metodologi penulisan hadith dalam kitab tafsir surah yasin karangan ...

75 downloads 339402 Views 571KB Size Report
Sedangkan, penulisan diperingkat Sarjana Muda, terdapat beberapa latihan ilmiah ... merupakan karya Jawi terbesar dan terawal yang pernah wujud di alam  ...
ANALISIS KHAZANAH WARISAN NABAWI: METODOLOGI PENULISAN HADITH DALAM KITAB TAFSIR SURAH YASIN KARANGAN SHEIKH IDRIS AL-MARBAWI Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Ahmad1 Khadher Ahmad2 Abstrak Kitab Tafsir Surah Yasin atau Tafsir Quran Marbawi Surah Yasin adalah warisan keilmuan ulama tersohor di Nusantara, Sheikh Idris al-Marbawi. Karya warisan ini adalah sebuah karya dalam bidang tafsir al-Quran yang khusus mentafsirkan keseluruhan ayat dalam surah Yasin. Artikel ini akan mengemukakan perbahasan khusus terhadap metodologi penulisan hadith-hadith di dalam karya warisan tersebut sebagai satu kajian dan analisis dalam bidang hadith. Merujuk kepada karya warisan tersebut, Sheikh Idris al-Marbawi dalam mentafsirkan ayat-ayat alQuran dalam surah Yasin itu, mempunyai metodologi tersendiri termasuk metodologi khusus dalam menulis dan mencatatkan hadith-hadith yang menjadi hujah kepada keterangan yang disebutkan atau sebagai tafsiran bagi ayat-ayat tersebut. Melalui metode diskriptif analisis, penelitian dilakukan terhadap keseluruhan 61 hadith yang dicatatkan dalam 574 masalah termasuk hadith yang berulang. Didapati bahawa al-Marbawi mempunyai metode yang tersendiri ketika menukilkan dan mencatatkan hadith-hadith seperti kaedah penulisan, penterjemahan hadith, pembarisan matan hadith, aspek takhrij hadith dan sebagainya. Artikel ini juga mengemukakan beberapa maklumat berhubung dengan karya seperti latar belakang, cetakan dan penerbitan, penulisan kitab dan beberapa maklumat berkaitan. Kata kunci: Warisan, Metodologi Penulisan, Hadith, Tafsir Surah Yasin, al-Marbawi, Analisis.

Pengenalan

Hadith dan sunnah Nabi SAW bukan sekadar warisan dan khazanah untuk ditatapi oleh segelintir umat Islam sahaja. Tetapi hadith dan sunnah adalah sumber ilmu dan perundangan untuk diamal, dipraktik dan diaplikasikan dalam kehidupan setiap insan yang bersaksikan tiada Tuhan selain Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW nabi dan rasulNya. Dalam erti kata yang lain, hadith dan sunnah

1

Pensyarah di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Calon PhD yang sedang menyiapkan tesis dalam bidang hadith dibawah Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. 2

1

mempunyai peranan yang besar dan penting dalam memimpin dan memandu umat Islam ke jalan yang dibenarkan dan membataskan tingkah laku perbuatan insan daripada segala bentuk penyimpangan.

Karya Tafsir Surah Yasin Bahasa Melayu atau Tafsir Quran Marbawi Surah Yasin adalah karya tafsir al-Quran yang dihasilkan oleh al-Marbawi. Karya ini adalah rentetan terhadap usaha beliau untuk mentafsirkan keseluruhan al-Quran. Namun demikian, beliau tidak berkesampaian untuk mentafsirkan keseluruhan ayat, melainkan tafsiran dan terjemahan kepada beberapa surah dan ayat sahaja seperti Tafsir Quran al-Marbawi Juzu‟ Alif Lam Min, Tafsir Surah Yasin Bahasa Melayu, Tafsir Nur al-Yaqin, Tafsir Fath al-Qadir, Tafsir Surah al-Fatihah, Quran Bergantung Makna dan Quran 30 Juzuk.3

Kewibawaan al-Marbawi bukan dalam bidang tafsir semata-mata, tetapi beliau telah banyak menghasilkan tulisan termasuk dalam bidang hadith, perkamusan atau bahasa, fikah, percetakan dan sebagainya lagi. Kamus al-Marbawi adalah contoh kewibawaan beliau dalam bidang bahasa Arab dan perkamusan. Ketokohan dan kewibawaan beliau telah mendapat pengiktirafan sehingga dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada 25 Februari 1980 dan ditabalkan sebagai Tokoh Ma„al Hijrah pertama pada tahun 1408H/1987M.

Kajian Dan Penyelidikan Terhadap Ketokohan Al-Marbawi Dan Sumbangannya

Berdasarkan kepada penelitian pengkaji, terdapat banyak usaha yang telah dilakukan untuk mengkaji dan menilai sama ada dari sudut ketokohan al-Marbawi mahupun dari sudut sumbangan yang telah dicurahkan oleh beliau terhadap perkembangan ilmu-ilmu Islam di Nusantara.

Antara kajian di peringkat Ijazah Doktor Falsafah adalah kajian yang dilakukan oleh Faisal Ahmad Shah, yang mengkaji metodologi penulisan Mohamed Idris al-Marbawi dalam Bahr al-Madhi yang dihuraikan dengan kupasan yang jelas dan terperinci.4 Manakala diperingkat sarjana, seperti kajian

3

Nasruddin Saleh (1980), “Idris al-Marbawi Popular Kerana Kamus”, dalam Utusan Qiblat, bil. (121), September 1980, h.7. 4 Faisal Ahmad Shah (2007), “Metodologi Penulisan Mohamed Idris al-Marbawi Dalam Bahr al-Madhi”, (Tesis PhD, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur).

2

oleh Anwar Ridwan Zakaria, yang mengkaji salah sebuah karya al-Marbawi dalam bidang hadith, iaitu Kitab Idangan Guru Sahih al-Bukhari wa Muslim yang menumpukan pengkajian terhadap metodologi huraian hadith,5 serta kajian oleh Muhammad bin Abdul Rahman yang mengkaji dan meneliti sebuah karya al-Marbawi berjudul Bahr al-Madhi dengan tumpuan kepada Bab Niat dalam kitab tersebut.6

Sedangkan, penulisan diperingkat Sarjana Muda, terdapat beberapa latihan ilmiah yang telah dihasilkan berkaitan dengan al-Marbawi. Antaranya ialah latihan ilmiah oleh Murshida Kasim yang mengkaji Kamus Idris al-Marbawi dari sudut kajian bahasa dan aspek pemaknaannya,7 latihan ilmiah oleh Husna Kamarol Bahrin, iaitu kajian terhadap tafsir al-Marbawi, dengan tumpuan kajian kepada aspek penggunaan hadith dalam tafsir tersebut,8 serta latihan ilmiah oleh Mahani Mokhtar tentang sumbangan al-Marbawi dalam bidang penulisan.9

Daripada usaha-usaha ini, memperlihatkan bahawa telah banyak usaha dijalankan untuk meneliti dan mengkaji tentang al-Marbawi. Hal ini menunjukkan bahawa al-Marbawi adalah seorang tokoh ilmuan yang hebat pada zamannya dan menjadi aspirasi pada zaman kini.

Khazanah Sheikh Idris Al-Marbawi Dalam Bidang Hadith

Sheikh Idris al-Marbawi boleh dikatakan bahawa seorang ulama yang mahir dalam pelbagai bidang keilmuan Islam. Salah satu bidang yang mendapat perhatian dan tindakan beliau adalah bidang hadith. Hal ini berdasarkan usaha penulisan yang telah dilakukan untuk menulis beberapa karya yang khusus dalam bidang ini. Antara karya yang menjadi perhatian dan masih digunakan sebagai

5

Anwar Ridwan Zakaria (2007), “Kitab Idangan Guru Sahih al-Bukhari wa Muslim: Satu Kajian Dari Aspek Metodologi Huraian Hadith”, (Disertasi Sarjana, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur). 6 Muhammad bin Abdul Rahman (2003), “Sumbangan Syeikh Idris al-Marbawi: Suatu Kajian Terhadap Kitabnya Bahr al-Madhi, Tumpuan Kepada Bab Niat,” (Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur). 7 Murshida Kasim (2002), “Amalan-amalan leksikografi terhadap pemberian makna : satu kajian kes terhadap kata kerja dalam Kamus Idris Al-Marbawi”, (Latihan Ilmiah, Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur). 8 Husna Kamarol Bahrin (2008), “Hadith Dalam Tafsir Al-Marbawi : Suatu kajian Dalam Aspek Penggunaannya”, (Latihan Ilmiah, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). 9 Mahani Mokhtar (1990M), “Syeikh Muhammad Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi: Sejarah dab Sumbangannya Di Bidang Penulisan”, (Latihan Ilmiah Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya).

3

bahan rujukan, kajian atau bahan kuliah pengajian umun adalah kitab Bahr al-Madhi.10 Bahkan menurut Anwar Ridwan Zakaria dalam disertasi beliau, karya Bahr al-Madhi adalah suatu sumbangan besar al-Marbawi dalam bidang pengajian hadith di Malaysia. Karya tersebut sendiri merupakan karya Jawi terbesar dan terawal yang pernah wujud di alam Melayu serta karya yang telah menampung kekosongan karya asli dalam bidang ilmu hadith dirantau ini.11

Selain karya Bahr al-Madhi, al-Marbawi juga menghasilkan karya Idangan Guru Sahih al-Bukhari wa Muslim. Karya ini telah dijadikan sebagai bahan kajian oleh Anwar Ridwan Zakaria diperingkat sarjana yang menghuraikan dan mengkaji tentang metodologi huraian hadith di dalam karya tersebut. Bahkan, beliau menyatakan bahawa karya ini sering ditinggalkan oleh para pengkaji dalam menyenaraikan karya-karya khazanah al-Marbawi.

Dalam pada itu terdapat sebuah lagi karya dalam bidang hadith yang dihasilkan oleh al-Marbawi yang berjudul Bulugh al-Maram Serta Terjemahan Melayu. Karya ini adalah hasil terjemahan beserta huraian terhadap 1370 hadith daripada karya asal karangan Ibn Hajar al-Asqalani.12 Kitab Tafsir Surah Yasin

Menurut Anwar Ridwan Zakaria, kitab Tafsir Surah Yasin adalah karya terjemahan kepada kitab Tafsir Fath al-Qadir al-Jami„ Bayn Fanny al-Riyawat wa al-Dirawat min „Ilm al-Tafsir karya Imam al-Shawkani. Walaupun demikian, ia bukan semata-mata terjemahan, melainkan usaha penambahan dan rujukan oleh al-Marbawi terhadap kitab-kitab tafsir lain dalam mengemukakan tafsiran dan permasalahan terhadap ayat-ayat al-Quran dalam surah tersebut. Kenyataan ini jelas disebutkan oleh al-Marbawi pada awal pengenalan kitab ini. Al-Marbawi menyebutkan;

10

Karya ini menghuraikan 2778 hadith yang dipetik dari Sunan al-Tirmidhi dalam 46 bab dengan 8390 masalah. Ia telah dicetak pada awalnya dalam 22 jilid, tetapi selepas itu dicetakan 11 jilid dengan mengekalkan 22 juzuk. Susunannya adalah mengikut susunan bab dan hadith dalam Sunan al-Tirmidhi. Lihat Muhammad bin Abdul Rahman (2003), Op.cit., h.65. 11 Anwar Ridwan Zakaria (2007), Op.cit., h.116. 12 Menurut Anwar Ridwan, kitab ini mengandungi 1370 hadith yang diterjemah dan dihuraikan dengan diletakkan nota kaki bagi penjelasan terhadap hadith-hadith serta maklumat tambahan bagi hadith-hadith tersebut. Setiap hadith diterjemahkan, diletakkan nombornya mengikut bab. Karya ini telah siap diterjemahkan pada hari Ahad, 17 Syawal 1383H bersamaan Mac 1963M dan telah dicetak dan diterbitkan oleh al-Matba„ah al-Marbawiyyah di Kaherah, Mesir serta juag dicetak oleh al-Matba„ah al-Anwar al-Muhammadiyyah di Kaherah, Mesir. Lihat Anwar Ridwan Zakaria (2007), ibid., h.109-110.

4

“Adapun kemudian daripada itu tatkala saya lihat kitab tafsir surah Yasin karangan alSheikh yang sangat alimlagi masyhur tinggi dan dalam ilmunya di dalam dunia ini yang dipanggil orang dengan nama Imam Fakhr al-Din al-Razi, juga Tafsir al-Qurtubi, sudah cukup perkenan dihati saya hendak dibahasakan ke bahasa Melayu, dengan tafsir yang teratur cara baru, yang mudah faham dan senang mengambil ingat...”13

Pada perenggan yang terakhir, al-Marbawi menyebutkan lagi bahawa beliau sama sekali tidak hanya bergantung kepada dua tafsiran yang disebutkan itu sahaja, melainkan terdapat tambahan dan rujukan dari tafsir lain dan tambahan oleh beliau sendiri. Katanya: “Tidaklah saya memindahkan kesini apa-apa isi tafsir itu sahaja, bahkan saya datangkan apa-apa masalah dari tafsir lain yang ada disebutkan nama-namanya di awal atai diakhir apa masalahnya.”14 Melalui penelitian pengkaji, selain kitab Tafsir al-Qurtubi iaitu al-Jami„ li Ahkam al-Qur‟an karya Imam al-Qurtubi dan Mafatih al-Ghaib min al-Qur‟an al-Karim karya Fakhr al-Din al-Razi,15 antara kitab-kitab tafsir lain yang menjadi rujukan beliau adalah kitab Tasir al-Tabari atau Tafsir Jami„ al-Bayan fi Ta‟wil Ay‟ al-Qur‟an karya Imam al-Tabari,16 Tafsir al-Khazin iaitu Lubab alTa‟wil fi Ma„ani al-Tanzil karya al-Khazin,17 Tafsir al-Kabir18 dan beberapa tafsir yang lain.

Berdasarkan kepada penelitian terhadap kitab, kandungannya dibahaskan dengan kaedah penomboran yang disebutkan sebagai “masalah”. Al-Marbawi menomborkan setiap permasalahan bermula daripada perbahasan awal sehingga masalah yang terakhir. Keseluruhannya terdiri daripada 574 masalah. Pengkaji memiliki kitab tafsir yang yang diterbitkan oleh al-Matba„ah al-Anwar, di Kaherah dengan cetakan pertama pada bulan Sya„ban 1383H bersamaan dengan Januari 1964M. Sedangkan

13

Al-Sheikh Muhammad Idris al-Marbawi al-Azahri selepas ini al-Marbawi (1964M/1383H), Tafsir Quran Marbawi Surah Yasin, Mesir: Matba„ah al-Anwar, c.1, h.2. 14 Ibid. 15 Ibid., h.59. 16 Ibid., h.146 dan h.209 17 Ibid., h.47 dan h.45. 18 Ibid., h.14.

5

menurut Anwar Ridwan Zakaria kitab ini telah sempurna diterjemahkan pada akhir bulan Rejab 1353H dan telah dicetak dan diterbitkan oleh al-Matba„ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh pada tahun 1935M.19 Apabila diteliti kepada kedua-dua terbitan ini, didapati bahawa kedua-dua cetakan tersebut adalah dua kitab yang berbeza walaupun hampir sama dari sudut tafsiran surahnya. Berdasarkan terbitan al-Matba„ah al-Anwar, judul pada kulit hadapan adalah “Tafsir Surah Yasin” iaitu tafsiran yang merujuk kepada nama utamanya “Tafsir Quran Marbawi”. Sedangkan terbitan al-Matba„ah Mustafa al-Babi al-Halabi wa Awladuh, dengan judul “Tafsir Surah Yasin Bahasa Melayu” adalah merujuk kepada terjemahan surah Yasin dalam kitab Tafsir Fath al-Qadir al-Jami„ Bayn Fanny al-Riyawat wa al-Dirawat min „Ilm al-Tafsir karya Imam al-Shawkani, seperti yang dimaksudkan oleh Anwar Ridwan Zakaria dalam disertasi sarjananya itu. Akan tetapi, pada cetakan yang diterbitkan oleh al-Matba„ah al-Anwar, pengkaji mendapati tahun cetakan dan terbitan kitab adalah mendahului tahun kitab ini disempurnakan terjemahan. Dicatatkan bahawa pada halaman terakhir selepas masalah 574; “Alhamudulillah tamat karangan Tafsir Surah Yasin ini dirumah saya di Mesir dekat dengan al-Azhar al-Sharif pada malam Sabtu 12 Ramadan tahun 1386H berbetulan dengan 24 Disember tahun 1966M, masa umur saya 73 tahun.”20

Sedangkan pada halaman awal kitab, pencetak mencatatkan bahawa cetakan pertama kitab ini adalah pada bulan Sya„ban 1383H bersamaan dengan Januari 1964M. Bagaimana hendak menjelaskan perselisihan tahun antara tahun dicetak dengan tahun karya siap dihasilkan? Kemungkinan boleh diandaikan terdapat kesilapan dan kesalahan cetakan sama ada pada tahun kitab ini disempurnakan atau pada tahun cetakan kitab.

Namun begitu, berdasarkan kepada penelitian, terdapat sumber yang menyatakan bahawa perselisihan tahun itu bukanlah merupakan sesuatu yang aneh atau ganjil. Ia melainkan, telah menjadi amalan ulama dan syarikat terbitan dahulu, khususnya ketika al-Marbawi berada di Mesir lagi, sesuatu penulisan itu dicetak dan diterbitkan secara berkala walaupun pada hakikatnya kitab

19 20

Anwar Ridwan Zakaria (2007), op.cit., h.115-116. al-Marbawi (1964M/1383H), op.cit., h.226.

6

atau karya tersebut belum siap ditulis atau dihasilkan oleh pengarangnya. Keadaan ini menjadikan tarikh karya ini disiapkan penulisan selepas tarikh cetakan pertama bagi kitab tersebut.

Metodologi Penulisan Hadith Dalam Kitab Tafsir Surah Yasin

Berdasarkan kepada kajian dan penelitian pengkaji terhadap kitab, merujuk kepada aspek hadith dan metodologi penulisannya, dapat dikemukakan perbahasan berdasarkan kepada beberapa tajuk kecil seperti dibawah:

Jumlah Hadith Dalam Kitab Tafsir Surah Yasin

Berdasarkan kepada penelitian terhadap kandungan kitab Tafsir Surah Yasin, pengkaji mendapati bahawa dalam mentafsir ayat-ayat daripada surah Yasin, al-Marbawi tidak ketinggalan untuk mendatangkan hadith-hadith Nabi SAW sama ada untuk menjelaskan tafsiran ayat tersebut atau sebagai hujah dalam keterangan dan penjelasan yang dikemukakan terhadap ayat. Jumlah keseluruhan hadith dalam kitab tersebut adalah 61 hadith termasuk hadith yang berulang. Ini bermakna terdapat dalam tafsiran sesuatu ayat dalam surah Yasin itu, al-Marbawi mendatangkan satu hadith dalam suatu permasalahan diikuti beberapa riwayat yang berbeza dalam permasalahan yang lain walaupun tentang hadith yang menyatakan perkara yang sama. Contohnya, dalam mentafsirkan ayat 77 surah Yasin,21 beliau telah menjelaskan tafsirannya yang dicatatkan dalam 11 masalah, bermula daripada masalah 529 sehingga masalah 539. Daripada 11 masalah tersebut, lima daripada masalah itu22 adalah penjelasan al-Marbawi dengan mengemukakan hadith Nabi SAW tentang perkara yang sama iaitu tentang perbahasan kalimah “al-Insan” pada ayat (

). Al-Marbawi membawa pendapat ulama tafsir dalam menentukan nama individu yang

dimaksudkan dalam “al-Insan” tersebut. Menurut tafsiran al-Marbawi, berdasarkan pendapat Ibn Jarir al-Tabari dalam tafsirnya, individu yang dimaksudkan tersebut adalah Ubay bin Khalaf, dan

21

Ayat: ( ٌ‫خصِيمٌ مُبِيه‬ َ ٌَُُ ‫خهَقْىَايُ مِهْ وُطْ َفتٍ فَإِرَا‬ َ ‫ )أَ َََنمْ يَشَ اإلِوسَانُ أَوَا‬Maksudnya: “Dan apakah manusia tidak memperhatikan bahawa Kami menciptakannya dari setitik air (mani), maka tiba-tiba ia menjadi penentang yang nyata.” 22 Masalah tersebut adalah masalah nombor 532, 533, 534, 536 dan 537. Lihat al-Marbawi (1964M/1383H), op.cit., h.211-212.

7

ada pendapat yang menyatakan dia adalah al-„As bin Wa‟il al-Sahmi. Manakala menurut riwayat „Abd Allah bin „Abbas RA, individu tersebut adalah „Abd Allah bin „Ubay bin Salul ketua orang munafik.23 Selepas menyebutkan nama-nama individu tersebut dalam masalah 537, al-Marbawi memperincikan kenyataan itu dengan mendatangkan hadith dalam masalah seterusnya sebagai tafsiran dan dalil yang menjelaskan ketiga-tiga nama tersebut. Terdapat tiga riwayat yang menjelaskan tentang Ubay bin Khalaf yang disebutkan dalam lima masalah [bermula dari masalah 531 hingga 535], satu riwayat tentang al-„As bin Wa‟il al-Sahmi, dalam masalah 536 dan satu riwayat (hadith) tentang „Abd Allah bin „Ubay bin Salul dalam masalah 537. 24 Hadith-hadith tersebut dinyatakan dalam bahasa Melayu tanpa matan berbahasa „Arab.

Bentuk Hadith-Hadith Dalam Kitab Tafsir Surah Yasin

Daripada 61 hadith yang dicatatkan oleh al-Marbawi di dalam karya Tafsir Surah Yasin tersebut, pengkaji mendapati terdapat tiga bentuk matan hadith iaitu matan hadith berbahasa Arab dan terjemahan, matan hadith berbahasa Melayu iaitu terjemahan sahaja dan matan hadith berbahasa Melayu daripada kefahaman pengarang kitab. Keadaan ini bertepatan dengan kenyataan yang disebutkan oleh Khadher Ahmad dalam sebuah artikel bahawa kebanyakan di dalam kitab-kitab Jawi di Nusantara, hadith-hadith yang dicatatkan atau ditulis tidak lari daripada empat bentuk matan yang utama iaitu, [1] Matan hadith berbahasa Arab yang ditulis dan dicatatkan berdasarkan matan (teks) asal hadith, [2] Matan hadith berbahasa Arab yang dicatatkan berdasarkan ingatan atau kefahaman pengarang, [3] Matan hadith berbahasa Melayu dalam bentuk terjemahan hadith, dan [4] Matan hadith berbahasa Melayu dalam bentuk ungkapan pengarang sendiri yang disandarkan kepada hadith.25

Oleh yang demikian, bentuk-bentuk hadith dalam karya Tafsir Surah Yasin adalah seperti berikut:

Pertama: Matan Hadith Berbahasa Arab Beserta Terjemahan

23

Ibid., h.210. Ibid., h.211-212. 25 Khadher Ahmad (2009), “Analisis Bentuk-Bentuk Matan Hadith Dalam Kitab-kitab Jawi Nusantara: Penentu Arah Dalam Takhrij Hadith”, (Kompilasi Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Takhrij Hadith Nusantara: Realiti dan Keperluan Dalam Masyarakat Islam, pada 30 dan 31 Disember 2009, di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur), h.4-7. 24

8

Contohnya dalam mentafsirkan dan menghuraikan tentang Basmallah (

), al-

Marbawi dalam masalah satu [1] menyatakan sebuah hadith tentang keperluan seseorang hamba berdoa atau meminta kepada Allah. Daripada Abi Hurayrah RA: katanya telah bersabda Rasulullah SAW:

Ertinya: “Siapa tidak minta ia kepada tuhan nescaya murka ia.”26

Demikian juga dalam masalah [130], beliau menyatakan hadith dengan matan berbahasa Arab dan terjemahan, iaitu kata: “Yaitu seperti seorang yang berdalil dengan satu hadith yang diriwayatkan dia oleh Muslim dalam sahihnya;

Ertinya: “Bahawasanya Allah Taala tiada memandang ia kepada rupa-rupa sekalian kamu dan tiada kepada harta-harta sekalian kamu, dan tetapi memandang ia kepada hati sekalian kamu dengan amal-amal sekalian kamu.”27

Dalam hal yang lain, terdapat juga hadith yang dinyatakan teks Arab dan terjemahannya, namun demikian, hadith tersebut tidak dibariskan. Contohnya dalam masalah 55, al-Marbawi menjelaskan tentang nur Allah, yang dihuraikan berdasar sepotong ayat al-Quran beserta satu hadith Nabi SAW.

26

Al-Marbawi (1964M/1383H), op.cit., h.3. Melalui usaha pengkaji, hadith ini riwayat al-Tirmidhi dalam sunannya [Kitab al-Da„awat, ( ًُ‫)باب مِ ْى‬, no.hadith 3373] dan Ahmad dalam musnadnya [no.hadith 9952]. Lihat Abu „Isa Muhammad bin „Isa bin Sawrah al-Tirmidhi (1417H), Sunan al-Tirmidhi, ditahqiqkan oleh Muhammad Nasir al-Din alAlbani al-Riyad: Maktabah al-Ma„arif li al-Nashr wa al-Tawzi„, c.1, h.765-766. 27 Al-Marbawi (1964M/1383H), ibid., h.49. Hadith riwayat Muslim [Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab ( ِ‫حَحْشِيم‬ ًِ‫ضًِ ََمَاِن‬ ِ ‫سِهمِ ََخَ ْزِنًِ ََاحْخِقَاسِيِ ََدَ ِمًِ ََعِ ْش‬ ْ ‫ظ ْهمِ انْ ُم‬ ُ ), no.hadith 6708], Ibn Majah dan Ahmad.

9

Ertinya: “Telah diriwayatkan oleh Abu Umamah al-Bahili RA daripada Nabi SAW bahawasanya telah bersabda ia: “Takut oleh mu sekalian kamu akan firasat orang mukmin kerana bahawasanya memandang ia dengan nur Allah.”28

Daripada keseluruhan 61 hadith, pengkaji mendapati bahawa matan hadith berbahasa Arab beserta terjemahannya adalah mendominasi berbanding bentuk matan hadith yang lainnya. Bahkan, kebanyakan hadith dinyatakan oleh al-Marbawi dengan mendatangkan matan hadith diikuti terjemahannya walaupun pada sebahagian hadith tidak dibariskan matan berbahasa Arab tersebut. Lihat Jadual 1, iaitu bilangan hadith mengikut bentuk matan dalam bahasa Arab dari sudut pembarisan matan (teks).

Bil.

Bentuk Matan Dalam Teks Arab

Bilangan Hadith

1.

Matan dengan Teks Arab Yang Dibariskan

30

2.

Matan dengan Teks Arab Yang Tidak Dibariskan

44

Jumlah Keseluruhan Hadith

61

Jadual 1: Bentuk Matan Dalam Teks Arab

Kedua: Matan Hadith Terjemahan Sahaja

Contohnya, pada masalah [391], al-Marbawi menyebutkan hadith tentang malaikat yang meniupkan sekangkala ketika berlakunya kiamat. “Telah diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi SAW namanya Abi Hurayrah RA, katanya telah bersabda Rasulullah SAW: “Bahawasanya Allah Taala apakala telah selesai ia daripada menjadikan segala langit dan bumi, menjadi ia akan sekangkala, maka diberikan kepada malaikat bernama Israfil. Iaitu dihantarkan di atas mulutnya,

28

al-Marbawi (1964M/1383H), ibid., h.18. Hadit riwayat al-Tirmidhi [Kitab Tafsir al-Quran, Bab ( ِ‫)ََمِهْ سُُسَةِ انْحِجْش‬, no.hadith 3127] dari hadith Abi Sa„id al-Khudri RA. Al-Tirmidhi berkata hadith ini gharib, yang hanya diketahui melalui wajah (riwayat) ini sahaja. Dan diriwayatkan daripada sebahagian ahl al-„Ilm dalam mentafsirkan ayat ( َ‫إِنَ فِّ َرنِك‬ َ‫)آليَاثٍ ِنهْمُخَ َُسِمِيه‬, iaitu kalimah (َ‫ )ِنهْمُخَ َُسِمِيه‬bermakna (َ‫)ِنهْمُخَفَ ِشسِيه‬. Lihat. al-Tirmidhi (1417H), op.cit., h.702.

10

ligat matanya memandang „arasy al-Rahman menantikan masa diperintahkan tuhan akan dia meniupnya.”29

Demikian dalam masalah [400], terdapat hadith dalam bentuk terjemahan berbahasa Melayu yang menjelaskan tentang jarak masa tiup sekangkala pertama dan kedua. “Dan diriwayatkan daripada al-Mubarak bin Fadalah daripada al-Hasan katanya: “Telah bersabda Rasulullah SAW: “Antara dua tiup itu empat puluh tahun, tiup yang pertama mematikan Allah Taala dengan dia sekalian yang hidup. Dan tiup yang kedua menghidup Allah Taala dengan dia akan sekalian yang mati.”30

Ketiga: Matan Hadith Dalam Bentuk Kefahaman Pengarang

Daripada penelitian pengkaji, dalam karya Tafsir Surah Yasin, terdapat juga hadith yang dicatatkan dalam bentuk kefahaman pengarang atau huraian pengarang yang disandarkan kepada hadith. Namun, tidak dinyatakan matan dalam bentuk teks „Arab atau terjemahannya. Walaupun demikian, hadith dalam bentuk ini adalah kurang. Sebagai contohnya pada perbahasan terakhir dalam masalan 574, al-Marbawi menjelaskan bahawa surah Yasin elok sekiranya dibacakan kepada orang sakit yang hampir menemui ajal atau bahasa mudahnya sedang nazak. Al-Marbawi menyebutkan; “Dengan kerana itulah datang beberapa hadith bahawasanya Nabi SAW mengajak membaca surah Yasin bagi orang yang hampir mati.”31

Daripada carian pengkaji, didapati bahawa terdapat hadith yang menyatakan demikian iaitu;

Maksudnya: “Diriwayatkan daripada Ma„qil bin Yasar telah berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: “Bacakanlah ke atas orang yang hampir mati itu Yasin (surah Yasin).”32 29

al-Marbawi (1964M/1383H), ibid., h.152. Ibid., h.156. 31 Ibid., h.226. 30

11

Keseluruhan bentuk matan hadith dan bilangannya dalam kitab Tafsir Quran Surah Yasin dapat dirumuskan dalam jadual 2 berikut:

Bentuk Matan Hadith Dalam

Bil.

Tafsir Quran Surah Yasin

Bilangan Hadith

1.

Matan Dengan Teks Arab Dan Terjemahan

54

2.

Matan Terjemahan Sahaja

6

3.

Matan Hadith Dalam Bentuk Kefahaman Pengarang

1

Jumlah Keseluruhan Hadith

61

Jadual 2: Bentuk Matan Hadith Dalam Tafsir Quran Surah Yasin

Metodologi Penulisan Hadith Kitab Tafsir Surah Yasin

Untuk menjelaskan tentang metodologi penulisan hadith dalam karya Tafsir Quran Surah Yasin ini, pengkaji tidak akan lagi menyentuh tentang bentuk matan hadith melainkan dilihat kepada beberapa perkara seperti berikut;

Pertama: Hadith dicatatkan dalam masalah-masalah yang dinomborkan.

Perbahasan dan pentafsiran al-Marbawi terhadap ayat-ayat dalam surah Yasin ini dijelaskan berdasarkan aturan masalah yang dinomborkan. Daripada keseluruhan karya itu, terdapat 574 masalah yang dikemukakan. Hal ini dinyatakan sendiri oleh al-Marbawi dalam mukadimah pengarang.

32

Hadith riwayat Ibn Hibban dalam sahihnya [Kitab al-Jana‟iz, Bab ( ً‫)انمشيض َما يخعهق ب‬, no.hadith 3200]. Abu Hatim berkata: Maksud ( ‫عهَّ مَُْحَا ُكمْ يَس‬ َ ‫ )اقْشَءَُا‬iaitu yang dikehendaki membacanya adalah orang yang hadir menyaksikannya, bukan orang yang nazak (hampir meninggal) itu yang membacakan surah itu. Ia bertepatan dengan sabda Nabi SAW ( ‫)نقىُا مُحاكم ال إنً إال اهلل‬, Maksudnya: “Ajarkan pada orang yang hampir meninggal itu kalimah ( ‫”)ال إنً إال اهلل‬. Shu„ib alArna‟ut mengatakan hadith ini sanadnya da„if (lemah). Lihat Muhammad bin Hibban bin Ahmad Abu Hatim al-Tamimi al-Busti (1414H/1993M), Sahih Ibn Hibban bi Tartib Ibn Balban, ditahqiqkan oleh Shu„aib al-Arna‟ut, Beirut: Muassasah al-Risalah, c.2, j.7, h.269.

12

“...dengan tafsir yang teratur secara baru, yang mudah faham dan senang mengambil ingat dan mengetahui apa isinya dan masalah-masalahnya, daripada hukum-hukum syarak dan khabar-khabar dan sebab-sebab turun ayat-ayatnya dan lainnya. Semua masalah diberi nombor,...”33

Walaupun demikian, hadith-hadith juga dijelaskan dalam masalah-masalah yang dinomborkan tersebut, tetapi bukan pada semua masalah melainkan masalah-masalah yang dijelaskan berdasarkan keterangan daripada hadith. Sebagai contohnya, dalam membahaskan dan menjelaskan tentang Basamallah (

), terdapat dalam masalah [40] isu tentang menyifatkan Allah SWT

sebagai zat sama ada dibolehkan atau tidak. Oleh itu, al-Marbawi membawa beberapa dalil daripada hadith yang menjelaskan perkara tersebut. Hadith-hadith tersebut disebutkan dalam empat masalah selepas itu iaitu masalah bernombor 40, 41, 42, dan 43.34

Perkara ini dapat dikukuhkan lagi apabila al-Marbawi mentafsir ayat 34 dalam surah Yasin. Dalam pentafsiran itu, al-Marbawi ada menyebutkan tentang syukur terhadap nikmat kurniaan Allah SWT yang dikaitkan dengan buah-buahan adalah nikmat Allah yang perlu disyukuri. Setelah menjelaskan dalam tiga masalah iaitu masalah bernombor 266, 267 dan 268, pada masalah bernombor 269, beliau menyebutkan sebuah hadith Nabi SAW.

Ertinya: “Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi yang bernama al-Mughirah bin Shu„bah RA katanya: “Telah sembahyang Rasulullah SAW hingga naik bengkak kelembung dua kakinya. Maka dikata orang baginya: “Ya Rasulullah, adakah tuan hamba bersusah-susah sendiri sembahyang sampai bengkak dua kaki ini? Pada halnya sungguhnya telah diampunkan tuhan bagi tuan hamba akan barang yang terdahulu daripada dosa tuan hamba dan barang yang kemudiannya?” Jawab Rasulullah SAW:

33 34

al-Marbawi (1964M/1383H), op.cit., h.2. Lihat al-Marbawi (1964M/1383H), ibid., h.12-14.

13

“Maka adakah tidak sayugianya aku jadi hambanya yang syukur akan tuhan yang dikurniaNya.”35

Kedua: Matan hadith dicatatkan dalam kurungan khusus diikuti selepas itu terjemahannya.

Dalam mencatatkan matan hadith, al-Marbawi membezakan antara matan hadith berbahasa Arab dan terjemahannya dengan meletakkan matan dalam kurungan “(....)”sama ada matan berbahasa Arab tersebut disebutkan matan penuh atau dinyatakan berselang seli antara sebahagian matan hadith berbahasa Arab dengan terjemahannya bagi hadith yang sama. Ini bermakna al-Marbawi pada sebahagian hadith, beliau tidak mendatang keseluruhan matan hadith secara serentak, tetapi diterjemahkan sebahagian hadith dan diikuti bahagian hadith yang lain pada hadith yang sama.

Contohnya, ketika mentafsirkan ayat 56, surah Yasin, terdapat satu hadith dinyatakan dalam masalah bernombor 431, iaitu disebutkan: “Sebagaimana tersebut dalam hadith Rasulullah SAW ( ) Ertinya: “Bahasanya tiada memetik seseorang dalam Syurga daripada buah kayu Syurga itu sebiji melainkan tumbuh pada tempatnya seumpamanya.”36

Dalam contoh yang lain, pada masalah bernombor 269, beliau menyebutkan sebuah hadith Nabi SAW dengan membahagikan kepada dua bahagian, iaitu: “Kata Abu „Isa al-Tirmidhi (

),

Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi yang bernama al-Mughirah bin Shu„bah RA katanya: “Telah sembahyang Rasulullah SAW hingga naik bengkak kelembung dua

35

Ibid., h.105. Hadith riwayat al-Tirmidhi dalam sunannya [Kitab al-Solah, Bab ( ِ‫)مَا جَاءَ فِّ االِجْخٍَِادِ فِّ انصَالَة‬, no.hadith 412], Abu „Isa Muhammad bin „Isa bin Sawrah al-Tirmidhi (2000), Sunan al-Tirmidhi, dalam Mawsu„ah al-Hadith alSharif al-Kutub al-Sittah, al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi„, c.3, h.1683. 36 Ibid., h.171. Berdasarkan carian pengkaji, tidak terdapat matan hadith seperti di atas, melainkan terdapat matan dalam kitab Takrij al-Ahadith wa al-Athar al-Waqi„iyyah karya al-Zaylani dengan matan ( ‫الَ يَىْ ِضعُ سَجُمٌ فِيْ انْجََىتِ ثَمَشٌَِا ِإنَا نَ َبجَ مَكَاوٍَُا‬ ‫)مِثْالٌََا‬. Lihat Jamal al-Din „Abd Allah bin Yusuf bin Muhammad al-Zayla„i (1414H), Takhrij al-Ahadith wa al-Athar al-Waqi„yyah fi Tafsir al-Kashshaf li al-Zamakhshari, ditahqiqkan oleh „Abd Allah bin „Abd al-Rahman al-Sa„d, alRiyad: Dar Ibn Khuzaymah, [no.hadith 1166], j.3, h.255.

14

kakinya. (

) Maka dikata orang

baginya: “Ya Rasulullah, adakah tuan hamba bersusah-susah sendiri sembahyang sampai bengkak dua kaki ini? Pada halnya sungguhnya telah diampunkan tuhan bagi tuan hamba akan barang yang terdahulu daripada dosa tuan hamba dan barang yang kemudiannya?” Jawab Rasulullah SAW: “Maka adakah tidak sayugianya aku jadi hambanya yang syukur akan tuhan yang dikurniaNya.”37

Ketiga: Menyatakan sumber ambilan atau rujukan pada sebahagian hadith.

Al-Marbawi ketika mencatatkan sesuatu hadith dalam sesuatu perbahasan yang dijelaskan, beliau akan menyatakan sumber ambilan atau sumber hadith tersebut daripada kitab-kitab hadith. Namun demikian, tidak semua hadith dinyatakan sumbernya. Sumber tersebut boleh dikenalpasti apabila alMarbawi menyebutkannya sebelum menyebutkan sesuatu hadith atau dicatatkan pada penghujung hadith selepas terjemahannya.

Sebagai contohnya, dalam masalah bernombor [130], beliau menyebutkan sumber ambilan bagi hadith yang dinyatakan adalah daripada riwayat Muslim iaitu: “[130] Masalah: Jamaah yang terpedaya dengan sebab keluar hujah seorang yang berdalil dengan hadith yang dipotongnya dan dikeratnya, iaitu seperti seorang yang berdalil dengan satu hadith yang diriwayatkan dia oleh Muslim dalam sahihnya; katanya (

), Ertinya:

“Bahawasanya Allah Taala tiada memandang ia kepada rupa-rupa sekalian kamu dan tiada kepada harta-harta sekalian kamu, dan tetapi memandang ia kepada hati sekalian kamu dengan amal-amal sekalian kamu.”38

Demikian dalam masalah [197], al-Marbawi menyebutkan:

37

Ibid., h.105. Hadith riwayat al-Tirmidhi dalam sunannya [Kitab al-Solah, Bab ( ِ‫)مَا جَاءَ فِّ االِجْخٍَِادِ فِّ انصَالَة‬, no.hadith 412]. Lihat al-Tirmidhi (2000), Sunan al-Tirmidhi, dalam Mawsu„ah al-Hadith, op.cit., h.1683. 38 Ibid., h.49. Hadith riwayat Muslim [Kitab al-Birr wa al-Silah wa al-Adab, Bab ( ًِ‫ض‬ ِ ‫سِهمِ ََخَ ْزِنًِ ََاحْخِقَاسِيِ ََدَ ِمًِ ََعِ ْش‬ ْ ‫ظ ْهمِ انْ ُم‬ ُ ِ‫حَحْشِيم‬ ًِ‫)ََمَاِن‬, no.hadith 6708], Ibn Majah dan Ahmad.

15

“...seperti yang tersebut dalam hadith yang dikeluarkan dia oleh Muslim dalam sahihnya dan Abu Dawud dan al-Tirmidhi dalam sunannya katanya ( ), Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi namanya Abi Mas„ud al-Badri RA, katanya: “Telah bersabda Rasulullah SAW: “Barang siapa yang menunjuk ia atas satu kebajikan maka baginya pahala seperti pahala orang yang memperbuatnya.”39

Secara rambang, pengkaji mendapati bahawa al-Marbawi banyak merujuk kepada al-Kutub alSittah dalam mengambil hadith sebagai hujah dan dalilnya terhadap keterangan yang dijelaskan. Walaupun demikian, beliau juga merujuk kepada kitab-kitab hadith yang lain seperti al-Jami„ alSaghir oleh Imam al-Suyuti, Kitab Sahih Ibn Khuzaymah oleh Ibn Khuzaymah, kitab Shu„ab alIman oleh al-Bayhaqi dan Kitab al-Hiliyyah oleh Abu Nu„aim.

Keempat: Hadith dapat dibezakan dengan jelas berbanding kenyataan lain melalui ungkapan yang jelas mewakili hadith.

Perkara ini merujuk kepada ungkapan atau kata-kata yang dicatatkan oleh al-Marbawi untuk menunjukkan bahawa kenyataan atau keterangan yang disebutkan tersebut adalah hadith. Ungkapan atau kata-kata tersebut dinyatakan dengan menyebutkan sumber hadith iaitu mewakili kitab-kitab hadith seperti sahih Muslim, atau riwayat Abu Dawud dan sebagainya, atau menyebutkan diriwayatkan daripada seorang sahabat, lalu diikuti dengan sabda Rasulullah SAW dan sebagainya. Antara contoh ungkapan yang digunakan adalah seperti: 1. “...demikianlah tersebut di dalam sahih Muslim, katanya......”40 2. “...dalilnya ialah hadith yang dikeluarkan oleh Muslim dalam sahihnya, katanya:..”41

39

al-Marbawi (1964M/1383H), ibid., h.77. Berdasarkan kepada penelitian pengkaji terhadap hadith, perawi bernama Abi Mas„ud al-Badri seperti yang dicatatkan oleh al-Marbawi, tidak terdapat pada riwayat Muslim, Abi Dawud dan alTirmidhi. Tetapi nama yang sebenarnya adalah Abi Mas„ud al-Ansari. Mungkin terdapat sedikit kesilapan pada cetakan pada nama tersebut. Lihat Muslim [Kitab al-Imarah, Bab ( ٍ‫الفَ ِخًِ فِّ أَ ٌِْهًِ بِخَيْش‬ َ ِ‫) َفضْمِ إِعَا َوتِ انْغَاصِِ فِّ سَبِيمِ انَهًِ بِمَشْكُُبٍ ََغَيْشِيِ ََخ‬, no.hadith 4899]. Lihat Muslim bin al-Hajjaj Abu Husain al-Qusyairi al-Naisaburi (2000M), Sahih Muslim dalam Mawsu„ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi„, c.3, h.1017. 40 al-Marbawi (1964M/1383H), op.cit., h.77, 41 Ibid., h.78,

16

3. “...telah diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi SAW namanya Abu Hurayrah RA, katanya telah bersabda Rasulullah SAW:...”42 4. “Bermula dalilnya ialah hadith yang diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Abu Sa„id al-Khudri RA, katanya:....”43 5. “...demikian tersebut dalam hadith Rasulullah SAW begini....”44

Kelima: Menyatakan nama perawi al-„Ala (perawi Sahabat) pada hadith.

Contohnya dalam masalah bernombor [28], al-Marbawi mendatang dalil daripada hadith tentang harus menamakan Allah SWT sebagai “‫”شيء‬, iaitu bermakna sesuatu. Sebelum menyebutkan hadith, dinyatakan bahawa hadith tersebut diriwayatkan oleh seorang Sahabat bernama„Imran bin al-Hasin. “Sabda Nabi SAW pada hadith Sahabatnya yang bernama „Imran bin al-Hasin RA, katanya: “Telah bersabda Nabi SAW (

), “Ada Tuhan pada halnya

tiada ada sesuatu lain daripadanya.”45

Akan tetapi terdapat juga hadith yang tidak menyebutkan nama perawi Sahabat. Antara hadith yang tidak dinyatakan nama perawi tertinggi (al-„Ala) adalah seperti hadith yang disebutkan dalam masalah bernombor [7], [11], [12] dan [15].46

Daripada penelitian terhadap keseluruhan 61 hadith, pengkaji dapat menyatakan bahawa terdapat 44 hadith yang dinyatakan nama perawi tertinggi (Sahabat), dan bakinya 17 tidak disebutkan nama

42

Rujuk hadith dalam masalah bernombor 391. Lihat Ibid., h.152. Rujuk hadith dalam masalah bernombor 394. Lihat Ibid., h.153. 44 Rujuk hadith dalam masalah bernombor 414. Lihat Ibid., h.163. 45 Lihat Ibid., h.9. Daripada carian pengkaji, hadith ini riwayat al-Bukhari dalam sahihnya [Kitab Bad‟ al-Khal, Bab ( ‫مَا‬ ) ُ‫خهْقَ ُثمَ يُعِيذُي‬ َ ْ‫)جَاءَ فِّ قَُْلِ انَهًِ حَعَانَّ ( ٌَََُُ انَزِِ يَبْ َذأُ ان‬, no.hadith 3191], Lihat Abu „Abd Allah Muhammad bin Isma„il al-Bukhari al-Ja„fi selepas ini al-Bukhari (2000), Sahih al-Bukhari dalam Mawsu„ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, alRiyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi„, c.3, h.258. 46 Ibid., h.4-6. 43

17

perawi tersebut. Bahkan, ada hadith yang disebutkan lebih daripada seorang perawi tertinggi yang meriwayatkan hadith tersebut.47 Lihat jadual 3 dibawah.

Bil.

Penyataan Nama Perawi Dalam Hadith

Bilangan Hadith

1.

Hadith yang dinyatakan nama perawi tertinggi (sahabat)

44

2.

Hadith yang tidak disebutkan nama perawi

17

Jumlah Keseluruhan Hadith

61

Jadual 3: Bilangan Hadith Mengikut Catatan Nama Perawi Yang Dinyatakan

Keenam: Menyebutkan kualiti hadith pada sebahagian hadith

Al-Marbawi ketika mencatatkan hadith dalam karya beliau, tidak lupa untuk menyebutkan kualiti hadith iaitu taraf hadith sama ada daripada hadith yang diterima atau ditolak sebagai hujah. Namun demikian, beliau tidak menyatakan pada keseluruhan hadith kecuali hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dalam sunannya, beliau menaqalkan pendapat al-Tirmidhi terhadap hadith tersebut. Walaupun begitu, terdapat hadith riwayat al-Tirmidhi yang tidak disebutkan taraf.

Contohnya pada masalah bernombor [568] yang menyebutkan tentang hati al-Quran, al-Marbawi mendatang hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmidhi.

Ertinya: “Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi SAW namanya Anas bin Malik RA, kata: “Telah bersabda Rasulullah SAW: “Bahawasanya bagi tiap-tiap sesuatu itu hati dan hati al-Quran itu surah Yasin. Dan barang siapa yang membaca ia akan surah Yasin nescaya suratkan tuhan bagi pahala bacaannya seperti membaca sepuluh kali

47

Contohnya pada hadith dalam masalah bernombor 67, al-Marbawi menyatakan hadith yang dinyatakan tersebut adalah riwayat Anas bin Malik dan „Aishah RA. Lihat ibid., h.22.

18

dengan tiada surah Yasin.” (Kata Abu Isa) al-Tirmidhi: Bermula hadith ini hadith gharib.”48

Selain itu, beliau juga tidak menyatakan taraf bagi hadith-hadith yang diriwayat oleh al-Bukhari dan Muslim dalam sahih mereka. Hal ini telah diketahui bahawa kedua-dua sumber tersebut adalah terdiri daripada hadith-hadith yang sahih sahaja yang telah disepakati oleh para ulama. Selalunya alMarbawi akan menyatakan dahulu riwayat hadith seperti “diriwayat oleh Muslim dalam sahihnya”, lalu diikuti dengan menyatakan hadith. Pada akhir hadith setelah dinyatakan terjemahannya, beliau tidak menyatakan taraf hadith tersebut.49

Ketujuh: Menjadikan Hadith Qudsi Sebagai Hujah

Al-Marbawi juga memetik hadith Qudsi sebagai dalil terhadap keterangan yang dinyatakan. Ketika mentafsirkan ayat 68 surah Yasin, dalam masalah bernombor [494], terdapat satu hadith Qudsi disebutkan; “Seperti diriwayatkan pada hadith Qudsi: (

), Bermula

uban itu cahaya Ku, maka malu Aku membakar cahaya Ku dengan api neraka Ku.”50

Aspek Takhrij Hadith Dalam Kitab Tafsir Surah Yasin

Berdasarkan kepada penelitian terhadap kitab, al-Marbawi tidak mentakhrijkan hadith-hadith yang dicatatkan sebagai dalil atau hujah dalam permasalahan dan keterangan yang dikemukakan. Namun begitu, pada sebahagian hadith, terdapat hadith-hadith yang dinyatakan sumbernya secara ringkas iaitu sama ada merujuk kepada kitab-kitab sunan dan sahih, atau kitab-kitab hadith yang lainnya. Antara sumber-sumber kepada hadith-hadith yang dinyatakan dipetik daripada al-Kutub al-Sittah (iaitu Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Dawud, Sunan al-Tirmidhi, Sunan al-Nasa‟i dan

48

Lihat Ibid., h.224. Hadith ini diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dalam sunannya [Kitab Fada‟il al-Quran, Bab ( ِّ‫مَا جَاءَ ف‬ ‫) َفضْمِ يس‬, no.hadith 2887]. Lihat al-Tirmidhi (2000), Sunan al-Tirmidhi, dalam Mawsu„ah al-Hadith, op.cit., h.1941 49 Rujuk masalah bernombor 156. Terdapat hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim yang jelas dinyatakan oleh al-Marbawi. Namun, beliau tidak menyatakan taraf hadith itu sepertimana beliau menaqalkan pendapat al-Tirmidhi terhadap kualiti sesuatu hadith yang diriwayatkannya. Lihat Ibid., h.47. 50 Ibid., h.199.

19

Sunan Ibn Majah), kitab al-Jami„ al-Saghir oleh Imam al-Suyuti,51 Kitab Sahih Ibn Khuzaymah oleh Ibn Khuzaymah52, kitab Shu„ab al-Iman oleh al-Bayhaqi53 dan Kitab al-Hiliyyah oleh Abu Nu„aim54 beberapa kitab lain.

Walaupun demikian, al-Marbawi tidak menyatakan secara terperinci maklumat hadith seperti kitab dan bab hadith daripada sumber-sumber tersebut. Namun begitu, pada sebahagian hadith, beliau menyebutkan taraf hadith khususnya daripada riwayat al-Tirmidhi dan al-Hakim. Contohnya, hadith dalam masalah bernombor [68], daripada tiga hadith yang dinyatakan, al-Marbawi menyebutkan bahawa salah satu daripada hadith tersebut diriwayatkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lalu pada akhir hadith beliau mencatatkan berikut: “Bahawasanya hadith sahih atas syarat Bukhari dan Muslim”55

Oleh yang demikian, ketika mencatat dan menukilkan hadith-hadith Nabi SAW, al-Marbawi tidak konsisten dalam menyatakan sumber hadith serta taraf hadith-hadith tersebut. Pada sebahagian hadith disebutkan sumbernya walaupun secara ringkas, dan pada sebahagian yang lain tiada sebarang maklumat sumber dan taraf hadith tersebut.

Kesimpulan

Berdasarkan kepada keseluruhan kajian dan penelitian terhadap metodologi penulisan hadith di dalam karya Tafsir Surah Yasin karya al-Marbawi ini, pengkaji dapat menyatakan bahawa, alMarbawi mempunyai metodologi yang tersendiri ketika mencatatkan dan menukilkan hadith-hadith tersebut. Bahkan menjadi sesuatu yang istimewa apabila perbahasan di dalam kitab itu diletakkan nombor berdasarkan masalah. Setiap masalah yang bernombor tersebut, bukan hanya tafsiran ayat

51

Lihat hadith yang disebutkan dalam masalah bernombor 119, di mana pada penghujung keterangan, al-marbawi mencatatkan rujukan atau sumber bagi hadith itu, iaitu dari kitab -Jami„ al-Saghir oleh Imam al-Suyuti. Lihat Ibid., h.44. 52 Lihat hadith yang disebutkan dalam masalah bernombor 68, di mana terdapat tiga hadith yang dicatatkan. Tetapi dua daripada hadith tersebut dinyatakan oleh al-Marbawi bahawa ia dikeluarkan oleh Ibn Khuzaymah dan lainnya. Lihat Ibid., h.23. 53 Lihat hadith yang disebutkan dalam masalah bernombor 82, iaitu hadith yang dicatatkan tersebut dinyatakan oleh alMarbawi sebagai hadith riwayat al-Bayhaqi dalam kitabnya Shu„ab al-Iman. Lihat Ibid., h.28. 54 Lihat hadith yang disebutkan dalam masalah bernombor 81. Lihat Ibid., h.27-28. 55 Ibid., h.23.

20

sahaja atau keterangan ayat, tetapi hadithh-hadith juga diletakkan dalam masalah yang bernombor. Penomboran tersebut telah memudahkan semua para pembaca untuk merujuk kepada permasalahan yang sesuai.

Oleh yang demikian, pujian harus diberikan kepada al-Marbawi selaku tokoh yang berwibawa dan telah membawa satu pembaharuan ke arah perkembangan ilmu-ilmu Islam khususnya ke arah menjadi ia sesuai dan bertepatan dengan kehendak setempat dan semasa.

Bibliografi dan Rujukan Anwar Ridwan Zakaria (2007), “Kitab Idangan Guru Sahih al-Bukhari wa Muslim: Satu Kajian Dari Aspek Metodologi Huraian Hadith”, (Disertasi Sarjana, Jabatan al-Quran dan alHadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur). Faisal Ahmad Shah (2007), “Metodologi Penulisan Mohamed Idris al-Marbawi Dalam Bahr alMadhi”, (Tesis PhD, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur). Husna Kamarol Bahrin (2008), “Hadith Dalam Tafsir Al-Marbawi : Suatu kajian Dalam Aspek Penggunaannya”, (Latihan Ilmiah, Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya). Ibn Hibban, Abu „Isa Muhammad bin „Isa bin Sawrah al-Tirmidhi (1417H), Sunan al-Tirmidhi, ditahqiqkan oleh Muhammad Nasir al-Din al-Albani al-Riyad: Maktabah al-Ma„arif li alNashr wa al-Tawzi„. Khadher Ahmad (2009), “Analisis Bentuk-Bentuk Matan Hadith Dalam Kitab-kitab Jawi Nusantara: Penentu Arah Dalam Takhrij Hadith”, (Kompilasi Kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Takhrij Hadith Nusantara: Realiti dan Keperluan Dalam Masyarakat Islam, pada 30 dan 31 Disember 2009, di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur). Mahani Mokhtar (1990M), “Syeikh Muhammad Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi: Sejarah dab Sumbangannya Di Bidang Penulisan”, (Latihan Ilmiah Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya). Marbawi, Al-Sheikh Muhammad Idris al- al-Azahri (1964M/1383H), Tafsir Quran Marbawi Surah Yasin, Mesir: Matba„ah al-Anwar. 21

Muhammad bin Abdul Rahman (2003), “Sumbangan Syeikh Idris al-Marbawi: Suatu Kajian Terhadap Kitabnya Bahr al-Madhi, Tumpuan Kepada Bab Niat,” (Disertasi Sarjana, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur). Muhammad bin Hibban bin Ahmad Abu Hatim al-Tamimi al-Busti (1414H/1993M), Sahih Ibn Hibban bi Tartib Ibn Balban, ditahqiqkan oleh Shu„aib al-Arna‟ut, Beirut: Muassasah alRisalah. Murshida Kasim (2002), “Amalan-amalan leksikografi terhadap pemberian makna : satu kajian kes terhadap kata kerja dalam Kamus Idris Al-Marbawi”, (Latihan Ilmiah, Jabatan Bahasa Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur). Nasruddin Saleh (1980), “Idris al-Marbawi Popular Kerana Kamus”, dalam Utusan Qiblat, bil.(121), September 1980. Zayla„i, Jamal al-Din „Abd Allah bin Yusuf bin Muhammad al- (1414H), Takhrij al-Ahadith wa alAthar al-Waqi„yyah fi Tafsir al-Kashshaf li al-Zamakhshari, ditahqiqkan oleh „Abd Allah bin „Abd al-Rahman al-Sa„d, al-Riyad: Dar Ibn Khuzaymah. Mawsu„ah al-Hadith al-Sharif al-Kutub al-Sittah, al-Riyad: Dar al-Salam li al-Nashr wa al-Tawzi„.

22