MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB MENERUSI AL ...

90 downloads 8518 Views 397KB Size Report
255 MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB MENERUSI AL-QURAN Suhaila Zailani @ Hj Ahmad,1 Salamiah Ab. Ghani,2 Ummu Hani Hj. Hashim,3 Khazri Osman,4
Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab 2012 (PKEBAR’12) • disunting oleh: Mohd Shukari Hamzah, Khazri Osman, Moktar Hussain, Suhaila Zailani @ Hj. Ahmad, Salamiah Ab. Ghani, Hakim Zainal & Zainuddin Ismail • © Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi • ISBN 978-9675478-49-9• http://www.ukm.my/uba/sebar2012/prosiding.htm

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA ARAB MENERUSI AL-QURAN Suhaila Zailani @ Hj Ahmad,1 Salamiah Ab. Ghani,2 Ummu Hani Hj. Hashim,3 Khazri Osman,4 Zainuddin Ismail,5 Hakim Zainal.6 [email protected] Unit Bahasa Arab, 6 Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. 1,2,3,4,5

Abstrak: Kajian ini bertujuan mengenal pasti buku atau modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang menggunakan pendekatan ayat Al-Qur’an di pasaran. Kajian juga bertujuan mengenal pasti sejauh mana penggunaan buku al-cArabiyah lil-cibadah sudah memenuhi tujuan orang awam mempelajari bahasa Arab. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual berstruktur dan borang soal selidik. Dapatan kajian menunjukkan modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang terdapat di pasaran belum lagi memenuhi kehendak khalayak pembaca daripada kalangan orang awam. Justeru, pengkaji merasakan betapa pentingnya satu modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab untuk orang awam menggunakan pendekatan Al-Qur’an dibentuk bagi memenuhi tujuan mereka mempelajari bahasa Arab. Pembentukan modul seperti ini akan menarik minat lebih ramai lagi orang awam untuk mempelajari bahasa Arab. PENGENALAN

Al-Qur’an merupakan ibu segala ilmu dan telah melahirkan cabang-cabang ilmu yang luas. Oleh sebab Al-Qur’an diwahyukan dalam bahasa Arab, maka tiada jalan lain untuk menguasai

dan mendalami ilmu yang terdapat dalam Al-Qur’an melainkan perlu

mempelajari bahasa Arab. Penurunan Al-Qur’an dalam bahasa Arab jelas membuktikan bahawa keistimewaan serta keunikan bahasa ini. Seiring dengan putaran zaman semasa, masyarakat awam perlu untuk mempelajari dan tidak ketinggalan dalam menguasai ilmu bahasa Arab menerusi Al-Qur’an ini supaya keseimbangan dapat dicapai antara ilmu duniawi dengan ilmu ukhrawi. Jelasnya, terdapat banyak ilmu serta modul pendekatan yang melingkungi kehidupan kita, namun kerana pendekatan yang digunakan di dalam modulmodul yang kurang sesuai dihasilkan di pasaran telah membataskan penguasaan orang awam 255

untuk mempelajari bahasa Arab sekali gus membantutkan minat mendalam mereka untuk mempelajari bahasa Arab.

PERMASALAHAN KAJIAN Walaupun telah banyak kajian yang telah dijalankan berkaitan dengan bahasa Arab menerusi Al-Qur’an namun belum ada kajian yang dilakukan secara khusus untuk mengkaji serta membina modul bahasa Arab menerusi Al-Qur’an untuk orang awam. Berdasarkan kepada permasalahan kajian ini, timbulnya beberapa persoalan dalam kajian iaitu: 1. Apakah bentuk modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang terdapat di pasaran? 2. Apakah penggunaan buku al-cArabiyah lil-cibadah dalam kalangan orang awam sudah memenuhi tujuan mereka mempelajari bahasa Arab? 3. Apakah ciri-ciri buku atau modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang disukai oleh orang awam? 4. Bagaimanakah pandangan orang awam terhadap pendekatan untuk mempelajari bahasa Arab menerusi Al-Qur’an?

OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini dijalankan bertujuan: 1. Mengkaji modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang terdapat di pasaran. 2. Mengenal pasti apakah penggunaan buku al-cArabiyah lil-cibadah dalam kalangan orang awam sudah memenuhi tujuan mereka mempelajari bahasa Arab. 3. Mengenal pasti ciri-ciri modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang disukai oleh orang awam. 4. Mengenal pasti pandangan orang awam terhadap pendekatan untuk mempelajari bahasa Arab menerusi Al-Qur’an.

METODOLOGI KAJIAN Kajian ini menggabungkan dua kaedah kajian, iaitu kaedah kualitatif dan kuantitatif. Kaedah kualitatif digunakan untuk mengumpulkan maklumat daripada buku-buku serta modul pengajaran bahasa Arab yang berkaitan dengan pengajaran bahasa Arab menerusi Al-Qur’an. Kaedah kuantitatif pula menggunakan kaedah temu bual dan borang soal selidik. Kajian tinjauan berkaitan penggunaan buku al-cArabiyah lil-cibadah dalam kalangan orang awam 256

dilakukan ke atas 12 orang respondan. Kajian ini menggunakan kaedah temu bual berstruktur. Manakala pengumpulan data menerusi borang soal selidik juga dilakukan untuk mengetahui ciri-ciri modul bahasa Arab yang dikehendaki oleh orang awam. Sebanyak 162 orang responden telah menjawab soal selidik ini.

KEPENTINGAN DAN SKOP KAJIAN Melalui sorotan yang dibuat terhadap kajian-kajian lepas berkaitan modul pengajaran bahasa Arab menerusi Al-Qur’an, belum ada kajian yang mengkaji persepsi orang awam dalam mempelajari bahasa Arab. Terdapat modul pengajaran bahasa Arab yang isi kandungan yang agak berat dan tidak sesuai untuk diajarkan kepada orang awam yang berada di peringkat awal

mempelajarinya. Kajian ini juga merupakan satu kajian awal untuk meneroka

kecenderungan serta pendekatan yang sesuai dengan tujuan dan keperluan orang awam. Oleh itu, semua hasil penemuan dan dapatan kajian ini boleh dijadikan sebagai maklumat awal bagi kajian lanjutan yang akan dibuat oleh pengkaji. Kajian ini merupakan satu kajian awal untuk mengenal pasti kecenderungan serta pendekatan yang dirasakan sesuai oleh orang awam seterusnya melahirkan satu modul pengajaran bahasa Arab menerusi Al-Qur’an yang bersesuaian dengan tahap kemampuan serta tujuan mereka mempelajarinya di peringkat permulaan.

TINJAUAN LITERATUR Kajian-kajian lepas menunjukkan terdapat pelbagai modul dan buku yang telah dihasilkan berkaitan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab melalui Al-Qura’n di Malaysia mahupun di Indonesia. Antaranya Drs. Rosihon Anwar M Ag (2002), H. Salimudin A. Rahman (2007), Zainuddin Ismail et al. (2010) dan Mohd Puzhi Usop et al. (2010). Daripada tinjauan literatur, pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa modul dan buku mempunyai sedikit persamaan dengan kajian yang ingin dilakukan. Kajian Abdul Wahid Hamid (1998) menghasilkan buku bertajuk Access to Qur’anic Arabic. Pengkaji tertarik dengan persembahan penulis yang menggunakan contoh-contoh daripada ayat Al-Qur’an bagi menghuraikan tajuk. Buku ini lebih menekankan perbahasan kaedah nahu diikuti perbahasan tentang makna ayat dan perkataan yang terdapat dalam contoh ayat Al-Qur’an dalam bahasa Inggeris. Hal ini memberikan gambaran yang jelas tentang konsep pengajaran bahasa Arab menerusi Al-Qur’an yang cuba dibuat oleh penulis. Walau bagaimanapun, kekurangan yang terdapat dalam buku ini ialah tidak menyertakan 257

sebarang latihan pengukuhan bagi setiap tajuk nahu yang dibincangkan. Namun begitu, apa yang menarik tentang buku ini ialah, penulis melampirkan glosari perkataan, tasrif kata kerja serta panduan menggunakan kamus Arab-Inggeris. Kajian H. Salimudin A. Rahman (2007) memfokuskan kepada kaum Muslimin yang berminat untuk mempelajari dan memahami kandungan ayat-ayat suci Al-Qur’an. Beliau berpendapat bahawa ilmu tatabahasa Arab merupakan ilmu yang paling penting dalam Islam kerana sumber asli ajaran Islam berbahasa Arab, tanpa mempelajari tatabahasa Arab dengan baik, seseorang itu tidak mungkin memahami ajaran Islam. Oleh sebab itu, beliau menggunakan pendekatan untuk mempermudah dan mempercepatkan pemahaman terhadap kandungan isi Al-Quran. Beliau mempersembahkan 9 bab yang menekankan kata dan kalimat, kata benda, jenis-jenis ism, kata kerja, harf, icrab (perubahan akhir kata), ism marfuc, ism mansub serta ism majrur. Daripada segi persembahan maklumat, beliau menerangkan takrifan bagi setiap tajuk, memberikan ciri-ciri yang berkaitan, serta mendatangkan contohcontoh ayat Al-Qur’an. Walaupun pendekatan yang diketengahkan ini sangat menarik dan bersesuaian dengan orang awam yang ingin mempelajari bahasa Arab untuk memahami AlQur’an, namun pengkaji mendapati penerangan kaedah nahu dalam bahasa Melayu yang terlalu padat menjadikan buku ini seolah-olah kehilangan fokusnya. Di Indonesia juga tidak ketinggalan dalam menghasilkan modul-modul pembelajaran bahasa Arab menerusi Al-Qur’an. Antaranya, Drs Rosihon Anwar (2002) dalam bukunya yang bertajuk “Cara Praktis Belajar dan Memahami Bahasa Al-Qur’an” yang merangkumi 3 jilid. Jilid pertama hanya membincangkan bagaimana kita menentukan bentuk dan jenis kata dalam bahasa Arab Al-Qur’an iaitu ism, ficl dan harf. Manakala jilid kedua memfokuskan kepada struktur kata dalam kalimat sedangkan jilid ketiga menghuraikan bagaimana kita menentukan tanda akhir kata. Kajian beliau mempunyai sedikit kelainan kerana disertai dengan contoh-contoh ayat Al-Qur’an yang praktis dan ringkas. Dalam penulisan modul ini juga beliau cuba mengelak daripada menggunakan ayat dan istilah yang berat kepada pembaca. Namun, pengkaji membuat tanggapan bahawa modul sebegini kelihatan agak berat bagi orang awam kerana penulisan huraian yang begitu padat sedangkan orang awam memerlukan persembahan yang ringkas. Huraian dan penerangan yang banyak akan merumitkan dan memberatkan pemikiran orang awam. Hal ini akan menjauhkan mereka daripada mempelajari bahasa Al-Qur’an. Oleh itu, pengkaji berpendapat pengajaran dan pembelajaran bahasa ini perlu diketengahkan dalam bentuk persembahan yang ringkas serta

258

mudah untuk difahami demi membentuk suatu tanggapan di mata orang awam berkenaan bahasa Arab yang ingin dipelajari adalah mudah dan senang difahami. Salah seorang tokoh yang banyak menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab menerusi al-Qur’an ialah Sohair Abdel Moneim Sery (2010). Buku beliau bertajuk “Pengajaran Bahasa Arab menerusi Al-Qur’an” disusun dalam bentuk perbualan dan huraian. Kaedah tatabahasa yang mudah turut diselitkan untuk membantu pembaca memahami setiap pelajaran. Manakala di akhir setiap pelajaran, beliau mempersembahkan beberapa contoh berupa ayat Al-Qur’an yang terdapat perkataan yang sama atau pecahan perkataan yang ada dalam perbualan pelajaran tersebut.

Namun, penyelidik mendapati

contoh-contoh berupa ayat Al-Qur’an yang didatangkan oleh beliau adalah terhad dan sampingan sahaja. Ayat Al-Qur’an bukanlah sebagai contoh utama bagi sesuatu kaedah tatabahasa yang dibahaskan dalam buku ini. Oleh itu, pengkaji berpendapat buku ini lebih sesuai diberi tajuk “Pengajaran Bahasa Arab menerusi perbualan” bukan pengajaran bahasa Arab menerusi Al-Qur’an. Hal ini berdasarkan isi kandungan buku yang hanya mengaplikasikan contoh-contoh ayat Al-Qur’an dalam konteks sampingan bukan contoh utama. Pandangan ini turut dipersetujui oleh Osman Hj. Khalid ketika memberikan kata-kata aluan dalam buku ini. Beliau berpendapat bahawa kaedah menghubung jalinkan perbendaharaan kata yang diajar dengan ayat-ayat Al-Qur’an dapat memantapkan pengajaran bahasa Arab, namun begitu terdapat sedikit kekurangan dalam buku ini kerana pengarang tidak mengukuhkan hubungan atau kaitan antara perbendaharaan kata Al-Qur’an dengan perbendaharaan kata yang diperkenalkan dalam setiap pelajaran. Kajian yang dibuat oleh Zainuddin Ismail et al. (2010) bertajuk “Asas Bahasa Arab Melalui Al-Quran” memberi pendekatan dengan menggunakan surah-surah lazim di dalam Al-Qur’an. Di samping menyertakan maksud terjemahan ayat-ayat Al-Qur’an dari segi makna dan bahasa, menghuraikan pembentukan perkataan dang wazan-wazannya, penulis juga membuat perbahasan perkataan dengan mengetengahkan bentuk persembahan jadual bagi setiap perkataan kata kerja dan diikuti dengan perbahasan ayat serta perbahasaan baris akhir. Pendekatan morfologi menggunakan surah-surah lazim dalam Al-Qur’an yang cuba diterapkan dalam modul ini adalah satu pendekatan yang baru yang belum terdapat lagi di Malaysia setakat pengetahuan pengkaji. Bagaimanapun, pengkaji mendapati modul ini tidak menyertakan latihan pengukuhan yang dapat menyokong keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab menggunakan modul ini. Kata-kata penulis di muka belakang buku ini seharusnya menjadi inspirasi dan galakan kepada mereka yang terlibat secara 259

langsung dengan pengajaran bahasa Arab agar berusaha mendekatkan orang awam untuk mempelajari bahasa Arab. Beliau menyebut: “Sesungguhnya manusia yang hampir keseluruhan hidupnya mendampingi bahasa Arab melalui pembacaan Al-Qur’an adalah di dalam kerugian kerana Al-Qur’an tidak dimanfaatkan untuk tujuan menguasai bahasa Arab. Tetapi itu bukan salah mereka. Mereka tidak dipimpin untuk menguasai bahasa Arab melalui Al-Qur’an dan mereka tidak mempunyai rujukan yang membantu mereka untuk menguasai bahasa Arab melalui Al-Qur’an.” Satu kajian terkini yang sangat menarik minat pengkaji ialah kajian Mohd Fauzi Yusuf et al. (2010) bertajuk al-cArabiyah lil-cibadah. Buku ini menggunakan pendekatan baru untuk mempelajari bahasa Arab untuk tujuan agama. Penulis buku ini telah menjalankan kajian lapangan sebelum memulakan penulisan. Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan orang Islam yang bukan penutur bahasa Arab mampu mempraktikkan zikir-zikir harian, membaca doa dalam bahasa Arab dengan lancar tetapi tidak memahami makna zikir dan doa tersebut. Mereka juga tidak mampu menghayati perkataan yang disebut sebagaimana yang dituntut untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Buku ini dapat membantu pembaca merealisasikan tujuan-tujuan ibadah seperti memahami dan menghayati bacaan zikir dalam solat fardu lima waktu. Perbahasan dalam buku ini dibahagikan kepada lima bahagian. Bahagian pertama

: Kaedah nahu,

Bahagian dua

: Bacaan-bacaan dalam solat,

Bahagian tiga

: Doa-doa dan zikir-zikir harian,

Bahagian empat

: Surah-surah pendek dalam Al-Qur’an,

Bahagian lima

: Ayat-ayat Al-Qur’an terpilih.

RUMUSAN KAJIAN TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN BUKU ALC ARABIYAH LIL-CIBADAH DALAM KALANGAN ORANG AWAM DI SEKITAR BANGI DAN KAJANG Pengkaji membuat satu kajian tinjauan terhadap penggunaan buku ini dalam kalangan orang awam di sekitar Kajang dan Bangi. Daripada 12 orang respondan dipilih daripada tiga tempat pengajian bahasa Arab untuk ditemu bual secara berstruktur. Respondan terdiri daripada seorang lelaki dan 11 orang perempuan yang berumur antara 26 tahun hingga 63 tahun. Semua respondan berminat mempelajari buku ini dan bersetuju bahawa penggunaan buku ini bersesuaian dengan tujuan mereka mempelajari bahasa Arab. Antara tujuan mereka mempelajari bahasa Arab boleh dilihat dalam jadual di bawah: 260

Jadual 1: Tujuan Mempelajari Bahasa Arab Bil 1. 2. 3. 4. 5.

Tujuan Mempelajari Bahasa Arab

Kekerapan 12 5 11 11 9 3

Mengetahui nahu bahasa Arab Memahami Al-Quran Memahami bacaan Solat Komunikasi Memahami Cerita Arab

Peratus 100% 41.6% 91.6% 91.6% 75% 25%

Daripada jadual di atas, 11 daripada 12 orang atau 91.6% mempelajari bahasa Arab untuk memahami Al-Qur’an dan memahami bacaan solat. Manakala 9 orang atau 75% pula mempelajari bahasa Arab untuk tujuan komunikasi. Daripada 12 orang yang ditemu bual, hanya 5 orang atau 41.6% sahaja yang mempelajari bahasa Arab untuk mengetahui nahu bahasa Arab. Semua respondan juga bersetuju bahawa penggunaan dwibahasa sangat bersesuaian untuk mempelajari bahasa Arab. Mereka turut bersetuju jika contoh ayat dalam buku ini perlu diterjemahkan ke bahasa Melayu untuk memudahkan mereka memahami contoh-contoh ayat yang diberikan. Sembilan respondan bersetuju bahawa penyusunan isi kandungan atau bahagian sangat sesuai. Manakala respondan yang tidak bersetuju dengan kesesuaian penyusunan bahagian dalam buku ini mencadangkan agar bahagian kaedah nahu diajar selepas bahagian bacaan dalam solat, bahagian doa dan zikir harian diajar. Hal ini bertujuan menarik minat pelajar dan memudahkan mereka mempelajari bahasa Arab. Pandangan ini turut dipersetujui oleh tiga orang guru yang ditemu bual dalam kajian ini. Mereka berpendapat bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab kepada orang awam berasaskan kaedah Nahu akan melarikan mereka daripada terus mempelajari bahasa Arab.

CIRI-CIRI MODUL BAHASA ARAB UNTUK ORANG AWAM Daripada 200 set soal selidik yang diedarkan ke seluruh Malaysia, hanya seramai 162 respondan menjawab dan mengembalikan soal selidik tersebut. Berikut adalah maklumat respondan: Jadual 2: Maklumat Respondan Bil

Negeri

Jumlah

1

Negeri Sembilan

30

2

Kuala Lumpur

25 261

3

Sarawak

19

4

Kelantan

19

5

Sabah

10

6

Terengganu

10

7

Selangor

11

8.

Kedah, Pulau Pinang

11

9.

Melaka

7

10.

Pahang

7

11.

Johor

6

12.

Wilayah Persekutuan (Putrajaya dan Labuan)

7

Jumlah

162

Set soal selidik ini terbahagi kepada empat bahagian sebagaimana berikut: Jadual 3: Kandungan Item Set Soal Selidik Bahagian

Item

A

Maklumat Respondan

B

Pembelajaran Bahasa Arab

C

Tahap Minat Mempelajari Bahasa Arab.

D

Ciri-Ciri Modul Bahasa Arab Untuk Orang Awam

Walau bagaimanapun, kertas kerja ini hanya akan membincangkan bahagian D sahaja. Bagi mengetahui ciri-ciri modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang diingini oleh orang awam, pengkaji menggunakan skala Likert. Lima skala yang digunakan ialah: [1] Sangat Tidak Setuju (STS); [2] Kurang Setuju (KS); [3] Tidak Pasti (TP); [4] Setuju (S); [5] Sangat Setuju (SS). Skala [4] Setuju (S) dan [5] Sangat setuju (SS) digabungkan untuk mendapatkan jumlah kekerapan dan peratusan ciri-ciri modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang diingini dan disukai oleh orang awam.

Jadual 4: Ciri-ciri Modul Bahasa Arab Untuk Orang Awam BIL 1.

PERKARA Kaedah nahu bahasa Arab perlu diberi dalam bentuk peta minda. 262

KEKERAPAN

PERATUS

84

51.9

2.

Modul perlulah menggunakan ayat yang mudah.

94

58.0

3.

Latihan akhir modul perlulah diperbanyakkan.

83

51.2

4.

Contoh ayat dalam modul menggunakan ayat alQuran sepenuhnya.

67

41.4

5.

Modul perlulah menarik dengan menggunakan tulisan berwarna.

64

39.5

6.

Isi kandungan modul perlulah menarik dengan menggunakan ilustrasi grafik.

100

61.7

7.

Modul perlu menggabungkan pelbagai kemahiran berbahasa.

103

63.7

8.

Ayat bahasa Arab perlu berbaris.

70

43.2

9.

Modul perlulah menggunakan dwibahasa.

76

46.9

10.

Terjemahan bagi Ayat bahasa Arab perlu ditulis dalam tulisan jawi.

65

40.1

Berdasarkan kepada pandangan respondan terhadap ciri-ciri modul bahasa Arab untuk orang awam, lebih 60% bersetuju isi kandungan modul perlu menarik dengan menggunakan ilustrasi grafik, di samping ia menggabungkan pelbagai kemahiran berbahasa. Lebih 50% respondan bersetuju agar modul menggunakan ayat mudah dan memperbanyakkan latih tubi, di samping memaparkan kaedah nahu dalam bentuk peta minda. Antara ciri-ciri lain yang dicadangkan untuk pembinaan modul bahasa Arab ialah: 1. Memperbanyakkan perbahasan tentang asas-asas perkataan yang digunakan dalam AlQur’an. 2. Membaca ayat Al-Qur’an terlebih dahulu kemudian menterjemahkan ayat tersebut dengan bahasa yang mudah. 3. Menafsirkan ayat Al-Qur’an melalui kaedah nahu sorof 4. Merujuk ayat-ayat Al-Quran perkata. 5. Menggunakan surah-surah lazim sebagai asas modul. 6. Modul hendaklah memenuhi keperluan semasa. 7. Modul hendaklah bersesuaian untuk semua peringkat umur. 8. Modul perlulah menerapkan satu kaedah yang tidak perlu menghafal. 9. Modul menerapkan pembelajaran berbentuk cerita. 263

10. Menyediakan ruangan yang mencukupi untuk menulis nota. 11. Memperbanyak contoh-contoh ayat menggunakan doa harian. 12. Mencipta teknologi mudah untuk belajar bahasa Arab. 13. Modul berasaskan interaksi dua hala antara guru dengan pelajar. 14. Mencipta satu kaedah untuk menghafal kaedah nahu sorof. 15. Memperbanyak gambar yang menggambarkan makna perkataan. 16. Menggunakan terjemahan dalam bahasa Inggeris

Antara cadangan lain untuk menggalakkan orang awam mempelajari bahasa Arab dan cadangan untuk menambah baik kaedah pengajaran bahasa Arab ialah: 1. Memperbanyak bengkel bahasa Arab untuk orang awam. 2. Mengadakan peraduan bahasa Arab untuk orang awam 3. Guru perlu membuat gaya percakapan ketika bercakap bahasa Arab. 4. Memuat naik pelajaran bahasa Arab di Internet 5. Guru perlu memperbanyak interaksi dengan pelajar. 6. Edarkan risalah-risalah mudah bahasa Arab kepada orang ramai. 7. Mengadakan kempen kepada orang Islam supaya mempelajari bahasa Arab.. 8. Mengadakan pembelajaran bahasa Arab dari rumah ke rumah 9. Memperbanyak kelas di hujung minggu 10. Penggunaan bahan bantu mengajar seperti ICT dan teknologi multimedia yang interaktif. 11. Menggunakan bahan ICT seperti CD, kaset, mp3 yang boleh digunakan dalam kereta. 12. Sokongan dari agensi kerajaan yang berkaitan untuk menggalakkan orang awam mempelajari bahasa Arab. 13. Menyediakan modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab untuk diajar di surausurau dan di masjid-masjid.

PENDEKATAN MODUL PEMBELAJARAN BAHASA ARAB Skala sangat sesuai dan sesuai digabungkan untuk mendapatkan kekerapan dan peratusan bagi mengetahui perkara-perkara berikut: 1. Tahap kesesuaian pendekatan modul bahasa Arab yang bertepatan dengan kehendak orang ramai. Jadual 5: Pendekatan Modul Bahasa Arab 264

Bil 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Item Pendekatan Al-Quran Pendekatan nahu (pembentukan ayat) Melalui bacaan dalam solat Pendekatan komunikasi Pendekatan saraf (pembentukan kata) Melalui doa harian

Kekerapan (162) 135 133 132 131 129 126

Peratus (100) 83.3 82.1 81.5 80.8 79.6 77.8

Daripada jadual di atas, pengkaji mendapati bahawa modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang diminati oleh orang awam adalah modul yang menggabungkan ke enam-enam pendekatan di atas. Pendekatan Al-Qur’an mengatasi pendekatan yang lain.

2. Langkah-langkah yang dilakukan oleh orang awam untuk memahami Al-Qur’an. Satu perkara yang perlu difikirkan dan diberi perhatian oleh guru-guru bahasa Arab ialah kurangnya kecenderungan orang awam untuk mempelajari bahasa Arab sebagai langkah paling penting bagi memahami Al-Qur’an. Hanya 59.2% sahaja yang berusaha mempelajari bahasa Arab untuk memahami Al-Qur’an berbanding 71.0% respondan lebih cenderung membaca tafsir Al-Qur’an sendiri. Walaupun membaca tafsir Al-Qur’an sendiri itu merupakan satu usaha yang baik tetapi tanpa mempunyai pengetahuan asas bahasa Arab, seseorang itu tidak mampu memahami rahsia yang terkandung di sebalik penggunaan bahasa Arab itu sendiri. Jadual di bawah menjelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh orang awam untuk memahami Al-Qur’an.

Jadual 6: Langkah-langkah yang dilakukan oleh orang awam untuk memahami Al-Qur’an Bil

Item

Kekerapan (162) 115

Peratus (100) 71.0

1.

Membaca tafsir Al-Qur’an sendiri

2.

Bertanya kepada orang lain (spt: ustaz/ustazah)

96

59.3

3.

Belajar bahasa Arab

96

59.2

4.

Belajar tafsir Al-Qur’an

93

57.4

5.

Merujuk Al-Qur’an per kata

91

56.2

265

SEJAUH MANA BAHASA ARAB PERLU DIPELAJARI UNTUK MEMAHAMI AL-QURAN Jadual 7: Sejauh Mana Bahasa Arab Perlu Dipelajari Untuk Memahami Al-Qur’an Kekerapan

Peratus

Perlu Tidak perlu

153 2

94.4 1.2

Jumlah

162

100

Daripada jadual di atas, 153 orang atau 94.4% mengatakan bahawa perlu mempelajari bahasa Arab untuk memahami Al-Qur’an. Hanya 2 orang respondan atau 1.2% sahaja mengatakan tidak perlu mempelajari bahasa Arab untuk memahami Al-Qur’an.

PENUTUP Secara keseluruhan, berdasarkan dapatan kajian didapati bahawa modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang terdapat di pasaran belum lagi memenuhi kehendak khalayak pembaca daripada kalangan orang awam. Walaupun semua respondan menyatakan minat mereka untuk mempelajari bahasa Arab menggunakan buku al-cArabiyah lil-cibadah kerana ia bersesuaian dengan tujuan mereka mempelajari bahasa Arab, namun begitu sebahagian respondan dan guru yang menggunakan buku tersebut mencadangkan agar bahagian kaedah nahu dikemudiankan selepas bahagian bacaan solat dan doa diajar. Hal ini untuk mencetuskan rasa kecintaan terhadap pembelajaran bahasa Arab.

PENGHARGAAN Kajian ini dijalankan dengan menggunakan dana KOMUNITI-2011-016 dan jutaan terima kasih kepada UKM kerana memberi pengkaji dana bagi menjalankan kajian ini.

RUJUKAN Abu Hamzah Yusuf al-Aisary. 2007. Pengantar mudah belajar bahasa Arab. Bandung: Pustaka Adhwa. ar-Rifa'i, D. N. (1997). Maharat Dirasiyah (Vol. 3). Kuwait: Maktab Maharat Li alIstisharah. Drs, R. A. (2002). Cara praktis belajar dan memahami bahasa Al-Quran. PT. ALMA 'ARIF. 266

Faiz, D. A. (1982). Tatbiqat al-nahwiyah. Damsyik: Dar al-Fikr. H. Salimudin A.Rahman, M. (2007). Tatabahasa Arab untuk mempelajari Al-Quran. Sinar Baru Algensindo Bandung. Hamid, A. W. (1998). Access to Qur'anic Arabic. London NW4 2RX, UK: MELS. Khairiah Kan'an, J. T.-K. (1994). Taclim al-cArabiyah fi tiscina yauman (Learn Arabic In Ninety Days). cAmman: Dar al-Faris. Lubnan Abd Rahman, A. A. (2008). Mengenali bahasa Arab menerusi Al-Quran. Nilai: Penerbit USIM. Mohamed, A. K. Teori Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Sekolah menengah agama di Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Fauzi Yusuf & Muhammad Seman. (2010). al-cArabiyah lil-cibadah. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia. Mohd Rosdi Ismail, M. T. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Qabawah, D. F. (1999). al-Maharatul al-lughawiyah (Vol. 3). Damsyik: Darul Fikr . Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd Dain. (1979/1980). Kaedah dan Teknik Mengajar Bahasa. Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu. Sohair Abdel Moneim Sery. (2010). Pengajaran bahasa Arab menerusi Al-Quran. Pustaka Haji Abdul Majis. Syalbi, D. A. (1980). Ta'lim al-lughatul cArabiyah li ghair al-cArab. Kaherah: Maktabah Nahdhah al-Misriah. Thalib, D. M. (1997). Sistem cepat pengajaran bahasa Arab. Bandung: Gema Risalah Press Bandung. Wan Azura Wan Ahmad, L. A. Pendekatan dan strategi efektif dalam penguasaan bahasa Arab. Nilai: Penerbit USIM. Zainuddin Ismail, Ibrahim Yaacob & Salamiah Ab. Ghani. (2010). Asas bahasa Arab melalui Al-Quran. Bangi: Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.

267