengan keluarga angkat

Majlis perpisahan dengan keluarga angkat

Lawatan ke Pusat Kitar Semula Tsuruoka

Lawatan ke Sekolah Rendah Noshiro

Lawatan ke Gunung Haguro

PM

8

Homestay

Selasa 20 Okt 09

AM Bertolak ke Tokyo

Rabu 21 Okt 09

AM Lawatan ke Asakusa

Khamis 22 Okt 09

AM Bertolak ke Narita

PM

Lawatan ke Taman Istana Maharaja / TEPIA

Lawatan ke Taman Kuil Gyokusen (upacara teh)

Lawatan ke Sekolah Menengah Komatsu

Bengkel pertukaran pendapat

Bengkel pertukaran pendapat

Bertolak ke Tokyo

Bertolak ke Tokyo

PM Pembentangan hasil perbincangan bengkel / Jamuan makan malam

PM Pulang ke tanah air

Bengkel Pertukaran Pendapat Pelajar-pelajar sekolah menengah Malaysia telah menyertai program selama 10 hari ini dengan membawa pelbagai pandangan dan harapan mereka.

Sepanjang tempoh program

ini, mereka telah berinteraksi di sekolah, tinggal bersama keluarga angkat, belajar tentang alam sekitar, tradisi, kebudayaan dan sebagainya yang dilaksanakan di wilayah-wilayah yang dilawati. Setelah tamat program tersebut, mereka mengikuti Bengkel Pertukaran Pendapat untuk berbincang tentang “penemuan-penemuan mengenai Jepun” bersama para peserta lain.

Setiap kumpulan dibahagi kepada tiga kumpulan kecil supaya semua peserta dapat

mengemukakan pandangan sebanyak mungkin. Tujuannya adalah seperti berikut. -

Menyatakan dengan perkataan penemuan-penemuan sepanjang lawatan ke Jepun dan memahaminya semula.

-

Memikirkan sebab dan latar belakang sesuatu penemuan itu, serta tindakan yang boleh diambil mengenainya.

-

Berkongsi penemuan dengan para peserta lain.

-

Meningkatkan pemahaman tentang Jepun.

Setiap kumpulan begitu aktif berbincang pendapat secara berterus-terang berdasarkan catatan harian yang telah pelajar mencatat masing-masing.

Di samping itu, mereka dapat

penemuan baru dengan mendengar pendapat rakan sekumpulan lain. Laporan Bengkel bagi setiap kumpulan serta kertas pembentangan disertakan pada muka surat seterusnya.

Laporan Bengkel 【Kumpulan Hokkaido】 Hari pelaksanaan : 19 Oktober 2009 I. Penemuan Kemudahan, Inovasi & Teknologi 1) Pengimbas muka di lapangan terbang 2) Bangunan yang rapat-rapat dan berbentuk unik 3) Lebuh raya yang bertingkat 4) Tandas yang berteknologi tinggi 5) Kemudahan orang kurang upaya - Tulisan ‘braille’ di Tokyo Tower - Lif - Tandas 6) Institut Teknologi Tokyo - Bengkel kerja tangan - Komputer berteknologi tinggi 7) Loji pelupusan sampah 8) ‘Smoking Area’ , tempat khas untuk merokok

- Tempat letak kereta - Robot

Keselamatan 1) Pengimbas muka di lapangan terbang 2) Penghadang di jalan raya yang tinggi 3) Bangunan yang berbentuk unik Disiplin Budaya & Budi Bahasa 1) Masyarakat 2) Kimono 3) Istiadat minum teh dll Kebersihan 1) Tandas 2) Pencuci tangan (hand sanitizer) 3) Tuala basah / tisu basah di meja makan Eco-friendly 1) Teluk Tokyo 2) Bantal yang diisi dengan penyedut minuman yang digunting kecil-kecil 3) Supermarket yang menggalakkan para pembeli untuk mempaketkan barang-barang sendiri 4) Protokol Kyoto

II. Isi Kandungan Perbincangan Kemudahan, Inovasi & Teknologi 1) Suatu penciptaan yang baru supaya dapat berdaya saing dengan negara-negara lain 2) Menjimatkan ruang di atas muka bumi memandangkan penduduk yang semakin ramai 3) Perjalanan lebih efisien dan menjimatkan ruang 4) Lebih memudahkan masyarakat 5) Memudahkan orang kurang upaya dan ini menunjukkan masyarakat yang prihatin terhadap orang kurang upaya 6) Bengkel kerja tangan : pembuatan helikopter atas dasar inisiatif pelajar-pelajar sendiri. Menunjukkan semangat daya saing, pemikiran yang kritis dan kreatif ada dalam masyarakat Jepun. Komputer dan robot : Masyarakat Jepun sangat bijak dan berpandangan jauh. Mencuba sesuatu yang baru demi kesenangan diri sendiri dalam kehidupan. 7) Masyarakat Jepun sangat prihatin demi keselesaan semua orang. Loji pelupusan sampah tidak memfokuskan satu bandar sahaja, sebaliknya semua tempat di sekitarnya. Secara tidak langsung, kos dapat dikurangkan. Pengasingan sampah pula sangat efisien. - Sangat berjimat cemat : gas metana diguna pakai - Sisa makanan → baja - Air lebihan juga diproses semula, dibersihkan sebelum disalirkan ke sungai 8) Prihatin terhadap keselesaan orang awam - Mementingkan kebersihan Keselamatan 1) Mengelakkan kemasukan penjenayah ke Jepun. 2) Mengelakkan kereta terbabas jauh - Menjimatkan ruang (rapat-rapat) - Mempunyai ‘sliding’ / condong untuk menyerap haba - Mempunyai ciri-ciri keselamatan apabila berlaku gempa bumi Disiplin - Tekun bekerja : awal pagi keluar kerja dan lewat malam pulang - Menepati masa : majlis-majlis, bas Budaya & Budi Bahasa - Selipar disusun teratur dan menghadap ke luar - Hormat-menghormati : tidak memanggil nama seseorang sebaliknya nama keluarga tidak memandang mata seseorang secara terus semasa bercakap - Sopan-santun : sebagai contoh, “homestay” anak-anak angkat dilayan dengan baik sekali - Tradisi : kimono & hakama masih digunakan mengikut kesesuaian walaupun teknologi semakin tinggi

-

Tradisi upacara teh : masih diamalkan dengan penuh tradisi Menghormati privasi orang lain : tutup langsir dan pintu, senyap di tempat awam Menjaga adat turun-temurun : kaligrafi, sado, kado, menggunakan tangan apabila makan sushi Sebelum makan, ucap ‘itadakimas’ dan selepas makan ucap ‘gochisosamadeshita’. Sentiasa berada di sebelah kiri apabila menaiki tangga

Kebersihan Tandas 1) Kering dan bersih 2) Disediakan di mana-mana, menunjukkan keprihatinan masyatakat Jepun terhadap kesihatan. 3) Menyenangkan dan menjaga kebersihan. Eco-friendly 1) Sangat bersih menunjukkan masyarakat Jepun yang pembersih dan bertanggungjawab. 2) Masyarakat yang kritis dan kreatif. 3) Mengurangkan kos pembuat beg plastik. 4) Menggalakkan ‘green metropolitan’ : mengelakkan pulau haba Kertas Pembentangan Kami membahagikan rumusan kami daripada kategori utama iaitu dari segi sikap rajin masyarakat Jepun, kreativiti dan inovasi dengan sentiasa mencipta teknologi baru seperti keselamatan serta pengekalan adat dan budaya melalui pendidikan formal dan aktiviti kelab. Kerajinan masyarakat Jepun dapat dilihat melalui sikap mereka yang tekun bekerja sehingga larut malam menyebabkan mereka dan institusi pekerjaan mereka menjadi cemerlang seterusnya melahirkan negara mereka yang gemilang. Dari aspek kreativiti dan inovasi pula, kami mendapati system tandas yang amat praktikal digunakan di Jepun. Hal ini bukan sahaja mengaplikasikan kecanggihan teknologi mereka bahkan memudahkan kehidupan seharian penduduk dan pelancong. Walau bagaimanapun, mereka masih lagi mengekalkan tradisi mereka sendiri iaitu mengelakkan tandas daripada menjadi basah. Oleh itu, elemen ini menjadi bukti konkrit bahawa rakyat Jepun sangat kreatif dan berinovasi tinggi dalam mencipta sesuatu. Seterusnya kita beralih pula kepada aspek teknologi dari segi keselamatan. Seperti yang kita sedia maklum bahawa di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita terdapat pengimbas muka dan cap jari untuk mengenal pasti penjenayah tetapi dalam masa yang sama proses tersebut dapat memberi keselesaan dan jaminan keselamatan terhadap pelancong. Di samping itu, terdapat penerapan adat dan budaya melalui pendidikan secara formal, kelas dan persatuan. Dalam proses ini, kerajaan telah menetapkan pembelajaran seni kaligrafi

sebagai salah satu subjek teras di sekolah. Hal ini menjadikan mereka bersungguh-sungguh mempelajari serta mempertahan budaya di samping dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Kesimpulannya, negara Jepun merupakan negara yang maju dalam bidang teknologi tetapi masih lagi mengekalkan adat dan budaya mereka. Hal ini sepatutnya dicontohi oleh masyarakat Malaysia selaras dengan falsafah pendidikan negara kita. Saya berharap hasil kunjungan ke Jepun ini dapat menerangkan kebaikan-kebaikan yang kami peroleh kepada keluarga dan rakan-rakan di Malaysia. Akhir kata, saya selaku wakil kumpulan Hokkaido merakamkan sekalung apresiasi atas peluang kepada kami untuk melawat negara Jepun yang indah dan harmoni ini.

【Kumpulan Yamagata】 Hari pelaksanaan : 20 Oktober 2009 I. Penemuan Budaya ucapan salam, fesyen, disiplin, kerjasama, masa, kebersihan, ilmu, “wa”, ofuro Ekonomi 1) Industri : kitar semula(sistematik, jumat kos), teknologi(mesin canggih), tenaga 2) Pertanian : perladangan(anggur, pisang kaki, epal), sawah padi Makanan 1) Jenis : segar, sayur banyak, sihat, seimbang 2) Cara masak : penggunaan pisau 3) Popular : sashimi, sushi, tempura, ubi, cendawan 4) Tradisional : sushi, wasabi, soba Di dalam bandar 1) Tanda “No Smoking” di atas jalan raya 2) Menggunakan beg kain untuk mengisi barang yang dibeli di kedai 3) Mesin “purikura” yang sangat comel dan banyak 4) Perbezaan waktu puncak jalan tidak sibuk kerana orang banyak guna kemudahan awam 5) Kemajuan untuk menjaga alam sekitar 6) Banyak pemanas udara 7) Kebanyakan tingkap mempunyai anak panah kerana ahli-ahli bomba dapat masuk bangunan tersebut melalui tingkap sekiranya berlakunya kebakaran.

Di Wilayah Yamagata 1) Hasil tempatan : kuih edisi khas di Yamagata (Kit Kat specil edition), anggur, epal, aiskrim kacang, mi soba dan lain-lain 2) Alam semulajadi : gunung Haguro, sawah padi 3) Tradisional : tenunan Shinaori, loghat II. Isi Kandungan Perbincangan Budi bahasa orang Jepun : hormat, disiplin, peramah 1) Orang Jepun ingin mengeratkan hubungan dengan orang luar 2) Bagi orang Jepun, masa itu emas Memelihara alam sekitar : kincir angin, sistem solar, kitar semula 1) Menjanakan kuasa elektrik dengan menggunakan sumber-sumber semula jadi seperti angin, pancaran matahari, oleh itu prinsip protokol Kyoto dapat dilaksanakan dengan efisien 2) Dapat menjimatkan sumber-sumber semula jadi dan dapat mengurangkan inflasi ekonomi Kemudahan awam : OKU, tandas, smoking room 1) OKU dapat menikmati kemudahan-kemudahan awam dan untuk menjaga hati mereka 2) Dapat melindungi kesihatan orang yang tidak merokok Budaya : upacara teh, Judo, disiplin 1) Dapat mengetahui semangat orang Jepun yang mementingkan adat resam melalui pengalaman upacara teh dan melihat judo Pendidikan alam sekitar : mesra alam 1) Kegiatan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) 2) Kerana sumber asli kurang di Jepun, mengadakan pendidikan alam sekitar dengan berkesan 3) Pembuangan sampah yang sistematik Alam semula jadi 1) Gunung Haguro : kepercayaan 2) Kerana iklim lain, jenis buah-buahan dan pokok lain juga 3) Warna daun pokok yang cantik 4) Buah-buahan tempatan (banyak jenis anggur) Ekonomi / Teknologi 1) Kurang buang CO 2 : teknologi tinggi, banyak perbelanjaan 2) Handphone banyak kegunaan

Makanan 1) Berkhasiat : boleh melicinkan kulit 2) Fresh 3) Masak pakai hashi Kertas Pembentangan 1) Sains teknologi dan alam sekitar Di Yamagata, kami telah melawat sistem janakuasa tenaga suria dan sistem janakuasa tenaga angin, selain itu, kami juga telah melawat pusat kitar semula. Di sini dapat kami lihat bahawa negara Jepun sangat menjaga alam sekitar mereka kerana mereka kekurangan sumber asli. Jika di Malaysia, sekiranya kami kekurangan sumber tenaga elektrik, pada masa hadapan kami haruslah mempertingkatkan lagi penghasilan tenaga elektrik melalui sistem hidro elektrik dan suria yang sudah sedia ada pada masa ini. Sekarang di Malaysia masih ada petroleum dan gas, tetapi saya bimbang dengan negara dan dunia pada masa hadapan. Oleh itu, apabila pulang ke Malaysia, saya ingin belajar dengan lebih lagi tentang alam sekitar melalui buku dan internet. 2) Kemudahan awam Kemudahan awam untuk orang kurang upaya disediakan dengan banyak sekali di Jepun. Contohnya tandas awam, pondok telefon dan jalan. Pondok telefon yang bersaiz besar dapat dilihat di mana dapat memuatkan golongan berkerusi roda untuk masuk ke dalamnya. Kemudahan berjalan kaki untuk golongan buta dapat dilihat di mana-mana sahaja. Contohnya yang berjalur-jalur untuk berjalan lurus dan berbintik-bintik untuk memberi amaran. Selain itu, terdapat juga tempat merokok di sini. Di Malaysia tempat merokok masih belum diwujudkan, sebaliknya hanya terdapat tempat dilarang merokok. Selain itu, di Malaysia juga terdapat gambar-gambar penyakit mengerikan yang diletakkan di kotak rokok. Ini lebih memberi kesan yang mendalam terhadap rakyat Malaysia. Mesejnya ialah, lihatlah kotak rokok Malaysia. 3) Budaya Jepun dan aktiviti pertukaran budaya Di sini saya ingin berkata mengenai cara menggunakan tandas dan makanan orang Jepun. Sebelum ini kita hanya mendengar bahawa orang Jepun memakan makanan mentah, namun sekarang, kami sudah dapat merasainya sendiri. Justeru, ini merupakan pengalaman yang seronok dan tidak dapat dilupakan. Jika tinggal di Jepun, kami akan dapat merasai banyak pengalaman dan faham mengenai budaya Jepun serta orang Jepun juga akan faham budaya kami. Jadi aktiviti seperti pertukaran budaya ini penting untuk menjamin keamanan seantara dunia. Akhirnya, jika ada peluang lagi, saya ingin belajar sebelum datang ke Jepun.

【Kumpulan Ishikawa】 Hari pelaksanaan : 21 Oktober 2009 I. Penemuan Teknologi 1) Pengurusan sampah yang sistematik 2) Kemudahan awam(parking kereta, bangunan-bangunan dll.) 3) Jalan raya(kenderaan, kesesakan dll.) 4) Prasarana Gaya hidup 1) Mementingkan kesihatan 2) Sikap, berfikir ke hadapan 3) Patriotisme(kebudayaan, bahasa, dll.) Sosial 1) Kebajikan(terhadap orang kurang upaya, warga emas) 2) Menjaga alam sekitar(mengasingkan sampah, kitar semula dll.) 3) Pertukaran antarabangsa II. Isi Kandungan Perbincangan Teknologi Jepun 1) Pengurusan sampah - Sampah diasingkan mengikut jenis - Sampah dibuang mengikut jadual(di rumah dan perusahaan ) 2) Kemudahan awam - Stesen minyak yang menjimatkan ruang(nozel yang tergantung) - Tempat letak kereta yang bertingkat - Vending machine yang canggih - Tap air automatik menjimatkan air dan digunakan secara meluas 3) Jalan raya - Kurang kesesakan lalu lintas dan suka menaiki kenderaan awam dan basikal berbanding kenderaan bermotor. Gaya hidup dan budaya Jepun 1) Kesihatan Mengamalkan gaya hidup yang sihat Suka makan sayur dan tidak makan makanan yang berminyak 2) Sikap tatatertib, bersopan santun, rajin dan mematuhi masa Menghormati kepada warga tua Berfikir ke hadapan → Protokol Kyoto(kurangkan CO 2 )

3)

Patriotisme Segala kemudahan yang disediakan, semuanya bahasa Jepun Rancangan televisyen walaupun filem asing ditukar kepada bahasa Jepun Masih pakai pakaian tradisional kimono - Upacara minum teh yang penuh dengan sopan santun dan tatatertib

Sosial 1) Kebajikan - Menjaga hak orang kurang upaya - Menyediakan kemudahan untuk orang kurang upaya seperti lif, tandas dan sebagainya(pejabat datuk bandar, universiti, lapangan terbang dll.) - Tulisan braille disediakan di tempat awam 2) Persekitaran Sampah sarap dikitar semula untuk dijual Pelupusan sampah dikawal supaya tidak keluarkan asap melalui serombong 3) Pertukaran antarabangsa Menghargai pemberian orang dan melahirkan rasa gembira apabila menerima buah tangan Kertas Pembentangan 1) Mengamalkan nilai-nilai tradisi meskipun semakin moden Di Sek. Men. Komatsu ada kelab upacara teh yang mementingkan tatatertib meminum teh yang demi mengekalkan tradisi nenek moyang. Dalam sesuatu majlis seperti majlis perpisahan bersama keluarga angkat, masih ada orang yang memakai pakaian tradisional seperti kimono. Professor yang diadakan syarahan di Tokyo telah menerangkan bahawa dalam tradisi Wa(和)orang Jepun masih memikirkan orang tua yang paling berpengalaman. 2) Mengutamakan penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar Rakyat Tokyo kebanyakannya menggunakan basikal ataupun berjalan daripada kenderaan bermotor. Rakyat Jepun mengasingkan bahan buangan mengikut jenis bahan, contohnya staf-staf Komatsu International Association dan ahli keluarga angkat. Segala sisa-sisa pembakaran ditapis dan diproses sebelum dibebaskan supaya tidak membawa pencemaran dan kemusnahan alam sekitar. 3)

Kepintaran memakisimumkan penggunaan sumber agar banyak bermanfaat apabila melakukan sesuatu perkara Tempat letak kereta di Tokyo bertingkat-tingkat yang berasaskan teknologi yang tinggi untuk menjimatkan ruang. Sampah sarap dikitar semula dan diproses untuk menghasilkan barang yang baru dan berguna. Contohnya di Loji Pembersihan Bandar Komatsu. Sisa-sisa proses pembakaran seperti abu dihantar ke tapak penanaman untuk dijadikan baja. Di Tokyo, bangunan-bangunan dibina dengan tinggi dan mantap demi menjimatkan ruang yang ada kerana tanah pamah di Jepun amat terhad.

Luahan Pendapat Pelajar Malaysia Kumpulan Hokkaido ○ Saya berasa sangat gembira kerana dapat menyertai program yang sangat baik ini. Pada saya, saya begitu menghargai peluang yang diberi. Saya mempelajari pelbagai perkara seperti pemikiran rakyat Jepun dan budaya mereka. Saya begitu merindui semasa saya berada di Hokkaido. Takikawa merupakan bandar yang aman dan sejuk. Saya dapat membina hubungan yang baik dengan rakyat Jepun semasa homestay dan lawatan ke Sekolah Menengah Takikawa Nishi dan ini merupakan satu pengalaman yang tidak akan saya lupakan. Saya sangat suka Hokkaido. Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan peluang belajar di negara Jepun. ○ Sepanjang program ini berjalan, saya tidak pernah merasakan yang saya merupakan seorang pelancong asing di Jepun kerana saya dilayan begitu baik sekali sehingga berasa seolah-olah saya sendiri merupakan seorang penduduk di sini. Program yang dijalankan sepanjang 10 hari ini memberikan saya pengetahuan baru tentang Jepun walaupun saya pernah melawat ke Jepun 2 tahun yang lepas. Semua peserta program sangat ramah dan saya berasa sangat gembira berada di sini. Jikalau berkesempatan, saya berhasrat untuk melanjutkan pelajaran ke Jepun dan menziarahi kawasan “homestay” saya. ○ Saya berasa amat bertuah kerana terpilih menyertai program ini. Hal ini kerana daripada berpuluh-puluh ribu pelajar Malaysia tingkatan empat, saya terpilih menyertai program ini. Sepanjang program ini, saya dapat banyak maklumat yang berfaedah. Terima kasih kepada pihak terlibat yang telah menjayakan program ini. ○ Saya sangat gembira kerana terpilih untuk menyertai program ini. Hal ini kerana banyak pengalaman dan pengetahuan serta input-input yang sangat berguna telah saya dapati daripada program ini. Saya dapat mengetahui tentang adat dan budaya serta corak dan gaya kehidupan masyarakat Jepun yang sebelum ini saya hanya lihat di televisyen. Begitu juga teknologi yang telah tertonjol dalam negara Jepun ini. Tambahan lagi, kemurnian dan layanan daripada keluarga angkat membuatkan saya ingin datang walaupun pada masa akan datang. ○ Pengisian dalam program ini sangat menarik terutamanya program homestay dan pertukaran budaya. Saya amat berminat dan tidak sabar untuk mengajar rakan-rakan di Malaysia upacara minum teh dan ikebana.

○ Saya merasakan pengalaman menyertai program ini adalah amat baik. Pengalaman di homestay memang best walaupun kenal kejap sahaja, tapi memang dah macam jadi famili. Saya ingin datang ke Jepun lagi. Sayonara Jepun. ○ Program ini adalah satu program yang baik untuk membolehkan rakyat-rakyat Malaysia dan Jepun mengenai negara satu sama lain dengan lebih mendalam. Program ini juga dapat mengembangkan pengetahuan remaja-remaja Malaysia. Hubungan antara orang Malaysia dengan Jepun telah dieratkan. Saya berasa sangat gembira dan bangga dapat menjadi duta kecil Malaysia untuk meningkatkan imej Malaysia di negara lain. ○ Program ini telah menimbulkan perasaan gembira dan semangat patriotisme dalam diriku. ○ Program dapat menjalinkan hubungan yang agak kukuh antara Malaysia dan Jepun. ○ Amat kagum dengan ‘schedule management’. Amat mematuhi masa dan staf-stafnya amat baik dan mesra. Amat berterima kasih atas peluang yang diberi. Program seperti ini perlu diteruskan untuk mengeratkan jaringan antarabangsa.

Kumpulan Yamagata ○ Pada pendapat saya, ia adalah program yang baik dan perlu diteruskan. Hal ini kerana ia membantu saya berfikir jauh ke depan dan memantapkan jati diri saya untuk menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Program ini juga memberi peluang kepada saya untuk memantapkan pengetahuan dan berkomunikasi dalam bahasa Jepun. Jika diberi peluang keemasan untuk belajar di negara metropolitan ini, saya tidak akan menolaknya dan seterusnya bersungguh-sungguh untuk belajar disamping mengemari negara Jepun dengan lebih mendalam lagi. Hubungan erat antara kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Jepun akan menjadi lebih baik apabila saya menjadi pemimpin pada masa hadapan. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada pihak kerajaan ○ Program diatur dengan kemas dan teratur serta aktiviti berjalan dengan lancar.

Program

ini

juga

dapat

meluaskan ilmu pengetahuan, memberi pengalaman meluaskan

yang lagi

cara

bermakna, pemikiran,

menaikkan semangat untuk belajar kepada kami. Seronok tidak terhingga ○ Saya amat berbangga kerana dipilih untuk menyertai program ini. Selama menjalani program ini tidak ada yang negatif dapat saya cari. Semua tempat, institusi dan sekolah sangat memuaskan. Tetapi saya harap di masa hadapan program homestay bersama keluarga angkat boleh lebih lama kerana boleh mengeratkan hubungan dengan orang Malaysia dan Jepun.

○ Saya berasa amat teruja dengan negara Jepun dan rakyatnya. Bandar-bandar di Jepun sangat teratur dan terancang. Program ini memberi pengalaman yang berguna kepada saya. Saya amat berterima kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus melaksanakan program ini. ○ Sangat gembira kerana diberi peluang menyertai program besar seperti ini.

Berasa

bertuah kerana memperoleh banyak pengalaman di negara Jepun di mana tidak semua pelajar dapat merasainya. Sangat menarik! ○ Program ini banyak memberi pengalaman dan ilmu-ilmu yang baru yang boleh saya jadikan kenangan dan diaplikasikan dalam hidup saya. Program ini juga telah meningkatkan lagi perasaan ingin tahu tentang Jepun. Selain itu, saya juga berasa amat gembira kerana boleh berinteraksi dengan penduduk Jepun menggunakan ilmu bahasa Jepun yang telah saya peroleh selama 4 tahun ini. Saya kagum melihat budaya Jepun yang sebenar kerana selama ini saya hanya dapat mengetahui tentang Jepun melalui drama siri, komik dan majalah sahaja. ○ Sangat seronok. Makanan sangat sedap dan kenyang, terima kasih. ○ Perasaan memang seronok sekali, rasa tak nak balik. Saya dapat banyak pengalaman dan kenangan manis di Jepun. Pada pendapat saya, program ini amat bagus kepada kami kerana ia dapat meluaskan pandangan saya tentang negara luar. Saya juga berpendapat ia memberi peluang keemasan untuk saya lebih bersemangat untuk belajar dan melanjutkan pelajaran ke Jepun. ○ Secara keseluruhannya, program ini amatlah baik dan memuaskan hati saya kerana segala bayangan di kepala saya suatu masa dahulu telah berubah menjadi sesuatu yang benar dan malahan menjadi bertambah baik. Perancangan masa pula amatlah sempurna dan membuatkan kami mempunyai masa untuk berehat secukupnya. ○ Saya berasa sangat bertuah kerana terpilih untuk menyertai program ini. Ini merupakan pengalaman yang cukup bermakna bagi saya. Bagi saya, negara Jepun merupakan negara yang berteknologi tinggi. Walaupun pesat membangun, mereka masih mengekalkan adat tradisi mereka dan tempat-tempat bersejarah. Rakyat Jepun juga peramah dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Paling penting, rakyat Jepun menepati masa. Jadi saya akan praktikkan sikap ini dapam kehidupan saya. ○ Rakyat Jepun sangat peramah dan mesra. Ini saya dapat lihat daripada reaksi pelajar-pelajar dari Sekolah Menengah Trsuruoka Chuo. Mereka sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Jadi, saya ambil pengalaman sebagai panduan dalam kehidupan saya dan sebarkan cara kehidupan rakyat Jepun kepada rakan-rakan di Malaysia.

Kumpulan Ishikawa ○ Persaan saya secara keseluruhan untuk program ini ialah perasaan gembira membunga dalam diri dan hati. Selain itu, banyak pengalaman bermakna dan ilmu yang bermanfaat diperoleh. Disebabkan perkara inilah, saya berasa amat sedih dan ingin datang ke Jepun semula suatu hari nanti. Pendapat saya ialah program ini amat bagus dan bermanfaat bagi program belia seperti ini. Diharapkan JENESYS ini berkekalan selama-lamanya agar belia-belia yang merupakan pemimpin negara di Malaysia dapat menimba ilmu pengetahuan dan pengalaman yang bermanfaat. ○ Perasaan saya sepanjang program ini dijalankan adalah sangat gembira kerana memiliki pengalaman baru yang tidak dapat saya lupakan. ○ Program ini banyak membantu saya menanamkan nilai-nilai murni seperti rajin, menepati masa dan peramah ke dalam diri saya. Hal ini saya dapati menerusi pemerhatian kepada bangsa Jepun. ○ Program ini telah berjaya mewujudkan persahabatan Jepun dengan negara ASEAN yang lain dalam membantu negara ASEAN menjadi sebuah negara yang maju setanding dengan Jepun. Diharapkan program JENESYS ini dapat diteruskan lagi. ○ Setelah mengikuti program, saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam lagi mengenai budaya, adat dan masyarakat Jepun. Melalui program ini, saya telah memperoleh banyak pengalaman dan kenangan manis yang sukar dilupakan. Program ini saya akan kongsi bersama rakan-rakan saya serta keluarga saya. Program ini merupakan satu program yang sangat bagus bagi para pelajar kerana ianya membimbing mereka kepada satu pengetahuan yang baru dan menakjubkan. ○ Saya berasa amat gembira kerana dapat belajar pelbagai ilmu pengetahuan di sini, contohnya teknologi Jepun, cara orang Jepun bekerja,budaya orang Jepun dan macam-macam lagi. Susun atur program ini amat menyeronokkan sehingga saya berasa tidak mahu kembali ke negara saya. Saya berharap saya melanjutkan pelajaran saya di sini. Terima kasih Jepun! Saya akan belajar dengan tekun untuk mencapai cita-cita saya. ○ Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Jepun kerana telah memberi saya peluang untuk menyertai program ini. Saya telah dapat memperoleh banyak ilmu baru dan pengalaman yang akan saya kongsi bersama orang lain di Malaysia nanti. Saya telah dapat mengetahui Jepun dengan lebih mendalam lagi melalui program ini dan berharap dapat datang ke Jepun pada masa hadapan.

Luahan Pendapat Pelajar Sekolah Jepun 【Kumpulan Hokkaido】 Institut Teknologi Tokyo ○ Pelajar-pelajar Malaysia mempunyai minat yang tinggi, sangat peramah dan mereka menyapa kami dengan penuh mesra. Perbezaan besar antara Malaysia dan Jepun ialah Malaysia merupakan sebuah negara majmuk. Oleh itu, kami dapat melihat pelbagai bangsa dengan majoritinya bangsa Melayu yang beragama Islam. Mereka juga cergas sama seperti pelajar sekolah menengah Jepun. Semakin lama kami semakin mesra, dan jamuan ramah mesra yang diadakan telah berlaku dalam sausana yang penuh dengan keseronokan dan kemesraan. ○ Program interaksi bersama pelajar Malaysia ini adalah sesuatu yang saya nanti-nantikan. Malangnya masa amat terbatas untuk berkomunikasi dengan mereka sepuas-puasnya tetapi saya dapat tanggapan baik terhadap mereka. Contohnya mereka telah menyediakan payung dengan segera apabila hujan mula turun. Saya berharap agar pengalaman yang telah mereka lalui semasa berada di Jepun dapat meningkatkan lagi imej Jepun di kalangan orang Malaysia. ○ Perkara yang paling menghairankan saya ialah tentang larangan memakan makanan tertentu di kalangan penganut agama Islam. Pelajar sekolah Jepun tidak berapa peduli tentang agama tetapi bagi pelajar Malaysia, hal makanan merupakan perkara yang sangat diambil berat. Oleh itu, kami agak risau sekiranya makanan yang disediakan tidak halal. Namun begitu, saya amat bersyukur atas peluang yang diberikan kerana mungkin saya akan bekerja di luar negara dan semasa itu pihak majikan mungkin tidak akan mengadakan taklimat tentang agama. Saya rasa pengalaman interaksi bersama pelawat dari luar negara yang berlainan budaya dan agama amat bermakna bagi pelajar dan belia yang sudah bekerja. Saya berharap agar program seperti ini dapat diperbanyakkan lagi supaya dapat mewujudkan interaksi antarabangsa kepada bakal-bakal pemimpin masyarakat di masa depan.

Sekolah Menengah Ebeotsu ○ Saya amat seronok dapat peluang berinteraksi dengan warga asing yang mana peluang sebegini agak sukar dapat dirasai dalam kehidupan harian di Jepun. Sebelum interaksi, saya tidak tahu bahawa masyarakat di Malaysia menganuti pelbagai agama. Tarian Malaysia juga tidak sama dengan Jepun, dan saya banyak mempelajari mengenainya melalui interaksi dengan pelajar-pelajar Malaysia. Sekiranya ada peluang, saya ingin berkomunikasi lagi.

○ Saya gembira dapat bersama-sama dengan pelajar-pelajar Malaysia walaupun masa yang diperuntukkan adalah agak terbatas. Pada mulanya, saya merasa sedikit gementar tetapi melalui interaksi dan menari bersama mereka, situasi bertukar menjadi sangat menyeronokkan. Saya menjadi lebih tertarik memandangkan kebanyakan mereka sangat kacak dan cantik. Interaksi seperti ini adalah sangat penting dan melaluinyalah pandangan saya terhadap Malaysia telah berubah kepada lebih positif. Saya akan mengingati pengalaman indah ini selama-lamanya. ○ Saya amat berterima kasih kerana diberikan peluang berinteraksi dengan pelajar-pelajar Malaysia kerana melaluinya saya dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang Malaysia khususnya berkenaan tarian, budaya dan agama Islam. Saya kagum dengan perempuan yang memakai tudung. Walaupun mereka berada di luar negera tetapi mereka tetap taat dengan tuntutan agama supaya menutup aurat. Saya merasakan interaksi dengan warga asing adalah sangat penting untuk memahami budaya antara satu sama lain. Oleh itu, program sebegini patut diteruskan.

【Kumpulan Yamagata】 Sekolah Menengah Tsuruoka Chuo ○ Sebelum mula berinteraksi, saya agak bimbang sedikit kerana budaya dan agama pelajar Malaysia adalah tidak sama dengan Jepun. Namun begitu, setelah saya bertemu dengan mereka segala kerisauan tersebut telah bertukar kepada keseronokan kerana mereka sangat peramah. Terdapat juga perbezaan dari segi pakaian, makanan dan sebagainya tetapi memang ada juga kesamaan kerana kami adalah sama pelajar sekolah menengah. Walaupun bahasa kami tidak sama tetapi dapat merasai budaya Malaysia seperti tarian, nyanyian dan sebagainya, sebaliknya kami juga gembira kerana mereka mengetahui beberapa perkara mengenai Jepun, Yamagata dan juga Tsuruoka. Melalui interaksi kali ini, minat saya terhadap Asia yang sebelumnya tidak begitu difikirkan, telah pun meningkat. Saya ingin belajar bermula dari negara-negara berdekat dari segi budaya, bahasa, agama dan ingin meluaskan pengetahuan saya kepada Asia dan juga seluruh dunia. Terima kasih kerana pelajar-pelajar Malaysia sudi datang ke Jepun! Sekiranya ada peluang, datanglah ke Tsuruoka lagi! ○ Bagi saya ini adalah merupakan kali pertama berinteraksi dengan pelajar-pelajar Malaysia. Saya berpendapat mereka sangat baik kerana bersikap positif dan riang serta sentiasa tersenyum. Saya juga dapat mengetahui bahawa walaupun kita tinggal di bumi yang sama tetapi bahasa dan budaya adalah jauh beza.

Sebenarnya, saya tidak dapat bercakap apa-apa dengan mereka kerana kurang belajar dan saya juga amat gementar oleh itu perasaan ‘ingin menyampaikan’ juga seolah-olah hilang. Meskipun begitu, saya telah mempelajari dan dapat perangsang yang baik melalui tingkahlaku mereka seperti sikap positif untuk menyampaikan sesuatu, sikap ingin memahami orang di hadapan mereka dan sebagainya. Saya ingin ke luar negara untuk belajar pada suatu hari nanti. ○ Melalui interaksi bersama pelajar-pelajar Malaysia, saya telah mengetahui banyak perkara seperti budaya dan lain-lain. Antaranya ialah tempoh pelajaran sekolah menengah di Malaysia adalah bukan selama tiga tahun seperti di Jepun, pengasuhan pula bukan sahaja menjaga kanak-kanak tetapi juga membantu ahli-ahli keluarga seperti home helper dan sebagainya dan sekiranya gagal berinteraksi dengan baik, saya tidak akan tahu. Aktiviti ‘lipatan kertas’ sebagai salah satu budaya Jepun bersama mereka adalah sangat berkesan untuk memperkenalkan budaya kami. Kalau ada masa, saya ingin berkomunikasi lebih banyak lagi. ○ Saya berasa gementar kerana kurang berkomunikasi dengan warga asing. Menegur, menghuraikan dan menyampaikan sesuatu dalam bahasa Inggeris kepada orang lain adalah sangat susah tetapi akhirnya berjaya juga disampaikan. Pengalaman berinteraksi bersama warga asing yang begitu ramai adalah sangat berkesan dan saya ingin mempelajari tentang negara-negara luar melalui pengalaman ini. ○ Melalui interaksi kali ini saya rasa orang-orang Jepun termasuk saya kurang mengetahui tentang negara sendiri. Kami patut memperbaiki perkara ini. Saudara-saudaraku dari Malaysia, bagaimana pendapat anda tentang Jepun dari segi budaya, pemandangan dan masakan yang telah dialami di sini? Saya sungguh berharap dapat pergi ke Malaysia untuk merasai pelbagai budaya di sana pada masa akan datang. ○ Melalui interaksi ini, terdapat banyak perkara yang menghairankan dan dapat merasai perbezaan budaya secara langsung. Perkara yang paling menghairankan saya ialah ada pelajar Malaysia yang dapat membaca huruf Jepun iaitu hiragana dan kanji dengan begitu yakin. ○ Pelajar Malaysia sangat hebat kerana mereka sentiasa bertimbang rasa terhadap orang lain semasa memasak bersama. Saya amat menghormati mereka kerana walaupun terdapat perbezaan atas intonasi bahasa Inggeris dan kurang memahaminya tetapi mereka mampu bercakap dengan penuh keyakinan. Saya

telah dapat mengetahui serba sedikit tentang Malaysia di samping saya juga dapat tahu apakah kekurangan diri saya. Perasaan “jangan lupa sentiasa bersyukur” yang diungkapkan pelajar Malaysia, akan diterjemahkan dalam kehidupan saya.

【Kumpulan Ishikawa】 Sekolah Menengah Komatsu ○ Saya telah belajar ucapan bahasa Melayu seperti “apa khabar?” dan “terima kasih”. Dan saya cuba mengucapkan ”terima kasih” kepada pelajar Malaysia tetapi mereka tidak faham, mungkin intonasi saya tidak betul. Walaupun gagal menggunakan bahasa Melayu tetapi dapat berkomunikasi dengan bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar Malaysia berminat sangat tentang pelbagai perkara dan amat peramah oleh itu saya sebagai seorang Jepun merasa seperti ‘dikalahkan’. Meskipun cara penyampaian saya kurang baik kepada mereka tetapi ‘perasaan’ saya mungkin difahami mereka. Walau masanya begitu singkat tetapi interaksi ini tetap amat bermakna. Semasa berpisah dengan mereka, saya rasa sedih dan air mata hampir mengalir. ○ Interaksi bersama pelajar Malaysia adalah kali pertama bagi saya. Budaya di Malaysia adalah pelbagai kerana beberapa kaum hidup bersama dan ini adalah sangat berbeza dengan budaya Jepun. Namun begitu, ada juga budaya yang serupa dengan Jepun oleh itu saya menganggap dunia ini semakin kecil. Kami perlu mengetahui perbezaan dan kesamaan budaya di dunia dan ingin menyampaikan perkara ini kepada generasi masa akan datang. ○ Pada mulanya saya agak bimbang kerana masalah bahasa tetapi kebimbangan ini terus hilang kerana dapat berkomunikasi dengan baik. Ini merupakan pengalaman yang sangat berharga dan saya dapat memahami bahawa interaksi di antara satu sama lain adalah kaedah yang paling dekat untuk keamanan melalui persefahaman budaya dan agama serta menghormatinya. ○ Saya amat kagum kerana pelajar-pelajar Malaysia dapat berbahasa Melayu, Inggeris dan malah bahasa Jepun. Di samping itu, mereka berusaha untuk memahami bahasa Inggeris saya yang tidak berapa baik. Saya ingat kini saya perlu belajar bahasa Inggeris bersungguh-sungguh. Ada pelajar perempuan yang memakai tudung. Sebelum ini saya pernah dengar bahawa ada negara yang kaum perempuan memakai tudung. Inilah yang saya benar-benar dapat lihat dengan mata sendiri oleh itu interaksi seperti ini sangat berkesan. Walaupun kurang berkomunikasi melalui bahasa tetapi saya dapat tahu bahawa wajah atau isyarat tangan juga dapat berkomunikasi. Ini adalah perkara penting yang saya dapat dipelajari.

○ Apa yang saya dapat mempelajari melalui interaksi dengan pelajar-pelajar Malaysia ialah sikap positif mereka. Mereka terus mengungkap apa yang difikir dan apa yang dirasai. Sebaliknya, saya hanya dapat menjawab sahaja terhadap soalan mereka dan tidak dapat dibalas dengan bentuk pertanyaan. Namun begitu, saya dapat bertanya “seronokkah?” pada saat akhir. Saya rasa gembira kerana mendapat jawapan daripada mereka terhadap soalan dalam bahasa Inggeris saya. Walaupun soalan ini amat senang tetapi amat bermakna bagi saya. Saya ingin belajar bahasa Inggeris dengan bersemangat supaya dapat berkomunikasi dengan lebih lancar dari sekarang apabila saya akan berjumpa lagi dengan mereka suatu hari nanti. ○ Saya sebagai ketua persatuan kelas perlu memikirkan ucapan sambutan pelajar-pelajar Malaysia. Bagi saya amat sukar membuat ucapan tersebut dalam bahasa Inggeris kerana saya tidak berapa pandai berbahasa Inggeris. Pada hari ketibaan mereka, saya rasa bimbang sedikit untuk menjemput mereka tetapi apabila bertemu dengan mereka, mereka begitu peramah dan senang untuk berkomunikasi. Lagi pun saya rasa gembira kerana ucapan saya dapat difahami. Melalui interaksi kali ini, saya telah dapat memahami budaya dan ciri-ciri keistimewaan Malaysia dan pelajar Malaysia juga mungkin dapat memahami budaya Jepun. Saya berasa betapa pentingnya interaksi antarabangsa kerana kami dapat menyampaikan dan memahami budaya di antara satu sama lain dan pengetahuan tersebut akan mengaplikasikan untuk masa akan datang. Tambahan pula, orang Jepun sendiri juga dapat meningkatkan pemahaman negara sendiri. ○ Saya telah menyedari dua perkara baru. Pertama ialah sudut pengetahuan saya mengenai global sedikit diperluaskan walapun rasa saya amat gementar kerana kali pertama berkomunikasi dengan warga asing. Yang keduanya ialah kelemahan bahasa Inggeris saya. Interaksi ini adalah peluang yang sangat baik untuk menggunakan bahasa Inggeris secara praktik tetapi saya tidak dapat juga menggunakannya. Alasannya ialah mungkin kurang keyakinan diri. Saya rasa amat kesal walaupun belajar bahasa Inggeris tetapi tidak mampu menguasainya. Melalui pengalaman ini, saya mendapat pengetahuan dan teknik yang amat berguna untuk perhubungan dikalangan masyarakat dengan berkesan. ○ Pada mulanya saya agak risau samada dapat berkomunikasi dengan baik atau tidak bersama pelajar-pelajar dari Malaysia. Tetapi mereka telah menyapa saya secara positif dan kami dapat berkomunikasi dengan gembira. Saya juga rasa senang hati kerana mereka telah dapat tahu tentang budaya Jepun serba sedikit. Saya pun telah dapat tahu tentang budaya Malaysia khususnya terdapat pelbagai

kaum dan perayaan mengikut kaum masing-masing. Saya sangat berminat mengetahui tentang Malaysia melalui pengenalan seperti ini. Perkara yang menjadi pengajaran paling berguna daripada mereka ialah apabila berkomunikasi dengan seseorang, walau bahasa tidak sama tetapi sekiranya ada perasaan ingin menyampaikan dan ingin mengetahui, dapat juga disampaikan di antara satu sama lain. Saya ingin mengaplikasikan perkara penting ini untuk masa depan.

Sekolah Rendah Noshiro ○ Saya memahami bahawa tujuan interaksi bersama abang dan kakak Malaysia adalah untuk menjadi kawan tetapi ada juga tujuan lain iaitu mereka mengetahui negara Jepun dan kami juga dapat tahu tentang negara Malaysia. Saya akan simpan hadiah yang diberikan daripada mereka dengan baik sehingga hari dewasa nanti. ○ Cikgu saya berkata, Jepun ingin menjajahkan Malaysia pada zaman dulu. Saya amat hairan kerana walaupun Malaysia telah diserang dan dibinasakan, orang-orang Malaysia telah memaafkan Jepun. Saya rasa negara Malaysia dan rakyatnya amat baik hati ○ Pada mulanya saya berasa bimbang sedikit kerana tidak faham langsung apa yang diperkatakan oleh orang Malaysia. Tetapi, saya berasa lega kerana ada yang dapat bertutur sedikit dalam bahasa Jepun. Mereka memperkenalkan tentang wang dan tarian Malaysia. Saya dapat tahu matawang Malaysia dipanggil ringgit. Saya rasa gembira kerana dapat menyertai jamuan ramah mesra. Rasa bimbang pada awal pertemuan macam tidak betul. ○ Saya dapat tahu bahawa bunga kebangsaan Malaysia adalah bunga raya. Walaupun tidak berkomunikasi dengan baik tetapi sangat seronok dapat bertemu dengan abang dan kakak dari Malaysia. ○ Saya dapat tahu bahawa bandaraya seperti Tokyo di Jepun dipanggil Kuala Lumpur di Malaysia. Saya rasa Malaysia dan Jepun sedikti berbeza. ○ Saya telah megajar permainan tradisional Jepun kepada kakak Malaysia. Saya menunjukkan cara permainan ayatori (permainan dengan tali) sebanyak tiga kali selepas itu kakak Malaysia dapat bermain. Hebat! Permainan ayatori yang perlu kemahiran lebih tinggi seperti membuat berlian atau penyapu juga dapat dibuat. Betul-betul hebat! Abang dan kakak Malaysia telah menyanyikan lagu kepada kami. Saya pernah dengar melodi lagu itu jadi rasa saya gembira. Saya sangat seronok berinteraksi dengan orang-orang Malaysia.

○ Saya telah mengajar cara-cara melipat burung jinjang manakala abang dan kakak Malaysia ceritakan tentang bahasa Melayu dan negara Malaysia. Saya rasa gembira kerana mereka sangat baik hati. Mereka sangat pandai melipat lipatan kertas dan ada juga yang lebih cepat dan lebih pandai daripada saya. Saya rasa masa berlalu sangat cepat. Abang yang telah makan tengah hari bersama saya bertanya macam-macam soalan dalam bahasa Jepun atau Inggeris. Saya ingin berjumpa lagi dengan mereka. ○ Saya telah mengajar cara-cara bermain kendama. Ada orang Malaysia yang dapat cara yang sukar dan dia sangat gembira. Saya rasa kami telah menjadi mesra melalui kendama dan saya juga gembira kerana dapat mengajar kendama kepada orang-orang Malaysia sebagai wakil Jepun. ○ Ada beberapa perkara yang menghairankan saya. Satunya ialah orang Malaysia berbahasa Melayu dan Inggeris. Saya rasa aneh sekali, kenapa mereka berbahasa Inggeris walaupun Malaysia jauh dari Amerika Syarikat. Satu lagi ialah topi yang dipakai kakak Malaysia. Apakah ianya? Kawan-kawan saya juga mungkin fikir perkara yang sama. Saya dapat tahu orang-orang Malaysia sangat baik hati dan negara Malaysia amat bagus melalui interaksi ini. ○ Saya amat hairan kerana orang-orang Malaysia pandai berbahasa Jepun. Mereka telah menyanyikan lagu Malaysia dan sebagai tanda terima kasih kami juga menyanyi koir. Saya rasa sangat gembira kerana mereka berkata “bagus!” ○ Orang-orang Malaysia semuanya tinggi dan nampaknya cerdik. Mereka telah memberitahu bermacam-macam perkara mengenai Malaysia. Saya telah diberitahu di Malaysia ada banyak tempat peranginan dan laut yang bersih. Saya berangan-angan untuk melawat Malaysia. Agaknya boleh tak saya ke sana bila dewasa nanti...

Luahan Pendapat Keluarga Angkat Kumpulan Hokkaido ○ Kami adalah sepasang suami isteri yang sudah tua tetapi secara tiba-tiba sahaja menerima dua orang ‘cucu’ yang sungguh periang dari Malaysia. Mereka amat positif dan ingin merasai pengalaman menjalani kehidupan seperti orang Jepun. Merekalah bakal menerajui negara suatu masa nanti. Mereka amat sopan malah mengatasi kesopanan orang Jepun. Saya berpendapat mereka boleh menjadi contoh teladan kepada orang dewasa Jepun. Mereka kelihatan gembira ketika diajar membuat patung kertas tradisional Jepun dan juga membuat ‘makizushi’. Apa yang paling menggembirakan hati kami ialah mereka menulis surat kepada kami dalam bahasa Jepun. Mereka menjemput kami datang ke Malaysia dan mereka ingin melawat lagi ke Jepun. Mereka turut menyampaikan risalah berkaitan pelancongan di Malaysia. Kami berasa sangat gembira. ○ Saya merasa kagum kerana mereka sangat menyayangi keluarga sendiri. Walau mereka kelihatan agak letih, mereka telah bermain bersama anak saya dengan baik. Saya amat terharu dan sewaktu hendak berpisah, mereka berkata mereka sangat seronok walaupun kami tidak melayan mereka dengan baik. Mereka betul-betul anak yang comel. ○ Saya rasa gembira dapat bersama pelajar Malaysia yang bersifat murni dan bertimbang rasa. Saya juga diperkenalkan tentang Malaysia seperti tempat-tempat yang indah, adat resam, budaya dan sebagainya. Oleh itu, minat dan kefahaman tentang Malaysia telah meningkat. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana wajah senyum mereka seolah-olah telah memberi kekuatan kepada saya. ○ Saya dapat berkomunikasi dengan anak angkat kerana mereka boleh berbahasa Jepun dengan baik. Mereka amat berdisiplin dan sebagai contoh menyusun kasut semasa masuk ke rumah, menolong membawa barang semasa membeli belah, menyediakan dan mengemaskan tilam tidur dan sebagainya. Mereka sangat peramah dan baik hati. Sikap mereka amat menyenangkan hati kami yang telah agak lama tidak bertemu insan sebegitu. ○ Anak angkat saya sangat gembira bila dibawa bermain bowling buat kali pertama. Saya merasakan tempoh homestay kali ini amat pendek, namun kami sempat juga berbual pelbagai perkara hingga larut malam. Saya juga menyedari kepentingan bahasa Inggeris, kebolehan penggunaan komputer dan sebagainya dan berharap anak saya akan dapat menguasainya. Kedua-dua anak angkat saya sangat peramah dan baik hati. Saya berharap moga kami akan dapat berjumpa lagi di masa lain. ○ Saya telah diajar tentang bahasa Melayu, cara sembahyang orang Islam dan sebagainya oleh itu saya merasakan Malaysia dan agama Islam amat dekat dengan

hati saya. Apabila saya bertanya sesuatu kepada anak angkat saya, mereka menjawab ‘Hai (Ya)’ menjadikan saya rasa amat segar sekali. Sebaliknya saya mempersoalkan diri saya sendiri, apakah saya baik seperti mereka terhadap keluarga saya sendiri. Semasa makan bersama, mereka menolong mengisi lauk kepada orang sekeliling sambil berkata ‘Hai, douzo (Ya, silakan)’. Saya merasa seronok dan senang hati ketika makan beramai-ramai. ○ Kami telah berinteraksi melalui muzik seperti menyanyi lagu Jepun, bermain piano dan gitar bersama. Selain itu, mereka telah melukis wajah keluarga saya, bermain daun terup, UNO dan sebagainya. Kami amat teruja melalui detik-detik bersama mereka.

Kumpulan Yamagata ○ Anak angkat kami sudi menyedia dan mengemas tilam tidur, membasuh pinggan mangkuk, mengucap salam sebelum tidur dan sebagainya walau tanpa dipinta oleh saya. Sekiranya mereka kurang faham, mereka segera bertanya kepada saya dan tiada timbul sebarang masalah. Makanan yang disediakan juga dapat dihabiskan dan apa yang mengagumkan saya ialah mereka juga boleh makan ‘negi natto’(tempe Jepun bersama bawang panjang)’ dengan mengungkap ungkapan ‘Oishii (sedap)’. Semua itu telah mengeratkan lagi hubungan kami. Air mata mereka tatkala berpisah menjadi kenangan dan menjadi hadiah yang paling istimewa buat kami. ○ Anak angkat saya sentiasa bersopan santun dan berdisiplin. Saya dapat merasakan sikap mereka yang penuh kejujuran. Saya juga dapat melihat ‘suatu yang perlu disayangi’ dalam senyuman mereka seperti wajah budak lelaki. Saya tidak dapat melayani mereka dengan sebaik-baiknya tetapi kami telah mengisi masa kualiti secara bermakna. ○ Saya telah diajar tentang tarian tradisional Melaysia dan saya pula mengajar mereka tarian ‘Hanagasa’, tarian tempatan kepada pelajar Malaysia. Kami benar-benar seronok ketika bersama. ○ Anak saya sangat gembira kerana berpeluang menerima dua orang kakak angkat dari Malaysia. Kami telah diceritakan tentang Malaysia dan dapat juga pelbagai buah tangan seperti gambar, DVD dan sebagainya. Saya sangat berterima kasih. ○ Anak angkat saya suka kepada makanan Jepun seperti Oden, Tempura, Nasi Berangan, Mi Soba dan sebagainya. Begitu juga buah-buahan seperti pisang kaki ‘Shonai’. Mereka turut dipersembahkan dengan budaya Jepun seperti gubahan bunga, kaligrafi dan memakai kimono. Mereka sangat peramah dan menepati masa. Di mana-mana juga mereka bercakap dengan jelas dan berusaha menyampaikan dan sudi juga mendengar. Jiran-jiran juga sangat suka kepada mereka dan sering berkata ‘comel, comel!’. ○ Sebelum saya menjadi keluarga angkat kepada mereka, saya langsung tidak

pernah membayangkan tentang Malaysia, tetapi melalui pengalaman homestay ini telah timbul minat tentangnya. Saya amat mengagumi sikap pelajar Malaysia yang sangat rajin dan positif. Mereka telah bermain origami dan piano dengan anak perempuan saya yang darjah lima. ○ Anak angkat saya sangat berdisiplin dan menyukai makanan yang disediakan dan oleh itu sangat menyenangkan hati kami. Kami telah menghabiskan masa yang menyeronokkan sehinggakan mereka turut mandi dan tidur bersama anak-anak saya ○ Saya merasakan ini adalah peluang yang baik bagi pelajar Malaysia untuk bertutur dalam bahasa Jepun oleh itu saya turut menggunakan bahasa Jepun bersama mereka, tetapi semakin lama kami terpaksa juga menggunakan bahasa Inggeris. Namun begitu, akhirnya kami dapat berkomunikasi seperti keluarga sebenar. Semasa saya menghantar mereka ke Lapangan Terbang, mereka berkata ‘Homestay adalah bagus sekali’. Saya merasa sungguh gembira dengan ungkapan akhir mereka itu. ○ Saya berasa gembira kerana dua anak angkat saya sangat peramah dan pintar. Saya dihadiahkan ‘baju kurung’ dan saya cuba memakainya. Mula-mula saya rasa agak malu sedikit tetapi apabila memakainya, perasaan mesra mereka berjaya memenangi hati saya. Semasa berpisah, air mata mereka menitis membuatkan saya turut menitiskan air mata. Saya bersungguh ingin melawat Malaysia suatu hari nanti. ○ Perkara yang paling membimbangkan saya ialah masalah makanan disebabkan perbezaan budaya. Namun, apabila mereka tiba ke rumah saya, kebimbangan tersebut tidaklah terlalu serius. Pelajar Malaysia sangat baik hati dan peramah, oleh itu kami dapat sesuatu yang menggembirakan. Mereka boleh bertutur bahasa Jepun dengan baik dan saya turut dimaklumkan pelbagai perkara tentang Malaysia. Saya juga seboleh-bolehnya mahu memperkenalkan tentang hal-hal yang baik tentang Jepun, perbezaan dengan Malaysia, budaya Jepun dan juga pemandangan yang indah di sini.

Kumpulan Ishikawa ○ Kedatangan anak angkat dari Malaysia adalah merupakan peluang terbaik untuk menggunakan bahasa Inggeris. Mungkin mereka agak kepenatan kerana semasa membawa mereka berjalan dengan kereta, mereka tertidur sehingga saya mengejutkan mereka apabila tiba ke destinasi. Saya bertanya ‘adakah nak balik ke rumah?’ tetapi mereka menjawab dengan bersemangat “tak nak, kami nak ikut ke tempat seterusnya”. Saya amat kagum dengan mereka. ○ Anak angkat saya telah menerangkan tentang cara-cara sembahyang. Di atas penerangan mereka, saya menganggap bahawa agama Islam adalah agama keamanan. Anak angkat saya sangat ikhlas.

○ Saya telah mempelawa mereka ke tempat mandian awam sambil menunjukkan risalah tempat tersebut. Mereka berminat pergi ke sana dan sangat gembira bila mereka berpeluang merasai pengalaman mandian awam khususnya di kolam jakuzi. Mereka cuba masuk berulang kali. ○ Program ‘Keluarga Angkat’ merupakan peluang yang terbaik bagi saya mengetahui dan memahami perbezaan ‘budaya’ dan ‘cara berfikir’ sesebuah negara. Kali ini, saya dapat pengetahuan tentang beberapa perkara mengenai sembahyang Islam dan budaya pemakanan. ○ Kami telah diterangkan tentang Malaysia dengan jelas dan bersama-sama dapat meneruskan cerita tentang Malaysia. Inilah peluang terbaik untuk mengetahui mengenai Malaysia. ○ Bagi kami, ini adalah kali pertama menerima anak angkat yang begitu muda dan kami rasa begitu segar. ○ Kebetulan umur anak angkat dan anak saya agak sebaya, oleh itu, topik perbualan mereka memang banyak. ○ Walaupun terdapat perbezaan pada bahasa dan budaya, saya telah dapat ‘kekuatan’ daripada anak angkat. Mereka memperkenalkan tentang Malaysia dan keluarga mereka melalui komputer. Saya amat menghormati tahap kedewasaan anak angkat yang umurnya baru 16 tahun. Saya menyoal diri sendiri adakah saya mampu berkomunikasi dengan orang lain dengan penuh keyakinan seperti anak angkat saya? Oleh itu, program homestay ini memang telah memberi impak yang besar. ○ Memang pada mulanya saya agak risau mengenai masalah bahasa, tetapi seorang dari mereka berdua amat fasih berbahasa Jepun maka saya dapatlah bergantung kepadanya. Bahasa Inggeris mereka juga sangat baik, malah lebih baik daripada saya. Mereka begitu bersopan santun, dan sebagai contoh, meminta izin terlebih dahulu sebelum menggunakan bilik mandi. ○ Saya telah mempelajari sedikit latar belakang budaya dan sejarah Malaysia dan mereka juga mengajar saya memasak pisang goreng yang terkenal di Malaysia. Memang mereka sangat bersopan santun. Tapi agak malang juga sedikit kerana ada jenis beberapa makanan Jepun yang juga sedap tidak dapat diberikan kepada mereka atas sebab larangan dari agama mereka (Islam).