Tataniaga Global - Parker

6 downloads 302 Views 530KB Size Report
percaya kekuatan kita datang daripada perhubungan yang kita bina sesama ... Kita memimpin melalui contoh, menunjukkan nilai kita dalam semua keadaan ..... Paparan atau pengedaran bahan seksual ..... bekas kakitangan atau kakitangan.
Tataniaga Global Membimbing Kelakuan, Keputusan dan Tindakan Kita

Penyataan Nilai Parker Kita adalah Parker… Perniagaan kita diasaskan dalam sejarah urus niaga yang adil, mendengar kemahuan pelanggan dan kakitangan kita. Kita percaya perkembangan kita di masa hadapan adalah terjamin dengan menghormati tradisi kecemerlangan tersebut dan pematuhan berterusan kepada nilai teras kita.

Budaya Unggul Kita mementingkan integriti, kejujuran, sikap hormat dan kelakuan beretika. Kita mengalu-alukan dan menggalakkan kepelbagaian dalam semua aspek perniagaan global kita. Kita berusaha untuk meningkatkan standard kehidupan melalui pengawasan global yang bertanggungjawab.

Orang yang Bersemangat Kita bersemangat – setiap idea diambil kira dan setiap peranan mempunyai suara. Kita berdedikasi dan menyedari nilai usaha berkumpulan kita. Kita percaya kekuatan kita datang daripada perhubungan yang kita bina sesama sendiri, dengan pelanggan kita dan dengan dunia yang kita layani.

Pelanggan Dihargai Kita berusaha untuk menggembirakan pelanggan kita dengan menjadi rakan niaga mereka dan memberi maklum balas kepada keperluan mereka. Kita tahu kejayaan kita hanya boleh dilakukan dengan meningkatkan produktiviti dan keuntungan pelanggan kita, sekaligus memastikan kejayaan mereka juga. Kita komited untuk melayan pelanggan kita melalui inovasi, penciptaan nilai dan penyelesaian sistem kualiti tertinggi.

Kepimpinan melalui Penglibatan Kita memimpin melalui contoh, menunjukkan nilai kita dalam semua keadaan dan pada sepanjang masa. Pengalaman dan keupayaan kita adalah asas kepada kecemerlangan operasi Parker. Kita bertanggungjawab untuk mencapai hasil yang pemegang saham kita harapkan. Kita mendengar dan menggalakkan satu sama lain serta berbangga dengan pertumbuhan dan pencapaian kita. Kita percaya bahawa dengan mematuhi prinsip panduan ini syarikat kita akan kekal sebagai pemimpin dunia dalam teknologi gerakan dan kawalan. Yang paling utama, kita percaya bahawa melalui bakat dan produk kita, Parker boleh membawa perbezaan yang bermakna dalam komuniti kita dan dunia.

Kita adalah Parker…

Kandungan Pengerusi, CEO dan Presiden Kita Berkongsi Komitmen Kita Surat kepada Kakitangan Kita..................................................................................1

Komitmen kepada Integriti Kita Satu Tanggungjawab Peribadi.................................................................................3 Mengetahui Apa yang Diharapkan, Bersuara...........................................................3 Menjadi Contoh.......................................................................................................4 Ikrar Kita .............................................................................................................4 Penyiasatan............................................................................................................5 Mengetepikan Tataniaga Global..............................................................................5

Menghormati Kakitangan Kita Melayan Kakitangan dengan Bermaruah dan Hormat..............................................7 Menghormati Hak Asasi Manusia.............................................................................8 Kesihatan dan Keselamatan Tempat Kerja................................................................8 Mengekalkan Tempat Kerja yang Bebas Dadah dan Bebas Alkohol..........................8 Pencegahan Keganasan Tempat Kerja......................................................................9

Menghargai Pelanggan Kita Menunaikan Janji Kita........................................................................................... 11 Menyediakan Produk yang Selamat dan Boleh Diharapkan.................................... 11 Melindungi Maklumat yang Diamanahkan kepada Kita.......................................... 11

Menghormati Pemegang Saham Kita Integriti Penyata Kewangan dan Rekod Perniagaan Lain....................................... 13 Perjalanan dan Hiburan Bertanggungjawab........................................................... 13 Mengelakkan Perdagangan Orang Dalam............................................................... 14 Mengelakkan Konflik Kepentingan........................................................................ 14 Menggunakan Aset Syarikat Sebaiknya................................................................. 15 Melindungi Hak Milik Intelektual dan Maklumat Sulit Kita..................................... 15 Teknologi Maklumat dan Komunikasi Elektronik.................................................... 16 Rangkaian Sosial................................................................................................... 16 Menerima dan Memberi Hadiah............................................................................ 17

Menyokong Rakan Kongsi Kita, Komuniti Kita dan Planet Kita Mengelakkan Rasuah dan Sogokan...................................................................... 19 Persaingan Saksama............................................................................................. 19 Mengumpul dan Menggunakan Risikan Saingan................................................... 19 Mencegah Penggubahan Wang dan Pembiayaan Pengganas................................20 Pematuhan Undang-undang Perdagangan ...........................................................20 Berurusan Secara Efektif dengan Pegawai Kerajaan.............................................21 Melobi Kerajaan dan Aktiviti Politik ......................................................................21 Bercakap bagi Pihak Parker .................................................................................22 Prinsip Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan Parker .....................................22 Membuat Perubahan dalam Komuniti Kita ............................................................23

Memelihara Budaya Kita

Dasar Utama Berkaitan Piawai Kelakuan Perniagaan............................................26 Talian Integriti Parker............................................................................................26 Cara untuk Menyuarakan Kemusykilan Integriti....................................................27

Pengerusi, CEO dan Presiden Kita Berkongsi Komitmen Kita

Rakan-rakan Kakitangan, Sambil kita terus membina kedudukan kita sebagai pemimpin dunia dalam teknologi gerakan dan kawalan, wajah Parker akan berubah. Operasi kita akan berkembang, kita akan mengambil alih lebih banyak syarikat dan kita akan memasuki pasaran dan geografi baharu. Tidak kira bagaimana kita berubah di masa hadapan semasa mengejar matlamat kita, adalah penting untuk kita tidak terlupa akan nilai-nilai unik Parker yang telah membantu kita membina reputasi yang begitu teguh dan positif. Nilai kita telah memberikan asas kepada cara kita menjalankan perniagaan dengan pelanggan, rakan sekerja, pemegang saham dan komuniti tempat kita beroperasi. Ia juga memelihara legasi yang telah diwujudkan sejak 95 tahun yang lalu. Skop operasi kita sebagai syarikat global bermakna kita menjalankan perniagaan dalam pelbagai persekitaran budaya, politik dan ekonomi. Keadaan ini boleh menimbulkan kerumitan kepada kakitangan kita dan menekan mereka untuk berjaya. Walaupun mencapai matlamat operasi kita adalah sangat penting, ia mestilah dicapai dengan mematuhi nilai kita. Untuk meletakkan penekanan yang lebih besar ke atas harapan kita kepada setiap kakitangan Parker, Parker telah memperkenalkan Mengungguli dengan Integriti, penerbitan sisipan untuk Tataniaga Global ini. Mengungguli dengan Integriti memfokus kepada mengekalkan reputasi kita dan melindungi kekuatan kewangan kita dengan memastikan kita mematuhi standard kelakuan yang jauh melampaui keperluan undang-undang. Tidak bertujuan untuk menyelesaikan setiap isu situasi, undang-undang, dasar Parker atau kelakuan perniagaan yang dihadapi oleh kakitangan kita, dokumen ini bersama-sama menggambarkan komitmen kita untuk menjalankan perniagaan harian kita secara beretika dan penuh integriti pada sepanjang masa, di bawah semua keadaan dan tanpa kompromi. Menjalankan perniagaan kita dalam cara ini adalah yang terbaik untuk pelanggan kita, kakitangan kita, pemegang saham kita dan semua pemegang saham Parker. Mungkin perkara paling penting yang boleh anda lakukan sebagai kakitangan Parker ialah untuk menjunjung reputasi teguh yang telah kita bina selama ini. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab peribadi anda untuk memahami Tataniaga Global dan prinsip yang digariskan dalam Mengungguli dengan Integriti serta menggabungkannya dalam tindakan dan kelakuan harian anda. Dengan berbuat demikian, anda boleh membantu kita berkembang dan berjaya sambil mengekalkan legasi kita untuk generasi ini dan generasi kakitangan Parker yang akan datang. Yang Benar,

Don Washkewicz Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden

1

Komitmen kepada Integriti Kita Tataniaga Global Parker menetapkan jangkaan global yang tidak boleh dirunding untuk kelakuan, keputusan dan tindakan kita. Tataniaga ini bersama dengan penerbitan syarikat, Mengungguli Dengan Integriti, mentakrifkan cara kita menanam integriti, hormat dan kesaksamaan dalam operasi perniagaan kita. Tataniaga Global kita direka untuk menjadi sumber dan panduan rujukan untuk kakitangan kita dan tidak bermaksud untuk menyelesaikan setiap isu undang-undang, dasar Parker atau kelakuan perniagaan yang dihadapi oleh kakitangan kita. Pematuhan terhadap keperluan undang-undang dan peraturan adalah sangat penting, tetapi sebenarnya ia cuma mewakili sebahagian minimum yang diharapkan daripada diri kita sendiri. Di Parker, kita tidak pernah mahu melakukan perkara yang betul hanya kerana peraturan atau undang-undang. Kita berusaha untuk melakukan apa yang betul, untuk semua sebab yang betul, dengan cara yang betul.

Satu Tanggungjawab Peribadi Setiap hari, di seluruh dunia, setiap kakitangan mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi reputasi Parker. Kejayaan Parker adalah hasil daripada membina budaya melakukan lebih daripada sekadar mematuhi undang-undang. Ia terhasil daripada bertindak dengan integriti semasa berurusan sesama sendiri, dengan pelanggan kita dan semua pemegang saham kita setiap hari. Tataniaga ini memandu komitmen kita untuk bertindak dengan jujur dan dengan integriti, untuk melakukan apa yang betul. Parker ialah sebuah syarikat global, kita bangga menggaji ahli pasukan dan melayan pelanggan di seluruh dunia. Kakitangan dan kontraktor, serta ahli Lembaga Pengarah kita, mesti menghormati undang-undang, budaya dan tradisi setiap negara tempat kita menjalankan perniagaan. Anda mungkin mendapati Tataniaga ini lebih tegas berbanding undangundang negara tertentu. Satu amalan itu mungkin diterima dan malah sah di sesetengah negara, tetapi itu tidak bermaksud amalan itu diterima di Parker. Kita mengharapkan pematuhan kepada Tataniaga ini dalam semua interaksi kita dan akan meninggalkan perniagaan yang tidak dapat kita peroleh secara beretika dan sah. Reputasi global Parker sebagai syarikat yang menang dengan integriti bergantung kepada setiap kakitangan kita untuk sepanjang masa bertindak mengikut undangundang, Tataniaga ini, dasar kita dan nilai kita. Di seluruh dunia, kita bekerja keras untuk membina dan mengekalkan kepercayaan dan mencipta persekitaran yang menggalakkan sikap terus-terang

S

Adakah Tataniaga ini terpakai kepada setiap kakitangan Parker di seluruh dunia?

J

Ya. Setiap kakitangan baharu menerima latihan tentang Tataniaga Global ini dan setiap kakitangan menerima latihan tahunan. Tataniaga ini tersedia dalam berbilang bahasa dan boleh diakses dari parker.com.

dan penglibatan kakitangan. Sebagai balasan, anda – dan setiap kakitangan lain – mempunyai tanggungjawab peribadi untuk bertindak penuh integriti dan menyuarakan kebimbangan sewajarnya.

Mengetahui Apa yang Diharapkan, Bersuara Setiap kita bertanggungjawab untuk mengetahui apa yang diharapkan. Dengan membiasakan diri dengan Tataniaga ini dan dasar kita, anda akan lebih bersedia untuk mengenal pasti dan mengendalikan dilema etika. Adalah penting untuk bertanya soalan atau membangkitkan isu jika anda mengalami situasi yang mungkin mempunyai implikasi etika. Rujuk bahagian Cara untuk Menyuarakan Kebimbangan Integriti jika anda mempunyai soalan, memerlukan nasihat atau percaya anda atau orang lain telah atau mungkin telah melanggar undang-undang, Tataniaga ini, dasar kita atau nilai kita.

3

Menjadi Contoh Terdapat kemungkinan bahawa, pada titik tertentu dalam kerjaya anda, anda akan mendapati diri anda berhadapan dengan dilema etika. Dalam situasi begini, terutamanya jika anda mengetuai atau menguruskan pasukan, pandangan diambil kira, sikap terus-terang adalah penting dan biasanya jawapan tidak sejelas yang anda harapkan. Kita semua bertanggungjawab kepada syarikat dan kepada satu sama lain. Untuk memberikan contoh yang betul kepada orang lain, anda mestilah pada sepanjang masa:

• Bertindak dengan integriti dan dalam cara yang jujur dan spontan; • Mencipta persekitaran terbuka yang menggalakkan penglibatan; • Memastikan anda memahami dan bertindak mengikut undangundang, Tataniaga ini, dasar kita dan nilai kita; • Menekankan bahawa bantuan tersedia jika diperlukan; • Mengetahui sumber yang ada apabila isu dikenal pasti; • Menyokong kakitangan yang dengan niat baik bertanya soalan atau menyuarakan kebimbangan; dan • Melaporkan kejadian yang tidak mematuhi undang-undang, Tataniaga ini, dasar kita dan nilai kita.

4

S J

Bagaimana jika mematuhi Tataniaga ini melanggar undang-undang tempatan? Anda mesti sentiasa mematuhi undang-undang tempatan. Jika anda mempunyai kemusykilan tentang sebarang konflik, berbincanglah dengan pengurus anda atau dapatkan nasihat daripada Jabatan Sumber Manusia atau Jabatan Guaman.

Ikrar Kita Syarikat dengan standard integriti tertinggi sekalipun kadangkala menghadapi masalah. Jika kita menghadapi masalah, kita ingin masalah itu dilaporkan agar ia dapat ditangani. Parker tidak akan menerima tindakan balas dendam, oleh sesiapa pada sebarang peringkat dalam syarikat, terhadap seorang kakitangan yang dengan niat baik membuat laporan tentang amalan atau kelakuan perniagaan yang boleh dipertikaikan. Maklumat berkaitan dengan laporan sedemikian akan disimpan secara sulit seperti yang dibenarkan oleh undang-undang tempatan. Tuduhan tentang balas dendam akan disiasat sepenuhnya dan tindakan yang sesuai akan diambil. Kakitangan yang dengan sengaja membuat tuduhan palsu, memberikan maklumat palsu atau bertindak secara tidak betul akan dikenakan tindakan disiplin, seperti yang dibenarkan oleh undangundang tempatan. Kakitangan yang, dengan niat baik mencari nasihat, menyuarakan kebimbangan atau melaporkan tindakan yang tidak sopan melakukan perkara yang betul.

Penyiasatan Pejabat Audit dan Pematuhan bertanggungjawab untuk mengawasi semua penyiasatan dalaman ke atas dakwaan salah laku berkaitan integriti dan pematuhan, termasuk pelanggaran undang-undang, Tataniaga ini dan dasar Parker. Pejabat Audit dan Pematuhan telah mewujudkan proses dan prosedur untuk memastikan semua penyiasatan dalaman dilakukan oleh personel berkelayakan yang telah dilatih untuk menjalankan penyiasatan mengikut undangundang, secara saksama dan sulit. Kakitangan tidak boleh mencampuri penyiasatan dalaman atau melakukan carian fakta mereka sendiri. Semua kakitangan diharapkan untuk bekerjasama dalam siasatan dalaman, audit dan penilaian lain, termasuk yang dilakukan berhubung dengan saman atau prosiding penyiasatan kerajaan.

Mengetepikan Tataniaga Global Terdapat masa-masa apabila penepian rasmi peruntukan Tataniaga ini diperlukan. Penepian hanya boleh didapatkan dalam keadaan yang ekstrem dan hanya dengan kelulusan daripada keduadua Naib Presiden Audit dan Pematuhan dan Penasihat Umum. Jika individu yang terlibat adalah seorang pengarah atau pegawai eksekutif Parker, penepian boleh diluluskan hanya oleh Lembaga Pengarah Parker Hannifin Corporation dan akan didedahkan segera kepada pemegang saham seperti yang diperlukan oleh undang-undang berkaitan dan peraturan penyenaraian bursa saham.

Jika anda percaya suatu penyiasatan dijalankan secara tidak betul, anda harus melaporkan segera menggunakan mana-mana sumber yang dinyatakan di bawah Cara untuk Menyuarakan Kebimbangan Integriti.

5

Menghormati Kakitangan Kita Semua ahli pasukan Parker adalah dihubungkan oleh nilai kita. Kakitangan yang bersemangat adalah asas kepada Strategi Unggul kita dan memacu kejayaan Parker. Kita menghargai kakitangan kita dengan mencari dan mengalu-alukan kepelbagaian, sentiasa bersikap terbuka dan jujur dalam interaksi kita dan mewujudkan persekitaran kerja sama dan saling terlibat. Di Parker, kita melayan semua orang dengan cara bermaruah dan penuh hormat.

Melayan Kakitangan dengan Bermaruah dan Hormat Kakitangan kita adalah komited kepada kejayaan Parker. Kita menghargai sumbangan mereka dan sangat komited untuk menyediakan persekitaran yang menyokong mereka. Di Parker, kita melayan satu sama lain, pelanggan, pembekal dan rakan niaga perniagaan lain dengan rasa hormat dan bermaruah. Kita mementingkan persekitaran kerja yang positif dan kita bersuara jika matlamat itu dirosakkan oleh sesiapa. Kita berbangga untuk secara aktif menggalakkan kepelbagaian dalam tenaga kerja kita dan dalam tenaga kerja mereka yang melakukan urus niaga dengan kita. Di seluruh dunia, kita komited kepada amalan yang menghasilkan penglibatan semua kakitangan dan menekankan layanan saksama oleh individu yang berkelayakan tanpa mengira usia, bangsa, warna kulit, agama, jantina, kekurangan, asal, kumpulan etnik, orientasi seksual, identiti jantina, maklumat genetik, status veteran yang diselindungkan atau kelas dilindungi lain. Kita percaya semua orang adalah unik dan berharga serta mesti dihormati atas keupayaan dan sumbangan peribadi mereka. Kita bergantung kepada kepelbagaian untuk menghasilkan inovasi yang memacu perniagaan kita dan membantu meningkatkan kelebihan persaingan kita. Setiap hari, kita melihat kuasa pandangan berbeza di tempat kerja. Kita sedar bahawa dunia yang kita layani memiliki kepelbagaian amalan sosial dan tradisi budaya, kita menghormati dan menyanjung perbezaan itu.

Diskriminasi dan semua gangguan (termasuk gangguan seksual) semasa bekerja tidak diterima sama sekali. Tindakan berikut adalah contoh kelakuan tidak sopan dan mesti dielakkan: • Kenyataan, isyarat atau sentuhan fizikal yang tidak diterima. • Membuat gurauan yang mempermainkan atau mengganggu rakan dari bangsa, agama dan jantina tertentu atau ciri lain yang dilindungi undang-undang. • Paparan atau pengedaran bahan seksual yang jelas atau grafik, termasuk gambar yang mengganggu atau kandungan tidak sesuai lain. • Penderaan lisan. • Ancaman atau ejekan. • Enggan bekerja atau bekerjasama dengan seseorang disebabkan oleh bangsa, agama dan jantina mereka atau ciri lain yang dilindungi undang-undang. • Mengambil tindakan membalas dendam terhadap seseorang kakitangan (cth. menggantung atau menamatkan perkhidmatan) kerana kakitangan itu bersuara tentang pelanggaran dasar atau undang-undang. Kita menyokong dan mematuhi undang-undang yang melarang diskriminasi dan gangguan di semua tempat kita melakukan urus niaga.

7

Menghormati Hak Asasi Manusia Parker menghormati hak asasi manusia. Parker telah mewujudkan program perhubungan buruh global untuk hak asasi manusia dan standard global yang selari dengan Penyataan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Buruh dan Hak Asasi Manusia menurut undangundang tempatan dan nasional. Kita mengharapkan pembekal kita untuk memastikan diri mereka mematuhi standard global ini.

Kesihatan dan Keselamatan Tempat Kerja Kita komited untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat. Namun begitu mematuhi peraturan keselamatan semata-mata adalah tidak mencukupi. Komitmen Parker kepada keselamatan bermakna setiap kita perlu peka dengan risiko keselamatan semasa kita bekerja. Berikut adalah beberapa peraturan asas yang mesti anda patuhi: • Sentiasa mematuhi keperluan sistem pengurusan persekitaran, kesihatan dan keselamatan di lokasi kerja anda dan hentikan sebarang kerja yang menjadi tidak selamat. • Anda hanya boleh menerima kerja dengan syarat anda terlatih untuknya, berkemampuan, cergas dan cukup rehat serta peka untuk melakukannya. • Pastikan anda tahu apa harus dilakukan jika berlaku kecemasan di tempat kerja anda. • Bantu memastikan mereka yang bekerja dengan anda – kakitangan, kontraktor dan pihak ketiga lain – bertindak secara konsisten dengan komitmen keselamatan Parker.

8

• Segera laporkan sebarang kemalangan, kecederaan, penyakit, keadaan tidak selamat atau tidak sihat, insiden, tumpahan atau pelepasan bahan ke persekitaran kepada pengurusan Parker tempatan, agar langkah-langkah boleh diambil untuk membetulkan, mencegah atau mengawal keadaan ini serta-merta. Jangan anggap orang lain akan melaporkan risiko atau kebimbangan. Dapatkan nasihat dan bantuan jika anda merasa tidak pasti tentang obligasi keselamatan anda atau anda mempunyai kebimbangan tentang kemungkinan pelanggaran atau pelanggaran sebenar undangundang atau keperluan Parker.

Mengekalkan Tempat Kerja yang Bebas Dadah dan Bebas Alkohol Kita komited untuk mengekalkan tempat kerja yang bebas dadah dan bebas alkohol. Kita juga akan melaporkan diri ke tempat kerja dalam keadaan bebas daripada pengaruh sebarang bahan yang boleh mencegah atau mengganggu kita daripada melakukan kerja kita dengan selamat dan berkesan. Semua kakitangan mestilah mematuhi dasar kita berkaitan dengan penyalahgunaan alkohol dan pemilikan, penjualan dan penggunaan bahan terlarang. Anda dilarang meminum minuman beralkohol semasa berada di premis kita, kecuali dalam acara tertentu yang dibenarkan oleh Syarikat. Memandangkan minuman beralkohol diminum semasa acara yang dibenarkan Syarikat atau acara perniagaan lain di luar premis kita (termasuk acara di luar waktu kerja biasa), kakitangan diharapkan untuk menunjukkan penilaian yang baik, mengelak menjadi mabuk dan mengelak

daripada memandu atau terlibat dalam sebarang aktiviti berbahaya semasa di bawah pengaruh alkohol. Memiliki, menggunakan, menjual atau menawarkan dadah terlarang dan bahan kawalan lain adalah dilarang sama sekali dalam semua keadaan. Sama juga, anda dilarang daripada melaporkan diri ke tempat kerja atau memandu kenderaan Syarikat atau sebarang kenderaan di tempat perniagaan Parker, semasa berada di bawah pengaruh alkohol atau sebarang dadah terlarang atau bahan kawalan.

Pencegahan Keganasan Tempat Kerja Parker komited kepada persekitaran kerja selamat yang bebas daripada ancaman, ketakutan dan bahaya fizikal. Semua orang berhak untuk bekerja dalam persekitaran yang selamat dan semua orang berkongsi tanggungjawab untuk memastikan keselamatan orang lain. Kita mempunyai sifar toleransi kepada keganasan di tempat kerja dan kita akan menyiasat serta mengambil tindakan yang sesuai kepada sebarang ancaman kepada tempat kerja yang selamat.

Parker juga melarang pemilikan dan/atau penggunaan senjata tanpa kebenaran oleh mana-mana kakitangan atau wakil Parker semasa bekerja, di hartanah syarikat atau semasa melakukan urus niaga syarikat. Mana-mana kakitangan yang percaya dia mungkin menjadi sasaran keganasan atau ancaman keganasan, atau tahu tentang kelakuan ganas atau mengancam oleh seseorang, atau dilakukan ke atas seorang kakitangan yang boleh menyebabkan kecederaan orang itu atau kerosakan harta benda, mestilah melaporkan situasi itu serta-merta kepada penyelia atau pengurusnya atau personel Sumber Manusia. Jika seseorang itu lebih suka untuk tidak menghubungi penyelia atau pengurus, Integriti mesti digunakan. Rujuk bahagian Cara untuk Menyuarakan Kemusykilan Integriti untuk maklumat tentang Talian Integriti Parker.

Parker melarang kelakuan ganas di tempat kerja termasuk, tetapi tidak terhad kepada: • Bahaya fizikal atau ancaman untuk menyakiti. • Bunyi bising, marah atau kelakuan yang mengganggu. • Sengaja tidak mempedulikan keselamatan fizikal atau kesejahteraan orang lain. • Sebarang komen atau kelakuan yang boleh dianggap sebagai ancaman.

9

Menghargai Pelanggan Kita Pelanggan kita adalah sebab kita wujud dan mereka mestilah sentiasa merasa kita menghargai mereka. Kita menyampaikan produk dan perkhidmatan kita dengan baik kepada mereka. Kita mendengar keperluan pelanggan kita dan mencabar diri kita untuk mencari cara baharu untuk menawarkan penyelesaian terbaik yang ada. Kita mendapatkan dan mengekalkan kepercayaan mereka dengan melayan mereka dengan kejujuran dan integriti serta dalam cara yang profesional dan bersopan. Kita menunaikan apa yang kita janjikan.

Menunaikan Janji Kita Kita membina hubungan pelanggan jangka panjang dengan menyediakan produk dan perkhidmatan berkualiti pada harga yang berpatutan dan dengan menunjukkan kejujuran dan integriti dalam semua interaksi kita. Segala yang kita beritahu pelanggan dan bakal pelanggan tentang produk dan perkhidmatan kita—dalam iklan, komunikasi jualan dan pemasaran kita dan sebaliknya—mestilah benar, tepat, lengkap dan boleh difahami. Kita tidak memperdaya pelanggan dengan menokok tambah, meninggalkan maklumat penting atau dengan mengiklankan produk, ciri atau perkhidmatan yang kita tidak yakin kita mampu berikan.

Menyediakan Produk yang Selamat dan Boleh Diharapkan

Melindungi Maklumat yang Diamanahkan kepada Kita Mengekalkan kepercayaan pelanggan memerlukan kita untuk menggunakan maklumat mereka sewajarnya. Kita komited terhadap melindungi privasi pelanggan. Kita mengumpul maklumat daripada pelanggan untuk menghasilkan produk dan perkhidmatan yang lebih baik serta untuk mengetahui apa yang mereka suka. Akses kepada maklumat pelanggan adalah terhad kepada kakitangan yang ditetapkan yang mempunyai sebab untuk mengetahui maklumat itu bagi tujuan perniagaan atau undangundang. Semua akses mestilah mematuhi undang-undang privasi data yang digunakan. Melindungi data peribadi pelanggan adalah penting untuk mengekalkan reputasi kita dan kepercayaan pelanggan kita.

Kesemua produk kita mestilah selamat dan boleh diharapkan serta mesti memenuhi semua keperluan undang-undang dan peraturan yang terpakai selain keperluan dan spesifikasi kualiti yang diingini oleh pelanggan kita. Kita komited dengan integriti produk yang tegas untuk satu sebab - kerana ia adalah perkara yang betul untuk dilakukan. Kakitangan Parker tidak boleh dengan sengaja menyembunyikan kerja atau bahan yang rosak, sengaja memalsukan rekod atau membuat perakuan atau tuntutan palsu berkenaan dengan keselamatan atau kualiti produk Parker.

11

Menghormati Pemegang Saham Kita Kita komited untuk mengembangkan nilai yang kita bawa kepada pemegang saham kita, menghargai kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap kita.

Integriti Penyata Kewangan dan Rekod Perniagaan Lain Kita komited untuk mengekalkan rekod kewangan dan perniagaan yang lengkap, adil, mengikut masa, tepat dan boleh difahami, serta pendedahan dalam laporan dan dokumen yang kita failkan atau berikan kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. serta pengawal atur di seluruh dunia. Kita menyediakan rekod perniagaan dan rekod kewangan kita dengan integriti dan kejujuran, sama ada dilaporkan di luar atau untuk kegunaan dalaman. Kita tidak pernah memberi gambaran yang salah tentang prestasi kewangan atau operasi kita atau dengan sengaja menjejaskan integriti penyata kewangan syarikat. Kita tidak memasukkan maklumat dalam buku atau rekod kita yang sengaja menyembunyikan, mengelirukan atau menyamarkan keadaan sebenar sebarang urus niaga, hasil atau baki kewangan atau bukan kewangan.

Pengekalan Rekod Sebagai sebahagian daripada komitmen kita kepada integriti dalam rekod perniagaan kita, anda mesti menyimpan rekod perniagaan anda dengan baik. Dasar Global untuk Pengekalan dan Perlindungan Rekod kita mewujudkan jadual pengekalan rekod mengikut negara untuk memastikan rekod disimpan untuk tempoh yang diperlukan dan rekod yang tidak lagi diperlukan akan dimusnahkan.

Kita mengikuti semua proses dan kawalan yang direka untuk memastikan ketepatan hasil kewangan Parker. Mereka yang diminta untuk menilai atau mengesahkan maklumat yang berkaitan dengan kawalan

dalaman Parker adalah diharapkan untuk berbuat demikian sepenuhnya secara tepat dan mengikut masa. Di Parker, kita sentiasa bekerjasama dan berkomunikasi secara terbuka dengan ahli audit dalaman dan pematuhan Parker, pasukan perakaunan dan guaman, serta juruaudit bebas Parker dan penyiasat atau pengawal atur kerajaan berkenaan dengan amalan perakaunan atau penyata kewangan Parker. Kita tidak pernah mencuba untuk mempengaruhi, memaksa, memanipulasi atau mengelirukan mana-mana antara maklumat tersebut.

Laporan Perbelanjaan Pemalsuan laporan perbelanjaan termasuk namun tidak terhad kepada menyerahkan resit palsu, melaporkan perbatuan tidak tepat, memalsukan nama pelanggan dan mereka tujuan perniagaan.

Perjalanan dan Hiburan Bertanggungjawab Kakitangan Parker diharapkan untuk merekodkan perbelanjaan perjalanan dan berkaitan perniagaan dengan jujur, tepat dan lengkap. Gunakan dana Parker hanya untuk tujuan perniagaan yang sah dan jangan belanjakan lebih daripada yang perlu. Ikuti dasar syarikat berkenaan penggunaan kad kredit korporat, pembekal perjalanan yang lebih disukai, kelulusan pengurusan yang perlu, resit, laporan perbelanjaan dan lain-lain hal berkaitan perjalanan. Sentiasa jujur dan tepat semasa menyerahkan tuntutan perbelanjaan untuk pembayaran balik dan jangan sekali-kali menggunakan dana Parker untuk perjalanan atau hiburan peribadi atau untuk menambah pendapatan anda.

13

Mengelakkan Perdagangan Orang Dalam Dari masa ke masa anda mungkin mendapatkan maklumat penting dan bukan umum tentang Parker atau syarikat lain, termasuk pelanggan, pembekal dan sasaran pengambilalihan Parker. Maklumat ini mungkin termasuk, sebagai contoh, berita sulit tentang penggabungan, pengambilalihan, pemberhentian, litigasi besar, pengenalan produk baharu, pemberian kontrak besar, hasil kewangan, pendapatan atau lain-lain maklumat ramalan, perpecahan saham atau maklumat lain yang mempunyai potensi untuk menjejaskan harga saham Parker dan/atau syarikat lain. Kita tidak membeli, menjual ataupun memperdagangkan sekuriti Parker dan/atau Syarikat lain atau menasihatkan sesiapa yang lain untuk berbuat demikian, kecuali dan sehingga maklumat itu menjadi pengetahuan umum atau tidak lagi penting. Menentukan sama ada maklumat telah menjadi umum atau tidak penting lagi boleh menjadi sukar, jadi jika anda mempunyai sebarang keraguan, berbincanglah dengan Jabatan Guaman sebelum memperdagangkan sekuriti.

Mengelakkan Konflik Kepentingan Oleh kerana kita diharapkan untuk bertindak demi kebaikan Parker sepanjang masa, kita perlu memerhatikan potensi konflik kepentingan. Konflik kepentingan timbul apabila aktiviti peribadi, sosial, kewangan atau politik atau perhubungan perniagaan mengganggu keobjektifan dan kesetiaan seorang kakitangan kepada Parker. Konflik sebenar – serta kemunculan konflik – mesti dielakkan.

14

Pertimbangkan situasi anda sendiri dengan teliti untuk sebarang konflik kepentingan sebenar atau ketara. Jika anda percaya yang anda atau ahli keluarga anda, mempunyai konflik kepentingan, anda mesti segera mendedahkannya kepada pengurus anda dan kepada Pejabat Audit dan Pematuhan. Situasi berikut menggambarkan konflik kepentingan dan dilarang: • Anda atau ahli keluarga anda memiliki "perniagaan sampingan" yang bersaing dengan, menjual kepada atau membeli daripada Parker. • Anda membuat keputusan pembelian untuk Parker berdasarkan kepada kepentingan peribadi anda bukannya kepentingan Parker. • Anda atau ahli keluarga anda menerima faedah peribadi tanpa usaha sebagai hasil daripada kedudukan anda di Parker. • Anda atau mana-mana ahli keluarga anda memiliki pelaburan kewangan dalam pesaing, pembekal atau pelanggan selain daripada pelaburan nominal dalam syarikat awam. Ini adalah beberapa situasi yang mungkin menimbulkan konflik kepentingan: • Anda atau ahli keluarga anda juga bekerja untuk pesaing, pelanggan atau pembekal. • Anda terlibat dalam perhubungan (sama ada perniagaan atau peribadi) yang boleh menjejaskan kebebasan atau penilaian anda.

Menggunakan Aset Syarikat Sebaiknya Setiap kita diamanahkan dengan pelbagai aset syarikat dan mempunyai tanggungjawab untuk melindunginya. Aset ini termasuk bukan sahaja wang tunai dan aset kewangan lain, tetapi juga aset seperti peralatan, inventori, bekalan dan hak milik intelektual. Kita mengikuti prosedur keselamatan untuk melindungi aset dan kita peka dengan situasi yang boleh membawa kepada kehilangan atau penyalahgunaan aset. Kita enggan mengambil bahagian atau bertolak ansur dengan orang lain, sebarang tindakan yang melibatkan kecurian, penipuan, pendedahan tanpa kebenaran, penggelapan wang atau penyalahgunaan mana-mana aset ini atau aset syarikat yang lain.

Melindungi Hak Milik Intelektual dan Maklumat Sulit Kita Idea dan ciptaan kita, penyelesaian pelanggan inovatif kita dan maklumat proprietari lain, adalah aset bernilai yang membezakan kita daripada pesaing kita dan mesti dilindungi. Kita mengendalikan hak milik intelektual Parker dan maklumat sulit lain dengan penuh teliti. Ini termasuklah tanda dagangan, paten, hak cipta, rahsia perniagaan dan maklumat proprietari lain.

ini untuk faedah peribadi. Apabila perlu untuk berkongsi hak milik intelektual agar pihak ketiga boleh bekerja dengan kita, jangan dedahkan maklumat sedemikian tanpa kebenaran awal pengurusan dan kemudian hanya selepas mendapatkan perjanjian kerahsiaan bertulis yang disediakan oleh Jabatan Guaman. Jika anda mempunyai kemusykilan tentang kewajaran bertindak balas terhadap sebarang permintaan maklumat, tanya pengurus anda atau Jabatan Guaman.

S J

Apakah contoh lain maklumat sulit atau kepunyaan Parker? Contoh lain maklumat sulit atau kepunyaan boleh termasuk: pangkalan data jualan dan pemasaran; rekaan dan proses produk/sistem; strategi perniagaan; penyelidikan dan data teknikal; pembangunan produk baharu; dan senarai kakitangan, pelanggan dan pembekal.

Kita semua menerima maklumat proprietari secara rahsia dan diharapkan untuk mengekalkan maklumat itu sebagai rahsia dan tidak mendedahkan atau menggunakannya selain dalam perniagaan Parker dan untuk faedah Parker. Kita tidak boleh mendedahkan maklumat proprietari Parker kepada orang di luar Parker atau menggunakan maklumat

15

Teknologi Maklumat dan Komunikasi Elektronik Aset teknologi maklumat dan sumber komunikasi elektronik Parker diberikan kepada kakitangan untuk tujuan perniagaan Parker. Aset teknologi maklumat dan sumber komunikasi elektronik Parker termasuklah peranti elektronik, sistem, rangkaian, pelayan, pangkalan data, perisian dan storan atau pemprosesan data atau maklumat lain yang dimiliki, dipajak, dikeluarkan atau sebaliknya dikontrak oleh Parker (sebagai contoh, komputer, komputer riba, tablet, telefon, telefon bimbit, PDA/ telefon pintar, mesin salin, media storan mudah alih, peranti wayarles, e-mel dan pemesejan suara dan sambungan Internet). Semua fail, maklumat, komunikasi dan data lain yang disimpan, dihantar atau diproses pada aset teknologi maklumat dan sumber komunikasi elektronik Parker adalah harta Parker. Parker mempunyai hak untuk mengakses, memantau atau mendedahkan fail, maklumat, komunikasi atau data lain yang sedemikian pada bila-bila masa, dalam Parker dan kepada pihak ketiga, seperti yang dibenarkan oleh undang-undang. Penggunaan aset teknologi maklumat dan sumber komunikasi elektronik Parker adalah tertakluk kepada dasar Parker, kecuali seperti yang dibenarkan oleh undang-undang tempatan. Penggunaan peribadi terhad untuk aset teknologi maklumat dan sumber komunikasi elektronik Parker dibenarkan jika penggunaan sedemikian tidak (1) mengganggu tanggungjawab kerja, (2) memberi kesan besar kepada fungsi aset teknologi maklumat Parker, (3) berkaitan dengan urusan perniagaan luar dan (4) melanggar

16

undang-undang, Tataniaga ini atau mana-mana dasar, amalan atau prosedur Parker yang lain. Kakitangan mesti menggunakan aset teknologi maklumat dan sumber komunikasi elektronik Parker dalam cara yang dibenarkan dan dalam cara yang mengelakkan ancaman keselamatan. Parker mungkin membenarkan akses ke rangkaian, pelayan, sistem, fail, maklumat, komunikasi dan/atau data lain Parker melalui peranti peribadi milik kakitangan. Akses sedemikian adalah terhad dan tertakluk kepada privasi data dan sekatan dan pengawasan keselamatan menurut dasar Parker. Parker mungkin membenarkan pihak penguatkuasaan undangundang atau pihak ketiga lain untuk mengakses mana-mana dan semua aset teknologi maklumat dan sumber komunikasi elektronik Parker. Parker juga mungkin mengakses, menilai dan mendedahkan fail, maklumat, komunikasi dan data lain yang disyaki telah digunakan oleh bekas kakitangan atau kakitangan semasa untuk menjalankan aktiviti haram menggunakan aset teknologi maklumat atau sumber komunikasi elektronik Parker.

Rangkaian Sosial Memandangkan penggunaan rangkaian sosial dalam talian semakin meningkat, adalah penting untuk kakitangan Parker menggunakan forum ini dengan baik dan bertanggungjawab. Walaupun rangkaian sosial membuka peluang baharu untuk memberi kesan positif kepada reputasi dan perkembangan perniagaan jenama kita, ia juga membawa risiko perniagaan yang penting apabila digunakan secara salah.

Semasa berada di rangkaian sosial, anda harus ingat bahawa semua dasar sedia ada kita adalah terpakai. Ini termasuklah menjaga kerahsiaan maklumat perniagaan, teknikal dan kewangan Parker. Anda mesti sentiasa mematuhi dan menghormati semua undang-undang dan peraturan yang berkenaan semasa berada dalam talian dan mengikuti terma dan syarat penggunaan yang telah ditetapkan oleh tapak rangkaian sosial itu. Mana-mana unit perniagaan Parker yang ingin mewujudkan atau diwakili dalam tapak rangkaian sosial mestilah mendapat kebenaran daripada Naib Presiden Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Luar atau orang yang diamanahkan terlebih dahulu, termasuk siaran video pada tapak media sosial, termasuk YouTube, Youku atau tapak serupa yang lain.

Menerima dan Memberi Hadiah Kita tidak membenarkan keputusan perniagaan kita dipengaruhi oleh hadiah, bantuan atau layanan baik daripada pihak lain. Hadiah dan hiburan boleh mewujudkan hubungan perniagaan yang baik, tetapi juga boleh menjadikan sukar untuk menjadi objektif tentang orang yang memberikannya. Pilihan pembekal, vendor dan rakan niaga kita mestilah berdasarkan faktor objektif seperti kos, kualiti, nilai, perkhidmatan dan kemampuan melakukannya. Kita mesti mengelakkan walau gambaran seperti melakukan keputusan perniagaan berdasarkan hadiah yang diterima melalui hubungan ini. Kita juga tidak memberi hadiah, bantuan atau layanan baik kepada orang lain kecuali menurut undangundang yang terpakai dan dalam cara yang sesuai dan beretika.

Hadiah sederhana dengan nilai nominal seperti makanan, tiket ke teater atau item promosi secara umumnya boleh diterima dan diberi. Hiburan perniagaan yang tidak kerap adalah wajar dengan syarat tidak melampau dan tidak mewujudkan gambaran yang tidak elok. Jika anda bekerja dengan kakitangan kerajaan (termasuk kakitangan perusahaan milik kerajaan atau dikawal kerajaan), sila maklum bahawa tawaran ringkas seperti membelikan makanan atau minuman sekalipun mungkin tidak boleh diterima atau melanggar undang-undang. Hubungi Jabatan Guaman sebelum memberikan sebarang hadiah atau hiburan kepada kakitangan kerajaan.

Menyimpan Rekod Hadiah dan Hiburan Semua hadiah dan hiburan yang anda tawarkan mestilah ditunjukkan dengan tepat dalam buku dan rekod Parker. Keperluan ini boleh dipenuhi dengan menyerahkan laporan perbelanjaan dengan dokumentasi sokongan yang sesuai.

17

Menyokong Rakan Kongsi Kita, Komuniti dan Planet Kita Kita percaya menjadi warganegara korporat yang bertanggungjawab adalah asas kepada nilai-nilai kita, membolehkan kita mewujudkan kepercayaan di kalangan rakan niaga perniagaan kita dan memotivasi ahli pasukan kita untuk membuat pilihan yang tepat untuk perniagaan kita, komuniti kita dan planet kita.

Mengelakkan Rasuah dan Sogokan

• Bertukar maklumat dengan pesaing berkenaan penentuan harga, pemasaran, pengeluaran, wilayah dan/atau pelanggan; dan

Kita komited untuk memenangi perniagaan hanya berdasarkan merit dan integriti produk, perkhidmatan dan kakitangan kita. Kita tidak bertolak ansur dengan rasuah, sogokan atau lain-lain amalan perniagaan yang salah atau korup dalam sebarang bidang kuasa. Selain itu, kita tidak boleh sekalikali menawarkan, memberikan atau menjanjikan apa-apa yang bernilai yang boleh dianggap sebagai bayaran untuk mendapatkan, mengekalkan atau mengarahkan perniagaan atau mendapatkan kelebihan perniagaan yang tidak wajar dengan pelanggan komersial atau pegawai kerajaan (termasuk kakitangan syarikat milik negara atau dikawal negara), walaupun jika itu merupakan amalan perniagaan yang diterima di lokasi tertentu. Kita mesti mematuhi sepenuhnya undangundang anti rasuah dan anti korupsi semua negara tempat kita menjalankan perniagaan, termasuk Akta Amalan Korup Asing A.S. dan Akta Sogokan UK. Bayaran memudahkan kepada mana-mana kakitangan kerajaan untuk sebarang tujuan, tidak kira sekecil mana, adalah dilarang keras.

Persaingan Saksama Parker berjaya di dalam pasaran dengan bersaing secara agresif namun adil. Produk dan perkhidmatan kita berdiri di atas meritnya sendiri. Kita tidak memberi gambaran salah tentang ciri produk dan perkhidmatan kita. Kita juga tidak menipu pelanggan kita atau terlibat dalam sebarang amalan tidak adil lain. Kita percaya dengan persaingan bebas dan terbuka. Parker mematuhi sepenuhnya undangundang antitrust dan persaingan di setiap negara tempat kita menjalankan perniagaan. Kita memahami bahawa amalan perniagaan anti persaingan tertentu adalah dilarang oleh undangundang ini, termasuk:

• Mencadangkan atau memasuki sebarang perjanjian formal atau tidak formal dengan mana-mana pesaing yang: menetapkan harga; mengkoordinasi bidaan; mengagihkan pengeluaran; membahagikan pasaran atau wilayah jualan, produk, pelanggan atau pembekal atau yang melindungi sebarang topik dengan kepentingan persaingan yang lain.

S

J

Jika perniagaan tidak boleh dicapai secara beretika dan mengikut undang-undang, adakah Parker akan meninggalkan urus niaga itu? Ya, semudah itu.

Mengumpul dan Menggunakan Risikan Saingan Mengumpul maklumat tentang pesaing kita - biasanya dipanggil risikan saingan- adalah amalan perniagaan yang sah. Berbuat demikian membantu kita kekal bersaing dalam pasaran. Mendapatkan maklumat dari sumber umum, seperti akhbar atau Internet, adalah wajar dan digalakkan. Kita juga dibenarkan untuk bertanya kepada pelanggan dan pembekal jika terdapat sebarang maklumat bukan sulit tentang pesaing yang boleh mereka kongsikan dengan Parker. Kita bagaimanapun, tidak menggalakkan sebarang pendedahan yang boleh melanggar mana-mana obligasi undang-undang atau kontraktual pelanggan atau pembekal. Semasa bekerja dengan konsultan, pembekal dan rakan niaga lain, kita memastikan mereka memahami jangkaan Parker untuk pengumpulan maklumat persaingan yang mengikut undang-undang dan betul.

19

Mencegah Pelaburan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas Kita mematuhi semua undang-undang yang direka untuk menghalang kegiatan jenayah, memastikan kita selamat dari keganasan dan melindungi keselamatan nasional negara tempat kita menjalankan perniagaan. Pelaburan wang haram adalah proses yang mana wang yang dijana daripada aktiviti jenayah seperti pengedaran dadah dipindahkan melalui perniagaan yang sah untuk menyembunyikan sumber asal dari jenayah itu. Pembiayaan keganasan merujuk kepada dana untuk aktiviti pengganas dan boleh berasal daripada sumber yang sah atau jenayah. Di Parker, kita tidak boleh memudahkan sama ada penggubahan wang atau pembiayaan pengganas dan kita mesti mengambil langkah untuk mencegah penggunaan tanpa sengaja sumber perniagaan Parker untuk tujuan ini. Kita mestilah sentiasa berjaga-jaga dan mengamalkan penilaian yang baik semasa berurusan dengan pelanggan atau rakan niaga perniagaan dengan, antara lainnya, segera melaporkan sebarang aktiviti atau urus niaga yang luar biasa atau mencurigakan seperti percubaan pembayaran secara tunai atau dari sumber kewangan luar biasa, aturan yang melibatkan pemindahan wang ke atau dari negara atau entiti yang tidak berkaitan dengan urus niaga atau pelanggan tersebut, urus niaga yang luar biasa kompleks yang tidak menggambarkan tujuan perniagaan sebenar atau percubaan untuk mengelakkan keperluan simpanan rekod atau laporan.

Pematuhan Terhadap Undang-undang Perdagangan Parker membeli dan menjual di seluruh dunia dan tertakluk kepada undang-undang negara yang berkenaan berkaitan import dan eksport barangan, perkhidmatan, perisian dan teknologi. Selain itu Parker mempunyai dasar global

20

S

Saya bekerja di jabatan jualan. Bila saya perlu bertanya pelanggan saya tentang penggunaan akhir, pengguna akhir atau eksport produk? Itu kelihatan seperti mengganggu.

J

Undang-undang eksport dan dasar Parker mungkin melarang penjualan atau pemindahan barangan, perkhidmatan, perisian dan teknologi ke negara atau individu atau entiti tertentu. Selain itu, bergantung kepada sifat atau penggunaan barangan atau teknologi itu, ia mungkin memerlukan lesen kerajaan jika dieksport atau jika dieksport ke negara tertentu. Jika anda mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa barangan atau teknologi itu mungkin akhirnya akan diterima untuk penggunaan, orang, entiti atau negara yang dilarang oleh undangundang eksport untuk menerimanya, anda perlu membuat pemeriksaan susulan untuk memastikan tidak akan ada pelanggaran undang-undang eksport. Selain itu, jika anda percaya lesen akan diperlukan untuk eksport oleh pelanggan kita dan pelanggan itu tidak mempunyai lesen, anda harus membuat pemeriksaan susulan untuk memastikan tidak akan ada pelanggaran undang-undang eksport. Dalam situasi sebegini, adalah munasabah dan perlu untuk bertanya pelanggan tentang penggunaan akhir, pengguna akhir, eksport atau lesen untuk produk yang kita bekalkan kepada pelanggan. terhadap jualan secara langsung atau tidak langsung ke negara tertentu untuk mengukuhkan dan memudahkan pematuhan kepada undang-undang eksport A.S. dan antarabangsa. Semua kakitangan Parker diminta untuk mematuhi semua keperluan import, eksport dan Dasar berkenaan dengan barangan atau teknologi yang melibatkan mereka. Jika anda mempunyai soalan tentang Parker atau obligasi pematuhan anda dalam kawasan ini, berhubunglah dengan Jabatan Guaman atau Jabatan Pematuhan

Perdagangan Korporat Parker. Jika anda terlibat dalam apa jua cara dalam eksport atau import, sentiasalah dengan jujur, tepat dan menyeluruh melaporkan maklumat berkaitan dengan sifat dan kegunaan apa yang diimport atau dieksport, tempat pengeluaran dan kosnya. Sentiasa dengan jujur, tepat dan menyeluruh melaporkan nama dan alamat pengguna akhir, pelanggan dan sebarang orang tengah.

Berurusan Secara Efektif dengan Pegawai Kerajaan Sebagai sebuah syarikat global, kakitangan Parker mungkin mempunyai kenalan dari kalangan pegawai kerajaan (termasuk kakitangan perusahaan milik negara atau dikawal negara). Seperti biasa, dengan semua maklumat yang kita berikan, anda mestilah jujur dan bercakap benar. Apabila menjalankan urus niaga dengan kerajaan (termasuk OEM, kontraktor utama, sub kontraktor dan pengedar yang mana sumber pembiayaan utama ialah kerajaan), standard kelakuan mungkin berbeza daripada standard semasa berurusan dengan perniagaan komersial. Sebagai contoh, seperti yang dibincangkan di atas secara lebih terperinci, standard yang berkaitan dengan hiburan dan hadiah secara umumnya adalah lebih terbatas dan risiko undang-undangnya adalah lebih besar apabila melibatkan pegawai kerajaan (dan mungkin untuk mereka yang bekerja untuk entiti komersial yang menerima pembiayaan kerajaan). Dalam sesetengah keadaan, terutama berhubung dengan kontrak atau subkontrak kerajaan, adalah penting untuk kakitangan membuat pensijilan produk tertentu, menjana rekod dan membekalkan maklumat atau kenyataan lain berkaitan integriti, produk, rekaan dan keakuran berkaitan perniagaan yang lain.

Undang-undang yang berkaitan dengan menjalankan urus niaga dengan kerajaan (atau entiti komersial yang menerima pembiayaan kerajaan) biasanya adalah kompleks dan mengenakan penalti sivil, jenayah atau penalti lain yang serius untuk pelanggaran pada kedua-dua syarikat dan kakitangan yang terlibat dalam amalan tidak wajar. Jika anda menerima permintaan untuk maklumat yang luar dari kebiasaan atau bukan standard daripada agensi kerajaan atau undang-undang, anda harus menghubungi Jabatan Guaman atau Pejabat Audit dan Pematuhan sebelum memberi maklum balas.

Melobi Kerajaan dan Aktiviti Politik Parker mungkin mengambil kedudukan awam dari masa ke masa pada isu yang penting kepada kebajikan perniagaan, kakitangan, pelanggan, pembekal, pemegang saham dan lain-lain. Proses yang Parker gunakan untuk membangunkan kedudukan awam dan terlibat dalam aktiviti politik turut mempertimbangkan keperluan di seluruh syarikat. Parker tidak akan membenarkan dana atau harta syarikat disumbangkan kepada mana-mana calon politik atau pemegang jawatan. Perbincangan dan dokumen melobi menjadi sebahagian daripada rekod awam dan mungkin membawa kesan korporat yang serius dalam kumpulan perniagaan. Oleh itu, di mana-mana negara Parker beroperasi, sebarang percubaan untuk mempengaruhi undang-undang, pembuatan peraturan, peraturan kerajaan atau penglibatan pelobi, bagi pihak Parker atau mana-mana entiti perniagaannya, mestilah diluluskan terlebih dahulu oleh ahli Jawatankuasa Pengurusan Parker atau Naib Presiden Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Luar.

21

Bercakap bagi Pihak Parker Sebagai syarikat perdagangan awam, penyata umum Parker mestilah diuruskan dengan teliti untuk memastikan ketepatan, ketelusan dan mematuhi keperluan undangundang, serta untuk melindungi reputasi kita. Parker menggunakan saluran pengedaran tertentu— seperti siaran berita, sidang media dan analisis dan kenyataan di parker. com atau forum dalam talian—untuk berkomunikasi dengan dan kepada masyarakat. Penggunaan saluran ini dihadkan kepada individu yang dibenarkan dan maklumat yang dikongsikan mestilah sah, tepat dan diluluskan untuk siaran umum Hanya individu yang dibenarkan boleh menyatakan kedudukan rasmi syarikat pada topik tertentu seperti prestasi kewangan, rancangan perniagaan strategik, urusan guaman dan isu dasar awam. Kakitangan, selain mereka yang dilantik untuk bercakap bagi pihak Syarikat, adalah diarahkan untuk tidak memberi maklum balas kepada pertanyaan daripada komuniti pelaburan atau media nasional melainkan dibenarkan secara khusus untuk berbuat demikian oleh ahli Jawatankuasa Pengurusan Parker atau Naib Presiden Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Luar.

Prinsip Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan Parker Parker mempunyai tradisi yang bertahan lama terhadap penjagaan kualiti alam sekitar. Produk, perkhidmatan dan kaedah pengeluaran kita menggambarkan sikap mengambil berat dan keprihatinan serta kepercayaan kita

22

Sebelum Bercakap bagi Pihak Parker Hubungi Naib Presiden Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Luar jika anda menerima pertanyaan daripada media, menerima permintaan agar Parker menyertai acara perhubungan awam atau dijemput untuk mengambil bahagian dalam tinjauan korporat atau bercakap kepada umum bagi pihak Parker. Semua pertanyaan daripada penganalisis kewangan atau industri atau pelabur mestilah diarahkan ke Jabatan Perhubungan Pelabur.

bahawa apa yang baik untuk alam sekitar adalah baik untuk Parker. Dedikasi Parker menjangkau lebih jauh daripada mematuhi undangundang untuk merangkumi integrasi amalan alam sekitar yang baik ke dalam keputusan perniagaan kita. Kita komited kepada kakitangan, komuniti dan pelanggan kita: kesihatan, keselamatan mereka dan memahami keperluan untuk pengawasan alam sekitar. Kita komited kepada konsep pembaikan berterusan dalam prestasi alam sekitar. Sewajarnya, kita adalah komited kepada prinsip-prinsip berikut: • Kita komited untuk mematuhi undangundang alam sekitar, kesihatan dan keselamatan di seluruh dunia. • Kita komited untuk meminimumkan atau menyingkirkan penghasilan sisa buangan.

• Kita mengawasi pematuhan kepada peraturan alam sekitar, kesihatan dan keselamatan. • Kita berusaha untuk memulihara penggunaan sumber semula jadi. • Kita memberi maklum balas kepada keprihatinan alam sekitar oleh kakitangan kita dan komuniti tempat kita beroperasi.

Membuat Perubahan dalam Komuniti Kita Kita berbangga dengan sumbangan Parker kepada pembangunan ekonomi dan sosial di lokasi tempat kita menjalankan perniagaan kita. Kita sangat menggalakkan setiap fasiliti dan kakitangan kita untuk terlibat secara aktif dalam menyokong komuniti mereka dengan menaja dan mengambil bahagian dalam aktiviti kebajikan dan usaha lain yang menyumbang kepada pembangunan komuniti dan kualiti hidup yang lebih baik.

23

Memelihara Budaya Kita Kita semua bertanggungjawab untuk mengekalkan budaya yang telah dibina oleh kerja keras kakitangan Parker selama lebih daripada 90 tahun.

Selama lebih daripada 90 tahun, Parker telah membina produk yang membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih selamat, lebih selesa dan lebih mengujakan. Produk kita telah membantu Charles Lindbergh menyeberangi Atlantik, pesawat Boeing pertama untuk mendekatkan dunia, Neil Armstrong untuk menjejakkan kaki di bulan dan angkasawan Apollo 13 kembali ke bumi dengan selamat. Hari ini kita menjalankan misi untuk memenuhi keperluan manusia yang belum dipenuhi, dalam pelbagai cara seperti membangunkan sumber tenaga baharu, memastikan keselamatan makanan, menulenkan air, melindungi alam sekitar, memperbaiki pengangkutan dan membekalkan doktor serta hospital dengan produk yang membolehkan jutaan manusia menjalani hidup yang lebih sihat.

Marilah kita semua berikrar untuk memberikan komitmen bersama kepada satu sama lain untuk terus mengukuhkan warisan etika kita. Apabila kita melihat kelakuan yang tidak mematuhi nilai-nilai kita, kita akan menghentikannya; dan apabila kita melihat rakan sekerja kita mendukung aspirasi tertinggi kita, kita akan meraikannya. Ini menjadikan kita hebat.

Kebanyakan syarikat yang beroperasi semasa Parker diasaskan tidak lagi wujud. Kita telah bertahan disebabkan budaya yang telah kakitangan kita bina. Ini adalah budaya yang mementingkan blok binaan yang diperlukan untuk mencapai kejayaan. Kita telah mengutamakan nilai perkhidmatan pelanggan terbaik, komitmen untuk menyerahkan keputusan perniagaan yang penting kepada mereka yang paling rapat dengan pelanggan, keengganan untuk menyerah kalah pada waktu sukar, cenderung kepada pembelajaran dan peningkatan berterusan serta rasa rendah diri untuk menyedari kita semua tidak akan berjaya tanpa bantuan daripada rakan sekerja kita.

25

Dasar Utama Berkaitan Piawai Kelakuan Perniagaan Kakitangan mestilah mempunyai pemahaman asas terhadap dasar-dasar berikut: • Pematuhan Anti-Rasuah • Anti-Gangguan dan Tiada Diskriminasi • Anti-Balas Dendam • Pematuhan Antitrust • Dokumen dan Maklumat yang Diberikan kepada Orang Luar • Pengurusan Persekitaran, Kesihatan dan Keselamatan • Layanan Saksama • Hak Asasi Manusia • Perdagangan Orang Dalam • Hak Milik Intelektual • Boikot Antarabangsa • Komunikasi Pelabur, Media dan Kerajaan • Tiada Jualan ke Negara yang Dilarang • Rangkaian Sosial Dalam Talian • Dasar Kontrak dengan Kerajaan A.S. • Pengekalan dan Perlindungan Rekod • Penyalahgunaan Bahan • Keganasan Tempat Kerja Semua pekerja boleh menyumbang kepada budaya pematuhan Parker dengan memahami dasar-dasar Parker, mengelakkan pelanggaran Tataniaga ini dan melaksanakan komitmen Parker kepada Mengungguli dengan Integriti.

Talian Integriti Parker Sesetengah negara tempat Parker menjalankan perniagaan melarang sebarang keperluan untuk bersuara dan banyak yang tidak membenarkan sebarang kebimbangan untuk dilaporkan secara tanpa nama. Periksa laman web Audit dan Pematuhan untuk maklumat lanjut tentang prosedur membuat laporan di negara tempat anda bekerja.

26

Cara untuk Menyuarakan Kemusykilan Integriti

Menggunakan Talian Integriti Jika anda menggunakan Talian Integriti untuk melaporkan suatu situasi atau bertanya soalan, sama ada melalui telefon atau dalam talian, anda boleh kekal tanpa nama jika anda mahu. Jika anda memilih untuk kekal tanpa nama, anda akan menerima nombor penjejakan agar anda boleh menghubungi kita kembali untuk menyemak status panggilan atau laporan internet anda.

BERHUBUNG Bincangkan Isu

Secara umum, penyelia atau pengurus anda berada pada kedudukan terbaik untuk menyelesaikan kemusykilan integriti. Bagaimanapun, penyelia langsung anda bukanlah satu-satunya pilihan anda. Sumber lain termasuklah: • Wakil Sumber Manusia • Pegawai Pematuhan Tempatan • Peguam Jabatan Guaman • VP – Audit dan Pematuhan • VP – Integriti dan Etika

HUBUNGI

Talian Integriti Parker Talian Integriti ini dihoskan oleh sebuah perkhidmatan pelaporan bebas. Ia tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu, dari sebarang lokasi di seluruh dunia. Anda boleh memilih sama ada untuk kekal tanpa nama atau sebaliknya. Nombor telefon dan arahan bagi setiap negara dimasukkan di laman web Audit dan Pematuhan yang boleh dicapai melalui POL. Perterjemah turut tersedia di Talian Integriti.

KLIK

Laporan Berasaskan Web Jika anda memilih untuk melaporkan kemusykilan di dalam talian, anda boleh mengakses pautan laporan pada tapak intranet Audit dan Pematuhan. Laman web Talian Integriti Parker diuruskan oleh pihak ketiga bebas yang diwajibkan melalui kontrak dan/atau undang-undang yang berkaitan untuk menyediakan kerahsiaan. Terjemahan adalah tersedia.

S J

Apa yang berlaku seterusnya? Jika anda membuat laporan, laporan itu akan disiasat secara sulit dan profesional. Anda mungkin diminta untuk memberikan maklumat lanjut. Jika anda membuat laporan secara tanpa nama, soalan akan dihantar melalui perkhidmatan laporan untuk anda nilai dan berikan maklum balas. Anda mungkin atau mungkin tidak akan menerima maklumat tentang hasil akhir penyiasatan, tetapi anda akan menerima pengesahan bahawa isu itu telah ditangani.

Tiada Balas Dendam Tiada kakitangan akan dikenakan tindakan disiplin, kehilangan pekerjaan atau menjadi mangsa balas dendam dalam apa jua cara kerana bertanya soalan atau menyuarakan kebimbangan tentang obligasi undang-undang atau etika kita semasa bertindak dengan niat yang baik. Niat baik tidak bermakna individu itu mesti betul; tetapi itu bermakna individu tersebut mestilah percaya maklumat yang beliau berikat itu benar.

Talian Integriti Pelaporan berasaskan web rahsia tersedia 24 jam sehari, tujuh hari seminggu. Amerika Syarikat dan Negara Bukan Kesatuan Eropah

www.integrity-helpline.com/parker.jsp Negara Kesatuan Eropah

www.financial-integrity.com/parker.jsp

© 2013 Parker Hannifin Corporation

GC-2013-MY

April 2013