on or after 1 March 2011

5 downloads 7 Views 97KB Size Report
1 Mac 2011 ... Duti Pemindahan boleh dikenakan ke atas urusniaga-urusniaga boleh ... (di bawah Akta Pemindahan Tanah 1893 atau Akta Pendaftaran ...

Lembaran Fakta Duti Pengajuan dan Keperluan-keperluan Pembayaran Akta Duti 2008 Setakat pada 1 Mac 2011 ________________________________________________________________________________________________

Pengenalan Duti Pemindahan boleh dikenakan ke atas urusniaga-urusniaga boleh dicukai di bawah Bab 2 Akta Duti 2008 (‘Akta Duti’) dengan peruntukan-peruntukan am yang relevan sepertimana yang terkandung dalam Bab 8 Akta Duti dan sokongan peruntukan-peruntukan pentadbiran yang terkandung dalam Akta Pentadbiran Pencukaian 2003.

Kewajipan Pengaj uan Akta Duti memerlukan surat cara dalam bentuk lampiran kertas yang dapat mengiktiraf atau membuktikan sesuatu urusniga boleh dicukai diajukan dalam tempoh dua (2) bulan selepas tarikh liabiliti terhadap urusniaga boleh dicukai itu wujud, kecuali jika urusniaga tersebut adalah suatu perjanjian am bersyarat yang telah ditamatkan atas dasar-dasar yang munasabah. Dimana tidak terdapat surat cara dalam bentuk lampiran kertas yang dapat mengiktiraf atau membuktikan sesuatu urusniaga, suatu penyata duti pemindahan dalam borang yang diluluskan harus diajukan dengan Pesuruhjaya Hasil Negeri dalam tempoh dua (2) bulan selepas tarikh liabiliti terhadap urusniaga boleh dicukai itu wujud. Borang penyata duti pemindahan yang diluluskan boleh didapati di www.osr.wa.gov.au. Suatu rekod urusniaga (sama ada berbentuk persuratan maupun penyata pemindahan duti) boleh diajukan di Pejabat Hasil Negeri melalui pos atau dengan menghadirkan diri. Urusniaga-urusniaga rutin boleh diserahkan untuk penilaian segera kepada Kerani Mahkamah di Bangunan Mahkamah Negeri. Agen-agen yang diluluskan boleh juga mengajukan dokumen-dokumen melalui hasil Online; satu senarai agen-agen yang diluluskan boleh didapati di laman web Pejabat Hasil Negeri di www.osr.wa.gov.au. Pihak kepada sesuatu urusniaga boleh dicukai yang bertanggung jawab untuk bayaran duti ( selalunya pembeli atau pihak yang dipindahkan kepada) mestilah memastikan bahawa rekod pemindahan diajukan sepertimana dikehendaki.

Urusniaga-urusniaga/pemerolehan berganda Dimana terdapat dua atau lebih urusniaga yang menjadi sebahagian daripada suatu perjanjian substansial,segala persuratan dan penyata duti pemindahan di dalam siri urusniaga tersebut harus diajukan bersama di bawah satu Borang Pengajuan Dokumen Duti dan Penilaian atau, jika diajukan secara berasingan, rujukan-rujukan yang secukupnya harus dibuat untuk memastikan bungkusan-bungkusan tersebut boleh disilang-rujuk antara satu dengan lain.

Keperluan-keperluan maklumat cukai Keperluan-keperluan maklumat cukai,yang terdapat di laman web di www.osr.wa.gov.au, menetapkan maklumat piawai yang telah dikenalpasti oleh Pejabat hasil Negeri sebagai yang wajib untuk menentukan duti yang betul yang diperlakukan kepada jenis-jenis urusniaga boleh dicukai yang tertentu. Maklumat yang berkenaan harus mengiringi setiap rekod urusniaga selaras dengan keperluan-keperluan tersebut.

Pembayaran cukai Sebaik sahaja pihak yang libel itu mengajukan rekod urusniaga, duti itu perlu dibayar: • • •

Dalam tempoh tiga (3) tahun selepas tarikh suatu Perjanjian Bersyarat Berjudul Isu atau Bahagian Kecil dibuat. Dalam tempoh satu (1) tahun selepas tarikh suatu Perlombongan Petak, Tanah Pertanian atau Perjanjian Umum Bersyarat dibuat. Dalam tempoh satu (1) tahun selepas tarikh liabiliti ke atas duti itu timbul untuk yang berit ut: 1) 2) 3) 4)

Pemindahan harta boleh dicukai Persetujuan untuk memindah harta boleh dicukai Suatu perishtiharaan amanah ke atas harta boleh dicukai Suatu hak ke atas harta boleh dicukai oleh undang-undang atau perintah mahkamah

Asalkan suatu borang pemindahan yang berkaitan dengan urusniaga tersebut harus diajukan dengan Landgate (di bawah Akta Pemindahan Tanah 1893 atau Akta Pendaftaran Amalan 1856), atau Jabatan Perlombongan dan Petroliam ( di bawah Akta Perlombongan 1978); 

Sebaliknya dalam tempoh satu (1) bulan Notis Penilaian Duti dikeluarkan.

Maklumat lanjut tempoh masa pembayaran alternatif terdapat di Lembaran Fakta Duti “Perjanjian Bersyarat” yang boleh didapati di laman web Pejabat Hasil Negeri di www.osr.wa.gov.au. Atas permohonan, Pesuruhjaya akan melanjutkan masa pembayaran, atau untuk duti itu dibayar secara ansuran dalam amaun yang ditetapkan. Pembayaran bunga pada kadar yang ditentukan akan dikenakan di bawah perjanjian yang seumpama ini. Rekod urusniaga tidak akan dikeluarkan selagi segala tunggakkan duti, penalti dan/atau bunga belum dibayar. Maklumat lanjut mengenai lanjutan tempoh masa dan tatacara pembayaran terdapat di Kenyataan Berkuasa Hasil TAA 1, yang didapati di laman web Pejabat Hasil Negeri di www.osr.wa.gov.au.

Penalti Duti Penalti duti boleh dikenakan dalam kes-kes dimana suatu rekod urusniga tidak diajukan, atau duti itu belum dibayar, mengikut tempoh masa yang ditetapkan. 

Penalti duti bagi pengajuan yang lambat Rekod-rekod urusniaga yang tidak diajukan dalam tempoh masa yang ditetapkan boleh dikenakan penalti duti sepertimana yang tertera di Amalan Pesuruhjaya TAA 18.



Penalti duti bagi pembayaran lewat Suatu Notis Penilaian Duti Penalti Pembayaran Lewat akan dikeluarkan jika duti yang berkenaan itu tidak dibayar pada tarikh ia luput. Sila rujuk kepada Amalan Pesuruhjaya TAA 20 untuk maklumat lanjut mengenai penalti duti bagi lewat pembayaran.

Penilaian dan Perakuan Duti Sebaik sahaja suatu rekod urusniaga itu diajukan, urusniaga itu akan ditaksir dan perakuan duti akan dibuat setelah ditentukan bahawa duti yang berkenaan itu telah dibayar. Proses penilaian dan perakuan itu adalah berbeza bergantung kepada sama ada urusniaga tersebut itu rutin atau bukan rutin.

Urusniaga rutin Urusniaga-urusniaga rutin adalah di antara pihak-pihak yang tidak mengenali satu sama lain yang tidak melibatkan penilaian yang mengambil masa yang panjang serta rumit, tidak memerlukan penggunaan kebijaksanaan atau pengadilan atau tidak memerlukan suatu penilaian. Terdapat empat perkhidmatan yang sedia ada untuk urusniaga-urusniaga rutin:

Lodgement & Payment Requirements – On or after 1 March 2011

2

 

 

Penilaian dan Perakuan secara Pos (Segera) – Perkhidmatan ini adalah untuk rekod-rekod urusniaga yang dikirim melalui pos diiringi dengan cek untuk duti yang harus dibayar. Penilaian dan Perakuan Awam (Segera) – Perkhidmatan ini memperuntukkan perakuan segera terhadap rekod-rekod urusniaga yang dibawa ke Pejabat untuk urusniaga-urusniaga yang bersifat rutin. Urusniagaurusniaga boleh dicukai itu dinilai dan rekod duti urusniaga itu diperakui dan dikembalikan dengan segera. Perkhidmatan ini disediakan di antara jam 8:00 pagi dan 4:30 petang. Bangunan Mahkamah Negara – dalam kawasan-kawasan luar bandar, kerani-kerani mahkamah boleh menentukan duti untuk urusniaga-urusniaga rutin bagi pihak Pesuruhjaya. Cukai Online – Kemudahan internet untuk mereka yang diluluskan menyediakan satu cara alternatif memperakukan rekod-rekod urusniaga, yang sebaliknya diajukan di Pejabat Hasil Negeri. Duti online membolehkan kemasukan secara elektronik maklumat terperici penilaian sendiri, perakuan rekod-rekod urusniaga boleh dicukai, pengajuan laporan rasmi dan pembayaran duti online.

Untuk maklumat lanjut mengenai Duti Online, rujuk laman web di www.osr.wa.gov.au.

Urusniaga bukan rutin Rekod-rekod urusniaga untuk urusniaga-urusniaga bukan rutin harus diajukan untuk penilaian dan diiringi dengan Borang Pengajuan Dokumen Cukai dan Penilaian yang lengkap.

Laman Web Maklumat terperinci mengenai cukai pemindahan dan cukai-cukai lain yang ditadbir oleh Pejabat hasil negeri, termasuk Lembaran Fakta Duti, amalan-amalan Pesuruhjaya dan borang-borang permohonan, boleh didapati di laman web di www.osr.wa.gov.au.

Hubungi Pejabat Hasil Negeri ___________________________________________________________________________________________ Pejabat

Plaza Level 200 St Georges Terrace PERTH WA 6000

Telefon

Waktu Pejabat

8:00am – 5:00pm Isnin hingga Jumaat Faks

Pos

Pejabat Hasil Negeri GPO Box T1600 PERTH WA 6845

(08)9262 1100 1300 368 364 (pemanggil STD negeri WA sahaja - kos panggilan tempatan) (08)9226 0834

Web Pertanyaan www.osr.wa.gov.au/DutiesEnquiry

Laman Web

www.osr.wa.gov.au

_____________________________________________________________________________________________ Nota: Maklumat yang terkandung di dalam LEMBARAN FAKTA DUTI ini dikeluarkan untuk garis panduan sahaja. Ia tidak memberi penjelasan lengkap mengenai peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam Akta Duti 2008 and rujukan harus dibuat kepada Akta tersebut untuk keterangan lengkap.

Lodgement & Payment Requirements – On or after 1 March 2011

3