SIRAH NABI MUHAMMAD SAW PENGAJARAN & PEDOMAN *** Dr ...

119 downloads 350 Views 840KB Size Report
contoh teladan kepada setiap mukmin dalam semua aspek kehidupan mereka; .... bandingkan hal ini dengan cerita-ceritayang diriwayatkan oleh orang Kristian tentang ..... Al-Quran juga memaparkan akhlak Baginda yang mulia dan terpuji:.
SIRAH NABI MUHAMMAD S.A.W. PENGAJARAN & PEDOMAN *** Dr. Mustafa as-Syibaie *** KANDUNGAN PRAKATA

3

PENDAHULUAN

5

Keistimewaan Sirah Nabi s.a.w.

5

Sumber rujukan Sirah Nabi s.a.w.

10

Al-Quran al-Karim

10

Sunnah yang Sahih

11

Syair Arab pada Zaman Kerasulan

12

Kitab-kitab Sirah

12

BAHAGIAN 1: KEHIDUPAN BAGINDA SEBELUM DIUTUSKAN SEBAGAI RASUL

15

Peristiwa-peristiwa Sejarah

15

Pengajaran dan Pedoman

18

BAHAGIAN 2: PERMULAAN WAHYU SEHINGGA HIJRAH KE HABSYAH

22

Peristiwa-peristiwa Sejarah

22

Pengajaran dan Pedoman

25

BAHAGIAN 3: SELEPAS HIJRAH KE HABSYAH HINGGA HIJRAH KE MADINAH

28

Peristiwa-peristiwa Sejarah

28

Pengajaran dan Pedoman

30

BAHAGIAN 4: HIJRAH SEHINGGA NABI STABIL DI MADINAH

33

Peristiwa-peristiwa Sejarah

36

Pengajaran dan Pedoman

36

www.dakwah.info

1

BAHAGIAN 5: PEPERANGAN RASUL S.A.W.

44

A) Peristiwa-peristiwa Sejarah

44

1. Ghazwah Badar al-Kubra

44

2. Ghazwah Uhud

47

3. Ghazwah Bani Nadhir

51

4. Ghazwah al-Ahzab

52

5. Ghazwah Bani Quraizoh

54

6. Ghazwah al-Hudaibiyyah

56

7. Ghazwah Khaibar

59

8. Ghazwah Mu'tah.

60

9. Ghazwuh al-Fath

62

10. Ghazwah Hunain

63

11. Ghazwuh Tabuk

65

B) Pengajaran dan Pedoman

66

BAHAGIAN 6: PERISTIWA PENTING SELEPAS PEMBUKAAN MAKKAH SEHINGGA KEWAFATAN RASUL S.A.W.

82

a) Ghazwah Hunain

82

b) Meruntuhkan Patung Berhala

99

c) Ghazwah Tabuk

104

d) Hajjatul Wada (Haji Selamat Tinggal )

107

e) Pengutusan Tentera Usamah

110

f) Kewafatan Rasulullah s.a.w.

112

g) Pengajaran

113

www.dakwah.info

2

PRAKATA Segala puji bagi Allah yang mengutuskan para Rasul-Nya dengan membawa keterangan dan petunjuk. Tujuannya agar mereka mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, dan menunjukkan kepada mereka jalan Allah Yang Maha Agung lagi Terpuji. Selawat dan salam ke atas sebaik-baik Rasul dan semulia-mulia pendakwah; Saidina Muhammad s.a.w., penyudah segala rasul. Oleh itu Allah menjadikan sirahnya sebagai contoh teladan kepada setiap mukmin dalam semua aspek kehidupan mereka; kecil dan besar. Syariat yang dibawa Baginda juga adalah penyudah segala syariat. Oleh itu Allah menjadikan risalah Baginda sebagai risalah yang paling sempurna, memenuhi keperluan manusia di pelbagai suasana dan zaman. Selawat dan salam ke atas Baginda s.a.w. dan para sahabatnya yang membawa petunjuk lagi berbakti; golongan yang diketahui Allah kesejahteraan fitrah, kebenaran aqidah dan keagungan pengorbanan mereka. Lantaran itu Allah memuliakan mereka melalui tanggungjawab menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia di muka bumi ini. Mereka sanggup mengalirkan darah dan meninggalkan tanah air demi memperjuangkan risalah Islam. Mereka melakukan semua itu sehingga berjaya menunaikan tanggungjuwab yang diamanahkan, menyampaikan risalah, memberikan nasihat kerana Allah dan Rasul-Nya. Mereka memiliki jasa kepada kemanusiaan yang tidak mampu digambarkan. Setiap orang Islam terhutang budi kepada mereka sehingga hari Kiamat. Semoga keredhaan Allah menjadi milik mereka dan milik sesiapa sahaja yang menyintai mereka serta memperjuangkan panji-panji dakwah selepas mereka sehingga hari kiamat. Catatan ini saya tulis secara tergesa-gesa dan ketika itu saya sedang sakit tenat. Iaitu selepas saya menyampaikannya dalam beberapa kuliah kepada mahasiswa tahun pertama Fakulti Syariah. Dalam catatan tersebut saya cungkilkan beberapa aspek qudwah yang terdapat dalam sirah Rasulullah s.a.w.. Setiap individu Islam, para pendakwah, ulama dan fuqaha hendaklah meneliti dan sentiasa meneliti sirah Baginda s.a.w.. Supaya mereka memiliki kemuliaan lantaran mengambil teladan daripada Rasulullah s.a.w.. Agar mereka juga mampu membuka pintu kejayaan dakwah kepada manusia dan mendapat keredhaan Allah serta segala amalnya diterima. Mudah-mudahan mereka mendapat kemuliaan berada bersama Rasulullah s.a.w. di dalam syurga yang kekal abadi. Sesungguhnya Allah berfirman:

4 $yγŠÏù š⎥⎪Ï$Î#≈yz ã≈yγ÷ΡF{$# $yγÏFóss? ⎯ÏΒ ”Ìôfs? ;M≈¨Ζy_ ã&ù#Åzô‰ãƒ …ã&s!θß™u‘uρ ©!$# ÆìÏÜム∅tΒuρ ... ∩⊇⊂∪ ÞΟŠÏàyèø9$# ã—öθxø9$# šÏ9≡sŒuρ Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. (An-Nisa': 13) Saya membahagikan perbincangan ini berdasarkan metodologi berikut; A. Muqaddimah. Ia mengandungi dua perbincangan; ƒ

Membincangkan keistimewaan sirah Rasulullah s.a.w. dan faedah mempelajarinya.

ƒ

Membincangkan sumber sirah dan rujukannya yang sahih.

www.dakwah.info

3

B. Fiqh sirah. la mengandungi 10 bahagian •

Kehidupan Baginda sebelum diutuskan menjadi Rasul



Kehidupan Baginda selepas menjadi Rasul sehingga hijrah ke Habsyah



Kehidupan Baginda selepas hijrah ke Habsyah sehingga hijrah ke Madinah.



Penghijrahan Baginda sehingga kedudukan Baginda stabil di Madinah.



Peperangan Baginda bermula dari peperangan Badar sehingga Pembukaan Makkah.



Perkembangan Islam di semenanjung tanah Arab selepas Pembukaan Makkah.1



Kehidupan Baginda selepas Pembukaan Makkah sehingga kewafatan.



Ciri-ciri perundangan Islam di Madinah.



Akhlak Baginda serta fitnah orientalis dan missionaris.



Pengaruh Baginda dan risalahnya kepada alam.

Saya memohon kepada Allah agar memberi taufiq kepada saya untuk meneliti dengan detil Sirah Nabi s.a.w. dalam tempoh masa yang singkat dan tergopoh-gapah ini. Supaya matlamat pengajaran subjek ini di Kuliah Syariah dapat dicapai. Pihak Kuliah Syariah sedang berusaha menanam minat kepada para mahasiswa dan mahasiswinya agar mempelajari pengajian Sirah Baginda yang bersih. Oleh itu mereka akan membawa nilai-nilai dan pengajaran sirah ke dalam jiwa mereka. Hasilnya, sikap istiqamah, perjalanan hidup yang bersih dan usaha-usaha pengislahan yang mereka lakukan akan menjadi teladan kepada orang ramai. Hingga seolah-olah Rasulullah s.a.w. hidup dalam kehidupan umat Islam umpama sinaran mentari yang menyinari kegelapan kehidupan mereka. la membekalkan tenaga kepada hati, akal dan tingkah laku mereka. Lantaran itu kemurniaan, istiqamah dan idealisme masyarakat Islam dapat dikembalikan. Sekaligus bakal menempatkan mereka sekali lagi di persada kepimpinan dan peneraju bangsa-bangsa di dunia. Firman Allah Taala mengenai umat Islam dapat dicapai sekali lagi:

3 «!$$Î/ tβθãΖÏΒ÷σè?uρ Ìx6Ζßϑø9$# Ç⎯tã šχöθyγ÷Ψs?uρ Å∃ρã÷èyϑø9$$Î/ tβρâß∆ù's? Ĩ$¨Ψ=Ï9 ôMy_Ì÷zé& >π¨Βé& uöyz öΝçGΖä. tβθà)Å¡≈xø9$# ãΝèδçsYò2r&uρ šχθãΨÏΒ÷σßϑø9$# ãΝßγ÷ΖÏiΒ 4 Νßγ©9 #Zöyz tβ%s3s9 É=≈tGÅ6ø9$# ã≅÷δr& š∅tΒ#u™ öθs9uρ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Ali 'Imran: 110) Mustofa as-Sibaie Damsyik, Ramadhan 1381H

1

Bahagian 6 hingga Bahagian 10 tidak sempat dibahaskan oleh penulis mengikut pembahagian ini. Dalam Bahagian 6, beliau hanya mengulas beberapa pengajaran daripada berbagai peristiwa penting yang berlaku selepas Pembukaan Makkah sehingga kewafatan Baginda s.a.w.. Bahagian 6 ini ditulis di bawah topik, "Peristiwa-peristiwa penting yang berlaku selepas Pembukaan Makkah sehingga kewafatan Rasul s.a.w." (pent.)

www.dakwah.info

4

PENDAHULUAN Keistimewaan Sirah Nabi s.a.w. Sirah Nabi s.a.w. mempunyai pelbagai keistimewaan yang menjadikan pengajiannya satu kepuasan roh, akal dan nilai sejarah. Pengajian ini juga menjadi kemestian ulama, pendakwah kepada Allah dan pengislah sosial. Pengajian ini menjamin mereka mampu menyampaikan Syariah kepada orang ramai dengan pendekatan yang menarik. Ini membuatkan orang ramai melihat Syariah umpama Khalifah Muktasim; tempat berlindung ketika berlaku kacau bilau dan huru hara. Pengajian ini juga akan membuka hati dan jiwa manusia untuk menerima pendakwah. Dengan itu, pengislahan yang diseru oleh para pengislah lebih menghampiri kejayaan dan lebih menepati sasaran. Kami ringkaskan keistimewaan Sirah Nabi s.a.w. yang paling menonjol dalam perbincangan berikut: Pertama: Sirah Nabi s.a.w. istimewa lantaran ia merupakan sirah yang menceritakan sejarah nabi utusan Allah ataupun sejarah keagungan seorang tokoh islah yang paling sahih. Sirah Rasulullah s.a,w. telah kita terima melalui susur galur ilmiah yang paling tepat dan paling pasti (Kita akan rnelihatnya ketika membincangkan sumber rujukan Sirah). Susur galur ilmiah ini tidak memberi ruang untuk kita meragui kebenaran peristiwa besar dan penting yang berlaku. Ia juga memudahkan kita mengesan peristiwa dan mukjizat yang ditokok tambah oleh akal yang jahil dan gemar menambahkan sifat-sifat mengkagumkan kepada Rasulullah s.a.w. pada zaman-zaman terkemudian melebihi apa yang dikehendaki Allah dan Rasul-Nya. Dia menyangka tokok tambah ini boleh menunjukkan kemuliaan kedudukan, kesucian risalah dan keagungan perjalanan hidup Baginda. Keistimewaan sirah yang sahih lagi tiada sebarang keraguan ini, tidak terdapat dalam mana-mana sirah rasul-rasul Allah terdahulu. Sirah Musa a.s. yang ada pada hari ini telah bercampur aduk antara peristiwa-peristiwanya yang sahih dengan pemalsuan dan pindaan yang dimasukkan oleh Yahudi. Kita tidak dapat merujuk kepada Taurat yang ada kini untuk memahami sirah Musa a.s. yang sebenar. Ramai pengkritik Barat meragui kandungan sesetengah safarnya (surah-surah dalam Taurat). Sebahagian mereka memutuskan secara pasti bahawa sesetengah safar itu tidak ditulis pada masa Musa a.s. hidup atau sebaik sahaja selepas kematiannya. la hanya ditulis setelah berlalu tempoh masa yang lama tanpa diketahui siapakah penulisnya. Fakta ini sahaja sudah cukup menyebabkan kesahihan sirah Musa a.s. yang terdapat di dalam Taurat diragui. Justeru itu, orang Islam tidak dapat beriman dengan kesahihan sirahnya melainkan apa yang dinyatakan dalam al-Quran al-Karim dan Sunnah Nabawiyyah yang sahih. Pertikaian yang sama juga diperkatakan terhadap sirah Isa a.s.. Injil-injil yang diiktiraf secara rasmi oleh gereja-gereja Kristian hanya diperakui selepas beratus-ratus tahun kematian al-Masih. Tanpa sebarang kewajaran ilmiah, Injil- injil ini dipilih daripada ratusan Injil yang tersebar luas di tangan penganut Kristian ketika itu. Apatah lagi, hubung kait Injil-injil ini dengan penulisnya tidak disahkan melalui susur galur ilmiah yang memuaskan hati. la tidak diriwayatkan dengan sanad yang bersambung hingga kepada penulisnya. Para pengkritik Barat juga berselisih mengenai sesetengah nama penulis tersebut, siapakah mereka? Pada zaman manakah mereka hidup? Jika keraguan ini timbul terhadap sirah rasul-rasul selaku tukuh agama yang tersebar luas di dunia, keraguan yang lebih kuat berlaku terhadap sirah tokoh-tokoh agama dan ahli falsafah lain yang bilangan pengikutnya di dunia mencapai ratusan juta orang. Contohnya, Buddha dan Confucious. Kisah hidup mereka hanya berlegar di kalangan pengikut mereka sahaja. Ia tidak mempunyai asal-usul yang diperakui daripada kaca mata kajian ilmiah. la hanyalah diambil secara tergesa-gesa oleh para sami sesama mereka. Setiap generasi

www.dakwah.info

5

menokok tambah riwayat generasi sebelumnya. Mereka menambah riwayat-riwayat berunsur lagenda dan khurafat yang tidak dapat dipercayai oleh akal yang cerdas dan bebas daripada ketaksuban kepada agama-agama itu. Oleh itu, kita dapati sirah yang paling sahih dan paling diterima pakai secara mutawatir ialah sirah Muhammad, Rasulullah s.a.w. Kedua: Kehidupan Rasulullah s.a.w. pada setiap peringkat hidupnya amat jelas; sejak perkahwinan bapa Baginda, Abdullah dengan ibu Baginda, Aminah sehingga Baginda s.a.w. wafat. Kita mengetahui banyak perkara tentang kelahiran, zaman kanak-kanak, zaman remaja, sumber pencarian Baginda sebelum kenabian dan pengembaraan-pengembaraannya ke luar Makkah sehinggalah Allah rnengutuskannya sebagai Rasul yang mulia. Kita juga mengetahui secara lebih detil, jelas dan sempurna setiap hal ehwal Baginda selepas perutusan tersebut daripada setahun ke setahun. Ini menjadikan sirah Baginda s.a.w. jelas dan terang seumpama matahari. Sebagaimana kata sesetengah pengkritik Barat: Muhammad s.a.w. satusatunya tokoh yang lahir di bawah sinaran matahari. Fenomena seperti ini tidak mudah didapati di kalangan mana-mana rasul yang terdahulu. Kita tidak tahu sesuatu pun tentang Musa a.s. ketika zaman kanak-kanak, zaman remaja mahupun sumber pencariannya sebelum kenabian. Kita hanya mengetahui sedikit sahaja berkenaan kehidupan baginda selepas kenabian. Ini tidak memberi gambaran sempurna berkenaan keperibadiannya kepada kita. Hal yang sama diperkatakan tentang Isa a.s. Kita tidak mengetahui apa-apa tentang zaman kanak-kanaknya melainkan apa yang diceritakan oleh Injil-injil hari ini. Injil menceritakan bahawa baginda telah memasuki haikal Yahudi dan berbincang dengan pendita-penditanya. Inilah satu-satunya kejadian yang disebutkan tentang zaman kanak-kanaknya. Selanjutnya, kita tidak mengetahui hal ehwal beliau selepas kenabian melainkan peristiwa yang berkaitan dengan dakwah dan sedikit tentang cara hidupnya. Manakala selain daripada itu adalah perkara yang dilitupi kabus tebal. Di manakah kedudukan maklumat ini berbanding dengan maklumat yang disebutkan oleh sumber-sumber sirah yang sahih? Sumber-sumber ini menyebutkan secara detil kehidupan peribadi Rasul kita seperti makan, bangun, duduk, pakaian, rupa bentuk, gaya, percakapan, interaksi dengan keluarga, ibadat, solat dan pergaulan Baginda dengan para sahabatnya. Bahkan pendetilan dalam meriwayat sirah Baginda hingga ke tahap mereka menyatakan kepada kita bilangan uban di kepala dan janggut Baginda s.a.w.. Ketiga: Sirah Rasulullah s.a.w. menceritakan perjalanan hidup seorang manusia yang dimuliakan Allah dengan risalah-Nya. Namun ia tidak mengeluarkan Baginda daripada sifat kemanusiaannya. Kehidupan Baginda tidak disertakan dengan dongeng-dongeng, juga tidak ditokok tambah dengan sifat ketuhanan, sama ada sedikit mahupun banyak. Apabila kita bandingkan hal ini dengan cerita-ceritayang diriwayatkan oleh orang Kristian tentang perjalanan hidup Isa a.s., penganut Buddha tentang Gauthama Buddha, penyembah berhala tentang tuhan sembahan mereka, akan jelas kepada kita perbezaan nyata antara Sirah Baginda s.a.w. dan sirah mereka. Lantaran perbezaan ini, ia memberi kesan jangka panjang kepada tingkah Iaku kemanusiaan dan kemasyarakatan pengikut-pengikut mereka. Dakwaan ketuhanan kepada Isa a.s. dan Gauthama Buddha menyebabkan mereka berdua tidak boleh menjadi contoh teladan kepada manusia dalam kehidupan peribadi dan kemasyarakatannya. Sebaliknya, Muhammad s.a.w. akan terus menjadi model manusia yang kamil kepada sesiapa yang ingin hidup bahagia dan mulia dari segi diri, keluarga dan suasana persekitarannya. Oleh yang demikian, Allah Taala berfirman dalam kitab-Nya yang mulia:

www.dakwah.info

6

tÅzFψ$# tΠöθu‹ø9$#uρ ©!$# (#θã_ötƒ tβ%x. ⎯yϑÏj9 ×πuΖ|¡ym îοuθó™é& «!$# ÉΑθß™u‘ ’Îû öΝä3s9 tβ%x. ô‰s)©9 Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (heredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat. (Al-Ahzab: 21) Keempat: Sirah Rasulullah s.a.w. meliputi setiap sudut kemanusiaan yang dimiiiki manusia. Ia menceritakan kepada kita perjalanan hidup Muhammad s.a.w. selaku pemuda yang amanah dan berakhlak mulia, iaitu sebelum Allah memuliakan Baginda dengan risalahNya. Ia turut menceritakan kepada kita perjalanan hidup Rasulullah sebagai pendakwah kepada Allah yang mencari cara paling efektif untuk memastikan dakwahnya diterima. Ia juga meriwayatkan Baginda sebugai pendakwah yang mencurah tenaga dan usaha yang maksimum untuk menyampaikan risalahnya. Begitu juga, ia menceritakan kepada kita perjalanan hidup Baginda sebagai ketua Negara yang mengasas sistem ampuh dan jitu untuk negaranya. Baginda melindungi negaranya itu dengan penuh waspada, ikhlas dan jujur. Ini menjamin negara tersebut untuk berjaya. Sirah menceritakan kepada kita perjalanan hidup Rasul sebagai seorang suami dan bapa yang mempamerkan sikap belas kasihan, hubungan yang baik serta memberi perbezaan jelas antara yang mana hak dan mana kewajipan untuk suami, isiteri dan anak-anak. Ia juga menceritakan perjalanan hidup Rasul selaku pendidik dan pemberi tunjuk ajar yang menyelia pendidikan para sahabat Baginda dengan pendidiknn yang ideal. Baginda memindahkan nilai-nilai pendidikan itu daripada rohaninya sendiri ke dalam rohani mereka, daripada jiwanya kepada jiwa mereka. Ini mendorong mereka untuk cuba mencontohi Baginda dalam sehalus-halus perkara sehinggalah ke sebesar-besar perkara. Begitu juga, ia menceritakan kepada kita perjalanan hidup Rasul selaku seorang teman yang melaksanakan kewajipan persahabatan serta memenuhi komitmen dan adab-adabnya. Ini menjadikan para sahabat Baginda mengasihinya sebagaimana mereka mengasihi diri mereka sendiri. Bahkan melebihi kasih mereka kepada keluarga dan kaum kerabat mereka. Sirah Baginda juga menceritakan kepada kita perjalanan hidup seorang pahlawan yang berani, panglima perang yang jaguh, politikus yang berjaya, jiran yang amanah dan pengikat janji yang jujur. Pendek kata: Sirah Rasulullah s.a.w. meliputi semua aspek kemanusiaan dalam masyarakat. Ini menjadikan Baginda contoh teladan yang baik untuk setiap pendakwah, panglima, bapa, suami, kawan, pendidik, politikus, ketua negara dan demikianlah seterusnya... Kita tidak dapati kesyumulan seperti ini atau hampir sama dengannya dalam catatan sejarah yang masih kekal pada kita; catatan sejarah berkenaan sirah rasul terdahulu, pengasas agama dan falsafah yang terdahulu mahupun yang terkemudian. Musa adalah model pemimpin umat yang telah menyelamatkan umatnya daripada belenggu pengabdian. Ia menerangkan kepada kita kaedah-kaedah dan prinsip-prinsip yang sesuai untuk misi itu sahaja. Akan tetapi kita tidak dapati dalam sirah baginda, keterangan yang boleh dijadikan contoh teladan kepada pahlawan perang, pendidik, politikus, kepala negara, bapa, atau suami. Isa a.s. pula menjadi model seorang pendakwah yang zuhud, meninggalkan dunia dalam keadaan dia tidak mempunyai harta, rumah atau barang. Namun dalam catitan sirahnya yang terdapat di tangan orang-orang Kristian, beliau tidak mewakili seorang panglima perang, ketua negara, bapa, atau suami (kerana dia tidak berkahwin), penggubal perundangan, atau lain-lain lagi yang ditunjukkun oleh Sirah Muhammad s.a.w.. Perihal yang sama berlaku pada Buddha, Confucious, Aristotle, Plato, Napoleon dan lain-lain lagi tokoh-tokoh sejarah. Mereka hanya layak menjadi contoh teladan (sekiranya mereka layak menjadi contoh

www.dakwah.info

7

teladan) untuk satu aspek daripada pelbagai aspek kehidupan, iaitu dalam bidang yang mereka terserlah dan terkenal dengannya. Satu-satunya manusia dalam sejarah yang boleh menjadi contoh teladan untuk semua golongan, semua pemilik pelbagai bakat dan semua manusia ialah Muhammad s.a.w.. Kelima: Sirah Muhammad s.a.w. adalah satu-satunya sirah yang memberi dalil yang tidak diragui tentang kebenaran risalah dan kenabian Baginda kepada kita. Ia adalah perjalanan hidup seorang manusia kamil. Baginda mengharungi kehidupan bersama dakwahnya dengan mendapat kejayaan demi kejayaan; Bukan dengan cara peristiwaperistiwa pelik yang melanggar adat kebiasaan mahupun mukjizat. Bahkan semata-mata dengan cara yang normal. Baginda s.a.w. berdakwah, lalu disakiti, menyampaikan risalah, seterusnya memperolehi penyokong. Jika terpaksa berperang, Baginda berperang. Baginda seorang yang bijaksana dan mendapat taufiq dalam kepimpinannya. Ketika hampir wafat, dakwah Baginda telah berkembang meliputi seluruh semenanjung tanah Arab. Dakwahnya tersebar melalui cara iman (keyakinan), bukan dengan cara paksaan atau kemenangan perang. Bagi sesiapa yang mengetahui pegangan dan budaya masyarakat Arab ketika itu, penentangan mereka melalui pelbagai cara sehingga ke tahap merancang pembunuhun Baginda, mengetahui ketidak seimbangan kekuatan Baginda dengan pihak lawan dalam setiap pertempuran yang Baginda menangi, mengetahui tempoh masa yang terlalu singkat dalam menyampaikan risalah sehingga kefawatan Baginda iaitu 25 tahun, semua ini memberikan keyakinan bahawa Muhammad adalah benar-benar pesuruh Allah. Kurniaan Allah kepada baginda seperti tabah (thabat), kekuatan, keupayaan mempengaruh dan kemenangan juga menunjukkan Baginda benar-benar seorang nabi. Allah tidak akan mendokong sesiapa yang mendustakan-Nya. Dokongan Ilahi ini adalah dokongan yang unik dalam sejarah. Sirah Rasulullah s.a.w. membuktikan kepada kita kebenaran risalah Baginda hanya melalui bukti-bukti lojik yang boleh diterima akal. Mukjizat yang berlaku bukanlah faktor utama orang Arab beriman dengan dakwah Baginda. Bahkan kita tidak dapati Baginda mempunyai mukjizat yang menyebabkan orang kafir yang ingkar menjadi beriman kerana mukjizat tersebut. Walau bagaimanapun, mukjizat berbentuk material tetap menjadi hujah dalam berhadapan dengan mereka yang menyaksikannya. Suatu yang pasti bahawa orang Islam yang tidak pernah melihat Nabi s.a.w. dan tidak pernah menyak-sikan mukjizat, mereka beriman dengan kebenaran risalah Baginda hanya kerana bukti-bukti lojik yang qat’ie dan masuk akal yang menunjukkan kebenaran dakwaan kenabiannya. Di antara bukti tersebut ialah: al-Quran al-Karim. Ia merupakan mukjizat yang boleh diterima oleh akal. Mukjizat ini menyebabkan setiap manusia berakal lagi bersikap adil dan insaf pasti beriman dengan kebenaran dakwaan kerasulan Muhammad s.a.w.. Ini berbeza sama sekali dengan sirah para nabi terdahulu yang disimpan oleh para pengikutnya. Sirah para nabi terdahulu menunjukkan kepada kita bahawa orang ramai beriman setelah melihat mukjizat dan perkara pelik yang menyalahi adat berlaku kepada rasul-rasul tersebut. Mereka beriman tanpa meletakkan akal sebagai hakim dalam menilai prinsip-prinsip dakwah para rasul tersebut, seterusnya tunduk kepadanya. Contoh palingjelas ialah sirah nabi Isa a.s.. Dalam al-Quran, Allah menceritakan kepada kita bahawa antara tunggak utama yang Allah berikan kepada nabi Isa a.s. untuk meyakinkan orang Yahudi tentang kebenaran risalahnya ialah boluh menyembuhkan orang buta dan penyakit kusta, merawat penyakit, menghidupkan orang mati serta memberitahu kaumnya apa yang mereka makan dan apa yang tersimpan di rumah mereka. Semua ini berlaku dengan izin Allah Azzawajalla. Mukjizat-mukjizat ini menjadi penyebab orang ramai beriman kepada Nabi 'Isa secara beramai-ramai. Inilah yang diriwayatkan oleh kitab-kitab Injil kepada kita. Namun,

www.dakwah.info

8

mereka beriman dengan Isa a.s. bukan sebagai rasul, bahkan sebagai tuhan dan anak tuhan (Maha suci Allah daripada perkara ini). Inilah yang diceritakan oleh al-Quran kepada kita. Selepas pemergian nabi Isa a.s., agama Kristian tersebar melalui perkara luar biasa dan pelik yang menyalahi adat kebiasaan. Safar Kerja Rasul-Rasul menjadi bukti utama kepada perkara ini. Sehingga kita boleh katakan bahawa agama Kristian yang diimani oleh pengikutnya adalah agama yang tertegak di atas perkara luar biasa dan pelik yang menyalahi adat kebiasaan, bukan di atas keyakinan akal yang rasional. Di sini kita dapat lihat kistimewaan yang jelas dalam sirah Rasul s.a.w.. Tidak ada seorangpun yang beriman dengan Baginda disebabkan melihat mukjizat yang menyalahi adat kebiasaan. Bahkan dia beriman disebabkan keyakinan akal dan jiwa. Sekiranya Allah memuliakan Rasul-Nya s.a.w. dengan mukjizat yang menyalahi adat kebiasaan, ia hanyalah penghormatan kepada Baginda s.a.w.. Ia juga bertujuan mendiamkan penentangnya yang sombong. Sesiapa yang meneliti al-Quran al-Karim, dia akan dapati dalam usaha meyakinkan manusia, al-Quran bergantung kepada budi bicara akal, penyaksian pancaindera terhadap kebesaran ciptaan Allah, juga pengetahuan sempurna berkenaan Rasul yang buta huruf. Buta huruf Baginda s.a.w. menjadikan al-Quran yang dibawanya sebagai bukti kebenaran risalah Baginda. Allah Taala berflrman dalam surah al-Ankabut:

ê⎥⎫Î7•Β ÖƒÉ‹tΡ O$tΡr& !$yϑ¯ΡÎ)uρ «!$# y‰ΨÏã àM≈tƒFψ$# $yϑ¯ΡÎ) ö≅è% ( ⎯ϵÎn/§‘ ⎯ÏiΒ ×M≈tƒ#u™ ϵø‹n=tã š^Ì“Ρé& Iωöθs9 (#θä9$s%uρ Zπyϑômts9 šÏ9≡sŒ ’Îû χÎ) 4 óΟÎγøŠn=tæ 4‘n=÷Fム|=≈tFÅ6ø9$# y7ø‹n=tã $uΖø9t“Ρr& !$¯Ρr& óΟÎγÏõ3tƒ óΟs9uρr& ∩∈⊃∪ ∩∈⊇∪ šχθãΖÏΒ÷σム5Θöθs)Ï9 3“tò2ÏŒuρ Dan mereka berkata "Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) mukjizat-mukjizat dari Tuhannya?" Jawablah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya (urusan menurunkan) mukjizat-mukjizat itu adalah tertentu bagi Allah, dan aku hanyalah seorang Rasul pemberi amaran yang jelas nyata" (Patutkah mereka meminta mukjizat-mukjizat yang lain?) tidakkah cukup bagi mereka bahawa Kami telah menurunkan kepadamu Al-Quran yang dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya Al-Quran yang diturunkan itu mengandungi rahmat dan peringatan bagi orang-orang yang beriman. (AlAnkabut: 50-51) Apabila orang-orang kafir Quraisy melampaui batas dengan menuntut mukjizat daripada Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang dilakukan oleh umat-umat terdahulu, Allah memerintahkan Baginda menjawab:

∩®⊂∪ Zωθß™§‘ #Z|³o0 ωÎ) àMΖä. ö≅yδ ’În1u‘ tβ$ysö7ß™ ö≅è% Katakanlah (wahai Muhammad): "Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?" (Al-Isra': 93)

www.dakwah.info

9

Perhatikan perkara ini dalam surah al-Isra' yang bermaksud:

9≅ŠÏƒ¯Υ ⎯ÏiΒ ×π¨Ψy_ šs9 tβθä3s? ÷ρr& ∩®⊃∪ %·æθç7.⊥tƒ ÇÚö‘F{$# z⎯ÏΒ $uΖs9 tàføs? 4©®Lym y7s9 š∅ÏΒ÷σœΡ ⎯s9 (#θä9$s%uρ u’ÎAù's? ÷ρr& $¸|¡Ï. $uΖøŠn=tã |Môϑtãy— $yϑx. u™!$yϑ¡¡9$# xÝÉ)ó¡è@ ÷ρr& ∩®⊇∪ #·Éføs? $yγn=≈n=Åz t≈yγ÷ΡF{$# tÉdfxçGsù 5=uΖÏãuρ š∅ÏΒ÷σœΡ ⎯s9uρ Ï™!$yϑ¡¡9$# ’Îû 4’n∋ös? ÷ρr& >∃ã÷zã— ⎯ÏiΒ ×MøŠt/ y7s9 tβθä3tƒ ÷ρr& ∩®⊄∪ ¸ξ‹Î6s% Ïπx6Íׯ≈n=yϑø9$#uρ «!$$Î/ ∩®⊂∪ Zωθß™§‘ #Z|³o0 ωÎ) àMΖä. ö≅yδ ’În1u‘ tβ$ysö7ß™ ö≅è% 3 …çνäτtø)¯Ρ $Y7≈tFÏ. $uΖøŠn=tã tΑÍi”t∴è? 4©®Lym y7ÍhŠÏ%ãÏ9 Dan mereka berkata: "Kami tidak sekali-kali akan beriman kepadamu (wahai Muhammad), sehingga engkau memancarkan mata air dari bumi, untuk kami. Atau (sehingga) engkau mempunyai kebun dari pohon-pohon tamar dan anggur, kemudian engkau mengalir-kan sungai-sungai dari celah-celahnya dengan aliran yang terpancar terus-menerus. Atau (sehingga) engkau gugurkan langit berkeping-keping atas kami, sebagaimana yang engkau katakan (akan berlaku); atau (sehingga) engkau bawakan Allah dan malaikat untuk kami menyaksikannya. Atau (sehingga) engkau mempunyai sebuah rumah terhias dari emas; atau (sehingga) engkau naik ke langit; dan kami tidak sekali-kali akan percaya tentang kenaikanmu ke langit sebelum engkau turunkan kepada kami sebuah kitab yang dapat kami membacanya. "Katakanlah (wahai Muhammad): "Maha Suci Tuhanku! Bukankah aku ini hanya seorang manusia yang menjadi Rasul?" (Al-Isra': 90-93) Demikianlah al-Quran menetapkan secara terang dan jelas bahawa nabi Muhammad s.a.w. adalah manusia dan rasul. Dalam membenarkan dakwaan kerasulan Baginda, al-Quran tidak bergantung kepada perkara yang menyalahi adat kebiasaan dan mukjizat, bahkan hanya berdailog dengan akal dan hati.

( ÉΟ≈n=ó™M∼Ï9 …çνu‘ô‰|¹ ÷yuô³o„ …çµtƒÏ‰ôγtƒ βr& ª!$# ÏŠÌム⎯yϑsù Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya, nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam. (Al-An'am: 125) Sumber rujukan Sirah Nabi s.a.w. Hanya terdapat empat sumber rujukan utama Sirah Nabi s.a.w yang diperakui: 1. Al-Quran al-Karim Al-Quran merupakan sumber rujukan asasi yang kita cedok daripadanya Sirah Nabi s.a.w.. Al-Quran al-Karim telah menyingkap kehidupan Nabi s.a.w. semasa kecil:

∩∠∪ 3“y‰yγsù ~ω!$|Ê x8y‰y`uρuρ ∩∉∪ 3“uρ$t↔sù $VϑŠÏKtƒ x8ô‰Égs† öΝs9r& Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan? Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)? (Ad-Dhuha: 6-7)

www.dakwah.info

10

Al-Quran juga memaparkan akhlak Baginda yang mulia dan terpuji:

∩⊆∪ 5ΟŠÏàtã @,è=äz 4’n?yès9 y7¯ΡÎ)uρ Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. (AlQalam: 4). Al-Quran turut membicarakan tentang keperitan dan sikap degil yang dihadapi oleh Baginda s.a.w. di jalan dakwah. Al-Quran juga menyebut tentang beberapa gelaran yang diberikan oleh orang musyrik kepada Baginda demi menyekat agama Allah ‘Azza wa Jalla daripada tersebar, seperti ahli sihir dan orang gila. Selain itu, al-Quran juga memaparkan hijrah Rasul s.a.w., serta membentangkan pertempuran-pertempuran penting yang Baginda lalui selepas Hijrah. Antaranya Perang Badar, Uhud, Ahzab, Perdamaian Hudaibiyah, Pembukaan Makkah dan Perang Hunain. Al-Quran juga memperkatakan tentang sesetengah mukjizat Baginda seperti mukjizat Isra' dan Mi'raj. Ringkasnya al-Quran telah membicarakan banyak peristiwa dalam Sirah Rasul s.a.w.. Oleh kerana al-Quran1 merupakan kitab paling dipercayai di atas muka bumi dan terbukti kebenaran secara mutawatir, seorang manusia yang berakal tidak sepatutnya terfikir untuk meragui nas-nas dan kekukuhan fakta sejarahnya. Oleh itu, peristiwa-peristiwa sirah yang didedahkan oleh al-Quran ini secara mutlak dianggap sebagai sumber sirah paling sahih. Namun dapat diperhatikan bahawa al-Quran tidak menyingkap peristiwa sirah secara terperinci, tetapi sekadar menyentuhnya secara ringkas. Dalam membicarakan sesuatu purtempuran perang, al-Quran tidak menyatakan sebab-sebab berlaku peperangan tersebut, bilangan orang Islam dan orang musyrik yang terlibat, mahupun bilangan tentera yang terbunuh atau ditawan di kalangan orang musyrik. Ia sekadar membincangkan pengajaran perang dan pedoman yang boleh diambil. Demikianlah sikap al-Quran dalam setiap kisah berkenaan para nabi dan umat terdahulu. Oleh itu kita tidak boleh berpada dengan hanya bergantung kepada nas-nas al-Quran yang berkaitan dengan Sirah Nabi s.a.w. untuk mendapatkan gambaran kehidupan Rasul s.a.w. yang lengkap. 2. Sunnah yang Sahih Sunnah Nabi s.a.w. yang sahih terkandung dalam kitab karangan para imam hadis yang diakui kejujuran mereka lagi dipercayai di dunia Islam. Kitab-kitab itu ialah: Kitab Sunan Sittah (enam buah kitab hadis): Iaitu kitab Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan an-Nasaie, Sunan at-Tirmizi dan Sunan Ibnu Majah. Begitu juga kitab al-Muwatto' karangan Imam Malik dan Musnad Imam Ahmad. Kitab-kitab ini, terutamanya Sahih Bukhari dan Sahih Muslim berada di tangga teratas dari aspek kesahihan, dipercayai dan pembuktiannya. Sementara kitab-kitab lain mengandungi hadis-hadis sahih dan hasan. Sesetengahnya juga mengandungi hadis daif. Sebahagian besar kisah kehidupan Nabi s.a.w., peristiwa, peperangan dan amalan Baginda terkandung dalam kitab-kitab ini. Daripadanya, kita dapat membentuk pemikiran yang menyeluruh berkenaan Sirah Rasul s.a.w. (sekalipun ia kadang-kadang tidak saling melengkapi). Antara perkara yang meningkatkan kepercayaan dan penerimaan terhadap kitab-kitab ini ialah, hadis-hadisnya telah diriwayatkan dengan sanad yung bersambung hingga kepada para sahabat r.a.. Merekalah yang bergaul dengan Rasulullah dan sentiasa bersama Baginda. Allah juga telah memenangkan agamaNya melului mereka, Rasulullah s.a.w. sendiri yang mendidik mereka. Oleh itu mereka adalah generasi paling sempurna dalam sejarah. Sama ada dari segi keluhuran akhlak, kekuatan iman, kejujuran percakapan, ketinggian roh dan kesempurnaan akal. Dengan ini, setiap hadis yang mereka riwayatkan www.dakwah.info

11

daripada Rasul dengan sanad yang sahih dan bersambung, kita wajib menerimanya sebagai satu hakikat sejarah tanpa ragu lagi. Para orientalis yang mempunyai misi tersembunyi cuba meragukan kesahihan kitab-kitab sunan yang berada di hadapan kita ini. Mereka turut disokong oleh orang Islam yang menjadi pengikut mereka. Mereka mempunyai pegangan agama yang rapuh dan terpengaruh dengan Barat dan cendikiawannya. Tujuan mereka semua ialah meruntuhkan Syariah dan menimbulkan keraguan terhadap peristiwa dalam Sirah. Namun Allah yang bertanggungjawab memelihara agamaNya, telah menyediakan golongan yang menolak kebatilan dan tipu daya tersebut sehingga menjerut batang leher mereka sendiri. Dalam buku saya, as-Sunnah wa Makanatuha min at-Tasyri al-Islami (Sunnah dan Kedudukannya Dalam Perundangan Islam), saya telah dedahkan penat lelah ulama kita menyaring Sunnah Nabi s.a.w.. Saya juga menyenaraikan beberapa kekeliruan yang ditimbulkan oleh para orientalis dan pengikut mereka. Kemudian saya bahaskan melalui perbahasan ilmiah. Saya berharap kepada Allah agar memberi ganjaran pahala kepada saya kerana usaha tersebut. Juga, semoga Allah memasukkannya dalam lembaran suratan amalan kebaikan saya pada hari pembentangan amalan 3. Syair Arab pada Zaman Kerasulan Tidak diragui bahawa orang musyrik telah menyerang Rasul s.a.w. dan dakwah Baginda melalui lidah para penyair mereka. Ini memaksa orang Islam menjawabnya melalui lidah para penyair mereka pula seperti Hasan bin Thabit, Abdullah bin Rawwahah dan lain-lain lagi. Buku-buku sastera dan sirah yang ditulis selepas zaman itu mengandungi banyak syair-syair sebegini. Melalui syair-syair ini, kita dapat membuat kesimpulan tentang fakta-fakta berkaitan suasana persekitaran s.a.w. hidup dan dakwah Islam mula lahir. 4. Kitab-kitab Sirah Pada mulanya kisah dalam Sirah Nabi s.a.w. hanya merupakan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat r.a. kepada generasi selepas mereka. Sesetengah sahabat memberikan perhatian khusus terhadap setiap peristiwa yang berlaku dalam sirah Nabi s.a.w. dan pendetailannya. Kemudian, para tabien menukilkan riwayat-riwayat ini dan mencatatnya dalam lembaran simpanan mereka. Sesetengah mereka memberi perhatian khusus terhadap usaha ini, contohnya: Aban bin 'Othman bin 'Affan r.a (32-105H) dan 'Urwah bin az-Zubair bin al-'Awwam (23-93H). Contoh di kalangan tabien kecil pula iulah, Abdullah bin Abu Bakar al-Ansori (meninggal dunia pada 135H), Muhammad bin Muslim bin Syihab az-Zuhri (50-124H) yang mengumpulkan sunnah pada zaman 'Umar bin 'Abdul 'Aziz hasil perintahnya, juga 'Asim bin 'Umar bin Qatadah al-Ansori (meninggal dunia 129H). Kemudian keprihatinan terhadap Sirah telah berpindah kopada generasi selepas mereka, sehingga generasi ini menulis sirah dalam penulisan yang khusus (diasingkan daripada bidang yang lain). Di antara pengarang awal Sirah yang paling terkenal ialah Muhammad bin Ishaq bin Yasar (Ibnu Ishaq) (meninggal dunia 152H). Jumhur 'ulama dan para ahli hadis bersepakat mengatakan beliau thiqah, kecuali Malik dan Hisyam bin ' Urwah bin az-Zubair. Diriwayatkan bahawa Malik dan Hisyam mempertikaikan beliau. Namun, kebanyakan 'ulama muhaqqiqin menafsirkan tindakan kedua-dua orang 'alim besar ini mempertikaikan kethiqahan Ibnu Ishaq adalah disebabkan persengketaan peribadi yang berlaku di antara mereka. Ibnu Ishaq pula telah menulis kitab al-Maghazi. Kitab ini mengandungi hadis-hadis dan riwayat-riwayat, yang (didengarnya sendiri di Madinah dan Mesir. Dukacitanya, kitab ini tidak sampai kepada kita. la telah hilang bersama kitab-kitab lain yang hilang daripada warisan ilmu kita yang kaya. Akan tetapi, kandungan kitab itu masih kekal terpelihara.

www.dakwah.info

12

Kerana Ibnu Hisyam telah meriwayatkannya dalam kitab sirah beliau daripada jalan riwayat gurunya, al-Bakka-ie, salah seorang murid Ibnu Ishaq yang terkenal. Sirah Ibnu Hisyam Beliau ialah Abu Muhammad Abdul Malik bin Ayyub al-Himyari (dikenali dengan Ibnu Hisyam). Membesar di Basrah dan meninggal dunia pada tahun 213 atau 218H mengikut perbezaan riwayat. Ibnu Hisyam telah menulis kitab as-Sirah an-Nabawiyah. Kitab ini mengandungi peristiwa sirah yang diriwayatkan oleh gurunya, al-Bakka-ie daripada Ibnu Ishaq, di samping peristiwa sirah yang beliau riwayatkan sendiri daripada guru-gurunya. Iaitu riwayat yang tidak disebut oleh Ibnu Ishaq dalam kitab sirahnya. Beliau telah menyebut riwayat Ibnu Ishaq yang tidak menepati citarasa ilmunya dan yang dikritiknya. Kitab ini muncul sebagai sumber Sirah Nabi s.a.w. yang paling amanah, paling sahih. dan paling teliti. Ia diterima oleh orang ramai menyebabkan mereka terus menamakan kitab itu dengan nama beliau; Sirah Ibnu Hisyam. Kitabnya ini telah disyarahkan oleh dua orang 'alim diri Andalus: as-Suhaili (508-581H) dan al-Khusyani (535-604H) Tobaqot Ibnu Saad Beliau ialah Muhammad bin Saad bin Mani' az-Zuhri (dikenali dengan Ibnu Saad). Lahir di Basrah pada 168H dan meninggal dunia di Baghdad pada 230H. Beliau adalah seorang penulis kepada Muhammad bin 'Umar al-Waqidi (130-207HJ, ahli sejarah yang terkenal dalam bidang kisah-kisah peperangan dan sirah. Ibnu Saad menyusun tulisannya dalam kitabnya, at-Tobaqot (selepas menulis tentang Sirah Rasul a.s. dengan menyebut nama-nama sahabat dan tabien mengikut lapisan generasi (tobaqot), kabilah dan kawasan mereka. Kitab beliau, at-Tobaqot dianggap antara sumber awal sirah yang paling dipercayai dan faktanya paling terpelihara dengan dinyatakan latar belakang sahabat dan tabien. Tarikh at-Tobari Abu Jaafar Muhammad bin Jarir at-Tobari (224-310H). Seorang imam, faqih, ahli hadis dan pengasas mazhab fiqh yang kurang tersebar. Penulisan beliau di bidang sejarah, tidak terbatas kepada Sirah Rasul a.s., bahkan sejarah umat-umat sebelumnya. Beliau menyediakan bahagian yang khusus untuk Sirah Baginda a.s., seterusnya menyambung perbicaraan tentang sejarah negara-negara Islam sehingga beliau hampir meninggal dunia. Apa yang diriwayatkan oleh at-Tobari boleh dijadikan hujah dan dipercayai. Walau bagaimanapun, banyak riwayat dhaif atau batil yang beliau sebut, beliau berpada dengan menyandarkan riwayat tersebut kepada perawinya. Ini kerana puda zaman beliau, orang ramai mengenali perawi tersebut. Contohnya, apa yang diriwayatkan daripada Abu Mikhnaf. Abu Mikhnaf adalah seorang pengikut Syiah yang taksub. Namun begitu at-Tobari banyak memasukkan riwayat beliau ke dalam tulisannya dengan cara menyandarkan riwayat tersebut kepada Abu Mikhnaf. At-Tobari seolah-olah melepaskan tanggungjawab riwayat tersebut dan meletakkannya ke bahu Abu Mikhnaf. Perkembangan penulisan Sirah Kemudian, penulisan Sirah terus berkembang. Sesetengah aspek telah ditulis secara khusus dan berasingan seperti, Dala-il an-Nubuwwah (Tanda-tanda Kenabian) oleh alAsbahani, Syama-il al-Muhammadiyyah (Perwatakan Muhammad) oleh at-Tirmizi, Zadul Ma'ad (Bekalan ke Tempat Kembali) oleh Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, as-Syifa’ (Kesembuhan) oleh Qadhi 'Iyadh dan al-Mawahib al-Ladunniyah (Bakat-bakat Kurniaan Tuhan) oleh al-Qastoluni. Ia disyarah dalam lapan jilid oleh az-Zarqani yang meninggal pada tahun 1122H. Demikianlah, 'ulama masih terus menulis berkenaan Sirah ar-Rasul a.s. dengan cara

www.dakwah.info

13

moden yang diterima oleh citarasa anak-anak masa kini. Di antara kitab paling terkenal pada zaman moden kita ialah kitab Nur al-Yaqin fi Sirah Sayyid al-Mursalin oleh Syeikh Muhammad al-Khudhori rahimahullah. Kitabnya telah mendapat sambutan yang baik dan diputuskan untuk dipelajari di sekolah-sekolah agama di kebanyakan ceruk rantau Alam Islami.

www.dakwah.info

14

Bahagian 1 KEHIDUPAN BAGINDA SEBELUM DIUTUSKAN SEBAGAI RASUL A) Peristiwa-peristiwa Sejarah Riwayat-riwayat yang sabit berkenaan kehidupan Baginda s.a.w. sebelum diutuskan sebagai Rasul menunjukkan kepada kita beberapa hakikat berikut: 1. Bani Hasyim merupakan keturunan Quraisy yang paling mulia. Manakala Quraisy pula adalah kabilah 'Arab yang paling mulia dan berketurunan bersih. Mereka juga memiliki kedudukan yang paling tinggi di kalangan bangsa Arab. Diriwayatkan daripada al-Abbas r.a., daripada Rasulullah s.a.w., Baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah mencipta makhluk ini, lalu Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik makhluk dan daripada sebaik-baik kelompok mereka (manusia). Dia juga menjadikan aku daripada sebaik-baik kumpulan di antara dua kumpulan (Arab dan bukan Arab). Kemudian Dia meneliti pemilihan kabilah-kabilah secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik kabilah (Quraisy). Kemudian Dia meneliti pemilihan keluargakeluarga secara rapi, maka Dia menciptakan aku daripada sebaik-baik keluarga (Bani Hasyim). Sementara aku adalah sebaik-baik jiwa (sehingga dipilih menjadi rasul dan penutup segala nabi) dan sebaik-baik keluarga di kalangan mereka. (asal-usul keturunan ibu bapa dan nenek moyang Baginda tiada yang lahir daripada perzinaan, bahkan melalui pernikahan yang sah)”. (Riwayat at-Tirmizi dengan sanad yang sahih). Oleh kerana keturunan Baginda s.a.w. adalah mulia di kalangan Quraisy, kita tidak temui isu keturunan menjadi bahan celaan mereka terhadap Nabi s.a.w.. Ini disebabkan kemuliaan keturunan Baginda cukup jelas kepada mereka. Quraisy telah mencela Baginda dengan banyak isu yang direka-reka tetapi bukan dalam isu keturunan. 2. Baginda membesar sebagai anak yatim. Bapa Baginda, Abdullah telah meninggal dunia ketika ibu Baginda baru mengandungkan Baginda dua bulan. Apabila Baginda berusia 6 tahun, ibu Baginda, Aminah pula meninggal dunia. Oleh itu, semasa kecil Baginda s.a.w. telah merasai pahit maung tidak mendapat belaian kasih sayang ibu bapa. Selepas itu, Baginda telah dipelihara oleh datuk Baginda, Abdul Muttolib. Ketika berumur 8 tahun, datuk Baginda pula meninggal dunia. Dengan itu Baginda selanjutnya dipelihara oleh bapa saudara Baginda, Abu Tolib sehingga Baginda besar dan dewasa. Keyatiman Baginda ini telah disebut oleh al-Quran al-Karim dengan firman Allah Taala:

∩∉∪ 3“uρ$t↔sù $VϑŠÏKtƒ x8ô‰Égs† öΝs9r& Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lain Dia memberikan perlindungan? (Ad-Dhuha: 6) 3. Rasulullah s.a.w. menghabiskan empat tahun pertama zaman kanak-kanak di padang pasir, di perkampungan Bani Saad. Oleh itu, Baginda membesar dengan tubuh yang kuat, jasmani yang sejahtera, lidah yang fasih, jiwa yang berani dan mampu menunggang kuda dengan baik sekalipun masih kecil usianya. Bakat-bakat Baginda terasah dalam kemurnian dan keheningan padang pasir, dibawah kilauan pancaran matahari dan udara yang bersih. 4. Keunggulan Baginda telah diketahui sejak kecil lagi. Tampak pada roman mukanya tanda-tanda kecerdikan yang menimbulkan rasa sayang kepada sesiapa yang melihat Baginda. Apabila Rasul s.a.w. datang ke majlis datuknya semasa zaman kanak-kanak, www.dakwah.info

15

Baginda duduk di atas tilam datuknya. Sedangkan jika datuknya duduk di atas tilam itu, tiada seorangpun anak-anaknya (bapa saudara Rasul) akan duduk di atasnya. Oleh itu, bapa-bapa saudara Baginda cuba menariknya daripada tilam tersebut. Lantas Abdul Muttolib berkata: Biarkan cucuku ini. Demi Allah dia memiliki keistimewaan. 5. Pada awal remaja, Baginda s.a.w. mengembala kambing untuk penduduk Makkah dengan bayaran upah beberapa qirat (1/24 dinar). Telah sabit daripada Baginda s.a.w., bahawa Baginda bersabda:

‫ وَأﻧَﺎ‬:‫ل‬ َ ‫ل اﷲ ﻗَﺎ‬ َ ‫ﺖ ﻳَﺎ َرﺳُﻮ‬ َ ‫ وَأ َﻧ‬:‫ﻲ إِﻻ َﻗ ْﺪ َرﻋَﻰ اﻟ َﻐ َﻨ َﻢ ﻗَﺎﻟﻮُا‬ ‫ﻦ َﻧ ِﺒ ﱟ‬ ْ ‫ﻣَﺎ ِﻣ‬ Semua nabi pernah mengembala kambing. Mereka bertanya: Kamu juga wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Aku juga begitu. Dalam riwayat lain, Baginda bersabda:

‫ﺖ‬ ً ‫ﻋ ْﻴ ُﺘﻬَﺎ ﻷ هْﻞ َﻣ ﱠﻜ‬ َ ‫ َوَأﻧَﺎ َر‬:‫ب‬ َ ‫ﷲ ؟ َﻓَﺄ ﺟَﺎ‬ ِ ‫لا‬ َ ‫ﺖ ﻳَﺎ َرﺳُﻮ‬ َ ‫ َوَا ْﻧ‬: ‫ﺻﺤَﺎ ُﺑ ُﻪ‬ ْ ‫ل َﻟ ُﻪ َا‬ َ ‫ﺎ إِﻻ َرﻋَﻰ اﻟ َﻐ َﻨ َﻢ َﻓﻘَﺎ‬‫ﷲ َﻧ ِﺒﻴ‬ ُ ‫ﺚا‬ َ ‫ﻣَﺎ َﺑ َﻌ‬ ‫ﻂ‬ َ ‫ﻰ َﻗ َﺮ ا ِر ﻳ‬ َ ‫ﻋَﻠ‬ Semua Nabi yang diutuskan Allah pernah mengembala kambing. Maka sahabat Baginda bertanya kepadanya: Kamu juga wahai Rasulullah? Lantas Baginda tnenjawab: Aku juga begitu. Aku pernah mengembala kambing untuk penduduk Makkah dengan upah beberapa qirat. Kemudian, apabila umur Baginda mencapai 25 tahun, Baginda berniaga untuk Khadijah binti Khuwailid. Baginda berniaga bermodalkan harta Khadijah dengan mendapat bayaran upah. 6. Baginda s.a.w. tidak menyertai rakan-rakan sebayanya di kalangan remaja Makkah dalam bersukaria dan berfoya-foya. Allah telah memelihara Baginda daripada terlibat dalam gejala tersebut. Kitab-kitab sirah menceritakan dengan panjang lebar, semasa usia remajanya, Baginda terdengar suara nyanyian daripada salah sebuah rumah di Makkah sempena majlis perkahwinan. Baginda teringin menyaksikannya. Tetapi Allah menjadikan Baginda tertidur. Baginda hanya terjaga setelah matahari panas terik. Baginda juga tidak terlibat bersama kaumnya menyembah berhala, makan sembelihan untuk berhala, minum arak dan bermain judi. Baginda juga tidak pernah bercakap celupar dan berkata kesat. 7. Sejak Baginda mula mumayyiz, Baginda dikenali mempunyai akal yang matang dan pandangan yang bernas. Peristiwa perletakan Hajarul Aswad ke tempatnya di Kaabah menjadi bukti yang jelas terhadap perkara ini. Kaabah telah dilanda banjir menyebabkan dindingnya retak. Oleh itu, penduduk Makkah membuat keputusan meruntuhkannya dan memperbaharui binaannya. Mereka melaksanakan keputusan itu. Namun, apabila pembinaan sampai ke peringkat meletak Hajarul Aswad ke tempat asalnya, mereka bertengkar tentang siapakah yang akan mendapat penghormatan untuk meletak Hajarul Aswad ke tempatnya. Setiap kabilah ingin mendapat penghormatan itu. Pertelingkahan bertambah hebat sehingga mereka saling mengancam untuk berperang. Kemudiannya mereka bersetuju untuk merujuk kepada orang pertama yang memasuki pintu masuk Bani Syaibah (salah satu pintu Masjidil Haram pent) sebagai hakim. Sejurus kemudian, orang pertama yang memasuki masjid melalui pintu itu ialah Rasulullah s.a.w.. Apabila mereka melihat Baginda, mereka berkata: Ini al-Amin (gelaran kepada Rasulullah s.a.w.). Kami rela dengan hukumannya. Apabila Baginda diberitahu tentang pertelingkahan tersebut, Baginda menyelesaikan masalah itu dengan penyelesaian yang dipersetujui oleh semua pihak yang bertelingkah. Baginda membentangkan kain selendangnya, kemudian mengambil Hajarul Aswad dan diletakkan ke atas kain itu. Baginda

www.dakwah.info

16

komudiannya menyuruh setiap kabilah niemegang hujung selendang. Apabila mereka mengangkatnya dan Hajarul Aswad itu tiba ke tempat letaknya, Baginda mengambil dan meletakkannya ke tempatnya dengan tangan Baginda. Mereka semua berpuashati. Allah telah mengelakkan daripada berlaku pertumpahan darah orang-orang Arab melalui kecerdikan dan kebijaksanaan akal Baginda sehingga ke satu tempoh yang hanya diketahui oleh Allah. 8. Semasa remaja, Baginda s.a.w. dikenali sebagai seorang yang jujur dan amanah di kalangan kaumnya, Baginda terkenal dengan hubungan baik, menepati janji, perjalanan hidup mengikut landasan yang lurus dan reputasi baik. Ini menarik minat Khadijah untuk memberi tawaran kepada Baginda agar memperniagakan harta dagangannya melalui sebuah kafilah yang pergi ke kota Busra setiap tahun. Khadijah telah menyerahkan harta dagangan kepada Baginda, sekali ganda lebih banyak berbanding yang diberikan kepada lelaki daripada kaumnya sendiri. Apabila Baginda pulang ke Makkah, hamba Khadijah, Maisarah telah menceritakan kepadanya sikap amanah dan ikhlas Baginda. Khadijah juga melihat keuntungan banyak yang diperolehi dalam perniagaan tersebut. Kesemua itu mendorong beliau untuk menggandakan upah Baginda daripada yang telah dijanjikan. Perkara ini juga menarik minat Khadijah untuk melamar Baginda. Baginda telah menerima lamaran Khadijah sedangkan Baginda 15 tahun lebih muda daripadanya. Kata-kata Khadijah merupakan perakuan terbaik terhadap kebaikan akhlak Baginda sebelum kenabian. Kata-kata ini beliau ungkapkan ketika menenangkan Baginda yang pulang dalam keadaan menggeletar ketakutan setelah didatangi wahyu di Gua Hira: "Tidak sekali-kali. Demi Allah, Allah tidak akan sekalikali menghina kamu. Kamu menghubungkan silaturrahim, membela pihak yang lemah, memberi pendapatan kepada yang tidak berharta, memuliakan tetamu dan menolong mereka yang berhak." 9. Baginda bermusafir keluar dari Makkah sebanyak dua kali. Pertama, bersama bapa saudara Baginda, Abu Tolib ketika berusia 12 tahun. Kedua, ketika berusia 25 tahun, sebagai peniaga kepada harta dagangan Khadijah. Kedua-dua destinasi perjalanan ini ialah kota Busra di Syam. Dalam kedua-dua perjalanan ini, Baginda mendengar perbualan para peniaga, melihat kesan-kesan negara yang dilaluinya, juga adat-adat yang diamalkan oleh penduduknya. 10. Beberapa tahun sebelum diutuskan sebagai Nabi, Allah telah menimbulkan rasa cinta kepada Baginda s.a.w., untuk pergi ke Gua Hira (sebuah bukit yang berdekatan dengan Makkah dan terletak di barat laut Makkah). Baginda berkhalwah di dalamnya selama sebulan (iaitu dilakukan dalam bulan Ramadhan. pent.) kerana memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah dan kehebatan kekuasaan-Nya. Perkara ini berterusan sehingga datang wahyu dan turunnya al-Quran al-Karim kepada Baginda.

www.dakwah.info

17

B) Pengajaran dan Pedoman Daripada kisah-kisah di atas, pengkaji akan mendapati beberapa pengajaran dan kesimpulan seperti berikut: 1. Sekiranya pendakwah kepada Allah atau pengislah berada di kedudukan yang mulia di kalangan masyarakat, orang ramai akan lebih tertarik untuk mendengar seruannya. Menjadi kebiasaan, masyarakat akan memperlekehkan para pengislah dan pendakwah sekiranya mereka berasal daripada latar belakang yang tidak dikenali atau keturunan yang hina. Apabila pendakwah yang menyeru masyarakat merupakan orang yang berketurunan mulia atau mempunyai kedudukan, mereka tidak mampu mentohmah pendakwah tersebut. Mereka hanya mampu mereka-reka fitnah bagi melepaskan diri daripada mendengar dakwah atau kata-katanya. Oleh kerana itu, setelah Rasul s.a.w. mengirimkan surat kepada Hercules (Maharaja Rom) mengajak beliau dan kaumnya kepada Islam, soalan pertama yang ditanyakan oleh Hercules kepada Abu Suffian ialah: "Bagaimanakah keturunan Muhammad dalam masyarakatmu?" Abu Suffian menjawab, (ketika itu beliau masih lagi musyrik): "Dia daripada keturunan kami yang paling mulia." Apabila Hercules selesai bertanya dan mendengar jawapan Abu Suffian tentang diri Baginda, Hercules menerangkan rahsia soalansoalan yang dikemukakannya. Hercules berkata kepada Abu Suffian: "Aku tanyakan kepadamu, bagaimanakah keturunannya? Kamu mendakwa bahawa dia daripada keturunan kamu yang paling mulia. Demikianlah, Allah hanya memilih nabi daripada golongan yang mulia dalam kaumnya dan mempunyai keturunan yang paling baik." Benar, Islam tidak meletak apa-apa nilai kepada kemuliaan keturunan dalam menilai amalan seseorang. Namun, seseorang menjadi lebih mulia, berkedudukan dan mudah menempa kejayaan jika dia berketurunan dan berkeperibadian mulia. Sebagaimana dalam sebuah hadis sahih disebut:

‫ﺧﻴَﺎ ُر ُه ْﻢ ﻓِﻲ اﻹﺳْﻼ ِم ِإذَا ﻓَﻘﻬُﻮا‬ ِ ‫ﺧﻴَﺎ ُر ُه ْﻢ ﻓِﻲ ا ْﻟﺠَﺎ ِهِﻠ َﻴ ِﺔ‬ ِ Mereka yang terpilih semasa jahiliah adalah juga mereka yang terpilih semasa Islam sekiranya mereka memahami. 2. Ketabahan pendakwah menanggung keperitan sebagai anak yatim atau kesusahan hidup semasa kecil, menjadikan beliau lebih sensitif dengan nilai-nilai kemanusiaan yang mulia. Dia menjadi lebih belas simpati kepada anak yatira, orang miskin dan mereka yang diseksa. la juga menjadikan beliau berusaha untuk berlaku adil, melakukan kebajikan dan mengasihi golongan ini. Setiap pendakwah perlu kepada aset peri kemanusiaan yang mulia untuk membolehkan beliau merasai kesengsaraan orangyang lemah dan susah. Tiada yang boleh membekalkan perasaan kemanusiaan ini kepadanya kecuali beliau sendiri mengalami kesulitan yang dirasai oleh golongan yang lemah seperti anak-anak yatim, para fakir dan miskin. 3. Pendakwah yang hidup dalam suasana yang lebih hampir kepada fitrah semulajadi dan jauh daripada kehidupan kompleks, kemurnian fikiran, kekuatan akal, tubuh badan dan jiwa juga kesejahteraan rasional dan pemikiran akan mudah dibentuk. Oleh keranu itu, Allah tidak memilih orang Arab untuk melaksanakan risalah Islam secara kebetulan atau tanpa tujuan. Bahkan kerana mereka lebih berjiwa murni, berpemikiran sejahtera dan berakhlak mantap. Mereka lebih cekal menanggung kesukaran perang di jalan Allah dan menyebarkan risalah-Nya ke seluruh ceruk dunia jika dibandingkan dengan bangsa bertamadun yang berjiran dengan mereka. 4. Hanya orang yang cerdik dan cerdas layak memegang tampuk dakwah dan kepimpinannnya. Orang yang bodoh dan sederhana pandai tidak layak menyandang kepimpinan gagasan, pengislahan mahupun kerohanian. Bahkan antara peraturan hidup,

www.dakwah.info

18

mereka yang bodoh, berpemikiran bercelaru dan pelik, tidak layak memimpin mana-mana bidang kehidupan. Sekiranya secara kebetulan atau situasi yang ada memberi peluang kepada mereka untuk memegang pusat kepimpinan, dia akan jatuh menjunam. Masyarakat akan memecatnya setelah mendapati tindak tanduknya menunjukkan kebodohan, kejanggalan dan pemikirannya yang bercelaru. 5. Dalam urusan sara hidup, seseorang pendakwah perlu bergantung kepada usaha peribadinya dan sumber pencarian yang mulia. Dia tidak mengemis, merendah harga diri atau hina. Pendakwah yang benar dan mulia tidak rela hidup dengan hasil sedekah dan pemberian orang. Adakah mereka masih lagi mempunyai harga diri setelah mereka sendiri bertindak menjatuhkan maruah diri dengan sibuk meminta dan mengemis, walaupun bukan secara terang-terangan?! Apabila kita temui ada yang mendakwa dirinya berdakwah dan memberi tunjuk ajar, namun dalam masa yang sama sibuk mengaut harta orang ramai dengan bermacam-macam helah, sebenarnya dia menghina diri sendiri. Bagaimana pula kaum dan jiran memandangnya?! Sesiapa yang merelakan dirinya hina, bagaimana dia mampu mengajak kepada kemuliaan akhlak, berdiri teguh menghadapi thaghut dan pembuat fasad, memerangi kejahatan dan kerosakan, serta membangkitkan roh kemuliaan, harga diri dan istiqamah dalam diri umat?! 6. Kehidupan pendakwah yang lurus semasa remaja dan perjalanan hidup yang baik lebih menjamin kejayaan beliau dalam dakwah kepada Allah, pengislahan akhlak dan memerangi mungkar. Ini kerana, dia tidak akan berhadapan dengan orang yang mencemuh keperibadiannya ketika dia masih belum berkecimpung dalam dakwah. Ramai yang kita temui melakukan dakwah islah, khususnya pengislahan akhlak; faktor terbesar orang ramai menolak mereka ialah komen terhadap latar belakang hidup mereka yang tercemar dan akhlak mereka yang menyeleweng. Bahkan rekod masa lampau yang buruk menimbulkan keraguan terhadap kejujuran pendakwah seperti mereka. Mereka ditohmah berselindung di sebalik dakwah islah untuk mencapai sesuatu tujuan. Mereka juga dituduh hanya memulakan seruan pengislahan setelah merasa puas dengan kelazatan hidup dan syahwat. Mereka dianggap telah berada dalam kondisi atau usia yang tiada harapan lagi untuk mengejar kebendaan, harta, kemasyhuran atau kemegahan. Sementara itu, pendakwah yang hidup di atas landasan yang betul semasa remajanya akan sentiasa mengangkat kepala (tidak boleh diperendah-rendahkan) dengan dahi yang berseri-seri. Musuh-musuh pengislahan tidak menemui jalan untuk mencemuh masa lalunya yang terdekat mahupun yang lampau. Mereka tidak mampu mengeksploitasi sejarah lampau yang terpesong untuk memburukkan namanya atau mengajak orang ramai memperlekehkannya. Betul, Allah menerima taubat orang yang bertaubat dan kembali kepada-Nya dengan jujur dan ikhlas. Allah menghapuskan kejahatan yang lalu dengan kebaikan beliau yang kini. Akan tetapi, perkara ini tidak sama dengan pendakwah yang menunggu-nunggu kejayaan dakwahnya, disebabkan perjalanan hidupnya yang sentiasa berada di atas landasan yang lurus dan reputasinya yang baik. 7. Pengalaman pendakwah berkelana, bergaul dengan orang ramai, memahami adat, situasi dan masalah mereka, memberi kesan besar kepada kejayaan dakwahnya. Pendakwah yang berinteraksi dengan orang ramai hanya melalui buku dan esei tanpa bergaul dengan mereka yang mempunyai berbagai aliran, adalah golongan yang gagal dalam dakwah islah. Orang ramai tidak akan mendengar kata-kata mereka. Seruan mereka tidak akan dapat diterima oleh akal, kerana orang ramai melilihat mereka jahil tentang kondisi dan permasalahan masyarakat. Sesiapa yang mahu mengislah golongan beragama, dia perlu hidup bersama mereka di masjid, di majlis dan dalam masyarakat mereka. Sesiapa yang ingin

www.dakwah.info

19

mengislah golongan buruh dan peladang, dia mesti hidup dengan mereka di kampung dan kilang. Makan bersama di rumah mereka dan berbual dengan mereka dalam persekitaran masyarakat mereka. Sesiapa yang ingin mengislah urus niaga yang berlaku dalam masyarakat, dia patut bergaul dengan mereka di pasar, gedung perniagaan, kilang, kelab dan majlis mereka. Sesiapa yang berhasrat mengislah keadaan politik, dia hendaklah bercampur dengan ahli-ahli politik, mengenali organisasi mereka, mendengar ucapan mereka, membaca perjalanan program dan parti mereka. Dia juga perlu mengenal pasti persekitaran mereka tinggal, latar belakang pengetahuan yang mereka jadikan sumber dan hala tuju mereka. Agar dia tahu bagaimana bercakap dengan mereka tentang sesuatu perkara dan perkara tersebut tidak menyebabkan mereka menjauhkan diri. Lantaran itu, dia dapat mengetahui bagaimana melakukan pengislahan terhadap mereka melalui strategi yang tidak mendorong mereka memeranginya disebabkan rasa benci dan beremosi. Itulah pengalaman hidup dan pengetahuan berkaitan kemanusiaan yang mesti dimiliki oleh pendakwah. Ini membolehkannya merealisasikan firman Allah Taala:

( ÏπuΖ|¡ptø:$# ÏπsàÏãöθyϑø9$#uρ Ïπyϑõ3Ïtø:$$Î/ y7În/u‘ È≅‹Î6y™ 4’n÷ès? Ÿω óΟçGΨä. βÎ) Ìø.Ïe%!$# Ÿ≅÷δr& (#þθè=t↔ó¡sù

www.dakwah.info

75

Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika: kamu tidak mengetahai. (An-Nahl: 43 & Al~Anbiya: 7) 14. Posisi Baginda berada di barisan hadapan dalam setiap pertempuran dan penglibatan Baginda dalam kancah peperangan bersama tentera Islam (kecuali dalam peperangan yang dicadangkan oleh para sahabat Baginda untuk tidak berbuat demikian), menjadi dalil bahawa jawatan kepimpinan hanya disandang oleh seorang yang berani dan tetap teguh pendiriannya. Mereka yang pengecut dan lemah tidak layak memimpin rakyat, menerajui tentera, atau untuk mengepalai gerakan-gerakan pengislahan dan dakwah kebaikan. Keberanian pemimpin dan pendakwah yang dilihat menerusi tindak tanduk dan gerak kerja beliau akan menaikkan semangat dan motivasi tentera juga penyokongnya. Ia lebih ampuh berbanding 1,000 pidato bersemangat yang disampaikan di khalayak ramai. Menjadi kebiasaan tentera bawahan dan para penyokong untuk mengambil bekalan kekuatan daripada keutuhan panglima dan pemimpin mereka. Sekiranya semasa berlaku pertembungan pemimpin bersikap pengecut dan lemah di saat-saat genting, beliau akan merosakkan perjuangan. Sedangkan beliau yang mengangkat panji-panjinya. Sikap beliau tersebut benar-benar merosakkan perjuangan. 15. Tentera bawahan dan penyokong dakwah tidak boleh melanggar arahan pemimpin yang tegas lagi berpandangan jauh dalam sesuatu perkara yang diputuskan oleh beliau. Setelah mereka bertukar-tukar pendapat dan mengemukakan pandangan kepadanya, pemimpin yang memikul tanggungjawab paling besar seperti ini patut diberi kepercayaan. Sekiranya selepas perbincangan tersebut, beliau memutuskan sesuatu perkara, mereka mestilah mentaatinya. Ini sebagaimana yang berlaku kepada Rasulullah s.a. w. semasa perdamaian al-Hudaibiyah. Rasul s.a.w. telah memilih syarat-syarat perdamaian. Tenyata syarat-syarat ini membawa kemaslahatan kepada dakwah. Perdamaian itu merupakan kemenangan politik kepada Baginda. Bilangan orang yang baru beriman dalam tempoh dua tahun selepas perdamaian itu meningkat berkali-kali ganda berbanding bilangan mereka yang memeluk Islam sebelumnya. Kejayaan ini tercapai sedangkan para sahabat merasa sukar untuk menerima sesetengah syarat perdamaian tersebut. Hinggakan sebahagian mereka telah terkeluar daripada adab sopan santun yang sepatutnya dijaga ketika berurusan dengan Rasul atau pemimpinnya. Fenomena yang sama terjadi kepada Abu Bakar semasa kes-kes murtad mula timbul (di kalangan kabilah-kabilah Arab). Semua sahabat berpandangan agar tidak keluar memerangi golongan murtad itu. Sebaliknya Abu Bakar berpandangan mereka perlu memerangi golongan tersebut. Apabila beliau memutuskan demikian, mereka mentaatinya. Mereka bertungkus lumus berperang. Ternyata keputusan yang diambil oleh Abu Bakar untuk memerangi golongan murtad tersebut, itulah yang memperkukuhkan Islam di semenanjung tanah Arab. Ia juga membolehkan orang-orang mukmin menjelajah serata ceruk bumi selaku pembuka negara, pembawa petunjuk dan pemberi pedoman. 16. Di antara pemintaan Rasul s.a.w. kepada Nu’aim bin Mas’ud dalam Ghazwah Ahzab ialah agar dia memecahkan kerjasama antara tentera bersekutu sedaya upayanya. Permintaan ini menjadi dalil bahawa melakukan tipu daya dalam memerangi musuh adalah diakui syara', sekiranya tipu daya tersebut boleh membawa kemenangan. Setiap cara yang membawa kemenangan (dalam perang) dan mengurangkan pertumpahan darah adalah diterima dari perspektif Islam, kecuali belot dan khianat. Permintaan ini merupakan kebijaksanaan politik dan strategi ketenteraan Rasul s.a.w. Ia tidak menafikan prinsip-prinsip akhlak Islam. Maslahat mengurangkan bilangan mangsa perang merupakan maslahat kemanusiaan. Maslahat mengalahkan kejahatan, kekufuran dan fitnah juga merupakan maslahat kemanusiaan dan maslahat akhlak. Oleh itu, menggunakan tipu daya dalam pertempuran selaras dengan akhlak kemanusiaan yang melihat peperangan sebagai satu kejahatan yang besar. Sekiranya keadaan darurat menuntut berlakunya peperangan, menjadi kewajipan untuk

www.dakwah.info

76

menamatkannya dengan apa cara sekalipun. Ini kerana perkara darurat dilakukan sekadarnya sahaja. Allah mensyariatkan peperangan hanya untuk memelihara agama, umat atau bumi. Oleh itu, melakukan tipu daya yang membawa kepada kekalahan musuh merupakan satu usaha mempercepat-kan kemenangan hak. Oleh itu, diriwayatkan daripada Rasul s.a.w. dalam Ghazwah Ahzab, Baginda bersabda kepada Nu'aim bin Mas'ud:

‫ﺧ ْﺪﻋَﺔ‬ ُ ‫ب‬ ُ ‫ﺤ ْﺮ‬ َ ‫اﻟ‬ "Perang adalah tipu daya." Ini merupakan prinsip yang diterima pakai dalam semua syariat dan undang-undang. 17. Rasulullah s.a.w. menerima cadangan Salman untuk menggali parit sedangkan teknik ini tidak pernah diketahui oleh bangsa Arab sebelum itu, menjadi dalil bahawa Islam tidak menyekat untuk menggunakan pengalaman bangsa-bangsa lain yang memberi faedah kepada umat dan manfaat kepada masyarakat. Tidak ragu-ragu lagi, penggalian parit memberi faedah besar kepada usaha mempertahankan Madinah daripada bahaya tentera bersekutu Quraisy. Tindakan Rasulullah s.a.w. menerima cadangan ini juga menjadi bukti sikap fleksibel dan kesediaan Baginda s.a.w. untuk menerima perkara-perkara baik yang terdapat di kalangan bangsa-bangsa lain. Rasul s.a.w. telah bersikap demikian lebih daripada sekali. Ketika Baginda ingin mengutuskan suratnya kepada para raja, gabenor dan pemimpin negara, Baginda diberitahu: Menjadi kebiasaan raja-raja tidak menerima apa-apa surat kecuali surat yang dicop dengan nama pengutusnya. Dengan itu, Baginda terus memerintahkan agar diukirkan untuk Baginda satu cincin yang bertulis: Muhammad Rasulullah. Sejak itu, Baginda mengecop surat-suratnya dengan cincin tersebut. Selepas pembukaan Makkah, apabila rombongan daripada seluruh pelusuk tanah Arab datang menemui Baginda menyatakan keislaman mereka, Baginda diberitahu: Wahai Rasulullah, menjadi kebiasaan raja-raja dan pemimpin-pemimpin menyambut kedatangan mana-mana rombongan dengan pakaian yang cantik dan mahal. Oleh itu, Rasulullah s.a.w. memerintahkan agar dibelikan untuk Baginda sehelai pakaian baru yang bermutu. Dikatakan harga pakaian itu sampai kepada 400 dirham. Ada pula yang mengatakan ia berharga 400 ekor unta. Baginda kemudiannya menyambut rombongan yang datang dengan memakai pakaian tersebut. Inilah tingkah laku Rasul yang diutuskan dengan agama paling akhir dan kekal sehingga ke akhir zaman. Menjadi kemaslahatan kepada para pengikut Baginda pada setiap zaman dan semua keadaan untuk mengambil apa-apa yang terbaik yang dimiliki oleh bangsa-bangsa lain. Mereka, perlu mengambil apa-apa yang berfaedah dan tidak bercanggah dengan hukum hakam serta kaedah umum syariat mereka daripada bangsa-bangsa lain. Keengganan untuk berbuat demikian adalah kebekuan yang tidak diterima oleh tabiat Islam. Dalam perlembagaannya yang kekal (al-Quran) dinyatakan:

4 ÿ…çµuΖ|¡ômr& tβθãèÎ6−Fu‹sù tΑöθs)ø9$# tβθãèÏϑtFó¡o„ t⎦⎪Ï%©!$# ∩⊇∠∪ ÏŠ$t7Ïã t÷Åe³t6sù Oleh itu gembirakanlah hamba-hamba-Ku. Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama).(Az-Zumar: 1718) Sikap beku ini juga tidak dapat diterima oleh tabiat Rasulnya. Kita telah lihat contohcontoh berkenaan perkara baik yang diambil Baginda daripada bangsa-bangsa lain. Baginda jugalah yang bersabda:

www.dakwah.info

77

‫اﻟﺤﻜﻤﺔ ﺿﺎﻟﺔ اﻟﻤﺆﻣﻦ ﻳﻠﺘﻤﺴﻬﺎ ﺁﻧﻲ وﺟﺪهﺎ‬ “Hikmah itu barang yang hilang daripada orang mukmin. Dia menuntutnya di mana sahaja dia temui”6 Pada zaman mutakhir ini, khususnya selepas zaman kebangkitan Eropah, orang Islam ditimpa keruntuhan. Orang Islam lupa terhadap prinsip Islam yang agung ini. Mereka juga menentang setiap pengislahan yang dicedok daripada orang lain sedangkan mereka amat memerlukannya. Mereka mundur ketika mana orang lain semakin maju.

∩⊆⊇∪ Í‘θãΒW{$# èπt6É)≈tã ¬!uρ Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan. (Al-Hajj: 41) 18. Berdasarkan pesanan Rasulullah s.a.w. kepada angkatan tentera Islam dalam Ghazwah Muktah, kamu dapat perhatikan nilai belas kemanusiaan yang terdapat dalam peperangan Islam. Islam tidak membunuh sesiapa yang tidak berperang mahupun merosakkan apa yang ditemui dalam perjalanannya kecuali kerana dharurat yang amat sangat. Selepas kematian Baginda, para sahabat dan orang Islam pada pelbagai zaman mematuhi pesanan-pesanan ini. Peperangan mereka merupakan peperangan yang paling bersifat belas kasihan yang pernah diketahui sejarah. Orang Islam semasa berperang lebih lembut akhlaknya dan lebih bersikap belas kasih berbanding umat-umat lain semasa mereka tidak berperang. Sejarah telah mencatatkan lembaran-lembaran putih untuk orang Islam berkenaan perkara ini. Sebaliknya, ia mencatatkan halaman-halaman hitam untuk umat-umat lain. Bahkan sejarah masih terus mencatat fenomena tersebut hingga ke hari ini. Siapakah di kalangan kita yang tidak tahu tentang keganasan yang digunakan oleh tentera Salib untuk membuka Baitul Maqdis? Atau tidak tahu tentang sikap perikemanusiaan yang dilakukan oleh Solahuddin terhadap tentera Eropah, apabila beliau mengambil kembali Baitul Maqdis?! Siapakah di kalangan kita yang melupai keganasan panglima-panglima dan tentera-tentera Salib ketika mereka menguasai ibu-ibu kota Islam seperti Tarabulus, al-Maarrah dan Iain-lain lagi? Atau melupai sikap belas rahmat panglima-panglima dan tentera-tentera Islam ketika mereka mengambil kembali kota-kota tersebut daripada genggaman penjajah dan perampasnya? Kita pada hari ini, hidup dalam era sikap bermuka-muka Eropah. Mereka mendakwa bertamadun, berperikemanusiaan dan cintakan kebaikan untuk bangsa-bangsa, sedangkan mereka merosakkan negara-negara serta menumpahkan darah orang tua, wanita dan kanakkanak yang tidak bersenjata. (Amat dukacita), kita hidup pada zaman tertegaknya negara Israel di atas bumi Palestin yang dirampas. Dunia mengetahui kedahsyatan perangai primitif dan ganas Yahudi di Dir Yasin, Qubayyah, Haifa, Yafa, ‘Akka, Sofad dan lain-lain lagi bandar mahupun kampung. Namun begitu, Yahudi mendabik dada kononnya mereka mendokong kemanusiaan. Padahal mereka melakukan sebaliknya. Sedangkan kita bekerja untuk kemanusiaan, bukan sekadar ucapan manis di bibir. Ini kerana kita merupakan bangsa yang jiwanya (benar-benar) menjunjung seindah-indah prinsip akhlak, baik semasa aman mahupun perang. Kita melaksanakan prinsip-prinsip ini dengan jiwa yang ceria lagi tenang. Sementara jiwa Yahudi pula kosong daripada prinsip-prinsip ini. Mereka hanya sekadar mencanangkannya untuk bermuka-muka dan melekakan orang lain. Kita juga merupakan bangsa yang beriman dengan Allah yang Maha Gagah lagi Maha Pengasihani. Kekuatan kita hanyalah melalui sikap belas rahmat. Sedangkan mereka (Yahudi) berpandangan, salah satu cara bermuka-muka ialah dengan mengingkari perbuatan kita yang menyifatkan Allah 6

Lihat Kitab “Kasyful al-Khafa” karangan al-‘Ajluni berkenaan riwayat-riwayat hadis ini.

www.dakwah.info

78

dengan sifat kuat dan keras. Mereka mendakwa bahawa mereka menyifatkan-Nya dengan sifat kasih sayang dan belas simpati. Padahal hubungan mereka dengan bangsa-bangsa lain tidak menunjukkan tanda-tanda kasih sayang dan belas simpati (yang digembar-gemburkan) tersebut. Begitu juga peperangan mereka dengan orang Islam dan penganut agama mereka sendiri yang bermusuh dengan mereka. Kita merupakan bangsa yang tidak berperang kecuali untuk kebaikan kemanusiaan. Kita juga merupakan manusia yang paling berjasa kepada kemanusiaan. Sementara mereka hanya berperang untuk menyerang, merampas, menguasai dan menjajah. Mereka adalah manusia yang paling memusuhi kemanusiaan. Kita berperang dengan mereka pada hari ini untuk mempertahankan tanah, hak dan kemuliaan. Tiada gunanya kita mendendangkan prinsip-prinsip kita kepada kaum yang tidak memahami prinsip belas kasihan, akhlak mulia dan perikemanusiaan. Bahkan kita wajib meneruskan perjuangan kita menentang mereka, dengan berpegang kepada prinsip-prinsip (akhlak) yang dianjurkan oleh Rasul dan syariat kita. Sehinggalah Allah mejatuhkan hukumannya antara kita dan mereka. Dialah sebaik-baik hakim. 19. Sekiranya tentera tidak mempunyai semangat, iman dan kejujuran yang seia sekata. Bahkan ada segolongan yang berjiwa kalah sebelum berjuang, mengejar upah dan cuai, ia tidak dapat menjamin kemenangan ke atas musuhnya. Ini sebagaimana yang berlaku dalam Ghazwah Hunain. Demikian juga perihal dakwah. Ia tidak boleh bergantung harap kepada ramainya pihak yang bertepuk tangan untuknya. Bahkan perlu bergantung kepada bilangan orang-orang yang beriman dengannya dan sanggup berkorban di jalannya. 20. Pengajaran lain yang dapat kita ambil daripada Sirah Rasul s.a.w. tentang peperangan Baginda ialah pendirian Baginda terhadap Yahudi. Begitu juga pendirian mereka terhadap Baginda dan dakwahnya. Sejak Rasul s.a.w. mula menetap di Madinah, Baginda cukup prihatin terhadap mereka. Baginda mengadakan hubungan damai dengan mereka, memberi jaminan terhadap agama dan harta mereka serta mengadakan perjanjian bertulis dengan mereka. Namun mereka kaum yang khianat. Tak lama kemudian, mereka melakukan komplot untuk membunuh Baginda. Komplot ini menjadi sebab kepada Ghazwah Bani Nadhir. Selanjutnya mereka membatalkan perjanjian ketika saat-saat paling kritikal semasa Ghazwah Ahzab. Tindakan mereka ini pula menjadi sebab kepada Ghazwah Bani Quraizoh. Kemudian, mereka berhimpun pula dari segenap rantau, mempersiapkan senjata dan merancang konspirasi. Mereka berkumpul untuk menghapuskan Madinah dan orang-orang mukmin di kota itu secara khianat dan keji. Usaha ini telah menjadi sebab kepada Ghazwah Khaibar. Mereka merupakan kaum yang tiada guna berbuat baik , tidak boleh dipercayai janjinya dan tidak setia kepada perjanjian. Adakah Nabi perlu membiarkan tindakan mereka? Adakah Baginda perlu menanggung risiko komplot jahat, pengkhianatan dan pelanggaran janji mereka? Adakah Baginda dan sahabat-sahabatnya sentiasa perlu hidup dalam suasana bimbang dan waspada menunggu fitnah dan konspirasi (mereka)? Dengan ketegasan Nabi terhadap Yahudi, Baginda telah menjamin keamanan sempadan negara barunya. Penyebaran dakwahnya ke seluruh semenanjung tanah Arab dan ke serata pelusuk dunia juga dapat dijayakan. Hanya Yahudi, orang yang taksub dan imperialis yang mencela tindakan tegas Baginda terhadap mereka. Saksikanlah sejarah kehidupan Yahudi selepas zaman Rasulullah s.a.w.. Tidakkah semua sejarah mereka merupakan konspirasi, komplot jahat, kerosakan dan pengkhianatan? Seterusnya lihatlah perjalanan kehidupan mereka pada zaman moden kini, bukankah ia juga sedemikian? Ada di kalangan kita yang tertipu dengan kata-kata manis Yahudi termasuk ketika berlaku perang Palestin dan tertegaknya negara Israel. Mereka mengajak untuk bekerjasama dengan Yahudi. Ada di kalangan kita, pihak yang diseret oleh negara-negara besar selaku rakan-rakan Yahudi untuk menganjurkan kerjasama dengan Yahudi. Hasilnya, mereka berputih mata menyerah kalah dan timbul idea-idea yang buruk ketika menangani isu Palestin. Selepas ini, sepatutnya tiada siapa lagi yang terpedaya dengan

www.dakwah.info

79

mereka (Yahudi). Kita tidak mempunyai jalan lain untuk membebaskan diri daripada kejahatan Yahudi melainkan dengan bersikap tegas sebagaimana ketegasan Rasul s.a.w. dalam ber-interaksi dengan mereka. Ketegasan ini dilakukan supaya kita dapat menjamin keselamatan negara kita. Agar kita boleh memperuntukkan waktu bagi peranan baru kita pada masa mendatang dalam membawa risalah Islam dan kesejahteraan kepada bangsabangsa di seluruh dunia. Ini merupakan amanah yang kita sampaikan kepada generasi baru dengan penuh kejujuran dan keimanan. Mudah-mudahan mereka dapat melakukan apa yang tidak dapat dilakukan oleh generasi kita yang mengalah ini. 21. Ghazwah Mu'tah merupakan pertembungan pertama orang Islam dengan Rom. Jika bukan kerana Arab Ghassan telah membunuh utusan Rasulullah yang diutus kepada Raja Basrah, ada kemungkinan pertembungan ini tidak akan berlaku. Walau bagaimanapun, pembunuhan utusan Baginda kepada Raja Basrah dianggap sebagai satu perbuatan menceroboh oleh semua syariat agama, di samping menunjukkan tiadanya semangat kejiranan yang baik. Ia juga menunjukkan kecenderungan untuk mengekalkan kejahatan di kalangan agen-agen Rom dan wakil-wakil boneka ciptaan mereka. Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w. memutuskan untuk menghantar angkatan tentera ke Mu'tah sebagai amaran kepada penduduk Mu'tah dan ketua-ketua mereka daripada bangsa Rom tentang kekuatan negara baru Islam, juga kesediaan negara itu untuk mempertahankan dirinya. Amaran tersebut supaya mereka tidak terfikir untuk mencerobohi negara Islam tersebut. Apabila orang Islam sampai ke Mu'tah, mereka mendapati bala tentera yang terdiri daripada bangsa Rom dan Arab beragama Nasrani yang tunduk di bawah pemerintahan mereka. Ahli-ahli sejarah menganggarkan bilangan bala tentera ini seramai 200,000 orang dan dipimpin oleh saudara lelaki Herkules. Mereka berpengkalan di Maab, yang terletak berhampiran Amman pada hari ini. Bala tentera ini memperkuatkan lagi ramalan Rasulullah berkenaan tekad Rom untuk memerangi dan menghapuskan negara baru Islam. Ini kerana mereka bimbang tertegaknya sebuah negara Arab yang berdaulat di semenanjung tanah Arab. Ia menjadi amaran berakhirnya penjajahan mereka ke atas negara tersebut. Ia juga menjadi amaran tamatnya perhambaan mereka terhadap Arab yang tinggal bersempadan negara mereka dan berhampiran Hijaz. Demikianlah latar belakang bermulanya pertempuran antara orang Islam, dengan Rom. 22. Ghazwah Tabuk ataupun Ghazwah al-‘Usrah merupakan tanda-tanda yang jelas bagaimana peranan iman yang benar terhadap jiwa-jiwa mukmin. Iman tersebut membakar keazaman mereka untuk berperang dan mendorong tangan-tangan mereka untuk menghulurkan harta. Iman juga menimbulkan kemanisan jiwa untuk menempuh cuaca panas, kesulitan dan kepenatan demi jalan Allah dan mengejar keredhaan-Nya. Oleh itu, apabila tiga orang mukmin yang memiliki keimanan yang benar tidak keluar berperang dalam Ghazwah ini tanpa keuzuran, Rasul s.a.w. memerintahkan supaya mereka diboikot. Dengan itu, isteriisteri dan bapa-bapa mereka tidak lagi berbual dengan mereka, apatah lagi kebanyakan orang Islam. Pemboikotan ini mendesak sebahagian mereka mengikat dirinya di tiang masjid. Yang lain pula mengurungkan diri di rumah. Sehinggalah Allah menerima taubat mereka. Iaitu setelah orang Islam. mempelajari satu pengajaran yang cukup mendalam tentang sesiapa yang tercicir daripada menunaikan kewajipan tanpa sebarang alasan. Alasan yang ada hanyalah mengutamakan kerehatan daripada berpenat lelah dan memilih naungan yang teduh daripada kepanasan juga keterikan matahari. 23. Dalam ghazwah pembukaan Makkah pula terkandung pengajaran dan pedoman yang tidak dapat dihuraikan dalam helaian halaman muka surat yang sedikit ini. Dalam peristiwa ini, kita dapati tabiat Rasul s.a.w. selaku pendakwah yang tidak mempunyai apa-apa perasaan

www.dakwah.info

80

benci dendam terhadap para penentangnya. Baginda telah menabur jasa kepada mereka setelah bertarung dengan mereka selama 21 tahun. Setelah mereka melakukan segala cara untuk menghapuskan Baginda dan pengikutnya. Namun, apabila Baginda berjaya menewaskan mereka dan menakluki ibu kota keberhalaan mereka, Baginda hanya memohon keampunan Allah bagi pihak mereka dan membebaskan mereka. Dalam sejarah tiada manusia yang melakukan tindakan atau perbuatan sebegini. Namun ia dilakukan oleh seorang Rasul yang mulia. Baginda tidak menginginkan jawatan raja atau kekuasaan daripada dakwahnya. Bahkan Allah mengkehendaki Baginda untuk berperanan sebagai penunjuk hidayah dan pembuka hati juga akal. Oleh kerana itu, Baginda memasuki Makkah dalam keadaan khusyuk merendah diri dan bersyukur kepada Allah. Baginda tidak angkuh sebagaimana keangkuhan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh agung yang menakluki negara-negara. 24. Tindakan yang dilakukan oleh Rasul s.a.w. terhadap penduduk Makkah mempunyai hikmat yang lain. Allah telah mengetahui bahawa Arab akan menjadi pembawa risalah-Nya kepada alam semesta. Oleh itu, Dia mengekalkan nyawa penduduk Makkah yang merupakan pemimpin-pemimpin Arab agar mereka menganut agama Allah, selanjutnya berangkat membawa risalah petunjuk dan nur hidayah kepada bangsa seluruh dunia. Mereka menyumbangkan nyawa, kerehatan dan jiwa mereka untuk menyelamatkan bangsa-bangsa ini daripada buta petunjuk, juga mengeluarkan mereka daripada kegelapan kesesatan kepada cahaya kebenaran. 25. Pengajaran terakhir daripada pembukaan Makkah dan pertempuran-pertempuran Baginda s.a.w. ialah tentang kemenangan Allah. Kemenangan ini berlaku dalam tempoh begitu singkat yang tidak dapat digambarkan oleh akal. Ini antara bukti paling besar yang menunjukkan Muhammad s.a.w. benar-benar seorang utusan Allah. Ia juga menunjukkan Islam merupakan seruan Allah yang pasti dibantu oleh-Nya. Allah membantu dakwah Islam, para pendakwah, orang-orang beriman dan pembawa panji-panji-Nya. Dia tidak akan membiarkan dakwah-Nya yang benar lagi menjadi rahmat dan cahaya penyuluh kehidupan begitu sahaja. Allah merupakan Tuhan yang Maha Benar, lagi Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Rahmat-Nya meliputi setiap perkara. Allah juga penyinar kepada langit dan bumi (dengan menurunkan hidayat-Nya). Siapakah yang dapat memadamkan cahaya (hidayat) Allah?! Bagaimana Dia boleh meredhai batil menang menewaskan kebenaran dalam pertarungan penamat? Atau meredhai keganasan, kekerasan dan kerosakan mendapat kejayaan akhir mengalahkan kasih belas dan kebaikan?! Walaupun begitu, Rasulullah s.a. w. dan orang Islam juga mendapat kecederaan dalam pertempuran Uhud dan Hunain. Sebahagian mereka pula terkorban syahid. Ini kerana, dalam dakwah pasti berlaku ujian, kecederaan dan korban.

∩⊆⊃∪ ̓tã :”Èθs)s9 ©!$# χÎ) 3 ÿ…çνçÝÇΨtƒ ⎯tΒ ª!$# χuÝÇΖuŠs9uρ Dan sesungguknya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (agama Islam); sesungguknya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. (Al-Hajj: 40)

www.dakwah.info

81

Bahagian 6 PERISTIWA PENTING SELEPAS PEMBUKAAN MAKKAH SEHINGGA KEWAFATAN RASUL S.A.W. (A) GHAZWAH HUNAIN Kaum Hawazin telah berhimpun untuk memerangi Rasul s.a.w. selepas Allah membuka Makkah untuk Rasul-Nya dan orang-orang Islam. Tambahan pula penentangan Quraisy yang memakan masa selama 21 tahun sejak permulaan risalah runtuh akibat pembukaan itu. Akhirnya tercetuslah pertempuran antara Hawazin dengan tentera Islam. Pendetailan peristiwa ini kamu boleh dapati dalam “Sirah Ibnu Hisyam”. Kami sebutkan antara pengajaran yang diperolehi daripada ghazwah ini sebagaimana berikut: 1. Pengajaran daripada sikap bongkak Malik bin 'Auf (ketua Hawazin) dan kedegilannya enggan mendengar nasihat Duraid bin as-Simmah (bekas ketua Hawazin). Sikapnya ini timbul kerana kerakusan untuk memimpin, terpedaya dengan fikiran sendiri yang disangka betul dan rasa angkuh tidak mahu dikeji kaumnya (sedangkan dia seorang pemuda yang kuat lagi ditaati). Dia bimbang kaumnya akan berkata: "Dia mendengar nasihat seorang tua bangka yang tak berdaya lagi." Sekiranya dia mendengar nasihat Duraid, kerugian besar harta dan aib yang teruk lantaran wanita-wanita mereka menjadi tawanan perang dapat dielakkan. Namun sikap bongkak dan keangkuhan sebagai pemimpin membawa kebinasaan dan mengakibatkan kerugian kepada bangsa. Rasa bongkak Malik menyebabkan dia enggan menyerah kalah kepada kekuatan Islam yang telah berjaya menundukkan keangkuhan Quraisy. Quraisy ditundukkan setelah perjuangan yang panjang dan pertarungan yang sengit. Malik menyangka dirinya dan para pengikut, juga harta yang dimilikinya, mampu mengalahkan kekuatan Islam. Sedangkan kekuatan baru Islam mengatasi kemampuan beliau dan kaumnya. Sama ada dari segi spiritual, objektif dan susunan organisasi. Selanjutnya, sikap bongkak beliau menyebabkan wanita-wanita dan harta benda kaumnya turut dibawa bersama keluar berperang. Tujuan beliau berbuat demikian untuk menyekat kaumnya daripada menyerah kalah. Dia melanggar nasihat Duraid yang berkata kepadanya: “Tidak ada apa yang boleh mempertahankan orang yang tewas.”7 Dia alpa terhadap kekuatan orang Islam yang akan diperanginya. Mereka tidak bergantung kepada harta, bilangan mahupun persiapan untuk mengharapkan kemenangan. Bahkan mereka hanya bergantung kepada kekuatan Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Gagah, dan janji-Nya untuk memberi kemenangan dan syurga. Malik juga lupa kekalahan tidak dapat dihalang oleh keinginan melindung wanita dan harta. Sebaliknya ia dapat ditolak dengan kecintaan meluap-luap untuk mendapat pahala Allah dan takutkan hukuman-Nya. Allah telah mengancam orang-orang yang melarikan diri kerana menyerah kalah di medan jihad dengan azab yang pedih dan pembalasan yang dahsyat:

«!$# š∅ÏiΒ 5=ŸÒtóÎ/ u™!$t/ ô‰s)sù 7πt⁄Ïù 4†n¤‹tãuρ $yδ÷ρts? óΟ©9 #YŠθãΖã_ tΑt“Ρr&uρ Dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) burnt yang luas itu menjadi sernpit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. Kemudian Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada Rasul-Nya dan kepada orang-orang yang beriman, dan Allah menurunkan tentera yang kamu tidak melihatnya, serta Dia menyeksa orang-orang kafir itu (dengan kekalahan yang membawa kehancuran); dan yang demikian itu ialah balasan bagi orang-orang yang kafir. (At-Taubah: 25-26) 4. Ketika orang Islam dalam perjalanan ke medan pertempuran sebahagian mereka berkata kepada Rasulullah s.a.w.: "Wahai Rasulullah buatkan untuk kami Zat Anwat10 sebagaimana mereka (orang musyrik) mempunyai Zat Anwat". Rasul sa.w. menjawab: "Demi Tuhan yang diri Muhammad dalam genggaman-Nya, kamu telah berkata sebagaimana kaum Musa berkata kepadanya:

≅yèô_$# ©y›θßϑ≈tƒ (#θä9$s% 4 öΝçλ°; 5Θ$oΨô¹r& #’n?tã tβθàä3÷ètƒ 7Θöθs% 4’n?tã (#öθs?r'sù tóst7ø9$# Ÿ≅ƒÏ™ℜuó Î) û©Í_t7Î/ $tΡø—uθ≈y_uρ ∩⊇⊂∇∪ tβθè=yγøgrB ×Πöθs% öΝä3¯ΡÎ) tΑ$s% 4 ×πyγÏ9#u™ óΟßγ9s $yϑx. $Yγ≈s9Î) !$uΖ©9 ialah Salamah bin Salamah bin Waqsy. Ada yang mengatakan. Abu Bakar. Ada yang mengatakan: al-Abbas. Dan ada yang mengatakan: Seorang lelaki daripada Bani Bakar. 10 Nama gelaran pokok yang dijadikan tempat untuk menggantung senjata-senjata dan berteduh oleh orang musyrik. (Ibnu Athir al-Jazari, an-Nihayah fi Gharib al-Hadis). (pent.)

www.dakwah.info

85

"Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan."Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil." (al-Araf: 138). Ia adalah jalan-jalan ikutan. Kamu akan mengikuti jalan-jalan orang-orang sebelum kamu (Yahudi dan Nasrani)". Dalam peristiwa ini, Rasulullah s.a.w. menjelaskan umat ini akan mengikut jalan umat sebelum mereka. Baginda menyatakannya, sebagai amaran terhadap gejala ini. Umat Islam melakukannya kerana kejahilan menguasai mereka. Umat yang mengenali kebaikan dan kefasadan, jalan mudarat dan jalan manfaat, akan mengambil dan berpegang dengan kebaikan di samping menolak dan lari daripada kefasadan. Mereka enggan melalui manamana jalan yang memudaratkan sekalipun umat lain melaluinya. Oleh itu, apabila mereka mengikuti jalan taqlid tanpa mempedulikan akibatnya, mereka telah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Inilah kejahilan yang disebut oleh Allah:

≅yèô_$# ©y›θßϑ≈tƒ (#θä9$s% 4 öΝçλ°; 5Θ$oΨô¹r& #’n?tã tβθàä3÷ètƒ 7Θöθs% 4’n?tã (#öθs?r'sù tóst7ø9$# Ÿ≅ƒÏ™ℜuó Î) û©Í_t7Î/ $tΡø—uθ≈y_uρ ∩⊇⊂∇∪ tβθè=yγøgrB ×Πöθs% öΝä3¯ΡÎ) tΑ$s% 4 ×πyγÏ9#u™ óΟßγ9s $yϑx. $Yγ≈s9Î) !$uΖ©9 "Wahai Musa buatlah untuk kami suatu tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan." Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu ini adalah kaum yang jahil. " (Al-Araf: 138) Umat yang mempercayai diri sendiri, bangga dengan keperibadiannya dan gembira dengan kebenaran dan kebaikan yang dimiliki, pasti enggan mengekori orang lain. Mereka tidak akan menuruti orang lain dalam perkara yang menyakiti diri dan menafikan prinsipprinsip yang mereka pegang. Sekiranya mereka bertaqlid, bererti mereka berkeperibadian lemah, berpemikiran kacau bilau, tunduk kepada hawa nafsu dan terjebak dalam kelemahan juga kehancuran. Sifat-sifat tersebut merupakan sifat jahiliah. Allah menyelamatkan kita daripada sifat tersebut melalui perutusan Rasul, Kitab dan syariat-Nya. Dari perspektif dakwah pengislahan, berilmu dan jahil bukannya bermaksud kemampuan membaca dan buta huruf. Tetapi, ia bermaksud petunjuk dan kesesatan atau kesedaran dan kebodohan. Umat yang sedar tentang perkara yang memberi faedah dan perkara yang memudaratkan, merekalah umat yang berilmu sekalipun mereka buta huruf. Manakala umat yang tidak mendapat petunjuk tentang jalan dan manhaj kebaikan, merekalah umat yang jahil sekalipun mereka mengetahui pelbagai ilmu dan menguasai bermaeam rupa bentuk budaya. Keruntuhan sesuatu umat (mana-mana umat sekalipun) berpunca daripadajahiliah menguasai perasaan dan hawanafsu anak bangsa mereka. Tanyalah kepada sejarah: Bukankah tamadun Yunan dan Rom runtuh akibat penguasaan jahiliah?! Mereka yang bertaqlid tetap jahil walau setinggi mana mereka belajar. Mereka tetap kanak-kanak walau sedewasa mana umur mereka. Mereka akan terus dianggap sebagai keanak-anakan dan jahil sehinggalah mereka memerdekakan diri daripada taghut. 5. Setelah orang Islam tewas dan bertempiaran lari meninggalkan Rasulullah s.a.w. pada permulaan pertempuran, Syaibah bin Othman menyangka dia akan dapat menuntut bela ke atas Baginda s.a.w.. Bapanya telah terbunuh semasa Ghazwah Uhud. Syaibah berkata: "Apabila aku menghampiri Rasulullah s.a.w. untuk membunuh Baginda, datang sesuatu yang menakutkan aku. Aku tidak berdaya menghadapinya. Justeru itu, aku tahu bahawa Baginda terpelihara."

www.dakwah.info

86

Peristiwa seperti ini berulang kali berlaku dalam sirah. Ia berlaku kepada Abu Jahal dan Iain-lain penentang di Makkah dan Madinah. Semua peristiwa membuktikan Allah mencampakkan rasa gerun musuh terhadap Nabi s.a.w.. Ia menakutkan mereka yang cuba membunuh Baginda. Ini merupakan bukti kebenaran dakwaan kerasulan Rasulullah s.a.w.. la juga menjadi bukti bahawa Allah tetap memelihara Nabi-Nya daripada segala tipudaya. Allah juga memelihara Baginda agar terus hidup sehinggalah Baginda berjaya menyam-paikan risalah, menunaikan amanah, menyelamatkan semenanjung tanah Arab daripada jahiliah dan menghantar-kan anak-anak bangsa itu ke seluruh dunia. Mereka mengajar, mendidik dan menyelamatkan manusia yang lain. Jika bukan kerana perlindungan Allah kepada Rasul-Nya, nescaya orang musyrik telah berjaya menamatkan riwayat Baginda sejak permulaan dakwah lagi. Jika ini terjadi, agama dan nikmat Allah tidak akan sempurna. Begitu juga, cahaya kebenaran, hidayah dan rahmat risalah tidak akan sampai kepada kita. Perjalanan sejarah pula tidak akan bertukar. Manusia tidak bebas daripada kesesatan dan kesengsaraan. Kemanusiaan telah merdeka hasil daripada penyebaran Islam serta tamatnya era kediktatoran dan kuku besi terhadap rakyat. Melalui Islam, kemanusiaan juga bebas daripada kuasa raja dan pemimpin yang menegakkan kekuasaan mereka di atas dasar pencerobohan dan kezaliman. Mereka menyekat rakyat daripada merasai kemuliaan harga diri atau menuntut bela atas kezaliman yang mereka alami. Semua ini tercapai dengan anugerah Allah yang memelihara Rasul-Nya, sehingga Baginda berjaya melaksanakan amanah (risalah) dengan sempurna tanpa sebarang kekurangan. Tidak ragu-ragu lagi, kurniaan Allah kepada Rasul-Nya begitu besar:

∩⊇⊇⊂∪ $VϑŠÏàtã y7ø‹n=tã «!$# ã≅ôÒsù šχ%x.uρ Dan adalah kurnia Allah yang dilimpahkan-Nya kepadamu amatlah besar. (An-Nisa’: 113) Jasa Rasul-Nya kepada kemanusiaan juga adalah besar:

∩⊇⊃∠∪ š⎥⎫Ïϑn=≈yèù=Ïj9 ZπtΗôqy‘ ωÎ) š≈oΨù=y™ö‘r& !$tΒuρ Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam, (Al-Anbiya': 107) Apa yang pasti, para pendakwah yang terselamat daripada tipu daya dan perangkap musuh merupakan penerusan kepada anugerah yang besar ini. Anugerah ini bermula dengan pemeliharaan Allah kepada Rasul-Nya. Oleh itu, para pendakwah mestilah sentiasa meminta perlindungan Allah (setelah mengambil langkah berjaga-jaga dan waspada). Mereka juga mestilah bernaung di bawah keperkasaan dan kekuasaan-Nya serta meyakini Dia bersama mereka sebagai Penolong dan Penjaga. Mereka turut meyakini sesiapa yang diselamatkan Allah daripada tipu daya musuh dakwah, dia akan terselamat. Walaubagaimana hebat kekuasaan musuh dan selicik mana tipu daya, komplot dan jenayah mereka. Perlindungan hanyalah perlindungan Allah. Bantuan hanyalah bantuan Allah. Kegagalan adalah kerana tiada bantuan dan perlindungan-Nya. Yang pasti semua yang terlaksana merupakan ketentuan qada' dan arahan-Nya:

∩⊇∉⊃∪ ... ( öΝä3s9 |=Ï9$xî Ÿξsù ª!$# ãΝä.÷ÝÇΖtƒ βÎ) Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan, maka tidak ada sesiapa

www.dakwah.info

87

pun yang akan dapat mengalahkan kamu. (Ali Imran: 160) Hebat mana sekalipun tipu daya manusia yang zalim, pertolongan Allah Yang Maha Adil lebih hebat dan agung. Oleh itu, seseorang pendakwah atau pengislah tidak boleh bersikap pengecut mahupun takut. Orang yang beriman dengan Allah lagi meyakini pertolongan dan sokongan-Nya tidak akan berlengah-lengah menunaikan tuntutan kebenaran.

∩⊆∠∪ t⎦⎫ÏΖÏΒ÷σßϑø9$# çóÇnΣ $oΨø‹n=tã $ˆ)ym šχ%x.uρ ... Dan sememangnya menjadi tanggungjawab Kami menolong orang-orang yang beriman. (Ar-Rum: 47)

4 þ’Í?ß™â‘uρ O$tΡr& ⎥t⎤Î=øîV{ ª!$# |=tFŸ2 ∩⊄⊃∪ t⎦⎫Ïj9sŒF{$# ’Îû y7Íׯ≈s9'ρé& ÿ…ã&s!θß™u‘uρ ©!$# tβρ–Š!$ptä† t⎦⎪Ï%©!$# ¨βÎ) ∩⊄⊇∪ Ö“ƒÍ•tã ;“Èθs% ©!$# χÎ) Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina. Allah telah menetapkan: "Sesungguhnya Aku dan Rasul-rasul-Ku tetap mengalahkan (golongan yang rnenentang)." Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha kuasa. (AlMujadalah: 20-21) Hakikat ini bukanlah menafikan kejayaan musuh-musuh Allah bertindak ke atas sesetengah pemirnpin Islam di kalangan pendakwah islah. Ia juga tidak menafikan kemungkinan musuh-musuh itu dapat menghapus mahupun menyakiti mereka. Kematian adalah pasti. Ia merupakan salah satu suratan nasib anak Adam. Sesiapa yang tertulis suratan takdirnya mati di tangan orang-orang zalim, kematian itu merupakan satu kemuliaan dan nikmat yang Allah kurniakan kepadanya. Kematian di jalan Allah adalah syahid. Manakala kesakitan demi dakwah kebenaran adalah kemuliaan. Sementara ujian kerana pengislahan adalah pahala yang kekal.

šχθä↔sÜtƒ Ÿωuρ «!$# È≅‹Î6y™ ’Îû ×π|ÁyϑøƒxΧ Ÿωuρ Ò=|ÁtΡ Ÿωuρ Ø'yϑsß óΟßγç6ÅÁムŸω óΟßγ¯Ρr'Î/ šÏ9≡sŒ ... ¸ ø‹¯Ρ 5iρ߉tã ô⎯ÏΒ šχθä9$uΖtƒ Ÿωuρ u‘$¤à6ø9$# àá‹Éótƒ $Y∞ÏÛöθtΒ χÎ) 4 ìxÎ=≈|¹ ×≅yϑtã ⎯ϵÎ/ Οßγs9 |=ÏGä. ωÎ) ξ ∩⊇⊄⊃∪ t⎦⎫ÏΖÅ¡ósßϑø9$# tô_r& ßì‹ÅÒムŸω ©!$# Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan juga merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak sesuatu tempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka: (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (At-Taubah: 120) 6. Pada permulaan pertempuran, orang-orang Islam dikejutkan dengan serang hendap yang dilakukan oleh pihak musuh. Serangan itu menyebabkan tentera Islam kelam kabut, kacau bilau dan bertempiaran lari meninggalkan Rasulullah s.a.w., Hanya segelintir mereka www.dakwah.info

88

yang tetap teguh (bertempur) bersama Baginda. Rasulullah kemudiannya mula melaungkan: "Datang kepadaku, wahai manusia! Ayuh datang kepadaku! Aku adalah Rasulullah. Aku Muhammad bin Abdullah." Namun, orang ramai tidak mendengar suara Baginda. Oleh itu, Baginda meminta alAbbas; seorang yang bersuara lantang untuk melaungkan kepada tentera Islam: "Wahai pasukan Ansor! Wahai pasukan orang-orang yang berbaiah di bawah pokok Samurah (mereka yang berbaiah dalam Baiah ar-Ridhwan)!" Lantas mereka menjawab: "Ya, kami di sini sedia menerima arahan. Ya, kami di sini sedia menerima arahan." Terdapat tentera yang cuba memusing untanya (untuk menyahut seruan itu), namun tidak berupaya berbuat demikian. Lantaran itu, dia mengambil pedang, perisai dan menyarung baju besinya. Dia merempuh turun dan melepaskan untanya. Dia kemudian-nya menuju kepada arah suara tadi sehinggalah menemui Rasulullah s.a.w.. Setelah 100 orang berhimpun bersama Baginda, mereka bertindak menghadapi dan memerangi musuh. Akhirnya kemenangan berjaya dicapai. Dalam peristiwa ini terkandung beberapa pedoman dan pengajaran yang patut diteliti oleh para pendakwah dan tentera kebenaran. Kekalahan dakwah dalam pertempuran kemungkinan berpunca daripada kelemahan aqidah sesetengah pendukungnya, ketidakikhlasan kepada kebenaran dan ketidaksediaan mereka untuk meleburkan segala-gala di jalannya. Keteguhan pemimpin dakwah menghadapi apa-apa krisis, keberanian dan keyakinan beliau kepada Allah dan pertolongan-Nya, mempunyai kesan besar untuk menukarkan kekalahan kepada kemenangan. Pejuang yang ada bersamanya akan mendapat semangat baru, meskipun sebelum itu mereka merasa lemah dan ragu-ragu. Kekalahan juga dapat ditukar menjadi kemenangan jika tentera jujur dan tetap teguh bersama pemimpin mereka yang berani lagi ikhlas. Mereka yang tetap teguh bertempur bersama Rasulullah s.a.w. setelah berlaku kekalahan pada permulaan perang; Mereka yang menyahut panggilan Rasul s.a.w. tidak melebihi 100 orang; Pada ketika mereka terhimpun, perjalanan pertempuran mula bertukar. Bantuan Allah kepada hamba-hamba-Nya yang beriman juga mula tiba. Kesannya pihak musuh mula tewas. Semangat dan barisan mereka mula lemah. Setiap kali pemimpin dakwah memperingatkan para pengikutnya bahawa mereka berada di atas kebenaran dan Allah bersama orang-orang beriman yang jujur, semangat mereka akan bertambah kuat. Mereka akan semakin maju untuk berbakti dan berkorban. Baginda s.a.w. bersabda: "Aku adalah Rasulullah." Di dalam riwayat lain, bukan daripada Ibnu Hisyam pula, Baginda bersabda: "Aku adalah Nabi. Aku tidak berdusta. Aku adalah anak Abdul Muttolib." Kata-kata ini menjadi bukti kebenaran dakwaan kerasulan Rasulullah s.a.w.. Ia turut menjadi bukti keyakinan Baginda terhadap pertolongan Tuhannya. Seseorang pemimpin sepatut-nya bersikap sedemikian ketika menghadapi saat-saat genting. Dia hendaklah yakin dengan dirinya dan berlindung dengan Tuhannya. Dia juga perlu komited terhadap pertolongan dan penjagaan-Nya. Keyakinan pemimpin kepada objektif, matlamat dan risalah yang dibawanya memberi impak terbesar kepada kejayaan. Ia juga merupakan tarikan kepada orang ramai untuk bersamanya. Keyakinan ini membawa impak besar dalam meringankan bebanan jiwanya. Dia akan redha dan tenang dalam memikul keperitan perjuangan. 7. Pendirian Ummu Sulaim binti Milhan (dalam pertempuran ini) menjadi salah satu kebanggaan wanita muslimah pada zaman permulaan Islam. Beliau bersama suaminya, Abu Tolhah turut terlibat dalam pertempuran ini. Ketika itu, Ummu Sulaim yang sedang hamil

www.dakwah.info

89

membebat perut dengan baju gaunnya. Dalam masa yang sama unta milik suaminya ada bersama-sama nya. Dia bimbang unta itu akan terlepas. Oleh itu, dia memasukkan tangannya ke dalam tali dan besi kekang unta tersebut. Rasulullah s.a.w. ternampak gelagatnya, lantas berkata: "Ummu Sulaim?" Dia menjawab: "Ya, demi bapa dan emak aku, wahai Rasulullah! Bunuhlah mereka yang melarikan diri daripada kamu sebagaimana kamu memerangi orang yang memerangi kamu. Mereka sememangnya layak diperlakukan demikian." Baginda menjawab: "Tidak cukupkah Allah (berbuat demikian), wahai Ummu Sulaim?!" Ummu Sulaim juga memiliki sebilah khanjar. Suaminya, Abu Tolhah bertanya kepadanya mengapa beliau memiliki khanjar tersebut. Dia menjawab: "Khanjar ini aku ambil, kalau-kalau orang musyrik menghampiriku, aku akan lukakannya!" Jawapan itu mengkagumkan Abu Tolhah dan menarik perhatian Rasul s.a.w.. Demikianlah kedudukan wanita Islam sebelum ini. Demikian juga kedudukan mereka yang sepatutnya pada masa mendatang. Dia berani, sama-sama memberi sumbangan dalam pertempuran mempertahankan agama dengan turut melibat-kan diri dalam kancah pertempuran. Apabila dia diperlukan atau musuh menghampirinya, dia sendiri membalas serangan tersebut agar tidak dijadikan tawanan perang. Wanita muslimah dalam sejarah permulaan Islam mempunyai lembaran-lembaran jasa bakti, pertarungan, pengorbanan dan keberanian yang gilang gemilang. Peristiwa-peristiwa ini menjadi tamparan kepada para orientalis dan golongan Barat yang taksub. Mereka memberitahu bangsa mereka bahawa Islam menghina dan memperlekehkan wanita. Mereka juga mendakwa risalah Islam dalam batasannya yang normal tidak memperuntukkan tempat yang selayaknya bagi wanita dalam masyarakat. Malah mereka terus mengada-adakan cerita palsu mendakwa Islam tidak membuka ruang syurga kepada wanita. Wanita tidak akan memasuki syurga walau macam sekalipun dia melakukan kebaikan, ibadat dan ketaqwaan!!! Tanpa kita meneliti kepada nas al-Quran dan Sunnah yang terang-terang menolak dogengan ini, sejarah Islam sendiri telah mencatatkan jasa-jasa wanita Islam dalam menyebarkan Islam. berdakwah dan berkorban di jalannya. Ini sedikitpun tidak pernah dicatatkan oleh sejarah mana-mana agama lain. Peristiwa yang berlaku kepada Ummu Sulaim dalam pertempuran ini (pertempuran Hunain) merupakan satu contoh daripada ratusan contoh yang memperkatakan tentang peranan wanita. Bukan tujuan kami menjawab dakwaan musuh-musuh Islam yang taksub dalam topik ini. Kami lebih prihatin memetik pengajaran yang cukup jitu daripada peristiwa Ummu Sulaim ini bagi memberangsangkan kita agar menyeru wanita Islam. Menyeru mereka agar melakukan tugas asal dan semulajadi mereka iaitu berkhidmat untuk Islam dan mendidik generasi kita yang akan datang di atas petunjuk dan prinsip-prinsip Islam. Pada hari ini terdapat dua golongan wanita Islam; golongan wanita yang solehah lagi baik, tetapi hanya terbatas kepada perlaksanaan solat, tilawah al-Quran dan menjauhi perkara haram. Segolongan lagi hanyut dalam arus tamadun Barat. Mereka menukarkan adab sopan santun Islam dan akhlak wanita Arab Islam dengan kod etika dan nilai moral wanita Barat. Kod etika dan nilai moral ini telah mengheret mereka, keluarga dan bangsa kepada bala bencana dan kesengsaraan. Lebih malang lagi ada pihak yang berperanan menelanjangkan wanita Arab Islam daripada akhlak dan kriteria yang pernah diasuhkan oleh semulia-mulia generasi dalam sejarah. Generasi mulia tersebut mempunyai jasa dan kualiti yang tinggi, agung lagi abadi. Islam dan sejarahnya, khususnya sejarah Rasulullah s.a.w. pula mengajak wanita Islam hari ini untuk kembali tampil berkhidmat kepada Islam dan masyarakatnya. la mengajak mereka berkhidmat dalam ruang lingkup tugas semulajadi, mendidik dan ciri-ciri kewanitaan yang sejati seperti keperibadian mulia, kesucian diri, kesopanan dan sikap malu.

www.dakwah.info

90

Kamu perhatikan, adakah para pemudi Islam kita yang komited beragama mengulangi sejarah Khadijah, Aishah, Asma', al-Khansa', Ummu Sulaim dan Iain-lain tokoh seumpama mereka? Adakah mereka memutar kembali sejarah tokoh-tokoh mukminat yang abadi dan bintang-bintang yang bergemelapan tersebut kepada kita pada hari ini? Adakah sememangnya sukar untuk ditemui kembali puluhan Khadijah, Aishah, Asma' dan Ummu Sulaim di kalangan mereka pada hari ini? Sekali-kali tidak. Tunjuk ajar yang betul dan keimanan yang sedar lagi gemilang sudah cukup untuk melahirkan tokoh-tokoh seumpama mereka. Namun, siapakah yang akan membuka lembaran abadi untuk wanita Arab Islam pada zaman kita kini? Siapakah yang akan melakukannya tanpa menghirau tipu daya golongan penyesat dan ejekan musuh kepada kebaikan, kebenaran, kesusilaan dan agama? 8. Dalam pertempuran ini, Rasulullah s.a.w. menemui seorang wanita yang telah dibunuh oleh Khalid bin al-Walid. Orang ramai mengerumuni wanita tersebut. Baginda bertanya: "Siapa ni?" Mereka menjawab: "Seorang wanita yang telah dibunuh oleh Khalid bin al-Walid." Lantas Rasulullah s.a.w. mengarahkan beberapa orang sahabat yang ada bersamanya: "Cari Khalid dan katakan kepadanya: Rasulullah s.a.w. melarang kamu membunuh kanak-kanak, wanita dan buruh kerahan." Tidak ragu-ragu lagi, larangan membunuh golongan lemah dan mereka yang tidak terlibat dalam peperangan merupakan peraturan yang tersendiri digariskan oleh Islam. Oleh itu Islam melarang tenteranya membunuh para pendita, wanita, orang tua, kanak-kanak dan mereka yang dipaksa berperang seperti petani dan buruh. Dalam sejarah peperangan di dunia, sebelum mahupun selepas Islam hingga hari ini, perundangan yang unggul lagi berperikemanusiaan sebegini tidak pernah berlaku. Satu kebiasaan dan diterima di kalangan semua bangsa, peperangan mengharuskan kaum yang berperang unt,uk membunuh musuh tanpa kecuali. Zaman ini ialah zaman diisytiharkan hak asasi manusia. la juga merupakan zaman ditegakkan badan dunia dan antarabangsa untuk menyekat pencerobohan serta membantu bangsa tertindas sebagaimana yang digembar-gemburkan. Namun, jiwa kemanusiaan masih belum mencecah tahap yang tinggi dan mulia hingga dapat mengisytiharkan pengharaman membunuh kelompok-kelompok masyarakat tadi. Kita cukup kenal dengan pemusnahan bandar dan penghuninya dalam Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua. Kita juga amat arif tentang peperangan yang dilakukan oleh golongan penjajah terhadap pemberontakan rakyat yang menuntut hak mereka untuk hidup mulia. Golongan penjajah menghalalkan pemusnahan bandar dan kampung. Mereka menghalalkan pembunuhan ribuan atau puluhan ribu penduduknya dengan tujuan memadamkan api pemberontakan. Perancis telah melakukan kekejaman ini di Algeria lebih daripada sekali. Begitu juga dengan tindakan England di banyak koloni jajahannya. Ataupun tindakan Portugis terhadap koloni jajahannya di Afrika pada hari ini. Kita tak pernah tahu sedikitpun dalam sejarah mana-mana untuk berperang. Namun Islam sejak 14 kurun lalu telah melarang secara jelas perbuatan membunuh mereka. Perkara bangsa di dunia, dahulu mahupun kini, terdapat larangan membunuh buruh dan kaum tani yang dipaksa ini tidak terhenti sekadar larangan perundangan, bahkan ia menjadi realiti yang berlaku. Kamu dapat lihat dalam pertempuran Hunain ini, Rasulullah s.a.w. selaku pendukung syariat dan penyampainya marah terhadap pembunuhan seorang wanita. Baginda menghantar arahan kepada beberapa panglimanya agar tidak menyerang wanita, kanak-kanak dan buruh kerahan. Ketika Baginda mempersiapkan angkatan tentera Usamah untuk memerangi Rom (beberapa hari sebelum kewafatan Baginda), antara pesanan Baginda kepada mereka ialah: Larangan membunuh wanita, kanak-kanak, orang tua dan pendita yang tidak berperang atau tidak membantu peperangan. Pesanan yang sama dilakukan oleh pengganti Baginda, Abu

www.dakwah.info

91

Bakar as-Siddiq r.a. ketika beliau meneruskan penghantaran Usamah, juga semasa beliau mengarahkan ketumbukan tentera untuk berperang di jalan Allah, jalan kebenaran, kebaikan, petunjuk dan keadilan. Demikian juga sikap yang dilakukan oleh "pedang Allah", Khalid bin al-Walid r.a. semasa pembukaan Iraq. Beliau tidak melakukan sebarang tindakan buruk kepada kaum petani yang sedang bercucuk tanam di tanah-tanah mereka. Prinsip-prinsip kemanusiaan yang mulia dan tidak diketahui oleh sejarah mana-mana tentera di muka bumi ini telah menjadi adat resam tentera Islam di mana-mana pada pelbagai zaman. Kesungguhan tentera Islam untuk berpegang dengan adat resam ini ditunjukkan kepada kamu oleh tindak tanduk Solahuddin ketika berurusan dengan tentera Salib setelah beliau mengalahkan mereka dan mengambil kembali Baitul Maqdis. Beliau telah memberi keamanan kepada orang-orang tua, tokoh-tokoh agama, wanita, kanak-kanak, bahkan tenteratentera Salib yang gagah. Beliau menghantar mereka kembali kepada kaum mereka dengan kawalan tentera Islam. Beliau juga tidak melakukan sesuatu yang buruk kepada mereka. Sedangkan sikap tentera Salib ketika menawan Baitul Maqdis jelas menunjukkan pengkhianatan, sikap keji, keganasan dan perangai hina. Tentera Salib menjanjikan keamanan nyawa dan harta kepada penduduk Islam Baitul Maqdis sekiranya mereka mengangkat bendera putih (menyerah kalah) di atas Masjid al-Aqsa. Oleh itu, orang-orang Islam berhimpun beramai-ramai di dalamnya kerana terpedaya dengan janji tersebut. Apabila tentera Salib memasuki Baitul Maqdis, mereka menyembelih semua orang yang berlindung di Masjid al-Aqsa tanpa mengira sesiapa. Bilangan mereka yang disembelih di dalam masjid itu mencecah kepada 70,000 orang. Mereka terdiri daripada para ulama, para zahid, wanita dan kanak-kanak. Hinggakan seorang penulis Kristian menghantar berita gembira penawanan kota itu kepada Pope dengan kata-kata bangga: Darah-darah telah mengalir di jalan-jalan sehinggakan panglima-panglima berkuda Salibi mengharungi limpahan darah yang menenggelami kaki-kaki kuda mereka. Hari ini, kita memperkatakan perkara ini bukanlah untuk berbangga dan bermegah dengan sejarah pembukaan, para panglima dan tentera kita. Mereka digambarkan oleh Gustave Le Bon : "Sejarah tidak mengenali pembuka negara yang lebih berbelas kasih dan adil berbanding Arab". Kita mengimbaunya untuk menyedarkan bahawa kita sebelum ini lebih berperikemanusiaan dan berbuat kebajikan berbanding orang-orang Barat pada kurun ke-20 ini. Agar golongan Barat tidak dapat memperdayakan kita. Meskipun mereka mencanangkan kepada kita tentang hak asasi manusia, Hari Kanak-kanak, Hari Ibu sebagai bukti ketinggian tamadun mereka. Mereka menipu orang yang lurus bendul dan bebal. Mereka memperdayakan golongan yang mendakwa dirinya anak bangsa dan para cendikiawan kita tetapi hilang keyakinan dengan umat dan sejarah sendiri. Kami mahu generasi kita pada hari kini menyedari komplot jahat ini. Mereka hendaklah yakin dengan agama dan warisan tamadun kemanusiaan mereka yang mulia. Justera itu, mereka tidak tunduk kepada golongan Barat seumpama tunduknya seorang fakir yang hina di hadapan seorang kaya yang berkuasa. Data pemikiran mereka juga tidak bertelagah sesama sendiri tanpa dapat membezakan antara kaca dan permata sebagaimana kelkatu yang bertelagah memasuki api lalu terbakar di dalamnya. Ilmu mengesahkan Islam sebagai sebaik-baik agama. Dan ajaran yang paling hampir dengan fitrah dan paling menjamin kebaikan manusia. Sejarah juga membuktikan peperangan Islam merupakan peperangan yang paling berbelas kasihan, paling sedikit bala bencana, paling banyak kebaikan dan paling mulia misinya. Setiap hari ditemui bukti-bukti baru bahawa Islam merupakan agama Allah, Muhammad itu pesuruh Allah dan orang-orang Islam yang jujur itu merupakan hamba-hamba-Nya yang terpilih dan terbaik di kalangan seluruh manusia.

www.dakwah.info

92

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) danpada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fussilat: 53) 9. Rasulullah dan orang Islam telah mengejar kaum Hawazin yang tewas sehingga mereka tiba ke penempatan kaum Thaqif di Toif. Baginda dan orang Islam mengepung kota itu beberapa hari tetapi gagal membukanya. Setelah itu, Baginda pulang ke Madinah. Dalam perjalanan, Baginda membahagi-bahagikan harta rampasan perang Hunain. la terdiri daripada 6,000 tawanan sahaya dan wanita di samping unta dan kambing yang tidak diketahui jumlahnya. Baginda memberi bahagian yang banyak kepada pemuka-pemuka Arab untuk menarik minat mereka kepada Islam. Baginda juga memberi harta yang banyak kepada Quraisy. Namun Ansor tidak memperolehi apa-apapun. Sebahagian Ansor memperkatakan hal tersebut. Mereka melahirkan rasa sedih kerana tidak mendapat apa-apa bahagian daripada rampasan tersebut. Hinggakan sebahagian mereka berkata: "Rasulullah s.a.w. telah bertemu kembali kaum Baginda." Maksudnya: Baginda telah melupakan kita setelah Allah membukakan Makkah dan Quraisy memeluk Islam. Oleh yang demikian, Rasulullah s.a.w. mengumpul kaum Ansor dan berucap kepada mereka Setelah Baginda memuji Allah, Baginda bersabda: "Wahai kaum Ansor! Aku telah mendengar kata-katamu. Ia mengandungi celaan kepadaku. Bukankah kamu sebelumnya sesat, lalu Allah memberi petunjuk kepada kamu? Miskin, lalu Allah menjadikan kamu kaya? Saling bermusuhan, lalu Allah mempertautkan hati-hati kamu?" Mereka menjawab: "Benar! Allah dan Rasul-Nya lebih berjasa dan lebih berbakti." Kemudian Baginda bersabda lagi: "Wahai kaum Ansor! Kenapa kamu tidak menjawab kata-kataku?" Mereka bertanya: "Wahai Rasulullah apa lagi yang patut kami katakan? Allah dan Rasul-Nya mempunyai jasa dan bakti." Baginda bersabda: "Demi Allah, kalau kamu mahu, kamu boleh jawab. Jawapan kamu adalah benar dan diterima. Kamu boleh jawab: Kamu (wahai Rasulullah) datang kepada kami dalam keadaan kamu didustai (kaummu), lalu kami yang mempercayai kamu. Terbiar tanpa pertolongan, lalu kami yang menolongmu. Diusir, lalu kami membelamu. Serba kekurangan, lalu kami berkongsikan harta denganmu. Wahai kaum Ansor, adakah diri kamu merasa tidak puas hati terhadap sisasisa dunia yang aku gunakan untuk menarik minat kaum tersebut agar memeluk Islam. Sedangkan aku serahkan kamu kepada keislaman kamu. Wahai kaum Ansor, tidakkah kamu redha orang ramai kembali bersama kambing dan unta, sedangkan kamu pulang kepada tunggangan kamu bersama Rasulullah? Demi Tuhan yang jiwa Muhammad dalam genggamanNya, jika bukan kerana Hijrah, nescaya aku seorang Ansor. Sekiranya orang ramai melalui satu lorong di bukit, sedangkan Ansor melalui lorong yang lain, nescaya aku melalui lorong yang dilalui Ansor. Ya Allah, rahmatilah Ansor, anak-anak dan cucu-cucu Ansor." Maka kaum Ansor menangis sehingga janggut-janggut mereka basah. Mereka berkata: "Kami redha dengan pembahagian dan habuan yang dilakukan oleh Rasulullah." Di sini terdapat beberapa permasalahan yang boleh diberi komentar tentangnya: Pertama: Isu harta rampasan perang sebagai satu bahagian daripada sistem perang

www.dakwah.info

93

dalam Islam. Musuh-musuh Islam menjadikannya sebagai medium untuk menyerang Islam. Mereka mendakwanya ia merupakan salah satu faktor material pengisytiharan perang dalam Islam. Ia juga sebagai insentif yang cukup berkesan kepada tentera-tentera Islam untuk berkorban dan berbakti. Lantaran itu, mereka bermati-matian merebut harta rampasan selepas tamat peperangan sebagaimana yang berlaku dalam pertempuran ini. Tak diragui bahawa setiap pengkaji yang adil dan sedar menolak dakwaan ini. Ini kerana faktor peperangan dalam Islam berbentuk spiritual. Ia bertujuan menyebarkan kebenaran, menolak gangguan jahat dan pencerobohan. Ini dinyatakan secara jelas dalam ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis. Adalah pelik, seseorang sanggup berkorban nyawa dan mendedahkan keluarganya kepada pengabaian, kerana tamakkan habuan material walau macam mana besar habuan tersebut. Tamak kepada habuan material tidak berupaya melahirkan keperwiraan luar biasa yang terserlah di kalangan pejuang-pejuang Islam pada zaman permulaan Islam. Ia juga tidak dapat melahirkan natijah yang menakjubkan sebagaimana berlaku dalam peperangan Islam dengan Arab semasa hayat Rasulullah. Begitu juga pertempuran Islam dengan Parsi dan Rom selepas itu. Sedangkan pihak musuh-musuh Islam sendiri mempunyai dorongan ketamakan material. Harta-harta dan orang Islam pasti akan menjadi habuan mereka sekiranya orang Islam kalah. Orang Islam bukan satu-satunya pihak yang mengagih-agihkan harta dan memperhambakan musuh mereka apabila menang. Bahkan fenomena ini merupakan tindak tanduk mana-mana angkatan tentera yang berperang. Kenapakah ketamakan material yang dimiliki oleh musuh Islam ini tidak menghasilkan keperwiraan luar biasa atau natijah yang mengkagumkan? Sebagaimana yang terserlah di kalangan tentera Islam dan dipamerkan dalam siri peperangan Islam? Berbagai peristiwa yang berlaku dalam peperangan menafikan sama sekali dorongan material merupakan pemangkin paling utama dalam jiwa tentera Islam. Dalam pertempuran Badar, Uhud, Mu'tah dan Iain-lain lagi, wira-wira Islam maju ke medan pertempuran mengharapkan kemuliaan mati syahid dan nikmat syurga. Hinggakan salah seorang daripada mereka melemparkan buah-buah tamar daripada mulutnya apabila mendengar janji Rasul s.a.w. tentang balasan syurga bagi para syuhada. Beliau mengharungi pertempuran seraya berkata: "Wah, bagusnya! Tiada apa lagi yang menghalang aku untuk memasuki syurga melainkan tamar-tamar ini? Demi Allah, (Jika aku menghabiskan makan tamar ini), ia adalah kehidupan yang panjang (melambatkan aku ke syurga)!" Selanjutnya, beliau terus berperang sehingga terbunuh. Yang lain pula tampil menyerang musuh seraya berkata: "Syurga! Syurga! Demi Allah aku mencium baunya lebih dekat dari Bukit Uhud." (Peristiwa ini berlaku ketika pertempuran Uhud). Dalam pertempuran dengan Parsi, Rustum menawarkan harta atau pakaian kepada orang Islam agar mereka membatal-kan rancangan berperang dan pulang semula ke negara mereka. Namun ketua utusan tentera Islam menjawab: "Demi Allah, kami tidak keluar kerana perkara ini. Apa yang kami mahu ialah menyelamatkan kamu daripada penyembahan sesama hamba kepada penyembahan Tuhan Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan. Sekiranya kamu memeluk Islam, kami akan pulang. Sementara kerajaan dan tanah kamu tetap kekal milik kamu. Kami tidak akan merebut apa-apa pun daripada kamu." Adakah ini jawapan gerombolan tentera yang keluar untuk mendapatkan rampasan perang juga menguasai tanah dan harta benda?! Peristiwa para pejuang mengharapkan rampasan perang dalam pertempuran Hunain dan ketidakpuasan hati Ansor kerana tidak mendapat agihan dijadikan bukti dakwaan palsu mereka. Mereka sengaja bersikap memejamkan mata terhadap realiti pertempuran dan pihakpihak yang terlibat dalam peperangan. Mereka yang mengharapkan rampasan perang tersebut terdiri daripada mereka yang baru memeluk Islam. Hidayah Islam masih belum bertapak

www.dakwah.info

94

kukuh dalam jiwa mereka sebagaimana golongan Islam yang sebelumnya. Oleh itu, orangorang Islam seperti Abu Bakar, Umar, Othman, Ali, Abdul Rahman bin Auf, Tolhah, azZubair dan para sahabat besar yang awal menyahut seruan Islam, tidak mengharap habuan rampasan perang tersebut. Rasa tidak puas hati Ansor pula hanyalah kata-kata sesetengah mereka yang berpandangan pembahagian rampasan perang pada hari tersebut diagih tidak sama rata. Fenomena sebegini berlaku kepada kebanyakan manusia pada setiap zaman dan tempat. la timbul dalam diri mana-mana manusia yang berada dalam situasi seumpama ini. Tangisan mereka apabila Nabi s.a.w. berucap kepada mereka adalah bukti paling jelas tentang keinginan Ansor untuk mencapai redha Allah, pahala dan syurga-Nya, juga ketaatan kepada Rasul-Nya. Antara ucapan Baginda: "Tidak-kah kamu redha orang ramai kembali bersama kambing dan unta, sedangkan kamu pulang kepada tunggangan kamu bersama Rasulullah?" Mereka mengutamakan untuk berdamping dengan Rasulullah dan tinggal berdekatan Baginda berbanding harta benda dan keuntungan. Adakah logik mereka dituduh: Mereka berjihad hanya untuk mengaut harta dan keuntungan? Tiada guna untuk mempersoalkan: Kenapa Islam menjadikan rampasan perang hak tentera yang berperang bukan hak negara sebagaimana zaman kita ini? Kerana persoalan sebegini menunjukkan mereka alpa tentang tabiat manusia dan adat resam peperangan pada zaman tersebut. Bukan hanya tentera Islam membahagi-bahagikan 4/5 rampasan perang kepada tenteranya, Parsi dan Rom turut berbuat sedemikian. Bahkan pengagihan tersebut digunakan oleh semua angkatan tentera. Sekiranya seseorang mujtahid pada hari ini berpendapat rampasan perang yang diperolehi oleh tentera Islam pada zaman ini perlu diserahkan kepada negara, ia masih dalam lingkungan memahami persoalan ini berdasarkan prinsip dan ruh Islam. Kedua: Keputusan Nabi s.a.w. memberi agihan rampasan perang lebih kepada mereka yang baru memeluk Islam berbanding tentera lain menunjukkan kebijaksanaan Baginda. Baginda s.a.w. arif dengan personaliti kaumnya dan berpandangan jauh dalam mengurus sesuatu perkara. Mereka merupakan golongan yang sentiasa memerangi Rasulullah dan enggan menerima dakwah sehinggalah pembukaan Makkah. Sebahagian mereka juga gembira dengan kekalahan orang Islam pada permulaan pertempuran ini (Hunain). Oleh itu, usaha menjinakkan hati dan menyemai perasaan tentang keistimewaan mereka memeluk Islam dari sudut material mesti dilakukan. Kerana mereka memerangi Islam disebab faktor material ini. Pada hakikatnya, mereka sebagai pemuka-pemuka kaum, memerangi Islam kerana ingin mengekalkan kepimpinan dan menjaga kepentingan material mereka. Apabila Islam menghancurkan kekuatan mereka dengan pembukaan Makkah, ada kemungkinan masih terdapat dalam jiwa mereka rasa benci terhadap kemenangan tersebut. Mungkin timbul juga rasa tidak puas hati dengan kekalahan dan runtuhnya kekuatan mereka. Islam merupakan agama pembawa petunjuk dan pengislah. Islam tidak berpada dengan hanya memberi tekanan dan menggunakan kekerasan tanpa menghiraukan penerimaan jiwa dan hati, sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan sistem yang bergantung kepada kekerasan untuk tertegak dan kekal. Bahkan hati mesti terbuka untuk menerima Islam, merasa gembira dengan petunjuknya dan rindu kepada prinsip juga teladannya. Pemberian tersebut merupakan tindakan bijak selagi pemberian (kurnia) kepada sesetengah manusia berfaedah untuk memperbaiki hati dan menghapuskan permusuhan mereka. Rasulullah mengambil keputusan yang sangat bijak sehingga mereka redha terhadap apa yang dilakukan oleh Baginda s.a.w.. Allah mengetahui dakwah-Nya pasti berkembang ke timur dan barat dunia setelah ia menguasai semenanjung tanah Arab. Oleh itu, seluruh Arab mesti disediakan untuk memikul risalah ini dan berkorban di jalannya. Sekiranyajiwa para pemuka dipulihkan dengan

www.dakwah.info

95

pemberian ini, hati mereka akan terbuka untuk menerima cahaya dakwah. Mereka juga akan bersedia memikul bebanan dakwah. Inilah yang benar-benar terjadi. Setelah Rasulullah menjinakkan hati para pemimpin tersebut, rasa tidak puas hati dan kebencian kepada Islam dan dakwahnya lenyap daripada diri mereka. Apabila tentera Islam mula menjelajah bumi demi menyampaikan prinsip Islam dan mengeluarkan manusia daripada kegelapan kesesatan kepada cahaya Islam, semenanjung tanah Arab telah bersedia untuk memikul tugas bersejarah yang agung ini. Para pemimpin yang telah jinak hati mereka ini merupakan golongan pertama yang redha dan mara dalam pertempuran pembebasan tersebut. Sejarah mengesahkan pertarungan hebat mereka dalam siri pembukaan tersebut. Mereka juga mempunyai jasa besar dalam memperkukuhkan tunggak-tunggak Islam di luar semenanjung tanah Arab. Mereka menguruskan kerajaan Islam yang luas dan memimpin tenteranya yang melimpah-limpah. Mereka tetap diiktiraf sebagai mujahid. Meskipun pada permulaan Islam, mereka merupakan golongan yang dijinakkan (melalui berbagai pemberian). Ataupun mereka lambat memeluk Islam sehingga selepas pembukaan Makkah. Kebiasannya, mereka yang terkemudian berjaya menyusul mereka yang terdahulu. Orang yang lemah dapat mencapai keistimewaan orang yang kuat. Begitu juga ramai orang yang memperolehi keikhlasan beramal walaupun memulakannya tanpa ikhlas. Al-Hasan rahimahullah berkata: "Kami menuntut ilmu ini bukan kerana Allah, namun ilmu ini tetap mendorong agar ia dilakukan kerana Allah." Tokoh lain pula berkata: "Kami menuntut ilmu ini tanpa niat, namun niat datang kepada kami selepas itu." Cukuplah Allah menjanjikan kebaikan kepada golongan yang lewat memeluk Islam ini, sebagaimana firman-Nya:

t,xΡr& ô⎯¨Β Οä3ΨÏΒ “ÈθtGó¡o„ Ÿω 4 ÇÚö‘F{$#uρ ÏN≡uθ≈uΚ¡¡9$# ÛW≡uÏΒ ¬!uρ «!$# È≅‹Î6y™ ’Îû (#θà)ÏΖè? ωr& ö/ä3s9 $tΒuρ ª!$# y‰tãuρ yξä.uρ 4 (#θè=tG≈s%uρ ߉÷èt/ .⎯ÏΒ (#θà)xΡr& t⎦⎪Ï%©!$# z⎯ÏiΒ Zπy_u‘yŠ ãΝsàôãr& y7Íׯ≈s9'ρé& 4 Ÿ≅tG≈s%uρ Ëx÷Gxø9$# È≅ö6s% ⎯ÏΒ ∩⊇⊃∪ ×Î7yz tβθè=yϑ÷ès? $yϑÎ/ ª!$#uρ 4 4©o_ó¡çtø:$# Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Makkah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. Dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya akan apa yang kamu kerjakan.(AlHadid: 10) Ketiga: Tindakan Rasulullah s.a.w. mengumpul dan meredakan rasa terkilan Ansor kerana tidak mendapat apa-apa bahagian daripada rampasan perang, menjadi bukti kebijaksanaan politik dan kelembutan akhlak Baginda s.a.w. Apabila komen sesetengah Ansor berkaitan agihan rampasan perang sampai kepada Baginda, Baginda mengambil langkah proaktif untuk meredakan rasa terkilan tersebut. Baginda mengumpulkan mereka untuk tujuan itu. Baginda menyampai-kan ucapan yang bijaksana sekalipun Baginda tahu mereka mencintai dan setia mengikutinya. Mereka telah mengorban-kan darah dan harta mereka di jalan Allah. Tiada kebimbangan berlaku sesuatu yang mengurangkan iman atau menghumban mereka ke dalam kemarahan Allah dan Rasul-Nya. Namun Baginda memilih untuk menghilangkan prasangka yang mula tersemat dalam fikiran sesetengah mereka tentang isu tersebut. Ini salah satu sunnah terpuji yang mesti diikuti oleh para pemimpin dan ketua bersama penyokong dan pencinta mereka. Musuh menunggu-nunggu untuk mengekploitasi apa-apa kejadian atau kata-kata yang melemahkan pergantungan para www.dakwah.info

96

pengikut terhadap pemimpin mereka. Syaitan mem-punyai komplot yang jahat dan licik tipudayanya. Oleh itu, para pemimpin tidak boleh cuai mendapatkan dukungan penyokong walau mereka amat mempercayai para penyokong mereka. Seterusnya, perhatikan teknik bijak lagi berkesan yang digunakan oleh Baginda s.a.w. agar mereka berpuas hati dan yakin terhadap hikmah keputusan Baginda tersebut. Baginda menyebut jasa-jasa mereka kepada dakwah Islam, bantuan mereka kepada Baginda dan inisiatif segera mereka untuk memperbenarkan Baginda. Sedangkan ketika itu kaum Baginda sendiri mendustai dan mengusir Baginda. Baginda menyebut jasa-jasa mereka ini setelah memperingatkan mereka tentang jasa Allah kepada mereka. Allah telah menyelamatkan mereka daripada kesesatan, perpecahan dan permusuhan. Semua ini disebut agar mereka mudah menerima kehilangan semua keuntungan harta dunia (rampasan perang tersebut) jika dibanding dengan kebahagiaan dan petunjuk yang mereka perolehi. Dengan demikian, Baginda menegaskan dua perkara kepada mereka: a) Baginda tidak menyebelahi kaumnya dengan melupakan Ansor, sebagaimana dakwaan sesetengah mereka. b) Keputusan Baginda menyekat mereka daripada menerima rampasan perang berdasarkan kepada kekuatan beragama, kehebatan iman dan kecintaan mereka kepada Allah dan RasulNya. Sepanjang usiaku, tiada teknik lain yang lebih berkesan daripada teknik ini untuk memuaskan hati mereka yang berjasa dan lama dalam dakwah. Iaitu di kalangan mereka yang beriman dengannya, ikhlas, jujur serta tidak mengharapkan balasan mahupun terima kasih. Selawat dan salam Allah ke atas Baginda. Alangkah benar firman Allah berkenaan Baginda:

∩⊆∪ 5ΟŠÏàtã @,è=äz 4’n?yès9 y7¯ΡÎ)uρ Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.(AlQalam: 4) Keempat: Reaksi Ansor setelah mendengar ucapan Baginda s.a.w. merupakan contoh kejujuran iman dan kehalusan jiwa yang paling menarik. Mereka juga mengenang jasa Allah kerana memberi petunjuk dan menganugerahkan taqwa kepada mereka. Mereka menyifatkan usaha mereka menolong, menyokong dan berjihad sebagai kurniaan Allah dan Rasul-Nya. Mereka juga menyatakan bahawa, jika bukan kerana Allah, nescaya mereka tidak mendapat petunjuk. Jika bukan kerana Rasul-Nya, nescaya hati dan pandangan mereka tidak mendapat cahaya petunjuk. Jika bukan kerana Islam, nescaya Allah tidak akan menyatukan kembali kaum mereka setelah berpecah, atau memelihara darah mereka yang mengalir tanpa nilai. Jika bukan kerana Islam, pasti Allah tidak akan menyelamatkan mereka daripada penguasaan Yahudi kepada kemuliaan Islam, atau membebaskan mereka daripada jiran mereka (Yahudi) yang memperkudakan mereka. Mereka juga mengisytiharkan; mereka mengutamakan Rasulullah mengatasi segala limpahan harta dan keseronokan dunia Apabila Rasulullah s.a.w. mendoakan kerahmatan untuk mereka, anak-anak dan cucu-cucu mereka, air-air mata mereka bercucuran gembira kerana keprihatinan Rasulullah s.a.w.. Apatah lagi doa Baginda merupakan doayang mustajab. Adakah lagi bukti lain kepada kejujuran iman? Adakah di sana cinta yang lebih mulia dan indah daripada cinta ini? Semoga Allah meredhai mereka dan menjadikan mereka redha. Semoga Dia mengabadikan nama mereka di dunia dan menyertakan kita bersama mereka dalam syurga an-Naim. Hidup di samping Rasul-Nya yang dicintai lagi agung dan golongan yang Allah telah kurniakan nikmat ke atas mereka di kalangan para nabi, siddiqin, syuhada' dan mereka yang hampir dengan-Nya.

www.dakwah.info

97

Akhimya, peristiwa yang berlaku antara Rasulullah s.a.w. dan Ansor ini, mestilah diingati oleh setiap pendakwah dan dihafal oleh setiap penuntut ilmu. la antara peristiwa yang dapat menambahkan iman serta menggelorakan rasa cinta dan rindu kepada Rasulullah s.a.w. dan sahabatnya r.a..

www.dakwah.info

98

(B) MERUNTUHKAN PATUNG BERHALA Nabi Ibrahim a.s. (bapa para nabi selepas nabi Nuh a.s.) merupakan antara mereka yang memerangi ajaran keber-halaan anutan kaumnya. Sehingga kaumnya cuba membakarnya sebagaimana yang diceritakan oleh al-Quran al-Karim. Apabila Baginda datang ke Makkah, Baginda meninggalkan anaknya, Ismail a.s. dan ibunya di situ. Setelah Ismail meningkat remaja, mereka berdua sama-sama membina Kabah untuk dijadikan rumah ibadat Allah dan destinasi haji kepada orang ramai. Anak-anak Ismail semakin ramai (mereka dikenali sebagai Arab Musta'ribah, sebagaimana yang dinamakan oleh ahli-ahli sejarah). (Dari zaman ke zaman) Mereka masih tidak mengenali ajaran menyembah berhala dan patung. Kemudian menjadi satu ibadat kepada sesiapa yang mengembara meninggalkan Makkah, membawa seketul batu daripada Tanah Haram sebagai memuliakannya dan tanda kerinduan kepada Makkah. Di mana sahaja mereka singgah, mereka akan meletakkan dan bertawaf mengelilinginya sebagaimana mereka mengelilingi Kaabah. Mereka berbuat demikian untuk mengambil keberkatan dengannya, juga tanda cinta dan rindu mereka kepada Tanah Haram. Amalan ini berterusan sehinggalah 'Amru bin Luhayy membawa masuk amalan menyembah berhala kepada mereka (ahli sejarah mengatakan kejadian ini berlaku 500 tahun sebelum perutusan Nabi). Dia merupakan orang pertama yang mengubah agama Ismail a.s.. Asal-usulnya adalah seperti berikut: Dia merupakan penjaga pintu Kaabah selepas pengusiran Jurhum dari Makkah dan kawasan sekitarnya. Tak lama selepas itu, dia ditimpa sakit yang teruk. Dia diberitahu: "Di Balqa', Syam terdapat sebuah mata air panas (sekarang ini, tempat itu dikenali sebagai al-Hammah), jika kamu ke sana, kamu akan sembuh." Lalu dia ke sana dan mandi di situ. Dia kemudiannya sembuh. Dia mendapati penduduk di situ menyembah berhala, lantas bertanya: "Apa ini?" Mereka menjawab: "Kami meminta hujan turun dan kemenangan menewaskan musuh dengan patung-patung ini." Lantas, dia meminta mereka memberikan sebahagian patung tersebut kepadanya. Mereka memberikan kepadanya. Kemudian dia membawa patung itu ke Makkah dan menegakkannya di sekeliling Kaabah.11 Selepas itu. penyembahan berhala tersebar luas di semenanjung tanah Arab, hinggakan setiap penghuni rumah di Makkah mempunyai sebuah berhala yang mereka sembah di rumah. Apabila mereka mahu bermusafir, perkara terakhir yang diperlakukan di rumahnya ialah mengusap-usap berhala tersebut. Apabila pulang daripada musafir, perkara pertama yang dilakukan setelah memasuki rumahnya ialah mengusap-usap berhala tersebut. Setelah itu, penyembahan berhala di kalangan Arab menjadi-jadi. Ada di antara mereka yang membina rumah berhala. Ada pula yang membina patung. Sesiapa yang tidak mampu membina patung mahupun rumah berhala, dia mendirikan seketul batu di Tanah Haram atau di mana-mana yang mereka rasa bagus untuk menempatkannya. Dia kemudiannya mengelilinginya sebagaimana dia mengelilingi Baitullah. Ketika muisafir dan singgah di sesuatu tempat, seseorang itu akan mengutip empat ketul batu. Dia akan memilih batu manakah yang paling bagus, lalu menjadikannya sebagai tuhan. Tiga ketul batu lagi dijadikan sebagai batu alas periuk. Apabila berangkat, dia meninggalkannya. Apabila berhenti di perhentian yang lain, dia akan melakukan perbuatan yang sama.12 Arab mempunyai tiga berhala terbesar yang diagung-agungkan. Mereka mengerjakan haji dan menyembelihkan korban untuknya. Berhala yang paling tua ialah "Manat". la dibina di pinggir pantai menghala ke arah al-Musyallal di Qadid yang terletak antara Madinah dan Makkah. Semua Arab mengagungkannya dan yang paling mengagungkannya ialah kaum Aus dan Khazraj. Apabila Rasulullah s.a.w. keluar untuk membuka Makkah pada tahun ke-8 11 12

Kitab al-Asnam, Hisyam bin Muhammad bin as-Sa-ib al-Kalby, m.s 8. Kitab al-Asnam, Hisyam bin Muhammad bin as-Sa-ib al-Kalby, m.s 33.

www.dakwah.info

99

hijrah, Baginda mengutuskan Ali r.a. ke tempat berhala tersebut. Ali telah meruntuhkannya, seterusnya mengambil barang-barang yang dipersembahkan kepada berhala itu, lalu membawanya kepada Nabi s.a.w.. Antara barang yang diambilnya ialah; dua bilah pedang yang dihadiahkan untuk berhala itu oleh al-Harith bin Abi Syamir al-Ghassani, raja Ghassan. Al-Harith merupakan raja yang membunuh Syuja' bin Wahb al-Asadi r.a., utusan Nabi s.a.w. kepadanya yang mengajak kepada Islam. Tiada utusan Nabi s.a.w. yang dibunuh selain Syuja'. Berhala kedua bernama "al-Lat". Ia terletak di Toif. Merupakan sebongkah batu empat segi. Quraisy dan semua Arab mengagungkannya. Selepas Nabi s.a.w. pulang ke Madinah daripada pembukaan Makkah, rombongan Thaqif datang menemui Baginda. Mereka meminta Baginda s.a.w. membiarkan al-Lat tidak diroboh selama tiga tahun. Namun Baginda enggan menerima permintaan mereka. Mereka terus memohon penangguhan daripada Baginda dengan mengurangkan tempohnya setahun demi setahun, tetapi Baginda tetap enggan. Sehinggalah mereka meminta penangguhan untuk tempoh sebulan sahaja, namun Baginda masih enggan menerimanya. Ibnu Hisyam berkata: (Berdasarkan penjelasan mereka), Mereka ingin pemusnahan berhala tersebut ditangguhkan agar mereka terselamat daripada tindak tanduk golongan yang bodoh, wanita dan anak-pinak mereka. Mereka juga meminta penangguhan sehingga seluruh penduduk Taif memeluk Islam agar pemusnahan al-Lat tidak menimbulkan kejutan kepada kaum mereka. Namun Rasulullah enggan menerima permo-honan itu. Baginda mengutuskan Abu Suffian bin Harb dan al-Mughirah bin Syu'bah agar meruntuhkannya. Apabila alMughirah mula memukul dengan cangkulnya, wanita-wanita Thaqif keluar menangis meratapkan al-Lat seraya bersyair: Hendaklah kamu menangis sungguh-sungguh untuk si pembela, (Lantaran) mereka yang keji telah menyerahkannya (untuk diruntuhkan), Mereka (yang keji) itu tidak pandai berlawan pedang (mempertahankannya). Maksudnya: Alangkah hibanya! Al-Lat sebelum ini menjadi pembela kami daripada musuhmusuh dan menolak bala bencana, telah diserahkan oleh orang-orang yang keji untuk diruntuhkan. Orang-orang yang keji tersebut tidak memper-tahankannya mahupun bertarung pedang demi untuknya. Berhala ketiga bernama "al-'Uzza"13. Ia berada di sebelah kanan sesiapa yang bermusafir dari Makkah ke Iraq. Kaum Quraisy mengagungkannya. Apabila al-Quran turun mengutuk berhala itu juga berhala-berhala yang lain, Quraisy merasa amat marah. Ketika Abu Uhaihah iaitu Said bin al-'As bin Umaiyah bin 'Abd Syams bin 'Abd Manaf sakit nazak, Abu Lahab datang menziarahinya. Abu Lahab mendapatinya menangis, lantas bertanya: "Apakah yang menyebabkan kamu menangis wahai Abu Uhaihah? Adakah kamu menangis kerana kematian yang pasti?" Dia menjawab: "Tidak. Tetapi aku bimbang al-'Uzza tidak akan disembah lagi selepas (kematian) aku!" Abu Lahab berkata: "Demi Allah! Semasa hayatmu ia tidak disembah keranamu. Begitu juga selepas ketiadaanmu, penyembahannya tidak akan ditinggalkan kerana kematianmu." Lantas Abu Uhaihah berkata: "Sekarang, aku tahu bahawa aku mempunyai pengganti!" Kesungguhan Abu Uhaihah berpenat lelah menyembah berhala

13

Uzza adalah batang pohon kurma yang disembah oleh Bani Ghatfan. Mereka mendirikan di atasnya sebuah pondok. Uzza mempunyai penjaga. (Mu'jam Buldan). (pent.).

www.dakwah.info

100

itu menakjubkan Abu Lahab.14 Pada tahun pembukaan Makkah, Nabi s.a.w. memanggil Khalid bin al-Walid dan memerintahkannya untuk bertolak memusnahkan berhala tersebut. Apabila Khalid sampai kepada berhala itu, penjaganya, Dubayyah bin Harami asy-Syaibani berseru: Wahai Uzza lawanlah dengan keras, janganlah kamu mendustakan, Lemparkan kain selendang dan sinsingkan baju untuk melawan Khalid, Sekiranya kamu tidak membunuh Khalid pada hari ini, Kamu akan menanggung kehinaan segera dan membantunya mengalahkanmu. Lantas Khalid berkata: Wahai 'Uzza, keingkaran untuk kamu bukan keampunan, Aku lihat Allah telah menghinamu. Mereka mendakwa berhala itu berupa seorang wanita habsyi yang berambut kusut masai. Wanita itu meletakkan tangannya di atas bahunya dan berada dalam batang pokok yang ditebang oleh Khalid. Dia telah menentang Khalid dalam rupa bentuk sedemikian. Khalid memenggalnya mengakibatkan kepalanya terbelah. Rupa-rupanya wanita itu hitam seperti arang. Apabila Khalid memberitahu Rasulullah tentang perlaksanaan tugas tersebut, Baginda a.s. bersabda: "Itulah al-Uzza. Tiada lagi al-Uzza selepas ini bagi Arab. Ia tidak akan disembah lagi selepas hari ini".15 Inilah berhala-berhala Arab yang paling terkenal pada zaman jahiliah. la disebut oleh al-Quran melalui firman Allah:

∩⊄⊃∪ #“t÷zW{$# sπsWÏ9$¨W9$# nο4θuΖtΒuρ ∩⊇®∪ 3“¨“ãèø9$#uρ |M≈¯=9$# ãΛä⎢÷ƒu™tsùr& (Setelah kamu - wahai kaum musyrik Makkah -mendengar keterangan yang membuktikan kekuasaan dan keagungan Allah) maka adakah kamu nampak bahawa "Al-Lat" dan "Al-Uzza". Serta "Manat" yang ketiga, yang bertaraf rendah lagi hina itu (layak disembah dan dianggap sebagai anakanakperempuan Allah)? (An-Najm: 19-20) Ketika Rasulullah memasuki Baitul Haram pada hari pembukaan Makkah, Baginda menemui gambar-gambar malaikat dan lain-lain lagi. Baginda juga mendapati gambar nabi Ibrahim a.s. dalam bentuk memegang anak-anak panah yang digunakan untuk tilikan nasib. Baginda lantas bersabda: Semoga Allah memerangi mereka. Mereka menjadikan syeikh kami (nabi Ibrahim) tempat menilik nasib menggunakan anak panah. Apa kaitan nabi Ibrahim dengan panah-panah tilikan nasib? "Bukanlah nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi, dan bukanlah dia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi dia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada 14

Kitab al-Asnam, Hisyam bin Muhammad bin as-Sa-ib al-Kalby, m.s 23. Dalam Mu'jam al-Buldan menukilkan satu riwayat daripada Abu Soleh daripada Abdullah bin Abbas r.a., beliau berkata: Uzza merupakan syaitan betina yang mendiami antara tiga batang pokok di tengah-tengah kebun tamar. Apabila berlaku pembukaan Kota Makkah, Rasulullah s.a.w. telah mengutus Khalid bin al-Walid. sabdanya: "Pergilah kamu ke tengah-tengah kebun tamar dan kamu akan berjumpa dengan tiga batang pohon tamar. Tembanglah batang yang pertama." Lalu Khalia pergi dan menebang pohon yang pertama. Kemudian beliau kembali bertemu dengan Rasulullah, lalu Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?" "Tidak"; jawab Khalid. "Tebang pohon yang kedua."; arah Baginda s.a.w.. Beliau pergi melaksanakan arahan tersebut dan kembali bertemu dengan Rasulullah. Baginda bertanya: "Adakah kamu menjumpai sesuatu?" "Tidak"; jawab Khalid "Tebang pohon yang ketiga."; arah Baginda s.a.w. lagi. Apabila beliau berhadapa-dengan pohon ketiga, keluar seekor syaitan betina berambut kusut masai dan meletakkan dua tangannya di atas bahu sambil menampakkan taringnya. Lalu Khalid memancung kepalanya (pent.). 15

www.dakwah.info

101

Allah), dan dia pula bukanlah dari orang-orang musyrik." (maksud Ali Imran: 67) Baginda memerintahkan agar semua gambar-gambar tersebut dipadamkan. Perintah Baginda itu terus dilaksanakan. Ibnu Abbas berkata: Rasulullah s.a.w. memasuki Makkah pada hari pembukaannya dengan menaiki tunggangan Baginda. Baginda juga melakukan tawaf menggunakan tunggangannya itu. Di sekeliling Baitullah terdapat patung-patung berhala yang diikat dengan timah. Nabi s.a.w. menunjuk isyarat kepada berhala-berhala itu menggunakan sebatang ranting kayu di tangannya, seraya berkata:

∩∇⊇∪ $]%θèδy— tβ%x. Ÿ≅ÏÜ≈t7ø9$# ¨βÎ) 4 ã≅ÏÜ≈t6ø9$# t,yδy—uρ ‘,ysø9$# u™!%y` ö≅è%uρ Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap. (Al-Isra’: 81) Mana-mana berhala yang ditunjuk oleh Baginda dari arah hadapan akan tumbang terlentang ke belakang. Sementara mana-mana berhala yang ditunjuk dari arah belakang akan tumbang tersungkur ke depan. Sehingga tiada lagi berhala yang tinggal tegak. Kesemuanya tumbang. Selepas beberapa bulan pembukaan Makkah, semua berhala di semenanjung tanah Arab telah diruntuhkan dari singgahsananya. Para penyembahnya telah mengkufurinya. Mereka yang pernah menyembah berhala kelmarin, bertukar menjadi malu kerana kecetekan pemikiran mereka hingga sanggup menyembah batu yang tidak memberi mudarat atau manfaat, mahupun menolak sesuatu kejadiari. Sejak awal risalah Islam, Islam bertindak menyebarkan keburukan berhalaberhalayang dijadikan tuhan ini, mencela penyembahannya serta menyeru kepada agama fitrah; menyembah Allah Pencipta alam kejadian dan Tuhan sekalian alam. Semenanjung tanah Arab, diketuai oleh Quraisy telah menentang dakwah ini. Mereka melihat dakwah ini sebagai satu seruan yang amat pelik.

∩∈∪ Ò>$yfãã í™ó©y´s9 #x‹≈yδ ¨βÎ) ( #´‰Ïn≡uρ $Yγ≈s9Î) sπoλÎ;Fψ$# Ÿ≅yèy_r& "Patutkah dia menafikan tuhan-tuhan yang berbilang itu dengan mengatakan: Tuhan hahya Satu? Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang menakjubkan!" (Sad: 5) Semenanjung tanah Arab saling bertelagah dan kacau bilau ekoran agama baru ini. Mereka cuba membunuh dan menghapuskan Rasulnya dengan segala cara. Namun akhirnya kemenangan berpihak kepada Rasulullah s.a.w. selepas perjuangan yang berlarutan selama 21 tahun. Baginda membuka ibu kota keberhalaan (Makkah), memusnahkan tuhan-tuhannya, menewaskan bala tenteranya dan menumpaskan konspirasi para pemimpinnya. Adakah akal dapat mempercayai semua ini lantaran ia berjaya disempurnakan dalam tempoh sesingkat ini? Ketika Rasulullah s.a.w. memulakan dakwah, tiada seorang manusia pun bersama Baginda. Bolehkah kejayaan ini tercapai, jika bukan kerana Allah yang menjadi Pengatur di belakang dakwah ini, mempersiapkan ketumbukan tenteranya dan memandu perjalanan pertempurannya?

www.dakwah.info

102

u’Í?ö7ãŠÏ9uρ 4 4’tΓu‘ ©!$#  ∅Å3≈s9uρ |Mø‹tΒu‘ øŒÎ) |Mø‹tΒu‘ $tΒuρ 4 óΟßγn=tGs% ©!$#  ∅Å3≈s9uρ öΝèδθè=çFø)s? öΝn=sù ∩⊇∠∪ ÒΟŠÎ=tæ ìì‹Ïϑy™ ©!$# χÎ) 4 $·Ζ|¡ym ¹™Iξt/ çµ÷ΖÏΒ š⎥⎫ÏΖÏΒ÷σßϑø9$# Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jualah yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir). (Al-Anfal: 17) Muhammad bin Abdullah telah menamatkan tragedi pemikiran Arab yang berterusan hampir 500 tahun atau lebih. Baginda membebaskan akal Arab daripada belenggu dan khurafat keberhalaan. Baginda juga menyelamatkan kehormatan mereka daripada penghinaan dan kekejian kepercayaan itu. Baginda membuka pintu-pintu kemerdekaan dan kemulian abadi untuk Arab. Mereka memasuki pintu-pintu itu tanpa keluar kembali. Rasulullah s.a.w. telah berkata benar dengan sabda Baginda: “Selepas ini tiada lagi al-Uzza untuk Arab. Ia tidak akan disembah lagi selepas hari ini.” Semenanjung tanah Arab telah mengucapkan selmat tinggal kepada kehidupan keberhalaan untuk selama-lamanya. Pemikiran Arab telah mencapai usia matang. Mereka tidak rela untuk kembali semula ke zaman kanak-kanak; zaman keberhalaan yang mendorong penganutnya meletakkan dahinya ke kaki batu yang tuli lagi bisu. Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., peperangan dan fitnah telah berlaku. Ada di kalangan mereka yang mengaku nabi. Ada pula yang membangkang al-Quran. Akan tetapi kita tidak mendengar seorang Arab pun yang berfikir untuk kembali kepada kepercayaan keberhalaan dan tuhantuhannya. Ini kerana seorang yang berusia matang tidak akan kembali menjadi kanak-kanak lagi. Semua perubahan ini dicapai dengan sempurna hasil jasa nabi Muhammad s.a.w. dan risalah Baginda. Setiap orang Arab (sejak zaman nabi) sehingga tamatnya dunia ini terhutang budi kepada Baginda kerana menyelamat dan membebaskan mereka daripada keberhalaan. Baginda juga berjasa dalam meningkatkan petunjuk kepada bangsa-bangsa di muka bumi ini, sama ada mereka yang mengikuti petunjuk itu, mahupun yang menolaknya. Allah telah menjelaskan perkara ini dengan firman-Nya:

|=≈tGÅ3ø9$# ãΝßγßϑÏk=yèãƒuρ öΝÍκÏj.t“ãƒuρ ⎯ϵÏG≈tƒ#u™ öΝÍκön=tã (#θè=÷Ftƒ öΝåκ÷]ÏiΒ Zωθß™u‘ z⎯↵Íh‹ÏiΒW{$# ’Îû y]yèt/ “Ï%©!$# uθèδ ∩⊄∪ &⎦⎫Î7•Β 9≅≈n=|Ê ’Å∀s9 ã≅ö6s% ⎯ÏΒ (#θçΡ%x. βÎ)uρ sπyϑõ3Ïtø:$#uρ Dia-lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w.) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya), dan membersihkan mereka (dari i’tiqad yang sesat), seta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (Al-Jumuah: 2)

www.dakwah.info

103

(C) GHAZWAH TABUK Secara ringkas, pengajaran dan pedoman yang paling penting dalam Ghazwah ini ialah: Pertama: Sebab ghazwah ini berlaku; Rom telah mengumpulkan angkatan tentera yang besar di Syam. Maharajanya, Herkules telah memberi upah kepada pendudukpenduduknya selama setahun. Kablah-kabilah Arab juga telah bergabung dengan tentera ini. Mereka terdiri daripada kabilah: Lakhm, Juzam, Ghassan dan Amilah. Rom kemudiannya menghantar pasukan tentera hadapan mereka al-Baqa’ (kawasan perkampungan yang dibina oleh penduduk Damsyiq. Terletak antara Syam dan Wadi al-Qura). Apabila berita itu sampai kepada Rasulullah s.a.w., Baginda mengajak orang ramai untuk keluar berperang ke Tabuk. Baignda menyeru mereka supaya bersiap sedia, di samping menyeru golongan kaya untuk meyumbang dan menderma. Ini menjelaskan kepada kita tabiaat peperangan dalam Islam. Peperangan dalam Islam bukan bersikap menceroboh atau provokasi. Tetapi bertujuan mempertahankan agama dan negara, mencegah penceroboh serta menghalang mereka daripada mengganggu dan membuat kerosakan. Ini dinyatakan secara jelas oleh banyak ayat al-Quran. Kami telah memperkatakan tentang sebab-sebab disyariatkan perang dalam Islam, objektif dan jalan-jalannya. Kami telah terangkan perkara-perkara tesebut dalam nota kuliah untuk tahun satu. Keberangkatan Rasulullah s.a.w. untuk keluar ke Tabuk selepas persiapn dan perhimpunan angkatan Rom menjadi penyokong kepada kata-kata kami ini. Kesediaan sesetengah kabilah Arab untuk bersama Rom menentang orang Islam menjadi bukti bahawa mereka berada jauh daripada kefahaman dan risalah pembebasan yang dibawa oleh Islam kepada manusia secara umum dan Arab secara khusus. Jika mereka mengetahuinya, nescaya mereka akan menolak untuk emnajdi pembantu Rom melawan anak bangsa mereka sendiri di kalangan orang Arab Islam. Kedua: Seruan Rasul s.a.w. agar bersiap sedia untuk berperang dibuat ketiak waktu susah, panas dan musim buah-buahan dipetik. Orang-orang beriman yang jujur dan segera menyahut seruan Rasul tersebut tanpa mempedulikan kesusahan mahupun kemiskinan. Orang-orang munafik pula menarik diri. Mereka mengemukakan pelbagai alasan. Demikianlah, hakikat orang-orang yang ikhlas dan orang-orang munafik akan jelas terserlah pada waktu-waktu genting. Mereka yang berlagak akan terbongkar pekungnya pada waktu dugaan. Allah Taala telah berfirman:

⎯ÏΒ t⎦⎪Ï%©!$# $¨ΖtFsù ô‰s)s9uρ ∩⊄∪ tβθãΖtFøムŸω öΝèδuρ $¨ΨtΒ#u™ (#þθä9θà)tƒ βr& (#þθä.uøIムβr& â¨$¨Ζ9$# |=Å¡ymr& ∩⊇∪ $Ο!9# ∩⊂∪ t⎦⎫Î/É‹≈s3ø9$# £⎯yϑn=÷èu‹s9uρ (#θè%y‰|¹ š⎥⎪Ï%©!$# ª!$# £⎯yϑn=÷èu‹n=sù ( öΝÎγÎ=ö6s% Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman,” sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang sebenarsebenarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya tentang orangorang yang berdusta. (Al-Ankabut: 1-3) Dakwah dan bangsa hanya tertegak dan bangkit melalui pembersihan saf-safnya daripada golongan munafik dan penipu. Hanya orang yang mempunyai keazaman yang

www.dakwah.info

104

benar, niat yang ikhlas dan prinsip yang kukuh akan tetap teguh menghadapi kesusahan. Alangkah ramai orang yang lemah iman dan para penipu menghalang perjalanan dakwah islah dalam umat. Mereka berusaha menyekat Islam daripada meraih atau melambatkan kemenangan walau seketika. Angkatan tentera Islam dalam ghazwah Tabuk telah emnyinkirkan mereka yang seumpama ini. Pekung mereka terbongkar. Kelemahan iman dan kerapuhan azam mereka terserlah. Satu angkatan tentera yang mempunyai saf yang tersusun, bersatu padu, iman yang kukuh dan setia kepada janji lebih berfaedah kepada umat walaupun bilangan mereka kecil. Mereka lebih hampir kepada kemenangan berbanding dengan tentera yang bilangannya besar tetapi berbeza gagasan, kemampuan dan keteguhan.

∩⊄⊆®∪ t⎦⎪ÎÉ9≈¢Á9$# yìtΒ ª!$#uρ 3 «!$# ÈβøŒÎ*Î/ OοuÏWŸ2 Zπt⁄Ïù ôMt7n=xî A's#ŠÎ=s% 7πt⁄Ïù ⎯ÏiΒ ΝŸ2 "Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar". (Al-Baqarah: 249) Ketiga: Para sahabat yang kaya segera menyumbang menderma. Contohnya Abu Bakar, Umar, Othman dan lain-lain. Ini menjadi bukti terhadap tindak tanduk keimanan dalam jiwa orang-orang mukmin. Iman mendorong mereka untuk segera melakukan kebaikan, juga melawan hawa nafsu dan naluri diri. Iman ini diperlukan oleh setiap umat dan setiap dakwah untuk menjamin kemenangan ke atas musuh dan menjamin kewujudan sumber-sumber danayang mereka perlukan. Kita dapati umat kita pada hari ini amat memerlukan keimanan sebegini. Kerana kita berdepan dengan berbagai musuh, bebanan berat, pertempuran dahsyat dan, kekuatan dan kelicikan musuh. Oleh itu, kita tidak dapat menewaskannya melainkan dengan menggandakan pengorbanan harta, jiwa, hawa nafsu dan syahwat. Ini hanya dapat dicapai oleh agama yang mempunyai kefahaman sahih tentang hakikat keimanan. Agama ini mendidik jiwa-jiwa untuk ikhlas menyumbang dan berpenat lelah untuk umat mereka. Mereka melakukannya sebagai satu jihad yang diberi ganjaran oleh Allah, sebagaimana Dia memberi ganjaran kepada mujahidin di medan perjuangan. Usaha terbaik yang sepatutnya dilakukan oleh para pengislah dan pemimpin kebangkitan ialah menyemai agama dalam jiwa-jiwa manusia dengan baik. Setiap penentangan kepada agama, seruan untuk membebaskan diri daripadanya atau reaksi mempersendakan agama merupakan jenayah nasional yang boleh mengakibatkan natijah paling buruk dan kesan paling bahaya. Demikianlah yang diajarkan oleh Allah kepada kita. la disahkan oleh sejarah lalu dan dibuktikan oleh pengalaman masa kini. Penafian tentang hakikat ini merupakan kesilapan yang hanya dilakukan oleh merekayang jiwanya tidak ikhlas kepada kebenaran, hatinya tidak terbuka kepada kebaikan dan peribadinya tidak dihiasi sifatsifat ketinggian mahupun kemuliaan. Keempat: Terdapat mereka yang datang menemui Rasulullah s.a.w., meminta keizinan Baginda untuk berperang tetapi terpaksa ditolak kerana Baginda tidak memperolehi tunggangan yang boleh membawa mereka. Mereka telah beredar dengan linangan air mata kerana sedih disebabkan terhalang daripada memperolehi kemuliaan berjihad bersama Rasulullah s.a.w.. Peristiwa yang diceritakan oleh Allah dalam kitab-Nya ini merupakan contoh paling indah tentang kehebatan iman mencipta perkara yang luar biasa. Kebiasaan manusia akan gembira apabila dia terselamat daripada bahaya dan jauh daripada peperangan. Namun orang-orang mukmin yang jujur ini menangis. Mereka menganggap diri mereka telah terlepas daripada memperolehi habuan pahala Allah yang besar dan peluang mencapai mati syahid di jalan-Nya. Adakah terdapat prinsip yang bertindakbalas dalam jiwa sebagaimana tindakbalas iman dalam jiwa mereka ini? Apakah pula kerugian yang menimpa umat apabila

www.dakwah.info

105

mereka ketiadaan tokoh-tokoh sebegini? Kisah tiga orang yang tidak pergi berjihad kerana mengutamakan kerehatan, tidak mahu berpanas dan lebih suka tinggal di rumah, padahal mereka adalah orang-orang mukmin yang jujur, mengandungi pengajaran yang banyak. Selepas beberapa ketika, iman dalam jiwa mereka tersedar. Lantas mereka mengetahui bahawa mereka telah melakukan dosa yang besar kerana tidak turut serta bersama Rasulullah s.a.w. dan orang-orang mukmin. Namun begitu, keinsafan ini tidak menyebabkan mereka terlepas daripada hukuman. Hukuman mereka cukup keras dan membuatkan mereka serik. Seluruh masyarakat memboikot mereka. Orang ramai hinggakan isteri-isteri mereka dilarang bercakap dan berbicara dengan mereka. Setelah terbukti kejujuran taubat, penyesalan, kesedihan dan dukacita mereka, Allah mengurniakan keampunan kepada mereka. Apabila mereka diberitahu tentang khabar gembira tersebut, mereka girang tidak terhingga. Sesetengah mereka mensedekahkan harta dan pakaian mereka sebagai tanda kesyukuran kepada Allah di atas nikmat keredhaan dan keampunan-Nya. Pengajaran sebegini menghalang mukmin yang jujur keimanannya daripada culas dalam kerja-kerja yang wajib. Dia tidak akan rela berehat sedangkan orang ramai berpenat lelah. Apatah lagi bersenang lenang sedangkan orang ramai bersusah payah. Inilah tabiat iman; kamu sentiasa merasakan bahawa kamu merupakan ahli dalam satu kumpulan atau sebahagian daripada keseluruhan bahagian. la juga menye-babkan kamu merasakan apa yang menimpa kumpulan turut menimpa kamu. Begitu juga, apa yang berfaedah kepada mereka, turut berfaedah kepada kamu. Kesenangan tiada erti jika umat dalam kesusahan dan penderitaan. Rehat tiada lazat-nya sekiranya orang lain penat dan letih. Kamu juga merasakan sikap meninggalkan kewajipan merupakan satu tanda kekurangan iman dan kecacatan agama. Ia juga merupakan dosa yang perlu bertaubat dan kembali kepada Allah. Kisah ini juga memberi pengajaran kepada kita, bahawa akidah mengatasi hubungan kerabat. Begitu juga, perlaksanaan sistem yang diakui syarak didahulukan daripada mematuhi hawa nafsu dan emosi. Hubungan kerabat pula tidak dapat membantu apa-apa di hadapan kemarahan dan kemurkaan Allah.

∩∉⊂∪ íΟŠÏ9r& ë>#x‹tã öΝåκz:ÅÁム÷ρr& îπuΖ÷FÏù öΝåκz:ŠÅÁè? βr& ÿ⎯ÍνÍö∆r& ô⎯tã tβθàÏ9$sƒä† t⎦⎪Ï%©!$# Í‘x‹ósuŠù=sù Oleh itu, hendaklah mereka yang mengingkari perintahnya beringat serta berjaga-jaga jangan mereka ditimpa bala bencana, atau ditimpa azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (An-Nur: 63)

www.dakwah.info

106

(D) HAJJATUL WADA (HAJI SELAMAT TINGGAL) Hajjatul Wada merupakan satu-satunya haji yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. selepas diutuskan sebagai Rasul. Apabila orang ramai mendengar Rasulullah s.a.w. akan mengerjakan haji pada tahun tersebut, mereka berbondong-bondong datang dari pelbagai pelusuk semenanjung tanah Arab untuk sama-sama mengerjakan haji. Hinggakan bilangan mereka (mengikut sesetengah ahli sejarah) mencapai jumlah 114 ribu orang. Kami anggap bilangan ini adalah bilangan anggaran. Jika tidak, bagaimanakah mereka boleh dihitung dan ditentukan bilangan seramai itu? Rasulullah s.a.w. telah menyampaikan khutbah Baginda yang masyhur. Setiap penuntut wajib menghafalnya kerana ia mengandungi pengisytiharan prinsip-prinsip umum Islam, la juga merupakan khutbah terakhir Baginda. Di dalamnya terkandung: "Wahai manusia! Dengarlah sabdaku. Aku tidak tahu, boleh jadi aku tidak akan menemui kamu selepas tahun ini di tempat ini untuk selama-lamanya. (Ramalan ini adalah antara mukjizat Rasulullah s.a.w.). Wahai manusia! Darah dan harta kamu mesti dihormati sehingga kamu bertemu kembali dengan Tuhan kamu. la mesti dihormati sebagaimana kehormatan hari kamu ini (Hari Arafah) dan kehormatan bulan kamu ini (bulan haram Zulhijjah). Kamu akan bertemu dengan Tuhan kamu, lalu Dia akan menyoal kamu tentang amalan-amalan kamu. Sesungguhnya aku telah menyampaikan. Sesiapa yang mempunyai amanah, hendaklah dia menunaikan amanah itu kepada pemberi amanah. Semua amalan riba dihapuskan. Namun kamu berhak memiliki modal kamu tanpa kamu menzalimi atau dizalimi. Allah telah menetapkan tiada riba (lagi diamalkan). Oleh itu, semua riba kepunyaan Abbas bin Abdul Muttolib dihapuskan. Setiap tuntutan darah pada zaman jahiliah digugurkan. Tuntutan darah pertama yang aku gugurkan ialah darah Ibnu Rabiah bin al-Harith bin Abdul Muttolib (dia disusukan oleh Bani Laith dan telah dibunuh oleh Huzail). Dia merupakan tuntutan darah jahiliah pertama yang aku mulakan pengguguran tuntutannya. Wahai manusia! Syaitan telah berputus asa buat selama-lamanya untuk dia disembah lagi di bumi kamu ini. Namun sekiranya dia dipatuhi dalam perkara lain yang kamu anggap lekeh, ia sudah cukup untuk menyenangkan hatinya. Oleh itu, berwaspadalah terhadap agama kamu. Wahai manusia! Perbuatan menangguh tarikh bulan-bulan haram adalah penambahan kepada kekufuran. Orang-orang kafir menyesatkan orang ramai dengan perbuatan itu. Mereka menghalalkan bulan tersebut untuk setahun dan mengharamkannya untuk setahun yang lain dengan tujuan melakukan perkara-perkara yang Allah haramkan. Justeru itu, mereka menghalalkan perkara yang diharamkan Allah dan mengharamkan perkara yang dihalalkan Allah. Waktu telah berputar sebagaimana keadaan asalnyapada hari Allah menciptakan langit dan bumi. Bilangan bulan di sisi Allah ialah 12 bulan. Empat bulan daripadanya adalah bulan haram: tiga bulan berturut-turut dan satu lagi ialah Rajab Mudhar1 yang berada antara Jamadil Akhir dengan Syaaban. Wahai manusia! Kamu mempunyai hak ke atas isteri-isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu. Hak kamu ke atas mereka ialah mereka tidak boleh membenarkan sesiapa yang kamu bend (sama ada lelaki mahupun wanita, mahram mahupun ajnabi) memasuki rumah kamu. Mereka juga tidak

www.dakwah.info

107

boleh Kaum Mudhar amat memuliakan bulan Rajab. Oleh kerana itu, bulan tersebut dikaitkan dengan mereka. melakukan perkara keji. Sekiranya mereka melakukannya, Allah membenarkan kamu untuk meninggalkan tidur dengan mereka dan memukul mereka dengan pukulan yang tidak keras. Sekiranya mereka berhenti daripada perbuatan-perbuatan ini, mereka berhak mendapat rezeki dan pakaian yang baik. Terimalah pesanan aku untuk berbuat baik dengan wanita ini. Mereka adalah pembantu kamu. Mereka tidak memperolehi apa-apa bagi diri mereka. Kamu mengambil mereka sebagai amanah Allah serta menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah. Fahamilah sabdaku ini, wahai manusia! Sesungguhnya aku telah menyampaikan. Aku telah tinggalkan kepada kamu satu perkara yang jelas,jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selamalamanya: Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya. Wahai manusia! Dengar dan fahamilah sabdaku. Kamu tahu bahawa setiap orang Islam saudara kepada orang Islam yang lain. Sesungguhnya orang Islam bersaudara. Milik saudaranya tidak halal bagi seseorang kecuali apa yang diberikannya dengan rela hati. Oleh itujangan kamu menzalimi diri-diri kamu. Ya Allah, adakah aku telah menyampaikan?" Perkara pertama yang menarik perhatian dalam peristiwa Hajjatul Wada ialah kehadiran manusia yang begitu ramai bersama Rasul s.a.w.. Mereka datang dari segenap pelusuk semenanjung tanah Arab. Mereka beriman dengan Baginda, membenarkan risalahnya serta patuh kepada arahan-nya. Sedangkan 23 tahun sebelum itu, mereka semuanya berpegang kepada keberhalaan dan syirik. Mereka mengingkari prinsip-prinsip risalah Baginda dan merasa pelik dengan seruan tauhid yang disampaikan oleh Baginda. Mereka juga menjauhkan diri daripada kritikan Baginda terhadap nenek moyang mereka yang menyembah berhala, juga hujah Baginda memperbodohkan khayalan mereka. Bahkan ramai antara mereka yang menentang dan menunggu-nunggu masa untuk bertindak kepada Baginda. Bahkan mereka merancang untuk membunuh, mempersiapkan angkatan untuk menyerang dan bertarung dengan Baginda menggunakan pedang juga lembing. Bagaimanakah revolusi perubahan yang mengkagumkan ini berlaku dalam tempoh sesingkat ini? Bagaimanakah Rasulullah s.a.w. dapat menukar kelompok manusia yang ramai ini daripada pegangan keberhalaan, jahiliah, kerosakan dan perpecahan kepada mentauhidkan Allah, mengenali zat dan sifat-Nya, bersatu padu dan mempunyai satu objektif juga matlamat? Bagaimana mereka boleh mencintai Baginda sedangkan sebelum ini mereka memusuhi, kuat menentang dan terus bertelingkah dengan Baginda? Seorang manusia, walau sepintar, selicik dan sehebat mana peribadinya, adalah mustahil dia mampu mencapai perubahan ini dalam masa ratusan tahun. Kita tidak pernah mendengar fenomena sebegini pada umat terdahulu mahupun kini. Perubahan ini pasti disebabkan oleh kebenaran risalah, sokongan langit, pertolongan Allah dan mukjizat agama yang syumul lagi sempurna. Agama ini dijadikan sebagai penyempur-naan nikmat Allah ke atas hamba-hamba-Nya dan penutup risalah-Nya kepada manusia. Allah menghendaki agama ini berperanan menghentikan kesengsaraan umat yang sesat di celah lorong-lorong kehidupan, juga yang hina kerana hawa nafsu dan sentimen 'asobiyyah. Dia juga mahu menunjukkan mereka jalan hidayah dan membuka mata mereka kepada cahaya kebenaran. Dia ingin melantik mereka sebagai pemimpin bangsa-bangsa dan perubah perjalanan sejarah. Dia juga mahu mereka menghapuskan kehinaan manusia, seterusnya mewariskan kepada mereka, hikmah dan Kitab yang menjadi petunjuk dan peringatan kepada orang-orang yang berakal. Seratus empat belas ribu orang manusia yang sebelumnya mendustai, memerangi,

www.dakwah.info

108

membenci dan memberontak terhadap Baginda, bertukar menjadi mereka yang mempercayai, mematuhi, mencintai dan mentaati Baginda. Semua itu dalam tempoh 23 tahun. Ini adalah perbuatan Allah Yang Maha Benar lagi Maha Nyata. Maha suci Allah daripada apa yang mereka sekutukan. Maha suci zat Rasul-Nya daripada apa yang dikatakan oleh para atheis. Maha Suci Tuhan kamu, Tuhan Yang Maha Mulia daripada apa yang mereka sifatkan. Selamat ke atas para rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Perkara kedua yang menarik perhatian dalam peristiwa hajjatul Wada ini ialah khutbah yang bertenaga lagi jitu yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada semua manusia. Begitu juga dengan pengisytiharan prinsip-prinsip selepas sempurna risalah dan kepimpinan Baginda. la merupakan penegasan terhadap prinsip-prinsip yang diisytiharkan sejak permulaan dakwahnya. Iaitu ketika Baginda masih keseorangan, ditindas, sedikit dan lemah. la adalah prinsip yang tetap dan tidak berubah, sama ada ketika sedikit mahupun ramai, ketika perang mahupun aman, kalah mahupun menang, dunia menentang mahupun menerimanya, musuh kuat mahupun lemah. Sedangkan kita mengetahui terdapat di kalangan pemimpin-pemimpin dunia, mereka yang berbolak balik ialam pegangan akidah dan prinsip. Pegangan mereka bercanggah ketika lemah dan ketika kuat. Cara dan objektif mereka pula berubah-ubah. Mereka menyatakan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang mereka sembunyikan dalam diri. Mereka juga mengajak kepada perkara yang mereka tidak percayai. Mereka memakai pakaian pendeta ketika lemah dan kulit serigala ketika kuat. Fenomena ini adalah kerana mereka itu "rasul" kepada maslahat, sedangkan para Nabi adalah rasul kepada Allah. Amat jauh beza antara mereka yang mengerumuni bangkai busuk dengan mereka yang berenang dalam lautan cahaya petunjuk. Begitu juga terlalu jauh beza mereka yang bekerja untuk diri sendiri dengan mereka yang bekerja untuk kemanusiaan. Juga amat jauh beza antara penyokong-penyokong syaitan dengan penyokong-penyokong Tuhan ar-Rahman. Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (AlBaqarah: 257)

www.dakwah.info

109

(E) PENGUTUSAN TENTERA USAMAH Usaha terakhir Rasulullah s.a.w. ialah mempersiapkan satu angkatan tentera ke Syam di bawah pimpinan Usamah bin Zaid bagi menyebar dan mempertahankan dakwah. la juga merupakan usaha menghalang serangan penceroboh dan tindakan proaktif untuk berhadapan dengan musuh yang menunggu-nunggu peluang menyerang negara Islam yang baru ditegakkan. Baginda memerintahkan beliau untuk menginjakkan kaki di sempadan al-Balqa' dan ad-Darum di bumi Palestin. Angkatan tentera tersebut terdiri daripada golongan Muhajirin, Ansor dan orang Islam yang tinggal di sekeliling Madinah. Tiada seorang pun yang terkecuali. Ketika angkatan tersebut berkumpul di Madinah bersedia untuk berangkat, Rasulullah s. a.w mula jatuh sakit; Sakit yang berakhir dengan kewafatan Baginda. Oleh itu, bala tentera tersebut menangguhkan perjalanan mereka kerana menunggu sehingga Rasul sembuh. Mereka juga ingin mendapat saranan dan petunjuk Baginda. Namun beberapa hari selepas itu Rasulullah s.a.w. wafat. Allah telah memilih Baginda untuk kembali ke pangkuanNya. Iaitu setelah Baginda menunaikan amanat, menyampaikan risalah dan mempersiapkan seluruh semenanjung tanah Arab untuk membawa panji-panji Islam. Mereka telah bersedia untuk menyebarkan peradaban dan ajarannya ke segenap ceruk bumi. Ketika itu tentera Islam juga telah mampu untuk memikul beban amanah yang membawa impak besar kepada sejarah. Baginda diwafatkan selepas tersedia anggota tentera yang layak untuk mengharungi siri pertempuran demi amanah tersebut. Para panglima berkaliber untuk memimpin peperangan dan tokoh-tokoh agung lagi soleh untuk menguruskan negara telah berjaya dilahirkan. Selawat dan salam Allah ke atas Rasul-Nya. Semoga Allah membalas Baginda dengan sebaik-baik balasan bagi pihak kita dan kemanusiaan. Jika bukan kerana Baginda dan tenteranya yang setia, jika bukan kerana tenteranya menunaikan amanah selepas Baginda, nescaya sekarang ini kita berada dalam kesesatan yang nyata. Allah telah memuliakan Rasul-Nya dengan kemuliaan yang tidak pernah diberikan kepada para Nabi sebelum Baginda. Usia Baginda dipanjangkan sehingga Baginda dapat menyaksikan hasil dakwah dan perjuangannya melitupi seluruh semenanjung tanah Arab. Dakwah Baginda membersihkan bumi Arab daripada berhala untuk selama-lamanya. Dakwah Baginda juga menjadikan mereka yang meruntuhkan berhala dengan tangan-tangan mereka sendiri merasa gembira dengan nikmat Allah yang telah menyelamat-kan mereka daripada kesesatan. Padahal merekalah yang menyembah, sujud dan memohon pendampingan dengan berhala tersebut. Baginda juga membentuk mereka agar bersedia menjelajah muka bumi membawa cahaya petunjuk yang dikurniakan Allah kepada mereka untuk manusia. Generasi yang menyembah dan mempertuhankan berhala. Hidup semasa jahiliah dalam keadaan alpa di samping memiliki keupayaan dan bakat yang tidak tersusun. Kemudian generasi inilah yang bertindak memecahkan berhala dan membangunkan negara Arab yang pertama dalam keseluruhan sejarah Arab. Negara yang ditegakkan tersebut berperanan memikul risalah, menggariskan objektif dan bertindak sebagai guru juga penyelamat kepada bangsa lain di sekelilingnya. Mereka merupakan peneroka yang bangga dengan petunjuk, cahaya dan kebaikan yang dibawa. Mereka bersimpati dengan kejahilan, kegelapan dan keruntuhan yang dialami oleh bangsa-bangsa lain. Sedangkan sebelum ini, Arab kagum dan mengagungkan bangsa-bangsa tersebut. Bahkan mereka tunduk kepada mereka dalam politik, pemikiran dan sosial. Ini merupakan peristiwa yang unik dalam sejarah dahulu mahupun moden. Pengutusan Usamah merupakan simbol kepada peristiwa tersebut dan hasil produk risalah yang bertuah lagi berkat ini. Selanjutnya, Rasulullah s.a.w. telah melantik Usamah bin Zaid memimpin angkatan tentera tersebut padahal beliau adalah seorang remaja berusia 20 tahun. Di bawah kepimpinannya terdapat tokoh veteran Muhajirin dan Ansor seperti Abu Bakar, Umar, Othman, Ali dan lain-lain tokoh yang terlebih dahulu memeluk Islam dan telah terbukti

www.dakwah.info

110

keperwiraan mereka. Mereka juga lebih tua dan berkedudukan berbanding Usamah. Tindakan Rasulullah ini mempamerkan salah satu sunnah Islam yang terpuji. la memansuhkan perbezaan antara manusia yang berdasarkan kemegahan, usia dan jasa. la juga mengutamakan keupayaan yang baik tanpa mengira usia dan kedudukannya. Seterusnya, sejarah telah mengesahkan bahawa ia tidak pernah melahirkan tokoh yang agung dan berkaliber seperti tokoh-tokoh agung ini. Namun mereka redha untuk berada di bawah kepimpinan Usamah yang muda belia. Ini menunjukkan sejauh mana tahap penga-suhan jiwa dan akhlak yang telah mereka capai, hasil daripada usaha, petunjuk, didikan dan tunjuk ajar Rasulullah s.a.w. Melantik Usamah menjadi ketua kepada tokoh-tokoh seperti Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali merupakan peristiwa besar yang tak pernah dialami oleh mana-mana bangsa. Ia merupakan sejarah pertama yang menunjukkan kewajipan membuka ruang kepada keupayaan dan kepintaran para remaja, juga kewajipan membenarkan mereka memimpin urusan-urusan jika mereka berkelayakan. Sekiranya orang Islam selepas itu sentiasa mengingati pengajaran besar ini, nescaya bencana dan mala petaka akan lenyap daripada sejarah Islam. Begitu juga keributan dan fitnah yang mengganggu gugat tiang negara Islam dan melemahkan kekuatannya akan hilang. Alangkah bijaknya tindakan Rasulullah yang disokong oleh wahyu langit. Baginda juga dikurniakan kebijaksanaan, pendapat yang tepat, pandangan yangjauh dan kemampuan politik yang hebat. Keistimewaan ini tidak diberikan kepada para nabi sebelum Baginda. la juga tidak diketahui terdapat pada mana-mana tokoh besar sejarah sebelum dan selepas Baginda. Semoga Allah meredhai Usamah yang masih muda belia. Tahniah kepada beliau kerana mendapat kepercayaan Rasulullah berkenaan keupayaannya untuk memimpin, kejujuran azamnya dan keislamannyayang baik. Tahniah sekali lagi kepada beliau kerana telah dijadikan Baginda sebagai contoh teladan kepada remaja-remaja kita yang beriman lagi beramal.

www.dakwah.info

111

(F) KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W. Rasulullah s.a.w. wafat setelah Baginda mengetahui ajalnya telah hampir melalui jalan wahyu. Baginda mengucap selamat tinggal kepada orang ramai pada Hajjatul Wada'. Hati-hati para sahabat berdebar-debar, gelisah dan bimbang sekiranya ajal Baginda telah hampir. Namun apabila ajal yang ditetapkan oleh Allah datang, ia tidak dapat ditangguhkan. Apabila berita kewafatan Rasul s.a.w. tersebar, semua para sahabat menjadi kacau bilau kerana tragedi yang dahsyat itu. Madinah bergegar hebat. Ramai para sahabat yang besar dan mereka yang terdahulu memeluk Islam hilang kewarasan akalnya. Ada di kalangan mereka yang lidahnya kelu. Ada yang jatuh lumpuh tak berdaya bergerak. Ada pula (iaitu Umar) yang menghunus pedangnya seraya melarang orang ramai mengatakan Rasulullah s.a.w. telah wafat. Beliau mendakwa Baginda sekadar koma dan akan kembali semula kepada mereka. Hanya Abu Bakar seorang sahaja yang masih teguh jiwanya. Beliau masuk menziarahi Rasulullah s.a.w. sedang Baginda kaku diselubungi (selimut) di atas katilnya. Beliau lantas mengucupi Baginda seraya berkata: "Aku tebus kamu dengan bapa dan ibuku, wahai Rasulullah! Alangkah eloknya kamu ketika hidup mahupun mati! Kematian yang Allah suratkan kepadamu telah kamu rasai. Kamu tidak akan ditimpa kematian lagi selepas ini untuk selama-lamanya. Wahai Rasulullah, ingatilah kami di sisi Tuhanmu." Kemudian Abu Bakar keluar menemui orang ramai. Beliau berucap kepada mereka seraya berkata: "Wahai manusia! Sesiapa yang menyembah Muhammad. Muhammad telah mati. Sesiapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah Maha Hidup dan tidak mati." Kemudian dia membacakan firman Allah:

⎯tΒuρ 4 öΝä3Î6≈s)ôãr& #’n?tã ÷Λä⎢ö6n=s)Ρ$# Ÿ≅ÏFè% ÷ρr& |N$¨Β ⎦'⎪Î*sùr& 4 ã≅ß™”9$# Ï&Î#ö7s% ⎯ÏΒ ôMn=yz ô‰s% ×Αθß™u‘ ωÎ) ϑptèΧ $tΒuρ ∩⊇⊆⊆∪ t⎦⎪ÌÅ6≈¤±9$# ª!$# “Ì“ôfu‹y™uρ 3 $\↔ø‹x© ©!$# §ÛØtƒ ⎯n=sù ϵø‹t6É)tã 4’n?tã ó=Î=s)Ζtƒ Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? Dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun; dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu). (Ali Imran: 144) Apabila Abu Bakar membaca ayat al-Quran tersebut, mereka tersedar daripada kejutan yang dahsyat itu. Mereka seolah-olah tidak pernah mendengar ayat tersebut sebelum itu. Kata Abu Hurairah: Umar berkata: "Demi Allah, tidak terlintas firman Allah yang demikian melainkan apabila aku mendengar Abu Bakar membacanya. Lantas aku terkejut dan kebingungan sehingga aku terduduk ke bumi kerana kedua kaki ku tidak berdaya menanggungku. Ketika itu aku tahu bahawa Rasulullah s.a.w. telah mati."

www.dakwah.info

112

Pengajaran Terdapat dua pengajaran yang cukup mendalam di sini: Pertama: Para sahabat terkejut dengan kematian Rasulullah s.a.w. hingga seolah-olah kematian tidak mungkin berlaku kepada Baginda. Padahal kematian itu penghujung kepada setiap kehidupan. Fenomena ini berlaku kerana mereka amat mencintai Rasulullah s.a.w.. Cinta mereka itu menyerap ke dalam darah dan urat saraf mereka. Kehebatan kejutan kerana kehilangan kekasih adalah mengikut kadar kecintaan tersebut. Kita lihat orang yang kehilangan anak atau bapa, masih tidak mempercayai dia telah kehilangannya berhari-hari lamanya. Apakah cinta di dunia ini yang mencapai kehebatan cinta para sahabat yang baik ini kepada Rasulullah s.a.w.? Allah telah memberi petunjuk kepada mereka melalui Baginda. Baginda juga telah menyelamatkan mereka daripada kegelapan kesesatan kepada cahaya kebenaran, mengubah kehidupan mereka, membuka pemikiran dan pandangan mereka, serta mengangkat mereka ke tahap tokoh pemimpin yang agung. Selanjutnya lagi, Baginda juga berperanan sebagai pendidik, hakim dan pemberi panduan kepada mereka. Mereka merujuk kepadanya ketika malapetaka, meminta panduan ketika berhadapan dengan peristiwaperistiwa dan mengambil firman Allah untuk mereka melalui Baginda. Mereka juga mengambil hadis-hadis dan pengajaran Baginda untuk mereka. Apabila Rasulullah s.a.w. wafat, semua ini telah terputus. Kejutan apakah lagi yang lebih hebat dan dahsyat daripada kejutan ini? Kedua: Pendirian Abu Bakar menunjukkan beliau seorang yang memiliki jiwa yang teguh dan bersemangat waja ketika berhadapan dengan malapetaka. Kriteria ini tidak dimiliki oleh sahabat lain. Ini menjadikan beliau orang yang paling layak untuk menggantikan Rasulullah s.a.w.. Sifat ini juga terbukti ketika beliau menangani gerakan murtad di semenanjung tanah Arab.

www.dakwah.info

113