metodologi pendidikan anak menurut surah luqman wan nurulhuda ...

129 downloads 1047 Views 691KB Size Report
16 Mei 2011 ... Luqman Al-Hakim cukup terkenal sebagai seorang yang memiliki hikmah ... memfokuskan pada ayat 12 hingga 19 di dalam Surah Luqman.
METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH LUQMAN

WAN NURULHUDA BINTI WAN JUSOH

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL :

METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH LUQMAN SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya

WAN NURULHUDA BINTI WAN JUSOH (HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )



SULIT

(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD

(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Alamat Tetap:

94, KG KUBANG MENERONG, PADANG SIDING, 02600, ARAU, PERLIS. Tarikh: 16 MEI 2011

CATATAN :

* **



Tarikh: 16 MEI 2011

Potong yang mana tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Nama Penyelia:

PM DR AZHAR BIN MUHAMMAD

Tarikh

16 MEI 2011

:

METODOLOGI PENDIDIKAN ANAK MENURUT SURAH LUQMAN

WAN NURULHUDA BINTI WAN JUSOH

Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

MEI 2011

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan : Nama Penulis :

Wan Nurulhuda binti Wan Jusoh

Tarikh

16 Mei 2011

:

iii

Dedikasi Ya Allah “Sesungguhnya aku bermohon kepadaMu iman yang menggembirakan hatiku dan keyakinan yang sebenar-benarnya sehingga aku mengetahui ia tidak mengenaiku melainkan apa yang Engkau tuliskan bagiku dan Redha daripada Engkau dengan apa yang Engkau bahagikan kepadaku, Engkaulah pengawalku dunia dan akhirat, matikanlah aku dalam Islam dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang soleh” Mak dan Ayah tersayang Chek binti Man dan Wan Jusoh bin Wan Ahmad yang tidak pernah jemu mendoakan kejayaan dan kebahagiaan anaknya. Tanpa kalian siapalah diriku ini. Saudara kandungku yang dikasihi, Abang Din, Kak Nani, Abang Khairul, Abang Lie dan Adik Nadia Yang menghiasi setiap hariku dengan pelbagai telatah dan kerenah semenjak lahirku, kalian penyeri dalam hidupku Penyelia yang dihormati, PM Dr Azhar bin Muhammad Yang sentiasa memberikan panduan dan tunjuk ajar , syukran jazilan. Para pensyarah daripada Fakulti Tamadun Islam dan juga Fakulti Pendidikan, Terima kasih atas bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan saban waktu Sahabat seperjuangan SPI 2007-2011 Yang sering bersama tika susah dan senangku sepanjang di kampus persatuan PMI Yang senantiasa memberikan semangat dan sokongan kepadaku

Dan semua yang bergelar muslim Moga hasil ini ada sedikit manfaat buat kalian

iv

PENGHARGAAN

‫بسم اهلل الرمحن الرحيم‬ Alhamdulillah, setinggi syukur ke hadrat Illahi, selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat baginda. Syukur yang tidak terhingga kepada Illahi atas nikmat sihat dan masa lapang yang diberikan-Nya penyelidik berjaya juga menyiapkan projek sarjana muda ini sehingga titik yang terakhir. Tiadalah daya upaya buat penyelidik kecuali dengan rahmat dan kasih sayang-Nya semata.

Sekalung penghargaan buat mak dan ayah tercinta, yang tidak putusputus mendoakan kejayaan dan kebahagian anaknya. Setinggi penghargaan juga ditujukan buat penyelia projek, PM Dr Azhar bin Muhammad atas segala tunjuk ajar dan bimbingan beliau sepanjang proses menyiapkan projek ini.

Turut dihargai, sahabat-sahabat seperjuangan (SPI 07-11) yang saling bahu membahu memberikan sokongan dan dorongan untuk terus berjaya bersama-sama.

Akhirnya, buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam proses penyediaan laporan projek sarjana muda ini. Semoga Allah memberkati dan merahmati kita semua. InsyaALLAH.

Jadilah si kelip-kelip yang bercahaya tika datangnya senja yang bersinar tika kegelapan malam menyapa hingga hujung nyawa tak segan menunjukkan laluan kepada manusia..

v

ABSTRAK

Luqman Al-Hakim cukup terkenal sebagai seorang yang memiliki hikmah dan kebijaksanaan. Oleh itu, kajian ini dilakukan untuk melihat metodologi pendidikan Luqman Al-Hakim kepada anaknya dari segi kaedah dan aspek pendidikan dengan memfokuskan pada ayat 12 hingga 19 di dalam Surah Luqman. Di samping itu, kajian dijalankan kepada pensyarah di Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia untuk melihat pengaplikasian kaedah dan aspek pendidikan yang ditekankan oleh Luqman Al-Hakim. Pengkaji menjalankan kaedah kajian perpustakaan, analisis tafsiran ayat yang dikaji dan mengedarkan soal selidik. Penafsiran maksud ayat dilakukan dengan merujuk kepada pelbagai kitab tafsir. Hasil kajian mendapati bahawa Luqman Al-Hakim menggunakan kaedah nasihat dan menekankan tiga aspek penting dalam pendidikan anaknya iaitu aqidah, ibadah dan akhlaq. Manakala, hasil soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science for Windows version 15.0 secara deskriptif dan dipersembahkan dalam bentuk jadual. Nilai kebolehpercayaan soal selidik ialah α = 0.903. Secara keseluruhan hasil kajian soal selidik menunjukkan majoriti responden mengaplikasikan aspek pendidikan aqidah, ibadah dan akhlaq kepada anak mereka dengan purata min sebanyak 4.20. Di akhir kajian, penulis mencadangkan beberapa pendekatan pendidikan anak selaras yang ditekankan oleh Luqman Al-Hakim di dalam ayat 12 hingga 19 surah Luqman. Kajian lanjutan juga turut dicadangkan untuk penyelidikan akan datang.

vi

ABSTRACT

Luqman al-Hakim is known as one who has the wisdom and discretion. Therefore, this study is to look at the educational methodology of Luqman Al-Hakim to his son in terms of method and aspects of education with a focus on verse 12 up to 19 in Surah Luqman. In addition, studies carried out to a lecturer in the Foundation of Education Department, Faculty of Education, University of Technology Malaysia to see the application of methods and aspects of education that is emphasized by Luqman Al-Hakim. Researcher carrying out the method of literature review, analysis, interpretation of the verse under review and also distribute questionnaires. Interpretation of the meaning of the ayah made with reference to various tafsir. The study found that Luqman al-Hakim using the advice and emphasize three important aspects in the education of children which are faith, worship and manners. The questionnaire was analyzed using Statistical Package for Social Science for Windows version 15.0 descriptively and presented by means of tabulation. The value of the reliability of the questionnaire was α = 0.903. Overall survey results show a majority of respondents to apply the methodical aspects of faith, devotion and behaviour for their children with an average means of 4.20.Finally, some suggestions were forwarded about children education in line with the aspect stressed by Luqman Al-Hakim through ayah 12 till 19 in Surah Luqman. The research concluded by forwarding a few suggestions for further studies.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA

BAB I

BAB II

JUDUL

i

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI JADUAL

xi

SENARAI SIMBOL/SINGKATAN

xiii

SENARAI LAMPIRAN

xiiii

PENGENALAN 1.I Pendahuluan

1

1.2 Latar Belakang Masalah

2

1.3 Pernyataan Masalah

4

1.4 Objektif Kajian

5

1.5 Persoalan Kajian

5

1.6 Kepentingan Kajian

6

1.7 Skop dan Batasan Kajian

7

1.8 Definisi Istilah

8

1.9 Kesimpulan

9

SOROTAN KAJIAN 2.1 Pendahuluan

10

2.2 Pengenalan Surah Luqman

10

2.2.1 Asbab Nuzul

12

viii

2.2.2 Hubungan surahLuqman dengan Surah sebelumnya.

13

2.2.3 Luqman Al-Hakim di sisi Ulama’

15

2.2.4 Terjemahan ayat 12-19 Surah Luqman 2.3 Pendidikan Anak

15 18

2.3.1 Tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anak

BAB III

BAB IV

20

2.3.2 Peringkat Pendidikan Anak

25

2.3.3 Proses Pendidikan Islam

26

2.4 Metodologi Pendidikan dalam Islam

29

2.5 Kajian Lepas

39

2.6 Kesimpulan

44

METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan

45

3.2 Reka Bentuk Kajian

45

3.3 Tempat Kajian

48

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

49

3.5 Instrumen Kajian

49

3.6 Kajian Rintis

51

3.7 Analisis Data

51

3.8 Jangka Masa Kajian

53

3.9 Kesimpulan

53

DATA DAN ANALISIS 4.1 Pendahuluan

54

4.2 Analisis Data (Ayat Fokus)

54

4.2.1 Huaraian dan analisis ayat 12

55

4.2.2 Huraian dan analisis ayat 13

57

4.2.3 Huraian dan analisis ayat 14

59

4.2.4 Huraian dan analisis ayat 15

61

ix

4.2.5 Huraian dan analisis ayat 16

64

4.2.6 Huraian dan analisis ayat 17

66

4.2.7 Huraian dan analisis ayat 18

68

4.2.8 Huraian dan analisis ayat 19

70

4.3 Analisis Data (Soal Selidik)

71

4.3.1 Analisis Bahagian A

72

4.3.1.1 Maklumat Umur Responden

73

4.3.1.2 Maklumat Jantina Responden

73

4.3.1.3 Maklumat tempoh berkhidmat responden 4.3.1.4 Maklumat bilangan anak

74

4..3.1.5 Maklumat umur anak

75

4.3.2 Analisis Bahagian B, C dan D

75

4.4 Kesimpulan

BAB V

74

97

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pendahuluan

98

5.2 Perbincangan 5.2.1 Bahagian Analisis Tafsir

99

5.2.2 Bahagian Analisis Soal Selidik

106

5.3 Rumusan

110

5.3 Cadangan

110

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

111

5.5 Kesimpulan

112

BIBILIOGRAFI

113

LAMPIRAN

x

SENARAI JADUAL

JADUAL

TAJUK

HALAMAN

3.6.2

Pengelasan Skala Likert

50

3.7.1

Skala Item

52

3.7.2

Tahap Skor Min

52

4.1

Latar Belakang Responden mengikut umur

73

42

Latar belakang responden mengikut jantina

73

4. 3

Latar belakang responden mengikut tempoh berkhidmat

74

4.4

Latar belakang responden mengikut bilangan anak.

74

4.5

Latar belakang responden mengikut purata umur anak

75

4.6

Taburan skor bagi item B1

76

4.7

Taburan skor bagi item B2

77

4.8

Taburan skor bagi item B3

77

4.9

Taburan skor bagi item B4

78

4.10

Taburan skor bagi item B5

78

4.11

Taburan skor bagi item B6

79

4.12

Taburan skor bagi item B7

79

4.13

Taburan skor bagi item B8

80

4.14

Taburan skor bagi item B9

80

4.15

Taburan skor bagi item B10

81

4.16

Taburan skor bagi item C1

81

4.17

Taburan skor bagi item C2

82

4.18

Taburan skor bagi item C3

82

4.19

Taburan skor bagi item C4

83

4.20

Taburan skor bagi item C5

83

4.21

Taburan skor bagi item C6

84

4.22

Taburan skor bagi item C7

84

4.23

Taburan skor bagi item C8

85

4.24

Taburan skor bagi item C9

85

xi

4.25

Taburan skor bagi item C10

86

4.26

Taburan skor bagi item D1

86

4.27

Taburan skor bagi item D2

87

4.28

Taburan skor bagi item D3

87

4.29

Taburan skor bagi item D4

88

4.30

Taburan skor bagi item D5

88

4.31

Taburan skor bagi item D6

89

4.32

Taburan skor bagi item D7

89

4.33

Taburan skor bagi item D8

90

4.34

Taburan skor bagi item D9

90

4.35

Taburan skor bagi item D10

91

4.36

Rumusan dapatan kajian mengenai metodologi

91

pendidikan asas aqidah anak-anak menurut surah Luqman. 4.37

Rumusan dapatan kajian mengenai metodologi

93

pendidikan asas ibadah anak-anak menurut surah Luqman. 4.38

Rumusan dapatan kajian mengenai metodologi

95

pendidikan asas akhlak anak-anak menurut surah Luqman. 5.1

Skor min untuk setiap bahagian

108

xii

SENARAI SINGKATAN

SWT

Subhanahu Wa Ta’ala

SAW

Sallahu ‘Alaihi Wasallam

PSZ

Perpustakaan Sultanah Zanariah

SPSS

Statistical Package For Social Science

SS

Sangat Setuju

S

Setuju

TP

Tidak Pasti

TS

Tidak Setuju

STS

Sangat Tidak Setuju

xiii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

1

Soal selidik

2

Surat kebenaran mendapatkan maklumat

3

Surat kebenaran PSZ

BAB I

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Pendidikan merupakan suatu perkara penting yang menjadi asas kepada penentuan jalan hidup seseorang. Cara didikan yang diterima oleh seseorang itu pastinya akan mencorakkan cara berfikir dan tingkah lakunya. Oleh itu pendidikan merupakan suatu aspek yang amat penting dan perlu diberikan perhatian khusus agar seseorang itu dapat dibentuk menjadi insan yang sebaik-baiknya. Pendidikan atau disebut tarbiyyah di dalam bahasa Arab merupakan satu elemen yang bukan sahaja melibatkan fizikal bahkan turut menekankan aspek-aspek lain seperti rohani dan akal. Ia merupakan gabung jalin setiap unsur yang terdapat pada diri manusia yang seterusnya akan memberikan kesan pada tingkah dan perlakuan seseorang.

Pendidikan agak berbeza dengan pengajaran.

Pengajaran adalah suatu

konsep menyampaikan ilmu pengetahuan kepada orang yang mendengarnya, seperti seorang guru yang mengajar di dalam bilik darjah.

Namun pendidikan adalah

sesuatu yang datang dari hati dan disampaikan juga melalui hati agar lekat di hati orang yang mendengarnya.

Masyarakat Melayu amat terkenal dengan pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Pepatah ini merujuk kepada proses pendidikan itu hendaklah

dimulai semenjak awal lagi. Diibaratkan batang rebung yang masih muda, jika dilentur dan dibentuk dengan baik pasti ia akan membesar mengikut bentuk yang

2

telah dipilih itu. Namun sekiranya rebung tersebut sudah tua dan menjadi buluh, maka pastilah sukar untuk dilenturkan lagi kerana batangnya sudah mengeras. Jika dipaksa secara keterlaluan mungkin akan menyebabkan patah.

Begitulah juga

dengan pendidikan yang perlu diterapkan kepada anak-anak. Mereka hendaklah dididik semenjak mereka kecil lagi. Didikan yang tepat pastinya akan menghasilkan generasi yang berdaya saing dan mempunyai jati diri yang utuh.

Anak-anak merupakan anugerah dan amanah yang telah diberikan oleh Allah kepada insan yang bergelar ibu dan bapa.

Anak yang dilahirkan dalam

keadaan yang fitrah dan suci murni ibarat kain putih yang bersih tanpa sebarang kotoran.

Maka menjadi tanggungjawab ibubapalah untuk mencorakkan dan

memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada mereka. Kasih sayang keluarga inilah yang sebenarnya dapat menjadikan pendidikan itu lebih berkesan kerana anakanak amat rapat dengan ibubapa masing-masing dan sentiasa bersama mereka.

Di dalam al-Quran terdapat sebuah surah yang mengisahkan nasihat-nasihat dan teguran seorang bapa kepada anaknya.

Teguran dan nasihat si bapa ini

merupakan suatu didikan yang sangat utuh untuk membina sahsiah dan peribadi anaknya.

Surah ini dinamakan surah Luqman sempena nama bapa yang telah

dikurniakan oleh Allah hikmah dan kebijaksanaan. Terdapat beberapa suruhan dan larangan yang disampaikan kepada anaknya dengan harapan segala yang disampaikan itu akan dituruti anaknya sekaligus melindungi anak daripada terjebak ke arah kebinasaan. Pesanan disampaikan dengan penuh kasih sayang dan langsung tidak mengharapkan balasan daripada anak. Inilah yang disebut sebagai pendidikan dari hati ke hati.

1.2

Latar Belakang Masalah

Remaja merupakan aset yang paling berharga untuk negara.

Mereka

merupakan generasi pelapis yang dilihat bakal menerajui kepimpinan negara pada suatu masa nanti.

Namun, kebelakangan ini timbul pelbagai isu negatif yang

3

mengaitkan remaja dengan pelbagai aktiviti yang tidak menyenangkan.

Kes

pembuangan bayi sebagai contohnya telah memperlihatkan betapa teruknya kebejatan sosial yang telah melanda remaja di negara ini. Itu tidak dikira dengan kes melarikan diri dari rumah dan meninggalkan ibubapa semata-mata terpengaruh dengan rakan taulan. Gejala lepak dan sebagainya pula telah lama melanda para remaja kita.

Terdapat banyak pihak yang saling tunding menunding dalam hal ini. Kelambakan kes yang melibatkan remaja ini sering cuba disabitkan kesalahannya kepada pihak-pihak tertentu seperti ibu bapa, guru-guru, pihak media dan juga kerajaan.

Pelbagai langkah diatur dan dilaksanakan bagi membendung segala

masalah ini namun tiada yang dilihat dapat memberikan hasil yang benar-benar berkesan. Ini disebabkan pembaikan itu hanya dilakukan apabila sesuatu masalah itu telah pun berlaku.

Islam telah menggariskan panduan yang jelas dalam proses pentarbiyyahan anak-anak. Ia hendaklah dimulai dari awal kelahiran seorang anak sehinggalah mereka meningkat dewasa. Pendidikan pertama yang perlu diberikan adalah dengan mengenalkan anak-anak kepada Pencipta yang Maha Kuasa yakni Allah. Khaliq yang telah menetapkan peraturan hidup melalui syariat-Nya agar manusia dapat hidup dengan aman dan tenteram. Konsep pendidikan ini ada disebut di dalam surah Luqman melalui kaedah dialog antara seorang bapa kepada anaknya.

Justeru itu, penelitian yang khusus terhadap kaedah atau metodologi pendidikan anak-anak yang telah diperkenalkan oleh Allah menerusi surah Luqman ini sewajarnya diberikan perhatian agar kaedah ini dapat diaplikasikan di dalam pendidikan anak-anak pada masa kini. Hal ini dikatakan berpunca daripada beberapa faktor. Namun, faktor utama yang sering ditekankan adalah faktor asuhan oleh ibubapa.

4

1.3

Pernyataan Masalah

Masalah sosial yang berlaku di kalangan mayarakat negara ini dilihat semakin meruncing. Dengan statistik masalah sosial yang semakin meninggi dari tahun ke tahun menunjukkan betapa seriusnya masalah yang telah melanda negara.

Menurut penulis laman web mutiaraislam.wordpress.com, saudara Lokman Mohd Hashim (2009) mengatakan bahawa salah satu faktor utama yang mendorong masalah sosial di kalangan remaja adalah kegagalan asuhan oleh ibubapa sendiri. Beliau menyebutkan bahawa:

“Justeru, bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak yang utama adalah kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa dan anak kurang mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.” (mutiaraislam.wordpress.com:17 April 2011, 10.16pm)

Hal ini menjelaskan kepada kita bahawa betapa pentingnya asuhan dan didikan yang bertepatan oleh ibubapa kepada anak-anaknya.

Selain itu, Norhamimah Md Amin (2003:23) dalam laporan projek sarjana mudanya memetik laporan akhbar Berita Harian yang bertarikh 20 Oktober 1998 sebagai melaporkan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Terengganu mendapati keruntuhan institusi keluarga adalah punca utama kepada peningkatan masalah moral di kalangan remaja bawah umur di negeri tersebut.

5

Sehubungan itu, amatlah wajar untuk ibubapa mencari satu kaedah asuhan anak-anak yang sebenarnya untuk mengelakkan perkara-perkara ini daripada berterusan. Oleh itu, kajian ini akan menjelaskan mengenai metode pendidikan yang dianjurkan di dalam surah Luqman dan aspek-aspek (disiplin ilmu) yang diberikan penekanan terhadapnya.

1.4

Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini ialah:

1.4.1 Mengenal pasti kaedah atau metodologi pendidikan anak dalam Islam berdasarkan surah Luqman.

1.4.2 Menjelaskan aspek-aspek penting yang perlu diterapkan dalam pendidikan anak-anak berdasarkan surah Luqman.

1.4.3 Mengenal pasti kecenderungan staf-staf Universiti Teknologi Malaysia dalam mengaplikasikan kaedah pendidikan anak berdasarkan surah Luqman.

1.5

Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang ditimbulkan adalah:

1.5.1

Apakah metodologi pendidikan anak-anak yang diajarkan di dalam surah Luqman?

1.5.2

Apakah aspek-aspek penting yang perlu diberikan penekanan dalam proses pendidikan anak seperti yang terdapat dalam surah Luqman?

6

1.5.3

Sejauh manakah staf-staf Universiti Teknologi Malaysia mengetahui metodologi pendidikan anak yang terdapat di dalam surah Luqman dan adakah mereka mengaplikasikannya?