PENGAJARAN KOLABORATIF - Sektor Pendidikan Islam JPN Kedah

59 downloads 264 Views 350KB Size Report
Dalam pengajaran kolaboratif, guru saling bergantungan untuk memberi ... Pengajaran Kolaboratif - satu sumber pembelajaran secara profesional.
PENGAJARAN KOLABORATIF O

l

e

h

Laila Hairani Bt Abdullah Sanggura Institut Perguruan Bahasa-Bahasa Antarabangsa Definisi- Pengajaran Kolaboratif 1. Satu urusan yang melibatkan (biasanya) dua orang guru yang bekerjasama secara kolaboratif di setiap peringkat pengajaran: merancang dan menyediakan rancangan pengajaran, melaksanakan dan menilai pencapaian aspek yang ditumpukan dalam mata pelajaran. (Sturman, 1992). 2. Pengajaran sebenar yang dilaksanakan secara kolaboratif oleh dua orang guru yang sama atau berbeza disiplin kepada sekumpulan pelajar dalam kelas yang sama pada waktu yang sama. Urusan pengajaran seperti ini menekankan perkongsian bersama agihan kuasa dan membuat keputusan antara guru-guru tersebut. (Nunan, 1992) 3. Dalam pengajaran kolaboratif, guru saling bergantungan untuk memberi dan menerima idea/maklumat, sokongan moral dan galakan apabila menghadapi kesukaran samada secara peribadi atau professional. (Hargreaves, 1995). 4. Kolaborasi meningkatkan keberkesanan dan kreativiti hasil dari cantuman buah fikiran dua orang yang digembelingkan.

5. Guru tidak bekerja secara bersendirian sebaliknya merujuk kepada satu sama lain untuk mendapatkan idea demi kemajuan atau penambahbaikan.

6. Pengajaran kolaboratif menggembelingkan kekuatan, keyakinan dan kepakaran guru-guru yang dapat membantu mereka menghadapi cabaran pembaharuan atau arus perubahan dengan lebih baik.

7. Pengajaran Kolaboratif - satu sumber pembelajaran secara profesional melalui rundingan persahabatan dan komen ikhlas dari rakan sejawat.

8. Kolaborasi antara guru merupakan satu mekanisme yang kuat untuk guru meninjau pandangan dan amalan pengajaran-pembelajaran masingmasing (Bailey,1996).

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 1

~

~

9. Perancangan Kolaboratif menggalakkan percambahan pemikiran yang kreatif dan produk yang dihasilkan bersama lebih baik mutunya dari yang dihasilkan sendirian.

10. Kolaborasi di dalam kelas memberi peluang untuk masing-masing memerhatikan ‘satu model’ yang sedang mengajar.

Faktor-faktor yang menentukan kejayaan Pengajaran Kolaboratif 1. Guru-guru perlu berkongsi prinsip falsafah pendidikan yang sama untuk memudahkan mereka berkomunikasi dan bersetuju akan nilai asas yang menentukan prestasi murid. 2. Guru digalakkan mencari sendiri pasangan/ahli yang sesuai untuk membentuk pakatan/pasukan bagi melaksanakan Pengajaran Kolaboratif. 3. Kejayaan sesuatu Pengajaran Kolaboratif bergantung kepada sejauhmana kesediaan setiap ahli memberi sumbangan kepada pasukan/pakatan tersebut. 4. Keperluan murid di sekolah merupakan asas utama untuk pembentukan pasukan Pengajaran Kolaboratif. 5. Penggemblingan sumber seperti kepakaran, minat, pengetahuan, kemahiran, pengalaman, personaliti dan masa setiap ahli dalam pasukan tenaga pengajar sangat penting khususnya dalam Pengajaran Kolaboratif pelbagai disiplin. 6. Kemudahan prasarana seperti ruang/bilik yang tersedia ada, alat teknikal, bahan pengajaran dan pembantu yang boleh digunakan untuk Pengajaran Kolaboratif perlu dipertimbangkan untuk menentukan keberkesanannya. 7. Pakatan kolaboratif memberi peluang kepada guru untuk membuat refleksi demi menggalakkan penilaian yang kritis dan mendalam tentang pedagogi masing-masing. 8. Wawasan yang terhasil dari refleksi dan penilaian yang berterusan menggalakkan perkembangan profesional diri. 9. Setiap ahli perlu memiliki kekuatan ego yang cukup kuat untuk meluahkan pendapat, fikiran atau perasaan agar dapat berbincang dengan pasangannya. 10. Kekuatan ego membolehkan seseorang mengenalpasti kelebihan, kemahiran dan kepakaran rakan sejawat tanpa rasa tergugat (Shannon and Meath-Lang, 1992). 11. Setiap ahli hendaklah berkongsi pendapat bahawa Pengajaran Kolaboratif boleh dilihat sama ada sebagai satu hubungan persahabatan atau satu perkahwinan yang saling melengkapkan.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~

2

~

Model Pengajaran Kolaboratif - Freudenstein (1991) Ada tiga bahagian utama dalam latihan pengajaran: 1. Pra-pengajaran – peringkat perancangan dan persediaan. 2. Pengajaran – peringkat persembahan dan pelaksanaan. 3. Pasca-pengajaran – peringkat penilaian dan pengubahsuaian

Diadaptasi dr Model Peng. Kolaboratif Freudenstein (1991)

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~

3

~

Rujukan. Bailey, F.(1996). The role of collaborative dialogue in teacher education. In D. Freeman & J.C. Richards (Eds.), pp. 260 –280. Cambridge: Cambridge University Press. e

a

c

h

e

r

l

e

a

r

n

i

n

g

i

n

l

a

n

g

u

a

g

e

t

e

a

c

h

i

n

g

.

T

Freudenstein, R.(1991). Issues and problems in primary education. In C. Kennedy & J. . (pp. 18-22). Walton-on-Thames: Nelson Jarvis (Eds.), in association with the Center for British Teachers. e

I

a

s

a

n

i

d

s

s

u

e

s

i

n

P

r

i

m

a

r

y

E

L

d

T

Hargreaves, A. (1995). Beyond collaboration: Critical teacher development in the . (pp. postmodern age. In J. Smyth (Ed.), 149-179). London: Cassell. r

i

t

i

c

a

l

i

C

Nunan, D. (1992). Cambridge University Press o

l

l

a

b

o

r

a

t

i

v

e

l

a

n

s

c

o

u

r

s

e

s

o

n

t

e

a

c

h

e

r

e

d

g

u

a

g

e

l

v

e

l

o

p

m

e

n

t

d

e

a

r

n

i

n

g

a

n

t

C

e

a

c

h

i

n

g

d

. Cambridge:

Shannon, N. B. & Meath-Lang, B. (1992). Collaborative language teaching: A coinvestigation In D. Nunan (Ed.), (pp.120-140). Cambridge: Cambridge University Press o

l

l

a

b

o

r

a

t

i

v

e

l

a

n

g

u

a

g

e

l

e

a

r

n

i

n

g

a

n

C

t

e

a

c

h

i

n

g

.

d

Sturman, P. (1992). Team teaching: a case study from Japan In D. Nunan . (pp. 141-161). Cambridge: Cambridge University Press. .

o

C

l

l

a

b

o

r

a

t

i

v

e

l

a

n

g

u

a

g

e

l

e

a

r

n

i

n

g

a

n

t

e

a

c

h

i

n

g

d

Suraya Sulyman.(1995). A Proposal For Team Collaborative Teaching Language Classrooms at Lower Secondary Level of Secondary Schools in Peninsular Malaysia, unpublished M.Ed dissertation, University of Warwick.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~

4

~

PEMBELAJARAN KOPERATIF Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan mengajar di mana murid bekerja bersama dalam kumpulan belajar yang kecil, membantu di antara satu sama lain untuk memenuhi kehendak tugasan individu atau kumpulan. Teknik-teknik dalam pembelajaran koperatif adalah sangat sesuai dalam kelas dengan pelbagai kebolehan kerana ia menggalakkan perasaan positif dengan saling menghargai, menyokong dan menghormati sesama murid. Beberapa orang sarjana terkemuka yang banyak menyumbangkan tenaga mereka terhadap pembelajaran koperatif ada Robert E. Slavin, Spencer Kagan dan Miguel Kagan, David W. Johnson dan Roger T. Johnson. Prinsip-prinsip asas pembelajaran koperatif ialah: Saling kebergantungan positif 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Kebertanggungjawaban individu Interaksi serentak Penglibatan saksama Interaksi bersemuka Kemahiran sosial Pemprosesan kumpulan.

1. Saling kebergantungan positif Bila terdapatnya saling bergantungan secara positif, ahli-ahli di dalam sesuatu kumpulan akan bekerjasama dalam cara yang dapat menyokong pembelajaran setiap ahli kumpulan. Ahli-ahli kumpulan juga akan merasa bahawa mereka memerlukan satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Lantas, setiap individu akan memastikan kumpulan mereka berjaya. Ada banyak cara seseorang guru dapat menstrukturkan pembelajaran yang berteraskan unsur saling bergantungan secara positif. Misalnya, penggunaan resos seperti lembaran kerja di mana 2 orang berkongsi untuk menyelesaikannya. Dalam kes ini, ia dikenali sebagai saling bergantungan resos secara positif. Di samping itu, bekerjasama untuk mencapai sesuatu sasaran yang merupakan suatu ganjaran seperti hadiah, sijil kejayaan, atau pun pujian guru. Saling bergantungan peranan secara positif pula merupakan situasi di mana setiap ahli dipertanggungjawabkan satu peranan dan mereka perlu sandar menyandar pada peranan setiap ahli untuk berjaya. Ini seterusnya membawa mesej bahawa kepimpinan dalam sesuatu kumpulan adalah dikongsi berdasarkan peranan masing-masing.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~

5

~

2. Kebertanggungjawaban individu Setiap ahli di dalam kumpulan bertanggungjawab untuk belajar dan menyumbang kepada tugasan/aktiviti kumpulan demi kejayaan kumpulan masing-masing. Setiap ahli disedarkan bahawa kejayaan diri mereka bergantung kepada ahli-ahli kumpulan yang lain dan dengan itu, akan memotivasikan mereka untuk memastikan setiap ahli mencapai prestasi yang baik. Ahli-ahli dalam kumpulan akan dipilih secara rawak untuk menjawab, menerang atau menghujah. Masing-masing dikehendaki untuk menduduki ujian perseorangan tanpa bantuan rakanrakan sekumpulan dan markahnya akan diambilkira untuk menentukan kejayaan kumpulannya. Interaksi serentak berlaku bila mana murid bekerja atau terlibat secara serentak dalam kumpulan koperatif mereka. Dalam kelas tradisional, interaksi seperti perbincangan atau persembahan berlaku secara tersusun. Dalam kelas koperatif, perbincangan boleh berlaku di dalam setiap kumpulan pada masa yang sama. Interaksi serentak mempertingkatkan penglibatan aktif setiap murid dan mempertingkatkan potensi belajar setiap murid.

3. Penglibatan saksama Dalam pembelajaran koperatif, mestilah ada penglibatan saksama, di mana semua murid mesti melibatkan diri secara saksama dan oleh itu setiap murid akan menjadi ahli kumpulan yang aktif dalam proses pembelajaran. Dalam kerja kumpulan yang lain, tidak ada cara untuk memastikan yang setiap murid mendapat peluang yang saksama untuk belajar.

4. Interaksi bersemuka Ahli-ahli kumpulan dapat berdialog atau berbincang dalam kedudukan yang berhampiran di antara satu sama lain dan menunjukkan persefahaman serta kemajuan. Kedudukan mata-bertentang-mata dapat memberangsangkan perkongsian idea, resos ataupun jawapan. Di samping itu, ia dapat juga memupuk semangat kekitaan dan seterusnya menggalakkan penglibatan aktif setiap ahli. Menurut Johnson, Johnson dan Holubec (1986) salah satu disiplin dalam kumpulan koperatif adalah memastikan ahli kumpulan berjumpa secara bersekemuka semasa bekerja untuk menyempurnakan tugasan dan meraikan kejayaan masingmasing.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~

6

~

5. Kemahiran Sosial Kemahiran-kemahiran yang terlibat di dalam pembelajaran koperatif seperti mengikut giliran, memberi galakan. mendengar, memberikan pertolongan dan meminta pertolongan dan pengelasan ataupun meminta penjelasan dalam nada serta intonasi yang menurut normanorma masyarakat, dan menyemak pemahaman bagi membolehkan kumpulan berfungsi secara efektif. Kemahiran ini akan memupuk ciri-ciri kepimpinan, kepercayaan, membuat keputusan dan lain-lain. Pelajarpelajar pendiam juga bermanfaat kerana mereka juga akan terus berusaha untuk mempelajari kemahiran sosial. Pemerolehan kemahiran sosial adalah penting dalam kejayaan hidup. Pelajar bukan sahaja perlu kemahiran sosial untuk pergi bekerja di tempat di mana saling bergantungan dan kerja berpasukan adalah amalan biasa.

6. Pemprosesan Kumpulan Ahli-ahli kumpulan akan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan kumpulan dari segi pencapaian matlamat. Di samping itu, mereka juga akan membuat refleksi tentang kumpulan masing-masing telah berfungsi dengan baik. Tambahan pula, mereka juga membuat cadangan supaya kumpulan tersebut akan berfungsi dengan lebih efektif lagi. Semasa pemerosesan kumpulan, ahli-ahli boleh mereflek secara individu tentang cara perfungsian atau perjalanan kumpulan meraka pada hari tersebut atau selepas mengakhiri sesuatu unit. Borang Penilaian Kendiri boleh digunakan untuk tujuan tersebut. Di samping itu, ahli-ahli juga harus digalakkan untuk mereflek secara berkumpulan.

7. Implikasi Pembelajaran Koperatif Antara implikasi utama pembelajaran koperatif boleh disenaraikan seperti berikut: a. b. c. d. e. f. g.

Meningkatkan prestasi akademik murid. Meningkatkan kemampuan pemikiran kritikal murid. Mengeratkan persahabatan yang positif. Meningkatkan kemahiran bergaul antara guru dan murid. Meningkatkan penyertaan murid dalam menyiapkan tugas. Meningkatkan motivasi murid untuk mencari ilmu pengetahuan. Mewujudkan semangat tolong menolong dan menghargai pendapat sesama murid.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~

7

~

h. Memperbaiki kefahaman dan sikap murid terhadap pembelajaran dan cara belajar yang berkesan.

Pembelajaran Koperatif harus diimplementasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan kecemerlangan. Keberkesanannya memang tidak dapat dipertikaikan. Ia bukan sahaja membentuk kerjasama di kalangan kumpulan malah memberi peluang menjernihkan proses pemikiran mereka.

RUJUKAN: Nota-nota yang dibekalkan oleh En. Norjoharuddeen Mohd Nor dan En. Ahmad Ramli , Fasilitator-Fasilitator RECSAM. Robert E. Slavin, Cooperative Learning: Theory, Research dan Practice, New Jersey. David W. Johnson, Roger T. Johnson, Learning Mathematics dan Cooperative Learning plans for Teachers.

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~

8

~

Banding & Beza Di Antara Pembelajaran Koperatif Dan Pembelajaran Kolaboratif

Pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan pembelajaran koperatif. Untuk mewujudkan bilik darjah kolaboratif, cara yang mudah adalah dengan menjalankan pembelajaran koperatif di mana guru dapat mengawal lebih banyak pembolehubah dalam kelas. Apabila pelajar-pelajar membiasakan diri dengan cara bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain untuk memperoleh ilmu, mereka akan berkembang untuk menjadi pelajar-pelajar kolaboratif. Jadual berikut merumuskan persamaan dan perbezaan pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif.

Persamaan Kolaboratif

Antara

Pembelajaran

Koperatif

dan

di

antara

Pembelajaran

1. Kedua-dua strategi mementingkan pembelajaran aktif. 2. Dalam kedua-dua situasi, guru berperanan sebagai fasilitator. 3. Dalam bilik darjah koperatif dan kolaboratif, pengajaran dan pembelajaran dialami oleh guru dan murid. 4. Kedua-dua strategi memantapkan kemahiran kognitif beraras tinggi. 5. Dalam kedua-dua situasi, pelajar dikehendaki memikul tanggungjawab atas pembelajaran diri sendiri. 6. Kedua-dua bentuk pembelajaran memerlukan pelajar menyampaikan idea dalam kumpulan kecil. 7. Kedua-duanya membangunkan kemahiran sosial dan pembinaan pasukan. 8. Kedua-dua pembelajaran telah menolong meningkatkan pengetahuan dan kejayaan pelajar . 9. Kedua-duanya menggunakan kepelbagaian kebolehan pelajar.

Sumber :

Matthews, Roberta S.; Cooper, James L.; Davidson, Neil; Hawkes, Peter. Building bridges between cooperative and collaborative learning

Perbezaan Kolabaratif

Antara

Pembelajaran

Koperatif

dan

Pembelajaran

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~

9

~

Bil

Dalam Pembelajaran Koperatif...

Dalam Pembelajaran Kolaboratif

Pelajar menerima latihan dalam kemahiran berkumpulan dan sosial.

Adalah dipercayai bahawa pelajar telah memiliki kemahiran sosial yang dikehendaki. Mereka dikehendaki membangunkan kemahiran sedia ada untuk mencapai matlamat pembelajaran

Aktiviti distrukturkan di mana setiap pelajar memainkan peranan spesifik.

Pelajar-pelajar merunding dan meng-organisasi usaha sendiri.

Guru memantau, mendengar dan mencampur tangan kegiatan kumpulan jika perlu.

Aktiviti kumpulan dipantau oleh guru. Jika timbul persoalan, soalan itu dijawab oleh kumpulan itu sendiri. Guru cuma membimbing pelajar ke arah penyelesaian persoalan.

4

Pelajar dikehendaki menghantar kerja di akhir pelajaran untuk dinilai.

Pelajar menyimpan draf untuk kerja-kerja lanjutan.

5

Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan dengan dibimbing oleh guru.

Pelajar-pelajar menilai prestasi individu dan kumpulan tanpa dibimbing oleh guru

1

2

3

kerja

Sumber Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS. Maktab Perguruan Sandakan Beg Berkunci No. 31, 90009 Sandakan, Sabah. Tel: 089-218610 Faks: 089-213814 13 Mei 2000 http://www.teachersrock.net

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 1

~

0

~

Contoh Rancangan Mengajar Secara Kolaboratif Tahun 4 Bagi Sekolah-Sekolah Program j-QAF Asuhan Tilawah al-Quran

Persediaan sebelum mengajar. Guru pendidikan Islam ( GPI ) dan guru j-QAF bersama-sama merancang mengenai tajuk pelajaran yang akan diajar. GPI dan guru j-QAF bersama-sama berbincang untuk menyediakan BBM mengikut kesesuaian yang akan diajar. Guru j-QAF hedaklah menyediakan persediaan mengajar yang sama berdasarkan persediaan mengajar GPI 1. 2. 3. 4.

Bidang Isi Pelajaran Masa Fokus Pemikiran Amalan

Penghayatan

: : : :

Asuhan Tilawah al-Quran Memahami Surah al-Maun ayat 1-3 60 minit

:

Memahami makna, isi penting dan pengajaran surah al-maun. : Meningkatkan amalan baik terhadap anak yatim, fakir miskin untuk bertaqwa kepada Allah.. : Sentiasa mentaati perintah Allah S.W.T. dan mensyukuri nikmatnya

Prinsip Islam Hadhari : i. Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah ii. Penguasaan ilmu pengetahuan iii. Kehidupan berkualiti. 5. Hasil pembelajaran : 6. Di akhir pelajaran murid dapat : Aras 1

:

Aras 2

:

Aras 3

:

memahami maksud ayat dari surah al-Maun secara Keseluruhan menyatakan perkara penting yang terdapat di dalam surah al-Maun. Menghuraikan isi kandungan surah alMaun Menyatakan pengajaran ayat dari surah al-Maun

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 1

~

1

~

7. Kaedah 6.1 Penerangan . 6.2 Perbincangan kumpulan. 6.3 Sumbang saran 6.4 Kajian masa depan (usaha pengetahuan)

meningkatkan

kemahiran

/ilmu

8. Sumber pengajaran dan pembelajaran : 1.1 LCD 2.2 Carta ayat dan terjemahan 3.3 Gambar berkaitan anak yatim 4.4 VCD surah dan pengertiannya 9. Persediaan guru GPI / j-QAF : 1.1 LCD dalam Power Point / gambar 2.2 Lembaran kerja 3.3 Gambar yang berkaitan 10. Pengetahuan sedia ada : Murid boleh membaca ayat dari surah al-Maun yang telah dipelajarinya 11. Strategi pengajaran dan pembelajaran ( Lampiran )

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 1

~

2

~

Contoh : Rancangan Pelajaran Harian ( Asuhan Tilawah Al-Quran Tahun 4)

Aktiviti P & P Masa

Kandungan

Aktivit murid Guru A

Pendahuluan ( 2 minit )

Set Induksi ( 3 minit )

Catatan

Guru B

Memberi salam Bacaan Doa

Guru masuk ke kelas dan memberi salam kepada murid. Guru membimbing murid membaca doa.

Guru berdiri mengikut kesesuaian tempat. Membantu membetulkan bacaan doa murid-murid dan adab ketika berdoa.

Murid menjawab salam guru. Murid membaca doa.

Gambar anak yatim dan fakir miskin

Bersoal jawab berkaitan gambar Ini gambar apa?

Guru menayangkan gambar anak yatim dan fakir miskin

Murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru

3

~

~

1

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

Aktiviti P & P Masa

Kandungan

Aktivit murid Guru A

Catatan

Guru B

Aras 1

Langkah 1

Pengenalan surah  Nama surah  Tempat diturunkan  Sebab diturun-kan

( 15 minit ) Memahami maksud ayat dari surah alMaun ayat 1-3

Guru memberi penerangan pengenalan surah maksud ayat dari surah Maun (1-3) Guru bersoal jawab kepada murid tentang maksud ayat 1-3 surah al-Maun Contoh soalan i.

Siapakah orang yang mendustakan agama? ii. Nyatakan hukum orang yang tidak me membantu anak yatim iii. Siapakah yang dikatakan anak yatim?

Guru B membantu guru A memapar-kan perkara yang ditayang-kan di LCD berkaitan dengan maksud ayat 1-3 surah alMaun. Guru B membantu guru A mem-bimbing murid menjawab soalan. Guru B membantu men-catat jawapan murid di papan hitam

Murid mendengar penerangan guru dengan teliti Murid mencatat jawapan Murid bertanya dan menjawab soalan guru mengikut arahan

LCD guru sebagai fasilitator

4

~

~

1

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

Aktiviti P & P Masa

Kandungan

Aktivit murid Guru A

Catatan

Guru B

Aras 2 Menyenaraikan perkara penting yang terdapat di dalam surah al-Maun.

Guru menerangkan isi-isi penting berdasar kepada paparan LCD : Bersoal jawab KBKK

Langkah 2 ( 15 minit )

Cara berbuat baik terhadap anak yatim dan orang miskin

Contoh : i. Istilah “ yatim” ii. Maksud “ miskin” iii. maksud “ yang mendustakan agama” Penilaian i.

Guru B membantu memaparkan LCD isi berkaitan

Murid menjawab soalan guru.

Guru B mengawasi muridmurid

Murid memaparkan kad imbasan (jawapan) atau memaparkan Murid menjawab soalan guru

Guru B mengedarkan kad imbasan yang berkaitan dengan isi pelajaran

LCD Kad imbasan

Apakah maksud anak yatim dan orang miskin

5

~

~

1

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

Aktiviti P & P Masa

Kandungan

Aktivit murid Guru A

ii.

Catatan

Guru B

Nyatakan contoh “ orang yang mendustakan agama” Guru memperbaiki jawapan murid

Langkah 3

Huraian isi kandungan surah al-Maun ayat 1-3

(20 minit ) Peranan kita terhadap anak yatim dan miskin Golongan yang mendustakan agama

Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan

Guru mengarahkan murid berbincang: i.

Peranan terhadap anak yatim dan orang miskin

Guru B membantu membimbing dalam sessi perbincangan

Guru B mengedarkan kertas peta minda sepada setiap murid.

Murid berbincang isi kandungan surah al-Maun ayat 1-2

Lembaran kerja

Mengikut arahan guru melengkapkan peta minda

6

~

~

1

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

Aktiviti P & P Masa

Kandungan

Aktivit murid Guru A ii.

Catatan

Guru B

Guru mengarahkan setiap kumpulan untuk melengkapkan peta minda yang diedarkan.

Mengawasi dan membimbing murid melengkapkan peta minda.

Contoh peta minda Nama Surah

Jumlah Ayat

Surah al-Maun

Tempat turun surah

~

~

7

1

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

Aktiviti P & P Masa

Kandungan

Aktivit murid Guru A

Catatan

Guru B

Isi kandungan surah.

Guru B mengawasi murid semasa perbincangan.

Murid melengkapkan peta minda.

Contoh Guru B mencatatkan jawapan murid dipapan hitam.

Wakil kumpulan membaca hasil perbincangan mereka.





















Senaraikan golongan yang mendustakan agama

Guru membantu kumpulan menampal peta minda mereka di dinding dalam kelas mereka.

Murid menjawab soalan yang dikemukan oleh guru

8

~

~

1

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

Aktiviti P & P Masa

Kandungan

Aktivit murid Guru A

Guru mengarahkan setiap wakil setiap kumpulan untuk menampalkan peta minda mereka di dinding pada tempat yang telah ditentukan di dalam kelas mereka

Catatan

Guru B

Guru memastikan juga supaya murid mematuhi arahan.

Guru membantu menyoal murid soalan yang berkaitan

Penilaian (Guru menyoal murid)  Siapakah mereka yang digolongkan sebagai “ yang mendustakan agama”?

9

~

~

1

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

Aktiviti P & P Masa

Kandungan

Aktivit murid Guru A

Rumusan dan Penilaian

Penutup ( 5 minit )

Guru mengingatkan murid supaya mengamalkan sifat mahmudah dan menjauhi sifat mazmumah

Guru juga menasihati murid supaya mengamalkan isi pelajaran ayat 1-3 surah al-Maun

Catatan

Guru B

Guru B bersama guru A menasihati murid supaya mengamal-kan tingkah laku yang baik ketika bersama anak yatim dan fakir miskin

Mendengar nasihat guru dengar teliti

0

~

~

2

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

Contoh Rancangan Mengajar Secara Kolaboratif Tahun 2 Bagi Sekolah-Sekolah Program j-QAF Asas Ulum Syari’ah ( Ibadah ) 1.

Persediaan sebelum mengajar. Guru pendidikan islam ( GPI ) dan guru j-QAF bersama-sama merancang mengenai tajuk pelajaran yang akan diajar. GPI dan guru j-QAF bersama-sama berbincang untuk menyediakan BBM mengikut kesesuaian yang akan diajar. Guru j-QAF hedaklah menyediakan persediaan mengajar yang sama berdasarkan persediaan mengajar GPI

2. 3. 4. 5.

Bidang : Asas Ulum Syar'iah ( Ibadah ) Isi pelajaran : Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah Masa : 30 minit Fokus 5.1 Pemikiran : murid mengetahui dan memahami fardhu ain dan fardhu kifayah. 5.2 Amalan : mengamalkan fardhu ain dan fardhu kifayah 5.3 Penghayatan : murid mengaplikasikan dalam kehidupan seharian 5.4 Prinsip Islam Hadhari : Pembangunan ekonomi yang seimbang dan konprehensif (v) Penguasaan ilmu pengetahuan ( iv ) . Kekuatan pertahanan ( x ) .

6.

Hasil pembelajaran : Diakhir pelajaran murid dapat : Aras 1 : menyatakan fardhu ain dan fardhu kifayah Aras 2 : menjelaskan contoh-contoh fardhu ain dan fardhu kifayah Aras 3 : menyatakan perbezaan erti fardhu ain adan fardhu kifayah

7.

Kaedah : Penerangan. Sumbang saran. Perbincangan. Simulasi

8.

Sumber pengajaran dan pembelajaran : LCD Lembaran kerja Carta Carta gambar yang berkaitan 9. Persediaan guru GPI / j-QAF : LCD dalam Power Point / gambar Gambar-gambar yang berkaitan dengan fardhu ain dan fardu kifayah. 10. Pengetahuan sedia ada : murid pernah melakukan amalan fardhu ain dan fardhu kifayah

11. Strategi pengajaran dan pembelajaran ( Lampiran ) Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 1

~

2

~

Contoh : Rancangan Pelajaran Harian ( Ibadah Tahun 2) Aktiviti P & P Masa

Kandungan

Aktivit murid Guru A

Mukadimah ( 2 minit )

Memberi salam Bacaan Doa

Langkah 1

Aras 1

( 5 minit ) Pengertian Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah

Guru masuk ke kelas dan memberi salam kepada murid.

Guru B Guru berdiri mengikut kesesuaian tempat.

Murid menjawab salam guru.

Guru membimbing murid membaca doa.

membantu membetulkan bacaan doa muridmurid dan adab ketika berdoa.

Murid membaca doa.

Guru memberi penerangan mengenai pengertian Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.

Guru menampal carta berkaitan pengertian Fardu Ain dan Fardhu Kifayah.

murid melihat carta yang dipamerkan.

Guru meminta murid membaca pengertian Fardu Ain dan Fardhu Kifayah berdasarkan carta secara kelas, kumpulan dan individu.

Memastikan setiap murid memberi tumpuan dan dapat membaca carta yang dipamerkan .

Membahagikan lembaran kerja kepada semua murid.

Catatan

Membantu guru A mengedar lembaran kerja dan membuat penilaian berdasarkan lembaran kerja yang diberikan kepada murid dan mengklafikasikan murid mengikut aras.

carta lembaran kerja

murid membaca carta secara kelas,kumpulan dan individu. murid menyiapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru.

2

~

~

2

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

Aktiviti P & P Masa

Kandungan

Aktivit murid Guru A

Aras 2 Contoh Fardhu Ain bentuk gambar  Solat  Puasa Langkah 2 ( 8 minit )

Guru membahagikan murid kepada kumpulan kecil mengikut aras. Guru bersoal jawab dengan murid mengenai contoh-contoh Fardhu Ain.

 Menuntut ilmu

Guru mempamerkan contoh-contoh Fardhu Ain melalui gambar.

 berbuat baik kepada ibubapa

Guru meminta murid mengklasifikasikan gambar-gambar Fardhu ain dan Fardhu Kifayah.

Contoh Fardhu kifayah bentuk gambar  Membersihkan kelas.  menolong rakan.

Guru meminta murid menyebut semula contoh-contoh mengikut kategori Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Membuat penilaian murid pada aras 2.

Catatan

Guru B Bersama membantu guru A dan murid untuk bergerak dalam kumpulan mengikut aras.

murid bergerak ke kumpulan masingmasing mengikut arahan guru.

Membantu menampal gambar di papan hitam.

Murid mendengar penerangan guru dengan teliti.

Memastikan murid memberi tumpuan terhadap pengajaran dan pembelajaran.

Murid berada di dalam kumpulan masing-masing selepas penilaian aras 1.

Membantu murid untuk menjawab soalan yang diberikan oleh guru A. Bersama guru A memberi penjelasan dan penerangan kepada murid dalam melakukan aktiviti murid secara berkumpulan. Bersama guru A membuat penilaian pada aras 2.

Murid berinteraksi dalam kumpulan masing-masing untuk menjalankan tugasan yang diberi oleh guru. Wakil kumpulan mem-bentang hasil kerja masingmasing.

LCD / Carta Bahan Maujud Simulasi contoh : membersihkan kelas dan memungut sampah Lembaran Kerja Penyediaan Alatan : Gunting dan gam.



Guru-guru saling bertukar peranan. Guru B mengambil alih peranan Guru A sebagai fasilitator utama dan Guru A menjadi pembantu kepada Guru B pada peringkat ini dan seterusnya.

3

~

~

2

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

Aktiviti P & P Masa

Kandungan

Aktivit murid Guru A

Langkah 3 ( 5 minit )

Perbezaan erti Fardhu ain dan Fardhu Kifayah

gambar

Guru menerangkan tentang perbezaan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Guru bersoaljawab dengan murid mengenai perbezaan Fardhu Ain / Fardhu Kifayah. Guru meminta murid menyebut semula tentang perbezaan Fardhu ain dan Fardhu Kifayah berdasarkan gambar.

Penilaian Penutup ( 5 minit )

Guru menasihati murid agar melaksanakan Fardhu ain dan Fardhu Kifayah di dalam kehidupan seharian. Guru membimbing dan mengawasi murid semasa menjawab lembaran kerja.

Catatan

Guru B Guru menampal ‘flash card’ yang menjelaskan tentang perbezaan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Bersama memastikan murid memberi tumpuan dan bersedia menjawab soalan. Membantu guru A menunjukkan gambar dan menggalakkan ransangan interaksi di antara guru dengan murid. Bersama Guru A mengedar-kan lembaran kerja kepada murid. Bersama guru A membimbing dan mengawasi murid menjawab lembaran kerja yang disediakan.

murid mendengar penerangan guru. murid memberi tindakbalas terhadap soalan guru. Murid di dalam kumpulan berbincang dengan soalan guru.

Gambar Fardhu Ain Solat murid sedang mengaji Gambar Fardu Kifayah membasuh kereta memungut sampah

mendengar nasihat guru. menjawab soalan melalui lembaran kerja yang disediakan.

4

~

~

2

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

Aktiviti P & P Masa

Kandungan

Aktivit murid Guru A

Pengukuhan Kem Bestari Solat

meminta dan membimbing murid membaca dalam ruku’.

Bacaan ruku’

Catatan

Guru B membantu murid menyebut dan membaca bacaan rukuk.

murid membaca bacaan ruku’.

Carta solat

5

~

~

2

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

Contoh Rancangan Pengajaran Kolaboratif Secara Koperatif Tahun 3 -Asas Ulum Syariah ( Aqidah )

Persediaan sebelum mengajar Guru Pendidikan Islam (GPI ) dan Guru j-QAF bersama-sama merancang mengenai tajuk pelajaran yang akan diajar. Guru Pendidikan Islam (GPI) dan Guru j-QAF bersama-sama berbincang untuk menyediakan bahan-bahan untuk mengajar (BBM) mengikut kesesuaian yang akan diajar. Guru j-QAF hendaklah menyediakan berdasarkan persediaan mengajar GPI .

persediaan

yang

sama

1. Bidang : Asas Ulum Syariah (Aqidah ) 2. Isi pengajaran : Beriman kepada Kitab 3. Masa : 30 minit 4. Fokus : Pemikiran - Murid mengetahui dan memahami tentang Rukun Iman. Amalan – Sentiasa membaca Al-Quran . Penghayatan – Mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Prinsip Asas Islam Hadhari :4.4.1 Keimanan dan ketakwaan kepada Allah. 4.4.2 Kehidupan berkualiti . 4.4.3. Penguasaan ilmu pengetahuan. 5. Hasil Pembelajaran: Aras 1. Menyatakan pengertian kitab Aras 2. Menjelaskan beriman kepada kitab Allah. Aras 3. Menyatakan kelebihan Al-Quran berbanding dengan kitab lain.

6. Kaedah-kaeadah : Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~

2

6

~

Penerangan Sumbangsaran Perbincangan

7. Sumber Pengajaran dan pembelajaran LCD Lembaran kerja Carta Kotak beracun Marker pen Kad imbasan

8. Persediaan Guru Pendidikan Islam (GPI) / j-QAF LCD Bahan maujud (Al-Quran )

9. Pengetahuan sedia ada- Murid telah mengetahui tentang Rukun Iman. 10. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran (Lampiran )

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~

2

7

~

Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Masa Mukadimah (2 minit)

Set Induksi (3 minit)

Kandungan Memberi salam Bacaan doa

Nasyid “Rukun Iman” Rukun Iman enam perkara Semua muslim wajib percaya Pertama Beriman Kepada Allah Kedua Beriman kepada malaikat Ketiga Beriman kepada Kitab Keempat Beriman kepada Rasul Kelima Beriman kepada Hari Qiamat Keenam Beriman Qadha’ dan Qadar

Pengalaman pembelajaran Murid

Guru A

Guru B

Guru masuk ke kelas dan memberi salam kepada murid.

Guru berdiri mengikut kesesuaian tempat.

Murid menjawab salam guru.

Guru membimbing murid membaca doa.

Membantu membetulkan bacaan doa murid-murid dan adab ketika berdoa.

Murid membaca doa.

Guru mengarahkan murid untuk mendengar dan menyanyikan nasyid “Rukun Iman” .

Memasang pita rakaman lagu tersebut dan memastikan pita rakaman lagu berjalan lancar.

Murid mendengar dan bernasyid bersama-sama.

Catatan

Pita rakaman

(Lagu P.RamleeRukun Islam)

8

~

~

2

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Masa

Kandungan

Langkah 1

Aras 1.

(5 minit)

Menyatakan pengertian Kitab Allah Menyebut kitab yang wajib diketahui. Soalan : Apakah ini? (Al-Quran)  Kitab Allah ialah kalam Allah yang diwahyukan kepada Rasulrasulnya. Contoh kitab: 1.

Taurat

2.

Injil

3.

Zabur

4.

Al-Quran

Guru A Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil (4-5 orang murid). Guru bertanya kepada murid sambil memegang Al-Quran di tangannya. “Apakah yang saya pegang ini?” “ Sebutkan namanama kitab Allah yang wajib diketahui”. Guru mengarahkan murid memberi maklumbalas kepada soalan secara lisan dan bergilir di dalam kumpulan.

Guru B Guru B membantu guru A membahagikan murid ke dalam beberapa kumpulan kecil supaya lebih licin dan teratur. Guru B membantu guru A mengawal selia murid melaksanakan aktiviti di dalam kumpulan seperti yang diarahkan. Guru boleh bertanya untuk menggalakkan cetusan idea di kalangan murid dan memberi bimbingan jika perlu. Guru memastikan setiap kumpulan melantik wakil untuk membentangkan pendapat kumpulan mereka.

Pengalaman pembelajaran Murid Murid bergerak dan membentuk kumpulan yang ditentukan.

Catatan Benda maujud “Al-Quran”

Murid saling bertanya dan menjawab soalan guru mengikut arahan serta giliran yang ditetapkan. Setiap kumpulan memilih seorang murid untuk mewakili mereka bagi menyampaikan maklumbalas kumpulan. Guru A dan guru B boleh membahagikan bilangan kumpulan untuk dikawal selia oleh mereka secara serentak.

9

~

~

2

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Masa

Kandungan

Guru A Contoh : Murid A bertanya kepada murid B “Apakah kamu selalu membaca Al-Quran?” Murid B menjawab dan bertanya semula kepada murid C dan murid C menjawab.

Guru B Setiap wakil kumpulan membentangkan maklumbalas kumpulan mereka.

Pengalaman pembelajaran Murid

Catatan

Contoh : Kumpulan yang berada di ruang hadapan kelas dikawal selia oleh guru A dan ruang di belakang kelas dikawal selia oleh guru B.

Seterusnya aktiviti bersoaljawab ini diteruskan kepada murid D dan kembali kepada murid A. Guru mengarahkan setiap kumpulan melantik seorang wakil untuk membentangkan secara lisan maklumbalas mereka kepada soalan yang dikemukakan.

0

~

~

3

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Masa

Kandungan

Guru A

Guru B

Pengalaman pembelajaran Murid

Catatan

Guru membantu guru B untuk memberi maklumbalas. Bimbingan atau membetulkan jawapan murid jika perlu. Langkah 2

Aras 2:

(5minit)

Menjelaskan beriman kepada Kitab Allah 1.

Allah telah menurun-kan kitab kepada Rasulrasulnya.

2.

Kitab Allah adalah wahyu yang menjadi panduan kepada manusia.

3.

Kitab Allah mengandungi aturan hidup yang benar.

Guru mengarah setiap murid dalam kumpulan untuk mengambil kotak beracun yang diberikan oleh guru. Murid yang mendapat kotak beracun itu akan membaca soalan yang terdapat di dalamnya. Wakil murid akan menjawab soalan yang terdapat di dalam kotak tersebut.

Guru menyelia atau memantau aktiviti permainan kotak beracun pada setiap kumpulan murid. Guru juga mengawasi murid supaya tidak berlaku perebutan dan pergaduhan semasa permainan ini dijalankan. Guru sentiasa mengawasi kumpulan murid .

Murid berada di dalam kumpulan masing-masing. Murid akan mengikut arahan guru . Sumbangsaran di antara ahli kumpulan.

Kotak berancun: Soalan yang berkaitan dengan isi kandungan buku teks. ∗ Guru-guru saling bertukar peranan (A dan B) .Guru B mengambil alih peranan guru A sebagai fasilitator utama dan

1

~

~

3

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Masa

Kandungan 4.

Manusia memerlukan kitab Allah kerana : Sebagai panduan untuk hidup sempurna. Manusia mempunyai kelemahan .

Guru A

Guru B

Pengalaman pembelajaran Murid

Catatan guru A menjadi pembantu kepada guru B pada peringkat ini dan seterusnya.

Kumpulan murid yang dapat menjawab soalan akan diberi markah oleh guru. Guru mengenalpasti kumpulan murid yang perlu diberi pemulihan atau pengayaan.

Permainan kotak beracun “Siapa cepat dia dapat” Langkah 3

Aras 3:

(5minit)

Menyatakan kelebihan Al-Quran berbanding dengan kitab-kitab lain. Isi : 1.

Al-Quran merupakan mukjizat teragung kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Guru membahagikan kertas kosong kepada setiap kumpulan murid.

Guru berperanan mengawasi murid di dalam setiap kumpulan.

Guru memaklumkan kepada setiap kumpulan untuk melengkapkan jadual aktiviti yang diberikan.

Guru mengenalpasti murid yang perlu diberi bimbingan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan.

Ketua kumpulan murid ber-peranan sebagai jurutulis bagi melengkapkan jadual tugasan yang diberikan. Murid-murid yang lain di dalam setiap kumpulan saling berbincang dan memberi idea.

Carta yang mengandungi kelebihan AlQuran. Kertas kosong/ majung Pensil warna Marker pen.

2

~

~

3

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Masa

Kandungan 2.

Allah memelihara AlQuran daripad penyelewengan sehingga hari kiamat.

3.

Syariat di dalamnya untuk seluruh manusia.

4.

Al-Quran memansuhkan syariat yang terdapat di dalam kitab Allah sebelumnya.

5.

Al-Quran menjadi penawar kepada penyakit. Aktiviti “melengkapkan jadual”.

Guru A Guru mengarahkan murid berbincang dalam kumpulan masing-masing untuk mencari jawapan berpandukan carta yang dipaparkan di papan hitam.

Guru B Guru memastikan setiap kumpulan murid dapat menyelesaikan tugasan yang diberi mengikut masa yang ditetapkan.

Pengalaman pembelajaran Murid

Catatan

Setiap murid di dalam kumpulan bekerjasama untuk melengkapkan dan menceriakan tugasan.

Kumpulan yang dapat menghasilkan tugasan yang diberikan dengan lengkap, kemas dan dipamerkan di dalam kelas. Guru mengarahkan wakil kumpulan untuk membentangkan hasil tugasan. Guru membuat penilaian.

3

~

~

3

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

Cadangan Pengalaman Dan Pembelajaran Masa

Kandungan

Penutup

Rumusan dan penilaian.

(5minit)

Beriman kepada Kitab Allah. Pengertian kitab-kitab yang wajib diketahui. Kelebihan Al-Quran.

(5 minit)

Pengukuhan : Kem Bestari SolatBacaan Tahiyyat Awal

Guru A Guru meminta murid menyatakan semula tentang nama-nama kitab yang wajib diketahui. Guru menasihati murid supaya sentiasa membaca Al-Quran dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran. Guru meminta dan membimbing murid membaca tahiyyat awal.

Guru B Bersama guru A berperanan untuk memastikan murid menjawab sama ada secara kelas,kumpulan dan individu. Memastikan agar murid member i maklumbalas di atas soalan guru. Membantu murid menyebut dan membaca bacaan tahiyyat awal.

Pengalaman pembelajaran Murid

Catatan

Murid berserdia menjawab semua soalan yang diberikan oleh guru. Mendengar nasihat guru dengan tenang dan istiqamah.

Murid membaca tahiyyat awal dengan betul dan lancar.

Carta tahiyyat awal.

4

~

~

3

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008

Buku Panduan Kursus Pemantapan Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam KBSR 2008 ~

3

5

~