Ringkasan

9 downloads 19 Views 129KB Size Report
30 Sep 2012 ... 1.1 Pematuhan pada Undang-undang dan Peraturan ... pegawai dan pekerja kita mematuhi undang-undang di samping mengekalkan ...

30/09/2012

V 6.0

Ringkasan 1. Perilaku Am Imerys 2. Perilaku Individu Pekerja Imerys 3. Melaporkan Perilaku Tidak Wajar *** * Kod Perilaku dan Etika Perniagaan ini meringkaskan prinsip yang telah lama menjadi amalan Imerys yang menghendaki individu dan entiti yang mempunyai kaitan dengan Imerys untuk patuhi, termasuk pengarah, pegawai, pekerja dan ejen Imerys serta pengarah, pegawai, pekerja dan ejen subsidiari Imerys, usaha sama yang dikawal Imerys dan rakan kongsi Imerys jangka panjang yang setanding. Ia bertujuan memastikan agar dalam kerja harian, kita bukan sahaja menunjukkan pematuhan terhadap semua undang-undang yang dikenakan, tetapi juga tahap kebertanggungjawaban, integriti, keadilan dan ketelusan tinggi yang menonjolkan Imerys pada masa lalu dan telah menjadi asas bagi kejayaan masa depan kita. Pengarah, pegawai, pekerja dan ejen Imerys serta pengarah, pegawai, pekerja dan ejen subsidiari Imerys, usaha sama yang dikawal Imerys dan rakan kongsi perniagaan Imerys jangka panjang lain yang setanding adalah bertanggungjawab untuk mengetahui dan menggunakan prinsip yang telah diringkaskan dalam Kod Perilaku dan Etika Perniagaan ini. Mematuhi prinsip yang diringkaskan dalam Kod ini kedua-duanya adalah tanggungjawab individu dan bersama dengan langkah tanggungjawab tambahan terletak pada pengurus, mengambil kira jawatannya, perlu memberi perhatian khusus terhadap prinsip yang diringkaskan dalam Kod Perilaku dan Etika Perniagaan ini.

1.

Perilaku Am Imerys

1.1 Pematuhan pada Undang-undang dan Peraturan

Pematuhan pada undang-undang adalah penting terhadap semua perkara yang kita lakukan dan kita sebagai sebuah syarikat. Semua pengarah, pegawai, pekerja dan ejen Imerys dan subsidiari Imerys, usaha sama yang dikawal Imerys dan rakan kongsi perniagaan Imerys jangka panjang lain yang setanding dikehendaki menghormati dan mematuhi undang-undang dan peraturan yang dikenakan ke atas mereka sebagai individu dan kepada Imerys sebagai sebuah syarikat. Lantaran Imerys terdapat di sebilangan besar negara-negara di seluruh dunia, operasi Kumpulannya adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan banyak negara dan organisasi supranasional seperti Kesatuan Eropah. Oleh kerana Imerys ialah perbadanan yang ditubuhkan dan disenaraikan di Perancis, undang-undang Perancis ada kalanya mungkin diperluaskan kepada semua entiti di dalam

Kumpulan sebagai tambahan kepada undang-undang tempatan yang dikenakan. Selain itu, oleh kerana kita bekerja dan tinggal di seluruh dunia, kita akan menjumpai adat dan undangundang yang akan sangat berlainan, dan yang mungkin saling bercanggah. Walaupun jika kita beroperasi dalam negara di mana undang-undang setempat atau amalan lazimnya tidak seketat yang ditetapkan dalam Kod ini dan dasar syarikat kita, kami sentiasa mengharapkan agar pengarah, pegawai dan pekerja kita mematuhi undang-undang di samping mengekalkan standard tinggi bagi kelakuan beretika yang Imerys komited. 1.1.1 Penglibatan politik Tiada apa-apa dalam dasar Imerys yang mengehadkan individu daripada bertindak dalam keupayaan peribadi mereka sebagai warganegara daripada terlibat dalam proses politik. 1.1.2 Persaingan yang adil Imerys bersaing secara agresif tetapi dengan adil dalam pasaran. Kami tidak memenangi perniagaan atau cuba untuk mengekalkan sebarang hubungan perniagaan dengan bertindak melanggar undangundang atau bersaing secara tidak adil. Ia bermakna semua operasi dan pekerja kami perlu berurusan dengan adil dan terbuka dengan pelanggan, pembekal, pesaing dan rakan sekerja serta menghormati hak mereka. 1.2 Perilaku dan Etika Perniagaan dengan komuniti 1.2.1 Tanggungjawab sosial korporat Kami percaya bahawa piawai kelakuan sosial dan persekitaran yang tinggi dalam semua perniagaan kami adalah penting untuk mencapai matlamat kewangan dan bukan kewangan Kumpulan. Piawaian Imerys yang harus diguna oleh semua bahagian operasi kami dalam rancangan perniagaan dan proses membuat keputusan mereka akan mengikuti prinsip Pembangunan Mampan: kecekapan Ekonomi, ekuiti Sosial, tanggungjawab Kesihatan, Keselamatan & Persekitaran. Prinsip pembangunan mampan kami dikenakan terhadap keselamatan, persekitaran, inovasi, rantai bekalan, tenaga, hubungan komunikasi, sumber manusia, hak manusia dan pentadbiran korporat Piawaian demikian adalah bertujuan untuk mempertimbangkan semua isu pemegang kepentingan: Untuk pekerja kami: memastikan amalan selamat dan persekitaran kerja yang sihat serta menggalakkan perkembangan profesional; Untuk komuniti: mengekalkan lesen kami untuk menjalankan perniagaan melalui kecemerlangan persekitaran, penggunaan rizab mineral yang cekap dan hubungan baik dengan jiran kami berdasarkan komunikasi yang telus dan inisiatif yang berpusatkan komuniti. Untuk rakan perniagaan ekonomi kami: memupuk hubungan pelanggan dan pembekal yang berkualiti, membangunkan produk & teknologi berkualiti yang mesra alam sekitar, menggunakan komunikasi yang jelas dan secara kerap dengan pemegang saham. Imerys akan berusaha dengan aktif untuk meningkatkan prestasi aktiviti mampannya secara berterusan. Program-program kesedaran dan latihan akan ditubuhkan dan dilaksanakan. Di mana mungkin, langkah kuantitatif yang sesuai akan diambil untuk menunjukkan perkembangan. 1.2.2 Persekitaran dan pengawasan produk Peningkatan berterusan dalam prestasi persekitaran adalah sebahagian penting komitmen Imerys kepada Pembangunan Mampan. Dalam struktur organisasi Imerys yang terpencar, setiap kumpulan perniagaan dan operasi

tempatannya adalah bertanggungjawab ke atas pelaksanaan sistem pengurusan persekitaran yang mengandungi lapan unsur seperti yang diperlukan dalam protokol audit system pengurusan persekitaran Kumpulan. Tapak juga digalakkan untuk menghasilkan dan melaksanakan sistem pengurusan yang diiktiraf untuk memperolehi pensijilan luar dan meletakkan standard prestasi yang tertentu. Imerys mengesahkan pelaksaan standard persekitarannya oleh audit dalaman dan luar yang kerap yang merupakan sebahagian daripada dasar pengurusan risiko globalnya. Bahagian digalakkan untuk membangunkan program pengawasan produk, yang terdiri daripada kefahaman menyeluruh tentang kitar hidup penuh produk mereka dan masalah keselamatan berkaitan dengan penggunaannya untuk memastikan semua faedah produk tersebut disampaikan. 1.2.3 Hak asasi manusia Imerys menyokong hak asasi manusia selaras dengan Pengisytiharan Universal Hak Asasi Manusia dan kami menghormati hak-hak tersebut dalam pengendalian operasi Kumpulan di seluruh dunia. Di mana sahaja kami berada, kami cuba memastikan supaya kehadiran Imerys memupuk perhubungan yang baik dan mengelak daripada konflik awam. Imerys menyokong dan menghormati maruah, kesejahteraan dan hak para pekerja Kumpulan, keluarga mereka dan komuniti di mana kami berada, termasuk sesiapa sahaja yang terjejas oleh operasi Kumpulan. Di mana hak tersebut terancam, kami cuba mendukung piawaian antarabangsa dan mengelakkan keadaan yang boleh dianggap sebagai membiarkan pencabulan hak asasi manusia. Kami pastikan yang kelengkapan dan kemudahan kami tidak disalahgunakan dan melanggar hak asasi manusia. Kami mencari peluang untuk menyokong usaha-usaha positif yang menggalakkan kefahaman tentang nilai hak asasi manusia yang lebih luas, terutamanya di mana ia membantu kumpulan komuniti tempatan. 1.2.4 Sumbangan kepada komuniti tempatan Operasi dan para pekerja Imerys yang bekerja di seluruh dunia tidak dapat mengelak daripada menjadi sebahagian daripada komuniti tempatan dan dilihat sebagai wakil bagi keseluruhan kumpulan Imerys. Adalah menjadi tanggungjawab setiap perniagaan dan pekerja kami untuk berkelakuan secara yang dapat mengekalkan kepercayaan dan keyakinan orang di sekeliling mereka. Kami amat menggalakkan mereka agar menyumbang kepada perkembangan sosial komuniti masing-masing, dengan cara berkongsi bakat dan kemahiran, terutamanya untuk menyokong pendidikan golongan remaja. Setiap tapak di Imerys perlu mempunyai rancangan untuk berterusan meningkatkan hubungan komuniti tempatan. 1.3 Perilaku dan Etika Perniagaan dengan para pekerja kami 1.3.1 Saling Hormat Kami menghendaki semua pengarah, pegawai dan pekerja kami melayan satu sama lain dalam cara yang profesional, berdasarkan rasa saling hormat, kepercayaan dan maruah individu. Selaras dengan komitmen ini, kami sama sekali melarang gangguan seksual atau sebarang bentuk gangguan lain atau diskriminasi yang berasaskan bangsa, warna kulit, jantina, kerakyatan asal, umur, pilihan seksual atau ketidakupayaan seseorang individu.

1.3.2 Kepelbagaian dan kesamaan Salah satu kekuatan Imerys ialah kepelbagaian tenaga kerja kami, dengan pekerja lelaki dan wanita dari berbagai negara dan latarbelakang bekerja bersama-sama dan berkongsi matlamat yang sama. Menggalakkan kepelbagaian dalam pasukan kami adalah salah satu komitmen penting Kumpulan terhadap pekerjanya. Dalam konteks itu, Imerys berusaha untuk mewujudkan budaya penyertaan apabila setiap pekerja dihargai kerana pengetahuan, kemahiran, pengalaman, budaya dan latar belakang mereka. Kumpulan juga berusaha untuk menghasilkan program yang bertujuan menyokong integrasi orang-orang hilang upaya. Sebagai syarikat, kami menggalakkan amalan pengambilan kerja yang adil di seluruh dunia dan menawarkan peluang sama rata dalam pengambilan kerja dan pembangunan kerjaya semua pekerja kami. 1.3.3 Keselamatan Kelakuan setiap pekerja menyumbang kepada tempat kerja yang bebas daripada kecederaan. Pematuhan penuh pada undang-undang dan peraturan tempatan yang dikenakan adalah dikehendaki di seluruh dunia. Imerys juga komited terhadap mewujud dan melaksanakan piawaian, garis panduan, sistem dan prosedur yang menyeluruh yang mungkin mengatasi pematuhan demikian dengan tujuan untuk mencapai amalan terbaik. Matlamat kami ialah untuk membina budaya keselamatan yang membantu dan ini memerlukan pendidikan dan latihan kepimpinan berterusan yang jelas serta tahap penyertaan yang tinggi oleh setiap orang di tempat kerja. Kami menyokong dan menggalakkan pengenalpastian bahaya, penilaian risiko dan pengurusan risiko. Kami mengukur prestasi melalui proses operasi, korporat dan pengauditan dan pelaporan luaran. 1.3.4 Kesihatan pekerjaan Kami berusaha untuk melindungi kesihatan fizikal dan kesejahteraan kita di tempat kerja. Tenaga kerja yang sihat menyumbang kepada kejayaan perniagaan. Kami adalah komited terhadap mengurangkan kes-kes penyakit yang berkaitan dengan pekerjaan tahun demi tahun melalui pengenalpastian, penilaian dan pengawalan pendedahan yang lebih baik di tempat kerja. 1.3.5 Kesatuan sekerja dan wakil kakitangan Kami sentiasa berusaha untuk mewujudkan hubungan yang adil, telus, dan konstruktif dengan para pekerja kami dan wakil mereka. Kami tidak mentoleransi sebarang diskriminasi terhadap pekerja yang ada sekarang berdasarkan keahlian mereka, atau sebaliknya, dalam kesatuan sekerja. Kami menghormati hak para pekerja kami dalam semua opreasi kami untuk menubuh atau menyertai kesatuan sekerja dan menyertai perjanjian tawar-menawar yang kolektif, dan kami menghormati kebebasan bersuara mereka sebagai individu atau kumpulan selaras dengan undang-undang dan peraturan yang berkenaan. Kami menghormati hak mereka jika mereka mahu menyertai atau tidak menyertai persatuan dan/atau kesatuan pekerja, dan kami menghormati keupayaan mereka untuk membuat keputusan termaklum, bebas daripada pemaksaan, seperti yang dibenarkan oleh undangundang. Kami percaya bahawa undang-undang dan peraturan tersebut menunjukkan konsep penting yang diketengahkan dalam Konvensyen 87 dan 98 bagi Organisasi Buruh Antarabangsa 1.3.6 Pengabjadan Kami berusaha untuk memastikan semua pekerja kami telah menerima latihan asas untuk membaca, menulis, dan mengira.

1.4 Perilaku dan Etika Perniagaan dengan pemegang saham kami 1.4.1 Pentadbiran korporat Imerys adalah komited terhadap piawai pentadbiran korporat, kebertanggungjawaban dan tanggungjawab yang tinggi. Selaras dengan amalan terbaik, lembaga pengarah terdiri daripada campuran wakil-wakil pemegang saham utama dan ahli-ahli bebas demi memberikan keseimbangan antara pemikiran inovatif dengan pengetahuan dan pengalaman perniagaan. Semua pengarah mempunyai akses penuh dan tepat masa kepada maklumat yang mereka perlukan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka sepenuhnya dengan berkesan. Para pengarah telah menubuhkan jawatankuasa lembaga yang penting bagi pentadbiran korporat yang baik, amalan dan pengawalan terbaik, yang termasuk: Jawatankuasa Strategi, Jawatankuasa Pencalonan dan Ganjaran, dan Jawatankuasa Audit. Kepentingan pemilikan para pengarah di Imerys adalah didedahkan sepenuhnya. 1.4.2 Kawalan dalaman Kami menyediakan laporan dan penyata kewangan yang memberikan gambaran yang benar dan adil tentang urusan kami. Intipati adalah menjadi prinsip asas dalam laporan Imerys. Kami menangani hal kewangan dan hal bukan kewangan dengan ketelitian yang sama. Sistem kawalan dalaman kami bertujuan untuk memenuhi matlamat berikut pada setiap masa: pematuhan pada undang-undang dan peraturan yang berkaitan, penyebaran maklumat kewangan yang memberikan gambaran terperinci yang tepat dan munasabah mengenai hasil kewangan kami dan memberikan jaminan sewajarnya bahawa aset syarikat akan dikembangkan dengan hanya mengikut arahan dan dasar pengurusan. Ini adalah selaras dengan penilaian bertanggungjawab dan pengurangan risiko untuk memberi jaminan sewajarnya terhadap silap pernyataan atau kehilangan material. Kami menggunakan dasar perakaunan dan pelaporan yang paling sesuai, yang sentiasa dikenakan dan disokong oleh pertimbangan yang wajar dan bijak. Kami menyediakan penyata kewangan selaras dengan prinsip perakaunan yang diterima awam. Imerys menghendaki pengarah, pengurusan kanan, pengurus kewangan dan lain-lain kakitangan menggunakan pertimbangan dalam menyediakan penyata kewangan yang dikendalikan mereka dengan integriti dan kejujuran dan selaras dengan piawaian etika profesion atau perniagaan mereka. 1.4.3 Ketelusan Imerys adalah komited, dari segi prinsip dan amalan dan juga ketelusan kepada pemegang sahamnya dan, lebih lagi, kepada pasaran kewangan dan orang awam, selaras dengan pentadbiran yang baik dan perlindungan kerahsiaan strategi dan perdagangan. Imerys menyebarkan maklumat yang mudah difahami tentang prestasi operasi dan keadaan kewangan Kumpulan yang tepat pada masa. Ketepatannya disahkan secara dalaman dan, sebagaimana wajar, secara bebas. Kami memberikan maklumat yang diperlukan kepada agensi-agensi yang berkaitan dalam bidang kuasa di mana perniagaan Kumpulan beroperasi dan, apabila sesuai, menyebarkannya di mana saham Imerys didagangkan, melalui media dan juga secara langsung, termasuk di laman web kami sendiri. Kami secara sukarela memberikan data prestasi sosial dan persekitaran yang ada secara terperinci dalam laporan tahunan Imerys dan, secara berkala, dalam laporan pembangunan mampan berasingan yang lebih panjang lebar.

Bahan terbitan boleh diakses melalui laman web luaran Imerys, www.imerys.com . Laman web ini dan intranet Kumpulan dipautkan kepada laman web lain yang disenggarakan oleh perniagaan Kumpulan, menawarkan akses mudah kepada maklumat tambahan terperinci yang kaya tentang operasi-operasi tempatan. Acara-acara penting, termasuk pembentangan keputusan kewangan atau pengumuman pengambilalihan / cantasan, juga boleh didapati di laman web internet Imerys.

2.

Perilaku Individu Pekerja Imerys

2.1 Integriti dan piawai perilaku profesional yang tertinggi Bertindak secara beretika bukan hanya tentang mematuhi undang-undang dan peraturan rasmi yang mengawal perniagaan kita. Ia juga adalah tentang mengikuti piawai kualiti dan integriti peribadi yang tertinggi, termasuk urusan perniagaan yang adil dengan pihak ketiga. Ini membantu kita membuat keputusan perniagaan yang berdasarkan maklumat dan mengelak daripada pelanggaran undangundang dan dasar syarikat secara tidak sengaja. Ia mengurangkan risiko denda dan liabiliti yang berat, serta penalti undang-undang, terhadap syarikat dan individu. Ia juga melindungi pendapatan kami dan nilai pemegang saham. Semua pekerja Imerys hendaklah menghormati dan mematuhi undang-undang negara di mana kita beroperasi. Tetapi selain itu, kita harus mendedikasikan diri kepada mengekalkan kepercayaan dan keyakinan berbagai pemegang kepentingan termasuk rakan sekerja, para pelanggan dan pemegang saham serta sesiapa sahaja yang terjejas oleh operasi kita. Dengan jelas kelihatan, jika kita berkelakuan secara beretika, ia akan meningkatkan reputasi kita sebagai berintegriti, dan ini akan membantu kita menarik dan mengekalkan pelanggan dan pekerja.

2.2 Mengelakkan konflik kepentingan 2.2.1 Menggunakan aset-aset Imerys Setiap pengarah, pegawai dan pekerja bertanggungjawab terhadap penggunaan aset-aset dan sumber Kumpulan serta perlindungannya. Aset-aset tersebut mesti digunakan selaras dengan arahan dan dasar pengurusan. Aset-aset Imerys, termasuk sumber-sumber IT dan komunikasi dimaksudkan untuk kegunaan profesional. Penggunaan peribadi aset-aset IT dan komunikasi secara berpatutan boleh diterima, sejajar dengan dasar khusus setiap entiti pengambilan Kumpulan, dan pertimbangan kerahsiaan. Semua pengarah, pegawai dan pekerja Imerys perlu mengingati bahawa Imerys mempunyai hak yang sah, dalam perjalanan biasa perniagaannya serta tertakluk kepada prinsip perlindungan data yang berkaitan, untuk meneliti semula maklumat yang disimpan pada atau dihantar menggunakan peranti komunikasi yang diberikan Imerys. Walaupun Imerys akan mengambil langkah wajar untuk mengelakkan meneliti semula komunikasi peribadi – yang tidak berkaitan dengan perniagaan – yang dsimpan pada, diterima oleh atau dihantar dari peranti tersebut, pengarah, pegawai atau pekerja tidak boleh membantah penelitian semula oleh untuk komunikasi perniagaan pada peranti komunikasi yang diberikan oleh Imerys kerana adanya komunikasi tidak berkaitan dengan perniagaan pada peranti. Akhir sekali, setiap pengarah, pegawai dan pekerja hendaklah berusaha untuk melindungi aset-aset Kumpulan dari sebarang kemerosotan, pengubahan, penipuan, kehilangan atau kecurian.

2.2.2 Kepentingan peribadi di dalam syarikat lain Pengarah, pegawai atau pekerja Imerys harus setia kepada Imerys dan tidak melibatkan diri dalam apa-apa aktiviti yang akan bersaing atau berkonflik dengan kepentingan perniagaan Imerys. Mereka hendaklah mendedahkan apa-apa keadaan yang kelihatan seperti konflik kepentingan. Mereka hendaklah memberitahu pengurus mereka tentang apa-apa pekerjaan lain yang mereka lakukan bagi memastikan yang Imerys tidak menganggapnya sebagai mencetuskan konflik. 2.3 Pembayaran tidak wajar 2.3.1 Rasuah dan dorongan Pengarah, pegawai dan pekerja Imerys tidak dibenarkan sama sekali menawarkan, menjanjikan atau memberikan wang atau apa-apa sahaja yang bernilai kepada pegawai kerajaan memberi sebarang rasuah atau pembayaran yang terselindung secara langsung atau tidak langsung untuk memperolehi atau mendapatkan peluang perniagaan lain untuk Imerys. Selain itu, mereka tidak boleh sesekali secara langsung atau tidak langsung, menawarkan, menjanjikan atau memberikan wang atau apa-apa yang bernilai kepada sesiapa dalam sektor swasta dengan objektif untuk menyebabkan penerimanya melanggar kesetiaannya terhadap majikannya. Kami komited untuk bersaing hanya pada kualiti produk dan perkhidmatan Imerys semata-mata. Oleh sebab itu, dan oleh kerana komitmen kami untuk mematuhi undang-undang antisogokan / antirasuah yang berkaitan, pengarah, pegawai dan pekerja Kumpulan tidak boleh menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa-apa kepada individu sama ada dalam sektor awam atau swasta yang akan: mempengaruhi pertimbangan penerima dalam cara yang tidak wajar atau salah mengenai produk atau perkhidmatan Imerys atau untuk syarikat lain; memberikan Imerys peluang berkaitan perniagaan yang tidak wajar; mempengaruhi masa transaksi perniagaan; atau sebaliknya cenderung untuk merosakkan reputasi Imerys sekiranya tawaran, janji atau bayaran didedahkan kepada orang awam. Di sesetengah negara, ia bukanlah tidak biasa membuat permintaan untuk “pembayaran pemudahan’ – iaitu, pembayaran untuk mempercepatkan tindakan rutin, (mis. bukan budi bicara) kerajaan. Imerys menolak pemberian “pembayaran pemudahan” dan komited untuk proaktif dalam menggalakkan transisi ke arah persekitaran perniagaan di mana “pembayaran pemudahan” tidak diminta. Jika pengarah, pengurus dan pekerja Kumpulan ragu-ragu mengenai kesahan atau akibat etika bagi manamana pembayaran yang diminta oleh atau bagi pihak pegawai kerajaan individu, mereka harus berhubung dengan pengurus mereka atau wakil Jabatan Undang-Undang sebelum membuat pembayaran. Pembayaran untuk melindungi pekerja, ejen atau rakan kongsi perniagaan tidak dianggap sebagai “pembayaran pemudahan.” Sebarang pembayaran tersebut yang diminta dan dibuat perlu dilaporkan dengan segera kepada pengurus terdekat atau wakil Jabatan Undang-undang. 2.3.2 Hadiah perniagaan Dalam apa-apa keadaan, pengarah, pegawai atau pekerja Imerys tidak boleh meminta atau menerima hadiah yang boleh mempengaruhi atau dipandang sebagai mempengaruhi pertimbangan perniagaan mereka, mewujudkan konflik atau mengganggu kewajipan kesetiaan mereka terhadap Imerys. Hadiah yang tidak boleh diterima tersebut termasuk wang tunai, pinjaman, keraian atau perjalanan yang berlebihan atau pertolongan yang besar dari mana-mana syarikat, orang atau badan yang telahpun menjalankan perniagaan dengan Imerys atau yang mahu mewujudkan perhubungan perniagaan

dengan kami. Jika mereka tidak pasti sama ada wajar menerima sesuatu hadiah, mereka boleh bertanya kepada pengurus mereka. 2.4 Menggalakkan persaingan yang sepenuhnya dan adil Pengarah, pegawai dan pekerja Imerys mesti mematuhi semua undang-undang yang mengawal persaingan. Semua pekerja Imerys dilarang membuat apa-apa jenis perjanjian atau persefahaman dengan mana-mana pesaing yang boleh membataskan persaingan penuh dan adil untuk penjualan produk atau perkhidmatan dalam apa jua cara, termasuk: mengatur atau mengawal harga, memanipulasi bida, memperuntukkan produk, pasaran atau wilayah; atau mengehadkan pembuatan, penjualan atau pengeluaran sebarang produk atau pembekalan perkhidmatan. Ini dikenakan ke atas semua kes kecuali dalam konteks perjanjian bukan saingan yang diputuskan dalam konteks urus niaga khusus dan diluluskan oleh Jabatan Undang-undang. Selain itu, pengarah, pegawai dan pekerja Imerys juga mesti mengelak daripada kelihatan membuat perhubungan tidak wajar dengan pesaing. Perniagaan kita boleh terjejas teruk jika pelanggan membuat tanggapan demikian, walaupun tindakan kami adalah sah menurut undang-undang. Setiap kali kita terlibat dalam aktiviti persatuan sekerja atau dalam lain-lain keadaan di mana terdapat komunikasi antara pesaing, pelanggan atau pembekal, kita mesti lebih peka kepada keperluan etika dan undangundang serta kepada tanggapan salah pelanggan dan pihak lain yang boleh diwujudkan oleh komunikasi tersebut. Dalam keadaan di mana pengarah, pegawai dan pekerja kurang pasti akan kesahan sesuatu tindakan yang mahu diambil, mereka mesti berbincang, dan mengikut panduan Jabatan Undang-undang. 2.5 Maklumat sulit dan hak milik intelektual Maklumat sulit, berkaitan dengan perniagaan Imerys adalah harta tanah yang sangat bernilai. Ia bukan sekadar mengandungi hak milik intelektual, rahsia dan kepandaian perdagangan, tetapi juga maklumat strategi bukan umum, kewangan, teknikal atau sensitif dari segi komersial serta sumber manusia dan data peribadi adalah harta berharga Imerys. Jika pengarah, pegawai dan pekerja Kumpulan mempunyai akses kepada, atau pengetahuan tentang, maklumat sulit tersebut, mereka bertanggungjawab untuk melindungi maklumat ini dan memastikan bahawa ia digunakan dengan betul dan dikongsikan hanya dengan orang yang dibenarkan. Bahaya pendedahan maklumat rahsia secara tidak sengaja adalah sama seperti pendedahan yang disengajakan, oleh itu mereka hendaklah amat berhati-hati tentang percakapan dan perbuatan mereka dalam interaksi harian dengan pelanggan dan rakan perniagaan lain, termasuk dalam suasana sosial. Mereka juga perlu berhati-hati semasa mengendalikan alat dan sistem maklumat agar tidak membenarkan akses kepada maklumat sulit secara tidak sengaja. Kewajipan dan tugas yang sama juga dikenakan terhadap maklumat sulit yang diterima daripada pihak ketiga yang telah mengamanahkan maklumat ini kepada Imerys, dan ia berterusan menjangkaui terma pekerjaan atau perkhidmatan dalam Kumpulan 2.6 Privasi dan perlindungan data

Imerys komited untuk melindungi dan menghormati hak maklumat peribadi mana-mana pekerja atau pihak ketiga yang ia proses. Setiap pengarah, pegawai dan pekerja Kumpulan yang mengumpulkan maklumat peribadi atau mempunyai akses kepada data yang dikumpulkan bertanggungjawab untuk pengumpulan mereka dan pengunaan yang mengikut undang-undang dengan tujuan yang diterangkan dengan khusus. Apabila pemindahan maklumat peribadi tersebut diperlukan merentasi sempadan antarabangsa, mereka memastikan agar pemindahan mematuhi undang-undang yang berkaitan.

2.7 Penggunaan peribadi rangkaian sosial dan tapak web pihak ketiga

Imerys secara umumnya melihat secara positif tapak web peribadi dan forum sosial serta blog Web dan menghormati hak pekerja untuk menggunakannya sebagai pengatara untuk ekspresi diri. Pengarah, pegawai atau pekerja Kumpulan boleh memilih untuk mengenal pasti diri mereka sendiri sebagai ahli Imerys atau untuk membincangkan perkara berkaitan dengan Kumpulan dalam ruang Web sosial. Bagaimanapun, mereka perlu mengelakkan agar eksperi atau projek peribadi mereka dianggap oleh pembaca sebagai wakil Imerys yang secara eksklusifnya diperuntukkan kepada jurucakap rasmi seperti platform Web. Mereka juga perlu menyedari bahawa perkara yang mereka siarkan atau terbitkan dalam profil mereka boleh menggambarkan Imerys dan semua pekerjanya. 2.8 Urus niaga saham Imerys Jika pengarah, pegawai dan pekerja Kumpulan mempunyai akses kepada, atau pengetahuan tentang, maklumat “material atau dalaman” yang tidak boleh “didapati secara umum”, mereka dan saudara mara mereka dilarang membeli atau menjual saham atau opsyen saham Imerys yang didagang secara awam. “Maklumat material atau dalaman” bermakna sebarang maklumat yang sewajarnya dijangka boleh menjejaskan harga saham syarikat. Maklumat ini hanya dianggap “awam” jika ia telah disebarkan secara efektif dan boleh didapati dengan mudah oleh khalayak yang melabur. Contoh maklumat material atau dalaman termasuk pengetahuan tentang rancangan pemasaran yang tidak diumumkan, pengumuman produk baru, data kewangan, perubahan dalam dividen atau pendapatan, liabiliti besar atau penggabungan litigasi atau pengambilalihan, pertukaran pengurusan kanan atau strategi perniagaan. Menyampaikan maklumat material atau dalaman kepada orang lain juga adalah melanggar undangundang, sama ada untuk orang itu membeli atau menjual saham dan walaupun jika mereka tidak mendapat keuntungan kewangan daripada tindakan mereka. 2.9 Menyenggara rekod-rekod perniagaan 2.9.1 Laporan lengkap dan tepat aktiviti-aktiviti kami Pentadbiran Kumpulan yang baik memerlukan penyampaian maklumat yang boleh dipercayai kepada penerima yang berhak untuk membolehkan mereka melaksanakan analisis dan kawalan yang objektif. Ia juga bermakna maklumat sedemikian hendaklah dilindungi ke setakat mana kerahsiaannya perlu dikekalkan. Untuk membuat keputusan perniagaan yang bertanggungjawab, memenuhi kewajipan undang-undang, kewangan, peraturan dan pengurusan, serta memaksimumkan manfaat pengetahuan dan pengalaman kita, setiap bahagian Imerys mesti menyimpan rekod perniagaan yang jujur dan tepat. Kami dilarang sama sekali menyembunyikan, mengubah, memalsukan atau menyamarkan sifat sebenar mana-mana urus niaga. Rekod perniagaan dan komunikasi sering menjadi tatapan umum, jadi kami juga hendaklah mengelakkan menokok tambah, komen menghina, tekaan atau penyifatan tidak sesuai tentang orang dan syarikat. Ini juga dikenakan ke atas emel, memo dalaman, dan laporan rasmi. 2.9.2 Pengurusan dokumen Setiap unit perniagaan adalah bertanggungjawab untuk memastikan yang rekodnya disimpan atau dimusnahkan selaras dengan undang-undang tempatan, dan juga piawaian serta dasar Imerys yang mengawal hal ini.

3.

Melaporkan Perilaku Tidak Wajar

Semua pengarah, pegawai dan pekerja Imerys digalakkan melapor dengan segera kepada pihak pengurusan, atau sebaik-baiknya wakil tempatan jJabatan Sumber Manusia, Undang-undang atau Audit Dalaman, jika mereka menerima maklumat atau sebaliknya mempercayai bahawa tentang pelanggaran sebenar Kod Perilaku dan Etika Perniagaan ini telah berlaku atau sedang berlaku. Mereka juga perlu mendapatkan nasihat daripada individu/jabatan yang sama sekiranya mereka tidak pasti mengenai cara untuk mengendalikan situasi yang dirangkumi oleh Kod Perilaku dan Etika Perniagaan ini. Dengan ketiadaan respons memuaskan kepada pengarah, pegawai atau pekerja yang melaporkan pelanggaran yang berkemungkinan bagi Kod Perilaku dan Etika Perniagaan ini, pengarah, pekerja atau pekerja ini boleh mengulangi laporannya kepada individu yang termasuk dalam talian pelaporan (termasuk di peringkat tertinggi pengurusan) mengikut dasar khusus Kumpulan yang berkaitan dengan pelanggaran berkemungkinan yang relevan. Pengarah, pegawai atau pekerja tidak akan dihukum kerana melaporkan dengan berniat baik berkaitan dengan kemungkinan pelanggaran Kod Perilaku dan Etika Perniagaan ini walaupun jika, selepas siasatan, tiada kelakuan yang dilarang telah berlaku. Pelanggaran material yang dilaporkan akan menjalani siasatan yang mendalam oleh Imerys, dengan tindakan pembetulan yang sesuai dikenalpasti dan dilaksanakan. Mana-mana individu yang telah terlibat dalam aktiviti yang dilarang akan atau mungkin tertakluk kepada gabungan tindakan berikut: Tindakan disiplin mengikut pelaksaaan pengarah, pegawai atau pekerja Imerys. Imerys komited untuk mengambil semua langkah yang diperlukan, sehingga dan termasuk pemberhentian, mengikut undang-undang setempat untuk mendenda kelakuan tidak wajar dan mengelakkan kelakuan yang sama oleh pengarah, pegawai atau pekerja lain pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, peluang untuk didengari perlu diberi kepada mana-mana individu ya ng disyaki dengan aktiviti dilarang sebelum mengambil sebarang tindakan disiplin terhadapnya. Dalam kes seperti ini, proses diuruskan di bawah tanggungjawab ketua Sumber Manusia yang relevan atau Jabatan Undang-undang. Pengembalian penuh dan pemulihan: pengembalian penuh dan pemulihan sebarang dana atau aset lain yang diterima oleh pengarah, pegawai atau pekerja, jika ada, akibat daripada aktiviti yang dilarang akan diperlukan oleh Imerys daripada individu yang berkaitan. Siasatan jenayah dan tindakan undang-undang selanjutnya: apabila perlu, Peguam Kumpulan boleh membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang selanjutnya dan/atau memulakan prosiding jenayah sehingga tahap sepenuhnya yang dibenarkan di bawah undang-undang dan peraturan setempat yang berkaitan.

Kod Perilaku dan Etika Perniagaan ini telah menjalani perundingan dalaman yang meluas dan telah diteliti semula oleh Jawatankuasa Eksekutif Imerys. Ia telah diambil pakai, dan boleh dipinda dari semasa ke semasa, oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Imerys. Kod ini dikenakan ke atas semua perniagaan yang diuruskan oleh Imerys. Undang-undang sesetengah negara boleh mengenakan keperluan atau sekatan yang menjangkaui perkara yang terkandung dalam Kod ini. Sebarang perniagaan yang diuruskan Imerys dalam negara ini perlu, mematuhi dengan mana-mana dan semua undang-undang setempat sebagai keperluan Kod ini. Sebarang pengecualian setempat bagi Kod ini perlu dibentangkan kepada dan diluluskan oleh Peguam Kumpulan sebelum ia dilaksanakan. Semua pengarah, pegawai dan pekerja Imerys dikehendaki betul-betul memahami dan mematuhi keperluan Kod Perilaku dan Etika Perniagaan ini. Jika mereka mempunyai sebarang

keraguan tentangnya, mereka perlu bertanya kepada pengurus mereka atau wakil tempatan jabatan-jabatan Sumber Manusia, Undang-undang atau Audit Dalaman.