Persepsi Stigma dan Gangguan Tingkah Laku Terhadap Efikasi ...

105 downloads 5940 Views 385KB Size Report
Journal of Intellectual & Developmental Disability, 27, 149-160. Henslin, J. M. ( 2007). Sosiologi : Dengan Pendekatan Membumi, Jilid 1. Indonesia: Penerbit.
ISBN : 978-967-0582-32-0 Persepsi Stigma dan Gangguan Tingkah Laku Terhadap Efikasi Kendiri Ibu yang Mempunyai Anak Kecelaruan Perkembangan Kognitif Natrah Abu Bakar, Nurul Hudani Md. Nawi, Agnis Sombuling Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah

ABSTRAK

Pembentang: Natrah Abu Bakar

Umumnya, efikasi kendiri memainkan peranan penting dalam membantu proses peralihan ke fasa keibubapaan. Ibu yang mempunyai anak kecelaruan perkembangan kognitif sering melihat proses penjagaan anak sebagai suatu Sesi : perkara yang menyukarkan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji 2.30 – 4.30 Ptg pengaruh antara persepsi stigma dan gangguan tingkah laku kanak-kanak BS 1 kecelaruan perkembangan kognitif terhadap efikasi kendiri ibu. Kanak-kanak kecelaruan perkembangan kognitif iaitu Autism, Attention Deficit/Hyperactivity Disorder, dan masalah pembelajaran mempunyai tingkah laku yang berbeza akan menyumbang kepada perubahan tahap efikasi kendiri ibu di samping persepsi stigma ibu apabila mempunyai anak kecelaruan perkembangan kognitif. Dalam kajian ini nanti, seramai 250 orang yang terdiri daripada ibu yang mempunyai anak kecelaruan perkembangan kognitif iaitu Autism, Attention Deficit/Hyperactivity Disorder, dan masalah pembelajaran. Justeru, kajian ini mengenai kepentingan efikasi kendiri dalam membesarkan anak-anak kecelaruan perkembangan kognitif kerana membesarkan anak-anak begini merupakan cabaran yang besar. Kata Kunci: Persepsi Stigma, Gangguan Tingkah laku, efikasi Kendiri

1

PENDAHULUAN Bandura dan Wood (1989) berhujah bahawa efikasi kendiri merujuk kepada kepercayaan ibu bapa mengenai keupayaan mereka untuk mengawal peristiwa-peristiwa yang memberi kesan kepada kehidupan mereka. Oleh itu, efikasi kendiri bukan sahaja melibatkan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang tetapi turut melihat bagaimana seseorang boleh melakukan sesuatu dengan kemahiran yang ada (Bandura, 1997). Efikasi kendiri ibu bermula dengan pemahaman terhadap diagnosis dan pembelajaran bagaimana anak boleh dibantu, siapa yang akan membantu, dan apa yang perlu dilakukan bagi meringankan beban semasa menjaga anak kecelaruan pekembangan. Walau bagaimanapun, ia juga merupakan titik permulaan kepada perasaan ibu bapa yang tidak percaya dengan kebolehan diri.Ibu yang mempunyai anak kecelaruan perkembangan sering melihat proses penjagaan anak sebagai suatu perkara yang menyukarkan. Situasi ini berlaku kerana sesetengah ketidakupayaan hadir dalam pelbagai tingkat keupayaan tingkah laku yang menambahkan lagi cabaran terhadap ibu bapa (Cho, Singer, & Brenner, 2000). Rush (2006) menyatakan bahawa bukan sahaja keadaan kanak-kanak yang kurang upaya membuatkan tugas keibubapaan menjadi sukar tetapi persepsi keupayaan ibu bapa terhadap cabaran untuk menjaga anak yang mempunyai masalah kecelaruan perkembangan kognitif turut memberi kesan sama ada dari segi fizikal, psikologi dan praktikal. Realitinya dalam menjaga anak yang mempunyai kecelaruan perkembangan, ibu bapa menghadapi cabaran dari segala sudut dalam kehidupan (Simpson, LaCava, & Graner, 2004). Penyakit yang dihidapi oleh kanak-kanak bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan diri sendiri malah memberi kesan kepada masyarakat sekeliling terutamanya keluarga. Tugas untuk membesarkan anak kurang upaya bukan satu perkara yang mudah (Nicholas, 2008). Ibu memerlukan ketahanan fizikal dan mental bagi menghadapi setiap tuntutan anak kerana ia melibatkan masa, wang dan tenaga yang banyak. Sahu dan Rath (2003) menyatakan bahawa menjaga anak yang mempunyai kecelaruan perkembangan boleh menjadi pencetus untuk ibu tersebut mengalami masalah kebimbangan dan kemurungan, serta tahap efikasi kendiri yang rendah. Tambahan pula, ibu bapa mendapati cabaran menjaga anak-anak kecelaruan perkembangan lebih sukar apabila terdapat sikap negatif terhadap anak-anak dalam persekitaran terdekat. Sebagai contoh, ibu bapa yang bekerja berkemungkinan tidak berupaya mencari pengasuh yang baik terhadap anak mereka semasa ibu bapa sedang bekerja kerana persepsi negatif masyarakat luar atau stigma terhadap kanak-kanak kurang upaya. Selain itu, rakan-rakan, saudara atau pembantu rumah akan membuat taksiran mengenai penjagaan kanak-kanak kurang upaya sebagai sukar dan enggan untuk terlibat dengan masalah tingkah laku kanak-kanak tersebut. Lantas, Ibu bapa turut mempunyai persepsi stigma terhadap masyarakat apabila perkara tersebut melibatkan anak-anak mereka. Stigma menurut Erving Goffman (1963) merujuk kepada ciri di mana individu atau masyarakat menurunkan nilai seseorang di mata orang lain ( dalamHenslin, 2007). Semua aspek individu tersebut dinilai dan dipandang. Persepsi stigma pula ialah perasaan malu, rasa hina, atau taboo yang diberikan oleh masyarakat kepada masalah dan diri individu tersebut (Kiesler, 2014). Ini menunjukkan bagaimana pemikiran ibu tersebut terhadap apa yang difikirkan atau pandangan masyarakat terhadap dirinya (Thornicroft & Tansella, 2010). Ibu beranggapan masyarakat memandang dirinya secara negatif. Kecekapan keibubapaan sangat dipengaruhi oleh efikasi kendiri di mana ibu bapa yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi akan menerbitkan rasa yakin untuk menguasai kemahiran keibubapaan (Jones & Prinz, 2005). Sebaliknya pula, ibu bapa yang mempunyai efikasi kendiri yang rendah akan mengalami kesukaran untuk menangani situasi ketika anakanak mereka menunjukkan tingkah laku yang tidak menyenangkan. Jones dan Prinz (2005) menyatakan bahawa masalah anak seperti Attention Deficit/ Hyperactive Disorder (ADHD), Autisme Spectrum Disorder (ASD) dan tingkah laku bersalah merupakan antara cabaran yang boleh memberi kesan kepada efikasi kendiri. Ibu bapa yang berhadapan dengan tingkah laku bermasalah anak sukar untuk mengekalkan tahap efikasi kendiri yang tinggi. Namun, efikasi kendiri ibu bapa akan meningkat dan menjadi kuat apabila mereka melihat kejayaan anak-anak mereka. Menurut kajian, efikasi kendiri ibu ialah kepercayaan ibu terhadap keupayaan diri untuk menguruskan pelbagai tugasan dan keadaan secara

2

efektif (Sanders & Woolley, 2005). Efikasi kendiri yang tinggi berkait dengan sensitif ibu, kemesraan dan respon ibu. Kanak-kanak ADHD akan menimbulkan perasaan menjengkelkan, sedih, dan malu. Kajian ini mendapati bahawa kanak-kanak ADHD memberi kesan kepada ibu dengan meningkatkan tahap stres dan kebimbangan (Maniadaki, Sonuga-Barke, Kakouros& Karaba, 2005). Tingkah laku bermasalah kanak-kanak secara konsisten telah dikenal pasti sebagai pemberi tekanan kepada ibu bapa yang mempunyai anak kecelaruan perkembangan kognitif. Kajian yang dijalankan Sanders dan Wolley (2005) menunjukkan bahawa ibu mempunyai efikasi kendiri yang rendah apabila mempunyai anak bertingkah laku bermasalah. Selain itu, Ibu bapa yang mempunyai anak kecelaruan perkembangan menunjukkan tahap stres yang tinggi berbanding ibu bapa kanak-kanak normal. Stres yang dialami berkait rapat dengan penjagaan anak kecelaruan perkembangan termasuk masalah tingkah laku (Greff & Nolting, 2013). Kajian ini mendapati bahawa stres yang dialami dapat dikurangkan apabila ibu bapa menerima anak mereka seadanya (Greff & Nolting, 2013). Ini menunjukkan efikasi kendiri ibu bapa akan meningkat kerana ibu bapa cuba untuk memahami keadaan anak mereka dan cuba sebaiknya untuk membesarkan anak mereka. Efikasi kendiri ibu boleh dipengaruhi dengan kehadiran stres dalam menguruskan anak kecelaruan perkembangan. Kajian menyatakan bahawa stres ibu menjadi perantara yang penting antara tingkah laku bermasalah anak dan efikasi kendiri ibu. Tingkah laku bermasalah anak boleh meramal stres ibu dan stres ibu boleh meramal tingkah laku anak (Neece, Green, & Baker, 2012). Secara teorinya, ibu yang mempunyai anak kecelaruan perkembangan akan menyebabkan ibu mengalami stres dan memberi kesan kepada keibubapaan. Sebaliknya juga, apabila ibu mengalami stres, ibu akan bertindak agresif terhadap anak dengan memukul, memarahi anak. Hal ini akan menyebabkan anak akan menunjukkan tingkah laku yang lebih bermasalah (Hastings, 2002). Kecelaruan perkembangan dikaitkan dengan keadaan di mana terdapat kekurangan pada fizikal, pembelajaran, bahasa atau tingkah laku. Keadaan ini bermula semasa kanakkanakberada pada tahap perkembangan yang boleh memberi kesan kepada kefungsian dan berkemungkinan menjadi kurang upaya sepanjang hayat. World Health Organization (WHO) menyatakan bahawa 10% daripada populasi penduduk negara seluruh dunia mempunyai beberapa bentuk kecacatan. Dianggarkan dalam 10% populasi yang mempunyai beberapa kecacatan, satu per tiga atau 800,000 ribu orang adalah daripada kalangan kanak-kanak yang berumur kurang 15 tahun di Malaysia (Tan & Yadav, 2008). Kecelaruan perkembangan kognitif bukan sahaja memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut tetapi turut melibatkan individu sekeliling terutamanya ibu. Kecelaruan perkembangan kognitif ini telah memberi kesan kepada kecekapan atau efikasi kendiri ibu dalam menguruskan anak-anak sebegini. Banyak kajian yang dijalankan mengenai efikasi kendiri ibu tetapi dapatan kajian tersebut adalah mengikut konteks barat. Disebabkan perbezaan konteks sosial dan budaya maka dapatan yang diperolehi tidak dapat diaplikasi sepenuhnya dalam konteks Malaysia. Selain itu, tidak banyak kajian yang membincangkan persepsi stigma secara kuantitatif dalam kalangan ibu ASD dan kurang kajian yang dijalankan dalam kalangan ibu ADHD (Rosenblum-Fishman, 2013).Terdapat pelbagai faktor-faktor yang boleh mempengaruhi efikasi kendiri ibu dalam membesarkan anak yang mempunyai kecelaruan perkembangan kognitif. Berdasarkan kajian daripada RosenblumFishman (2013), faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada efikasi kendiri ibu ialah persepsi stigma, gangguan tingkah laku anak dan stres ibu. Apabila sesebuah keluarga memiliki anak kurang upaya, masyarakat akan mempersalahkan ibu bapa kerana melahirkan anak yang tidak menyumbang kepada negara selain masyarakat mempersalahkan ibu yang mempunyai anak ASD kerana menyebabkan anak yang dilahirkan menghidap penyakit tersebut (Rosenblum-Fishman, 2013). Ini adalah penting untuk difahami adakah ibu masih rasa diri mereka dipersalahkan oleh masyarakat kerana melahirkan anak yang tidak normal dan mempunyai gangguan tingkah laku yang bermasalah. Berkemungkinan ibu kepada anak ASD mempunyai tahap persepsi stigma yang rendah berbanding ibu kepada ADHD kerana cara masyarakat melihat kanak-kanak ASD adalah berbeza daripada kanak-kanak ADHD dan berkemungkinan tahap efikasi kendiri ibu kepada masalah

3

pembelajaran lebih rendah berbanding ibu kepada ASD dan ADHD. Persepsi stigma boleh menyebabkan efikasi kendiri ibu meningkat atau menurun. Rosenblum-Fishman (2013) menyatakan bahawa stres ibu bertindak sebagai moderator kepada gangguan tingkah laku anak dan efikasi kendiri ibu. Kajian lepas menyatakan bahawa ibu bapa yang mempunyai anak kecelaruan perkembangan akan menunjukkan tahap stres yang tinggi berbanding ibu bapa kanak-kanak normal. Stres ibu bapa berkait rapat dengan penjagaan anak kecelaruan perkembangan dan tingkah laku bermasalah serta perhatian yang diinginkan oleh anak-anak dalam kehidupan seharian (Greff & Nolting, 2013). Namun, masih tidak banyak kajian yang dijalankan untuk mengkaji faktor moderator di antara hubungan efikasi kendiri dan tingkah laku bermasalah anak (Weaver, Shaw, Dishion, & Wilson, 2008). Oleh itu, kajian ini akan membincangkan persoalan mengenai efikasi kendiri dalam kalangan ibu yang mempunyai anak kecelaruan perkembangan kognitif kerana kajian yang dijalankan menumpukan kepada kanak-kanak ASD, ADHD dan masalah pembelajaran yang mengikuti konteks Malaysia. Selain itu, kajian ini juga akan melihat faktor-faktor yang mempengaruhi efikasi kendiri ibu seperti persepsi stigma, gangguan tingkah laku anak dan stres. Dalam kajian ini, stres ibu merupakan moderator kepada hubungan gangguan tingkah laku anak dan efikasi kendiri ibu yang mempunyai anak kecelaruan perkembangan kognitif. OBJEKTIF KAJIAN Objektif bagi kajian ini ialah: 1. Mengkaji hubungan antara persepsi stigma dan efikasi kendiri ibu. 2. Mengkaji pengaruh persepsi stigma terhadap efikasi kendiri ibu. 3. Mengkaji hubungan antara gangguan tingkah laku anak dan efikasi kendiri ibu. 4. Mengkaji pengaruh gangguan tingkah laku anak dan efikasi kendiri ibu. 5. Stres ibu bertindak sebagai moderator bagi hubungan gangguan tingkah laku anak dan efikasi kendiri. 6. Faktor-faktor demografi seperti umur anak, tahap pendidikan ibu, pendapatan ibu dan status perkahwinan mempengaruhi efikasi kendiri ibu. METODOLOGI Reka Bentuk Kajian Kajian ini adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan borang soal selidik untuk mengumpul data. Borang soal selidik yang digunakan ialah Perceived Stigma Scale-Revised, The Strengths and Difficulties Questionnaire (SDQ), The Parenting Sense of Competence Scale dan Perceive Stress Scale (PSS). Dalam kajian ini, pengkaji ingin mendapatkan maklumat mengenai hubungan antara persepsi stigma dan efikasi kendiri, hubungan gangguan tingkah laku anak dan efikasi kendiri, pengaruh persepsi stigma dan gangguan tingkah laku anak terhadap efikasi kendiri, dan stress bertindak sebagai moderator bagi hubungan gangguan tingkah laku anak dan efikasi kendiri dalam kalangan ibu yang mempunyai anak kecelaruan perkembangan kognitif serta perbezaan faktor demografi terhadap efikasi kendiri ibu. Sampel dan Tempat Kajian Dalam kajian ini, responden akan dipilih berdasarkan rekod yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat di mana ibu kepada pemegang kad OKU sahaja akan terlibat. Kajian ini akan melibatkan seramai 250 orang responden yang dipilih menggunakan teknik persampelan bertujuan, iaitu penumpuan diberikan kepada responden yang mempunyai anak kecelaruan perkembangan kognitif. Responden akan terdiri daripada kalangan ibu yang mempunyai anak Autisme Spectrum Disorder (ASD), Attention Deficit/Hyperactive Disorder, dan masalah pembelajaran. Kajian ini dijalankan di sekitar pantai barat Sabah. Borang soal selidik akan diedarkan ke pusat-pusat intervensi.

4

Alat Kajian Dalam kajian ini, satu set borang soal selidik yang mempunyai empat bahagian akan digunakan. Bahagian A menggunakan borang soal selidik Perceive Stigma Scale (PSS) untuk mengukur persepsi stigma dalam kalangan ibu yang mempunyai anak kecelaruan perkembangan kognitif. Alat kajian ini mempunyai 8 item yang diukur pada tiga ketetapan. Bahagian B menggunakan borang soal selidik The Strength and Difficulties Questionnaire (SDQ) untuk mengukur gangguan tingkah laku terhadap kanak-kanak yang mempunyai kecelaruan perkembangan kognitif iaitu Autisme Spectrum Disorder (ASD), Attention Deficit/ Hyperactivity Disorder dan masalah pelajaran. Alat kajian ini mempunyai 25 item dan ditanda oleh ibu berdasarkan anak mereka. Bahagian C menggunakan borang soal selidik The Parenting Sense of Competence Scale (PSOC) untuk mengukur tahap efikasi kendiri dalam kalangan ibu apabila mempunyai anak kecelaruan perkembangan kognitif. Adakah ibu akan terpengaruh dengan persepsi stigma dan gangguan tingkah laku anak dalam kehidupan sendiri. Alat kajian ini mempunyai 17 item. Bahagian D menggunakan borang soal selidik Perceive Stress scale (PSS) untuk mengukur sejauh mana situasi dalam kehidupan seseorang dinilai sebagai tekanan. Alat kajian ini mempunyai 14 item.

Prosedur Kajian Dalam kajian ini, Pengumpulan data akan dimulakan dengan mengambil rekod daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu individu yang didaftarkan sebagai Orang Kurang Upaya (OKU). Melalui pendaftaran ini, pengkaji dapat mengenalpasti jumlah pemegang kad OKU untuk terlibat dalam kajian ini. Pengkaji akan memilih kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan kognitif iaitu Autistic Low Functioning dan Attention Deficit/Hyperactivity Disorder (ADHD). Pengkaji akan mengambil ibu kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan kognitif sebagai responden kajian. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh pengkaji serta bantuan daripada pihak sekolah. Kajian ini dijalankan di sekolah pendidikan khas dan pusat intervensi bagi mendapatkan responden. Borang soal selidik dilampirkan dengan arahan dan penerangan ringkas bagi memudahkan responden untuk memahami tujuan kajian dijalankan. Borang soal selidik akan diedarkan kepada responden semasa mereka menghantar anak-anak untuk menghadiri sesi persekolahan atau intervensi. Pengkaji akan mendapatkan kebenaran daripada responden bagi memastikan kesediaan responden untuk terlibat dalam kajian ini. Borang soal selidik dibenarkan untuk dibawa pulang sekiranya responden tidak berkesempatan untuk mengisi borang soal selidik tersebut. Responden diberi kebebasan untuk mengisi borang soal selidik mengikut keselesaan dan tiada tempoh masa yang ditetapkan. Bantuan pihak sekolah dan pusat-pusat intervensi amat diperlukan untuk mengumpul semula borang soal selidik yang dibawa pulang oleh responden. Analisis Data Kaedah kajian yang berbentuk soal selidik menggabungkan perisian Statistical Package for Social Science atau SPSS 20 untuk menganalisis setiap data yang diperoleh. Penggunaan perisian SPPS menjelaskan hasil dapatan dalam bentuk kuantitatif. Setelah data dimasukkan ke sistem maklumat data SPSS, data tersebut dihitung mengikut teknik yang sesuai. Dalam kajian ini, maklumat latar belakang demografik responden dianalisis secara deskriptif. Manakala, pengkaji akan menggunakan teknik Korelasi bagi melihat hubungan persepsi stigma dan efikasi kendiri bagi ketiga-tiga kumpulan, dan hubungan gangguan tingkah laku anak dan efikasi kendiri. Selain itu, pengkaji juga akan menggunakan teknik Regresi Linear bagi melihat pengaruh persepsi stigma dan gangguan tingkah laku anak terhadap efikasi kendiri responden bagi ketiga-tiga kumpulan. Stres bertindak sebagai moderator bagi hubungan tingkah laku gangguan anak dan efikasi kendiri dalam kalangan ibu yang mempunyai anak kecelaruan perkembangan kognitif akan dianalisis menggunakan Analisis Regresi Linear.

5

KESIMPULAN Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meneroka pengaruh persepsi stigma dan gangguan tingkah laku terhadap efikasi kendiri dalam kalangan ibu yang mempunyai anak kecelaruan perkembangan kognitif. Kajian ini akan dijalankan terhadap ibu yang terdiri daripada tiga kelompok iaitu Autisme Spectrum Disorder (ASD), Attention Deficit/Hyperactive Disorder (ADHD), dan masalah pembelajaran. Daripada hasil kajian yang bakal diperoleh, diharapkan dapat digunakan oleh responden yang terlibat dalam kajian ini untuk menambah pengetahuan dan memahami peri pentingnya efikasi kendiri dalam membesarkan anak-anak kecelaruan perkembangan kognitif. Di samping itu, kajian ini juga boleh digunakan oleh pihak-pihak tertentu, sebagai contoh pihak Institut Integriti Malaysia (IIM) boleh mengadakan program yang dapat membantu meningkatkan efikasi kendiri ibu yang mempunyai anak kecelaruan perkembangan kognitif bagi meneruskan hidup kerana institusi kekeluargaan sangat penting dalam membentuk komuniti yang harmoni. Sekiranya ibu tidak mendapat sokongan sosial daripada masyarakat sekeliling, bagaimana integriti dapat dipupuk. Selain itu, diharapkan juga kajian ini dapat memberi sumbangan kepada pengkaji akan datang. Setiap penemuan kajian boleh dijadikan rujukan, menambah kepada sorotan literatur dan membantu pengkaji pada masa hadapan dalam pencarian maklumat.

RUJUKAN Bandura, A. (1997). Self-efficacy: The exercise of control. New York: Freeman Bandura, A., & Wood, R. E. (1989). Effect of perceive controllability and performance standards on self-regulation of complex decision-making. Journal of personality and social psychology, 56, 805-814. Cho, S., Singer, G. H., & Brenner, M. (2000). Adaptation and accommodation to young children with disabilities: A comparison of Korean and Korean American parents.Topics in Early Childhood Special Education, 20(4), 236–250. Goffman, E. (1963). Stigma: Notes on the Management of Spoiled Identity. Englewood Cliffs,NJ: Prentice Hall. Greeff, A. P. & Nolting, C. (2013). Resilience in Families of Children With Developmental Disabilities. Families, Systems, & Health, 31 (4) 396 – 405. Hastings, R.P. (2002). Parental stress and behavior problems of children with developmental disability. Journal of Intellectual & Developmental Disability, 27, 149-160. Henslin, J. M. (2007). Sosiologi : Dengan Pendekatan Membumi, Jilid 1. Indonesia: Penerbit Erlangga. Jones, T. L. & Prinz, R. J. (2005). Potential roles of parental self-efficacy in parent and child adjustment: A review. Clinical Psychology Review, (25) 341 – 363. Kiesler, S. (2014). Culture of the Internet. New York: Psychology Press. Maniadaki, K., Sonuga-Barke, E., Kakouros, E., & Karaba, R. (2005). Maternal Emotions and SelfEfficacy Beliefs in Relation to Boys and Girls with AD/HD. Child Psychiatry and Human Development,35 (3), 245-263.

6

Neece, C.L., Green, S.A., & Baker, B.L. (2012). Parenting stress and child behaviour problems: A transactional relationship across time. American Journal of Intellectual and Developmental Disabilities, 117, 48-66. Nichols, F. A. (2008). Self-efficacy as the Primary Success Factor for Nontraditional African American female students pursuing college degrees. United States: ProQuest LLC. Rosenblum-Fishman, S. D. (2013). Maternal Self-Efficacy and Perceived Stigma among Mothers of Children with ASD, ADHD, and Typically Developing Children. Doctoral Dissertations. University of Massachusetts Boston. Rush, C. (2006). Reading maternal narratives of parents of children with disabilities. Unpublished doctoral dissertation, Harvard University, Massachusetts, USA. Sahu, F. M., & Rath, S. (2003). Self-efficacy and well-being in working and non-working women. The moderating involvement. Psychology & developing societies, 15(2), 187-200. Sanders M. R. & Woolley, M. L. (2005). The relationship between maternal self-efficacy and parenting practices: implications for parent training. Child: Care, Health & Development, 31, 1, 65–7. Simpson, L. R., LaCava, P. G., & Graner, P. S. (2004). The no child left behind act: Challenges and implications for educators. Intervention in School & Clinic, 40(2), 67–75. Tan, K. L. & Yadav, H. (2008). Assessing the Development of Children with Disability in Malaysia. Med J Malaysia, 63(3). Thornicroft, G. & Tansella, M. (2010). Mental Health Outcome Measure. New York: Springer. Weaver, C. M., Shaw, D. S., Dishion, T. J., & Wilson, M. N. (2008). Parenting self-efficacy and problem behavior in children at high risk for early conduct problems: The mediating role of maternal depression. Infant Behavior & Development, 31, 594–605

7