PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA .....
digoda oleh pasangan mereka atau tekanan pergaulan bebas menjebakkan ...
PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA ISLAM: KAJIAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN, UTM
NURUL HUDA BINTI ABD RAZAK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦ JUDUL :
PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA ISLAM: KAJIAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN, UTM SESI PENGAJIAN : 2010/2011
Saya
NURUL HUDA BINTI ABD RAZAK (HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( √ )
√
SULIT
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Alamat Tetap:
KAMPUNG BERIS PANCHOR, 16020, TAWANG, BACHOK, KELANTAN DARUL NAIM. TEL : 013-7318093
USTAZ ABDULLAH BIN SULONG
Tarikh: 11 Mei 2011
Tarikh: 11 Mei 2011
CATATAN :
* **
♦
Nama Penyelia
Potong yang mana tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
i
“ Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam) ”.
Tandatangan : .......................................... Nama Penyelia : USTAZ ABDULLAH BIN SULONG Tarikh : 11 MEI 2011
ii
PENGARUH INTERNET TERHADAP KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA ISLAM: KAJIAN DI KALANGAN PELAJAR TAHUN 4 FAKULTI PENDIDIKAN, UTM
NURUL HUDA BINTI ABD RAZAK
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Pengajian Islam)
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
MEI, 2011
iii
“ Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya ”.
Tandatangan : ............................................................... Nama Penulis : NURUL HUDA BINTI ABD RAZAK Tarikh : 11 MEI 2011
iv Dedikasi
Tuhanku Sesungguhnya solatku, amalanku, hidupku dan matiku, segalanya hanya untuk-MU. Nabi Muhammad Semoga ketabahan dan kesabaranmu menjadi peganganku, Aku redha dengan segala suruhanmu. Ma dan Abah Tercinta Terima kasih yang tidak terhingga atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan selama ini. Sesungguhnya jasa kalian tidak terbalas. Ketahuilah diri ini begitu menyayangi kalian, ku pohon restu dari kalian untuk meneruskan perjuangan di bumi Allah ini. Kakakku, abangku, abang iparku dan kakak iparku Zaini, Mohd Riduan, Syed Azwan, dan Fadiah Terima kasih atas bantuan, dorongan dan sokongan kalian, Menjadi kekuatan dan semangatku untuk aku meneruskan perjuangan ini. Adik-adik ku, Mohd Ikram dan Nurul Jannah, Semoga kalian menjadi mata rantai perjuangan Islam. Teruskan perjuangan. Penyelia yang dikagumi Buat Ustaz Abdullah Sulong, syukran jazilan Atas tunjuk ajar yang diberikan, Sahabat-sahabat seperjuangan Segala kenangan bersama akan tetap terpahat kukuh dalam sanubariku buat selama-lamanya semoga ukhuwwah ini berkekalan selamanya.
v
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran yang tidak terkira pada-Mu Ya Allah kerana dengan limpah dan inayah-Mu diriku masih dikurniakan nikmat iman dan Islam serta diberi kesempatan, peluang dan kemudahan bagi menjalankan Projek Sarjana Muda (PSM) dengan jayanya. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda serta para sahabat yang bertungkus lumus menegakkan Islam hingga adanya apa yang kita lihat sekarang.
Jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat al-Fadhil Ustaz Abdullah Bin Sulong, selaku penyelia PSM yang banyak membantu serta tidak jemu-jemu memberi bimbingan, nasihat dan dorongan sepanjang tempoh ini bagi memastikan PSM yang dijalankan dapat disempurnakan dengan baik. Sekalung penghargaan juga buat semua pensyarah FTI, UTM dan FP, UTM, atas segala curahan ilmu dan didikan yang diberikan buat diri yang dhaif ini.
Tidak dilupakan buat ibu bapa dan ahli keluarga tercinta serta rakan-rakan seperjuangan yang banyak memberi dorongan, kata-kata semangat serta bantuan. Jasa kalian amat dihargai. Didoakan agar ukhuwah yang dibina berkekalan selamanya. Semoga kita sama-sama beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.
Juga penghargaan ditujukan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini. Semoga Allah SWT membalas segala jasa mereka. Wallahu a'lam.
vi
ABSTRAK
Keruntuhan akhlak yang melanda sesetengah remaja Islam semakin meruncing pada masa kini. Pelbagai faktor yang menyebabkan berlakunya perkara ini. Kajian ini merupakan satu tinjauan khusus mengenai persepsi mahasiswa Fakulti Pendidikan terhadap internet, hubungan dan pengaruh Facebook, Youtube dan Blog terhadap keruntuhan akhlak remaja Islam. Responden bagi kajian ini adalah pelajar tahun 4 Fakulti Pendidikan, UTM sesi 2010/2011 yang terdiri daripada kursus SPI, SPK, SPS, SPM, SPC, SPJ, dan SPL iaitu seramai 78 orang pelajar. Set soal selidik yang mengandungi 48 item telah diedarkan kepada responden dan dianalisis secara deskriptif untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min serta dianalisis secara inferensi dengan menggunakan korelasi Pearson dan regrasi untuk melihat hubungan dan pengaruh Facebook, Youtube dan Blog terhadap keruntuhan akhlak remaja Islam.dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science version 15.0 for Windows. Hasil kajian rintis menunjukkan nilai Cronbach’s Alpha = 0.836. Hasil kajian menunjukkan min bagi persepsi mahasiswa terhadap internet ialah 4.03. Manakala analisis korelasi yang diperolehi menunjukkan Youtube mempunyai hubungan yang sederhana dengan keruntuhan akhlak remaja Islam dengan nilai r = 0.490. Faktor Facebook (r = 0.265) dan Blog (r = 0.255) mempunyai hubungan yang lemah dengan keruntuhan akhlak remaja Islam. Kajian regresi pula menunjukkan hanya faktor Youtube (r² = 0.240) yang mempunyai pengaruh dengan keruntuhan akhlak remaja Islam, manakala faktor Facebook (r² = 0.070) dan Blog (r² = 0.065) tidak mempunyai pengaruh terhadapnya. Beberapa cadangan dikemukakan bagi penambahbaikan hasil daripada rumusan kajian.
vii
ABSTRACT
Nowadays, it can be seen that moral decadence that occurs among Islamic youth has aggravated significantly. There are various factors that have caused the occurrence of this matter. This study is a survey done specifically to find the perception of students from the Faculty of Education on internet, the relationship and influence of Facebook, Youtube and Blogs to the moral decline among Islamic Youth. Respondents of this study are fourth year students from the Faculty of Education, UTM session 2010/2011 which consists of SPI, SPK, SPS, SPM, SPC, SPJ and SPL and include 78 students as respondents. A set of questionnaire which contains 48 items were distributed to the respondents and were analyzed by using the descriptive method to find the frequency value, percentage and mean value and also were analyzed by using Pearson correlation and regression to see the correlation between the use of Facebook, Youtube and Blog and the moral decline among Islamic youth using the Statistical Package Software for Social Science version 15.0 for Windows. Results from pilot study indicates that Cronbach’s alpha value = 0.836. Survey results show that the mean value for students’ perception on internet is 4.03. While correlation analysis that has been acquired shows that Youtube has average correlation with the Islamic youth moral decline with r value = 0.490. Facebook factor (r = 0.265) and Blog (r = 0.255) show weak correlation with Islamic youth moral decline. On the other hand, regression study shows only Youtube factor (r² = 0.240) contributes to Islamic youth moral decline, while Facebook factor (r² = 0.070) and Blog (r² = 0.065) give no effect to it. Some suggestions have been proposed for improvement based on the conclusion deduced from the study.
viii
ISI KANDUNGAN
BAB
PERKARA
HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
BAB 1
PENGESAHAN
i
JUDUL
ii
PENGAKUAN
iii
DEDIKASI
iv
PENGHARGAAN
v
ABSTRAK
vi
ABSTRACT
vii
ISI KANDUNGAN
viii
SENARAI JADUAL
xiii
SENARAI AYAT AL-QURAN
xvi
SENARAI HADIS
xvii
SENARAI SINGKATAN
xviii
SENARAI SIMBOL
xx
PENGENALAN 1.1 Pendahuluan
1
1.2 Latar Belakang Masalah
3
1.3 Pernyataan Masalah
6
ix
1.4
Objektif Kajian
9
1.5
Persoalan Kajian
9
1.6
Hipotesis Kajian
10
1.7
Kepentingan Kajian
10
1.8
Batasan Atau Skop Kajian
11
1.9
Definisi Istilah
12
1.9.1 Internet
12
1.9.2 Persepsi
12
1.9.3 Pengaruh
13
1.9.4 Keruntuhan
13
1.9.5 Akhlak
14
1.9.6 Remaja
14
1.10 Kesimpulan
BAB II
14
SOROTAN KAJIAN
2.1
Pendahuluan
16
2.2
Kepentingan Internet Pada Masa Kini
17
2.3
Faktor-Faktor Dalam Internet Yang Mempengaruhi Keruntuhan Akhlak
2.4
Remaja Islam
18
2.3.1 Facebook
20
2.3.2 Youtube
24
2.3.3 Blog
25
Masalah Keruntuhan Akhlak Remaja Islam Pada Masa Kini
28
2.5
Kajian Lepas
30
2.6
Kesimpulan
32
x
BAB III
BAB IV
METODOLOGI KAJIAN
3.1
Pendahuluan
34
3.2
Reka Bentuk Kajian
35
3.3
Tempat Kajian
35
3.4
Populasi Kajian Dan Sample Kajian
36
3.5
Instrumen Kajian
37
3.5.1 Data Primer
37
3.5.2 Data Sekunder
40
3.6
Kaedah Pengumpulan Data
40
3.7
Kajian Rintis
41
3.8
Kajian Sebenar
42
3.9
Analisis Data
42
3.10 Jangka Masa Kajian
45
3.11 Kesimpulan
46
ANALISIS DATA
4.1
Pengenalan
47
4.2
Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden
49
4.2.1 Latar Belakang Responden Mengikut Jantina
4.2.2 Latar Belakang Responden Mengikut Umur
49 50
4.2.3 Latar Belakang Responden Mengikut Status Perkahwinan
51
4.2.4 Latar Belakang Responden Mengikut Kursus
51
4.2.5 Latar Belakang Responden Mengikut Sekolah Terdahulu
52
xi
4.3
Bahagian B: Analisis Deskriptif
53
4.3.1 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi Masalah Keruntuhan Akhlak Remaja Islam Pada Masa Kini
53
4.3.2 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi Persepsi Mahasiswa Terhadap internet
61
4.3.3 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi Faktor Keruntuhan Akhlak: Facebook
67
4.3.4 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi Faktor Keruntuhan Akhlak: Youtube
72
4.3.5 Analisis Kekerapan, Peratusan Dan Min Bagi Faktor Keruntuhan Akhlak: Blog
4.4
BAB V
Analisis Inferensi
77
81
4.4.1 Analisis Korelasi
82
4.4.2 Analisis Regrasi
85
4.5
Analisis Keseluruhan
87
4.6
Kesimpulan
89
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1
Pengenalan
90
5.2
Perbincangan
90
5.2.1 Maklumat Latar Belakang Responden
91
5.2.2 Masalah keruntuhan Akhlak Remaja Islam Pada Masa Kini
92
5.2.3 Persepsi Mahasiswa Terhadap Internet
96
5.2.4 Faktor Keruntuhan Akhlak
98
i. Youtube
98
ii. Facebook
100
iii. Blog
101
xii
5.3
5.2.5 Analisis Inferensi
103
Rumusan
104
5.3.1 Melihat Persepsi Mahasiswa Terhadap Internet
105
5.3.2 Hubungan Facebook, Youtube Dan Blog Menyumbang Kepada Keruntuhan Akhlak
105
5.3.3 Pengaruh Internet Seperti Facebook, Youtube Dan Blog Terhadap Masalah Keruntuhan Akhlak Remaja Islam 5.4
Cadangan
105 106
5.4.1 Membuat Satu Perisian Untuk Memantau Dan Menyekat video-video yang tidak bermoral dari dilihat atau dimuat naik oleh sesiapa sahaja
106
5.4.2 Mewujudkan Undang-undang Khas Untuk Mencegah Penyalahgunaan Internet Facebook 5.4.3 Menguatkuasakan Undang-Undang
107
5.5
Cadangan Lanjutan Kajian
108
5.6
Kesimpulan
109
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
107
110
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
TAJUK
HALAMAN
1.1
Kes anak luar nikah Melayu
4
3.1
Jumlah populasi yang terlibat dalam kajian
36
3.2
Spesifikasi item soal selidik
38
3.3
Maklumat setiap bahagian, jenis konstruk dan jumlah item dalam soal selidik
39
3.4
Pengkelasan skala Likert
39
3.5
Pengkelasan maklum balas
40
3.6
Penggunaan kaedah statistik mengikut pecahan objektif kajian
43
3.7
Nilai skor min
43
3.8
Klasifikasi kekuatan korelasi
44
4.1
Taburan Responden Mengikut Jantina
49
4.2
Taburan Responden Mengikut Umur
50
4.3
Taburan Responden Mengikut Status Perkahwinan
51
4.4
Taburan Responden Mengikut Kursus
51
4.5
Taburan Responden Mengikut Sekolah Terdahulu
52
4.6
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 1
53
4.7
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 2
54
4.8
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 3
55
4.9
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 4
55
4.10
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 5
56
4.11
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 6
56
xiv
4.12
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 7
57
4.13
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 8
57
4.14
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 9
58
4.15
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 10
58
4.16
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 11
59
4.17
Taburan Min Keseluruhan Bagi Masalah Keruntuhan Akhlak Remaja Islam Pada Masa Kini
60
4.18
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 12
61
4.19
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 13
61
4.20
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 14
62
4.21
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 15
62
4.22
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 16
63
4.23
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 17
63
4.24
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 18
64
4.25
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 19
64
4.26
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 20
65
4.27
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 21
65
4.28
Taburan Min Keseluruhan Bagi Persepsi Mahasiswa Terhadap internet
66
4.29
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 22
67
4.30
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 23
67
4.31
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 24
68
4.32
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 25
68
4.33
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 26
69
4.34
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 27
70
4.35
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 28
70
4.36
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 29
71
4.37
Taburan Min Keseluruhan Bagi Faktor Keruntuhan Akhlak: Facebook
71
4.38
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 30
72
4.39
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 31
73
4.40
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 32
73
4.41
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 33
74
4.42
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 34
74
xv
4.43
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 35
75
4.44
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 36
75
4.45
Taburan Min Keseluruhan Bagi Faktor Keruntuhan Akhlak: Youtube
76
4.46
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 37
77
4.47
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 38
77
4.48
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 39
78
4.49
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 40
79
4.50
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 41
79
4.51
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 42
80
4.52
Taburan kekerapan, peratusan dan min bagi item 43
80
4.53
Taburan Min Keseluruhan Bagi Faktor Keruntuhan Akhlak: Blog
4.54
Hubungan Antara Faktor Facebook Terhadap Keruntuhan Akhlak Remaja Islam
4.55
86
Pengaruh Antara Faktor Youtube Dengan Keruntuhan Akhlak Remaja Islam
4.60
85
Pengaruh Antara Faktor Facebook Dengan Keruntuhan Akhlak Remaja Islam
4.59
84
Pengaruh Antara Facebook, Youtube dan Blog Dengan keruntuhan akhlak Remaja Islam
4.58
83
Hubungan Antara Keruntuhan Akhlak Remaja Islam Dengan Faktor Blog
4.57
82
Hubungan Antara Faktor Youtube Terhadap Keruntuhan Akhlak Remaja Islam
4.56
81
86
Pengaruh Antara Faktor Blog Dengan Keruntuhan Akhlak Remaja Islam
86
4.61
Nilai Min Bagi Keseluruhan Konstruk Item
87
4.62
Keputusan Korelasi
88
4.63
Keputusan Regrasi
88
xvi
SENARAI AYAT AL-QURAN
SURAH
HALAMAN
Al-Ahzab
3
Al-Ankabut
7
Ali-‘Imran
23
Adz-Dzariyat
23
Al-Isra’
93
Adz-Dzariyat
95
Ali-‘Imran
95
An-Nisa’
96
Al-Hadid
99
Al-‘Asr
101
xvii
SENARAI HADIS
HADIS RIWAYAT
HALAMAN
Tirmizi
7
Bukhari
22
xviii
SENARAI SINGKATAN
AADK
Agensi Anti Dadah Kebangsaan
Bil.
Bilangan
e-mel
Elektronik Mel
FP
Fakulti Pendidikan
FGHT
Fakulti Geoinformasi dan HartaTanah
FTI
Fakulti Tamadun Islam
Ha
Hipotesis alternatif
Ho
Hipotesis nol
IRC
Internet Relay Chat
JAIM
Jabatan Agama Islam Melaka
JPN
Jabatan Pendaftaran Negara
JKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat
KS
Kurang Setuju
SAM
Syarikat Air Melaka
SAW
Sallallahu ’Alaihi Wasallam
Sig.
Significant
SPSS
Statistical Package for Social Science
SPC
Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Kimia)
SPI
Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Pengajian Islam)
SPJ
Sarjana Muda Teknologi dan Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)
SPK
Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
SPL
Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Tesl)
SPM
Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Matematik)
SPS
Sarjana Muda Sains dan serta Pendidikan (Sains Sukan)
xix
S
Setuju
SS
Sangat Setuju
STS
Sangat Tidak Setuju
SWT
Subhanahu Wa Ta’ala
ICT
Information and Communication Technology
IPT
Institut Pengajian Tinggi
PDRM
Polis Diraja Malaysia
TS
Tidak Setuju
UPM
Universiti Putra Malaysia
UTM
Universiti Teknologi Malaysia
xx
SENARAI SIMBOL
%
Peratus
n
Saiz Sample
r
Korelasi
r²
Regrasi
x
Pemboleh ubah bebas
y
Pemboleh ubah bersandar
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Perkembangan penggunaan internet semakin meluas seiring dengan kemajuan sesebuah negara. Perkembangan ini menyebabkan internet tidak asing lagi di kalangan masyarakat. Bukan hanya masyarakat bandar, masyarakat desa pun sudah pandai menggunakan internet. Ini menjadikan rangkaian tanpa sempadan ini menjadi semakin penting kepada masyarakat untuk memudahkan urusan. Seluruh masyarakat di setiap pelusuk dunia menjadikan internet sebagai alat untuk memudahkan pelbagai urusan samada urusan kerja, keluarga, pelajaran, peribadi dan sebagainya.
Tidak dinafikan internet mempunyai banyak manfaatnya, tetapi keburukan juga datang seiring dengan kebaikan atau manfaatnya. Dalam internet semua benda boleh dilayari tanpa tapisan. Disebabkan inilah remaja sekarang berpendapat tiada orang yang tahu apa yang mereka buat atau apa yang mereka tengok dalam intenet walaupun ibu bapa mereka sekalipun dan mereka bebas mengunakannya. Bagi remaja yang mempunyai keluarga yang berada, internet dipasang di rumah dan 24 jam boleh menggunakannya tanpa had, tapi bagi remaja dari golongan sederhana mereka lebih banyak mengunjungi kafe-kafe internet bersama kawan-kawan.
2
Walaupun ada kafe-kafe internet yang meletakkan tanda dilarang melayari laman sesawang yang tidak bermoral, tetapi masih ada sesetengah kafe-kafe internet lain yang membenarkan pelanggan melayarinya. Biasanya kafe internet inilah yang banyak dikunjungi oleh remaja.
Penyalahgunaan terhadap internet menyebabkan kepincangan dan keruntuhan akhlak melanda golongan remaja pada masa kini. Pelbagai perkara yang tidak baik berlaku seperti mencuri, merompak, rogol, berzina, terlibat kegiatan samseng, ponteng sekolah dan sebagainya. Yang paling parah ialah perkara ini banyak berlaku kepada remaja Islam. Ini boleh menjejaskan imej Islam di mata masyarakat Islam dan agama lain. Pelbagai punca berkait rapat dengan kepincangan yang berlaku. Namun dalam kajian ini, hanya dibincangkan punca internet sahaja, iaitu pengaruhnya terhadap keruntuhan akhlak remaja.
Keruntuhan akhlak yang membimbangkan di kalangan remaja masa kini berpunca daripada kurangnya penekanan diberikan terhadap budaya dan cara hidup Islam. Mereka menyalahgunakan kemudahan internet dengan melayari laman sesawang yang tidak sepatutnya. Keruntuhan akhlak bukan hanya berlaku pada masa sekarang, semasa zaman Rasulullah SAW hidup dulu pun keruntuhan akhlak di kalangan kaum baginda juga teruk, dan disebabkan itulah Allah mengutus Nabi Muhammad untuk membimbing mereka ke jalan yang benar. Akhlak mulia yang ditunjukkan baginda menjadi contoh ikutan. Akhlak baginda adalah akhlak yang paling baik sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 21:
3
tΠöθu‹ø9$#uρ ©!$# (#θã_ötƒ tβ%x. ⎯yϑÏj9 ×πuΖ|¡ym îοuθó™é& «!$# ÉΑθß™u‘ ’Îû öΝä3s9 tβ%x. ô‰s)©9 ∩⊄⊇∪ #ZÏVx. ©!$# tx.sŒuρ tÅzFψ$# Maksudnya: “Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah ”
(Al-Ahzab, 33: 21)
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada masa kini, timbulnya berbagai krisis akhlak dan moral yang menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khususnya di kalangan remaja. Daripada kes bohsia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan bayi dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme, vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) jumlah penagih dadah bagi tempoh 1988 hingga 2005 ialah 289,763 orang. (Berita Harian 27 Mac 2006)
Manakala bagi kes kelahiran anak luar nikah, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Alwi Ibrahim menyatakan anak luar nikah Melayu telah didaftarkan di seluruh negara seperti jadual 1.1 di bawah:
4
Jadual 1.1 Kes Anak Luar Nikah Melayu
Tahun
Jumlah (kes)
2007
16,1000
2008
16,541
2009
17,303
(Sumber: Berita Harian 21 Mac 2010)
Walaupun laporan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak pernah menyatakan umur sebenar ibu-ibu yang melahirkan anak di luar nikah ini, kejadian ini seharusnya sudah lebih dari cukup untuk membuka mata masyarakat umum bahawa salah laku seksual atau lebih tepatnya kejadian zina semakin merebak termasuk di kalangan remaja Melayu. Sebahagian besar daripada mereka yang terlibat dalam gejala seks luar nikah adalah di kalangan kumpulan remaja di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan juga di sekolah menengah. Ini merupakan satu kejadian yang sangat menggerunkan kita semua.
Perkara ini berlaku kerana dorongan nafsu yang tidak di kawal oleh remaja. Umur pada peringkat remaja biasanya suka mencari dan mencuba pelbagai perkara terutama perkara yang baru dijumpai oleh mereka. Nafsu adalah anugerah Allah SWT kepada manusia dan nafsu juga adalah musuh sebati dengan diri manusia yang melaksanakan hasrat nafsu manusia. Nafsu manusia itu berkecenderungan untuk melakukan sesuatu yang bersifat buruk berbanding dengan kecenderungan untuk melakukan sesuatu yang bersifat baik. Seandainya nafsu tidak dapat dikawal, sudah pasti boleh menghilangkan maruah diri, agama dan nilai budaya sesebuah masyarakat dan membawa kepada kemungkaran sebagaimana berlaku dalam masyarakat kini.
5
Menurut Dr. Fariza Md Sham dalam majalah Al-Islam (2006: 18) antara perkembangan ketara yang mempengaruhi psikologi remaja ialah kesan globalisasi yang membawa konsep dunia tanpa sempadan dan dasar langit terbuka. Ini bermakna segala maklumat dan perkembangan dunia luar boleh diketahui dan dicapai oleh masyarakat dunia. Tidak kira perkara itu baik atau buruk, semuanya dapat dilihat. Anak remaja yang sememangnya dalam proses perkembangan, mempunyai keinginan dan sifat mencuba sesuatu yang baru, sudah pasti teruja dan tidak dapat mengelak daripada melihat atau menonton apa yang dipaparkan oleh masyarakat dunia.
Menurut Abdullah Naseh Ulwan (1988: 152) dalam Mohd Ismail Mustari (2007: 160) menyatakan pengaruh media massa seperti media cetak dan elektronik juga adalah punca yang menyebabkan akhlak belia pincang dan rosak. Belia kini lebih berminat menonton televisyen, mendengar radio, berinteraksi dengan komputer sama ada bermain game komputer atau melayari internet daripada bersemuka dengan ibu bapa dan ahli keluarga. Keasyikan ini juga menyebabkan pelajaran, kerja rutin harian dan tanggungjawab lain terabai.
Justeru, remaja pada masa kini perlulah memperkukuhkan iman dan jiwa supaya mereka mempunyai daya tahan yang kuat dan tidak terjerumus dalam kegiatan yang tidak sihat ini. Selain itu, setiap ahli keluarga juga terutamanya ibu bapa harus memantau perlakuan anak-anak mereka supaya perkara ini dapat dibendung di peringkat awal. Tetapi ibu bapa sekarang lebih mementingkan harta dunia daripada mendidik dan mengasuh anak-anak mereka. Padahal anak-anak adalah harta yang tidak ternilai yang dikurniakan oleh Allah SWT. Kesibukan ibu bapa itu menyebabkan ibu bapa dan anak kurang kesempatan untuk bercakap, berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibubapa dengan melayari internet untuk mengubati hati yang kekosongan kasih sayang.
6
1.3 Pernyataan Masalah
Disebabkan
penyalahgunaan
terhadap
internet
itulah
menyebabkan
berlakunya berbagai salah laku seperti pembuangan bayi, penagihan dadah, lumba haram, pergaulan bebas dan sebagainya. Ini kerana mereka ingin mencuba setelah menonton sesuatu video atau gambar daripada internet seperti laman sesawang dan blog yang tidak sepatutnya yang mengandungi unsur-unsur lucah dan tidak bermoral.
Institusi keluarga penting untuk membantu para remaja supaya tidak terjebak dengan penyalahgunaan internet. Paling penting perlu dititik beratkan ialah tentang agama. Adanya asas agama yang teguh, remaja tidak akan sewenang-wenangnya terjerumus kepada perkara yang tidak baik.
Allah SWT menjadikan manusia itu dalam keadaan sentiasa resah gelisah, biar dalam keadaan apa sekalipun, kecuali mereka yang berupaya melakukan sembahyang dengan khusyuk dan diterima oleh Allah SWT. Ketika dirundung malang, mereka mengeluh dan menjadi tamak, kedekut ketika memperoleh kesenangan, kecuali mereka yang sembahyang dan diterima sembahyangnya.
Sembahyang di sini dilambangkan sebagai punca utama segala kebaikan, kerana sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Ankabut ayat 45:
7
4‘sS÷Ζs? nο4θn=¢Á9$# χÎ) ( nο4θn=¢Á9$# ÉΟÏ%r&uρ É=≈tGÅ3ø9$# š∅ÏΒ y7ø‹s9Î) z©Çrρé& !$tΒ ã≅ø?$# tβθãèoΨóÁs? $tΒ ÞΟn=÷ètƒ ª!$#uρ 3 çt9ò2r& «!$# ãø.Ï%s!uρ 3 Ìs3Ζßϑø9$#uρ Ï™!$t±ósxø9$# Ç∅tã ∩⊆∈∪ Maksudnya: “Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, iaitu Al Kitab (Al Quran) dan dirikanlah solat. Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar. dan sesungguhnya mengingat Allah (solat) adalah lebih besar (keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain). dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan ”
(Al-Ankabut, 29:45)
Justeru,
masyarakat
perlu
bertindak
dan
bertanggungjawab
bagi
mengatasinya bersama-sama. Kita perlu kembali kepada cara hidup Islam, malah semua agama mahukan penganutnya menjadi seorang manusia yang baik. Dalam satu hadis, Rasulullah SAW bersabda:
ِ ﺎس ر ِ ِ ِ َﻋﻦ أَﺑِﻲ اﻟﻌﺒﱠ ْﻒ َ َﺿ َﻲ اﷲُ َﻋ ْﻨـ ُﻬ َﻤﺎ ﻗ َ ﺖ َﺧﻠ ُ ُﻛ ْﻨ: ﺎل َ ْ ْ َ ٍ ﺎس َﻋ ْﺒﺪ اﷲ ﺑْ ِﻦ َﻋﺒﱠ ٍ ﻚ َﻛﻠِﻤ : ﺎت َ ﺻﻠﱠﻰ اﷲُ َﻋﻠَْﻴ ِﻪ َو َﺳﻠﱠ َﻢ ﻳَـ ْﻮًﻣﺎ ﻓَـ َﻘ َ ﻳَﺎ ﻏُ َﻼ ُم إِﻧﱢﻲ أ: ﺎل َ اﻟﻨﱠﺒِ ﱢﻲ َ َ ُﻋﻠﱢ ُﻤ ... ْﻚ َ إِ ْﺣ َﻔ ِﻆ اﷲَ ﻳَ ْﺤ َﻔﻈ ()رواﻩ اﻟﺘﺮﻣﺬي (٢٣٣ :)اﻟﺤﺪﻳﺚ اﻟﺘّﺎﺳﻊ ﻋﺸﺮ Hadis di atas bermaksud: Dari Abi Al-Abbas Abdillah bin Abbas Radiyallahu’anhuma katanya: “ Pada suatu hari adalah aku di belakang Nabi SAW, lalu baginda bersabda: Hai anak! Aku akan mengajar engkau beberapa perkataan.
8
Peliharalah Allah, nescaya Dia pelihara engkau…” Maksud hadis itu adalah jika manusia memelihara undang-undang serta hukum Allah, maka Dia pasti memelihara kita daripada melakukan kemungkaran di atas muka bumi ini.
Keruntuhan akhlak yang berleluasa dan melampaui batas sekarang ini boleh dibandingkan dan diambil iktibar seperti umat yang rosak yang telah dihancurkan oleh Allah di zaman dahulu seperti mana yang tersebut di dalam Al-Quran. Meskipun mereka dulu tidak memiliki kemudahan teknologi namun, fitrah manusia yang cenderung mengikut hawa nafsu boleh mempelajari perbuatan aib mengikut naluri haiwan.
Bezanya di zaman moden ini, teknologi seperti media massa menjadi pemangkin, mempermudahkan remaja terdedah dengan subjek-subjek yang tidak bersesuaian atau bertentangan dengan agama dalam usia yang teramat muda. Jika ianya ditonton, didengar atau dibaca tanpa pengawasan penjaga, pendidik, pihak berkuat kuasa atau masyarakat umumnya, maka natijahnya naluri ingin mencuba, digoda oleh pasangan mereka atau tekanan pergaulan bebas menjebakkan mereka kekancah maksiat tersebut. Keruntuhan akhlak boleh berlaku dimana-mana sahaja tidak kira zaman samada dahulu, sekarang atau mengikut ketentuan Tuhan di masa yang akan datang.
Oleh itu, masalah utama yang akan dikaji adalah untuk melihat apakah keruntuhan akhlak mempunyai hubungan dan pengaruh dengan internet dan pengkaji hanya fokus kepada tiga faktor internet sahaja iaitu faktor Facebook, Youtube dan Blog. Pengkaji merasakan perlu mengkaji hubungan dan pengaruh internet terhadap keruntuhan akhlak remaja Islam supaya boleh dijadikan pengajaran dan iktibar kepada remaja-remaja sekarang dan yang akan datang. .
9
1.4 Objektif Kajian
Antara objektif kajian ini ialah:
1.4.1 Untuk mengetahui persepsi mahasiswa terhadap internet.
1.4.2 Untuk melihat sejauh mana hubungan Facebook, Youtube dan Blog menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja Islam.
1.4.3 Untuk mengenal pasti pengaruh internet seperti Facebook, Youtube dan Blog terhadap masalah keruntuhan akhlak remaja Islam.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan bagi kajian ini ialah:
1.5.1 Apakah persepsi mahasiswa terhadap internet?
1.5.2 Adakah Facebook, Youtube dan Blog mempunyai hubungan dalam menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja Islam?
1.5.3 Adakah Facebook, Youtube dan Blog boleh mempengaruhi masalah keruntuhan akhlak remaja Islam?