modul pengenalan kepada komputer - New Page 1

28 downloads 136 Views 296KB Size Report
Mengenalpasti komponen komputer. 1.0. Pengenalan kepada Teknologi Maklumat. Satu bidang kajian bagaimana perkakasan dan perisian boleh digunakan ...
Tajuk

: Pengenalan Kepada Komputer

Objektif : 1. Mentakrifkan apa itu Teknologi Maklumat 2. Mentakrifkan apa itu komputer 3. Mengenalpasti komponen komputer 1.0

Pengenalan kepada Teknologi Maklumat Satu bidang kajian bagaimana perkakasan dan perisian boleh digunakan untuk mengumpul data dan menukarkannya kepada maklumat berguna. Teknologi maklumat juga adalah hubungan antara manusia dan maklumat yang diperlukan serta penggunaan teknologi komputer untuk memproses maklumat berkenaan.

2.0

Komputer dan Pemprosesan 2.1

Definisi Komputer - Satu mesin automatik yang menyimpan dan mengolah atau memproses data. - Ia boleh menerima arahan dan data, memproses, menyimpan semula maklumat untuk kegunaan kemudian dan mengeluarkan satu keputusan untuk dipaparkan. - Tidak boleh berfikir atau membuat taakulan tepi hanya menjalankan arahan yang diberikan kepadanya. - Set arahan tersebut dipanggil aturcara atau program dan ditulis oleh pengaturcara.

2.2

Data, maklumat, input, output, pemprosesan dan storan Data Maklumat Input Output Pemprosesan Storan

bahan mentah atau fakta yang hendak diproses oleh komputer untuk medapatkan hasil. Hasil yang dikeluarkan daripada pemprosesan terhadap data yang diinput atau data yang telah diproses. Data yang dimasukkan ke dalam komputer menggunakan peranti input Hasil daripada proses manipulasi data ke peranti output Komputer memproses input untuk menghasilkan output. Komputer menyimpan data dan maklumat untk kegunaan pada masa hadapan di storan

1

3.0

Komponen komputer KOMPONEN KOMPUTER

PERANTI INPUT 3.1

SISTEM UNIT

STORAN SEKUNDER

PERANTI OUTPUT

Peranti Input Sistem komputer bergantung kepada peranti input untuk menukarkan data dari bentuk yang dikenali oleh manusia kepada bentuk yang boleh dibaca dan diproses oleh komputer. KATEGORI PERANTI INPUT

KEMASUKAN PAPAN KEKUNCI - Papan kekunci - Terminal

Peranti Penunjuk - Pen cahaya - Skrin sentuh - Kayu bedik - Tetikus

3.1.1

KEMASUKAN TERUS

Peranti Pengimbas - Pembaca kod - MICR,OCR,OMR - Pengimbas - Mesin faks

Peranti Pengecam Suara - Mikrofon

Kemasukan Papan Kekunci Data dimasukkan ke dalam komputer menggunakan papan kekunci. - Papan Kekunci - Antara kekunci asas ialah:- Kekunci piawai – aksara dan aksara istimewa - Kekunci pergerakan kursor – menggerakkan kursor di dalam dokumen - Kekunci numerik – untuk memasukkan nombor - Kekunci fungsi – cth: F1 untuk menu bantuan, F2 untuk fungsi lain - Kekunci kegunaan umum, cth: backspace, Del, Esc, Ctrl dan Alt. - Terminal - Terdiri daripada papan kekunci, monitor dan talian komunikasi yang bersambung kepada sistem komputer pusat. - Terbahagi kepada 2 jenis terminal:

2

-

-

Terminal Dungu Hanya boleh input data dan menerima maklumat dari komputer pusat, tidak dapat melaksanakan proses sendiri. Contoh: kaunter jualan tiket.

-

3.1.2

Terminal Pintar Boleh input data dan menerima maklumat dari komputer pusat Boleh melaksanakan proses sendiri yang terhad. Cth : mesin ATM

Kemasukan Terus - Peranti Penunjuk - Pen Cahaya - Peranti berdekatan dengan skrin dan dilekatkan kepada komputer menggunakan wayar. - Terdapat pengesan foto dari kesan pancaran cahaya yamg dikeluarkan. - Litar dalaman menukar bacaan kepada kedudukan pen - Digunakan untuk memilih menu atau melukis paparan grafik - Skrin Sentuh - Mengesan sentuhan jari manusia dengan menggunakan alur cahaya infra merah. - Biasanya untuk membuat pilihan menu. - Kayu Bedik - Digunakan untuk permainan video bagi menggerakkan kursor pada skrin video dengan menolak kayu alat tersebut ke arah yang diperlukan. - Tetikus - Mengawal kedudukan kursor dengan pergerakkan bola tetikus di permukaan meja atau pad. Mula popular apabila komputer menggunakan GUI sebagai antaramuka komputer. - Terdiri daripada tetikus mekanikal (pergerakan bebola mengawal pergerakan penunjuk), dan tetikus optikal (mengesan cahaya yang dibalikkan daripada pad yang dilengkapkan dengan grid untuk mengesan pergerakkan tetikus) - Bebola jejak (track ball) merupakan gerakkan bebola dengan jari untuk kawalan kursor. (seperti tetikus terbalik). Banyak digunakan bersama komputer riba dan stesen kerja. - Peranti Pengimbas - Pembaca Kod Bar - Mempunya tanda seperti jalur menegak (vertical zebra-striped) - Menterjemah kod bar sistem kepada isyarat elektrik dan difahami oleh komputer - Banyak digunakan di supermarket dan hipermart untuk melabel barangan dan jualan barangan kepada pelanggan - Pembaca Aksara - Menerima aksara bercetak atau bertaip daripada dokumen sumber dan menukarkan kepada kod yang diterima oleh komputer. Terdapat 3 jenis:-

3

-

-

Mambaca data secara terus Guna dakwat penyerap ferit yang dimagnetkan untuk menaip Banyak digunakan pada cek untuk memudahkan pemprosesan -

Pengecaman Tanda Optik (OMR)

Pengecaman Aksara Optik (OCR)

Pengecaman Aksara Dakwat Magnet (MICR)

Mengecam aksara bertaip atau bercetak Contoh penggunaan dalam bil elektrik, bil telefon dan bil air

-

Mengecam tanda pensil pada borang khas Contoh: Istitusi pendidikan menggunkannya untuk menjawab soalan kertas peperiksaan dan digunakan salam borang komputer.

-

Pengimbas - Untuk mengimbas gambar, lukisan ataupun keseluruhan dokumen - Pengimbas melihat imej dan menukarkan garisan, titik dan tanda kepada bentuk digital untuk diproses. - Terdapat beberapa jenis pengimbas iaitu:

Pengimbas Flatbed

Pengimbas Sheetfed -

Kurang berkuasa, lebih murah Banyak digunakan untuk mengimbas kawasan yang luas atau di mana-mana yang diperlukan.

Pengimbas Handheld -

Seperti flatbed , biasanya berkeupayaan mengimbas sehelai dokumen seperti mesin faks.

Bertindak seperti mesin fotokopi

-

-

Mesin Faks - Membaca teks dan grafik untuk dihantar melalaui talian telefon kepada mesin faks penerima - Terdapat 2 jenis:

Dedicated Fax Machine -

Menghantar dan menerima mesej menggunakan talian telefon

Fax Modem -

-

Menghantar mesej ke mesin fax atau ke modem faks pada komputer lain. Lebih cepat dan memerlukan pengimbas imej

Peranti Pengecaman Suara - Mengandungi pangkalan data yang menyimpan corak suara. - Suara yang diterima dengan mikrofon oleh peranti akan ditukarkan kepada kod digital. - Mikropemproses dalaman akan membandingkan corak suara yang diterima dengan corak yang ada dalam pangkalan data - Setelah dicam arahan boleh diproses seperti yang dikehendaki. - Kamera / Video digital - Imej / suara boleh disimpan terus secara digital di dalam disket, kad memori atau CD-R. Imej dan audio dimanipulasi dan ditayangkan secara terus dari komputer.

4

3.2

Peranti Output Merupakan satu perkakasan komputer yang menghantar maklumat kepada pengguna. Komputer hanya memahami bahasa binari dan ia perlu diterjemah kepada bahasa yang difahami oleh manusia, ini dilakukan oleh peranti input. KATEGORI PERANTI OUTPUT

SALINAN KERAS

SALINAN LEMBUT Hentaman - Aksara - Baris

Pencetak

Paparan skrin - Monitor - CRT - Flat Panel Display

Tanpa Hentaman - Laser Pemplot

3.2.1

-

-

Salinan keras - Pencetak - Merupakan peranti yang paling biasa digunakan kerana berupaya menghasilkan laporan dan dokumen - Mencetak diatas kertas atau borang seperti borang, cek bil dan lainlain - Mencetak teks dan grafik dalam warna - Terbahagi kepada 2 kategori:- Pencetak hentaman - Mencetak aksara demi aksara - Cetakan disebabkan oleh tukul yang mengetuk bentuk aksara dan kasara pula akan mengetuk reben berdakwat dan ini menyebabkan imej aksara kan melekat pada kertas. - Terbahagi kepada 2 kategori:

Pencetak satu aksara Mencetak satu aksara pada satu masa Contoh : Pencetak Matriks Bintik Bintik-biktik corak terbentuk oleh hujung dawai yang kecil (pin) yang dipanggil kepala pencetak (print head) Pin tersebut menekan reben dakwat dan mencetak aksara tersebut pada kertas.

-

-

Pencetak baris Mencetak keseluruhan baris pada satu masa. Contoh: Pencetak roda cetak Mempunyai satu siri roda bercetak, kesemua roda cetak aksara diletakkan dalam satu baris.

Pencetak tanpa hentaman - Menggunakan kaedah laser, xeroxgrafik, elektrostatik atau dakwat - Laju dan senyap - Terdapat 3 jenis:

5

Pencetak laser -

-

-

Pencetak pancutan dakwat

Guna pancaran laser untuk membentuk aksara dengan mengunjurkan corak matriks bintik ke atas permukaan dram. Toner akan tertarik ke kawasan yang didedahkan dan memberus di atas permukaan dram foto aliran. Kemudian dipindahkan ke atas kertas. Akhirnya kertas melalui satu unsur pemanas yang mencairkan toner tersebut.

-

3.2.2

-

-

Terdapat satu muncung pancutan dakwat dalam bentuk matriks Kristal yang bergegar memaksa titik-titik dakwat membentuk imej yang dibentuk oleh dawai dalam pencetak.

Pencetak Elektrostatik dan xerografik - Corak aksara diletak pada arus elektrik atau pancaran cahaya - Kertas tadi melalui serbuk hitam (toner) dan melekat pada kertas, akhirnya membentuk aksara tadi - Menghasilkan kualiti tinggi pada pencetak warna

Pemplot - Untuk menghasilkan output grafik bersaiz besar, tepat dan berkualiti tinggi. - Berupaya menjana plot berbilang warna - Biasanya digunakan untuk CAD, membina plan (blueprint) dan senibina bangunan. - Menggunakan beberapa pen dengan setiap satunya menghasikan warna yang berlainan. - Kertas boleh bergerak kehadapan dan belakang untuk membuat lukisan.

Salinan Lembut - Paparan Skrin atau Monitor - Memaparkan semua output yang dihasilkan untuk tatapan dan pengesahan. - Jenis-jenis:

6

CRT (Cathode Ray Tube) -

Flat Panel Display

Menggunakan tiub vakum untuk paparan Paparan Skrin pada CRTs terdiri daripada elemen-elemen grafik terkecil dipanggil pixel CRT terdiri daripada electric-gun, electro-beam, yoke dan skrin phosphor-coated.

3.3

-

Lebih nipis dan ringan berbanding CRT Sesuai untuk notebook dan poket pc Jenis-jenisnya: o LCD (Liquid Crystal Display) – Mengandungi hablur liquid crystal o EL (Electroluminiscent Display) – menggunakan aliran elektrik o Gas Plasma Display – Seperti lampu neon, menggunakan gas neon.

Storan Sekunder Terdapat 2 jenis peranti storan:JENIS STORAN

Storan Sekunder diluar unit pemproses

Storan primer di dalam unit pemproses

Storan primer lebih mahal daripada storan sekunder disebabkan ciri masa capaian lebih cepat (sehingga seribu juta per saat) sedangkan capaian storan sekunder hanya sejuta per saat. Konsep Storan Sekunder Bersifat meruap iaitu maklumat tidak hilang walaupun kuasa elektrik terputus. Digunakan untuk menyimpan data secara kekal supaya boleh digunakan semuala apabila diperlukan. Dapat menyimpan data atau suruhan sehingga ribuan juta aksara oleh CPU. Data perlu melalui storan primer sebelum dicapai oleh CPU untuk diproses. 3.3.1

Storan Jujukan - Katrij Pita Magnet - Nama lain ialah kaset pita (seperti kaset biasa) - Dibuat dari riben polyster yang nipis dan dilapisi bahan magnet pada satu permukaan. - Perakam kaset disambungkan dengan mikrokomputer melalui litar piawai untuk menukar isyarat audio kepada isyarat penduaan. - Menggunkan pemacu pita magnet untuk membaca data. - Kebaikan: mudah digunakan dan murah. Banyak digunakan untuk menyimpan data backup. - Keburukan: Kelajuan rendah dan data hanya boleh dibaca dan ditulis secara jujukan sahaja.

7

3.3.2

Storan Capaian Terus - Cakera liut magnet - Dicapai Secara jujukan dan secara terus - Dibaca menggunakan pemacu cakera magnet Saiz biasa ialah 3.5 inci menggantikan format dahulu 5.25 inci. - Jenis DD mempunyai kapasiti 720 KB dan jenis HD boleh menyimpan 1.44 MB Pemacu Zip - Menggunakan teknologi optikal dan magnet untuk membaca dan menulis. - Dikeluarkan oleh Iomega - Ruang storan 100MB dan 250MB Cakera keras - Cakera keras biasanya berada di tempat yang tetap di dalam sistem unit. - Lebih pantas dari cakera liut dan muatan lebih besar. - Ruang storan antara 500 MB hingga 80GB - Cakera keras diperbuat daripada beberapa keping cakera dipusingkan dengan satu spindle, Contohnya 4 keping menghasilkan 8 permukaan yang boleh di baca. Cakera Optik - Digunakan untuk merakam video muzik, audio muzik dan fail berunsur multimedia. - Data dirakam seperti cakera magnet cuma berbeza dari teknik rakaman. - Menggunakn pancaran laser ke atas permukaan cakera. CD-ROM (Compact Disk Read Only Memory) - Hanya dpat membaca cakera pra rakam - Pengguna tidak dibenar tulis atau padam maklumat - Muatan storan 700MB - Pemacu CD-ROM diklasifikasikan dengan jenis0jenis 4X, 6X, 8X, 10X, 24X, 32X, 64X sehingga 100X untuk menggambarkan kelajuan pemutaran berbanding CD biasa. DVD (Digital Video Disk) - Menyerupai CD atau D-Rom tetapi boleh menyimpan data yang lebih baik sehingga 10GB. CD-R (Compact Disk Recordable) - Membenarkan pengguna menulis data dan membaca data pada kos yang rendah. - Boleh ditulis sekali sahaja tapi dibaca banyak kali. - Memerlukan CD-writer dan dibaca menggunakan pemacu CD CDRW - Compact Disk Rewritable - Membenarkan pengguna memadam dan menulis berulangkali -

-

-

-

-

-

-

-

8

3.4

Sistem Unit Terdiri daripada papan sistem utama yang menyambungkan semua komponen sistem membolehkan peranti input dan output berkomunikasi denga unit sistem. Komponen asas unit sistem:KOMPONEN ASAS SISTEM UNIT

PAPAN SISTEM 3.4.1

MIKROPEMPROSES

Papan sistem - Nama lainnya adalan papan utama atau

motherboard

Bertindak sebagai pusat kawalan bagi menerima input daripada peranti input, memproses data dan menghantar hasil kepada peranti output. Mikropemproses - Dalam sistem mikrokomputer, central processing unit (CPU) atau pemproses berada di dalam cip yang dikenali sebagai mikropemproses. Contohnya Pentium III, Pentium Celeron, Pentium 4, (keluaran Intel) Athlon dan Duran (keluaran AMD). - Mikropemproses dipasang kepada papan sistem. Ia merupakan otak kepada unit sistem - Mengandungi 2 komponen utama iaitu - Unit kawalan Fungsinya ialah:- Mengawal aktiviti peranti input - Menyimpan dan mendapatkan data dari unit storan - Mengawal pengaliran arahan mesuk dan keluar dari RAM - Mengendalikan operasi ALU dan peralatan dalaman pemprosesan lain. - Mengawal aktiviti-aktiviti peranti output - Mengawal suruhan supaya dilakukan secara tertib di mana suruhan dibaca dan diterjemah sebelum dilaksanakan. - Unit logik aritmetik - Mengendalikan aritmetik disamping membuat keputusan. - Pengendalian aritmetik termasuk penambahan, penolakan, pendaraban, pembahagi. - Membuat keputusan bermaksud operasi seperti membandingkan antara dua kuantiti nombor seperti A>100, 5>3. Ingatan - Dikenali sebagai storan primer atau storan utama. - Ia boleh meyimpan arahan-arahan aturcara dan data semasa perlaksanaan oleh CPU. - Terdapat 2 jenis semikonduktor asas iaitu: - ROM - Maklumat yang disimpan tidak boleh diubahsuai atau dihapuskan. - Tidak meruap

3.4.2

3.4.3

INGATAN

9

-

-

RAM -

-

Antara jenis0jenis ROM ialah PROM (ProgrammableRead

Only Memory), EPROM (Erasable Programmable Read Only Memory), EEPROM (Electrical Erasable PROM).

Ingatan yang digunakan untuk menyimpan aturcara yang di inputkan ke dalam komputer untuk permprosesan. Membolehkan capaa berlaku secara rawak dan bersifat sementara. Maklumat boleh dihapuskan atau diubahsuaikan. Maklumat hilang atau meruap apabila komputer dipadamkan. Jenis-jenis RAM ialah DRAM (Dynamic Random Access),

SRAM (Static Random Access Memory), SDRAM (Synchoronous DRAM)

10