Penilaian Kepatuhan Syariah - kenshido

11 downloads 361 Views 2MB Size Report
4 Mei 2010 ... 34. 6.2 Pemerhatian Umum, Penilaian Kepatuhan Syariah dan. Cadangan- cadangan Berkaitan Pelan Pemasaran Kenshido. International Sdn ...
LAPORAN BERTULIS PENILAIAN KEPATUHAN SYARIAH PRODUK DAN PELAN PEMASARAN BERBILANG TINGKAT (MULTI-LEVEL MARKETING) SYARIKAT KENSHIDO INTERNATIONAL SDN BHD

Disediakan oleh

Panel Penasihat Syariah (PPS) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Bin Engku Ali (Pengerusi PPS) Azizi Bin Che Seman (Ahli PPS) Mei 2010

PENAFIAN/DISCLAIMER LAPORAN PENILAIAN KEPATUHAN SYARIAH SYARIKAT KENSHIDO INTERNATIONAL SDN BHD INI DISEDIAKAN OLEH PANEL PENASIHAT SYARIAH YANG DILANTIK ATAS PERMINTAAN SYARIKAT KENSHIDO INTERNATIONAL SDN BHD SENDIRI DAN TIDAK DIBERIKAN DENGAN MAKSUD DIPEGANG SEBAGAI SUATU NASIHAT UNDANG-UNDANG YANG DIJADIKAN SANDARAN ATAU MENGIKAT. LAPORAN INI DISEDIAKAN DI DALAM KAPASITI INDIVIDU AHLI-AHLI PANEL PENASIHAT SYARIAH TERSEBUT YANG MEMPUNYAI KELULUSAN RASMI DI DALAM BIDANG SYARIAH DAN UNDANG-UNDANG ISLAM DAN SEJUMLAH PENGALAMAN DI DALAM PENGKHUSUSAN MUAMALAT ISLAM SERTA USUL-USUL DAN CABANG-CABANG ILMU BERKAITAN. WALAUPUN JAWATAN YANG DIPEGANG MASING-MASING DI INSTITUSI-INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI BERPRESTIJ DI MALAYSIA IAITU UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA DAN UNIVERSITI MALAYA BOLEH MEMBERI KREDIBILITI KEPADA KELAYAKAN SETIAP DARI MEREKA NAMUN LAPORAN INI DISEDIAKAN BUKAN DI DALAM KAPASITI MASING-MASING SEBAGAI TENAGA PENGAJAR DI INSTITUSIINSTITUSI PENGAJIAN TINGGI YANG BERKENAAN DAN BUKAN JUGA DI DALAM KAPASITI MASING-MASING SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA SYARIAH KEPADA BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD. SANDARAN TERHADAP LAPORAN PENILAIAN KEPATUHAN SYARIAH INI ADALAH DI ATAS TANGUNGJAWAB DAN RISIKO PIHAK YANG MEMILIH UNTUK BERBUAT DEMIKIAN.

Laporan ini mengandungi 114 halaman bercetak termasuk halaman judul

i

Kandungan PENAFIAN/DISCLAIMER ..................................................................................... i Kandungan .......................................................................................................... ii Panduan Transliterasi ........................................................................................ v 1.

Latarbelakang ............................................................................................. 1

2.

Latarbelakang Ringkas Ahli-ahli Panel Penasihat Syariah ..................... 4 2.1

Engku Ahmad Fadzil Bin Engku Ali (Pengerusi PPS).......................... 4

2.2

En. Azizi Bin Che Seman (Ahli PPS) ................................................... 4

3.

Proses Penilaian Kepatuhan Syariah ........................................................ 5

4.

Pendekatan PPS di Dalam Menjalankan Proses Penilaian Kepatuhan Syariah ..................................................................................... 8

5.

4.1

Produk ................................................................................................. 9

4.2

Pelan Pemasaran ................................................................................ 9

Isu-Isu Umum Tentang MLM .................................................................... 10 5.1

Justifikasi Upline Mendapat Komisen Dari Jumlah Jualan (Sales Volume) Yang Diusahakan Oleh Downlines, Terutamanya di Peringkat Yang Begitu Jauh ke Bawah Atau di Dalam Istilah Biasa Masyarakat: “Usaha dan Penat Lelah Orang di Bawah Cuma Mengayakan Orang di Atas” ................................................... 10 5.1.1 5.1.2

Keterangan Ringkas Tentang Rukun dan Syarat Ju„alah dan Kaitannya Dengan Struktur MLM .................................. 12 Isu Upah (Komisen) Yang Diberikan Datang Sebagai Sebahagian Dari Hasil Atau Natijah Kerja Yang Diupahkan ............................................................................ 17

5.2

Kemungkinan Sasaran Jualan Yang Menjadi Ciri Asas MLM Membawa Kepada Penindasan Dan Penganiayaan Kerana Pengedar Yang Telah Berpenat Lelah Menjalankan Usaha Tidak Mendapat Ganjaran (Reward) Yang Diharapkan Apabila Tidak Mencapai Sasaran (Hit Target) Yang Ditetapkan .................... 21

5.3

Kemungkinan Berlakunya Dua „Aqad Dalam Satu (Safqatayn Fi Safqah) Yang Ditegah Syara‟ Kerana Operasi MLM Mungkin Dianalisa Sebagai Satu Transaksi Yang Melibatkan Dua „Aqad Pada Satu Masa Yang Sama Iaitu „Aqad Jual Beli Di Mana Pengedar Membeli Barangan Atau Produk Daripada Syarikat Dan Dalam Masa Yang Sama Berlaku „Aqad Wakalah Di Mana Pengedar Dilantik Oleh Syarikat Sebagai Wakil Untuk

Halaman | ii

Memasarkan Produk Dan Untuk Melantik Wakil-Wakil Pengedar Yang Lain .......................................................................................... 23 5.4

Justifikasi Peserta MLM Mendapat Untung Dan Pendapatan Yang Banyak Tanpa Mengeluarkan Modal Atau Dengan Usaha Yang Sedikit Atau Tanpa Apa-Apa Usaha Langsung. ....................... 26

5.5

Kemungkinan Berlakunya Ghabn Fahisy Yang Ditegah Oleh Syara‟ ................................................................................................ 27 5.5.1 5.5.2

6.

Konsep Ghabn ..................................................................... 27 Kesan Ghabn Dari Segi Sah „Aqad Atau Sebaliknya ........... 28

5.6

Kemungkinan Berlakunya Brokerage Berganda Atau Brokerage Atas Brokerage.................................................................................. 33

5.7

Kemungkinan Berlakunya Unsur-Unsur Perjudian (Gambling) Di Dalam MLM ....................................................................................... 33

Isu-Isu Khusus Tentang Operasi MLM Kenshido International Sdn Bhd ..................................................................................................... 34 6.1

Pemerhatian Umum Tentang Produk Yang Dipasarkan Kenshido International Sdn Bhd Iaitu Portal Pendidikan ScoreA ...... 34

6.2

Pemerhatian Umum, Penilaian Kepatuhan Syariah dan Cadangan-cadangan Berkaitan Pelan Pemasaran Kenshido International Sdn Bhd ........................................................................ 34 6.2.1 6.2.2 6.2.3 6.2.4

6.2.5 6.2.6 6.2.7

6.3

Isu Syariah Yang Mungkin Timbul Dari Penggunaan Pelan Binary......................................................................... 40 Kemungkinan Untuk Pelan Pemasaran Yang Overpay........ 45 Syarat Maintenance dan Auto-Maintenance Sebagai Syarat Kelayakan Memperolehi Bonus/Komisen ................. 47 Jumlah Komisen Yang Lebih Besar Yang Dibayar Kepada Pemegang Pakej Yang Lebih Besar Sedangkan Penajaan Dilakukan Oleh Pemegang Pakej Yang Lebih Kecil .................................................................. 55 Cadangan Supaya Bonus K-Reward Dibayar Secara Compressed ......................................................................... 58 Cadangan Pemastian Keseimbangan Antara Pelan FSB dan Pelan LSB ............................................................. 59 Cadangan Pemastian Kepatuhan dan Keberkuatkuasaan Undang-undang Yang Tidak Lari Dari Kepatuhan Syariah ....................................................... 60

Isu-Isu Syariah Yang Membabitkan Operasi Dan Perlaksanaan ....... 62 6.3.1

6.3.2 6.3.3 6.3.4

Pernyataan Yang Berlebih-Lebihan (Overstatement) dan Menokok Tambah Secara Keterlaluan (Excessive Exaggerations) ..................................................................... 62 Unsur-unsur Pemaksaan ..................................................... 65 Amalan Price Undercutting .................................................. 66 Amalan “Cross Line” dan “Curi Downline” ............................ 71

Halaman | iii

6.4

Perkara-Perkara Yang Asalnya Bukan Dianggap Melibatkan Isu-Isu Syariah Tetapi Dibimbangi Ada Kemungkinan Sekiranya Tidak Ditangani Dengan Baik Akan Membawa Kepada Berlakunya Keadaan Yang Menimbulkan Isu-Isu Syariah................. 74 6.4.1

7.

Kemungkinan Berlaku Inventory Front-Loading Dan Rank Buy Up ........................................................................ 74

Cadangan-Cadangan Umum Yang Kelihatan Tidak Berkaitan Secara Langsung Dengan Proses Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Namun Wajar Disentuh Dengan Tujuan Penambahbaikan ...................................................................................... 86 7.1

Cadangan-Cadangan Yang Berkait Langsung Dengan Tanggungjawab-tanggungjawab Agama ........................................... 86

7.2

Cadangan-Cadangan Yang Secara Asasnya Berkait Dengan Operasi Perniagaan: ......................................................................... 91

8.

Cadangan Supaya Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Disediakan Sebagai Capaian Di Laman Web Rasmi Kenshido International Sdn Bhd .............................................................................. 96

9.

Kesimpulan Dan Keputusan .................................................................... 96

Lampiran 1: Seni Bina Rangkaian ScoreA ...................................................... 98 Lampiran 2: Performance Bonus..................................................................... 99 Lampiran 3: Perkongsian Keuntungan Bulanan Syarikat (Company Monthly Profit Sharing) .......................................................................... 100 Lampiran 4: Leadership Bonus Melalui Sistem Blok ................................... 101 Lampiran 5: Leadership Bonus Melalui Konsep Breakaway ...................... 104 Lampiran 6: Simulasi Hierarki Sempurna Pelan Binary .............................. 105 Lampiran 7: Jawapan Syarikat Kenshido Sdn. Bhd. Berkenaan Amalan Price Undercutting .................................................................... 106 Lampiran 8: Jawapan Syarikat Kenshido Sdn. Bhd. Berkenaan Amalan Front Loading ............................................................................ 107 Penghargaan ................................................................................................... 108

Halaman | iv

Panduan Transliterasi Konsonan Huruf Arab

Huruf Latin

Huruf Arab

Huruf Latin

‫ء‬



‫ض‬

d

‫ة‬

b

‫ط‬

t

‫د‬

t

‫ظ‬

z

‫س‬

th

‫ع‬



‫ج‬

j

‫ؽ‬

gh

‫ح‬

h

‫ف‬

f

‫خ‬

kh

‫ق‬

q

‫د‬

d

‫ن‬

k

‫ر‬

dh

‫ل‬

l

‫ر‬

r

‫و‬

m

‫ز‬

z

ٌ

n

‫ش‬

s

‫ه‬

h

‫ش‬

sh

ً

w

‫ظ‬

s

ُ

y

Vokal Pendek

‫ــَـ‬

a ‫ػذَو‬

‫ــِـ‬

i

‫ــُـ‬

u ‫ىُى‬

ٍِ‫ي‬

Panjang

„adam

‫ــَب‬

a

ٌ‫ثْؼزَب‬

min

ِِ‫ــ‬

i

ِِْ‫ انًنيج‬al-manhaji

hum

ٌُ‫ــ‬

u

‫يسؼٌُْد‬

bay„atan

Diftong

َِْ‫ــ‬

Ay

‫ُع‬ َْ‫ة‬

bay„

ٌَْ‫ــ‬

Aw

‫قًَْل‬

qawl

Mas„ud

Halaman | v

LAPORAN BERTULIS PENILAIAN KEPATUHAN SYARIAH PRODUK DAN PELAN PEMASARAN BERBILANG TINGKAT (MULTI-LEVEL MARKETING) SYARIKAT KENSHIDO INTERNATIONAL SDN BHD

1.

Latarbelakang

Suatu bentuk pemasaran perniagaan1 yang berkembang pesat di Malaysia adalah pemasaran berbilang tingkat (multi-level marketing) atau dikenali juga sebagai pemasaran berangkaian (network marketing) (selepas ini akan dirujuk di dalam laporan ini sebagai MLM). Ringkasnya, ia adalah suatu sistem yang membenarkan sesuatu jenis atau sejumlah jenis produk atau khidmat perniagaan disalurkan kepada pengguna melalui suatu rantaian pengedar-pengedar yang masing-masing berada di dalam pelbagai tingkat (level) (dari sinilah datangnya istilah “multi-level”), dengan sejumlah komisen tertentu dibayar kepada pengedarpengedar (yang mungkin juga mereka sendiri merupakan pengguna-pengguna akhir (end-users) kepada produk-produk tersebut atau sebahagian darinya) bergantung kepada jumlah/volume produk yang berjaya dijual2 dan mengikut kelayakan yang ditetapkan melalui pelan pemasaran (marketing plan) atau skim ganjaran (reward scheme) syarikat yang menganjurkan MLM itu. Semenjak kemasukan syarikat MLM terkenal dari Amerika Syarikat ke Malaysia pada tahun 1976, cara mempromosi, menyalur dan menyerahkan produk-produk atau khidmat-khidmat perniagaan ini ini telah menyaksikan peningkatan momentum yang sangat ketara dan telah menarik ramai pengikut (dan tidak kurang juga penentang). Sumber Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menunjukkan bahawa jualan yang terhasil melalui industri MLM ini telah menjana jumlah yang bukan sedikit malah menjangkau bilion Ringgit Malaysia setahun.3



Laporan ini walaupun dibuat secara umumnya di dalam Bahasa Melayu, namun perkataanperkataan dan istilah-istilah di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab digunakan juga secara agak bebas. Panel Penasihat Syariah mengakui bahawa adalah lebih kemas dan mengikut peraturan sekiranya penggunaan bahasa ini diseragamkan seboleh mungkin menggunakan Bahasa Melayu sahaja, namun faktor kekangan masa adalah antara faktor utama PPS menggunakan istilah-istilah, perkataan-perkataan, malah ayat-ayat yang terlintas di fikiran di dalam bahasa yang terlintas ketika menyediakan laporan bertulis ini demi memastikan makna yang hendak disampaikan adalah sebagaimana yang dimaksudkan.

1

Istilah “perniagaan” ini digunakan secara kasar di sini kerana secara lebih tepat istilah ini mungkin boleh disanggah dengan hujjah bahawa tidak semua yang dilabelkan MLM layak dirujuk sebagai perniagaan sebenar.

2

Istilah “dijual” di sini adalah dari perspektif syarikat. Dari perspektif lain, pergerakan produk kepada pengguna akhir mungkin tidak terhasil dari aktiviti jualan, malah mungkin di dalam sesetengah keadaan tidak berlaku pun pergerakan produk kepada pengguna akhir.

3

http://www.kpdnkk.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=453&Itemid=419, 4 Mei 2010.

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Malangnya industri MLM ini bukan sahaja menyaksikan perkembangan yang positif, malah turut juga menyumbangkan ke arah aktiviti-aktiviti kewangan yang negatif. Sebagaimana ia menarik dan berpotensi untuk digunakan (used) bagi memasarkan produk, ia juga menarik dan berpotensi untuk disalahgunakan (abused) bagi tujuan penipuan dan mengaut keuntungan jangka pendek dengan cara yang sekurang-kurangnya meragukan (dubious) kalaupun tidak sampai ke tahap terang-terangan melanggar undang-undang (outright illegal) atau tidak beretika (unethical). Agak mengejutkan untuk kita menyedari bahawa industri yang melebar luas ini tidak mempunyai mekanisma atau peraturan-peraturan khusus4 seperti industri perbankan dan pelaburan Islam yang diketahui sangat terselaras (highly regulated) bagi memastikan kepatuhan amalan-amalan di dalam industri ini kepada kehendak-kehendak dan peraturan-peraturan syariah. Lebih mengejutkan, belum terdapat kajian yang betul-betul mengkhusus dan mendalam5 dilakukan oleh sarjana-sarjana Islam terhadap isu ini. Keadaan ini pada awalnya mungkin disebabkan oleh kurangnya minat di kalangan pesertapeserta Islam untuk menilai peluang kewangan yang ditawarkan oleh MLM dari ukuran syariah atau mungkin juga sebahagian dari mereka terdorong untuk berpendirian mengambil mudah (take for granted) bahawa MLM tidak melanggar apa-apa peraturan syariah. Suatu sebab lain yang tidak mustahil juga telah menyumbang kepada keadaan ini adalah kurangnya pengetahuan (familiarity) di kalangan sarjana-sarjana Islam yang berkemahiran, khususnya dalam bidang muamalat Islam, terhadap sejarah dan latarbelakang MLM, karakteristikkarakteristiknya, sebab-sebab dan cara-cara bagaimana ia berfungsi serta istilahistilah yang khusus yang digunakan di dalam industri ini. Unfamiliarity ini mungkin menjadi antara faktor-faktor penghalang yang menjauhkan sarjana-sarjana yang berkepakaran ini dari mengkaji dan menetapkan garis panduan-garis panduan yang sepatutnya bagi industri MLM ini.6 Rupa-rupanya terserlah juga hikmahnya apa yang dikenali sebagai internet investment schemes7 yang menjadi begitu popular dan berleluasa di Malaysia 4

Terdapat Akta Jualan Langsung 1993 – yang diluluskan oleh Parlimen dan dilaksanakan – yang lebih bertujuan untuk memastikan perniagaan jualan langsung yang mematuhi lunas undang-undang dan tuntutan etika dan lebih terangkum di bawah undang-undang perlindungan pengguna (consumer protection law) dan tidak menjurus secara khusus ke arah pematuhan syariah. Apapun, memang diakui persoalan-persoalan etika, kepatuhan undang-undang dan perlindungan pengguna berkemungkinan besar merupakan sebahagian dari faktor-faktor yang boleh menentukan atau mempengaruhi status kepatuhan syariah juga.

5

Lihat, sebagai contoh, komen dan seruan yang dibuat oleh Professor Madya Dr Hailani Muji Tahir supaya kajian-kajian terpeinci dijalankan oleh sarjana-sarjana islam semasa tentang amalan-amalan MLM dan mekanisma-mekanismanya di dalam kertas kerja beliau bertajuk hb “Islam dan Persoalan Ekonomi Semasa”, p.17 yang dibentangkan pada 6 Ogos 2004 di Seminar Fiqh Semasa anjuran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

6

Lihat komen Zaharuddin Abd Rahman, Money, You & Islam, h.185: “The complex issues in MLM and perhaps the lack of interest by Syariah scholars in MLM are possible explanations for the limited number of opinions by scholars regarding this matter.”

7

Skim-skim pelaburan internet ini kemudiannya dibongkar sebagai scams, suatu bentuk penipuan dan diisytiharkan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Halaman | 2

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

sekitar tahun-tahun 2006 dan 2007 yang telah secara tidak langsung mengheret industri dan amalan-amalan MLM ke kancah perdebatan tentang status halal haramnya. Tulisan-tulisan, artikel-artikel dan pandangan-pandangan mula diutarakan tentang status halal haram MLM di akhbar-akhbar, majalah-majalah dan lebih meluas lagi di laman-laman web di internet. Malah ada badan-badan tertentu di luar negara, walaupun didorong oleh sebab-sebab yang berbeza, telah turut juga mengeluarkan fatwa tentang MLM.8 Oleh kerana struktur pemasaran MLM merupakan satu struktur yang berkembang pesat dan semakin popular, suatu bentuk penetapan hukum dan garis panduan pematuhan syariah adalah tidak dapat dielakkan dan sangat-sangat diperlukan. Berlatarbelakangkan kesedaran ini, maka syarikat Kenshido International Sdn Bhd telah mengambil inisiatif untuk melantik Panel Penasihat Syariah (selepas ini dirujuk sebagai PPS). Pelantikan secara rasminya dibuat bermula 1 Oktober 2009 dan diumumkan secara rasmi pada 31 Oktober 2009. PPS dilantik untuk melihat, memahami, mengkaji, menganalisa dan membuat keputusan samada produk dan juga pelan pemasaran Multi-level Marketing (MLM) yang digunapakai untuk memasarkan produk Kenshido International Sdn Bhd adalah patuh syariah (syariah compliant) atau tidak. Langkah penilaian kepatuhan syariah yang dijalankan secara sukarela oleh syarikat Kenshido ini adalah suatu langkah yang sangat baik dan patut diberi pujian dan sokongan lebih-lebih lagi demi kebaikan umat Islam yang semakin prihatin terhadap status halal haram sumber rezeki mereka. Kedua-dua ahli PPS yang dilantik tersebut adalah saudara Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali selaku Pengerusi PPS dan En. Azizi bin Che Seman sebagai ahli PPS. Kedua-dua ahli PPS dilantik dengan bayaran saguhati bulanan dan saguhati mesyuarat selama tempoh menjalankan tugas ini. Namun perlu ditekankan di sini sebagaimana yang ditekankan oleh PPS kepada syarikat Kenshido International Sdn Bhd sejak awal-awal lagi bahawa bayaran saguhati yang diterima adalah untuk masa dan tenaga yang dicurahkan bagi menyelesaikan tugas dan menunaikan amanah yang diberikan dan BUKAN untuk menentukan atau mempengaruhi keputusan yang bakal dibuat oleh PPS. Keputusan PPS, sebaik yang termampu diusaha dan dihasilkan oleh kedua-dua ahli PPS, adalah – dengan hidayah, taufiq dan „inayah daripada Allah S.W.T. – berdasarkan prinsip dan ketetapan dalam hukum Islam serta kajian secara objektif dan akademik yang telah dilakukan.

8

Sebagai contoh: fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi (Permanent Committee in Saudi Arabia for Research and Fatwa) dan Majelis Ulama Indonesia DKI Jakarta.

Halaman | 3

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

2.

Latarbelakang Ringkas Ahli-ahli Panel Penasihat Syariah

2.1

Engku Ahmad Fadzil Bin Engku Ali (Pengerusi PPS)

Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali, anak kelahiran Terengganu, mendapat pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) sehingga tahun 1986 dan menyambung pelajaran peringkat ijazah Sarjana Muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di dalam bidang Undang-undang sehingga dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda LL.B (Second Class (Upper) Honours) pada tahun 1993. Setahun selepas itu, pada tahun 1994, beliau sekali lagi dianugerahkan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Ijazah Sarjana Muda, kali ini mengkhusus ke arah undang-undang Islam iaitu LL.B (Syariah)(First Class Honours). Pada tahun 1995, beliau diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara Mahkamah Tinggi (Malaya). Selepas beberapa tahun di Universiti Jordan, Amman, pada tahun 2000 beliau dianugerahkan Ijazah Sarjana Kehakiman Islam oleh Kuliah Syariah universiti tersebut. Mulai tahun yang sama hinggalah sekarang Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali adalah tenaga pengajar di Jabatan Undang-Undang Islam, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dengan pengalaman mengajar Undangundang Probet dan Perwarisan (Sivil dan Islam), Usul Fiqh, Sistem Perundangan Islam dan lain-lain. Bermula Disember 2008 beliau diberi cuti belajar untuk melanjutkan pelajaran peringkat PhD di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya di bawah seliaan Prof. Dr. Joni Tamkin bin Borhan dengan tesis berkaitan Multi-level Marketing dari segi Undang-undang Islam. Keterdedahan beliau terhadap amalan MLM bermula sejak beliau seorang pelajar di Universiti Islam Antarabangsa sekitar tahun 1990-an. Keterdedahan beliau terhadap MLM dilihat memberi kelebihan pemahaman yang lebih mendalam (deeper insight and understanding) dan memudahkan kefahaman tentang keterangan-keterangan dan istilah-istilah yang dibekalkan kepada PPS ketika menilai kepatuhan syariah amalan MLM khususnya yang diamalkan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd. Beliau juga adalah salah seorang ahli kepada Jawatankuasa Syariah Bank Muamalat Malaysia Berhad semenjak April 2005 hingga sekarang.

2.2

En. Azizi Bin Che Seman (Ahli PPS)

En. Azizi bin Che Seman, anak kelahiran Kelantan, mendapat pendidikan awal di Maahad Muhammadi Lelaki Kota Bharu sehingga tahun 1990 dan menyambung pelajaran peringkat ijazah Sarjana Muda di Universiti Malaya di dalam bidang Syariah sehingga dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Syariah (Kepujian) Kelas Pertama pada tahun 1996. Pada tahun 2001 beliau dianugerahkan Ijazah Sarjana Ekonomi oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Mulai 1997 hinggalah sekarang En. Azizi adalah tenaga pengajar di Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dengan pengalaman mengajar subjek-subjek muamalat, ekonomi, pasaran modal Islam dan lain-lain. Bermula 2007 beliau diberi cuti belajar untuk melanjutkan pelajaran peringkat PhD di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya di bawah seliaan Prof. Dr. Joni Halaman | 4

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Tamkin bin Borhan dengan tesis berkaitan sukuk istisna„. Walaupun beliau sebelum itu berpengalaman luas menjalankan kajian secara berseorangan atau berkumpulan di dalam isu-isu muamalat Islam yang lain seperti kajian tentang takaful, perbankan Islam, zakat, wakaf dan sebagainya, beliau boleh dikatakan tidak mempunyai sebarang keterdedahan terhadap amalan MLM sebelum tugasan yang diamanahkan oleh Kenshido International Sdn Bhd. ini. Ketiadaan keterdedahan beliau terhadap MLM dilihat memberi kelebihan dalam bentuk persepsi bebas (unbiased perception) dan tidak terikat dengan kecenderungan tertentu ketika menilai kepatuhan syariah amalan-amalan MLM dan diharap dapat mengimbangi pandangan seorang lagi ahli PPS yang telah mendapat keterdedahan awal tentang amalan MLM. Beliau juga adalah Pengerusi kepada Jawatankuasa Syariah Bank Muamalat Malaysia Berhad semenjak April 2005 hingga sekarang.

3.

Proses Penilaian Kepatuhan Syariah

Proses penilaian kepatuhan syariah untuk produk ScoreA, Kenshido International Sdn. Bhd bermula dengan pelantikan PPS yang dianggotai oleh saudara Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali selaku Pengerusi PPS dan En. Azizi bin Che Seman sebagai ahli PPS. Tempoh lantikan adalah dari 1 Oktober 2009 hingga 28 Februari 2010. Dalam tempoh tersebut PPS telah melakukan penyelidikan dengan bantuan pihak Kenshido International Sdn Bhd sendiri. Satu siri mesyuarat telah diadakan pada tarikh-tarikh berikut:

Bil

Tarikh

Perkara

1

10 Nov 2009

Pengenalan awal tentang syarikat Kenshido International Sdn. Bhd. Pengenalan kepada produk portal pendidikan ScoreA Penjelasan oleh Panel Syariah berkenaan proses pemerolehan status patuh syariah produk dan pelan pemasaran Kenshido Int. Sdn. Bhd.  Produk  Pelan pemasaran

2

16 Nov 2009

Penjelasan awal tentang produk portal pendidikan ScoreA dan pelan pemasaran syarikat Kenshido Int. Sdn Bhd. oleh En. Kelvin Kok (Vice President, Kenshido Int. Sdn. Bhd.)

3

24 Nov

Sambungan penjelasan tentang pelan pemasaran oleh En. Kelvin

Halaman | 5

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Bil

Tarikh

Perkara

2009 4

8 Dis 2009

Pelan pemasaran syarikat Kenshido Int. Sdn. Bhd. – FSB dan pakej-pakej yang ditawarkan – En. Muhammad Imran Bin Abdul Hadi (usahawan ScoreA)

5

15 Dis 2009

Sambungan penjelasan pelan pemasaran – FSB

6

21 Dis 2009

Sambungan penjelasan pelan pemasaran – FSB

7

5 Jan 2010

Perbincangan tentang isu “maintenance” Isu overpay

8

2 Feb 2010

Penjelasan menyeluruh tentang sistem ganjaran atau pelan pemasaran syarikat Kenshido Int. Sdn. Bhd. merangkumi FSB dan LSB oleh En Romeyzee Zainuddin (Senior Manager, Market Research Department, Kenshido International Sdn. Bhd.) Perbincangan isu front-loading dan rank buy up Penelitian terhadap jumlah pendapatan dan bayaran bulanan Kenshido Penjelasan terhadap sistem pangkat

9

4 Feb 2010

Penjelasan oleh En Lou Kim Ang (IT Senior Manager, Kenshido International Sdn. Bhd.) berkenaan isu overpay – simulasi ganjaran

Ahli-ahli mesyuarat terdiri daripada PPS sendiri serta dihadiri oleh wakil pengurusan Kenshido dan wakil usahawan ScoreA iaitu: i. ii. iii. iv.

Pn. Norlelawati Binti Abdul Razak Pn. Jahlilawati Binti Abu Bakar En. Muhammad Imran Bin Abdul Hadi En. Zari Effendi Bin Ruzali

Secara umum, dalam setiap mesyuarat penjelasan telah diberikan oleh pihak Kenshido tentang produk serta kaedah dan modus operandi pelan pemasaran yang digunakan. Maklumat yang diperolehi di sini telah dianalisis dan dibahaskan oleh PPS berdasarkan prinsip serta hukum dalam muamalat Islam. Selain itu, PPS juga telah melakukan lawatan tapak ke pusat server Kenshido di Bangunan AIMS, Changkat Raja Chulan, Kuala Lumpur pada 21 Januari 2010. Halaman | 6

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Tujuan lawatan adalah untuk memastikan bahawa syarikat Kenshido International Sdn Bhd benar-benar mampu menyediakan perkhidmatan yang dijanjikan melalui produk ScoreA sendiri serta pengendalian pangkalan data pelanggan dan pengedarnya. Daripada penjelasan yang diberikan serta fakta-fakta yang dibekalkan, PPS berpuas hati bahawa Syarikat Kenshido International Sdn. Bhd. mempunyai kemampuan untuk menyediakan perkhidmatan sebagaimana yang dijanjikan (sila rujuk Lampiran 1 untuk spesifikasi terperinci). Di samping itu, PPS juga menghadiri beberapa program lain yang berkaitan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas berkenaan produk serta pelan pemasaran serta mendapatkan gambaran sejelas mungkin bagaimana konsepkonsep dan teori-teori diaplikasikan secara praktikal. Butiran terperinci berkenaan program-program yang telah diikuti dan tarikh-tarikh berkenaan adalah seperti berikut:

Bil

Tarikh

Program

Lokasi

1

10 Jan 2009

BOOM – Business Official Opportunity Meeting

Wisma Kenshido, No. 1-1, 1-2, 1-3, Jalan PJU 5/6 Dataran Sunway PJU 5, 47810 Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor

2

16 Jan 2010

NDO – New Distributors Orientation

ZRB, Bandar Tasik Selatan Suite 26-1, Jalan 3/146, Metro Business Centre, Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur

4

19 Jan 2010

TTC – Table Talk Closing

ZRB, Bandar Tasik Selatan Suite 26-1, Jalan 3/146, Metro Business Centre, Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur

3

24 Jan 2010

NDO – New Distributors Orientation

ZRB, Bandar Tasik Selatan Suite 26-1, Jalan 3/146, Metro Business Centre, Bandar Tasik Selatan, 57000 Kuala Lumpur

Halaman | 7

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

4.

Pendekatan PPS di Dalam Menjalankan Proses Penilaian Kepatuhan Syariah

Perlu ditegaskan di sini bahawa pandangan syara‟ berkenaan cara-cara manusia bertransaksi antara satu sama lain di dalam urusan kehidupan mereka pada asalnya adalah pandangan yang membenarkan (mubah). Penelitian menyeluruh (Istiqra‟) fuqaha‟ terhadap dalil-dalil Al-Quran dan Al-Sunnah membawa mereka merumuskan kaedah bahawa asal hukum sesuatu perkara itu adalah al-ibahah, keharusan, dibenarkan oleh syara„ sehinggalah datang dalil yang membuktikan pengharamannya. Kaedah umumnya adalah Al-asl fi al-asyya‟ al-ibahah ( َ‫األصم ف‬ ‫( )األضْبء اإلثبحخ‬hukum asal sesuatu perkara itu adalah keharusan iaitu dibenarkan)9 atau dikenali sebagai asl al-ibahah (‫( )أصم اإلثبحخ‬asal keharusan). MLM pada zahirnya merupakan satu konsep perniagaan yang mengamalkan sistem pemasaran berangkaian (network marketing) yang melibatkan upline (orang atas) dan downline (orang bawah) dalam kaedah memasarkan produk perniagaan. Oleh itu, tidak lari dari hakikat untuk mengatakan bahawa pandangan asal syara„ (hukum asal) tentang amalan MLM adalah konsep sebegitu dibenarkan kerana ia semata-mata satu kaedah atau strategi memasarkan produk perniagaan. Persoalan seterusnya ADALAH: “adakah amalan tersebut kekal di atas hukum asalnya iaitu dibenarkan atau adakah terdapat dalil-dalil yang membuktikan pengharamannya?”. Kaedah yang terpakai adalah beban pembuktian (burden of proof) tertanggung di atas orang yang membuat dakwaan (maksudnya orang mendakwa sesuatu yang bertentangan dengan asal) berdasarkan kaedah albayyinah „ala al-mudda„i (ِ‫ )انجْنخ ػهَ انًذػ‬yang ditetapkan di dalam hadith junjungan Nabi Muhammad S.A.W.10. Di dalam konteks amalan MLM, oleh kerana hukum asalnya adalah dibenarkan atau dengan istilah yang lebih biasa digunakan dan difahami masyarakat: HALAL, maka mereka yang mendakwa MLM ini haram perlu membawa bukti-bukti dan dalil-dalil yang mencukupi bagi mengesahkan dakwaan tersebut sedangkan mereka yang mendakwa MLM halal masih lagi berteduh di bawah payung kaedah asl al-ibahah yang disebutkan tadi. Ringkasnya, PERSOALAN YANG UTAMA yang perlu dijawab oleh PPS ialah: adakah terdapat dalil-dalil dan bukti-bukti yang mencukupi untuk membuat 9

Ini adalah pegangan majoriti besar fuqaha‟ dan ahli usul. Pandangan-pandangan yang berbeza tidak disokong oleh dalil-dalil yang kuat, sebaliknya tertolak dengan banyak dalil-dalil yang menunjukkan kebenaran pendapat yang menjadi pegangan majoriti besar fuqaha‟ dan ahli usul tersebut. Lihat Muhammad Sidqi bin Ahmad A-Burnu, Al-Wajiz fi Idah Qawa„id al-Fiqh alKulliyyah, hh.191-197.

10

Abu Al-Hasan Al-Karkhi menerangkan kaedah ini sebagai (Al-asl anna man sa„adahu al-zahir fa al-qawl qawluhu wa al-bayyinah „ala man yadda„i khilaf al-zahir – ‫األصم أٌ يٍ سبػذه انظير فبنمٌل‬ ‫ )لٌنو ًانجْنخ ػهَ يٍ ّذػِ خالف انظبىر‬iaitu barang siapa yang dakwaannya disokong oleh yang zahir, maka dakwaannya dianggap benar, dan bukti pula perlu dibawa oleh orang yang mendakwa sesuatu yang bertentangan dengan yang zahir. Orang yang berpegang dengan yang asal adalah orang yang berpegang dengan yang zahir. Ibid., hh.179-180

Halaman | 8

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

keputusan bahawa struktur pemasaran MLM yang melibatkan upline dan downline ditegah oleh syara„? Proses menjawab persoalan ini perlu dilakukan dengan teliti dan berhati-hati kerana mengharamkan sesuatu yang halal tidak kurang seriusnya dari menghalalkan sesuatu yang haram lebih-lebih lagi menginsafi bahawa kaedah asl al-ibahah menjadikan status quo berpihak kepada hukum harus atau halal. Ketelitian proses ini menuntut pengkaji memahami dengan jelas tentang MLM termasuk sejarah kewujudan MLM itu sendiri kerana memberi hukum terhadap sesuatu perkara tidak lain adalah cabang atau natijah daripada kefahaman (tasawwur) yang jelas terhadap perkara tersebut (al-hukm „ala al-syay‟ far„ „an tasawwurih – ‫)انحكى ػهَ انطِء فرع ػٍ رصٌره‬. Tasawwur atau gambaran yang berbeza biasanya akan membawa kepada penetapan hukum yang berbeza. Analisa dan penetapan hukum tentang MLM antara lain memerlukan penganalisa sedar dan memaklumi (aware) tentang sejarah kemunculan MLM, sejarah skim ponzi, skim piramid, kaitan, persamaan dan perbezaan antara MLM dan skim-skim lain tersebut, kemungkinan wujudnya skim piramid yang memakai label MLM, kepincangan-kepincangan MLM samada yang berpunca dari sistem MLM itu sendiri mahupun yang sebenarnya membarah disebabkan oleh faktor manusia (human factors) dan sebagainya. Proses penilaian kepatuhan syariah ini dilakukan terhadap DUA komponen utama iaitu: 1) Produk yang dipasarkan; dan 2) Pelan pemasaran yang digunapakai bagi memasarkan produk tersebut.

4.1

Produk

Produk yang dipasarkan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd setakat proses ini dijalankan adalah portal pendidikan atau latihan peperiksaan secara output learning yang dikenali sebagai ScoreA Programme.

4.2

Pelan Pemasaran

Pelan pemasaran yang digunapakai pula adalah pelan hybrid yang menggabungkan pelan binary melalui Fast Start Bonus (FSB) dan pelan yang asasnya berbentuk stairstep-breakaway melalui Leadership Bonus (LSB). Sebelum pergi secara khusus membincangkan kedua-dua komponen ini, adalah penting untuk PPS menyentuh tentang isu-isu umum yang selalu diperdebatkan Halaman | 9

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

tentang MLM dan seterusnya memberi ulasan dan menetapkan pendirian berkaitan isu-isu ini.

5.

5.1

Isu-Isu Umum Tentang MLM

Justifikasi Upline Mendapat Komisen Dari Jumlah Jualan (Sales Volume) Yang Diusahakan Oleh Downlines, Terutamanya di Peringkat Yang Begitu Jauh ke Bawah Atau di Dalam Istilah Biasa Masyarakat: “Usaha dan Penat Lelah Orang di Bawah Cuma Mengayakan Orang di Atas”

ULASAN: Kritikan ini merupakan antara kritikan yang paling popular bagi menentang MLM kerana ia dilihat sebagai satu bentuk penganiayaan di mana dowlines di dalam sistem MLM digambarkan bersusah payah berusaha, sedangkan yang kaya raya cuma pihak syarikat atau penganjur skim dan segelintir orang atas iaitu uplines yang dibayangkan cuma melakukan penajaan ahli-ahli di bawahnya kemudian cuma menggoyang kaki mengecap hasil yang lumayan. Dari sudut syariah, ada persepsi yang melihat kekayaan orang atas (uplines) yang disumbangkan oleh usaha dan achievement orang di bawah (downlines) adalah tanpa justifikasi yang diiktiraf oleh syara„ kerana kekayaan tersebut tidak berpunca dari salah satu dari yang berikut: mal/‫( يبل‬harta/modal yang disumbangkan), „amal/‫( ػًم‬usaha yang dilakukan) ataupun daman/ٌ‫ضًب‬ (jaminan yang diberikan) lantas ianya termasuk di dalam skop memakan harta orang lain dengan cara yang batil. Sebelum PPS pergi secara lebih khusus membincangkan isu ini, sebagai latarbelakang perlu dinyatakan dengan jelas BAHAWA semata-mata mengaut keuntungan dari usaha dan penat lelah orang lain tidak menjadikan sesuatu amalan itu tidak patuh syariah asalkan pengumpulan harta dan keuntungan tersebut dilakukan dengan cara yang diiktiraf syara„ seperti melalui mudarabah, ujrah dan lain-lain. Dengan erti kata lain, tanpa bukti-bukti dan dalil-dalil perlanggaran syariah, hukum asal masih tetap sama iaitu al-ibahah. Adakah salah seseorang itu mengambil manfaat atau keuntungan dari usaha mahupun jual beli orang lain? Asalnya tentulah tidak salah asalkan jangan dilakukan dengan cara-cara yang jelas ditegah oleh syara‟. Malah, syara‟ membenarkan kita memakan, mengguna, mengambil manfaat atau mengambil harta yang asalnya milik orang lain dengan syarat ia dilakukan dengan cara-cara yang dibenarkan syara„ dan bukannya dengan cara yang batil iaitu yang ditegah oleh syara„. PPS, setelah menganalisa fakta-fakta yang dibekalkan dan berbincang, mendapati struktur MLM adalah berdasarkan ju„alah (‫)انجؼبنخ‬, suatu „aqad Halaman | 10

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

(contract) yang berorientasikan hasil (result-oriented) atau berorientasikan pencapaian (performance-oriented). Cuma ju„alah di dalam MLM adalah lebih canggih (sophisticated) dan berstruktur (structured) berbanding ju„alah klasik serta bersifat revolving (berulang) sedangkan ju„alah klasik bersifat one-off (sekali beri). Di dalam struktur MLM, syarikat menjadi orang yang membuat janji (promise) atau tawaran (offer) (dalam konteks ju„alah orang yang membuat janji atau tawaran ini diistilahkan sebagai ja„il (‫ ))جبػم‬untuk memberi ganjaran tertentu kepada sesiapa atau orang tertentu yang berjaya mencapai hasil atau merealisasikan matlamat tertentu. Ahli atau pengedar pula menjadi orang yang cuba mendapatkan ganjaran yang ditawarkan dengan jalan merealisasikan matlamat (target) yang ditetapkan. Sesama ahli pula, mereka adalah peserta bersama (co-participants) dalam ju„alah berstruktur (structured ju„alah) tersebut. Tidak timbul isu mengayakan orang atas di dalam struktur ini dan sekiranya berlaku pun tidak menyebabkan sebarang perlanggaran syariah. Malah, pemerhatian panel penasihat syariah terhadap hasil sebenar di dalam industri MLM umumnya dan MLM yang diamalkan di Kenshido International Sdn Bhd khasnya menunjukkan tidak sedikit downlines yang memotong (overtake) atau berjaya mengatasi pendapatan uplines terkadang dalam perbezaan yang sangat ketara kerana mereka mencapai matlamat yang ditetapkan lebih baik dari uplines mereka. Pemerhatian PPS juga menunjukkan, dari segi praktikal, ramai uplines yang telah berpenat lelah bagi membantu downlines mereka mencapai matlamat masing-masing terkadang tanpa habuan secara langsung dari volume yang dihasilkan. Malah, di dalam keadaan-keadaan sebegitu, tidak keterlaluan sekiranya dikatakan MLM turut melibatkan proses mengayakan orang bawah (downlines) melalui usaha dan kerjasama yang juga secara tidak langsung turut menyumbang kepada pendapatan orang atas (uplines). Yang penting setiap peserta („amil dalam konteks ju„alah) – tidak kira sama ada beliau seorang downline atau upline – mendapat apa yang dijanjikan berasaskan tahap pencapaian (each participant, be him a downline or upline, gets what he is promised with based on each‟s performance) dan mengikut pelan pemasaran yang telah dipersetujui bersama. Walaupun pada asalnya apabila terdapat lebih dari seorang yang berjaya merealisasikan matlamat (target) di dalam „aqad ju„alah atau dengan erti kata lain apabila ada sekumpulan orang yang bekerjasama untuk merealisasikan matlamat (target) yang ditetapkan di dalam „aqad ju„alah, maka upah atau ganjaran yang diberikan hendaklah dikongsi secara sama rata, PPS berpandangan di dalam struktur MLM ganjaran tersebut boleh diagih-agihkan secara berbeza-beza mengikut pencapaian setiap individu yang dinilai berdasarkan pelan pemasaran yang ditetapkan. Pandangan ini berdasarkan hakikat bahawa penetapan pengagihan secara samarata antara co-participants di dalam „aqad ju„alah walaupun jumlah sumbangan kerja mereka adalah berbeza-beza adalah berdasarkan anggapan tidak wujud kayu ukur (dawabit/‫ضٌاة‬ ‫ط‬ ) bagi menentukan sumbangan kerja setiap dari mereka yang boleh menjadi asas pengagihan yang Halaman | 11

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

mengikut kadar kerja setiap seorang dari mereka11, sedangkan pelan pemasaran di dalam perniagaan MLM pada penilaian PPS adalah memadai sebagai suatu formula (dawabit) yang boleh dijadikan asas pengagihan ganjaran yang berbeza. Analisa di atas adalah berdasarkan tanggapan bahawa usaha setiap ahli adalah merupakan sebahagian dari usaha keseluruhan ahli-ahli bagi mencapai satu matlamat (target) jualan yang ditetapkan oleh syarikat. Analisa alternatif yang mungkin lebih tepat adalah setiap ahli memasuki „aqad ju„alah yang independent dari „aqad ju„alah yang dimasuki oleh ahli-ahli yang lain lalu masing-masing mendapat ganjaran yang berbeza-beza berdasarkan tahap kejayaan masingmasing merealisasikan matlamat (target) jualan masing-masing yang diukur oleh pelan pemasaran yang ditetapkan walaupun pencapaian itu bukan sahaja dihasilkan secara bersendirian malah kemungkinan besar turut dihasilkan secara berkumpulan. Berdasarkan sebab-sebab yang diterangkan di atas, PPS membuat keputusan bahawa berdasarkan „aqad ju„alah antara syarikat sebagai promisor atau offeror (ja„il) dan peserta-peserta sebagai promisees atau accomplishers of the target („amil/‫ )ػبيم‬yang sesama mereka merupakan co-participants (al-musytarikun fi al„amal/ ‫)انًطزركٌٌ فَ انؼًم‬, MLM dari sudut justifikasi pengambilan untung secara komisen melalui hubungan downlines dan uplines ini secara asasnya adalah PATUH SYARIAH. Keputusan meletakkan struktur MLM di bawah „aqad ju„alah (structured ju„alah) menuntut PPS menyentuh beberapa isu berkaitan iaitu:

5.1.1

Keterangan Ringkas Tentang Rukun dan Syarat Ju„alah dan Kaitannya Dengan Struktur MLM

Definisi Ju„alah Ju‟alah dari segi bahasa bermaksud sesuatu yang diberikan/diperuntukkan kepada seseorang kerana melakukan sesuatu. Dari segi syara„ pula, ia didefinisikan sebagai komitmen untuk memberi imbuhan tertentu atas kerja yang tertentu. Mazhab Maliki mendefinisikan ju„alah sebagai upah/ijarah/ujrah ke atas manfaat yang tidak dipastikan keberhasilannya. Contohnya seorang berkata: “Siapa yang memulangkan kenderaan saya yang hilang, atau membuat binaan

11

Lihat Mustafa Al-Khinn et al., Al-Fiqh al-Manhaji, Jilid 3, h.146 di mana dinyatakan bahawa sekiranya telah berpakat melaksanakan kerja tersebut lebih dari seorang, maka hendaklah mereka berkongsi ganjaran yang diberikan secara samarata walaupun sumbangan kerja mereka berbeza-beza kerana kerja tersebut tidak dapat diukur untuk dijadikan panduan bagi mengagihkan ganjaran tersebut mengikut nisbah kerja yang disumbangkan oleh setiap seorang dari mereka.

Halaman | 12

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

begini, atau menggali lubang sedalam ini atau sebagainya, maka dia berhak mendapat jumlah RM1000”. Dalil Pensyariatan Ju„alah Mazhab Hanafi tidak mengiktiraf ju„alah kerana „aqad tersebut mengandungi unsur gharar (ketidakpastian) iaitu dari segi ketidakpastian jenis dan jumlah kerja serta tempoh yang diperlukan berbanding kaedah umum dalam ijarah yang memerlukan perkara-perkara tersebut diketahui. Walau bagaimanapun, mereka membenarkan ju„alah dalam kes memulangkan hamba yang hilang berdasarkan prinsip istihsan. Fuqaha‟ jumhur sebaliknya mengiktiraf „aqad ju„alah berdasarkan dalil daripada al-sunnah di mana Baginda S.A.W. pernah memperakukan tindakan seorang sahabat yang menjampi seorang pesakit dengan meletakkan syarat supaya dibayar dengan beberapa ekor kambing sekiranya pesakit tersebut berjaya disembuhkan.12 Selain itu, terdapat sokongan dalil13 daripada al-Qur‟an tentang kisah Nabi Yusuf a.s.:

             Orang-orang menteri menjawab: "kami kehilangan cupak raja. Dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu". Golongan kedua ini juga berhujah dengan alasan bahawa terdapat keperluan kepada „aqad ini, di mana terdapat orang yang mampu melakukan sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh orang lain. Justeru, adalah wajar orang yang melakukan tindakan tersebut dengan jayanya diberi penghargaan dalam bentuk upah atau sebagainya. Walaupun nampak ada beberapa persamaan di antara „aqad ju„alah dan „aqad ijarah yang mana kedua-duanya melibatkan elemen kerja dan upah, namun ada beberapa perbezaan antara kedua-duanya yang perlu disedari. Dalam konteks 12

Rujuk Al-Bukhari, Sahih al-Bukhari, Kitab al-Ijarah, Bab ma yu„ta fi al-ruqyah, no. hadith 6156; Muslim, Sahih Muslim, Kitab al-Salam, Bab jawaz akhdh al-ujrah „ala al-ruqyah.

13

Ini disebut isti‟nas/‫ اسزئنبش‬yang mana walaupun tidak disepakati sebagai sumber hukum (kerana syariat umat-umat yang terdahulu dari umat Nabi Muhammad S.A.W. tidak disepakati di kalangan ahli usul adakah layak dijadikan sumber hukum atau tidak) namun sekurangkurangnya boleh dijadikan dalil sokongan.

Halaman | 13

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

„aqad ju„alah, ketidakpastian dari segi kerja tidak akan menjejaskannya. Ini berbeza dengan ijarah di mana ketidakpastian seumpama itu akan menyebabkan „aqad ijarah terbatal. Dengan erti kata lain, ju„alah adalah „aqad yang berorientasikan hasil dan bukan berorientasikan proses/kerja yang dilakukan. Jika hasil yang dikehendaki dapat dipenuhi, maka pihak yang melakukannya berhak ke atas imbuhan yang telah dijanjikan. Selagi hasil yang dikehendaki belum dapat dipenuhi, selagi itu pihak yang berusaha untuk memenuhinya tidak berhak ke atas imbuhan yang telah dijanjikan. Dari sudut ini sekali lagi ju„alah berbeza dari ijarah yang mana di dalam ijarah, dibolehkan mensyaratkan upah dibayar sebelum kerja dilakukan sedangkan di dalam ju„alah pensyaratan sedemikian membatalkan „aqad ju„alah. Selain itu, ju„alah adalah „aqad tidak mengikat (ghayr lazim/ ‫)غْر الزو‬, sedangkan ijarah adalah „aqad mengikat (lazim/‫)الزو‬14.

14

Lihat Mustafa Al-Khinn et al., op. cit., h.148 di mana disenaraikan LIMA perbezaan antara ju„alah dan ijarah.

Halaman | 14

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Rukun-rukun Ju„alah Umumnya di dalam „aqad ju„alah ada terdapat EMPAT rukun: PERTAMA: „Aqidan (ٌ‫ )ػبلذا‬iaitu dua pihak yang melakukan „aqad yang terdiri daripada pertama, ja„il (‫ )جبػم‬iaitu orang atau pihak yang membuat tawaran kerja untuk dilaksanakan hasilnya dan mengikat janji untuk memberi ganjaran untuk hasil yang dicapai dan kedua, „amil (‫ )ػبيم‬iaitu orang atau pihak yang berusaha melakukan kerja bagi mencapai hasil yang disyaratkan dengan tujuan mendapatkan ganjaran yang dijanjikan. KEDUA: Sighah (‫ )صْغخ‬iaitu ijab (‫ )إّجبة‬tawaran yang menunjukkan keizinan dari ja„il kepada „amil untuk berusaha mencapai matlamat yang disyaratkan sebagai hasil kerja yang bakal diberi ganjaran. Qabul (‫ )لجٌل‬penerimaan tawaran oleh „amil secara lisan atau seumpamanya di dalam „aqad ju„alah tidak disyaratkan. Memadailah dengan melakukan kerja yang menghasilkan natijah yang disyaratkan untuk layak mendapat ganjaran yang dijanjikan. Namun di dalam amalan MLM, „amil iaitu peserta MLM dikehendaki mendaftar sebagai ahli di mana pendaftaran tersebut boleh dianggap sebagai penerimaan (qabul) daripadanya terhadap tawaran ja‟il iaitu syarikat. KETIGA: „Amal (‫ )ػًم‬iaitu kerja15 yang ditetapkan oleh ja‟il untuk dilakukan oleh „amil dengan jayanya sebagai syarat bagi „amil melayakkan diri untuk mendapatkan ganjaran. KEEMPAT: „Iwad (‫ )ػٌض‬iaitu ganjaran atau imbuhan yang dijanjikan oleh ja„il kepada „amil sekiranya berjaya melaksanakan misi yang ditetapkan. Syarat-syarat Ju„alah Kelayakan pihak-pihak yang ber„aqad – pihak yang menawarkan al-ja„il (‫)انجبػم‬ hendaklah mempunyai kelayakan untuk melakukan transaksi (baligh, berakal dan cerdik). Oleh itu, „aqad ini tidak sah jika dilakukan oleh kanak-kanak, orang gila atau yang dihalang menguruskan hartanya disebabkan bodoh. Pihak yang melakukan kerja pula iaitu al-„amil (‫ )انؼبيم‬hendaklah seorang yang mengetahui tentang pengumuman yang dibuat oleh al-ja„il. Imbuhan atau bayaran yang dijanjikan hendaklah berbentuk harta dan diketahui (ma„lum/‫)يؼهٌو‬. Jika ia tidak diketahui, „aqad ju„alah tidak sah. Syarat ini akan diperincikan di bawah di dalam perbincangan isu upah (komisen) yang diberikan datang sebagai sebahagian dari hasil atau natijah kerja yang diupahkan. 15

Secara lebih tepat, apa yang dimaksudkan dengan „amal di sini bukanlah kerja itu sendiri, tetapi hasil dari kerja tersebut.

Halaman | 15

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Seterusnya, manfaat atau hasil kerja yang hendak dijayakan hendaklah diketahui (ma„lum/‫ )يؼهٌو‬dan dibenarkan untuk dilakukan dari segi syara„. Oleh itu tidak sah ju„alah untuk melakukan sesuatu yang diharamkan seperti membunuh, menyihir seseorang dan seumpamanya. Antara syarat-syarat ju„alah adalah perlaksanaannya tidak ditentukan tempoh. Walau bagaimanapun syarat ini diletakkan oleh fuqaha‟ mazhab Maliki sahaja. Adakah Kombinasi Kerja (Effort) Dan Hasil (Result) Di Dalam Struktur MLM Menjejaskan „Aqad Ju„alah? Dari keterangan-keterangan yang diberikan di atas, jelas „aqad ju„alah adalah bersifat result-oriented dan bukannya effort-oriented. Disebabkan itu, ketidakpastian terhadap jenis, jumlah dan tempoh kerja yang perlu dilakukan bagi merealisasikan hasil (result) yang dikehendaki tidak menjejaskan kesahihah „aqad. Berbeza dengan ijarah, di mana ketidakpastian (jahalah/‫ )جيبنخ‬berkaitan jenis, jumlah dan tempoh kerja bakal menjejaskan kesahihannya, di dalam ju„alah ketidakpastian sedemikian adalah dimaafkan (mughtafarah/‫ )يغزفرح‬kerana hajat yang menuntut kelonggaran sebegini16. Di dalam struktur MLM biasanya akan didapati kombinasi kerja (effort/activity) dan hasil (result) yang perlu dipenuhi sebelum seseorang peserta layak mendapat ganjaran yang ditawarkan. Pendaftaran keahlian, pembelian pakej-pakej produk tertentu17, kehadiran ke kursus-kursus anjuran syarikat dan sebagainya boleh dikategorikan sebagai semata-mata usaha atau aktiviti dan bukannya hasil. Hasil di dalam aktiviti MLM asasnya adalah jumlah jualan yang berjaya direkodkan oleh syarikat hasil dari usaha seseorang peserta secara bersendirian dan juga berkumpulan. Adakah kombinasi usaha atau aktiviti (effort or activity) dan hasil (result) sebegini dibenarkan atau adakah ianya menjejaskan „aqad ju„alah di dalam MLM? Mengikut penilaian yang dibuat oleh PPS, kombinasi sebegini tidak sepatutnya menjejaskan „aqad ju„alah, malah mampu mengurangkan amaun ketidakpastian (jahalah) berkaitan kerja yang perlu dilakukan. Oleh kerana „aqad ju„alah sah dengan wujudnya ketidakpastian sedemikian, maka tentulah ia lebih layak ( ‫يٍ ثبة‬ َ‫ )أًن‬sebagai satu „aqad yang sah apabila ketidakpastian (jahalah) tersebut berkurangan. Malah, ketidakpastian berkaitan jenis, amaun dan tempoh kerja di 16

Dr Mustafa Al-Khin et al., op. cit., h.145.

17

Pembelian pakej-pakej produk zahirnya adalah semata-mata aktiviti dan bukannya hasil walaupun disebaliknya mungkin berlaku proses merealisasikan hasil. Awalnya, peserta MLM menjayakan jualan (kepada orang lain atau kepada diri sendiri), kemudian membeli produk dari syarikat untuk diserahkan kepada pembeli atau untuk digunakan sendiri. Yang mungkin berlaku melalui pembelian pakej-pakej produk adalah turutan (sequence) yang sebaliknya iaitu peserta membeli produk terlebih dahulu sebelum menggerakkannya kepada penggunapengguna akhir termasuk kepada dirinya sendiri.

Halaman | 16

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

dalam „aqad ju„alah adalah sesuatu yang dimaafkan mengambil kira faktor hajat dan keperluan, BUKANNYA sesuatu yang disyaratkan.

5.1.2

Isu Upah (Komisen) Yang Diberikan Datang Sebagai Sebahagian Dari Hasil Atau Natijah Kerja Yang Diupahkan

Sepanjang pengetahuan PPS, isu upah yang dijanjikan untuk kerja yang dilakukan atau untuk hasil yang dicapai diambil sebagai sebahagian dari hasil atau natijah kerja yang diupahkan itu sendiri merupakan suatu isu yang tidak pernah dibangkitkan sebelum ini sebagai suatu sebab untuk mempertikaikan kepatuhan syariah amalan MLM. Pada pandangan PPS isu ini adalah a very valid syariah issue yang perlu dianalisa, dibincangkan dan diputuskan kerana amalan MLM dari segi praktisnya adalah berteraskan kepada amalan pembayaran upah sebegini. Isu ini terbit dari larangan yang ditetapkan di dalam hadith berkaitan ٌ‫لفْس انطحب‬ (hadith riwayat al-Darqutni). Larangan ini berkaitan dengan amalan masyarakat Arab pada masa dahulu yang menyerahkan sejumlah gandum kepada pengisar gandum untuk dikisar dengan bayaran upah ditetapkan sebagai sebahagian daripada tepung yang bakal dihasilkan nanti. Sebahagian fuqaha‟ menyatakan bahawa berdasarkan hadith ini, bayaran upah tidak boleh dalam bentuk hasil kerja yang dilakukan oleh orang yang diupah. Alasan yang diberikan, selain dari hadith yang disebutkan di atas, adalah kadar upah yang tidak diketahui (tidak dapat dipastikan berapa amaun tepung yang bakal dihasilkan nanti, walaupun bahagian (peratusan atau nisbah) yang diperuntukkan kepada pengisarnya telah ditetapkan). Oleh sebab itu sebahagian fuqaha‟ amat tegas di dalam melarang pembayaran upah dalam bentuk sebegini. Di dalam kitab Al-Fiqh al-Manhaji „ala Madhhab alImam Al-Shafi„i dinyatakan dengan tegas bahawa praktis menjanjikan peratusan tertentu dari hasil tuaian, 10% misalnya, sebagai upah menuai; menjanjikan peratusan tertentu, 2% contohnya, dari jumlah kutipan yang berjaya dikutip bagi pihak persatuan dan seumpamanya kepada petugas persatuan atau lainnya yang bertugas mengutip sumbangan tersebut; menjanjikan kepada ajen hartanah dan seumpamanya sebahagian dari nilai jualan hartanah yang berjaya diuruskan dalam bentuk peratusan tertentu seperti 2 atau 3 peratus dari harga hartanah yang berjaya dipersetujui antara pemilik dan pembeli, kesemua bentuk persetujuan pembayaran upah sedemikian adalah pekerjaan yang jelek dan melanggar syara‟ kerana ketidakpastian (jahalah) yang ada pada jumlah sebenar upah yang dijanjikan18. Berdasarkan pendirian sebegini, kepatuhan syariah amalan MLM boleh dianggap runtuh dari akar umbinya kerana pembayaran komisen di dalam 18

Mustafa Al-Khinn et al., op. cit., hh.131-132.

Halaman | 17

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

struktur MLM kebanyakannya19 tidak lari dari konsep peratusan dari jumlah jualan yang berjaya dihasilkan. Sebab itulah PPS berpendapat, seperti yang dinyatakan di atas, bahawa isu ini adalah suatu isu syariah yang serius yang perlu dianalisa, dibincangkan dan diputuskan dengan sewajarnya. Walau bagaimanapun, mazhab Maliki membenarkan amalan sebegini kerana pada dasarnya kadar tersebut telah dinyatakan. Pandangan ini diutarakan juga oleh fuqaha‟ mazhab Hanbali melihat kepada keuntungan yang dibahagikan mengikut kadar atau peratusan itu sebenarnya terhasil dari usaha orang yang diupah seolah-olah mudarabah.20 Berkenaan hadith yang digunakan oleh golongan fuqaha‟ yang tidak mengharuskan amalan sebegini, golongan fuqaha‟ yang membenarkannya menyatakan bahawa hadith tersebut tidak sahih.21 Analisa PPS terhadap pendapat-pendapat yang berbeza antara fuqaha‟ silam ini Allah Taala jua yang Maha mengetahui - menunjukkan ada kesepakatan antara mereka dari sudut pensyaratan bahawa upah/ujrah, baik di dalam ijarah apatah lagi ju„alah, mestilah diketahui (ma„lumah/‫ )و ػهٌيخ‬dan tidak boleh tidak diketahui (majhulah/‫)يجيٌنخ‬. Perselisihan pendapat yang berlaku lebih menjurus kepada question of fact (tahqiq al-manat/ ‫)رحمْك انًنبظ‬: adakah penetapan upah secara menetapkan peratusan tertentu dari hasil kerja yang diusahakan itu merupakan penetapan upah/ujrah yang dianggap telah diketahui (ma„lumah) ataupun masih tidak diketahui (majhulah)? Sebahagian fuqaha‟ seperti fuqaha‟ Hanafiah dan Syafiiyyah menganalisa penetapan upah sebegini sebagai masih lagi tidak mengubah nature upah yang dijanjikan itu dari keadaannya tidak diketahui (majhulah) kepada diketahui (ma„lumah) oleh itu tidak dibenarkan dan sebahagian yang lain seperti fuqaha‟ Malikiyyah dan Hanabilah menilai penetapan kadar atau peratusan tertentu dari hasil kerja itu sebagai upah telah menjadikan upah/ujrah tersebut diketahui (ma„lumah) oleh itu dibenarkan. Dengan rasa hormat yang mendalam terhadap para fuqaha‟, baik yang silam mahupun yang semasa, yang berpegang kepada pendapat yang pertama iaitu tidak mengharuskan penetapan upah sebegini kerana dianggap menjanjikan upah yang tidak pasti amaunnya, PPS cenderung menyokong dan mentarjihkan pendapat yang kedua yang melihat penetapan upah secara kadar atau peratusan ini TIDAK menjadikan upah tersebut tidak diketahui (majhulah), sebaliknya telah dianggap diketahui (ma‟lumah) secara kadar dan peratusan berdasarkan faktorfaktor berikut: 19

PPS menggunakan istilah “kebanyakan” di sini kerana kelihatannya ada juga pembayaran yang dilakukan di dalam pelan pemasaran MLM dengan jumlah yang tepat seperti pembayaran yang dilakukan di dalam pelan binary yang berkonsepkan one to one pairing iaitu sekian RM untuk setiap pairing yang berlaku, bukannya sekian peratus.

20

Lihat perbincangan tentang isu ini „Abdullah bin Ahmad bin Qudamah, Al-Mughni, j. 6, Lubnan: Dar al-Fikr, hh.15-17.

21

Lihat Wahbah al-Zuhaili (1985), Al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, j. 4, Syria: Dar al-Fikr, h.750.

Halaman | 18

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

1) Melihat kepada asas larangan menetapkan upah yang tidak diketahui itu sendiri. Asas larangan ini adalah kerana upah di dalam „aqad ijarah dan ju„alah adalah salah satu dari dua subjek pertukaran (consideration atau „iwadayn/ٍْ‫ )ػٌض‬di dalam kontrak pertukaran (mu„awadat/‫ )يؼبًضبد‬sama seperti harga (thaman/ًٍ‫ )ث‬di dalam „aqad jual beli (bay‟/‫)ثْغ‬, maka ia tidak boleh bersifat tidak diketahui atau tidak dipastikan jumlahnya kerana ini selain meyebabkan ketidakpastian berkaitan subjek yang menjadi pertukaran, berpotensi menimbulkan pertikaian dan perbalahan di antara kedua-dua pihak yang memasuki „aqad. Pertikaian sedemikian tidak atau sepatutnya tidak timbul di dalam „aqad ijarah atau ju„alah di mana upah telah ditetapkan mengikut kadar atau peratusan tertentu dari hasil kerja atau keuntungan yang dihasilkan kerana dengan kadar atau peratusan yang ditetapkan tersebut, pihak-pihak yang ber‟aqad telah atau sepatutnya telah dapat mengira habuan masing-masing. Sekiranya upah menjual sesuatu barang ditetapkan pada kadar separuh atau 50% dari harga yang telah ditentukan untuk barang tersebut maka secara asasnya kedua-dua pihak telah mengetahui dan bersetuju dengan amaun upah yang ditetapkan. Oleh sebab itu kita dapati di dalam transaksi perbankan Islam dan pasaran modal Islam misalnya, sarjana-sarjana dan pakar kewangan Islam membenarkan janji (wa„d/‫ )ًػذ‬untuk melakukan „aqad jual beli di mana penetapan harga di dalam „aqad jual beli yang dijanjikan itu dilakukan melalui suatu formula yang telah dipersetujui bersama. Maka, penetapan upah kerja berdasarkan formula yang dipersetujui bersama sudah tentu, pada penilaian PPS, lebih patut dibenarkan kerana ia ada kaitan dengan pemberian insentif terhadap usaha yang dilakukan oleh orang yang menerima upah bagi mendapatkan hasil yang bakal menjadi sumber pembayaran lalu dari sudut itu ada persamaan, sebagaimana yang dinyatakan oleh fuqaha‟-fuqaha‟ Hanabilah, dengan mudarabah di mana penetapan pembahagian untung ditetapkan mengikut kadar atau peratusan.22 2) Larangan-larangan dan sekatan-sekatan di dalam muamalat asasnya adalah untuk mengelakkan pertikaian, penganiayaan dan ketidakwujudan keredaan bersama yang sebenar (genuine mutual consent/taradi haqiqi/ ِ‫ )رراضِ حمْم‬pihak-pihak yang bertransaksi dan seterusnya menyebabkan berlaku perbuatan memakan/mengambil harta orang lain dengan cara yang batil di dalam urusan sesama manusia. Penetapan upah secara kadar dan peratusan dari hasil kerja umumnya tidak membawa kepada pertikaian, penganiayaan dan ketiadaan keredaan bersama (mutual consent) pihak-pihak yang terlibat. Malah sebaliknya, amalan penetapan upah berdasarkan kadar atau peratusan tertentu dari hasil 22

Mungkin boleh dihujjahkan bahawa analogy ini adalah analogy yang berbeza kerana di sana cuma berlaku wa„d untuk membeli atau menjual; harga telah menjadi diketahui (ma„lumah) ketika „aqad jual beli dimeterai nanti sedangkan di sini amaun sebenar upah belum diketahui dengan tepat ketika „aqad berlaku. Pada pandangan PPS perbezaan ini tidak sepatutnya memberi kesan kepada hukum kerana di sana wa„d bersifat mulzim/‫( يهسو‬binding and therefore, actionable) menyebabkan pihak yang berjanji diikat untuk membeli atau menjual pada harga yang bakal ditetapkan kemudian berdasarkan formula yang telah dipersetujui bersama. Wallahu a‟lam.

Halaman | 19

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

kerja, terutamanya di dalam urusan yang bersifat perniagaan atau jual beli, umumnya mewujudkan keadaan menang-menang (win-win situation) kepada kedua-dua pihak yang ber‟aqad. Di dalam urusan jual beli hartanah melalui khidmat agen, misalnya, penetapan upah sebanyak 2% dari harga jualan hartanah berkenaan sebagai upah kepada agen (dengan syarat harga jualan minimum23 telah ditetapkan dan dipersetujui bersama) adalah sesuatu yang asasnya dipersetujui bersama dan menguntungkan keduadua pihak, tuan punya hartanah dan agen hartanah. Ini adalah kerana lebih tinggi harga jualan yang dapat dijayakan oleh agen, lebih tinggi habuan yang bakal diperolehi oleh agen dan tuan punya hartanah tersebut. Sekiranya RM100,000 ditetapkan sebagai harga jualan minimum hartanah berkenaan, agen sebenarnya telah mengetahui bahawa sekiranya dia berjaya menjual hartanah tersebut, maka upah minimum yang bakal diperolehi adalah RM2,000 dan tuan punya hartanah telah mengetahui harga yang bakal diperolehi adalah RM98,000 setelah ditolak kos pembayaran upah agen. Sekiranya hartanah tersebut berjaya dijual pada harga yang lebih tinggi, maka pihak-pihak yang bertransaksi, tuan punya hartanah dan agen hartanah kedua-duanya memperolehi habuan yang lebih besar dan oleh itu keredaan bersama boleh dianggap telah wujud kerana keredaan menerima habuan yang sedikit umumnya adalah bukti keredaan menerima habuan yang lebih banyak (‫)انرضب ثبأللم رضب ثبألكثر‬. Sebenarnya amalan seumpama ini telah berlaku dalam banyak aktiviti ekonomi. Contohnya, broker yang mengambil upah dalam bentuk komisen daripada hasil jualan yang diuruskannya atau agen takaful yang dibayar berdasarkan penyertaan yang dibuat oleh klien-kliennya dan seumpamanya. Sekiranya diutarakan bangkangan bahawa di dalam amalan MLM, bukan sahaja jumlah sebenar upah atau komisen tidak diketahui dengan tepat pada awal ‟aqad, malah samada peserta yang melakukan usaha-usaha perniagaan tersebut bakal mendapat upah/komisen sendiri adalah sesuatu yang tidak pasti, PPS melihat bahawa ketidakpastian mendapat upah adalah suatu isu dan ketidakpastian jumlah sebenar upah yang bakal diperolehi pula adalah suatu isu lain yang berbeza. Ketidakpastian mendapat upah/komisen di dalam MLM adalah disebabkan oleh nature yang ada pada „aqad ju„alah seperti yang telah diterangkan di dalam tajuk 5.1 di atas dan lebih khusus lagi di dalam tajuk 5.2 di bawah di mana ganjaran hanya layak di perolehi sekiranya dan hanya sekiranya (if and only if) hasil (target) berjaya dicapai. Ketidakpastian jumlah sebenar upah/komisen yang diperolehi pula adalah suatu isu lain yang sebagaimana yang diterangkan di sini tidak sepatutnya menjejaskan kepatuhan syariah amalan ini kerana upah/komisen itu telah dianggap diketahui melalui kadar atau peratusan atau formula yang ditetapkan di dalam pelan pemasaran MLM yang berkenaan. Wallahu a‟lam. 23

Harga jualan maksimum juga boleh ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua agen dan tuan punya hartanah demi memastikan hartanah tersebut tidak terlampau sukar untuk dijual kepada pembeli. Namun, harga jualan minimum pada pandangan PPS adalah sesuatu yang mesti ditetapkan untuk mengelakkan jahalah yang boleh membawa kepada pertikaian.

Halaman | 20

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

5.2

Kemungkinan Sasaran Jualan Yang Menjadi Ciri Asas MLM Membawa Kepada Penindasan Dan Penganiayaan Kerana Pengedar Yang Telah Berpenat Lelah Menjalankan Usaha Tidak Mendapat Ganjaran (Reward) Yang Diharapkan Apabila Tidak Mencapai Sasaran (Hit Target) Yang Ditetapkan

ULASAN: Ganjaran berdasarkan sasaran tercapai bukanlah suatu perkara yang asing di dalam „aqad. Malah dari suatu sudut, ia merupakan sesuatu yang integral di dalam „aqad. Ganjaran harga yang diraih oleh penjual di dalam jual beli, misalnya, berdasarkan sasaran yang dicapai iaitu pemindahan hak milik barang yang dijual kepada pembeli. Ganjaran duit sewaan yang diraih oleh pemberi sewa, sebagai contoh, berdasarkan sasaran yang dicapai iaitu membenarkan penggunaan manfaat dari barang yang disewa kepada penyewa dan sebagainya. Apapun, contoh-contoh tersebut diakui mungkin agak jauh berbanding sasaran jualan dan komisen yang dipraktikkan di dalam MLM. Secara lebih hampir, „aqad ju„alah seperti yang telah diterangkan di atas adalah merupakan suatu bentuk „aqad klasik yang dibenarkan yang hanya memberi ganjaran apabila sasaran tercapai. Sebagai contoh mudah „aqad ju„alah yang asas, Encik Ali misalnya mengumumkan: “Sesiapa yang jumpa lembu saya yang hilang dan pulangkan kepada saya, saya berikan kepadanya wang sebanyak RM200”. Si Abu yang berminat dengan tawaran tadi berusaha bersungguhsungguh menggunakan tenaga dan wang ringgit mencari lembu Encik Ali yang hilang tetapi tidak berhasil dan oleh itu tidak berhak mendapat ganjaran yang dijanjikan. Si Bakar yang juga tahu tentang tawaran tersebut bernasib baik kerana kebetulan dengan mudah terjumpa lembu itu dan memulangkannya kepada Encik Ali lalu layak mendapat ganjaran. Adakah berlaku penganiayaan terhadap Si Abu yang telah berpenat lelah menjalankan usaha tetapi tidak mendapat ganjaran yang diharapkan apabila tidak mencapai sasaran yang ditetapkan? Jawapannya tentulah tidak berlaku sebarang penganiayaan kerana pihak-pihak yang terlibat jelas dan reda bahawa ganjaran hanya akan diberi jika matlamat atau sasaran telah dicapai dan bukan semata-mata atas usaha yang dicurahkan. Suatu contoh mudah yang lain: Encik Abu berkata kepada Cikgu Bakar: “Kalau Cikgu Bakar ajar anak saya sehingga dia boleh membaca saya beri Cikgu Bakar RM500”. Cikgu Bakar berusaha bersungguh-sungguh mengajar anak Encik Abu tetapi dia tetap tidak boleh membaca. Hasilnya Cikgu Bakar tidak berhak mendapat RM500 yang dijanjikan walaupun telah menghabiskan masa dan tenaga mengajar anak Encik Abu kerana di situ syarat yang ditetapkan oleh Encik Abu bersifat result oriented. Berlainan halnya sekiranya Encik Abu berkata “Cikgu Bakar tolong ajar anak saya membaca empat jam seminggu selama sebulan, saya beri Cikgu Bakar RM500”. Samada anak Encik Abu selepas itu boleh membaca atau tidak, selagi Cikgu Bakar telah menjalankan kerja yang disyaratkan iaitu mengajar anak Encik Abu membaca dalam tempoh tersebut, maka Cikgu Bakar berhak mendapat RM500 Halaman | 21

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

yang dijanjikan kerana syarat di sini adalah job-oriented atau effort-oriented BUKAN target-oriented atau result-oriented. Adakah berlaku penindasan dan penganiayaan di dalam contioh-contoh yang diberikan tadi? Adakah berlaku perlanggaran konsep taradi (ِ‫ )رراض‬atau mutual consent antara pihak-pihak yang terlibat? Sifat (nature) ju„alah sendiri adalah berorientasikan hasil (result-oriented atau target-oriented). Pihak-pihak yang terlibat tahu kesan dari mencapai atau tidak mencapai sasaran yang ditetapkan, lalu kenapa pula perlu timbul isu penindasan dan penganiayaan? Secara umumnya ulama menerima syarat-syarat yang dipersetujui bersama antara pihak-pihak yang bertransaksi berdasarkan panduan RasululLah S.A.W. bahawa orang-orang Islam terikat dengan syarat-syarat yang mereka telah persetujui ( ‫)انًسهًٌٌ ػنذ ضرًطيى إال ضرطب أحم حرايب أً حرو حالال‬. Cuma terkadang mereka berselisih pendapat berkaitan sesuatu syarat kerana ada yang menganggap syarat tersebut termasuk menghalalkan yang haram atau mengharamkan yang halal lalu terkeluar dari umum keterikatan tadi. Penjual kereta, ajen hartanah, ajen takaful, pengurus aset dan sebagainya juga ada diberi komisen berdasarkan pencapaian sasaran. Sekiranya tidak selesa dengan syarat yang bersifat result-oriented maka dinasihatkan jangan memilih untuk terlibat dengan struktur sedemikian. Tiada paksaan; pilihlah untuk terlibat dengan transaksi yang mempunyai syarat-syarat yang bersifat effort-oriented. Rumusannya, oleh kerana struktur MLM ini dianalisa sebagai ju„alah berstruktur (structured ju„alah) maka ganjaran berasaskan pencapaian sasaran adalah natural consequence dari „aqad yang dipilih dan tidak menyebabkan penindasan atau penganiayaan dan seterusnya TIDAK melibatkan sebarang perlanggaran syariah dari sudut itu. Tidak timbul isu penganiayaan kerana ganjaran disediakan di dalam struktur yang berorientasikan hasil/sasaran. Apabila hasil tidak tercapai, maka ganjaran tidak berhak dituntut.24 Sekali lagi ditekankan, sekiranya tidak selesa dengan „aqad yang berorientasikan hasil semata-mata (purely result-oriented) seperti ju„alah boleh pilih yang berorientasikan usaha (effort-oriented) seperti ujrah (upah yang diberi dalam bentuk fi tetap atau gaji misalnya). Oleh sebab itu, PPS membuat keputusan bahawa konsep pencapaian sasaran sebagai pra-syarat mendapat bonus atau komisen yang menjadi ciri utama MLM secara asasnya adalah PATUH SYARIAH.

24

Lihat Mustafa Al-Khinn et al., op. cit., h.146.

Halaman | 22

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

5.3

Kemungkinan Berlakunya Dua „Aqad Dalam Satu (Safqatayn Fi Safqah) Yang Ditegah Syara’ Kerana Operasi MLM Mungkin Dianalisa Sebagai Satu Transaksi Yang Melibatkan Dua „Aqad Pada Satu Masa Yang Sama Iaitu „Aqad Jual Beli Di Mana Pengedar Membeli Barangan Atau Produk Daripada Syarikat Dan Dalam Masa Yang Sama Berlaku „Aqad Wakalah Di Mana Pengedar Dilantik Oleh Syarikat Sebagai Wakil Untuk Memasarkan Produk Dan Untuk Melantik Wakil-Wakil Pengedar Yang Lain

ULASAN: Ada kritikan terhadap kepatuhan syariah amalan MLM berdasarkan analisa bahawa MLM melibatkan berlakunya dua „aqad dalam satu yang dilarang oleh baginda Rasulullah S.A.W. Isu safqatan fi safqah ( ‫ )صفمزبٌ فِ صفمخ‬asalnya berdasarkan tiga hadith Nabi Muhammad S.A.W.: a) Larangan bay„ dan salaf (‫ – )ثْغ ًسهف‬jual beli dan hutang – hadith riwayat „Amr ibn Syu„ayb dan Abu Hurayrah. b) Larangan bay„atayn fi bay„ah (‫ – )ثْؼزٍْ فِ ثْؼخ‬dua jual beli dalam satu jual beli – hadith riwayat Abu Hurayrah. c) Larangan safqatayn fi safqah ( ‫ – )صفمزٍْ فِ صفمخ‬dua „aqad dalam satu „aqad – hadith riwayat Ibn Mas„ud. „Umar Abdullah Kamil dalam tesis beliau 25 ‫انمٌاػذ انفميْخ انكجرٍ ًأثرىب فِ انًؼبيالد انحذّثخ‬ memberikan huraian serta penafsiran terhadap ketiga-tiga hadith ini. Secara ringkas maksud hadith-hadith ini adalah seperti berikut: a) Hadith ‫ – ثْغ ًسهف‬larangan ini bermaksud tidak boleh menghimpunkan transaksi hutang dan jual beli dalam satu „aqad. Ini terpakai dalam konteks gabungan „aqad qard (hutang pinjaman) dan salam (tempahan), qard dan sarf (tukaran wang), qard dan ijarah (upah/sewa). Al-Khattabi menjelaskan maksud larangan ini dengan memberikan contoh seperti seorang yang menyatakan: “Saya jual barang ini kepada kamu dengan harga 50 dinar dengan syarat kamu beli barang saya yang bernilai seribu dirham secara hutang”. Contoh lain: “Saya jual barang ini kepada kamu dengan harga X dengan syarat kamu meminjamkan kepada saya seribu dirham”. b) Hadith ‫ – ثْؼزٍْ فِ ثْؼخ‬tafsirannya adalah lebih mirip kepada bay„ al-„inah walaupun terdapat beberapa tafsiran lain yang berbeza atau hampir sama dengan tafsiran hadith pertama di atas. c) Hadith ‫ – صفمزٍْ فِ صفمخ‬larangan ini pula merujuk kepada keadaan jual beli di mana terdapat dua harga yang berbeza. Contohnya jika dibeli tunai harganya RM1000 dan jika dibeli secara hutang harganya RM2000. Tawaran dilakukan dengan dua harga ini tetapi penerimaan yang dibuat tidak menentukan harga yang mana yang dipilih (atau kaedah bayaran mana yang diambil). 25

„Umar Abdullah Kamil (2000), Al-Qawa„id al-Fiqhiyyah al-Kubra wa Atharuha fi alMu„amalat. Mesir: Dar al-Kutub.

Halaman | 23

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Tafsiran-tafsiran tentang safqatayn fi safqah boleh jadi lebih luas dan pelbagai dari apa yang diringkaskan di atas. Di dalam bukunya, Money, You & Islam, Zaharuddin Abd Rahman (lebih popular sebagai Ustaz Zaharuddin atau UZAR) di dalam rangka menganalisa kepatuhan syariah MLM berdasarkan isu safqatayn fi safqah ini ada membuat rumusan tentang kaitan antara safqatayn fi safqah dengan amalan-amalan MLM. Elok dipetik di sini bahagian-bahagian yang berkaitan dari rumusan beliau di dalam versi Bahasa Melayu sebagaimana yang terdapat di dalam artikel asal beliau Isu Syariah Dalam Perniagaan MLM:26 “…ini beberapa tafsiran tentang hadith dua aqad dalam satu mengikut beberapa kumpulan ulama silam dan kaitannya dengan MLM:1) ….. 2) ….. 3) Iaitu contohnya berkata seorang lelaki : "Aku jual kebunku ini dengan harga RM 10,000 dengan syarat kamu jualkan rumah kamu pula dengan harga RM 15,000" . Inilah juga tafsiran ulama mazhab Hanafi, Hanbali dan Syafie. (Al-Mughni , 6/332 ; Al-Um, 3/67 ; „Aridatul Ahwazi, 5/239 ) Inilah tafsiran yang saya lihat ada kaitannya dengan kebanyakkan MLM. Iaitu berkata syarikat MLM kepada seorang ahli baru sebagai contoh : "aku jual barang water filter ini dengan harga RM 2000 dengan syarat engkau jadi wakil jualanku dengan komisyen sebanyak 3 % dari harga jualanmu dan aku beri mandate kamu untuk jadi lantik ahli baru dan setiap jualannya kamu akan dapat 1 % dengan syarat kamu ada jualan sendiri sebanyak RM 1000 setiap bulan" Lihat, dalam contoh saya tu ada berapa jenis aqad muawadah maliah yang bersifat lazim? a- Jual barang RM 2000 - Aqad jual beli yang bersifat lazim b- Lantik jadi wakil dengan upah (Wakalah bil Ujr) - aqad wakalah yang bersifat lazim. c- Beri mandate untuk cari ahli - ini tiada masalah d- Setiap ahli yang kamu lantik jual kamu layak dapat 1% - Ini ju'alah, juga kelihatan tiada masalah. e- Kamu hanya layak dapat 1 % ju'alah tadi dengan syarat kamu ada jualan sendiri RM 1000 - Ini ada syubhat sikit syarat seperti ini. Perlu perbincangan dan ijtihad. Cuma, secara umum kita dapat melihat bergabungnya dua aqad mu'awadat maliah (pertukaran hak milik harta) yang bersifat Lazim. Jika aqad itu ghayru Lazim maka ia diharuskan, tetapi dalam hal ini dua aqad itu adalah "aqad lazim" 4) Iaitu seorang penjual menjual dua barangan berlainan harga iaitu kasut dengan harga RM 100 dan handphone dengan harga RM 700, tetapi ia membuatnya terikat, iaitu jika anda beli handphone, maka pembelian kasut juga menjadi wajib. Inilah takrif yang dipegang oleh Al-Qadhi Ibn AlArabi al-Maliki ( Al-Qabas Syarah Al-Muwatta', 2/842 ; Al-Muntaqa , 5/36) . Ini juga mempunyai sedikit kaitan dengan MLM kerana meletakkan syarat satu aqad lain sebagai syarat untuk sesuatu aqad itu boleh „concluded'.” 26

http://www.zaharuddin.net/content/view/222/100/

Halaman | 24

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Petikan di atas pada pandangan PPS bersifat self-explanatory bagi mereka yang memahami istilah-istilah yang digunakan penulis dan oleh itu tidak memerlukan huraian lanjut. Dengan hormat kepada pandangan beliau yang dipetik di atas, PPS setelah melihat dan menganalisa amalan-amalan dan terma-terma di dalam MLM secara umum dan amalan-amalan dan terma-terma di dalam MLM yang diamalkan syarikat Kenshido International Sdn Bhd secara khusus mendapati apa yang sebenarnya terhasil bukanlah mengikat jual beli yang berlaku dengan tanggungjawab pengedaran produk iaitu: “Saya jual produk ini kepada kamu dengan harga RM X dengan syarat kamu menjadi wakil pengedar kepada syarikat untuk mengedarkan produk ini kepada orang lain” (terma yang sebegini juga menjadikan jual beli tersebut mu„allaq dan tidak sah) sebaliknya memberi pilihan atau keistimewaan (option or privilege) kepada pembeli tersebut untuk mengedarkan produk kepada orang lain. Jual beli telah selesai, sah dan mengikat (tertakluk kepada khiyar, sekiranya ada, atau cooling-off period yang ditetapkan undang-undang, sekiranya terpakai). Dengan erti kata lain, pengedar diberi hak (bukan tanggungjawab) untuk menghasilkan jualan-jualan tertentu samada secara perseorangan atau pun berkumpulan27 bagi melayakkan dirinya memperoleh komisen yang ditetapkan berdasarkan formula di dalam pelan pemasaran setelah membuat belian tersebut. Seolah-olah dikatakan kepadanya “Oleh kerana kamu telah membeli produk kami dalam jumlah sekian sekian, kami memberi pilihan, keistimewaan dan hak kepada kamu untuk mendapat ganjaran sekiranya kamu berjaya menghasilkan sasaran sepertimana yang ditetapkan di dalam pelan pemasaran syarikat”. Ianya BUKAN, berdasarkan analisa atau takyif sebegini, safqatayn fi safqah walaupun melibatkan lebih dari satu „aqad. Produk AITAB yang banyak ditawarkan di dalam perbankan Islam, contohnya, melibatkan dua „aqad yang berbeza iaitu „aqad ijarah (sewaan) dan bay‟ (jual beli) yang kedua-duanya bersifat lazim namun ia tidak termasuk di dalam safqatayn fi safqah yang ditegah syara‟ kerana kedua-dua „aqad tadi walaupun kelihatan sepintas lalu sebagai telah dipakejkan menjadi satu, namun pada hakikatnya setiap „aqad berdiri dengan sendiri. Produk berasaskan Syirkah Mutanaqisah atau Musyarakah Mutanaqisah, sebagai misal yang lain, melibatkan banyak „aqad yang berbeza namun secara umumnya tidak menjadikannya termasuk ke dalam transaksi safqatayn fi safqah yang ditegah syara‟. Yang penting, setiap „aqad berdiri dengan sendiri dan tidak mengikat keberhasilan „aqad yang lain di dalam arrangement tersebut. Selain itu, penelitian yang dibuat terhadap terma-terma dan syarat-syarat di dalam borang keahlian Kenshido International Sdn Bhd dan maklumat-maklumat yang diperolehi dari beberapa syarikat MLM yang lain serta pengesahan yang diperolehi daripada pihak pengurusan Kenshido secara khusus mengesahkan bahawa pembelian produk atau pakej produk telah selesai dan mengikat tanpa 27

Istilah PS (Personal Sales) dan PGS (Personal Group Sales) biasa digunakan dalam konteks ini.

Halaman | 25

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

tergantung kepada berlakunya pengedaran produk kepada orang lain kemudian dari itu DAN bahawa pengedar atau pembeli TIDAK sekali-kali dilantik menjadi wakil mahupun pekerja (neither agent nor employee) kepada Kenshido dalam memasarkan produk mereka. Sebaliknya setiap seorang dari mereka menjual produk tersebut dalam kapasiti sendiri sebagai penjual atau peniaga bebas (Independent Business Operator) dan bukan sebagai wakil syarikat. Status “independent” ini sesuai dengan analisa „aqad ju„alah yang bersifat tidak mengikat (ghayr lazim). PPS berpandangan, dengan menghormati pandangan-pandangan yang berbeza, bahawa berdasarkan penjelasan yang dibuat di atas, mengkategorikan secara umum transaksi-transaksi yang berlaku dalam perniagaan MLM sebagai safqatayn fi safqah yang ditegah syara‟ adalah tidak tepat. Terma-terma asas di dalam struktur MLM yang meletakkan syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk layak mendapat ganjaran dirumuskan sebagai masih lagi berada di dalam rangka ju„alah berstruktur (structured ju„alah) dan BUKAN safqatayn fi safqah dan OLEH ITU dari sudut yang dibincangkan ini diputuskan TIDAK melanggar syariah.

5.4

Justifikasi Peserta MLM Mendapat Untung Dan Pendapatan Yang Banyak Tanpa Mengeluarkan Modal Atau Dengan Usaha Yang Sedikit Atau Tanpa Apa-Apa Usaha Langsung.

ULASAN: Tanggapan bahawa peserta MLM mendapat untung dan pendapatan yang banyak tanpa mengeluarkan modal atau dengan usaha yang sedikit pada penilaian PPS adalah tanggapan yang terhasil dari sekurang-kurangnya dua kegagalan: pertama, kegagalan membezakan antara perniagaan MLM sebenar dan pyramidal money game yang menyamar dengan memakai baju MLM dan kedua, kegagalan memahami konsep leverage28 dalam MLM. Pemerhatian PPS mendapati on the ground, peserta-peserta MLM ada mengeluarkan modal awalan (start-up capital) dan modal kerja (operating costs) dan melakukan usaha yang bukan sedikit untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan walaupun secara relatifnya modal dan usaha ini biasanya jauh lebih sedikit berbanding modal yang perlu dikeluarkan dan usaha yang perlu dilakukan untuk mendapatkan pendapatan yang sama dengan usaha-usaha secara berseorangan. Konsep perniagaan berangkaian adalah suatu konsep yang secara umumnya telah diterima secara meluas di dalam dunia perniagaan sebagai suatu bentuk leveraging yang mampu meningkatkan hasil atau mengurangkan risiko walaupun dari segi perinciannya mungkin ada terdapat perbezaan-perbezaan antara satu konsep dengan yang lain. Apabila seseorang peniaga membuka rangkaian cawangan-cawangan baru, dia pada asasnya melakukan leveraging dari segi lokasi kerana mampu menjalankan perniagaan di banyak lokasi pada satu-satu 28

Lihat: John Counsel, The Beginner‟s guide to Multi-level Marketing, hh.55-63 perbincangan tentang konsep leverage . Di h.55, John Counsel mentakrifkan “leverage” dengan katanya “Leverage is what we use to gain the maximum output from the minimum input.”

Halaman | 26

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

masa. Melalui sistem franchise pula, franchisor asasnya melakukan leveraging selain dari segi lokasi, juga dari segi masa, tenaga dan modal dan franchisee pula melakukan leveraging dari segi brand, produk dan sistem yang telah terbukti (proven system). Tidak menghairankan apabila sebahagian penulis dan penganalisa menganggap MLM sebagai sejenis franchise dalam skala yang berbeza kerana bukan sahaja mempunyai kelebihan-kelebihan yang sama seperti franchise di suatu sudut (terutamanya dari segi kewujudan sistem yang terbukti/proven system) malah mempunyai kelebihan-kelebihan tersendiri berbanding traditional franchise di sudut yang lain (terutamanya dari segi start-up capital dan overheads (sekiranya perlu) yang jauh lebih rendah berbanding traditional franchise).29

5.5

Kemungkinan Berlakunya Ghabn Fahisy Yang Ditegah Oleh Syara’

ULASAN: Ada persepsi yang melihat bahawa harga sesetengah produk atau perkhidmatan yang disalurkan melalui sistem perniagaan MLM adalah terlampau tinggi dan tidak munasabah serta boleh menimbulkan isu syariah dari sudut ia mungkin boleh digolongkan sebagai ghabn fahisy.

5.5.1

Konsep Ghabn

Ghabn didefinisikan oleh para fuqaha‟ sebagai penipuan di mana pihak yang terlibat tertipu dari segi harga yang dibayarnya atau dibayar kepadanya. Dengan erti kata lain ia bermaksud jualan barang dengan harga yang lebih tinggi atau lebih rendah daripada harga pasaran dalam keadaan ada pihak ber„aqad yang terlibat tidak mengetahui harga pasaran. Jika harga pasaran diketahui dan jual beli dibuat dengan harga yang berbeza serta dipersetujui bersama, ia tidak dinamakan sebagai ghabn. Terdapat dua kategori ghabn: ghabn yang sedikit ( ‫ )غجٍ ّسْر‬dan ghabn yang banyak ( ‫)غجٍ فبحص‬. Walaupun, secara umum para fuqaha‟ sependapat dengan pembahagian sebegini, garis pemisah antara kedua-dua jenis ghabn ini tidak disepakati. Ada yang meletakkan satu pertiga sebagai penentu. Ini bermakna jika harga sebenar lebih atau kurang daripada satu pertiga, ia dianggap sebagai ghabn yang banyak. Jika kurang daripada itu, ia adalah ghabn sedikit. Contohnya jika harga sebenar/pasaran bagi barang X adalah RM100, tetapi dijual dengan harga RM140 atau RM60, maka ghabn banyak telah berlaku (sekali lagi dalam keadaan pihak yang terlibat tidak mengetahui harga pasaran). Fuqaha‟ lain meletakkan garis panduan dalam bentuk jika harga yang dinyatakan adalah dalam julat yang dipersetujui oleh penilai yang mahir dalam penentuan 29

Lihat sebagai contoh: John Counsel, The Beginner‟s Guide to Multi-Level Marketing, hh.911.

Halaman | 27

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

harga barang berkaitan (‫)انسّبدح فِ انثًٍ زّبدح ال رمغ رحذ رمٌّى انًمٌيٍْ يٍ أىم انخجرح ًاالخزصبظ‬, ia dianggap sebagai ghabn sedikit. Sebaliknya jika ia berada di luar julat tersebut, ghabn banyak telah terjadi. Contohnya: jika barang X dijual dengan harga RM100 dan setelah ditanyakan kepada beberapa orang yang mahir dalam penentuan barang tersebut, mereka memberikan jawapan berbeza. A menyatakan harganya adalah RM60, B menyatakan harga sepatutnya adalah RM80 dan C pula menyatakan bahawa harga sbenar adalah RM90. Dalam keadaan ini harga jualan (RM100) tidak terdapat dalam mana-mana julat RM60 – RM90 yang diperolehi daripada mereka yang mahir dalam penentuan harga barang X. Justeru, ghabn banyak telah berlaku. Sebaliknya jika harga yang diperolehi setelah merujuk kepada penilai-penilai berkenaan adalah dalam julat contohnya RM80 – RM110, maka penjualan asal dengan harga RM100 adalah dianggap sebagai ghabn sedikit.

5.5.2

Kesan Ghabn Dari Segi Sah „Aqad Atau Sebaliknya30 a) Jika pihak pembeli (atau pihak penjual dalam keadaan tertentu) mengetahui harga sebenar/pasaran bagi barang yang dijual dan masih bersetuju dengan harga yang ditawarkan (yang berbeza daripada harga pasaran), maka jual beli tersebut sah dan mana-mana pihak yang menanggung kerugian disebabkan perbezaan tersebut tidak boleh memfasakhkan „aqad yang telah dibuat. Ini kerana ia dilakukan dengan kerelaan yang sepenuhnya daripada pihak-pihak ber„aqad. b) Jika pihak berkenaan tidak mengetahui harga pasaran dan berlaku ghabn yang sedikit, ia juga tidak menjejaskan status kesahan „aqad yang dibuat. c) Jika pihak berkenaan tidak mengetahui harga pasaran dan ghabn yang berlaku adalah ghabn yang banyak, pihak tersebut mempunyai hak khiyar (hak untuk memfasakhkan „aqad yang telah dibuat atau untuk memperolehi harga yang sepatutnya). Hukum ini terpakai dalam keadaan jika ghabn tersebut disertai dengan penipuan (taghrir/tadlis). Contohnya: i. Jika pembeli menyerahkan kepada penjual untuk menentukan harga dalam keadaan pembeli tidak mengetahui harga sebenar. ii. Jika pembeli menyatakan kepada penjual: “Jualkan kepada saya dengan harga yang kamu jual kepada orang lain”. Penjual sebaliknya menjual dengan harga yang lebih tinggi. iii. Jika pembelian tersebut untuk pihak-pihak seperti orang yang tidak cerdik dalam bertransaksi atau orang muflis. d) Jika ia berlaku dalam keadaan tiada penipuan maka pihak yang terlibat tidak mempunyai sebarang hak untuk memfasakhkan „aqad yang telah dibuat.

Secara umum, PPS melihat apa yang berlaku di dalam industri MLM di dalam keadaan di mana produk-produk atau perkhidmatan-perkhidmatan yang 30

„Umar „Abdullah Kamil (2000).

Halaman | 28

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

ditawarkan pada harga yang tinggi itu dibeli oleh peserta-peserta, umumnya peserta-peserta yang membeli produk pada harga yang tinggi tersebut bukannya terpedaya kerana jahil atau tidak berkemahiran tentang harga (PPS tidak menolak kemungkinan ada scattered cases di mana peserta-peserta memang tertipu membayar harga yang tinggi), sebaliknya diperdayakan oleh rasa tamak ingin mengaut keuntungan yang banyak dan berlipat ganda melalui skim yang disertai.31 Secara lebih khusus, dalam konteks „aqad yang dibuat antara Kenshido dengan pelanggan/pengedarnya, harga yang telah ditetapkan adalah berbeza-beza berdasarkan jumlah produk yang dibeli. Persoalan di sini adalah berapa harga yang sepatutnya bagi produk-produk tersebut. Produk yang ditawarkan adalah bersifat maya (virtual) dan tidak berbentuk nyata (tangible). Walaupun terdapat beberapa produk lain yang wujud di pasaran yang mungkin mempunyai ciri yang hampir sama, perbezaan masih ketara antara produk-produk berkenaan dari segi kemudahan-kemudahan yang ditawarkan. Justeru, tiada penanda aras (benchmark) tertentu yang boleh dirujuk untuk menentukan sama ada harga yang ditetapkan untuk produk-produk ScoreA adalah melebihi harga pasaran atau kurang daripadanya. Aspek kedua di sini adalah hakikat bahawa pihak pembeli khususnya telah bersetuju dengan harga yang telah ditetapkan. Perkara ketiga pula berkaitan dengan kadar keuntungan yang diambil. Adakah boleh pihak syarikat mengambil keuntungan berlipat kali ganda32. Persoalannya adakah ini dianggap sebagai ghabn atau tidak? Pada dasarnya syara‟ tidak menetapkan kadar keuntungan maksimum tertentu yang boleh diambil oleh penjual. Kadar keuntungan atau harga jualan adalah tertakluk kepada persetujuan antara pihak pembeli dan penjual. Satu contoh terbaik untuk kes ini adalah hadith berkenaan „Urwah al-Bariqi yang diberikan satu dinar oleh Rasulullah S.A.W. untuk membeli seekor kambing. Beliau menggunakan wang tersebut untuk membeli dua ekor kambing dan menjual salah seekor daripadanya dengan harga satu dinar. Beliau seterusnya membawa kepada Baginda S.A.W. kambing yang seekor lagi berserta satu dinar hasil jualan kambing yang pertama. Rasulullah

31

Lihat: John Counsel, The Beginner‟s Guide to Multi-Level Marketing, hh.33-34. Di h.34 John menerangkankan: “The irony of their scheme was that no one victimized by it could legitimately call „foul!‟ because they were, in fact, victims of their own greed. Willing to turn a blind eye to any personal misgivings, they sought to get rich by introducing others, just as willing (and greedy), into the scheme.”

32

Dalam keadaan sifat produk yang berbentuk maya, biasanya modal yang dikeluarkan tidak terlalu tinggi berbanding dengan harga produk yang dijual. Walau bagaimapun, PPS dimaklumkan bahawa modal asal pembentukan syarikat, pembelian perkakasan termasuk server dan urusan penyenggaraannya serta kos dalam bentuk lain seperti pengurusan dan sebagainya adalah agak besar.

Halaman | 29

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

S.A.W. tidak menyatakan bahawa transaksi tersebut batal. Sebaliknya Baginda S.A.W. mendoakan keberkatan kepada „Urwah.33 Berdasarkan analisis yang diterangkan di atas, PPS berpuas hati bahawa secara umum tidak timbul isu ghabn fahisy dalam transaksi MLM amnya dan di dalam transaksi yang dibuat antara Kenshido dengan pembeli/pengedarnya secara khusus. Namun begitu tidak bermakna PPS berpegang bahawa harga yang terlampau tinggi bagi produk-produk yang dipasarkan melalui perniagaan MLM langsung tidak menimbulkan isu syariah, ia BOLEH menimbulkan isu syariah tetapi dari sudut yang berbeza. Harga yang begitu tinggi untuk produk-produk yang ditawarkan pada penilaian PPS boleh menjadi petanda (indication) bahawa produk yang ditawarkan melalui perniagaan MLM tersebut tidaklah tulen (genuine), sebaliknya hanya berfungsi sebagai pelindung (cover up) kepada suatu bentuk money game. Ketidakpatuhan syariah, pada pandangan PPS – dengan menghormati pandangan-pandangan yang berbeza – boleh timbul dari sudut ini dan bukan dari sudut ghabn fahisy seperti yang telah dibincangkan di atas. Di dalam bukunya How To Build A Multi-Level Money Machine, networker berpengalaman, Randy Gage mencadangkan dua soalan yang perlu ditanya dan kemudiannya dijawab secara jujur sebagai “due diligence” untuk memilih sebuah syarikat MLM yang bagus yang mana pada pandangan PPS boleh juga digunakan sebagai “acid test” bagi mengenalpasti perniagaan MLM yang pada hakikatnya berfungsi sebagai money game. Kata Randy Gage: “Let me give you two questions to ask first. This will simplify things for you a great deal. Any company that you don‟t get a positive answer to both of these questions, you can cross off your list immediately. Question 1: If you were not involved in the business opportunity, would you buy this product or service anyway? Be honest with yourself. If the answer is no, find another company. If the opportunity you‟re involved with is not centered on products you believe in and will personally use -it is highly unlikely that you will be successful with this company... Now if you can answer yes, you can move to... Question 2: Would you buy that product or service at that price? If you wouldn‟t pay the price for your products on the open market, it‟s unlikely anyone else will. Don‟t think people will pay more for a product

33

Dalam riwayat yang lain „Urwah membeli seekor kambing dan dijual kambing tersebut dengan harga dua dinar. Beliau seterusnya membeli seekor kambing lain dengan harga satu dinar dan membawanya kepada Rasulullah s.a.w. berserta dengan satu dinar bakinya. Hadith riwayat al-Tirmidhi

Halaman | 30

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

simply because they might get a bonus check. It‟s been shown time and again they won‟t34”35 Sebagai catatan, berdasarkan maklumat-maklumat yang disalurkan kepada PPS, PPS berpuas hati bahawa berkaitan produk portal pendidikan ScoreA yang dipasarkan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd, jawapan kepada keduadua soalan di atas adalah positif: Ya, tanpa terlibat dengan perniagaan syarikat Kenshido sekalipun, pengguna masih berminat untuk membeli produk yang ditawarkan dan pada harga yang ditawarkan. Untuk kedua-dua persoalan ini PPS tidak ada apa-apa keraguan (keraguan yang menuntut PPS membuat analisa mendalam dan melakukan perbincangan panjang adalah pada jumlah produk yang sewajarnya dibeli oleh seseorang pengedar secara sekaligus yang mana merupakan suatu isu lain yang dibincangkan dengan panjang lebar di dalam tajuk 6.4.1 inventory front-loading di bawah). Sekiranya bakal peserta sesebuah perniagaan MLM mengambil dan mengamalkan panduan-panduan asas yang diberikan oleh Randy Gage ini dengan sejujur-jujurnya PPS percaya dia dapat menyelamatkan dirinya dari banyak perangkap dan jerat money games yang sentiasa muncul dari masa ke semasa dengan pelbagai label, slogan dan gimmick di dalam industri MLM. Malangnya, yang kerap berlaku terutamanya di negara kita, tidak sedikit yang begitu cepat teruja untuk menjadi kaya dengan cepat dan mudah sehingga terlupa untuk menganalisa perkara-perkara teras (fundamentals) sebegini sebaliknya memilih untuk menyulam angan-angan dengan pelbagai slogan seperti slogan “Bukan Jual Produk, Tapi Jual Sistem”, slogan “4D” (Duduk Diam Dapat Duit) dan bermacam-macam lagi. Walaupun agak panjang lebar, PPS berpendapat elok dipetik secara menyeluruh contoh yang diberikan oleh Randy Gage berkaitan perkara ini kerana apa yang dinyatakan oleh beliau adalah sesuatu yang begitu realistik dan kerap berulang terjadi terutamanya di negara Malaysia kita tercinta ini. Kata Randy Gage: “Don‟t be misled by hype and attempt to market an overpriced product. Like any industry, Network Marketing has a small segment of opportunists with no integrity. They‟re good at fueling the hype machine, creating what appears to be legitimate excitement and momentum, but is actually a carefully orchestrated front.

34

Apa yang dinyatakan oleh Randy Gage di sini pada pandangan PPS adalah apa yang sepatutnya berlaku di dalam keadaan normal. Di dalam keadaan seseorang telah dirasuk oleh rasa keterujaan melampau berkaitan potensi kewangan “pelan pemasaran” berkenaan, keadaan yang sebaliknya kerap berlaku sebagaimana yang diterangkan oleh Randy Gage di dalam contoh yang dipetik oleh PPS selepas ini. Kedudukan Randy Gage sebagai networker berpengalaman mendapat pengiktirafan dari ramai industry players dan analysts antaranya Editor-in-Chief majalah Upline dan pengarang The Greatest Networker in the World, Johnn Milton Fogg, Chairman & CEO kepada Oxyfresh Worlwide Inc., Richard Brooke dan lain-lain lagi.

35

Randy Gage, How to build a Multi-Level Money Machine, hh.29-30.

Halaman | 31

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

For example, let‟s suppose they are promoting a company that sells a cup of coffee for $10. They made a sweetheart deal with the coffee company who gave them some extra money and other up-front goodies. Then they come to you with this “hot” deal. You‟re skeptical. “Ten dollars for a cup of coffee,” you say, “isn‟t that expensive?” “Are you crazy?” they reply. “Everyone is buying this coffee. Look at my bonus check. I made $5,000 my first month! This month I‟m going to make $8,000.” Ten dollars for a cup of coffee seems awfully steep to you. But $5,000 his first month... You begin to think that if all those other people are buying that coffee, it must be something special. You‟ve just been seduced by the dark side of the force. The allure of fast cash clouded your judgement and you let greed overcome your common sense. The next thing these opportunists do is convince you to buy in at a big dollar level. They convince you that you‟ll get a head start and start as a director, or can be car-qualified in your first month, and other such nonsense. So you buy $10.000 worth of coffee. You make $2,000 your first month and receive a $500 car allowance. Pretty cool, right? But where did that $2,500 come from? From your $10,000. But you are not thinking about that... Because your sponsor just showed you his latest check and he‟s now up to $20,000 a month. Now, of course, what he neglected to mention is that he‟s making that kind of money because he gets suckers like you to buy $10,000 worth of cups of coffee (which are sitting in your garage...and the coffee‟s getting cold)! 36 Now there are people all over town with $10,000 worth of cups of coffee cooling off in their garage, and they‟re feverishly working to get in new people...so they can unload all of their cold coffee. More people join, the meetings get bigger (they take on a revival air), and the hype machine kicks into high gear... People keep paying the $10 for a cup of coffee, because they have dreams of getting $5,000 bonus check their first month. Sooner or later, however, someone will say, “Are you nuts? Ten bucks for a cup of coffee? I can get it at the diner for three.” Now the hype deflates like a punctured ballon. Attrition starts at the bottom and moves up, level...by level...by level. In the end, lots of people have

36

Mungkin ini adalah sebahagian dari faedah memetik kata-kata Randy Gage secara panjang lebar berkaitan perkara yang menyedihkan ini kerana sebagai seorang networker dan pengamal yang telah bergelumang di dalam industri MLM ini dan pernah melalui pelbagai pengalaman melalui penglibatan beliau, baik dan buruk, beliau mampu menyatakan sesuatu hakikat dengan cara yang sepatutnya dinyatakan: bluntly straight to the point yang mungkin tidak sesuai untuk dinyatakan secara begitu direct oleh PPS sebagai pihak yang membuat penilaian dan pemantauan kepatuhan syariah.

Halaman | 32

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

$10,000 worth of coffee in their garage, which they‟re now desperately trying to sell at the flea market as iced coffee. What a rip off and what a tragedy. All of which could have been avoided if you had just asked yourself, “Would I pay $10 for a cup of coffee if I were not trying to qualify for a bonus check?””37 PPS percaya apa yang beliau contohkan di atas bagi kebanyakan orang yang pernah mengambil tahu tentang MLM merupakan sesuatu yang seperti telah biasa kita dengar berlaku di sekeliling kita, cuma dengan produk dan harga yang berlainan sahaja. Kesimpulannya, exorbitantly priced products mengikut analisa PPS boleh menimbulkan isu syariah dari sudut ia menjadi indikasi bahawa produk-produk tersebut tidak lain hanyalah berfungsi sebagai penutup (cover-up) kepada suatu aktiviti money game dan menjadi lebih parah apabila digabungkan dengan amalan inventory front-loading yang dibincangkan dengan panjang lebar dalam tajuk 6.4.1 di bawah.

5.6

Kemungkinan Berlakunya Brokerage Berganda Atau Brokerage Atas Brokerage

Oleh kerana MLM pada analisa PPS adalah transaksi ju„alah dan bukannya samsarah (brokerage) maka tidak timbul isu brokerage berganda yang dibangkitkan ini.

5.7

Kemungkinan Berlakunya Unsur-Unsur Perjudian (Gambling) Di Dalam MLM

Analisa PPS mendapati tidak wujud elemen perjudian di dalam MLM. 38 Risiko berjaya atau tidak berjaya membina rangkaian dengan jalan menaja ahli-ahli baru di bawah (downlines) masih lagi termasuk di dalam ruang lingkup pengambilan risiko yang munasabah (acceptable risk taking) di dalam menjalankan perniagaan. Isu syariah mungkin akan timbul sekiranya proses perekrutan (recruiting) ahli baru ini bukan dijalankan untuk menjalankan perniagaan tulen (genuine business) melalui pemasaran produk, sebaliknya digunakan sebagai head hunting bagi mendapat komisen semata-mata melalui kemasukan ahli baru. Di dalam situasi sebegitu, pelanggaran syariah berlaku BUKAN disebabkan oleh elemen perjudian (lebih-lebih lagi peserta boleh berusaha memastikan – dari segi sebab musabbab – outcome dengan melakukan lebih banyak penajaan ahli-ahli baru dan bukannya berserah kepada nasib semata-mata). Sebaliknya, ia tidak 37

Randy Gage, How to Build A Multi-Level Money Machine, hh.30-32.

38

Ini adalah analisa PPS secara umum. Analisa yang lebih terpeinci mungkin menunjukkan wujud elemen perjudian (gambling) di dalam pelan tertentu MLM seperti forced matrix apabila digabungkan dengan penjualan produk yang tidak genuine, sebaliknya sebagai topeng kepada sistem semata-mata.

Halaman | 33

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

patuh syariah disebabkan oleh ia dilakukan sebagai money game iaitu suatu cara memakan atau mengambil harta orang lain dengan cara yang batil.

6.

Isu-Isu Khusus Tentang Operasi MLM Kenshido International Sdn Bhd

6.1

Pemerhatian Umum Tentang Produk Yang Dipasarkan Kenshido International Sdn Bhd Iaitu Portal Pendidikan ScoreA

Walaupun produk yang dipasarkan oleh Kenshido International Sdn Bhd iaitu portal pendidikan ScoreA Programme bukan produk yang nyata (tangible) sebaliknya produk maya (virtual), PPS tidak nampak sebarang sebab yang boleh menjadikan produk tersebut tidak patuh syariah. Lebih-lebih lagi dari pemerhatian, analisa yang dibuat oleh dan maklumbalas yang dibekalkan kepada PPS, PPS mendapati produk tersebut mempunyai manfaat sebenar (genuine benefit) yang tidak bergantung kepada pelan pemasaran (independent of the marketing plan) dan dengan penerangan yang jelas oleh pengedar-pengedar dapat menarik minat pengguna untuk membayar harga yang ditetapkan untuk mendapat manfaatmanfaat yang ditawarkan meelalui produk tersebut. Oleh sebab itu PPS tanpa ragu-ragu memutuskan bahawa produk portal pendidikan ScoreA Programme yang dipasarkan syarikat Kenshido International Sdn Bhd adalah PATUH SYARIAH.

6.2

Pemerhatian Umum, Penilaian Kepatuhan Syariah dan Cadangancadangan Berkaitan Pelan Pemasaran Kenshido International Sdn Bhd

Pelan pemasaran yang diguna pakai oleh Kenshido International Sdn Bhd adalah pelan pemasaran hybrid yang secara istilahnya merujuk kepada pelan pemasaran yang menggabungkan dua atau lebih jenis pelan pemasaran39 dan secara popularnya merujuk kepada pelan pemasaran yang menggabungkan pelan binary dan mana-mana pelan lain yang dianggap tradisional seperti pelan stairstepbreakaway atau pelan unilevel. Di dalam pelan pemasaran hybrid Kenshido International Sdn Bhd, cara pembayaran komisen terbahagi kepada DUA bahagian utama iaitu Fast Start Bonus (FSB) iaitu bonus yang dikira secara harian dan dibayar secara mingguan dan Leadership Bonus (LSB) iaitu bonus yang dikira dan juga dibayar secara bulanan. Fast Start Bonus (FSB) sebahagian besarnya menggunakan pelan 39

Lihat Randy Gage, How to build a Multi-Level Money Machine, hh: 53-54

Halaman | 34

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

binary sementara Leadership Bonus (LSB) sebahagian besarnya menggunakan pelan stairstep-breakaway. Secara terperinci, Fast Start Bonus (FSB) terbahagi kepada tiga jenis pembayaran utama: 1) Referral bonus atau sponsoring bonus (bonus memperkenalkan atau bonus penajaan) yang dikenali sebagai Edu-Reward; 2) Pairing bonus (bonus pasangan) yang dikenali sebagai K-Match; 3) Royalty bonus, overriding bonus (bonus royalti atau bonus mengatasi) atau terkadang dirujuk juga oleh sesetengah networkers sebagai matching bonus (bonus padanan) yang dikenali sebagai K-Reward. Bonus memperkenalkan atau bonus penajaan (referral bonus atau sponsoring bonus) dikenali sebagai Edu-Reward. Apabila seorang ahli berjaya memperkenalkan seseorang yang lain mendaftar ahli sebagai downlinenya dan membeli salah satu dari pakej-pakej produk portal pendidikan ScoreA FSB yang ditawarkan oleh Kenshido, maka orang yang memperkenalkan itu layak menerima bonus yang dinamakan Edu-Reward tersebut. Namun, berapakah jumlah sebenar yang akan dibayar kepada package introducer atau sponsor dipengaruhi oleh dua faktor: FAKTOR PERTAMA: Status pakej tertinggi yang dibeli oleh orang yang menaja (sponsor) pada masa dia melakukan sponsoring. FAKTOR KEDUA: Status pakej yang dibeli oleh peserta yang ditaja (disponsor). Pembayaran Edu-Reward boleh difahami secara ringkas melalui jadual di bawah:

Halaman | 35

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Jadual 1: Kelayakan Edu-Reward Yang menaja e-biz

e-partner

eentrepreneur

e-biz

70

70

70

70

e-partner

70

140

210

210

e- entrepreneur

70

210

800

800

e-max

70

210

800

1500

Yang ditaja

e-max

Bonus pasangan (pairing bonus) yang dikenali sebagai K-Match pula dibayar mengikut struktur binary kiri dan kanan. Kiraan bonus berdasarkan placement tree dan proses pairing berlaku secara satu lawan satu (one to one) tanpa mengira level iaitu setiap akaun yang didaftarkan di sebelah kiri setiap akaun (atau dikenali juga sebagai business center) milik seseorang peserta tidak kira di level mana sekalipun akan dipadankan dengan akaun yang didaftarkan di sebelah kanan akaun berkenaan tanpa mengira level. Setiap pairing melayakkan seseorang peserta mendapat RM80.00 kecuali sepuloh pairings yang pertama di dalam sesuatu tempoh maintenance cuma dibayar RM60.20 kerana RM19.80 setiap pairing digunakan untuk mencukupkan auto-maintenance sebanyak RM198.00 bersamaan 75BV. Akaun yang belum dipasangkan dikira akaun yang menunggu (pending) dan akan dipasangkan apabila wujud akaun pasangan di pihak yang bertentangan di kiri atau kanan dari akaun atas kepada akaun-akaun tersebut. Tidak berlaku jumlah akaun-akaun terkumpul dilupuskan dari kiraan (flushed) dengan semata-mata perjalanan masa, sebaliknya pelupusan kiraan akaun (flushing) bagi tujuan pairing berlaku apabila akaun berkenaan telah mencecah jumlah pairing maksimum pada hari tersebut iaitu 10 pairs sebelum penyertaan di dalam program latihan anjuran syarikat yang dikenali sebagai S.I.R. (Start It Right) dan 12 pairs selepas penyertaan di program tersebut. Ini adalah pairing harian maksimum untuk ahli-ahli pemegang pakej selain dari pakej e-max. Pemegang pakej e-max pula layak mendapat pairing harian maksimum 12 pairs sebelum penyertaan di dalam S.I.R. dan 14 pairs selepas penyertaan (penambahan bilangan pairing selepas penyertaan di program latihan anjuran syarikat pada pandangan PPS adalah satu bentuk pemberian insentif yang baik kerana ia menggalakkan peserta-peserta menimba ilmu yang diperlukan ketika mula-mula menjalankan perniagaan MLM anjuran syarikat Kenshido International Sdn Bhd supaya mereka dapat melakukannya dengan cara yang betul seperti yang diisyaratkan oleh nama program itu sendiri: Start It Right.). Oleh itu, umumnya pairing harian maksimum selain untuk pemegang pakej e-max adalah RM960 sehari (12 pairs x RM80) dan RM1120 sehari untuk pemegang pakej e-max (14 Halaman | 36

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

pairs x RM80). Pairing harian maksimum ini adalah untuk satu akaun yang dimiliki, bermakna peserta-peserta yang memiliki lebih dari satu akaun dengan pembelian pakej-pakej produk yang ditawarkan mempunyai potensi pairing harian maksimum yang berganda mengikut bilangan akaun tambahan yang dimiliki. Bonus royalti atau bonus mengatasi (royalty bonus atau overriding bonus) atau terkadang dirujuk juga oleh sesetengah networkers sebagai bonus padanan (matching bonus) yang dikenali sebagai K-Reward adalah bonus yang dibayar dengan menjadikan jumlah bonus K-Match sebagai ukuran atau padanan kepada bonus K-Reward iaitu seseorang upline dibayar 5% dari jumlah K-Match yang diperolehi downlines pada hari tersebut sedalam empat generasi mengikut sponsoring genealogy (setakat proses penilaian kepatuhan syariah dilakukan kelayakan empat generasi ini dikira secara tidak compressed). Jumlah K-Match downlines cuma sandaran ukuran atau sumber padanan dan BUKAN sumber bayaran K-Reward upline, bermakna sekiranya K-Match downline pada hari tersebut adalah RM960, upline akan memperolehi 5% dari jumlah tersebut iaitu RM48 tanpa menjejaskan K-Match downline tersebut yang tetap dibayar RM960 dan bukannya RM912 (RM960-RM48). Bonus ini selain menggalakkan dan mengiktiraf sumbangan upline membantu perniagaan downline dengan mengikat kedua-dua jenis bonus supaya apabila semakin besar K-Match yang berjaya diperolehi downline maka semakin besar KReward yang layak diterima oleh upline, ia juga boleh dianggap suatu mekanisma untuk meringankan (mitigate) kekurangan dan tekanan di dalam struktur binary yang tidak membenarkan pembayaran bonus sekiranya hanya sebelah kaki sahaja yang aktif (dirujuk juga di kalangan networkers sebagai masalah “kaki gajah”). Dua jenis pembayaran sampingan juga disediakan di dalam plan FSB iaitu: 1) Processing fee (upah pemprosesan) 2) Incentive fee (upah insentif) Kedua-dua pembayaran sampingan ini bersifat sekali beri (one time); untuk processing fee diberi kepada pemegang pakej e-entrepreneur atau pemegang pakej e-max sahaja ketika pendaftaran kemasukan ahli baru di dalam rangkaiannya dengan belian dan pendaftaran pakej e-partner (RM32.00), eentrepreneur (RM80.00) dan e-max (RM80.00) sahaja dan untuk incentive fee diberi kepada ahli atau pengedar baru yang berjaya membuat penajaan ahli baru dengan belian pakej tertentu dalam bilangan yang ditetapkan dalam tempoh yang terhad sahaja. Sekali tempoh ini berlalu tanpa ahli berjaya menggerakkan pakejpakej tertentu kepada sebilangan tertentu ahli baru, peluang untuk mendapat incentive fee ini dikira luput.

Halaman | 37

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Untuk plan Leadership Bonus (LSB) pula, TIGA jenis pembayaran bonus disediakan dan pengiraan dilakukan berasaskan kepada sponsoring genealogy dan bukannya placement tree. Secara teorinya, untuk melayakkan diri mendapat bonus di dalam plan LSB seseorang peserta tidak perlu megeluarkan apa-apa modal kerana tidak ada yuran pendaftaran dikenakan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd untuk seseorang mendaftar menjadi ahli. Peserta yang mendaftar secara percuma ini sudah boleh memulakan perniagaan dengan mempromosikan produk portal pendidikan ScoreA kepada bakal pengguna dan mendapat untung runcit dari beza harga ahli dan harga runcit yang disarankan dan juga dari perkiraan bonus pelan LSB. Secara praktis, bagaimanapun, seseorang peserta yang bermatlamatkan perniagaan biasanya akan berusaha mengeluarkan modal sekurang-kurangnya sebanyak RM596 untuk membeli pakej e-biz kerana semata-mata dengan pendaftaran percuma tanpa membeli salah satu dari pakej-pakej produk yang ditawarkan, seseorang peserta bukan sahaja tidak mempunyai stok dalam tangan untuk memudahkan promosi dan perniagaan bahkan hanya layak mendapat bonus melalui pengiraan pelan LSB sahaja yang biasanya memakan masa untuk menghasilkan jumlah bonus yang besar dan belum layak untuk dibayar mengikut pengiraan pelan FSB kerana bonus-bonus di dalam FSB adalah insentif yang merupakan natijah dari peserta membeli salah satu dari pakej-pakej yang ditawarkan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd, sedangkan pelan FSB (sebagaimana yang diisyaratkan oleh namanya Fast Start Bonus) berpotensi membantu peserta mendapat bonus yang ketara (significant) dalam tempoh yang relatif singkat berbanding pelan LSB. Ketiga-tiga jenis bonus yang dibayar di dalam plan LSB dan peratusan dari peruntukan bayaran bonus adalah seperti berikut:

1)

Performance Bonus (PB)

15%

2)

Company Monthly Profit Sharing (MPS)

20%

3)

Leadership Bonus (LB)

65%

Cara pembayaran ini mungkin dirujuk sebagai pembayaran keluar 100% (100% payout) kerana dari sejumlah yang diperuntukkan untuk bayaran bonus, kesemuanya telah dikhususkan untuk pembayaran bonus tertentu (PB 15% + MPS 20% + LB 65% = 100%) walaupun hakikatnya disebabkan oleh sistem BV yang digunapakai di dalam LSB yang cuma sekitar 38% dari Ringgit Malaysia (kiraan berdasarkan 75 BV bagi harga ahli untuk portal top up code iaitu RM198), hanya sebahagian dari hasil jualan digunakan untuk pembayaran bonus (ini adalah amalan perniagaan yang munasabah kerana tidak wajar dari segi perjalanan perniagaan untuk memperuntukkan keseluruhan hasil jualan bagi tujuan pembayaran komisen kepada para pengedar kerana sebahagian dari hasil

Halaman | 38

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

jualan tersebut perlu diperuntukkan bagi membayar pelbagai kos syarikat dan sebahagian yang lain untuk dibukukan sebagai keuntungan syarikat). Dari ketiga-tiga jenis bonus dalam pelan LSB, Bonus Prestasi (Performance Bonus) iaitu 15% dari keseluruhan peruntukan untuk pembayaran komisen (BV) dibayar secara stairstep (di mana peserta mendapat beza (baki) antara hasil peratusan yang dilayaki dari jumlah jualan dan hasil peratusan yang dilayaki oleh downline dari jumlah jualan downline tersebut) dengan syarat peserta melepasi kelayakan minimum sebanyak 75 BV sebagai personal maintenance. Peratusan bonus meningkat dari 3% untuk peserta yang mempunyai BV kumpulan terkumpul (Accumulated Personal Group Sales (APGS)) berjumlah dari 50 hingga 499; 6% untuk BV kumpulan terkumpul 500 hingga 999; 9% untuk BV kumpulan terkumpul 1000 hingga 1999; 12% untuk BV kumpulan terkumpul 2000 hingga 4999 dan 15% untuk BV kumpulan terkumpul 5000 ke atas. Performance Bonus 15% boleh juga dicapai sekiranya seseorang peserta berjaya mendapat BV kumpulan minimum 3000 dalam tempoh sebulan kiraan bonus (bukan terkumpul (accumulated)). Seseorang yang telah melayakkan diri mendapat Performance Bonus 15% juga telah melayakkan diri naik ke pangkat Pengurus (Manager) dan berpotensi pula mendapat Bonus Kepimpinan (Leadership Bonus). Sila rujuk Lampiran 2 untuk gambaran ringkas Performance Bonus yang diterangkan ini. Perkongsian Keuntungan Bulanan Syarikat (Company Monthly Profit Sharing) pula adalah, PPS difahamkan, merupakan bonus yang dibayar sebagai untuk memberi insentif kepada pengedar-pengedar yang rajin membuat jualan peribadi (personal sales). Dari 20% keuntungan bulanan syarikat yang dikhususkan untuk pengedar-pengedar yang mempunyai jualan peribadi (personal sales) (PS)) yang dianggap tinggi, sejumlah 8% diperuntukkan berdasarkan jualan yang direkodkan sebagai personal sales (PS) iaitu 4% untuk para pengedar yang mempunyai PS minimum 600 BV dan 4% lagi untuk PS minimum 1200 BV. Kelayakan boleh dikira secara bertindan (overlapping). Seorang pengedar yang mempunyai 1200 BV, misalnya, layak berkongsi dengan pengedar-pengedar lain yang layak untuk 4% yang pertama (600 BV) dan juga layak mendapat habuan di 4% yang kedua (1200 BV). Baki 12% lagi diperuntukkan untuk para pengedar yang mempunyai PGS tertentu iaitu 4% untuk PGS minimum 1000 BV; 4% lagi untuk PGS minimum 2000 BV dan 4% terakhir untuk PGS 3000 BV ke atas. Sekali lagi bayaran boleh berlaku secara bertindan (overlapping) untuk para pengedar yang layak. Sila rujuk Lampiran 3 untuk ringkasan bonus ini. Di bawah Bonus Kepimpinan (Leadership Bonus) yang mewakili 65% dari keseluruhan peruntukan untuk pembayaran komisen (BV) pula, apabila seorang Manager berjaya melahirkan seorang Manager di bawahnya maka dia naik ke pangkat Pengurus Nilam (Sapphire Manager); sekiranya dua Manager dilahirkan di dalam sponsoring lines yang berbeza maka dia naik lagi ke pangkat Pengurus Zamrud (Emerald Manager); sekiranya tiga Manager di dalam sponsoring lines yang berbeza dilahirkan maka dia naik ke pangkat Pengurus Intan (Diamond Manager); dan akhirnya sekira empat atau lebih Manager berjaya dilahirkan di

Halaman | 39

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

dalam sponsoring lines yang berbeza di bawah rangkaiannya, maka dia naik ke pangkat tertinggi iaitu Pengurus Mahkota (Crown Manager). Di dalam Bonus Kepimpinan (LB) ini, pembayaran 55% dibuat berdasarkan sistem blok (block system) dengan 3000 BV mewakili satu blok digabungkan dengan elemen breakaway di mana baki 10% (65%-55%) di peruntukkan untuk pengedar-pengedar yang telah mencapai pangkat Pengurus Mahkota (Crown Manager) sahaja apabila berjaya membantu downlines di bawahnya mencapai pangkat yang sama iaitu Pengurus Mahkota (Crown Manager). Pembahagian 55% Leadership Bonus berdasarkan sistem blok dilakukan dengan 15% dari nilai BV setiap blok dibayar bagi aras 1 (level 1) untuk semua pangkat dan bagi aras 2 (level 2) pula 15% lagi diperuntukkan untuk Emerald Manager, 25% untuk Diamond Manager dan 40% untuk Crown Manager. Untuk Breakaway Bonus sebanyak 10%, ia dibayar kepada Crown Manager apabila berjaya melahirkan Crown Manager sehingga ke level 3 dan level 4 lalu downline yang telah mencapai pangkat yang sama tersebut dianggap telah terpisah/terputus (breakaway) dari uplinenya dari segi jumlah BV kumpulannya lalu upline seolah-olah diberi saguhati (compensated) melalui Breakaway Bonus ini (atau di sesetengah syarikat MLM dipanggil Same-Rank Reward) untuk jumlah BV yang dibawa pergi oleh downline yang sama pangkat tadi sebanyak 5% di level 3 dan 5% lagi di level 4. Sila rujuk Lampiran 4 untuk Leadership Bonus melalui sistem blok dan Lampiran 5 untuk Leadership Bonus melalui konsep breakaway. ADALAH SANGAT PENTING UNTUK DIINGATKAN di sini bahawa oleh kerana pelan pemasaran ini mewakili syarat-syarat yang perlu dipenuhi sebelum ganjaran dan komisen dibayar kepada peserta-peserta, maka perlulah diusahakan sebaik mungkin agar kedua-dua komponen pelan pemasaran ini iaitu FSB dan LSB untuk disediakan secara jelas, telus dan professional serta diterangkan sejelas mungkin kepada bakal-bakal peserta bagi mengelakkan pertelingkahan pada masa yang akan datang. Sekurang-kurangnya keterangan yang jelas tentang pelan pemasaran yang diamalkan oleh Kenshido International Sdn Bhd hendaklah dijadikan sebagai suatu capaian di dalam web rasmi syarikat yang boleh diakses oleh prospek-prospek dan bakal-bakal peserta.

6.2.1

Isu Syariah Yang Mungkin Timbul Dari Penggunaan Pelan Binary

Di dalam kepelbagaian pelan pemasaran MLM, pelan binary merupakan pelan yang kerap dipandang serong dan menimbulkan banyak kontroversi. Sebahagian networkers gemar kepada pelan binary yang dianggap mampu memudahkan penjanaan pendapatan yang tinggi dalam tempoh yang singkat ataupun dalam satu tempoh yang tidak dianggap lama. Sebahagian yang lain pula berpandangan negatif terhadap pelan binary yang dianggap sinonim dengan money game. Halaman | 40

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Sentimen kedua ini tidak sukar difahami oleh mereka yang memerhati perkembangan short term money games bertopengkan MLM terutamanya di Malaysia yang kerap menggunakan struktur binary di dalam mengembangkan rangkaian. Persoalan yang perlu dijawab di sini adalah: adakah pelan binary yang digunapakai oleh Kenshido International Sdn Bhd di dalam FSB menyebabkan pelanggaran syariah (ketidakpatuhan syariah) ataupun tidak. Jawapan kepada persoalan ini, pada pandangan PPS, adalah menjurus kepada question of facts, (dari segi usul fiqh diistilahkan sebagai tahqiq al-manat) yang mana question of law (al-manat/‫ )انًنبط‬adalah sekiranya pelan binary tersebut semata-mata suatu bentuk pyramidal money game, maka ia tidak patuh syariah (kerana apabila ia adalah semata-mata pelan untuk pyramidal money game, maka sama ada ia ditopengkan dengan produk ataupun tidak, tidak sepatutnya mengubah status ketidakpatuhan syariah pelan ini40) ataupun sekiranya ia hanyalah satu cara pengiraan komisen bagi mereka yang berjaya memasarkan produk, maka ia umumnya adalah patuh syariah. Kata kunci (keyword) untuk pelan binary di dalam senario yang pertama adalah “money game” (baik disamarkan dengan produk atau tidak atau dilabelkan sebagai MLM atau tidak) dan kata kunci untuk pelan binary di dalam senario kedua adalah “pemasaran produk”. Oleh kerana which is which ini lebih merupakan question of facts, PPS percaya bahawa pandangan daripada pengamal industri yang berpengalaman (experienced practitioners) atau networkers perlu diambil kira. Pengamal MLM terkenal dari Amerika Syarikat yang digelar sebagai MLM Guru, Randy Gage, memberi ulasan berikut tentang pelan binary: “The Binary plan offers many opportunities for abuse that, of course, leads to many regulatory problems. I believe the basic problem is the income center system. By its very nature, it‟s ripe for abuse. In some cases people are encouraged to purchase $5,000 or $10,000 worth of income centers to instantly qualify for the higher ranks, commissions or car bonuses. This is just another variation of the front-loading that was practised by unscrupulous breakaway companies in years past. Much like a Ponzi Scheme, this plays on the prospect‟s greed, which impairs his better judgment, and in all hype and hoopla, he does something stupid. Also, sometimes a distributor may spend big dollars buying income 40

Rujuk komen Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi (Permanent Committee in Saudi Arabia for Research and Fatwa) yang mengharamkan transaksi sebegini, antara lain kerana apabila jual beli produk hanyalah sebagai suatu bentuk alasan (pretext) kepada money game (yang dianalisa oleh jawatankuasa tersebut sebagai melibatkan riba yang diharamkan), maka kewujudan jual beli tersebut tidak pun mengubah status haram skim tersebut. Selain dari faktor riba, yang pada pandangan PPS masih lagi contentious, boleh diperdebatkan, PPS melihat alasan-alasan yang kukuh di dalam Fatwa jawatankuasa tersebut yang menjadikan faktor memakan harta orang lain dengan cara yang batil dan faktor tipu daya dengan meletakkan label perniagaan dan jual beli produk pada operasi yang hakikatnya money game sebagai antara sebab skim sebegini difatwakan haram.

Halaman | 41

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

centers to equalize the volume with a stronger line. In either case, once new distributors start investing large amounts of money, you raise business opportunity issues and a whole new set of problems.” Seterusnya, Randy Gage menerangkan lagi tentang manipulasi dan masalah yang sering berlaku di dalam pelan pemasaran binary dan langkah-langkah pengubahsuaian yang telah diambil bagi mengekang manipulasi dan masalah ini dari terus berleluasa. Katanya: “The plan is perfect for hype, because you can immediately purchase many income centers and get a big check your first week. Of course, most of that check is from your own money, but your prospects don‟t know that. Big distributors can claim that they have 50,000 people in their group in only six months. In actuality, they may only have 3,000 or 4,000, many or all of whom keep re-entering the organization. And because people can re-enter the organization, this can make counseling and managing the network harder. It inherently leads to cross lining, which is bad for business. Much has been done in the last couple of years to improve Binary. There are several companies that have done some modifications to greatly improve the Binary, and ensure that abuses don‟t occur. Probably the two most important modifications are one that prevent extra volume being “washed” at the end of the week, and safeguards that prohibit distributors from buying in at large dollar levels. So, if you are looking at a Binary plan, make sure that it has these two factors covered.” (bahagian yang ditebalkan (bold) adalah penekanan yang ditambah oleh PPS) Pemerhatian PPS terhadap pelan binary syarikat Kenshido International Sdn Bhd menunjukkan bahawa: PERTAMA, amalan syarikat Kenshido International Sdn Bhd pada masa proses penilaian kepatuhan syariah dijalankan (difahamkan, beberapa lama dahulu amalan adalah berbeza) adalah satu nombor Kad Pengenalan hanya dibenarkan mendaftar sekali sahaja (dahulu, PPS difahamkan satu nombor Kad Pengenalan boleh didaftarkan dan didaftarkan semula (re-entry) di dalam sistem sehingga 99 kali). Re-entry tidak dibenarkan, hanya package upgrading sahaja dibenarkan setakat pakej e-max yang bernilai RM10,800 dengan 30 set portal ScoreA Program dengan cara membayar baki harga antara pakej besar dan pakej kecil dan diberi beza bilangan baki portal antara pakej besar dan pakej kecil. Income centers tambahan (atau lebih popular dirujuk di syarikat Kenshido International Sdn Bhd sebagai “akaun”) yang mengikut pakej produk yang lebih besar yang dipilih akan diselit terus di bawah income centers sedia ada ahli berkenaan dan bukannya di bawah income centers milik downlines.

Halaman | 42

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Kekangan satu nombor KP satu pendaftaran ini (dengan maksimum 11 akaun atau income centers bagi setiap registered participant) pada penilaian PPS dapat sedikit sebanyak mengawal kecenderungan tidak munasabah sesetengah ahli yang ghairah mahu “parking” sebanyak mungkin akaun-akaun mereka di dalam rangkaian dengan angan-angan bakal mengaut keuntungan yang berlipat ganda melalui akaun-akaun tersebut. Begitupun, PPS menyedari kemungkinan bahawa dengan peraturan satu nombor KP satu pendaftaran sekalipun, masih terdapat kemungkinan sesetengah ahli melakukan indirect re-entry atau re-entries dengan cara mendaftarkan proksi atau proksi-proksi mereka di dalam rangkaian downlines mahupun uplines mereka sendiri. Amalan ini sudah tentu sukar untuk dikesan atau dikawal oleh syarikat dan biasanya dilakukan oleh networkers berpengalaman yang biasanya ada kebolehan atau sekurang-kurangnya keyakinan untuk mengembangkan atau membantu mengembangkan akaunakaun proksi-proksi mereka dengan mengambil kira faktor bahawa setiap ahli berdaftar perlu ada minimum maintenance sendiri untuk layak mendapat bonus atau komisen, berbeza dengan akaun-akaun di bawah nama seorang ahli berdaftar yang memerlukan satu minimum maintenance sahaja untuk layak mendapat bonus atau komisen. KEDUA, pembelian pakej yang besar di dalam pelan FSB syarikat Kenshido International Sdn Bhd yang memberikan bilangan akaun yang lebih banyak kepada peserta yang membeli pakej tersebut TIDAK meningkatkan komisen peserta tersebut sendiri. Pendeknya, bilangan akaun yang banyak itu hanya berupaya membantu pairing uplines beliau kerana tidak berlaku pairing sesama akaun yang dimiliki oleh pembeli pakej sendiri. Oleh itu isu illusory big check yang dibangkitkan oleh Randy Gage di dalam petikan di atas yang boleh berlaku dengan pembelian pakej yang memberi banyak income centers tidak terjadi di sini. KETIGA, TIDAK berlaku weekly flushing sebagaimana yang disebut oleh Randy Gage sebagai “extra volume being “washed” at the end of the week”. Flushing yang diamalkan di dalam FSB adalah berdasarkan maximum pairing per day iaitu antara 10 hingga 14 pairing bergantung kepada pegangan pakej dan kehadiran ke kursus S.I.R. (Start It Right) anjuran syarikat. Flushing sebegini tidak menekan peserta-peserta dengan semata-mata pergerakan masa, sebaliknya memberi reward berdasarkan pakej produk yang berjaya dijual di dalam kumpulan, kiri dan kanan struktur binary tersebut. Flushing yang diamalkan Kenshido International Sdn Bhd ini pada pandangan PPS memang diperlukan demi mengekang berlakunya overpay seperti yang dijelaskan di dalam perbincangan berikut di bawah. KEEMPAT, PPS melihat bahawa apa yang diistilahkan oleh Randy Gage sebagai “distributors buying in at large dollar levels” adalah relevan dan menuntut perbincangan yang lebih mendalam dan terperinci. Isu “pembelian” income centers yang banyak (zahirnya yang dibeli adalah produk yang ditawarkan melalui pakej-pakej; income centers cuma akaun yang mengikut setiap pakej produk yang dibeli) ini akan dibincangkan dengan panjang lebar selepas ini di bawah tajuk Halaman | 43

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

inventory front-loading. Ringkasnya, maklumat-maklumat yang dibekalkan kepada PPS mendorong PPS untuk membuat kesimpulan bahawa tiada bukti menunjukkan pelan binary yang diamalkan Kenshido International Sdn Bhd telah dimanipulasikan melalui “pembelian” income centers yang banyak sehingga menjadi pyramidal money game. Namun begitu, PPS dengan tegas MENASIHATKAN syarikat Kenshido International Sdn Bhd, sebagaimana yang disebut di dalam perbincangan tentang isu inventory front-loading di bawah, supaya mengambil langkah-langkah kawalan yang awal untuk memastikan kemungkinan berlakunya manipulasi sedemikian dapat dikekang. Selain dari pemerhatian-pemerhatian yang disebutkan di atas, pemerhatian PPS terhadap amalan-amalan inventory front-loading yang diamalkan sesetengah syarikat atau sesetengah kumpulan ahli tertentu di dalam syarikat-syarikat yang mempunyai lesen AJL dan menjalankan aktiviti mereka berlabelkan amalan MLM menunjukkan bahawa masalah inventory front-loading dan menjadikan pembelian produk semata-mata konduit (conduit) untuk melakukan money game bertopeng ini bukanlah semata-mata berlaku di dalam pelan binary, malah boleh berlaku juga di dalam pelan-pelan lain seperti stairstep-breakaway dan forced matrix. Rumusan yang dapat dibuat dari pemerhatian ini adalah: PUNCA MASALAH yang boleh menyebabkan ketidakpatuhan syariah BUKAN berpunca semata-mata dari JENIS pelan pemasaran yang digunakan samada binary atau lain-lainnya tetapi adalah gabungan beberapa faktor yang keseluruhannya membawa kepada natijah bahawa pelan pemasaran berkenaan bukan lagi menjadi cara mengira dan memberi ganjaran atau komisen kepada peserta-peserta untuk penjualan produk, sebaliknya “penjualan produk” menjadi topeng atau alasan (excuse) menjalankan money game berdasarkan pelan pemasaran tersebut. Pemerhatian yang dibuat oleh PPS ketika menghadiri program-program yang dijalankan di syarikat Kenshido International Sdn Bhd, khususnya B.O.O.M. dan N.D.O. menunjukkan ada keseimbangan antara penekanan terhadap kelebihan produk yang mampu menarik minat pengguna akhir sebenar (genuine end-users) kepada produk yang ditawarkan dan keberkesanan pelan pemasaran yang mampu menarik minat peserta-peserta untuk menaiktaraf (upgrade) aktiviti-aktiviti mereka dari semata-mata menjadi pengguna kepada menjadi usahawan juga. Namun, PPS memberi PERINGATAN YANG SERIUS kepada syarikat Kenshido International Sdn Bhd dan ahli-ahlinya terutama yang telah mencapai status leaders supaya mengekalkan atau melakukan penambahbaikan terhadap keseimbangan ini, iaitu antara daya tarikan produk dan keterujaan terhadap potensi kewangan pelan pemasaran supaya amalan-amalan MLM di syarikat ini tidak akhirnya terjerumus kepada disguised money game yang pastinya bakal mengundang isu ketidakpatuhan syariah yang serius. Berasaskan fakta-fakta dan keterangan-keterangan di atas, PPS membuat keputusan bahawa semata-mata penggunaan pelan binary tidak semestinya menyebabkan berlakunya ketidakpatuhan syariah. Faktor-faktor lain termasuk faktor-faktor pelaksanaan sebenar pelan binary tersebut perlu diambil kira. Seterusnya, ketiadaan fakta-fakta yang membuktikan bahawa pelan binary yang Halaman | 44

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

diamalkan syarikat Kenshido International Sdn Bhd telah disalahgunakan untuk menjalankan pyramidal money game dan kewujudan fakta-fakta yang menunjukkkan bahawa pelan binary di sini hanyalah satu cara pengiraan pembayaran ganjaran atau komisen untuk kejayaan penjualan pakej-pakej produk portal ScoreA menjadi asas untuk PPS memutuskan bahawa pelan pemasaran FSB yang berstruktur binary dari sudut yang dibincangkan ini adalah PATUH SYARIAH.

6.2.2

Kemungkinan Untuk Pelan Pemasaran Yang Overpay

Salah satu isu yang diambil perhatian oleh PPS adalah kemungkinan pelan pemasaran yang ditawarkan oleh syarikat Kenshido akan overpay apabila pengedar-pengedar berjaya perform dengan mencapai sasaran masing-masing yang ditetapkan, bermaksud jumlah komisen yang dijanjikan untuk dibayar melebihi jumlah jualan yang dicapai. Memang diakui, pada asalnya, tidak ada sebarang halangan syara‟ (walaupun justifikasi ekonomi mungkin agak sukar atau jarang didapati) untuk seseorang menjanjikan habuan yang lebih besar dari jumlah jualan yang diperolehi kepada orang lain yang berjaya menjana penjualan tersebut. Contohnya, asalkan berada dalam keadaan sukarela dan faham, A boleh menawarkan sejumlah RM200 sebagai upah atau komisen kepada seseorang yang mampu menjual setiap seutas jam tangan yang diniagakannya dengan harga RM100. Dengan tawaran sebegini, A telah overpay komisen yang dijanjikan kerana dengan upah RM200 itu A telah membayar RM100 lebih dari jumlah jualan yang cuma RM100. Adakah salah dari segi hukum syara‟ untuk A berbuat demikian? Pada dasarnya tidak salah, kerana ianya melibatkan willing and consenting parties, pihak-pihak yang bebas dan merelai di dalam transaksi yang melibatkan hak mereka sebagai manusia yang mukallaf; malah mungkin A ada sebab atau strategi tertentu yang mendorongnya membuat tawaran yang bersifat overpay sebegitu. Mungkin A terdesak atau terdorong untuk melupuskan, untuk menjual jam-jam tersebut atas sebab-sebab percukaian, promosi jangka pendek atau sebagainya. Namun, hukum syara‟ tidak beroperasi secara berasingan (in a vacuum) dan teori semata-mata. Penetapan hukum perlu mengambil kira keadaan persekitaran (surrounding circumstances), amalan persekitaran (prevalent practice) dan realiti pelaksanaan (actual application). PPS mengambil kira bahawa di dalam amalan MLM, menjadi satu tanggapan umum dan sekurang-kurangnya specific prevalent practice („urf khas/ ‫ )ػرف خبظ‬jika tidak hendak dikatakan general prevalent practice („urf „am/‫ )ػرف ػبو‬bahawa komisen yang dijanjikan untuk dibayar kepada ahli adalah merupakan sebahagian dari jumlah jualan yang berjaya dijana oleh ahli tersebut dan rangkaian ahli-ahli lain di bawahnya. Kaedah fiqh menetapkan bahawa apa yang telah menjadi amalan biasa di kalangan peniaga-peniaga

Halaman | 45

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

adalah dianggap sesuatu yang disyaratkan di kalangan mereka ( ‫انًؼرًف ثٍْ انزجبر‬ ‫)كبنًطرًط ثْنيى‬.41 Oleh itu, pelan yang overpay di dalam industri MLM (dari segi realiti perniagaan, mungkin melibatkan juga pelan yang menyebabkan margin yang ditinggalkan kepada syarikat selepas pembayaran komisen kepada ahli-ahli menjadi terlampau kecil untuk kesinambungan operasi perniagaan yang munasabah) menimbulkan isu syariah yang serius kerana ia tidak lain dan tidak bukan adalah menjanjikan sesuatu yang berkemungkinan besar atau hampir pasti tidak mampu dilaksanakan oleh orang yang berjanji. Di dalam konteks MLM, pelan overpay membawa kepada natijah menjanjikan upah (komisen) yang berkemungkinan besar tidak mampu dibayar oleh orang yang berjanji apabila orang yang bersandar kepada janji tersebut telah menunaikan tuntutan-tuntutan sasaran yang ditetapkan. Pelan overpay juga menjadi amalan biasa orang atau syarikat yang menjalankan pyramidal money game demi memancing minat peserta untuk mendapatkan untung jangka pendek yang besar walhal berdepan dengan risiko ketidakstabilan jangka panjang. Di atas sebab-sebab di atas, PPS berpandangan pelan pemasaran yang overpay di dalam industri MLM menimbulkan HALANGAN SYARIAH. Walaubagaimanapun, suatu faktor lain yang diambil kira di dalam menilai isu ini adalah tahap kebarangkalian berlakunya overpay tersebut. Sekiranya tahap kebarangkalian berlakunya overpay adalah terlampau terpencil (remote) atau hampir mustahil seperti overpay hanya akan berlaku sekiranya berlaku perfect hierarchy dan perfect hierarchy adalah hampir mustahil berlaku di dalam keadaan biasa tanpa manipulasi, maka kemungkinan yang terlampau remote ini tidak menjejaskan kepatuhan syariah pelan pemasaran berkenaan. Ini adalah berdasarkan kaedah fiqh ( ‫ )انؼجرح نهغبنت انطبئغ ال نهنبدر‬42 bahawa perkiraan dilakukan berasaskan sesuatu yang umum (prevalent) dan meluas dan bukannya sesuatu yang nadir, yang sangat-sangat jarang berlaku.Oleh itu sesuatu yang nadir itu kewujudannya dianggap seperti tiada (‫)اننبدر ًجٌده كؼذيو‬. Penerangan terperinci telah diberikan kepada PPS tentang pelan pemasaran FSB (Fast Start Bonus) dan LSB (Leadership Bonus) Kenshido dibantu oleh analisa, simulasi mudah hierarki sempurna (simple simulation of perfect hierarchy) (sila rujuk Lampiran 6) serta pemerhatian terhadap peratusan payout sebenar Kenshido kepada ahli-ahli sepanjang tahun 2008 dan 2009 berbanding kutipan jualan yang diperolehi oleh syarikat. Semua ini berjaya meyakinkan PPS bahawa pelan pemasaran Kenshido BUKAN pelan pemasaran yang overpay kerana sistem flushing yang diamalkan di dalam pengiraan FSB (Fast Start Bonus) dan BV yang digunapakai di dalam LSB (Leadership Bonus) yang cuma sekitar 38% dari Ringgit Malaysia (kiraan berdasarkan 75 BV bagi harga ahli untuk portal top up code) digabungkan dengan sekatan-sekatan pangkat didapati mampu mengekang berlakunya overpay. Malah, kadar payout sebenar sepanjang dua 41

Muhammad Sidqi bin Ahmad A-Burnu, Al-Wajiz fi Idah Qawa„id al-Fiqh al-Kulliyyah, h.306.

42

Ibid., h.295

Halaman | 46

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

tahun yang disebutkan tadi adalah pada kadar purata yang begitu selesa untuk sebuah syarikat yang mampu berkembang maju. Berdasarkan faktor-faktor di atas, khususnya kesimpulan bahawa pelan pemasaran Kenshido BUKAN pelan pemasaran yang overpay, PPS membuat keputusan bahawa pelan pemasaran Kenshido dari sudut ini adalah PATUH SYARIAH. Malah, dengan anggapan kebarangkalian berlaku overpay yang terlampau remote atau hampir mustahil sekalipun, pelan pemasaran ini masih lagi PATUH SYARIAH berdasarkan kaedah fiqh yang disebutkan di atas tadi.

6.2.3

Syarat Maintenance dan Auto-Maintenance Kelayakan Memperolehi Bonus/Komisen

Sebagai

Syarat

Salah satu syarat yang terdapat di dalam pelan pemasaran syarikat Kenshido International Sdn Bhd (dan juga di dalam banyak pelan-pelan pemasaran syarikat-syarikat MLM yang lain) yang mungkin boleh menimbulkan isu syariah dan menuntut perbincangan, analisa dan keputusan adalah syarat personal maintenance iaitu syarat minimum yang perlu dipenuhi oleh seseorang ahli atau pengedar sebelum layak menerima bonus atau komisen. Di dalam pelan pemasaran syarikat Kenshido International Sdn Bhd, komisen yang mungkin dibayar melalui perkiraan di kedua-dua pelan FSB dan LSB cuma layak diperolehi sekiranya ahli atau pengedar berkenaan ada melakukan “maintain” pada sesuatu sela masa atau tempoh yang berkaitan. Maintenance di dalam pelan pemasaran syarikat Kenshido International Sdn Bhd boleh berlaku dengan salah satu dari cara-cara di bawah: 1) Ada melakukan penajaan ahli baru yang membeli sekurang-kurangnya pakej e-biz bernilai RM596.00; 2) Ada melakukan manual maintenance dengan membeli satu top-up code yang bernilai harga ahli RM198.00 (75BV) untuk pembayaran komisen secara umum atau dua top-up codes bernilai harga ahli RM396.00 (150BV) untuk menerima komisen-komisen tertentu untuk pangkat-pangkat tertentu di dalam pelan LSB atau belian mana-mana prodok lain yang mempunyai jumlah BV keseluruhan sebagaimana yang disebutkan; 3) Telah berlaku auto-maintenance yang mencukupi RM198.00 bersamaan 75BV melalui sepuloh pairing pertama yang berlaku di dalam sesuatu tempoh maintenance di dalam pelan FSB yang setiap satunya tidak dibayar RM80.00 amaun biasa untuk satu pairing tetapi cuma RM60.20 sahaja kerana RM19.80 untuk setiap pairing yang berlaku di dalam sepuloh pairing yang pertama bakal menyumbangkan kepada jumlah RM198.00 nilai satu top-up code.

Halaman | 47

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Syarat maintenance ini (kecuali cara pertama yang sebenarnya jelas menjadikan penjanaan jualan sebagai syarat kelayakan) mungkin boleh dilihat dari satu sudut sebagai tidak patuh syariah kerana ia seseolah memaksa ahli membuat belian bagi melayakkan diri mendapat komisen sedangkan komisen sepatutnya layak diperolehi dari jualan yang sebahagian besarnya berlaku, secara zahirnya, adalah dari pembelian yang dilakukan oleh downlines di dalam rangkaian di bawahnya. Di dalam bukunya, Money, You & Islam,43 Zaharuddin Abd Rahman ada mempertikaikan kepatuhan syariah syarat maintenance ini yang diistilahkan beliau sebagai sales target. Kata Ustaz Zaharuddin (di dalam versi Bahasa Melayu yang merupakan artikel asal yang dijadikan asas bab berkenaan di dalam buku tersebut): “…pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target jualan tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya. Apabila ia gagal mencapai „harga target' tersebut maka keahliannya akan hilang atau tiada sebarang komisyen untuknya walaupun orang bawahannya menjual dengan begitu banyak. Semua MLM yang terlibat dengan syarat seperti ini, menyebabkan sistem MLM mereka menjadi bermasalah dari sudut Shariah kerana wujudnya unsur kezaliman terhadap ahli selain wujudnya kewajiban jualan bersyarat dengan syarat yang tidak menyebelahi ahli serta berbentuk penindasan. Seolah-olah pihak syarikat memaksanya dengan mengatakan "Anda mesti membeli atau mengekalkan penjualan peribadi sebanyak RM 500 sebulan bagi membolehkan anda mendapat hak komisyen orang bawahan anda".”44 Sebelum PPS pergi lebih jauh untuk memutuskan pendirian tentang kepatuhan syariah amalan pensyaratan minimum maintenance atau diistilahkan oleh sebahagian penulis sebagai sales target atau personal sale ini bagi tujuan kelayakan mendapat komisen, mungkin elok dirakamkan bahawa sepanjang pengetahuan dan maklumat yang ada pada PPS, syarikat MLM biasanya tidak menjadikan kegagalan mencapai minimum maintenance ini sebagai sebab untuk menamatkan keahlian seseorang ahli sebaliknya cuma dianggap tidak layak untuk mendapatkan komisen atau komisen-komisen tertentu sahaja. Penamatan keahlian biasanya dikaitkan dengan tempoh ketidakaktifan yang panjang (prolonged inactivity), perlanggaran terhadap polisi dan kod etika syarikat atau di atas permintaan ahli sendiri. Dengan menghormati sudut pandangan yang diutarakan oleh Ustaz Zaharuddin yang dipetik di atas, PPS melihat bahawa syarat minimum maintenance ini umumnya adalah PATUH SYARIAH sekurang-kurangnya dari dua segi atau sudut penilaian:

43

Zaharuddin Abd Rahman, Money, You & Islam, hh.189-190

44

http://www.zaharuddin.net/index.php?option=com_content&task=view&id=222&Itemid=100 04 Mei 2010.

Halaman | 48

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

PERTAMA: Dari segi ia hanya satu syarat untuk mengukur pencapaian minimum seseorang ahli di dalam menyumbangkan jualan kepada syarikat. Ini adalah kerana dari kacamata syarikat, ahli dengan melakukan minimum maintenance tersebut telah berjaya (samada produk yang dibeli adalah untuk digunakan sendiri ataupun untuk dijual semula (resell) kepada orang lain) merekodkan sejumlah jualan untuk syarikat yang merupakan jumlah yang paling minimum untuk dikira layak mendapat bonus. Sebenarnya, penetapan syarat sebegini dan syarat-syarat lain juga di dalam sesuatu pelan pemasaran MLM bergantung kepada apa yang ingin dicapai oleh sesebuah syarikat MLM. Sesetengah syarikat mungkin tidak menetapkan syarat minimum maintenance sebegini. Namun di dalam keadaan di mana minimum maintenance tidak disyaratkan, ada kebimbangan bahawa penekanan dari segi praktis hanyalah kepada penajaan (sponsoring) atau pencarian ahli-ahli baru (headhunting) sematamata yang dibimbangi akhirnya mengakibatkan amalan yang asalnya berstruktur MLM bertukar menjadi money game bertopeng. Syarikat MLM yang ingin memastikan jualan ulangan yang tinggi dan berterusan biasanya akan memasukkan syarat yang berbentuk minimum maintenance atau personal sale ini. Syarat minimum maintenance ini di sesetengah syarikat MLM digantikan dengan syarat personal group sales yang bagi sesetengah networkers dianggap lebih sukar untuk dipenuhi berbanding syarat personal sales terutama oleh networkers yang melakukan perniagaan MLM ini secara sambilan atau separuh masa (part-time) dan bergerak lebih kepada cara melakukan duplikasi pengguna-pengguna setia (duplicating loyal consumers) berbanding menjual (selling). Di sesetengah syarikat lain pula, kedua-dua syarat personal sales dan personal group sales mungkin digabungkan bersama. Ada juga syarikat MLM yang menjadikan syarat minimum maintenance ini sebagai syarat kelayakan untuk mendapat jenis-jenis komisen tertentu tetapi bukan syarat untuk komisen-komisen yang lain. Dari perspektif ini, syarat minimum maintenance ini hanyalah merupakan salah satu dari syarat-syarat yang perlu dipenuhi di dalam structured and revolving ju‟alah yang ditawarkan ini sebelum seseorang peserta dikira layak untuk mendapat ganjaran-ganjaran yang dijanjikan. Gabungan syarat yang bersifat usaha (effort) dan hasil (result) di dalam structured ju‟alah berdasarkan analisa yang dibuat oleh PPS seperti yang diterangkan di atas di dalam 5.1.1. di bawah tajuk “Adakah Kombinasi Kerja (Effort) Dan Hasil (Result) Di Dalam Struktur MLM Menjejaskan „Aqad Ju„alah?” adalah patuh syariah. Selain dari itu, walaupun secara zahirnya syarat minimum maintenance ini mungkin boleh dikategorikan sebagai usaha (effort) semata-mata iaitu perbuatan membeli jumlah produk tertentu, namun bukan suatu kemungkinan yang jauh untuk mengatakan bahawa secara realitinya pemenuhan syarat itu sebenarnya termasuk di dalam kelompok hasil (result). Ini adalah kerana produk yang dibeli di bawah minimum maintenace atau personal sale ini mungkin hakikatnya akan atau telah Halaman | 49

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

dijual kepada pengguna akhir dan tidak ada apa-apa halangan baik dari segi hukum akal, hukum adat mahupun hukum syara‟ bahawa pengguna akhir berkenaan adalah pengedar itu sendiri. Cuma dari segi praktisnya, syarikat-syarikat MLM tidak pergi lebih jauh untuk menyingkap siapakah pengguna akhir kepada produk-produk yang di dalam rekod syarikat telah dicatatkan sebagai telah dijual. Selain tidak ada keperluan untuk syarikat melakukan perkara demikian, mungkin tidak begitu practical and expedient untuk syarikat berusaha mendapatkan maklumat tersebut kerana bukan semua pengguna akhir merupakan ahliahli syarikat yang berdaftar dan begitu juga sebaliknya bukan semua ahli syarikat yang berdaftar dan direkodkan sebagai pembeli kepada sejumlah produk merupakan pengguna-pengguna akhir kepada produk tersebut. Seterusnya, dari perspektif syarikat yang menjadi pihak yang membuat tawaran (offeror) atau ja‟il di dalam structured and revolving ju‟alah ini, selagi sesuatu pembelian oleh ahli telah direkodkan di dalam sistem syarikat, maka selagi itulah, tanpa mengira atas nama apa pembelian tersebut direkodkan baik sebagai minimum maintenance (personal sale), atau personal group sales, direkodkan sebagai jualan ulangan (repeat sales) atau pembelian pakej kali pertama (entry package), membentuk accumulative sales volume atau non-accumulative sales volume dan lainlain klasifikasi lagi, sekiranya ada, syarikat pada dasarnya telah mempunyai sumber kewangan yang terjana dari jualan-jualan yang direkodkan itu untuk tujuan membayar komisen. Oleh itu, adalah sesuatu yang munasabah untuk sesebuah syarikat MLM mengikat pembayaran komisen keseluruhannya atau sebahagiannya dengan jumlah jualan tertentu dan mengikat kelayakan asas untuk menerima komisen dengan jualan45 asas yang dijayakan oleh ahli atau pengedar yang berkenaan. KEDUA: dari sudut bahawa pensyaratan minimum maintenance untuk melayakkan diri mendapat komisen dari belian yang berlaku di dalam jaringan pengedar (network of distributors) yang dibina di bawah seseorang ahli atau pengedar boleh dianggap hanyalah sebagai suatu bentuk penentuan kelayakan untuk mendapatkan insentif yang diberikan kepada pelanggan-pelanggan yang setia membeli produk-produk yang dipasarkan oleh syarikat, yang mana dari perspektif ini seakan-akan loyalty program. Di dalam loyalty programs, biasanya peserta-peserta digalakkan atau didorong (encouraged or enticed) untuk melakukan pembelian di outlets terpilih dengan pemberian mata ganjaran (reward points) tertentu mengikut nilai dan jenis belian. Jumlah mata ganjaran yang terkumpul pada nilai tertentu layak untuk ditukarkan kepada hadiah-hadiah tertentu, baucar-baucar tunai (cash vouchers), dalam bentuk rebate semasa melakukan pembelian dan lain-lain bentuk ganjaran yang difikirkan mampu untuk menarik minat peserta berbelanja di outlets yang berkenaan. 45

Sekali lagi, istilah jualan di dalam kenyataan ini adalah dari perspektif syarikat semata-mata, sedangkan dari perspektif pengedar ianya bergantung kepada aktiviti dan hasil sebenar yang berlaku setelah produk itu dibeli dari syarikat.

Halaman | 50

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Peserta-peserta tidak layak untuk mendapat hadiah atau ganjaran yang ditawarkan sekiranya mata ganjaran terkumpul tidak mencukupi sebagaimana yang disyaratkan atau di dalam sesetengah program sekiranya mata ganjaran terkumpul tersebut telah dikira sebagai tamat tempoh (expired). Disebabkan syarat-syarat ini, peserta-peserta loyalty programs mempunyai dorongan dan galakan (dan itupun tujuan utama loyalty programs diadakan) untuk berbelanja membeli barangan dan produk-produk yang dijual di outlets yang berkenaan demi melayakkan diri mendapat ganjaran-ganjaran yang ditawarkan dalam tempoh yang ditetapkan. Untuk peserta-peserta ini, jelas mereka didorong dan digalakkan untuk membeli demi mendapat ganjaran namun TIDAK dipaksa atau ditindas. Taktik atau strategi sebegini pada penilaian PPS masih lagi termasuk di dalam teknik dan strategi pemasaran yang dibenarkan kerana ia hanya semata-mata tarikan dan dorongan (attraction and motivation) untuk membeli dan BUKANNYA paksaan dan penindasan (coercion and oppression). Begitu juga halnya dengan syarat minimum maintenance atau personal sale di dalam pelan pemasaran MLM. It is, from this perspective, a loyalty program and more. Bukan sahaja peserta-peserta di dalam perniagaan MLM didorong dan digalakkan untuk membeli jumlah tertentu produk demi melayakkan diri mendapat ganjaran di atas jumlah belian terkumpul diri sendiri seperti di dalam loyalty programs, mereka digalakkan untuk membeli jumlah tertentu produk demi melayakkan diri mendapat ganjaran di atas belian terkumpul diri sendiri dan peserta-peserta lain di dalam rangkaiannya juga. Katakunci penting di dalam kedua-dua syarat belian di dalam loyalty programs dan pelan pemasaran MLM adalah “didorong dan digalakkan” untuk membeli jumlah tertentu produk dalam tempoh masa tertentu dengan tawaran ganjaran dan BUKANNYA “dipaksa dan ditindas” untuk membeli. Yang pasti, peserta-peserta ada pilihan samada ingin terlibat dengan program yang bersifat structured and revolving ju‟alah sebegini atau tidak. Sekiranya tidak selesa dengan syarat-syarat yang ditetapkan sebagai pre-requisite bagi mendapatkan ganjaran yang ditawarkan di dalam program berkenaan melalui pelan pemasarannya, maka pilihlah untuk tidak melibatkan diri. Di sini izinkan PPS meminjam kata-kata Ustaz Zaharuddin ketika menerangkan tentang kegelinciran persepsi sebahagian masyarakat yang menganggap telah berlaku ketidakadilan dan penindasan di dalam amalan perbankan Islam; mesej yang sama boleh dihayati di sini dengan aplikasi yang bersesuaian dengan konteks amalan MLM: “There is no vindictiveness, no oppression, and no consfiscation because everything was declared and agreed by you. If the terms are unacceptable, the contract should not have been signed.”46 Analisa PPS yang diterangkan di atas walaupun pada penilaian PPS mampu menjelaskan kepatuhan syariah amalan pensyaratan minimum maintenance atau minimum personal sale sebelum seseorang ahli atau pengedar layak mendapat 46

Zaharuddin Abd Rahman, Money, You & Islam, h.145

Halaman | 51

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

bonus atau komisen, masih belum mampu memberi justifikasi syariah kepada amalan auto-maintenance kerana berbeza dengan syarat maintenance biasa (manual maintenance) yang memberi pilihan kepada peserta untuk memenuhi syarat tersebut ataupun tidak, di dalam amalan auto-maintenance, sifat auto tersebut zahirnya tidak memberi apa-apa pilihan kepada peserta. Sebaliknya, peserta seolah-olah dipaksa untuk membeli sejumlah tertentu produk sebagai maintenance, suka atau tidak nampaknya mereka “terpaksa” maintain. Sebelum pergi lebih jauh untuk membincangkan isu kepatuhan syariah atau sebaliknya amalan auto-maintenance ini, ada baiknya di sini disingkap beberapa faedah auto-maintenance kepada ahli atau pengedar (faedah kepada syarikat memang jelas iaitu memastikan jumlah jualan tertentu sebagai jualan ulangan minimum yang konsisten dari para ahli atau pengedar). Pertama, agak jelas bahawa oleh kerana minimum maintenance atau minimum personal sale adalah syarat untuk kelayakan mendapat bonus, maka amalan auto-maintenance ini memudahkan para pengedar supaya tidak perlu bimbang terlepas atau terlupa untuk memenuhi syarat tersebut. Sepanjang pengetahuan PPS, syarikat-syarikat MLM yang menggunapakai sistem auto-maintenance pasti akan menyediakan formula yang sedemikian rupa sekira-kira apabila automaintenance berlaku, ganjaran yang diterima oleh pengedar boleh dikira berbaloi dibandingkan dengan kos maintenance. Sekiranya tidak, pelan pemasaran berkenaan sudah tentu akan menjadi tidak menarik kepada bakal pengedar. Sebagai contoh, elok diambil perkiraan auto-maintenance di dalam syarikat Kenshido International Sdn Bhd sendiri. Kebiasaannya, menurut pelan FSB, setiap pairing yang berlaku di dalam struktur binary layak dibayar, tertakluk kepada pairing maksimum untuk setiap hari, sebanyak RM80.00 setiap pair. Bagaimanapun, sepuloh pairs yang pertama pada tempoh maintenance berkenaan cuma dibayar RM60.20 kerana RM19.80 telah ditarik ke automaintenance. Sepuloh pairs x RM19.80 bermakna RM198.00 (75BV) telah terkumpul dan oleh itu pengedar berkenaan dikira telah maintain untuk tempoh pengiraan bonus yang berkenaan dan selain dari layak memperolehi satu top-up code yang senilai dengan nilai maintenance itu iaitu RM198.00, layak pula mendapat bonus K-Match minimum RM602.00 (RM60.20 x 10 pairs). PPS percaya RM602.00 umumnya adalah sejumlah komisen yang berbaloi berbanding jumlah yang digunakan untuk auto-maintenance (yang dikira sebagai nilai top-up code yang “dibeli” oleh pengedar) sebanyak RM198.00 sahaja. Pengedar tidak perlu pening kepala mengira samada berbaloi atau tidak berbaloi untuk melakukan maintenance pada sesuatu tempoh berkenaan kerana sistem automaintenance telah memastikan natijah bahawa apabila auto-maintenance berlaku, jumlah komisen atau bonus yang layak diterima oleh pengedar sudah tentu di dalam jumlah yang berbaloi berbanding jumlah yang digunakan untuk maintenance. Kedua, faedah dari auto-maintenance ini akan menjadi lebih ketara apabila pengedar berkenaan meningal dunia (disebabkan sifat perniagaan MLM yang Halaman | 52

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

diistilahkan sebagai willable atau inheritable, boleh diwasiatkan atau diwariskan kepada orang lain) atau sekurang-kurangnya hilang keupayaan atau tidak berada di dalam keadaan yang mampu untuk menjalankan perniagaan MLM tersebut seperti terlampau sibuk menguruskan perkara-perkara lain, sedang berada di luar negara dan sebagainya. Di dalam keadaan di mana pengedar telah meninggal dunia, umumnya selagi perniagaan yang dilakukan oleh pengedar-pengedar lain di dalam rangkaiannya berjalan atau berkembang, bonus yang sepatutnya dibayar kepada pengedar berkenaan akan dibayar kepada penama (nominee) atau pewaris (selalu diistilahkan di dalam borang keahlian syarikat-syarikat MLM sebagai beneficiary) yang dinamakan oleh pengedar. CATATAN: Kepatuhan syariah perwarisan bonus ini mungkin boleh diperdebatkan, namun PPS mengambil pendirian bahawa perwarisan sebegini umumnya tidak melanggar syariah kerana ia adalah sesuatu yang terhasil disebabkan dan ada hubung kait dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh pengedar ketika hayatnya sebagaimana fuqaha‟ mazhab Al-Syafi‟e mengira ikanikan yang masuk, selepas kematian seseorang penangkap ikan, ke dalam perangkap ikan yang dipasang ketika hayatnya sebagai sebahagian dari harta pesakanya yang diwarisi oleh waris-warisnya kerana ia ada hubung kait dengan usaha yang dilakukannya semasa dia masih hidup dan oleh itu asasnya adalah diwarisi oleh dan perlu dibahagi-bahagikan kepada waris-waris mengikut hukum faraid. Sepaling tidak, oleh kerana syarikat MLM telah berjanji untuk membayar bonus yang sepatutnya layak diterima pengedar, sekiranya ada dan beliau masih hidup, kepada pewarisnya selepas kematiannya, maka mereka terikat dengan janji ini kerana faktor “willability” or “inheritability” of the business and/or income ini telah dijadikan salah satu faktor kalaupun tidak faktor terkuat, untuk pengedar bertungkus lumus mengembangkan rangkaian perniagaan MLMnya ketika hayatnya dulu. Oleh kerana penama atau pewaris tidak semestinya mengambil tahu tentang perjalanan perniagaan MLM yang dijalankan oleh pengedar dan syarat-syarat kelayakan mendapat bonus atau komisen yang ditetapkan oleh syarikat, kewujudan auto-maintenance dapat mengelakkan pewaris dari terlepas mendapatkan haknya semata-mata kerana tidak memenuhi syarat minimum maintenance atau personal sale ini (jumlah yang mungkin diperolehi mungkin sangat significant dan substantial kerana ada pengedar-pengedar MLM yang telah sampai ke peringkat perjalanan perniagaan yang “auto-pilot” mewariskan jumlah pulohan ribu atau ratusan ribu Ringgit Malaysia sebulan kepada pewaris mereka). Walaupun PPS mengambil kira kemungkinan, berdasarkan faedah-faedah automaintenance yang diterangkan di atas, untuk berhujjah bahawa oleh kerana amalan auto-maintenance ini sebenarnya memberi faedah dan kelebihan kepada pengedar dan pewarisnya, maka pengedar sepatutnya dianggap telah memberikan keredaan kepada auto-sale yang berlaku; namun PPS MENASIHATKAN agar perlaksanaan auto-maintenance dengan cara sebegini elok dielakkan demi mengelakkan keraguan terhadap kewajaran jumlah yang Halaman | 53

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

dipotong oleh syarikat untuk auto-maintenance dari segi keredaan sebenar pengedar yang mana turut menimbulkan keraguan terhadap kesahihan jual beli yang dianggap telah berlaku secara automatik antara pengedar dan syarikat. Oleh itu, PPS MENCADANGKAN salah satu dari DUA pendekatan berikut bagi melaksanakan auto-maintenance dengan cara yang boleh menolak keraguan dah syubhah: 1) Dengan memberi pilihan kepada pengedar ketika mendaftar keahlian atau pada bila-bila masa selepas itu untuk tick atau check box tertentu yang mengatakan dia memberi keizinan kepada syarikat untuk melakukan pemotongan komisen untuk tujuan auto-maintenance sehingga dimaklumkan sebaliknya. Pilihan ini ada persamaan dari satu segi dengan konsep auto-shipment yang diamalkan oleh sesetengah syarikat MLM dimana pengedar asasnya telah order in advance sejumlah produk tertentu secara berkala dari syarikat sehingga dimaklumkan sebaliknya. Namun pilihan ini pada penilaian PPS adalah tidak sesuai dengan konsep automaintenance sebagaimana yang diamalkan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd kerana PPS difahamkan auto-maintenance ini bukanlah alternatif kepada (in lieu of) manual maintenance sebaliknya adalah seiring dengan (in addition to manual maintenance) bermakna sekiranya seseorang pengedar telah dianggap maintain sekalipun dengan cara menaja pengedar baru yang membeli pakej minimum e-biz atau melakukan manual maintenance dengan membeli satu top-up code atau lain-lain produk yang mempunyai nilai BV terkumpul minimum yang sama, peroses auto-maintenance ini tetap berjalan. Bukan itu sahaja, PPS dimaklumkan sekiranya jumlah yang telah dipotong untuk suatu tempoh maintenance tidak mencukupi jumlah minimum maintenance, jumlah tersebut tidak akan diroll forward ke tempoh maintenance seterusnya untuk digabungkan dengan potongan seterusnya. Sebaliknya, untuk tempoh maintenance seterusnya satu siri pemotongan baru sebanyak 10 pairs akan dilakukan dan mana-mana pemotongan sebelum itu seolah-olah forfeited begitu sahaja. Ini tentu menimbulkan isu kepatuhan syariah. Oleh itu, sekiranya syarikat Kenshido International Sdn Bhd ingin mengekalkan perlaksanaan auto-maintenance dalam bentuk yang ada sekarang, PPS melihat adalah lebih baik ia memilih untuk melakukan dengan cara kedua di bawah: 2) Dengan menjadikan perlaksanaan auto-maintenance sebagai suatu bentuk penetapan ganjaran di dalam structured and revolving ju‟alah yang ditawarkan dan bukannya pemotongan automatik komisen yang sepatutnya diperolehi oleh pengedar. Ini bermakna apa yang ditawarkan oleh pihak syarikat kepada pengedar (dan perlu dimaklumkan dengan jelas dan secara telus (transparent) kepada para pengedar di dalam pelan pemasaran) ialah untuk hasil pairing yang berlaku di dalam rangkaiannya telah ditetapkan sebanyak RM60.20 sahaja setiap satu pair dari sepuloh pairs yang pertama di dalam sesuatu tempoh maintenance sekiranya Halaman | 54

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

pengedar berjaya menghasilkan, secara perseorangan atau berkumpulan, sekurang-kurangnya sepuloh pairs atau telah melakukan maintenance dengan cara-cara lain. Selain dari kelayakan mendapat komisen yang dijanjikan berdasarkan pelan pemasaran termasuk RM60.20 setiap satu pair bagi sepuloh pairs yang pertama dan RM80.00 setiap pair bagi pairs yang seterusnya sehingga tempoh maintenance yang baru, kejayaan seseorang pengedar, secara perseorangan atau berkumpulan, menghasilkan minimum sepuloh pairs dalam sesuatu tempoh maintenance dijanjikan ganjaran dalam bentuk produk (in kind) bukan dalam bentuk tunai (in cash) iaitu top-up code yang bernilai harga ahli RM198.00. Dengan cara ini dan dengan pendokumenan pelan pemasaran serta terma dan syarat yang dilakukan secara professional dan jelas, PPS percaya isu ketidakpatuhan syariah berkaitan amalan auto-maintenance ini dapat dielakkan. Seterusnya, sebagai tambahan dan mengambil kira faktor bahawa untuk perniagaan jangkamasa panjang, keuntungan dari pembelian ulangan ahli-ahli sedia ada dan pengguna-pengguna setia adalah sangat penting dan tidak mustahil mengatasi amaun jualan yang terjana dari pembelian pertama kali ahliahli baru, PPS MENCADANGKAN agar pihak pengurusan syarikat Kenshido International Sdn Bhd menimbang dengan serius untuk menjadikan automaintenance ini BUKAN dijanakan dari pelan FSB semata-mata, sebaliknya perlu mengambil kira pelan LSB juga kerana pada masa ini ada pemisahan (segregation) di antara kedua-dua plan ini di mana FSB adalah digunakan untuk pembelian pakej oleh ahli-ahli baru sahaja (atau penaiktarafan pakej (package upgrading) oleh ahli sedia ada) dan LSB untuk belian ulangan ahli-ahli sedia ada. Wallahu a‟lam.

6.2.4

Jumlah Komisen Yang Lebih Besar Yang Dibayar Kepada Pemegang Pakej Yang Lebih Besar Sedangkan Penajaan Dilakukan Oleh Pemegang Pakej Yang Lebih Kecil

PPS mengambil perhatian juga terhadap cara pembayaran one time sponsoring bonus atau referral bonus yang dikenali di dalam pelan pemasaran Kenshido sebagai Edu-Reward. Apabila seorang ahli berjaya memperkenalkan seseorang yang lain mendaftar ahli sebagai downlinenya dan membeli salah satu dari pakejpakej FSB yang ditawarkan oleh Kenshido, maka orang yang memperkenalkan itu layak menerima sponsoring bonus atau referral bonus yang dinamakan EduReward tersebut. Namun, berapakah jumlah sebenar yang akan dibayar kepada package introducer atau sponsor dipengaruhi oleh dua faktor: FAKTOR PERTAMA: Status pakej tertinggi yang dibeli oleh penaja (sponsor) pada masa dia melakukan sponsoring. Halaman | 55

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

FAKTOR KEDUA: Status pakej yang dibeli oleh peserta yang ditaja (disponsor). Ringkasnya, pemegang pakej tertinggi iaitu pakej e-max layak mendapat peruntukan maksimum yang diperuntukkan oleh syarikat sebagai introducer bonus untuk setiap pakej yang ditawarkan. Bonus maksimum untuk penajaan pakej-pakej adalah RM70 untuk penajaan e-biz, RM210 untuk e-partner, RM800 untuk e-entrepreneur dan RM1500 untuk penajaan e-max. Dengan erti kata lain, apabila seorang pemegang pakej e-max berjaya memperkenalkan peserta atau ahli baru yang mengambil pakej e-biz bernilai RM596, beliau layak mendapat peruntukan maksimum sponsoring bonus e-biz sebanyak RM70. Seterusnya sekiranya ahli baru yang diperkenalkan itu membeli pakej e-partner bernilai RM1788 beliau layak mendapat Edu-Reward maksimum bagi memperkenalkan epartner iaitu RM210, sekiranya e-entrepreneur bernilai RM5448 diperkenalkan, Edu-Reward adalah RM800 dan sekiranya e-max bernilai RM10,800 yang diperkenalkan, maka Edu-Reward yang layak diperolehinya adalah RM1500. Namun, pemegang pakej-pakej lain yang lebih rendah tidak semestinya mendapat peruntukan maksimum syarikat bagi Edu-Reward seperti pemegang pakej e-max. Mereka akan terhad oleh siling (ceiling) kelayakan masing-masing. Edu-Reward maksimum bagi pemegang pakej e-biz adalah RM70, bagi e-partner RM210 dan bagi e-entrepreneur RM800. Oleh itu tidak kira apa pakej yang berjaya diperkenalkan oleh pemegang pakej e-biz hatta e-max yang bernilai RM10,800 sekalipun, Edu-Reward yang bakal diterimanya cuma RM70 sahaja tidak lebih dan tidak kurang. Pemegang e-partner pula bertemu ceiling apabila memperkenalkan pakej e-entrepreneur dengan mendapat Edu-Reward maksimum yang dia layak iaitu RM210. Sekiranya pemegang pakej e-partner memperkenalkan pakej e-biz beliau layak menerima RM70 dan sekiranya memperkenalkan e-partner dia layak mendapat RM140. Pemegang pakej eentrepreneur pula menerima Edu-Reward ceiling dengan memperkenalkan pakej e-entrepreneur iaitu RM800. Pemegang pakej e-entrepreneur menerima EduReward untuk memperkenalkan pakej e-biz sebanyak RM70 dan pakej e-partner sebanyak RM210. Sila rujuk Jadual 1 di halaman 36 laporan ini di bawah tajuk 6.2 iaitu Pemerhatian Umum, Penilaian Kepatuhan Syariah dan Cadangancadangan Berkaitan Pelan Pemasaran Kenshido International Sdn Bhd untuk lebih memudahkan kefahaman. Yang mungkin menimbulkan persoalan di fikiran sesetengah orang adalah hakikat bahawa syarikat tidak mengambil semula baki peruntukan maksimum yang telah diperuntukkan sebaliknya akan memindahkan (pass-up) baki tersebut kepada pemegang pakej yang lebih besar yang terhampir (dalam susur galur uplines) dan sekiranya pemegang pakej yang lebih besar yang terhampir tidak layak mengambil kesemua baki yang diperuntukkan syarikat untuk pakej yang diperkenalkan, maka baki selepas ditolak jumlah yang layak tadi akan terus dipindahkan ke atas (passed up) sehingga tiada baki lagi. Bukankah ini akan menyebabkan ketidak adilan kepada intoducer yang memegang pakej kecil?

Halaman | 56

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Untuk mengambil contoh yang benar-benar jelas dan ketara, biar kita ambil introducer atau sponsor yang memegang pakej paling kecil iaitu e-biz yang mempunyai immediate upline yang memegang pakej terbesar iaitu e-max dan berjaya memperkenalkan pakej terbesar iaitu e-max. Sebagai pemegang pakej e-biz, Edu-Reward maksimum yang layak diperolehi untuk memperkenalkan pakej apa sekalipun adalah RM70. Jadi apabila pemegang pakej e-biz memperkenalkan e-max beliau cuma mendapat RM70 sebagai Edu-Reward sedangkan syarikat telah memperuntukkan RM1,500 Edu-Reward untuk setiap pakej e-max yang berjaya diperkenalkan. Immediate upline kepada introducer atau sponsor yang berstatus e-biz tadi yang kebetulan memegang pakej e-max diberi baki peruntukan maksimum yang tidak layak dikecapi pemegang pakej ebiz itu iaitu RM1,500 – RM70 = RM1,430. Bayangkan direct introducer yang menjalankan tugas memperkenalkan pakej cuma mendapat RM70 Edu-Reward sedangkan upline beliau yang mungkin tidak terlibat langsung atau tidak tahu menahu pun tentang penajaan pakej e-max tadi mendapat RM1,430!!!47 Bukankah ini tidak adil kepada introducer yang berpakej kecil tadi?? Memang diakui, sepintas lalu, seolah-olah telah berlaku suatu bentuk pembahagian bayaran yang tidak adil di situ. Namun PPS berpendapat berdasarkan terma-terma „aqad ju„alah, setiap pemegang pakej tahu, telah atau sepatutnya telah memberikan keizinan dan akhirnya layak mendapat betul-betul (exactly) apa yang dijanjikan. Ketidakadilan yang tergambar ini mungkin tidak akan kelihatan timbul sekiranya syarikat Kenshido tidak mengamalkan konsep peruntukan maksimum yang mesti dibayar habis. Katakan di dalam contoh di atas tadi, setelah pemegang pakej ebiz yang menjadi introducer dibayar Edu-Reward RM70 untuk memperkenalkan e-max, tidak ada apa-apa pembayaran lagi dibuat kepada peserta-peserta lain, sebaliknya lebihan yang tidak layak diambil oleh introducer tadi cuma dirolled up kepada syarikat. Tidak ada bezanya, kerana pemegang pakej e-biz tetap layak mendapat RM70 tidak lebih dan tidak kurang di dalam mana-mana keadaan sekali pun. Cuma di dalam keadaan pertama seperti yang diamalkan, ia lebih menguntungkan peserta berbanding syarikat kerana lebihan dari kelayakan introducer tidak hanya masuk ke poket syarikat begitu sahaja, sebaliknya dibayar kepada peserta atau peserta-peserta lain yang layak. Pembayaran sebegini walaupun lebih menguntungkan peserta berbanding syarikat, telah pun dipersetujui oleh syarikat melalui pelan pemasaran yang ditawarkannya dan oleh itu tidak timbul isu ketidakadilan kerana apa yang diberi kepada uplines yang layak adalah asalnya hak syarikat dan bukan hak downline yang menjadi sponsor atau introducer.

47

Ini cuma satu andaian, mungkin juga dari segi praktis, upline tersebut ada membantu, malah tidak mustahil telah memainkan peranan utama meyakinkan ahli baru tadi memilih pakej e-max.

Halaman | 57

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Isu ketidakadilan yang dibangkitkan di sini, mengikut analisa PPS, cuma tanggapan (perceived) atau luaran (superficial) semata-mata dan bukan yang sebenar (actual). Lebih-lebih lagi, peserta masing-masing mempunyai pilihan untuk mendapat introducer bonus Edu-Reward yang maksimum atau yang lebih besar dengan melakukan proses penaiktarafan (upgrading) sebelum memformalkan (formalize) sponsoring dengan hanya membayar beza harga antara pakej yang kecil dan pakej yang lebih besar dan diberikan baki portal setelah ditolak jumlah portal pakej kecil dari jumlah portal pakej besar. Berdasarkan faktor-faktor di atas khususnya kesimpulan bahawa setiap peserta mendapat apa yang dijanjikan kepadanya melalui „aqad ju„alah tanpa dikurangkan satu sen pun, PPS membuat keputusan bahawa pelan pemasaran Kenshido dari sudut itu adalah PATUH SYARIAH.

6.2.5

Cadangan Supaya Bonus K-Reward Dibayar Secara Compressed

K-Reward di dalam plan FSB menjanjikan overriding bonus kepada uplines yang layak sedalam empat generasi pertama berdasarkan sponsoring genealogy dan bukannya placement tree dan dikira sebanyak 5% setiap generasi bersandarkan K-Match yang diperolehi downlines pada sesuatu hari tanpa menjejaskan jumlah bonus downlines tersebut. Sebagai contoh, sekiranya pada hari tersebut, seseorang downline yang berada di dalam lingkungan empat generasi pertama tersebut meraih K-Match sebanyak RM960, maka upline yang layak tadi mendapat RM48 (5% x RM960) sebagai K-Reward berkaitan downline tersebut. Downline berkenaan tetap dibayar RM960 dan bukannya RM912 (RM960-RM48). Jumlah K-match downline tersebut cuma dijadikan sebagai ukuran semata-mata dan BUKANNYA sumber bayaran. Pembayaran K-Reward 5% x 4 generasi ini dibuat secara tidak compressed. Walaupun, tidaklah sampai ke tahap tidak patuh syariah, PPS melihat pembayaran bonus K-Reward yang dibuat secara tidak compressed ini kurang memberi keadilan kepada uplines yang sanggup turun ke bawah membantu membina jaringan untuk indirect downlines yang berada di luar garisan empat generasi pertama ini kerana indirect downlines berkenaan mempunyai beberapa generasi uplines yang tidak aktif. Untuk menjadikan plan pemasaran ini lebih adil dan berinsentif tinggi, PPS MENCADANGKAN agar perbincangan serius dilakukan di antara pengurusan syarikat dan leaders di kalangan pengedarpengedar bagi tujuan menimbangkan viability menjadikan bonus K-Reward 5% x 4 generasi dibayar secara compressed.

Halaman | 58

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

6.2.6

Cadangan Pemastian Keseimbangan Antara Pelan FSB dan Pelan LSB

Pelan pemasaran hybrid syarikat Kenshido International Sdn Bhd walaupun menggabungkan pelan pemasaran berstruktur binary di FSB dan berstruktur stairstep-breakaway di LSB namun kedua-duanya terpisah (segregated) dari sudut bentuk jualan yang dijadikan sumber komisen di setiap pelan. Pembayaran di pelan FSB bersumberkan jualan yang terhasil dari pembelian pakej-pakej produk portal pendidikan ScoreA oleh pengedar-pengedar yang baru mendaftar sebagai ahli sedangkan pembayaran di pelan LSB bersumberkan jualan yang terhasil dari pembelian produk-produk oleh ahli-ahli sedia ada (jualan ulangan/repeat sales).48 Amalan ini berbeza dengan pelan hybrid yang diamalkan oleh sesetengah syarikat MLM yang menjadikan semua jualan, baik yang terhasil dari pembelian pakej-pakej produk semasa kemasukan sebagai ahli (entry package) mahupun yang merupakan jualan ulangan (repeat sale) hasil dari pembelian ahli-ahli sedia ada, kesemuanya menjadi sumber bayaran di kedua-dua jenis pelan binary dan pelan-pelan lain yang dijadikan gabungan. Sebagai contoh, sesebuah syarikat MLM yang menggunakan pelan hybrid hasil gabungan pelan binary dan unilevel mengira pembayaran di pelan binary dengan melihat di mana sesuatu pembelian berlaku (tanpa membezakan atas nama apa belian itu berlaku, kali pertama sebagai entry package atau kali yang keseterusnya sebagai repeat sales) adakah di sebelah kanan atau kiri struktur binary lalu mengira bonus harian binary apabila berlaku pairing dan pembelian yang sama dinilai pula dengan ukuran unilevel dengan melihat di level manakah pembelian itu berlaku lalu dijadikan asas untuk pengiraan bonus bulanan unilevel pula. Dengan cara begini, excitement yang datang dari mana-mana jenis pengiraan bonus sekalipun adalah excitement yang asasnya tercetus dari jualan produk dan bukan semata-mata dari pembelian yang mengiringi kemasukan ahli baru. Setakat pengetahuan PPS, integration sebegini diamalkan di dalam pelan pemasaran hybrid yang menggunakan pelan binary berasaskan pairing secara BV dan bukannya pairing akaun satu lawan satu (one to one) seperti yang diamalkan di syarikat Kenshido International Sdn Bhd. Di syarikat Kenshido International Sdn Bhd, dengan pemisahan (segregation) sumber pengiraan dan pembayaran bonus kedua-dua pelan binary FSB dan pelan stairstep-breakaway LSB, excitement dengan pembayaran bonus dari pelan FSB pada dasarnya adalah excitement yang terjana dari pembelian produk yang mengiringi kemasukan ahli-ahli baru (sekira-kira andainya dibayangkan pada suatu tempoh pengiraan bonus tidak ada kemasukan ahli baru, maka tidak ada satu senpun komisen atau bonus melalui FSB yang dibayar walaupun berlaku pembelian ulangan yang banyak oleh ahli-ahli sedia ada). Yang sebaliknya (iaitu sekiranya berlaku banyak belian pakej-pakej produk melalui pelan FSB tetapi 48

PPS difahamkan ada sedikit pengecualian untuk pakej e-max di mana berbeza dengan pakejpakej lain yang ditawarkan di pelan FSB yang tidak diperuntukkan sebarang BV, oleh itu cuma menyumbang secara eksklusif untuk pembayaran komisen di FSB, pakej e-max diperuntukkan 600 BV lalu turut menyumbang kepada pembayaran di LSB.

Halaman | 59

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

tiada belian ulangan melalui pelan LSB) secara praktisnya tidak berlaku disebabkan pertamanya, oleh sistem auto-maintenance yang memastikan jualan yang berlaku melalui pembelian pakej-pakej pelan FSB turut menyumbang kepada pembelian ulangan di LSB dan keduanya, ada antara pakej-pakej yang ditawarkan di FSB iaitu pakej e-max diperuntukkan BV yang turut menyumbang kepada pengiraan bonus di LSB. Namun sekiranya dapat diabaikan faktor automaintenance dan BV yang mengikut pakej e-max ini, dapat kita simpulkan bahawa walaupun banyak berlaku pembelian pakej-pakej produk oleh ahli-ahli baru di pelan FSB, sekiranya diandaikan tiada langsung jualan ulangan dari ahliahli sedia ada di pelan LSB(dengan tanggapan tidak berlaku pembelian pakej emax yang menyumbang 600 BV dan dengan andaian tidak berlaku automaintenance dari pelan FSB) maka tidak akan berlaku pembayaran komisen melalui pelan LSB. Adakah segregation sebegini antara dua jenis pelan pemasaran di dalam pelan hybrid sebagaimana yang diamalkan sekarang oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd adalah lebih baik atau konsep integration antara dua jenis pelan pemasaran sebagaimana yang diamalkan oleh sesetengah syarikat MLM yang lain sebenarnya lebih baik tentulah suatu perkara yang boleh dikaji, dibincang dan ditimbangkan. Namun, berdasarkan amalan semasa di syarikat Kenshido International Sdn Bhd, PPS MENASIHATKAN kedua-dua pihak syarikat dan ahli-ahli terutama yang telah diangap mencapai status leaders agar memastikan ada keseimbangan yang baik antara kedua-dua pelan FSB dan LSB baik dari segi promosi, penekanan, sokongan mahupun dari segi-segi yang lain kerana there is so much excitement that can be generated through recruitting new members into the business; the real excitement is from knowing that the business apart from rewarding members handsomely for introducing new members (and consumers of the products) is also giving stability and security to members via steady stream of income generated from consistent repeat sales from exsisting members (and loyal consumers of the products). Nasihat ini boleh dibaca dan difahami bersama dengan nasihat yang diberikan di dalam item (1) tajuk 7.2 di bawah Cadangan-Cadangan Yang Secara Asasnya Berkait Dengan Operasi Perniagaan.

6.2.7

Cadangan Pemastian Kepatuhan dan Keberkuatkuasaan Undangundang Yang Tidak Lari Dari Kepatuhan Syariah

PPS difahamkan bahawa syarikat Kenshido International Sdn Bhd telah melantik panel peguam untuk melindungi hak-hak dan kepentingan-kepentingan syarikat mengikut saluran undang-undang. PPS DENGAN TEGAS MENASIHATKAN agar pihak syarikat menggunakan khidmat yang ditawarkan oleh panel peguam yang dilantik bukan secara defensive dan reactive semata-mata tetapi yang sebaiknya dilakukan secara preventive dan pre-emptive juga. Apa yang dimaksudkan oleh PPS di sini adalah, oleh kerana syarikat Kenshido International Sdn Bhd adalah sebuah entiti yang menjalankan perniagaan yang Halaman | 60

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

melibatkan penyertaan ramai ahli atau rakaniaga dari pelbagai latarbelakang serta dengan pelbagai kecenderungan dan tujuan adalah sangat wajar untuk pihak syarikat memastikan bahawa segala terma dan syarat termasuk pelan pemasaran yang menjadi asas usahasama antara pihak syarikat dan pengedarpengedar dirangka secara jelas dan professional oleh panel peguam yang dilantik. Segala terma dan syarat perlulah distrukturkan dengan cara yang menggambarkan maksudnya dengan jelas dan kelak sekiranya perlu boleh dikuatkuasakan secara undang-undang demi memberi keadilan kepada semua pihak yang terlibat dan bukan semata-mata memenangkan satu pihak di atas kerugian pihak yang lain. Ini sesuai dengan prinsip asal MLM sendiri yang sepatutnya mencipta suasana menang-menang (win-win) dan bukannya menangkalah (win-lose). Kenyataan John Counsel di dalam bukunya The Beginner‟s Guide to Multi-Level Marketing wajar dijadikan panduan asas oleh semua yang memilih untuk melibatkan diri di dalam industri MLM baik di pihak syarikat mahupun di pihak pengedar. John Counsel yang melabelkan MLM sebagai the Fourth Generation business system merumuskan: “The selfish, manipulative, competitive, Win-Lose, dog-eat-dog, deceptive, exploitative and ultimately self-defeating motives, attitudes and behaviour that typify First Generation business systems have no place in a succesful Fourt Generation system. The successful MLM leader understands the results are the product or effect of Win-Win relationships. Putting relationships first guarantees ongoing results. Putting results first ensures the end of the relationships – and the hope of any more results!”49 Seterusnya dokumen-dokumen yang telah disediakan oleh panel peguam tersebut perlulah pula disemak dan diluluskan oleh orang atau badan yang berkepakaran dari segi pengetahuan syariah dan juga amalan MLM demi memastikan bahawa terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan tidak melanggar tuntutan dan kawalan syariah. Praktis sebegini, mengikut pengalaman PPS ketika memerhatikan perjalanan pendokumenan di dalam industri perbankan Islam, sekurang-kurangnya dapat meminimakan, kalaupun tidak menghapuskan sama sekali, kemungkinan berlaku pertikaian di antara pihak-pihak yang melakukan urus niaga dan dapat mengelakkan sebarang ketidakpatuhan syariah yang mungkin boleh berlaku secara tidak disengajakan atau tidak disedari.

49

John Counsel, The Beginner‟s Guide to Multi-Level Marketing, h.90

Halaman | 61

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

6.3

6.3.1

Isu-Isu Syariah Yang Membabitkan Operasi Dan Perlaksanaan

Pernyataan Yang Berlebih-Lebihan (Overstatement) dan Menokok Tambah Secara Keterlaluan (Excessive Exaggerations)

Pernyataan yang berlebih-lebihan (overstatement) dan menokok tambah secara keterlaluan (excessive exaggerations) di dalam mempromosikan produk atau perniagaan perlulah dielakkan. Kejujuran dan kredibiliti seseorang peniaga yang terbentuk dari sikap yang amanah pada asasnya merupakan tuntutan agama seperti yang digambarkan di dalam hadith sabda junjungan Nabi Muhammad S.A.W. yang diriwayat oleh Al-Imam Al-Tirmidhi daripada Abu Sa„id Al-Khudri ( ‫ )انزبجر انصذًق األيٍْ يغ اننجٍْْ ًانصذّمٍْ ًانطيذاء‬bermaksud “Peniaga yang benar sifatnya lagi amanah adalah bersama-sama para nabi, siddiqin dan syuhada‟”. Dari segi kelebihan jangkamasa panjang perniagaan pula, sikap benar dan amanah memberikan kelebihan yang mampu menarik pelanggan dan network yang setia kepada peniaga berkenaan. Betapa ramai seasoned networker di dalam industri MLM yang merungut terpaksa mencari strangers atau network baru untuk mengembangkan perniagaan MLM yang diusahakannya kerana kenalan dan network sedia ada sudah hilang kepercayaan terhadap kredibilitinya. Diakui, sebahagian seasoned networker ini agak kurang bernasib baik kerana acap kali yang membuat onar adalah pihak syarikat atau penganjur, namun ada juga yang hilang kredibiliti disebabkan oleh sikap diri sendiri yang berlebih-lebih dan tidak memberikan maklumat yang tepat ketika mempromosikan perniagaan MLM yang dahulu menyebabkan apa yang dipromosi sekarang tidak lagi diberi perhatian serius oleh kenalan dan network sedia ada. Di pihak yang lain, ada seasoned networker yang mempunyai pengaruh dan kredibiliti yang tinggi di kalangan networknya menyebabkan sekiranya dia mengambil keputusan untuk menukar syarikat MLM yang diceburi, sebahagian besar network sedia ada akan samasama mengikut jejak langkahnya. Kesetiaan kadangkala adalah pada networker yang menjadi leader sesebuah syarikat MLM dan bukan kepada syarikat MLM itu sendiri. Pengalaman PPS memantau amalan MLM di syarikat Kenshido International Sdn Bhd dengan menghadiri program-program yang dijalankan oleh ahli-ahli syarikat ini kadangkala menemukan PPS dengan segelintir ahli yang terkadang begitu teruja untuk meyakinkan downlines dan prospects mereka sehingga terdorong memberi maklumat-maklumat yang tidak tepat baik berkenaan produk, pelan pemasaran mahupun maklumat-maklumat lain. Sebagai contoh, ketika proses pemantauan dan penilaian syariah masih lagi dijalankan dan keputusan masih belum dibuat, ada antara pengedar-pengedar yang mencanangkan bahawa operasi MLM Kenshido International Sdn Bhd telah disahkan sebagai patuh syariah oleh ahli-ahli Jawatankuasa Syariah Bank Muamalat Malaysia Berhad. Kenyataan ini tidak tepat kerana yang menjalankan proses penilaian kepatuhan syariah untuk syarikat Kenshido International Sdn Halaman | 62

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Bhd adalah individu-individu yang kebetulan adalah ahli-ahli kepada Jawatankuasa Syariah Bank Muamalat Malaysia Berhad di dalam kapasiti diri mereka sendiri dan BUKAN di dalam kapasiti mereka sebagai ahli-ahli kepada jawatankuasa tersebut. Kalaupun Jawatankuasa Syariah Bank Muamalat Malaysia Berhad ada meluluskan suatu bentuk kerjasama antara Bank tersebut dengan syarikat Kenshido International Sdn Bhd, kelulusan tersebut merupakan suatu isu yang berlainan dan tidak boleh disamakan dengan pengesahan kepatuhan syariah terhadap operasi MLM yang diamalkan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd. Perkara ini walaupun nampak kecil di mata sesetengah networkers, namun termasuk di dalam sikap melebih-lebih yang bukan sahaja tercela dari segi agama, malah dianggap sebagai salah satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh networkers di dalam menjalankan perniagaan MLM. Penulis tempatan yang popular sejak tahun 1990 an menulis tentang MLM, Razzi Armansur, di dalam buku beliau, Galeri MLM: 101 Panduan Kejayaan Multi-Level Marketing menyenaraikan sikap melebih-lebih ini sebagai kesilapan ke-6 di dalam senarai 35 kesilapan lazim dalam MLM. Komen Razzi Armansur berkaitan perkara ini: “Mengapa perlu berbohong untuk pelaris? Melebih-lebih adalah berbohong. Satu melebih akan membawa kepada melebih lain, kerana satu bohong akan membawa kepada bohong yang lebih besar. Perniagaan adalah ibadat yang suci tetapi ibadat apakah itu jika dicemari dengan pembohongan? Kerana beberapa orang dari beberapa syarikat MLM membawa penyakit melebih-lebih mengakibatkan wabak melebih-lebih ini menular dari seorang kepada seorang yang lain di dalam MLM. Bahkan orang yang benar-benar jujur, memberitahu seadanya, terjejas. Senang cakap, seekor kerbau membawa lumpur, semua kerbau habis terpalit.”50 Kadangkala overstatement berlaku dalam bentuk membanding-bandingkan dan secara langsung atau tidak langsung boleh dilihat sebagai merendah-rendahkan pendirian atau pilihan orang lain. Memang terkadang perbandingan perlu dilakukan demi membuka fikiran seseorang melihat kelebihan produk-produk atau peluang perniagaan yang ditawarkan. Namun, perbandingan ini perlulah dilakukan dengan cara yang berhati-hati supaya tidak sampai memberikan kesan yang negatif. Sebagai contoh sebenar dari pemantauan yang dilakukan oleh PPS, PPS mendapati ada sebahagian ahli-ahli syarikat Kenshido International Sdn Bhd yang di dalam rangka mempromosi kelebihan produk portal pendidikan ScoreA berkata: “Produk kita produk keperluan, sedangkan produk-produk kesihatan adalah produk sampingan, ada okay, tak ada pun tak apa”. Walaupun mungkin niatnya baik untuk menonjolkan kelebihan dan keunikan produk portal pendidikan ScoreA yang merupakan produk pendidikan dan pendidikan tentulah suatu keperluan, namun kenyataan sebegini boleh memberi gambaran negatif terhadap mereka yang memilih untuk terlibat di dalam perniagaan MLM yang memasarkan 50

Razzi Armansur, Galeri MLM: 101 Panduan Kejayaan Multi-Level Marketing, h.168.

Halaman | 63

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

produk-produk kesihatan. Ini pada penilaian PPS adalah berkaitan dengan kebebasan untuk memilih produk perniagaan dan persepsi yang berbeza di dalam menilai setiap produk. Sebahagian networkers disebabkan faktor-faktor tertentu mungkin lebih selesa untuk mempromosikan produk-produk kesihatan berbanding produk pendidikan dan mungkin mereka melihat bahawa kesihatan adalah sesuatu yang diperlukan oleh semua manusia di semua peringkat umur berbeza dengan pendidikan berorientasikan peperiksaan yang cuma diperlukan oleh sebahagian orang di peringkat umur tertentu sahaja, oleh itu produk kesihatan adalah lebih merupakan produk keperluan berbanding produk pendidikan. Perdebatan akan berterusan tanpa faedah sedangkan hakikatnya masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Maka seelok-eloknya ditumpukan perhatian ke arah usaha-usaha menerangkan sejelas mungkin faedah-faedah dan keunikan produk yang dipasarkan tanpa perlu merendahrendahkan produk atau jenis produk yang dipasarkan oleh syarikat-syarikat lain. Selain dari overstatement sebegini boleh dianggap seolah-olah merendahrendahkan pendirian dan pilihan orang lain, ia juga berpotensi untuk lebih menyusahkan diri mereka sendiri. Andai kata suatu masa nanti syarikat Kenshido International Sdn Bhd membuat keputusan, misalnya, untuk memasarkan produk kesihatan atau penjagaan harian pula, terpaksalah mereka “menjilat ludah sendiri”. Berbeza dengan kenyataan yang PPS pernah dengar dari mulut sesetengah ahli syarikat Kenshido International Sdn Bhd yang lebih kurangnya begini: “Sekiranya networkers yang melibatkan diri dengan produk-produk kesihatan dan penjagaan diri yang begitu sengit persaingannya pun boleh berjaya menjadi jutawan, takkan kita yang terlibat dengan produk pendidikan yang sangat kurang saingannya tak mampu untuk berjaya menjadi jutawan?” Kenyataan yang sebegini berjaya menonjolkan kelebihan peluang perniagaan dan produk yang dipasarkan tanpa memberi gambaran merendah-rendahkan peluang perniagaan dan produk yang menjadi pilihan orang lain. Suatu contoh yang lain, PPS dapati ada sesetengah ahli Kenshido International Sdn Bhd didorong oleh semangat mempromosi kepentingan produk portal pendidikan ScoreA, mengeluarkan kata-kata seperti “Hanya ibu bapa yang bodoh sahaja yang tidak mahu anak mereka pandai” atau perkataan-perkataan yang seumpamanya. Memanglah sepintas lalu semacam ada kebenaran juga pada kata-kata sebegini kerana logiknya mana ada ibubapa yang tidak mahu anak mereka menjadi pandai. Namun, apabila digunakan di dalam konteks mempromosi produk portal pendidikan ScoreA, seolah-olah dibuat tanggapan umum bahawa ibubapa yang tidak berminat menggunakan produk portal pendidikan ScoreA adalah ibubapa yang tidak mahu anak mereka pandai dan oleh itu merupakan ibubapa yang bodoh; natijahnya ibubapa yang tidak berminat menggunakan produk portal pendidikan ScoreA untuk anak mereka adalah ibubapa yang bodoh! Ini adalah kenyataan yang tidak tepat, melebih-lebih dan berpotensi menyakitkan hati bakal pengguna. Sesetengah ibubapa mungkin membuat keputusan belum mahu menggunakan produk portal pendidikan ScoreA atas beberapa faktor: mungkin belum yakin dengan kelebihan-kelebihan produk tersebut (dan ini adalah cabaran bagi orang yang memasarkan produk itu untuk diatasi dengan baik berdasarkan fakta dan bukannya kenyataan-kenyataan Halaman | 64

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

pedas seperti yang dicontohkan), mungkin belum mempunyai kewangan yang mencukupi, mungkin ingin menggunakannya di lain masa dan banyak kemungkinan lagi. Pengedar mungkin boleh menekankan kelebihan produk portal pendidikan ScoreA dengan cara yang lebih sederhana dan tidak melebih-lebih, sebagai contoh: “Oleh kerana logiknya tidak ada ibubapa yang tidak inginkan anak-anak mereka berjaya di dalam pelajaran/peperiksaan, maka sekiranya kita dapat terangkan dengan jelas tentang kelebihan-kelebihan produk portal pendidikan ScoreA yang kita pasarkan ini di dalam memacu kejayaan anak-anak mereka dan nilai tinggi yang ditawarkan berbanding harga yang perlu dibayar, kadar penolakan, insyaAllah, adalah sangat minimum”. Elok juga kalau ahli-ahli Kenshido International Sdn Bhd khususnya dan networkers di dalam industri MLM umumnya menimba ilmu MLM yang tepat kerana kejayaan baik di dunia atau akhirat atau kedua-duanya mestilah berpaksikan ilmu, sebagaimana yang pernah dinyatakan oleh Saidina „Ali r.a.:

‫ وهن أرادهوا هعا فعليه‬.‫ وهن أراد اآلخرة فعليه بالعلن‬.‫هن أراد الدنيا فعليه بالعلن‬ .‫بالعلن‬ Maksudnya: Sesiapa yang menginginkan dunia, hendaklah dia menuntut ilmu. Sesiapa yang menginginkan akhirat, hendaklah dia menuntut ilmu. Sesiapa yang menginginkan kedua-duanya sekali, hendaklah dia menuntut ilmu. Penimbaan ilmu tersebut boleh juga dilakukan antaranya dari buku-buku dan tulisan-tulisan hasil buah tangan networkers dan penulis-penulis berpengalaman demi memastikan tujuan dan cara menjalankan perniagaan MLM tidak tergelincir dari landasan yang sepatutnya. Sebagai contoh (tanpa menghadkan kepada buku ini sahaja, malah leaders yang baik di dalam MLM dipercayai mampu mencadangkan bahan-bahan bacaan yang baik kepada ahli-ahli di dalam network masing-masing), PPS dapati buku Galeri MLM: 101 Panduan Kejayaan MultiLevel Marketing susunan Razzi Armansur yang dipetik di atas mungkin sesuai dijadikan teks rujukan oleh networkers di Malaysia khususnya yang ingin menjalankan perniagaan MLM secara betul dan professional kerana di dalamnya bukan sahaja terkandung 101 panduan cara menjalankan perniagaan MLM dengan betul, malah disenaraikan juga 35 kesilapan yang biasa dilakukan oleh networkers (dan oleh itu penting untuk dielakkan) di dalam perniagaan MLM; antaranya “kutuk-mengutuk” dan “membanding-bandingkan” masing-masing adalah kesilapan yang ke-13 dan ke-14 dalam senarai tersebut.

6.3.2

Unsur-unsur Pemaksaan

Unsur-unsur pemaksaan hendaklah dijauhi di dalam apa jua bentuk perniagaan termasuk perniagaan MLM. Sesiapa yang memerhati dan mengkaji hukum-hukum syariah berkaitan muamalat pasti dapat mengesan antara faktor yang paling Halaman | 65

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

utama yang menjadi asas halal haram sesuatu transaksi adalah faktor wujud atau tidak perasaan reda meredai yang hakiki (genuine mutual consent) antara pihakpihak yang bertransaksi. Syarat-syarat ketat menyangkut tawaran (ijab) dan penerimaan (qabul), khiyar (option) yang pelbagai disediakan, larangan-larangan terhadap cara jual beli yang tertentu dan banyak lagi hukum hakam dan peraturan pada hakikatnya berteraskan pemastian tidak berlakunya sebarang unsur ketidakwujudan keredaan yang hakiki (genuine mutual consent) antara pihakpihak yang bertransaksi. Oleh itu, sangat penting untuk ahli-ahli Kenshido International Sdn Bhd khasnya dan networkers yang mengamalkan perniagaan secara MLM amnya untuk memastikan bahawa cara mereka menjalankan perniagaan MLM bebas dari unsur paksa memaksa sebegini. Jalankanlah perniagaan MLM secara berhemah dan professional. Biarlah pelanggan membeli dan prospek mendaftar sebagai ahli di atas kerelaan hati sendiri dan bukannya sebab ditekan oleh pengedar yang seolah-olah tidak faham bahasa, hukum dan adab ketika menjalankan perniagaan. Ada sempadan antara cubaan yang munasabah untuk meyakinkan pelanggan atau prospek dan tekanan yang tidak wajar untuk memaksa pelanggan atau prospek. Pelanggan atau prospek yang berjaya diyakinkan dengan fakta dan logik bakal menjadi loyal customer dan staunch supporter sedangkan pelanggan atau prospek yang dipaksa dengan helah dan tekanan mungkin hanya menjadi one-time customer or downline but lifetime enemy. Bakal pelanggan dan prospek juga boleh membantu dalam hal ini dengan memberi ruang dan peluang terlebih dahulu kepada pengedar berkenaan membentangkan dulu fakta-fakta tentang produk yang ingin dijual atau peluang perniagaan yang ingin dikongsi sebelum menolak, sekiranya tidak tertarik atau berkenan, dengan cara yang baik dan beradab. Janganlah seboleh-bolehnya ditolak mentah-mentah produk dan peluang yang ditawarkan tanpa pihak yang menawarkan diberi peluang yang sewajarnya untuk menyalurkan maklumat. Kedua-dua pihak, bakal penjual dan bakal pembeli serta bakal upline dan bakal downline, perlu berlaku adil kepada satu sama lain untuk memastikan suasana perniagaan yang sihat dan produktif. Hakikatnya, tiada pembeli tanpa penjual dan tiada downline tanpa upline dan sebaliknya pun begitu. Masing-masing sebenarnya saling perlu-memerlukan antara satu sama lain, maka janganlah dirosakkan hubungan dua hala ini sematamata kerana sikap tamak dan mementingkan diri sendiri.

6.3.3

Amalan Price Undercutting

Amalan price undercutting perlu ditangani dengan jelas supaya tidak menimbulkan isu syariah berkaitan kebebasan bertransaksi (hurriyyah altasarruf/ ‫ حرّخ انزصرف‬atau freedom of tansaction, action, decision and disposal) yang dimiliki oleh seseorang pemilik harta. PPS ada mengemukakan soalan secara bertulis kepada pihak pengurusan Kenshido International Sdn Bhd berkaitan amalan price undercutting iaitu amalan oleh sebahagian pengedarpengedar menjual produk portal pendidikan ScoreA di bawah dari harga runcit yang disarankan (recommended retail price) oleh pihak syarikat. Soalan PPS adalah: “Apakah sikap Syarikat Kenshido terhadap amalan price undercutting Halaman | 66

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

sekiranya diamalkan oleh pengedar dan apakah tindakan Syarikat yang akan diambil dan apakah rasionalnya?” dan jawapan yang diberikan oleh pihak pengurusan Kenshido International Sdn Bhd adalah jelas: “Pihak syarikat memandang SERIUS perkara ini dan amalan penjualan barangan portal dengan harga yang murah daripada harga asal tidak boleh diterima oleh pihak syarikat. Para pengedar KENSHIDO tertakluk di dalam perjanjian jual beli serta terma perniagaan yang ditetapkan oleh syarikat. Semua pengedar TIDAK DIBENARKAN menjual portal dengan harga yang kurang daripada harga pasaran rasmi yang ditetapkan oleh pihak syarikat. Pengumuman rasmi juga telah dibuat di dalam Kenshido News atau melalui media cetak berkenaan perkara tersebut. Tindakan surat tunjuk sebab serta penamatan keahlian sebagai pengedar adalah merupakan tindakan yang akan diambil oleh pihak syarikat. Demi kebaikan semua pihak bak kata pepatah “DISEBABKAN NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA” dan jaminan kebajikan pengedar dan melindungi hak mereka menjadi teras revolusi pendidikan ini bertahan lama.” (Sila rujuk Lampiran 7) Walaupun rasional di sebalik pendirian yang di ambil oleh pihak pengurusan syarikat Kenshido International Sdn Bhd dapat difahami oleh PPS, namun ada isu syariah yang asas yang perlu diambil kira, dianalisa, dibincangkan dan diselesaikan. Adalah sesuatu yang tidak disangkal malah oleh pihak syarikat sendiri bahawa apabila produk-produk portal pendidikan ScoreA dibeli oleh pengedar baik secara satu persatu mahupun secara pakej, produk-produk tersebut telahpun DIJUAL kepada pengedar berkenaan. Kesan dari jual beli yang sah ialah hakmilik barang yang dijual telah berpindah kepada pembeli (di dalam kes ini, pengedar) dan hakmilik harga yang dibayar berpindah kepada penjual (di dalam kes ini, syarikat Kenshido International Sdn Bhd). Bertitik tolak dari hakikat ini, pengedar yang telah membeli produk portal pendidikan ScoreA, asasnya, mempunyai kebebasan mutlak untuk menjual portal tersebut pada apa sahaja harga yang dia sukai, malah tanpa apa-apa harga sekalipun sekiranya dia mahu kerana itu adalah antara kesan kebebasan bertransaksi (hurriyyah al-tasarruf) yang dimilikinya selaku tuan punya portal tersebut. Pihak pengurusan Kenshido International Sdn Bhd nampaknya tiada halangan sekiranya ada pembeli pakej produk portal pendidikan ScoreA yang membeli dengan niat dan tujuan untuk didermakan kepada pelajar-pelajar yang memerlukan. Logiknya, sekiranya pengedar berhak untuk memindahmilik portal miliknya kepada orang lain secara percuma tanpa mengenakan apa-apa bayaran tentulah dia lebih berhak untuk memindahmilik portal tersebut kepada orang lain dengan mengenakan bayaran walaupun bayaran yang dikenakan tidak mencecah harga runcit yang disarankan (recommended retail price) yang ditetapkan oleh pihak syarikat. Hakikatnya, pada masa itu, pengedar adalah pemilik kepada portal berkenaan dan bukan lagi syarikat. Ini adalah analisa fiqh yang tidak dapat tidak perlu dibangkitkan oleh PPS.

Halaman | 67

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Namun begitu, sekiranya amalan price undercutting ini tidak dikawal, ia berpotensi mendatangkan kesan yang buruk kepada pengedar-pengedar lain yang berusaha mendapatkan keuntungan yang sewajarnya (legitimate profit) dengan cara menjual portal-portal milik mereka pada harga runcit yang disarankan. Adalah sukar untuk seorang pengedar menjual satu set portal pendidikan ScoreA (2 activation codes dan 2 top up codes) pada harga runcit yang disarankan iaitu RM596 sedangkan bakal pengguna mengatakan mereka boleh mendapatkan produk yang sama dari pengedar-pengedar lain pada harga RM400 atau RM300 misalnya. Menimbangkan faktor-faktor yang disebutkan di atas dan demi memastikan tidak berlaku ketidakpatuhan syariah dari sudut ini, PPS MENASIHATKAN syarikat Kenshido International Sdn Bhd supaya memastikan kawalan yang dilakukan oleh pihak syarikat terhadap amalan price undercutting adalah BUKAN dalam bentuk menyekat secara langsung kebebasan pengedar untuk dispose of produk-produk yang telah menjadi milik mereka dengan cara dan pada harga yang mereka pilih. Kawalan ini TIDAK wajar dilakukan dengan cara syarikat meletakkan syarat kepada pengedar supaya menjual produk-produk yang telah mereka beli pada harga yang ditetapkan oleh syarikat kerana pengedar BUKAN wakil kepada syarikat untuk menjual produk-produk tersebut, sebaliknya independent business operator yang telah membeli produk-produk tersebut dari syarikat. Sekiranya kawalan dibuat dalam bentuk “kami jual produk ini kepada kamu dengan syarat kamu hanya boleh menjualnya semula pada harga RM sekian-sekian” ia akan menyebabkan jual beli itu tidak patuh syariah kerana disyaratkan dengan syarat yang bertentangan dengan legal effects „aqad tersebut (muqtada al-„aqd/ َ‫يمزض‬ ‫)انؼمذ‬ Kawalan yang dicadangkan oleh PPS adalah dalam bentuk yang tidak langsung (indirect) iaitu dengan cara menjadikan ketidakterlibatan (non-involvement) pengedar-pengedar di dalam aktiviti price undercutting sebagai salah satu syarat untuk layak mendapat ganjaran melalui structured ju„alah yang diwakili oleh pelan pemasaran (marketing plan) syarikat dibaca bersama terma dan syarat (terms and conditions) keahlian. Oleh sebab itu, perkara ini wajar dinyatakan dengan jelas di dalam terma dan syarat keahlian kerana ia merupakan salah satu syarat yang bersifat tidak boleh dilakukan (negative requirement) bagi melayakkan seseorang ahli mendapat komisen atau bonus daripada syarikat, malah mungkin juga dijadikan sebagai salah satu syarat untuk seseorang ahli dikekalkan keahliannya. Kawalan sebegini pada pandangan PPS selain dari tidak menyebabkan ketidakpatuhan syariah, adalah lebih hampir kepada realiti dan praktis kerana dari segi praktis, syarikat tidak mempunyai asas atau saluran undang-undang (legal justification or means) mahupun asas dan saluran syara‟ untuk memaksa atau mengawal pengedar dari menjual portal yang telah menjadi milik mereka pada harga yang dipersetujui bersama antara mereka sebagai pemilik/penjual portal dan pengguna akhir/pelanggan. Hakmilik portal telah bertukar tangan antara pengedar dan pelanggan dan tidak praktikal (juga tidak berasas) untuk syarikat Halaman | 68

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

cuba membatalkan atau mengganggu jual beli tersebut. Akan tetapi syarikat mempunyai legal justification and means untuk tidak membayar bonus dan/atau membatalkan keahlian ahli berdasarkan terma dan syarat yang terkandung di dalam syarat-syarat keahlian yang telah atau sepatutnya telah dipersetujui bersama antara pihak syarikat dan pengedar. Kalau boleh dibuat bandingan, kawalan sebegini ada persamaan dengan apa yang diistilahkan sebagai negative covenants di dalam perjanjian-perjanjian pembiayaan kewangan dan pasaran modal di mana perlanggarannya akan mencetuskan peristiwa keengkaran (event of default) lalu menyebabkan amaun yang asalnya dibenarkan dibayar secara ansuran dalam suatu tempoh masa tertentu menjadi matang dan perlu dibayar segera (due and payable immediately). Salah satu dari negative covenants yang biasa perlanggarannya dijadikan asas kepada triggering of an event of default adalah syarat bahawa pihak yang dibiaya tidak boleh menggunakan wang yang terhasil dari pembiayaan tersebut untuk tujuan-tujuan selain dari tujuan-tujuan yang telah dinyatakan di dalam perjanjian. Dalam sesetengah struktur pembiayaan, syarat sebegini mungkin tidak menimbulkan apa-apa isu syariah tetapi di dalam pembiayaan yang menggunakan struktur jual beli di mana wang pembiayaan dibayar oleh pembiaya kepada pihak yang dibiaya atas asas harga yang dibayar oleh pembiaya untuk pembelian aset tertentu dari pihak yang dibiaya, syarat sebegini menimbulkan isu syariah yang perlu diperhalusi. Ini adalah kerana wang pembiayaan tersebut sebagai harga jual beli aset telah berpindah milik kepada pihak yang dibiaya sebagai penjual lalu pada dasarnya pihak yang dibiaya tersebut mempunyai kebebasan bertransaksi (hurriyyah at-tasarruf) untuk menggunakan wang yang telah menjadi miliknya untuk apa-apa tujuan yang disukai tanpa boleh disekat oleh dictates yang ditetapkan oleh pihak yang membiaya. Namun, secara indirect pihak yang membiaya boleh melindungi hak-haknya dengan melakukan kawalan dari sudut yang lain. Sebagai contoh yang mudah, di dalam hubungan biasa antara dua orang sahabat A dan B. A ada membeli suatu barang daripada B dan membayar harga barang tersebut secara tunai. B pula ada membeli barang daripada A dan meminta supaya dibenarkan membayar harganya secara ansuran kerana walaupun B mempunyai wang tunai hasil jualan barang kepada A, namun katanya buat masa ini dia perlukan aliran tunai tersebut demi mengembangkan perniagaan tertentu. A yang selesa dengan cadangan pembayaran secara ansuran tersebut selagi B menjalankan perniagaan seperti yang dinyatakan bersetuju untuk membenarkan B membayar secara ansuran DENGAN SYARAT sekiranya B didapati menggunakan wang tunainya (wang tunai milik B) untuk tujuan-tujuan lain, A tidak lagi bersedia untuk memberi penangguhan, sebaliknya B bertanggungjawab membayar hutang harga beliannya secara segera dan sekaligus. Jadi, di sana ada dua hak dan tanggungjawab yang berbeza: di suatu sudut A tidak boleh mengawal secara langsung cara bagaimana B membelanjakan wang tunai milik dirinya sendiri kerana yang demikian itu adalah hak B sebagai pemilik, namun di sudut yang lain, A boleh menuntut haknya ditunaikan segera oleh B apabila syarat-syarat penangguhan tidak dipenuhi.

Halaman | 69

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Demikian juga analoginya di sini. Di suatu sudut, syarikat tidak boleh, secara langsung, mengawal pada harga apa seseorang pengedar yang telah memiliki sejumlah portal pendidikan ScoreA ingin menjual portal-portal miliknya. Namun dari sudut yang lain, di dalam ju„alah berstruktur (structured jua‟alah) yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak, syarikat ada matlamat-matlamat yang ingin dicapai dan dilindungi melalui terma-terma dan syarat-syarat yang ditetapkan. Antaranya, syarikat ingin memastikan wujudnya persaingan yang sihat di antara pengedar-pengedar di dalam mengedarkan produk portal pendidikan ScoreA tanpa dijejaskan oleh amalan price undercutting. Oleh itu syarikat berhak untuk menetapkan suatu negative requirement bahawa untuk layak mendapat komisen dan/atau kekal sebagai ahli/pengedar syarikat Kenshido International Sdn Bhd, seseorang pengedar mestilah, antara lain, TIDAK terlibat dengan amalan price undercutting. Dengan kawalan secara indirect sebegini, ketidakpatuhan syariah pada penilaian PPS dapat dielakkan. Tinggal TIGA perkara yang ingin disentuh oleh PPS berkaitan isu price undercutting ini: PERTAMA, walaupun diakui kepentingan mengekang amalan price undercutting ini, syarikat juga masih perlu berhati-hati sebelum memutuskan telah berlaku amalan price undercutting oleh pengedarpengedar tertentu kerana kesan dari keputusan ini bakal menjejaskan potensi bonus yang bakal diterima oleh pengedar-pengedar tersebut dan status keahlian mereka. Oleh itu, sekiranya diputuskan tanpa bukti dan alasan yang mencukupi berpotensi menimbulkan pertikaian dan hubungan tidak baik antara syarikat dan para pengedar. Syarikat perlu mengambil kira kemungkinan wujudnya alasan-alasan yang kukuh dan munasabah untuk seseorang pengedar menjual portal pendidikan ScoreA miliknya kepada orang lain di bawah dari harga runcit yang disarankan seperti faktor pertalian persaudaraan dan seumpamanya. KEDUA, syarikat perlu menyedari bahawa ada antara amalan price undercutting yang berlaku adalah sebagai kesan sampingan negatif (negative side-effect) dari amalan inventory front-loading yang dibincangkan secara terpeinci di dalam 6.4.1. di bawah. Dalam keadaan yang sedemikian, kawalan terhadap amalan price undercutting sebenarnya menuntut kawalan terhadap amalan inventory front-loading yang menjadi puncanya. Adalah tidak bijak untuk melihat dan merawat simptom sematamata tanpa mahu menyingkap dan merawat punca masalah. KETIGA, sekali lagi ditekankan di sini, adalah lebih selamat dan professional untuk pihak syarikat menyerahkan tugas merangka termaterma dan syarat-syarat structured ju„alah ini kepada pengamal undangundang yang berkelayakan bagi memastikan terma-terma dan syaratsyarat tersebut akhirnya mempunyai kuatkuasa dari segi undang-undang dan wajar pula selepas itu disemak oleh orang atau badan yang berkepakaran di dalam bidang syariah bagi memastikan terma-terma dan Halaman | 70

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

syarat-syarat tersebut bukan sahaja sah dan boleh dikuatkuasakan dari segi undang-undang (legally valid and enforceable), malah juga tidak lari dari tuntutan-tuntutan syariah dan kepatuhannya.

6.3.4

Amalan “Cross Line” dan “Curi Downline”

Seterusnya, PPS MENCADANGKAN agar amalan “CROSS LINE” dan juga “CURI DOWNLINE” perlulah dikawal dengan mengimbangi antara faktor kesepakatan yang sepatutnya wujud antara downlines dan uplines dan perbalahan yang mungkin akan timbul sekiranya amalan ini dibiarkan berleluasa tanpa kawalan. “Cross line” berlaku apabila seorang downline berpindah dari berada di bawah seorang upline kepada berada di bawah seorang upline yang lain. Istilah “curi downline” pula merujuk kepada amalan oleh sesetengah networkers dalam industri MLM mempengaruhi downlines kepada networkers lain untuk berpindah (cross line) masuk ke dalam network mereka sendiri. Ia adalah satu amalan yang kerap menimbulkan persengketaan dan perbalahan sesama networkers. Ada juga berlaku apa yang dinamakan “curi prospek” di mana seorang networker mempengaruhi prospect (bakal downline atau seseorang yang diharapkan bakal berminat dengan peluang perniagaan MLM yang ditawarkan lalu didaftarkan sebagai downline) seorang networker yang lain. Amalan sebegini juga berpotensi menimbulkan perbalahan atau sekurang-kurangnya rasa tidak puas hati networker yang prospeknya “dicuri”. Apakah analisa dan pendirian syariah berkaitan perkara ini? Adakah amalan sebegini menyebabkan ketidakpatuhan syariah dan apakah tindakan yang wajar dilakukan pihak syarikat bagi menangani perkara ini? Sebelum PPS pergi lebih jauh untuk membincangkan samada amalan “curi downline” ini menyebabkan perlanggaran syariah atau tidak, wajar dibincangkan terlebih dahulu tindakan seseorang downline melakukan “cross line” dengan berpindah dari berada di bawah uplinenya yang asal kepada upline yang lain adakah melanggar ketetapan syara‟? Analisa ini penting untuk didahulukan kerana sekiranya perbuatan “cross line” itu sendiri adalah tidak patuh sayriah, maka tidak dapat tidak perbuatan mempengaruhi, menggalakkan atau menghasut seseorang untuk melakukan perkara yang tidak patuh syariah adalah juga tidak patuh syariah. Berdasarkan analisa PPS yang telah diterangkan di atas, telah dirumuskan bahawa sesama peserta di dalam struktur MLM mereka adalah semata-mata coparticipants (al-musytarikun fi al-„amal/‫ )انًطزركٌٌ فَ انؼًم‬yang sama-sama berusaha merealisasikan targets yang disyaratkan oleh promisor (ja„il (‫ ))جبػم‬bagi meraih ganjaran yang dijanjikan oleh promisor (ja„il (‫ ))جبػم‬tersebut iaitu syarikat MLM berkenaan. Oleh yang demikian, pada dasarnya tidak ada apa-apa „aqad yang mengikat antara seorang upline dan downline untuk meneruskan kerjasama mereka yang terjalin melalui hubangan downline dan upline itu. Malah, dari segi realitinya tidak banyak yang dapat dilakukan oleh seseorang upline mahupun Halaman | 71

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

syarikat MLM berkenaan apabila seseorang downline tidak lagi berminat untuk berusaha dan berkerjasama dengan uplinenya. Bukan sahaja seseorang upline tidak dapat dan tidak sepatutnya memaksa downlinenya meneruskan kerjasama di dalam network yang sama, malah tidak ada apa-apa yang dapat dilakukan sekiranya downline tersebut memilih untuk bekerjasama dengan upline lain di dalam syarikat MLM yang lain. Ini realitinya yang berlaku di dalam industri MLM dan ini juga legal effects yang sepatutnya terhasil dari nature „aqad ju„alah yang tidak mengikat (ghayr lazim). Dari pemerhatian PPS terhadap apa yang sebenarnya berlaku di dalam perniagaan MLM secara umum dan perniagaan MLM di Kenshido International Sdn Bhd secara khusus berkaitan hubungan upline dan downline ini, didapati pengikat utamanya datang dari faktor “relationship”, hubungan sesama manusia. Sepaling kuat pun hubungan upline-downline yang ada di antara mereka boleh dianggap seolah-olah suatu bentuk MOU (Memorandum of Understanding) semata-mata dan BUKANNYA suatu hubungan kontrak yang mengikat. Lebih baik dan bersungguh-sungguh pihak-pihak yang terbabit menyemai, menjaga dan membaja hubungan ini, semakin baik dan produktif pula hasil yang dibuahkan bukan sahaja dari sudut perniagaan, malah juga dari sudut persahabatan dan setiakawan sehingga ada downline yang begitu menghormati uplinenya seperti hormatnya seorang murid kepada guru atau seakan-akan hormatnya seorang anak kepada kedua ibu bapanya. Sebaliknya, sekiranya faktor “relationship” ini diambil ringan dan diabaikan terkadang upline-downline yang asalnya sahabat baik menjadi musuh ketat dan yang ada hubungan adik beradik atau tali persaudaraan menjadi renggang. Kesimpulannya, walaupun secara idealnya bila ada hubungan yang baik antara upline dan downline kejadian cross line ini biasanya tidak berlaku, namun faktor kerjasama dan hubungan sesama manusia memainkan peranan menentukan kebarangkalian perkara ini berlaku. Selain dari itu, faktor etika kerja dan kejujuran networkers di dalam mengembangkan rangkaian perniagaan masing-masing tanpa “memijak kaki” networkers yang lain juga memainkan peranan. Pada penilaian PPS, amalan “cross line” ini walaupun bukan suatu yang digalakkan, namun secara asasnya TIDAK sampai, mengambil kira faktor-faktor yang disebutkan di atas, ke peringkat menyebabkan perlanggaran syariah. Apa yang dibentangkan di atas adalah dari sudut downline yang membuat keputusan, atas sesuatu sebab atau yang lainnya, untuk berpindah ke bawah upline yang baru iaitu melakukan “cross line”. Apa pula pendirian syariah tentang amalan “curi downline”? Yang menjadi kebimbangan dan yang mungkin boleh menyebabkan perlangaran syariah adalah amalan mempengaruhi atau sampai ke peringkat menghasut seseorang downline untuk membuat keputusan “cross line” sedemikian. Dari satu sudut, boleh dihujjahkan bahawa amalan mempengaruhi atau menghasut seseorang downline untuk berpindah ke bawah upline yang lain ini boleh dianggap melanggar syariah melalui qiyas (analogy) kepada larangan Halaman | 72

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

membeli di atas belian orang lain berdasarkan asas hukum („illah) yang sama iaitu boleh menimbulkan persengketaan. Dari sudut yang lain, hujjah ini mungkin boleh dibangkang sebagai tidak begitu kuat kerana qiyas yang dilakukan adalah antara dua perkara yang berbeza, jual beli („aqd al-bay„) adalah suatu „aqad dan ianya bersifat mengikat sedangkan apa yang ada antara upline dan downline adalah suatu bentuk seperfahaman semata-mata dan jelas tidak mengikat (ghayr lazim). Bangkangan ini pula boleh ditolak berdasarkan larangan meminang di atas peminangan orang lain yang mana secara asasnya pertunangan hanya merupakan suatu bentuk seperfahaman untuk berkahwin dan bukannya suatu „aqad yang mengikat. Namun meminang seseorang wanita yang telah menjadi tunangan orang lain tetap merupakan sesuatu yang melanggar syariah di atas dasar ianya boleh menimbulkan persengketaan dan perbalahan antara pihakpihak yang terlibat. Amalan “curi prospek” pula walaupun dalam keadaan-keadaan tertentu perlulah dielakkan demi menjaga hubungan baik sesama pengedar, namun tidak ada asas yang kukuh untuk mengatakan bahawa seseorang yang cuba “dipikat” oleh seseorang ahli syarikat MLM untuk menjadi downlinenya tidak boleh dipujuk oleh ahli yang lain untuk tujuan yang sama. Prospek yang berkenaan ada kebebasan untuk memilih berada di bawah upline yang mana yang difikirkan sesuai atau lebih efisien dan viable dan ahli yang tidak berjaya memenangi hati prospek tertentu untuk berada di bawahnya hendaklah menerima natijah percaturan perniagaan ini dengan hati yang terbuka. Cuma perlu diingatkan di dalam proses pujuk memujuk dan pikat memikat ini, amalan-amalan buruk seperti fitnah memfitnah, buruk memburuk antara sesama ahli perlulah dielakkan. Amalan upline “mencuri” prospek yang diperkenalkan oleh downline sendiri atau “mencuri” downline kepada downline sendiri pula sekurang-kurangnya boleh dianggap perbuatan mengkhianati kepercayaan yang diberikan oleh downline yang berkenaan atau seperti diistilahkan oleh sesetengah networkers “ibarat haruan makan anak”. Tanpa menyelam begitu jauh ke dalam perbahasan ilmiah tentang isu ini, PPS menyimpulkan bahawa walaupun dengan tanggapan bahawa amalan ini secara teknikal tidak sampai ke tahap perlanggaran syariah sekalipun, amalan “mencuri downline” ini sekurang-kurangnya adalah bertentangan dengan akhlak dan adab yang dituntut oleh syariah dan menyalahi golden rule yang pada asasnya tidak bertentangan dengan panduan syara‟ iaitu: “do not do unto others what you do not want others to do unto you”. Berasaskan kepada perkiraan ini, PPS melihat dan memutuskan bahawa bentuk kawalan terhadap amalan “cross line” sebagai satu keseimbangan di antara usaha mengelakkan pertikaian dan perbalahan di antara sesama ahli dan kepentingan mengiktiraf kebebasan ahli di dalam memilih untuk terus bekerjasama dengan seseorang upline atau menjalinkan kerjasama dengan upline yang baru seperti yang dilakukan oleh sesetengah syarikat MLM termasuk syarikat Kenshido International Sdn Bhd dengan meletakkan suatu tempoh tidak aktif yang minimum (minimum inactivity period) sebelum seseorang ahli/pengedar Halaman | 73

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

dibenarkan untuk didaftar semula di bawah network yang baru adalah sesuai untuk digunapakai. Sebagai langkah awalan, elok juga sekiranya bakal pengedar mengambil panduan dari apa yang disarankan oleh Randy Gage di dalam bukunya, How to Build a Multi-Level Money Machine. Katanya ketika menerangkan tentang kepentingan dan kebebasan seseorang peserta MLM memilih uplinenya (bukan sahaja immediate upline, malah uplines kepada immediate upline yang diistilahkan beliau sebagai sponsorship line): “Select (your sponsorship line) as you would any business partner. They are going to be your coaches and your support structure, and you‟re going to be spending a lot of time with them in the next two to four years. After that, hopefully you‟ll be spending the next 20 to 30 years attending functions, retreats, and getaways with them around the resorts of the world. There is a pervasive belief that if you are a moral person, you are compelled to sign up under whoever sold you that first bottle of product, or first mentioned the name of the company to you., That makes as much sense as saying you are morally obligated to build your franchise on the first vacant property you see, even if it is out in the country. This is a serious business in which you need to make intelligent, well informed choices. It is important that your sponsor be someone you like, trust and would enjoy working with”.

6.4

6.4.1

Perkara-Perkara Yang Asalnya Bukan Dianggap Melibatkan Isu-Isu Syariah Tetapi Dibimbangi Ada Kemungkinan Sekiranya Tidak Ditangani Dengan Baik Akan Membawa Kepada Berlakunya Keadaan Yang Menimbulkan Isu-Isu Syariah

Kemungkinan Berlaku Inventory Front-Loading Dan Rank Buy Up

PPS berbincang panjang dan melakukan analisis yang mendalam tentang pakejpakej besar yang ditawarkan di dalam pelan FSB terutamanya pakej e-max yang berharga RM10,800 dengan belian 30 set portal ScoreA program. Perbincangan panjang dan analisis mendalam ini terpaksa dilakukan dengan tujuan ingin memastikan bahawa pakej-pakej besar yang ditawarkan syarikat Kenshido International Sdn Bhd ini tidak disalahgunakan bagi menjerumuskan pesertapeserta ke dalam amalan inventory front-loading. Inventory-loading atau frontloading yang juga beroperasi sebagai rank buy up (pembelian pangkat) adalah suatu amalan yang sekurang-kurangnya dianggap tidak beretika di dalam industri MLM dan indicative of manipulative network scheme (or scam) yang berpotensi tinggi menindas dan memperdaya para peserta serta menjurus ke arah money game yang boleh menjadi sesuatu yang menyalahi undang-undang (illegal). Halaman | 74

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Amalan sebegini melibatkan peserta-peserta digalakkan, ditekan atau ditetapkan membeli stok yang banyak dan melibatkan modal yang besar dengan alasan lebih menguntungkan kerana dengan belian stok tersebut peserta telah mengambil jalan singkat (short cut) di dalam mendaki pangkat (ranks) yang ditawarkan syarikat dan oleh itu layak mendapat atau berpotensi mendapat komisen yang lebih besar. Peserta kemudiannya cuba menjayakan duplikasi dengan menaja peserta baru yang juga melakukan front-loading. Hasil dari praktis ini akan nampak hebat dan mengujakan kerana peserta yang di atas dapat melonjak ke pangkat yang tinggi dan meraih bonus yang besar dalam tempoh yang singkat didorong oleh volume yang besar yang terhasil oleh frontloading peserta-peserta di bawah. Keghairahan (excitement) ini akan merebak dengan cepat dan membantu duplikasi berlaku sehinggalah kecacatan (flaw) strategi ini terbongkar. Kecacatan amalan front-loading ini terbongkar apabila peserta-peserta bahawan tidak mampu melakukan duplikasi front-loading yang disarankan lalu berada di dalam keadaan tertekan dan rasa terpedaya kerana tidak mendapat bonus besar yang digembar-gemburkan sedangkan telah mengeluarkan modal yang besar. Lebih memburukkan keadaan, apabila stok produk yang banyak di tangan tidak mampu atau begitu sukar disalurkan kepada genuine end-users (termasuk peserta) tanpa melibatkan kerugian kewangan yang ketara kepada peserta. “Keretakan” yang berlaku di peringkat bahawan ini biasanya lambat laun akan melarat ke atas dan meruntuhkan sebahagian atau keseluruhan rangkaian yang pada awalnya dibina berdasarkan keterujaan yang dijana oleh amalan front-loading tersebut. Memang diakui, pada dasarnya, tidak ada halangan syara‟ untuk seseorang peniaga memilih untuk mendapatkan stok yang banyak atau sedikit bagi menjalankan perniagaannya dengan mengambil kira pelbagai faktor seperti faktor permintaan dan bekalan, strategi, modal yang termampu, penjimatan kos, penjimatan masa, faktor convenience dan sebagainya. Malah, hakikat dunia perniagaan menyaksikan bahawa tidak sedikit peniaga yang tersilap membuat percaturan dari segi penyimpanan stok mengakibatkan stok di tangan sebahagiannya atau keseluruhannya tidak mampu dijual, atau dijual tetapi tidak di dalam jangka masa yang diharapkan atau bukan pada harga yang mulanya diimpikan malah mungkin terpaksa dijual di bawah kos lalu menyebabkan kerugian. Walau bagaimanapun, hal-hal yang disebutkan ini tidak menjadikan pengambilan stok oleh peniaga tersebut melanggar syariah. Malah, kemungkinan-kemungkinan tersebut boleh dianggap sebagai risiko biasa yang perlu diambilkira dan dihadapi oleh mereka yang melibatkan diri di dalam dunia perniagaan. Walaupun PPS mengakui kebenaran perkara tersebut, namun pemerhatian dan analisa PPS terhadap latarbelakang, praktis dan jangkaan/harapan (expectation) di dalam MLM menyebabkan PPS berpendapat hujjah-hujjah di atas tidak wajar dipakai dengan sewenang-wenangnya di dalam rangka memberi justifikasi syariah kepada amalan inventory front-loading ini. Ada ciri khusus/unik Halaman | 75

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

(peculiarities) di dalam amalan MLM berbanding perniagaan konvensional yang menuntut agar hujjah yang sama perlu dihadapkan kepada penelitian yang lebih rapi (tighter scrutiny) sebelum diberi lampu hijau bagi mengelakkan berlakunya penipuan, penindasan dan amalan money game bertopeng (disguised money game). Yang nyata, tanpa pelindung (safeguards) yang sewajarnya, suatu skim yang digambarkan sebagai MLM boleh beroperasi pada hakikatnya sebagai disguised money game di mana ahli mendambakan imbuhan dan keuntungan dari aktiviti perekrutan (recruitting) bukannya dari hasil51 menjayakan jualan52. Aktiviti frontloading walaupun pada zahirnya membayar komisen kepada ahli berdasarkan “jualan” yang dijayakan apabila seseorang berjaya diyakinkan untuk membeli stok yang besar tersebut, namun analisa yang lebih teliti mendedahkan bahawa di sebalik “jualan” tersebut apa yang berlaku adalah komisen dibayar berdasarkan aktiviti headhunting yang telah disekalikan dengan jualan stok yang besar tadi sebagai topeng kepada money game. PPS mengakui bahawa mungkin ada garis pemisah yang sangat kabur (a very blurred line) yang membezakan antara pembelian stok yang genuine bagi tujuan memudahkan aktiviti perniagaan (facilitating the business activities) dan inventory front-loading untuk facilitate money game. Namun ini tidak bermakna tiada garis panduan yang boleh diletakkan sebagai pelindung (safeguards). Berikut adalah beberapa garis panduan, walaupun tidak menyeluruh (exhaustive), dijangka mampu sebahagian besarnya (to a certain extent) untuk mengawal penyalahgunaan: 1) Pembelian stok yang besar hendaklah TIDAK dijadikan sebagai sesuatu yang dipromosikan sebagai suatu norma (norm), digalakkan atau dijadikan praktis umum baik oleh syarikat mahupun oleh kumpulan tertentu ahli kerana biasanya cuma ada segelintir ahli yang bersikap sebagai jurujual (salespersons), yang mampu menjual banyak produk kepada pengguna akhir. Untuk ahli-ahli yang berkarakter sebegini secara khusus, pembelian stok yang besar secara realitinya tidak menimbulkan apa-apa isu syariah mahupun isu perniagaan (business issues). Namun, tidak boleh diabaikan realiti bahawa kebanyakan ahli-ahli yang lain cuma mampu menggunakan sendiri sejumlah kecil produk dan menduplikasikan penggunaan produk tersebut kepada pengguna-pengguna lain yang turut menjadi ahli atau 51

Lihat bagaimana elemen aktiviti dan hasil ini mempengaruhi legitimacy operasi yang digambarkan sebagai MLM tersebut: John Counsel, The Beginner‟s Guide to Multi-Level Marketing, h.106.

52

Yang dimaksudkan dengan jualan di sini tidak bermaksud ahli mesti menjaja dan menjual produk teersebut kepada pembeli-pembeli lain. Itu mungkin sebahagian sahaja dari aktivitiaktiviti yang sepatutnya berlaku. YANG PENTING pada pandangan PPS adalah produk akhirnya jatuh atau sekurang-kurangnya ada reasonable expectation bahawa produk itu bakal jatuh ke tangan genuine endusers termasuk ahli sendiri.

Halaman | 76

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

kekal sebagai pengguna semata-mata. Sebaliknya, pembelian stok yang besar hendaklah didorong oleh keperluan sebenar pembeli stok bagi menyalurkan produk-produk tersebut kepada pengguna akhir termasuk dirinya sendiri. Malah, Garis Panduan Permohonan Lesen Jualan Langsung yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menggariskan bahawa: “2.2 (c) Peserta tidak boleh membeli barang atau perkhidmatan dalam amaun yang tidak munasabah.” Kekangan ini dijelaskan selanjutnya di dalam garis Panduan tersebut iaitu “Tiap-tiap peserta dikehendaki membeli barang atau perkhidmatan dalam suatu amaun yang dijangka boleh dijual semula atau digunakan dalam satu tempoh yang munasabah”. Sudah tentu, berapakah amaun yang munasabah, yang dijangka boleh dijual semula atau digunakan dalam satu tempoh yang munasabah are questions of fact yang bakal dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti faktor jenis produk itu sendiri, keunikannya, harganya, keperluan masyarakat kepada produk tersebut, ketinggian jualan ulangannya dan lain-lain faktor yang sepatutnya mempengaruhi keputusan pembelian stok yang besar. Suatu amaun yang dilihat tidak munasabah bagi produk tertentu mungkin merupakan amaun yang sangat munasabah bagi produk yang lain. Apa pula “satu tempoh yang munasabah” juga tidak begitu jelas dan boleh jadi berbeza antara seorang dan seorang yang lain, antara satu produk dan produk yang lain. Apapun, PPS percaya experienced networkers, secara umumnya, mampu menghidu perbezaan antara pembelian stok yang besar sebagai frontloading dan pembelian stok yang besar sebagai keperluan untuk melicinkan operasi perniagaan. 2) Pembelian stok yang besar hendaklah munasabah dengan sifat (nature) produk tersebut terutamanya dari segi ketinggian atau keluasan permintaan pengguna terhadap produk dan kemungkinan untuk berlakunya jualan ulangan (repeat sales) yang kerap terhadap produk tersebut. 3) Harga produk tersebut hendaklah, mengambil kira beberapa faktor seperti keberkesanan dan keunikan produk tersebut, dinilai sebagai harga yang sekurang-kurangnya boleh dianggap kompetitif. Harga yang prohibitive, yang melampau tinggi berbanding produk seumpamanya di pasaran tanpa justifikasi yang meyakinkan selain menjadi petanda kepada disguised Halaman | 77

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

money game seperti yang disebut di atas ketika membincangkan isu ghabn fahisy turut menyebabkan pergerakan produk yang dibeli dalam amaun yang tinggi tadi kepada genuine end-users menjadi lebih sukar untuk direalisasikan. Samada harga sesuatu produk itu kompetitif atau tidak, sekiranya ditimbulkan sebagai isu, perlulah diputuskan oleh mereka yang berkepakaran. Siapakah mereka yang berkepakaran ini pada pandangan PPS bolehlah dibincangkan dan diperhalusi lagi. Apapun, sebagai contoh, mungkin mereka boleh berada di dalam suatu jawatankuasa atau jabatan khas yang dibentuk di dalam kementerian yang berkenaan. 4) Sekiranya, pembelian stok yang besar ini hendak dipromosikan juga sebagai suatu amalan umum, maka hendaklah dibuktikan bahawa terdapat strategi yang umumnya berkesan untuk digunapakai oleh peserta yang membeli stok yang besar tersebut bagi menyalurkan produk-produk yang dibeli kepada genuine end-users tanpa berhadapan dengan risiko kerugian yang ketara. Pembuktian ini tentulah tidak perlu sampai ke tahap beyond doubts, namun memadai pada kadar balance of probabilities sahaja atau lebih tepat lagi diistilahkan di dalam fiqh Islam sebagai ghalabah alzann(ٍ‫)غهجخ انظ‬. Berbalik kepada pakej e-max yang ditawarkan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd di dalam pelan FSB, perlu dianalisa adakah pakej bernilai RM10,800 tersebut yang mengandungi 30 set portal ScoreA Programme boleh dianggap “perkhidmatan dalam suatu amaun yang dijangka boleh dijual semula atau digunakan dalam satu tempoh yang munasabah”? 30 set portal tersebut mengandungi 60 activation codes dan 60 top up codes. Setiap activation code boleh digunakan untuk mendaftar masuk seorang pelajar ke dalam sistem ScoreA. Proses pengaktifan ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja sepanjang hayat pembelajaran seorang pelajar bermula seawal darjah 1 sehingga tingkatan 5. Selepas pengaktifan, sistem akan secara automatik pada setiap 15 hb November tahun berkenaan menaikkan darjah atau tingkatan pelajar tersebut ke peringkat seterusnya. Ini bermakna bagi activation code, umumnya tiada repeat sales bila kita melihat dari perspektif setiap pelajar yang menggunakan kemudahan portal ini. Walaupun faktor ini menarik dan cost-effective kepada pengguna, namun ia perlu diambil kira di dalam menentukan amaun yang munasabah yang perlu dibeli sebagai stok oleh pengedar. Fakta di atas juga bermakna sekiranya pembeli pakej mempunyai lima orang anak pada umur yang sesuai untuk menggunakan kemudahan portal ScoreA (sebagai contoh semata-mata, tentu ada pengguna-pengguna yang mempunyai kurang atau lebih bilangan anak yang bakal menggunakan portal ScoreA ini), terdapat 55 lagi activation codes yang belum bergerak kepada end-users. Sekiranya satu activation code berjaya dijual setiap hari bermakna keseluruhan activation codes di dalam pakej e-max telah bergerak kepada end-users dalam tempoh hampir dua bulan; sekiranya ianya dilakukan selang sehari, maka keseluruhan produk digerakkan kepada pengguna akhir dalam tempoh sekitar empat bulan; sekiranya satu activation code dijual secara purata pada setiap Halaman | 78

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

minggu maka keseluruhan proses ini memakan masa lebih setahun dan sekiranya purata jualan activation codes tersebut adalah satu activation code sebulan, maka keseluruhan proses menggerakkan produk atau perkhidmatan kepada pengguna-pengguna akhir bakal memakan masa lebih dari empat tahun! Satu top-up code pula pada asasnya memberikan tempoh penggunaan selama 3 bulan bermula tarikh pengaktifan dan setiap keluarga cuma memerlukan satu topup code untuk tempoh tiga bulan tersebut bagi kesemua anak-anak. Kemudahan ini tentu menjadi semakin menarik dari perspektif pengguna yang mempunyai semakin ramai bilangan anak yang menggunakan kemudahan ScoreA kerana ia menjadikan penggunaan produk portal ScoreA ini sangat berkesan kos (costeffective). Namun, ini juga bermakna tempoh masa bagi pengguna tunggal/keluarga tunggal (single user/single family) menggunakan kesemua topup code yang dibeli adalah dalam tempoh 15 tahun! Walaupun begitu, perlu diambil kira kemungkinan bahawa sebahagian dari top-up codes tersebut boleh dan mungkin dijual kepada pengguna-pengguna lain dengan mengambil kira juga faktor pertambahan top-up codes kerana monthly maintenance yang antara lain menyebabkan ahli yang maintain (baik secara manual atau auto) umumnya berkemungkinan mempunyai sekurang-kurangnya satu top-up code baru setiap bulan (kecuali sekiranya maintenance berlaku dengan cara sponsoring dan pairing pada bulan tersebut tidak sampai 10 pairs). Memang diakui adalah tidak selamat untuk membuat sebarang andaian tentang apakah kadar pencapaian purata ahli-ahli yang mengambil pakej e-max di dalam menggerakkan portal-portal yang mereka beli kepada pengguna-pengguna akhir tanpa melakukan pengumpulan data yang lengkap yang mampu dijadikan asas kepada suatu statistik yang boleh dipercayai (reliable statistic). Namun PPS percaya ahli-ahli Kenshido International Sdn Bhd sendiri terutama yang aktif mengusahakan perniagaan ini umumnya dapat membuat agakan tentang jumlah, SECARA PURATA, activation codes dan top-up codes yang dapat digerakkan kepada pengguna-pengguna akhir oleh pengedar-pengedar yang aktif. Yang penting, PPS percaya walaupun ahli-ahli Kenshido International Sdn Bhd mungkin akan membuat anggaran yang berbeza-berbeza berkaitan perkara ini, umumnya mereka akan bersetuju, sekiranya mereka mempunyai kefahaman yang mencukupi tentang amalan inventory front-loading dan kesan-kesan buruknya kepada industri MLM, bahawa pembelian pakej e-max tidak wajar dipromosikan sebagai suatu norma atau praktis umum TANPA menyediakan strategi umum yang berkesan kepada ramai orang untuk menyalurkan produkproduk yang telah dibeli tersebut kepada genuine end-users. Memanglah boleh dibayangkan bahawa bonus ahli boleh meningkat dengan cepat sekiranya apa yang diamalkan adalah menaja pembelian pakej e-max semata-mata. Seorang pemegang pakej e-max menaja empat orang pemegang pakej e-max yang mana setiap orang dari empat orang ini pula menaja lagi empat orang pemegang pakej e-max dan seterusnya, maka bonus besar yang terhasil dan tempoh yang singkat untuk menghasilkannya bakal menjadi sangat mengujakan kepada mereka yang

Halaman | 79

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

mengukur kejayaan di dalam perniagaan MLM semata-mata dengan saiz RM yang dihasilkan dalam tempoh yang singkat tersebut. Namun PPS berpandangan bahawa sekiranya amalan sebegini dibenarkan berleluasa tanpa strategi dan pelindung yang sewajarnya maka akhirnya akan ada ramai peserta-peserta, terutamanya mereka yang telah bergolok-bergadai atau berhutang dari bank dan sebagainya untuk menghasilkan modal RM10,800 tersebut yang bakal “tercedera” dan bakal mempunyai pandangan yang sangat negatif terhadap perniagaan MLM yang ditawarkan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd khususnya dan lebih malang lagi bakal mengakarumbikan persepsi buruk tentang industri MLM secara keseluruhan (a tainted view of the MLM industry as a whole). Di sana nanti akan kedengaranlah keluhan-keluhan dan celaan-celaan bahawa “MLM ini sama sahaja, semuanya penipu dan bertujuan memeras duit peserta”! PPS mengambil maklum tentang input yang diberi oleh salah seorang wakil usahawan ScoreA yang menjadi ahli mesyuarat bersama PPS iaitu Encik Muhammad Imran bin Abdul Hadi bahawa tidak berlaku front-loading dan rank buy-up di dalam pelan FSB kerana, berbeza dengan pelan LSB yang menyediakan pangkat-pangkat seperti Manager, Sapphire Manager, Emerald Manager dan seterusnya, di dalam pelan FSB tidak ada pangkat-pangkat yang hendak dibeli dan pakej-pakej yang dicadangkan pula adalah mengikut pelan pemasaran yang disediakan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd sendiri dan bukannya hasil manipulasi leaders seperti yang berlaku di dalam sesetengah syarikat MLM yang lain. Dengan menghormati input yang diberikan oleh beliau, PPS setelah menganalisa fakta-fakta yang ada, mengambil pendekatan bahawa tanpa pelindung yang sewajarnya masih boleh berlaku inventory front-loading dan rank buy-up melalui pembelian pakej-pakej besar di dalam pelan FSB kerana walaupun tiada pangkatpangkat khusus yang diperuntukkan seperti di dalam pelan LSB, namun ada keistimewaan-keistimewaan kewangan yang telah ditawarkan bersama-sama dengan pakej-pakej besar, contohnya pakej e-max memberi potensi Edu-Reward yang tertinggi iaitu RM1,500 berbanding untuk e-entrepreneur cuma RM800, epartner cuma RM210 dan e-biz cuma RM70 serta memberi potensi yang lebih tinggi untuk memperolehi lebihan Edu-Reward yang tidak layak diambil oleh downlines, memperolehi potensi pairing yang lebih banyak melalui 11 akaun yang diberikan dan potensi pairing maksimum yang lebih berbanding pakej-pakej lain iaitu 12 pasangan sebelum S.I.R. dan 14 pasangan selepas S.I.R. (sedangkan pakej-pakej lain cuma 10 pasangan sebelum S.I.R. dan 12 pasangan selepas S.I.R.). Keistimewaan-keistimewaan ini pada penilaian PPS mempunyai kesan dorongan yang sama untuk disalahgunakan seperti yang berlaku di dalam plan stairstepbreakaway yang memperuntukkan pangkat-pangkat khusus bagi pencapaian tertentu. Lebih-lebih lagi pakej e-max (RM10,800 untuk 30 set portal menjadikan satu portal berkos RM360.00) berbanding dengan pakej-pakej lain yang lebih Halaman | 80

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

kecil, seperti e-partner (RM1,788 untuk 5 set portal menjadikan satu portal berkos RM357.60) dan e-entrepreneur (5,548 untuk 15 set portal menjadikan satu portal berkos RM369.87) tidak mempunyai perbezaan yang ketara dari segi discount margin yang boleh menggalakkan pengambilan e-max bagi tujuan menjana untung runcit yang lebih tinggi selain jika dibandingkan dengan e-biz yang kosnya RM596 untuk 1 set portal. PPS juga mengambil maklum tentang kemungkinan disoalkan dengan soalan: adakah salah sekiranya activation codes dan top-up codes yang dibeli tadi “didermakan” atau “disedekahkan” kepada pelajar-pelajar yang memerlukan? Bukankah cara tersebut akhirnya mampu menyalurkan produk-produk yang banyak dibeli kepada genuine end-users dan bukankah amalan berderma dan bersedekah ini amalan yang bukan sahaja dibenarkan, malah digalakkan di dalam Islam? PPS mengakui hakikat bahawa pada asalnya tidak salah untuk seseorang itu membeli produk-produk yang kemudiannya disedekahkan atau didermakan kepada orang lain. Malah, amalan bersedekah dan berderma terutama dalam perkara-perkara yang mampu membantu pelajar-pelajar supaya lebih maju di dalam pembelajaran mereka secara umumnya tentulah merupakan amalan yang bukan sahaja tidak salah, malah merupakan amalan yang mulia dan digalakkan. Dari suatu sudut, PPS juga bersetuju bahawa mendermakan activation codes dan top-up codes portal ScoreA mampu menggerakkan produk-produk yang dibeli kepada genuine end-users kerana dengan penerangan yang jelas, pelajar-pelajar yang didermakan produk-produk tadi bakal menjadi genuine end-users kepada produk-produk yang didermakan, pengguna-pengguna yang betul-betul merasa seronok dan berbaloi menggunakan produk yang didermakan tadi, berbeza dengan sesetengah produk yang dipasarkan secara MLM lebih-lebih lagi yang bersifat maya seperti sesetengah laman web, blogs, e-books dan sebagainya yang sekiranya dianalisa secara jujur, tidak mempunyai genuine end-users, baik dengan cara membeli atau didermakan kecuali oleh segelintir kecil orang yang jumlahnya terlalu sedikit dan boleh diabaikan (negligible) untuk dijadikan sebagai ukuran keseluruhan kepada ketulenan perniagaan berkenaan (genuineness of the business). Namun begitu, PPS melihat akan timbul isu syariah dan akan terbongkar flaw “menderma” ini APABILA konsep ini dijadikan sesuatu yang dipromosi sebagai praktis umum. Demi untuk menggalakkan pengambilan pakej e-max sebagai amalan front-loading, boleh dipromosikan bahawa setiap peserta yang ingin menyertai perniagaan ini dikehendaki membeli pakej e-max. Apabila timbul persoalan (dan persoalan ini pada penilaian PPS merupakan a very valid concern): “Ke manakah hendak dijual produk-produk yang sebegitu banyak (persoalan ini mungkin tidak timbul dari pembeli pakej yang bersifat salesperson)?”, penyelesaian yang dicadangkan adalah lebih kurang begini: “Apa yang susah? Produk ini adalah produk pendidikan, membantu pelajar untuk terus maju dalam pelajaran, kita dermakan sahaja, sekurang-kurangnya dapat pahala membantu pelajar-pelajar menuntut ilmu”. Bunyinya cantik, hakikatnya tidak. Halaman | 81

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Natijah dari itu, apa yang berlaku adalah seorang pemegang pakej e-max akan mendermakan kesemua atau sebahagian besar dari produk-produk yang dibeli dan mendambakan keuntungan yang berlipat ganda dengan menaja sebilangan lagi pemegang pakej e-max yang masing-masing juga disarankan supaya mendermakan produk-produk yang mereka telah beli melalui pakej e-max tadi. Alasan sebegini boleh digunakan untuk mewajar dan menghalalkan kebanyakan amalan front-loading yang hakikatnya menjadikan perniagaan MLM sebagai konduit kepada operasi money game. Dari sepuluh sistem rawatan air ini, misalnya, apa salahnya satu set kita gunakan sendiri dan yang lain-lain kita dermakan kepada ibu bapa kita, kepada masjid dan surau, dewan-dewan orang ramai, sekolah-sekolah, rumah-rumah anak yatim dan sebagainya? Yang penting kita perlu taja sekian-sekian ramai orang lagi yang masing-masing duplicate apa yang kita lakukan. Dari 60 botol health supplement ini apa salahnya empat botol kita gunakan untuk diri sendiri dan keluarga dan yang lain-lainnya kita sedekahkan kepada mereka-mereka yang memerlukan, insan-insan malang yang sedang bergelumang dengan berbagai jenis penyakit namun tidak mampu untuk membeli produk kesihatan yang mereka perlukan, supaya apabila mereka sihat nanti setelah mengamalkan health supplement yang kita sedekahkan mereka dapat menunaikan tanggungjawab mereka yang tergendala kerana penyakitpenyakit yang mereka hidapi, mereka dapat keluar semula untuk mencari nafkah untuk keluarga, sekiranya seorang ustaz, dapat menyambung semula kuliahkuliah agama yang selama ini tergendala, lalu mengembangkan ilmu kepada masyarakat, dapat bersembahyang dengan cara yang sempurna semula setelah sekian lama terpaksa bersembahyang duduk kerana tidak mampu sembahyang berdiri dan seterus-seterusnya. Sekali lagi, PPS mengulangi pendirian yang disebutkan sebelum ini: bunyinya cantik, hakikatnya tidak. Di manakah isu syariah dan flaw konsep membeli, menderma dan menaja ini? Isu syariah dan flaw ini akan kelihatan dengan menjalankan sedikit “acid test”. Tanyalah dengan jujur dan jawablah dengan lebih jujur berapa ramaikah dari peserta-peserta yang melibatkan di dalam praktis ini yang sebenarnya berlapang dada untuk menderma produk-produk yang didermakan itu jika tidak kerana jangkaan mendapat habuan yang lebih besar dengan menaja front-loaders baru dalam rangkaian tersebut (if not for the expectation of greater reward by sponsoring new front-loaders into the network)? Sebaliknya, kita akan dapati majoriti, sekiranya tidak semua, akan keberatan untuk membeli apatah lagi untuk menderma produk-produk yang dibeli sekiranya dia tahu bahawa selepas itu dia tidak berjaya mendapatkan habuan kewangan dengan cara berjaya membawa dowlines yang secukupnya ke dalam rangkaian di bawahnya. Ini dengan sendirinya telah menyalahi asas asal di dalam berderma atau bersedekah iaitu mengharapkan pahala dan keredaan daripada Allah S.W.T. semata-mata atau sekurang-kurangnya dengan tujuan mengeratkan hubungan dan jalinan dengan mereka yang menerima derma atau hadiah tadi.53 Sekiranya 53

Mustafa Al-Khinn et al., op. cit., h.102

Halaman | 82

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

terdapat segelintir kecil peserta yang memang hartawan dan dermawan yang memang berlapang dada mendermakan produk-produk yang dibeli tadi kepada mereka yang memerlukan tanpa sedikit pun menghiraukan sama ada dia berjaya menaja downlines di bawah rangkaiannya atau pun tidak, maka bagi segelintir kecil orang seperti ini terdapat hukum yang khusus bagi mereka. Namun, kayu ukur di dalam menetapkan hukum adalah mengambil kira apa yang kerap dan tersebar umum (prevalent) dan bukannya apa yang jarang dan luar biasa (exceptional) berdasarkan kaedah yang telah disebutkan di atas ( ‫انؼجرح نهغبنت انطبئغ ال‬ ‫)نهنبدر‬. Pada penilaian PPS, alasan mempromosikan konsep menderma produk yang dibeli dalam amaun yang besar melalui pakej produk yang besar tadi sebagai suatu praktis umum adalah nothing but a convenient pretext for practising front-loading and a seemingly noble excuse to promote disguised money game. Apabila amalan money game itu haram hukumnya, maka ia sepatutnya kekal haram walaupun telah “disolekkan dengan pelbagai solekan” dan disamarkan dengan pelbagai bentuk penyamaran. Malangnya tidak sedikit nampaknya mereka yang sanggup menjaja agama dan amalan-amalan yang mulia di dalam agama demi untuk dijadikan label penutup bagi mengaut keuntungan harta dan kewangan dengan cara yang batil. Berdasarkan maklumat-maklumat yang didapati melalui mensyuarat-mesyuarat dengan pihak pengurusan Kenshido International Sdn Bhd dan wakil-wakil usahawan ScoreA dan kehadiran wakil PPS sendiri ke program-program yang telah dinyatakan di dalam jadual di atas, PPS merumuskan: PERTAMA, pembelian pakej e-max setakat proses penilaian kepatuhan syariah ini dilakukan BUKAN sesuatu yang dipromosi sebagai praktis umum, sebaliknya hanya sebagai salah satu dari pilihan-pilihan pakej yang ditawarkan kepada mereka yang berminat. Malah, input daripada pihak pengurusan Kenshido International Sdn Bhd menunjukkan bahawa pembelian pakej e-max menyumbangkan kepada sekitar 1% sahaja dari keseluruhan jualan bulanan syarikat. KEDUA, harga produk yang ditawarkan apabila diiringi dengan penerangan yang sewajarnya terutama cost breakdown bagi satu subjek sebulan dan keunikankeunikan serta kelebihan-kelebihan produk seperti jumlah soalan di dalam bank soalan, e-report card dan sms report card ditambah lagi dengan ciri terbaru yang interaktif iaitu i-teacher adalah sangat competitive, oleh itu meningkatkan peluang untuk produk-produk yang dibeli melalui pakej-pakej yang ditawarkan dijual kepada genuine end-users. KETIGA, kadar kekerapan repeat sales bagi produk portal ScoreA adalah pada kadar yang sederhana bagi top-up codes kerana satu top-up code memberi akses kepada perkhidmatan portal ScoreA selama tiga bulan untuk semua anak yang berdaftar di dalam sistem dan pada kadar yang boleh dikatakan rendah untuk activation codes sekiranya dilihat dari perspektif setiap keluarga (bukan dari Halaman | 83

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

perspektif pengedar, kerana pengedar yang rajin mempromosi produk portal ScoreA ini mungkin mendapat repeat sales yang tinggi dari keluarga yang berbeza-beza) kerana hanya satu activation code diperlukan untuk mengaktifkan seorang pelajar ke dalam sistem dari darjah 1 hingga ke tingkatan 5. Namun, kadar repeat sales yang dianggarkan ini perlu juga diseimbangi dengan hakikat bahawa produk ini bersifat maya dan non-perishable over time. KEEMPAT, walaupun tanpa kutipan data yang mencukupi bagi membentuk suatu statistik yang boleh dijadikan sandaran yang kuat, jumlah 60 activation codes dan 60 top-up codes yang didapati melalui pakej e-max mengikut analisa yang dibuat oleh PPS adalah suatu jumlah yang tidak selamat untuk dipromosikan sebagai suatu amalan umum tanpa menyediakan strategi yang berkesan dan genuine bagi menyalurkan sekurang-kurangnya sebahagian besar dari produk-produk tersebut kepada genuine end-users. KELIMA, dengan keistimewaan-keistimewaan yang diberikan kepada pemegang pakej yang besar, terutamanya pakej e-max, tanpa kawalan yang sewajarnya pakej ini ada potensi untuk disalahgunakan bagi tujuan front-loading dan rank buy-up (walaupun tanpa pangkat-pangkat khusus yang disediakan oleh syarikat untuk pelan FSB seperti yang diperuntukkan di dalam pelan LSB) yang dibimbangi akhirnya akan menjerumuskan peserta-peserta ke dalam disguised money game yang boleh menyebabkan berlakunya penganiayaan ke atas sebahagian dari peserta-peserta tersebut. Hasil gabungan rumusan-rumusan di atas dengan mengambil kira, dari suatu sudut, harga produk yang kompetitif, keunikan-keunikan dan kelebihan-kelebihan produk yang boleh menjadi daya penarik kepada pengguna-pengguna akhir, sifat produk yang tidak perishable over time, amalan semasa yang didapati tidak mempromosikan pakej besar terutamanya e-max sebagai amalan umum sebaliknya hanya sebagai satu pilihan dari beberapa pilihan pakej dan dari suatu sudut yang lain pula, keistimewaan-keistimewaan yang diberikan kepada pemegang pakej besar terutamanya e-max, amaun produk yang tinggi serta kadar repeat sales yang dijangkakan serta kemungkinan penyalahgunaan pakejpakej besar ini untuk tujuan front-loading dan seterusnya disguised money game, PPS membuat keputusan berikut: PERTAMA, berdasarkan fakta-fakta yang ada, PPS mendapati bahawa penawaran pakej e-max oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd di dalam pelan FSB dari segi teori dan amalannya adalah tidak melanggar syariah dan oleh itu diputuskan sebagai PATUH SYARIAH dari sudut yang dibincangkan ini. KEDUA, PPS DENGAN TEGAS MENASIHATKAN syarikat Kenshido International Sdn Bhd supaya mengambil langkah-langkah pemantauan dan pencegahan bagi menghalang pakej-pakej besar yang ditawarkan di dalam pelan FSB dari disalahgunakan untuk tujuan inventory front-loading dan disguised money game. Antara langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil oleh syarikat Kenshido Halaman | 84

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

adalah menetapkan pencapaian-pencapaian minimum yang munasabah sebelum seseorang peserta dibenarkan menaiktaraf ke pakej yang besar terutamanya pakej e-max dengan tujuan memastikan peserta berkenaan memang berkebolehan untuk menggunakan produk-produk di dalam pakej berkenaan to facilitate genuine business activities dan bukannya semata-mata untuk mempercepatkan (expedite) amalan front-loading yang akhirnya membentuk suatu skim yang berupa disguised money game semata-mata.54 Untuk meraikan segolongan pengedar yang memang business minded atau memiliki business savvy dan kebolehan berniaga yang mantap serta keyakinan tinggi untuk menggerakkan produk-produk yang dibeli melalui pakej-pakej besar dalam suatu tempoh yang munasabah kepada pengguna-pengguna akhir dengan cara-cara yang dianggap legitimate ways to do business, maka syarikat Kenshido International Sdn Bhd mungkin boleh menimbangkan suatu bentuk borang permohonan (atau mana-mana mekanisma kawalan yang difikirkan efektif) yang perlu diisi dan ditandatangani terlebih dahulu (mungkin dengan disaksikan atau diluluskan oleh penjawat tertentu di dalam syarikat) oleh bakal pengedar yang berminat untuk membeli pakej yang besar tanpa memenuhi syarat-syarat naiktaraf ke pakej besar terlebih dahulu dengan mengisytiharkan bahawa permohonan tersebut dibuat BUKAN didorong oleh tekanan atau pengaruh manamana pihak atau didorong oleh potensi pendapatan besar yang pantas melalui amalan inventory front-loading SEBALIKNYA berasaskan keyakinan diri sendiri bahawa produk-produk yang dibeli tersebut mampu digerakkan kepada pengguna-pengguna akhir melalui cara perniagaan yang munasabah di dalam suatu tempoh yang munasabah. PPS mengambil kira kemungkinan cadangan-cadangan berbentuk kawalan ini tidak digemari oleh sebahagian dari peserta-peserta yang mengharapkan fast big bonus dengan memperalatkan pakej-pakej besar yang ditawarkan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd tanpa memikirkan kesan-kesan negatif jangkamasa panjang, namun perlu diingatkan bahawa amalan-amalan perniagaan yang beretika dan patuh syariah adalah penting demi menghalang keuntungan besar seseorang usahawan dikaut di atas kekecewaan dan penganiayaan terhadap ramai usahawan-usahawan yang lain dan bahawa short term gain should not be attained at the expense of ethical long term growth and stability. Mungkin elok dipetik di sini apa yang diutarakan di di dalam buku The Beginner‟s Guide To Multi-Level Marketing: “The road to success has very few travellers. Everyone else is off looking for shortcuts that don‟t exist.”55

54

Dari kacamata Usul Fiqh, langkah yang bersifat preventive ini mungkin boleh dikategorikan di bawah sadd al-dhari„ah iaitu melarang sesuatu yang asalnya harus demi menyekatnya dari menjadi jalan atau alat kepada melakukan yang haram.

55

John Counsel, The Beginner‟s Guide to Multi-level Marketing, h.120

Halaman | 85

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

*CATATAN: Berkenaan isu inventory front-loading ini, pihak syarikat Kenshido International Sdn Bhd telah memberikan indikasi yang positif terhadap cadangan langkah-langkah kawalan yang diutarakan oleh PPS. Sila rujuk Lampiran 8.

7.

Cadangan-Cadangan Umum Yang Kelihatan Tidak Berkaitan Secara Langsung Dengan Proses Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Namun Wajar Disentuh Dengan Tujuan Penambahbaikan

Walaupun menyedari bahawa proses penilaian kepatuhan syariah yang dilakukan ini secara teknikal adalah terhad kepada produk dan pelan pemasaran (secara teori dan juga amali sebenar) syarikat Kenshido International Sdn Bhd, PPS tetap berpandangan bahawa beberapa cadangan dan teguran perlu dimasukkan sekali ke dalam laporan ini demi memastikan bahawa proses penilaian kepatuhan syariah ini boleh membawa kepada kebaikan yang benar-benar dihayati both in letter and spirit dan bukannya semata-semata sebagai memenuhi tuntutan mendapatkan label patuh syariah sekadar untuk dijadikan bahan promosi perniagaan.

7.1

Cadangan-Cadangan Yang Berkait Tanggungjawab-tanggungjawab Agama

Langsung

Dengan

1) Pertama, PPS merasa sangat bertanggungjawab untuk mengingatkan diri kita semua bahawa kewajiban menunaikan solat ke atas umat Islam adalah merupakan suatu perkara yang sangat perlu dititikberatkan. Adalah sesuatu yang jelas bercanggah (contradictory) dan berbau kepura-puraan (hypocrisy) untuk mendabik dada menghebahkan ke sana ke mari bahawa perniagaan yang dijalankan telah disahkan halal dan patuh syariah oleh PPS sedangkan amalan diri sendiri sehari-hari telah disahkan haram dan tidak patuh syariah oleh Junjungan Nabi Muhammad S.A.W. sendiri. Umum mengetahui – walaupun tidak sedikit yang mengabaikan – kepentingan solat di dalam Islam sehingga diibaratkan oleh baginda Rasulullah S.A.W. sebagai tiang agama. Sabda Rasululah S.A.W:

‫ وهن تركها فقد هدم الدين‬،‫ فون أقاهها فقد أقام الدين‬.‫الصالة عواد الدين‬ Maksudnya: Sembahyang itu adalah tiang agama, maka sesiapa yang mendirikannya bererti dia telah menegakkan agamanya, dan sesiapa yang meninggalkannya bererti dia telah meruntuhkan agamanya Hadith riwayat Al-Bayhaqi.

Halaman | 86

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Selanjutnya di dalam sebahagian dari hadith yang lebih panjang yang diriwayat oleh Al-Tabrani daripada Ibn „Umar R.A. Baginda junjungan S.A.W. menegaskan lagi:

‫ إنوا هىضع الصالة هن الدين كوىضع الرأس هن‬.‫ وال دين لون ال صالة له‬... ‫الجسد‬ Maksudnya: ... dan tiada agama bagi orang yang tidak bersembahyang. Hanyasanya kedudukan sembahyang kepada agama adalah seperti kedudukan kepala kepada tubuh badan. Perlu difahami bahawa Allah S.W.T. tidak menghalang umat Islam dari terlibat di dalam perniagaan bagi mencari harta dan keuntungan. Di dalam Al-Quran Allah S.W.T. tidak memuji suatu golongan muslim yang menjauhkan diri dari perniagaan dan urusan jual beli, sebaliknya memuji golongan Muslim yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan urusan jual beli mereka dari mengingati Allah, mendirikan solat dan menunaikan zakat.

                     Maksudnya: (Ibadat itu dikerjakan oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan. Surah al-Nur (24:37) Jelas, mereka yang dipuji oleh Allah S.W.T. di dalam ayat tersebut di atas BUKANLAH mereka yang menjauhi bidang perniagaan dan meninggalkan urusan-urusan mencari keuntungan dunia, bahkan mereka adalah golongan yang berniaga, berdagang dan berjual beli, namun segala urusan keduniaan mereka ini tidak sampai menyebabkan mereka meninggalkan kewajiban-kewajiban agama seperti mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat. Sepanjang proses penilaian kepatuhan syariah ini dijalankan, PPS mendapati bahawa walaupun ada satu ruang kecil difahamkan telah dijadikan surau di bangunan ibupejabat Kenshido International Sdn Bhd, ia tidak begitu mudah diakses (accessible) oleh pengedar-pengedar menyebabkan pengedar-pengedar Muslim yang prihatin terhadap tanggungjawab mereka menunaikan kewajiban sembahyang terpaksa menumpang menunaikan kewajiban solat di surau sebuah restoran Halaman | 87

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

berdekatan. PPS percaya syarikat Kenshido International Sdn Bhd sebagai sebuah syarikat MLM yang prihatin untuk mendapatkan status patuh syariah perlu juga prihatin terhadap perkara ini dan oleh itu dengan bersungguh-sungguh MENCADANGKAN agar kemudahan surau yang sesuai, selesa dan boleh diakses oleh pengedar-pengedar sepanjang tempoh operasi perniagaan wajarlah diwujudkan segera. *CATATAN: Antara tempoh proses penilaian kepatuhan syariah dijalankan dan laporan lengkap ini disiapkan, PPS difahamkan bahawa syarikat Kenshido International Sdn Bhd telah membeli ruang pejabat di bangunan bersebelahan dengan ibu pejabatnya di tingkat atas restoran yang disebut sebelum ini dan satu ruang yang cukup selesa telah diperuntukkan bagi dijadikan surau untuk lelaki dan juga surau untuk wanita. PPS merakamkan jutaan TAHNIAH kepada syarikat Kenshido International Sdn Bhd di atas keprihatinan mereka menjalankan dalam kadar yang segera cadangan yang diberikan oleh PPS ini (sebelum dari laporan ini disiapkan, cadangan-cadangan telah dimaklumkan oleh PPS kepada syarikat Kenshido secara lisan dan juga secara bertulis yang ringkas). 2) Seterusnya, PPS melihat keperluan menyentuh tentang kewajipan membayar zakat yang walaupun asalnya merupakan tanggungjawab individu muslim yang terbabit, namun boleh dipermudahcarakan oleh pengurusan syarikat. Pihak syarikat perlulah merujuk kepada orang atau badan yang berkepakaran di dalam hal ehwal zakat bagi menentukan JENIS zakat yang mungkin wajib dibayar oleh pengedar-pengedar beragama Islam dari harta yang dikumpul melalui aktiviti perniagaan MLM mereka, adakah sebagai zakat perniagaan atau pun zakat wang ringgit (emas dan perak). Sekiranya dikelaskan sebagai semata-mata zakat pendapatan, PPS sendiri cenderung kepada fatwa yang menyatakan bahawa pendapatan bulanan yang diperolehi oleh seseorang setiap bulan atau lainnya adalah tidak tertakluk kepada kewajiban berzakat dan bahawa qiyas ke atas zakat tanaman bagi mewajibkan zakat pendapatan adalah qiyas yang membabitkan dua benda yang berbeza ( ‫)لْبش يغ انفبرق‬. Oleh itu, syarikat DICADANGKAN agar menyediakan pilihan supaya pengedarpengedar BOLEH MEMILIH untuk membayar zakat, SEKIRANYA WAJIB, melalui kemudahan yang disediakan syarikat dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat yang berkenaan. Ahli-ahli, apapun, mempunyai pilihan untuk membayar zakat, sekiranya wajib ke atas mereka, melalui saluransaluran yang lain. Sekali lagi diingatkan, rujukan kepada orang atau badan yang berkepakaran tentang hal ehwal zakat perlulah dilakukan terlebih dahulu. *CATATAN: Antara tempoh proses penilaian kepatuhan syariah ini dijalankan dan laporan lengkap ini disiapkan, PPS difahamkan bahawa syarikat Kenshido International Sdn Bhd telah pun berada di dalam proses menyediakan kemudahan e-zakat kepada pengedar-pengedar Muslim dengan kerjasama sebuah Pusat Pungutan Zakat. Sekali lagi TAHNIAH Halaman | 88

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

diucapkan kepada syarikat Kenshido International Sdn Bhd di atas usaha dan keprihatinan ini. 3) Seterusnya, PPS ingin menekankan bahawa tanggungjawab menunaikan haji merupakan salah satu dari rukun Islam yang lima yang wajib dikerjakan oleh orang Islam yang mampu. Oleh itu, walaupun kewajiban ini merupakan sesuatu yang umumnya di luar dari kawalan pihak syarikat, PPS mengambil peluang ini untuk mengingatkan pengedar-pengedar yang telah dikatogerikan mampu untuk menunaikan haji lebih-lebih lagi yang telah mencapai pendapatan yang lumayan melalui perniagaan ini agar jangan berlengah-lengah dan bertangguh-tangguh lagi di dalam menunaikan rukun Islam yang kelima ini. Jangan sesekali begitu hanyut mengejar dan mengecap kemewahan dunia yang sementara ini sehingga terleka lena dibuai angan-angan panjang lalu bertangguh-tangguh menunaikan kewajipan-kewajipan agama termasuk rukun Islam yang kelima ini seolah-olah hidup dan mati kita di dalam tangan kita sendiri, sedangkan hakikatnya ajal dan maut telah ditetapkan dan mungkin ia bakal hadir dalam masa terdekat tanpa langsung diduga. Apalah maknanya bonus yang besar, rumah dan kereta yang mewah yang diuar-uarkan, sedangkan hidup kita di dunia ini sebenarnya bukan menongkat langit, akhirnya kita kembali mengadap Ilahi dalam keadaan ada di antara anggota-anggota Islam kita yang lima cacat tidak tertunai. Tidak sedikit didapati di dalam industri MLM ini mereka yang selesa menggunakan istilah-istilah yang Islamic seperti “jihad ekonomi”, “memenuhi tuntutan fardhu kifayah” dan seumpamanya di dalam mempromosi perniagaan mereka dan memberi motivasi kepada pesertapeserta yang lain. Peringatan yang pada pandangan PPS wajar diberikan adalah: JANGAN sampai apa yang dilaung-laungkan oleh lisan perkataan mereka itu didustakan pula oleh lisan perbuatan mereka. Apalah intipati sebenar “jihad ekonomi” sekiranya pendapatan lumayan yang diperolehi samada dengan cara melanggar hukum dan adab atau setelah diperolehi TIDAK disalurkan pula kepada jalan yang diredai dan dianjurkan oleh Allah S.W.T?? Apalah kefahaman tentang tuntutan fardhu kifayah sekiranya keperluan melunaskan yang fardhu „ain dibiarkan terkontang kanting tidak dipedulikan?? Sepatutnya ada rasa bimbang dan takut di hati kita semua jangan-jangan kita termasuk di dalam golongan yang menjaja agama mereka demi mendapat habuan dunia yang tidak seberapa – ‫ًانؼْبر ثبهلل‬ Sebagai panduan umum berkaitan penunaian tanggungjawab agama kepada semua umat Islam yang menceburkan diri di dalam perniagaan MLM khususnya dan apa-apa bidang perniagaan yang lain umumnya, elok dipetik di sini terjemahan kepada sebahagian dari nasihat-nasihat yang didapati di dalam kitab

Halaman | 89

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Tanbih al-Ghafilin bi Ahadith Sayyid al-Anbiya‟ wa al-Mursalin susunan al-Faqih al-Samarqandi56: “Barangsiapa yang ingin agar hasil usahanya merupakan yang baik (thoyyiban), maka hendaklah dia menjaga LIMA perkara: Pertama: Janganlah dia melengah-lengahkan ataupun menyebabkan kekurangan kepada suatu apa pun dari kefardhuankefardhuan yang telah diwajibkan oleh Allah Taala ke atasnya semata-mata dengan alasan sibuk berusaha mencari rezeki. Kedua: Janganlah dia menyakiti seorang pun dari makhluk Allah Taala semata-mata dengan alasan berusaha merebut rezeki. Ketiga: Hendaklah dia meniatkan dengan usahanya itu dia dapat mencukupkan keperluan diri dan keluarganya tanpa perlu memintaminta mengemis bantuan daripada orang lain dan BUKANLAH semata-mata demi keseronokan mengumpul dan memperbanyakkan harta. Keempat: Janganlah melampau-lampau sangat bermatian-matian semata-mata dengan alasan mencari rezeki. Kelima: Janganlah dia menganggap bahawa rezeki yang telah diperolehi itu terhasil semata-mata dari kebijaksanaan dan kesungguhannya berusaha, namun perlulah dia meyakini bahawa rezeki yang telah dia perolehi itu hakikatnya adalah kurniaan Allah S.W.T. dan usaha ikhtiar yang dilakukannya itu tidak lain hanyalah sebab yang yang perlu dilakukan semata-mata.”57 Di dalam kitab beliau tersebut, Al-Faqih Al-Samarqandi juga telah memetik katakata hukama‟ (terjemahannya): “Apabila tiada TIGA ciri pada seorang peniaga, nescaya dia akan menjadi faqir dunia dan akhirat. PERTAMA: Lisan yang bersih dari TIGA perkara: pendustaan, percakapan yang sia-sia dan bersumpah-sumpah; KEDUA: Hati yang suci dari TIGA perkara: tipu daya, khianat dan hasad dengki; KETIGA: diri yang menjaga TIGA perkara: solat Jumaat dan solat berjamaah, menuntut ilmu pada masa-masa tertentu dan memberi keutamaan kepada menuntut keredaan Allah S.W.T. dari segalagala yang lain”58

56

Dialah Imam yang zahid lagi alim, Nasr bin Muhammad bin Ibrahim Al-Samarqandi

57

Al-Samarqandi, Tanbih al-Ghafilin, hh.261-262.

58

Ibid., h.260.

Halaman | 90

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

7.2

Cadangan-Cadangan Yang Secara Asasnya Berkait Dengan Operasi Perniagaan: 1) Pertama, PPS mencadangkan agar kebolehpasaran produk yang ditawarkan kepada pengguna akhir sebenar (marketability of the product/products to genuine end-users) perlu dipertingkatkan samada melalui penambahbaikan (product enhancement) atau kepelbagaian produk (product diversification). Walaupun menyedari: a) bahawa perkara ini mungkin telah dititikberatkan oleh syarikat dan pengedar-pengedar terutamanya yang telah dikategorikan sebagai leaders; dan b) hakikat bahawa perkara ini pada asalnya adalah a business concern and consideration dan bukannya isu syariah, namun PPS berpandangan perkara ini perlu juga disebut di dalam laporan ini kerana perkara ini sekiranya tidak diambil berat dari awal dibimbangi lama-kelamaan boleh membawa kepada keadaan di mana kepatuhan syariah perniagaan ini menjadi terancam. Rasional di belakang kebimbangan ini adalah kerana PPS melihat, untuk mengekalkan kepatuhan syariah perniagaan ini, perlulah ada genuine movement of products through genuinely legitimate ways to genuine endusers. Syarikat perlu mengelakkan keadaan di mana produk dibeli baik buat pertama kali, mahupun sebagai belian ulangan semata-mata untuk melayakkan diri mendapat bonus dan tidak lagi berasaskan jangkaan bahawa produk akhirnya akan digerakkan dengan cara yang sesuai kepada pengguna-pengguna akhir yang sebenar. Elok sekiranya dapat diambil iktibar dari kata-kata Randy Gage: “Your success in MLM is based upon product getting to the end consumer who actually uses it and wants more. People who buy products to get a check end up stockpiling them in their garage and will eventually stop buying when their garage is full or their credit card is maxed out.”59 Walaupun analisa yang dibuat oleh PPS mendapati bahawa produk portal pendidikan ScoreA mempunyai kekuatan-kekuatan yang tersendiri yang mampu menarik minat pengguna-pengguna akhir yang sebenar seperti hakikat bahawa pendidikan merupakan suatu keperluan yang menyebabkan produk-produk berkaitan pendidikan boleh dikatakan, dengan penerangan yang meyakinkan, mempunyai kadar penolakan yang

59

Randy Gage, How to build a Multi-Level Money Machine, h.30

Halaman | 91

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

rendah, ciri-ciri yang ditawarkan melalui produk ScoreA yang mempunyai banyak kelebihan berbanding produk-produk pesaing, harga yang munasabah, track record yang boleh memberi keyakinan kepada bakal pengguna dan sebagainya, namun ada faktor-faktor yang perlu diambil kira untuk mendorong keperluan terhadap penambahbaikan dan/atau kepelbagaian produk (product enhancement and/or diversification). Antara faktor-faktor ini adalah: a) produk portal pendidikan ScoreA walaupun boleh dikatakan suatu produk keperluan yang istimewa dan mempunyai kekuatan tersendiri berbanding pesaing-pesaing, masih lagi bersifat nasional dan bukannya antarabangsa, malah bukan juga serantau, bermakna dari segi pasaran sasaran (target market) ia hanya sesuai dipasarkan di Malaysia dan bukannya di peringkat antarabangsa mahupun di peringkat serantau; b) selain dari dihadkan oleh sifat “kebangsaan” yang disebutkan di atas, produk portal pendidikan ScoreA ini pada masa pemantauan kepatuhan syariah ini dijalankan adalah, secara umumnya, terhad kepada pelajarpelajar sekolah antara umur mereka di darjah satu sehingga umur mereka di tingkatan lima. Walaupun diakui bahawa bekalan pelajarpelajar yang berpotensi untuk menjadi pengguna-pengguna kepada produk portal pendidikan ScoreA sentiasa silih berganti saban tahun, namun hakikat yang tidak dapat disangkal adalah pengguna-pengguna akhir kepada produk ini umumnya cuma pelajar-pelajar sekolah sahaja. c) jualan ulangan yang diharapkan dari penjualan top-up code bagi satu user family umumnya adalah sekali untuk setiap tiga bulan sedangkan keperluan untuk mengekalkan (maintain) dengan sekurang-kurangnya satu top-up code (baik secara manual mahupun auto-maintain) adalah pada setiap bulan. Berlaku semacam ketakserasian (mismatch) antara tempoh permintaan kepada produk yang diulang jual dan tempoh maintenance yang perlu dilakukan. Walaupun ketakserasian ini mungkin tidak berlaku sekiranya seseorang pengedar merupakan seorang yang berkarakter jurujual yang mampu menggerakkan produk kepada ramai pengguna akhir, namun sifat penggandaan yang begitu besar (the immense power of multiplication) yang ada di dalam network marketing dinisbahkan kepada peratus networkers yang berkarakter selling ini boleh mempunyai diluting effect kepada genuine movement of products to genuine end-users. d) Kemungkinan persaingan yang boleh menjadi semakin sengit di dalam memasarkan produk pendidikan maya seperti yang ditawarkan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd ini juga mungkin memberi kesan kepada kebarangkalian pergerakan produk secara yang munasabah kepada pengguna-pengguna akhir. Halaman | 92

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Kebimbangan PPS ini mungkin tidak ketara di dalam tempoh perniagaan ini sedang pesat berkembang maju, tetapi boleh terasa kesannya apabila perkembangan ini mula mencapai proses penstabilan (stabilization). Ketika itu, kekukuhan permintaan ulangan terhadap produk yang dipasarkan bakal menjadi faktor penentu sejauh mana sesuatu perniagaan itu boleh berkembang atau sekurang-kurangnya boleh bertahan di dalam keadaan yang stabil. Didorong oleh faktor-faktor yang diterangkan di atas, PPS DENGAN INI: a) MENGINGATKAN syarikat Kenshido International Sdn Bhd dan pengedar-pengedarnya, terutama yang dikategorikan sebagai leaders agar perlu ada keseimbangan di antara keterujaan (excitement) yang didorong oleh penajaan ahli-ahli baru dan keuntungan jangka panjang yang disokong oleh permintaan sebenar yang berterusan terhadap produk berkenaan dari masa ke semasa (continuous genuine demand for the product time and again). b) MENASIHATKAN syarikat Kenshido International Sdn Bhd agar sentiasa mempunyai keghairahan (passion) yang tinggi dan tidak leka (complacent) di dalam memastikan inovasi kepada produkproduk yang ditawarkan kepada pengguna baik melalui penambahbaikan (enhancement) mahupun kepelbagaian (diversification). Syarikat boleh memilih untuk meneruskan fokus kepada produk-produk yang bersifat intangible seperti yang ada sekarang ataupun menerokai produk-produk baru yang bersifat tangible pula. Yang penting, apapun pendekatan yang diambil oleh syarikat, produk yang ditawarkan perlulah mampu membangkitkan keinginan kuat pengguna untuk berterusan menggunakan produk tersebut dari bulan ke bulan dan dari tahun ke tahun secara berterusan. Samada produk itu bersifat “adding” (bermakna pengguna perlu menambah produk tersebut di dalam senarai beli mereka) atau replacing (bermakna pengguna cuma perlu menukar brand sahaja dari brand lain ke brand yang dipasarkan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd), keunikan dan keistimewaan produk di mata pelangan tentulah sangat penting. Malah, tidak mustahil pengenalan suatu produk yang biasa (dari segi ianya biasa digunakan oleh pelanggan) namun luarbiasa (dari segi keunikan, faedah, kegunaan dan nilai untuk wangnya kepada pelanggan) diiringi dengan promosi yang mencukupi mampu melonjakkan jualan syarikat dengan ketara lebih-lebih lagi mengambil kira bahawa syarikat Kenshido International Sdn Bhd bukanlah lagi suatu syarikat MLM yang baru hendak menapak sebaliknya sebuah syarikat MLM yang tidak mustahil telah memperolehi critical mass yang diperlukan untuk terus berkembang maju. Untuk tujuan ini adalah sesuatu yang wajar untuk syarikat Kenshido International Sdn Bhd menimbangkan untuk mempunyai pasukan khas untuk produk yang inovatif, kreatif dan bersemangat Halaman | 93

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

tinggi untuk menumpukan perhatian kepada product research, development and enhancement. Tidak mustahil sekiranya pasukan ini lahir dari gabungan antara wakil-wakil syarikat dan wakil-wakil pengedar demi memastikan syarikat kekal berdaya saing dari segi produk yang ditawarkan kepada pengguna. 2) Seterusnya, PPS mencadangkan agar syarikat Kenshido International Sdn Bhd menimbangkan agar tempoh sebelum expiry date untuk pengaktifan portal pendidikan ScoreA sekurang-kurangnya diperpanjangkan – kalaupun tidak hendak dihapuskan sama sekali – sesuai dengan sifat produk yang tidak perishable over time. 3) Seterusnya, walaupun perkara-perkara yang bakal disentuh ini, seperti yang disebutkan di atas, mungkin tidak sampai ke peringkat menjejaskan kepatuhan syariah perniagaan yang dijalankan, namun ia wajar diberi perhatian serius oleh pengurusan syarikat Kenshido International Sdn Bhd demi untuk memastikan suasana perniagaan yang positif, berdaya saing dan kukuh. PPS melalui pengalaman berurusan di syarikat Kenshido International Sdn Bhd berpendapat masih banyak ruang yang boleh dipertingkatkan dari aspek perkhidmatan pelanggan (customer service), kemudahan perniagaan (business facilities) dan kecekapan kakitangan (efficiency of staff ). PPS percaya sebagai ahli perniagaan berpengalaman, pihak pengurusan Kenshido International Sdn Bhd tentulah lebih arif bahawa di dalam perniagaan, pelanggan adalah “raja”. Yang menarik, di dalam perniagaan MLM, pengedar-pengedar yang aktif hakikatnya merupakan golongan pelanggan yang sangat istimewa, jadi mereka bukan calang-calang “raja”. Mereka bukan sahaja merupakan pelanggan-pelanggan yang setia, malah mereka aktif membawa ramai lagi pelanggan-pelanggan yang sebahagiannya nanti bakal menjadi seperti mereka: pelanggan yang setia yang membawa ramai lagi pelanggan dan seterusnya. Mereka adalah frontliners syarikat yang berjuang mengembang dan mempertahankan syarikat dan berupaya menjadi mata dan telinga syarikat bagi mendapatkan maklumbalas segera dan percuma. Oleh itu adalah amat penting syarikat memberi perhatian terhadap usaha memberi layanan dan kemudahan yang terbaik kepada mereka. Jangan pula perjuangan mereka di lapangan mempromosikan produk dan perniagaan syarikat dirimaskan lagi dengan pelayan-pelayan kaunter yang lokek senyuman, dingin sikap dan kasar bahasa; jangan pula cabarancabaran dan rintangan-rintangan yang mereka hadapi berdepan dengan karenah pelanggan di luar dirumitkan lagi dengan sistem internet yang perlahan dan tidak memadai di ibu pejabat dan jangan pula urusan-urusan mereka yang banyak tidak terkejar dilambatkan lagi oleh maklumatmaklumat yang tidak lengkap dan sistem kerja yang tidak efisien (perkaraperkara yang dinyatakan di sini adalah perkara-perkara yang pada Halaman | 94

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

pengamatan PPS perlu diberi perhatian serius dan diterjemahkan dalam bentuk tindakan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd bagi mewujudkan suasana perniagaan yang selesa, kondusif dan produktif dan tidak semestinya merupakan perkara-perkara yang sedang atau telah berlaku). Walaupun syarikat Kenshido International Sdn Bhd mungkin telah pun melakukan perkara-perkara yang disebutkan nanti, harapnya tidak salah untuk PPS mengingatkan agar syarikat sentiasa melatih dan menekankan kepada kakitangan mereka supaya sentiasa mesra pelanggan dan mesra pengedar dan supaya mempunyai maklumat-maklumat yang tepat dan mencukupi tentang produk dan prosedur perniagaan bagi membantu pengedar-pengedar di dalam urusan mereka. Sesetengah pengurusan syarikat perniagaan tidak membenarkan kakitangan mereka yang berada di dalam mood yang tidak baik menjawab panggilan telefon demi menjaga kemesraan yang disalurkan syarikat kepada pemanggil. Malah ada yang mewajibkan kakitangan mereka menjawab panggilan telefon dengan nada yang ceria, menyambut pemanggil dengan senyuman (yang walaupun tidak dapat dilihat, namun dapat dirasai) dan ucapan “Happy Morning!” atau lain-lain ucapan yang menyegarkan diikuti dengan nama syarikat dan pertanyaan mesra “apa yang boleh saya bantu?”. Malah sedia dimaklumi bahawa sesetengah syarikat besar merakam perbualan telefon antara kakitangan mereka dan pelanggan dengan tujuan peningkatan kualiti perkhidmatan. Perkara-perkara yang nampak kecil sebegini sebenarnya kerap kali meninggalkan kesan yang mendalam dan natijah yang jauh ke depan. Maklumat-maklumat perlulah disampaikan dengan lengkap kepada pengedar-pengedar agar mereka tidak perlu membuang masa berulang kali cuba menyelesaikan sesuatu urusan yang sepatutnya boleh, dengan maklumat yang mencukupi, diselesaikan sekaligus sahaja. Urusan-urusan yang sudah menjadi lumrah boleh dipermudahkan dengan menyediakan standard forms untuk diisi dan boleh dihantar semula kepada syarikat baik secara offline ataupun online berbanding terpaksa mengarang surat dan sebagainya yang pada zaman IT ini tentulah dianggap tidak efisien, cerewet dan renyah. Sekiranya sesuatu urusan memerlukan dokumendokumen sokongan, syarikat boleh memudahkan urusan pengedar dengan menyediakan checklist yang boleh didapati oleh pengedar-pengedar samada di ibu pejabat dan pusat-pusat perkhidmatan mahupun di laman web syarikat. Agak sudah terang lagi bersuluh untuk menyebut bahawa kecukupan dan kecepatan kemudahan internet tentulah sangat-sangat penting lebih-lebih lagi bagi sebuah syarikat yang bukan sahaja menyediakan kemudahan back office secara online malah produk yang dipasarkan pun bersifat online. Suatu sistem yang mudah perlu difikirkan dan disediakan di mana-mana pengedar-pengedar dapat menyalurkan idea-idea dan maklumbalas mereka kepada syarikat dengan cepat dan cekap demi kemajuan dan kekuhan perniagaan yang berpanjangan.

Halaman | 95

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

8.

Cadangan Supaya Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Disediakan Sebagai Capaian Di Laman Web Rasmi Kenshido International Sdn Bhd

PPS seterusnya mencadangkan agar laporan bertulis kepatuhan syariah ini disediakan sebagai capaian di dalam laman web rasmi syarikat Kenshido International Sdn Bhd sekurang-kurangnya untuk DUA tujuan utama: 1) supaya masyarakat awam khususnya networkers beragama Islam yang prihatin terhadap isu halal haram kegiatan dan hasil aktiviti MLM, khususnya yang dijalankan oleh Kenshido International Sdn Bhd boleh membaca, memahami, menilai dan seterusnya diharap dapat membuat suatu pendirian yang tidak lagi dibayangi perasaan ragu-ragu dan bimbang terhadap kegiatan ekonomi yang dijalankan sebagai sumber rezeki dan pendapatan mereka. Ini diharapkan dapat menyumbangkan ke arah perjalanan industri MLM yang bukan sahaja profitable dan productive, malah menepati konsep mencari keuntungan dengan cara yang adil dan tidak menindas orang lain, selari dengan tuntutan mengambil rezeki yang halalan tayyiban. 2) Mungkin lebih penting dari itu, supaya pakar-pakar baik dari industri MLM sendiri mahupun di kalangan ilmuan agama - terutamanya mereka yang mengkhusus kepada bidang muamalat - dapat membaca, memahami, menilai dan seterusnya dapat memberi maklumbalas yang membina, teguran dan kritikan yang jitu, yang diharapkan akan membantu manambah baik rumusan-rumusan yang telah dibuat dan membetulkan kesimpulan-kesimpulan yang mungkin sebenarnya telah tercicir dari ikatan fakta atau tergelincir dari landasan kebenaran. Maklumbalas-maklumbalas sebegini adalah penting memandangkan proses penilaian kepatuhan syariah MLM yang dilakukan syarikat Kenshido International Sdn Bhd boleh dikatakan antara yang terawal dilakukan dalam bentuk sebegini dan sudah tentu masih banyak lompang-lompang dan kebocoran-kebocoran yang perlu ditampung.

9.

Kesimpulan Dan Keputusan

Setelah lebih dari tiga bulan mengumpul, menganalisa dan membincangkan maklumat-maklumat berkaitan perniagaan MLM secara umum dan perniagaan MLM yang dijalankan oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd secara khusus, akhirnya PPS mencapai suatu keputusan, walaupun melalui prosesproses yang sesetengahnya boleh dikatakan agak mencabar dan rumit, tentang status kepatuhan syariah produk yang dipasarkan dan pelan pemasaran yang digunapakai oleh syarikat Kenshido International Sdn Bhd. Berdasarkan kepada keputusan tersebut suatu bentuk pengesahan dan pensijilan sebagaimana yang tertera di bawah telah, pada 7hb Februari 2010, ditandatangani dan diumumkan. Halaman | 96

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

PENGESAHAN DAN PENSIJILAN KEPATUHAN SYARIAH PRODUK DAN PLAN PEMASARAN BERBILANG TINGKAT (MULTI-LEVEL MARKETING) SYARIKAT KENSHIDO INTERNATIONAL SDN BHD Kami, ENGKU AHMAD FADZIL BIN ENGKU ALI, No. K/P: 690421-11-5203 dan AZIZI BIN CHE SEMAN, No. K/P: 720417-03-5213 sebagai ahli Panel Penasihat Syariah yang dilantik oleh Kenshido International Sdn Bhd untuk memantau, manganalisa dan membuat keputusan tentang kepatuhan syariah produk portal pendidikan ScoreA dan plan pemasaran berbilang tingkat (multi-level marketing) yang diamalkan oleh syarikat tersebut dengan ini memberi pengakuan dan pengesahan bahawa, sejauh pengetahuan kami dan setakat tarikh pengesahan dan pensijilan ini diberikan dan berdasarkan kepada maklumat-maklumat yang dibekalkan kepada kami secara terpeinci di dalam mesyuarat-mesyuarat yang diadakan dan melalui penyertaan kami ke dalam program-program utama yang dijalankan serta lawatan ke tempat-tempat operasi syarikat dan analisa yang telah kami lakukan terhadap maklumat-maklumat tersebut dan tertakluk kepada komen-komen dan saranan-saranan yang diperincikan di dalam laporan bertulis yang kami sediakan, KAMI DAPATI TIADA SEBARANG PERLANGGARAN TERHADAP HUKUM-HUKUM SYARA’ DAN OLEH ITU KEDUA-DUA PRODUK DAN PLAN PEMASARAN BERBILANG TINGKAT (MULTI-LEVEL MARKETING) SYARIKAT KENSHIDO INTERNATIONAL SDN BHD (556600-A) (AJL: 931448) DISAHKAN SEBAGAI PATUH SYARIAH. Allah S.W.T. jua yang maha mengetahui dan memberi hidayah dan taufiq ke arah kebenaran. Sekian Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Disediakan oleh:

Engku Ahmad Fadzil Bin Engku Ali Pengerusi Panel Penasihat Syariah Kenshido International Sdn. Bhd. Mei 2010

En. Azizi Bin Che Seman Ahli Panel Penasihat Syariah Kenshido International Sdn. Bhd.

Halaman | 97

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Lampiran 1: Seni Bina Rangkaian ScoreA

Halaman | 98

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Lampiran 2: Performance Bonus

Halaman | 99

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Lampiran 3: Perkongsian Keuntungan Bulanan Syarikat (Company Monthly Profit Sharing)

Achievement Bonus 20% ( i:Personal Achievement=8%

ii:Manager Achievement=12%)

Halaman | 100

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Lampiran 4: Leadership Bonus Melalui Sistem Blok

Leadership Bonus 65%

i. Sapphire Manager (SM)

Halaman | 101

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

ii. Emerald Manager (EM)

iii. Diamond Manager (DM)

Halaman | 102

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

iv. Crown Manager (CM)

Halaman | 103

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Lampiran 5: Leadership Bonus Melalui Konsep Breakaway

Break Away Bonus = 5%......5%

Halaman | 104

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Lampiran 6: Simulasi Hierarki Sempurna Pelan Binary

Halaman | 105

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Lampiran 7: Jawapan Syarikat Kenshido Sdn. Bhd. Berkenaan Amalan Price Undercutting

Halaman | 106

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Lampiran 8: Jawapan Syarikat Kenshido Sdn. Bhd. Berkenaan Amalan Front Loading

JAWAPAN BERTULIS UNTUK LAPORAN BAHAGIAN SHARIAH Merujuk kepada soalan berkenaan dengan FRONT LOADING di dalam pakej e-max Kenshido, pihak syarikat menitik beratkan cadangan pihak bahagian syariah berkenaan perkara tersebut. Mengikut statistik sepanjang tempoh pelaksanaan pakej e-max ini hanya kurang daripada 1% sahaja ia menyumbangkan jualan syarikat. Terbukti juga pakej ini tidak menjadi target utama syarikat. Oleh yang demikian, kami juga bersedia untuk MENANGGUHKAN pelaksanaan dan promosi pakej tersebut demi kebaikan dan cadangan daripada pihak bahagian syariah. Jesteru itu, pihak syarikat akan mengariskan panduan pelaksanaan baru untuk pakej e-max dengan menetapkan beberapa syarat WAJIB belian e-max di masa hadapan. Garis panduan dicadangkan adalah dimana : 

Para pengedar perlu melepasi tahap min 4 penajaan baru sebagai SYARAT untuk upgrading ke e-max pakej.

Pelaksanaan ini MENJAMIN segala pengeluaran portal terjamin PENGAKTIFAN nya dan menjadikan portal SCORE-A di guna pakai oleh semua pengguna di masa kelak nanti. Malahan juga segala kemasukan keahlian baru pengedar bukan hanya berdasarkan kemampuan kewangan semata-mata tetapi komitmen dan kejayaan pengedar menjadi ukuran kepada penambahan status dan jumlah pengeluaran portal di pasaran nanti.

Halaman | 107

Laporan Bertulis Penilaian Kepatuhan Syariah Produk Dan Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Syarikat Kenshido International Sdn Bhd Engku Ahmad Fadzil Engku Ali & Azizi Che Seman Mei 2010

Penghargaan Selepas kewajiban bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. dan ke bawah junjungan Nabi Muhammad S.A.W. serta ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda yang mulia serta ulama‟-ulama‟ yang menjadi pewaris kepada baginda junjungan S.A.W. dengan jujur dan amanah dan kewajiban berterimakasih kepada kedua ibu bapa kami dan guru-guru kami yang daripada jasa dan khidmat merekalah kami menimba ilmu dan dididik, Panel Penasihat Syariah ingin juga merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat secara langsung atau tidak langsung memberikan sumbangan dalam proses penyediaan laporan ini. Tanpa kerjasama yang baik dari semua pihak, laporan ini tidak mungkin akan mampu diselesaikan.

Ucapan khas terima kasih dan kalungan tahniah kepada Puan Norlelawati binti Abdul Razak dan suami En. Loqman Said yang memulakan inisiatif untuk memastikan perakuan patuh syariah ini diperolehi oleh Syarikat Kenshido Sdn. Bhd. Ucapan yang sama diberikan kepada rakan-rakan beliau: En. Muhammad Imran bin Abdul Hadi, En. Zari Effendi bin Ruzali dan Pn. Jahlilawati binti Abu Bakar atas maklumat yang dikongsi bersama PPS sepanjang tempoh kajian dilakukan. Tidak dilupakan juga ucapan terimakasih kepada Encik Abdul Aziz bin Samad yang walaupun tidak hadir secara fizikal atau langsung di dalam mesyuarat-mesyuarat yang diadakan, namun “kehadiran” beliau secara tidak langsung sebagai seorang yang dianggap sifu oleh usahawan-usahawan lain yang hadir dan sebagai pendorong dan penyokong kepada mereka adalah amat dihargai.

PPS juga ingin merakamkan ucapan tahniah secara peribadi kepada kepada En. Jason Kok (President, Kenshido International Sdn. Bhd.) yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses kajian berlangsung. Tidak lupa juga kepada En. Kelvin Kok (Vice President) untuk penjelasan tentang beberapa perkara berkaitan pelan pemasaran, En Lou Kim Ang (IT Senior Manager) untuk kerjasama dalam maklumat terperinci seni bina rangkaian ScoreA, En. Romeyzee Zainuddin (Senior Manager Market Research Dept.) kerana telah membekalkan maklumat yang sangat berguna dari kedua-dua perspektif usahawan dan pengurusan syarikat.

Seterusnya, PPS ingin merakamkan penghargaan kepada semua penulis yang dari hasil tulisan dan kajian merekalah PPS dapat menimba pelbagai ilmu dan maklumat dan dari bantuan analisa merekalah PPS dapat membuat beberapa rumusan dan kesimpulan, khususnya kepada Zaharuddin Abd Rahman yang lebih dikenali sebagai Ustaz Zaharuddin atau UZAR di atas usahausaha beliau melalui tulisan-tulisan beliau berkaitan MLM sekitar tahun 2007 yang berperanan sebagai catalyst, pencetus kepada perbincangan (ilmiah dan juga selainnya) dan kesedaran yang meluas di kalangan masyarakat khususnya di Malaysia tentang isu kepatuhan syariah atau sebaliknya amalan-amalan di dalam MLM yang sebelum dari itu nampak kurang dititikberatkan dan kurang ketara diperbincangkan.

Halaman | 108