Radio Thai Penyambung Hayat Bahasa Melayu - Dewan Bahasa ...

10 downloads 20 Views 1MB Size Report
Dasar ekabahasa negara. Thai yang utuh sejak dulu hingga kini mengawal ketat penggunaan bahasa Thai sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi ...

Halaman Dua Belas

BERITA HARIAN Rabu, 21 November 2007

BH PILIH L12 21 emel

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA

Radio Thai Penyambung Hayat Bahasa Melayu Oleh Ismail Salleh

D

asar ekabahasa negara Thai yang utuh sejak dulu hingga kini mengawal ketat penggunaan bahasa Thai sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara, khususnya dalam komunikasi dan penyiaran negara itu. Kedudukan media elektronik sama ada saluran kerajaan mahupun swasta akur dengan dasar tersebut. Walau bagaimanapun, stesen radio Thai membuka ruang untuk penyiaran bahasa Melayu sejak lebih tiga dekad lalu setelah mendapat kelulusan daripada pihak tentera kerana faktor keselamatan negara bagi keperluan tentera wilayah selatan yang berpusat di Narathiwat. Radio Tentera atau Corokplang turut dikenali sebagai Radio 912 ini dipancarkan melalui gelombang FM untuk jarak sederhana dan gelombang AM bagi jarak jauh bertujuan memudahkan pihak kerajaan menyalurkan maklumat dan penerangan kepada rakyat tempatan di samping melancarkan perang saraf untuk menghadapi golongan penen-

tang kerajaan, khasnya golongan pemisah. Saluran radio ini juga boleh didengari oleh rakyat Malaysia di kawasan Pantai Timur khasnya. Antara rancangan yang terkenal dan bertahan lama ialah Berita Pak Cu. Namun, disebabkan ancaman daripada golongan pemisah dan faktor keselamatan di wilayah selatan, jam siaran bahasa Melayu yang selama satu jam seminggu banyak diisi dengan rancangan hiburan seperti Dikir Ulu (lebih kurang dengan Dikir Barat di negeri Kelantan) serta lagu-lagu Melayu dan Indonesia. Selain itu, siaran ceramah agama juga diwujudkan untuk pendengar di ketiga-tiga wilayah selatan Thai. Bagi meneruskan hayat penyiaran radio bahasa Melayu di negara itu rancangan Jendela Masyarakat yang ditaja oleh Yayasan Kebajikan Islam Wilayah Selatan (YAKIS) diberi peruntukan masa selama satu jam sehari untuk lima malam dari jam 9.00 hingga 10.00 malam waktu tempatan. Siaran berbahasa Melayu ini disiarkan melalui gelombang FM yang dapat

didengari oleh penduduk di tiga wilayah selatan. Pengisian pelbagai aktiviti siaran oleh YAKIS ini diterima oleh khalayak kerana memuatkan berita-berita semasa dari luar dan tempatan, hal-hal agama, kebudayaan, kesenian, bahasa, hiburan, sejarah dan pendidikan. YAKIS dipimpin oleh YM Tengku Ariffin Tengku Chik, putera raja keturunan ketiga kerabat diraja Pattani Darussalam serta didukung oleh ahli akademik, ahli politik, pemimpin masyarakat dan individu tertentu dari badan kerajaan dan swasta. Waktu siaran dilakukan mengikut giliran wilayah tertentu dan dikendalikan oleh seorang juruhebah yang ditugaskan. Misalnya, Stesen Narathiwat siarannya adalah pada malam Selasa dan kandungan rancangannya ialah hal ehwal agama Islam manakala Stesen Jala pula bersiaran pada malam Khamis yang memberi tumpuan kepada berita dan hal ehwal semasa. Stesen Pattani gilirannya adalah pada malam Sabtu dan kandungan siarannya ialah tentang sejarah dan kebudayaan. Selain malam-

DI MANA BUMI DIPIJAK DI SITU LANGIT DIJUNJUNG

Dahulu Palace of Justice Kini Istana Kehakiman

Oleh Normala Mohamad Yusof

D

ewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mengucapkan tahniah dan syabas kepada Perbadanan Putrajaya atas keprihatinan mereka terhadap penggunaan bahasa kebangsaan yang betul pada papan tanda yang dipamerkan di tempat awam. Bangunan yang terletak di Presint 2, Putrajaya yang menempatkan dua buah mahkamah, iaitu Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Rayuan yang dahulunya dinamai Palace of Justice, kini dinamai Istana Kehakiman. Penggunaan nama Istana Ke­­ hakiman tersebut memang tepat, indah dan menarik. Teguran DBP kepada pihak Perbadanan Putrajaya tentang penggunaan nama Palace of Justice ini pernah disiarkan dalam Klik DBP keluar­ an bulan Jun 2005. Pertukaran nama bangunan

tersebut mencerminkan sikap cinta dan bangga rakyat Malaysia yang menyanjung bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Keprihatinan pihak Perbadanan Putrajaya ini seharus­nya menjadi teladan kepada institusi terbabit, lebih-lebih lagi ia terletak

di tengah-tengah pusat pentadbiran negara yang menjadi mercu tanda kemajuan negara yang bercitrakan Malaysia. Pertanyaan tentang aspek penggunaan bahasa wyang betul boleh dihubungi melalui talian 03-2148 1960, 5887, 5905 dan 2139.

malam berkenaan, stesen-stesen radio ini masing-masing mengendalikan siaran untuk wilayah sendiri tetapi pendengar yang berada di luar wilayah masih boleh mendengarnya. Khalayak boleh memilih saluran yang ingin didengari mereka. Namun, setelah tragedi berdarah Krisek-Takbai, rancangan Jendela Masyarakat di stesen

radio Thai dihentikan oleh pihak tertinggi tentera Wilayah Selatan buat sementara waktu atas alasan keselamatan negara. Oleh itu radio sebagai penyambung hayat bahasa Melayu untuk menemui khalayak melalui gelombang udara walaupun agak terhad tidak dapat bersiaran lagi melainkan mendapat kebenaran pihak kerajaan dan tentera Thailand.

DI STUDIO: Tuan Dania Meringing (kanan) dan ahli panel jemputan yang menjayakan segmen bahasa Melayu.

APA SUDAH JADI?

"

U

" atau "

niversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditubuhkan 37 tahun lalu bagi memenuhi keperluan pendidikan orang Melayu dan pembangunan bahasa Melayu. UKM diiktiraf sebagai salah sebuah universiti penyelidikan oleh Kementerian Pengajian Tinggi apabila meraih pelbagai kejayaan. Terbaharu, bekas graduan UKM Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yang juga merupakan bekas graduan UKM terpilih sebagai angkasawan negara pertama menjejakkan kaki ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Meskipun, pihak pentadbiran UKM mengutamakan penggunaan tulisan Jawi pada papan tanda pintu masuk utama UKM, terdapat sedikit kesilapan ejaan yang perlu diperbetulkan. Menurut Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan terbitan DBP, ejaan yang betul bagi perkataan universiti ialah bukan dan frasa yang lengkap .

"

Kesilapan ini berlaku disebabkan kecenderungan kita menyebut perkataan universiti dengan “yu-ni-ver-si-ti” sedangkan sebutan yang tepat ialah u-ni-ver-siti. Walau bagaimanapun penggunaan penggunaan tulisan Jawi pada kepala surat UKM dieja betul. Kesilapan ejaan pada papan tanda tersebut mungkin disedari oleh pihak pentadbiran UKM, tetapi Cuma belum ada usaha untuk menggantikannya. Bersama-samalah kita membudayakan penggunaan tulisan Jawi yang betul. Hantarkan sebarang kesalahan atau kesilapan bahasa kebangsaan yang anda temui melalui e-mel: [email protected] atau kirimkan kepada Ketua Editor Klik DBP, Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Tel.:03-21485887. Hadiah istimewa menunggu anda.