Muat Turun - E-masjid JAIS

7 downloads 711 Views 247KB Size Report
2 Nov 2012 ... diadakan secara gilang-gemilang sehingga digelar “perkahwinan ... Acara yang dipamerkan di televisyen dan majalah-majalah tertentu itu ...
Khutbah Jumaat 2 November 2012: “Elakkan Budaya Bermewah Dalam Majlis Perkahwinan” Jabatan Agama Islam Selangor

" ELAKKAN BUDAYA BERMEWAH DALAM MAJLIS PERKAHWINAN " ‫ﺐ‬‫ﻝﹶ ﺍﹾﻟﻜﹸﺘ‬‫ﺰ‬‫ﺃﹶﻧ‬‫ﻞﹶ ﻭ‬‫ﺳ‬‫ﻞﹶ ﺍﻟﺮ‬‫ﺳ‬‫ﺃﹶﺭ‬‫ ﻭ‬،‫ﺍﺭﹴ‬‫ﻘﹾﺮ‬‫ﺘ‬‫ﺍﺳ‬‫ﺍﺀٍ ﻭ‬‫ﺰ‬‫ ﺟ‬‫ﺍﺭ‬‫ﺓﹶ ﺩ‬‫ﺮ‬‫ﻞﹶ ﺍﹾﻵﺧ‬‫ﻌ‬‫ﺟ‬‫ ﻭ‬،ٍ‫ﻼﹶﺀ‬‫ﺘ‬‫ﺍﺑ‬‫ﻞﹴ ﻭ‬‫ﻤ‬‫ ﻋ‬‫ﺍﺭ‬‫ﺎ ﺩ‬‫ﻴ‬‫ﻧ‬‫ﻞﹶ ﺍﻟﺪ‬‫ﻌ‬‫ﻱ ﺟ‬‫ ﺍﻟﱠﺬ‬  .‫ﺍﺭﹺ‬‫ﺍﺭﹺ ﺍﻟﹾﻘﹶﺮ‬‫ﺎ ﺇﹺﻟﹶﻰ ﺩ‬‫ﻴ‬‫ﻧ‬‫ ﺍﻟﺪ‬‫ﻠﹾﻚ‬‫ ﺗ‬‫ﻦ‬‫ﺎﺡﹺ ﻣ‬‫ﺠ‬‫ﺍﻟﻨ‬‫ﺯﹺ ﻭ‬‫ ﺍﻟﹾﻔﹶﻮ‬‫ﻖ‬‫ﺎﺱﹺ ﻃﹶﺮﹺﻳ‬‫ﻠﻨ‬‫ ﻟ‬‫ﻴﹺّﻦ‬‫ﺒ‬‫ﻴ‬‫ ﻟ‬‫ﻪ‬‫ﺘ‬‫ﻤ‬‫ﺣ‬‫ﺑﹺﺮ‬ ‫ ﻭ‬‫ﺪ‬‫ﻤ‬‫ﺤ‬‫ﺎ ﻣ‬‫ﻧ‬‫ﻴﹺّﺪ‬‫ ﺳ‬ ‫ّﻢ‬‫ﻠ‬‫ﺳ‬‫ﻞﹺّ ﻭ‬‫ ﺻ‬‫ﻢ‬‫ ﺍﹶﻟﻠﱠﻬ‬.‫ﻟﹸﻪ‬‫ﻮ‬‫ﺳ‬‫ﺭ‬‫ ﻭ‬‫ﻩ‬‫ﺪ‬‫ﺒ‬‫ﺍ ﻋ‬‫ﺪ‬‫ﻤ‬‫ﺤ‬‫ ﺃﹶﻥﱠ ﻣ‬‫ﺪ‬‫ﻬ‬‫ﺃﹶﺷ‬‫ ﻭ‬‫ ﻟﹶﻪ‬‫ﺮﹺﻳﻚ‬‫ ﺷ‬ ‫ﻩ‬‫ﺪ‬‫ﺣ‬‫ ﻭ‬‫ ﺍﻟﻠﱠﻪ‬   ‫ ﺃﹶﻥ‬‫ﺪ‬‫ﻬ‬‫ﺃﹶﺷ‬ ‫ﻭ‬

‫ﻭ‬

.‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﻌ‬‫ﻤ‬‫ ﺃﹶﺟ‬‫ﺎﺑﹺﻪ‬‫ﺤ‬‫ﺃﹶﺻ‬‫ ﻭ‬‫ﻪ‬‫ﺁﻟ‬

   :‫ﺍﻟﻠﱠﻪ‬

‫ ﻗﹶﺎﻝﹶ‬.‫ﻘﹸﻮﻥﹶ‬‫ﺘ‬‫ ﺍﻟﹾﻤ‬‫ ﻓﹶﺎﺯ‬‫ﻯ ﺍﷲ ﻓﹶﻘﹶﺪ‬‫ﻘﹾﻮ‬‫ ﺑﹺﺘ‬‫ﺎﻱ‬‫ﺇﹺﻳ‬‫ ﻭ‬‫ﻴﻜﹸﻢ‬‫ﺻ‬‫ ﺃﹸﻭ‬،‫ﻘﹸﻮﺍﹾ ﺍﻟﻠﱠﻪ‬‫ﺗ‬‫ﻮﻥﹶ! ﺍ‬‫ﻤ‬‫ﻠ‬‫ﺴ‬‫ﺎ ﺍﻟﹾﻤ‬‫ﻬ‬‫ﺂ ﺃﹶﻳ‬‫ ﻓﹶﻴ‬،‫ﺪ‬‫ﻌ‬‫ﺎ ﺑ‬‫ﺃﹶﻣ‬

1

2

3

.         Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT. Sesungguhnya tiada yang lebih berharga dan dimuliakan oleh Allah SWT terhadap hamba-hambanya melainkan orang yang paling bertaqwa. Tajuk khutbah kita pada kali ini adalah “Elakkan Budaya Bermewah Dalam Majlis Perkahwinan”. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Al-Quran telah mengungkapkan sifat dunia sebagai keseronokan sementara yang sering memukau manusia. Firman Allah SWT dalam Al-Hadid, ayat 20:

4 5

6

                                      

7

    “Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan yang melalaikan serta perhiasan, juga bermegah-megah antara kamu serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; seumpama hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar, selepas itu engkau melihatnya kekuningan; akhirnya hancur bersepai. Sedangkan di akhirat ada azab yang berat dan ada pula keampunan besar serta keredaan dari Allah. Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah keseronokan bagi orang-orang yang terpedaya”. Justeru, kita sentiasa diingatkan supaya menjadikan akhirat sebagai matlamat kehidupan. Dunia pula kita jadikan sebagai ladang untuk mencari bekalan sebanyak-banyaknya. Namun, keindahan dunia itu tetap memukau manusia termasuk diri kita sendiri. Kadang-kadang, tanpa kemampuan yang cukup pun, manusia masih berusaha untuk merasakan keseronokan dunia walaupun dalam tempoh yang sementara, seperti pada hari mereka menjadi raja sehari. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Hari ini, sudah menjadi fenomena bagi kebanyakan pasangan pengantin baru untuk meraikan hari yang istimewa dalam hidup mereka itu dengan pelbagai persiapan dan perbelanjaan. Seringkali, pengantin dihiasi dengan pakaian yang indah dan mahal, duduk di atas pelamin yang penuh dengan hiasan serta dilengkapkan dengan hidangan jamuan yang pelbagai menunya. Itu belum lagi mengambil kira hantaran yang berlebihan, hadiah cenderahati untuk para tetamu, kos menyewa dewan atau hotel,

1

8 9 10 11

12

Khutbah Jumaat 2 November 2012: “Elakkan Budaya Bermewah Dalam Majlis Perkahwinan” Jabatan Agama Islam Selangor

kos penyediaan makanan yang tinggi, persalinan pengantin dan kos penggambaran yang tinggi. Sebenarnya, mengadakan walimah adalah sebahagian dari tuntutan agama. Justeru, ia perlu dilaksanakan dengan mematuhi kehendak agama. Sekiranya kita mahu mencapai keredhaan Allah, maka beberapa perkara perlu dielakkan dan diperhatikan: Pertama

:

Perlumbaan memeriahkan majlis perkahwinan sering mendedahkan masyarakat kepada budaya bermewah-mewah yang boleh melupakan manusia kepada matlamat hidup di akhirat. Marilah kita melihat bagaimana Allah SWT menggambarkan sikap Qarun, seorang dari kaum Nabi Musa yang kemudian menjadi pembesar dalam kerajaan Firaun. Beliau telah mempamerkan kekayaannya kepada kaumnya sehingga menimbulkan fitnah dalam hati-hati mereka. Firman Allah SWT dalam surah al-Qasas, ayat 79:

13

                                     

14

 “Kemudian Qarun keluar kepada kaumnya dengan memakai perhiasannya. Pada saat itu, berkatalah orang-orang yang semata-mata inginkan kesenangan kehidupan dunia: "Alangkah baiknya kalau kita ada kekayaan seperti yang didapati oleh Qarun! Sesungguhnya dia adalah seorang yang bernasib baik". Dan berkata pula orang-orang yang diberi ilmu (di kalangan mereka): "Celakalah kamu (Janganlah kamu berkata demikian), pahala dari Allah lebih baik bagi orang yang beriman dan beramal soleh; dan tidak akan dapat menerima (pahala yang demikian) itu melainkan orang-orang yang sabar”. Jelaslah, penampilan Qarun dengan gaya mewahnya telah menyebabkan sebahagian dari Bani Isra’il terpesona dan membina angan-angan keduniaan. Samalah seperti majlis perkahwinan yang diadakan secara gilang-gemilang sehingga digelar “perkahwinan abad ini” (atau “wedding of the year”). Acara yang dipamerkan di televisyen dan majalah-majalah tertentu itu tentu mempesonakan ramai manusia. Mereka menatap wajah-wajah pengantin yang disolek serta rekabentuk perhiasan majlis yang dipamerkan. Lalu memasang angan-angan untuk melalui pengalaman yang sama. Apa yang lebih dibimbangi adalah timbulnya perasaan megah, menunjuk-nunjuk serta sifat takbur dalam hati. Kedua : Perbuatan bermewah-mewah dalam majlis perkahwinan juga boleh menimbulkan irihati manusia lain. Sedangkan Rasulullah SAW mengajar kita agar berwaspada dalam menguruskan nikmat yang diberi oleh Allah SWT. Sabda baginda SAW:

.‫ﻮﺩ‬‫ﺴ‬‫ﺤ‬‫ ﻣ‬‫ﺔ‬‫ﻤ‬‫ﻱ ﻧﹺﻌ‬‫ﺎ ﻓﹶﺈﹺﻥﱠ ﻛﹸﻞﱠ ﺫ‬‫ ﻟﹶﻬ‬‫ﺎﻥ‬‫ﻤ‬‫ﺘ‬‫ﺞﹺ ﺑﹺﺎﻟﹾﻜ‬‫ﺍﺋ‬‫ﻮ‬‫ﺎﺡﹺ ﺍﻟﹾﺤ‬‫ﺠ‬‫ﻠﹶﻰ ﻧ‬‫ﻮﺍ ﻋ‬‫ﻴﻨ‬‫ﻌ‬‫ﺘ‬‫ﺍﺳ‬ “Usahakanlah untuk menjayakan keperluan kamu dengan merahsiakannya, kerana sesungguhnya setiap orang yang memiliki nikmat itu didengki”.(Riwayat al-Baihaqi dan al-Tabarani) Oleh itu, kita sepatutnya menggunakan nikmat yang Allah SWT kurniakan dengan cara yang sederhana. Bukan mempamerkannya untuk tatapan orang ramai. Ketiga : Perbelanjaan besar bagi meraikan perkahwinan merupakan suatu pembaziran, jika ia melampaui uruf dan kebiasaan masyarakat. Apatah lagi, sampai keluarga pengantin terpaksa meminjam wang untuk menjayakan majlis itu. Kadangkadang, walaupun anak daripada perkahwinan itu sudah berderet, namun hutang belanja perkahwinan belum habis-habis dibayar.

15 16

17

18 19 20 21 22

23 Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Mimbar Jumaat menyeru kaum Muslimin sekalian agar bersederhana di dalam kehidupan,

2

24

Khutbah Jumaat 2 November 2012: “Elakkan Budaya Bermewah Dalam Majlis Perkahwinan” Jabatan Agama Islam Selangor

termasuk dalam menguruskan majlis perkahwinan. Janganlah pula kita membazir dalam soal perbelanjaan perkahwinan. Bukankah orang-orang yang membazir itu saudara syaitan. Syaitanlah yang membisikkan kita supaya berbelanja berlebihan dalam menghebahkan perkahwinan. Sedangkan kos perbelanjaan yang besar itu lebih baik digunakan untuk kehidupan pasangan selepas perkahwinan, bukan dihabiskan dalam masa sehari dua sahaja. Semoga penjimatan itu akan mendatangkan keberkatan kepada keluarga yang baru dibina itu. Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW:

.‫ﺔﹰ‬‫ﺌﹸﻮﻧ‬‫ ﻣ‬‫ﻫﻦ‬ ‫ﺮ‬‫ﺴ‬‫ﻛﹶﺔﹰ ﺃﹶﻳ‬‫ﺮ‬‫ﺎﺀِ ﺑ‬‫ﺴ‬‫ ﺍﻟﻨ‬‫ﻈﹶﻢ‬‫ﺃﹶﻋ‬

25

“Perempuan (calon isteri) yang lebih besar keberkatannya adalah yang lebih ringan maskahwinnya”. (Hadis riwayat Ahmad, al-Bayhaqi dan al-Nasa’i) Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Kaum lelaki yang menjadi suami dan ketua keluarga perlu bertanggungjawab dalam mengawal dan menasihati ahli keluarga, khususnya isteri-isteri supaya tidak bermewah-mewah dalam menganjurkan majlis perkahwinan anak kesayangan mereka. Tahukah kita, ketika Sayyidina Ali KRW berkahwin dengan Sayyidatina Fatimah RA, maskahwin yang disediakan hanyalah sebentuk cincin besi. Siapakah anak kita berbanding Sayyidina Ali, dan siapakah pula calon isterinya berbanding Sayyidatina Fatimah, puteri rasulullah yang agung. Jika kita tetap mahu berbelanja, adalah lebih baik perbelanjaan itu digunakan sebagai sumbangan untuk orang-orang miskin dan anak yatim sempena perkahwinan itu. Atau, kita mengundang mereka makan bersama dalam majlis keraian kita secara percuma. Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah, Semoga sikap berhemat dalam hidup ini akan menghindarkan kita dari penyakit cintakan dunia, menimbulkan kedengkian mahupun sifat riak dan bermegah dalam hati.

26

27

    

                

28

     “Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau (26). Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara syaitan, sedang syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya”. (Al-Israa’ : 26-27)

29

‫ ﹶﻞ‬‫ﻘﹶﺒ‬‫ﺗ‬‫ ﻭ‬ ‫ﺎﺕ‬‫ﻳ‬ ‫ﻦ‬‫ ﻣ‬ ‫ﻨﹺﻲ‬‫ﻔﹶﻌ‬‫ﻧ‬‫ ﻭ‬, ‫ﺁﻥ‬ ‫ﻟﹶﻜﹸﻢ‬‫ ﻭ‬‫ﻲ‬‫ ﺍﷲُ ﻟ‬‫ﻙ‬‫ﺎﺭ‬‫ﺑ‬ ‫ﺮﹺ‬‫ﺂﺋ‬‫ﺴ‬‫ﻟ‬‫ ﻭ‬‫ﻟﹶﻜﹸﻢ‬‫ ﻭ‬‫ﻲ‬‫ ﻟ‬‫ﻢ‬‫ﻴ‬‫ﻈ‬‫ ﺍﷲَ ﺍﻟﹾﻌ‬‫ﺮ‬‫ﻔ‬‫ﻐ‬‫ﺘ‬‫ﺃﹶﺳ‬‫ ﻭ‬ ‫ﻲ‬‫ﻟ‬‫ﺃﹶﻗﹸﻮﻝﹸ ﻗﹶﻮ‬.  ‫ﻮ‬‫ﻭ ﻫ‬‫ﻪ‬‫ ﺇﹺﻧ‬,‫ﻭ‬‫ﻪ‬‫ﺗ‬‫ﻭ‬‫ﻼ‬‫ ﺗ‬‫ﻜﹸﻢ‬‫ﻨ‬‫ﻣ‬‫ ﻭ‬‫ﻨﹺّﻲ‬‫ﻣ‬ .‫ﻢ‬‫ﻴ‬‫ﺣ‬‫ ﺍﻟﺮ‬‫ﺭ‬‫ﻔﹸﻮ‬‫ ﺍﻟﹾﻐ‬‫ﻮ‬‫ ﻫ‬‫ﻪ‬‫ ﺇﹺﻧ‬‫ﻩ‬‫ﻭ‬‫ﺮ‬‫ﻔ‬‫ﻐ‬‫ﺘ‬‫ ﻓﹶﺎﺳ‬،‫ﺎﺕ‬‫ﻤ‬‫ﻠ‬‫ﺴ‬‫ﺍﻟﹾﻤ‬‫ ﻭ‬‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﻤ‬‫ﻠ‬‫ﺴ‬‫ﺍﻟﹾﻤ‬

30



3

Khutbah Jumaat 2 November 2012: “Elakkan Budaya Bermewah Dalam Majlis Perkahwinan” Jabatan Agama Islam Selangor

KHUTBAH KEDUA ‫ﻩ‬‫ﺪ‬‫ﺣ‬‫ﺍﷲُ ﻭ‬   ‫ ﺃﹶﻥﹾ‬‫ﺪ‬‫ﻬ‬‫ ﺃﹶﺷ‬،‫ﺎﺕ‬‫ ﺍﻟﻄﱠﻴﹺِّﺒ‬‫ﻦ‬‫ﺎ ﻣ‬‫ﻗﹶﻨ‬‫ﺯ‬‫ﺭ‬‫ ﻭ‬،‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﻤ‬‫ﻠ‬‫ﺴ‬‫ ﺍﻟﹾﻤ‬‫ﻦ‬‫ﺎ ﻣ‬‫ﻠﹶﻨ‬‫ﻌ‬‫ ﺟ‬‫ﻱ‬‫ ﺍﻟﱠﺬ‬‫ﻠﱠﻪ‬‫ﻟ‬‫ﺪ‬‫ﻤ‬‫ﺍﹶَﻟﹾﺤ‬ .‫ﻟﹸﻪ‬‫ﻮ‬‫ﺳ‬‫ﺭ‬‫ ﻭ‬‫ﻩ‬‫ﺪ‬‫ﺒ‬‫ﺍ ﻋ‬‫ﺪ‬‫ﻤ‬‫ﺤ‬‫ ﺃﹶﻥﱠ ﻣ‬‫ﺪ‬‫ﻬ‬‫ﺃﹶﺷ‬‫ ﻭ‬،‫ ﻟﹶﻪ‬‫ﻚ‬‫ﺮﹺﻳ‬‫ﺷ‬ ‫ﻮﻡﹺ‬ ‫ ﻳ‬  ‫ ﹺﺑﺈﹺ‬‫ﻢ‬‫ﻬ‬‫ﺒﹺﻌ‬‫ ﺗ‬‫ﻦ‬‫ﻣ‬‫ ﻭ‬‫ﺒﹺﻪ‬‫ﺤ‬‫ﺻ‬‫ ﻭ‬‫ﻪ‬‫ ﺁﻟ‬ ‫ﻭ‬  ‫ﺎ‬‫ﻧ‬‫ﻴﹺّﺪ‬‫ ﺳ‬  ‫ﺎﺭﹺﻙ‬‫ﺑ‬‫ ﻭ‬‫ّﻢ‬‫ﻠ‬‫ﺳ‬‫ﻞﹺّ ﻭ‬‫ ﺻ‬‫ﻢ‬‫ﺍﹶﻟﻠﱠﻬ‬ .‫ّﻳﻦﹺ‬‫ﺍﻟﺪ‬     :‫ﺎ‬‫ﻌ‬‫ ﻗﹶﺎﻝﹶ ﺍﷲُ ﺗ‬.‫ﻥﹶ‬‫ﻘﹸﻮ‬‫ﺘ‬‫ ﺍﻟﹾﻤ‬‫ ﻓﹶﺎﺯ‬‫ ﻓﹶﻘﹶﺪ‬‫ﻘﹸﻮﺍﹾ ﺍﻟﻠﱠﻪ‬‫ﺗ‬‫ ﺍ‬،ِ‫ ﺍﷲ‬‫ﺎﺩ‬‫ﺒ‬‫ﺎ ﻋ‬‫ ﻓﹶﻴ‬،‫ﺪ‬‫ﻌ‬‫ﺎ ﺑ‬‫ﺃﹶﻣ‬ 

.        

‫ﻪ‬‫ﺫﹸﺭﹺّﻳـﱠﺎﺗ‬‫ ﻭ‬‫ﺍﺟﹺﻪ‬‫ﻭ‬‫ﺃﹶﺯ‬‫ ﻭ‬‫ﻪ‬‫ﺘ‬‫ﺍﺑ‬‫ﻗﹶﺮ‬‫ ﻭ‬‫ﺎﺑﹺﻪ‬‫ﺤ‬‫ ﺃﹶﺻ‬‫ﻦ‬‫ ﻋ‬‫ﻢ‬‫ ﺍﻟﻠﱠﻬ‬‫ﺽ‬‫ﺍﺭ‬‫ ﻭ‬‫ﲔ‬‫ﻠ‬‫ﺳ‬‫ﺮ‬‫ﻴﹺّﺪ ﺍﻟﹾﻤ‬‫ ﺳ‬ ‫ّﻢ‬‫ﻠ‬‫ﺳ‬‫ﻞﹺّ ﻭ‬‫ ﺻ‬‫ﻢ‬‫ﺍﹶﻟﻠﱠﻬ‬ .‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﻌ‬‫ﻤ‬‫ﺃﹶﺟ‬

31

32

33

34

(Ya Allah, kurniakanlah semulia-mulia rahmat dan kesejahteraan terhadap penghulu para Rasul dan redhailah jua para sahabat, ahli keluarga, para isteri dan sekalian zuriatnya.)

‫ﻚ‬‫ ﺇﹺﻧ‬،‫ﺍﺕ‬‫ﻮ‬‫ﻣ‬‫ﺍ‬‫ ﻭ‬‫ﻢ‬‫ﻬ‬‫ﻨ‬‫ﺂﺀِ ﻣ‬‫ﻴ‬‫ﺣ‬‫ ﺍ‬‫ﺎﺕ‬‫ﻨ‬‫ﻣ‬‫ﺆ‬‫ﺍﻟﹾﻤ‬‫ ﻭ‬‫ﻦ‬‫ﻨﹺﻴ‬‫ﻣ‬‫ﺆ‬‫ﺍﻟﹾﻤ‬‫ ﻭ‬‫ﺎﺕ‬‫ِﻤ‬‫ﻠ‬‫ﺴ‬‫ﺍﻟﹾﻤ‬‫ ﻭ‬‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﻤ‬‫ﻠ‬‫ﺴ‬‫ﻠﹾﻤ‬‫ ﻟ‬‫ﺮ‬‫ ﺍﻏﹾﻔ‬‫ﻢ‬‫ﺍﹶﻟﻠﱠﻬ‬ .‫ﺎﺕ‬‫ﺎﺟ‬‫ ﺍﻟﹾﺤ‬‫ﻰ‬‫ﺎ ﻗﹶﺎﺿ‬‫ﻳ‬‫ ﻭ‬‫ﺍﺕ‬‫ﻮ‬‫ﻋ‬‫ ﺍﻟﺪ‬‫ﺐ‬‫ﺠﹺﻴ‬‫ ﻣ‬‫ﺐ‬‫ ﻗﹶﺮﹺﻳ‬‫ﻊ‬‫ﻴ‬‫ﻤ‬‫ﺳ‬

35

‫ﻰ‬‫ﻈﹾﻤ‬‫ ﺍﹾﻟﻌ‬‫ﻚ‬‫ﻔﹶﺎﺗ‬‫ﺻ‬‫ ﻭ‬‫ﻰ‬‫ﻨ‬‫ﺴ‬‫ ﺍﻟﹾﺤ‬‫ﻚ‬‫ﺂﺋ‬‫ﻤ‬‫ ﺑﹺﺄﹶﺳ‬‫ﺄﹶﻟﹸﻚ‬‫ﺴ‬‫ﻧ‬‫ ﻭ‬،‫ﻦﹺ‬‫ِﻴ‬‫ﻣ‬‫ ﺍ‬‫ﺒﹺﻴﹺّﻚ‬‫ ﺑﹺﻨ‬‫ﻚ‬‫ﻞﹸ ﺇﹺﻟﹶﻴ‬‫ﺳ‬‫ﻮ‬‫ﺘ‬‫ﻧ‬‫ ﻭ‬‫ﺄﹶﻟﹸﻚ‬‫ﺴ‬‫ﺎ ﻧ‬‫ ﺇﹺﻧ‬‫ﻢ‬‫ﺍﹶﻟﻠﱠﻬ‬

36

،  ‫ﻠﹾﻄﹶﺎﻥ‬‫ﻈﱠﻢﹺ ﺳ‬‫ﻌ‬‫ﺎ ﺍﻟﹾﻤ‬‫ﻨ‬‫ﻜ‬‫ﻠ‬‫ﻟﹶﺔﹶ ﻣ‬‫ﻼ‬‫ ﺟ‬،‫ﺔ‬‫ﺍﻧﹺﻴ‬‫ﺪ‬‫ﻤ‬‫ ﺍﻟﺼ‬‫ﻚ‬‫ﺘ‬‫ ﻭﹺﻗﹶﺎﻳ‬‫ﻔﹾﻆ‬‫ﺑﹺﺤ‬‫ ﻭ‬‫ﺔ‬‫ﺎﻧﹺﻴ‬‫ﺑ‬‫ ﺍﻟﺮ‬‫ﻚ‬‫ﺘ‬‫ﺎﻳ‬‫ِﻨ‬‫ﻦﹺ ﻋ‬‫ﻴ‬‫ﻔﹶﻆﹶ ﺑﹺﻌ‬‫ﺤ‬‫ﺃﹶﻥﹾ ﺗ‬ .‫ّﻳﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﻌﺰﻳﺰ ﺷﺎﻩ ﺍﳊﺎﺝ‬‫ ﺍﻟﺪ‬‫ﺡ‬‫ﻼ‬‫ﻠﹾﻄﹶﺎﻥ ﺻ‬‫ّﻳﻦ ﺍﺩﺭﻳﺲ ﺷﺎﻩ ﺍﳊﺎﺝ ﺍﺑﻦ ﺍﳌﺮﺣﻮﻡ ﺳ‬‫ ﺍﻟﺪ‬‫ﻑ‬‫ﺮ‬‫ﻠﹾﻄﹶﺎﻥ ﺷ‬‫ﺳ‬

37

(Ya Allah, ampunilah ke atas muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha mendengar, lagi hampir, serta sentiasa memperkenankan segala permintaan hambaNya, wahai Tuhan yang menunaikan segala permohonan

(Ya Allah sesungguhnya kami memohon kepadaMu dan kami mohon jua dengan berkat nabiMu yang bersifat amanah dan kami mohon dengan keberkatan nama-namaMu yang mulia dan sifat-sifatMu yang agung)

(agar apalah kiranya dengan inayahMu Engkau anugerahkan pemeliharaan serta kawalan yang berkekalan terhadap raja kami yang dikasihi Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni AlMarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.)

‫ﻚ‬‫ِﻨ‬‫ﻣ‬‫ﻖ‬‫ﻴ‬‫ﻓ‬ ْ   ‫ِﻰ‬‫ﻓ‬ ‫ﻑ‬ 

38

(Ya Allah kekalkanlah pertolongan, taufik dan hidayah, kesihatan dan keselamatan daripadaMu kepada Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj semoga sentiasa berada dalam keamanan dan kebaikan)

 ‫ﻦ‬‫ﻴ‬‫ﻇﱠﻔ‬         ‫ﻚ‬‫َﻣ‬ ‫ﻨﹺّﻚ‬‫ﺑﹺﻤ‬ ‫ﺔ‬‫ﻴ‬‫ﻓ‬  (Serta kesihatan dengan anugerahMu dan kemuliaanMu wahai Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia.

4

39

Khutbah Jumaat 2 November 2012: “Elakkan Budaya Bermewah Dalam Majlis Perkahwinan” Jabatan Agama Islam Selangor

Ya Allah, lanjutkan usia kedua-dua baginda dalam usaha memperbaiki kehidupan para pegawai, kakitangan, dan rakyat serta menjamin keamanan Negara,)

‫ّﻎﹾ‬‫ﺑﻠ‬

(Sampaikanlah hajat kedua-dua baginda kearah mendapat hidayah dan petunjukMu selama-lamanya). Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadratMu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat.. Sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan Negara umat Islam khususnya Negeri Selangor Darul Ehsan, sebagai negeri maju, sejahtera dan berkebajikan.

40

Justeru kami pohon kehadrat-Mu ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, tambahkan kami dengan ilmu dan kemahiran.

42

Suburkanlah jiwa kami dengan akhlak mulia , lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit,persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya hidup kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat. Ya Allah bukakanlah hati umat Islam, khususnya di Negeri Selangor untuk melaksanakan ibadah zakat sebagaimana yang telah Engkau fardhukan . Berkatilah hidup orang-orang yang melaksanakan tuntutan berzakat, menyayangi fakir dan miskin,

41

43 44

sucikanlah harta dan jiwa mereka agar mereka hidup dalam keredhaan-Mu. Kau lindungilah golongan fuqara’ dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang berpanjangan.

45

Demikian jua ya Allah, tambah dan luaskan rezeki orang yang mewakafkan hartanya di negeri ini, limpahkanlah nikmat Iman dan kesihatan yang berpanjangan kepada mereka, terimalah wakaf mereka dengan ganjaran pahala yang berkekalan hingga ke hari akhirat.

46

.  

       

(Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam (ikutan) bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.)

.          

47

48

(Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikkan di dunia & kebajikan di akhirat & peliharalah kami drpd azab api neraka.)

             

،ِ‫ ﺍﷲ‬‫ﺎﺩ‬‫ﺒ‬‫ﻋ‬

49

   

‫ﻛﹾﺮ‬‫ﻟﹶﺬ‬‫ ﻭ‬‫ﻜﹸﻢ‬‫ﻄ‬‫ﻌ‬‫ ﻳ‬‫ﻪ‬‫ﻠ‬‫ ﻓﹶﻀ‬‫ﻦ‬‫ ﻣ‬‫ﻩ‬‫ﺄﹶﻟﹸﻮ‬‫ﺍﺳ‬‫ ﻭ‬،‫ﻛﹸﻢ‬‫ﺰﹺﺩ‬‫ ﻳ‬‫ﻪ‬‫ﻤ‬‫ ﻧﹺﻌ‬ ‫ﻩ‬‫ﻭ‬‫ﻜﹸﺮ‬‫ﺍﺷ‬‫ ﻭ‬‫ﻛﹸﻢ‬‫ﺬﹾﻛﹸﺮ‬‫ ﻳ‬‫ﻢ‬‫ﻴ‬‫ﻈ‬‫ﻭﺍﹾ ﺍﷲَ ﺍﻟﹾﻌ‬‫ﻓﹶﺎﺫﹾﻛﹸﺮ‬ . ‫ﻮﻥﹶ‬‫ﻌ‬‫ﻨ‬‫ﺼ‬‫ﺎ ﺗ‬‫ ﻣ‬‫ﻠﹶﻢ‬‫ﻌ‬‫ﺍﷲُ ﻳ‬‫ ﻭ‬‫ﺮ‬‫ﺍﷲِ ﺃﹶﻛﹾﺒ‬

5

50