PENDIDIKAN KEIBUBAPAAN BERDASARKAN SURAH LUQMAN ...

105 downloads 3978 Views 409KB Size Report
2.1 Pengenalan Surah Luqman. 20. 2.2 Pandangan Tokoh Sarjana Tentang Luqman al-Hakim. 20. 2.3 Pengertian Pendidikan. 21. 2.4 Tanggungjawab Ibu ...
PENDIDIKAN KEIBUBAPAAN BERDASARKAN SURAH LUQMAN

Oleh ROSNAAINI HAMID SUHANIM ABDULLAH SYAHRUL FAIZAZ ABDULLAH

1

ISI KANDUNGAN Muka surat ABSTRAK PENGHARGAAN

i ii BAB I : PENGENALAN

1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5

Pendahuluan Permasalahan Kajian Pengenalan Surah Luqman Ketokohan Luqman al-Hakim Pendidikan Anak-Anak Dari Perspektif Islam Objektif Kajian 1.5.1 Objektif Umum 1.5.2 Objektif Khusus 1.6 Signifikan Kajian 1.7 Batasan Kajian 1.8 Kesimpulan

1 2 4 8 11 14 14 15 15 17 18

BAB II : ULASAN KARYA 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 2.5

Pendahuluan Pengenalan Surah Luqman Pandangan Tokoh Sarjana Tentang Luqman al-Hakim Pengertian Pendidikan Tanggungjawab Ibu Bapa Pendidikan Akidah 2.5.1 Pengertian Tauhid 2.6 Pendidikan Solat 2.7 Pendidikan Akhlak 2.7.1 Konsep Inabah 2.7.2 Konsep Syukur, Sabar dan Sederhana 2.8 Kesimpulan

20 20 20 21 23 25 29 31 34 38 39 40

iv

2

BAB III : METODOLOGI KAJIAN 3.0 3.1 3.2 3.3

Pendahuluan Kaedah Pengumpulan Data Kajian Dokumentasi Analisis Data 3.3.1 Kaedah Induktif 3.3.2 Kaedah Deduktif 3.3.3 Kaedah Komparatif 3.4 Penggolongan 3.5 Kesimpulan

42 42 43 43 44 44 45 46 46

BAB IV : METODOLOGI PENDIDIKAN LUQMAN 4.0 Pendahuluan 4.1 Strategi Luqman al-Hakim 4.2 Kaedah Pendidikan 4.2.1 Urutan Pendidikan 4.2.2 Pelaksanaan Suruhan 4.2.3 Perkara Larangan 4.2.4 Penegasan Yang Berulang-Ulang 4.2.5 Alasan Pendidikan 4.3 Bentuk Nasihat 4.3.1 Nasihat Dengan Dalil al-Quran 4.3.2 Nasihat Melalui Perkara Menakutkan 4.3.3 Nasihat Yang Terkandung Banyak Perkara 4.3.4 Nasihat Yang Bernas 4.4 Gaya Bahasa 4.4.1 Bahasa Seruan 4.4.2 Bahasa Kiasan 4.4.3 Bahasa Isyarat 4.5 Keistimewaan Pendidikan Luqman al-Hakim 4.5.1 Ilmu Keibubapaan 4.5.2 Konsep Syukur 4.5.3 Pengawasan Ibu bapa 4.6 Kesimpulan

48 48 50 50 51 54 55 57 60 60 62 63 63 64 64 66 67 70 70 72 74 75

3

BAB 5 : HUBUNGAN DENGAN ALLAH S.W.T. 5.0 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 5.7

Pendahuluan Pendidikan Akidah Mengikuti Jalan Orang-orang Yang Kembali Kepada Allah s.w.t. Allah s.w.t. Tempat Kembali Dan Pemberi Balasan Kepercayaan Kepada Hari Akhirat Dan Pembalasan Allah s.w.t. Allah s.w.t. Maha Mengetahui Suruhan Pelaksanaan Solat Kesimpulan

77 77 80 84 86 91 94 97

BAB 6 : HUBUNGAN DENGAN MANUSIA 6.0 Pendahuluan 6.1 Berbuat Baik Kepada Kedua Ibu Bapa 6.1.1 Keutamaan Ketaatan Kepada Ibu Berbanding Bapa 6.1.2 Ketaatan Kepada Ibu Bapa Mesti Berlandaskan Ketaatan Kepada Allah s.w.t. 6.1.3 Hukum Menghormati Ibu Bapa Kafir 6.1.4 Konsep Syukur 6.2 Abad Kemasyarakatan 6.3 Amar al-Makruf Dan Nahyi Mungkar 6.4 Konsep Sabar 6.5 Sifat Sombong Dan Takbur 6.5.1 Larangan Memalingkan Muka 6.5.2 Larangan Berjalan Sombong 6.6 Konsep Kesederhanaan 6.6.1 Sederhana Dalam Gaya Berjalan 6.6.2 Rendahkan Suara 6.7 Suara Keldai 6.8 Kesimpulan

99 99 105 108 112 115 118 120 123 126 129 131 133 133 135 138 142

4

BAB VII : KESIMPULAN DAN SARANAN 7.0 Pendahuluan 7.1 Kesimpulan 7.2 Saranan

145 145 151

Bibliografi

156

5

PENDIDIKAN KEIBUBAPAAN BERDASARKAN SURAH LUQMAN

Oleh ROSNAAINI HAMID SUHANIM ABDULLAH SYAHRUL FAIZAZ ABDULLAH ABSTRAK Pendidikan keibubapaan berdasarkan surah Luqman merupakan asas pendidikan yang boleh dijadikan panduan kepada setiap ibu bapa pada masa kini. Surah ini dinamakan dengan Luqman kerana pada ayat 12 disebut tentang Luqman al-Hakim yang telah diberi oleh Allah s.w.t. nikmat dan ilmu pengetahuan. Hal ini demikian menjadikan beliau seorang yang sangat bersyukur di atas segala pemberian Allah s.w.t. Manakala di dalam ayat 13-19 kedapatan pula tentang nasihat-nasihat Luqman al-Hakim kepada anak-anaknya. Kajian ini dijalankan untuk memahami maksud ayat secara mendalam di samping mengetahui garispanduan ilmu keibubapaan seperti yang dikehendaki oleh Islam berdasarkan surah Luqman. Data-data dikumpul menggunakan metode dokumentasi yang terdiri daripada rujukan al-Quran, al-Sunnah, buku-buku, kitab-kitab muktabar, jurnal dan ensiklopedia. Kitab tafsir yang muktabar menjadi sumber rujukan utama kepada penulis untuk memahami sesuatu ayat. Data-data dianalisis menggunakan kaedah induktif, deduktif dan komparatif. Hasil kajian yang ditemui mendapati bentuk pendidikan surah Luqman terdiri daripada strategi pendidikan Luqman al-Hakim, pendidikan anak-anak berkaitan hubungan dengan Allah s.w.t dan hubungan sesama manusia. Model pendidikan keibubapaan yang diperkenalkan oleh Luqman al-Hakim bersesuaian sepanjang zaman. Pendidikan beliau juga mencakupi setiap aspek keperluan anak-anak untuk berhadapan dengan tanggungjawab sebagai seorang muslim dan cabaran semasa. Implikasi kajian mencadangkan satu silibus baru dalam pendidikan keibubapaan kepada semua lapisan masyarakat.

6

PENGHARGAAN Alhamdulillah, Segala puja dan puji penulis panjatkan ke hadrat Ilahi. Syukur kepada Allah s.w.t. yang diiringi selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. di atas limpah kurnia serta rahmatNya, penulis berjaya menyelesaikan sebuah penyelidikan geran universiti pada masa yang ditetapkan. Pada kesempatan ini penulis abadikan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Profesor Dr. Rosna Awang Hashim selaku dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pendidikan dan Pengarah Pusat Penyelidikan dan Perundingan kerana merestui penyelidikan ini dijalankan penulis. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih penulis abadikan kepada Profesor Madya Dr. Mustafa Kassim, Dr. Zahyah Hanapi dan semua ahli Jawatankuasa Penyelidikan Fakulti di atas segala nasihat, kritikan dan tunjuk ajar yang diberikan untuk memantapkan penyelidikan penulis. Penulis juga abadikan ucapan terima kasih kepada Profesor Madya Asmah Bee Md. Noor, Profesor Madya Iran Herman dan Profesor Madya Dr. Nurahimah Mohd. Yusof yang sentiasa bersedia membantu penulis menyelesaikan masalah penyelidikan. Seterusnya semua staf Pusat Penyelidikan dan Perundingan, staf sokongan FSKP, rakan-rakan seperjuangan dan semua staf perpustakaan Universiti Utara Malaysia, Perpustakaan Awam Alor Setar, Perpustakaan Insaniah, Alor Setar, Perpustakaan Tun Seri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia, Purpustakaan Akademi Islam, Universiti Malaya dan Perpustakaan Awam Islam, Pusat Islam, Kuala Lumpur di atas segala kerjasama dan bantuan yang diberikan kepada penulis. Seterusnya penulis abadikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ahli keluarga yang memahami dan sentiasa memberi semangat baru setiap kali penulis temui jalan buntu. Akhir sekali penulis abadi lafaz jazakumullaha khairan kathira kepada semua yang terlibat di dalam menjayakan penyelidikan penulis sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sekian, terima kasih. ROSNAAINI HAMID SUHANIM ABDULLAH SYAHRUL FAIZAZ ABDULLAH Disember 2004 BAB I

7

PENGENALAN 1.0 PENDAHULUAN

Pendidikan keibubapaan adalah kombinasi antara melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa dan memiliki keperibadian ibu bapa yang baik. Corak pendidikan yang dilaksanakan oleh ibu bapa sangat mempengaruhi perkembangan pendidikan anak-anak pada masa hadapan.

Ibu bapa juga dianggap sebagai pemberi contoh yang awal kepada anak-anak. Hal ini disebabkan segala pengajaran dan pengalaman yang mereka terima melalui interaksi dengan ibu bapa bermula sejak hari pertama kelahiran lagi. Pendidikan dan pengalaman ini bersemadi dalam jiwa sebelum mereka keluar berinteraksi dengan individu lain.

Kesempurnaan pendidikan yang diterima akan melahirkan insan yang baik serta bertanggungjawab terhadap agama, masyarakat dan negara. Justeru Islam telah menyediakan kaedah pendidikan yang mantap dan sesuai untuk sepanjang zaman seperti yang ditunjukkan dalam al-Quran oleh surah Luqman.

1.1 PERMASALAHAN KAJIAN

8

Setiap individu bertanggungjawab untuk memikul tugas pendidikan anak-anak dalam kehidupan seharian mereka.

Surah Luqman merupakan surah penting berkaitan

dengan soal pendidikan anak-anak. Garis panduan yang jelas tentang pendidikan ini menepati kehendak dan keperluan semasa malah bersesuaian sepanjang zaman.

Berdasarkan ayat 12 dalam surah ini terdapat dua perkara utama yang perlu diberi pernelitian khusus oleh penulis iaitu akhlak ibu bapa dan kaedah pendidikan anak-anak. Setiap muslim mesti memahami dengan mantap tentang dasar-dasar penting dalam Islam dan keesaan Tuhan serta mengamalkan ilmu dalam kehidupan seharian (Syed Muhammad al-Naquib al-Attas, 1978) agar dapat menjadi pendidik yang berakhlak mulia. Persoalan akhlak juga merupakan persoalan penting bagi golongan yang mementingkan ilmu.

Akhlak yang mencakupi pegangan nilai dan kelakuan baik atau husn al-khuluk merupakan perkara biasa yang sering diperbahaskan di kalangan para sahabat, ahli sufi, tokoh falsafah dan para pendidik yang memberi tumpuan dalam memberi tujuk ajar kepada anak didik mereka tentang ketinggian adab sopan (H.A.R. Gibb et.al., 1986).

Walaupun begitu, suasana sebenar yang berlaku pada hari ini sangat jauh bertentangan dengan garis panduan yang telah ditetapkan Islam. Masalah sosial yang berleluasa dan berkembang subur dari hari ke hari membuktikan nilai-nilai pendidikan di rumah yang mesti diberikan kepada anak-anak mulai pudar dan

9

terhakis. Keruntuhan akhlak atau moral anak-anak pada masa kini membawa kepada pelbagai gejala dan penyakit sosial yang kritikal seperti penagihan dadah, pergaulan bebas, lari dari rumah dan vandalisme.

Keadaan keluarga yang menyimpang

daripada landasan akhlak Islam akan lebih memudahkan lagi gejala tersebut tersebar luas.

Ibu bapa adalah pembimbing, penasihat dan pendidik yang pertama kepada anak-anak. Sikap ibu bapa yang tidak bertanggungjawab dan memandang remeh tentang persoalan pendidikan agama sama seperti pemangkin utama tercetus masalah-masalah sosial kini. Situasi ibu bapa yang jahil dan enggan mempelajari tentang akhlak dan tanggungjawab mereka kepada anak-anak seperti yang ditetapkan oleh Islam akan menambahkan lagi kerumitan yang sedia ada. Pengabaian tanggungjawab menyebabkan anak-anak menjadi mangsa kepada masalah sosial.

Kedapatan di kalangan ibu bapa yang mengagongkan kaedah pendidikan barat berbanding dengan pendidikan Islam.

Idea-idea negatif dari barat seperti

individualistik, materialistik dan ketandusan adab sopan yang mulia menyelinap masuk ke dalam pendidikan anak-anak mereka. Tambahan pula suasana rumahtangga tempat anak-anak membesar sentiasa dipenuhi dengan perkara-perkara maksiat seperti ibu bapa tidak menunaikan sembahyang, tidak puasa, bebas menonton rancangan tv dan video serta mementingkan kemewahan hidup akan mempengaruhi pula akhlak anak-anak.

10

Pendedahan amalan-amalan yang tidak baik dan menjadi rutin sajian harian kepada tumbesaran mental anak-anak boleh melahirkan peribadi yang biadab dan rendah akhlak. Lantaran kelemahan yang berlaku, penulis mahu mengkaji semula kaedah pendidikan anak-anak secara Islam yang telah lama wujud dalam dunia Islam bersama dengan kehadiran al-Quran itu sendiri.

1.2 PENGENALAN SURAH LUQMAN

Surah Luqman merupakan surah yang ke 31 mengikut susunan di dalam al-Quran dan mengandungi 34 ayat (Al-Quran dan Terjemahnya, 1412H). Surah ini dinamakan Luqman kerana terdapat kisah tentang Luqman al-Hakim yang telah diberikan oleh Allah s.w.t. permata hikmah iaitu kebijaksanaan, dikurniakan dengan makrifat tauhid yang menyebabkan beliau menjadi seorang yang abid. Beliau juga memiliki akhlak yang terpuji dan sentiasa menjauhikan diri daripada perkara-perkara buruk serta mungkar (Wahbah al-Zuhaili, 1991 dan Sayyid Qutb, 1988).

Surah Luqman termasuk di dalam kumpulan surah-surah Makkiyyah kecuali ayat 27, 28 dan 29 ayat Madaniyyah. Manakala ayat 34 turun selepas surah al-Saffat (Jalal al-Din Muhammad bin Ahmad al-Mahali dan Jalal al-Din Abd al-Rahman bin Abi Bakr al-Sayuti, 1996).

Surah Luqman menjelaskan tentang Luqman al-Hakim dengan wasiat yang kekal untuk anaknya. Anaknya bernama An’am atau Mushkam (Abi Muhammad Husini

11

bin Mas’ud al-Fira’ al-Baghawi al-Shafie, 1993) dan Tharan (Wahbah al-Zuhaili, 1991). Beliau berjaya mendidik anak-anak dan isterinya yang kafir kembali kepada Islam, tidak seperti anak dan isteri Nabi Nuh a.s. yang kafir. Begitu juga dengan kisah Nabi Lut a.s. hanya anaknya sahaja yang Islam sedangkan isterinya masih kafir (Shaykh Ismail Haqqi al-Burusawi. t. th.)

Nasihat Luqman menjadi pengajaran dan petunjuk kepada semua manusia. Permulaan pendidikan berkaitan dengan syirik, diikuti dengan perintah berbuat baik kepada kedua ibu bapa, waspada dengan pandangan Allah s.w.t. terhadap semua perkara sama ada kecil atau besar, mendirikan solat, amar makruf dan nahyi mungkar, rendah diri dan menjauhi perkara-perkara dosa, adab berjalan dan menjaga suara (Wahbah al-Zuhaili, 1991).

Surah ini diturunkan disebabkan bani Quraish sentiasa bertanyakan Rasulullah s.a.w. tentang kisah Luqman bersama anaknya dan tentang berbuat baik kepada kedua ibu bapa (Wahbah al-Zahili, 1991).

Ayat 13-19 menceritakan secara khusus tentang pendidikan yang dilaksanakan oleh Luqman al-Hakim kepada anak-anaknya (Sayyid Qutb, 1988). Intipati kandungan ayat tersebut seperti berikut : 1. Ayat 12 menjelaskan tentang peribadi Luqman al-Hakim. Berdasarkan ayat ini Luqman dikatakan seorang yang sangat bersyukur kepada Allah s.w.t.

12

2. Ayat 13 menceritakan cara Luqman memberi pendidikan kepada anak-anak tentang bahaya syirik. Beliau berkata : Hai anakku,

Janganlah

kamu

mempersekutukan

Allah,

sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar. 3. Ayat 14 memerintahkan setiap orang anak mesti berbuat baik kepada kedua orang tua. 4. Ayat 15 menjelaskan dengan lebih lanjut tentang ketaatan kepada orang tua yang harus dilandaskan oleh ketaatan kepada Allah s.w.t. dan kewajiban mengikuti jalan orang-orang yang sentiasa bertaubat kepada Allah s.w.t. 5. Ayat 16 Luqman mengingatkan kepada anak-anaknya bahawa Allah s.w.t. akan membalas semua perbuatan manusia. 6.

Ayat 17 Luqman menyuruh anak-anaknya menegakkan solat, mengerjakan amal makruf nahi mungkar dan bersabar di atas segala musibah yang menimpa diri.

7. Ayat 18 Luqman memperingati anak-anaknya supaya tidak bersikap angkuh dan sombong iaitu memalingkan muka dari manusia kerana sombong dan janganlah berjalan di muka bumi dengan angkuh. 8. Ayat 19 bersikap pertengahan atau sederhana dalam segala hal dan berakhlak yang baik seperti sederhana dalam berjalan dan lunakkanlah suara.(Al-Quran dan terjemahannya, 1412H).

13

Secara keseluruhan nasihat Luqman merangkumi kesempurnaan beragama, kepercayaan kepada hari akhirat dan keutamaan akhlak mulia. Penjelasan ayat di dalam surah Luqman menunjukan Allah s.w.t. juga menyeru supaya setiap ibu bapa mencontohi Luqman yang memiliki kesempurnaan peribadi dan pendidikan Islam.

1.3 KETOKOHAN LUQMAN AL-HAKIM

Nama Luqman ialah Luqman bin Ba'uran bin Nahur bin Tarakh. Ada juga yang mengatakan beliau ialah Luqman bin 'Unqan bin Marwan.

Hidup sebelum

kebangkitan nabi Daud a.s.(Imam Mohammad bin Ali bin Mohammad al-Shaukani, 1993).

Ada pendapat yang mengatakan Luqman hidup pada zaman nabi Daud a.s. Namun ada juga pendapat yang mengatakan beliau hidup antara zaman nabi Isa a.s dan Muhammad s.a.w. (Muhammmad Sayyid Tantawi, 1985). Luqman hidup selama 1000 tahun sehingga berjumpa dengan Nabi Daud a.s. dan mendapat pendidikan daripadanya (Mohammad Amin bin Adullah al-Urammi, 2001).

14

Luqman memberi fatwa sebelum kebangkitan Nabi Daud a.s. tetapi selepas Nabi Daud a.s. diutus menjadi nabi beliau berhenti memberi fatwa malah berguru dan mengambil ilmu daripada Nabi Daud a.s. (Jalal al-Din Muhammad bin Ahmad alMahali dan Jamal al-Din Abd al-Rahman bin Ibi Bakr al-Sayuti, 1996).

Tokoh sarjana berselisih pendapat sama ada beliau nabi atau lelaki saleh. Ada yang berpendapat Luqman merupakan seorang yang saleh malah ada yang mengatakan beliau seorang yang bijaksana (Cyril Glasse, 1988; Thomas Patrick Hughes, t. th.). Ada juga yang mengatakan Luqman merupakan seorang lelaki saleh yang dikurniakan hikmah (Mohammad Sayyid Tantawi, 1985).

Selain daripada itu ada juga pendapat yang mengatakan beliau seorang nabi seperti nabi Danial dan nabi Dzu al-Karnain bukan rasul yang mesti menyampaikan ajaran tuhan kepada umatnya (H.A.R. Gibb dan J.H. Kramers, 1974). Manakala Mujahadah berkata beliau merupakan kadi bagi Bani Israil (Imam Abi al-Firaj Jamal al-Din Abd al-Rahman bin Ali bin Muhammad al-Jauzi al-Qursha al-Baghdadi, 1987 dan (Mohammad Jamal al-Din al-Qasami, 1978).

Kebanyakan sarjana Islam mengatakan Luqman al-Hakim merupakan seorang yang saleh bukan nabi.

Manakala sarjara barat meyakini bahawa beliau merupakan

seorang nabi. Walau apa sekalipun beliau tetap mendapat anugerah yang sangat baik daripada Allah s.w.t. lantaran jasa dan pendidikan yang diberikan beliau untuk keluarga dan anak-anak.

15

Pada pendapat al-Baidhowi Luqman al-Hakin ialah Luqman bin Ba'uran daripada anak Azar iaitu anak nabi Ibrahin a.s. Luqman juga merupakan anak saudara nabi Ayob a.s. Beliau berbangsa kulit hitam dari negeri Nuwabi, Sudan, Mesir. Beliau berjumpa dengan nabi Daud a.s. dan mendapat pendidikan daripadanya. Kemudian Allah s.w.t. memberikan beliau hikmah iaitu akal yang cerdas, kebijaksanaan ilmu dan teguh pendirian. Kebanyakan ulama berpendapat beliau seorang hakim bukan nabi. Beliau hanya memberi fatwa sebelum kebangkitan nabi Daud a.s. (Wahbah alZuhaili, 1991).

Ibnu Abbas berpendapat Luqman merupakan hamba kulit hitam. Said al-Musaiyyab mengatakan beliau orang kulit hitam dari Sudan, Mesir (Imam Abi al-Firaj Jamal al-Din Abd al-Rahman bin Ali bin Muhammad al-Jauzi al-Qursha al-Baghdadi, 1987).

Hal ini menunjukkan Allah s.w.t. tidak memilih dari kalangan hambaNya sebagai nubuwah dan wali atau memberi hikmah berdasarkan kepada rupa paras atau kecantikan (Muhammad al-Amin bin Abd Allah al-Urrami al-Alawiyyi al-Harari al-Shafie, 2001).

Selain daripada itu, ulamak juga berselisih pendapat tentang perkataan Luqman sama ada perkataan Arab atau bukan Arab. Sekiranya bukan perkataan Arab Luqman bermaksud pengetahuan. Jika perkataan Luqman berasal daripada perkataan Arab

16

juga bermaksud pengetahuan tetapi huruf alif dan nun merupakan huruf tambahan (Imam Mohammad bin Ali bin Mohammad al-Shaukani, 1993).

Said bin al-Musaiyyab berpendapat Luqman bekerja sebagai tukang jahit. Ibnu Zaid pula mengatakan beliau seorang pengembala, manakala Khalid al-Rubaie mengatakan beliau ahli perniagaan (Imam Abi al-Firaj Jamal al-Din Abd al-Rahman bin Ali bin Muhammad al-Jauzi al-Qursha al-Baghdadi, 1987).

Sesungguhnya Luqman merupakan insan biasa yang menjalani kehidupan dengan penuh tekun dan tabah. Beliau sangat mencintai ilmu dan kehidupan suci. Segala tanggungjawab yang dipikul adalah amanah yang mesti ditunaikan dengan jujur dan ikhlas. Sifat zuhud dan rendah diri yang beliau miliki mendapat pujian daripada Allah s.w.t. melalui pengurnian hikmah yang mengangkat martabat beliau menjadi seorang yang sangat bersyukur.

1.4 PENDIDIKAN ANAK-ANAK DARI PERSPEKTIF ISLAM

Anak-anak pada pandangan Islam adalah amanah Allah s.w.t yang mesti dijaga dan dididik dengan baik. Anak-anak menjadi tempat bergantung para ibu bapa semasa mereka sudah lanjut usia dan uzur. Mereka juga merupakan anugerah Allah s.w.t. yang tidak ternilai untuk menghiasi kehidupan setiap ibu bapa. Fungsi anak kepada kedua ibu bapa semasa hidup di dunia sangat besar sedangkan di akhirat kelak anak-anak merupakan tanaman wangi orang tua di syurga.

17

Hal ini bertepatan dengan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Kahfi ayat 46.

Terjemahan : Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia. Mereka merupakan perhiasan hidup di dunia, permata hati dan penyejuk mata seperti firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Furqan ayat 74,

Terjemahan : Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri dan anak-anak yang menyenangkan hati kami.

Anak-anak hanya akan terselamat daripada sebarang bentuk kesalahan atau jenayah jika mereka mendapat pendidikan yang baik. Justeru ibu bapa mesti melaksanakan tanggungjawab mendidik anak-anak ke arah mencari keredaan Allah s.w.t. agar mereka terselamat daripada melakukan perkara-perkara tidak baik dan azab api neraka di akhirat kelak. Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Tahrim, ayat 6.

Terjemahan : Hai orang-orang yang beriman, lindungilah diri dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu.

18

Harapan setiap ibu bapa untuk mendapatkan anak yang saleh dan baik memerlukan asuhan yang berterusan. Kejayaan pendidikan ini terbukti melalui pencapaian yang diperolehi oleh Luqman al-Hakim seperti yang tercatat dalam al-Quran yang mulia.

Islam sangat membenci dan mencela sikap orang tua yang buruk terhadap anak-anaknya dan mengabaikan pendidikan mereka. Akhlak anak-anak yang buruk dan rosak sebahagian besar disebabkan oleh pendidikan yang diterima daripada kedua orang tua. Anak-anak tidak mengetahui tentang tanggungjawab mereka kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Oleh itu, para ibu bapa bertanggungjawab

melaksanakan pendidikan tersebut agar mereka tidak dihanyutkan oleh arus pergaulan liar yang tidak mengenali nilai-nilai agama dan tidak bermanfaat kepada semua.

Pendidikan dalam Islam membentuk seseorang supaya menunaikan tanggungjawab kepada 1. diri sendiri mencakupi kebersihan dan kasih sayang. 2. masyarakat memokuskan kepada keadilan dan ihsan. 3. Allah s.w.t. kewajiban ketaatan (Abdullah Muhammad Zain, 1992). Justeru, tanggungjawab ibu bapa dan pendidik mengajar anak-anak tentang urusan keagamaan, melatih dan membiasakan mereka dengan beribadat kepada Allah s.w.t. (Muhammad Hussain, 1998).

19

Terjemahan : Dan Kami perintahkan kepada manusia berbuat baik kepada ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah dan menyusu dalam masa dua tahun. Bersyukurlah kepadaKu dan kedua ibu bapa kamu. Hanya kepadaKu kamu kembali. Dan jika keduanya memaksa kamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuan kamu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik. Dan ikutlah jalan orang yang kembali kepadaKu. Kemudian hanya kepadaKulah kembali kamu. Maka Kuberitakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. Kehadiran ayat ini sebagai petunjuk bahawa ayat al-Quran merupakan kaedah pendidikan dan memberi nasihat yang paling baik. Kaedah pendidikan anak-anak yang menggunakan dalil al-Quran bukanlah sesuatu yang luar biasa atau baru pada pandangan Islam.

Luqman juga menjelaskan tentang ilmu dan kpercayaan kepada hari akhirat serta pembalasannya , Firman Allah s.w.t. ayat 16 :

Terjemahan : Wahai anakku! Sesungguhnya jika sesuatu itu hanya seberat biji sawi sekalipun ia tersembunyi dalam batu atau berada di langit atau di bumi nescaya ia akan dibawakan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Halus dan Maha Mengetahui.

66

Penggunaan dalil al-Quran sebagai hujah dalam pendidikan sangat berkesan. Hati anak-anak akan lebih terbuka untuk menerima segala pendidikan al-Quran dengan yang tenang dan jujur.

4.6.2 NASIHAT MELALUI PERKARA MENAKUTKAN

Nasihat yang diberikan oleh Luqman al-Hakim kepada anak-anaknya berkaitan dengan perkara-perkara yang menakutkan seperti balasan dan azab Allah s.w.t. yang sangat dahsyat pada hari akhirat kelak. Hal ini tercatat di dalam ayat 15 dan 16 :

Terjemahan : Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu, kemudian hanya kepada Akulah kembali kamu, maka Aku beritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. Firman Allah s.w.t. :

Terjemahan : Sesungguhnya Allah s.w.t. akan mendatangkannya. Ayat tersebut menekankan supaya anak-anak menyedari setiap perbuatan akan dinilai oleh Allah s.w.t. sama ada kecil atau besar. Nasihat yang dilaksananakan beliau bertujuan untuk menanamkan akidah yang mantap melalui kata-kata yang sopan, jujur dan baik menyebabkan beliau berjaya mendidik anak-anaknya kepada Islam dan memiliki pegangan akidah yang kuat.

67

4.6.3 NASIHAT YANG TERKANDUNG BANYAK PERKARA

Nasihat Luqman al-Hakim melalui kata-kata yang tepat dan merangkumi banyak perkara seperti jika kamu sedang solat, maka jagalah hati kamu. Jika kamu berada di dalam majlis makan, maka jagalah perangai kamu. Jika kamu berada di rumah orang, maka jagalah pandangan mata kamu.

Jika kamu bersama manusia ramai, maka

jagalah lidah kamu. Ingatlah dua perkara dan lupakanlah dua perkara. Dua perkara yang mesti kamu ingat ialah Allah s.w.t. dan maut. Manakala dua perkara yang mesti kamu lupa ialah kebaikan yang kamu lakukan kepada orang lain dan lupakanlah kejahatan yang orang lain lakukan kepada kamu (Muhammad al-Amin bin Abd Allah al-Urrami al-Alawiyyi al-Harari al-Shafie, 2001).

4.6.4 NASIHAT YANG BERNAS

Nasihat Luqman al-Hakim yang memberi maksud yang bernas berdasarkan catatan tafsir Jalalain ialah apabila ditanya kepada Luqman : Siapakah manusia yang paling jahat di muka bumi ini?

Beliau menjawab : Manusia yang banyak melakukan

kejahatan dan tidak kisah dengan pandangan manusia lain terhadap perbuatan jahatnya (Jalal al-Din Muhammad bin Ahmad al-Mahali dan Jamal al-Din Abd alRahman bin Ibi Bakr al-Sayuti, 1996).

4.7 GAYA BAHASA

68

Gaya bahasa pendidikan Luqman al-Hakim menepati kehendak dan keperluan Islam yang bersesuaian sepanjang masa. Tiga bentuk gaya bahasa yang berlainan telah berjaya dikesan dalam pendidikan Luqman al-Hakim.

4.7.1

BAHASA SERUAN

Luqman al-Hakim memanggil anaknya dengan panggilan manja seperti yang dilakukan kepada anak-anak kecil. Firman Allah s.w.t. ayat 13, 16 dan 17.

Terjemahan : Wahai anak kesayanganku. Panggilan seumpama ini menunjukkan kasih sayang dan cinta yang sangat mendalam daripada seorang bapa kepada anaknya. Panggilan yang penuh dengan kasih sayang juga akan menyentuh hati si anak dan lebih cepat diikuti dan ditaati oleh seseorang anak (Abd al-Mun'ain Ahmad Tu'ailab, 1995).

Nada untuk memberi pertolongan dan penuh dengan kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya.

Panggilan ini juga dikhususkan kepada anak kecil untuk

melahirkan rasa cinta yang sangat mendalam dan belaian kelembutan kasih sayang yang terlalu tinggi kepada anak yang disayangi. Panggilan ini juga menunjukkan si bapa sentiasa menjaga dan prihatin terhadap segala keperluan anaknya (Muhammad Sayyid Tantawi, 1985).

69

Sebanyak 3 kali kata seruan ini digunapakai di dalam ayat 12-19.

Firman Allah

s.w.t. ayat 13 :

Terjemahan : Wahai anak kesayanganku, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Firman Allah s.w.t. :

Terjemahan : Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perbuatan seberat biji sawi….. Firman Allah s.w.t. :

Terjemahan : Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat ……

4.7.2 BAHASA KIASAN

Pendidikan yang diketengahkan Luqman al-Hakim melalui bahasa kiasan atau ibarat yang mampu meninggalkan kesan yang sangat mendalam seperti meninggikan suara melebihi keperluan diibaratkan sama dengan suara keldai. Firman Allah s.w.t. ayat 19.

70

Terjemahan : Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai. Firman Allah s.w.t., ayat 16 :

Terjemahan : Wahai anak kesayanganku, Sesungguhnya jika ada sesuatu perbuatan seberat biji sawi dan berada di dalam batu atau langit atau bumi…. Ayat 16 kebaikan yang sedikit dibandingkan dengan sebesar biji sawi. Batu pejal dikiaskan dengan hijab atau terhalang. Langit menunjukkan terlalu jauh dan bumi melambangkan kegelapan merupakan tempat yang paling gelap (Muhammad al-Razi Fakhr Al-Din Ibn al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar, 1995).

Firman Allah s.w.t. :

Terjemahan : Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah ….. Lemah yang semakin lemah sebagai simbolik kepada kesusahan yang terpaksa ditempuhi oleh seseorang ibu semasa mengandung (Wahbah al-Zuhaili, 2002).

71

Kehadiran bahasa kiasan mampu memantapkan lagi nasihat Luqman al-Hakim. Masej pendidikan yang disampaikan menjadi lebih jelas dan kukuh menyebabkan anaknya terpegun mendengar isi hujahan tersebut.

4.7.3 BAHASA ISYARAT

Bahasa isyarat juga mempu meninggalkan kesan yang sangat mendalam. Kedatangan unsur-unsur bahasa isyarat menjadikan nasihat Luqman al-Hakim lebih cantik dan tersusun rapi. Bahasa isyarat penting yang diungkap dalam bahasa yang ringkas mempunyai maksud lain yang lebih penting seperti suruhan melaksanakan amar makruf dan nahyi mungkar dalam ayat 17, firman Allah s.w.t. :

Terjemahan : Dan suruhlah manusia mengerjakan yang baik dan cegahlah dari perbuatan mungkar. Pelaksanaan amar makruf dan nahyi mungkar sebagai isyarat kemuliaan manusia. Tugas ini hanya dikhususkan kepada manusia kerana malaikat tidak pernah menyuruh atau mencegah malaikat lain dengan sesuatu suruhan atau larangan (Muhammad alRazi Fakhr Al-Din Ibn al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar, 1995). Hal ini disebabkan sifat malaikat sendiri yang tinggi dan tidak pernah melakukan sebarang maksiat.

Pendidikan Luqman al-Hakim juga menggunakan kaedah pendidikan yang umum tetapi perlu ditafsir semula kepada yang lebih khusus. Suruhan dan larangan yang

72

dikemukan sebagai medium untuk menyampaikan kehendak sebenar ayat.

Hal ini

terbukti di dalam beberapa perkara penting yang terkandung di dalam ayat 19, firman Allah s.w.t. :

Terjemahan : Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu sebagai isyarat sederhana dan pertengahan di dalam perbuatan dan percakapan (Muhammad al-Razi Fakhr Al-Din Ibn al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar, 1995).

Selain daripada itu, ayat ini juga menjelaskan tentang sifat haiwan yang buruk iaitu suara yang tinggi seperti keldai. Isyarat tersebut bertujuan untuk menghapuskan sifat takbur atau sombong dan menghidupkan sifat-sifat kemuliaan malaikat (Muhammad al-Razi Fakhr Al-Din Ibn al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar, 1995).

Takbur ialah akhlak orang kafir dan sekutunya manakala tawadu' merupakan akhlak para nabi dan orang-orang saleh kerana tanda hamba Allah s.w.t. yang saleh ialah mereka berjalan di atas muka bumi dengan lemah lembut iaitu tawadu'. Sifat tawadu' juga akan melahirkan mahabbah (kecintaan atau kasih sayang) (Imam al-Ghazali, 1968).

73

Asas kejadian manusia yang lebih mulia daripada binatang. Justeru manusia perlu kepada pembentukkan

akhak yang baik.

Sesungguhnya pendidikan melalui

perumpamaan atau bahasa isyarat akan memberi penjelasan yang lebih mendalam (Muhammad al-Razi Fakhr Al-Din Ibn al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar, 1995).

Luqman berjaya memilih gaya bahasa yang bersesuaian dengan tempat, masa dan masej yang hendak disampaikan dalam pendidikan beliau. Hal ini disebabkan bahasa merupakan alat komunikasi dan medium perhubungan yang sangat penting. Kejayaan dan kegagalan sesebuah pendidikan juga bergantung rapat dengan tatacara atau kaedah gaya bahasa yang dipersembahkan semasa memberi pendidikan.

4.8 KEISTIMEWAAN PENDIDIKAN LUQMAN AL-HAKIM

Keistimewaan pendidikan Luqman al-Hakim menjadi mantap kerana menepati sasaran

pendidikan

yang

menggunakan

strategi

pendidikan

yang

baik.

Kecemerlangan pendidikan beliau lantaran kedapatan beberapa ciri penting yang tidak boleh dinafikan iaitu :

74

4.8.1 ILMU KEIBUBAPAAN

Proses mendidik anak-anak dengan ilmu akidah, ibadah dan akhlak sangat bergantung rapat kepada keperibadian ibu bapa. Para ibu bapa mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang persoalan tersebut sebelum mendidik anak-anak mereka. Pra-syarat ini telah diungkapkan dalam ayat 12. Firman Allah s.w.t.

Terjemahan : Dan sesungguhnya kami telah mengurniakan hikmat kebijaksanaan kepada Luqman. Hikmah ialah berpegang teguh kepada kebenaran ilmu dan beramal dengan ilmu tersebut. Hikmah daripada Allah s.w.t. ialah mengetahui sesuatu perkara dan beramal bersungguh-sungguh. Rentetan daripada itu sesetengah manusia mendapat hikmah atau makrifat tentang hakikat kewujudan sesuatu perkara yang menyebabkannya mengerjakan amal kebaikan sahaja. Hal ini demikian yang disifatkan kepada Luqman al-Hakim di dalam ayat ini (Nasr al-Din Abi Abbas Ahmad bin Muhammad al-Maliki al-Iskandarani al-Makruf bi Ibn al-Munir, 1994).

Pada pendapat Qatadah r.a. hikmah dalam ayat di atas ialah menguasai ilmu-ilmu Islam (al-Sayuti, 2000). Hikmah juga bermaksud melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu ketuhanan dan melakukan perbuatan-perbuatan yang baik (Wahbah alZuhaili, 1991).

75

Hikmah ialah ilmu yang memberi petunjuk kepada kebenaran.

Hilmah juga

merupakan cahaya yang mampu menyuluh kepada matlamat kebijaksanaan dan kebaikan (Abd al-Mun'ain Ahmad Tuailab, 1995). Selain daripada itu, hikmah ialah nur atau cahaya di dalam hati. Seseorang yang dapat mengetahui tentang sesuatu perkara dengan pandangan hati yang dikenali sebagai pandangan basirah (Imam alShaykh Ahmad al-Sawi al-Maliki, t.th.).

Selain daripada itu, hikmah juga bermaksud taufiq kepada beramal dengan ilmu dan faham. Syukur kepada Allah. s.w.t. dan memujiNya di atas segala pemberian nikmat dan kelebihan, menyintai kebaikan kepada manusia, melakukan perkara-perkara kebaikan dan bermanfaat kepada manusia. Semua ini menunjukkan Luqman alHakim mendapat hidayah Allah s.w.t. yang menuju kepada makrifat yang sebenar bukan melalui jalan para nabi (Wahbah al-Zuhaili, 1991).

Hikmah yang dikurniakan Allah s.w.t. kepada Luqman al-Hakim ialah fakeh dalam Islam. Justeru menurut pendapat Imam al-Jauzi hal ini menunjukkan beliau hanya seorang hamba atau lelaki yang saleh bukan nabi kerana Allah s.w.t. tidak pernah meurunkan wahyu kepadanya (Imam Abi al-Firaj Jamal al-Din Abd al-Rahman bin Ali bin Muhammad al-Jauzi al-Qursha al-Baghdadi, 1987).

Hikmah menjelaskan tentang hikmah yang diberikan oleh Allah s.w.t.seperti hikmah zahir yang terdapat di langit atau bumi dan hikmah batin iaitu hanya diperolehi di

76

dalam ilmu dan hikmah.

Petunjuk kepada tauhid yang hanya diberikan kepada

sesetengah hambaNya yang terpilih sahaja seperti Luqman al-Hakim yang memperolehinya melalui jalan

selain daripada petunjuk jalan para nabi atau

kebangkitan rasul (Muhammad al-Amin bin Abd Allah al-Urrami al-Alamiyyi, 2001). Sesungguhnya hikmah yang dikurniakan Allah s.w.t. menjadikan beliau seorang bapa yang tabah dalam membimbing dan mendidik anak-anaknya.

4.8.2 KONSEP SYUKUR

Konsep syukur merupakan satu sifat penting untuk kesempurnaan peribadi ibu bapa yang tercatat di dalam surah Luqman. Hal ini disebabkan Luqman al-Hakim hanya mempunyai satu sifat sahaja yang diiktirafkan Allah s.w.t. berdasar petikan ayat 12 sehingga 19 iaitu sifat syukur. Firman Allah s.w.t.:

Terjemahan : Bersyukurlah kepada Allah… Ayat ini juga bertujuan untuk membimbing manusia secara tidak langsung supaya bersyukur kepada Allah s.w.t. melalui contoh yang diketengahkan Luqman al-Hakim (Syed Qutb:2001). Secara umum pengertian syukur ialah memuji Allah s.w.t. di atas segala pemberian nikmat dan mentaati segala perintahNya (Muhammad al-Amin bin Abd Allah al-Urrami al-Alawiyyi al-Harari al-Shafie, 2001). Dialah yang mesti dipuji bukan makhluk (Imam al-Shaykh Ahmad al-Sawi al-Maliki, t.th.). Situasi orang yang bersyukur diperlihatkan melalui kisah Luqman al-Hakim yang digambarkan sebagai seorang yang bersyukur kepada Allah s.w.t. Hikmah yang

77

dikurniakan Allah s.w.t. telah melahirkan sifat syukur di dalam diri Luqman alHakim (Sayyid Qutb. 1988).

Menurut Amr Ibn Qais r.a. hasil pengurniaan hikmah daripada Allah s.w.t. telah membentuk peribadi Luqman al-Hakim menjadi seorang yang bertaqwa kepada Allah s.w.t., benar dalam percakapan, menunaikan amanah dan beliau juga akan mendiamkan diri jika tidak perlu. Manakala Mujahid r.a. pula telah mengambarkan Luqman sebagai seorang lelaki yang saleh (al-Sayuti: 2000).

Sifat syukur lahir daripada limpahan hikmah yang diperolehi seseorang. Hikmah pula akan melahirkan amalan yang berdasarkan ilmu dan kefahaman seperti bersyukur dan memuji Allah s.w.t. di atas segala nikmat serta kelebihan yang diberikanNya, suka menyebarkan kebaikan kepada manusia dan menggunakan seluruh anggota yang dijadikan Allah untuk kebaikan dan perkara-perkara berfaedah (Wahbah al-Zuhaili, 1991). Pendapat yang sama juga dikemukakan oleh al-Khazin dalam tafsirnya apabila dikurniakan hikmah seseorang itu akan beramal dengan ilmunya dan kemudia ia bersyukur (Ala’ al-Din Ali bin Muhammad bin Ibrahim al-Baghdadi, 1995).

Syukur mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan hikmah. Justeru seseorang itu dianggap berhikmah kerana bersyukur kepada Allah s.w.t. Ini kerana bersyukur kepada Allah adalah perkara yang paling utama (Muhammad al-Razi Fakhr Al-Din Ibn al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar, 1995).

78

Selaian daripada itu, sifat syukur juga mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan hikmah. Sifat syukur adalah manifestasi hikmah yang dikurniakan Allah kepada Luqman al-Hakim. Kesan daripada sifat syukur banyak memberi faedah kepada manusia. Justeru sifat ini wajar dikategorikan sebagai prasyarat untuk menjadi ibu bapa yang cemerlang.

4.8.3 PENGAWASAN IBU BAPA Luqman al-Hakim menunjukkan sifat orang yang bersyukur di dalam dirinya dan sentiasa mengawasi orang lain.

Hikmah yang dimiliki Luqman al-Hakim juga

berjaya meletakkan beliau sebagai orang yang tabah dalam membimbing dan mendidik anak-anaknya.

Justeru hikmah yang dimiliki Luqman al-Hakim juga

diterjemahkan sebagai syukur dan nasihat dengan pengawasan (Wahbah al-Zuhaili, 1991). Firman Allah s.w.t. :

Terjemahan : Di waktu dia memberi pelajaran kepada anaknya.

Di waktu dia memberi pelajaran kepada anaknya (Wahuwa yaizuhu) bermaksud pengawasan contoh Luqman al-Hakim menanamkan akidah tauhid dan menjauhi perkara syirik (Mohammad bin Ali bin Mohammad al-Shaukani, 1993).

Setiap

pengajaran dan pendidikan Luqman kepada anaknya sentiasa diawasi beliau.

79

4.9 KESIMPULAN

Luqman al-Hakim telah mengutarakan sebuah pendidikan yang baik selaras dengan objektif pendidikan Islam. Beliau telah mengemukakan kaedah pengajaran dan persembahan isi pendidikan yang tersusun rapi, mengikut urutan, mantap serta sangat menarik.

Kaedah pendidikan yang dikemukakan oleh Luqman al-Hakim menekankan perkara suruhan dan larangan, yang diiringi pula dengan alasan yang munasabah. Aspek suruhan meliputi asas kesempurnaan beragama, kepercayaan kepada hari akhirat dan keutamaan berakhlak mulia. Sementara aspek larangan pula merangkumi larangan syirik dan sifat sombong.

Pendidikan Luqman al-Hakim juga mengetengahkan pelbagai bentuk nasihat dalam usaha mendidik anak-anaknya. Nasihat Luqman al-Hakim yang indah dan penuh kesopanan menyebabkan anak-anaknya tertarik serta mudah patuh kepada segala suruhan dan larangannya. Nasihat beliau juga menggunakan pelbagai gaya bahasa seperti bahasa seruan, bahasa kiasan dan bahasa isyarat untuk memantapkan pendidikan beliau.

Proses mendidik anak-anak amat berkait rapat dengan sifat dan ilmu yang dimiliki oleh para ibu bapa. Luqman al-Hakim berjaya mendidik anak-anaknya kerana beliau mempunyai sifat syukur iaitu satu perkara yang sangat dituntut oleh Allah s.w.t.

80

Hikmah yang diperolehi oleh Luqman al-Hakim juga telah berjaya membentuk beliau menjadi seorang mukmin yang sejati.

81

BAB V HUBUNGAN DENGAN ALLAH S.W.T.

5.0 PENDAHULUAN

Hubungan manusia dengan Allah s.w.t. sangat penting. Hubungan tersebut juga dikenali sebagai hubungan hamba dengan penciptanya. Luqman al-Hakim menekankan pendidikan hubungan dengan Allah s.w.t. mencakupi pendidikan tentang akidah yang berkaitan dengan larangan syirik, kepercayaan kepada hari akhirat, gesaan melaksanakan taubat dan mendirikan solat.

5.1 PENDIDIKAN AKIDAH

Pendidikan akidah merupakan tunjang utama Islam. Persoalan akidah menjadi asas dan topik perbincangan penting pendidikan Luqman firman Allah s.w.t. :

Terjemahan : Dan (kenangilah) ketika Luqman berkata kepada anaknya semasa memberi nasihat kepadanya: wahai anakku! Janganlah engkau sekutukan Allah…. Persoalan akidah diungkapkan melalui larangan Luqman al-Hakim kepada anaknya agar jangan menyekutukan Allah s.w.t. Takrif syirik ialah sebarang pernyataan atau ungkapan yang meletakkan kedudukan Allah s.w.t setaraf dengan makhluk sama ada pada zat, sifat, mengingkari kewujudan Allah s.w.t. atau menyifatkan Allah s.w.t.

82

dengan sesuatu sifat kekurangan. Justeru janganlah mempersekutukan Allah s.w.t. di dalam ibadat, percakapan, perbuatan sebaliknya ikhlaslah kamu semua terhadap tuhan yang menciptakan kamu iaitu Allah Azawajalla (Muhammad Sayyid Tantawi, 1985).

Syirik yang dimaksudkan dalam surah Luqman ini merujuk kepada syirik uluhiyyah kerana

alasan nasihat Luqman al-Hakim menegaskan perbuatan syirik seperti

melakukan kezaliman kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t ayat 13 :

Terjemahan : Sesungguhnya perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar

Pengertian zalim ialah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya manakala adil pula meletakkan sesuatu pada tempatnya. Seseorang yang menyamakan antara pencipta dengan makhluk atau menyamakan Allah s.w.t. dengan berhala dikatakan sebagai orang yang meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Oleh itu, orang yang syirik dikatakan telah melakukan satu kezaliman dan dosa yang besar kepada Allah s.w.t. (Ala’ al-din Ali bin Muhammad al-Baghdadi, 1994

dan

Muhammad Mahmud

Hijazi, 1992)

Perbuatan syirik ditegaskan sebagai satu kezaliman kerana menyekutukan Allah s.w.t. dengan sesuatu yang menyebabkan wujud persaingan dan pertandingan. Walau bagaimanapun orang kafir juga mengakui tentang kewujudan dan kekuasaan Allah

83

s.w.t. tetapi mereka enggan beriman seperti yang tercatat di dalam ayat 31, surah Yunus :

Terjemahan : Katakanlah : Siapakah yang memberi rezeki kepada kamu dari langit dan bumi atau siapakah yang berkuasa menciptakan pendengaran dan penglihatan, dan siapakah yang mengeluarkan makhluk yang hidup dari yang mati, dan mengeluarkan yang mati dari yang hidup, dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka menjawab : Allah. Maka katakanlah: Mengapa kamu tidak bertaqwa (kepadanya). Larangan mensyirikkan Allah s.w.t. dalam nasihat Luqman al-Hakim sebagai satu peringatan penting agar anaknya tidak menyibukkan diri dengan perkara-perkara selain daripada Allah s.w.t. dan mengesakan bagi yang berhak iaitu Allah s.w.t. sama ada dengan hati, jiwa serta ruh (Muhammad al-Amin bin Abd Allah al-Urrami 2001).

Luqman al-Hakim melarang anaknya supaya jangan syirik kerana ada pendapat yang mengatakan bahawa anaknya seorang musyrik. Justeru beliau sentiasa mengingatkan anaknya tentang hal ini sehingga kembali memeluk Islam. Kedapatan juga pendapat ulama yang mengatakan anak Luqman al-Hakim seorang muslim maka larangan syirik sebagai ingatan agar anaknya tidak melakukan perbuatan tersebut pada masa hadapan. Justeru al-Alusi telah mentashihkan kedua-dua pendapat tersebut dengan mengatakan tujuan nasihat Luqman al-Hakim untuk menghentikan perbuatan syirik (Abi al-Fadhil Shihab al-Din al-Sayyid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi, 1994).

84

Luqman al-Hakim menitik-beratkan larangan mensyirikkan Allah s.w.t.. Beliau telah mengulang larangan tersebut sebanyak dua kali seperti yang tercatat dalam ayat 13 dan 14, surah Luqman.

Hal ini demikian disebabkan dosa syirik amat besar dan

tidak akan mendapat keampunan Allah s.w.t. seperti dalam firman Allah s.w.t. surah AL-Nisa', ayat 48.

Terjemahan : Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak akan mengampuni dosa syirik, dan dia mengampuni segala dosa yang lain daripada itu, bagi sesiapa yang dikehendakiNya.

5.2 MENGIKUTI JALAN ORANG-ORANG YANG KEMBALI KEPADA ALLAH S.W.T.

Luqman menyediakan sebuah pendidikan yang mantap kepada anak-anaknya. Sekiranya mereka tersilap melakukan sesuatu perkara yang melanggari peraturan agama, beliau mengajarkan anak-anaknya supaya segera bertaubat seperti dalam ayat,

Terjemahan : Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu…. Ayat ini juga mempunyai asbab al-Nuzul atau sebab penurunan ayat. Peristiwa ini berlaku semasa pengislaman Abu Bakar al-Siddiq r.a. kemudian diikuti Saad bin Abi Waqqas, Abd al-Rahman bin Auf, Said bin Zaid, Othman bin Affan, Talhah dan Az-

85

Zubair bin Awwam. Mereka telah bertanya kepada Abu Bakar r.a. sebelum mereka memeluk Islam. Mereka berkata : Adakah engkau beriman dan percaya kepada Muhammad s.a.w. Abu Bakar r.a. menjawab : Ya. Aku ikut Rasulullah s.a.w., aku beriman dan aku percaya kepadanya. Para sahabat tersebut turut pergi berjumpa Rusulullah s.a.w. dan memeluk Islam. Lalu ayat ini dikatakan diturun kepada Saad bin Abi Waqas (Muhammad Ali al-Saiyyas, et.al., 1994 dan Imam Abi Al-Hassan Ali bin Ahmad al-Wahidi al-Nisaburi, 1995). Firman Allah s.w.t. ayat 15 :

Terjemahan : Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu, kemudian hanya kepada Akulah kembali kamu, maka Aku beritakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan. Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu, di dalam ayat di atas ialah agama. Seseorang yang telah menerima kewajiban agama untuk ketaatan iaitu Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda (Abi Muhammad Husaini bin Mas’ud al-Fira’ alBaghawi al-Shafie, 1993). Orang yang kembali kepadaKu juga ditafsirkan merujuk kepada Abu Bakar r.a. (Muhammad Ali al-Saiyyas, et.al., 1994 dan Imam Abi AlHassan Ali bin Ahmad al-Wahidi al-Nisaburi, 1995). Manakala menurut Ibn alMunzir daripada Ibn Juraij, mereka berpendapat : orang yang kembali ialah Muhammad s.a.w. Walaupun begitu jamhur ulama Tafsir berpendapat orang yang kembali merujuk kepada umum iaitu sesiapa sahaja daripada orang Islam yang berbuat baik (Muhammad Ali al-Saiyyas, et.al., 1994).

86

Selain daripada itu, ulama Tafsir berselisih pendapat tentang maksud Dan ikutlah jalan orang yang kembali kepadaKu di dalam ayat ini. Muhammad Ali al-Saiyyas et al. berpendapat kembali kepada Tuhan melalui jalan yang benar bukan jalan syirik. Beliau berkata : Ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu dengan tauhid dan ikhlas dalam ketaatan, bukan jalan ibu bapa yang menyuruh melakukan syirik kepada Allah s.w.t. (Muhammad Ali al-Saiyyas, et.al., 1994).

Wahbah al-Zuhaili, et.al. pula mengatakan mengikuti jalan orang yang kembali kepada Allah s.w.t. dengan taubat, menunaikan perkara taat dan ikhlas sebagai hak Allah s.w.t. Beliau berkata : Ikutilah jalan-jalan orang yang melakukan taubat, taat dan ikhlas kerana haknya kepada Allah s.w.t. sahaja (Wahbah al-Zuhaili, et.al., 2002).

Sebaliknya pendapat Wahbah al-Zuhaili di dalam buku yang bertajuk Al-Tafsir AlMunir

ialah menunaikan perintah yang telah digariskan oleh agama berasaskan

tauhid.

Beliau berkata : Ikutilah di dalam hal-hal agama iaitu jalan-jalan yang

ditempuhi oleh orang-orang yang telah kembali kepada tauhid dengan ikhlas dalam ketaatan (Wahbah al-Zuhaili, 1991).

Manakala pada pendapat al-Shaukani pula merujuk kepada orang saleh yang bertaubat. Beliau berkata : Ikutilah jalan orang yang kembali kepada Allah s.w.t. daripada kalangan hambaNya yang saleh dengan taubat dan ikhlas (Mohammad bin Ali bin Mohammad al-Shaukani, 1993).

87

Selain daripada itu pengertian Dan ikutlah jalan orang yang kembali kepadaKu ialah merujuk kepada konsep inabah iaitu kembali kepada tuhan dengan taubat dan istighfar (Wahbah al-Zuhaili, 1991). Inabah juga menunjukkan kepada umum yang memfokuskan pesanan kepada semua penghuni alam dan manusia iaitu jalan yang ditempuhi oleh para nabi, orang mukmin dan orang saleh (Wahbah al-Zuhaili, 1998).

Pengertian Inabah pada epistimologi ialah pulang dan kembali kepada sesuatu. Iaitu taubat daripada syirik dan kembali kepada Islam seterusnya mengikuti jejak nabi s.a.w. serta kembali kepada Allah s.w.t. dengan tauhid, ikhlas dengan ketaatan bukan mengikuti jalan para ibu bapa yang menyuruh kepada syirik. Hal ini demikian bertepatan dengan hujah supaya menunaikan suruhan Allah s.w.t. dengan mengikuti jalan-jalan taubat dan menjauhi larangan Allah s.w.t. daripada mengikuti jalan-jalan selain daripada jalan orang beriman (Wahbah al-Zuhaili, 1998).

Inabah mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan taubat. Jika inabah bermaksud kembali maka taubat pula membawa maksud sebagai sesal. Perasaan taubat atau sesal lahir daripada keinsafan seseorang hamba di atas keterlanjuran perkara dosa yang telah dilakukan serta berazam tidak mengulanginya lagi. Walaupun begitu persoalan inabah lebih halus dan mendalam berbanding dengan persoalan taubat (Rosnaaini Hamid, 1997).

88

Taubat yang diterima di sisi Allah s.w.t. ialah taubat di atas perkara-perkara buruk yang dilakukan secara tidak sengaja atau jahil. Firman Allah s.w.t. ayat 17, surah Al-Nisa',

Terjemahan : Sesungguhnya taubat di sisi Allah s.w.t. hanyalah taubat bagi orang-orang yang mengerjakan kejahatan lantaran kejahilan…. Luqman memokuskan pendidikan anaknya dengan menanamkan sifat inabah. Persoalan pendidikan hati yang lebih halus agar anaknya sentiasa insaf dan patuh kepada perintah Allah s.w.t.

5.3 ALLAH S.W.T. TEMPAT KEMBALI DAN PEMBERI BALASAN

Penjelasan seterusnya berkaitan dengan penegasan bahawa Allah s.w.t. merupakan tempat kembali semua makhluk dan membalas segala perbuatan manusia semasa di dunia. Firman Allah s.w.t. :

Terjemahan : Kemudian hanya kepada Akulah kembali kamu, maka Kuberitakan kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.

Allah menegaskan bahawa di hari akhirat kelak semua manusia akan kembali kepadaNya. Sesungguhnya manusia selepas mati akan dikembalikan semua kepada Alllah s.w.t. Allah akan menghitung dan menceritakan segala pekerjaan di dunia

89

sama ada baik atau buruk. Allah s.w.t. akan membalas setiap amalan pebuatan manusia di dunia setimpal dengan apa yang diusahakan mereka (Wahbah al-Zuhaili, 2002).

Kemudian hanya kepada Akulah kembalimu iaitu mencakupi mereka yang syirik, berbuat baik, taat dan patuh kepada perintah Allah s.w.t. dengan sepenuh hati (Muhammad Ali al-Saiyyas, Abd al-Latif al-Subki dan Muhammad Ibrahim Muhammad Karsun, 1994).

Semua makhluk akan dikembalikan bukan selain daripadaNya. Allah s.w.t. akan mendedahkan segala kebaikan dan keburukan yang dilakukan manusia semasa di dunia.

Allah s.w.t juga akan memberikan ganjaran dan balasan stimpal dengan

perbuatan yang dilakukan manusia semasa hayat (Wahbah al-Zuhailli, et al., 2002).

Firman Allah s.w.t. :

Terjemahan : maka kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. Balasan Allah s.w.t. kepada hamba-hambaNya hasil daripada perbuatan baik dan buruk (Muhammad Ali al-Saiyyas, Abd al-Latif al-Subki dan Muhammad Ibrahim Muhammad Karsun, 1994). Allah s.w.t. akan menceritakan kepada semua manusia

90

tentang segala perbuatan semasa hidup di dunia dan membalas segala perbuatan tersebut sama ada iman atau kafir (Wahbah al-Zuhaili, 1991).

Allah s.w.t. akan membalas segala perbuatan pada hari akhirat kelak.

Ayat ini

merupakan ancaman yang bertujuan untuk menakut-nakutkan akibat perbuatan kesalahan, durhaka dan maksiat sama seperti janji Allah s.w.t. yang akan membalas segala balasan yang baik bagi orang-orang yang taat kepada perintahNya dan berbuat baik kepada ibu bapa (Wahbah al-Zuhaili, 1991).

5.4 KEPERCAYAAN KEPADA HARI AKHIRAT DAN PEMBALASAN ALLAH S.W.T. Persoalan akidah tentang kepercayaan kepada hari akhirat dijelaskan dengan lebih mendalam oleh Luqman al-Hakim dalam ayat 16. Nasihat ini disampaikan melalui kaedah yang sangat bijak.

Beliau telah mengaitkan persoalan tersebut dengan

kehalusan dan kesyumulan ilmu Allah s.w.t. serta kekuasaanNya. Firman Allah s.w.t., :

Terjemahan : Wahai anakku! Sesungguhnya jika sesuatu itu hanya seberat biji sawi sekalipun ia tersembunyi dalam batu atau berada di langit atau di bumi nescaya ia akan dibawakan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Halus dan Maha Mengetahui.

91

Ayat yang dinyatakan ini adalah lanjutan daripada amaran Allah s.w.t. terhadap kesalahan melakukan syirik dengan mengaitkan ancamannya dengan hari akhirat dan pembalasan ke atas dosa yang dilakukan manusia (Muhammad al-Amin bin Abd Allah al-Urrami al-Alawiyyi al-Harari al-Shafie, 2001), firman Allah s.w.t. ayat 15 :

Terjemahan : Kemudian kepada Akulah tempat kamu kembali dan aku akan memberitahu kepada kamu segala perbuatan yang telah dilakukan kamu. Tujuan amaran ini untuk mengingatkan manusia tentang bahaya syirik setelah Allah s.w.t. memerintahkan umat manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa yang bukan Islam. Peringatan ini penting kerana dikhuatiri sepanjang pergaulan tersebut akan melemahkan pegangan agama sehingga melakukan kesalahan mensyirikkan Allah s.w.t. (Muhammad al-Amin bin Abd Allah al-Urrami al-Alawiyyi al-Harari al-Shafie, 2001).

Perkataan Qardalil yang terdapat dalam ayat 16, surah Luqman al-Hakim ialah kadar yang sangat kecil yang digunakan untuk menimbang biji-bijian. Ia juga merujuk kepada timbangan seberat biji sawi kerana bijian tersebut termasuk dalam golongan biji-bijian yang sangat kecil (Muhammad al-Amin bin Abd Allah al-Urrami alAlawiyyi al-Harari al-Shafie, 2001) atau ukuran timbangan sebesar debu (Muhammad Sayyid Tantawi, 1985). Sedangkan kadar pengurangan atau penambahan timbangan seberat bijian tersebut tidak dapat dikesan oleh alat penimbang (Imam Muhammmad bin Ali bin Muhammad al-Shaukani, 1993).

92

Perkataan sahratin menurut Qatadah bermaksud berada di dalam bukit.

Manakala

al-Saidi pula berpendapat di bawah tujuh lapis bumi. Beliau menegaskan bukan di langit dan bukan di permukaan bumi (Imam Abi al-Firaj Jamal al-Din Abd alRahman bin Ali bin Muhammad Al-Jauzi, 1987).

Nasihat Luqman al-Hakim dalam ayat di atas dapat membangkitkan daya imaginasi anaknya tentang tempat tersembunyi sesuatu rahsia yang amat dalam dan luas. Di samping itu nasihat beliau juga dapat menyedari hati anak bahawa ilmu Allah s.w.t. tetap menjejaki segala kebaikan dan keburukan walau sebesar biji sawi. Seterusnya akan tertanam hakikat persoalan hari akhirat ke dalam hati anaknya di sebalik nasihat beliau. Hal ini bersesuaian dengan ajaran al-Quran yang mahu menanam konsep kepercayaan kepada hari akhirat ke dalam hati setiap manusia dengan kaedah penerangan yang menarik (Syed Qutb: 1988). Setiap perbuatan manusia semasa hidup di dunia akan kembali kepada individu yang melakukan perbuatan tersebut. Firman Allah s.w.t., ayat 46, surah Sajadah :

Terjemahan : Sesiapa yang melakukan kebajikan maka untuk dirinya sendiri dan sesiapa yang berbuat jahat akan menimpa dirinya sendiri pula. Dan tidaklah Tuhan berlaku aniaya terhadap hamba-hambaNya.

Luqman al-Hakim mendidik anak-anaknya dengan kepercayaan kepada pembalasan Tuhan. Beliau menegaskan setiap perbuatan akan dibalas Allah s.w.t. sekalipun lebih

93

kecil daripada biji sawi. Justeru Luqman al-Hakim berpesan kepada anak-anak supaya sering menziarahi jenazah kerana dapat mengingatkan tentang pembalasan Tuhan. Beliau berkata : Sekiranya kamu berada di dua persimpangan iaitu sama ada menziarahi kematian atau memenuhi jemputan kenduri kahwin. Maka hendaklah kamu menziarahi jenazah kerana mengingatkan kamu kepada kematian, sebaliknya menghadiri majlis kenduri kahwin boleh melalai kamu daripada mengingati Tuhan (al-Sayuti, 2000).

Ayat ini juga mempunyai kisah yang berkaitan pertanyaan anak Luqman al-Hakim kepada beliau tentang persoalan ilmu dan pembalasan Allah s.w.t. Kedapatan dua peristiwa penting yang tercatat dalam sejarah ayat ini iaitu ; 1. Anak Luqman al-Hakim bertanya kepada beliau. Wahai bapaku! Lihatlah jika sebiji bijian yang kecil berada di dasar laut, adakah Allah s.w.t. akan mengetahuinya? 2. Wahai bapaku! Jika aku melakukan kesalahan yang tidak dilihat oleh seseorang pun, adakah Allah s.w.t. akan tahu?

Justeru kedatangan ayat ini untuk memberi jawapan kepada pertanyaan anak tersebut (Imam Abi al-Firaj Jamal al-Din Abd al-Rahman bin Ali bin Muhammad Al-Jauzi, 1987). Luqman al-Hakim berkata kepada anaknya, wahai anakku, jika ada kebaikan, kejahatan, kezaliman dan kesalahan yang menyamai timbangan atau sama berat dengan biji sawi berada ditempat yang tersembunyi seperti di dalam batu atau tempat yang tinggi seperti langit atau tempat yang paling dalam seperti perut bumi nescaya Allah s.w.t. akan mendatangkannya pada hari akhirat nanti iaitu pada hari perhitungan

94

dan timbangan segala amalan.

Allah juga akan membalas segala kebaikan dan

keburukan tersebut (Wahbah al-Zuhaili, 1991) seperti dalam firman Allah s.w.t. ayat 47, surah al-Anbiya' :

Terjemahan : Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tidaklah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat sebiji sawi pasti Kami mendatangkan pahalanya. Dan cukuplah Kami sebagai Pembuat perhitungan.

Begitu juga dengan firman Allah s.w.t. ayat 7-8, surah al-Zilzilah.

Terjemahan : Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zahrahpun, nescaya ia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarahpun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula.

Ayat 16, surah Luqman juga merupakan ungkapan atau pendidikan terakhir Luqman al-Hakim kepada anaknya. Melalui ucapan ini terpancar cahaya keimanan di hati anaknya lantaran kehebatan dan kebesaran Allah s.w.t. yang menyebabkan anaknya mati dalam Islam dan shahid. Hal sedemikian juga pernah berlaku kepada nabi Ibrahim a.s. setiap kali baginda menunaikan solat. Baginda mendengar bunyi seperti air mengelegak atau mendidih di dalam dadanya yang diistilahkan sebagai Burhan al-

95

Sadri (Imam al-Shaykh Ahmad al-Sawi al-Maliki, t.th. dan Shaykh Ismail Haqqi alBurusawi. t. th.).

Pendidikan yang diberikan oleh Luqman al-Hakim berjaya membawa anaknya sehingga kepada peringkat al-Muqarabin iaitu orang-orang yang dekat dengan Tuhan. Peringkat ini sangat sukar dan tidak mampu dicapai oleh manusia biasa yang sangat lalai, lupa dan banyak melakukan perkara maksiat (Shaykh Ismail Haqqi al-Burusawi. t. th.)

5.3

ALLAH S.W.T. MAHA MENGETAHUI

Luqman al-Hakim mengakhiri nasihat beliau tentang kepercayaan kepada hari akhirat dan pembalasan tuhan dengan kekuasaan dan kebesaran ilmu Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. :

Terjemahan : Nescaya Allah s.w.t. akan mendatangkannya. Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui.

Dhamir ha'

(sesungguhnya) merujuk kepada perbuatan yang dilakukan oleh

seseorang sama ada baik atau jahat (Muhammad Sayyid Tantawi, 1985). Allah s.w.t. akan menghadirkan segala perbuatan tersebut dan membalas orang yang melakukannya (Imam Muhammmad bin Ali bin Muhammad al-Shaukani, 1993).

96

Segala perbuatan manusia tidak boleh disembunyikan bahkan ilmu Allah s.w.t. tetap mengetahui semua perkara tersembunyi (Imam Muhammmad bin Ali bin Muhammad al-Shaukani, 1993).

Allah s.w.t. akan mendatangkan segala perkara yang

tersembunyi dalam bentuk yang boleh dilihat oleh mata kasar (Muhammad al-Razi Fakhr Al-Din Ibn al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar, 1995).

Ayat Allah akan mendatangkannya (membalasnya). Ayat ini mempunyai tiga pendapat ulama iaitu : 1. Allah s.w.t. akan mengetahuinya. 2. Allah s.w.t. akan menzahirkannya. 3. Allah akan mendatangkannya pada hari akhirat kelak untuk diberi pembalasan (Imam Abi al-Firaj Jamal al-Din Abd al-Rahman bin Ali bin Muhammad Al-Jauzi, 1987).

Maksudnya ayat ini menjelaskan tentang ilmu Allah s.w.t. yang sangat luas iaitu ilmu tentang perkara ghaib dan perkara yang jelas serta mencakupi segala perbuatan hambanya. Allah s.w.t. juga berkuasa membalas segala perbuatan manusia pada hari akhirat kelak (Wahbah al-Zuhaili, 1991).

Sesungguhnya ilmu Allah s.w.t. maha halus dan dapat sampai kepada setiap sesuatu yang tersembunyi sekalipun sangat dalam, halus dan terlalu jauh. Ilmu Allah s.w.t. juga mampu mengetahui segala perbuatan manusia kerana Allah s.w.t. mengetahui perkara-perkara yang zahir dan batin (Wahbah al-Zuhaili,1991).

97

Di samping itu berat sebiji sawi yang kecil dan terlindung daripada pandangan mata manusia tidak terlepas daripada perhitungan Allah s.w.t. Sesungguhnya Allah s.w.t. maha halus tindakannya lagi maha melihat (Abd al-Munaim Ahmad Tuailab, 1995).

Luqman al-Hakim telah mendidik anaknya supaya mempercayai kewujudan hari akhirat iaitu tempat manusia akan menerima pembalasan di atas segala perbuatan mereka sama ada baik atau jahat. Setiap manusia tidak dapat melarikan diri daripada pembalasan Allah s.w.t. Justeru Luqman al-Hakim mengingatkan anaknya tentang kehalusan dan kesyumulan ilmu Allah s.w.t. Di samping itu beliau juga mendidik anaknya tentang kepercayaan kepada kekuasaan Allah s.w.t. yang sangat adil dan teliti.

Pendidikan Luqman al-Hakim mampu membina keyakinan yang teguh kepada Allah s.w.t.

Nasihat Luqman al-Hakim tentang kepercayaan kepada hari akhirat dan

pembalasan Allah s.w.t. merupakan ingatan dan ancaman yang sangat berkesan kepada pembentukan iman di hati. Nasihat beliau juga akan menimbulkan sifat berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk terutama perbuatan yang halus dan tersembunyi.

98

5.6 SURUHAN PELAKSANAAN SOLAT

Al-Quran terus menceritakan tentang nasihat Luqman al-Hakim kepada anaknya. Beliau menasihatkan anaknya agar memantapkan akidah yang telah wujud dalam jiwa melalui amalan tawajjuh kepada Allah s.w.t. dengan ibadat solat. Ibadat solat merupakan amalan paling mulia yang dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri kepada Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t.:

Terjemahan : Wahai anakku, dirikanlah solat.. Luqman al-Hakim menasihati anaknya supaya mengerjakan solat. Beliau berkata : Wahai anakku ! Apabila tiba waktu solat, janganlah engkau melengah-lengahkannya dengan perkara lain. Segeralah menunaikan solat dan beristirehatlah di dalamnya kerana solat itu adalah al-deen. Hendaklah engkau mengerjakan solat berjemaah walau dalam keadaan yang sukar (Abi al-Fadhil Shihab al-DinAl-Sayyid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi,1994).

Solat penting kerana pelaksanaan tauhid dan al-deen. Solat juga menyuruh beribadat kepada Allah s.w.t. dan tegahan menyembah berhala. Solat mesti mengikuti syariat agama iaitu menepati bilangan rakaat, fardhu dan waktu kerana solat merupakan tiang agama dan satu cara munajat kepada Allah s.w.t. (Wahbah al-Zuhaili, 1991 dan Syeikh Ahmad al-Showi al-Maliki, t.th.).

99

Solat perlu dilakukan dengan sempurna syarat, rukun dan dikerjakan dalam waktu yang telah ditetapkan Syarak. Solat juga merupakan tiang agama, petunjuk keimanan serta cara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Selain daripada itu, solat juga dapat membantu

menjauhkan

diri

daripada

kemungkaran

dan

sekaligus

dapat

membersihkan jiwa. Tujuan ibadat solat untuk memperbaiki nafsu iaitu tempat bermula segala kejahatan dan kubu hawa nafsu.

Nafsu yang jahat dan amalan

mungkar sangat dibenci oleh Allah s.w.t. (Shaykh Ismail Haqqi al-Burusawi, t. th.).

Solat merupakan lambang kesempurnaan ibadat yang diwajibkan ke atas setiap individu melalui perbuatan selepas menyempurnakan iman melalui jalan ilmu dan iktikad di dalam hati. Sesungguhnya larangan syirik seperti yang dijelaskan sebelum ini benar-benar menghimpunkan suruhan tauhid yang merupakan perkara awal yang diwajibkan ke atas manusia (Shaykh Ismail Haqqi al-Burusawi, t. th.).

Solat ialah nur atau cahaya dan berkat.

Solat menyinari hati yang kecil dan

melahirkan perkara-perkara yang tersembunyi. Justeru orang yang bersolat sentiasa berjalan di atas landasan cahaya dan makrifat (Muhammad Hussain, 1998) yang tidak mudah tergelincir ke lembah kesesatan.

Firman Allah s.w.t. ayat 45, surah al-

Ankabut :

Terjemahan : Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah s.w.t. (solat) adalah lebih besar (keutaannya dari ibadat-ibadat yang lain).

100

Solat perlu dilakukan dengan sempurna syarat, rukun dan dikerjakan dalam waktu yang telah ditetapkan Syarak. Solat juga merupakan tiang agama, petunjuk keimanan serta cara untuk mendekatkan diri kepada Allah. Selain daripada itu, solat juga dapat membantu

menjauhkan

diri

daripada

kemungkaran

dan

sekaligus

dapat

membersihkan jiwa. Tujuan ibadat solat untuk memperbaiki nafsu iaitu tempat bermula segala kejahatan dan kubu hawa nafsu.

Nafsu yang jahat dan amalan

mungkar sangat dibenci oleh Allah s.w.t. (Shaykh Ismail Haqqi al-Burusawi, t. th.).

Pendidikan solat kepada anak-anak juga ditekankan oleh nabi Ibrahim a.s. seperti yang tercatat dalam firman Allah s.w.t. ayat 40, surah Ibrahim :

Terjemahan : Ya Tuhanku! Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat.

Sesungguhnya Luqman al-Hakim mendidik anaknya agar menunaikan solat dengan sempurna. Perlaksanaan ibadat solat adalah lambang keperibadian seorang muslim sejati yang dapat menghubungkan antara makhluk dan penciptaNya tanpa sebarang perantaraan.

101

5.7 KESIMPULAN

Pendidikan awal Luqman al-Hakim kepada anaknya berkaitan tentang hubungan makhluk dengan Allah s.w.t. ialah menanamkan akidah tauhid dan menjauhi syirik. Pendidikan beliau yang serius berjaya mengembalikan akidah anak yang kufur kepada Islam. Luqman al-Hakim sentiasa mengulangi pendidikan tersebut sehingga sebati dengan jiwa anaknya dan mati dalam Islam.

Luqman al-Hakim juga menyediakan jalan kembali yang jelas iaitu taubat kepada Allah s.w.t. Kesalahan yang dilakukan oleh si anak sama ada sengaja atau tidak diingatkan beliau agar segera bertaubat kepada Allah s.w.t. Cara untuk bertaubat dijelaskan berdasarkan garis panduan syarak dan mengikuti amalan-amalan yang dilakukan oleh orang-orang saleh.

Luqman al-Hakim memantapkan akidah anaknya dengan kepercayaan kepada hari akhirat dan pembalasan Allah s.w.t.

Allah s.w.t. Maha mengetahui dan Maha

berkuasa untuk menghisab serta membalas segala perbuatan manusia dengan adil. Allah s.w.t. juga akan memberi ganjaran yang setimpal tanpa sebarang penganiayaan atau penipuan.

Kepercayaan kepada hari akhirat

menjadi

berhati-hati dalam setiap perbuatan.

peringatan

kepada

manusia

agar

Amalan manusia sama ada sama ada baik,

buruk, taat dan maksiat sekalipun sebesar zarah akan dihisab dan ditimbang

102

amalannya pada hari akhirat kelak. Allah s.w.t. juga akan membalas semua perbuatan manusia walaupun sebesar debu atau biji sawi. Hal ini demikian menjadikan hanya Allah s.w.t. sahaja sebagai tempat beribadat, memohon restu dan memenuhi segala harapan.

Seterusnya pendidikan solat diketengahkan Luqman al-Hakim kepada anaknya merupakan amalan anggota zahir yang dapat dilihat oleh mata kasar. Pendidikan solat

merupakan

satu

pendidikan

penting

melalui

anggota

zahir

untuk

menghubungkan hubungan manusia dengan Allah s.w.t.

Luqman al-Hakim menekankan pendidikan solat setelah beliau melaksanakan pendidikan iman melalui ilmu dan iktikad di hati.

Kombinasi antara ilmu dan amal

dalam pendidikan Luqman al-Hakim berjaya mendidik anak-anaknya menjadi insan yang bertaqwa kepada Allah s.w.t.

103

BAB VI HUBUNGAN DENGAN MANUSIA

6.0 PENDAHULUAN

Hubungan manusia sesama manusia penting berdasarkan nasihat Luqman al-Hakim. Beliau telah mengingatkan dan mendidik anaknya supaya berakhlak mulia terutama ketika menjalinkan hubungan dengan manusia. Kaedah pendidikan untuk berhubung sesama manusia yang dilaksanakan oleh Luqman al-Hakim mencakupi dua aspek utama iaitu

berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan berakhlak mulia kepada

masyarakat.

6.1 BERBUAT BAIK KEPADA KEDUA IBU BAPA

Pendidikan pertama yang ditekan Luqman al-Hakim dalam hubungan sesama manusia ialah berbuat baik kepada kedua ibu bapa seperti yang diperintahkan Allah s.w.t dalam ayat 14.

Terjemahan : Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada kedua-dua ibu bapanya…. Ayat di atas merupakan perintah daripada Allah s.w.t. kepada setiap anak supaya menunaikan kewajiban mereka kepada kedua ibu bapa. Perintah tersebut bersifat umum yang merangkumi perintah berbuat baik kepada ibu bapa yang Islam dan kafir

104

(Muhammad Ali al-Saiyyas, Abd al-Latif al-Subki dan Muhammad Ibrahim Muhammad Karsun, 1994). Walau apa agama sekalipun yang dianuti oleh para ibu bapa maka kewajiban dan tanggungjawab menunaikan hak mereka masih lagi dituntut oleh Islam.

Ulama berselisih pendapat sama ada ayat ini kata-kata Luqman al-Hakim atau kalam Allah s.w.t. (Mohammad bin Ali bin Mohammad al-Shaukani, 1993). Sekiranya kalam Allah s.w.t. yang mencelah nasihat Luqman al-Hakim ia bertujuan untuk menguatkan larangan di dalam ayat 13 iaitu syirik kepada Allah s.w.t. (Mohammad bin Ali bin Mohammad al-Shaukani, 1993 dan Imam Muhammad bin Ali bin Muhammad, 1993).

Walaupun begitu menurut al-Wasi ayat ini merupakan Kalam musta'nif iaitu ayat yang diturunkan bertujuan untuk mencelah ayat yang sebelumnya yang berkaitan dengan nasihat Luqman al-Hakim kepada anak-anaknya supaya jangan berlaku syirik kepada Allah s.w.t. sekalipun dengan ancaman yang berat.

Kehadiran ayat ini

sebagai ayat pemisah rangkaian nasihat Luqman al-Hakim semata-mata untuk memuji nasihat Luqman al-Hakim (Mohammad Sayyid Tantawi, 1985).

Kehadiran ayat ini juga merupakan satu pujian daripada Allah s.w.t. terhadap nasihat Luqman al-Hakim.

Ia merupakan satu pujian secara balaghah yang menepati

kedudukan yang sangat cantik (Muhammad Ali al-Saiyyas, Abd al-Latif al-Subki dan Muhammad Ibrahim Muhammad Karsun, 1994).

Pengiktirafan yang tertinggi

105

daripada Allah s.w.t. dan kekal sebagai satu kewajiban supaya semua manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa serta melakukan ihsan kepada mereka (Abd alMunaim Ahmad Tuailab, 1995).

Pengorbanan para ibu bapa yang sangat besar mendapat pengiktirafan daripada Allah s.w.t.. Para ibu bapa sentiasa sabar berhadapan dengan sebarang kesusahan semasa membesar dan mendidik anak-anak. Selain daripada itu, pengorbanan yang dilakukan mereka juga merupakan satu pengorbanan yang sangat ikhlas. Justeru Luqman al-Hakim berpesan kepada anaknya dengan gaya bahasa yang simbolik tentang teguran ibu bapa kepada anak-anak. Beliau berkata: Wahai anakku! seandainya ibu bapamu marah kerana kesilapan yang dilakukan, maka marahnya bagaikan baja bagi tanaman (Imam Jalal al-Din Abd al-Rahman bin Abi Bakr al-Sayuti, 2000).

Pengiktirafan Allah s.w.t. terhadap pengorbanan para ibu bapa terbukti melalui ayat-ayat al-Quran yang menekankan perintah berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Hal ini demikian dapat dilihat dalam ayat-ayat al-Quran yang mengaitkan perintah berbakti atau berbuat baik kepada kedua ibu bapa dengan ibadah tauhid kepadaNya seperti yang tercatat dalam surah An-Nisa' ayat 36.

Terjemahan :

106

Sembahlah Allah s.w.t. dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya. Begitu juga dengan ayat 8, surah al-Ankabut,

Terjemahan : Dan Kami wajibkan kepada manusia (berbuat) kebaikan kepada kedua ibu bapanya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Surah al-Isra' ayat 23-24.

Terjemahan : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa kamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang antara kedua-dua atau kedua-duanya sampai lanjut usia dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Surah al-An'aam, ayat 151.

107

Terjemahan : Katakanlah : Mari kubacakan apa yang diharamkan ke atas kamu oleh Allah s.w.t. iaitu : janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengan Dia, berbuat baiklah terhadap kedua ibu bapa dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut kemiskinan. Surah al-Baqarah, ayat 83.

Terjemahan : Dan ingatlah ketika Kami mengambil janji daripada Bani Israil iaitu : Janganlah kamu menyembah selain daripada Allah s.w.t. dan berbuat baiklah kepada ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim dan orang-orang miskin serta ucapkan kata-kata yang baik kepada manusia. Imam al-Ghazali berpendapat sekiranya Alllah s.w.t. tidak menyebut di dalam kitabNya tentang kewajiban menghormati kedua ibu bapa. Penghormatan tersebut boleh diketahui dengan akal fikiran bahawa ia adalah satu kewajiban.

Perintah

berbuat baik ini termaktub dalam kitab besar seperti Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran dan diwahyukan kepada seluruh para nabi. Allah s.w.t. juga mengakui keredaan ibu bapa berada di dalam keredaan Allah s.w.t. manakala kemarahan ibu bapa berada di dalam kemarahan Tuhan (Nasr bin Muhammad Ibrahim al-Samarqandi, 1990).

Berbuat baik kepada kedua ibu bapa mencakupi 3 aspek penting iaitu : 1. Perbuatan. 2. Sikap. 3. Ucapan (Mohammad Nur bin Abd al-Hafit Saudid, 1998).

108

Justeru taat dan patuh kepada kedua orang tua merupakan salah satu kewajiban utama dalam taqarrub kepada Allah s.w.t. manakala durhaka kepada keduanya termasuk dalam golongan dosa besar. Berbuat baik kepada ibu bapa meninggalkan kesan yang sangat besar dalam kehidupan di dunia dan akhirat (Mohammad Nur bin Abd al-Hafit Saudid, 1998).

Kasih sayang anak dapat dilihat melalui pengorbanan yang ditunjukkan kepada kedua ibu bapa terutama ketika mereka sudah lanjut usia. Anak-anak yang baik akan sentiasa berusaha melakukan perkara-perkara yang direstui dan membahagiakan hati ibu bapa. Mereka tidak akan membiarkan kedua ibu bapa yang dikasihi berada dalam kesusahan dan penderitaan. Selain daripada itu mereka sentiasa berdoa agar kedua ibu bapa dirahmati Allah s.w.t. dunia dan akhirat seperti dalam firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Isra' ayat 23-24.

Terjemahan : Tuhanku, kasihanilah keduanya seperti keduanya telah mendidik aku di waktu kecil. Tugas mendidik anak-anak supaya berbuat baik kepada ibu bapa merupakan satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh setiap ibu bapa. Kewajiban mereka mendidik anak-anak supaya menghormati, menghargai dan mematuhi arahan seperti yang dikehendaki Islam. Kegagalan anak-anak menghormati ibu bapa mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan usaha pendidikan ini.

109

6.1.1 KEUTAMAAN KETAATAN KEPADA IBU BERBANDING BAPA

Allah s.w.t memberi peringatan di dalam ayat ini supaya anak-anak mengenangkan pengorbanan seorang ibu yang dibebani dengan pelbagai kesusahan sewaktu mengandung dan menyusu anak ketika kecil.

Terjemahan : Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun.

Seorang ibu mengandung anak di dalam kandungan yang semakin hari kandungan menjadi semakin besar dan berat menyebabkan ibu semakin lemah. Menurut Imam al-Shaukani : sesetengah ulamak berpendapat perempuan dijadikan dalam bentuk kejadian yang lemah kemudian ditambah pula dengan beban kehamilan (Mohammad bin Ali bin Mohammad al-Shaukani, 1993).

Maksud ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah lemah ialah lemah semasa mengandung dan kesakitan semasa melahirkan anak (Jalal al-Din Muhammad bin Ahmad al-Mahalli dan Jalal al-Din Abd al-Rahman bin Abi Bakr al-Sayuti, 1996).

Setiap hari

ibu mengandung memikul kepenatan yang

semakin bertambah disebabkan pertambahan berat badan akibat pembesaran janin di dalam kandungan.

Hal ini demikian menjadikan seseorang ibu semakin lemah

(Mohammad Sayyid Tantawi, 1985). Para ibu ditambah pula dengan beban

110

penyusuan setelah menanggung beban kehamilan (Imam Abi al-Firaj Jamal al-Din Abd al-Rahman bin Ali bin Muhammad al-Jauzi al-Qursha al-Baghdadi, 1987). Demikianlah pendapat ulama

tentang maksud dalam keadaan lemah yang

bertambah-tambah.

Ayat seterusnya menjelaskan tentang pengorbanan ibu yang menyusukan anak. Terjemahan ayat : Dan menyusukan selama dua tahun. Allah s.w.t. menetapkan jangka masa penyusuan selama 2 tahun kerana keperluan semulajadi ( Mohammad Nor bin Abd al-Hafit Suwaid, 1998). Menurut al-Shaukani jangka masa penyusuan selama dua tahun dikhususkan kepada tanggungjawab ibu (Mohammad bin Ali bin Mohammad al-Shaukani, 1993).

Penyususuan merupakan keperluan asasi kepada anak-anak yang baru lahir sehingga mampu meninggalkan kesan yang cukup besar kepada anak. Lantaran Allah s.w.t. mengiktiraf penyusuan sebagai hukum syarak ( Mohammad Nor bin Abd al-Hafit Suwaid, 1998). Firman Allah s.w.t. ayat 23, surah al-Nisa',

111

Terjemahan : Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibu kamu, anak-anak kamu yang perempuan, saudara-saudara kamu yang perempuan, saudara-saudara bapa kamu yang perempuan, saudara-saudara ibu kamu yang perempuan, anak-anakperempuan dari saudar-saudara kamu yang laki-laki, anak-anak perempuan dari saudara-saudara kamu yang perempuan, ibu-ibu yang menyusui kamu, saudara perempuan yang sepersusuan, ibu-ibu isteri kamu (mentua) anak-anak isteri kamu dalam peliharaan kamu…………..

Islam mengikat hubungan antara lelaki dengan wanita melalui ikatan perkahwinan dan

dihimpunkan

di

dalam

sebuah

keluarga.

Masing-masing

memikul

tanggungjawab untuk membentuk ahli keluarga yang saleh dalam membina masyarakat yang baik dan terhormat. Justeru dipertanggungjawabkan kewajiban bagi tiap-tiap pasangan, suami memberi nafkah manakala isteri menunaikan tugas penyususan ( Mohammad Nor bin Abd al-Hafit Suwaid, 1998).

Perintah di dalam ayat di atas selari dengan ayat al-Quran yang menjelaskan tentang kewajiban seorang ibu menyempurnakan proses penyusuan selama dua tahun seperti yang termaktub dalam surah al-Baqarah, ayat 233,

Terjemahan : Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Al-Quran juga turut mengakui tentang kesusahan seseorang ibu menempuh kehamilan, kesakitan ketika melahirkan, kesusahan semasa menyusu dan menjaga anak kecil meliputi selama lebih kurang 30 bulan berdasarkan surah al-Ahqaf, ayat 15.

112

Terjemahan : Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya pula dengan bersusah payah, sedangkan tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susu ialah dalam masa tiga puluh bulan. Sesungguhnya Islam menghargai pengorbanan dan kepayahan ibu bapa dalam membesar dan mendidik anak-anak mereka. Berbuat baik dan taat kepada ibu lebih utama (Shamsuddin Abi Abdullah Muhammad bin Muflih al-Muqaddasi al-Hanbali, 1996).

6.1.2 KETAATAN KEPADA IBU BAPA KETAATAN KEPADA ALLAH S.W.T.

MESTI

BERLANDASKAN

Ketaatan kepada kedua ibu bapa sangat dituntut oleh Islam sekiranya suruhan tersebut tidak bercanggah dengan hukum dan perintah Allah s.w.t. seperti Ayat 15,

Terjemahan : Dan jika keduanya memaksa kamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuan kamu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya Allah s.w.t telah menjelaskan dengan cukup jelas tentang pengorbanan seorang ibu seperti yang dihuraikan dalam ayat sebelum ini. Sekalipun besar pengorbanan para ibu kepada seorang anaknya dan kewajiban anak mentaati kedua mereka namun ketaatan tersebut mesti berlandaskan hukum syarak. Allah s.w.t. memerintahkan

113

supaya tidak mentaati kepada makhluk sekalipun ibu bapa sekiranya perintah mereka bertentangan dengan perintah Allah s.w.t. Keengganan mentaati perintah yang bertentangan dengan perintah Allah s.w.t. tidak dianggap suatu dosa atau kesalahan di sisi Allah s.w.t. (al-Sayuti, 2000).

Selain daripada itu, perintah yang terkandung di dalam ayat ini merupakan lanjutan kepada gandingan padu antara perintah berbuat baik kepada ibu bapa dan larangan syirik kepada Allah s.w.t. Perintah berbuat baik kepada ibu bapa akan terbatal jika bertentangan dengan hukum syarak.

Tidak boleh taat kepada makhluk tentang

perkara-perkara maksiat (Wahbah al-Zuhaili, Muhammad Adnan Salim, Muhammad Bisami Rushdi al-Zain dan Muhammad Wahbi Sulaiman, 2002).

Walau bagaimanapun, kedatangan ayat ini mempunyai sejarah asbabul nuzul. Ia diturun kepada Saad bin Abi Waqqas salah seorang sahabat nabi s.a.w. yang terkenal sewaktu beliau mula memeluk Islam. Ibunya bernama Haminah binti Abi Suffian bin Umaiyyah menentang keras terhadap keislaman beliau (Muhammad Mahmud Hijazi, 1992 dan Wahbah al-Zuhaili, 1991). Justeru ayat ini diturunkan sama seperti yang tercatat di dalam ayat 8, surah al-Ankabut.

114

Terjemahan : Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Dan jika keduanya memaksa kamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuan Kamu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada Akulah kembali kamu, Aku akan khabarkan kepada kamu tentang apa yang telah kamu kerjakan.

Saad bin Abi Waqqas berkata : Ayat tersebut diturunkan untuk aku. Aku sangat mencintai dan berbakti kepada ibuku. Ketika aku memeluk Islam ibuku menegur : Hai Saad! Apa yang terjadi kepada diri kamu? Kamu mesti keluar daripada agama baru kamu ini. Jika tidak ibu akan mogok makan dan minum sehingga mati. Biarlah engkau dicemoh orang kerana mendurhakai dan menyakiti hati ibu sendiri. Orang akan memanggil kamu dengan panggilan : Hai si pembunuh ibunya!

Segera aku menjawab kepada ibu dengan berkata : Wahai ibu! Jangan lakukan perbuatan tersebut. Sia-sia sahaja semua ancaman ibu, aku tidak akan meninggalkan agama yang benar ini walau apa alasan sekalipun…. Selama sehari semalam aku tinggal bersama ibuku. Ternyata ibuku benar-benar membuktikan kata-kata yang telah diucapkan kepadaku.

Keadaan semakin genting apabila ibuku masih bertegas dengan pendiriannya. Lalu aku mempertahankan keyakinan aku terhadap Islam dan berkata kepada ibuku : Ketahuilah wahai ibu, Demi Allah jika ibu mempunyai seratus nyawa lalu nyawa tersebut keluar satu persatu dari tubuh ibu nescaya aku tidak akan meninggalkan agama ini, walau apa sekalipun terjadi.

Aku tidak akan peduli dengan segala

115

ancaman ibu.

Setelah ibuku menyaksikan ketegasan dan keteguhan sikap aku,

barulah beliau mahu makan. Lalu turunlah ayat ini (al-Sayuti, 2000). Sikap seperti ini mesti dicontohi oleh setiap orang Islam agar teguh dengan pegangan agama yang benar.

Allah s.w.t. menyuruh setiap manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapa dalam mentaati segala suruhan mereka yang baik sahaja (Mohammad Sayyid Tantawi, 1985). Tidak boleh taat kepada kedua ibu bapa dalam berbuat maksiat kepada Allah s.w.t, terutama menyekutukan atau syirik kepada Allah s.w.t. kerana redha kepada kekufuran dan perkara-perkara maksiat adalah kufur dan ingkar di sisi Allah s.w.t. (Shamsuddin Abi Abdullah Muhammad bin Muflih al-Muqaddasi al-Hanbali, 1996).

Islam melarang anak-anak mentaati perintah ibu bapa yang bertentangan dengan hukum syarak sekalipun amalan tersebut disuruh dan satu amalan rutin seharian para ibu bapa seperti yang berlaku di dalam sejarah Nabi Ibrahim a.s. Bapa baginda bekerja sebagai tukang membuat patung berhala yang disembah oleh kaumnya. AlQuran mencatat kisah tersebut di dalam surah Al-Anbiya', ayat 52-54,

Terjemahan : Ingatlah ketika Ibrahim berkata kepada bapa dan kaumnya : Patung-patung apakah yang kamu tekun beribadat kepadanya? Mereka menjawab : Kami mendapati bapa-bapa kami mnyembahnya. Ibrahim berkata : Sesungguhnya kamu dan bapa-bapa kamu berada di dalam kesesatan yang nyata.

116

Sekalipun tanggungjawab dan pengorbanan ibu bapa sangat besar kepada seorang anak sehingga ayat yang berkaitan dengan perintah mentaati kedua ibu bapa digandingkan bersama larangan syirik kepada Allah s.w.t. Namun segala amalan yang bertentangan dengan hukum Allah s.w.t. dan tidak pernah dilakukan rasulnya maka perbuatan tersebut mesti dijauhi oleh seseorang anak. Hal ini tercatat di dalam firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Maidah ayat104,

Terjemahan : Apabila dikatakan kepada mereka : Marilah mengikuti apa yang diturunkan Allah dan mengikuti rasul. Mereka menjawab : Cukuplah untuk kami apa yang kami dapati bapa-bapa kami mengerjakannya.

6.1.3

HUKUM MENGHORMATI IBU BAPA KAFIR

Ayat ini menjelaskan tentang kewajiban anak-anak yang beragama Islam menunaikan kewajiban kepada ibu bapa yang kafir seperti menghormati, bergaul mesra, menjalinkan silatulrahim dan menafkahkan rezeki kepada mereka. Firman Allah s.w.t.

Terjemahan : pergaulilah keduanya di dunia dengan baik.

117

Pergaulilah di dalam ayat di atas ialah berbuat baik dan mengekalkan silatul rahim (Jalal al-Din Muhammad bin Ahmad al-Mahalli dan Jalal al-Din Abd al-Rahman bin Abi Bakr al-Sayuti, 1996).

Luqman al-Hakim juga melaksanakan perintah Allah s.w.t dalam pendidikan anakanaknya berdasarkan kepada ayat ini seperti yang dijelaskan oleh Imam al-Qushairi. Menurut beliau anak dan isteri Luqman al-Hakim adalah kafir. Oleh itu, Luqman al-Hakim tidak pernah berputus asa malah sentiasa

mendidik

dan

menasihati

kedua-duanya sehingga kembali kepada Islam. Setelah anak dan isteri beliau kembali kepada Islam, Luqman al-Hakim tetap mengawasi mereka agar kekal di dalam Islam (Mohammad bin Ali bin Mohammad al-Shaukani, 1993).

Suhaili berkata anak Luqman al-Hakim bernama Tharan pada pendapat Ibn Jarir dan al-Qurtubi. Manakala Kalabi pula berpendapat anak Luqman al-Hakim bernama Mushkam, al-Niqash dan An'am (Mohammad bin Ali bin Mohammad al-Shaukani, 1993 dan Abi Muhammad Husini bin Mas’ud al-Fira’ al-Baghawi al-Shafie, 1993).

Imam al-Jauzi menjelaskan maksud berhubunglah dengan keduanya ialah menjalinkan silatul rahim dengan kedua ibu bapa kafir (Imam Abi al-Firaj Jamal al-Din Abd al-Rahman bin Ali bin Muhammad al-Jauzi al-Qursha al-Baghdadi, 1987).

118

Imam al-Jauzi juga berpendapat perkataan makruf di dalam ayat tersebut ialah memperelokkan hubungan dari aspek perbuatan (Imam Abi al-Firaj Jamal al-Din Abd al-Rahman bin Ali bin Muhammad al-Jauzi al-Qursha al-Baghdadi, 1987).

Setiap orang Islam yang beriman diperintah supaya bergaul secara baik dengan ibu bapa yang bukan Islam seperti bertolak ansur dan bersikap terbuka di dalam pergaulan tetapi tidak mentaati atau melakukan perkara-perkara syirik kepada Allah s.w.t. (Abu Syakir, 1996). Kesalahan syirik merupakan dosa yang paling besar dan tidak diampunkan Allah s.w.t. Firman Allah ayat 48, surah al-Nissa' :

Terjemahan : Sesungguhnya Allah tidak mengampuni dosa syirik dan dia mengampuni segala dosa yang selain daripada itu……

Hak-hak kedua ibu bapa mesti ditunaikan sekalipun berlainan agama. Asma' Abu Bakar as-Siddiq r.a berkata : Ibuku datang ke rumah, sedangkan ia seorang musyrik. Lalu aku menemui Rasulullah s.a.w. untuk bertanyakan tentang hal ibu aku. Aku berkata : Ya, Rasulullah ibuku yang kafir datang mengharapkan bakti kewajibanku sebagai puterinya. Apakah aku boleh menerima dan berhubung baik dengan beliau? Rasulullah s.a.w. bersabda : Ya, peliharalah hubungan baiknya. Lalu Allah s.w.t. menerangkan di dalam ayat 8, surah mumtahanah (Mohammad Sayyid Tantawi, 1985). Firman Allah s.w.t.

119

Terjemahan : Allah s.w.t. tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama dan tidak pula mengusir kamu dari negeri kamu….. Tanggungjawab anak terhadap ibu bapa yang kafir tidak boleh diabaikan. Anak-anak wajib memberi perbelanjaan berbentuk harta kepada ibu bapa jika mereka miskin, lemah lembut di dalam percakapan dan berdoa agar mereka menerima Islam (Abd alMun'ain Ahmad Tu'ailab, 1995). Anak-anak perlu memikir dan mengenangkan jasa dan pengorbanan mereka sebagai ibu bapa.

Allah s.w.t. juga tidak menghalang

manusia berbuat baik kepada orang kafir yang menghormati dan mencintai kehidupan yang harmoni.

6.1.4 KONSEP SYUKUR Ayat seterusnya menekan konsep syukur kepada Allah s.w.t. dan kedua ibu bapa. Firman Allah s.w.t.

Terjemahan : Bersyukurlah kepada Aku dan kedua ibu bapa kamu.

Syukur di dalam ayat ini mengaitkan hubungan syukur kepada Allah s.w.t. dan ibu bapa.

Ikatan kedua-dua syukur iaitu syukur kepada Allah s.w.t. dan ibu bapa

merupakan dalil atau petunjuk bahawa menunaikan hak-hak kedua ibu bapa sangat besar (Wahbah al-Zuhaili, 2002).

Tanggungjawab kepada kedua ibu bapa sama

120

penting dengan tanggungjawab kepada Allah s.w.t. (Mohammad bin Ali bin Mohammad al-Shaukani, 1993).

Allah s.w.t. memerintah setiap orang anak supaya bersyukur kepada Allah s.w.t. dan kedua ibu bapa. Perintah bersyukurlah kepadaKu (Allah s.w.t.) kerana Allah s.w.t. tempat keluar segala nikmat atau pemberi nikmat manakala kedua ibu bapa pula merupakan sebab kelahiran seseorang anak dan memberi didikan yang sempurna (Wahbah al-Zuhaili, 2002).

Ulama tafsir juga berselisih pendapat tentang konsep syukur kepada ibu bapa dengan konsep syukur kepada Allah s.w.t.

Syukur kepada ibu bapa bermaksud

tanggungjawab besar yang dipikul oleh setiap orang anak terhadap ibu bapa mereka (Imam Muhammad bin Ali bin Muhammad Al-Shaukani, 1993). Manakala syukur kepada Allah s.w.t. kerana diberikan hikmah yang mencakupi pelbagai cara sama ada ilham, wahyu atau pengajaran dan pembelajaran (Abd al-Mun'in Ahmad Tuailab, 1990).

Kedua-dua perintah ini bergandingan sangat rapat. Selain daripada itu, gandingan ayat ini juga menunjukkan Allah s.w.t. memuliakan pendidikan Luqman tentang kebesaran Allah s.w.t. iaitu berkaitan larangan syirik. Justeru ayat bersyukurlah kamu kepadaKu dan kedua ibu bapa kamu menjelaskan tentang hubungan antara larangan syirik dan berbuat baik kepada ibu bapa di dalam wasiat Luqman al-Hakim (Tafsir Ayat Ahkam, 1994).

121

Terdapat 3 ayat yang diturunkan Allah s.w.t. mempunyai ikatan yang tidak boleh dipisahkan antara satu dengan lain.

Allah s.w.t. tidak terima amalan tersebut

sekiranya tidak ditunaikan serentak kedua-dua sekali iaitu fardhu solat dan zakat, firman Allah s.w.t. ayat , surah.

Terjemahan : Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat… Sesiapa yang solat tetapi tidak mengeluarkan zakat maka solatnya tidak diterima Allah s.w.t. Kedua ialah taat kepada Allah s.w.t. dengan mentaati Rasulullah s.a.w. seperti di dalam firman Allah s.w.t. ayat, surah.

Terjemahan : Taatlah kamu kepada Allah dan rasulnya… Sesiapa yang mentaati Allah s.w.t. tetapi tidak mentaati Rasulullah s.a.w. maka ketaatan tersebut tertolak di sisi Allah s.w.t.

Ketiga ialah bersyukur kepada Allah

s.w.t. hanya akan diterima setelah terlebih dahulu bersyukur kepada kedua ibu bapa. Firman Alllah s.w.t. ayat 14, surah Luqman.

Terjemahan : Bersyukurlah kamu kepada aku dan kedua ibu bapa kamu… Justeru sesiapa yang bersyukur kepada Allah s.w.t. tetapi tidak bersyukur kepada kedua ibu bapa tidak diterima kesyukuran tersebut (Imam al-Ghazali, 1968 dan Nasr bin Muhammad Ibrahim al-Samarqandi, 1990).

122

6.2 ADAB KEMASYARKATAN

Hubungan sesama manusia yang kedua ialah kemasyarakatan. Luqman al-Hakim membekalkan anaknya dengan adab sopan yang baik sebelum dilepaskan berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Kewajiban bapa kepada anaknya tiga perkara iaitu : 1.

Memilih ibu (calon isteri) yang baik.

2.

Memberi nama yang baik.

3.

Memberi pendidikan adab.

Justeru pendidikan adab kepada anak-anak merupakan tanggungjawab yang diwajibkan di atas bahu bapanya (Shaykh Mohammad Taqi Falsafi dan Fadzil al-Husaini al-Mailani, 1992).

Pendidikan ilmu dan adab sangat penting pada pandangan Islam. Abu Zakaria al-Anbazi berkata : Ilmu tanpa adab seperti api tanpa kayu. Adab tanpa ilmu seperti ruh tanpa jasad (Mohammad Nur bin Abd al-Hafiz Suwaid, 1998). kebijaksanaan

Justeru

Luqman al-Hakim terserlah apabila beliau berjaya mendidik

anak-anaknya dengan ilmu dan adab secara serentak sehingga kombinasi antara kedua-duanya bersepadu serta seimbang.

Luqman al-Hakim berkata kepada anaknya : Jika kamu sedang menunaikan solat maka jagalah hati kamu.

Jika kamu dijemput ke majlis makan maka jagalah

tingkahlaku kamu. Jika kamu di rumah orang maka jagalah pandangan mata. Jika

123

bersama manusia ramai maka jagalah lidah kamu. Hanyan dua perkara perlu kamu ingat dan dilupai. Dua perkara yang perlu kamu ingat ialah Allah s.w.t. dan maut. Dua perkara yang mesti kamu lupai ialah kebaikan yang kamu lakukan kepada manusia lain dan kejahatan orang lain terhadap kamu (Muhammad al-Amin bin Abd Allah al-Urammi al-Alawiyyi al-Harari al-Shafie, 2001).

Luqman al-Hakim juga sentiasa memperingati anaknya agar mengambil berat dengan pendidikan ilmu kerana hanya dengan ilmu pengetahuan dapat meninggikan martabat seseorang. Beliau berkata: Wahai anak kesayanganku! Hendaklah engkau sentiasa menghadiri majlis ulama dan mendengar hujah para hukamak. Sesungguhnya Allah s.w.t. menghidupkan hati yang mati dengan nur hikmah (Mohammad Nur bin Abd alHafiz Suwaid, 1998).

Ilmu dan akhlak merupakan dua aset penting yang dititikberatkan oleh Luqman alHakim sebelum beliau melepaskan anaknya mengharungi kehidupan bermasyarakat. Hubungan sesama manusia yang ditunjukkan oleh Luqman al-Hakim kepada anaknya melalui adab bermasyrakat mencakupi beberapa aspek seperti berikut :

6.3

AMAR MAKRUF DAN NAHYI MUNGKAR

Pendidikan Luqman al-Hakim seterusnya menitikberatkan tanggungjawab seorang muslim kepada diri sendiri dan masyarakat iaitu amr ma’ruf dan nahyi mungkar seperti yang dinyatakan dalam ayat 17, surah Luqman.

124

Terjemahan : Dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) daripada perbuatan yang mungkar.

Amar makruf dan nahyi mungkar merupakan perintah Allah yang wajib dilaksanakan (Abi Muhammad Husaini bin Mas'ud al-Farra' Al-Bagwi al-Shafie, 1993) yang mampu menentukan kualiti terbaik seseorang muslim seperti firman Allah s.w.t. ayat 110, surah Ali Imran,:

Terjemahan : Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman tentulah itu lebih baik bagi mereka. Antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik.

Ulama berselisih pendapat tentang maksud dan kehendak amar makruf dan nahyi mungkar. Amar Makruf ialah mengajak manusia supaya menyembah Allah, manakala nahyi mungkar pula ialah mencegah manusia daripada menyembah berhala (Shaykh Hud bin Muhakkam al-Hijri, 1990).

Amar makruf ialah menyuruh diri sendiri dan orang lain mengerjakan apa yang diperintahkan syarak yang sesuai dengan pertimbangan akal pemikiran seperti berakhlak mulia, memperelokan tingkahlaku, mendidik diri sendiri dengan mengajak

125

orang lain kepada kemajuan dan ketinggian tamadun (Muhammad Sayyid Tantawi, 1985).

Imam al-Syairazi (m.1193M) pula mentakrifkan pengertian amar makruf dan nahyi mungkar dengan maksud menyuruh kepada kebaikan dan mencegah perkara maksiat dan perbuatan yang buruk serta memperbaiki kehidupan masyarakat (Muhammad Sayyid Tantawi, 1985).

Menurut Imam Syeikh Ismail Haqqi al-Barusawi(t.t), amar makruf ialah mengajak manusia melakukan kebaikan, iaitu perkara yang boleh mendekatkan manusia dengan Allah s.w.t., manakala nahyi mungkar pula ialah mencegah manusia dari melakukan perkara-perkara keji, yang boleh melalaikan manusia daripada mengingati Allah s.w.t. Setelah Luqman al-Hakim mendidik anaknya dengan perintah solat untuk kesempurnaan peribadi maka seterusnya beliau menyuruh anaknya melaksanakan amar makruf dan nahyi mungkar untuk menyempurnakan orang lain (al-Qadi Nasiruddin Abi Said, 1988).

Orang yang sentiasa mengajak orang lain kepada

kebaikan seolah-olah dirinya sendiri yang melakukan kebaikan. Nahyi mungkar pula perlu dilakukan sekadar terdaya, samada dengan tangan, lidah atau hati (Syeikh Ahmad Showi al-Maliki, t.t.).

Luqman al-Hakim menyediakan keperibadian seorang pemimpin kepada anaknya untuk berhadapan dengan masyarakat. Hal ini terungkap di dalam kisah pendidikan beliau. Luqman ditanya anaknya : Siapakah sejahat-jahat manusia? Beliau berkata :

126

Orang yang tidak memperdulikan manusia sekeliling mengatakan bahawa ia seorang yang jahat (Jalal al-Din Muhammad bin Ahmad al-Mahalli dan

Jalal al-Din Abd

al-Rahman bin Abi Bakr al-Sayuti, 1996). Orang yang tidak memperdulikan nasihat, kritikan dan pandangan orang lain terhadap dirinya malah tetap kekal dengan perkara mungkar, maka orang tersebut merupakan orang yang sangat jahat pada pandangan Luqman al-Hakim.

Selain daripada itu, Amr ma’ruf dan nahyi mungkar juga bermaksud mengawal-selia aktiviti umat Islam dalam setiap aspek kehidupan.

Had sempadan pengawalan

tersebut ialah mempastikan umat Islam melakukan kebaikan

dan mencegah

kemungkaran berdasarkan garis paduan yang telah ditetapkan syarak. Luqman al-Hakim telah mendidik anaknya untuk melaksanakan tanggungjawab terhadap masyarakat dengan sempurna setelah melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah iaitu solat (Syed Qutb, 1991).

6.4 KONSEP SABAR

Luqman al-Hakim memberi pendidikan tentang sabar kepada anaknya setelah beliau selesai melaksanakan perintah pendidikan solat dan melaksanakan amar makruf dan nahyi mungkar. Sabar di atas segala kesusahan, kepayahan dan perkara-perkara yang berkaitan degan ketuhanan. Perlaksanaan amar makruf dan nahyi mungkar pada kebiasaannya akan berhadapan dengan pelbagai kesusahan dan sangat menyakitkan hati.

Oleh itu seseorang itu sangat dituntut supaya bersabar (Wahbah al-Zuhaili,

127

1991 dan Muhammad al-Razi Fakhr Al-Din Ibn al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar, 1995). Firman Allah s.w.t. ayat 17, surah Luqman :

Terjemahan : Bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu Luqman al-Hakim memulakan pendidikan dengan wasiat mendirikan solat dan diakhiri dengan perintah supaya sabar kerana tiang pertolongan daripada keredaan Allah s.w.t. ialah sabar (Muhammad al-Amin bin Abd Allah al-Urrami al-Alawiyyi al-Harari al-Shafie 2001)

Wahbah al-Zuhaili pula berpendapat nasihat Luqman al-Hakim dimulai dengan solat kerana solat merupakan tiang agama dan diakhiri dengan konsep sabar kerana sabar adalah asas yang tetap untuk melaksanakan segala ketaatan dan tiang keredaan Allah s.w.t. (Wahbah al-Zuhaili, 1991) firman Allah s.w.t. ayat 45, surah al-Baqarah :

Terjemahan : Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolong kamu. Sesungguhnya yang demikian itu sangat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. Maksud sabar di dalam ayat di atas ialah bersabar ke atas segala kesusahan kerana hidup di dunia penuh dengan kepedihan dan kepayahan. Manakala kerehatan itu hanya ada di dalam syurga sahaja (Muhammad Sayyid Tantawi, 1985).

128

Sifat sabar yang dianjurkan oleh Luqman al-Hakim termasuklah sabar ketika diuji Allah s.w.t. dengan ketakutan terhadap musuh, kelaparan kerana ketiadaan makanan, kehilangan harta benda dan nyawa seperti kemusnahan ladang pertanian kematian ahli keluarga.

dan

Hanya orang yang sabar sahaja akan mendapat rahmat

daripada tuhannya (Shaykh Ismail Haqqi al-Burusawi. t. th.)

Sabar hanya diperolehi hasil daripada pendidikan ilmu dan makrifat. Hasil sifat sabar berjaya membentuk tatasusila yang tinggi dan akhlak yang teguh. Sabar merupakan sifat orang beriman. Justeru orang yang sabar ialah mereka yang bersabar ketika kesusahan dan bersyukur di atas perkara-perkara kenikmatan. Sesungguhnya sabar dalam bala sangat sukar kepada setiap orang (Hassan Sharqawi, 1983).

Ayat seterusnya menegaskan tentang perintah mendirikan solat, perlaksanaan amar makruf dan nahyi mungkar dan kepentingan konsep sabar termasuk dalam kategori akhlak yang mulia (Imam Muhammad bin Ali bin Muhammad al-Shaukani, 1993) dan perintah yang diwajibkan Allah s.w.t. kepada setiap umat Islam (Shaykh Ismail Haqqi alBurusawi, t. th.).

Semua perkara tersebut memerlukan keazaman yang sangat tinggi,

firman Allah s.w.t. ayat 17, surah Luqman :

Terjemahan : Sesungguhnya diwajibkan.

yang

demikian

itu

termasuk

hal-hal

yang

129

Ujian Tuhan terhadap manusia semasa di dunia sangat berat dan mesti ditempuhi dengan sabar kerana ia termasuk urusan yang mesti diutamakan seperti yang ditegaskan Allah s.w.t. dalam ayat 186, surah Ali Imran :

Terjemahan : Kamu sesungguhnya akan diuji terhadap harta kamu dan diri kamu. Dan kamu sesungguhnya akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah, gangguan yang banyak dan menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan. Sesungguhnya pelaksanaan perintah solat, menunaikan amar makruf dan nahyi mungkar dan bersabar di dalam kesusuhan termasuk perkara-perkara

sukar.

Seseorang yang melaksanakan perintah tersebut memerlukan keazaman serta ketabahan hati yang kental. Hal ini diingatkan oleh Luqman al-Hakim agar anaknya tidak mudah patah hati atau kecewa sewaktu menunaikan perintah tersebut.

6.5 SIFAT SOMBONG DAN TAKBUR

Luqman al-Hakim memberi alasan dan peringatan kepada anaknya agar berhati-hati dengan sifat sombong kerana sikap tersebut akan mengundang kemurkaan Allahs.w.t., firman Allah s.w.t. ayat 18, surah Luqman :

130

Terjemahan : Sesungguhnya Allah tidak sukakan sekelian orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.

Perkataan Mukhtal disifatkan kepada orang yang berjalan dengan gaya sombong dan takbur termasuklah gaya berjalan yang melenggang-lenggok kerana kegembiraan mendapat nikmat yang banyak. Manakala fakhur bermaksud orang yang selalu memuji-muji diri sendiri dan menghina orang lain yang tidak sama seperti dirinya (Wahbah al-Zuhaili, 1991).

Perkataan al-Fakhur juga merupakan sifat buruk yang dinisbahkan kepada orang yang berpaling muka kerana sombong (Abi al-Fadhil Shihab al-Din Al-Sayyid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi, 1994). Perkataan Fakhur bermaksud orang yang merasa besar diri dengan apa yang dikurniakan Allah s.w.t. kepadanya seperti harta kekayaan dunia dan kemegahan malah dalam masa yang sama ia enggan bersyukur kepada Allah s.w.t. (Shaykh Hud bin Muhakkam al-Hijri, 1990).

Istilah sombong dapat ditakrifkan sebagai memperkecilkan orang lain dan menolak kebenaran yang berpunca daripada kekaguman pada diri sendiri (Said Hawwa, 2001). Seburuk-buruk sifat takbur ialah takbur kepada Allah s.w.t. dan para rasulNya. Firman Allah ayat 14, surah al-Naml:

131

Terjemahan: Dan mereka yang mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan, pada hal hati mereka meyakini kebenaran. Maka perhatikanlah betapa kesudahan orang-orang yang melakukan kerosakan. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang merasa takjub dengan diri sendiri yang dapat dilihat melalui gaya berjalan dengan sombong. Manakala sikap berlagak sombong dengan orang lain pula dapat dilihat melalui sikap seseorang yang berpaling muka ketika bercakap (Wahbah al-Zuhaili, 1991).

Sifat takbur sesama manusia pula ialah memandang rendah terhadap mereka serta membanggakan dirinya. Sabda Rasulullah s.a.w. Terjemahan : Para sahabat juga bertanya tentang sifat sombong ini seperti yang tercatat di dalam kisah Abdullah bin Amr. Beliau berkata : Ya Rasulullah, kami telah mengerti tentang syirik, tetapi apakah erti kibir (sombong)? Apakah jika salah seorang di antara kami memakai sepasang sandal yang bagus dan bahagian atas sandal itu bagus, hal itu bererti kibir? Rasulullah s.a.w. menjawab : Bukan. Seorang sahabat bertanya: Apakah jika salah seorang di antara kami mempunyai teman-teman yang datang kepadanya, itu bererti kibir (sombong)? Rasulullah s.a.w. menjawab: Bukan. Seseorang sahabat bertanya lagi : Kalau begitu, apakah erti kibir itu ya Rasulullah? Rasulullah s.a.w. bersabda: Menolak kebenaran dan meremehkan orang lain (Bukhari dan Ahmad, Al-Bukhari Fi Adabil Mufrad, hlm. 167, Musnad Imam Ahmad, juz 2, hlm. 169, 170, 225, Al-Ahaadith alSahihah, juz 1, hlm. 208-209). Allah s.w.t. juga tidak akan memandang kepada orang yang takbur pada hari akhirat kelak. Sabda Rasulullah s.a.w.

132

Terjemahan : Daripada Abi Hurairah r.a Rasulullah s.a.w. telah bersabda : 3 golongan yang Allah s.w.t. tidak bercakap pada hari akhirat, tidak membersihkan dan tidak memandang kepada mereka ialah orang yang berzina, pemerintah yang berbohong dan fakir yang takbur (Riyad al-Salihin, 2001). Sifat Takbur adalah tingkah laku batin yang membuahkan perilaku zahir pada diri seseorang iaitu sesuatu sikap jiwa yang merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain atau penciptanya iaitu Allah s.w.t. Allah s.w.t. menggambarkan dua keadaan yang menjadi petunjuk kepada orang yang mempunyai sifat takbur iaitu memalingkan muka ketika bercakap dengan seseorang kerana memandang rendah kepadanya dan berjalan dengan gaya yang angkuh dan sombong.

Justeru Luqman al-Hakim

melarang anaknya bertingkah laku angkuh dan sombong dalam menunaikan kewajiban terhadap masyarakat iaitu larangan memalingkan muka dan berjalan dengan gaya sombong.

6.5.1 LARANGAN MEMALINGKAN MUKA

Luqman telah melarang anaknya bersikap sombong dan angkuh melalui nasihat yang sangat sopan, ayat 18, surah Luqman :

Terjemahan : Dan janganlah kamu memalingkan muka kamu dari manusia (kerana sombong)

133

Apabila bercakap dengan manusia hendaklah memandang ke arah mareka dengan wajah ceria dan berseri-seri dan tidak langsung menunjukkan sikap sombong (Muhammad al-Amin bin Abd Allah al-Urrami al-Alawiyyi al-Harari al-Shafie, 2001). Orang yang memalingkan muka daripada manusia lain kerana sombong diibaratkan sebagai unta yang sakit lehernya sehingga kejang (Imam Muhammad bin Ali bin Muhammad alShaukani, 1993).

Imam al-Sayuti mentafsirkan ayat di atas sebagai satu kaedah pendidikan akhlak oleh Luqman al-Hakim kepada anak-anaknya tentang adab sopan sewaktu menyampaikan ilmu dan dakwah kepada masyarakat.

Pendidikan yang baik hanya akan berlaku

sekiranya tidak terdapat perbezaan antara golongan kaya dan miskin. Sikap sombong, angkuh dan memaling muka ketika bercakap ditujukan khusus kepada orang-orang miskin (al-Sayuti, 2000).

Sayyid al-Qutb pula melihat larangan ini dari dua sudut yang berbeza pertama sebagai adab dalam berdakwah. Allah s.w.t. mengharamkan seseorang yang bersifat sombong dan angkuh semasa memimpin manusia kepada kebaikan. Kedua, lebih buruk lagi jika sikap ini diamalkan oleh orang-orang yang tidak pernah berdakwah kepada kebaikan (Sayyid Qutb, 1988).

Walau bagaimanapun, ayat ini mempunyai sejarah asbab al-nuzul iaitu tentang teguran Allah s.w.t. terhadap layanan Rasulullah s.a.w. kepada orang buta . Menurut kitab Durr al-Manthur, persamaan hak antara orang fakir dan orang kaya di dalam menuntut ilmu pengetahuan mesti diberi penekanan penting. Sesungguhnya Nabi

134

s.a.w. ditegur seperti yang tercatat di dalam ayat 1-2, surah Abasa. Firman Allah s.w.t. : Terjemahan : Dia (Mhammad) bermuka masam dan berpaling. Kerana telah datang seuorang buta kepadanya. Peristiwa itu berhubung dengan seorang Islam yang buta iaitu Abdullah bin Ummi Maktum (Imam Abi Al-Hassan Ali bin Ahmad al-Wahidi al-Nisaburi, 1995). Beliau datang berjumpa Rasulullah s.a.w. untuk bertanya tentang perkara-perkara agama. Rasulullah s.a.w. tidak dapat melayannya kerana pada masa yang sama baginda sibuk memberi penerangan kepada ketua-ketua kaum musyrik Mekah tentang ajaran Islam. Antara mereka ialah Utbah bin Rabi'ah, Abu Jahal bin Hisham, Abbas bin Abdul Mutalib dan Ummaiyyah bin Khalaf (Imam Abi Al-Hassan Ali bin Ahmad al-Wahidi al-Nisaburi, 1995).

Rasulullah s.a.w. berusaha menyeru para pembesar tersebut memeluk Islam dengan harapan lebih ramai lagi para pengikut mereka akan turut serta. Baginda meneruskan penerangan kepada ketua-ketua Quraish sehingga Allah s.w.t. menegur sikap baginda yang memandang remeh kepada masalah Abdullah bin Ummi Maktum menerusi ayat tersebut. Walau bagaimanapun selepas peristiwa tersebut Rasulullah s.a.w. lebih menghormati Abdullah bin Ummi Maktum. Setiap kali Rasulullah s.a.w. berjumpa dengannya akan mengucapkan -------------------------------------

yang bermaksud

selamat datang, kerana engkaulah aku ditegur oleh Tuhanku (Imam Abi Al-Hassan Ali bin Ahmad al-Wahidi al-Nisaburi, 1995).

135

Allah s.w.t. menegur sikap Rasulullah s.a.w. yang bermasam muka kepada Abdullah bin Ummi Maktum yang ikhlas. Peristiwa ini memberi pengajaran supaya baginda memberi layanan yang selayaknya kepada orang-orang yang sedia menerima petunjuk sekalipun dia seorang miskin yang tidak mempunyai sebarang pengaruh. Allah s.w.t. menegur Rasulullah s.a.w. supaya kejadian tersebut tidak berulang lagi.

6.5.2

LARANGAN BERJALAN SOMBONG

Pendidikan kedua Luqman berkaitan dengan sifat sombong ialah larangan berjalan dengan sombong. Firman Allah s.w.t. ayat 18 :

Terjemahan : dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan langkah yang angkuh. Perkataan marahan bermaksud cara berjalan melenggang-lenggok kerana gembira mendapat nikmat yang banyak tetapi memandang remeh dengan nikmat yang diperolehi lantaran hati terhijab. Rentetan daripada itu akan lahir pula sifat besar diri, tidak bersyukur kepada Allah s.w.t. dan tidak menggunakan nikmat dengan cara yang betul (Wahbah al-Zuhaili, 1991). Firman Allah s.w.t. ayat 37, surah al-Isra'.

Terjemahan:

136

Dan janganlah kamu berjalan di bumi ini dengan berlagak sombong kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembusi bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung-ganang. Takbur dan sombong ialah akhlak orang-orang kafir dan sekutunya manakala tawadhu' merupakan akhlak para nabi dan orang-orang saleh (Al-Ghazali, t.th.). Tawadhu' sangat diburu oleh orang-orang yang saleh kerana sifat tersebut dapat menimbulkan mahabbah iaitu kecintaan (Al-Ghazali, t.th.)

Sikap orang yang bejalan dengan sombong tercatat di dalam riwayat Yahya bin Jabir al-Tho'i dari Khudaif bin al-Harith berkata : Aku duduk di sisi Abdullah bin Amru bin al-As, maka aku dengar beliau berkata: Sesungguhnya kubur akan bercakap dengan manusia apabila ia dimasukkan ke dalam kubur kelak : Wahai Bani Adam! Betapa tidak engkau sopan kepadaku. Tidakkah engkau tahu bahawa akulah rumah yang keseorangan, tidakkah engkau sedar bahawa akulah rumah kegelapan, tidakkah engkau tahu bahawa akulah rumah kebenaran. Wahai Bani Adam! Betapa tidak engkau sopan kepadaku. Selama ini engkau berjalan sekitarku dengan lagak sombong dan takbur (Wahbah al-Zuhaili, 1991).

Dua aspek yang ditekankan oleh Luqman al-Hakim dalam ayat ini merupakan cerminan daripada sikap sombong yang dapat diketahui oleh pandangan biasa iaitu memalingkan pipi daripada manusia sama ada melalui gerak-geri sombong dan tidak menghiraukan manusia atau berjalan di bumi dengan gaya takbur serta tidak mempedulikan manusia lain. Gerak-geri dan tingkah laku seperti ini membayangkan seseorang itu ditimpa penyakit takbur (Sayyid Qutb, 1988).

137

6.6 KONSEP KESEDERHANAAN

Luqman al-Hakim mendidik anaknya agar mengutamakan sifat sederhana dalam menunaikan setiap tanggungjawab dan lain-lain urusan dunia.

Titik fokus

pendidikan Luqman dalam usaha menanamkan sifat sederhana di dalam jiwa anaknya dapat dilihat melalui penekanan terhadap gaya berjalan dan perintah rendahkan suara apabila berinteraksi dengan masyarakat.

6.6.1 SEDERHANA DALAM GAYA BERJALAN

Luqman al-Hakim menjelaskan cara berjalan yang sesuai setelah menjelaskan tentang gaya berjalan yang buruk iaitu larangan berjalan di muka bumi dengan angkuh dan sombong. Firman Allah s.w.t dalam ayat 19 :

Terjemahan : Dan sederhanakanlah dalam gaya perjalananmu Luqman al-Hakim menerangkan cara berjalan yang baik iaitu berjalan dengan gaya sederhana. Maksud sederhana dalam berjalan ialah seseorang itu tidak berjalan lambat seperti orang yang lemah dan tidak bertenaga tetapi tidak pula terlalu cepat seperti orang yang tergopoh-gapah. Menurut Ata' : Hendaklah berjalan dengan tenang

138

dan penuh kesopanan. Kesederhanaan melangkah sewaktu berjalan menggambarkan ketenangan jiwa dan kesopanan tingkah laku. Sifat tenang dan sopan santun merupakan budi pekerti mulia yang sangat dituntut oleh Islam (Al-Jauzi, Imam Abi al-Firaj Jamal al-Din Abd al-Rahman bin Ali bin Muhammad, 1987).

Gaya berjalan secara sederhana mengambarkan cara berjalan orang yang bercita-cita tinggi, berjiwa besar dan gagah berani. Sebaliknya berjalan dengan tergopoh-gapah akan menghilangkan keindahan dan kecantikan seorang mukmin. Selain daripada itu, berjalan terlalu cepat akan meletihkan, apabila seluruh anggota tubuh badan digerakkan secara pantas (Wahbah al-Zuhaili, 1991).

Hal ini demikian membuktikan kesederhanaan mampu melahirkan rasa rendah diri yang menjadi ciri utama golongan mukmin sejati. Firman Allah s.w.t. ayat 63, surah al-Furqan :

Terjemahan: Dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati. Apabila orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan katakata yang baik. Perkataan rendah hati bermaksud tenang dan sederhana (Imam Muhaddis Ibn Kathir. 1998.). Hamba Allah s.w.t. yang saleh ialah mereka yang berjalan di atas muka bumi dengan lemah lembut yang menggambarkan sifat tawadhu' (Al-Ghazali, Abi Hamid bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad, t.th.).

139

Pada suatu hari, Umar melihat seorang lelaki tunduk tidak bermaya. Berkata Umar: Angkatlah mukamu. Sesungguhnya Islam itu bukanlah orang-orang sakit belaka (Abi al-Fadhil Shihab al-Din Al-Sayyid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi, 1994).

Menurut Ibnu Mas'ud : Janganlah berjalan terlalu cepat kerana meniru cara orang Yahudi. Dan jangan pula berjalan terlalu lambat kerana meniru cara orang Nasrani. Sebaik-baiknya ialah mengambil jalan tengah antara keduanya (Abi al-Fadhil Shihab al-Din Al-Sayyid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi, 1994).

6.6.2 RENDAHKAN SUARA

Pertuturan dan percakapan juga merupakan perilaku lahir yang menjadi ukuran budi pekerti seseorang. Luqman menitikberatkan tentang budi pekerti mulia seperti yang dianjurkan beliau kepada anaknya supaya bercakap dengan suara yang lembut, tidak keras dan terjerit-jerit. Firman Allah s.w.t. ayat 19 :

Terjemahan : Dan lunakkanlah suara kamu. Perlahankanlah dan kawallah suara kamu mengikut keperluan agar sesuai dengan keadaan sekeliling. Tambahan pula suara yang rendah menyebabkan mesej yang ingin disampaikan oleh seseorang itu lebih mudah untuk difahami. Selain daripada itu, tidak boleh meninggikan suara pada tempat yang tidak diperlukan terutama ketika melaksanakan amar makruf dan nahyi mungkar. Seseorang mukmin juga

140

dituntut merendahkan suara semasa berdoa dan bermunajat kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya suara yang melebihi had keperluan sangat buruk pada pendengaran (Nasir al-Din Abi al-Abbas Ahmad bin Muhammad al-Maliki al-Iskandarani alMa'ruf bi Ibn al-Munir, 1994, ).

Selain daripada itu merendahkan suara ketika bercakap membayangkan adab sopan, kepercayaan kepada diri sendiri dan keyakinan bahawa perkara yang diucapkan adalah benar serta bernas. Hanya orang-orang yang biadab sahaja bercakap dengan suara yang keras dan bahasa yang kesat. Pada kebiasaan, seseorang yang ragu tentang nilai perkataan atau nilai dirinya akan berusaha melindungi keraguan tersebut di sebalik kata-kata yang tajam, kasar dan keras (Sayyid Qutb,1988). Merendahkan suara menggambarkan kesederhanaan dalam tingkah-laku. Sikap tersebut menggambarkan kemuliaan akhlak. Manakala suara yang tinggi merupakan sifat haiwan yang digambarkan dengan keldai (Muhammad al-Razi Fakhr al-Din Ibn al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar, 1995).

Selain daripada gesaan merendahkan suara Luqman juga menyuruh anaknya supaya berdiam diri kerana sifat tersebut banyak mengandungi kebaikan. Dari Abdullah, dari Sufian r.a. berkata : Berkata Luqman kepada anaknya : Wahai anakku! Janganlah kamu menyesal di atas sikap berdiam diri kerana percakapan itu hanya dari perak, sedangkan diam itu dari emas (Imam Jalal al-Din Abd al-Rahman bin Abi Bakr alSayuti, 1987).

141

Dikeluarkan oleh Ahmad daripada Ibnu Abi Najih r.a. berkata: Berkata Luqman: Berdiam diri itu merupakan kebijaksanaan, tetapi sedikit sekali pelakunya (Imam Jalal al-Din Abd al-Rahman bin Abi Bakr al-Sayuti, 1987).

Seseorang muslim yang baik sentiasa menjaga lidahnya daripada menyakiti hati orang lain. Penjagaan lidah daripada mengeluarkan kata-kata yang buruk juga disarankan oleh Luqman al-Hakim. Hal ini demikian tercatat dalam sejarah sewaktu beliau berkhidmat sebagai hamba. Pada suatu hari, tuannya membeli kambing lalu berkata kepadanya: Sembelih kambing ini dan berikan kepadaku dua anggota terbaik. Lalu Luqman pun menyembelih kambing tersebut dan mengambil dua anggota iaitu lidah dan hati, lalu memberikan kepada tuannya. Pada suatu hari yang lain, tuannya membeli kambing lalu menyuruh Luqman menyembelih dan mengambil dua anggota terburuk. Luqman turut memberikan lidah dan hati. Oleh itu, tuannya memohon penjelasan daripadanya. Berkata Luqman : Tidak ada yang lebih baik daripada lidah dan hati, sekiranya kedua-dua itu berkeadaan baik. Dan tidak ada yang lebih buruk daripada lidah dan hati, sekiranya kedua-dua itu dalam keadaan buruk (Ala’ al-din Ali bin Muhammad bin Ibrahim al-Baghdadi, 1995).

Rendahkan suara lebih

mendekatkan diri kepada taqwa.

142

6.7 SUARA KELDAI

Ayat seterusnya membidas orang yang bercakap dengan suara yang tinggi seperti suara keldai. Firman Allah s.w.t. ayat 19 :

Terjemahan : Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai Tambahan pula, Allah s.w.t. juga tidak menyukai ucapan yang buruk seperti firman Alllah s.w.t., di dalam surah an-Nisaa', ayat 148 :

Terjemahan : Allah tidak menyukai ucapan buruk.

Himar ialah binatang yang digunakan di kalangan masyarakat Arab untuk tujuan celaan dan maki hamun. Masyarakat Arab menggelar keldai sebagai binatang bertelinga panjang menunjukkan kepada beberapa perkara yang amat hodoh. Justeru pemilihan suara pekikan keldai yang diibaratkan kepada orang yang meninggikan suara merupakan perkara buruk yang sangat dibenci oleh masyarakat dan Allah s.w.t (Muhammad Jamal al-Din al-Qasimi, 1978).

143

Sifat suara himar yang hodoh kerana awalnya ialah zafir iaitu suara bunyi seakan-akan tiupan seruling dan akhirnya shahir iaitu suara tarikan nafas yang tersekat-sekat (Nasir al-Din Abi al-Abbas Ahmad bin Muhammad, 1994 ; Muhammad al-Razi Fakhr Al-Din Ibn al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar, 1995 ; Shaykh Ismail Haqqi al-Burusawi, t. th. dan Shaykh Ahmad al-Sawa al-Maliki, t.th.).

Seburuk-buruk suara manusia apabila bercakap ialah mereka yang meninggikan suara tanpa keperluan. Luqman mengibaratkan orang yang meninggikan suara sebagai meniru gaya keldai. Hal- ini disebabkan perangai keldai yang buruk. Kebanyakan binatang akan berbunyi apabila berasa kesempitan atau penat tetapi keldai akan berbunyi walaupun ia tidak penat atau tanpa sebarang hajat. Bunyi keldai yang sangat buruk dikatakan sama seperti bunyi ahli-ahli neraka (Ala’ al-din Ali bin Muhammad bin Ibrahim al-Baghdadi, 1995).

Suara yang paling buruk ialah suara keldai. Al-Quran cuba memberi gambaran bahawa seseorang yang bercakap dengan suara yang tinggi seolah-olah seperti keldai sedangkan percakapan dengan mengeluarkan suara yang tinggi sangat dibenci oleh Allah s.w.t. (Ibnu Kathir, 1998).

Seseorang yang bercakap dengan nada tinggi

menyebabkan semua yang diperkatakan menjadi kurang menarik. Abi Hatim pernah berkata : Jeritan semua makhluk adalah tasbih kecuali jeritan keldai (al-Suyuti, 2000).

144

Abu al-Laith berkata : Suara keldai memang sudah diketahui di kalangan Arab sebagai suara yang buruk sekalipun masih terdapat suara binatang-binatang lain yang lebih buruk dari suara keldai. Selain daripada itu, Allah s.w.t. juga telah membuat perbandingan dengan contoh yang diketahui umum tentang suara buruk iaitu suara keldai yang seakan-akan suara ahli neraka. Suara sedemikian merimaskan setiap orang yang mendengar (Ala’ al-din Ali bin Muhammad bin Ibrahim al-Baghdadi, 1995).

Menurut Sufian al-Thauri : Keldai berbunyi kerana ia melihat syaitan. Oleh itu, apabila terdengar suara keldai terutama pada waktu malam, hendaklah memohon perlindungan Allah s.w.t. daripada gangguan syaitan. Sebaliknya suara kokokan ayam yang kedengaran terutama pada waktu malam kerana ia ternampak malaikat. Oleh itu, apabila terdengar kokokan tersebut, berdoalah kepada Allah s.w.t. kerana ia adalah waktu mustajab doa (Imam Muhaddis Ibn Kathir, 1998).

Suara yang buruk lebih jelik daripada perangai yang buruk. Manakala suara yang baik pula lebih mulia dari tingkah laku yang buruk.

Ini kerana lidah merupakan

terjemahan hati (Muhammad al-Razi Fakhr Al-Din Ibn al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar, 1995).

Orang-orang Arab bermegah-megah dengan suara yang tinggi pada zaman jahiliyah. Tetapi orang-orang yang beriman kepada Allah s.w.t. dilarang meninggikan suara jika tidak diperlukan setelah kedatangan Islam. Allah s.w.t. memuji mereka yang

145

merendahkan suara dalam majlis nabi s.a.w. (Muhammad al-Razi Fakhr Al-Din Ibn al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar, 1995).

Justeru al-Quran menyampaikan pendidikan melalui keindahan bahasa yang mampu membidas perbuatan mereka yang meninggikan suara ketika bercakap: Sesungguhnya suara yang paling buruk ialah suara keldai. Melalui ayat tersebut, terlukislah satu pemandangan yang lucu dan menjijikkan serta menimbulkan perasaan benci terhadap perbuatan meninggikan suara. Seseorang yang mempunyai hati dan perasaan dapat memahami gambaran yang lucu di sebalik pengungkapan tersebut yang begitu menarik serta mempunyai makna yang mendalam. Seseorang yang baik akhlak semasa bercakap tidak mungkin akan meniru cara keldai mengeluarkan suara (Sayyid Qutb, 1988).

Perbuatan bercakap dengan suara yang keras dan kuat ketika tidak perlu dilarang Allah s.w.t. Ini kerana suara sedemikian bagaikan suara keldai yang dianggap seburuk-buruk suara dan sangat dibenci oleh Allah s.w.t. Tujuan perbandingan itu untuk menjelaskan tentang hukum haram meninggi suara ketika tidak perlu dan sangat keji pada pandangan masyarakat (Muhammad al-Razi Fakhr Al-Din Ibn alAlamah Dhiyya' al-Din Umar, 1995).

146

Luqman memberi tumpuan pendidikan kepada larangan meninggikan suara yang diibaratkan seperti suara keldai yang buruk.

Ibarat yang tinggi dan mendalam

maksudnya lebih mudah bagi pihak anak untuk memahami kehendak pendidikan tersebut.

Secara keseluruhan dapat disimpulkan rangkaian nasihat Luqman bertujan menghindari dua perbuatan maksiat iaitu syirik dan sombong.

Nasihat tersebut

bertepatan dengan nasihat Nabi Nuh a.s. kepada puteranya iaitu melarang puteranya daripada syirik dan sombong (Muhammad al-Razi Fakhr Al-Din Ibn al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar, 1995).

6.8 KESIMPULAN

Hubungan sesama manusia dititikberatkan dalam konteks pendidikan Luqman al-Hakim. Perkara penting yang menjadi tumpuan pendidikan beliau ialah berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan berakhlak mulia terhadap masyarakat.

Berbuat baik kepada ibu bapa mencakupi aspek perbuatan, sikap dan ucapan. Hal ini demikian mempamerkan kasih sayang yang ikhlas daripada seorang anak terhadap kedua ibu bapanya. Seseorang anak hendaklah mendahulukan ibu daripada bapanya dalam usaha untuk menunaikan tanggungjawab syarak dan membalas jasa mereka.

147

Seseorang anak perlu taat kepada kedua ibu bapanya selagi perintah mereka tidak bertentangan dengan perintah dan hukum Allah s.w.t. Anak-anak juga masih bertanggungjawab kepada kedua ibu bapa yang kafir seperti menjalinkan silaturrahim dan memberi nafkah hidup sekiranya mereka tidak mampu.

Luqman al-Hakim merupakan contoh yang jelas kerana beliau berjaya mendidik isteri dan anaknya yang kafir kembali kepada Islam. Sesungguhnya nasihat dan pengawasan Luqman al-Hakim sangat baik dan berkesan.

Selain daripada itu,

Luqman al-Hakim juga menekankan konsep syukur kepada Allah s.w.t. dan kedua ibu bapa di dalam pendidikan beliau.

Pendidikan Luqman dari aspek kemasyarakatan pula bertujuan menyediakan peribadi yang baik kepada seseorang anak apabila berhadapan dengan masyarakat. Luqman al-Hakim mengajar anaknya beradab sopan semasa bergaul dengan masyarakat. Pendidikan pertama Luqman al-Hakim ialah melaksanakan Amar Makruf dan Nahyi Mungkar yang akan banyak berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Justeru sabar amat diperlukan dalam menangani masalah tersebut.

Luqman al-Hakim juga menasihatkan anaknya agar menjauhi sifat sombong dan takbur. Beliau menjelaskan tentang keburukan kedua-dua sikap tersebut melalui amalan memalingkan muka ketika bercakap dan berjalan dengan gaya yang sombong. Seterusnya, Luqman al-Hakim menyarankan kepada anaknya agar bersederhana dalam hidup iaitu melalui cara berjalan dan bercakap dengan gaya sederhana. Akhir

148

nasihat Luqman al-Hakim ialah menggambarkan suara keldai sebagai seburuk-buruk suara dan perbuatan meninggikan suara termasuk dalam kategori sikap yang buruk. Sesungguhnya nasihat Luqman al-Hakim terdiri daripada kombinasi jalinan nasihat yang baik untuk mendidik anak kepada kehidupan bermasyarakat yang cemerlang.

149

BAB VII KESIMPULAN DAN SARANAN

7.0 PENDAHULUAN

Sesungguhnya pendidikan Luqman merupakan sebuah pendidikan yang baik. Beliau berjaya mendidik anak-anaknya lantaran isi pendidikan yang dipersembahkan beliau sangat mantap dan menepati sasaran. Justeru berdasarkan hasil penyelidikan yang dijalankan telah membolehkan penulis membuat beberapa kesimpulan dan cadangan seperti berikut :

7.1 KESIMPULAN

Keseluruhan pendidikan Luqman mempunyai isi, gaya persembahan dan metodologi yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan berkeluarga pada masa kini.

Antara

kesimpulan yang yang dapat diambil ialah : 1. Anak-anak merupakan anugerah yang tidak ternilai pada pandangan Islam. Justeru pendidikan anak-anak yang sempurna tidak boleh diabaikan oleh para ibu bapa. Pendidikan juga mesti dilaksanakan dengan penuh hikmah dan bijaksana agar selaras dengan kehendak serta syariat Islam.

150

2. Luqman adalah contoh peribadi seorang bapa mithali yang dikurniakan hikmah oleh Allah s.w.t. Kaedah pendidikan Luqman merupakan panduan yang sangat baik kepada para ibu bapa.

3. Hikmah merupakan satu pemberian yang sangat berharga daripada Allah s.w.t. kepada hambaNya yang terpilih. Ia menjadi petunjuk kepada pengetahuan yang sebenar ke arah

kebaikan dan

kebenaran.

4. Kaedah terbaik dalam mendidik anak-anak ialah mengadakan pengawasan serentak dengan pendidikan dan nasihat yang diberikan kepada mereka. Ibu bapa juga tidak boleh jemu atau putus asa dalam menunaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.

5. Syirik kepada Allah s.w.t. seperti mematuhi perintah selain daripada Allah s.w.t., menyembah berhala dan menyekutukan Allah s.w.t. di dalam ibadat merupakan kezaliman yang besar. Perkataan syirik juga merupakan perkara-perkara buruk yang dilakukan oleh seseorang hamba terhadap penciptanya yang memberi rezeki dan kehidupan.

151

7. Manusia akan dibangkitkan semula daripada kubur. Mereka akan kembali kepada Allah s.w.t. untuk diberi pembalasan ke atas segala hasil perbuatan mereka semasa hidup di dunia. Sekalipun kebaikan

dan

kejahatan

yang

dilakukan

sangat

sedikit.

Sesungguhnya Allah s.w.t. akan menilai dan membalas segala perbuatan baik dan buruk, taat dan maksiat walau sebesar biji sawi pada hari akhirat kelak.

8. Manusia hendaklah berhati-hati dengan segala tindak tanduknya kerana setiap perbuatan diketahui dan akan dinilai oleh Allah s.w.t. sama ada perbuatan yang zahir atau tersembunyi daripada pandangan manusia umum.

9. Konsep inabah mengajar manusia agar kembali kepada Allah s.w.t. selepas melakukan sesuatu kesalahan melalui taubat, menunaikan perkara taat dan ikhlas.

10. Solat sangat penting dalam kehidupan seseorang mukmin kerana ibadat solat yang sempurna mampu mendekatkan seseorang dengan

Allah

s.w.t.

dan

mencegah

daripada

melakukan

kemungkaran.

152

12. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan mentaati di dalam perkara-perkara kebaikan dan bukan maksiat merupakan kewajiban kepada setiap orang Islam.

Suruhan Allah s.w.t. supaya berbuat

baik kepada kedua ibu bapa secara umum merangkumi ibu bapa yang Islam dan kafir. Ketaatan anak kepada kedua ibu bapa yang menganut sebarang agama adalah wajib.

13. Ketaatan anak kepada perintah ibu bapa supaya melakukan syirik kepada Allah s.w.t. atau meninggalkan kewajiban seorang Islam, tidak dibenarkan kerana tidak boleh mentaati makhluk dalam perkara-perkara maksiat kepada Khalik.

14. Ketaatan kepada ibu melebihi daripada taat kepada bapa kerana tanggungjawab yang dipikul oleh seseorang ibu. Pengorbanan ibu melebihi bapa kerana tiga perkara iaitu mengandung, menyusu dan mendidik. Ketiga-tiga tahap pengorbanan ini diiktirafkan Allah s.w.t. sebagai pengorbanan penting yang melayakkan seseorang anak mentaati ibu melebihi bapa. Manakala ketaaatan anak kepada bapa berada pada tempat yang keempat.

153

15. Lama masa penyusuan yang dibenarkan syarak ialah dua tahun. Syarak telah mengkhususkan tanggungjawab penyusuan kepada ibu manakala bapa pula bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak dan ibu (isteri).

16. Syukur kepada Allah s.w.t. di atas segala nikmat iman dan kurniaanNya merupakan anugerah yang sangat besar. Manakala syukur kepada ibu bapa pula memberi layanan yang baik semasa berintraksi dengan keduanya seperti bercakap dengan sopan santun, memohon keampunan Allah s.w.t. kepada keduanya dan memenuhi hajat yang dipinta mereka.

17. Bersahabat secara baik kepada keduanya di dunia menunjukkan harus menghubungkan silaturahim dengan ibu bapa yang kafir seperti memberi nafkah harta jika mereka miskin dan berusaha berdakwah agama Islam kepada mereka dengan lemah lembut.

18. Mendirikan solat dan melaksanakan amar al-makruf dan nahyi almungkar merupakan dua tugas yang dituntut oleh Allah s.w.t. Tambahan pula kedua-dua perintah ini sering berhadapan dengan kesusahan dan kesukaran. Justeru kesabaran yang sangat tinggi diperlukan semasa menunaikan tanggungjawab tersebut.

154

19. Sabar hanya diperolehi daripada pendidikan ilmu dan makrifat. Sabar juga berjaya membentuk tatasusila yang tinggi dan akhlak yang teguh. Sabar merupakan sifat orang yang beriman. Hanya orang yang sabar sahaja akan mendapat rahmat daripada Allah s.w.t.

20. Tanda sifat sombong ialah memalingkan muka daripada manusia lain dan berjalan dengan angkuh.

Sesungguhnya Allah s.w.t.

sangat benci kepada manusia yang sombong dan takbur malah mengiktirafkan sebagai musuhNya dan bersedia untuk diperangi.

21. Sederhana ketika berjalan dan lunakkanlah suara merupakan cerminan orang yang baik. Manakala sifat suka meninggikan suara sangat buruk pada pandangan Allah s.w.t. yang diibaratkan seperti suara keldai.

Intipati pendidikan yang diberikan oleh Luqman menepati kehendak dan garis panduan Islam. Pedidikan beliau menjelaskan tentang cara untuk berintraksi dengan Allah s.w.t. dan sesama manusia. Kedua-dua hubungan ini menjamin kesejahteraan dan keredaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat.

155

7.2 CADANGAN

Berdasarkan dapatan kajian, penulis cadangkan : 1. Para ibu bapa boleh mengaplikasikan model pendidikan Luqman kepada anak-anak mereka.

Kesempurnaan pendidikan mampu

menghasilkan anak yang baik dan taat kepada perintah agama.

2. Akhlak ibu bapa mesti diselia selalu kerana ibu bapa merupakan teladan yang awal kepada anak-anak. Mereka akan bertindak dan melakukan sesuatu perkara berdasarkan kepada teladan yang dicontohi kepada mereka.

3. Ibu bapa juga mesti melaksanakan segala suruhan dan menjauhi larangan agama agar anak-anak dapat membiasakan diri dengan situasi keagamaan. Mereka tidak kekok membesar dalam keluarga yang patuh kepada perintah agama.

4. Akhlak yang baik mesti ditanamkan dalam jiwa anak-anak. Mereka akan mudah mengikuti segala kehendak atau displin yang dikenakan kepada mereka semenjak kecil.

156

5. Kawalan yang baik terhadap kebebasan anak-anak sangat penting. Mereka tidak boleh dibenarkan keluar atau bersahabat dengan rakan-rakan yang rendah akhlak. Sesungguhnya akhlak rakan akan mempengaruhi sikap atau peribadi anak-anak.

6. Ibu bapa mesti melatih anak menunaikan solat fardu lima waktu semenjak berusia 7 tahun.

Mereka juga bertanggungjawab

memastikan anak-anak menunaikan solat lima waktu dengan sempurna kerana solat adalah tiang agama untuk mencapai keredaan Allah s.w.t. di dunia dan akhirat.

7. Tugas mendidik anak-anak supaya berbuat baik kepada ibu bapa mesti dilaksanakan oleh para ibu bapa. tersebut

boleh

mengakibatkan

mereka

Kelalaian pendidikan sendiri

terdampar

keseorangan atau terpaksa menghuni rumah orang-orang tua pada usia lanjut atau uzur.

8. Pihak sekolah dan kementerian pendidikan boleh menjadikan topik atau sub topik daripada kajian surah Luqman ini sebagai silibus pendidikan sekolah.

157

9. Badan-badan

kerajaan

dan

bukan

kerajaan

juga

boleh

memanfaatkan hasil kajian ini sama ada untuk diaplikasikan dalam penghayatan keagamaan seharian individu atau organisasi.

10. Majlis agama Islam negeri boleh menjadikan hasil kajian penulis sebagai silibus untuk kursus pra perkahwinan.

Isi kandungan

penyelidikan ini mampu menyumbangkan sebuah persedian yang baik kepada bakal-bakal pengantin untuk mengharungi kehidupan berkeluarga.

11. Masyarakat juga mesti prihatin dengan tingkah laku remaja. Justeru mereka mesti mengadakan persiapan diri dengan ilmu keagamaan yang baik agar dapat bersama menolong menangani masalah remaja kini.

12. Anak-anak juga mesti sedar bahawa ibu bapa mesti dijaga apabila mereka sudah lanjut usia. Perasaan kasih sayang dan keperluan nafkah hidup yang asas seperti tempat perlindungan, makanan dan pakaian

mesti diberi perhatian utama oleh setiap orang anak.

Pengabaian anak-anak terhadap ibu bapa pada usia lanjut mereka merupakan dosa yang tidak diampunkan Allah s.w.t.

158

Demikianlah beberapa kesimpulan dan cadangan yang diperolehi daripada penyelidikan yang telah dijalankan penulis. Harapan penulis semoga ia bermanfaat untuk semua.

159

8. BIBLIOGRAFI (Abdul Halim Mat Diah. 1987. Suatu Contoh Tentang Metodologi. Fakulti Usuluddin. AIUM : Kuala Lumpur). Abdul Karem Zaidan. 1987. Pustaka Fajar.

Dasar-Dasar Ilmu Dakwah.

Shah Alam : Dewan

Abdullah Nasih Ulwan. 1994. Tarbiyyah al-Aulad Fi al-Islam. Beirut : Dar al-Islam liltaba’ah Wa al-Nashr Wa al-Tauzia’. Abd al-Munaim Ahmad Tuailab. 1995. Fath al-Rahman Fi Tafsir al-Quran. Tanpa tempat : Dar al-Islami. Abdul Ghani Shamsudin. 1994. "Falsafah Pendidikan Islam (Suatu Perspektif Baru)". Abd. Halim El-Muhammady (ed.) Pendidikan Islam: Peranannya Dalam Pembangunan Ummah. Selangor : Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah. Abdullah Muhammad Zain. 1992. Al-Akhlak al-Islamiyyah Wa Atharuha Fi Bina alMujtama'. Kuala Lumpur : Pustakan Antara. Abdullah Nashih Ulwan. 1990. Pedoman Pendidikan Anak-anak Dalam Islam.(ter: Klang Book Centre). Selangor: Klang Book Centre. Abdul Rashid Ahmad. 1991. Surah Luqman: Suatu Analisa tentang asas-asas pendidikan Luqman dan hubungannya dengan pendidikan Islam dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Sarjana Pengajian Islam UKM. Abi al-Fadhil Shihab al-DinAl-Sayyid Mahmud al-Alusi al-Baghdadi. 1994. Ruh al-Maani Tafsir al-Quran al-Azim Wa Sibag al-Musani. t.tp. : Dar al-Fikr. Abi Muhammad Husini bin Mas’ud al-Fira’ al-Baghawi al-Shafie. 1993. Tafsir al-Baghawi (Mussamma) Mualim al-Tanzil. Beirut : Dar al-Kutub. Aboebakar Atjeh. 1985. Pengantar Ilmu tarekat dan Tasauf. Kota Bharu : Pustaka Aman Press Sdn. Bhd. Abu Syakir. 1996. Peranan Anak Terhadap Ibu Bapa. Johor Bahru : Perniagaan Jahabersa. Abu Urwah. 1988. Risalah Usrah. Jil. 1. Kuala Lumpur : Pustaka Salam. Ala’ al-Din Ali bin Muhammad bin Ibrahim al-Baghdadi. 1995. Tafsir al-Khazin al-Musamma Lubab al-Ta’wil Fi Maani al-Tanzil. Beirut, Lebanon : Dar al-Kutub al-Alamiyyah.

160

Ala’ al-Din Ali bin Muhammad al-Baghdadi. 1994. Muhtadhar Tafsir al-Khazin al-Musamma Lubab al-Ta’wil Fi Maani al-Tanzil. Damsyik, Beirut : Al-Yamamah Litabaah Wa al-Nashr Wa al-Tauzia’a. Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1978. Islam And Secularisme. Kuala Lumpur : Muslim Youth Movement Of Malaysia (ABIM). Amran Kasimin. 1992. Bagaimana Mencegah Kejahatan Melalui Sembahyang. Kuala Lumpur: Dinie Publishers. Bey Arifin .1996. Hidup Sesudah Mati.Cet. 4.Singapura:Pustaka Nasional Pte. Ltd. DBP. 1998. Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur : DBP Don Hellriegel, John W. Slocum, Jr dan Richard W. Woodman. 1998. Organization Behavior. Ohio : South-Western College Publishing. Elmes, D. G. Kontowitz, B. H dan Roediger, H. L. 2003. Research Methods In Psychology. Canada : Thomson Wadsworth. Al-Ghazali, Abi Hamid bin Muhammad bin Muhammad bin Muhammad. t.th. Ihya' Ulum al-Din. Jil.3. Mesir : Maktabah wa Matbaah muhammad ali sabih wa Auladuhu. Al-Ghazali, 1984. Rahsia-rahsia Solat. (ter : Muhammad al-Baqir). Bandung : Penerbit Karisma. Gibb, H.A.R. dan Kramers, J.H.. 1974. Shorter Encyclopaedia Of Islam. Leiden : E.J. Brill. Gibb, H.A.R., Kramers, J. H., Levi-Provencal, E. dan Schacht, J. 1986. The Encyclopaedia Of Islam. Jil. 1. Leiden : E. J. Brill. Glasse, Cyril. 1988. The Concise Encyclopaedia Of Islam. London : Stacey International. H. Cholid Abri. 1995. Wasiat Dan Mutiara Hikmah Luqman Al- Hakim. Surabaya : Risalah Busti. Hafiz Ibn Ahmad Hamki. 1982. Su'al Jawab Fi al-Aqidah al-Islamiyyah, Qaherah : Dar al-I'tisam. Hassan Sharqawi. 1983. Nahwu Tarbiyyah Islamiyyah. Iskandariyyah : Muasasah Shabab al-Jami’ah.

161

Houtsma, M. Th., Winsinck, A.J., Levi-Provencal, E. Gibb H.A.R. dan Haffening, W.1987. . First Encyclopaedia of Islam (1913-1936). Vol (5). New York : E.J. Brill Hughes, Thomas Patrick. t. th. Dictionary of Islam. Pakistan: Premier Book House. Imam Ibn al-Qaiyyum. 1948. Al-Tafsir Al-Qaiyyum Liimam Ibn alQaiyyum. Beirut, Lebanon : Dar al-Kutub al-Alamiyyah. Ibnu Taymiyyah dan Ibnu Abd al-Wahab, t.th. Magmu'at al-Tauhid, Kaherah : Dar al-Fikr Li al-Tiba'ah Wa al-Nashr Wa al-Tauzia'. Imam Abi Al-Hassan Ali bin Ahmad al-Wahidi al-Nisaburi. 1995. Asbab al-Nuzul , Qaherah : Dar al-Hadith. Imam Abi Zakaria Yahya Sharaf al-Nawawi al-Dimashqi. 2001. Riyad al-Salihin. Qahirah : Dar al-Salam. Elmes, Kontowitz dan Roediger, 2003). Imam Jalal al-Din Abd al-Rahman bin Abi Bakr al-Sayuti. 1987. Al-Dzarar al-Manthur Fi al-Tafsir al-Ma’thur Wahuwa Muhtadhar Tafsir Tarjamah al-Quran. Beirut, Lebanon : Dar al-Kutub al-Alamiyyah. Imam Muhaddis Ibn Kathir. 1998. Tafsir al-Quran al-Azim. Beirut : Dar Ibn Hazim. Jalal al-Din Muhammad bin Ahmad al-Mahali dan Jamal al-Din Abd al-Rahman bin Ibi Bakr al-Sayuti. 1996. Tafsir Imam al-Jalalain. Qahirah : Dar al-Hadis. Ibnu al-Jauzi, Imam Abi al-Firaj Jamal al-Din Abd al-Rahman bin Ali bin Muhammad 1995. Tibb al-Ruhani.Beirut: Dar al-Fikr. Al-Jauzi, Imam Abi al-Firaj Jamal al-Din Abd al-Rahman bin Ali bin Muhammad. 1987. Zad al-Masir Fi Ilm al-Tafsir. Beirut : Maktabah al-Islami. Al-Jauziyyah, Ibn Qayyim. (t.th). Tariq al-Hujratain Wa Bab al-Saadatain. Beirut, Lebanon : Dar al-Kitab al-Arabi. Al-Jauziyyah, Ibn Qayyim. 1987. Tahzib Madarij al-Salikin. Ed. Abd al-Mun'ain Saleh al-A'la al-Izzi. Beirut, Lebanon : Mu'asasat al-Risalah. Kerlinger, F. N. 1992. Foundations Of Behavioral Research (Third Edition) ; Fort Worth : Harcourt Brace College Publishers. Klaus Krippendorff. 1981. Content Analysis: An Introduction to Its Methodology. Beverly Hills : Sage Publications, Inc. Mana’ al-Qattan. 1995. Mabahith Fi Ulum al-Quran. Beirut : Muassasah al-Risalah.

162

Muhammad Hussain. 1998. Al-Ashirah al-Taibah Ma’a al-Aulad Wa Tarbiyatihim. Qaherah : Dar al-Tauzia’ Wa al-Nashr al-Islamiyyah. Muhammad Abd al-Azim al-Zarqani.1988. Manahil al-‘Irfan fi Ulum al-Quran. Juz. 2. Beirut : Dar Kutub al-Ilmiah. Muhammad Abd al-Qadir Ahmad. 1980. Turuq Ta’lim al-Tarbiyyah al-Islamiyyah. Qaherah : Maktabah al-Nahdhah al-Misriyyah. Muhammad al-Amin bin Abd Allah al-Urrami al-Alawiyyi al-Harari al-Shafie. 2001. Tafsir Hadaiq al-Rauh Wa al-Raihan. Tanpa tempat : Dar Tauq al-Nahah. Muhammad Ali al-Sayyas, Abd al-Latif al-Subki, Muhammad Ibrahim Muhammad Karsun. 1994. Tafsir Ayat al-Ahkam Ashraf Ala Tanqihihi Wa Tashih Usulihi. Beirut : Dar Ibn Kathir. Muhammad Ibn Yusuf al-Shahir Abi Hayyan al-Andulusi al-Irnati. 1992. Tafsir al-Bahr al-Mahid. Qahirah : Dar al-Kutub al-Islami. Muhammad Jamal al-Din al-Qasimi. 1978. Tafsir al-Qasimi al-Musamma Mahasin al-Ta'wil. Beirut : Dar al-Fikr. Muhammad Kamal Hassan. 1988. Pendidikan dan Pembangunan Satu Perspektif Bersepadu. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. Muhammad Mahmud Hijazi. 1992. Al-Tafsir al-Wadih. al-Tafsir Litaba’ Wa al-Nashr.

Al-Azhar, Qahirah : Dar

Muhammad Nur Abd al-Hafit Suwaid. 1998. Manhaj al-Tarbiyyah al-Nabawiyyah Li Tifl Maa Namazaj Tatbiqiyyah Min Hayati al-Salaf al-Saleh Wa Ahwal al-Ulama' al-Amilin. Beirut : Dar Ibn Kathir. Muhammad Qutb. 1990. Manhaj Tarbiyah Islamiyah. Lebanon : Dar al-Kutub al-Arabi. Muhammad al-Razi Fakhr Al-Din Ibn al-Alamah Dhiyya' al-Din Umar. 1995. Tafsir al-Fakhr al-Razi al-Mashtahir bi al-Tafsir al-Kabir Wa Mafatih al-Ghaib. Beirut : Dar al-Fikr. Muhammad Said Musa. 1998. Fan Tarbiyyah al-Aulad Fi al-Islam. Qaherah : Dar alTauzia’ Wa al-Nashr al-Islamiyyah. Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti. 1996. Keyakinan Hakiki Kewujudan Maha pencipta Dan Tugas Makhluk Di Alam Semesta. Petaling Jaya:Selangor

163

Nasir al-Din Abi al-Abas Ahmad bin Muhammad al-Maliki al-Iskandarani al-Ma'ruf bi Ibn al-Munir. 1994. Tahqiq Sulaiman Mala Ibrahim Aughalu. Tanpa tempat : Dar al-Iran al-Islami. Nasir al-Din Abi al-Abbas Ahmad bin Muhammad al-Maliki al-Iskandarani al-Ma'ruf bi Ibn al-Munir. 1994. Al-Taisir al-Ajib Fi Tafsir al-Gharib. Beirut : Dar al-Ghurub al-Islami. Nasir al-Din Abi Said Abd Allah bin Umar bin Muhammad al-Shairazi al-Baidowi. 1988. Tafsir al-Baidowi al-Musamma Anwar al-Tanzil Wa Asrar al-Ta’wil. Beirut, Lebanon : Dar al-Kutub al-Alamiyyah. Al-Nawawi, Abi Zakaria Muhyiddin bin Sharf. 1995. Kitab al-Majmuk : Sharh al-Muhazzib lil-Shirazi (Juzu’ 3).Kaherah: Dar Ihya’ al-Turath al-Arabi. Ramayulis dkk. 1990. Pendidikan Islam Dalam Rumah Tangga. Jakarta : Kalam Mulia. Said Hawa. 1989. Al-Asas Fi al-Tafsir. Qahirah : Dar al-Islam Litaba’ah Wa al-Nashr Wa al-Tauzia’. Sa’id Hawwa. 2001. Mensucikan Jiwa. ShahAlam:Pustaka Dini Sdn. Bhd. Al-Samarqandi, Nasr bin Muhammad Ibrahim. 1990. Tanbihu al-Ghafilin. Jil. 1. Tp. Tempat : Dar al-Shiraq. Sayyid Qutb. 1988. Fi Zilal al-Quran (Juzu’ 5). Beirut : Dar al-Syuruk. Sayyid Qutb Rahimullah. 2000. Tafsir Fi Zilalil Qur’an. Ter. : Yusoff Zaky Hj Yacob. Kota Bharu : Pustaka Aman Press. Shamsu al-Din Abi Abdullah Muhammad bin Muflih al-Muqaddasi al-Hanbali, 1996. Al-Adab al-Shar’iyyah Wa al-Minah al-Mar’iyyah. Mekah al-Mukarammah : Maktabah Nazar Mustafa al-Baz. Al-Shaukani, Imam Muhammad bin Ali bin Muhammad. 1993. Fath al-Qadir al-Jami' Baina Fanni al-Riwayyah Wa al-Dirayyah Min Ilm al-Tafsir. Kaherah : Dar al-Haramain. Shaykh Ahmad al-Sawa al-Maliki. t.th. Hashiyyah al-Alamah al-Sawa Ala Tafsir al-Jalalain. t. tp. : Dar al-Fikr. Shaykh Hud bin Muhakkam al-Hijri. 1990. Tafsir Kitab Allah al-Azim. T.tp. : Dar al-Arabi al-Islami. Shaykh Ismail Haqqi al-Burusawi. t. th. Tafsir Ruh al-Bayan. Beirut. : Dar al-Fikr.

164

Shaykh Muhammad Taqi Falsafi. 1992. Al-Tifl Baina al-Warasath Wa al-Tarbiyyah. Beirut : Muasasah al-A’lami Lilmatbu’at. Shaykh Nasir bin Muhammad bin Ibrahim al-Samarqandi. 1990. Tanbiyahu al-Ghafilin. Jeddah : Dar al-Shuruq. Stone, P.J. et. al. 1966. The General Inquirer : A Computer Approach To Content Analysis. Cambridge: MIT Press. Al-Syaibani, Omar Muhammad al-Toumy. 1991. Terj. Hassan Langgulung. Falsafah Pendidikan Islam. Shah Alam : Hizbi. Tantawi, Muhammad Sayyid. 1985. Al-Tafsir al-Wasit Li al-Quran al-Karim. Mesir : Dar al-Maarif. Wahbah al-Zuhaili. 1991. Al-Tafsir Al-Munir Fi Al-Aqidah Wa Al-Shari'ah Wa Al-Manhaj Fi Akhar Al-Kitab Fahrasah Al-Ghibaiyyah Shamilah. Lebanon : Dar Al-Fikr Al-Mu'asir. Wahbah al-Zuhaili, Muhammad Adnan Salim, Muhammad Bisami Rushdi al-Zain dan Muhammad Wahbi Sulaiman, al-Mausu'ah al-Quraniah Muyassarah, 2002. Damshiq : Dar al-Fikr. Al-Zahabi, Muhammad Hussien. 1995. al-Tafsir wa al-Mufassirun. Qahirah : Maktabah Wahbah. Zakiah Daradjat. 1988. Solat Menjadikan Hidup Bermakna. Jakarta: Yayasan Pendidikan Islam RUHAMA Zaki Mubarak, t.th. Akhlak Ind Al-Ghazali. Litaba'ah Wa al-Nashr.

Beirut : al-Maktabah al-'Asriyyah

165