Perubahan-perubahan penting - camden.edu.sg

25 downloads 6734 Views 1MB Size Report
bakat khas mencapai sejauh mana yang mungkin. ... bagi Matematik dan Sains, dan Sekolah. Kesenian ... murid-murid ke kursus lain jika mereka ..... Peningkatan pada kaedah pengajaran, kaedah penilaian dan bahan-bahan pengajaran.
Memupuk Setiap Kanak-Kanak Fleksibiliti & Kepelbagaian di Sekolah-Sekolah Singapura

Kementerian Pendidikan 1 North Buona Vista Drive Singapore 138675 Tel: 6872 2220 Email: [email protected] www.moe.gov.sg

© Kementerian Pendidikan, Singapura Kandungan berdasarkan maklumat yang sedia ada pada 15 Februari 2006.

Gambaran Keseluruhan 02

Lelaman Berguna Landskap Pendidikan

44 Di Muka Surat Belakang

Sekolah Rendah

11

Kurikulum Sekolah Rendah Perubahan Pada Pendidikan Sekolah Rendah Saiz Kelas yang Lebih Kecil Bagi Darjah 1 dan 2 Satu Sesi Separa Penghalusan Pada Sistem Penyaluran Sekolah Rendah Program Bagi Kecemerlangan Peringkat Sekolah Kurikulum Bahasa Ibunda yang lebih Responsif dan Melibatkan Pelajar Dari Pendidikan Sekolah Rendah Ke Pendidikan Sekolah Menengah Latihan Pilihan Selepas PTSR Pengambilan Masuk ke Sekolah Menengah Mengikut Budi Bicara

12 13 13 14 14 14 15 17 17 18

Sekolah Menengah

19

Pra-Universiti

35

Kursus-kursus Sekolah Menengah Kegiatan Ko-Kurikulum (CCA) Program Khidmat Kemasyarakatan (CIP) & Belajar Berkhidmat Sijil Tamat Sekolah Kurikulum Kursus Khas/Ekspres Program-program Lain Di Sekolah Menengah Perubahan-perubahan yang Melibatkan Kursus Khas/Ekspres

20 22 22

Rangka Bagi Kurikulum Baru GCE Peringkat ‘A’ Tahun 2006 Peringkat Pengajian yang Berbeza

37

22 23 24

Kemahiran Ilmu Pengetahuan Subjek-subjek Peringkat ‘A’ Dari Pendidikan Pra-Universiti ke Pendidikan Universiti

39 40 42

Kawalan yang Lebih Atas GCE Peringkat ‘O’ Subjek-subjek Baru GCE Peringkat ‘O’ Penghalusan Pada Bahasa Ibunda (MTL) Kurikulum Kursus Normal Kurikulum Kursus Normal (Akademik) Kurikulum Kursus Normal (Teknikal) Perubahan-perubahan yang Melibatkan Kursus Normal Perkembangan Dalam Kursus N(A) Perkembangan Dalam Kursus N(T) Dari Pendidikan Sekolah Menengah Ke Pendidikan Pos Menengah Pilihan Pendidikan Pos Menengah Pengambilan Masuk ke Maktab Rendah Mengikut Budi Bicara

25 25 26 26 29 29 30 31 31 32 33 33 34

37

GAMBARAN KESELURUHAN Kementerian Pendidikan ingin membantu semua murid kita menemukan dan menggunakan bakat mereka sendiri dengan sebaik-baiknya dan merealisasikan potensi mereka sepenuhnya serta mengembangkan minat mereka terhadap pembelajaran sepanjang hayat.

Kita mempunyai sistem pendidikan yang kukuh. Murid-murid Singapura mempunyai matlamat yang tinggi dan mampu mencapai keputusan cemerlang. Ini diakui serata dunia. Kita mempunyai sekolah-sekolah yang baik yang dikendalikan oleh para pemimpin sekolah serta guru-guru yang berkebolehan dan kemudahan-kemudahan yang boleh dianggap terbaik di dunia. > Berdasarkan kekuatan yang sedia ada, kita akan menyediakan generasi rakyat Singapura akan datang yang mampu menghadapi cabaran masa depan. Masa depan yang bakal ditempuhi dipenuhi dengan peluang, terutama sekali di rantau Asia, dan juga banyak perubahan yang tidak dapat diduga. Tugas sekolah dan institusi pengajian tinggi kita adalah menyediakan peluang yang terbaik bagi anak-anak kita membangunkan kemahiran, watak dan nilai-nilai yang akan membolehkan mereka terus berjaya dan memajukan Singapura ke arah masa hadapan yang telah digambarkan. > Dalam tahun-tahun kebelakangan ini kita telah bergerak ke arah sistem pendidikan yang lebih fleksibel dan pelbagai. Tujuannya untuk memberi murid-murid lebih banyak pilihan untuk memenuhi minat dan cara pembelajaran mereka yang

02: Gambaran Keseluruhan } Memupuk Setiap Kanak-kanak

berbeza. Apabila mereka dapat memilih apa dan bagaimana mereka belajar, mereka akan terangsang untuk memiliki proses dan hasil pembelajaran mereka. Kita juga menyediakan dasar pendidikan yang luas untuk memastikan agar muridmurid dapat berkembang secara menyeluruh di dalam dan di luar bilik darjah. > Pendekatan pendidikan sedemikian akan membolehkan kita memupuk kemahiran yang berbeza yang diperlukan pada anakanak kita untuk masa hadapan. Kita berusaha supaya setiap kanak-kanak dapat menemukan bakatnya, membesar dan meninggalkan bangku sekolah dengan berasa yakin akan kebolehan mereka. Kita menggalakkan mereka mengejar minat masing-masing dan mengasah bakat yang berbeza – dalam bidang akademik, kesenian dan sukan.

GAMBARAN KESELURUHAN

> Kita mahu membentuk rakyat muda Singapura yang bersikap ingin tahu, mencari jawapan serta sanggup berfikir, menyelesaikan masalah dengan cara baharu dan juga menjanakan peluangpeluang baharu untuk masa hadapan. Sama pentingnya, kita juga mahu

membantu anak-anak kita memiliki nilainilai sihat supaya mereka berwatak teguh dan mampu menangkis gangguan hidup yang tidak dapat dielakkan tanpa berasa putus asa, mereka juga harus bersedia untuk bekerja keras supaya dapat mencapai impian mereka.

MEMUPUK MURID-MURID FLEKSIBILITI DAN KEPELBAGAIAN Kita kini menyediakan lebih banyak pilihan dan fleksibiliti dalam pendidikan. Sekolahsekolah jenis baru diperkenalkan untuk menggalakkan mereka yang mempunyai bakatbakat khas mencapai sejauh mana yang mungkin. Sekolah-sekolah yang ada sekarang telah diberi lebih autonomi dan sumber-sumber untuk mengembangkan keupayaan dan bidang kecemerlangan masing-masing, sama ada dalam bidang pembelajaran atau pun dalam kegiatan-kegiatan ko-kurikulum dan pembangunan watak. Keperluan muridmurid yang berbeza akan dipenuhi jenis-jenis sekolah yang banyak dan program pendidikan yang lebih luas. Ini termasuk:

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Gambaran Keseluruhan :03

> Julat kurikulum dan sekolah yang lebih luas: • Sekolah-sekolah akan dibenarkan menawarkan subjek-subjek Peringkat ‘O’ yang baru serta modul-modul elektif. Beberapa sekolah akan juga menawarkan kurikulum dan peperiksaan yang berbeza, seperti International Baccalaureate. • Program-program baru di sekolah seperti Program Kecemerlangan Peringkat Sekolah di sekolah-sekolah rendah dan Program Bersepadu serta Program Pengajian Dwi-budaya (Cina) di sekolah-sekolah menengah dan maktab rendah yang terpilih. • Sekolah-sekolah bebas khusus - Sekolah Sukan Singapura, Sekolah Tinggi NUS bagi Matematik dan Sains, dan Sekolah Kesenian yang dicadangkan. • Dua sekolah menengah pembiayaan swasta telah pun didirikan. > Fleksibiliti yang lebih semasa penyaluran. Di sekolah-sekolah menengah, muridmurid aliran Normal (Akademik) dan

04: Gambaran Keseluruhan } Memupuk Setiap Kanak-kanak

Normal (Teknikal) diberi fleksibiliti untuk mengambil beberapa subjek di peringkat yang lebih tinggi atau pada kadar yang lebih cepat. Sekolah-sekolah juga mempunyai fleksibiliti untuk memindahkan murid-murid ke kursus lain jika mereka dapat meraih faedah daripada pemindahan tersebut. Sekolah-sekolah juga boleh membenarkan murid-murid terbaik dalam Normal (Akademik) naik ke Menengah 5 tanpa menduduki peperiksaan Peringkat ‘N’. Di peringkat sekolah rendah pula, aliran-aliran EM1 dan EM2 telah digabungkan, dan sekolah-sekolah rendah diberi autonomi untuk menyerapkan murid-murid EM3 mereka ke dalam kelaskelas lain bagi lain-lain mata pelajaran.

> Fleksibiliti yang lebih dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Ibunda (MTL) untuk membantu murid-murid yang berkebolehan berbeza melangkah sejauh mana yang mungkin. Murid-murid boleh memilih untuk mempelajari bahasa lain yang bukan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa ketiga.

GAMBARAN KESELURUHAN

PENDIDIKAN BERDASAR LUAS YANG MENYELURUH Sekolah-sekolah kita berusaha mendidik murid-murid dengan menyeluruh, tertumpu kepada kedua-dua bidang akademik dan bukan-akademik. Kita ingin memberi muridmurid kita pengalaman yang luas supaya dapat membantu mereka memanfaatkan waktu persekolahan mereka dengan sebaik mungkin, di mana mereka berinteraksi sesama sendiri dan menjalin persahabatan yang kukuh sepanjang hayat. Sambil mereka membesar, kita ingin memberi mereka peluang untuk mengembangkan kemahiran dan nilai-nilai yang diperlukan sepanjang hayat. Di samping menilai kelakonan murid-murid kita melalui peperiksaan, kita juga akan menilai sejauh mana mereka telah berjaya dalam pendidikan dari segi pencapaian yang lebih luas dalam bidang lain. > Sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi kini diberi fleksibiliti dalam menentukan kriteria mereka tersendiri untuk mengiktiraf merit yang berbeza dalam murid-murid yang mereka ambil masuk.

> Sijil-Sijil Tamat Sekolah akan diperkenalkan pada 2008 untuk menggambarkan pencapaian akademik serta bukanakademik setiap murid.

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Gambaran Keseluruhan :05

> Kegiatan-kegiatan ko-kurikulum telah diluaskan untuk mengiktiraf dan memberi penghargaan terhadap kegiatan-kegiatan yang dimulakan murid serta kegiatankegiatan kemasyarakatan. Ini juga akan menggalakkan murid-murid menyertai kegiatan-kegiatan lasak sebagai kegiatan ko-kurikulum kedua mereka.

> Sistem kedudukan sekolah berdasarkan pencapaian telah juga disemak semula untuk menggalakkan sekolah-sekolah dalam usaha mereka menyediakan pendidikan berdasar luas.

KURANG PENGAJARAN, LEBIH PEMBELAJARAN Kita menggalakkan murid-murid kita supaya lebih aktif dan kendiri dalam pembelajaran mereka. Kita mahu memupuk sifat ingin tahu yang melampaui kurikulum formal, dan menyemai semangat ingin belajar sepanjang hayat murid-murid kita. > Sukatan pelajaran akan dikurangkan tanpa mengurangkan kesediaan muridmurid untuk pendidikan tinggi. Ini akan meluangkan lebih banyak masa untuk murid-murid menumpukan perhatian terhadap pengetahuan dan kemahiran teras serta menyediakan ruang yang lebih luas bagi guru dan pihak sekolah menjalankan kegiatan-kegiatan sekolah dalam kurikulum.

Kita perlu kurangkan pengajaran kepada murid-murid kita supaya mereka dapat lebihkan pembelajaran. Gred tetap penting – jangan lupa untuk lulus peperiksaan anda – tetapi gred bukanlah satu-satunya matlamat dalam hidup, banyak lagi perkara dalam hidup yang ingin kita pelajari di sekolah. Perdana Menteri Lee Hsien Loong 22 Ogos 2004

06: Gambaran Keseluruhan } Memupuk Setiap Kanak-kanak

GAMBARAN KESELURUHAN

> Sekolah-sekolah kini menyediakan lebih banyak peluang bagi pembangunan watak murid-murid dan bagi muridmurid mengembangkan kemahiran berinovasi.

secara kritikal dan kebolehan bertanya dan mendapatkan jawapan serta mencari jalan penyelesaian. > Kaedah peperiksaan dan penilaian akan dikaji semula, untuk mengurangkan penghafalan dan menggalakkan pembelajaran kendiri yang bersifat kajian.

> Pengajaran akan difokuskan kepada mengembangkan kefahaman, berfikir

MEMBOLEHKAN GURU-GURU Guru-guru adalah elemen penting dalam segala apa yang kita lakukan dalam pendidikan. Kita akan berusaha sedaya upaya untuk menyokong guru-guru dalam usaha mereka untuk mengguna cara baharu yang berkualiti dan inovatif di dalam bilik darjah dan sekolah. Kita juga akan membantu mereka dalam membangunkan keupayaan mereka sebagai tenaga pengajar yang profesional supaya mereka dapat membimbing murid-murid dalam tahuntahun mereka membesar.

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Gambaran Keseluruhan :07

> Sekolah-sekolah akan mempunyai lebih ramai guru, kaunselor sepenuh masa, geran sumber tenaga manusia yang ditambah berserta lebih banyak autonomi dalam beberapa tahun akan datang ini. • Ini membolehkan dasar saiz kelas yang lebih kecil bagi Darjah 1 dan 2 dilaksanakan. Bertambahnya bilangan guru-guru di setiap sekolah juga akan membolehkan lebih banyak fleksibiliti dalam pengajaran dan penyusunan kelas bagi semua peringkat. • Guru-guru akan mempunyai lebih banyak waktu dan ruang untuk berinteraksi dengan murid-murid, untuk merenung tentang cara mereka mengajar, berkongsi pengalaman mengajar antara satu sama lain dan menghasilkan pendekatan baharu dalam pengajaran untuk membangkitkan semangat dan membimbing murid-murid mereka dengan lebih baik.

08: Gambaran Keseluruhan } Memupuk Setiap Kanak-kanak

> Guru-guru akan diberikan lebih banyak peluang untuk meningkatkan diri mereka secara profesional. • MOE telah meningkatkan dan menambahkan peluang bagi guruguru mengembangkan keupayaan professional mereka. Selain daripada meningkatkan kemahiran tentang perubahan-perubahan pada kandungan subjek dan pedagogi guru-guru juga akan mendalami kemahiran yang akan membolehkan mereka menjadi lebih kreatif dan inovatif dan mengajar murid-murid mereka kemahiran ini. MOE juga telah mendirikan sebuah Pusat Kecemerlangan bagi Perkembangan Profesional di setiap satu daripada empat zon untuk membantu guruguru berkongsi kepakaran mereka dengan lebih mudah lagi. MOE juga telah bekerjasama dengan NIE untuk memberi peluang kepada guru-guru mencapai pensijilan profesional yang lebih tinggi, termasuk ijazah siswazah dan pos siswazah.

GAMBARAN KESELURUHAN

• Terdapat lebih banyak peluang penempatan sementara guru-guru, di sini dan juga di seberang laut, di sekolah-sekolah atau agensi-agensi perniagaan dan kemasyarakatan.

Murid-murid akan meraih faedah daripada pandangan dan pengalaman segar yang kelak dibawa pulang guruguru ini ke bilik darjah.

PENUTUP > Kita sedang membuat perubahan dan memperhalus sistem pendidikan yang sememangnya diakui kekukuhannya supaya kita tidak ketinggalan zaman. Kita menyajikan lebih banyak pilihan, dalam sistem yang sememangnya fleksibel untuk murid-murid kita. Kita menggandakan penekanan terhadap pendidikan berdasar luas yang mengembangkan kemahiran-kemahiran

hidup yang kritikal dari usia yang muda. Kita menyemai tabiat suka bertanya sambil belajar, dan bersedia untuk belajar secara kendiri dan berfikir dengan cara baharu di kalangan murid-murid. Guru-guru diberi sokongan sepenuhnya untuk merenung dan mengembangkan kemahiran mereka supaya mereka lebih inovatif dalam pengajaran mereka.

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Gambaran Keseluruhan :09

> Kita tahu bahawa tiada pendekatan atau penyelesaian dalam pendidikan yang baik bagi setiap zaman. Oleh itu kita perlu terus membuka minda dalam hal pendidikan untuk membangun dan memenuhi keperluan masyarakat yang berubah-ubah. Sambil itu, kita sedar bahawa kita perlu mengekalkan tahap pendidikan Singapura yang mantap yang disegani ramai. > Dengan mengembang, menginspirasi dan memaksimum potensi setiap rakyat muda Singapura, kita boleh membina

10: Gambaran Keseluruhan } Memupuk Setiap Kanak-kanak

Pendidikan boleh membuka pintu bagi anak-anak kita, memberi mereka harapan dan peluang. Ia lebih daripada mengisi bekas dengan ilmu - ia membakar semangat rakyat muda kita. Perdana Menteri Lee Hsien Loong 12 Ogos 2004

masa depan Singapura yang cerah. Dengan ‘membakar semangat’ anakanak kita, kita membentuk masa depan negara kita.

PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH

kelas Darjah 1 dan 2 yang “Saiz lebih kecil telah membolehkan anak saya mendapat tumpuan individu yang lebih dari gurunya, dan dia ghairah mengikuti program-program kecemerlangan yang



ditawarkan oleh sekolahnya.

FAKTA 1. Pendidikan wajib selama 6 tahun SEGERA 2. Tidak dikenakan yuran sekolah Yuran rampaian biasa: $5.50 Yuran rampaian tahap kedua*: $5.50

3. Peperiksaan nasional: Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PTSR) 4. Murid-murid digalakkan mengikuti Kegiatan-kegiatan Ko-Kurikulum (CCA) dan Program Khidmat Kemasyarakatan (CIP)

* Yuran rampaian tahap kedua ditetapkan oleh pihak sekolah. Jumlah maksimum yang boleh dikenakan adalah 100% yuran rampaian

biasa. Murid-murid boleh menggunakan akaun Edusave mereka untuk membayar yuran rampaian tahap kedua ini. Skim bantuan kewangan ada disediakan untuk membantu murid-murid yang memerlukan membayar yuran mereka. Ibubapa yang ingin memohon bantuan kewangan boleh berhubung dengan sekolah anak mereka untuk mendapatkan borang permohonan.

PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH terdiri daripada tahap asas selama 4 tahun dari Darjah 1 hingga Darjah 4 dan tahap orientasi selama 2 tahun dari Darjah 5 hingga Darjah 6. Matlamat pendidikan sekolah rendah pada keseluruhannya adalah untuk meningkatkan pemahaman murid-murid dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Ibunda dan Matematik. KURIKULUM SEKOLAH RENDAH

BAHASA LEGENDA Bahasa Inggeris Bahasa Ibunda

CCA

KEMAHIRAN PENGETAHUAN

ILMU PENGETAHUAN & KESENIAN Pengajian Sosial, Seni Lukis & Kerjatangan, Muzik

KEMAHIRAN HIDUP CCA, CME, PCCG, NE, PE, Pendidikan Kesihatan^ PW~

MATEMATIK & SAINS Matematik Sains*

Kegiatan Ko-Kurikulum CME Sivik & Pendidikan Moral PCCG Bimbingan Kebajikan & Kerjaya Pelajar NE Pendidikan Nasional PE Pendidikan Jasmani PW Kerja Projek SUBJEK-SUBJEK YANG DIUJI DALAM PTSR: Subjek-subjek arus utama: Bahasa Inggeris, Bahasa Ibunda, Matematik, Sains Pilihan: Bahasa Ibunda Lanjutan Subjek-subjek EM3 : Bahasa Inggeris Asas, Bahasa Ibunda Asas, Matematik Asas

# Bahasa Inggeris, Bahasa Ibunda dan Matematik akan diajar pada peringkat yang sesuai dengan kebolehan murid. * Sains akan diajar bermula dari Darjah 3. ^ Bagi Darjah 1-4, Pendidikan Kesihatan tidak diajar sebagai subjek yang berasingan tetapi topik yang relevan akan dimuatkan dalam pembelajaran Bahasa Inggeris. ~ Kerja Projek dijalankan pada waktu kurikulum tetapi tidak dinilai sebagai subjek peperiksaan.

12: Sekolah Rendah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

BULATAN TENGAH mengenai kemahiran-kemahiran pengetahuan yang bertujuan untuk membangunkan kemahiran-kemahiran berfikir, memproses dan berkomunikasi para pelajar. Ini membolehkan para pelajar menganalisis dan menggunakan maklumat dan mampu mengetengahkan pendapat dan idea-idea mereka dengan jelas dan berkesan. Ianya terdiri daripada subjek-subjek berdasarkan kemahiran.

BULATAN LUAR meliputi disiplin subjek-subjek berdasarkan kandungan iaitu Bahasa, Ilmu Kemanusiaan & Kesenian, dan Matematik & Sains. Ianya memastikan agar para pelajar memperoleh asas yang mantap dalam kandungan pelbagai cabang ilmu.

PERUBAHAN PADA PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH SAIZ KELAS YANG LEBIH KECIL BAGI DARJAH 1 & 2 Perubahan-perubahan penting bagi sekolah rendah pemerintah

> 30 murid bagi setiap kelas Darjah 1 bermula dari 2005 dan Darjah 2 bermula dari 2006. Mengapa kami lakukan ini?

> Kita akui bahawa murid-murid mungkin mempunyai titik permulaan yang berbeza apabila mereka pertama kali memasuki sekolah. Ini akan membolehkan guru memenuhi keperluan murid yang berbeza dalam satu kelas. > Bagi memberikan lebih tumpuan individu kepada murid-murid Darjah 1 dan 2 untuk mengasah kebolehan mereka dalam membaca dan mengira. > Bagi memudahkan peralihan dari peringkat pra-sekolah di mana saiz kelas biasanya kurang daripada 30 murid.

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Rendah :13

SEKOLAH RENDAH

BULATAN DALAM memusat pada kemahiran-kemahiran hidup memastikan agar para pelajar memperoleh nilai-nilai dan kemahiran-kemahiran yang kukuh yang membentuk mereka sebagai orang dewasa yang bertanggungjawab dan warganegara yang aktif. Ianya terdiri daripada kurikulum bukan akademik.

SATU SESI SEPARA Perubahan-perubahan penting

> Kebanyakan sekolah akan menganjurkan kelas rendah atas mereka (iaitu Darjah 3-6) pada sesi pagi, dan kelas rendah bawah mereka (iaitu Darjah 1-2) pada sesi petang. > Kebanyakan sekolah pemerintah akan beroperasi secara satu sesi separa menjelang 2014. Mengapa kami lakukan ini?

> Untuk membuka peluang bagi pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik dengan meluangkan lebih banyak masa dan ruang yang sedia ada. Sekolah-sekolah boleh menganjurkan kegiatan CCA dan pengayaan yang lebih luas lagi dengan kemudahan yang tidak digunakan pada sebelah petang.

PENGHALUSAN PADA SISTEM PENYALURAN SEKOLAH RENDAH Perubahan-perubahan penting

> Aliran EM1 dan EM2 telah disatukan. Pihak sekolah akan menasihatkan ibu bapa tentang sama ada anak mereka layak mengambil Bahasa Ibunda Lanjutan. > Pihak sekolah mempunyai fleksibiliti untuk mengadakan peperiksaan akhir tahun Darjah 4 mereka sendiri untuk mengenalpasti murid-murid yang akan meraih faedah daripada kurikulum EM3 bagi Darjah 5-6. Pihak sekolah akan menasihati, namun ibu bapa yang akan memberi kata putus mengenai aliran bagi anak mereka di peringkat Darjah 5.

Latar belakang Sebelum tahun 2005, penyaluran dilakukan pada akhir Darjah 4 untuk menempatkan murid-murid ke aliran yang sesuai mengikut tahap pembelajaran mereka. Ketiga-tiga aliran itu adalah EM1, EM2 dan EM3.

> Pihak sekolah mempunyai fleksibiliti untuk menggabungkan murid-murid EM3 dengan murid-murid dalam kelas lain. Mengapa kami lakukan ini?

> Untuk memberikan pihak sekolah fleksibiliti bagi mengatur dan menyalurkan muridmurid mereka untuk mencapai hasil pendidikan yang terbaik.

PROGRAM BAGI KECEMERLANGAN DI PERINGKAT SEKOLAH Perubahan-perubahan penting

> Sekolah-sekolah rendah boleh memohon untuk mendapatkan dana sehingga $100,000 daripada MOE untuk membangunkan bidang khas masing-masing. Mengapa kami lakukan ini?

> Untuk membolehkan pihak sekolah menonjolkan sekolah mereka melalui program kecemerlangan yang kukuh bagi memanfaatkan murid-murid mereka dari segi pendidikan.

14: Sekolah Rendah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

KURIKULUM BAHASA IBUNDA YANG LEBIH RESPONSIF DAN MELIBATKAN PELAJAR Bahasa Cina (CL)* Perubahan-perubahan penting > Kelonggaran dalam sukatan pelajaran Bahasa Cina yang membolehkan pengajaran mengikut kebolehan dan keperluan murid

• Kesemua murid akan mengambil modul-modul Teras. • Modul-modul Perantaraan dan Pengukuhan akan memenuhi keperluan muridmurid yang memasuki sekolah dengan pengetahuan Bahasa Cina yang cetek atau mereka yang memerlukan sokongan tambahan bagi modul-modul Teras. • Murid-murid yang berkebolehan dan berminat akan digalakkan untuk mempelajari bahasa ini di peringkat yang lebih tinggi melalui modul-modul Pengayaan. • Peperiksaan Bahasa Cina PTSR akan ditetapkan pada tahap modul-modul Teras.

STRUKTUR MODUL-MODUL BAHASA CINA BAGI PROFIL-PROFIL PELAJAR YANG BERBEZA Darjah 1 hingga 2

Darjah 3 hingga 4

Darjah 5 hingga 6

Modul Pengayaan

Modul Pengayaan

Modul Pengayaan

Modul-modul Teras

Modul Perantaraan

PTSR

Modul Pengukuhan

> Peningkatan pada kaedah pengajaran, kaedah penilaian dan bahan-bahan pengajaran • Pada peringkat Rendah Bawah, pelajaran eksplisit mengenai strategi yang muridmurid boleh gunakan untuk mengenali dan memahami huruf CL akan diajar. • Lebih penekanan akan diberikan kepada pertuturan, pendengaran dan pembacaan. Strategi seperti menyanyikan lagu-lagu, bacaan puisi dan berdeklamasi akan digunakan dengan lebih meluas. • Bahan-bahan pengajaran dan bacaan yang akan menarik minat murid-murid. • Perubahan pada PTSR bermula dari 2006 untuk mengurangkan penekanan dalam pembelajaran menghafal, menambah ujian mengikut konteks dan menambah pertimbangan pada komponen pertuturan/pendengaran. Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Rendah :15

SEKOLAH RENDAH

• Kurikulum CL bermodul yang baru akan dilaksanakan di peringkat Darjah 1 dan 2 pada 2007, Darjah 3 dan 4 pada 2008, diikuti oleh Darjah 5 pada 2009 dan Darjah 6 pada 2010.

• Penggunaan kamus elektronik bimbit Bahasa Cina yang diluluskan akan dibenarkan untuk karangan semasa peperiksaan peringkat sekolah bermula dari 2006 dan semasa PTSR bermula dari 2007. > Lebih banyak peluang menggunakan Bahasa Cina di sekolah • Sekolah-sekolah rendah SAP boleh menyediakan lebih banyak pendedahan kepada Bahasa Cina dengan mengajar lebih banyak subjek dalam Bahasa Cina, terutamanya pada peringkat rendah. * Bahasa Cina Lanjutan akan terus ditawarkan di Sekolah Rendah.

Bahasa Melayu (ML)* Perubahan-perubahan penting > Kurikulum ML yang fleksibel dan mengikut kebolehan

• Kumpulan berdasarkan kebolehan atau pengajaran yang dibezakan dalam sesebuah kelas bagi peringkat Rendah bawah untuk memenuhi keperluan murid-murid daripada latarbelakang bahasa rumah dan kebolehan yang berbeza. > Peningkatan pada sukatan pelajaran, bahan pengajaran dan kaedah penilaian. • Penekanan yang lebih pada pengembangan kemahiran bertutur, mendengar dan membaca. • Hasil pembelajaran yang nyata untuk menujukkan tahap pencapaian yang berbeza. • Bahan-bahan pengajaran dan bacaan yang akan menarik minat murid-murid. • Perubahan pada peperiksaan PTSR bermula dari tahun 2006 untuk mengurangkan penekanan pada penghafalan, menambahkan ujian dalam konteks dan menambah pertimbangan pada komponen pertuturan/pendengaran. • Kurikulum ML yang baru ini akan dilaksanakan bagi Darjah 1-4 pada 2008, diikuti dengan Darjah 5 pada 2009 dan Darjah 6 pada 2010. * Bahasa Melayu Lanjutan akan terus ditawarkan di Sekolah Rendah.

Bahasa Tamil (TL)* Perubahan-perubahan penting > Kurikulum TL yang fleksibel dan mengikut kebolehan

• Kumpulan berdasarkan kebolehan atau pengajaran yang dibezakan dalam sesebuah kelas untuk memenuhi keperluan murid-murid daripada latarbelakang bahasa rumah dan kebolehan yang berbeza. > Peningkatan pada sukatan pelajaran, bahan pengajaran dan kaedah penilaian. • Penekanan yang lebih pada pengembangan kemahiran bertutur, mendengar dan membaca.

16: Sekolah Rendah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

• Bahan-bahan pengajaran dan bacaan yang akan menarik minat murid-murid. • Bermula dari tahun 2006, sukatan pelajaran TL akan mengajar bahasa pertuturan Tamil dan bukan bahasa rasmi Tamil. • Bahasa pertuturan Tamil dan bukan bahasa rasmi Tamil yang akan digunakan bagi peperiksaan lisan PTSR bermula dari 2010.

• Kurikulum TL yang baru ini akan dilaksanakan bagi Darjah 1-4 pada 2008, Darjah 5 pada 2009 dan Darjah 6 pada 2010. * Bahasa Tamil Lanjutan akan terus ditawarkan di Sekolah Rendah.

Mengapa kami lakukan ini?

• Untuk menjadikan Bahasa Ibunda sebagai bahasa yang “hidup” dan mengembangkan di kalangan murid-murid minat yang berkekalan terhadap Bahasa Ibunda dan budaya mereka. • Untuk membentuk kurikulum supaya mengikut keperluan murid-murid yang berbeza kebolehan dan minat.

DARI PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH KE PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH LATIHAN PEMILIHAN SELEPAS PTSR > Semua murid yang menduduki PTSR (selain daripada mereka yang dipilih memasuki sekolah menengah bagi pengambilan masuk mengikut budi bicara) akan menetapkan pilihan sekolah-sekolah menengah yang diingini setelah keputusan PTSR diumumkan. Keputusan PTSR diumumkan tidak lama selepas hari terakhir tahun persekolahan. Selepas itu, para ibubapa dan murid boleh membuat pilihan mereka. Murid-murid diberi 6 pilihan dan keputusan penempatan diumumkan sebelum 25 Disember. > Penempatan di sekolah menengah berdasarkan pada merit dan pilihan. Ibubapa dan murid mungkin harus pertimbangkan ciri-ciri sekolah yang dapat memenuhi keperluan dan pembelajaran murid serta sekolah-sekolah yang berdekatan dengan rumah.

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Rendah :17

SEKOLAH RENDAH

• Perubahan pada peperiksaan PTSR bermula dari tahun 2006 untuk mengurangkan penekanan pada penghafalan, menambahkan ujian dalam konteks dan menambah pertimbangan pada komponen pertuturan/pendengaran.

PENGAMBILAN MASUK KE SEKOLAH MENENGAH MENGIKUT BUDI BICARA Perubahan-perubahan penting

> Sekolah menengah yang mempunyai Program Bersepadu diberikan fleksibiliti sepenuhnya untuk memilih murid-murid bagi Program Bersepadu Menengah 1. > Sekolah-sekolah Berautonomi dan Sekolah-sekolah Bebas boleh memperuntukkan 10% dan 20% tempat kosong di sekolah masing-masing untuk kemasukan mengikut budi bicara. > Sekolah-sekolah yang mempunyai bidang kecemerlangan yang diluluskan boleh memperuntukkan 5% tempat kosong di sekolah mereka untuk kemasukan mengikut budi bicara. > Murid-murid dipilih semasa Latihan Kemasukan Sekolah secara Langsung berdasarkan kriteria sekolah sebelum latihan penempatan utama. Mengapa kami lakukan ini?

Latar belakang Pada tahun 2005, semua sekolah menengah yang menawarkan Program Bersepadu, Sekolahsekolah Bebas, Sekolahsekolah Berautonomi dan sekolah-sekolah yang mempunyai bidang kecemerlangan yang diluluskan diberikan lebih autonomi untuk mengambil masuk beberapa peratusan tertentu murid-murid ke dalam sekolah mereka berdasarkan kriteria di peringkat sekolah.

> Untuk memberikan pihak sekolah lebih fleksibiliti mengiktiraf pencapaian dan bakat yang berbeza. Dalam pada itu, kita ingin menggalakkan murid-murid supaya memberikan tumpuan yang lebih terhadap kegiatan dan bidang yang mereka minati atau mempunyai bakat.

UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT Buku kecil mengenai Penempatan ke Menengah 1- keterangan umum bagi pengambilan masuk > http://www.moe.gov.sg/esp/schadm/sec1/pslemain.htm Perkhidmatan Penerangan mengenai Sekolah - keterangan mengenai programprogram dan kegiatan CCA yang ditawarkan oleh sekolah-sekolah > http://www.moe.gov.sg/schdiv/sis Pengambilan Masuk Mengikut Budi Bicara Bagi keterangan UMUM, sila rujuk kepada > http://www.moe.gov.sg Bagi keterangan KHUSUS, sila rujuk kepada > lelaman sekolah-sekolah berkenaan

18: Sekolah Rendah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH

yang “Program-program berbeza dan menarik yang disediakan membolehkan saya memanfaatkan pendidikan menengah saya dengan sebaikbaiknya supaya saya dapat memburu minat saya dan mengembangkan kebolehan saya.

FAKTA 1. Pendidikan selama 4-5 tahun SEGERA

2. Yuran sekolah selepas subsidi: $5.00 Yuran rampaian biasa: $8.00 Yuran rampaian tahap kedua*: $8.00 Sekolah Berautonomi memungut Yuran Sekolah Berautonomi antara $3 hingga $18 sebulan selain daripada yuran rampaian tahap kedua~



3. Peperiksaan nasional: GCE Peringkat ‘O’ (bagi kursus Khas/Ekspres) atau GCE Peringkat ‘N’ (bagi Kursus Normal)

4. Semua pelajar menyertai sekurangkurangnya satu CCA; kelakonan CCA diambil kira bagi pengambilan masuk ke Maktab Rendah, Institusi Pusat, politeknik dan Institut Pendidikan Teknikal

Sekolah Bebas mengenakan skala yuran yang berasingan. Julat yuran sekolah bagi para pelajar setempat (tidak termasuk yuran rampaian) pada tahun 2006 adalah antara $150-$255 sebulan^

* Yuran rampaian tahap kedua ditetapkan oleh pihak sekolah.

Jumlah maksima yang boleh dikenakan adalah 100% yuran rampaian biasa. Para pelajar boleh menggunakan akaun Edusave mereka untuk membayar yuran rampaian tahap kedua ini. ~ Para pelajar boleh menggunakan akaun Edusave mereka untuk membayar yuran Sekolah Berautonomi. ^ Para pelajar boleh menggunakan akaun Edusave mereka untuk membayar sebahagian daripada yuran Sekolah Bebas yang berlebihan daripada yuran sekolah dan yuran rampaian yang biasa bagi sekolah-sekolah menengah Pemerintah dan Bantuan Pemerintah. Skim bantuan kewangan disediakan untuk membantu para pelajar yang memerlukannya untuk membayar yuran. Ibu bapa yang ingin memohon bantuan kewangan boleh berhubung dengan sekolah anak mereka untuk mendapatkan borang permohonan.

PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH Para pelajar ditempatkan dalam Kursus Khas, Ekspres, Normal (Akademik) atau Normal (Teknikal) mengikut kelakonan mereka dalam PTSR. Tekanan berbeza pada kurikulum dirancang supaya sepadan dengan kebolehan dan minat pembelajaran mereka.

KURSUS-KURSUS SEKOLAH MENENGAH KURSUS-KURSUS KHAS DAN EKSPRES: > Kursus 4 tahun yang mengarah ke peperiksaan GCE Peringkat ‘O’. Pelajar kursus Khas menawarkan Bahasa Ibunda di peringkat lanjutan (Bahasa Cina Lanjutan/Bahasa Melayu Lanjutan/Bahasa Tamil Lanjutan). KURSUS NORMAL: > Para pelajar kursus Normal mengikuti sama ada kurikulum Normal (Akademik) [N(A)] atau Normal (Teknikal) [N(T)]. > Program 4 tahun yang menjurus ke peperiksaan GCE Peringkat ‘N’. > Tahun ke 5 yang menjurus ke peperiksaan GCE Peringkat ‘O’ disediakan bagi para pelajar N(A) yang lulus peperiksaan GCE Peringkat ‘N’ mereka dengan cemerlang. Para pelajar boleh berpindah dari satu kursus ke kursus yang lain berdasarkan kelakonan mereka dan penilaian Pengetua dan guru-guru.

20: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

FLEKSIBILITI DI ANTARA KURSUS Peperiksaan GCE Peringkat ‘O’

SEKOLAH MENENGAH

Menengah 5 N(A)

Peperiksaan GCE Peringkat ‘N’

Peperiksaan GCE Peringkat ‘N’

Menengah 4 Khas/Ekspres

Menengah 4 N(A)

Menengah 4 N(T)

Menengah 3 Khas/Ekspres

Menengah 3 N(A)

Menengah 3 N(T)

Menengah 2 Khas/Ekspres

Menengah 2 N(A)

Menengah 2 N(T)

Menengah 1 Khas/Ekspres

Menengah 1 N(A)

Menengah 1 N(T)

Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PTSR)

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Menengah :21

KEGIATAN-KEGIATAN KO-KURIKULUM (CCAs) CCA merupakan bahagian penting dalam memberi para pelajar kita pendidikan yang menyeluruh. CCA dapat memupuk sifat-sifat seperti bersemangat waja, ketabahan, keyakinan dan ketekunan, yang mempersiapkan mereka untuk menyesuaikan diri dan berjaya dalam dunia yang pesat berubah. Setiap pelajar sekolah menengah harus menyertai salah satu daripada CCA berikut: > Sukan dan permainan

> Kumpulan seni persembahan

> Pasukan berseragam

> Kelab dan persatuan

Para pelajar boleh juga menyertai kegiatan kedua. Para pelajar yang tidak terlibat dalam sukan saingan (umpamanya para pelajar yang menyertai CCA seperti seni persembahan dan kelab-kelab) digalakkan supaya mengambil bahagian dalam sukan dan permainan sebagai CCA mereka yang kedua. Pilihan CCA lain Para pelajar yang berminat dalam sesuatu kegiatan yang tidak ditawarkan di sekolah boleh mendapatkan keizinan pihak sekolah untuk memulakan kegiatan mereka sendiri. Ini memberi peluang bagi para pelajar meneruskan minat atau idea yang khusus, dan meluaskan julat kegiatan yang diadakan di sekolah. Para pelajar juga boleh menyertai kegiatan-kegiatan kemasyarakatan, supaya dapat membantu memupuk semangat keusahawanan dan mengeratkan silaturahim dengan masyarakat umum.

PROGRAM KHIDMAT KEMASYARAKATAN (CIP) & BELAJAR BERKHIDMAT CIP memupuk sikap tanggungjawab sosial dalam diri para pelajar dan menekankan komitmen terhadap negara. Dengan melakukan kerja-kerja kemasyarakatan, para pelajar kita mempelajari nilai berkhidmat serta nilai menjalin persahabatan yang berkekalan antara satu sama lain. Belajar Berkhidmat merupakan satu pendekatan yang membolehkan para peserta CIP tidak sahaja berkhidmat kepada masyarakat tetapi juga belajar mengenali keperluan masyarakat dan merenung kembali tentang pengalaman mereka dalam menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan supaya mereka lebih memahami dan menghargainya.

SIJIL TAMAT SEKOLAH Bermula dari tahun 2008, semua pelajar yang tamat pendidikan peringkat menengah dan pra-universiti akan menerima surat perakuan sekolah yang komprehensif yang dinamakan Sijil Tamat Sekolah daripada MOE. Ini termasuk penerangan pencapaian akademik dan luar akademik serta sifat peribadi setiap pelajar.

22: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

KURIKULUM KURSUS KHAS/EKSPRESS

BAHASA Bahasa Inggeris Bahasa Ibunda/Bahasa Ibunda Lanjutan/Bahasa Ibunda ‘B’ Bahasa Ketiga (pilihan – Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Jepun, Bahasa Melayu, Bahasa Cina)

LEGENDA KEMAHIRAN PENGETAHUAN

ILMU KEMANUSIAAN & KESENIAN

CCA, CIP, CME, PCCG, NE, PE

Subjek-subjek Menengah Atas: Ilmu Kemanusiaan Gabungan

PW~

Elektif Menengah Atas: Geografi, Sejarah, Sastera dalam Bahasa Inggeris, Sastera dalam Bahasa Cina, Sastera dalam Bahasa Melayu, Sastera dalam Bahasa Tamil, Seni Lukis & Rekabentuk, Muzik, Seni Lukis Lanjutan, Muzik Lanjutan

MATEMATIK & SAINS Subjek-subjek Menengah Bawah: Matematik, Sains, Rekabentuk & Teknologi, Ekonomi Rumahtangga Subjek-subjek Menengah Atas: Matematik, satu subjek Sains

Elektif Menengah Atas: Matematik Tambahan, Biologi, Kimia, Fizik, pilihan Sains Gabungan, Rekabentuk & Teknologi, Makanan & Pemakanan, Prinsip-prinsip Akaun

Kegiatan Ko-Kurikulum CIP Program Khidmat Kemasyarakatan CME Sivik & Pendidikan Moral PCCG Bimbingan Kebajikan & Kerjaya Pelajar NE Pendidikan Nasional PE Pendidikan Jasmani PW Kerja Projek Para pelajar kursus Khas dan Ekspres lazimnya mengambil 7-8 subjek dalam peperiksaan GCE peringkat ‘O’.

~ Kerja Projek dijalankan pada waktu kurikulum tetapi tidak dinilai sebagai subjek peperiksaan.

BULATAN DALAM memusat pada kemahiran-kemahiran hidup memastikan agar para pelajar memperoleh nilai-nilai dan kemahiran-kemahiran yang kukuh yang membentuk mereka sebagai orang dewasa yang bertanggungjawab dan warganegara yang aktif. Ianya terdiri daripada kurikulum bukan akademik.

BULATAN TENGAH mengenai kemahiran-kemahiran pengetahuan yang bertujuan untuk membangunkan kemahiran-kemahiran berfikir, memproses dan berkomunikasi para pelajar. Ini membolehkan para pelajar menganalisis dan menggunakan maklumat dan mampu mengetengahkan pendapat dan idea-idea mereka dengan jelas dan berkesan. Ianya terdiri daripada subjek-subjek berdasarkan kemahiran.

BULATAN LUAR meliputi disiplin subjek-subjek berdasarkan kandungan iaitu Bahasa, Ilmu Kemanusiaan & Kesenian, dan Matematik & Sains. Ianya memastikan agar para pelajar memperoleh asas yang mantap dalam kandungan pelbagai cabang ilmu.

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Menengah :23

SEKOLAH MENENGAH

Subjek-subjek Menengah Bawah: Geografi, Sejarah, Sastera dalam Bahasa Inggeris, Seni Tampak, Muzik

KEMAHIRAN HIDUP

CCA

PROGRAM-PROGRAM LAIN DI SEKOLAH MENENGAH PROGRAM-PROGRAM BERSEPADU (IP) > Menyediakan pendidikan yang tiada sekatan, yang membolehkan para pelajar sekolah menengah terus ke peringkat pra-universiti tanpa menduduki peperiksaan GCE Peringkat ‘O’. > Ini baik bagi para pelajar yang lebih selesa mengikuti program yang lebih fleksibel dan kurang berstruktur serta melibatkan diri dalam pengalaman pembelajaran yang lebih luas. > Sesetengah IP menawarkan kurikular dan peperiksaan alternatif seperti International Baccalaureate. PROGRAM PENGAJIAN DWI-BUDAYA (CINA) [BSP(C)] & BIASISWA RANCANGAN BANTUAN KHAS (SAP) > Program 4 tahun dari Menengah 3 hingga ke Pra-U 2. > Untuk mendidik para pelajar agar memahami dengan mendalam dan menghargai dua budaya, supaya mereka dapat berinteraksi dengan lebih berkesan dengan negeri Cina serta berhubungan dengan negara-negara Barat. > Sebagai tambahan kepada Bahasa Cina Lanjutan, para pelajar boleh menawarkan subjek elektif seperti Sejarah Cina dan Falsafah Cina. > Biasiswa SAP ditawarkan kepada para pelajar cemerlang dalam BSP(C). Mereka diberikan alaun biasiswa bernilai $1000, pembiayaan bagi program pengenalan penyerapan seberang laut dan pengecualian daripada membayar yuran sekolah. PROGRAM ELEKTIF BAHASA MELAYU BAGI SEKOLAH MENENGAH (EMAS) > Ditawarkan kepada para pelajar yang mengambil Bahasa Melayu Lanjutan. > Untuk meningkatkan keupayaan berbahasa Melayu bagi para pelajar yang berbakat supaya mereka dapat mencapai kecekapan dan pemahaman yang lebih tinggi dalam bahasa, sastera dan budaya Melayu. BAHASA MELAYU (PROGRAM KHAS)/BAHASA CINA (PROGRAM KHAS) [M(SP)/C(SP)] > Membolehkan para pelajar mempelajari Bahasa, seperti bahasa Melayu atau bahasa Cina, yang bukan bahasa ibunda mereka sebagai bahasa ketiga. > Sebelum ini dibuka hanya kepada para pelajar dalam golongan 30% terbaik PTSR yang memenuhi beberapa kriteria bahasa. > Bermula dari tahun 2007, kriteria ini akan ditiadakan. Para pelajar Menengah 1 akan dibenarkan mengambil satu lagi bahasa ibunda di samping Bahasa Ibunda mereka, selagi mereka mempunyai minat dan kecenderungan. 24: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

PROGRAM BAHASA ASING > Bahasa asing yang disediakan ialah Bahasa Perancis, Bahasa Jerman dan Bahasa Jepun. > Ditawarkan kepada para pelajar yang berada dalam golongan 10% terbaik PTSR dan yang mempunyai kecenderungan mempelajari bahasa asing, di samping Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda.

> Penekanan yang sama ke atas aspek-aspek praktikal dan teori Seni Lukis dan Rekabentuk, dan ke atas pengajian visual dan kebudayaan. PROGRAM ELEKTIF MUZIK (MEP) > Kursus 4 tahun yang menyediakan pelajar menduduki peperiksaan Muzik GCE Peringkat ‘O’. > Mengembangkan kemahiran persepsi para pelajar dalam mentafsirkan dan memahami muzik. Kursus ini mendedahkan mereka kepada muzik klasik Barat dan muzik tradisional luar Barat.

PERUBAHAN-PERUBAHAN YANG MELIBATKAN KURSUS KHAS/EKSPRES KAWALAN YANG LEBIH KE ATAS GCE PERINGKAT ‘O’ Perubahan-perubahan penting

> Dari tahun 2006, MOE mula memikul lebih tanggungjawab dalam pembinaan sukatan pelajaran dan format peperiksaan, penetapan mutu, dan pemberian gred. > Walaupun kita mengambilalih sepenuhnya tugas pembinaan sukatan pelajaran, MOE dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) akan terus bekerjasama dengan Sindiket Peperiksaan Setempat Universiti Cambridge (UCLES) dalam merekabentuk sukatan pelajaran dan menyerahkan kepada UCLES untuk menyiapkan dan memeriksa skrip peperiksaan. Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Menengah :25

SEKOLAH MENENGAH

PROGRAM ELEKTIF SENI LUKIS (AEP) > Kursus 4 tahun yang menyediakan pelajar menduduki peperiksaan Seni Lukis GCE Peringkat ‘O’.

Mengapa kami lakukan ini?

> Supaya peperiksaan selaras dengan kurikulum. Langkah ini memastikan bahawa kita dapat memenuhi keperluan pendidikan dan mengekalkan mutu tinggi yang dikenali di Singapura. SUBJEK-SUBJEK BARU GCE PERINGKAT ‘O’ Perubahan-perubahan penting

> Beberapa sekolah menengah telah dibenarkan menawarkan subjek-subjek baru Peringkat GCE ‘O’ sebagai tambahan atau untuk menggantikan subjek elektif. Mereka boleh memilih daripada senarai subjek-subjek yang ditawarkan oleh kumpulan sukatan pelajaran Peperiksaan Antarabangsa Cambridge untuk Peringkat ‘O’ (Cambridge International Examination group of ‘O’ Level syllabuses). Beberapa subjek yang kemungkinan disertakan ialah Ekonomi, Pengajian Komputer dan Drama. > Lama-kelamaan, sekolah-sekolah dapat membina subjek-subjek baru dalam bidangbidang tukikan kurikulum mereka sendiri atau bergabung dengan institusi posmenengah yang telah diakui bagi membina subjek-subjek GCE Peringkat ‘O’ yang baru. Mengapa kami lakukan ini?

> Untuk memberi para pelajar kita lebih banyak pilihan dalam apa yang mereka boleh pelajari. > Untuk membolehkan sekolah-sekolah mewujudkan tukikan kurikulum mereka sendiri.

PENGHALUSAN PADA BAHASA IBUNDA (MTL) Kriteria kelayakan bagi Bahasa Ibunda Lanjutan (HMTL) Perubahan-perubahan penting

> Kriteria kelayakan formal bagi Bahasa Ibunda Lanjutan telah dilonggarkan seperti berikut: • Golongan 10% terbaik kohort PTSR; atau • Golongan 11-30% terbaik kohort PTSR yang mendapat A* bagi Bahasa Ibunda di peringkat PTSR atau Merit bagi Bahasa Ibunda

26: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

Latar belakang Pendekatan mengikut kebolehan kumpulan sasar diambil dalam pengajaran Bahasa Ibunda supaya kita dapat memenuhi keperluan berbagai kumpulan pelajar. Pendekatan ini membolehkan Bahasa Ibunda diajar pada tahap dan kadar yang sesuai bagi para pelajar yang mempunyai latarbelakang bahasa dan kebolehan berbahasa yang berbeza. Lima sukatan pelajaran Bahasa Ibunda – Bahasa Ibunda Asas, Bahasa Ibunda ‘B’, Bahasa Ibunda bagi kursus N(A), Bahasa Ibunda dan Bahasa Ibunda Lanjutan – disediakan untuk menggalakkan setiap rakyat Singapura mempelajari Bahasa Ibundanya hingga ke peringkat setinggi mana yang mungkin.

> Walaupun para pelajar tidak memenuhi kriteria kelayakan formal, pihak sekolah mempunyai fleksibiliti untuk membenarkan mereka mengambil Bahasa Ibunda Lanjutan jika mereka dinilai mempunyai kebolehan Bahasa Ibunda yang kukuh dan dapat mengambil Bahasa Ibunda Lanjutan tanpa menjejas perkembangan akademik luas mereka. Mengapa kami lakukan ini?

> Untuk membolehkan para pelajar mengambil Bahasa Ibunda Lanjutan jika mereka mampu dan berminat. Ini akan menambah bilangan rakyat Singapura yang memahami dengan lebih mendalam bahasa dan budaya kaum mereka. Kriteria kelayakan bagi Bahasa Ibunda ‘B’ Perubahan-perubahan penting

> Mereka yang mempunyai kurang keupayaan belajar, seperti disleksia, ADHD, autisme dan cacat pendengaran, akan dipertimbangkan juga. Para pelajar yang mempunyai kecacatan yang teruk akan dikecualikan sama sekali daripada keperluan Bahasa Ibunda.

Latar belakang Sukatan pelajaran Bahasa Ibunda ‘B’ diperkenalkan untuk membantu para pelajar yang menghadapi kesukaran dalam mempelajari Bahasa Ibunda. Dengan penekanan ke atas kemahiran perhubungan yang praktikal, sukatan ini bertujuan untuk menggalak para pelajar supaya mempelajari Bahasa Ibunda mereka ke tahap yang realistik, dan mengekalkan minat mereka dalam bahasa dan budaya kaum mereka.

> Sekolah-sekolah menengah mempunyai fleksibiliti untuk membenarkan para pelajar lain mengambil Bahasa Ibunda ‘B’ setelah mempertimbangkan kelakonan dan keupayaan berbahasa pelajar serta tahap yang dapat dicapainya dengan usaha yang setimpal.

> Para pelajar yang memasuki semula sistem pendidikan kita (seperti para pelajar yang kembali dari seberang laut) dan tidak mampu mengikuti sukatan pelajaran Bahasa Ibunda juga akan dipertimbangkan untuk mengikuti sukatan pelajaran Bahasa Ibunda ‘B’. Mengapa kami lakukan ini?

> Untuk membantu para pelajar yang terlalu lemah dalam Bahasa Ibunda supaya pembangunan akademik mereka tidak akan terjejas kerana masa yang mereka peruntukkan untuk mempelajari Bahasa Ibunda.

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Menengah :27

SEKOLAH MENENGAH

> Bahasa Ibunda ’B’ boleh ditawarkan dari Menengah 1. Para pelajar yang memperolehi Gred C atau lebih rendah dalam Bahasa Ibunda pada PTSR akan dibenarkan mengambil Bahasa Ibunda ‘B’.

Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Cina (CL) Perubahan-perubahan penting

> 10% ruang dalam kurikulum bagi pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah. > Perubahan pada format peperiksaan Bahasa Cina GCE Peringkat ‘O’ bermula dari 2006 untuk mengurangkan penekanan pada penghafalan, meningkatkan ujian dalam konteks dan menambah pertimbangan bagi komponen bertutur/mendengar. > Penggunaan kamus elektronik bimbit bahasa Cina yang diluluskan semasa peperiksaan karangan akan dibenarkan dalam penilaian peringkat sekolah bermula dari tahun 2006 dan dalam peperiksaan peringkat ‘O’ bermula dari 2007. > Para pelajar Bahasa Cina dan Bahasa Cina Lanjutan boleh mengambil Sastera dalam Bahasa Cina sebagai sebahagian daripada elektif Ilmu Kemanusiaan Gabungan bagi GCE Peringkat ‘O’ bermula dari 2006. Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu (ML) Perubahan-perubahan penting

> Hasil pembelajaran yang nyata menunjukkan tahap pencapaian yang berbeza. > Bahan-bahan pengajaran dan bacaan yang akan menarik minat para pelajar. > Perubahan pada format peperiksaan Bahasa Melayu GCE Peringkat ‘O’ bermula dari 2006 untuk mengurangkan penekanan pada penghafalan, meningkatkan ujian dalam konteks dan menambah pertimbangan bagi komponen bertutur/mendengar. Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Tamil (TL) Perubahan-perubahan penting

> Bahasa pertuturan Tamil akan digunakan dalam semua perbualan antara guru dengan pelajar dalam semua kelas Bahasa Tamil. > Bahan-bahan pengajaran dan bacaan yang akan menarik minat para pelajar. > Perubahan pada format peperiksaan Bahasa Tamil GCE Peringkat ‘O’ bermula dari 2006 untuk mengurangkan penekanan pada penghafalan, meningkatkan ujian dalam konteks dan menambah pertimbangan bagi komponen bertutur/mendengar. Mengapa kami lakukan ini?

> Untuk menjadikan Bahasa-bahasa Ibunda sebagai bahasa-bahasa “hidup” yang akan digunakan oleh para pelajar dalam situasi harian dan menanam minat para pelajar dalam Bahasa Ibunda dan budaya kaum mereka agar berkekalan sepanjang hayat.

28: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

KURIKULUM KURSUS NORMAL Para pelajar kursus Normal mengikuti sama ada kurikulum Normal (Akademik) atau Normal (Teknikal). Dalam kursus Normal (Akademik), para pelajar menawarkan 6 - 8 subjek bagi peperiksaan GCE Peringkat ‘N’. Subjek-subjek wajib ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Ibunda dan Matematik. Bagi mereka yang berada dalam menengah atasan, Ilmu Kemanusiaan Gabungan dan satu subjek Sains diwajibkan.

KURIKULUM KURSUS NORMAL (AKADEMIK)

BAHASA SEKOLAH MENENGAH

Bahasa Inggeris Bahasa Ibunda/Bahasa Ibunda Lanjutan/Bahasa Ibunda ‘B’ Bahasa Ketiga (pilihan – Bahasa Melayu, Bahasa Cina)

KEMAHIRAN PENGETAHUAN

ILMU KEMANUSIAAN & KESENIAN Subjek-subjek Menengah Bawah: Geografi, Sejarah, Sastera dalam Bahasa Inggeris, Seni Tampak, Muzik Subjek-subjek Menengah Atas: Ilmu Kemanusiaan Gabungan

KEMAHIRAN HIDUP CCA, CIP, CME, PCCG, NE, PE

PW~

Elektif Menengah Atas: Geografi, Sejarah, Sastera dalam Bahasa Inggeris, Sastera dalam Bahasa Cina, Seni Lukis & Rekabentuk, Muzik, Seni Lukis Lanjutan, Muzik#, Unsur-unsur Pentadbiran Pejabat^

MATEMATIK & SAINS Subjek-subjek Menengah Bawah: Matematik, Sains, Rekabentuk & Teknologi, Ekonomi Rumahtangga Subjek-subjek Menengah Atas: Matematik, satu subjek Sains

Elektif Menengah Atas: Matematik Tambahan, pilihan Sains Gabungan, Rekabentuk & Teknologi, Makanan & Pemakanan, Aplikasi Komputer^, Prinsip-prinsip Akaun

LEGENDA CCA

Kegiatan Ko-Kurikulum CIP Program Khidmat Kemasyarakatan CME Sivik & Pendidikan Moral PCCG Bimbingan Kebajikan & Kerjaya Pelajar NE Pendidikan Nasional PE Pendidikan Jasmani PW Kerja Projek

# hanya ditawarkan pada Men 4 & 5. ^ hanya ditawarkan pada Men 3 & 4. ~ Kerja Projek dijalankan pada waktu kurikulum tetapi tidak dinilai sebagai subjek peperiksaan.

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Menengah :29

Dalam kursus Normal (Teknikal), para pelajar menawarkan 5-7 subjek bagi peperiksaan GCE Peringkat ‘N’. Kurikulum ini mempersiapkan mereka untuk pendidikan teknikal di Institut Pendidikan Teknikal. Kurikulum ini bertujuan mempertingkatkan kemahiran para pelajar dalam Bahasa Inggeris dan Matematik. Para pelajar mengambil Bahasa Inggeris, Matematik, Bahasa Ibunda Asas dan Aplikasi Komputer sebagai subjek-subjek wajib.

KURIKULUM KURSUS NORMAL (TEKNIKAL)

BAHASA Bahasa Inggeris Bahasa Ibunda Asas

KNOWLEDGE KEMAHIRAN SKILLS PENGETAHUAN

ILMU KEMANUSIAAN & KESENIAN Subjek-subjek Menengah Bawah: Pengajian Sosial, Seni Tampak, Muzik Elektif Menengah Atas: Seni Lukis & Rekabentuk, Unsur-unsur Pentadbiran Pejabat

MATEMATIK & SAINS

KEMAHIRAN HIDUP

Subjek-subjek Menengah Bawah: Matematik, Sains, Aplikasi Komputer, Pengajian Teknikal, Ekonomi Rumahtangga

CCA, CIP, CME, PCCG, NE, PE

PW~

Subjek-subjek Menengah Atas: Matematik, Aplikasi Komputer

Elektif Menengah Atas: Sains Gabungan, Pengajian Teknikal, Makanan & Pemakanan

LEGENDA CCA

Kegiatan Ko-Kurikulum CIP Program Khidmat Kemasyarakatan CME Sivik & Pendidikan Moral PCCG Bimbingan Kebajikan & Kerjaya Pelajar NE Pendidikan Nasional PE Pendidikan Jasmani PW Kerja Projek

~ Kerja Projek dijalankan pada waktu kurikulum tetapi tidak dinilai sebagai subjek peperiksaan.

30: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

PERUBAHAN-PERUBAHAN YANG MELIBATKAN KURSUS NORMAL PERKEMBANGAN DALAM KURSUS N(A) Perubahan-perubahan penting

> Bermula dari tahun 2006, para pelajar N(A) yang terpilih boleh mengambil sebanyak dua subjek peperiksaan GCE Peringkat ‘O’ dalam Menengah 4 N(A) daripada julat subjek yang diluaskan (sila lihat jadual di bawah), dengan syarat sekolah mereka menawarkan subjek-subjek ini. Sekolah-sekolah akan menilai para pelajar dan mengenalpasti mereka yang layak untuk menawarkan subjek-subjek Peringkat ‘O’ ini. > Sekolah-sekolah boleh memperkenalkan modul-moduk elektif bersama-sama dengan institusi pendidikan pos-menengah atau agensi-agensi luar untuk mengembangkan minat dan keupayaan para pelajar N(A) dalam bidang-bidang tertentu.

Mengapa kami lakukan ini?

> Untuk memberikan para pelajar N(A) lebih banyak pilihan dalam julat subjek yang dapat mereka tawarkan, mengikut minat dan keupayaan mereka. > Untuk menyediakan peralihan yang tiada sekatan dari kurikulum Peringkat ‘N’ ke Peringkat ‘O’ bagi para pelajar terbaik supaya mereka dapat menentukan pembelajaran mereka dengan lebih baik lagi selama lima tahun dan menyertai pengalaman pembelajaran yang lebih luas.

SUBJEK-SUBJEK PERINGKAT ‘O’ Bahasa Inggeris

Sains Gabungan

Makan & Pemakanan

Bahasa Cina/Bahasa Melayu/BahasaTamil

Ilmu Kemanusiaan Gabungan

Prinsip-prinsip Akaun

Sastera dalam Bahasa Inggeris

Rekabentuk & Teknologi

Sejarah

Lukisan & Rekabentuk

Geografi

Muzik

Sastera Cina

Bahasa Cina (Program Khas)/ Bahasa Melayu (Program Khas)

Bahasa Cina Lanjutan/ Bahasa Melayu Lanjutan/ BahasaTamil Lanjutan Matematik Matematik Tambahan

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Menengah :31

SEKOLAH MENENGAH

> Berdasarkan kelakonan mereka di peringkat sekolah pada akhir Menengah 2 atau Menengah 3, pihak sekolah boleh membenarkan para pelajar N(A) mereka dinaikkan ke Menengah 5 N(A) tanpa mengambil peperiksaan Peringkat ‘N’.

PERKEMBANGAN DALAM KURSUS N(T) Perubahan-perubahan penting

> Para pelajar N(T) boleh mengambil subjek N(A) bermula dari tahun 2006 • Para pelajar N(T) yang terpilih, yang berupaya menawarkan subjek-subjek di peringkat lebih tinggi akan dibenarkan mengambil satu hingga dua subjek N(A) dari julat penuh subjek-subjek N(A). • Pihak sekolah akan menilai para pelajar dan menawarkan subjek-subjek N(A) kepada mereka yang layak.

Latar belakang Kursus N(T) memenuhi keperluan para pelajar yang lebih cenderung dalam bidang teknikal. Kursus ini memberikan mereka peluang menamatkan pendidikan asas dalam masa 10 tahun dan menyiapkan mereka bagi pendidikan posmenengah di ITE.

> Kurikulum N(T) yang disemak bermula dari tahun 2007 • Akan memberikan lebih tumpuan terhadap pembelajaran yang berorientasikan amali. • Pendekatan-pendekatan pengajaran boleh tertumpu kepada kerja berkumpulan, persembahan lisan, daya kreatif dan banyak lagi kegiatan. > Modul-modul Elektif (EM) • Bertujuan untuk memperkayakan kurikulum bagi para pelajar N(T) menengah atasan. • Modul-modul elektif selama 20 hingga 30 jam untuk mengembangkan minat dan keupayaan para pelajar N(T) dalam bidang-bidang tertentu. • Sekolah-sekolah boleh membangunkan modul-modul elektif bersama-sama dengan institusi-institusi pendidikan pos-menengah atau agensi-agensi luar. > Pemindahan dari kursus N(T) ke kursus N(A) bagi para pelajar terbaik N(T) (sila lihat gambar rajah di muka surat 19) • Laluan tambahan bagi pemindahan ke kursus N(A) seperti Menengah 2 N(T) ke Menengah 2 N(A). • Sekolah-sekolah menilai dan menawarkan pemindahan ke kursus N(A) bagi para pelajar N(T) yang layak. • Pemindahan semasa dari Menengah 1 N(T) ke Menengah 2 N(A) akan diteruskan. Mengapa kami lakukan ini?

> Untuk memberikan para pelajar N(T) lebih banyak pilihan untuk membantu mereka memupuk minat dan mengembangkan bakat mereka, dan bagi mereka yang berupaya, fleksibiliti untuk melanjutkan pembelajaran mereka dalam subjek tertentu. > Untuk menumpukan kurikulum N(T) ke arah pembelajaran yang berorientasikan amali supaya selaras dengan pendekatan para pelajar N(T) terhadap pembelajaran. > Untuk menyediakan lebih banyak peluang peralihan lateral dari N(T) ke N(A) bagi pemindahan antara kedua-dua kursus ini.

32: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

DARI PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH KE PENDIDIKAN POS MENENGAH PILIHAN PENDIDIKAN POS MENENGAH Maktab Rendah (JC) dan Institut Pusat (CI)

> Menawarkan kursus pra-universiti maktab rendah selama 2 tahun/institut pusat selama 3 tahun yang mengarah kepada peperiksaan GCE Peringkat ‘A’. Politeknik

> Bagi para pelajar yang ingin mendapatkan latihan berorientasikan gunaan dan amali dan mempunyai kelayakan GCE Peringkat ‘O’ yang diperlukan. Bermula dari 2006, politeknik-politeknik boleh mengambil masuk sehingga 5% pelajar mereka berdasarkan bakat istimewa dan kecenderungan pelajar. > Kursus 3 tahun merupakan suatu norma. > Graduan lulusan politeknik dengan gred-gred yang baik berpeluang melanjutkan pendidikan ke peringkat universiti. Institut Pendidikan Teknikal (ITE)

> Bagi para pelajar yang mempunyai sijil-sijil GCE Peringkat ‘O’ atau ‘N’. > Menawarkan kursus-kursus teknikal atau vokasional dari 1 hingga 2 tahun. > Para pelajar yang lulus dengan cemerlang boleh meneruskan pendidikan mereka ke politeknik untuk mengikuti program-program diploma. Calon-calon yang layak juga boleh mara ke universiti.

UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT mengenai permohonan ke JC/CI, Politeknik dan ITE: > http://www.moe.gov.sg/esp/schadm/jae

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Sekolah Menengah :33

SEKOLAH MENENGAH

> Bagi para pelajar yang cenderung dalam bidang akademik dan mempunyai kelayakan GCE Peringkat ‘O’ yang diperlukan. Maktab-maktab Rendah juga mengiktiraf bakat istimewa dan kecenderungan melalui pengambilan masuk mengikut budi bicara (sila lihat muka surat 34).

PENGAMBILAN MASUK KE MAKTAB RENDAH MENGIKUT BUDI BICARA Pengambilan Masuk mengikut budi bicara membenarkan JC mengambil masuk peratusan tertentu para pelajar dengan menggunakan kriteria pemilihan peringkat sekolah mereka. Perubahan-perubahan penting

> Bagi pengambilan masuk mengikut budi bicara ke JC 1, para pelajar dipilih semasa Latihan Pengambilan Masuk ke Sekolah secara Langsung dengan menggunakan kriteria peringkat sekolah, sebelum latihan pengambilan masuk pusat. > Maktab Rendah Bebas mempunyai autonomi mengambil masuk sehingga 20% pelajar mereka di JC 1 sebelum latihan pengambilan masuk pusat. Maktab-Maktab Rendah lain mempunyai autonomi mengambil masuk sehingga 10% pelajar mereka di JC 1. > Maktab Rendah dengan Program Bersepadu (IP) yang bermula dari Menengah 3 (iaitu IP Tahun 1) mempunyai autonomi penuh untuk memilih semua pelajar IP Tahun 1 mereka dengan menggunakan kriteria peringkat sekolah. Mengapa kami lakukan ini?

> Untuk memberikan sekolah-sekolah kita lebih fleksibiliti mengiktiraf julat pencapaian dan bakat yang lebih berbeza. Di samping itu, kita ingin menggalakkan para pelajar supaya lebih berusaha dalam minat dan bakat mereka yang istimewa.

34: Sekolah Menengah } Memupuk Setiap Kanak-kanak

PENDIDIKAN PRA-UNIVERSITI

projek telah membantu saya “Kerja dan rakan-rakan sedarjah saya meningkatkan kemahiran kami dalam bekerjasama, belajar secara berdikari dan berkomunikasi.

FAKTA SEGERA



1. Pendidikan selama 2-3 tahun

3. Peperiksaan nasional: GCE Peringkat ‘A’

2. Yuran sekolah selepas subsidi: $6.00

4. Semua pelajar mengambil sekurang-

Yuran Rampaian biasa: $11.00 Yuran Rampaian tahap kedua*: $11.00

kurangnya satu CCA; kelakonan dalam CCA diambil kira bagi penerimaan masuk ke universiti

Maktab Rendah Bebas mengenakan skala yuran yang berbeza. Julat yuran bagi para pelajar tempatan (tidak termasuk yuran rampaian) pada tahun 2006 adalah $225 - $400 sebulan^

* Yuran rampaian tahap kedua ditetapkan oleh pihak sekolah.

Jumlah maksima yang boleh dikenakan adalah 100% yuran rampaian biasa. Para pelajar boleh menggunakan akaun Edusave mereka untuk membayar yuran rampaian tahap kedua ini. ^ Para pelajar boleh menggunakan akaun Edusave mereka untuk membayar sebahagian daripada yuran Sekolah Bebas yang berlebihan daripada yuran sekolah dan yuran rampaian yang biasa bagi sekolah-sekolah menengah Pemerintah dan Bantuan Pemerintah. Skim bantuan kewangan disediakan untuk membantu para pelajar yang memerlukannya untuk membayar yuran. Ibu bapa yang ingin memohon bantuan kewangan boleh berhubung dengan sekolah anak mereka untuk mendapatkan borang permohonan.

PENDIDIKAN PRA-UNIVERSITI menyediakan para pelajar bagi peperiksaan GCE Peringkat ‘A’ pada akhir kursus 2 tahun di maktab rendah atau 3 tahun di institut pusat. Para pelajar yang tamat pendidikan prauniversiti mereka akan menerima Sijil Tamat Sekolah (lihat muka surat 22).

RANGKA BAGI KURIKULUM BARU GCE PERINGKAT ‘A’ TAHUN 2006 KURIKULUM GCE PERINGKAT ‘A’

BAHASA Bahasa Ibunda Bahasa Ketiga

KEMAHIRAN PENGETAHUAN

ILMU KEMANUSIAAN & KESENIAN seperti Seni Lukis, Ekonomi, Geografi, Sejarah, Sastera dalam Bahasa Inggeris, Muzik, Pengajian Teater & Drama

GP

KEMAHIRAN HIDUP

PW

CCA, CDP, Civics, PCCG, NE, PE KI

Untuk keterangan lanjut mengenai subjek-subjek Peringkat ‘A’, sila rujuk pada muka surat 40 and 41.

36: Pra-Universiti } Memupuk Setiap Kanak-kanak

MATEMATIK & SAINS seperti Biologi, Kimia, Fizik, Matematik, Kemahiran Komputer

LATAR BELAKANG Bermula dari tahun 2006, kurikulum GCE Peringkat ‘A’ yang lebih luas dan fleksibel telah diperkenalkan bagi Pra-U 1 untuk menggalakkan pendekatan baharu terhadap pembelajaran dan membangunkan julat kemahiran yang lebih luas dalam diri para pelajar. Para pelajar akan dicabar supaya berfikir secara kritis dan kreatif. LEGENDA CCA

Kegiatan Ko-Kurikulum CDP Program Pembangunan Perwatakan PCCG Bimbingan Kebajikan & Kerjaya Pelajar NE Pendidikan Nasional PE Pendidikan Jasmani GP Kertas Am PW Kerja Projek KI Pengetahuan & Kajian

BULATAN DALAM memusat pada kemahiran-kemahiran hidup memastikan agar para pelajar memperoleh nilai-nilai dan kemahiran-kemahiran yang kukuh yang membentuk mereka sebagai orang dewasa yang bertanggungjawab dan warganegara yang aktif. Ianya terdiri daripada kurikulum bukan akademik.

BULATAN TENGAH mengenai kemahiran-kemahiran pengetahuan yang bertujuan untuk membangunkan kemahiran-kemahiran berfikir, memproses dan berkomunikasi para pelajar. Ini membolehkan para pelajar menganalisis dan menggunakan maklumat dan mampu mengetengahkan pendapat dan idea-idea mereka dengan jelas dan berkesan. Ianya terdiri daripada subjek-subjek berdasarkan kemahiran.

BULATAN LUAR meliputi disiplin subjek-subjek berdasarkan kandungan iaitu Bahasa, Ilmu Kemanusiaan & Kesenian, dan Matematik & Sains. Ianya memastikan agar para pelajar memperoleh asas yang mantap dalam kandungan pelbagai cabang ilmu.

Perubahan-perubahan penting

> Para pelajar boleh memilih subjek-subjek pada tiga peringkat pengajian yang berbeza: Lanjutan 1 (H1), Lanjutan 2 (H2) dan Lanjutan 3 (H3).

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Pra-Universiti :37

PRA-UNIVERSITI

PERINGKAT PENGAJIAN YANG BERBEZA

H1: Setara dengan separuh kandungan subjek H2 tetapi setanding dari segi standard akademik dengan subjeksubjek H2.

H2: Setara dengan standard subjek-subjek Peringkat ‘A’ sebelum 2006.

H3: Subjek-subjek yang mempunyai pelbagai peluang pembelajaran (seperti kandungan lanjutan, kertas kajian, modul universiti). Bagi membolehkan para pelajar mengambil subjek di mana mereka boleh mencapai kecemerlangan pada peringkat lebih tinggi. Para pelajar yang ingin mengambil subjek H3 perlu menawarkan subjek sepadan di peringkat H2.

Bagi tujuan perluasan, untuk mendalami minat pelajar dalam bidang yang tidak diingini sebagai bidang pengkhususan , atau memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas dalam subjek yang akan menyokong pengajian mereka di universiti.

> Di samping GP, PW, dan MTL* di peringkat H1, para pelajar dikehendaki menawarkan tiga subjek H2 dan 1 subjek H1 yang berasaskan kandungan, dengan sekurangkurangnya satu daripada subjek yang dipilih daripada disiplin yang berkontras. Sebagai contoh, seorang pelajar yang menawarkan tiga subjek daripada kumpulan Matematik & Sains perlu menawarkan satu subjek daripada kumpulan Ilmu Kemanusiaan & Kesenian, dan sebaliknya. Subjek yang berkontras boleh berada di tahap H1 atau H2. SEKILAS PANDANG Semua pelajar akan menawarkan: GP, PW dan MTL pada peringkat H1 3 subjek kandungan H2 ) sekurang-kurangnya 1 1 subjek kandungan H1 ) daripada disiplin berkontras Jumlah bilangan subjek: 7 (3 H2 + 4 H1) Contoh kombinasi subjek Contoh A

Contoh B

H2 Fizik

H2 Ekonomi

H2 Kimia

H2 Sejarah

H2 Matematik

H2 Matematik (subjek berkontras)

H1 Lukisan (subjek berkontras)

H1 Pengajian Am dalam Bahasa Cina

MTL

MTL

GP

GP

PW

PW

38: Pra-Universiti } Memupuk Setiap Kanak-kanak

* Para pelajar dikecualikan daripada mengambil peperiksaan Bahasa Ibunda (H1 MTL) jika mereka mendapat gred D7 atau lebih baik bagi Bahasa Ibunda Lanjutan (HMTL) dalam peperiksaan GCE Peringkat ‘O’ atas sebab mereka dikirakan sudah memenuhi syarat kelulusan H1 MTL. H1 MTL tidak boleh digantikan dengan subjek lain kerana ia merupakan subjek yang penting dalam kurikulum ‘A’ level.

> Para pelajar akan diuji dalam kesemua subjek pilihan mereka dalam satu pengambilan pada akhir pendidikan prauniversiti mereka. Bagaimanapun, mereka boleh memilih untuk mengambil satu subjek kandungan H1 (sebagai tambahan kepada Bahasa Ibunda) setahun lebih awal. > Para pelajar yang berminat untuk meluaskan julat subjek dan pengalaman intelek mereka boleh menawarkan kurikulum yang diperluaskan: • Mengambil satu lagi subjek tambahan H1 atau H2 atau • Membuat pengkhususan lanjut dengan menawarkan sehingga 2 subjek H3.

KEMAHIRAN ILMU PENGETAHUAN Perubahan-perubahan penting

> Bidang baharu pelajaran yang menumpukan secara eksplisit terhadap membangunkan kemahiran-kemahiran bertahap tinggi: pemikiran konsepsi, kemahiran-kemahiran memproses pengetahuan lain dan kemahiran-kemahiran berkomunikasi. > Subjek-subjek termasuk Kerja Projek (PW) dan Pengetahuan & Kajian (KI).

• Menggalakkan kerjasama, pembelajaran bebas dan kemahiran-kemahiran berkomunikasi. • Ditawarkan sebagai subjek H1. • Diwajibkan bagi semua pelajar.

PENGETAHUAN & KAJIAN (KI) • Para pelajar akan mengkaji sifat-sifat dan pembentukan ilmu pengetahuan. • Menggalakkan kerja-kerja penyelidikan dan penilaian dalam bidang-bidang sains, sains kemasyarakatan, matematik, dan ilmu estetik. • Membentuk kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis. • Ditawarkan sebagai satu subjek H2 sebagai ganti kepada GP. • Ditawarkan sebagai subjek H2 yang keempat bagi para pelajar yang berminat. • Boleh digunakan sebagai subjek yang berkontras.

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Pra-Universiti :39

PRA-UNIVERSITI

KERJA PROJEK (PW) • Para pelajar akan menggabungkan pengetahuan daripada pelbagai bidang pembelajaran dan menggunakannya dalam situasi hidup yang nyata.

SUBJEK-SUBJEK PERINGKAT ‘A’ PADA TAHAP-TAHAP H1, H2 DAN H3 BAGI KURIKULUM TAHUN 2006 Sukatan pelajaran yang dibangunkan MOE SUBJEK H1 Seni Lukis Biologi Kimia Bahasa Cina Bahasa dan Sastera Cina Kemahiran Komputer Ekonomi Bahasa Perancis Kertas Am (GP) Pengajian Am dalam Bahasa Cina Geografi Bahasa Jerman Sejarah Sejarah (Bahasa Cina) Sejarah Sastera Cina Bahasa Jepun Pengetahuan & Kajian (KI) Sastera dalam Bahasa Inggeris Bahasa Melayu Bahasa dan Sastera Melayu Pengurus Perniagaan* Matematik Muzi Fizik Prinsip-Prinsip Akaun* Kerja Projek (PW) Bahasa Tamil Bahasa & Sastera Tamil Pengajian Teater dan Drama *Hanya ditawarkan di Institut Millenia

40: Pra-Universiti } Memupuk Setiap Kanak-kanak

TAHAP H2

H3

Subjek-subjek H1/H2 dibawah kumpulan Matematik & Sains Subjek-subjek H1/H2 dibawah kumpulan Ilmu Kemanusiaan & Kesenian Subjek yang boleh digunakan sebagai subjek berkontras bagi kedua-dua kumpulan Matematik & Sains dan kumpulan Ilmu Kemanusiaan & Kesenian

Subjek-subjek kemahiran proses dan kemahiran bahasa H1 yang tidak dianggap subjek-subjek berteraskan kandungan Subjek-subjek H3 CATITAN: Bahagian-bahagian yang tidak diwarnakan menandakan bahawa subjek itu tidak ditawarkan pada peringkat itu.

PROGRAM-PROGRAM H3 OLEH RAKAN KONGSI MOE Ilmu Kemanusiaan & Kesenian

Ekonomi Pengurusan NUS, Goepolitik NUS: Geografi Peperangan dan Kedamaian, Ekonomi dan Ruang NUS, Penggunaan dan Pembangunan Tanah Bandar NUS, Penghayatan dan Kritikan Sastera NUS, Program Penyelidikan H3 Ilmu Kemanusiaan dan Sains Kemasyarakatan NUS

Matematik & Sains

Genetik Molekular NUS, Biodiversiti NUS, Kimia Fisikal Asas NUS, Fizik IV NUS, Dasar-Dasar Matematik NUS, Algebra Linear I NUS, Program Penyelidikan H3 Sains NUS, Latihan dan Penyelidikan Sains NJC (STaR), Penyelidikan Sains NUS - A*STAR - VJC PRA-UNIVERSITI

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Pra-Universiti :41

DARI PENDIDIKAN PRA-UNIVERSITI KE PENDIDIKAN UNIVERSITI Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) menjalankan latihan kemasukan masing-masing di bawah kerangkaan kemasukan universiti yang luas untuk para pelajar lepasan peringkat ‘A’ dan politeknik seperti berikut: BAGI PARA PEMOHON PERINGKAT ‘A’ Pengambilan masuk bagi 2006-2007: • Keputusan GCE Peringkat ‘A’ : - Kriteria permohonan minima: Lulus dalam sekurang-kurangnya 2 subjek Peringkat ‘A’ serta Kertas Am (GP) dalam satu pengambilan dan juga dalam Bahasa Ibunda (MTL). - Gred dalam subjek-subjek berikut akan diambil kira bagi penerimaan masuk: Kertas Am (GP) dan 3 subjek-subjek peringkat ‘A’. Gred Bahasa Ibunda (MTL) boleh disertakan untuk pertimbangan. - Kemahiran Bahasa Ibunda (MTL) minima yang diperlukan: D7 dalam MTL atau lulus dalam MTL ‘B’ atau D7 dalam Bahasa Ibunda Lanjutan GCE Peringkat ‘O’. • Kerja Projek • Prestasi dalam CCA (dipertimbangkan secara kualitatif mulai 2007) • Kriteria tambahan bagi memasuki fakulti seperti temu duga atau ujian kebolehan

Pengambilan masuk bagi 2008: • Keputusan GCE Peringkat ‘A’: - Kriteria permohonan minima: Lulus dalam 2 subjek H2, serta pengambilan Kertas Am (GP) atau KI dalam satu pengambilan, dan juga dalam Bahasa Ibunda (MTL). - Gred dalam subjek-subjek berikut akan diambil kira bagi penerimaan masuk: 3 subjek H2 dan 1 subjek H1 berasaskan kandungan (sekurang-kurangnya salah satu daripada subjek tersebut mesti dari bidang yang berkontras), Kertas Am (GP) atau KI, PW. Gred Bahasa Ibunda (MTL) boleh disertakan untuk dipertimbangkan. - Kemahiran Bahasa Ibunda (MTL) minima yang diperlukan: Gred ‘S’ dalam H1 MTL atau lulus dalam MTL ‘B’ atau D7 dalam Bahasa Ibunda Lanjutan GCE Peringkat ‘O’. • Prestasi dalam CCA (dipertimbangkan secara kualitatif ) • Kriteria tambahan bagi memasuki fakulti seperti temu duga atau ujian kebolehan

BAGI LULUSAN POLITEKNIK • Keputusan Politeknik • Keputusan GCE Peringkat ‘O’ • Prestasi dalam CCA (dipertimbangkan secara kualitatif mulai 2007) • Kriteria tambahan bagi memasuki fakulti seperti temu duga atau ujian kebolehan

42: Pra-Universiti } Memupuk Setiap Kanak-kanak

NUS dan NTU juga mempunyai autonomi untuk mengambil masuk sehingga 10% daripada jumlah pelajar masing-masing berdasarkan kriteria bebas mereka sendiri. Universiti Pengurusan Singapura (SMU) mempunyai autonomi untuk menentukan kriteria penerimaan masuknya sendiri.

UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT mengenai permohonan ke NUS, NTU dan SMU, sila rujuk kepada lelaman universitiuniversiti berkenaan: > http://www.nus.edu.sg > http://www.ntu.edu.sg > http://www.smu.edu.sg PRA-UNIVERSITI

Memupuk Setiap Kanak-kanak { Pra-Universiti :43

LELAMAN BERGUNA UMUM > Lelaman Kementerian Pendidikan (MOE) http://www.moe.gov.sg > Perkhidmatan Penerangan mengenai Sekolah – keterangan mengenai programprogram dan kegiatan CCA yang ditawarkan oleh sekolah-sekolah http://www.moe.gov.sg/schdiv/sis

PENDAFTARAN SEKOLAH > Buku Kecil Penempatan Menengah 1– keterangan mengenai pengambilan masuk ke sekolah menengah secara umum http://www.moe.gov.sg/esp/schadm/sec1/pslemain.htmv > Latihan Pengambilan Masuk Bersama – keterangan mengenai pengambilan masuk ke JC/CI, politeknik dan ITE http://www.moe.gov.sg/esp/schadm/jae

PEPERIKSAAN > Lelaman Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapure (SEAB) – keterangan mengenai sukatan pelajaran peperiksaan, pendaftaran dan yuran http://www.seab.gov.sg

44: Lelaman Berguna } Memupuk Setiap Kanak-kanak