MELAYU UNTUK ASING Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan ...

425 downloads 5376 Views 3MB Size Report
Bil: 39 RABU, 15 OGOS 2007 BUKU BAHARU DALAM PASARAN Pengarang: Nor Hasimah Jalaluddin, Mardian Shah Omar, Noor Zilawati Jais Harga: RM18.00 Bahasa Melayu untuk Penutur
Bil: 39 RABU, 15 OGOS 2007 BH PILIH L1 15 emel

10

9

Karyawan Muda Dalami Ilmu Penulisan

Forum Remaja Putrajaya

BUKU BAHARU DALAM PASARAN

Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan Penggunaan Bahasa Melayu Oleh Azahari Edin

“Bahasa Melayu perlu dimartabatkan dan diberi kemuliaan sebagai bahasa kebangsaan yang merupakan sebahagian daripada semangat perjuangan kemerdekaan"

“S

emangat mendaulatkan bahasa Melayu harus dihidupkan dan tiada maknanya sekiranya ia hanya termaktub dalam satu perenggan dalam Perlembagaan negara. Bahasa ialah satu komponen yang memberikan identiti bukan hanya kepada bangsa tetapi kepada negara. Bahasa Melayu juga perlu diberikan nyawa dan nafas serta perlu disuntik dengan nilai dan harga.” Demikian titah Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Perak Darul Ridzuan Raja Dr. Nazrin Shah semasa mencemar duli merasmikan Seminar Bahasa Rojak: Kecelaruan penggunaan Bahasa Melayu, pada 19 Julai lalu di Dewan Seminar, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Titah baginda lagi, “Bahasa Melayu perlu dimartabatkan dan diberi kemuliaan sebagai bahasa kebangsaan yang merupakan sebahagian daripada semangat perjuangan kemerdekaan ketika negara bakal menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-50. Negara harus arif melakukan pertimbangan bijaksana supaya warisan pusaka bangsa tidak tergadai dalam hasrat negara yang mahu membangunkan sumber manusia bersifat global. Bahasa Melayu juga harus terus dipertingkatkan sebagai bahasa pentadbiran dan perantaraan ilmu serta menjadi instrumen yang penting dalam menyatupadukan rakyat di negara ini.” Hadir sama, DYTM Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim, Timbalan Menteri Penerangan, YB Datuk Ahmad Zahid Hamidi selaku Pengerusi Jawatankuasa Tetap Penyelarasan dan Penyeragaman Bahasa dalam Media Penyiaran, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaafar, Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Abdullah dan Presiden Bahasa Moden Malaysia (PBMM), Prof. Emeritus Datuk Dr. Hajah Asmah Haji Omar. Seminar yang berlangsung selama dua hari bermula pada 18 Julai itu dianjurkan bersama oleh DBP dan PBMM bagi mengenal pasti bentuk dan penggunaan bahasa

Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah

Raja Muda Perak Darul Ridzuan

RASMI: DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah semasa bertitah dalam Seminar Bahasa Rojak.

dilakukan kerana bahasa rojak sudah menjadi sebahagian daripada budaya dalam masyarakat. Beliau juga menyatakan bahawa. DBP perlu mewujudkan satu garis panduan yang jelas berkenaan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul berdasarkan situasi penggunaannya. Dalam seminar ini, sebanyak 16 kertas kerja dibentangkan oleh pakar bahasa, pengamal bidang, pensyarah dan tokoh agama mengikut lima skop yang ditetapkan meliputi bahasa rojak dari segi sistem dan struktur, etiologi (kajian tentang punca) bahasa rojak, sikap masyarakat terhadap bahasa rojak, situasi dan konteks bahasa rojak dan inovasi teknologi komunikasi. Dua kertas ucap­an utama dan sebuah ucapan dasar turut dibentangkan pada seminar ini.

MUNSYI SAMBUT: Kakitangan DBP mengambil peluang bersalaman dengan Raja Muda Perak dan isteri, Tuanku Zara Salim.

rojak dalam mencari kaedah membimbing penggunaan bahasa yang baik dalam berbagai-bagai situasi dan konteks. Dihadiri seramai 248 orang peserta yang terdiri daripada guru, pensyarah, pengamal dan penyelidik berbagai-bagai bahasa moden di universiti tempatan dan luar negara, pegawai-pegawai dari

jabatan kerajaan, Munsyi Dewan, ahli persatuan, penerbit, komposer, juruacara, pelakon, orang perseorangan dan karyawan DBP. Sementara itu, Datuk Dr. Firdaus berkata, DBP akan terus mencari jalan terbaik bagi mengatasi masalah penggunaan bahasa rojak, meskipun menyedari sukar

50 tahun sudah kita merdeka.

Biarlah erti kemerdekaan itu kita hayati sepenuhnya.

BAHASA MELAYU UNTUK PENUTUR ASING PERINGKAT ASAS BUKU 2 Pengarang: Nor Hasimah Jalaluddin, Mardian Shah Omar, Noor Zilawati Jais Harga: RM18.00 Bahasa Melayu untuk Penutur Asing Peringkat Asas Buku 2 adalah buku lanjutan daripada buku asas 1 yang memberi pe­luang kepada pelajar lebih mendalami bahasa dan budaya Melayu dengan lebih terperinci. Konsep buku masih dikekalkan, iaitu berdasarkan teksteks berbentuk perbualan dan latihan, cuma perbualannya lebih panjang dan peristiwa yang dibincangkan adalah lebih khusus. Di samping menekankan aspek tatabahasa, buku yang mengan­dungi lapan bab ini mendedahkan pelajar kepada contoh dialog yang berlatarkan suasana di hotel, kehidupan di kampung, lawatan ke Putrajaya, perairan negara, musim perayaan, permainan tradisional dan bencana alam. Pendedahan ini membolehkan mereka mendapat maklum­at tentang budaya setempat dan memahami budaya Melayu dengan lebih baik. Buku ini amat sesuai untuk dijadikan panduan dan rujukan lanjutan oleh pelajar asing yang ingin belajar bertutur bahasa Melayu serta dijadikan bahan pengajaran kepada guru dan pensyarah yang mengajar di pusatpusat pengajian tinggi atau di sekolah-sekolah antarabangsa.

PEMBERITAHUAN Galeri Ilmu Koperasi DBP yang terletak di aras bawah Menara DBP kini menjual Dewan Eja Pro, penyemak ejaan bahasa Melayu yang berkemampuan tinggi de­ngan harga RM250.00. Diskaun istimewa akan diberikan kepada setiap pengunjung. Waktu urus niaga Isnin hingga Jumaat 7.30 pagi hingga 5.00 petang Sabtu, Hari Kelepasan Am 9.00 pagi hingga 3.00 petang Pertanyaan Sila hubungi 03-2143 3504/3505 atau faks 03-2148 7887.