Pertumbuhan dan Perkembangan Perbelanjaan Pengguna di ...

35 downloads 5647 Views 48KB Size Report
Pertumbuhan dan Perkembangan Perbelanjaan Pengguna di Malaysia. Pengenalan. Penggunaan swasta kini menjadi komponen semakin penting dalam ...
Pengenalan Penggunaan swasta kini menjadi komponen semakin penting dalam ekonomi Malaysia. Ia merupakan pemacu utama pertumbuhan ekonomi sepanjang sedekad yang lepas, meningkat pada purata tahunan 7.4% untuk tempoh 2000-20091. Peningkatan ini telah melepasi pertumbuhan purata keluaran dalam negeri kasar (KDNK) sebanyak 4.8%, dan menyumbang lebih dua per tiga daripada keseluruhan pertumbuhan KDNK. Oleh itu, bahagian penggunaan swasta benar dalam KDNK meningkat dengan stabil daripada 43.8% pada tahun 2000 kepada 53.5% pada tahun 2009. Rajah 1 Penggunaan Swasta dan KDNK % daripada KDNK 56 54 52 50 48 46 44 42

Penggunaan swasta/KDNK (skala kanan) Penggunaan swasta KDNK Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

2010

2008

2006

2004

40 2002

2000

1998

1996

1994

1992

1990

Pertumbuhan tahunan benar, % 18 Penggunaan swasta purata, 16 1990 - 2010: 6.5% 14 12 10 8 6 4 2 0 -2 -4 -6 -8 -10 -12

Sejajar dengan pertumbuhan penggunaan yang kukuh, komposisi penggunaan swasta berubah dengan nyata sepanjang sedekad yang lalu. Artikel ini menganalisis dan menghuraikan pola penggunaan swasta yang berubah mengikut kumpulan perbelanjaan utama antara tahun 2000 hingga tahun 2009 dan membuat rumusan tentang trend penggunaan swasta pada masa hadapan.

PERKEMBANGAN EKONOMI PADA TAHUN 2010

Pertumbuhan dan Perkembangan Perbelanjaan Pengguna di Malaysia

Perubahan Pola Perbelanjaan Penggunaan Berdasarkan data penggunaan isi rumah mengikut tujuan2 sepanjang tempoh 2000-2009, perbelanjaan untuk makanan dan minuman tanpa alkohol merupakan komponen terbesar yang mencakupi kira-kira 23% daripada perbelanjaan isi rumah keseluruhan. Ini diikuti oleh perbelanjaan untuk perumahan dan utiliti, pengangkutan, restoran dan hotel, serta pelbagai barangan dan perkhidmatan lain. Lima komponen terbesar perbelanjaan penggunaan ini mencakupi 75.6% daripada perbelanjaan isi rumah keseluruhan.

Jadual 1 Penggunaan Isi Rumah Mengikut Tujuan 2000

2009

2000-09

24.1 2.2 3.5 21.7 5.9 2.1 12.6 4.9 4.3 1.5 5.8 11.6

21.8 2.3 2.4 16.7 5.2 2.1 13.1 7.4 4.9 1.6 9.7 12.7

23.0 2.1 2.7 18.9 5.4 2.0 13.4 6.3 4.5 1.5 7.5 12.8

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia 1 2

Maklumat terperinci tentang penggunaan swasta bagi tahun 2010 tidak diperoleh pada masa artikel ini diterbitkan. Menurut konsep perbelanjaan penggunaan dalam negeri yang mengukur pembelian barangan dan perkhidmatan oleh semua isi rumah di Malaysia. Analisis terhadap pola penggunaan dalam artikel ini merujuk perbelanjaan isi rumah nominal.

21

Makanan dan minuman bukan alkohol Minuman alkohol dan tembakau Pakaian dan kasut Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain Hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah Kesihatan Pengangkutan Komunikasi Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan Pendidikan Restoran dan hotel Pelbagai barang dan perkhidmatan

LAPORAN TAHUNAN

% daripada jumlah penggunaan isi rumah

PERKEMBANGAN EKONOMI PADA TAHUN 2010

Dua perubahan yang ketara dalam pola perbelanjaan pengguna telah muncul sejak tahun 2000. Pertama, bahagian perbelanjaan untuk barangan pilihan sendiri (discretionary items)3 (seperti restoran dan hotel, komunikasi, serta rekreasi dan budaya) khususnya adalah kukuh dan telah meningkat berbanding dengan perbelanjaan bagi keperluan asas4. Ini diikuti oleh perbelanjaan terhadap pelbagai barangan dan perkhidmatan seperti penjagaan diri, kewangan, insurans dan perkhidmatan lain. Bahagian empat komponen ini yang merupakan perbelanjaan yang sensitif kepada pendapatan meningkat daripada 26.5% pada tahun 2000 kepada 34.7% daripada perbelanjaan isi rumah keseluruhan pada tahun 2009 (Rajah 2). Rajah 2 Penggunaan Isi Rumah untuk Barangan Pilihan Sendiri Pelbagai barang dan perkhidmatan Restoran dan hotel Komunikasi Hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan 0

2 4 6 8 10 12 % daripada jumlah penggunaan isi rumah 2005-09

14

2000-04

Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Rajah 3 Harga Perbelanjaan Penggunaan Indeks (2000 = 100) 125 120 115 110 105 100 95 90 85

Barang separuh tahan lama Barang tahan lama IHP Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

LAPORAN TAHUNAN 2010

3

4 5

2009

2008

2007

2006

2005

2004

2003

2002

2001

2000

80

Sebaliknya, bahagian perbelanjaan isi rumah untuk keperluan asas telah berkurang secara beransur-ansur sejak tahun 2002. Penurunan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh pengurangan bahagian perbelanjaan untuk makanan dan minuman tanpa alkohol, perumahan dan utiliti. Perbelanjaan untuk barangan makanan sebagai bahagian daripada keseluruhan perbelanjaan isi rumah berkurang daripada 24.1% pada tahun 2000 kepada 21.8% pada tahun 2009. Perbelanjaan isi rumah purata untuk perumahan dan utiliti juga jatuh daripada 21.7% pada tahun 2000 kepada 16.7% pada tahun 2009. Kedua, penggunaan perkhidmatan telah mengatasi perbelanjaan untuk barangan5 . Antara tahun 2000 hingga 2009, penggunaan perkhidmatan isi rumah berkembang hampir 10% setahun, berbanding dengan pertumbuhan penggunaan barangan yang berkembang sebanyak 8.4%. Dengan itu, bahagian perbelanjaan perkhidmatan daripada perbelanjaan isi rumah keseluruhan meningkat daripada 46.2% pada tahun 2000 kepada hampir 50% pada tahun 2009. Perbelanjaan untuk perkhidmatan termasuk perbelanjaan bagi perkhidmatan yang diberikan oleh restoran dan hotel, pengantara kewangan dan insurans, pendidikan, penjagaan kesihatan dan pengantara lain. Dengan nisbah perbelanjaan terhadap perkhidmatan meningkat, bahagian perbelanjaan isi rumah untuk barangan menurun secara beransur-ansur, disebabkan terutamanya oleh penurunan dalam perbelanjaan untuk barangan tahan lama dan separuh tahan lama. Apabila disatukan, bahagian perbelanjaan untuk

Perbelanjaan untuk barangan dan perkhidmatan bukan keperluan, yang lazimnya boleh ditangguhkan dan kebiasaannya terdiri daripada barangan mewah. Terdiri daripada kategori keperluan, seperti penggunaan makanan di rumah, pakaian, sewa dan utiliti. Terdiri daripada barangan yang ketara dan boleh dibahagikan kepada subkumpulan seperti barangan tahan lama, separa tahan lama dan tidak tahan lama. Barangan tahan lama dan separa tahan lama boleh digunakan berulang kali dan mempunyai jangka hayat lebih dari satu tahun. Lazimnya, barangan tahan lama mempunyai jangka hayat yang lebih panjang dan harganya lebih tinggi daripada barangan separa tahan lama. Barangan tahan lama termasuk perabot, perkakas rumah dan barangan elektronik pengguna.

22

Perubahan kepada kedua-dua pola perbelanjaan isi rumah sepanjang sedekad yang lepas ini mencerminkan beberapa faktor yang telah mempengaruhi pilihan dan keputusan pengguna. Faktor utama ialah tahap kemewahan yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia, yang disokong pula oleh peningkatan yang kukuh dalam pendapatan boleh guna dan pengumpulan kekayaan. Antara tahun 2004 hingga tahun 2009, KDNK per kapita nominal telah meningkat sebanyak 6.8% setahun, dengan min pendapatan isi rumah kasar bulanan meningkat sebanyak 4.4% setahun daripada RM3,249 pada tahun 2004 kepada RM4,025 pada tahun 2009. Aset kewangan isi rumah7 juga meningkat pada kadar tahunan 14% sepanjang tahun 2004 hingga tahun 2009, iaitu mencakupi 180% daripada KDNK pada tahun 2009 (2004: 167% KDNK).

PERKEMBANGAN EKONOMI PADA TAHUN 2010

barangan tahan lama dan separuh tahan lama daripada perbelanjaan keseluruhan berkurang6 daripada 15.1% pada tahun 2000 kepada 12.5% pada tahun 2009. Pengurangan ini lebih mencerminkan paras harga yang lebih rendah bagi barangan tahan lama dan separa tahan lama berbanding dengan harga pengguna keseluruhan (Rajah 3). Sebagai contoh, dalam tempoh 2000 – 2009, harga bagi kategori pakaian dan kasut merosot sebanyak 1.6% setahun. Akibatnya, bahagian perbelanjaan untuk pakaian dan kasut daripada perbelanjaan isi rumah keseluruhan menurun daripada 3.5% pada tahun 2000 kepada 2.4% pada tahun 2009. Perbelanjaan pengguna untuk barang tak tahan lama, yang merupakan 38.7% daripada perbelanjaan isi rumah keseluruhan pada tahun 2000, kekal stabil pada 38% pada tahun 2009.

Trend ini adalah konsisten dengan trend perbelanjaan pengguna di negara lain. Trend ini menunjukkan apabila pendapatan meningkat, bahagian perbelanjaan untuk keperluan asas cenderung untuk berkurang manakala perbelanjaan bagi perkhidmatan pula cenderung untuk meningkat. Berikutan paras pendapatan yang lebih rendah dalam ekonomi membangun, bahagian perbelanjaan isi rumah untuk makanan lazimnya lebih tinggi dalam ekonomi tersebut, dan lazimnya juga lebih rendah dalam ekonomi berpendapatan tinggi (Rajah 4). Sebaliknya, ekonomi maju lazimnya mempunyai bahagian perbelanjaan yang lebih tinggi untuk perkhidmatan berbanding dengan ekonomi membangun (Rajah 5). Rajah 4 Perbelanjaan Pengguna untuk Barang Makanan 55 Filipina Indonesia 45 40 35

India

Thailand

30 Jepun

25 Malaysia Hong Kong SAR

Korea

15

Jerman

Australia Ireland

UK

10

AS

Singapura 5 0

5,000

10,000

15,000

20,000

25,000

30,000

35,000

40,000

45,000

50,000

55,000

KDNK nominal per kapita (USD) Sumber: IMF, Eurostat dan Pejabat-pejabat Perangkaan Kebangsaan

6

7

Trend menurun dalam nisbah sebahagian besarnya ialah perkembangan nominal. Dari segi nilai benar, bahagian perbelanjaan untuk barangan tahan lama dan separa tahan lama telah meningkat beransur-ansur sejak tahun 2000, menunjukkan peningkatan dalam jumlah pembelian dalam kedua-dua kategori. Terdiri daripada deposit dalam sistem perbankan, jumlah aset dana insurans nyawa, pemegangan langsung ekuiti isi rumah, caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja dan nilai aset bersih dana amanah saham bagi tempoh tahun 2003 – 2009.

LAPORAN TAHUNAN 2010

20

23

% daripada jumlah penggunaan nominal

50

Perbelanjaan Pengguna untuk Perkhidmatan 80 % daripada jumlah penggunaan nominal

PERKEMBANGAN EKONOMI PADA TAHUN 2010

Rajah 5

Australia

75 70

AS

Singapura 65 Korea

Hong Kong SAR

60

Jepun 55

UK

Jerman

Malaysia

Ireland

50 Thailand

45 India 40 0

5,000

10,000

15,000

20,000

25,000

30,000

35,000

40,000

45,000

50,000

55,000

KDNK nominal per kapita (USD) Sumber: IMF, Eurostat dan Pejabat-pejabat Perangkaan Kebangsaan

Tiga faktor lain turut menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan perbelanjaan pengguna yang menyebabkan penggunaan barangan bukan keperluan menjadi lebih tinggi sepanjang sedekad yang lepas. Demografi rakyat Malaysia, berikutan penduduk umur bekerja8 yang muda dan dalam jumlah yang besar, menyokong pertumbuhan pendapatan. Golongan muda yang umumnya mempunyai kecenderungan mengguna sut (marginal propensity to consume) yang lebih tinggi, cenderung untuk berbelanja bagi barangan dan perkhidmatan bukan keperluan. Keadaan ini terus disokong oleh kependudukan yang semakin pesat di kawasan bandar9 . Dengan tahap pendapatan yang lebih tinggi berbanding dengan tahap pendapatan isi rumah di luar bandar, isi rumah di kawasan bandar lazimnya mempunyai peruntukan perbelanjaan10 yang lebih tinggi untuk barangan pilihan sendiri bagi perkhidmatan seperti kewangan, rekreasi dan hiburan, yang lazimnya permintaan dan penawarannya lebih tinggi di kawasan bandar.

LAPORAN TAHUNAN 2010

Rangkuman serta pendalaman kewangan (financial deepening) yang pesat turut mempengaruhi perubahan dalam pola perbelanjaan pengguna. Sektor kewangan memainkan peranan penting dalam menyokong penggunaan swasta dengan menyediakan kemudahan akses kepada kredit yang lebih meluas bagi isi rumah, khususnya, bagi membolehkan individu membiayai perbelanjaan budi bicara terutamanya untuk pembelian barangan tahan lama. Pembelian barangan ini umumnya dibiayai melalui pinjaman berbanding dengan jenis penggunaan yang lain. Dalam tempoh 2000 – 2009, hutang isi rumah meningkat pada kadar tahunan 13.5%. Nisbah hutang isi rumah kepada KDNK meningkat daripada 46% pada tahun 2000 kepada 76% pada tahun 2009. Pengeluaran kredit untuk penggunaan peribadi, perbelanjaan kad kredit dan pembelian barangan pengguna tahan lama, berkembang sebanyak 20.5% setahun antara tahun 2000 hingga 2009. Jumlah pinjaman yang dikeluarkan kepada isi rumah bagi pembelian harta kediaman dan kereta penumpang juga meningkat sebanyak 13.4% setahun. Prestasi pinjaman yang kukuh ini secara tidak langsung menyebabkan perbelanjaan pengguna menjadi lebih tinggi, kerana pembelian harta kediaman dan kereta penumpang berkait rapat dengan perbelanjaan untuk rumah kediaman dan barangan berkaitan pengangkutan, iaitu termasuk hiasan dan penyenggaraan kelengkapan pengangkutan. Walaupun

8 9 10

68% daripada jumlah penduduk dalam kumpulan umur 15 – 64 tahun. Penduduk bandar meningkat daripada 62% pada tahun 2000 kepada 63.3% daripada jumlah penduduk pada tahun 2009. Berdasarkan Tinjauan Perbelanjaan Isi Rumah 2004/05, isi rumah yang tinggal di kawasan bandar berbelanja 1.8 kali ganda lebih banyak berbanding dengan isi rumah di luar bandar.

24

PERKEMBANGAN EKONOMI PADA TAHUN 2010

Penutup Kemampanan pertumbuhan penggunaan swasta merupakan aspek penting bagi transformasi ekonomi Malaysia pada masa hadapan. Dengan sumber pertumbuhan kini didorong oleh permintaan dalam negeri, penggunaan swasta akan terus menjadi penyumbang penting terhadap pertumbuhan ekonomi. Prasyarat untuk menyokong pertumbuhan penggunaan swasta yang mampan sudah pun tersedia, terutamanya peningkatan pendapatan dan kekayaan, demografi yang menggalakkan, pendalaman kewangan yang lebih meluas serta pembangunan teknologi.

LAPORAN TAHUNAN 2010

Di samping itu, perkembangan teknologi telah mempengaruhi trend perbelanjaan pengguna seperti yang dapat dilihat melalui peningkatan bahagian perbelanjaan untuk komunikasi dan rekreasi. Inovasi teknologi juga telah menggalakkan perbelanjaan pengguna untuk barangan dan perkhidmatan berasaskan teknologi, seperti perkhidmatan Internet, kelengkapan komunikasi mudah alih dan perkhidmatan data, perkhidmatan televisyen kabel dan kelengkapan audio visual. Di samping itu, permintaan yang kukuh terhadap barangan dan perkhidmatan berkaitan dengan teknologi disokong oleh penduduk negara ini yang secara relatifnya muda dan berpendidikan, yang mempercepat penggunaan inovasi teknologi baharu yang ada.

25

nisbah hutang isi rumah kepada KDNK secara relatifnya tinggi, kedudukan kewangan isi rumah keseluruhan kekal kukuh dan keupayaan membayar balik hutang terus tidak terjejas. Aset kewangan isi rumah adalah lebih dua kali daripada jumlah hutang isi rumah, dan nisbah pinjaman tak berbayar sektor isi rumah terus dalam trend menurun.