soalan & jawapan - PHILOSOPHIA BAHASA MELAYU

95 downloads 8874 Views 2MB Size Report
SOALAN ULANGKAJI SPM 2012. Bahasa Melayu ... Kepentingan bahasa ... Program 'Cuti-cuti Malaysia' telah banyak menarik minat sama ada pelancong .... satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
3

SOALAN ULANGKAJI SPM 2012

Analysis [1103/1] [1103/2]

Bahasa Melayu ANALISIS SOALAN RUMUSAN SPM

TAHUN 2007 TAJUK Langkah-langkah mengatasi salah laku pelajar

Tahun Nov 2007 Nov 2008 Nov 2009 Nov 2010 Nov 2011

2008 Faedah-faedah penerokaan angkasa lepas

2009 Tidur dari segi saintifik

2010 Faedah-faedah makan choklat

2011 Kepentingan bahasa kebangsaan

ANALISIS SOALAN 2007 – 2011

Soalan (a) Huraikan persoalan maruah Dua sebab bahagian permulaan novel menarik minat anda Ketabahan watak utama Sebab-sebab novel memberi kesedaran Perwatakan watak utama

Soalan (b) Cara watak utama menyelesaikan konflik Bandingkan persamaan dan perbezaan satu latar masyarakat dalam dua buah novel yang dipelajari Nilai kasih-sayang berdasarkan dua buah novel Nilai keberanian berdasarkan dua buah novel Persoalan

SENARAI NOVEL TINGKATAN 4 DAN TINGKATAN 5 MENGIKUT ZON

Tingkatan 4 AZFA HANANI (Halis Azhan Mohd Hanafiah) PAPA...AKHIRNYA KAU TEWAS JUA (Deana Yusof) RENYAH (Gunawan Mohamad) MELUNAS RINDU (Hartini Hamzah)

Tingkatan 5 KEMBARA AMIRA (Amer Hamzah L. Kadir) KONSERTO TERAKHIR (Abdullah Husain) SUTERA DALAM LUKISAN (Abd Talib Hassan) KABUS DI PERBUKITAN (Muhamad Kholid Hamzah)

Zon Zon 1 Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak Zon 2 Selangor, Wil. Persekutuan Kuala Lumpur, Wil. Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan Zon 3 Melaka, Pahang, Terengganu, Kelantan Zon 4 Johor, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

4

SOALAN ULANGKAJI SPM 2012

Bahasa Melayu

Kertas 1

[1103/1] Bahagian A

[30 markah] [Masa dicadangkan 45 minit] Arahan: Berdasarkan ilustrasi di bawah, huraikan pendapat anda tentang Kepentingan Semangat Berpasukan dalam Kalangan Pelajar. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Bahagian B

[100 markah] [Masa dicadangkan 1 jam 30 minit] Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1. Kempen kitar semula merupakan aktiviti yang mampu menanam kesedaran dalam kalangan remaja agar lebih berdisiplin dan menyayangi alam sekitar. Nyatakan peranan remaja dalam menjayakan program ini. 2. Unit beruniform sekolah anda bercadang untuk mengadakan aktiviti perkhemahan di Taman Negara Pahang. Selaku setiausaha persatuan, anda diminta menulis sepucuk surat kebenaran daripada pengetua sekolah anda. Tulis surat anda itu selengkapnya. 3. Anda berhasrat untuk menyertai satu pertandingan ceramah yang bertajuk Penerapan Semangat Patriotik dalam Kalangan Generasi Muda Kini. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya. 4. Program ‘Cuti-cuti Malaysia’ telah banyak menarik minat sama ada pelancong domestik mahupun luar negara. Nyatakan faedah- faedah yang negara kita peroleh hasil daripada kegiatan pelancongan ini. 5. Tulis sebuah cerpen yang pengakhirnya seperti berikut ...Akhirnya mereka terpinga-pinga dan memandang satu sama lain dengan penuh kehairanan.

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

5

SOALAN ULANGKAJI SPM 2012

Bahasa Melayu

Kertas 2

[1103/2] Soalan 1: Rumusan (30 Markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan berkenaaan implikasi hubungan kekeluargaan semakin renggang dan langkah mengatasinya. Dalam era pascainovasi ini, negara Malaysia sedang mengalami anjakan paradigma daripada sebuah negara yang sedang membangun kepada sebuah negara yang pesat dan rancak pembangunannya. Namun, sejajar dengan arus pembangunan negara, perkara yang acap kali merimaskan jiwa masyarakat sarwajagat ialah isu hubungan kekeluargaan yang semakin renggang yang mula berakar umbi malah, kesannya tidak lagi diendahkan oleh masyarakat. Memang tidak dapat dinafikan bahawa hubungan kekeluargaan yang semakin renggang mampu menzahirkan pelbagai senario, antaranya kegagalan ahli keluarga dalam memahami serta saling menghormati. Hubungan keluarga yang semakin renggang boleh mencetuskan beberapa siri kejadian jenayah seperti sumbang mahram, penderaan, dan pergaduhan. Seandainya hubungan kekeluargaan semakin renggang, ahli-ahli keluarga akan menghadapi masalah untuk berkomunikasi dan saling bertukar fikiran. Hal ini demikian kerana hubungan yang renggang ini telah memusnahkan jalinan kekeluargaan yang akrab dan erat. Oleh itu, ahli-ahli keluarga tidak memahami antara satu sama lain dan seterusnya konflik dan perselisihan faham mudah berlaku. Kejadian ini akan mengakibatkan pergaduhan dan sekaligus ahli-ahli keluarga bermusuhan sesama sendiri. Keluarga merupakan aset yang paling signifikan dan tidak dapat ditukar beli dengan wang ringgit. Akan tetapi, golongan ibu bapa yang lebih mementingkan kerjaya semata-mata untuk kepuasan dan keselesaan diri sendiri telah mengabaikan anak-anak mereka dengan menggantikan kasih sayang dengan sogokan wang ringgit. Anak-anak ini telah kehilangan satu wahana untuk bertukar fikiran dan pendapat dengan ibu bapa mereka. Mereka bertindak mencari rakan sebaya dan meluahkan segala isi hati dengan rakan yang dipercayai berupaya membantu mereka. Bertitik-tolak dari sinilah gejala sosial mula berlaku dan menular tanpa mencapai titik noktahnya. Isu ini yang diumpamakan seperti bangkai gajah yang ditutup dengan nyiru haruslah ditangani dengan segera. Ibu bapa, pihak sekolah, dan masyarakat perlulah berganding bahu sama ada dalam memberi kesedaran tentang kepentingan hubungan kekeluargaan yang erat atau dalam menghargai hubungan kekeluargaan agar pergolakan maupun konflik tidak timbul dalam kalangan ahli keluarga. Sebagai intihanya, komitmen untuk membentuk generasi yang jitu dan padu haruslah diberikan oleh semua pihak sejak awal lagi kerana remaja merupakan pemangkin dan pelopor kepada kepimpinan negara kelak, bak kata pepatah “Melentur buluh biarlah dari rebungnya.. Dipetik daripada Hubungan Kekeluargaan Semakin Renggang sumber daripada blogspot.com/2006 - Cikgu Tan C L

Soalan 2: Pemahaman (35 Markah) Soalan 2 (a) Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. i. Berikan maksud menzahirkan pelbagai senario. [2 markah] ii. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan hubungan kekeluargaan semakin renggang dalam kalangan masyarakat? [3 markah] iii. Cadangkan beberapa langkah untuk memulihkan hubungan kekeluargaan yang semakin renggang akhir-akhir ini. Jelaskan dua langkah.

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

[4 markah]

6

SOALAN ULANGKAJI SPM 2012 Soalan 2 (b) Petikan Drama Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri. SABARIAH: Hoi, engkau ni nak pergi ke parti mana? Huh! SALMAH: Eh, kakak! Bila kakak balik? SABARIAH: Engkau belum jawab pertanyaan aku lagi. Hendak ke parti mana? SALMAH: Apa ni, kak? Sal belum pun duduk lagi sudah kena seranah. Kalau ia pun sedih bapa kita hilang janganlah nak marah tidak tentu fasal. SABARIAH: Oh ... Engkau tahu bapa hilang? Aku ingat engkau tidak tahu. Ini, engkau tahu, sudah berapa hari bapa hilang di laut itu? Baru sekarang teringin hendak balik? Sudahlah begitu, pakaian engkau ini tidak ubah macam orang hendak pergi parti. Aku ini tinggal di London, tahu. Kota London! Engkau baru dekat pekan Ipoh. Mengalahkan orang kulit putih di London. Tak malukah? Pusat terjojol! Telinga bertindik kalahkan langsir tingkap. Kenapa engkau ini, Sal? SALMAH: Kakak ini kan, tak berubah-ubah dari dulu lagilah. Sal bukan anak-anak kecil lagi. Salahkah pakai pakaian macam ini? SABARIAH: Ini cara engkau hendak hadap mayat bapa? Sudah, engkau tukar pakaian gila kau itu dulu. Kalau tidak engkau pergi balik ke Ipoh. Jangan hendak semakan lagi otak aku ni. SALMAH: Yalah... Merungut saja. (Masuk ke dalam dan muncul semula) Mak mana, kak? SABARIAH: Tukar dulu pakaian engkau itu. Sudah tukar baru tanya emak di mana. Dipetik daripada drama Tiang Cengal Dinding Sayung oleh Suriani Mohd Yusuf dalam Antologi Dirgahayu Bahasaku, DBP i. ii. iii.

Apakah pendapat Sabariah berkenaan pakaian adiknya Salmah.? [2 markah] Pada pendapat anda wajarkah Sabariah menegur perbuatan adiknya yang memakai pakaian yang mencolok mata pada saat ibunya bersedih kerana kehilangan bapanya? Nyatakan alasan anda. [3 markah] Nyatakan satu persoalan yang terdapat dalam petikan, dan satu persoalan lain yang terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]

Soalan 2 (c) Petikan Prosa Klasik Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri. Hatta maka hari pun petanglah lalu ia tidur dua laki isteri. Setelah keesokan harinya maka raksasa yang laki-laki itu pun pergilah mencari kijang putih bertandukkan emas. Maka raksasa yang perempuan itu pun pergilah ia ke tepi laut menyucikan kain tuan puteri yang hitam itu hendak dijadikan putih. Setelah itu maka Indera Nata dan tuan puteri yang tujuh itu pun turunlah ia dari atas mahligai menunggang gajah itu. Maka segala perkakasan di dalam mahligai itu pun habislah dibawanya. Setelah sudah maka Indera Nata pun berjalanlah di tanah menghelakan gajah itu. Bermula adapun tuan puteri yang tujuh orang itu duduklah di atas gajah itu dan tiada berapa antaranya berjalan itu masuk hutan terbit hutan keluar padang masuk padang maka ia pun sampailah ke tepi laut. Sebermula maka tersebutlah perkataan raksasa mencari kijang putih itu. Maka ia pun tiadalah bertemu dan beberapa gunung yang besar-besar habislah dijalaninya daripada sakit hatinya mencari kijang itu. Setelah demikian maka ia pun marahlah akan tuan puteri itu lalulah ia segera berjalan pulang melihat isterinya yang membasuh kain hitam itu. Maka didapatinya lagi isterinya membasuh kain hitam itu. Mula-mula habislah koyak-koyak tiada juga mahu putih. (Dipetik daripada cerita Hikayat Indera Nata dalam Antologi Harga Remaja, DBP) i. ii. iii.

Berikan maksud segala perkakasan di dalam mahligai. Mengapakah raksasa laki-laki begitu marah akan tuan puteri? Pada pendapat anda, apakah bekalan yang perlu ada dalam diri seseorang remaja untuk mengelakkan diri daripada diperdaya oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

[2 markah] [3 markah] [3 markah]

7

SOALAN ULANGKAJI SPM 2012 Soalan 2 (d) Sajak Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Adat Sezaman Peradaban zaman semakin berlalu meninggalkan kesan mendalam terlalu indah apabila dipandang terlalu mulia apabila diselidik santun si dara jadi idaman warak si teruna jadi ikatan si tua tersenyum mesra memandang teruna dara sama cantik sama padan

berganding bersama di singgahsana... Masa itu telah jauh zaman sudah berlalu santun si dara dan warak sang teruna telah lenyap si tua berduka lara memandang teruna dara

berganding tanpa silu tanpa hormat tanpa batasan adat sezaman ditinggal jauh adat agama dipandang remeh adat kuning jadi ikutan. Wan Nazihah Wan Abdullah Annyss Sophilea, 1997 DBP

i. Apakah yang dimaksudkan oleh penyajak dengan adat sezaman ditinggal jauh adat agama dipandang remeh adat kuning jadi ikutan [3 markah] ii. Adat nenek moyang kita yang semakin dilupakan oleh generasi masa kini. Cadangkan beberapa langkah untuk menghidupkan kembali adat tersebut. [3 markah] iii. Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak di atas.

[3 markah]

Soalan 3: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 Markah] Jawab semua soalan. (a) Tulis satu ayat daripada kata kerja transitif di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, serta menggunakan kata itu sebagai peribahasa dan kata nama khas. i. mengadakan ii. menggariskan iii. menggabungkan iv. menyokong v. mengembangkan vi. membangunkan [6 markah] (b) Baca ayat di bawah dengan teliti, kemudian tentukan jenis ayat perintah yang sesuai sama ada Ayat silaan, Ayat larangan, Ayat permintaan atau Ayat suruhan. i. Usahlah kamu bersedih, gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya. ii. Masukkan biskut itu ke dalam balang yang kedap udara supaya biskut tidak lemau. iii. Jemputlah makan, hanya inilah hidangan yang dapat saya sediakan pada hari ini. [6 markah] (c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula. i. Satu kajian sainstifik telah dijalankan terhadap pegaga dan terdapat bahawa pegaga berkesan dalam merangsang pembentukan kolojen, iaitu sejenis serat yang memainkan peranan penting di dalam tisu menyambung kulit. Kajian juga menunjukan bahawa pegaga banyak terkandung vitamin dan galian, khususnya Vitamin C dan Vitamin E. Satu cara mudah untuk memanfaatkannya adalah dengan cara membuat jus. [6 markah]

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

8

SOALAN ULANGKAJI SPM 2012 (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh meyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. i. Dia bercita-cita agar menjadi pakar bina suatu hari nanti. ii. Sekumpulan dayang-dayang tidak membenarkan sesiapa masuk ke peraduan tuan puteri kerana dia sedang bersiram. iii. Hutan Lipur Taman Rimba Templer merupakan tempat rekreasi yang teramat cantik sekali di Malaysia. [6 markah] (e) Bina satu ayat daripada peribahasa di bawah ini. i. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua ii. Bak cendawan tumbuh selepas hujan iii. Memerah otak



[6 markah]

Soalan 4: Novel [15 markah] Jawab soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel yang anda pelajari. i. Azfa Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah ii. Papa... Akhirnya Kau Tewas Jua karya Deana Yusof iii. Renyah karya Gunawan Mohamad iv. Melunas Rindu karya Hartini Hamzah v. Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain vi. Kabus Di Perbukitan karya Muhamad Kholid Hamzah vii. Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir viii. Sutera Dalam Lukisan karya Abd. Talib Hassan (a) Latar masyarakat banyak memberikan pengajaran kepada pembaca. Berdasarkan salah satu daripada novel yang anda kaji, nyatakan dua perbuatan latar masyarakat yang mendatangkan keinsafan. [7 markah] (b) Huraikan satu teknik penceritaan yang digunakan oleh pengarang dalam dua buah novel yang anda kaji. [8 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

SOALAN ULANGKAJI SPM 2012

Jawapan

Bahasa Melayu Bahasa Melayu

Kertas 1

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

SOALAN ULANGKAJI SPM 2012

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

SOALAN ULANGKAJI SPM 2012

Bahasa Melayu

Kertas 2

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

SOALAN ULANGKAJI SPM 2012

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

SOALAN ULANGKAJI SPM 2012

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

SOALAN ULANGKAJI SPM 2012

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

SOALAN ULANGKAJI SPM 2012

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

SOALAN ULANGKAJI SPM 2012

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly

SOALAN ULANGKAJI SPM 2012

http://edu.joshuatly.com/ http://fb.me/edu.joshuatly