PENYELIDIKAN TINDAKAN

302 downloads 702 Views 359KB Size Report
daripada analisis dan penilaian akhir yang dilakukan, kitaran penyelidikan ... Rajah 2: Model Penyelidikan Tindakan oleh Kemmis dan Mctaggart (1988).
BAB

4 PENYELIDIKAN TINDAKAN PENGENALAN Satu pendekatan penyelidikan yang sedang berkembang dengan pesat dalam dunia pendidikan kebelakangan ini ialah penyelidikan tindakan atau ‘action research’. Penyelidikan telah didefinisikan dengan pelbagai cara. Penyelidikan tindakan ialah inkuiri berbentuk refleksi kendiri yang mempertingkatkan rasional dan keadilan amalan sosial atau pendidikan yang mereka lakukan serta mempertingkatkan kefahaman mereka tentang amalan-amalan tersebut dan situasi atau persekitaran di mana amalan tersebut dijalankan. MODEL-MODEL PENYELIDIKAN TINDAKAN Terdapat beberapa model penyelidikan tindakan yang biasanya digunakan dalam bidang pendidikan. Di bawah ini diberikan dua model utama penyelidika tindakan diketengahkan oleh McBridge dan Schostak (1994) dan Kemmis dan McTaggart (1988):

36 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

Mengenal pasti Masalah/ Fokus Menganalisa dan Menilai

Mengumpul Data Awal

Mengumpul Data untuk mengesahkan perubahan

Menganalisa Data dan Membentuk Hipotesis

Melaksanakan Plan Tindakan

Membentuk Plan Tindakan

Rajah 1: Model Penyelidikan Tindakan oleh McBride dan Schostak (1994) Menurut model di atas, penyelidikan tindakan ialah satu kitaran yang bermula dengan suatu masalah yang sudah dikenal pasti dan pengumpulan data awal bagi membentuk hipotesis tentang masalah tersebut. Tindakan untuk mengadakan perubahan kemudiannya dibentuk serta dilaksanakan ke atas amalan yang sedia ada dan data dikumpul untuk melihat kesan kesan kepada perubahan yang dicuba. Hasil daripada analisis dan penilaian akhir yang dilakukan, kitaran penyelidikan tindakan akan bermula semula dengan satu fokus baru yang boleh dijadikan sebagai titik tolak kepada penelidikan tindakan yang selanjutnya.

Tinjauan/ Refleksi Awal Perancangan

Refleksi Pelaksanaan dan Pemantauan

Rajah 2: Model Penyelidikan Tindakan oleh Kemmis dan Mctaggart (1988)

Penyelidikan Tindakan 37

Menurut model Penyelidikan Tindakan di atas, Penyelidikan Tindakan mempunyai empat fasa perkembangan utama seperti berikut: Fasa 1: Menyediakan satu pelan tindakan untuk memperbaiki keadaan yang sedang berlaku. Fasa 2: Bertindak ke atas/ mengikut pelan tersebut Fasa 3: Memerhatikan kesan daripada tindakan yang dibuat dalam konteks di mana ianya berlaku Fasa 4: Membuat refleksi Menurut mereka lagi, keempat-empat fasa tersebut merupakan sebahagian daripada pusingan atau kitaran yang berterusan. Ini bermakna, refleksi secara kritikal yang berlaku dalam Fasa 4 menyediakan asas kepada menyediakan pelan tindakan dan refleksi seterusnya. PROSEDUR PENYELIDIKAN TINDAKAN Cohen dan Manion (1994) mengutarakan lapan prosedur dalam proses penyelidikan tindakan seperti berikut: 1.

Mengenal pasti masalah

2.

Menyediakan draf tindakan berdasarkan kepada perbincangan dengan pihakpihak yang terlibat

3.

Membuat tinjauan literatur mengenai masalah yang dikaji

4.

Membuat penyataan masalah dan hipotesis kajian

5.

Memilih metodologi serta langkah-langkah kajian

6.

Memilih prosedur penilaian

38 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

7.

Mengumpul data, membuat analisa serta memberi maklum balas

8.

Menginterpretasi data, membuat implikasi dan menilai

Menurut Nunan (1992), tujuh langkah utama yang perlu diambil dalam Penyelidikan Tindakan adalah seperti berikut: 1.

Inisiasi

2.

Melakukan tinjauan awal

3.

Membina hipotesis

4.

Melaksanakan intervensi/ mengambil tindakan

5.

Membuat penilaian (di atas intervensi/tindakan yang diambil)

6.

Melaporkan

7.

Mengadakan tindakan susulan

Dalam proses di atas, langkah pertama bermula daripada inisiatif yang dibuat oleh sekumpulan guru berdasarkan satu permasalahan sebenar yang muncul dalam pengajaran atau pembelajaran bilik darjah. Satu garis panduan bagi melaksanakan penyelidikan tindakan juga telah diketengahkan oleh Richards and Lockhart (1994 yang diubah suai daripada Kember dan Kelly 1992) seperti berikut: REFLEKSI AWAL Untuk memulakan projek penyelidikan tindakan, anda perlu mempunyai satu tema. Tema tersebut boleh bermula di peringkat satu kerisauan umum, satu keperluan yang sesuai dijangkakan atau satu masalah dalam kelas yang anda mengajar. Contohnya:

Penyelidikan Tindakan 39

1.

Murid-murid dalam kelas saya nampaknya menghadapi kesulitan besar apabila saya mengarahkan mereka membuat persembahan secara lisan.

2.

Apabila murid-murid menulis karangan, mereka sedikit sekali menggunakan strategi menyemak yang telah saya ajarkan.

3.

Jawapan peperiksaan yang diberikan oleh murid-murid dalam kelas sastera saya merupakan replika kepada nota-nota pengajaran saya- menunjukkan bahawa mereka sedikit sekali membaca.

Untuk kebimbangan ini menjadi fokus kepada penyelidikan tindakan, anda perlu menjadikan setiap satunya lebih konkrit agar ia lebih mudah dikaji. Anda perlu memikirkan satu set tindakan yang spesifik yan boleh anda cuba untuk melihat kesannya. Justeru, soalan-soalan yang lebih khusus perlu dibuat ke atas kerisauan tadi, mungkin sebagai contohnya: 1.

Apakah perubahan-perubahan yang boleh dibuat dalam kurikulum bertutur bagi membolehkan para pelajar mempunyai kemahiran yang diperlukan unuk membuat persembahan secara lisan?

2.

Adalah teknik pengajaran lain yang mungkin lebih baik untuk menyediakan pelajar menggunakan strategi menyemak semasa menulis karangan?

3.

Bagaimanakah soalan-soalan peperiksaan untuk kelas sastera diubah supaya pelajar digalakkan untuk lebih banyak membaca?

Biasanya, suatu pemerhatian awal dan reflektif secara kritikal diperlukan bagi menukarkan sesuatu kebimbangan kepada satu tema tindakan. Di samping itu, dalam penyelidikan tindakan, anda sebenarnya sedang menggalakkan perubahan. Oleh itu, untuk melaporkan perubahan anda perlu merekodkan situasi tersebut sebelum dan selepas perubahan itu berlaku.

40 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

PERANCANGAN Hasil yang paling penting di peringkat perancangan ialah pelan tindakan terperinci yang anda bercadang untuk ambil atau perubahan yang ingin anda lakukan. Siapa yang akan melakukan dan bila? Apakah perubahan yang akan dipinda pada kurikulum yang sedia ada? Bagaimanakah anda akan melaksanakan teknik pengajaran yang baru? Cuba anda fikirkan sama ada pelan tindakan anda tersebut praktikal atau tidak dan apakah reaksi orang lain terhadapnya. Anda juga perlu merancang bagaimana anda akan membuat pemerhatian atau pemantauan ke atas perubahan yang berlaku. Sediakan juga soal-selidik atau instrument lain yang akan digunakan. TINDAKAN Dalam melaksanakan pelan tindakan anda, selalunya tidak semuanya akan berlaku seperti mana yang dirancangkan. Justeru, jangan la berasa takut untuk mengubah sedikit haluan pelan tindakan anda mengikut maklum balas atau pengalaman yang berlaku. Walau bagaimanapun, pastikan anda rekodkan penukaran haluan ke atas pelan tindakan anda dan rasional anda melakukannya. PEMERHATIAN Pemerhatian, pemantauan dan proses merekod yang terperinci akan membolehkan anda melaporkan dapatan anda kepada orang lain. Justeru itu, dalam menjalankan penyelidikan tindakan, anda harus menyimpan sebuah dairi atau jurnal yang detail. REFLEKSI Pada penghujung kitaran sesuatu tindakan, anda seharuusnya membuat refleksi secar kritikal ke atas apa yang telah berlaku. Adakah perubahan-perubahan yang

Penyelidikan Tindakan 41

berlaku hasil dari tindakan anda efektif? Bagaimanakah anda boleh memperbaiki perubahan yang sedang anda cuba adakan? Jawapan kepada soalan ini biasanya akan membawa anda kepada satu lagi kitaran penyelidikan tindakan. STRATEGI-STRATEGI TINDAKAN Berikut ialah di antara strategi-strategi tindakan yang utama dalam merancang dan melaksanakan perubahan atau inovasi dalam sesuatu amalan pendidikan. Apa yang Perlu Diubah? Dalam konteks bilik darjah, aspek yang boleh diubah termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan pengajaran seperti kaedah, teknik, aktiviti, bahan, alat bantu mengajar, penilaian dan sebagainya. Walau bagaimanapun, apa yang ingin diubah biasanya terletak kepada pertimbangan pendidik yang akan menjalankan penyelidikan tindakan itu sendiri dan permasalahan yang berupaya ditonjolkan melalui kajian yang dilakukan. Bentuk Pelan Tindakan Terdapat DUA bentuk pelan tindakan yang utama (McBride dan Schostak, 1994). 1.

Jenis yang bermaksud menggantikan cara pengendalian sesuatu amalan semasa

2.

Jenis yang bermaksud menggantikan cara pengendalian sesuatu amalan semasa dengan pendekatan yang baru.

Pelan tindakan yang digunakan harus merangkumi perkara berikut: 1.

Tujuan tindakan

2.

Rasional tindakan diadakan

3.

Prosedur baru yang akan dilaksanakan

42 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

4.

Aktiviti baru yang berkaitan

5.

Bahan-bahan baru yang digunakan

6.

Idea yang menjadi tunjang kepada perubahan tersebut

7.

Teknik menilai perubahan

Alternatif-alternatif Tindakan Altrichter dan rakan-rakan (1993) mengatakan bahawa terdapat empat sumber untuk mendapatkan idea atau alternative untuk sesuatu tindakan: 1.

Kefahaman yang baru diperolehi oleh seseorang pendidik setelah membuat tinjauan.

2.

Proses pengumpulan maklumat atau data

3.

Matlamat objektif serta nilai-nilai pendidikan yang dipunyai oleh seseorang pendidik.

4.

Idea daripada sumber-sumber luar.

Merancang dan Melaksanakan Pelan Tindakan Satu jadual pelan tindakan yang terdiri daripada aktiviti dan tugasan perlu disediakan. Tindakan yang dilakukan sebolehnya hendaklah mengikut pelan yang sedia ada. Bagi membuat penentuan tentang akibat atau kesan daripada tindakan yang dibuat, penyelidik perlulah merekodkan segala maklumat (termasuklah pengalaman, penglibatan murid, perubahan pada murid, hasil kerja murid dan lain-lain) yang diperolehi berdasarkan permasalahan yang telah ditetapkan.

Penyelidikan Tindakan 43

Mentafsirkan Pemerhatian Penafsiran maklumat yang dikumpul hasil dari tindakan yang diambil seharusnya dilalukan secara dua peringkat: Peringkat pertama: Melihat analisis data sebagai suatu kerja kumpulan Peringkat kedua: Penyelidik akan berada dalam kedudukan untuk melihat semula bukan sahaja akibat daripada perubahan yang dicuba, tetapi juga pengalamannya

sebagai

penyelidik

tindakan.

Sebaiknya,

penyelidik menulis satu laporan yang menjelaskan pengalaman tersebut beserta dengan perubahan yang berlaku. Refleksi dalam Penyelidikan Tindakan Refleksi merupakan satu pra-syarat dan konsep penting dalam penyelidikan tindakan. Proses refleksi biasanya berlaku pada peringkat tinjauan awal dan setelah perubahan dilakukan ke atas sesuatu amalan pendidikan. Ciri-ciri Refleksi Pada pendapat Frost 91993), dalam membuat refleksi, seseorang penyelidik haruslah: 1.

Mentaksir dan mempertimbangkan kemahiran mengajarnya

2.

Menilai kesesuaian sesuatu strategi pengajaran dan bahan yang digunakan

3.

Menganalisa nilai-nilai pendidikan yang menjadi asas kepada sesuatu amalan pengajaran

4.

Mengkaji dan menjelaskan pegangan dan nilai peribadi yang berkaitan dengan pendidikan

5.

Membentuk satu penjelasan mengenai pelajar, interaksi bilik darjah serta proses pengajaran dan pembelajaran.

44 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

Kesan Menjalankan Refleksi Boud dan rakan-rakan (1985) berpendapat bahawa seseorang yang menjalankan refleksi dengan efektif akan menjadi lebih sedar tentang perkara-perkara berikut: 1.

Tingkah laku atau amalan pengajarannya sendiri

2.

Pengertian pada tingkah laku atau amalan pengajarannya

3.

Tabiat atau kebiasaannya seperti tabiat berfikir

4.

Perasaannya sendiri terhadap segala yang dilakukannya

5.

Bagaimana dirinya menilai sesuatu

Kesedaran tersebut akan mengakibatkan transformasi perspektif dalam dirinya terhadap sesuatu amalan pendidikan seperti pembelajaran. DAIRI PENYELIDIKAN TINDAKAN Dalam melaksanakan suatu penyelidikan tindakan, dairi atau jurnal merupakan satu bahan penting yang perlu disimpan oleh seseorang penyelidik bagi merekod proses penyelidikan tindakan yang dijalankan. Berikut ialah satu garis panduan yang diketengahkan oleh Altrichter dan rakan-rakan (1993) mengenai cara penulisan dairi penyelidikan tindakan. 1.

Dairi penyelidikan tindakan perlu ditulis secara berterusan

2.

Bincang dengan rakan (terutamanya diperingkat awal) sebelum menulis sesuatu entri

3.

Tuliskan dalam bentuk yang anda rasa selesa dan jangan hiraukan tentang gaya dan mekanik penulisan-tidak ada satu bentuk penulisan yang tetap

4.

Sediakan satu ruang (kiri dan kanan) dalam dairi tersebut untuk membuat catatan tambahan atau catatan analisis

Penyelidikan Tindakan 45

5.

Buatkan analisis sementara dan bincangkan kandungan dairi dengan rakanrakan anda dari semasa ke semasa

Masukkan maklumat berikut dalam setiap entri yang dibuat iaitu tarikh peristiwa, tarikh catatan, konteks seperti masa, lokasi, peserta, tajuk dan subtajuk. Catatkan apa sahaja maklumat tambahan yang boleh membantu anda mendapat kefahaman yang mendalam tentang sesuatu permasalahan termasuklah pencerapan, perasaan, reaksi, tafsiran, renungan, idea dan penerangan. Menurut mereka lagi, anda juga boleh mencatatkan aspek-aspek umum pengalaman anda mencuba sesuatu inovasi termasuklah: 1.

Perasaan yang anda alami mengubah cara atau amalan sesuatu pengajaran

2.

Perasaan anda mengenai bagaimanakah anda mempelajari suatu perkara yang baru

3.

Pengetahuan atau ‘makna baru’ yang terbentuk dalam minda anda

Berikut ialah contoh beberapa soalan-soalan refleksi yang boleh dijadikan sebagai panduan penulisan dairi penyelidikan tindakan anda: Soalan Berkaitan dengan Pengajaran 1.

Apakah tujuan anda mengajar?

2.

Berjayakah anda memenuhi matlamat anda?

3.

Apakah bahan-bahan pengajaran yang anda gunakan? Sejauh manakah keberkesanan bahan-bahan tersebut?

4.

Apakah teknik-teknik pengajaran yang anda gunakan?

5.

Apakah jenis interaksi guru-murid yang wujud?

6.

Adakah anda mempunyai apa-apa masalah mengenai pelajaran tersebut?

7.

Adakah pengajaran anda menyimpang dari rancangan pengajaran anda?

46 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

8.

Bahagian pelajaran yang manakah yang paling berjaya dan yang manakah yang gagal?

9.

Apakah perubahan yang anda fikirkan perlu untuk mempertimbangkan amalan pengajaran anda?

Soalan-soalan Berkaitan dengan Pembelajaran 1.

Adakah anda mengajar kesemua pelajar?

2.

Adakah pelajar mengambil bahagian secara aktif dalam pelajaran?

3.

Bagaimanakah anda memenuhi keperluan pelajar-pelajar yang pelbagai?

4.

Adakah pelajar berasa tercabar dengan pelajaran tersebut?

5.

Adakah pelajar benar-benar mempelajari sesuatu dari pelajaran tersebut?

6.

Apakah yang mereka paling suka atau tidak selesa tentang pelajaran tersebut?

JENIS PENELITIAN TINDAKAN KELAS Penelitian tindakan kelas boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu penelitian tindakan kelas teknikal (technical action research), penelitian tindakan kelas praktikal (practical action research) dan penelitian tindakan kelas bebas (emancipator action research) (Carr & Kemmis 1986; Grundy 1982). Mengikut mereka, tujuan penelitian tindakan kelas teknikal adalah lebih kepada keberkesanan dan kecekapan amalan pendidikan atau lebih tertumpu pada produk. Projek di bawah jenis ini dimulakan oleh pakar dari luar sebagai fasilitator dan pengamalpengamal banyak bergantung pada fasilitator tersebut. Penelitian tindakan kelas praktikal pula adalah melibatkan fasilitator dan pengamal menyelidik secara bersama dan menggalakkan penglibatan dan refleksi kendiri pengamal-pengamal. Manakala penelitian tindakan kelas bebas adalah masih melibatkan fasilitator dan pengamal menyelidik bersama secara kolaboratif di mana tanggungjawab dikongsi sama rata. Pengamal bebas daripada mengikut cara tradisi dan membuat keputusan secara demokratik.

Penyelidikan Tindakan 47

Bagi Calhoun (1993) pula, dia membahagikan penelitian tindakan kelas kepada tiga senario iaitu penelitian tindakan kelas individu (individual action research), penelitian tindakan kelas kolaboratif (collaborative action research) dan penelitian tindakan kelas seluruh sekolah (schoolwide action research). Secara umumnya, penelitian tindakan kelas individu ialah kajian yang dilaksanakan secara individu, manakala penelitian tindakan kelas kolaboratif pula dilaksanakan oleh kumpulan guru secara sukarela dengan pensyarah universiti. Penelitian tindakan kelas seluruh sekolah adalah kajian yang melibatkan seluruh staf dan guru sekolah secara bersama melaksanakan kajian. Penelitian tindakan kelas Individu Tujuan kajian kajian oleh guru secara individu biasnya difokuskan kepada perubahan sesebuah bilik darjah. Guru mungkin telah mengenalpasti sesuatu perkara yang hendak diubah atau teroka dalam konteks seperti iklim bilik, pengurusan, strategi pengarahan, material bilik darjah atau kognitif dan tingkah laku sosial pelajar. Seharusnya guru mendefinisikan bidang yang diminati iaitu biasanya adalah masalah yang hendak diselesaikan dan mencari penyelesaian terhadap masalah tersebut. Contohnya, memperbaiki tulisan pelajar melalui penggunaan komputer riba (Marick 1990); menentukan keberkesanan

strategi

pengajaran yang tertentu dalam memperbaiki hubungan antara kaum (Hopkins 1985); meneroka pengunaan kit pemahaman “Versatile” terhadap kemahiran pembacaan pemahaman bagi pelajar berisiko dan pelajar tahap 3; dan penggunaan penelitian tindakan kelas untuk membangunkan unit pengarahan untuk pelajar (dicker 1990). Jika pelajar mengambil bahagian secara langsung dalam penyiasatanyang dilakukan, membantu menghasilkan dan meneroka alternatif dan menentukan hasil penyelidikan, maka, mereka juga tergolong sebagai sebahagian daripada audien utama. Beberapa guru lain dalam sekolah yang sama mungkin melaksanakan penyelidikan terhadap masalah yang sama. Mereka mungkin berkongsi atau tidak

48 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

berkongsi pengalaman dan keputusan penyelidikan yang diperolehi. Banyak mana perkongsian maklumat biasanya bergantung kepada hubungan antara rakan sekerja. Bila mana berlaku perkongsian, maka hubungan antara rakan sekerja akan meningkat (Myers 1985; Oja dan smulyan 1989; Rogers, Haven-O’ Donnell, Hebdon, dan Ferell 1990; Strickland 1988). Penelitian tindakan kelas Kolaboratif Bergantung kepada bilangan guru yang terlibat, tujuan penelitian tindakan kelas secara kolaborasi boleh difokuskan daripada masalah dalam sesebuah bilik kepada beberapa bilik darjah yang terdapat dalam sekolah atau kawasan yang sama. Ia juga boleh berlaku merentasi sekolah dan kawasan. Saiz kumpulan penelitian tindakan kelas boleh jadi terdiri daripada hanya dua orang atau mungkin melibatkan sekumpulan guru dan kakitangan pentadbiran yang bekerja bersama beberapa ahli lain daripada universiti atau agensi luar yang lain. Kajian kolaborasi ini dijalankan apabila terdapat permasalahan yang sama dalam kalangan mereka merentasi bilik darjah masing-masing. Kaedah penyelidikan penelitian tindakan kelas kolaborasi akan menggunakan kitaran langkah yang sama dengan yang digunakan oleh guruguru yang melaksanakannnya secara individu. Di sini diberikan beberapa contoh penelitian tindakan kelas yang dilaksanakan secara kolaboratif: meneroka perubahan pencapaian dan sikap pelajar melalui implementasi persekitaran bahasa secara menyeluruh dalam tiga buah bilik darjah; mengkaji kesan strategi pembelajaran koperatif, Teams-Games-Tournaments, melalui tingkah laku sosial dan akademik pelajar ke atas dua buah sekolah menengah.; mengkaji tindak balas pelajar terhadap unit sains yang baru dibangunkan oleh jawatankuasa kurikulum (kajian rintis melibatkan lima buah bilik darjah daripada lima buah sekolah); dan meningkatkan kemahiran pelajar dalam penyelesaian masalah matematik melalui penggunaan penulisan (sebuah bilik darjah dan seorang guru, seorang pararpofesional, seorang pegawai pentadbiran daerah dan seorang profesor universiti terlibat dalam kajian ini).

Penyelidikan Tindakan 49

Artikel dan huraian mengenai penelitian tindakan kelas sering merujuk kepada kerjasama antara guru-guru atau pentadbir yang berkerja dengan individu daripada universiti, atau fasilitator bagi konsortium pendidikan (Allen, Combs Hendricks, Nash, and Wilson 1988; Holly 1991; Oja dan Smulyan 1989; Sagor 1991; Whitford, Schlecty dan Shelor 1987). Walaupun kajian sebegini melibatkan pelbagai pihak seperti pelaksana persekolahan dan pasukan penyelidik daripada pelbagai organisasi

yang

berbeza

secara

kolaboratif,

dan

kesemua

pihak

dapat

mengeksploitasi keuntungan daripada kesatuan ini, namun guru dilihat sebagai pihak yang mendapat kelebihan daripada peranan tutorial dan coaching yang dimainkan oleh pihak-pihak yang tersebut. Dengan bekerja bersama ahli fakulti dan menggunakan model kajian tindkaan, secara tidak langsung, kumpulan profesional dari pihak luar itu membantu sekolah untuk membentuk kemahiran menggunakan bahan untuk inkuiri sains sosial dengan lebih baik. Audien utama sebagai hasil daripada penelitian tindakan kelas kolaborasi adalah ahli pasukan penyelidikan tersebut. Bergantung kepada tahap penglibatan mereka dalam merumuskan dan membentuk penyelidikan, pelajar dan ibu bapa boleh jadi sebahagian daripada audien utamanya. Jika usaha penyelidikan ini secara rasminya atau secara fizikalnya ditaja oleh pentadbiran sekolah, pejabat daerah, atau universiti, maka mereka juga adalah sebahagian daripada audien utama. Penelitian Tindakan Kelas Seluruh Sekolah Tujuan penelitian tindakan kelas secara menyeluruh adalah untuk menambahbaik sekolah dalam tiga perkara. Pertama adalah menambahbaik organisasi sekolah sebagai entiti penyelesaian masalah. Melalui langkah penyelidikan yang berulangulang, fakulti sebagai kumpulan sekerja seharusnya tidak mepunyai masalah untuk bekerjasama mengenalpasti dan menyelesaikan masalah.

50 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

Perkara kedua merujuk kepada pembaikan ekuiti untuk pelajar. contohnya, jika fakulti mengkaji proses penulisan untuk menyediakan peluang instruksi yang lebih baik kepada pelajar, maksudnya semua pelajar akan mendapat kelebihan tersebut, bukan sekadar kepada golongan tertentu dalam fakulti tersebut. Implikasi penelitian tindakan kelas yang ketiga pula adalah keluasan dan kandungan inkuiri itu sendiri. Jika fakulti membuat keputusan untuk mengkaji proses penulisan, guru itu bermaksud supaya pembaikan kualiti penulisan secara menyeluruh. Dan dalam ruang lingkup sesuatu perhatian atau minat, setiap bilik darjah dan guru terlibat dalam kajian kolektif dan penilaian kesan terhadap pelajar. dalam pada mereka berusaha untuk perkembangan secara menyeluruh, ahli fakulti mungkin akan melibatkan pelajar dan ibu bapa, malah mungkin juga komuniti dalam proses pengumpulan dan interpretasi data serta proses membuat pemilihan tindakan yang hendak diambil. Penelitian tindakan kelas secara menyeluruh juga adalah satu kajian berbentuk kolaborasi, namun konsepnya berbeza dengan penelitian tindakan kelas kolaborasi itu sendiri apabila semua orang di dalam sekolah terlibat dalam inkuiri tersebut. Beberapa contoh penelitian tindakan kelas secara menyeluruh adalah seperti berikut: meneroka dan memperbaiki pencapaian pelajar dalam mata pelajaran matematik; memperbaiki tahap keyakinan diri dan pencapaian pelajar merentas semua bidang mata pelajaran; memperbaiki kemahiran sosial pelajar menerusi penerapan pembelajaran koperatif merentas kurikulum; peningkatan penggunaan teknologi. Inkuiri menyeluruh secara formal sering dimulakan di sekolah kerana gabungan bersama kumpulan-kumpulan atau consortium yang mempromosikan penelitian tindakan kelas sebagai strategi utama untuk pembaikan sekolah, contohnya seperti Center for Leadershipin School Reform yang terdapat di Kentucky atau League of Professional Schools di Georgia. Sesetengah kumpulan pemimpin sekolah yang tahu

Penyelidikan Tindakan 51

mengenai penelitian tindakan kelas, mempunyai kesedaran terhadapnya atau membincangkannya dengan rakan sejawat akan mengambil tindakan untuk melaksanakan kajian ini di institusi masing-masing. Hasil audien dalam penelitian tindakan kelas menyeluruh termausklah pesertapeserta utama. Ini bermaksud, jumlah minimum audien adalah keseluruhan ahli dalam sesebuah fakulti. Ahli fakulti, sebagai satu kumpulan mungkin akan membuat keputusan untuk mengembangkan skop audien dengan melibatkan pelajar, ibu bapa dan komuniti serta lembaga sekolah. Variasi kajian kolektif secara menyeluruh adalah jenis penelitian tindakan kelas yang paling kompleks untuk dilaksanakan. Hal ini kerana ia memerlukan penglibatan daripada seluruh ahli organisasi yang dipanggil sebagai sekolah untuk mencapai matlamat kajian menyeluruh yang dimaksudkan. Proses pemungutan data ke atas pengarahan inisiatif seperti memperbaiki pencapaian pelajar dalam seni bahasa, matematik dan sains memerlukan kepercayaan dan kolaborasi mental dan fizikal daripada seluruh organisasi tersebut. Permulaan kajian ini memerlukan kesabaran dan pemahaman penyelidik dan orang lain. Ia melibatkan usaha yang memerlukan tenaga fizikal tetapi juga menghasilkan tenaga. Selain itu, kajian ini turut disokong oleh kebimbangan masyarakat terhadap kesan tindakan segera yang diperlukan ke atas pelajar untuk tujuan penambahbaikan. Penelitian tindakan kelas secara menyeluruh boleh jadi bermasalah. Konflik mungkin timbul dalam kitaran pertama pelaksanaannya apabila seluruh komuniti dalam proses untuk belajar mengenai langkah-langkah yang kompleks yang terlibat dalam penelitian tindakan kelas secara menyeluruh ini. walau bagaimanapun, sifat kompleks ini menyumbang kepada beberapa kesan sampingan yang penting iaitu setiap peserta perlu belajar tentang bagaimana untuk membina hubungan antara rakan sekerja, mengenai bagaimana untuk menguruskan proses berkumpulan, serta mengenai aspek kurikulum dan pengarahan yang mungkin tidak mereka perolehi daripada kerja secara individu.

52 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

Seperti yang anda ketahui, matlamat inkuiri pembelajaran pelajar adalah sama bagi penyelidikan tindakan secara individu, kolaborasi dan menyeluruh. Perbezaan ketara bagi tipologi penelitian tindakan kelas adalah bilangan peserta dewasa yang terlibat secara langsung dalam proses inkuiri serta bilangan pelajar yang secara langsung terkesan akibat daripada proses dan tindakan yang diambil daripada hasilnya dan sebagai sebahagian daripada inkuiri tersebut. Dalam pembaharuan penelitian tindakan kelas secara menyeluruh, semakin ramai orang yang terlibat secara langsung, pendidikan terhadap pelajar dan diri kita sendiri sebagai masyarakat akan semakin meningkat. Ramai guru dan pihak pentadbiran terlibat dalam penghasilan kurikulum dan penambahbaikan instruksi melalui setiap jenis penyelidikan tindakan. Dalam kebanyakan kes, hubunga kolaboratif meningkat dalam kalangan personal sekolah, ahli daripada pejabat daerah, agensi perantaraan, universiti serta personnelnya. Apabila penelitian tindakan kelas secara menyeluruh dilaksanakan, kebolehan menyelesaikan masalah bagi sekolah dan pejabat daerah tersebut akan meningkat. Tambahan pula, penggunaan salah satu jenis penyelidikan tidak mengenepikan yang lain. Penyelidikan tindakan secara individu dan kolaboratif digabungkan dan dihasilkan di dalam penelitian tindakan kelas secara menyeluruh. KEPENTINGAN PENELITIAN TINDAKAN KELAS Sebenarnya tanpa guru-guru sedari kebanyakan usaha untk membawa perubahan dalam pendidikan dibawa oleh mereka yang berada di luar bilik darjah (Elerton, Clements & Skehan 1989). Guru sering didedahkan kepada dapatan kajian yang dijalankan oleh ahli akademik, yang mana guru biasanya tidak memahami data kuantitatif yang menggunakan analisis statistik yang canggih dan akhirnya dapatan kajian itu tidak memberi apa-apa makna kepada mereka. Ini membawa kepada kepercayaan kebanyakan guru bahawa penyelidikan pendidikan tidak relevan

Penyelidikan Tindakan 53

secara praktikalnya (Johnson 2002). Maka wujud jurang di antara penyelidik yang menjalankan penyelidikan dan melaporkan dapatan kajian dengan guru yang mempraktikkan amalan di sekolah. Dengan kata-kata lain, wujud jurang di antara teori dan amalan. Penelitian tindakan kelas adalah satu penyelesaian yang boleh digunakan untuk menyambungkan atau merapatkan jurang ini (Johnson 2002). Melalui penelitian tindakan kelas, guru-guru menjalankan kajian untuk mengatasi sesuatu masalah atau isu di dlaam bilik darjah atau sekolah. Maka boleh dikatakan kajian jenis ini dapat member gambaran realistic kepada apa yang berlaku dalam bilik darjah. Melalui penelitian tindakan kelas, guru dapat mencari langkah-langkah penyelesaian kepada masalah-masalah tempatan dan semasa. Guru yang menjalankan

projek

penyelidikannya

sendiri

boleh

meningkatkan

mutu

perkhidmatan di bilik darjah (Arfah 1993). Ini kerana penelitian tindakan kelas membawa kepada peningkatan kurikulum, kritikan professional dan reformasi masyarakat (Hollingsworth 1992). Melalui penelitian tindakan kelas, guru-guru juga dapat meningkatkan kefahaman serta kemampuan mereka dalam bidang pedagogi, seterusnya membantu pendidikan negara menjadi lebih berkualiti dan cemerlang (Berita Harian 2001). Malah dapatan daripada penelitian tindakan kelas dapat diintegrasikan atau disepadukan ke dalam amalan (Baird & Mitchell 1987; Baird & Northfield 1992; McTagart 1991; Richardson 1994). Menurut Whitehead (1997), kajian yang dijalankan oleh guru boleh meningkatkan kualiti pembelajaran pelajar serta membantu membina semula teori-teori pendidikan dan asas ilmu pengajaran. Pendokumentasian yang dijalankan dalam penelitian tindakan kelas akan membolehkan guru-guru memahami secara lebih mendalam perkembangan pelajarpelajar serta membolehkan mereka membuat keputusan tentang cara-cara yang sesuai untuk membantu perkembangan serta pembelajaran pelajar-pelajar itu.

54 Penelitian Tindakan Kelas dalam Pendidikan

Penelitian tindakan kelas biasanya dijalankan secara kolaboratif bersama rakan sejawat atau guru-guru lain supaya dapat berkongsi pengalaman dan dapatan kajian dimanfaatkan bersama. Perbincangan profesional dengan rakan sejawat membawa kepada perkembangan profesionalisme keguruan dan perubahan pendidikan. Apabila guru-guru bekerja secara kolaboratif mereka sebenarnya mewujudkan budaya perkongsian pengalaman dan perkembangan amalan berdasarkan pembelajaran dari pengalaman. Delong (1996) menyatakan dalam penelitian tindakan kelas sokongan bagi guru terbina (built-in). guru-guru memerlukan sokongan semasa mereka ingin melakukan perubahan dalam amalan pengajaran mereka khasnya jika ia melibatkan perubahan kepada sistem nilai guru. Dengan berkongsi pandangan dan idea, mereka dapat melihat sesuatu isu atau masalah yang dihadapai dalam cara yang berlainan dan seterusnya mengatasi cabaran-cabaran di bilik darjah mereka. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa melalui penelitian tindakan kelas dapat membantu guru-guru dalam menghadapi pelbagai cabaran dan dengan itu memperkembangkan kemahiran professional guru dalam mengenalpasti teknik atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Melalui penelitian tindakan kelas dapat menggalak guru menyelidik amalan-amalan yang ingin diperbaiki khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dan ini menyebabkan guru mempunyai kuasa untuk membuat keputusan dalam bilik darjah mereka sendiri. Dengan itu, guru-guru dapat menyelesaikan masalah-masalah professional tanpa merujuk kepada arahan daripada pihak luar.