sumbangan prof. dr. m. quraish shihab dalam bidang pentafsiran

25 downloads 1790 Views 597KB Size Report
M. QURAISH SHIHAB DALAM BIDANG PENTAFSIRAN: KAJIAN TERHADAP SURAH AN-NISA' DALAM TAFSIR AL-MISHBAH. AEMY LIZA BINTI MINHAT.
SUMBANGAN PROF. DR. M. QURAISH SHIHAB DALAM BIDANG PENTAFSIRAN: KAJIAN TERHADAP SURAH AN-NISA’ DALAM TAFSIR AL-MISHBAH

AEMY LIZA BINTI MINHAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

SUMBANGAN PROF. DR. M. QURAISH SHIHAB DALAM BIDANG PENTAFSIRAN: KAJIAN TERHADAP SURAH AN-NISA’ DALAM TAFSIR AL-MISHBAH

AEMY LIZA BINTI MINHAT

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

April 2010  

iii     

DEDIKASI

Suami tercinta Kasih sayang, bimbingan dan dorongan yang diberi Sentiasa membakar semangat juangku Kaulah tunjang inspirasi hatiku

Ayahanda dan bonda kandung & kedua mertua yang disayangi Segala dorongan, sokongan, pengorbanan dan iringan doa tulus kalian Membuatkan anakanda teguh di sini

Guru-guru, Pensyarah dan Pendidik yang dihormati Ilmu yang dicurah tidak terhingga Umpama air di lautan Tidak mengenal erti jemu Hanya sekalung budi tersemat di jiwa

Sahabat-sahabat yang dikasihi Mengenali kalian saat terindah bagiku Mengenal erti persahabatan, erti kehidupan Bersama mengharungi cabaran Semoga ukhuwah fillah yang terbina kekal selamanya

Barakallahufikum... 

iv   

PENGHARGAAN

Segala puji bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam disampaikan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT dengan berkat pertolongan, taufiq serta inayah-Nya telah mengizinkan saya menyiapkan dengan jayanya penulisan Projek Sarjana Muda (PSM) ini. Jutaan penghargaan buat Ustaz Abdul Hafiz bin Haji Abdullah selaku penyelia Projek Sarjana Muda (PSM) ini di atas sumbangan idea, penyemakan, penyeliaan dan segala susah payah yang telah beliau sumbangkan sepanjang tempoh menyiapkan projek ini. Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada suami tercinta, Tuan Ahmad Zahidi bin Tuan Abd Rahman serta kedua ibu bapa kandung dan kedua mertua yang dikasihi lagi disayangi di atas sokongan, motivasi serta iringan doa kecemerlangan yang tidak putus-putus buat saya. Kalianlah tunjang inspirasi saya untuk terus maju dan cemerlang. Ucapan penghargaan juga diberikan khas buat para pensyarah Fakulti Tamadun Islam mahupun Fakulti Pendidikan yang telah mencurahkan segala bentuk ilmu sepanjang pengajian saya di Universiti Teknologi Malaysia serta jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak. Semoga segala kerjasama dan pengorbanan masa yang telah dicurahkan akan mendapat balasan keberkatan daripada Allah SWT. Sesungguhnya kudrat yang diberikan hanya Allah SWT sahaja dapat membalasnya. Amin

v         

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan berkaitan keistimewaan tafsir Al-Mishbah, metodologi pentafsiran yang digunakan oleh Prof. Dr. M. Quraish Shihab dalam mentafsir surah An-nisa’ serta sumbangan beliau dalam bidang pentafsiran AlQuran menerusi surah An-Nisa’. Surah An-Nisa’ dalam Tafsir al-Misbah dipilih sebagai sampel kajian. Penyelidik telah menggunakan kajian perpustakaan sepenuhnya. Hasil kajian mendapati; pertama, keistimewaan tafsir Al-Mishbah ialah ia bersesuaian dengan kemampuan, budaya, keadaan dan perkembangan ilmu masyarakat masa kini. Prof. Dr. M. Quraish Shihab menggunakan metodologi ‫ اﻟﺘﻔﺴﻴﺮ ﺑﺎﻟﻤﺄﺛﻮر‬sebagai sumber rujukan serta menggunakan metodologi penyampaian ‫ اﻟﺘﻔﺴﻴﺮ اﻟﺘﺤﻠﻴﻠﻲ‬. Ketiga, sumbangan beliau dalam bidang pentafsiran Al-Quran menerusi surah An-Nisa’ merangkumi pelbagai bentuk percetakan buku, artikel di dalam internet dan sebagainya. Di akhir kajian, beberapa

cadangan

telah

dikemukakan

kepada

pihak-pihak

tertentu

untuk

memartabatkan bidang tafsir dan al-Quran seterusnya meneladani keperibadian dan kehidupan Prof. Dr. M. Quraish Shihab sebagai salah seorang cendekiawan dan tokoh muslim yang berjaya.

vi           

ABSTRACT

This study is investigates the questions regarding the advantageous of Tafsir al-Misbah, the methodology of quranic interpretation done by M. Quraish Shihab towards surah An-Nisa’ and his contribution in the quranic interpretation area through this Surah. Surah An-Nisa’ had been selected as sample of this study. This study was fully conducted by using library research methodology. The research findings are stated as follow; First, Tafsir al-Misbah has many advantages such as the suitability with the current society abilities, culture, situation and knowledge development. Second, M. Quraish Shihab used the methodology of Tafsir bil Ma’thur as the sources of references and the methodology of Tafsir Tahlili as the ways to convey the meanings. Third, M. Quraish Shihab has made contribution in many media such as books, internet articles, television programs and etc. And last but not least, several suggestions have been made in the end of this study to selected parties in order to encourage to noble quranic interpretation area and al-Quran itself. Thus, muslim society looking M. Quraish Shihab as

an

Islamic

icon

that

consist

great

attitude

and

personality.

vii   

ISI KANDUNGAN

BAB

PERKARA

HALAMAN

PENDAHULUAN PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI LAMPIRAN

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pendahuluan

1

1.2

Latar Belakang Masalah

3

1.3

Pernyataan Masalah

4

1.4

Objektif Kajian

5

1.5

Persoalan Kajian

6

1.6

Kepentingan Kajian

6

viii   

1.7

BAB II

7

1.8

Definisi Istilah

8

1.9

Penutup

14

SOROTAN KAJIAN

2.1

Pendahuluan

15

2.2

Kajian Lepas

16

2.3

Biografi Muhammad Quraish Shihab

21

2.3.1

Kelahiran

22

2.3.2

Pendidikan

22

2.3.3

Kegiatan

24

2.3.4

Hasil Karya

26

2.3.5

Penampilan di Televisyen

27

2.3.6

Anugerah Penghargaan

29

2.3.7

Pusat Studi Al-Quran

29

2.3.8

Keluarga

31

2.3.9

Sifat Dan Keperibadian

31

\2.4

Pengenalan Tafsir Al-Misbah

38

2.5

Surah An-Nisa’

43

2.6

Pengenalan Ilmu Metodologi Tafsir dan Kepentingannya 43

2.7

BAB III

Batasan Kajian

2.6.1

Pengertian Metodologi Pentafsiran

44

2.6.2

Kepentingan Tafsir

44

Penutup

46

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pendahuluan

47

ix   

3.2

Proses Kajian

48

3.3

Metode Penentuan Subjek

49

3.4

Metode Pengumpulan Data

50

3.4.1

Metode Dokumentasi

52

3.4.2

Metode Historik

52

3.4.3

Metode Penyelidikan Perpustakaan

54

3.5

3.6

BAB IV

 

 

Metode Analisis Data

55

3.5.1

Metode Induktif

56

3.5.2

Metode Deduktif

57

Penutup

57

DATA DAN ANALISIS

4.1

Pendahuluan

58

4.2

Keistimewaan Tafsir Al-Mishbah

59

4.3

Surah An‐Nisa’ Dalam Tafsir Al‐Mishbah 

 

4.3.1  Analisis Kandungan

4.4

Metodologi Pentafsiran M. Quraish Shihab Berkenaan

4.5

 

 

60 

61

Surah An-Nisa’ Dalam Tafsir Al-Mishbah

63

4.4.1 Analisis Metodologi Pentafsiran

63

Sumbangan Prof. Dr. M. Quraish Shihab Dalam Bidang Pentafsiran Al-Quran Menerusi Surah An-Nisa’ Berkaitan Wanita

78

4.5.1

78

Karya Penulisan

4.5.2 Penglibatan di Televisyen

83

4.5.3 Hasil Sumbangan Beliau Menjadi Rujukan

84

4.6

Kritikan Terhadap Pentafsiran M. Quraish Shihab

85

4.7

Penutup

86

x   

BAB V

RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1

Pendahuluan

88

5.2

Rumusan

89

5.3

Cadangan Dan Saranan

91

5.4

Cadangan Kajian Lanjutan

94

5.5

Kesimpulan

95

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

xi       

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

Jadual 1

TAJUK

Kronologi peringkat pendidikan Prof. Dr. M. Quraish Shihab.

Jadual II:

41

Analisis kandungan ayat yang terdapat di dalam surah An-Nisa’.

Jadual V:

26

Senarai jilid dan nama-nama surah yang terdapat di dalam Tafsir al-Mishbah.

Jadual IV

24

Kronologi peringkat kerjaya Prof. Dr. M. Quraish Shihab.

Jadual III:

HALAMAN

48

Pengelasan ayat-ayat dalam surah An-Nisa’ mengikut kelompok.

63

xii     

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN I

TAJUK Senarai Judul Buku Hasil Karya Prof. Dr. M. Quraish Shihab

II

Senarai Judul Artikel-artikel bebas Prof. Dr. M. Quraish Shihab

III

Senarai Koleksi audio/video ceramah Prof. Dr. M. Quraish Shihab

IV

Analisis Metodologi Tafsir Surah An-Nisa’ Dalam Tafsir Al-Mishbah

 

1

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pendahuluan

Al-Quran adalah Kalamullah. Ia merupakan bukti terbesar kebenaran risalah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW, sekaligus ia menjadi petunjuk dan pedoman bagi umat manusia sepanjang zaman.

ωÎ) t⎦⎫ÏϑÎ=≈©à9$# ߉ƒÌ“tƒ Ÿωuρ   t⎦⎫ÏΖÏΒ÷σßϑù=Ïj9 ×πuΗ÷qu‘uρ Ö™!$xÏ© uθèδ $tΒ Èβ#u™öà)ø9$# z⎯ÏΒ ãΑÍi”t∴çΡuρ #Y‘$|¡yz Terjemahannya: “Dan Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.” (Al-Isra’ 17:82)

2 Untuk memahami, menghayati dan beramal dengan kandungan wahyu al-Quran, bidang ilmu pentafsiran amat perlu diterokai oleh umat Islam. Abd Muin Salim (2005:5) mendefinisikan pengertian tafsir sebagai dialog antara teks al-Quran yang memuatkan pelbagai makna di dalamnya, dengan batasan pengetahuan manusia dan permasalahan kehidupannya yang terus mengalami perubahan dan dinamika yang tidak terhenti. Menurutnya lagi, oleh yang demikian, kekayaan teks al-Quran sangat bergantung kepada tingkat pengetahuan ‫ ﻣﻔﺴﱢﺮ‬tersebut. Manna‛ Khali al-Qattan (2006:641) mendefinisikan Ilmu Tafsir sebagai aktiviti yang harus memperhatikan sejumlah syarat dan moral, demi menjernihkan sumber dan memelihara keindahan wahyu dan keagungannya.

Al-Quran juga merupakan sumber hidayah yang mengandungi panduan hidup umat Islam. Al-Quran perlu dibaca, dipelajari dan difahami isi kandungannya agar matlamatnya dapat dicapai serta mudah dilaksanakan. Berdasarkan kepada pentingnya pengajian tasir dan fungsinya yang besar, menyebabkan bidang ini mendapatperhatian yang tinggi oleh ulama-ulama Islam seluruh dunia dan tidak terkecuali ulama Islam di Nusantara. Penulisan kitab-kitab tafsir di Nusantara khususnya di Indonesia telah lama dilakukan dan kegiatannya semakin meluas. Menurut Muhd. Najib Ab. Kadir & Mazlan Ibrahim (2002:91), perkembangan penulisan dan penterjemahan lebih pesat dengan perkembangan pengajian pondok iaitu di sekitar abad ke-20.

Justeru, dalam bab pertama ini penyelidik akan menghurai dan menjelaskan secara terperinci berkenaan kajian dari aspek latarbelakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop kajian serta definisi istilah.

3 1.2

Latar Belakang Masalah

Farid Mat Zain & Roziah Sidek (2003:24) menyatakan bahawa generasi AlQuran merupakan tingkat tertinggi dalam masyarakat Islam. Generasi ini lahir pada zaman Nabi Muhammad SAW. Ini kerana segala tindakan dan kelakuan umat Islam pada masa itu adalah berlandaskan al-Quran dan Rasulullah SAW menjadi pembimbing kepada keutuhan generasi tersebut. Selepas Rasulullah SAW wafat, umat Islam telah kehilangan arah untuk meneruskan kehidupan, apalagi untuk memimpin dunia ini. Namun, Rasulullah SAW meninggalkan dua sumber utama sebagai rujukan dan panduan kepada umat manusia, iaitu al-Quran dan as-Sunnah.

Namun selepas zaman para sahabat, praktikal keagamaan kian merosot. Justeru, lahir beberapa tokoh besar yang muncul pada pertengahan abad ke-20 seperti Sayyid Qutb, Yusuf al-Qaradawi, Imam Hassan al-Banna, dan ramai lagi. Mereka merupakan di antara tokoh ilmuan Islam terkemuka dunia yang telah banyak menyumbang dalam usaha pembentukan generasi al-Quran. Mohamad Kamil Hj. Ab. Majid (1999:111), berpendapat bahawa perubahan sosial yang dibawa oleh ulama pada zaman kegemilangannya bukan sahaja terbatas kepada menyebarluaskan ilmu syariah, bahkan juga ilmu sains dan kemahiran seperti yang ditonjolkan oleh Imam Syafie.

Tetapi malangnya, masyarakat Islam masa kini lebih menguasai ilmu akademik seperti dalam bidang sains dan teknologi berbanding ilmu akhirat seperti ilmu al-Quran sedangkan al-Quran itu merupakan panduan hidup umat Islam. Malahan tokoh ilmuan dalam bidang al-Quran turut jarang dikenali dan diambil manfaat menerusi keistimewaan dan kebijaksanaan ilmu yang dimiliki mereka.

4 Menurut Rozali Adam (1985:19), meskipun dalam setiap zaman dan generasi ada umat manusia yang berupaya menghafaz kitab suci al-Quran, tetapi sebaliknya pengajaran dan penilaian terhadap pengertian al-Quran masih amat kurang. Kesedaran terhadap kelemahan dan kekurangan ini jelas menonjol di kalangan umat Islam hari ini dan hanya mendapat perhatian semula terutamanya apabila berlaku sesuatu pergolakan dalam masyarakat yang mengharapkan satu bentuk pimpinan yang baru.

Justeru, melihat kepada permasalahan tersebut, penyelidik terpanggil untuk mengkaji dan mendalami seorang tokoh ulama Nusantara yang mahir dalam bidang pentafsiran al-Quran sebagai salah satu usaha membongkar rahsia kejayaan dan sumbangan yang telah dihasilkan oleh beliau disamping dapat menyebarluas dan memartabatkan tokoh ilmuan Islam ke seluruh tanahair menerusi kajian ini serta membantu usaha melahirkan pencinta generasi al-Quran. Tokoh terbilang tersebut yang dipilih adalah Prof Dr. M. Quraish Shihab yang merupakan anak jati Indonesia.

1.3

Pernyataan Masalah

Merujuk kepada latar belakang masalah, dapat dirumuskan perincian pernyataan masalah berkaitan tajuk kajian iaitu Sumbangan Prof. Dr. M. Quraish Shihab Dalam Bidang Pentafsiran: Kajian terhadap Surah An-Nisa’ Dalam Tafsir Al-Mishbah, yang perlu dirungkai dan dijelaskan oleh penyelidik secara terperinci.

Dalam kajian ini, penyelidik perlu menjawab persoalan-persoalan seperti siapakah Prof. Dr. M. Quraish Shihab dari sudut biografinya iaitu berkaitan kelahiran, pendidikan, kegiatan, hasil karya ilmiah, penampilan beliau di televisyen, anugerah penghargaan yang diperiolehi, sumbangan, perhatian dan khidmat terhadap masyarakat,

5 sifat keperibadiannya serta tentang keluarganya? Apakah Tafsir Al-Mishbah? Apakah latarbelakang surah An-Nisa’? Apakah ilmu metodologi tafsir serta kepentingan mempelajarinya?

Seterusnya, penyelidik perlu menjawab persoalan terpenting iaitu pertamanya, apakah keistimewaan tafsir Al-Mishbah? Kedua, apakah metodologi pentafsiran yang digunakan oleh Prof. Dr. M. Quraish Shihab dalam mentafsir surah An-Nisa’? Ketiga, apakah sumbangan beliau dalam bidang pentafsiran Al-Quran menerusi surah An-Nisa’ dalam Tafsir Al-Mishbah?

Surah An-Nisa’ dalam Tafsir al-Misbah dipilih sebagai sampel kajian. Justeru, di dalam bab seterusnya ini akan dijelaskan jawapan bagi persoalan-persoalan tersebut.

1.4

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut: 1. Mengenalpasti keistimewaan tafsir Al-Mishbah. 2. Mengenalpasti Metodologi pentafsiran Prof. Dr. M. Quraish Shihab berkenaan surah An-Nisa’ dalam tafsir Al-Mishbah. 3. Mengenalpasti sumbangan Prof. Dr. M. Quraish Shihab dalam bidang penafsiran Al-Quran menerusi surah An-Nisa’.

6

1.5

Persoalan Kajian

1. Apakah keistimewaan tafsir Al-Mishbah? 2. Apakah metodologi yang digunakan oleh M. Quraish Shihab dalam mentafsirkan surah An-Nisa’ dalam tafsir Al-Mishbah? 3. Apakah sumbangan M. Quraish Shihab dalam bidang penafsiran al-Quran menerusi surah An-Nisa’?