NAMA : NOOR MAZLINA BINTI ALWI NO. MATRIKULASI ...

743 downloads 431 Views 1MB Size Report
KAD PENGENALAN : 750922-03-5684 ... mengikut aturan tertentu untuk membawa makna dan bunyi-bunyi ini membentuk ... bunyi bahasa mengikut fungsinya.
NAMA

: NOOR MAZLINA BINTI ALWI

NO. MATRIKULASI

: 750922035684001

NO. KAD PENGENALAN

: 750922-03-5684

NO. TELEFON

: 014-8282331

E-MEL

: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : KELANTAN LEARNING CENTRE

PENGENALAN Menurut Kamus Dwibahasa (1981 : 716 ), linguistik membawa maksud pengajian ilmu bahasa. Ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu bahasa tertentu secara objektif iaitu mengkaji bahasa tersebut seperti ianya benar-benar wujud tanpa dipengaruhi oleh ramalan, sentimen ataupun falsafah. Bahasa merupakan alat komunikasi yang amat penting dalam kehidupan manusia. Alat pertuturan ini bersifat kompleks tetapi ianya teratur dengan menggunakan kod-kod tertentu. Asmah Hj Omar (1986) mengatakan bahasa yang digunakan oleh manusia adalah menggunakan alat-alat ujaran yang terdapat dalam tubuh badan manusia itu sendiri. Contohnya bibir, lidah, lelangit dan pita suara. Dalam pertuturan, kita cuba menghasilkan bunyi yang bermakna. Bunyi yang dikeluarkan dalam bentuk ujaran itu berterusan sifatnya, iaitu berentetan. Dalam penghasilan bunyi-bunyi bahasa, titik artikulasi dan artikulator merupakan nadi utama. Bunyi-bunyi bahasa dikeluarkan secara sistematik melibatkan banyak proses. Bunyi-bunyi yang dihasilkan manusia terbahagi kepada dua jenis, iaitu bunyi bukan bahasa dan bunyi bahasa. Bunyi bukan bahasa ialah bunyi-bunyi yang tidak bersifat bahasa seperti batuk, bersin dan berdehem. Bunyi bahasa ialah bunyi-bunyi yang dihasilkan mengikut aturan tertentu untuk membawa makna dan bunyi-bunyi ini membentuk perkataan, frasa dan ayat untuk berfungsi sebagai alat perhubungan antara manusia. Bidang yang mengkaji aspek bunyi-bunyi bahasa ialah fonetik dan fonologi. Menurut Kamus Dewan ( 1996 : 354 ), fonetik ialah ilmu bahasa (linguistik) yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambing yang menunjukkan sebutannya. Manakala mengikut Merriam Webster’s Collengiate Dictionary tenth edition (1996 : 873), fonetik dikatakan sebagai “the system of speech sounds of a language or group of languages”. Menurut Kamus Dewan (1996 : 354), fonologi merupakan kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatau bahasa. Mengikut Kamus Linguistik ( Harimurti Kridalaksana, 1984 : 51 ) memberikan definisi fonologi sebagai bidang dalam linguistic yang menyelidiki bunyibunyi bahasa mengikut fungsinya. Bunyi bahasa terbahagi kepada dua iaitu vokal dan konsonan. Vokal ialah bunyi oral tetapi ada yang dinasalkan. Vokal juga adalah bunyi bersuara dan untuk menghasilkan vokal,

udara keluar melalui rongga oral tanpa sekatan. Sifat vokal juga ditentukan oleh kedudukan lidah dan keadaan bibir. Manakala konsonan ialah bunyi-bunyi bahasa apabila dikeluarkan, bunyi-bunyi ini menerima sekatan, sempitan dan geseran samada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung.

PENGHASILAN BUNYI-BUNYI VOKAL DAN KONSONAN BAHASA MELAYU VOKAL Vokal ialah bunyi bersuara yang tatkala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan.Bunyi vokal mempunyai ciri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyibunyi vokal dapat didengar lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. VOKAL DALAM BAHASA MELAYU Bunyi-bunyi vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis,iaitu (i) vokal hadapan, (ii) vokal tengah, dan (iii) vokal belakang. Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada vokal i, e, a, o, u dan Kriteria yang menentukan jenis-jenis vokal itu ialah lidah, sama ada bahagian depan lidah, tengah lidah atau belakang lidah. Sekiranya bahagian depan lidah yang berpranan, maka bunyi vokal yang dihasilkan itu ialah bunyi vokal depan; sekiranya bahagian tengah lidah yang berperanan, maka bunyi vokal yang dihasilkan itu ialah bunyi vokal tengah; dan seterusnya jika bahagian belakang lidah yang berperanan dalam penghasilan bunyi itu, maka bunyi vokal tersebut ialah bunyi vokal belakang. Kriteria yang menentukan jenis-jenis bunyi vokal ini dapat dirumuskan seperti yang berikut: 1. Bahagian lidah yang berperanan, sama ada bahagian depan, tengah atau belakang lidah. 2. Ketinggian lidah yang dinaikkan, sama ada tinggi, separuh tinggi, rendah dan separuh rendah. 3. Keadaan bibir, sama ada bibir dihamparkan atau dibundarkan. 4. Pembukaan rahang, sama ada luas atau sempit.

Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis dari segi tulisan dan sebutan baku (standard), iaitu vokal i, e, a, tengah

, u, dan o. (iaitu tiga vokal depan: i, e, a, satu vokal

; dan dua vokal belakang : u, dan o), tetapi dari segi pertuturan terdapat Sembilan

jenis vokal seperti dalam rajah yang berikut:

Rajah kedudukan vokal di atas menunjukkan rajah kedudukan lidah mengikut bahagian-bahagiannya. Bahagian di sebelah kiri merupakan bahagian hadapan lidah dan di bahagian kanan merupakan bahagian belakang lidah dan di bahagian tengah merupakan bahagian tengah lidah. Garis-garis yang melintang itu pula merupakan garis yang menunjukkan ketinggian lidah yang dinaikkan. Bagi membunyikan bunyi vokal i, dan vokal u, misalnya, lidah dinaikkan tinggi sekali, sementara bagi membunyikan vokal a dan kedudukan lidah letaknya rendah sekali. Daripada rajah kedudukan vokal bahasa Melayu di atas dapat dirumuskan seperti yang berikut:

1. Vokal hadapan: (a) i

vokal hadapan sempit. Contoh dalam perkataan ibu, biru, ubi

(b) e vokal hadapan separuh sempit. Contoh dalam perkataan ekor, serong, sate (c) E vokal hadapan separuh luas 2. Vokal Tengah : (a)

vokal tengah pendek. Contoh dalam perkataan emak, sentuh, emas.

(b) 3 vokal tengah panjang. Vokal ini hadir di belakang kata seperti kit3, ras3, gul3 3. Vokal Belakang : (a) u vokal belakang sempit. Contoh dalam perkataan ular, kuda, Batu (b) o vokal belakang separuh sempit. Contoh dalam perkataan oleh, boleh, solo, foto (c) vokal belakang separuh luas. Contoh dalam dialek Kelantan : otak, botak, kito Dalam system tulisan biasa lambing vokal E,

, dan 3 tidak digunakan kerana tidak

terdapat dalam tulisan mesin taip biasa. Huruf yang dipakai untuk melambangkan bunyi vokal E, ialah e, dan lambang yang digunakan untuk melambangkan vokal E,

ialah o. Vokal

dan 3 wujud dalam dialek ( bahasa daerah ) dan vokal-vokal tersebut merupakan

kelainan atau variasi kepada vokal e dan o. Alat artikulasi lidah merupakan kriteria yang penting dalam pembahagian jenis vokal. Bahagian hadapan lidah misalnya berperanan menghasilkan bunyi vokal hadapan iaitu bunyi vokal i, e dan a. Bahagian tengah lidah berfungsi menghasilkan vokal tengah. Begitu juga dengan bahgian belakang lidah berfungsi menghasilkan bunyi-bunyi vokal belakang iaitu u, o, dan

. Perbezaan bunyi antara vokal-vokal tersebut yang dihasilkan adalah terletak pada

tinggi rendahnya bahagian lidah itu diangkat atau diturunkan. Bahgian lidah itu boleh diangkat tinggi sekali untuk menghasilkan vokal tinggi i dan u kemudian jika diturunkan separuh tinggi terhasil pula bunyi vokal separuh tinggi iaitu vokal e dan o. Begitu juga sekiranya bahagian lidah itu diturunkan separuh rendah akan menghasilkan vokal separuh rendah E dan

. Vokal tengah pula dihasilkan apabila bahagian tengah yang berperanan

menghasilkan bunyi dengan cara tengah lidah dinaikkan separuh tinggi. Untuk lebih jelas lagi

berikut diturunkan gambarajah yang menunjukkan kedudukan tinggi rendah lidah semasa menghasilkan bunyi-bunyi vokal.

Alat artikulasi bibir juga penting dalam penghasilan bunyi vokal. Keadaan bibir samada bibir itu hampar, separuh hampar atau bundar, separuh bundar akan menghasilkan vokal hampar, separuh hampar atau bundar dan separuh bundar. Berikut diberikan gambarajah keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis vokal tersebut.

Cara Penghasilan Vokal Berikut dihuraikan dengan mendalam bagaimana atau cara bunyi vokal kardinal i, e, a, u, o dan dihasilkan oleh alat artikulasi.

A. Vokal Hadapan Vokal hadapan sempit (tinggi) i a) Bibir dihamparkan b) Depan lidah dinaikkan tinggi ( setinggi mungkin kea rah gusi ) c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidu ng supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarka pita suara ke rongga mulut.

Di awal perkataan

ikan, ikut, ipar, ibu, itu

Di tengah perkataan

biru, bila, kita,sila, silap

Di akhir perkataan

tali, beli, beri, besi, guli

2. Vokal hadapan Separuh Sempit ( separuh tinggi ) e a) Bibir dihamparkan separuh sempit b) Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gusi c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung.

Di awal perkataan

ekor, ela, elok, edah, elak

Di tengah perkataan

katel, berang, heret, sepet, leper

Di akhir perkataan

sate,

3. Vokal Hadapan Separuh Luas ( separuh rendah) E a) Bibir dihampar separuh luas b) Depan lidah dinaikkan separuh rendah kea rah gusi+ c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung d) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal (lihat gambarajah). Berikut diberikan contoh perkataan yang dihadiri oleh bunyi vokal ini dalam dialek Kelantan

Di awal perkataan

esok, elo, edoh,ejek

Di tengah perkataan

beso, getek, gelek, pelek

Di akhir perkataan

gode, bule, ude, tule

4. Vokal Depan Luas (rendah)

a) Bibir dalam keadaan hampar b) Depan lidah diturunkan serendah mungkin. c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara dari paru-paru tidak dapat keluar melalui rongga hidung. d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut

Di awal perkataan

abang, ajar, asuh, adik, asyik

Di tengah perkataan

satu, paku, bukan, jambu, baju

Di akhir perkataan

kita, rasa, bila, kuda, kelapa

B. Vokal Belakang Sewaktu penghasilan vokal belakang, alat artikulasi penting yang berperanan ialah bahagian belakang lidah. Keadaan bibir bundar. 5. Vokal Belakang Sempit (tinggi) u a) Bibir dibundarkan b) Belakang lidah dinaikkan tinggi (setinggi mungkin ) kea rah lelangit lembut c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung d) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru menggetarkan pita suara ke rongga mulut

Di awal perkataan

ubi, unta, usung, undur, untuk

Di tengah perkataan

buka, bubur, subur, gandum, kabur

Di akhir perkataan

satu, labu, paku, kelambu, bayu

6. Vokal Belakang Separuh Sempit (separuh tinggi) o a) Bibir dibundarkan b) Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi kea rah lelangit lembut c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut menggetarkan pita suara

Di awal perkataan

oleh, otak, obor, oren

Di tengah perkataan boleh, sotong, kongkong, tolong Di akhir perkataan

solo

7. Vokal Belakang Separuh Luas (separuh rendah) a) Bibir dibundarkan b) Belakang lidah dinaikkan ke arah lelangit lembut c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya uadara tidak dapat keluar melalui rongga hidung d) Pita suara dirapatkan supaya udara dari paru-paru keluar dengan menggetarkan pita suara ke rongga mulut. e) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi vokal (lihat gambarajah) Bunyi ini terdapat dalam perkataan dialek Kelantan seperti yang berikut Di awal perkataan

oloh, otok, ore, opeh

Di tengah perkataan

pokok, sudoh, pecoh, boroh

Di akhir perkataan

kito, bilo, belako, guwano

C. Vokal Tengah Alat artikulasi yang berperanan dalam penghasilan vokal tengah ialah bahagian tengah lidah. Keadaan bibir hampar. 8. Vokal Tengah (pendek)

a) Keadaan babir hampar b) Tengah lidah dinaikkan sedikit kea rah lelangit keras c) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung d) Pita suara dirapatkan supaya udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut menggetarkan pita suara

Di awal perkataan

emas, emak, empat, enam

Di tengah perkataan

penat, berat, cergas, kemas

Sebagai kesimpulan dapat dirumuskan di sini bahawa jumlah vokal cardinal ialah lapan jenis iaitu vokal i, e, a, u, o, e. Vokal asli dalam bahasa Melayu hanya enam jenis iaitu vokal i, e, a, u, o, dan e. Semua vokal adalah bersuara. Kecuali vokal e yang agak lemah bunyinya dan kurang lantang, vokal-vokal lain adalah lantang.

KONSONAN DALAM BAHASA MELAYU Konsonan ialah bunyi bahasa selain daripada bunyi vokal. Sekiranya bunyi vokal itu ialah bunyi yang dihasilkan oleh alat artikulasi dengan udara keluar terus-menerus tanpa sekatan atau gangguan oleh alat artikulasi, maka bunyi konsonan ialah bunyi yang semasa menghasilkannya terdapat gangguan atau halangan ( hambatan ) oleh alat artikulasi. Konsonan boleh terdiri daripada konsonan bersuara dan konsonan tidak bersuara. Konsonan bersuara ialah konsonan yang semasa penghasilannya pita suara digetarkan oleh arus udara yang keluar dari paru-paru dan konsonan tidak bersuara adalah konsonan yang dihasilkan tanpa mengalami getaran pita suara oleh arus udara. Konsonan dalam Bahasa Melayu terdiri daripada dua golongan, iaitu konsonan asli dan konsonan pinjaman.

Konsonan Asli Bahasa Melayu Konsonan asli dalam Bahasa Melayu ialah konsonan yang tersedia dalam Bahasa Melayu dan telah digunakan oleh penutur Bahasa Melayu tanpa perubahan. Menurut Yunus Maris terdapat sebanyak 19 konsonan asli dalam Bahasa Melayu yang terdiri daripada dua konsonan letupan, dua bibir bersuara dan tidak bersuara ( p, b ), dua konsonan letupan gusi bersuara dan tidak bersuara ( t, d ), dua letupan lelangit lembut bersuara dan tidak bersuara (k, g), satu konsonan hentian glotis, dua konsonan letusan bersuara dan tidak bersuara (c, j), dua konsona geseran tidak bersuara, iaitu geseran gusi tidak bersuara (s) dan geseran glotis bersuara (h), satu konsonan getaran bersuara (r), satu konsonan sisian bersuara (l), emapat konsonan sengau bersuara ( m, n, n, n), dan dua konsonan separuh vokal bersuara, iaitu satu separuh vokal, dua bibir bersuara ( w ), dan satu separuh separuh vokal lelangit keras bersuara ( j ). Penghasilan konsonan-konsonan tersebut melibatkan daerah artikulasi tertentu seperti dua bibir, gusi, lelangit keras, lelangit lembut, pita suara, glotis, rongga hidung dan lain-lain.Berikut diberikan carta konsonan asli Bahasa Melayu dan daerah artikulasi dan cara penyebutannya sekali.

Cara Penghasilan Konsonan 1. Letupan dua bibir tidak bersuara a) Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara dari paru-paru yang keluar ke rongga mulut. b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak bagi menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. c) Pita suara dibuka (direnggangkan)

Di awal perkataan

panjat, pokok, pukul, puteri

Di tengah perkataan

lepas, sepak, dapur, dapat

Di akhir perkataan

dakap, atap, sedap, santap

2. Letupan dua bibir bersuara a) Dua bibir dirapatkan untuk menghalang sepenuhnya udara keluar dari paru-paru ke mulut. b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak bagi menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. c) Pita suara dirapatkan.

Di awal perkataan

burung, buku, budak, batu

Di tengah perkataan

tubuh, subuh, tabur, tiba

Di akhir perkataan

sebab, lembab, kitab, adab

3. Letupan gusi tidak bersuara a) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. c) Pita suara di buka ( direnggangkan )

Di awal perkataan

tangan, tahu, tolong, tarik

Di tengah perkataan

petang, putus, satu, datuk

Di akhir perkataan

penuntut, patut, sebut, lembut

4. Letupan gusi bersuara a) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk menutup rongga hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. c) Pita suara dirapatkan.

Di awal perkataan

dalam, dahulu, duka, dapur

Di tengah perkataan

pedang, padang, sidang, padah

Di akhir perkataan

abad, tekad , maksud

5. Letupan lelangit lembut tidak bersuara a) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan pada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. b) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak untuk menyekat udara supaya tidak dapat keluar melalui rongga hidung. c) Pita suara dibuka ( direnggangkan ) Di awal perkataan

kawan, kuda, kalau, kita

Di tengah perkataan

sukat, bakat, dekat, pukat

Di akhir perkataan

budak, pekak, tengok, emak

6. Letupan lelangit lembut bersuara a) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk membuat sekatan penuh pada arus udara yang keluar dari paru-paru. b) Pita suara dirapatkan

Di awal perkataan

guru. ganti, gantung. Gajah

Di tengah perkataan

agak, agar, syurga, juga

Di akhir perkataan

dialog, beg, monolog,

7. Hentian glotis a) Pita suara dirapatkan serapat-rapatnya. b) Udara dari paru-paru keluar dan tersekat dan terhenti pada bahagian glotis dan tidak dilepaskan. c) Bunyi yang dihasilkan ialah bunyi konsonan hentian glotis yang terdapat dalam Bahasa Melayu.

Di awal perkataan

?ibu, ?ada, ?ikan, ?orang

Di tengah perkataan

sa?at, juma?at, ke?ada?an, so?al

Di akhir perkataan

tida?, ana?, golo?, gala?

8. Letusan Lelangit Keras- Gusi tidak bersuara a) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung c) Pita suara dibuka (direnggangkan) Di awal perkataan

cari, cuti, curi, contoh

Di tengah perkataan

suci, banci, benci, kunci

Di akhir perkataan

mac, koc,

9. Letusan Lelangit Keras- Gusi bersuara a) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara dari paru-paru ke rongga mulut b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak untuk membuat sekatan supaya udara daripada memasuki rongga hidung c) Pita suara dirapatkan

Di awal perkataan

jangan, jolok, janggut, juga

Di tengah perkataan

tajam, terjun, bujang, hujan

Di akhir perkataan

imej, kolej

10. Geseran gusi tidak bersuara Untuk menghasilkan bunyi konsonan ini proses yang berikut turut berlaku a) Daun lidah dinaikkan ke arah gusi untuk membuat sempitan b) Lelangit lembut dan anak tekak dirapatkan pada dinding tekak bagi menyekat udara daripada keluar melalui rongga hidung c) Pita suara dibuka ( direnggangkan ) d) Udara dari paru-paru keluar dengan menggeser melalui sempitan pada daerah gusi. Pita suara tidak digetarkan.

Di awal perkataan

sayang, sapu, sungguh, sedap

Di tengah perkataan

basuh, kasar, dasar, pasar

Di akhir perkataan

habis, bilis, hiris, beras

11. Geseran Glotis Bersuara

a) Pita suara dibuka(renggangkan ) untuk membuat sempitan pada glotis b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak bagi menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui hidung. c) Udara keluar dengan menggeser melalui sempitan glotis. Pita suara digetarkan.

Di awal perkataan

habis, pulur, hantu, hinggap

Di tengah perkataan

lihat, tahap, pihak, jahat

Di akhir perkataan

bersih, letih, kasih, lebih

12. Getaran gusi bersuara

a) Hujung lidah dikenakan pada gusi b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan pada dinding tekak supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung c) Pita suara dirapatkan d) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan menggetarkan hujung lidah, dan pita suara digetarkan

Di awal perkataan

rasa, ratu, runtuh, rusuh

Di tengah perkataan

beras, keras, laras, karut

Di akhir perkataan

besar, kasar, lebar, edar

13. Sisian gusi bersuara a) Hujung lidah dikenakan pada bahagian tengah gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut b) Pita suara dirapatkan c) Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut, tetapi hanya dapat keluar melalui sisian atau tepian. Pita suara digetarkan Di awal perkataan

lama, lambat, lampu, lupa

Di tengah perkataan

selamat, kelat, kilat, bulat

Di akhir perkataan

tinggal, bekal, penggal, pukul

14. Sengau dua bibir bersuara a) Bibir bawah dirapatkan pada bibir atas untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan supaya udara dapat memasuki rongga hidung. c) Pita suara dirapatkan. Di awal perkataan

makan, malam, mula, masin

Di tengah perkataan

timun, namun, timur, lima

Di akhir perkataan

salam, silang, dalam, tilam

15. Sengau gusi bersuara a) Hujung lidah dirapatkan pada gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung c) Pita suara dirapatkan

Di awal perkataan

nasi, nuri, nangka, naluri

Di tengah perkataan

kenari, binasa, panas, lontar

Di akhir perkataan

papan, simpan, lapan

16. Sengau lelangit keras-gusi bersuara a) Depan lidah dirapatkan pada daerah lelangit keras-gusi untuk membuat sekatan pada arus udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga ke hidung supaya udara dari paru-paru dapat keluar melalui rongga hidung c) Pita suara dirapatkan

Di awal perkataan

nyanyi, nyata, nyamuk, nyanyuk

Di tengah perkataan

banyak, minyak, tanya, sunyi

17. Sengau langit lembut bersuara a) Belakang lidah dinaikkan dan dirapatkan kepada lelangit lembut untuk menyekat udara yang keluar dari paru-paru ke rongga mulut. b) Lelangit lembut dan anak tekak diturunkan membuka rongga hidung supaya udara dapat keluar melalui rongga hidung. c) Pita suara dirapatkan

Di awal perkataan

nganga, ngiau,

Di tengah perkataan

bunga, singa, bangga, tangga

Di akhir perkataan

tanggung, burung, tanjung

18. Separuh vokal dua bibir bersuara a) Bibir dibundarkan b) Belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut tetapi tidak menyentuh lelangit lembut (sama seperti kedudukan lidah untuk menyembunyikan vokal belakang u) c) Pita suara dirapatkan

Di awal perkataan

wau, waris, wayang, wang

Di tengah perkataan

kawan, lawan, lewat, kawad

Di akhir perkataan

sepak takraw

19. Separuh vokal lelangit keras bersuara a) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan kepada dinding tekak supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung b) Pita suara dirapatkan

Di awal perkataan

yang, yakin, yatim, yuran

Di tengah perkataan

dayang, sayang, bayang, sembahyang

20. Geseran bibir – gigi tidak bersuara a) Bibir bawah dihampirkan pada gigi atas untuk membuat sempitan supaya udara keluar dengan menggeser melalui ruang yang sempit. b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung c) Pita suara dibuka (direnggangkan)

Di awal perkataan

fikir, fitnah, faham, fonetik

Di tengah perkataan

nafkah, sifir, sifar, kufur

Di akhir perkataan

arif, maaf, alif, huruf

21. Geseran bibir – gigi tidak bersuara a) Bibir bawah dihampirkan pada gigi bawah untuk membuat sempitan supaya udara keluar dengan menggeser melalui sempitan b) Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan dan dirapatkan apada dinding tekak menutup rongga ke hidung supaya udara tidak dapat keluar melalui rongga hidung. c) Pita suara dirapatkan.

PERBEZAAN DI ANTARA FONEM DAN ALOFON DALAM SISTEM FONOLOGI BAHASA MELAYU. Bidang fonemik ialah bidang linguistik yang membincangkan perkara yang berkaitan dengan system atau fungsi bunyi bahasa. Dalam bidang fonemik, bunyi-bunyi bahasa akan dianalisis dan menentukan taraf sesuatu bunyi itu samada bunyi itu distingtif ( membezakan makna atau tidak didistingtif. Jika bunyi itu bertaraf distingtif, iaitu membezakan makna, maka bunyi itu agak bertaraf fonem. Di sebaliknya jika bunyi itu tidak distingtif dan tidak membezakan makna, maka bunyi itu dianggap alofon.

Fonem Fonem ialah unit bunyi yang terkecil yang mampu memperlihatkan perbezaan makna. Perbezaan makna ini dapat dilihat pada pasangan terkecil perkatan.Misalnya p dan b ialah dua fonem dalam Bahasa Melayu kerana membezakan makna seperti kelihatan dalam pasangan perkataan pagi dan bagi. Satu lagi contoh ialah pedang dan petang. Dalam pasangan minimal perkataan pedang dan petang itu terdapat bunyi tang berbeza ( distingtif), iaitu bunyi p dan bunyi t. Oleh sebab perkataan pedang berbeza makna dengan perkataan petang (walaupun dari segi bunyinya hamper sama, kecuali bunyi p dan bunyi t ), maka dikatakan bahawa bunyi p dan bunyi t adalah bunyi yang distingtif yang membezakan makna. Oleh itu bunyi p dan bunyi t adalah bertaraf fonem yang berbeza, dan bunyi fonem ini diletakkan dalam kurungan fonem iaitu / p / dan / t / . Pada tahap ini perlu disebut tentang penggunaan kurungan. Kurungan jenis digunakan untuk menggambarkan sesuatu bunyi, misalnya p dalam pagi dan bagi . Apabila telah terbukti p

dan

b

b dalam

itu dua fonem yang berasingan, maka jenis

kurungan yang digunakan berubah menjadi /p/ dan /b/. Kurungan /

/ digunakan bagi

menunjukkan status fonem kedua-dua bunyi tersebut. Adakalanya, sesuatu fonem mempunyai variasi. Variasi-variasi atau kelainan ini disebut alofon. Contoh-contoh fonem yang lain yang membezakan makna adalah seperti yang berikut: 1.

kaya dan paya / k / dan / p / adalah fonem yang berbeza

2. ‘”’barat dan karat / b / dan / k / adalah fonem yang berbeza 3. sayang dan wayang / s / dan / w / adalah fonem yang berbeza 4. dalam dan talam / d / dan / t/ adalah fonem yang berbeza 5. cari dan jari / c / dan / j / adalah fonem yang berbeza

Alofon Alofon ialah anggota-anggota kepada satu fonem. Alofon juga merupakan kelainan bunyiantara satu sama laintetapi masih tergolong ke dalam satu fonem. Kelainan bunyi yang tergolong ke dalam satu fonem iniberlaku akibat terpengaruh oleh bunyi tertentu sama ada yang terdahulu atau terkemudian daripadanya. Misalnya bunyi fonem / k / dalam bahasa Melayu mempunyai beberapa kelainan bunyi ( alofon) kerana terpengaruh oleh bunyi di sekitarnya, misalnya alofon K , K dan ? . Bunyi alofofon K terjadi akibat kehadirannya dalam perkataan KIRII ( iaitu K yang diikuti oleh vokal belakang i) Bunyi K terjadi kerana kehadirannya dalam perkataan KUDA ( iaitu K yang dikuti oleh vokal belakang u ) Bunyi ? terjadi kerana kehadirannya di akhir katadalam suku kata tertutup seperti dalam perkataan KAKA ? Dalam hal ini alofon k , k, dan ? adalah alofon- alofon daripada keluarga bunyi yang sama, iaitu fonem /K /. Ketiga-tiga bunyi

K, K, ? itu adalah bunyi yang mempunyai

kesamaan fonetik. Maksudnya bunyi- bunyi alofon tersebut hampir-hampir sama dari segi cara pengucapannya dan juga cara penghasilanya. Ketiga-tiga bunyi itu adalah saling melengkapi dimaksudkan masing-masing bunyi tersebut menduduki posisi tertentu ( tempat masing-masing) dalam bahasa Melayu.

Alofon juga boleh terjadi daripada bunyi bunyi yang BERVARIASI BEBAS. Dengan bervariasi bebas dimaksudkan walaupun bunyi-bunyi berbeza dalam perkataan tertentu, misalnya FAHAM dengan PAHAM tetapi perbezaan bunyi tidak membawa makna yang berbeza ( maknanya sama ). Dalam bahasa Melayu terdapat pula beberapa perkataan yang hampir sama dari segi sebutan tetapi maknanya sama ( tidak berbeza ) , misalnya perkataan AGAMA,UGAMA dan IGAMA.Walaupun perkataan agama, ugama dan igama itu dari segi makna tidak berbeza tetapi vokal A,U dan adalah asalnya fonem yang berbeza kerana terdapat pasangan minimal masing-masing yang membezakan makna , iaitu BARU, BURU, BIRU. Oleh sebab vokal “A,U dan adalah distintif ( menbezakan makna ), maka bunyi A,U dan adalah bertaraf fonem .Apabila A,U dan

itu sudah pernah bertaraf fonem , maka bunyi A,U dan

adalah

bertaraf ALTERNASI BEBAS.

CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL BAHASA MELAYU Suprasegmental juga dikenali sebagai suprapenggalan. Ia merupakan cirri atau sifat bunyi yang menindihi atau menumpangi sesuatu fonem. Ianya bermaksud ciri suprasegmental hadir bersama-sama dengan fonem penggalan dengan cara menumpangi bunyi segmental. Suprasegmental ini bukannya bunyi segmental tetapi ciri yangt hadir bersama dengan cara menindihi atau menumpangi bunyi segmental. Suprasegmental adalah terdiri daripada yang berikut : 1. Tekanan 2. Kepanjangan 3. Jeda 4. Tona 5. Intonasi

TEKANAN Tekanan merupakan ciri keras atau lemahnya suara penyebutan sesuatu suku kata. Tekanan selalunya berlaku pada suku kata di dalam sesuatu perkataan. Tekanan ditanda dengan tanda

. Di dalam Bahasa Melayu, tekanan sering terjadi pada vokal. Bunyi vokal

disebut dengan begitu lantang dan dipanjangkan. Tekanan biasanya berlaku pada suku kata yang kedua seperti dalam perkataan ki ta

, ba pa , sa tu dan sebagainya.Selain Bahasa

melayu, contohnya Bahasa Inggeris, tekanan boleh membezakan makna. Contohnya Pro gres bermaksud “memajukan” ( kata kerja ) dan Prog res bermaksud “kemajuan” (kata nama). KEPANJANGAN Kepanjangan atau juga disebut panjang pendek bunyi merupakan ciri khusus yang terdapat pada perkataan dalam bahasa –bahasa tertentu.Ciri kepanjangan atau panjang pendek ini boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris tetapi tidak membeezakan makna dalam bahasa Melayu. Ciri panjang pendek ini ditanda dengan tanda titik yang dipanggil mora.Jika tanda mora itu satu titik . kepanjangan bunyinya setengah mora;dua titik kepanjangannya satu mora dan jika empat titik :: kepanjangannya ialah dua mora.Dalam bahasa inggeris perbezaan makna terjadi apabila kepanjangan ini digunakan.Contohnya perkataan sit bermakna “duduk” dan si:t bermakna “ tempat duduk”;ship maknanya “kapal”dan shi:p bermakna “kambing biri-biri”. JEDA Jeda yang juga disebut persendirian ialah ciri atau unsur hentian (senyap) dalam ujaran sebagai tanda memisahkan unsur linguistik, iaitu perkataan, ayat atau rangkai kata.Jeda atau persendirian ini dilambangkan dengan tanda + . Dalam bahasa tertentu ,khususnya bahasaInggeris unsur jeda ini boleh membezakan makna .Misalnya ujaran I creams “saya menjerit”dan ice cream”eskrim”bunyi ujarannya sama dan sukar dibezakan maknanya sekiranya kita tidak membezakan dengan tanda deja seperti yang berikut: I scream / ai + skri:m / “saya menjerit” Ice cream / ais + kri:m / “eskrim” Dalam bahasa Melayu juga terdapat rangkai kata yang boleh mengelirukan makna sekiranya tidak dipakai tanda jeda, misalnya ujaran belikantin ( belikan tin ) danbelikantin ( beli kantin).Bagi membezakan makna ujaran rangkai kata itu perlu ditanda dengan tanda jeda seperti yang berikut: Belikan+tin “ membelikan tin = tin yang dibeli “ beli + kantin “ membeli kantin = kantin yang dibeli “. Sebenarnya jeda atau persendian merupakan unsur pembeza dalam bahasa . Jeda juga digunakan untuk membezakan makna ayat .Contohnya ayat “ SAYA MEMBACA BUKU KAKAK” .

KEPENTINGAN SUPRASEGMENTAL Dalam linguistik, suprasegmental menjelaskan segala yang berkaitan bentuk bunyi bahasa yang dapat didengar, iaitu yang tidak dapat dijelaskan melalui simbol, tulisan. Antara kepentingan suprasegmental adalah : 1) Jeda dalam Bahasa Melayu juga digunakan dalam pengajaran lisan supaya makna sesuatu perkataan, frasa atau ayat dapat disampaikan dengan jelas dan dapat mengelakkan dari berlakunya salah faham antara penutur dan pendengar. Contohnya “Ibu bapa Ahmad telah bersara” dan “Ibu, bapa Ahmad telah bersara” membawa maksud yang berlainan. 2) Suprasegmental juga dapat menjadikan sesuatu bahasa yang diucapkan menarik perhatian pendengan. Dengan ini, pendengar dapat member perhatian atau tumpuan pada setiap perkataan yang dituturkan oleh penutur. Bagi seorang pelajar, ianya dapat member kesan yang besar terhadap pencapaiannya dalam pelajaran kerana pelajar tersebut telah memberi lebih tumpuan terhadap pembelajarannya. 3) Suprasegmental dalam Bahasa Melayu juga dapat membantu mengubah bahasa menjadi unit-unit unjuran yang mudah diingati seperti belajar urutan ungkapan dalam ucapan. Ia dapat membantu murid mengingati serta dapat menguasai sesuatu kemahiran dengan kekal. 4) Suprasegmental memberi fungsi gramatis dalam Bahasa Melayu di mana ianya menunjukkan kontras dari segi tatabahasa terhadap sesuatu unjuran, sama ada sesebuah klausa atau ayat itu berupa pertanyaan atau pernyataan, positif atau negatif atau seumpamanya.

KESIMPULAN Daripada isi yang telah dihuraikan di atas dapatlah di buat kesimpulan Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara yang tatakala dihasilkan, udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa sebarang gangguan atau sekatan. Bunyi vokal mempunyai cirri-ciri kelantangan dan kepanjangan. Maksudnya bunyi-bunyi vokal dapat didengar dengan lebih jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Vokal-vokal dalam bahasa Melayu terbahagi kepada tiga jenis iaitu vokal hadapan, vokal tengah, vokal belakang. Vokal-vokal itu ialah [a] , [e] , [ĕ] , [i] , [o] , [u].Vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada enam jenis dari segi tulisan dan sebutan baku (standard) iaitu vokal [i], [e], [a], [u], dan [o], iaitu tiga vokal depan : [i], [e], [a]. Satu vokal tengah [э] dan dua vokal belakang iaitu [u] dan [o], tetapi dari segi pertuturan terdapat sembilan. Dalam penghasilkan bunyibunyi bahasa, titik artikulasi dan artikulator merupakan nadi utama. Bunyi-bunyi bahasa

dikeluarkan secara sistematik melibatkan banyak proses. Dalam penghasilan bunyi lidah dan bibir dianggap mempunyai peranan yang terpenting. Semasa bertutur, seseorang itu akan menghasilkan bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosodi (intonasi, tekanan sebutan dan jeda) danpara linguistik (bagi bahasa isyarat dan pergerakan badan). Walaubagaimanapun, selain menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna, proses bertutur juga melibatkan proses mental:memahami, menaakul, memadan, menyesuaikan dan memberi gerak balastertentu mengikut situasi sesuatu komunikasi. Penutur yang baik akan mengkoordinasi keupayaan mendengar dan memperoleh maklumat bagi tujuanmenghasilkan bunyi-bunyi bahasa dengan menggunakan unsur-unsur prosididan melaksanakan proses mental.

RUJUKAN

Abdul hamid Mahmood, 1993. Guru dan Bahasa Melayu, Kuala Lumpur : City Reprographic Services

Abdullah Hassan, 1986. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn Bhd

Arbak Othman, 1983. Permulaan Ilmu Linguistik, Kuala Lumpur : Sarjana Enterprise

Prof. Dr. Abd Hamid Mahmood, 2008 Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Nik Safiah Karim, 1981. Beberapa persoalan Sosiolinguistik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Nik Safiah Karim dan rakan-rakan, 1987. Tatabahasa Dewan Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka