MELAKSANA (KUALITATIF) PENELITIAN TINDAKAN KELAS

22 downloads 69 Views 324KB Size Report
Walau bagaimanapun di Malaysia, bolehlah dikatakan hampir semua guru yang menjalankan penelitian tindakan kelas menggunakan pendekatan kuantitatif. 6 ...

BAB

6 MELAKSANA (KUALITATIF) PENELITIAN TINDAKAN KELAS PENGENALAN Setelah fokus penyelidikan dikenalpasti, maklumat-maklumat yang relevan dan cukup perlu dikumpul daripada pelbagai sumber untuk dijadikan asas analisis dan refleksi. Sebarang maklumat dalam apa jua bentuk yang dapat menjelaskan lagi situasi dikaji dinamakan data.

Dalam usaha

mencari data, guru/ pensyarah

penyelidik hendaklah tidak mengabaikan bahan-bahan yang sedia ada seperti rekod prestasi murdi, hasil kerja, kertas jawapan, peperiksaan, pekeliling dan dokumen lain yang berkaitan di samping memperolehi data-data yang baru. PEMUNGUTAN DATA KUALITATIF Sebenarnya asal usul penelitian tindakan kelas adalah berasaskan pendekatan kualitatif. Walau bagaimanapun di Malaysia, bolehlah dikatakan hampir semua guru yang menjalankan penelitian tindakan kelas menggunakan pendekatan kuantitatif

76 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

(Soon 2007). Di negara-negara Barat, kebanyakan penelitian tindakan kelas yang dijalankan oleh guru adalah jenis kualitatif disebabkan guru di situ mempercayai bahawa pendekatan kualitatif boleh memperoleh (capture) segala-gala proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik di samping membantu guru membuat refleksi dengan lebih baik . Kebanyakannya dilakukan dalam keadaan sebenar dan hasil kajian dianalisis dengan cara menggunakan teknik dan kaedah berbentuk deskripsi dan naratif. Daya penerimaan dalam kalangan pendidik pada umumnya, dan tindakan penyelidik secara khusus, dengan cara meneliti masalah secara kualitatif boleh digambarkan dalam penelitian tindakan kelas literatur yang menekankan teknik dan sumber pengumpulan data sebagai berikut (Anderson et al. 1994; Calhoun 1994; Sagor 2000; Stringer 1996; dan Wells 1994): 1.

Rekod sedia ada yang terdapat di sekolah

2.

Instrumen untuk membuat rekod harian

3.

Instrumen untuk penyoalan

4.

Sumber konvensional (tinjauan, soal selidik dan lain-lain)

5.

Sumber inventif

6.

Temu bual

7.

Sejarah lisan dan penceritaan

8.

Skala nilai

9.

Mereka cipta

10.

Pemerhatian

11.

Pemetaan

Melaksana (Kualitatif) Penelitian Tindakan Kelas 77

12.

Rakaman visual

13.

Jurnal dan diari

Sebagaimana yang anda lihat dala contoh yang diberikan, jenis data yang boleh anda kumpul daripada penelitian tindakan kelas boleh jadi dalam bentuk deskriptif, naratif dan data lisan. Dalam kebanyakan kes, data ini diperolehi secara semula jadi dan teratur yang dikumpul oleh guru dan pentadbir. Dalam erti kata lain, pemungutan data dalam penelitian tindakan kelas melibatkan aktiviti untuk mendapatkan jawapan kepada soalan: “Apakah yang sedang berlaku?”. Ia bukanlah soalan yang misteri, tetapi sekadar mengumpul data yang dapat meningkatkan pemahaman kita mengenai fenomena yang sedang diselidiki. Bahagian

seterusnya

akan

membincangkan

mengenai

beberapa

teknik

pengumpulan data yang boleh digunakan bergantung kepada fokus kajian. Dalam sesuatu penyelidikan, pengunan beberapa sumber data dirujuk sebagai triangulasi. Secara umumnya, penyelidik yang menjalankan penelitian tindakan kelas tidak seharusnya bergantung kepada beberapa sumber data seperti temubual, pemerhatian atau instrumen semata-mata. Sagor (2000) telah mencadangkan supaya penelitian tindakan kelas menggunakan triangulation matrix – iaitu suatu grid yang menunjukkan kepelbagaian sumber data yang akan digunakan untuk menjawab setiap soalan kajian. Grid ini juga digunakan untuk menangani masalahmasalah yang berkaitan dengan bias dalam pengumpulan data. Kekuatan penyelidikan kualitatif terletak pada penggunaan kaedah triangulasi (Wolcott 1988) yang menggunakan perlbagai sumber data berbanding bergantung kepada hanya satu sumber data. Dalam tujuan melakukan penyelidikan tindakan secara kualitatif, guru adalah instrumen kajian yang memungut data, menggunakan pelbagai teknik dalam jangka waktu yang tertentu untuk menerokai isu-isu yang kompleks dari pelbagai perspektif.

78 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

SUMBER-SUMBER DATA KUALITATIF Pendekatan kualitatif mementingkan fenomenologi (phenomenology) yang melihat keunikan (uniqueness) kejadian sosial. Oleh itu, pendekatan kualitatif memperoleh maklumat dalam bentuk teks. Terdapat pelbagai sumber pengumpulan data dalam bentuk teks dalam penelitian tindakan kelas kualitatif, terpulang kepada jenis data yang diperlukan. Antara sumber-sumber data penelitian tindakan kelas kualitatif adalah , pemerhatian secara langsung, penyoalan dan pengujian. Pemerhatian Guru yang menjalankan penyelidkan tindakan mempunyai banyak peluang untuk membuat pemerhatian terhadap bilik darjah mereka. Pemerhatian aakan dibuat sebagai pemerhatian yang biasa mereka lakukan dalam komponen pengajaran, pemantauan dan menyesuaikan arahan berdasarkan arahan lisan dan bukan lisan yang berlaku di dalam bilik darjah. Oleh itu, menggunakan pemerhatian secara langsung sebagai strategi pengumpulan data ini adalah kaedah biasa dan tidak memerlukan masa yang panjang. guru perlu membuat pemerhatian berterusan terhadap

persekitaran

dan

menyesuaikan

pengajaran

berdasarkan

hasil

pemerhatian tersebut. Penyelidikan tindakan menyediakan cara yang sistematik dan tepat untuk melaksanakan pemerhatian dalam teknik pengumpulan data secara kualitatif. Pemerhatian oleh Peserta Dalam sesuatu penyelidikan, jika penyelidik adalah salah satu peserta dalam aktiviti yang dikaji,” maka penyelidik dipanggil sebagai peserta pemerhati (McMillan 1996). Menurut Spradley (1980), pemerhatian oleh peserta dibuat untuk sekurangkurangnya untuk dua tujuan iaitu: 1.

Membuat pemerhatian terhadap sesuat situasi dalam aspek aktiviti, individu dan fizikal

Melaksana (Kualitatif) Penelitian Tindakan Kelas 79

2.

Terlibat dalam aktiviti yang bersesuaian denga situasi yang diberi yang menyediakan maklumat yang berguna

Pemerhatian oleh peserta boleh dilaksanakan pada pelbagai tahap bergantung kepada situasi yang hendak dilihat dan peluang yang ada: pemerhati peserta boleh menjadi pemerhati peserta yang aktif,; pemerhati aktif; atau pemerhati pasif (Pelto & Pelto 1978; Spradley 1980; Walcott 1982; 1997). Bergantung kepada dasar masalah, guru mempunyai banyak peluang untuk menjadi peserta yang aktif dalam proses pemerhatian dalam melaksanakan kerja mereka. Walau bagaimanpun, kecenderungan pemerhatian yang dilakukan secara permerhation oleh peserta adalah untuk membuat pemerhatian secara menyeluruh. Pemerhatian oleh Peserta Aktif Berdasarkan proses pengajaran, guru adalah pemerhati dalam kalangan peserta yang aktif bagi pengajaran mereka sendiri. Apabila mereka terlibat secara aktif di dalam proses pengajaran, guru akan mengenal pasti hasil pengajaran mereka. Setiap kali mengajar, secara tidak langsung, guru biasanya akan memerhati perjalanan proses pengajaran dan membuat perubahan yang bersesuaian. Sebagai pemerhati dari kalangan peserta aktif bagi amalan pengajaran mereka sendiri, adalah perkara biasa apabila guru tidak berpeluang untuk mencatat hasil pemerhatian mereka secara

sistematik

dalam

tempoh

waktu

persekolahan,

sedangan

catatan

pemerhatian tersebut sangat diperlukan. Pemerhati Pasif Terdapat juga kemungkinan guru menjadi pemerhati pasif di sekolah atau dalam bilik darjah. Apabila guru mengamil peranan sebagai pemerhati pasif, guru tidak lagi memainkan peranan sebagi guru yang sebenar, tugas mereka lebih tertumpu untuk memungut data. Guru ini akan membuat pemerhatian terhadap pembelajaran pelajar-pelajarnya dalam bilik darjah. Tugas mengajar pula akan diambil alih oleh rakan sejawat.

80 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

Nota Lapangan Rekod dalam bentuk catatan penulisan yang dibuat oleh pemerhati sering dirujuk sebagai nota lapangan. Catatan yang diambil dengan cara ini boleh dalam bentuk rekod anekdot dan dikumpul sebagai portfolio penaksiran auntentik. Dalam fieldnotes, pemerhati boleh mencatat apa sahaja yang berkaitan dengan hasil pemerhatian yang dilakukan. Penyoalan Satu lagi kaedah utama untuk mengumpul data adalah melalui soalan daripada penyelidik kepada responden. Guru sebagai penyelidik akan memeberi beberapa soalan kepada pelajar, ibu bapa atau guru-guru lain melalui sama ada temu bual atau soal selidik. Biasanya item soalan yang akan ditanya terhasil melalui hasil pemerhatian awal yang dilakukan penyelidik. Penyoalan dalam penyelidikan tindakan boleh dilaksanakan sama ada secara lisan atau tulisan. Penyoalan secara lisan disebut sebagai temubual. Temubual atau temu ramah adalah suatu teknik yang amat berkesan untuk meninjau persepsi seseorang, termasuk pemikiran, sikap, nilai dan pendapatnya. Melalui temubual, penyelidik dapat memahami mengapa seseorang yang diperhati menunjukkan perlakuan tertentu. Kejayaan sesuatu temubual bergantung antara lain kepada kualiti soalansoalan yang ditujukan kepada sasaran yang dikaji. Temu Bual Etnografi Informal Temubual secara etnografi adalah distrukturkan oleh penyelidik dan responden. Interaksi antara penyelidik dan responden berlangsung dalam bentuk perbualan dan ini membolehkan seseorang penyelidik ‘menyelidik secara mendalam, mendapatkan petunjuk-petunjuk baru, menunjukkan dimensi baru bagi sesuatu masalah dan mendapatkan maklumat tepat berdasarkan pengalaman individu yang ditemu bual.

Melaksana (Kualitatif) Penelitian Tindakan Kelas 81

Temu Bual Formal Berstruktur Guru juga mungkin akan mengguakan kaedah temubual formal berstruktur sebagai salah satu usaha pengumpulan data untuk kajiannya. Soalan-soalan yang ditujukan telah dirancang secara rapi dan teratur supaya respon yang spesifik diperolehi. Adakalanya, penyelidik akan menggunakan soalan yang sama terhadap beberapa orang responden. Perkara ini juga termasuk dalam konsep temu bual formal berstruktur. Walau bagaimanapun, cabaran utama dalam mengendalikan temu bual ini ialah memfrasakan soalan sehingga soalan tersebut didapati benar-benar dapat memberi maklumat yang diinginkan. Bagi mengelakkan soalan yang ditanya tersasar daripada tujuan asal, beberapa perancangan perlu dilakukan oleh penyelidik seperti: 1.

Membuat rintisan terhadap soalan yang hendak digunakan kepada kumpulan responden yang sama.

2.

Menggunakan pelbagai soalan baik memusat mahupun mencapah.

3.

Memberi ruang masa kepada reponden untuk memberikan jawapan kepada soalan.

4.

Menggunakan perakam audio untuk merakam sesi temubual.

Pengunaan perakam audio dapat membantu merekodkan interaksi lisan yang berlaku antara kumpulan sasaran dengan pemerhatian ataupun antara kalangan kumpulan sasaran. Perkataan, sebutan dan perbualan yang sebenar dapat dirakamkan dengan tepat. Data-data penting boleh diperolehi daripada rakaman audio melalui proses tiga fasa iaitu dengar kembali seluruh rakaman tersebut untuk mendapat gambaran umum; dengar semula untuk mencari data-data penting; dan dengar sekali lagi untuk membuat transkripsi tentang data-data penting. Temu Bual Kumpulan Berfokus Temu bual kumpulan berfokus berbeza daripada temubual lain apabila sasaran respoden terarah kepada kumpulan yang boleh memberi sumbangan maklumat

82 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

kepada bidang kajian yang dilaksanakan. Dari segi kaedah penyoalan pula, temubual ini boleh dilakukan sama ada secara berstrutur atau sebaliknya. Soal Selidik Perbezaan ketara antara temubual berstruktur dengan soal selidik adalah soal selidik melibatkan responden untuk mengemukakan jawapan mereka dalam bentuk tulisan teks. Soalan-soalan yang spesifik disusun secara sistematik mengikut suatu pengaliran pemikiran yang tertentu. Responden hanya perlu memberi jawapan yang ringkas ataupun memilih jawapan-jawapan yang telah disediakan. Ia mudah dikendalikan dan sesuai untuk bilangan sasaran yang besar dan sekiranya penilaian kuantitatif diperlukan untuk refleksi kemudian. Dalam merangka soal selidik, bahasa yang digunakan hendaklah mengambil kira tahap kebolehan dan taraf sosio-budaya sasaran yang dikaji. Perkataan-perkataan yang digunakan hendaklah disemak agar tidak mengelirukan responden. Semasa mengendalikan soal selidik, kerahsiaan responden hendakalah dijamin untuk data yang boleh dipercayai. Skala Sikap Ramai guru yang tertanya-tanya apakah kesan pengajaran mereka terhadap sikap pelajar. Dalam proses pengukuran sikap, skala Likert atau pembezaan semantik. Skala sikap dikatakan membantu guru untuk menentukan “apakah kepercayaan, perasaan dan pandangan individu mengenai sesuatu perkara” (Gay & Airasian 2000). Skala ini merupakan kaedah alternatif utuk mendapatkan jawapan kepada soalan-soalan seperti “ Apakah pendapat anda tentang polisi pembelajaran di sekolah?”. Skala Likert digunakan untuk mendapatkan respon pelajar berdasarkan skala jawapan yang telah disediakan. Skala Likert biasanya menggunakan simbol atau nombor yang melambangkan jawapan mengikut urutan seperti “Sangat Setuju”, “Setuju”, “Kurang Setuju”, “Tidak Setuju” dan “Sangat Tidak Setuju”.

Melaksana (Kualitatif) Penelitian Tindakan Kelas 83

Skala Likert Skal Likert adalah skala yang mengandungi lima mata. Dalam skala ini, responden diminta menyatakan persetujuan atau sebaliknya tentang sesuatu kenyataan dalam satu kontinum dari setuju hingga ke tidak setuju. Contohnya adalah seperti berikut: Guru Sains saya sangat baik. Sangat

Setuju

Setuju

Tidak

Tidak

Sangat

Pasti

Setuju

Tidak Setuju

Jawapan yang diminta dari respoden menyatakan persetujuan mereka tentang kenyataan yang diberi dari Sangat Setuju ke Sangat Tidak Setuju. Selain itu, skala jawapan dalam Skala Likert juga boleh diwakili oleh nombor. Setiap nombor akan memberi maksud jawapan tertentu. Hal ini bermaksud, responden akan memberi jawapan dengan menanda pada nombor pada kontinum. Contohnya: 5 – Sangat Setuju 4 – Setuju 3 – Tidak Pasti 2 – Tidak Setuju 1 – Sangat Tidak Setuju Diari atau Jurnal Harian Diari atau jurnal ialah catatan berkala dan berterusan mengikut persepsi seseorang berfokus kepada sesuatu isu tertentu, maklumat yang dicatatkan bukan hanya perihal peristiwa penting tetapi juga merangkumi segala pemerhatian, perasaan, reaksi, pandangan, interpretasi, hipotesis, hasil refleksi, analisis dan komen. Untuk meningkatkan keberkesanan penulisan diari atau jurnal catatan hendaklah dilakukan secara konsisten agar perkembangan pemikiran dapat direkodkan sebelum dilupa. Tetapkan satu masa tertentu setiap hari atau setiap minggu berbuat demikian. Dalam catatan diari atau jurnal, fakta hendaklah dibezakan daripada interpretasi dengan menggunakan notasi khas. Rujukan silang (cross reference)

84 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

hendakalah dibuat untuk mengaitkan dengan catatan lain sama ada dalam diari, jurnal ataupun rekod lain. Catatan tarikh, lokasi serta konteks atau situasi dapat membantu penyelidik dalam peringkat analisis data. Selain daripada itu, bahanbahan lain seperti foto, keratan akhbar, lakaran dan sebagainya juga dilampirkan dalam diari atau jurnal. Buku Log Buku log merupakan catatan yang lebih memberi tumpuan kepada turutan peristiwa dan masa atau waktu berkenaan. Catatan seperti ini sangat berguna untuk mengkaji masalah-masalah berhubung dengan pengurusan masa dan pengelolaan aktiviti. Portfolio Portfolio ialah satu koleksi bahan-bahan sokongan yang digunakan sepanjang perjalanan sesuatu projek serta ulasan refleksi pada peringkat-peringkat tertentu. Bahan-bahan serta catatan daripada portfolio dapat membantu penyelidik memahami proses pengelolaan serta pemikiran yang menyusulnya.