pendidikan akhlak terhadap allah menurut imam al- nawawi: satu ...

17 downloads 6 Views 5MB Size Report
Selawat dan junjungan untuk junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.. Ucapan ..... Akhlak yang luhur adalah Al-Quran, yang mencerminkan dalam akhlak Nabi.

PENDIDIKAN AKHLAK TERHADAP ALLAH MENURUT IMAM ALNAWAWI: SATU KAJIAN TEKS KITAB RIYADH AL-SALIHIN

FARHATUL HAKIMAH BINTI ZAKARIA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PENDIDIKAN AKHLAK TERHADAP ALLAH MENURUT IMAM ALNAWAWI: SATU KAJIAN TEKS KITAB RIYADH AL-SALIHIN

FARHATUL HAKIMAH BINTI ZAKARIA

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2011

ii

iii

DEDIKASI

Segala puji dan syukur kupanjatkan kepadaMu Ya Ilahi Selawat dan junjungan untuk junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w. Ucapan dedikasi ini khas buat insan- insan yang yang sangat disayangi… Teristimewa buat kedua ibu bapa ku Haji Zakaria dan Hajjah Dasimah dan kedua ibu bapa mertuaku Haji Ghani dan Hajjah Fatimah di atas nasihat dan doa kalian. Insya-Allah anakmu ini akan memberikan yang terbaik dan membuatkan kalian tersenyum. Tidak lupa kepada kesemua adik-beradik ku dan adik beradik iparku. Terima kaasih di atas sokongan kalian….. Khas buat suami tercinta MOHD AZRUL FAJRI BIN GHANI di atas segala doa dan dorongan dari mu, kata-kata semangat dari mu, tidak akan sesekali diri ini melupakannya. Sekalung penghargaan buat penyeliaku, Dr. Kamarul Azmi yang banyak membantu dan memahami keadaan diri ini. Jasa mu akan ku kenang hingga ke akhirnya. Serat tidak lupa seluruh pensyarah yang terlibat….. Teman seperjuangan kahsnya 4 SPI, terima kasih tidak terhingga di atas sokongan padu dari kalian. Hanya Allah yang mampu membalas segala jasa baik kalian yang banyak membantu. Ukhuwah yang terbina di antara kita tidak akan terhenti di sini sahaja. TERUSKAN PERJUANGAN……

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah S.W.T. pencipta seluruh alam, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan para sahabat baginda penegak keadilan sepanjang zaman. Selawat kesyukuran dilafazkan kerana dengan berkat dan pertolongan serta inayahNya, pengkaji dapat menyempurnakan Projek Sarjana Muda ini hingga ke nokhtah yang terakhir.

Pertama sekali pengkaji ingin merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Dr. Kamarul Azmi bin Jasmi selaku penyelia dalam membantu menyiapkan Projek Sarjana Muda ini di samping memberi panduan, bimbingan, tunjuk ajar, kritikan-kritikan yang membina serta sanggup meluangkan masa bagi memperolehi mutu kajian ilmiah yang sempurna.

Di kesempatan ini juga, terima kasih diucapkan kepada dua lagi sahabat di bawah penyeliaan pensyarah yang sama kerana berjaya mengharungi susah payah dalam proses menyiapkan projek ini dan tidak dilupakan juga kepada pensyarahpensyarah Fakulti Tamadun Islam dan Fakulti Pendidikan.

Akhir sekali, sekalung penghargaan yang istemewa buat mak, ayah dan keluarga serta sahabat-sahabat yang banyak membantu dalam proses menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Segala budi dan jasa yang dicurahkan hanya Allah S.W.T sahaja yang membalasnya. Sekian, terima kasih.

v

ABSTRAK

Kajian ini merupakan kajian teks yang bertujuan untuk melihat 17 bab yang berkaitan dengan akhlak kepada Allah S.W.T. berdasarkan paradigma Imam alNawawi di dalam kitab Riyad al-Salihin. Teks kajian dijadikan verbatim untuk diproses dan dianalisis menggunakan program N’Vivo 7.0 bagi menghasilkan tema dan subtema. Hasil dapatan menunjukkan kurikulum al-Nawawi terdiri daripada tiga aspek utama iaitu akhlak kepada Allah S.W.T. melalui hati, pemikiran dan tingkahlaku. Pendidikan melalui hati terbahagi kepada 15 sifat iaitu ikhlas, taubat, sabar, benar, qana’ah, bersyukur, muraqabah, yakin dan tawakkal, takut dan harap, warak, takwa, istiqamah, menangis kerana Allah dan rindu. Akhlak kepada S.W.T. melalui pemikiran pula mengandungi tiga etika iaitu tafakur, mengingati maut dan tidak banyak berangan-angan. Akhlak kepada Allah S.W.T. melalui tingkahlaku atau tindakan mengandungi empat sifat iaitu sifat bersegera melakukan kebaikan dan bersungguh-sungguh, menjaga sunnah Rasulullah s.a.w, zuhud di dunia serta memperbanyakkan amal kebajikan ketika umur sudah meningkat. Setiap aspek tersebut didapati mempunyai kaedah pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu mengajar (BBM). Aspek kaedah yang telah dikenal pasti adalah kaedah soal jawab, penerangan, penjelasan, bercerita, simulasi, metafora, perumpamaan, targhib dan tarhib. Aspek bahan mengajar yang telah didapati pula adalah model iaitu orang, binatang dan air. Kajian ini menghasilkan tiga model akhlak kepada Allah iaitu Model Kurikulum Akhlak kepada Allah, Model Metodolgi Kurikulum Akhlak kepada Allah dan Model BBM Kurikulum Akhlak kepada Allah. Kesemua model ini amat berguna kepada pelbagai pihak khususnya bahagian kurikulum Kementerian Pendidikan, Institut Pengajian Tinggi (IPT), maktab-maktab, para guru dan seluruh umat Islam.

vi

ABSTRACT

This study, a text research study, was aimed to review the 17 chapters related to the morality to Allah based on the paradigm of Imam al-Nawawi in Riyad alSalihin book. This text research was turned into verbatim to be processed and analyzed using N'Vivo 7.0 program to produce the theme and subtheme. The results show that al-Nawawi’s curriculum consists of three main aspects which are to the morality to Allah through the heart, thought and behavior. Education through the heart is divided into 15 characteristics, which are faith, repentance, patience, sincere, qana'ah, thankful, muraqabah, confidence and resignation, fear and hope, piety, righteousness, istiqamah, crying for Allah and yearning. Morality to S.W.T. via thought consists of three ethics which are meditation, remembrance of death and less dreaming. Morality to Allah S.W.T. through the behavior or action consists of four characteristics which are the hasten to do good deeds earnestly, keeping the sunnah of Rasulullah S.A.W, asceticism in the world and increasing welfare and social work as age increased. Every aspect was found to have teaching and learning methods, and also teaching aids (BBM). Aspects of the method which has been identified are the method of inquiring, explanation, clarification, storytelling, simulation, metaphore, adage, targhib and tarhib. Aspects of teaching materials that have been found are the model of people, animals and water. This study produced three models of morality to Allah that are Morality to Allah Curriculum Model, Methodology of Morality to Allah Curriculum Model and Morality to Allah BBM Curriculum Model. Each model is very useful to various parties, especially the curriculum part of the Ministry of Education, Institute of Higher Learning, colleges, teachers and all Muslims.

vii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA

1

JUDUL

i

PENGAKUAN

ii

DEDIKASI

iii

PENGHARGAAN

iv

ABSTRAK

v

ABSTRACT

vi

KANDUNGAN

vii

SENARAI GAMBAR RAJAH

xii

SENARAI MODEL

xiv

SENARAI SINGKATAN

xv

SENARAI LAMPIRAN

xvi

PENDAHULUAN 1.1

Pengenalan

1

1.2

Latar Belakang Kajian

4

1.3

Pernyataan Masalah

7

1.4

Objektif Kajian

9

1.5

Persoalan kajian

10

1.6

Kepentingan Kajian

11

1.7

Skop Kajian

11

1.8

Definisi Istilah

12

1.9

Kesimpulan

15

viii

2

SOROTAN KAJIAN 2.1

Pengenalan

15

2.2

Pendidikan akhlak terhadap Allah

16

2.2.1

Pendidikan melalui hati

16

2.2.2

Pendidikan melalui pemikiran

18

2.2.3

Pendidikan melalui perlakuan

19

2.3

3

Riwayat hidup Imam al-Nawawi

19

2.3.1

Nama dan keturunan

20

2.3.2

Kehidupan ketika kecil dan dewasa

20

2.3.3

Akhlak dan peribadi

21

2.3.4

Guru dan anak murid

22

2.3.5

Hasil karya dan penulisan

23

2.4

Pandangan ulama terhadap Imam al-Nawawi

24

2.5

Pandangan terhadap kitab Riyad al-Salihin

25

2.6

Tinjauan kajian lepas

25

2.7

Kesimpulan

27

METODOLOGI KAJIAN 3.1

Pengenalan

28

3.2

Reka bentuk kajian

28

3.3

Metod pengumpulan data

29

3.3.1

Data premier

29

3.3.2

Data sekunder

29

3.4

3.5

Keesahan dan kebolehpercayaan

30

3.4.1

Triangulasi Data

31

3.4.2

Definisi Operasional

31

Analisis data

31

3.5.1

Metod kualitatif

32

3.5.2

Metod Induktif

33

ix

3.6

4

3.5.3

Metod deduktif

34

3.5.4

Teknik Penganalisaan

34

Kesimpulan

35

DAPATAN KAJIAN TEKS 4.1

Pengenalan

38

4.2

Aspek kurikulum Akhlak kepada Allah

39

4.2.1

Kurikulum akhlak kepada Allah Bab Ikhlas

39

4.2.2

Aspek kurikulum Akhlak kepada Allah Bab Taubat

41

4.2.3

Aspek Kurikulum akhlak kepada Allah Bab Sabar

43

4.2.4

Aspek kurikulum akhlak kepada Allah Bab Benar

45

4.2.5

Aspek kurikulum akhlak kepada Allah Bab Muraqabah

46

4.2.6

Aspek kurikulum akhlak kepada Allah Bab Takwa

48

4.2.7

Aspek kurikulum akhlak kepada Allah Bab Yakin dan Tawakkal

49

4.2.8

Aspek kurikulum akhlak kepada Allah Bab Istiqamah

51

4.2.9

Aspek kurikulum akhlak kepada Allah Bab Memerhati Kebesaran

4.2.10 Aspek kurikulum akhlak kepada Allah Bab Berlumba

53 54

4.2.11 Aspek kurikulum akhlak kepada Allah Bab Bersungguh

56

4.2.12 Aspek kurikulum akhlak kepada Allah Bab Menambah Amal Di Akhir Usia

58

4.2.13 Aspek kurikulum akhlak kepada Allah Bab Banyak Jalan Kebaikan 4.2.14 Aspek kurikulum akhlak kepada Allah Bab Bersederhana

60 62

4.2.15 Aspek kurikulum akhlak kepada Allah Bab Memelihara Amal Kebajikan

63

4.2.16 Aspek kurikulum akhlak kepada Allah Bab Pelihara Sunnah

65

x

4.2.17 Aspek kurikulum akhlak kepada Allah Bab Wajib Mematuhi Hukum 4.3

4.4

Bentuk kaedah pengajaran (BBM) dan pembelajaran yang digunakan dalam kurikulum akhlak kepada Allah S.W.T.

67

4.3.1

Kaedah Kurikulum Bab Taubat

68

4.3.2

Kaedah Kurikulum Bab Ikhlas

70

4.3.3

Kaedah Kurikulum Bab Sabar

72

4.3.4

Kaedah Kurikulum Bab Benar (Siddiq)

74

4.3.5

Kaedah Kurikulum Bab Muraqabah

75

Jenis bahan bantu mengajar yang digunakan dalam kurikulum Akhlak 4.4.1

4.5

5

66

77 Bahan Bantu Mengajar Bab Bersungguh-sungguh Menjalankan Amal

77

4.4.2

Bahan Bantu Mengajar Bab Yakin dan Tawakkal

79

4.4.3

Bahan Bantu Mengajar Bab Sabar

80

Kesimpulan

81

KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1

Pengenalan

82

5.2

Perbincangan

83

5.3

Rumusan

84

5.4

Implikasi

86

5.4.1

Model Kurikulum Akhlak kepada Allah

87

5.4.2

Model Metodologi Kurikulum Akhlak kepada Allah

88

5.4.3

Model BBM Kurikulum Akhlak kepada Allah

89

5.5

Cadangan

90

5.5.1

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

90

5.5.2

Sekolah-sekolah Agama

91

5.5.3

Guru

91

5.5.4

Guru Ta’mir

91

xi

5.6

RUJUKAN

LAMPIRAN

5.5.5

Ibu Bapa

92

5.5.6

Pelajar atau Anak

92

5.5.7

Cadangan Kajian Lanjutan

93

Kesimpulan

93

94

xii

SENARAI GAMBAR RAJAH

GAMBAR RAJAH

TAJUK

HALAMAN

1

Bab Ikhlas

39

2

Bab Taubat

41

3

Bab Sabar

43

4

Bab Benar

45

5

Bab Muraqabah

46

6

Bab Takwa

48

7

Bab Yakin dan Tawakkal

49

8

Bab Istiqamah

51

9

Bab Memerhati Kebesaran Makhluk

53

10

Bab Berlumba-lumba Melakukan Kebaikan

11

54

Bab Bersungguh-sungguh Menjalankan Amal

56

12

Bab Menambah Amal Di Akhir Usia

58

13

Bab Banyaka Jalan Kebaikan

60

14

Bab Bersederhana

62

15

Bab Memelihara Amal Kebajikan

63

16

Bab Pelihara Sunnah

65

17

Bab Wajib Mematuhi

18

Hukum Allah

66

Bab Taubat

68

xiii

19

Bab Ikhlas

70

20

Bab Sabar

72

21

Bab Benar (Siddiq)

74

22

Bab Muraqabah

75

23

Bab Bersungguh-sungguh Menjalankan Amal

77

24

Bab Yakin dan Tawakkal

79

25

Bab Sabar

80

xiv

SENARAI MODEL

MODEL

TAJUK

1

Kurikulum Akhlak kepada Allah

2

Metodologi Kurikulum Akhlak

3

HALAMAN 87

kepada Allah

88

BBM Kurikulum Akhlak kepada Allah

89

xv

SENARAI SINGKATAN

S.W.T

Sallallau Alaihi Wasallam (Rasulullah)

S.W.T

Subhanahu wa Ta’ala (Allah)

UTM

Universiti Teknologi Malaysia

PSZ

Perpustakaan Sultanah Zanariah

IPTA

Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS

Institut Pengajian Tinggi Swasta

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

TAJUK Verbatim

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Sejarah pensyariatan Islam bermula apabila Jibril a.s. menyuruh baginda Rasulullah s.a.w. membaca surah Al-Alaq:

                         Maksud: Bacalah (Wahai Muhammad) “Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah, Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (Surah Al-A’laq, 96:1-5)

Pensyariatan Islam ini merangkumi keseluruhan aspek kehidupan iaitu akidah, ibadah dan akhlak. Bermula dari titik peristiwa tersebut, Rasulullah s.a.w menggalas

2

tanggungjawab ini dengan penuh ketakwaan dan keimanan yang teguh. Pelbagai rintangan yang telah dilalui dengan penuh kesabaran di samping mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah S.W.T serta para sahabat yang taat dan setia di sisi Baginda.

Sehubungan dengan itu, sifat dan keperibadian Rasulullah dalam menangani pelbagai dugaan dan permasalahan telah menjadi satu teladan yang besar. Sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam Al-Quran:

                  Maksud: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan Yang baik, Iaitu bagi orang Yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang. (Surah Al-Ahzab, 33:21)

Bersandarkan ayat di atas, jelas menunjukkan sifat keperibadian Rasulullah yang baik sekaligus menjadi contoh yang perlu diikuti oleh seluruh umat Islam di dunia ini.

Menurut Kamus Bahasa Melayu Nusantara (2003), akhlak memberi maksud budi pekerti, kelakuan atau tabiat. Hal ini bermaksud, apa yang dipersembahkan oleh seseorang itu sama ada baik atau buruk dinamakan sebagai tingkah laku atau sesuatu perkara yang dipertontonkan oleh orang lain.

3

Berdasarkan Ensiklopedia Islam (2004), akhlak adalah satu proses tingkah laku yang dizahirkan setelah melalui proses pemikiran, pertimbangan atau penelitian. Setiap tingkah laku baik yang dilakukan maka tingkah laku itu disebut sebagai akhlak yang baik dan begitulah sebaliknya. Selain itu, ada juga dinyatakan bahawa akhlak merupakan satu medan dan mempunyai kedudukan yang teratas dalam Islam untuk membentuk keperibadian yang mulia dan sekaligus membentuk ummah yang berakhlak baik. Akhlak bukan sahaja tingkah laku yang digambarkan, ianya merangkumi segala aspek amalan yang mulia seperti sifat malu, keberanian dalam segala yang menuju ke arah kebaikan, bersikap adil, pemurah dan sikap yang baik yang diamalkan oleh masyarakat Islam. Oleh yang demikian, keperibadian akhlak seseorang itu adalah dibentuk melalui proses pendidikan hati. Hal demikian itu, kedudukan hati itu merupakan titik tengah permulaan keperibadian akhlak yang mulia. Rasulullah s.a.w. bersabda (al-Bukhari, 1994:50; Muslim, 2001:2996),

Terjemahan: Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika ia baik, akan baiklah seluruh amal manusia. Jika ia rosak, akan rosak seluruh amalnya. Ketahuilah daging itu ialah hati. (Al-Bukhari dan Muslim)

Justeru dalam kajian ini, pengkaji akan memfokuskan kajian yang berkaitan dengan akhlak yang menjadi perbincangan sarjana Islam terkenal iaitu Imam alNawawi dalam kitab beliau Kitab Riyad al-Salihin. Manakala dalam bab ini pengkaji akan menerangkan beberapa topik berkaitan dengan latar belakang masalah, objektif dan persoalan kajian, kepentingan dan skop kajian.

4

1.2

Latar Belakang Kajian

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja kini memang berada di tahap yang amat serius. Sejak 10 tahun yang lepas, isu mengenai keruntuhan akhlak tidak pernah lenyap malah semakin menjadi-jadi.

Terkini, pihak penyelidik dari Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) Universiti Putra Malaysia (UPM), telah mengeluarkan kenyatakan di akhbar Harian Metro Online bertarikh 24 Ogos 2010 dengan mengatakan bahawa pada bulan April lalu, 22 peratus pelajar melayu telah kemaruk melayari video lucah di laman web ketika berada di rumah mahupun di pusat siber kafe (Metro, 2010). Selain dari itu, di dalam akhbar Berita Harian Online bertarikh 28 Ogos 2010, sepasang remaja yang masih bersekolah telah ditangkap oleh pihak JAIS kerana melakukan rakaman seks (Berita Harian, 2010).

Keruntuhan akhlak bukan sahaja melibatkan kes lucah dan perkara yang tidak bermoral, malah ia juga melibatkan kes juvana. Remaja kini semkin berani dalam melakukan pelbagai jenayah terbasuk kes bunuh, rogol, pecah rumah, menyamun dan jenayah yang seangkatan dengannya.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (2007), menunjukkan penglibatan pelajar dalam berbagai jenis jenayah yang dilakukan dari kalangan remaja sejak tahun 2000 sehingga Ogos 2006 berjumlah 10,331 kes. Jumlah itu tidak termasuk di kalangan remaja Melayu. Menurut hasil kajian beliau lagi, jumlah tangkapan terhadap pelajar Melayu antara tahun 2000 sehingga 2006 menunjukkan peningkatan yang ketara sehingga mencecah 2,900 orang. Ini menunjukkan bahawa remaja melayu yang terlibat di dalam kes jenayah berada di tahap yang membimbangkan.

5

Sehubungan dengan itu, persoalan yang timbul di sini, bagaimanakah cara untuk mengatasi gejala tersebut? Wajarkah hanya pihak atau badan-badan tertentu sahaja yang memainkan peranan dalam membanteras keadaan ini daripada berlaku lebih teruk pada masa akan datang? Berdasarkan persoalan-persoalan tersebut, apa yang dapat disimpulkan di sini adalah bermula dari hati. Hati yang kotor itulah yang mendorong berlakunya pelbagai kerosakan di muka bumi ini. Hati yang dijaga sejak dari awal juga yang menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan seseorang dan terdorong melakukannya.

Apa yang telah diketahui umum, hati itu merupakan satu ketulan daging yang berada di tengah-tengah badan setiap manusia yang normal. Menurut Dr Muhammad Raatib An Nablisi (2010), di dalam tubuh manusia itu sendiri, kedudukan hati itu berada di tempat yang paling tinggi dan segala apa yang berlaku di segenap ruang itu bergantung kepadanya. Ini bermaksud bahawa, hati adalah raja kepada segala seluruh anggota yang lain. Allah S.W.T. berfirman:

              Maksudnya: Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwaperistiwa) Yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa Yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya Dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) Dengan menumpukan hati dan fikiran kepadaNya. (Surah al-Qaff, 50: 37)

Oleh yang demikian, di dalam kajian ini, pengkaji akan menekankan aspekaspek dalaman terutaman berkaitan pendidikan hati. Pendidikan hati ini berkait rapat dengan pembentukan akhlak dan peribadi yang mulia. Berdasarkan hasil kajian yang

6

telah dilakukan oleh pihak-pihak yang tertentu, segala kerosakan remaja kini adalah kerana rosaknya hati masing-masing.

Sehubungan

dengan

itu,

Imam

al-Nawawi

telah

membentangkan

paradigmanya mengenai aspek pendidikan akhlak terhadap Allah di dalam kitabnya. Aspek ini sangat penting untuk diterapkan ke dalam jiwa remaja kini terutamanya pembentukan sahsiah diri yang semakin pincang berlandaskan dan berpandukan corak pembetukan Islamiah.

Pembentukan hati di dalam pendidikan akhlak terhadap Allah S.W.T berperanan sebagai pembentukan pemikiran remaja untuk mencari sesuatu kebaikan serta kebenaran dalam menuju satu tujuan dalam kehidupan. Di samping itu, penerapan konsep pendidikan hati melalui pemikiran memainkan peranan dalam memberi arah pandu di dalam untuk membangkit keimanan yang lebih mendalam. Apabila pemikiran menjadi panduan kepada hati, pendidikan akhlak ini dizahirkan dengan perlakuan dan tindakan oleh setiap insan dalam mencapai keredhaan dan keperibadian yang mulia di sisi Allah. Oleh yang demikian, terbentuklah satu insan yang mempunyai cukup sifat dan akhlak yang sempurna sekaligus memberi manfaat yang besar kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat serta seluruh umat Islam.

Terdapat tiga aspek utama yang akan dibincangkan melalui pendidikan akhlak iaitu pendidikan melalui hati, pendidikan melalui pemikiran dan pendidikan melalui tindakan. Ia dikaji berdasarkan hadis-hadis yang telah dibawa oleh Imam al-Nawawi di dalam kitab beliau iaitu Kitab Riyadh al-Salihin.

7

1.3

Pernyataan Masalah

Melihat kepada statistik yang telah dinyatakan sebelum ini, jelas menunjukkan bahawa kejatuhan moral dikalangan pelajar semakin kritikal. Jika hendak dikatakan tiada usaha dalam membanteras gejala tersebut itu adalah bohong semata. Malah semakin banyak usaha dilakukan semakin meningkat jumlah kes yang telah tersedia terkumpul.

Malaysia kini boleh dikatakan berada ditahap yang berbahaya kerana kebanyakan yang berlaku adalah dikalangan remaja sekolah dan remaja institut pengajian tinggi. Berdasarkan hasil kajian oleh pihak penyelidik Kementerian Belia dan Sukan iaitu Samsudin A Rahim, beliau menyatakan di dalam penulisannya (Samsudin A Rahman, 2010):

“Pendedahan demi pendedahan tentang masalah remaja dengan sendirinya telah menjadikannya sebagai satu agenda penting negara untuk diselesaikan. Bermula dengan isu budaya lepak di kalangan remaja pada tahun 1993, timbul pelbagai isu seperti gadis bohsia, buang bayi, budaya punk dan sebagainya. Isu ini adalah tambahan kepada isu yang sedia ada seperti penagihan dadah dan kes HIV di kalangan remaja. Isu-isu remaja ini bukanlah sesuatu yang asing. Sebenarnya ia mempunyai rantaian kaitan antara satu sama lain.”

Berdasarkan pernyataan tersebut, kes ini telah berlangsung sejak 17 tahun yang lepas lagi. Malah ia terus meningkat pada setiap tahun. Bukan setakat terus meningkat malah menjadi semakin parah dengan timbul isu-isu terbaru.

Masalah keruntuhan moral pada tahap yang agak serius kerana berpunca daripada iman seseorang yang telah rosak. Rosak iman bermakna rosaklah hubungan

8

seorang manusia dengan Pencipta. Ia bermula dengan kerosakan hati manusia. Pendidikan akhlak melalui hati sekaligus mempamerkan perilaku yang baik. Hal ini diperjelaskan di dalam hadis, Rasulullah s.a.w. bersabda (al-Bukhari, 1994:104/7; Muslim, 2001:43),

Maksud: “Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w katanya, sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, sudah pasti dia akan memuliakan tetamunya dan sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, sudah pasti dia akan menghubungkan silaturrahim, dan sesiapa yang beriuman kepada Allah dan Hari Akhirat, sudah pasti dia akan berkata yang baik dan dia hanya diam.” (Al-Bukhari dan Muslim)

Selain penumpuan terhadap kerosakan hati, pembentukan akhlak melalui pemikiran juga merupakan titik tolak berlakunya perubahan tingkah laku seseorang. Melalui pemikiran, ia mengawal hati untuk melakukan sesuatu perkara yang baik sama ada daripada aspek luaran dan dalaman. Sabda Rasulullah s.a.w (al-Bukhari, 1994:2295; Muslim, 2001: 87),

Maksud: “Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, “Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak berzina penzina ketika sedang berzina sedangkan dia adalah mukmin, tidak minum arak ketika dia minum sedangkan dia

9

adalah mukmin dan begitu juga tidak mencuri seorang pencuri sedangkan dia adalah mukmin.” (Al-Bukhari dan Muslim)

Hati dan pemikiran berhubung rapat antara satu sama lain dalam membina sebuah perlakuan yang diperlukan dalam pembentukan akhlak yang mulia. Apabila pemikiran menguasai hati maka dilahirkan melalui perlakuan. ini merupakan aspek yang terakhir untuk membuktikan kesempurnaan sesebuah akhlak dan keperibadian seseorang manusia. Menurut Kamarul Azmi (2007) kemantapan sebuah hati yang dikuasai oleh pemikiran boleh menggerakkan anggota badan dan mendorong untuk melakukan kebaikan serta menjurus kepada pembentukan akhlak yang mulia.

Oleh yang demikian, berdasarkan pernyataan masalah di atas, pengkaji mengambil inisiatif untuk mengkaji dan menganalisis teks hadis yang terdapat di dalam Kitab Riyadh al-Salihin berdasarkan paradigma Imam al-Nawawi dalam pembentukan akhlak terhadap Allah melalui hati, pemikiran dan perbuatan.

1.4

Objektif Kajian

Berdasarkan pernyataan masalah yang dibincangkan, objektif kajian ini adalah:

1.4.1

Menyenaraikan kurikulum Akhlak kepada Allah S.W.T. berdasarkan paradigma Imam al-Nawawi dalam Kitab Riyadh Al-Salihin.

10

1.4.2

Menyenaraikan bentuk kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam kurikulum akhlak kepada Allah S.W.T. berdasarkan paradigma Imam al-Nawawi dalam Kitab Riyadh Al-Salihin.

1.4.3

Mengkategorikan jenis bahan bantu mengajar yang digunakan dalam kurikulum akhlak kepada Allah S.W.T. berdasarkan paradigma Imam alNawawi dalam Kitab Riyadh Al-Salihin.

1.5

Persoalan kajian

Berdasarkan objektif kajian yang dikemukakan di atas, kajian ini bertujuan untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut:

1.5.1

Apakah kurikulum Akhlak kepada Allah S.W.T. yang telah dibawa oleh Imam al-Nawawi menurut Kitab Riyadh Al-Salihin?

1.5.2

Apakah bentuk kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan dalam kurikulum akhlak kepada Allah S.W.T. yang telah dibawa oleh Imam alNawawi menurut Kitab Riyadh Al-Salihin?

1.5.3

Apakah kategori jenis bahan bantu mengajar yang digunakan dalam kurikulum akhlak kepada Allah S.W.T. yang dibawa oleh Imam Nawawi menurut Kitab Riyadh Al-Salihin?

11

1.6

Kepentingan Kajian

Kajian ini memfokuskan kepada pendidikan akhlak kepada Allah melalui pendidikan hati, pendidikan melalui pemikiran dan pendidikan melalui perlakuan atau tindakan. Kajian ini juga berperanan untuk membaik pulih hubungan antara manusia dengan Allah yang kini telah jauh daripada dasar Syariat Islamiah.

Oleh yang demikian, kajian ini dapat mendedahkan cara pembetukkan hati yang sudah rosak melalui paradigma yang telah dibawa oleh Imam al-Nawawi di dalam Kitab Riyadh Al-Salihin. Selain itu, kajian ini bersesuaian di baca oleh semua golongan terutamanya golongan mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi Awam atau Swasta (IPTA/S). Kajian ini juga boleh dijadikan rujukan kepada golongan ibubapa dalam mendidik anak-anak supaya menjadi seorang anak yang soleh dan solehah.

Dalam konteks yang lebih luas, ia juga bersesuaian dijadikan panduan kepada kumpulan kakitangan kerajaan mahupun swasta dalam membentuk keperibadian seorang pekerja yang berakhlak mulia dan disegani oleh masyarakat berpandukan paradigma yang telah dibawa oleh Imam al-Nawawi di dalam kitabnya.

1.7

Skop Kajian

Skop kajian ini hanyalah mengkaji teks-teks hadis yang terkandung di dalam Kitab Riyadh al-Salihin yang ditulis oleh Imam al-Nawawi. Teks-teks tersebut hanya berfokuskan kepada Pendidikan Akhlak terhadap Allah.

12

1.8

Definisi Istilah

Berikut dihuraikan istilah beberapa definisi yang diguna pakai di dalam kajian ini:

1.8.1

Pendidikan

Rujukan tiga buah kamus iaitu Tesaurus Bahasa Melayu Dewan Edisi Baharu (2005: 198), Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997: 303) serta Kamus Za’ba (2000: 287) menunjukkan pendidikan membawa maksud perihal pendidik, memberikan satu tunjuk ajar dan ilmu pengetahuan. Ia juga memberi makna latihan atau asuhan serta tunjuk ajar.

1.8.2

Akhlak Terhadap Allah

Kamus Za’ba (2000: 20) dan Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997: 21) mendefinisikan akhlak adalah budi pekerti, kelakuan dan tabiat.

Ensiklopedia Termatis al-Quran 3 Akhlak (2005) memberi maksud akhlak adalah: “Tatacara berperilaku dan berhubungan dengan orang lain. Akhlak yang luhur adalah Al-Quran, yang mencerminkan dalam akhlak Nabi Muhammad s.a.w. Beliau adalah sumber cahaya yang menerangi keangkaramurkaan.”

13

Allah di dalam Ensiklopedia Islam (2004) didefinasikan sebagai ungkapan atau satu nama yang tidak ada pada Tuhan lain melainkan Allah. Wujudnya Allah merupakan satu kewujudan yang sangat unik dan tertinggi. Manusia yang dijadikan olehNya akan kembali kepadaNya.

Akhlak terhadap Allah dalam kajian ini merujuk kepada panduan yang perlu diikuti oleh setiap insan dalam pendidikan dan pembentukan hati yang baik sekaligus melahirkan akhlak yang mulia.

1.8.3

Kajian Teks

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (1997: 560) kajian membawa maksud kegiatan iaitu proses atau usaha mengkaji. Teks pula bermaksud kata-kata asli daripada pihak pengarangnya, bukan terjemahan atau ulasan atau ringkasan yang telah dibuat. Kajian teks ini dalam kajian ini bermaksud teks hadis yang terdapat di dalam Kitab Riyad al-Salihin yang di tulis oleh Imam al-Nawawi.

1.8.4

Imam Al-Nawawi

Beliau merupakan tokoh ulama fikah yang berpegang kepada mazhab Syafi’e. Nama sebenar beliau adalah Muhyiddin Abu Zakariya Yahya bin Muri bin Hasan bin Husain bin Muhammad bin Juma’ah bin Hizam bin al-Hizami al-Dimashqi. Beliau dilahirkan di Nawa, selatan Damsyik pada bulan Oktober 1233.

14

Pendidikan awal beliau bertempat di Madrasah al-Rwahiyah di Damsyik. Beliau tidak pernah berkahwin kerana terlalu sibuk dengan kehidupannya yang begitu zuhud. Beliau seorang yang sangat berani dalam memperjuangkan Islam. Riwayat beliau agak pendek kerana beliau menghembuskan nafas yang terakhir ketika berusia 45 tahun iaitu pada 22 Disember 1277 di kampung asalnya di Nawa.

1.8.5

Kitab Riyad Al-Salihin

Kamus Za’ba (2000: 641) memberi makna kitab adalah buku yang mengandungi ajaran atau hukum keagamaan di dalamnya. Riyad adalah perkataan arab yang bermaksud taman. Al-Salihin pula bermaksud orang-orang yang soleh. Riyad al-Salihin bermaksud taman orang-orang soleh.

Kitab Riyad Al-Salihin merupakan satu kitab yang dikarang oleh Imam alNawawi dengan mengumpulkan hadis-hadis yang boleh dijadikan panduan hidup terhadap seluruh umat manusia.

15

1.9

Kesimpulan

Dalam bab satu ini, pengkaji telah membicarakan tentang tajuk-tajuk yang berkaitan dengan pengenalan, latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, skop kajian, definisi istilah serta kesimpulan. Seterusnya bab ini akan menjadi panduan kepada pengkaji bagi menjalankan penyelidikan.

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.1

Pengenalan

Bab ini akan menerang berkaitan dengan tajuk kajian ini. Pertamanya, pengkaji akan menerangkan mengenai pendidikan akhlak terhadap Allah. Pendidikan tersebut berhubung rapat dengan proses pembentukan akhlak melalui hati, pemikiran dan perlakuan. Setiap satu proses itu akan diterangkan mengikut urutan.

Seterusnya, di dalam bab ini juga akan membincangkan perihal mengenai riwayat penulis Kitab Riyad al-Salihin iaitu Imam al-Nawawi. Riwayat tersebut termasuklah kelahiran dan kematian, kehidupan semasa kecil dan dewasa, hasil penulisan, guru dan anak murid beliau serta beberapa sifat yang dimiliki oleh beliau.

Selain daripada itu, diterangkan juga mengenai Kitab Riyad al-Salihin serta pandangan beberapa ulama terhadap kitab tersebut.

17

2.2

Pendidikan Akhlak terhadap Allah

Pendidikan akhlak yang dikehendaki di dalam Islam merupakan satu pendidikan yang mempengaruhi keseluruhan kehidupan setiap umat manusia. Akhlak adalah lambang keperibadian seseorang. Menurut Mustafa Haji Daud (1995: 52) akhlak yang disyariatkan oleh Islam itu adalah budi bahasa yang sangat mulia dan sangat terpuji kerana setiap tindakan yang dilakukan itu berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah. Jika rosak akhlak tersebut maka seseorang itu boleh dipandang hina di mata masyarakat sejagat begitulah sebaliknya. Penekanan terhadap keelokkan keperibadian tersebut mempunyai tiga keadaan yang utama iaitu pendidikan akhlak melalui hati, pendidikan akhlak melalui pemikiran dan pendidikan akhlak melalui perlakuan.

2.2.1

Pendidikan melalui Hati

Hati merupakan tunjang utama di dalam diri seseorang dalam pembentukan akhlak. Hati juga dipengaruhi oleh pemikiran yang bermain di minda setiap manusia. Oleh itu, terdapat hubungan yang rapat di antara hati dan pemikiran. Justeru, perlu difokuskan di sini adalah peranan hati dalam membentuk keperibadian yang mulia.

Menurut Abdul Aziz Ismail (2001), beliau mengatakan di dalam penulisannya dalam memdidik hati yang berhati mulia, setiap mukmin itu mestilah mencontohi akhlak-akhlak yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w. Hal ini kerana, pembentukan akhlak yang mulia itu mestilah berpandukan al-Quran dan al-Sunnah di mana telah disusun aturkan oleh Yang Maha Esa.

18

Menurut Ibnu Qayyim al-Jauziyah hati itu terbahagi kepada tiga iaitu hati yang sihat, hati yang mati dan hati yang sakit. Hati yang sihat bermaksud hati ini bebas daripada perasaan nafsu syahwat yang bertentangan dengan perintah Allah. Ia juga disebut sebagai qalbun salim. Firman Allah S.W.T:

             

Maksud: Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik). (Surah al-Syuara’, 26: 88-89)

Ayat di atas jelas menunjukkan bahawa apabila datangnya hari Kiamat nanti, tidak seorang pun yang akan terselamat kecuali yang memiliki hati yang sihat. Hati ini sentiasa tunduk dengan keredhaan Allah, mencintai Allah dan RasulNya, sentiasa berharap dan bertawakal kepada Allah dan sentiasa menjauhi larangan.

Hati yang kedua yang disebut oleh Ibnu Qayyim adalah hati mati. Hati ini bermaksud hati yang bertentangan dengan tindakan oleh hati yang sihat. Hati ini tidak mengenal apa itu Tuhan, tidak mendapat cahaya. Hati ini sentiasa mengikut hawa nafsu walaupun perkara tersebut bertentangan dengan perintah Allah. Oleh yang demikian, hati ini sentiasa berada di dalam kemurkaan Allah.

Hati yang terakhir pula adalah hati yang sakit. Hati ini cenderung kepada sifat kedua-dua hati yang telah dinyatakan. Ibarat di dalam hati tersebut terbahagi kepada dua bahagian iaitu sebahagian mengatakan kecintaan, keimanan, keikhlasan dan

19

tawakal kepada Allah, manakala sebahagiannya pula mendorong untuk mengikut hawa nafsu.

Oleh sebab itu, setiap yang dirasai di dalam hati itu mempengaruhi keseluruhan keperibadian akhlak seseorang. Pendidikan hati yang sempurna boleh menjurus seseorang itu berada dikedudukan yang mulia sekali dipandang tinggi oleh masyarakat sekeliling.

2.2.2

Pendidikan melalui Pemikiran

Pemikiran yang dimaksudkan di sini adalah lontaran idea yang dijadikan panduan dalam membina satu landasan menuju ke arah kebaikan. Kebiasaan, pemikiran mempunya hubungan yang kuat dengan hati. Oleh yang demikian, pendidikan melalui pemikiran juga dipengaruhi oleh pendidikan melalui hati.

Justeru itu, pendidikan melalui pemikiran yang di bawa oleh Imam al-Nawawi di dalam kitab Riyad al-Salihin ini akan menjadi panduan kepada manusia untuk terus berfikir secara lebih rasional. Pada masa yang sama, pemikiran mestilah bersepadu dengan pendidikan hati untuk mencapai keserasian. Lantas tindakan yang akan dilakukan oleh anggota badan itu akan menghasilkan satu akhlak yang luar biasa budi pekertinya.

Sehubungan dengan itu, pendidikan melalui pemikiran merupakan jalan yang terbaik untuk seorang muslim itu mengenal Allah. Ini kerana, setiap muslim yang dilahirkan itu wajib mengenali Allah (Ali Issa Othman, 1981: 119). Apabila seseorang itu dilahirkan di muka bumi ini, maka tanggungjawab itu mestilah digalas dengan

20

penuh rasa ketakwaan dan keimanan yang teguh disamping dapat meningkatkan keperibadian yang mulia.

2.2.3

Pendidikan melalui Perlakuan

Pendidikan melalui perlakuan adalah satu tindakan yang diambil setelah hati dan pemikiran itu menemui satu jalan yang sempurna. Tindakan ini haruslah dilakukan oleh anggota badan seseorang itu sendiri. Ini kerana, setelah hati mengatakan persetujuan, maka keikhlasan dalam melakukan tindakan mengikut jalan yang benar mestilah dilakukan. Tindakan ini mestilah dilakukan dengan segera. Ini semua akan dinyatakan mengikut panduan dan paradigma yang di bawa oleh Imam alNawawi dalam kitab Riyad al-Salihin.

Tindakan ini pada kebiasaannya adalah amalan yang disuruh oleh Allah dan mengikuti sunnah Rasullah yang telah termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Segala amalan ini merupakan amalan baik yang wajib dituruti bagi melahirkan seorang insan yang mempunyai budi pekerti yang mulia.

2.3

Riwayat hidup Imam al-Nawawi

Sebagai seorang pengkaji yang perihatin, tidak lengkap sekiranya tidak mengetahui siapakah sebenarnya Imam al-Nawawi. Oleh itu, pengkaji mengambil inisiatif untuk mencoretkan perihal penulis asal kitab Riyad al-Salihin.

21

2.3.1

Nama dan keturunan

Nama sebenar beliau adalah Yahya bin Syaraf bin Murra bin Hassan bin Hussain bin Hizam bin Muhammad bin Juma‟ah. Gelarannya (laqabnya) dikenali sebagai Muhyiddin dan kunyahnya pula dikenali sebagai Abu Zakaria. Panggilan termashyur beliau ialah al-Nawawi kerana dinisbatkan pada asal daerahnya Nawa iaitu nama bagi sebuah kampung yang terletak dalam daerah Hauran berhampiran dengan Kota Damsyik, Syria.

Beliau dilahirkan pada 10 Muharram 631 H di Nawa. Bapa beliau merupakan penduduk asal dari kampung tersebut. Beliau hanya dipeluang hidup selama 45 tahun sahaja. Pada hari Rabu iaitu pada bulan Rejab 676 H, beliau menghembuskan nafas terakhirnya dan dikembumikan di kampungnya sendiri di Nawa.

2.3.2

Kehidupan ketika kecil dan dewasa

Bapanya telah meriwayatkan bahawa ketika beliau berumur tujuh tahun, satu malam pada bulan Ramadhan iaitu pada 27 Ramadhan, anaknya itu telah terjaga lalu bertanyakan kepada ayahnya: “Apakah cahaya yang menerangi rumah?” Ayahnya menjawab kami tidak melihat apa-apa cahaya. Maka fahamlah bahawa cahaya itu merupakan cahaya Lailatul Qadar.

Syeikh Yasin bin Yusuf al-Zarkashi, guru tariqatnya menceritakan bahawa ketika Imam Nawawi berusia sepuluh ahun, beliau telah menghafaz al-Quran. Oleh yang demikian, gurunya itu berjumpa dengan guru al-Qurannya supaya menumpukan perhatian yang lebih terhadap Imam Nawawi.

22

Pada usia 19 tahun iaitu pada tahun 649 H, Imam Nawawi telah dibawa oleh bapanya ke kota Damsyik dan menempatkannya di al-Rawwahiyah. Al-Rawaahiyah merupakan sebuah pusat pengajian yang termasyhur di Damsyik yang terletak di sebelah timur Masjid Ibn Urwah. Di sini lah Imam Nawawi mendalami segala ilmu agama. Kemudian beliau berangkat ke tanah suci Mekah Mukarramah untuk menunaikan haji bersama bapanya dan singgah di Madinah untuk jangka masa beberapa bulan. Dikatakan beliau mula sakit dan kembali ke kota Damsyik untuk meneruskan pengajian.

2.3.3

Akhlak dan peribadi

Imam al-Nawawi seorang insan yang tidak terpengaruh dengan hiburan di dunia. Beliau hanya menggunakan seluruh isi bumi yang ada hanya dengan menuntut ilmu dan hanya untuk mencari keredhaan Allah. Beliau memang terkenal dengan sifat tekunnya sehingga beliau dikatakan tidak pernah berkahwin sehinggalah saat kematian beliau sampai.

Imam al-Nawawi seorang yang sangat zuhud dalam kehidupannya. Pada kebiasaannya, beliau hanya memakan roti Al-Ka‟k dan buah Zaitun Hauran yang dikirimkan oleh ayahnya sahaja (M. Yasir Abu Muthalib, 2005: 764). Pemakaiannya pula diperbuat daripada kain kapas yang kasar serta kain serban daripada jenis shabkhitaniyyah (Kamarul Azmi, 2007: 22).

Sifat keperibadian beliau telah pun diketahui oleh seisi dunia. Oleh kerana itu, beliau selayaknya dihormati dan disanjungi di seluruh pelusuk dunia.

23

2.3.4

Guru dan Anak Murid

Imam al-Nawawi dikatakan telah menguasai kesemua ilmu Islam. Guru-guru yang pernah mengajar beliau merupakan tokoh-tokoh ilmuan Islam yang besar dan mempunya kepakaran mengikut bidang masing-masing. Antara guru-guru beliau adalah Tajuddin Al-Fazari yang terkenal dengan al-Farkah, Al-Kamal Ishaq AlMaghribi, Abdurrahman bin Nuh, Umar bin As‟ad al-Arbali dan Abu al-Hassan Salam bin al-Hassan al-Arbali (M. Yasir Abu Muthalib, 2005: 773).

Guru-gurunya yang mengajar mengikut bidang hadis antaranya ialah Ibrahim bin Isa al-Muradi al-Andalusi al-Mashri ad-Dimasyqi, Abu Ishaq Ibrahim bin Abi Hafsh Umar bin Mudhar al-Wasithi, Zainuddin Abu al-Baqa‟ Khalid bin Yusuf bin Sa‟ad ar-Ridha bin al-Burhan dan Abdul Aziz bin Muhammad bin Abdil Muhsin alAnshari. Bidang ilmu usul, guru-guru beliau adalah al-Qadhi Abu al-Fatih Umar bin Bandar bin Umar bin Ali bin Muhammad at-Tafsili Asy-Asy-Syafi‟i. Manakala dalam bidang ilmu nahu, guru-guru yang mengajar beliau adalah Ahmad bin Salim alMashri, Ibnu Malik dan al-Fakhr al-Maliki.

Memandangkan Imam Nawawi adalah seorang yang ilmuan, maka ramai yang ingin berguru dengan beliau. Anak murid beliau terlalu ramai sehinggakan ada yang menajadi tokoh dan pemimpin (M. Yasir Abu Muthalib, 2005: 773). Anak murid yang paling terkenal adalah Ibnu al-Aththar. Anak muridnya ini mendapat gelaran Mukhtashar An-Nawawi kerana dekatnya beliau dengan gurunya itu (M. Yasir Abu Muthalib, 2005: 773).

24

2.3.5

Hasil Karya dan Penulisan

Menurut Muhammad Abdulloh Suradi (2009: 147), antara hasil karya Imam al-Nawawi dalam bidang ilmu hadis adalah Syarah Sahih Muslim, Al-Adzkar, Arbain, Syarah Sahih Bukhari, Syarah Sunan Abi Daud dan yang paling terkenal adalah kitab Riyadus Salihin. Penulisan dalam bidang fiqh pula ialah Raudhatu Thalibin, alUmdah fi Tashhihi Tanbih dan Majmu’ Syarah Muhadzdzab. Manakala penulisan dalam bidang ilmu al-Quran ialah At-Tibyan fi Adabi Hamalatil Quran.

Selain dari itu, terdapat juga bidang penulisan berkaitan sejarah dan biografi (M. Yasir Abu Muthalib, 2005: 776) iaitu Tahdzib Al-Asma’ wa Al-Lughat dan Thabaqat Al-Fuqaha’. Penulisan dalam bidang pendidikan pula ialah Adab Hamalah Al-Quran dan Bustan Al-Arifin. Selain bidang pendidikan, penulisan terhadap bidang bahasa dan etika juga turut dihasilkan iaitu Tahdzib Al-Asma’ wa Lughat (bahagian kedua) dan Tahrir At-Tanbih.

Kesemua hasil karya dari Imam al-Nawawi ini disukai dan diterima oleh semua golongan masyarakat.

2.4

Pandangan ulama terhadap Imam al-Nawawi

Imam al-Nawawi juga mempunyai ketokohan dan kewibawaan yang tidak disangkal lagi. Para ulama seluruh pelusuk dunia pasti memperkatakan perihal beliau dan mengagumi setiap yang ada pada diri beliau. Antara ulama yang tersebut ialah

25

Abu Abdullah Syamsuddin Muhammad Al-Zahabi, Ibnu Al-„Atar, Syaikh Al-Rasyad Ibnu Al-Mua‟allim dan ramai lagi (Kamarul Azmi: 2007: 26-27).

Abu Abdullah Syamsuddin Muhammad Al-Zahabi mengatakan beliau iaitu Imam al-Nawawi adalah seorang Imam yang hafiz serta menjadi ikutan ramai orang, merupakan Syeikh al-Islam dan juga tokoh auliya‟ (Kamarul Azmi: 2007: 27).

Ibnu Al-„Atar (Kamarul Azmi: 2007: 27) pula mengatakan bahawa Imam alNawawi seorang yang sangat kuat bermujahadah, warak, muraqabah dan sentiasa membersihkan hatinya daripada sifat-sifat yang tidak baik. Beliau merupakan seorang hafiz serta pakar dalam bidang ilmu hadis serta cabang-cabangnya, digelar akan beliau rijal al-hadis, sahihnya dan „alilnya.

Seorang lagi ulama yang bernama Syaikh Al-Rasyad Ibnu Al-Mua‟allim (Kamarul Azmi: 2007: 27) mengatakan beliau sendiri pernah menegur Imam alNawawi tentang keengganan untuk memasukki bilik air serta mengetepikan perihal makan dan minum yang boleh memudaratkan dirinya. Namun, dibalas oleh Imam alNawawi bahawa masih terdapat insan lain yang berpuasa dan beribadah sehinggakan kulit badan menjadi hijau (terdapat insan yang lebih kuat beribadat daripadanya).

2.5

Pandangan terhadap kitab Riyad al-Salihin

Memandangkan pengkaji menggunakan kitab Riyad al-Salihin sebagai rujukan utama, seharusnya diceritakan sedikit mengenai kitab ini. Kitab ini mempunyai

26

keistimewaannya yang tersendiri di mana telah disusun aturkan oleh Imam al-Nawawi yang merupakan tokoh yang sangat terkenal di mata dunia. Sehubungan dengan itu, dinyatakan di sini beberapa pandangan ulama mengenai kitab tersebut.

M. Abdai Rathomy (1984) merupakan pentahnik kitab Riyad al-Salihin mengatakan kitab ini merupakan kitab hadis yang dikumpulkan oleh Imam alNawawi, seorang yang sangat alim, zuhud, hafiz dan wali yang sangat terkenal pada zamannya. Segala hadis yang dikumpulkan ini cukup memadai untuk seorang manusia menjalani kehidupan yang sempurna. Beliau mengatakan lagi, kitab ini mempunya 4 jilid.

Ahmad Ratib Kamus (Kamarul Azmi, 2007: 30) merupakan pentahnik utama kitab ini mengatakan bahawa hasil yang diperolehi daripada kitab Riyad al-Salihin ini dipenuhi dengan seruan kepada seluruh manusia untuk menjalani kehidupan yang diredhai oleh Allah. Kitab ini diumpamakan sebagai kebun yang sedang menghijau tempat kehidupan seorang mukmin yang dipetik cahaya hadis Rasulullah yang agung.

2.6

Tinjauan kajian lepas

Tinjauan ini dilakukan untuk melihat kajian yang telah dibuat oleh pengkajipengkaji sebelum ini. Tumpuan utama terhadap kajian lepas hanya tertumpu kepada hasil dapatan yang setiap kajian yang dilakukan. Oleh itu, pengkaji telah menemui beberapa hasil dapatan kajian yang telah dibuat oleh pengkaji sebelum ini.

27

Kamarul Azmi Jasmi telah menyiapkan kajian teks yang bertajuk Paradigma Al-Imam Al-Nawawi dalam Pembangunan Insan: Satu Kajian Teks terhadap Kitab Riyad al-Salihin pada tahun 2007. Hasil dapatan kajini ini menunjukkan al-Imam alNawawi mengemukakan 204 perkara asas dalam membentuk pembangunan insan. Asa itu terkandung lapan aspek pembangunan iaitu pembangunan akhlak insan terhadap Allah, sesama insan, sosial, adab kehidupan, ibadat, jihad ilmu dan batasanbatasan beragama yang perlu dibangunkan oleh setiap insan.

Kajian lepas yang ditulis oleh Barawi bin Jaraie pula bertajuk Tanbih AlGhafilin: Satu Kajian Mengenai Bab Kelebihan Umat Nabi Muhammad S.A.W pada tahun 1998/99. Hasil dapatan kajian ini tidak berkaitan dengan tajuk yang pengkaji lakukan, namun metod kajian yang dilakukan adalah sama iaitu kajian teks terhadap hadis-hadis yang ada di dalam kitab tersebut.

Selain itu, Persepsi Pelajar Terhadap Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam Dalam Pembentukan Akhlak: Kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia, Temerloh, Pahang yang ditulis oleh Khairul Nasiha binti Ishak pada tahun 2009. Hasil dapatan yang telah dibuat menunjukkan persepsi pelajar terhadap kaedah dan cara pengajaran Pendidikan Islam berada di tahap yang tinggi iaitu 3.57, diikuti pula tahap min

yang agak tinggi dengan 3.68 min terhadap pembentukan akhlak. Persepsi

terhadap perlaksanaan yang dijalankan juga menunjukkan tahap yang sederhana iaitu nilai min 3.33.

Arman bin Hj. Md. Jaferi dengan penulisan beliau pada tahun 2001 di bawah tajuk Pendidikan Akhlak dan Pengamalnya di Kalangan Remaja: Suatu Tinjauan di Felda Bikut Wa Ha, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim menunjukkan hasil analisisnya bahawa remaja mempunyai pendidikan akhlak yang tinggi namun untuk mengamalkan pendidikan akhlak itu masih kurang memuaskan. Tinjauan dijalankan

28

juga menunjukkan ibubapa sudah memainkan peranan dalam mendidikan anak serta program keagamaan telah giat dijalankan..

2.7

Kesimpulan

Kewibawaan dan ketokohan yang ada pada Imam al-Nawawi ini boleh dijadikan panduan asas dalam membentuk keperibadian akhlak setiap muslim. Penghasilan kitab-kitab menjadi panduan kepada seluruh manusia di dunia untuk terus berjalan di landasan yang betul berdasarkan panduan dari al-Quran dan al-Sunnah. Justeru itu, pendidikan akhlak yang diterapkan di dalam kitab tersebut boleh diambil untuk memperbaiki hubungan manusia dengan Allah sekaligus membentukan akhlak yang mulia.

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pegenalan

Bab ini menerangkan mengenai reka bentuk kajian yang digunakan sepanjang proses penyelidikan dijalankan. Selain daripada itu, turut diterangkan mengenai prosuder yang diambil untuk menyiapkan hasil kajian serta metod menganalisis yang digunakan.

30

3.2

Reka bentuk kajian

Kaedah utama yang digunakan di dalam kajian ini adalah menganalisis teks hadis Kitab Riyad al-Salihin untuk mendapat data yang dikehendaki dan kaedah kajian perpustakaan sebagai salah satu alternatif kedua untuk mendapat maklumat sokongan serta maklumat yang berkaitan dengan kajian.

3.3

Metod pengumpulan data

Terdapat dua metod yang digunakan di dalam pengumpulan data kajian ini iaitu data premier dan data sekunder.

3.3.1

Data premier

Data ini diambil terus melalui kitab Riyad al-Salihin hasil karangan Imam alNawawi yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh Unit Quran, Sunnah dan Tafsir, Pusat Penyelidik Islam, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

31

3.3.2

Data sekunder

Menurut Kamarul Azmi (2002: 33) data sekunder adalah data yang diambil secara tidak langsung atau perantaraan seperti buku teks, ulasan atau pendapat tentang peristiwa yang berlaku. Terdapat beberapa contoh kitab yang membahaskan mengenai Kitab Riyad al-Solihin:

1. Kitab Shahih Riyadhush-Shalihin. Kitab ini telah ditakhrij oleh M. Nashiruddin Al-Albani (2003) serta diterbitkan oleh Pustaka Azzam, Jakarta.

2. Kitab Riyadhus Shalihin - Taman Kaum Muslimin dari Sabda Penghulu Sekalian Rasul. Kitab ini telah diterjemahkan oleh M. Abdai Rathomy (1984) di Singapura. Terbitan Pustaka Nasional Pte. Ltd. 3. Kitab yang telah diterjemahkan oleh Abdul Aziz Sa‟ad Al-U‟taibiy dari kitab asal iaitu Mutiara Pilihan Riyadhush Shalihin. Tidak dinyatakan tahun penerbitan pada kitab ini.

Kesemua kitab

yang dinyatakan di atas merupakan kitab-kitab yang

mensyarahkan kitab asal Imam al-Nawawi iaitu Kitab Riyad al-Salihin. Oleh kerana, kajian yang dijalankan ini melibatkan kajian terhadap paradigma Imam al-Nawawi terhadap pembentukan akhlak melalui hati, pemikiran dan perlakuan, maka ulasan dan metod yang digunapakai oleh beliau dijadikan sebagai landasan untuk menyiapkan kajian ini.

32

Selain dari tu, pengkaji mengumpul data-data sokongan daripada buku-buku yang mempunyai kekuatan pandangan untuk membuat perbandingan serta memperkukuhkan lagi ulasan yang telah sedia ada.

3.4

Keesahan dan kebolehpercayaan

Keesahan dan kebolehpercyaan memainkan peranan penting dalam setiap kajian yang dijalankan. Hal ini dititikberatkan oleh pengkaji untuk membuktikan kebenaran data-data yang diperoleh sepanjang proses mengumpul data. Menurut Azizi Yahya (2007) keesahan adalah sesuatu yang memberi maksud dan berguna yang telah disimpulakan daripada skor ujian. Manakala kebolehpercayaan pula diberi maksud mengenai ukuran terhadap sains sosial yang dijalankan iaitu untuk mengukur sifat-sifat manusia serta perubahannya.

Oleh itu, terdapat dua cara yang digunakan iaitu triangulasi data dan rujukan definisi operasional.

3.4.1

Triangulasi Data

Wiersma (1991) mendefinisikan triangulasi data adalah satu cara untuk mendapatkan data yang lebih tinggi kebolehpercayaannya. Hal ini kerana, kajian ini

33

melalui beberapa cara yang terpilih agar data yang diperolehi itu adalah data yang mencapai tahap kepercayaan yang tinggi.

3.4.2

Definisi Operasional

Proses seterusnya adalah membina tema dapatan kajian di mana setiap tema tersebut dibina dan meletakkan kod yang khusus serta memberi definisi oerasional bagi memudahkan pengkaji untuk membaut rujukan. Setiap tema yang telah dibina kod khusus dinyatakan di dalam lampiran serta dinyatakan di dalam Bab empat sebagai hasil dapatan kajian.

3.5

Analisis data

Analisis data merupakan satu langkah yang mesti dilakukan oleh setiap pengkaji. Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang telah diambil untuk memastikan proses menganalisis data dilakukan tanpa sebarang kepincangan.

Bagi memudahkan proses gerak kerja yang dijalankan, pengkaji telah menyusun keseluruhan hadis dalam bentuk vabatim. Kemudian, hadis-hadis tersebut dipindahkan ke dalam satu perisian iaitu Nvivo di mana, dengan menggunakan Nvivo ini, proses menyusun hadis-hadis dijalankan mengikut tema. Setelah tema dibuat, tema tersebut di

34

analisis ke dalam bentuk yang lebih spesifik mengikut objektif kajian ini iaitu sub tema pendidikan akhlak memlalui hati, pemikiran dan perlakuan. Selesai membahagikan sub tema, jadual matrik dikeluarkan melalui perisian Nvivo tersebut dan membentuk satu rajah yang berkaitan dengan kajian ini.

Fokus utama terhadap kajian Kitab Riyad al-Salihin adalah kajian teks serta mengumpulkan data-data yang berkaitan. Secara amnya, pengkaji telah menganalisis data-data yang diperolehi dengan menggunakan kaedah kualitatif berserta kaedah induktif dan deduktif bagi memperolehi data yang kuat dan sahih.

Data Kualitatif Kajian (Lampiran M)

Menganalisis Tema

Mengesan dan Membina Tema

Membina Sub Tema dan Sub-sub Tema

Pembentukan Jadual Metrik & Penghuraian Data Menganalisis Tema

Pemaparan Pola Dapatan Rajah Pokok

Rajah 1 Prosedur Penganalisaan Data Kualitatif

3.5.1

Metod kualitatif

Kualitatif dan kuantitatif adalah dua kaedah yang berbeza di dalam proses penyelidikan. Data yang diperoleh melalui kaedah kuantitatif berbentuk nilai dan jumlah manakala data yang diperoleh melalui kaedah kualitatif adalah data yang berbentuk keterangan yang diolah dalam bentuk penulisan untuk memberi kefahaman kepada

35

pembaca atau audien. Data tersebut merupakan data yang berkualiti (Kamarul Azmi Jasmi, 2002: 35).

Pengkajian teks hadis ini dilakukan dalam bentuk kualitatif sahaja. Hasil dapatan melalui bantuan perisian N‟vivo diulas dalam bentuk laporan kajian. Pengkaji mengulas setiap kategori mengikut objektif yang dikehendaki. Oleh yang demikian, terdapat tiga katogeri iaitu katogeri pendidikan melalui hati, katogeri pendidikan melalui pemikian dan katogeri pendidikan melalui perlakuan. semua kategori tersebut diolah berdasarkan paradigma Imam al-Nawawi melalui kitab Riyad al-Salihin.

3.5.2

Metod Induktif

Pemilihan metod induktif telah dibuat oleh pengkaji dalam menganalisis data yang diperolehi. Menurut Kamarul Azmi (2007: 37) metod ini merupakan salah satu cara untuk menganalisis data menggunakan pola pemikiran dalam pencarian bukti melalui halhal yang bersifat khusus untuk sampai kepada dalil yang bersifat lebih umum. Contohnya di dalam kajian ini, dapatan hasil yang dikeluarkan dengan bantuan perisian N‟vivo yang bersifat khusus itu dihuraikan dengan lebih mendalam bagi memperkukuhkan teori yang telah sedia ada.

36

3.5.3

Metod deduktif

Metod deduktif turut digunakan dalam proses menganalisis data. Kamarul Azmi (2007: 38) mengatakan bahawa metod ini dilakukan dengan melakukan penulisan berdasarkan kepada pola pemikiran dengan mengambil dalil-dalil umum terhadap hal yang lebih khusus. Oleh itu, dalam konteks kajian ini, data-data umum dari kitab Raiyad al-Salihin di katogerikan mebgikut bahagian masing-masing yang bersifat umum.

3.5.4

Teknik Penganalisaan

Setelah jadual matriks dikeluarkan dengan bantuan Nvivo di dalam Bab Empat, proses menganalisis dijalankan dengan merujuk terus kepada teks asal data kualitatif. Hal ini kerana untuk memudahkan dan memberi kefahaman kepada pengkaji itu sendiri dengan hanya melihat kepada kod yang telah dibuat. Contoh adalah seperti berikut:-

(PAKA/IKH/KRKLM/HDS/AMAL) “Sesungguhnya Allah tidak melihat akan rupa bentuk kamu, tetapi Dia melihat akan niat dan keikhlasan hati kamu.” (Al-Nawawi, 2000: 124)

Berdasarkan petikan di atas, satu contoh yang dilakukan oleh pengkaji boleh terus merujuk

kepada

teks

asal

yang

telah

dikodkan

itu.

Contohnya,

PAKA/IKH/KRKLM/HDS/AMAL adalah data yang diambil berdasarkan kepada tema

37

utama sebelum masuk kepada sub tema yang lain. „Al-Nawawi, 2000: 124‟ itu pula bermaksud tahun data teks asal dibuat dan dikaji menggunakan bantuan program N‟Vivo 7.0.

Setiap katogeri dinyatakan pola dapatan kajian yang telah dibuat oleh pihak pengkaji dikeluarkan dalam bentuk gambarajah. Gambarajah tersebut menjadi rumusan kepada setiap objektif kajian ini.

3.6

Kesimpulan

Berdasarkan beberapa metodologi yang telah digunakan dalam proses mengeluarkan data yang dikehendaki, pengkaji berharap dapat menghasilkan sesuatu yang memuaskan dan bermutu. Proses ini bukan sekadar pemerhatian sahaja, malah dibantu oleh perisian terkini iaitu Nvivo serta mendapat kritikan dan tunjuk ajar daripadda pihak yang lebih arif dalam bidang ini.

BAB VI

DAPATAN KAJIAN TEKS

4.1

Pengenalan

Bab ini membentangkan hasil dapatan pengkaji tentang pendidikan Akhlak kepada Allah yang terdapat di dalam kitab Riyad al-Salihin. Kajian teks ini menggunakan bantuan program N’Vivo untuk menganalisis

hadis yang terdapat

dalam kitab ini. Hasil dapatan menunjukkan terdapat tiga aspek utama yang akan dibincangkan iaitu aspek kurikulum, aspek bahan bantu mengajar (BBM) dan aspek kaedah dalam pengajaran.

Hasil dapatan ini bertepatan dengan objektif kajian ini iaitu melihat kepada kurikulum Akhlak kepada Allah melalui paradigma Imam al-Nawawi. Keduanya menyenaraikan kaedah pengajaran yang digunakan dalam kurikulum Akhlak kepada Allah serta yang terakhir mengkatogerikan jenis bahan bantu mengajar yang

39

digunakan dalam kurikulum akhlak kepada Allah berdasarkan paradigma Imam alNawawi dalam kitab tersebut.

4.2

Aspek Kurikulum Akhlak kepada Allah

Aspek kurikulum telah dikenalpasti melalui analisis yang telah dibuat. Aspek ini merangkumi 17 bab yang terpecah kepada dua bahagian iaitu kurikulum melalui al-Quran dan kurikulum melalui Hadis. Setiap aspek kurikulum tersebut mempunyai ayat-ayat al-Quran dan hadis yang berkaitan dengan bab yang telah tersedia di dalam kitab Riyad al-Salihin.

4.2.1

Kurikulum Akhlak kepada Allah Bab Ikhlas

Rajah 1

40

Berdasarkan Rajah 1, kurikulum al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu cara keikhlasan dan suruhan melakukan ikhlas. Contoh cara keikhlasan yang dituntut oleh al-Quran (22:37) amalan yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Suruhan ikhlas yang dituntut oleh al-Quran (98:5) mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya.

Kurikulum hadis juga terbahagi kepada dua iaitu amalan ikhlas dan suruhan ikhlas. Amalan ikhlas yang dituntut oleh al-Nawawi di dalam kitabnya terkandung dalam sembilan hadis (Al-Nawawi, 2000: 74, 85, 111, 124, 135, 148, 158, 170, 183). Manakala suruhan melakukan ikhlas pula, hanya satu hadis yang mengatakan sedemikian (Al-Nawawi, 2000: 52). Contoh hadis amalan ikhlas yang dituntut oleh alNawawi adalah seperti berikut:

(PAKA/IKH/KRKLM/HDS/AMAL) “Sesungguhnya Allah tidak melihat akan rupa bentuk kamu, tetapi Dia melihat akan niat dan keikhlasan hati kamu.” (Al-Nawawi, 2000: 124)

Contoh hadis suruhan melakukan ikhlas:

(PAKA/IKH/KRKLM/HDS/SRHN) Tiada lagi hijrah sesudah pembukaan Kota Mekah, tetapi yang tetap ialah jihad atau berjuang

41

dan niat untuk berhijrah (apabila keadaan memaksa) dan apabila dipanggil untuk berjuang (dan sebagainya) hendaklah kamu bersiap sedia. (Al-Nawawi, 2000: 52)

4.2.2

Aspek Kurikulum Akhlak kepada Allah Bab Taubat

Rajah 2

Bab Taubat di dalam Rajah 2 menunjukkan kurikulum akhlak kepada Allah terbahagi kepada dua bahagian iaitu al-Quran dan Hadis. Kurikulum al-Quran mempunyai empat bahagian iaitu ganjaran taubat, cara taubat, suruhan taubat dan cara istighfar. Contoh ganjaran taubat yang dituntut dalam al-Quran (24:31) supaya kamu mendapat kebahagiaan. Hal ini bermaksud, setiap manusia yang melakukan taubat, Allah telah menjanjikan bahawa akan memperoleh kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

42

Kurikulum hadis pula menunjukkan terdapat tujuh perkara yang berkaitan dengan kurikulum taubat iaitu suruhan taubat, ganjaran taubat, cara istighfar, galakan beristighfar, cara bertaubat dan galakan bertaubat. Cara bertaubat yang dituntut oleh al-Nawawi mengandungi tujuh cara iaitu ikhlas melakukan taubat, berkawan dengan orang yang baik, bersungguh-sungguh untuk bertaubat, berjumpa dengan orang alim, melakukan penghijrahan, melakukan taubat lebih daripada 70 kali sehari, melakukan taubat lebih daripada 100 kali sehari dan masa yang bersesuaian untuk bertaubat iaitu sebelum datang ajal dan sebelum berlakunya kiamat.

Sebagai contoh kurikulum hadis cara bertaubat melalui hijrah adalah seperti berikut:

(PAKA/TBT/KRKLM/HDS/CR/HIJ) “Pergilah kamu ke suatu tempat (diterangkan sifatnya di mana terdapat orang-orang yang taat kepada Allah). Beribadatlah bersama mereka dan janganlah kembali ke negerimu kerana negeri itu tempat penjahat.” Maka orang itu pun menuju ke sana. Di dalam perjalanan itu ia telah mati mengejut. (Al-Nawawi, 2000: 129)

Contoh suruhan taubat yang dituntut di dalam kitab ini pula:

(PAKA/TBT/KRKLM/HDS/SRHNTAU) Wahai sekalian manusia bertaubatlah kepada Allah (Al-Nawawi, 2000: 36)

43

4.2.3

Aspek Kurikulum Akhlak kepada Allah Bab Sabar

Rajah 3

Bab seterusnya adalah bab Sabar. Kurikulum yang terdapat dalam bab ini juga mengandungi dua bahagian iaitu al-Quran dan Hadis. Bagi al-Quran, terdapat empat perkara iaitu ganjaran bersabar, suruhan bersabar, doa dan ujian bersabar, manakala kurikulum hadis pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu doa, cara bersabar dan ganjaran bersabar.

Contoh kurikulum suruhan bersabar yang dituntut dalam al-quran (3:200) bersabarlah kamu (menghadapi segala kesusahan dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan). Ayat tersebut menjelaskan bahawa setiap apa yang dilakukan mestilah disertakan dengan kesabaran terutama dalam memperjuangkan sesuatu perkara.

44

Kurikulum hadis untuk ganjaran bersabar terdapat dalam empat hadis (AlNawawi, 2000: 106, 119, 227, 396). Kurikulum untuk doa juga terdapat empat hadis yang mengatakan berkaitan doa (Al-Nawawi, 2000: 359, 396, 491, 581). Bagi kurikulum cara bersyukur pula, mempunyai empat bahagian iaitu menahan marah, bersyukur, redha dan ikhlas. Terdapat lima hadis berkaitan menahan marah, sepuluh hadis berkaitan redha, tiga hadis berkaitan ikhlas dan hanya satu hadis yang berkaitan dengan beryukur. Sebagai contoh, hadis berkaitan menahan marah dan ganjaran bersabar adalah seperti berikut:

(PAKA/SBR/KRKLM/HDS/CARA/THN) “Seseorang telah berkata kepada Nabi s.a.w.: “Nasihatilah aku.” Bersabda Rasulullah s.a.w.: “Jangan marah.” Maka berulang-ulang orang itu meminta dinasihati, jawab Nabi: “Jangan marah.” (Al-Nawawi, 2000: 514)

(PAKA/SBR/KRKLM/HDS/GJR) “Wahai sesungguhnya ibu di dalam keadaan hak (benar)”

ibu

bersabarlah

(Al-Nawawi, 2000: 227)

45

4.2.4

Aspek Kurikulum Akhlak kepada Allah Bab Benar

Rajah 4

Berdasarkah Rajah 4 di atas, bab Benar yang terdapat di dalam kitab Riyadh al-Salihin terbahagi kepada dua kurikulum iaitu al-Quran dan Hadis. Kurikulum yang didatangkan melalui al-Quran mempunyai dua perkara iaitu ahli benar dan cara membenar. Sebagai contoh ahli benar (33:35) dan orang-orang lelaki yang benar, serta orang-orang perempuan yang benar.

Kurikulum hadis yang telah dikenalpasti melalui program N’Vivo ini mempunyai tiga perkara iaitu hukuman, ganjaran bersabar dan suruhan bercakap benar. Bagi hukuman pula terbahagia kepada tiga bahagian iaitu bimbang, tiada berkat dan pendusta manakala untuk ganjaran pula terbahagi kepada empat perkara iaitu syurga, tenang, berkat dan pembenar. Tiada pecahan untuk suruhan bercakap benar. Sebagai contoh, pengkaji datangkan dua hadis berkaitan hukuman bimbang dan ganjaran syurga.

46

(PAKA/BNR/KRKLM/HDS/HKMN/BMBG) “Dusta itu membawa kebimbangan.” (Al-Nawawi, 2000: 40)

(PAKA/BNR/KRKLM/HDS/GJR/SYRG) “Sesungguhnya kebenaran itu membawa kepada kebaikan (taat) dan kebaikan itu pula membawa ke Syurga.” (Al-Nawawi, 2000: 29)

4.2.5

Aspek Kurikulum Akhlak kepada Allah Bab Muraqabah

Rajah 5

Rajah 5 menunjukkan kurikulum yang terdapat dalam bab Muraqabah. AlQuran dan Hadis dua aspek utama dalam kurikulum ini. Bagi al-Quran, hanya satu

47

perkara yang dapat dikenalpasti iaitu cara melakukan muraqabah. Contohnya alQuran (26:218-219) yang mengatakan bahawa “Yang melihatmu semasa engkau berdiri (mengerjakan sembahyang) dan (melihat) gerak-gerimu di antara orang-orang yang sujud”.

Kurikulum hadis pula terbahagi kepada tiga perkara iaitu balasan, ganjaran dan cara muraqabah. Pecahan bagi balasan hanya satu bahagian iaitu dimurkai Allah (Al-Nawawi, 2000: 192), manakala pecahan untuk ganjaran terbahagi kepada lima iaitu dikenali Allah (Al-Nawawi, 2000: 103), kejayaan (Al-Nawawi, 2000: 106), dipelihara Allah (Al-Nawawi, 2000: 92), redha Allah (Al-Nawawi, 2000: 191) dan senang (Al-Nawawi, 2000: 107). Tiada pecahan bagi cara muraqabah namun terdapat tujuh hadis iaitu (Al-Nawawi, 2000: 53, 74, 92, 102, 200, 212, 220).

Sebagai contoh pecahan balasan yang diperolehi ialah dimurkai Allah:

(PAKA/MRQBH/KRKLM/HDS/BLSN/MRK) “Manakala dua orang sahabatmu yang lain telah dimurkai Allah.” (Al-Nawawi, 2000: 192)

Contoh kedua cara untuk melakukan muraqabah yang dituntut oleh al-Nawawi:

48

(PAKA/MRQBH/KRKLM/HDS/CARA) Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada. (Al-Nawawi, 2000: 74)

4.2.6

Aspek Kurikulum Akhlak kepada Allah Bab Takwa

Rajah 6

Rajah 6 menunjukkan kurikulum al-Quran dan hadis bagi Bab Takwa yang terdapat dalam kitab ini. Kurikulum al-Quran mempunyai dua perkara iaitu suruhan takwa dan ganjaran takwa. Setelah dianalisis menggunakan program N’Vivo 7.0, ganjaran takwa mempunyai empat pecahan iaitu mendapat petunjuk, jalan keluar, terampun dosa dan rezeki. Sebagai contoh kurikulum al-Quran (65:2-3) bagi ganjaran rezeki yang diperolehi mengatakan bahawa memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya.

49

Kurikulum bagi hadis pula terbahagi kepada tiga bahagian iaitu ganjaran, cara dan suruhan melakukan takwa. Bagi ganjaran, terdapat satu ganjaran yang telah dikenal pasti iaitu ganjaran syurga. Terdapat dua hadis yang menyatakan berkaitan cara dan suruhan bertakwa.

Sebagai contoh di sini berkaitan dengan suruhan bertakwa:

(PAKA/TAK/KRKLM/HDS/SRHN) Allah”

“Bertakwalah

kamu

kepada

(Al-Nawawi, 2000: 92)

4.2.7

Aspek Kurikulum Akhlak kepada Allah Bab Yakin dan Tawakal

Rajah 7

50

Berdasarkan Rajah 7 di atas menunjukkan kurikulum bagi Bab Yakin dan Tawakal. Juga terbahagi kepada dua iaitu al-Quran dan Hadis. Bagi al-Quran, terdapat dua bahagian iaaitu cara Tawakal dan suruahan Tawakal. Cara Tawakal terbahagi kepada tiga perkara iaitu Tawakal, serah 100% dan redha manakala suruhan Tawakal tiada pecahan yang dikenalpasti. Sebagai contoh suruhan Tawakal bagi kurikulum alQuran (5:11) menyebut kepada Allah jualah (sesudah bertakwa itu) hendaklah orangorang yang beriman berserah diri.

Kurikulum hadis pula terbahagi kepada empat bahagian iaitu galakan Tawakal, ganjaran Tawakal, cara berTawakal dan golongan yang berTawakal. Setiap satu daripadanya mempunyai pecahan masing-masing kecuali galakan Tawakal. Ganjaran Tawakal mempunyai empat pecahan iaitu syurga, tanpa azab, mendapat rezeki dan tanpa hisap. Cara berTawakal pula mempunyai tiga pecahan berdoa, berserah dan bersungguh-sungguh. Manakala golongan Tawakal mempunyai dua golongan iaitu golongan 70 ribu dan golongan berTawakal kepada Allah. Di sini, pengkaji datangkan dua contoh berdasarkan kepada rajah di atas.

Contoh pertama berkaitan dengan ganjaran Tawakal mendapat syurga:

(PAKA/YKN/KRKLM/HDS/GJR/SYRG) “Akan dimasukkan ke syurga orang-orang yang hati mereka seperti hati burung (yakni benarbenar berserah dan percaya kepada jaminan Allah pada dirinya)” (Al-Nawawi, 2000: 132)

51

Contoh kedua golongan 70 ribu:

(PAKA/YKN/KRKLM/HDS/GLGN/70) “Maka aku diberitahu, inilah umat engkau dan bersama mereka itu seramai tujuh puluh ribu orang yang masuk ke syurga tanpa di hisap dan di azab.” (Al-Nawawi, 2000: 73)

4.2.8

Aspek Kurikulum Akhlak kepada Allah Bab Istiqamah

Rajah 8

Bab istiqamah yang ditunjukkan di dalam Rajah 8 di atas menunjukkan terdapat dua kurikulum yang didatangkan iaitu al-Quran dan Hadis. Bagi al-Quran, kurikulum yang dibawa oleh al-Nawawi mempunyai tiga perkara iaitu ganjaran istiqamah, cara istiqamah dan galakan istiqamah. Bagi cara istiqamah hanya terdapat satu cara sahaja iaitu pegang teguh, manakala bagi ganjaran istiqamah terbahagi kepada lima ganjaran iaitu tidak bimbang, syurga, ada penolong, mendapat ilham dan mendapat apa yang diingini. Contoh kurikulum al-Quran (11:112) bagi galakan

52

istiqamah ialah hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu.

Kurikulum hadis yang terdapat dalam kitab Riyad al-Salihin pula mempunyai tiga perkara iaitu cara istiqamah, galakan istiqamah dan suruhan istiqamah. Cara lurus telah dikenalpasti untuk cara istiqamah. Sebagai contoh adalah seperti berikut:

(PAKA/ISTQMH/KRKLM/HDS/CR/LRS) “Katakanlah, aku beriman kepada Allah kemudian berkekalan dalam mengerjakan ibadat dengan pendirian yang lurus.” (Al-Nawawi, 2000: 44)

(PAKA/ISTQMH/KRKLM/HDS/SRHN) “Hendaklah kamu beribadat, bertindak lurus dan sesungguhnya hendaklah kamu mengetahui bahawa tidak seorang pun terselamat kerana amal perbuatannya.” (Al-Nawawi, 2000: 52)

53

4.2.9 Aspek Kurikulum Akhlak kepada Allah Bab Memerhati KebesaranNya

Rajah 9

Rajah 9 di atas menunjukkan hanya satu sahaja kurikulum bagi Bab Memerhati Kebesaran Makhluk Allah Taala iaitu al-Quran. Kurikulum ini terbahagi kepada balasan buruk, cara memerhati dan doa. Terdapat tiga cara yang telah dituntut oleh al-Quran untuk memerhati kebesaran Allah s.w.t. iaitu dengan cara berfikir, memerhati dan mencari kebenaran. Manakala kurikulum bagi balasan buruk hanya satu sahaja yang telah dikenalpasti iaitu azab akhirat. Terdapat juga kurikulum doa yang telah diajar di dalam al-Quran (3:190-191) Wahai Tuhan kami tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia. Maha suci Enakau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

54

4.2.10 Aspek Kurikulum Akhlak kepada Allah Bab Berlumba-lumba

Rajah 10

Rajah 10 menunjukkan terdapat dua kurikulum iaitu al-Quran dan hadis. Bagi al-Quran, kurikulum yang dituntut terbahagi kepada dua iaitu ganjaran dan galakan berlumba. Ganjaran yang dikenalpasti adalah ganjaran syurga. Contoh kurikulum yang dituntut oleh al-Quran (3:133) bagi ganjaran syurga adalah (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.

Kurikulum hadis pula menunjukkan terdapat tiga bahagian iaitu cara, ganjaran dan galakan. Terdapat tiga cara yang boleh dilakukan iaitu bersegera melakukan, bertanggungjawab dan sabar manakala dua ganjaran yang diberikan bagi mereka yang berlumba dalam melakukan kebaikan iaitu ganjaran syurga dan pahala. Galakan berlumba pula mempunya empat hadis yang mengatakan hal tersebut.

55

Sebagai contoh adalah seperti berikut:

(PAKA/BMK/KRKLM/HDS/GLKN) “Segeralah mengerjakan amalamal yang salih kerana akan berlaku suatu fitnah seperti malam yang sangat gelita. Di dalam keadaan itu terdapat seorang disebelah paginya bersifat mukmin dan sebelah petangnya bersifat kafir, begitulah (sebaliknya) sebelah petang dia bersifat mukmin dan sebelah pagi bersifat kafir dia menjual agamanya kerana kepentingan dunia yang sedikit” (Al-Nawawi, 2000: 21)

(PAKA/BMK/KRKLM/HDS/GJR/PHL) “Seorang lelaki telah datang kepada Nabi s.a.w. bertanya: “Wahai Rasulullah, sedekah sepertimanakah yang lebih besar pahalanya?” Jawab Nabi s.a.w.: “Bersedekah dalam keadaan sihat ketika kamu sayang kepada harta, takut menjadi miskin dan sedang mengharap-harapkan kekayaan. Jangan engkau menangguhkan (sedekah) sehingga nyawa sampai ke halkum baru berwasiat hendak bersedekah untuk si Fulan sekian, untuk si Fulan sekian, dan untuk si Fulan sekian” (Al-Nawawi, 2000: 54)

56

4.2.11 Aspek Kurikulum Akhlak kepada Allah Bab Bersungguh

Rajah 11

Rajah 11 menunjukkan kurikulum bagi bab bersungguh-sungguh dalam melakukan amal kebaikan. Terdapat dua kurikulum yang telah didatangkan iaitu alQuran dan hadis. Kurikulum al-Quran mempunyai empat perkara iaitu peringatan, galakan bersungguh, cara bersungguh dan ganjaran bersungguh-sungguh. Cara bersungguh yang diajar dalam kurikulum ini mempunyai empat cara iaitu tumpuan, yakin, masa dan sebutan. Ganjaran bersungguh juga mempunyai empat ganjaran yang diperolehi iaitu gembira, mendapat keredhaan Allah, mendapat pahala serta dilihat oleh Allah ketika di akhirat kelak. Contoh kurikulum al-Quran (73:20) bagi ganjaran pahala ialah apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu

57

tentulah kamu akan mendapat balasannya di sisi Allah sebagai balasan yang sebaikbaiknya dan yang amat besar pahalanya.

Kurikulum hadis pula terbahagi kepada enam iaitu suruhan bersungguh, masa yang sesuai, ganjaran, cara bersungguh dan balasan. Suruhan, masa yang sesuai dan ganjaran tidak mempunyai sebarang pecahan namun bagi cara bersungguh mempunyai sembilan pecahan iaitu panjang berdiri, tidak putus asa, bacaan tartil, kata-kata, jerut tali pinggang, banyakkan sujud, minta tolong, berjuang dan jangan lemah. Bagi ganjaran mempunyai empat pecahan iaitu sebaik-baik manusia, Allah kasih, bau syurga dan Allah menghampiri. Sementara bagi balasan terdapat empat pecahan iaitu neraka, azab seksa, rugi besar dan tidak dihampiri Allah.

Sebagai contoh pengkaji datangkan beberapa contoh berdasarkan kurikulum yang telah dikenalpasti:

(PAKA/SSMA/KRKLM/HDS/CARA/JGNLMH) “Hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah dan jangan berasa lemah yakni berputus harapan atau merasa hampa.” (Al-Nawawi, 2000: 117)

(PAKA/SSMA/KRKLM/HDS/BLSN/NRK) “Neraka itu didindingi dengan perkara-perkara keinginan hawa nafsu.” (Al-Nawawi, 2000: 132)

58

4.2.12 Aspek Kurikulum Akhlak kepada Allah Bab Tambah Amal

Rajah 12

Rajah 12 menunjukkan kurikulum bagi bab menambah amal ketika di akhir usia. Seperti yang terdapat pada bab lain, terdapat dua kurikulum yang telah dikenalpasti iaitu al-Quran dan hadis. Kurikulum yang di bawa oleh al-Quran hanya mempunyai peringatan. Peringatan tersebut menurut kurikulum

al-Quran (35:37)

iaitu bukankah kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan kamu masa yang cukup untuk berfikir dan beringat kepadanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasulullah (kami) yang memberi amaran.

Kurikulum hadis pula hanya menunjukkan dua perkara sahaja iaitu peringatan dan cara melakukan. Peringatan terbahagi kepada uzur dan umur. Contoh kurikulum hadis yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:

59

“Allah s.w.t. telah memberikan keuzuran kepada seseorang dengan melanjutkan usianya sehingga enam puluh tahun.”

(PAKA/TUA/KRKLM/HDS/IGT/UMR)

(Al-Nawawi, 2000: 16)

(PAKA/TUA/KRKLM/HDS/LAKU) “Oleh itu hendaklah kamu bertasbih, bertahmid dan beristghfar. Sesungguhnya Allah s.w.t. Maha Pengampun.” (Al-Nawawi, 2000: 40)

60

4.2.13 Aspek Kurikulum Akhlak kepada Allah Bab Banyak Jalan Kebaikan

Rajah 13

Berdasarkan Rajah 13 di atas menunjukkan kurikulum bagi Bab Menerangkan Banyaknya Jalan-jalan Kebaikan. Setelah dianalisis menggunakan bantuan program N’Vivo 7.0, terdapat dua kurikulum iaitu al-Quran dan hadis. Bagi kurikulum alQuran, terdapat tiga bahagian iaitu saranan, galakan dan peringatan. Bahagian galakan mempunyai tiga bahagian iaitu Allah tahu, Allah lihat dan mendapat faedah. Contoh kurikulum akhlak yang telah diajarkan oleh al-Quran (99:7) adalah maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatNya (dalam surat amalannya).

Kurikulum hadis pula mempunyai enam perkara iaitu masa, galakan melakukan, larangan melakukan, peringatan, ganjaran dan pelbagai cara. Setelah dianalisis, terdapat enam belas cara yang boleh dilakukan untuk mendapat kebaikan,

61

tujuh ganjaran yang diperolehi jika melakukan amal kebaikan, masa, galakan melakukan, peringatan dan larangan melakukan. Bagi masa, galakan melakukan, peringatan dan larangan melakukan tiada pecahan yang dikenalpasti namun terdapat hadis bagi setiap bahagian tersebut.

Contoh kurikulum yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:

(PAKA/BJK/KRKLM/HDS/GJR/SLMT) “Sesungguhnya ketika itu dia telah berusaha untuk menyelamatkan dirinya daripada api neraka.” (Al-Nawawi, 2000: 111)

(PAKA/BJK/KRKLM/HDS/PEL/HLG MGKR) “Hendaklah kamu menghentikan perbuatan jahat terhadap manusia, sesungguhnya perbuatan itu sedekah daripada engkau untuk diri engkau sendiri.” (Al-Nawawi, 2000: 40)

(PAKA/BJK/KRKLM/HDS/LRG) Aku dapati si antara amalan-amalan yang jahat ialah berkahak di dalam masjid yang tidak ditimbus. (Al-Nawawi, 2000: 62)

62

4.2.14 Aspek kurikulum akhlak kepada Allah Bab Bersederhana

Rajah 14

Rajah 14 di atas menunjukkan kurikulum dalam bersederhana melakukan amal ibadah. Terdapat dua kurikulum yang telah didatangkan oleh al-Nawawi iaitu alQuran dan hadis. Kurikulum bagi al-Quran hanya mempunya satu perkara sahaja iaitu peringatan. Contoh kurikulum al-Quran (20:1-2) tersebut adalah kami tidak menurunkan al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan.

Kurikulum hadis pula mempunyai empat perkara iaitu ganjaran, galakan bersederhana, cara bersederhana dan balasan. Ganjaran dan balasan masing-masing mempunyai dua pecahan, cara bersederhana pula mempunyai lapan pecahan dan tiada pecahan

bagi

galakan

bersederhana

namun

mempunyai

dua

hadis

yang

memperkatakan mengenai kurikulum galakan bersederhana. Contoh adalah seperti berikut:

63

(PAKA/SDI/KRKLM/HDS/CARA/IKH) “Maka hendaklah kamu bersikap sederhana (mengerjakan dengan ikhlas).” (Al-Nawawi, 2000: 67)

(PAKA/SDI/KRKLM/HDS/GJR/XJM) “Demi Allah, Tuhan tidak pernah jemu, sehingga kamu sendiri yang merasa jemu.” (Al-Nawawi, 2000: 25)

4.2.15 Aspek Kurikulum Akhlak kepada Allah Bab Pelihara Amal Kebajikan

Rajah 15

64

Rajah 15 di atas memaparkan kurikulum yang telah dianalisis oleh program N’Vivo 7.0. kurikulum tersebut adalah al-Quran dan hadis. Bagi al-quran, terdapat empat perkara yang telah dikenalpasti iaitu larangan, cara, perumpamaan dan suruhan memelihara. Terdapat dua cara dalam memelihara amal kebajikan iaitu mencari keredhaan Allah serta khusyuk. Contoh kurikulum yang didapati melalui al-Quran (57:16) adalah khusyu’ hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (al-Quran).

Kurikulum hadis pula menunjukkan terdapat dua perkara yang boleh diikuti iaitu ganjaran dan cara pelihara. Bagi ganjaran mempunyai satu pecahan dan tiga cara untuk memelihara amal kebajikan iaitu niat untuk memelihara, kekal beribadat serta gantian. Sebagai contoh adalah seperti berikut:

(PAKA/PAK/HDS/GJR/PHL) “Sesiapa yang tertidur serta luput (beramal) di waktu malam ataupun sesuatu daripadanya maka dibacanya (dikerjakannya) di antara sembahyang Fajr dan sembahyang Zohor ditulikan ke atasnya pahala sebagaimana ia membaca di waktu malam.” (Al-Nawawi, 2000: 51)

(PAKA/PAK/HDS/CARA/KKL) “Bahawa adalah (orang) yang paling kasih akan agama (bagi Allah Taala) ialah orang yang kekal serta berterus ibadat.” (Al-Nawawi, 2000: 43)

65

4.2.16 Aspek Kurikulum Akhlak kepada Allah Bab Jaga Sunnah

Rajah 16

Berdasarkan Rajah 16 di atas, terdapat dua kurikulum iaitu al-Quran dan hadis. Bagi kurikulum al-Quran, terdapat empat perkara utama yang telah dapat dikeluarkan iaitu suruhan menjaga, ancaman, cara menjaga dan ganjaran. Bahagian ancaman mempunyai dua bahagian manakala ganjaran pula mempunyai tiga bahagian. Sebagai contoh kurikulum yang telah dibawa oleh al-Quran (24:63) adalah ditimpa azab siksa yang tidak terperi sakitnya.

Kurikulum hadis pula mempunyai tujuh perkara iaitu perkara yang perlu ditinggalkan, ganjaran, balasan, amalan menjaga, galakan menjaga, suruhan larangan dan suruhan menjaga. Ganjaran mempunyai dua pecahan iaitu ganjaran keberkatan dan syurga manakala balasan pula mempunyai tiga pecahan iaitu dibalikkan muka, tidak mampu dan neraka. Selebihnya yang lain tidak mempunyai pecahan namun mempunyai hadis-hadis yang berkaitan dengan tema tersebut. Contoh kurikulum tersebut adalah seperti berikut:

66

(PAKA/JGSNNH/KRKLM/HDS/GJR/ SYRG) “Setiap umatku masuk Syurga.” (Al-Nawawi, 2000: 107)

(PAKA/JGSNNH/KRKLM/HDS/BLSN/BLKMK) “Atau biarlah Allah membalikkan di antara muka-muka kamu.” (Al-Nawawi, 2000: 133)

4.2.17 Aspek kurikulum akhlak kepada Allah Bab Wajib Mematuhi Hukum Allah

Rajah 17

67

Berdasarkan Rajah 17 di atas, terdapat dua kurikulum yang telah dikenal pasti iaitu al-Quran dan hadis. Bagi al-Quran, terdapat dua bahagian yang telah dibincangkan iaitu suruhan dan balasan. Balasan pula mempunyai satu pecahan iaitu balasan tidak beriman. Contoh kurikulum al-Quran (4:65) tersebut adalah tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka.

Bagi kurikulum hadis pula, setelah dianalisis, didapati mempunyai tiga perkara iaitu amalan, suruhan melakukan dan doa. Tiada pecahan yang telah dikenalpasti bagi setiap bahagian. Contoh kurikulum yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut:

(PAKA/WMHA/KRKLM/HDS/AMAL) “Telah ditaklifkan (dibebankan) dengan amalan-amalan yang kami berupaya melakukannya iaitu bersembahyang, berjuang, berpuasa dan bersedekah.” (Al-Nawawi, 2000: 33)

4.3

Bentuk Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang Digunakan

Bahagian ini akan memaparkan kaedah yang telah dikenalpasti dengan menggunakan bantuan program N’Vivo 7.0 berdasarkan hadis-hadis yang terdapat di dalam kitab Riyad al-Salihin. Pelbagai kaedah yang telah dikeluarkan antaranya ialah kaedah syarahan, perbandingan, metafora, simulasi, bercerita, perumpamaan, targib

68

dan tarhib, penerangan, komunikasi, galakan serta ancaman. Setelah dianalisis, hampir keseluruhan bab mempunya kaedah yang telah dibawa oleh Imam al-Nawawi. Pengkaji datangkan contoh yang diambil daripada program N’Vivo 7.0.

4.3.1

Kaedah Kurikulum Bab Taubat

Rajah 18

Berdasarkan Rajah 18 di atas, kaedah yang terdapat di dalam bab ini mengandungi tujuh kaedah. Tujuh kaedah tersebut adalah kaedah suruhan (AlNawawi, 2007: 8, 14, 20, 37), kaedah penerangan (Al-Nawawi, 2007: 27, 43, 74, 83), kaedah metafora (Al-Nawawi, 2007: 43, 47), kaedah perbandingan (Al-Nawawi, 2007: 74, 129), kaedah bercerita (Al-Nawawi, 2007: 27, 47, 63, 109, 122), tarhib dan targhib. Kaedah tarhib mempunyai tujuh perkara iaitu Allah gembira (Al-Nawawi, 2007: 44, 47), berkawan baik (Al-Nawawi, 2007: 129), mendapat kebahagiaan (AlNawawi, 2007: 9, 132), menerima taubat (Al-Nawawi, 2007: 44, 47, 74, 83, 113), menjadi taat (Al-Nawawi, 2007: 142, 143), pemurah (Al-Nawawi, 2007: 63) dan

69

tempoh taubat (Al-Nawawi, 2007: 74, 83, 113). Kaedah targhib pula mempunya dua perkara iaitu menjauhi (Al-Nawawi, 2007: 113) dan tempoh (Al-Nawawi, 2007: 66, 74, 83, 113).

Contoh hadis yang berkaitan adalah seperti di bawah:

(PAKA/TBT/KK/PNRGN) “Rasululah s.a.w. bersabda: “Demi Allah sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan bertaubat kepadanya di dalam sehari lebih daripada tujuh puluh kali.” (Al-Nawawi, 2007: 27)

(PAKA/TBT/KK/TGH/GMBR) “Sesungguhnya Allah amat gembira taubat seseorang hambanya melebihi dari kegembiraan seseorang yang tidak disangka-sangka menemui kembali untanya yang telah hilang.” (Al-Nawawi, 2007: 44)

70

4.3.2 Kaedah Kurikulum Bab Ikhlas

Rajah 19

Berdasarkan rajah di atas, terdapat tujuh kaedah di dalam bab Ikhlas. Kaedah tarhib dan targhib mempunyai pecahan masing-masing, manakal lima lagi kaedah tidak mempunyai sebarang pecahan namun setiap kaedah tersebut mempunyai bilangan hadis yang telah dianalisis oleh bantuan program N’Vivo 7.0. Lima kaedah yang tiada pecahan adalah kaedah komunikasi mempunyai satu hadis sahaja (AlNawawi, 2007: 101), kaedah perbandingan (Al-Nawawi, 2007: 15, 125, 170), kaedah bercerita (Al-Nawawi, 2007: 27, 84, 145, 154, 183), kaedah metafora (Al-Nawawi, 2007: 28, 155) dan kaedah penerangan (Al-Nawawi, 2007: 85, 101, 123, 145, 154). Bagi kaedah tarhib mempunyai dua pecahan iaitu ganjaran neraka (Al-Nawawi, 2007: 147) dan mendapat dosa (Al-Nawawi, 2007: 174) manakala kaedah targhib pula mempunyai empat pecahan iaitu terampun dosa (Al-Nawawi, 2007: 174), ganjaran syurga (Al-Nawawi, 2007: 157), ganjaran pahala (Al-Nawawi, 2007: 170) dan kerana Allah (Al-Nawawi, 2007: 135). Contoh adalah seperti berikut:

71

(PAKA/IKH/KK/TGH/PHL) “Sesungguhnya Allah mencatitkan semua kebaikan dan semua kejahatan kemudian Allah menjelaskan, sesiapa yang berniat hendak melakukan kebaikan tetapi tidak dikerjakannya maka Allah mencatitkan untuknya satu pahala, jika ianya berniat hendak melakukan kebaikan lalu dikerjakannya maka Allah mencatitkan untuknya sepuluh (pahala) hingga tujuh ratus kali ganda atau lebih.” (Al-Nawawi, 2007: 170)

(PAKA/IKH/KK/BC) “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hanya sah segala amalan itu dengan berniat dan sesungguhnya setiap orang akan mendapat sesuatu berdasarkan niatnya. Setiap yang berhijrah dengan niat kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrah itu diterima oleh Allah dan Rasulnya dan sesiapa berhijrah kerana dunia yang dicarinya atau kerana wanita yang akan dikahwinnya maka hijrahnya itu akan menghasilkan sesuatu selaras dengan niat hijrahnya itu.” (Al-Nawawi, 2007: 27)

72

4.3.3

Kaedah Kurikulum Bab Sabar

Rajah 20

Bab ikhlas sepertimana yang terdapat dalam Rajah 20 di atas menunjukkan tujuh kaedah yang telah dikenalpasti. Namun bab ini tiada kaedah tarhib. Hanya kaedah targhib yang ditemui dan mempunyai empat pecahan iaitu ganjaran pahala (Al-Nawawi, 2007: 255), ganjaran syurga (Al-Nawawi, 2007: 255, 278, 293), hapus kesalahan (Al-Nawawi, 2007: 320, 333, 523) dan dihormati Allah (Al-Nawawi, 2007: 396, 506). Selain daripada itu, kaedah yang telah ditemui adalah kaedah perbandingan (Al-Nawawi, 2007: 68), menasihati (Al-Nawawi, 2007: 106, 122, 150, 234, 255, 292, 358, 480, 491, 514, 532, 557), bercerita (Al-Nawawi, 2007: 106, 142, 254, 307, 385, 532, 578), penerangan (Al-Nawawi, 2007: 75, 92, 264, 277, 288, 318, 538, 480, 504), metafora (Al-Nawawi, 2007: 142, 343) dan komunikasi (Al-Nawawi, 2007: 329).

73

Contoh hadis yang berkaitan adalah seperti berikut:

(PAKA/SBR/KK/TGH/SYRG): Tiada balasan bagi seseorang hambaku yang telah aku ambil kembali kekasihnya, kemudian orang ini mengharapkan pahala daripadaku melainkan orang itu akan mendapat balasan Syurga. (Al-Nawawi, 2007: 255)

(PAKA/SBR/KK/NSHT): Nabi pula berkirim salam dan bersabda: “Sesungguhnya menjadikan hak Allah apa yang diambilnya dan apa yang diberinya dan segala sesuatu tergantung kepada ajal yang ditentukan baginya. Maka hendaklah bersabar dan menyerahkannya kepada Allah.” (Al-Nawawi, 2007: 122)

74

4.3.4

Kaedah Kurikulum Bab Benar (Siddiq)

Rajah 21

Rajah 21 menunjukkan kaedah yang terdalam bab Benar. Terdapat tujuh kaedah yang telah dianalisis iaitu kaedah penerangan (Al-Nawawi, 2007: 50, 62), menasihati (Al-Nawawi, 2007: 62, 107), perbandingan (Al-Nawawi, 2007: 30, 40), metafora (Al-Nawawi, 2007: 28, 39) dan bercerita (Al-Nawawi, 2007: 48, 71). Kesemua kaedah yang telah dinyatakan tidak mempunyai sebarang pecahan yang lain namun mempunyai hadis-hadis yang berkaitan. Selain daripada itu, terdapat dua lagi kaedah yang masing-masing mempunyai pecahan iaitu kaedah tarhib dan targhib. Kaedah tarhib mempunyai tiga pecahan iaitu sebagai pendusta (Al-Nawawi, 2007: 31), bimbang (Al-Nawawi, 2007: 40) dan tiada keberkatan(Al-Nawawi, 2007: 109). Kaedah targhib pula terbahagi kepada empat iaitu sebagai pembenar (Al-Nawawi, 2007: 30), keberkatan (Al-Nawawi, 2007: 108), ketenangan (Al-Nawawi, 2007: 40) dan balasan syurga (Al-Nawawi, 2007: 29).

75

Contoh adalah seperti berikut:

(PAKA/BNR/KK/BC) “Daripada Abu Sufyan yakni Sakhri bin Harb r.a. mengenai ceritanya yang panjang lebar berhubung dengan kisah Hirql (seorang raja). Tanya Hirql: “Apa yang diperintahkan kepada kamu oleh Nabi s.a.w.?” Jawab Abu Sufyan. Nabi bersabda: “Sembahlah Allah yang Esa dan jangan kamu menyekutukanNya (Allah) dengan sesuatu apa pun. Tinggalkan semua ajaran orang-orang tua kamu dan Nabi menyuruh kita bersembahyang, bercakap benar, bersopan santun dan menghubungi kaum kerabat.” (Al-Nawawi, 2007: 48)

4.3.5

Kaedah Kurikulum Bab Muraqabah

Rajah 22

76

Rajah di atas, menunjukkan kaedah bagi bab Muraqabah. Bab ini mempunyai sembilan kaedah. Setelah dianalisis, seperti rajah yang sebelum ini, hanya kaedah tarhib dan targhib sahaja yang mempunya pecahannya yang tersendiri. Kaedah tarhib mempunyai dua pecahan iaitu dimurkai Allah (Al-Nawawi, 2007: 165) dan hancur binasa (Al-Nawawi, 2007: 113). Manakala kaedah targhib mempunya satu pecahan sahaja iaitu ganjaran. Ganjaran tersebut terbahagi kepada empat ganjaran iaitu keredhaan Allah (Al-Nawawi, 2007: 191), dipelihara Allah (Al-Nawawi, 2007: 92), senang (Al-Nawawi, 2007: 106), kejayaan (Al-Nawawi, 2007: 106) dan dikenali Allah (Al-Nawawi, 2007: 103). Kaedah lain seperti metafora (Al-Nawawi, 2007: 113), penjelasan (Al-Nawawi, 2007: 74, 91, 124), bercerita (Al-Nawawi, 2007: 140), perbandingan (Al-Nawawi, 2007: 74, 113), penerangan (Al-Nawawi, 2007: 123, 200), syarahan (Al-Nawawi, 2007: 91) dan komunikasi (Al-Nawawi, 2007: 40) mewakili hadis yang terdapat dalam bab ini.

Contoh hadis yang berkaitan adalah seperti berikut:

(PAKA/MRQBH/KK/JLS) “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, ikutilah kejahatan dengan kebajikan nescaya kebajukan itu akan menghapuskan kejahatan dan bergaullah dengan sesama manusia dengan akhlak yang mulia.” (Al-Nawawi, 2007: 74)

77

(PAKA/MRQBH/KK/TGH/GJR/KJYN) “Ketahuilah sesungguhnya kejayaan itu bersama (memerlukan) kesabaran, kelapangan itu bersama dugaan dan kesusahan itu bersama kesenangan. (Al-Nawawi, 2007: 106)

4.4

Jenis Bahan Bantu Mengajar (BBM) dalam Kurikulum Akhlak

Pada bahagian ini, akan membentangkan mengenai bahan bantu mengajar yang digunakan dalam kurikulum akhlak kepada Allah. Setelah dianalisis, tidak semua bab mempunyai bahan bantu mengajar. Walaupun sedikit sahaja hadis yang menunjukkan bahan bantu mengajar yang digunakan, hal tersebut tetap memberikan impak yang besar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

4.4.1

BBM Bab Bersungguh-sungguh Menjalankan Amal

Rajah 23

78

Rajah 23 di atas menunjukkan bahan bantu mengajar yang telah dikenalpasti di dalam bab Bersungguh-sungguh dalam menjalankan amal. Terdapat dua jenis BBM iaitu model dan anggota. Bagi model terbahagi kepada perbuatan dan uswah hasanah (Al-Nawawi, 2007: 88, 104). Perbuatan pula mempunya tiga keadaan iaitu sujud, berdiri dan rukuk. Pecahan bagi sujud terbahagi kepada dua iaitu cara (AlNawawi, 2007: 197) dan tempoh (Al-Nawawi, 2007: 157), berdiri (Al-Nawawi, 2007: 145) dan rukuk (Al-Nawawi, 2007: 154) masing-masing mempunyai satu pecahan iaitu tempoh. Bagi anggota pula mempunyai satu perkara sahaja iaitu kaki (AlNawawi, 2007: 88). Contoh hadis adalah seperti berikut:

(PAKA/SSMA/BBM/AGG/KAKI) “Nabi s.a.w. bangun diwaktu malam (bersembahyang) sehingga bengkak kedua kakinya.” (Al-Nawawi, 2007: 88)

(PAKA/SSMA/BBM/MDL/USWAH) “Daripada Aisyah r.a. katanya: “Kebiasaan Rasulullah s.a.w. apabila masuk malam yang sepuluh (malam yang kedua pula satu daripada bulan Ramadhan) Baginda menghidupkan malam-malam tersebut, Baginda membangunkan keluarganya serta bersungguh-sungguh di dalam melakukan ibadat serta menjerut tali pinggangnya (menjauhi perempuan).” (Al-Nawawi, 2007: 104)

79

4.4.2

BBM Bab Yakin dan Tawakal

Rajah 24

Berdasarkan rajah di atas, Bab Yakin dan Tawakal hanya mempunyai satu bahan mengajar yang telah digunakan iaitu model. Model yang telah dikenalpasti adalah berbentuk bahan maujud iaitu tangan (Al-Nawawi, 2007: 105, 219). Contoh model yang dinyatakan di dalam hadis tersebut adalah seperti berikut:

(PAKA/YKN/BBM/TGN) “Rasulullah pernah berdoa: “Ya Allah aku berserah kepada Engkau, aku beriman kepada Engkau. Aku bertawakal kepada Engkau, aku kembali kepada Engkau dan aku berjuang kerana Engkau. Ya Allah aku berlindung dengan kemuliaan dan kekuatan Engkau. Tiada Tuhan yang aku sembah melainkan Engkau, janganlahaku disesatkan. Engkau yang hidup dan tidak akan mati sedangkan jin dan manusia semuanya akan mati.” (Al-Nawawi, 2007: 105)

80

4.4.3

BBM Bab Sabar

Rajah 25

Berdasarkan rajah di atas, bab Sabar menunjukkan mempunyai satu bahan bantu mengajar yang digunakan iaitu uswah hasanah (Al-Nawawi, 2007: 78). Hadis yang mewakili uswah hasanah ini hanya satu sahaja. Hadis tersebut adalah seperti berikut:

‫أ‬

(PAKA/SBR/BBM/USW) “Ada beberapa orang sahabat berbangsa Ansar telah meminta (sedekah) kepada Rasulullah s.a.w. Maka diberi oleh Rasulullah s.a.w. Kemudian mereka meminta lagi dan diberi oleh Rasulullah s.a.w. sehingga habis apa yang ada padanya.” (Al-Nawawi, 2007: 78)

81

4.5

Kesimpulan

Setelah dianalisis dengan berpandukan dapatan melalui program N’Vivo, dapat disimpulkan bahawa, segala aspek kurikulum, kaedah dan bahan bantu mengajar berdasarkan paradigma Imam al-Nawawi berteraskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Dapatan tersebut telah dilakukan dengan penuh teliti dan menghasilkan satu kurikulum akhlak terhadap Allah. Kurikulum tersebut merangkumi kaedah dan bahan bantu mengajar yang boleh digunapakai dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada masa yang sama, kurikulum tersebut mempunyai hubungkait yang sangat rapat dalam pembentukan akhlak terhadap Allah melalui hati, pemikiran dan tingkah laku.

BAB V

KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Bab ini membincangkan mengenai pradigma yang telah dibawa oleh Imam alNawawi di dalam kitab beliau Riyad al-Salihin. Perbincangan dan kesimpulan di dalam bab ini adalah berdasarkan dapatan yang telah dilakukan di dalam Bab 4 setelah dianalisis menggunakan bantuan perisian N’vivo 7.0. Di dalam bab ini, pengkaji telah membuat perbandingan mengenai dapatan dengan ulamak-ulamak atau penulis-penulis yang berkaitan, membuat rumusan secara ringkas mengenai perbandingan tersebut, menyatakan implikasi yang boleh digunapakai, dan memberi beberapa cadangan yang bersesuaian untuk digunakan kepada ahli masyarakat setempat.

83

5.2

Perbincangan

Berdasarkan dapatan yang telah diperolehi, konsep yang digunakan oleh Imam al-Nawawi dalam aspek kurikulum adalah suruhan dan ganjaran. Hal ini bermaksud segala apa yang dilakukan oleh insan mempunya petunjuk dan balasan yang diperolehi. Kurikulum tersebut berdasarkan kepada kurikulum yang telah didatangkan di dalam al-Quran dan hadis. Menurut Prof. Dr. H. Ramayulis (2002), konsep kurikulum tidak hanya terbatas dengan pendidikan di dalam kelas dan di luar kelas, namun ia mempunyai maksud fungsi yang boleh digunapakai dalam apa jua keadaan.

Bagi kaedah pengajaran dan pembelajaran pula, terdapat pelbagai kaedah yang telah dikenalpasti berdasarkan paradigma Imam al-Nawawi. Antara yang telah dikenalpasti adalah kaedah seperti perbandingan, soal jawab, simulasi, perumpamaan, metafora, komunikasi, bercerita, syarahan, targhib dan tarhib. Kaedah yang telah dikenalpasti ini hampir sama dengan kaedah yang telah dinyatakan di dalam perbincangan penulis-penulis yang terkenal. Walaupun begitu, masih banyak kaedah yang dinyatakan di dalam penulisan Esah Sulaiman (2004) di dalam bukunya yang bertajuk Pengenalan Pedagogi antaranya ialah kaedah seminar, sumbang saran, demostrasi, lawatan, dan pembelajaran koperatif.

Menurut Prof. Dr. H. Ramayulis (2002), bahan bantu mengajar merupakan satu medium yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bertujuan untuk mencapai tujuan asal pendidikan yang diinginkan. Kamarul Azmi (2007), mengatakan bahan bantu mengajar terdiri daripada empat element utama iaitu sumber asas, sumber bukan elektronik, sumber elektronik dan sumber bercorak pengalaman. Beliau turut mengatakan bahawa kepelbagaian penggunaan bahan bantu mengajar di

84

dalam kelas merupakan satu inisiatif yang paling berkesan dan menarik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, berdasarkan dapatan di dalam Bab 4, paradigma yang dibawa oleh Imam al-Nawawi juga mempunyai kriteria tersebut, namun tidak banyak hadis yang mempunya elemen yang dibawa berkaitan dengan bahan bantu mengajar.

Kesimpulannya daripada perbincangan ini adalah kurikulum yang telah dibawa oleh Imam al-Nawawi ini tidaklah sedalam mengikut apa yang telah dibandingkan dengan penulis-penulis lain. Namun bagitu, apa yang boleh dikatakan di sini adalah, Imam al-Nawawi banyak menekankan konsep berteraskan Islam dan metod yang dibawa melalui al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w.

5.3

Rumusan

Paradigma yang telah dibawa oleh Imam al-Nawawi menunjukkan satu revolusi terhadap kurikulum, bahan bantu mengajar dan kaedah yang digunapakai berdasarkan hadis yang terdapat di dalam kitab Riyad al-Salihin. Secara keseluruhannya, kurikulum yang dibawa oleh Imam al-Nawawi hanya berdasarkan kepada dua aspek utama iaitu al-Quran dan hadis. Justeru, melalui al-Quran, terdapat beberapa aspek yang ditekankan terutamanya daripada sudut suruhan dan ganjaran. Hampir keseluruhan bab mempunyai suruhan dan ganjaran. Hadis pula tidak jauh beza namun hal tersebut lebih banyak berbanding aspek kurikulum yang dibawa melalui al-Quran. Sekiranya diperhatikan, jelas menunjukkan kurikulum berdasarkan

85

hadis lebih mendalam dan mempunyai kepelbagaian aspek. Contoh aspek yang paling banyak dinyatakan setelah dianalisis adalah suruhan, galakan, ganjaran dan balasan.

Aspek kedua yang dibincangkan di dalam bab empat pula adalah mengenai kaedah pengajaran berdasarkan paradigma Imam al-Nawawi. Terdapat kepelbagaian kaedah yang boleh digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran sekiranya melihat kepada hadis-hadis yang telah dianalisis mengikut bab yang terdapat di dalam kitab tersebut. Antara kaedah yang telah dikenal pasti adalah perbandingan, penerangan, syarahan, soal jawab, simulasi, perumpamaan, metafora, komunikasi, bercerita, targhib dan tarhib. Setiap daripada kaedah tersebut boleh digunakan di dalam kaedah pengajaran pada masa terkini sekaligus dapat menerapkan konsep pengajaran Islam yang sebenar melalui metode Rasulullah s.a.w.

Aspek terakhir yang dibincangkan pula adalah aspek bahan bantu mengajar. Setelah dianalisis daripada keseluruhan bab dan hadis yang terdapat di dalam kitab tersebut, tidak mempunyai banyak bahan bantu mengajar. Hal ini mungkin kerana, petikan hadis tersebut kebanyakkannya lebih kepada metod yang disampaikan. Namun begitu, masih ada petunjuk yang membawa ke arah bahan mengajar. Antara yang telah dikenalpasti adalah model iaitu orang lelaki atau perempuan, air dan haiwan.

Setelah dirumuskan ketiga-tiga aspek tersebut iaitu kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta bahan bantu mengajar, mempunyai kaitan yang sangat rapat dalam pembentukan insaniah yang soleh dan solehah. Kaitan tersebut adalah dengan melalui hati, pemikiran dan tindakan.

86

Pendidikan melalui hati yang telah dirungkaikan oleh Imam al-Nawawi terbahagi kepada 15 sifat iaitu ikhlas, taubat, sabar, benar, qana’ah, bersyukur, muraqabah, yakin dan tawakal, takut dan harap, warak, takwa, istiqamah, menangis kerana Allah dan rindu. Akhlak kepada S.W.T. melalui pemikiran pula mengandungi tiga etika iaitu takafur, mengingati maut dan tidak banyak berangan-angan. Akhlak kepada Allah S.W.T. melalui tingkah laku atau tindakan mengandungi empat sifat iaitu sifat bersegera melakukan kebaikan dan bersungguh-sungguh, menjaga sunnah Rasulullah s.a.w, zuhud di dunia serta memperbanyakkan amal kebajikan ketika umur sudah meningkat.

5.4

Implikasi

Topik ini akan membincangkan mengenai kesan terhadap individu dalam pembentukan akhlak yang mulia berpandukan paradigma yang telah dibawa oleh Imam al-Nawawi. Sehubungan dengan itu, pengkaji telah menyediakan bentuk model yang berkaitan dengan akhlak terhadap Allah untuk dijadikan panduan lengkap. Oleh itu, terdapat tiga model akhlak kepada Allah telah dibina iaitu Model Kurikulum Akhlak kepada Allah, Model Metodolgi Kurikulum Akhlak kepada Allah dan Model BBM Kurikulum Akhlak kepada Allah.

87

5.4.1

Model Kurikulum Akhlak kepada Allah

Pemikiran

Hati

Kurikulum

INSAN KAMIL

Kaedah

BBM

Tingkah laku

Model Insan Kamil

Berdasarkan model yang telah dibina seperti di atas, insan kamil yang bakal dimiliki oleh seseorang individu dibentuk melalui asas yang kuat. Asas yang kuat tersebut adalah kurikulum yang dibawa oleh Imam al-Nawawi disertakan dengan kaedah pengajaran yang sistematik di samping menggunakan bahan bantu mangajar yang bersesuaian. Pada masa yang sama, aspek pendidikan melalui hati, pemikiran dan seterusnya tingkah laku di terap bersama dalam proses pembentukan akhlak peribadi mulia.

88

5.4.2

Model Metodologi Kurikulum Akhlak kepada Allah Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Syarahan

Perbandingan

Bercerita

Soal Jawab

Metafora

Simulasi

Komunikasi

Perumpamaan

Targhib

Tarhib

Penerangan

Uswah Hasanah

Model Kaedah Pembentukan Insan Kamil

Model yang telah dibina di atas menunjukkan hubungan kaedah pengajaran yang digunakan dalam proses pembentukan insan kamil. Model ini berkaitrapat dengan Model Insan Kamil berdasarkan hubungan kaedah dengan kurikulum yang ditunjukkan. Kaedah tersebut dikeluarkan melalui model di atas. Oleh itu, setiap kaedah memainkan peranan dalam penyatuan konsep kurikulum yang telah dibawa oleh al-Quran dan hadis.

89

5.4.3 Model BBM Kurikulum Akhlak kepada Allah Bahan Bantu Mengajar (BBM)

Model

Uswah hasanah

Bahan Alam

Air

Haiwan

Model BBM Insan Kamil

Berdasarkan model di atas, paradigma yang telah dibawa oleh al-Nawawi di dalam kitabnya adalah bahan bantu mengajar yang sering dibawakan oleh Rasulullah adalah lebih berbentuk model. Hal ini kerana, model merupakan aspek yang terpenting dalam pembentukan insaniah yang soleh. Rasulullah s.a.w. merupakan model yang paling sesuai untuk diikuti dalam segala hal terutama di dalam akhlak peribadi yang mulia. Oleh yang demikian, setelah dianalisis, hampir keseluruhan hadis mempunyai BBM berbentuk model.

Secara tidak langsung, dalam proses pembentukan insan kamil, jadikan model uswah hasanah yang utama. Selain dari itu, bahan alam yang digunakan juga telah dikenal pasti. Hal ini bermaksud, dengan menggunakan bahan alam yang lebih kepada bahan maujud yang dikenali oleh setiap insan, menjadikan kefahaman dalam pendidikan itu lebih berkesan.

90

5.5

Cadangan

Berdasarkan perbincangan yang telah dilakukan, pengkaji ingin mengemukan beberapa cadangan kepada pihak yang berkenaan serta cadangan dalam melanjutkan lagi kajian yang telah sedia pengkaji lakukan ini.

5.5.1

Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian

Pengkaji mengharapkan agar pihak yang terlibat terutamanya Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian ini dapat mengambil berat dalam proses pembentukan insan kamil dan mempunyai akhlak yang mulia. Oleh yang demikian, pengkaji menyarankan agar, pihak yang terlibat menjadikan konsep dan paradigma yang telah dibawa oleh Imam al-Nawawi untuk diterapkan di dalam pembelajaran di sekolah sekolah di seluruh Malaysia.

Selain daripada itu, pengkaji juga menyarankan kepada pihak tersebut agar dapat menyediakan modul yang selaras untuk digunakan sebagai panduan dalam menjalankan aktiviti di sekolah-sekolah. Apa yang pengkaji dapat lihat di sini adalah sangat memberi impak yang besar dalam pembentukan sahsiah diri.

91

5.5.2

Sekolah-sekolah agama

Pengkaji juga mencadangkan kepada pihak yang berkuasa menguruskan sekolah-sekolah agama di seluruh Malaysia. Paradigma yang telah dibawa oleh Imam al-Nawawi amatlah bersesuaian diterapkan di kalangan guru-guru agama dan kepada seluruh warga sekolah tersebut. Hal ini kerana, setiap perlakuan dan pergaulan yang berdasarkan hati dan perasaan telah pun diajar melalui hadis-hadis di dalam kitab tersebut.

5.5.3

Guru

Dewasa ini, tugas seorang guru dalam pembentukan sahsiah murid sangatlah berat. Memandangkan, banyak kejadian-kejadian yang kurang enak berlaku, pengkaji menyarankan agar seluruh guru di Malaysia dapat menjadikan konsep yang telah dibawa oleh al-Nawawi dalam pembentukan semula akhlak pelajar mereka. Pada masa yang sama, guru juga boleh mengubah peribadi diri sendiri berdasarkan konsep Rasulullah. Secara tidak langsung, guru menjadi sumber utama iaitu model yang baik kepada pelajar mereka sendiri.

5.5.4

Guru Ta’mir

Guru ta’mir adalah guru yang mengajar ilmu agama di masjid mengikut jadual masing-masing. Pengkaji memandang hal ini amatlah bersesuaian kepada para guru

92

ta’mir ini untuk menggunakannya sebagai panduan dan sekali untuk mengajar konsep dan kurikulum yang telah dibawa melalui al-Quran dan hadis.

5.5.5

Ibu Bapa

Pengkaji mencadangkan kepada para ibu bapa untuk jadikan panduan dalam pembentukan peribadi diri sendiri dan anak-anak. Segala konsep pendidikan berdasarkan

paradigma

Imam

al-Nawawi

sangat

berguna

terutama

dalam

pembentukan melalui hati, melalui pemikiran dan melalui tindakan. Tiga serangkai ini sangat saling perlu memerlukan dalam pembentukan keluarga yang bahagia.

5.5.6

Pelajar atau Anak

Pelajar atau anak yang telah dinyatakan dalam topik ini kerana pengkaji menganggapkan setiap pelajar itu merupakan seorang anak dan begitulah sebaliknya. Oleh yang demikian, sebagai seorang anak atau seorang pelajar, diharuskan mempunya sifat peribadi yang mulia. Hal ini kerana, seorang anak yang baik dapat membuatkan kedua ibubapa mereka tersenyum bahagia dan seorang pelajar yang mempunyai peribadi dan tingkah laku yang baik, akan disegani dalam kalangan guruguru di sekolah dan juga masyarakat setempat.

93

5.5.7

Cadangan Kajian Lanjutan

Terakhir, pengkaji berharap untuk kajian yang seterusnya disambuung dengan lebih mendalam dan dilihat dari pelbagai aspek. Hal ini kerana, pengkaji melihat kepada kehidupan sosial yang semakin lama semakin jauh dengan Islam. Oleh sebab itu, pengkaji mencadangkan agar ada pihak yang meneruskan kajian teks ini dengan mengkasi dasar-dasar utama yang boleh digunapakai oleh seluruh umat manusia khususnya umat Islam.

5.6

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, aspek kurikulum yang dibawa oleh Imam al-Nawawi merupakan satu paradigma yang sangat memberi kesan dan impak yang besar kepada kehidupan seorang hamba di muka bumi ini. hal ini kerana, kurikulum utama yang ditekankan adalah berpandukan al-Quran dan al-Sunnah. Memang tidak dinafikan, Rasulullah s.a.w. menyuruh umatnya berpegang teguh kepada dua sumber utama iaitu al-Quran dan al- Sunnah. Oleh yang demikian, pendidikan akhlak yang telah dikaji ini dapatlah digunapakai dan diadaptasikan dalam kehidupan sekaligus menjadi seorang insan yang kamil pada pandangan masyarakat dan Allah di akhirat kelak.

94

RUJUKAN

_____. (2010). JAIP Cekup Remaja Asyik Rakam Hubungan Seks. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JAIPcekupremajaasyikrakamhub unganseks/Article/index_html. [30/8/2010] Abdul Aziz Ismail. (2001). Mendidik Diri Berhati Mulia. Kuala Lumpur : AlHidayah Publishers. Abdul Aziz Sa’ad Al-U’taibiy. (TT). Mutiara Pilihan Riyadhush Shalihin. Indonesia: At-Tibyan. Ahsin Sakho Muhammad. Sayuti Anshari Nasution. Ahmad Munis Suratmanputra. (2005). Ensiklopedia Termatis Al-Quran 3: Akhlak. Jakarta: Kharisma Ilmu. Al-Bukhari, Abu ‘Abdullah Muhammad Isma‘il bin Ibrahim ibn al-Mughirah Bardazbah al-Ja‘fari. (1994). Sahih al-Bukhari. Jld. 1-4. Dar al-Fikr: Bairut. Ali Issa Othman. (1981). Manusia Menurut Al-Ghazali. Bandung: Penerbit Pustaka. Al-Imam Al-Nawawi. (2000). Kitab Riyad Al-Salihin. Aniza Zainudin. (2010). Kemaruk Bahan Porno. http://jimkl.blogspot.com/2010/08/metro-kemaruk-bahan-porno.html. [30/8/2010] Arman Bin Hj. Md. Jaferi. (2001). Pendidikan Akhlak dan Pengamalnya di Kalangan Remaja: Satu Tinjauan di Felda Bukit Wa Ha, Kota Tinggi, Johor Darul Takzim. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia. Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli at all. (2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: PTS Porfessional Publishing Sdn. Bhd.. Barawi bin Juraie. (1998). Tanbih Al-Ghafilin: Satu Kajian Mengenai Bab Kelebihan Umat Nabi Muhammad S.A.W. Bahagian Pengajian Usuluddin Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

95

Dr. Muhammad Raatib An Ablisi. (2010). Keajaiban Tubuh Manusia. Selangor Darul Ehsan: Jasmin Publication. Esah Sulaiman. (2004). Pengenalan Pedagogi. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Skudai. Hafizah Dasuki. (2004). Ensiklopedia Islam. Jil. 1 (A-F). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hamzah. (2000). Kamus Za’ba. Pustaka Antara Books Sdn. Bhd. Ibnu Qayyim Al-Jauziayyah. Penterjemah: Hawin Murtadho, Salafuddin Abu sayyid. (2002). Menyelamatkan Hati dari Tipu Daya Setan Juz. 1. Al-Qawam, Solo. Kamarul Azmi Jasmi. 2002. Paradigma Al-Imam Al-Nawawi dalam Pembangunan Insan: Satu Kajian Teks terhadap Kitab Riyad al-Salihin. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Kamarul Azmi Jasmi. (2007). Pendidikan dan Pembangunan Keluarga Cemerlang. Skudai, Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia. Khairul Nasiha binti Ishak. (2009). Persepsi Pelajar terhadap Kaedah Pengajaran Pendidikan Islam dalam Pembentukan Akhlak: Kajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bahagia, Temerloh, Pahang. Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia. M. Abdai Rathomy. (1984). Kitab Riyadhus Shalihin - Taman Kaum Muslimin dari Sabda Penghulu Sekalian Rasul. Singapura: Terbitan Pustaka Nasional Pte. Ltd.. M. Nashiruddin Al-Albani. (2003). Kitab Shahih Riyadhush-Shalihin. Jakarta: Pustaka Azzam. M. Yasir Abdul Mutalib. (2005). 60 Biografi Ulama Salaf. Jakarta Timur: Pustaka Al-Kausar. Mahmud bin Haji Bakry. (2003). Kamus Bahasa Melayu Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Masyitah binti Tahamin. (2005). Tesaurus Bahasa Melayu Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Abdulloh Suradi. (2009). Lembaran Hidup Ulama’ Warisan Ilmuan Islam. Kuala Lumpur: Hijjaz Records Publishing. Muslim, Abu al-Husain al-Hajjaj ibn Muslim al-Qushairi al-Nisaburi. (2001). AlJami‘ al-Sohih. Beirut: Dar al-Fikr.

96

Mustafa Haji Daud. (1995). Budi Bahasa dalam Tamadun Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Kuala Lumpur. (2007). Statistik Jenayah Pelajar dan Juvana Tahun 2000 Hingga 2006, KPN10/8/1, Tarikh 9 Mei 2007. Ramayulis. (1990). Metodologi Pendidikan Agama Islam. Padang, Indonesia: Kalam Mulia. Ramayulis. (2002). Ilmu Pendidikan Islam. Padang, Indonesia: Kalam Mulia. Samsudin A Rahim. (2010). Media Dan Konstruk Sosial : Implikasi Terhadap Isu Sosial Remaja. http://www.ippbm.gov.my/v2/rubberdoc/buku/Media.pdf. [30/8/2010] Shaari Abdullah. (2009). Ensiklopedia Kesenian dan Warisan Islam. Jil. 9. Anzagain Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Syeikh Muhammad Sa’id Mursi. (2010). Tokoh-tokoh Besar Islam Sepanjang Zaman. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publications. Wakil Pemuda. (2010). Kitab Riadhus Salihin. http://www.masjidbukitindahampang.com/portal/index.php?option=com_cont ent&view=article&id=154:kitab-riadhus-salihin&catid=31:general. [20/10/2010] Wiersma, W. (1991). Research methods in education. 5th ed. Boston: Allyn & Bacon.

LAMPIRAN

Verbatim

Bab Takwa (Bab Takut Kepada Allah)

Al-Quran

Firman Allah Taala di dalam suran Ali Imran ayat 102:





Maksud ayat: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenarbenar takwa...

Firman Allah Taala di dalam suran At-Taghabun ayat 16:

 Maksud ayat: Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah sedaya upaya kamu...



Firman Allah Taala di dalam suran Al-Ahzab ayat 70:





Maksud ayat: Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara).

Firman Allah Taala di dalam suran At-Talak ayat 2-3:





Maksud ayat: Dan siapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhannya dan meninggalkan larangannya) nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas dihatinya...

Firman Allah Taala di dalam suran Al-Anfal ayat 29:





Maksud ayat: ... jika kamu bertakwa kepada Allah nescaya ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan di antara yang benar dengan yang salah dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu dan Allah (sememangnya) mempunya limpahan kurnia yang besar.

Hadis 71:

Maksud hadis: Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. ditanya „Siapakah manusia yang paling mulia?‟ Baginda menjawab: “Orang yang paling bertakwa di antara mereka.” Oran itu bertanya lagi, „Bukan itu yang kami maksudkan‟ Baginda menjawab: “Kalaulah begitu orangnya Yusuf anak kepada Nabi Yaakub anak kepada Nabi Ishak anak kepada Nabi Ibrahim Khalilullah.” Baginda ditanya lagi „Bukan itu yang kami maksudkan.‟ Maka Nabi bersabda lagi: “Dari keturunan arabkah yang kamu hendak tanyakan? Mereka ialah yang baik semasa jahiliah dan baik semasa Islam apabila mereka benar-benar memahami Syariat Islam.” (Bukhari dan Muslim)

Hadis 72:

Maksud hadis: Daripada Abu Sa‟id Al-Khudri r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: “Sesungguhnya dunia ini umat manusia dan indahnya pada pandangan mata. Sesungguhnya Allah melantik kamu menjadi pemerintah dunia ini dan Allah memerhati bagaimana kamu bekerja. Oleh itu, takutilah (jauhilah) fitnah dan takutilah tipu daya wanita. Sesungguhnya fitnah pertama terhadap Bani Israil berlaku disebabkan wanita.”

(Muslim)

Hadis 73:

Maksud hadis: Daripada Ibnu Mas‟ud r.a. bahawasanya Nabi s.a.w pernah berdoa: “Ya Allah aku memohon kepadamu petunjuk, ketakwaan, menjauhkan diri dari kejahatan dan kekayaan jiwa.” (Muslim)

Hadis 74:

Maksud hadis: Daripada Abu Tarif A‟diyyi bin Hatim Al-Tho‟i r.a. katanya: “Aku dengar Nabi s.a.w bersabda: “Siapa bersumpah suatu sumpah kemudian didapati ada sesuatu perkara yang lebih bertakwa kepada Allah, maka hendaklah ia memilih mengerjakan yang lebih bertakwa itu.” (Muslim)

Hadis 75:

Maksud hadis: Daripada Abu Umamah bin Sudday bin A‟jlani al-Bahiliyyi r.a. katanya: “Aku dengar Rasulullah s.a.w. berkhutbah ketika menunaikan haji yang terakhir. Sadba Baginda: “Bertakwalah kamu kepada Allah, dirikanlah sembahyang lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, keluarkanlah zakat harta dan taatlah kepada pemimpim-pemimpim kamu (yang beriman) nescaya kamu akan masuk ke syurga yang disediakan oleh Tuhan kamu.” (Tirmizi, diakhir „Kitab Solat‟katanya hadis ini hadis Hassan)