ulama di kalangan ahli muamalat, syariah semasa, undang- undang, ekonomi ...
Penilaian hukum syariah bagi pelan pemasaran oleh Ust. Zaharuddin Abd ...
Menjana Hasanah, Membina Ummah
Pengenalan • Stormreaders Network adalah merupakan sebuah anak syarikat kepada Telaga Biru Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997 yang berpengalaman menerbitkan produk-produk Islam. • Sebelum meneroka perniagaan ini, Stormreaders Network Sdn Bhd telah mengadakan kajian yang mendalam selama lebih satu tahun. Antaranya seperti mendapatkan khidmat nasihat, pandangan dan mengadakan muzakarah dengan alim ulama di kalangan ahli muamalat, syariah semasa, undangundang, ekonomi serta mereka yang berpengalaman mengendalikan perniagaan MLM.
Visi dan Misi Visi • Membangunkan ummah dengan menjadi peneraju perniagaan bersyariatkan Islam yang unggul di samping mewujudkan masyarakat yang berilmu, berpengetahuan dan berakhlak mulia. Misi • Mewujudkan rangkaian usahawan muslim melalui perniagaan secara ‘online’ dan ‘networking’ yang menepati garis panduan syari’ah dan undang-undang. • Mewujudkan kesedaran pembudayaan ilmu bermula dari diri, keluarga dan masyarakat • Menyediakan peluang perniagaan yang islamik sebagai alternatif yang jauh dari unsur syubahat dan haram. • Menyediakan ruang dan peluang untuk turut serta dalam mengajak kepada kebaikkan melalui mekanisma ilmu. • Menyediakan peluang menjana dan memperoleh pendapatan tambahan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana • Membantu mengembangkan produk-produk bumiputera yang berpotensi untuk dipasarkan.
Pengasas
Hj. Abdul Waharp Yusoff CEO, Pengasas
Lesen Akta Jualan Langsung
Penilaian hukum syariah bagi pelan pemasaran oleh Ust. Zaharuddin Abd Rahman & Zahazan Mohamed • Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia pesuruh Allah, Nabi Muhammad s.a.w, para sahabatnya dan setiap mereka yang menuruti jalan lurus panduannya. Setelah dilakukan semakan dan perbincangan berkenaan plan perniagaan yang diberikan, sekadar kemampuan kami, berikut disertakan hasil semakan ke atas pelan pemasaran Stormreaders Network Sdn Bhd:-
Penilaian hukum syariah bagi pelan pemasaran 1. Apakah barang yang menjadi teras bisnes dan jualan? Jawabnya ia adalah kumpulan buku-buku agama dan media terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd. Justeru tiada keraguan pada "subject matter" dalam skim Stormreaders Network Sdn Bhd.
Penilaian hukum syariah bagi pelan pemasaran 2. Menjadi Ahli Keahlian Stormreaders Network boleh dimiliki dengan membayar yuran pendaftaran sebanyak RM90 untuk: * Kit Permulaan Perniagaan = RM30 * Kad keahlian Stormreaders = RM30 (tahunan) o Insuran Takaful RM20,000 o Khairat Kematian RM3,000 * Kemudahan e-Store & Sistem e-Net = RM30 (tahunan) Maka: setelah semakan, beberapa aqad telah digunakan iaitu: • Wakalah Muqayyadah: Iaitu pihak peserta mewakilkan sebahagian wangnya untuk menyertai skim takaful dan juga skim khairat kematian. • Ijarah (Sewa): e-Store & Sistem e-Net adalah sebuah kedai maya dan sistem maklumat pengurusan rangkaian yang disewakan kepada peserta dengan nilai tertentu pada setiap tahun. Dikenakan pada nilai RM30 setiap tahun. Ahli bebas sama ada untuk meneruskan sewaan atau tidak (memperbaharui keahliannya). • Bai al-Mutlaq: Iaitu jual beli biasa, apabila pihak peserta membeli Kit Permulaan Perniagaan. Justeru, sepanjang semakan saya, tiada unsur pinjaman duit, atau serahan duit tanpa timbal balas aset. Semua wang yang diserahkan dalam yuran awal mempunyai aqad tersendiri di dalam Islam dan semua aqad tersebut adalah harus dan halal. Menggabungkan pelbagai aqad tersebut dalam satu borang juga diizinkan kerana semua aqad berdiri dengan sendirinya (Mustaqil) tanpa bertentangan di antara satu sama lain. Dalam kata lain ia bukan "Uqud Mutanaqidhah Wa Mutanafiah” yang tidak boleh digabung jalinkan.
Penilaian hukum syariah bagi pelan pemasaran Di peringkat ini, ahli boleh menjana pendapatan dari: • 2.1. 20% Komisyen Jualan e-store peribadi Syariah: Wakalah Bil Ujr (wakil dengan upah): Oleh kerana barangan di dalam e-store adalah bukan milik ahli, tetapi milik syarikat yang diniagakan oleh ahli di dalam ‘online store’nya. Ini bermakna hubungan di antara ahli dan syarikat dalam konteks ini adalah ‘WAKALAH BIL UJR’ Aqad ini juga termeterai iaitu apabila setiap penjualan yang dibuat melalui e-store peserta, pihak syarikat akan memberikan komisyen sebanyak 20% dari semua harga terkumpul jualan. Ia juga halal dan harus serta menepati syarat-syarat dalam aqad Wakalah Bil Ujr iaitu wakil maklum akan jumlah komisyen yang ditawarkan syarikat. • 2.2. 5% Bonus Jualan e-Store Global (GOSV) - Perkongsian daripada 5% jumlah jualan seluruh e-Store yang terdapat di dalam rangkaian e-Store Stormreaders Network dengan jumlah perkongsiannya mengikut tahap pencapaian jualan e-Store peribadi. Syariah: Pendapatan ini halal, ia didasari oleh aqad Hibah, iaitu hadiah dari sebelah pihak iaitu syarikat sebagai insentif galakan bagi ahli mereka.
Penilaian hukum syariah bagi pelan pemasaran 3. Menjadi Pengedar Ahli boleh maju kepada peringkat ‘Pengedar’ dengan membuat pembelian peribadi terkumpul yang bernilai 100 mata (RM300). Syariah: Tiada masalah dari sudut hukum kerana penganugerahan ini datang dari pihak syarikat sejurus ahli mencapai tahap yang ditentukan. Oleh kerana gelaran ini datang dengan sedikit kelebihan tambahan, ia didasari oleh aqad Hibah. Pembelian peribadi yang disyaratkan juga tiada bermasalah kerana ia adalah pembelian aset sebenar (iaitu produk buku dan lain-lain), dan pembelian peribadi ini tidak diikat dengan sebarang syarat lain yang bertentangan dengan sifat aqad jual beli (Muqtada al-Aqd) • 3.1. 5% Komisyen jualan peribadi di dalam rangkaian (direct sponsor) Syariah: Didasari oleh aqad Hibah dari satu pihak, tiada sebarang masalah dari perspektif Syariah. • 3.2. 10% Bonus ‘overriding’ e-Store tajaan peribadi (dengan syarat jualan minima e-Store peribadi mencapai RM500 setiap bulan). Syariah: Aqad digunakan adalah Hibah Bi Syarti Iwad. Iaitu hadiah dengan syarat pencapaian satu kerja sebagai timbal. Janji Hibahnya berlaku adalah apabila pihak syarikat menjanjikan hadiah bernilai 10 % dari harga jualan e-Store peserta yang berada di dalam kumpulannya, syarat pencapaian sebagai timbalan adalah pihak syarikat mengenakan syarat RM500 jualan sendiri pada bulan tersebut. Aqad ini juga boleh ditakyif sebagai jualah iaitu :- Syarikat menawarkan 10% dari nilai jualan kumpulan di bawah seseorang peserta apabila peserta dan kumpulan di bawah berjaya mencapai satu target jualan. Aqad seperti ini juga harus di sisi Islam. • 3.3. 5% Bonus ‘overriding’ jualan kumpulan rangkaian sehingga jumlah maksima RM4500 seminggu atau 25% daripada jumlah jualan harian kumpulan (dengan syarat membina sekurang-kurangnya 3 kumpulan dengan 100 mata setiap kumpulan). Syariah: 5% ini dianugerahkan oleh pihak syarikat dengan target pencapaian jualan dan pembinaan kumpulan. Justeru ia sekali lagi dibina atas aqad Jualah. • 3.4. 3% Bonus jualan rangkaian global GNRSV - Perkongsian daripada 3% jumlah jualan rangkaian global dengan jumlah perkongsian bergantung kepada tahap pencapaian. Syariah: 3% ini dianugerahkan oleh syarikat sebagai tambahan pendapatan ahli. Ia di dasari oleh Hibah.
Penilaian hukum syariah bagi pelan pemasaran 4. Menjadi Pemimpin Pengedar dan juga ahli-ahli di dalam kumpulannya perlulah membuat JUALAN PERIBADI bulanan minima 20 mata (RM60) masing-masing untuk terus menikmati komisyen dan bonus rangkaian. Syariah: Terma ini juga harus di sisi Syariah dan ia didasari oleh aqad Ju’alah sama seperti sebelum ini. Yang mana, jualan peribadi dan ahli dijadikan sebagai prestasi atau target yang perlu dicapai bagi membolehkan pengedar dan ahli dalam kumpulan unutk menikmati komisyen dan bonus rangkaian. Dalam konteks ini, komisyen dan bonus rangkaian menjadi imbuhan Ju’alah. Hasil prestasi jualan bulanan ini juga akan memberikan bonus tambahan kepada pengedar dan kumpulan rangkaian seperti berikut: • 4.1. 5% Bonus kesetiaan kumpulan sehingga kepada tahap maksima mengikut tahap pencapaian atau pangkat. Syariah: Ia terbina dari aqad Hibah oleh pihak syarikat kepada ahli yang dirasakan layak dan menepati kriteria tertentu. • 4.2. 5% Bonus kesetiaan kumpulan global (GNMSV) - Perkongsian 5% daripada jumlah jualan bulanan dengan jumlah perkongsian mengikut tahap pencapaian atau pangkat). Syariah: Ia terbina dari aqad janji HIBAH yang ditawarkan oleh pihak syarikat. Tiada masalah syariah dalam perkara ini. • 4.3. Tabung Umrah & Pelancongan (Simpanan dari Perkongsian 2% daripada jumlah jualan bulanan dengan jumlah perkongsian mengikut tahap pencapaian atau pangkat). Syariah: Ia juga adalah dari jenis Hibah Mutlaqah oleh pihak syarikat.
Penilaian hukum syariah bagi pelan pemasaran Penyemakan dari semasa ke semasa juga akan kami jalankan demi memastikan perjalanan bisnes ini menepati hukum Islam. Demikian ringkasan kajian kami dan pihak kami sentiasa mengalukan komentar membina dari pelbagai pihak lain sekiranya didapati ada perkara penting yang terlepas dari semakan dan pemerhatian kami. Kami juga dengan ini tidak bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang pindaan ke atas plan atau salahlaku mana-mana individu dari syarikat atau ahli dalam menjalan aplikasi plan dan bisnes ini, atau apa jua perubahan yang dilakukan di luar pengetahuan kami. Wallahu’alam. Sekian. Zaharuddin Abd Rahman & Zahazan Mohamed Penasihat Syariah Stormreaders Network Sdn Bhd 13 Ramadhan 1430H
DAFTAR SEBAGAI AHLI Yuran keahlian: ANDA
RM90.00 Kad keahlian (RM30 tahunan) Insuran Takaful RM20,000 Khairat Kematian RM3,000
AHLI
e-Store Peribadi & Akses e-Net (RM30 tahunan) Kit Perniagaan (RM30)
Kad Keahlian
e-Net
e-Store
Jana Pendapatan melalui e-Store: 20% komisyen jualan e-store peribadi Komisyen
20% AHLI
E-store Ahli
Belian online / offline Pelanggan
Terima Pesanan Penghantaran STORM READERS
Jana Pendapatan melalui e-Store: 5% Perkongsian Jualan e-Store Global Bulanan (GOSV) E-store Ahli
E-store Ahli
AHLI
AHLI
E-store Ahli
AHLI
E-store Ahli
AHLI
Bonus = GOSV * 5% / Jumlah Perkongsian JUALAN BULANAN ANDA
JUMLAH PERKONGSIAN
RM1000
1
RM2000
3
RM3000
6
RM4000
10
> RM5000
15
MENJADI PENGEDAR Jualan Terkumpul AHLI
100cp (RM300) Pendapatan melalui Jualan Peribadi Pendapatan melalui Jualan Kumpulan Pendapatan melalui Jualan Ulangan
PENGEDAR
Jana Pendapatan melalui rangkaian 15% komisyen Jualan Peribadi (Penajaan)
PENGEDAR
Buat penajaan pengedar baru dan jana komisyen
15% * 100cp = RM15.00 PENGEDAR TAJAAN
Jana Pendapatan melalui rangkaian 15% bonus Jualan Harian Kumpulan Bina sekurang-kurangnya 3 kumpulan
100cp:100cp:100cp = RM45
AHLI
A
B
C
100cp : 100cp : 100cp (Max: 30,000cp / minggu)
KUMP A
KUMP B
KUMP C
BONUS (RM)
100cp
100cp
100cp
RM45.00
200cp
200cp
200cp
RM90.00
500cp
500cp
500cp
RM225.00
1000cp
1000cp
1000cp
RM450.00
2000cp
2000cp
2000cp
RM900.00
5000cp
5000cp
5000cp
RM2,250.00
10000cp
10000cp
10000cp
RM4,500.00
10% insentif perkembangan kumpulan mingguan untuk 2 kumpulan yang masih mempunyai baki cp sebelum dibawa ke minggu seterusnya.
AHLI
100cp
PENGEDAR
Mata Jualan terkumpul 100cp (RM300)
ANDA (PENGEDAR)
PENGEDAR
Taja pengedar baru dan jana komisyen 15% daripada setiap 100cp jualan peribadi 15% * 100cp = RM15.00
PENGEDAR
PENGEDAR
100cp
PENGEDAR
100cp
PENGEDAR
100cp
Bina sekurang-kurangnya 3 downline • jana bonus 15% daripada setiap 100cp:100cp:100cp jualan kumpulan sehingga RM4500 / mingguan (30,000cp) 15%*300cp = RM45
Links • Info yg sama juga boleh didapati di laman web: – http://www.stormreaders.com
• Penerangan Ust. Zaharuddin mengenai Stormreaders: – http://www.youtube.com/user/stromreaders#p/a/u/2/HJTovDCQbr4
• Blog Ust. Zaharuddin: – http://www.zaharuddin.net/
• Website Telaga Biru: – http://www.telagabiru.net.my/
• Stormreaders di dalam Berita Harian: – http://www.bharian.com.my/Wednesday/Agama/20100113001932/Article/in dex_html
Bagaimana untuk mendaftar? • Disarankan supaya saudara/saudari terus ambil Pakej menjadi pengedar, supaya boleh mendapat bonus-bonus networking. • Jumlah bayaran untuk menjadi pengedar ialah: – RM90 (Pendaftaran sebagai ahli) + RM300 (Pembelian produk2 utk mendapatkan mata 100cp) = RM390 sahaja.
Bagaimana untuk mendaftar? –p.2 1. Email pada saya (
[email protected]) – Nama Penuh – No. IC – Nombor Telefon – Nombor Telefon Bimbit – Alamat Surat Menyurat – Nama Bank (untuk urusan pembayaran bonus) – Cawangan Bank – Nama pada akaun bank – No akaun bank – Jenis akaun bank – Nama penerima wasiat (untuk urusan Takaful) – No IC penerima wasiat – Hubungan dengan penerima wasiat – No. telefon penerima wasiat
Bagaimana untuk mendaftar? –p.3 2. Seterusnya, buat bayaran RM90 ke akaun saya – Bank: Maybank – Nama: Norazi bin Norani – No. akaun: 162441020857
3. Bila dah selesai pendaftaran ahli ni, saya akan terangkan pula mengenai cara2 menjadi pengedar dengan membuat pembelian produk berharga RM300.
Pertanyaan • Email :
[email protected] • Telefon Bimbit : 019-3400304 • Jika ada sebarang keraguan mengenai kesahihan keahlian Stormreaders saya, boleh hubungi HQ Stormreaders dan semak No. Keahlian saya : MY268712 ( stormwarriors )