topik 8 pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (ppbk)

38 downloads 254 Views 405KB Size Report
Mengenal pasti kebaikan menggunakan perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam pengajaran dan pembelajaran; dan. 6.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

TOPIK 8

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

PENGENALAN Penggunaan kaedah Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) telah menjadi perkara penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan kaedah (PPBK) ini, secara berfikrah dan terancang akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan, aktif dan bermutu. Di Malaysia, berbagai perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) telah dibekalkan ke sekolah-sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan. Namun menurut hasil laporan pemantauan Sekolah Bestari oleh bahagian sekolah pada tahun 2001, serta laporan-laporan lain mengenai kaedah penggunaan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam pengajaran oleh guru masih berada, pada tahap yang kurang memuaskan. Oleh yang demikian, melalui topik ini diharap anda sebagai para pendidik dapat menguasai segala maklumat yang diberikan ini, serta mengadaptasikannya dalam proses pembelajaran dan pengajaran anda kelak nanti.

OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Mendefinisi dan menerangkan perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK); 2. Menjelaskan sejarah perkembangan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK); 3. Menyatakan dan mencirikan fasa dalam membangunkan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK); 4. Menghuraikan kandungan keseluruhan pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK); 5. Mengenal pasti kebaikan menggunakan perisian pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dalam pengajaran dan pembelajaran; dan 6. Mengenal pasti enam jenis pengajaran pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) di dalam dua jenis kategori.

166

OUM

TOPIK 8

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

PETA MINDA 8.1 Pengenalan

Pengajaran Pembelajaran  Berbantukan Komputer (PPBK)

8.2 Jenis-jenis PPBK

8.3 Jenis-jenis PPBK 

8.1

PENGENALAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ialah pengajaran atau kursus, yang disampaikan menggunakan pakej perisian pendidikan yang dibina oleh pembangun perisian dengan menggunakan komputer. Pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) ialah satu sistem yang melibatkan interaksi di antara perisian komputer dengan pelajar dan guru. Ia juga dikenali sebagai : • Computer Assisted Instuction (CAI) di Amerika. • Computer Aided Learning (CAL) di United Kingdom. Perisian ini mengandungi bahan pengajaran dan pembelajaran yang lengkap iaitu nota, soalan dan ulangkaji. Keupayaan alat pengarangan dan komputer menintegrasikan unsur-unsur video, bunyi, teks dan grafik untuk membentuk perisian ini dan ia membawa makna besar dalam bidang pendidikan. Pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) boleh ditafsirkan, sebagai penggunaan alat pengarangan yang mengabungkan media video, bunyi, teks, animasi dan grafik bagi tujuan menyampaikan maklumat dengan cara bermutu dan berkesan.

Rajah 8.1 : Kepelbagaian interaksi komputer dengan pendidikan

OUM

167

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

Kaedah (PPBK) berfungsi sebagai bahan bantu mengajar, bukan merupakan penganti guru didalam kelas. Oleh itu, guru masih dan amat berperananan untuk membentuk, merangsang pengajaran dan pembelajaran, para pelajarnya. Oleh sebab itu, dalam keghairahan menggunakan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) guru perlu mengambil kira dan mengetahui aspek-aspek yang berkaitan dengan kandungan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK). Bagi mencapai matlamat pengajaran yang berkesan dan bermutu, guru perlulah menggunakan perisian pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Rajah 8.2 menujukan ringkasan definasi perisian pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK).

Video

Audio

Animasi

Aplikasi Komputer

Digunakan secara berfikrah,terancang dan bersesuian dengan aktiviti pengajaran dan  pembelajaran.

Maklumat bermutu dan berkesan.

Teks

Grafik

Rajah 8.2 : Perisian Pembelajaran dan Pengajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

Dalam membangunkan perisian pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) beberapa perkara perlu ditentukan untuk mempastikan keberkesanan penggunaannya dalam proses pengajaran pembelajaran. Terdapat empat fasa penting yang perlu ada ketahui adalah seperti berikut : (a) Menyampaikan Maklumat (Presenting the Information) Bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar, proses penyampaian maklumat mestilah dirangka dengan teratur dan tersusun. Pembangun perisian juga perlu memastikan maklumat yang hendak disampaikan menepati kurikulum. Cara dan media yang digunakan untuk menyampaikan maklumat seharusnya bersesuaian dengan pengguna. Pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer PPBK yang dibina juga perlu mengarap teori pembelajaran, strategi pembelajaran, nilai murni dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif ke dalam persembahan maklumat. (b) Mesra Pengguna Menurut pakar dan para pengkaji mengenai (PPBK) iaitu: (i)

168

Beattie dan Pearson (1990) Menyatakan perisian yang mesra pengguna ialah perisian yang membolehkan pengguna mengawal perisian secara individu, tanpa bantuan daripada fasilitator.

OUM

TOPIK 8

(ii)

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Chua (2002) Ciri-ciri mesra pengguna termasuklah keterangan yang ditulis dalam bahasa yang mudah difahami oleh pengguna dan arahan-arahan yang jelas serta ringkas. Perisian mesra pengguna juga mempunyai kedudukan butang arahan yang tetap, teratur dan piawai bagi memudahkan pengguna.

(iii) Norhashim et al. (1996) Perisian mesra pengguna tidak akan menyusahkan pengguna dan membenarkan pengguna membentuk pembelajaran interaktif. Dengan itu, pembelajaran akan lebih menarik dan bermotivasi. Ciri-ciri mesra pengguna memberi ruang kepada pengguna berinteraksi dengan komputer tanpa gangguan teknikal, kekeliruan dan kesilapan arahan. Dengan ini, pelajar akan lebih bermotivasi untuk meneruskan pembelajaran. Sebagai contoh perisian Microsoft PowerPoint dikatakan mesra pengguna dan mampu menjana kreativiti secara visual disokong dengan penerangan pangajar.

Rajah 8.3 : Perisian Microsoft PowerPoint

Dalam membangunkan perisian ini, penyelidik telah cuba menggunakan ciri-ciri mesra pengguna seperti berikut: • Membentuk butang arahan yang teratur serta mudah difahami dan mudah dicapai; • Mereka bentuk skrin pertolongan, untuk membantu pengguna yang menghadapi masalah; • Memberi pedoman dan arahan yang jelas; • Bahasa serta arahan yang digunakan mudah difahami; • Ikon yang digunakan mudah difahami; dan • Tiada gangguan teknikal disepanjang pengguna menggunakan perisian ini dan mempunyai struktur ayat yang betul. (c) Latihan oleh pelajar Pembangun PPBK, seharusnya menyediakan kemudahan latihan, supaya pengguna dapat mengukur dan menguji kefahamannya. Terdapat dua tujuan latihan iaitu latihan untuk menguji kefahaman pelajar dan untuk membina kefahaman pelajar. Latihan boleh

OUM

169

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

menjadi alat pengukuhan yang baik kepada pengguna. Pembangun perisian perlu menyerapkan unsur-unsur motivasi dan kemahiran berfikir dalam soalan yang dibina. (d) Mengukur Pencapaian Pelajar Pencapaian pelajar menggunakan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) dapat di ukur, Bukan sahaja dilihat daripada keputusan latihan semata-mata tetapi, perlu dilihat dari aspek yang lebih luas. Pembangun perisian perlu melihat dari segi aspek lahiriah dan rohaniah ketika menilai pencapaian pelajar dalam pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK). Senaraikan media yang digunakan dalam perisian pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK).

8.1.1

Sejarah Pembelajaran dan Pengajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

Renung sejenak tentang ciri-ciri perisian pembelajaran dan pengajaran berbentukan komputer (PPBK) yang tidak membosankan pengguna.

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) memainkan peranan penting dalam persembahan maklumat, dengan membina ujian untuk membentuk pemahaman yang kukuh serta dapat merangsangkan dan memotivasi pengguna dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) telah mula diperkenalkan pada akhir tahun 50 an yang lalu. Di antara perisian awal yang dibina ialah simulasi penerbangan pesawat oleh pakar sains di Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat. Perisian ini digunakan untuk melatih Juru Terbang mengendalikan pesawat. Pada tahun 1959, IBM telah memperkenalkan penggunaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) di kalangan pelajar sekolah di New York. Kemudian, University of Illinois pada tahun 1960 telah memperkenalkan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) yang dinamakan projek PLATO (Programmed Logic for Automatic Teaching Operation) di kalangan pelajarnya dan universiti-universiti di Amerika Syarikat. Anda digalakkan untuk melihat laman web berikut http://www.platopeople.com/ untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang projek PLATO ini. Ini dapat membantu anda dengan lebih baik berhubung dengan projek pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) yang telah dilakukan oleh universiti ini.

170

OUM

TOPIK 8

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Terdapat beberapa projek pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) yang terkenal seperti WICAT, CONDUTT, NDPCAL, TICCIT dan lain-lain yang telah dijalankan. Projek ini telah membuktikan keupayaan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) memainkan peranan yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Terciptanya komputer mikro, yang berkuasa tinggi dan dibantu perisian alat pengarangan mesra pengguna, pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) boleh dibina dan diapliksaikan di bilik darjah dengan mudah. Pada tahun 1993, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membekalkan 21 set komputer ke setiap sekolah bersama perisian. Ia bertujuan untuk, memulakan program pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK). Bahagian Teknologi Pendidikan telah memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan dan pengedaran bahan-bahan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) di sekolahsekolah di Malaysia. Kewujudan sekolah bestari pada tahun 1998, bersama penggunaaan e-pembelajaran bagi matapelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris telah merancakkan penghasilan bahan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK).

8.1.2

Kandungan Keseluruhan Pembelajaran dan Pengajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

Kandungan keseluruhan pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) boleh dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu konsep asas, konsep tambahan dan konsep maklumat. Ini dapat dilihat melalui Rajah 8.4 berikut:

Konsep Maklumat

Konsep Asas

Pembelajaran dan Pengajaran Berbantukan Komputer (PBKK)

Konsep Tambahan

Rajah 8.4 : Kandungan PPBK

OUM

171

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

(a) Komponen Asas Secara umumnya terdapat tiga komponen asas yang wajib terkandung dalam setiap perisian kursus iaitu: Jadual 8.1 : Tiga Komponen Asas Komponen Asas

Keterangan

(a) Set Induksi

Merupakan pendahuluan satu sesi. Biasanya ia mengandungi konsep tajuk yang akan dipelajari. Set induksi membentuk awal pengguna terhadap keseluruhan perisian. Oleh itu set induksi harus dapat menarik perhatian dan minat pengguna serta dapat merangsang fikiran pengguna.

(b) Perkembangan

Mengandungi isi kandungan tajuk yang hendak disampaikan beserta langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Pembangun perisian boleh menggunakan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi menyampaikan maklumat itu dengan berkesan

(c) Penilaian

Proses yang digunakan bagi mengukuhkan kefahaman pengguna tentang konsep dan kemahiran yang diajar. Penilaian merupakan pertunjuk kefahaman pelajar disamping mengenal pasti tahap penguasaan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

(b) Komponen Tambahan Komponen ini diperlukan bagi membentuk PPBK yang bersesuaian dengan keperluan pelbagai tahap dan gaya pembelajaran pengguna. Antara kandungan komponen ini ialah: Jadual 8.2 : Empat Kandungan Komponen Tambahan Kandungan Komponen

Keterangan

(a) Ulangkaji

Membolehkan pelajar mengulang kaji semula konsep atau kemahiran yang tidak dapat dikuasai oleh mereka dengan bantuan atau pendekatan yang sama ataupun berlainan.

(b) Pengayaan

Disediakan kepada pelajar yang dapat menguasai pelajaran, aktiviti pengayaan membolehkan pelajar belajar pada tahap dan aras yang lebih mencabar dan tinggi.

(c) Pemulihan

Disediakan kepada pelajar yang gagal mencapai atau memahami pelajaran yang diajar, aktiviti dalam bentuk bantuan diberikan kepada pelajar supaya mereka dapat memahami dan munguasai pelajaran.

(d) Pengukuhan

Memberikan ganjaran dalam bentuk material atau kepuasan terhadap gerak balas positif yang dapat dilakukan oleh pengguna.

(c) Komponen Maklumat Kandungan perisian kursus PPBK perlulah bersesuaian dengan kurikulum dan sukatan pelajaran. Kandungan komponen ini ialah: • Mempunyai maklumat yang mencukupi dan menepati sukatan pelajaran dan ada berkaitan dengan tajuk. • Menggunakan bahasa penyampaian yang sesuai dan mudah difahami oleh pengguna. 172

OUM

TOPIK 8

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

• Tidak banyak melakukan kesilapan ejaan, tatabahasa dan nahu. • Mengandungi maklumat terkini dalam persembahannya. • Tajuk-tajuk dalam perisian menepati objektif sukatan pelajaran. • Rujukan atau pautan internet.

8.1.3

Kebaikan Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK)

Sekirinya anda berhadapan dengan perisian pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) yang mengeluarkan bunyi yang terlalu kuat dan diikuti dengan bunyi muzik yang terlalu bising, apakah langkah-langkah yang boleh anda lakukan ketika ini agar perisian ini masih boleh digunakan sebagai bahan pengajaran. Kebaikan (PPBK) melalui pandangan pakar pembelajaran, iaitu : (a) Thompson dan Jogensen (1989) Menyatakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) menyediakan situasi pembelajaran secara aktif serta dapat meningkatkan pengetahuan yang dialami, dibina, dimanipulasikan, diuji dan diteroka oleh pelajar secara langsung. Pembelajaran aktif berlaku dalam persekitaran multimedia bagi membolehkan pelajar membina pengetahuan dalam pelbagai orientasi yang sesuai dengan gaya dan keperluan kognitif mereka. (b) Jensen (1996) Menyatakan pencapaian pelajar yang menggunakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) lebih baik, daripada pelajar yang tidak menggunakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK). Beliau menggunakan perisian osmosis untuk membandingkan kelebihan menggunakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) berbanding dengan kaedah kovensional. Beliau mendapati pencapaian pelajar yang menggunakan perisian komputer osmosis lebih baik dari pelajar yang menggunakan kaedah konvensional. Program perisian osmosis ini memberi fokus, kepada dua komponen dalam pengangkutan sel iaitu difusi dan osmosis. Program ini mengambil masa 50 minit untuk mengikutinya dengan lengkap dan diuji ke atas dua kumpulan pelajar yang mengambil mata pelajaran Biologi di General College di Universiti Minnesota. Kumpulan petama iaitu Kumpulan Rawatan belajar menggunakan perisian osmosis, sementara kumpulan kedua ialah Kumpulan Kawalan menggunakan kaedah tradisi iaitu secara kuliah. Soalan-soalan pra ujian dan pasca ujian menjadi instrumen untuk menilai pemahaman pelajar terhadap konsep difusi dan osmosis. Kumpulan rawatan mempunyai perbezaan keputusan yang lebih baik berbanding kumpulan kawalan. Analisis statik ANOVA yang dilakukan, menunjukkan terdapat perubahan signifikan di antara kedua-dua kumpulan. Menurutnya, proses perubahan bermula dengan maklumat yang diperolehi daripada rangsangan yang diterima oleh pancaindera. Rangsangan ini diproses dan membentuk maklumat yang bererti. Contoh perisian yang digunakan adalah seperti Rajah 8.5.

OUM

173

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

Rajah 8.5 : Analisis statik ANOVA

Anda boleh mendapat maklumat lanjut melalui alamat berikut: http://genome.tugraz.at/Software/Genesis/Description.html

(c) Lockard et al. (1989) Hasil kajian mendapati teknik mengajar menggunakan perisian perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) berjaya mengekalkan tumpuan kanakkanak pada masa yang lama berbanding dengan kelas biasa. (d) Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) (2001) Penggunaan perisian ini secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran dan pengajaran akan menghasilkan perkara berikut: • Berkeupayaan meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap pelajaran; • Meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran; • Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar; serta • Membolehkan murid melaksanakan eksperimen yang terlalu sukar, mahal, mustahil dan bahaya untuk dibuat; • Membentuk pembelajaran koperatif serta memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimun serta masa interaksi dapat dijimatkan. Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) amat penting bagi memotivasikan murid dalam pembelajaran. Pelajar lebih bermotivasi untuk belajar dengan menggunakan medium yang baru dan high tech. Penggunaan dalam pengajaran komputer juga akan memberikan motivasi kepada pelajar untuk mendalami dunia teknologi 174

OUM

TOPIK 8

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

maklumat dan komunikasi. Penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia, yang dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan yang mencabar seperti perkembangan k-ekonomi dan k-masyarakat.

Rajah 8.6 : Penguasaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) juga akan menghasilkan pembelajaran yang akan, menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai aspek untuk membuat penerokaan. Hasil penerokaan yang terpandu dan terarah ini akan lebih memudahkan pelajar menguasai pelajaran dan pelajar akan merasakan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Sebagai contoh dapat dilihat dalam Rajah 8.7, simulasi berhubung dengan pemanduan berhemah yang dilakukan di sekolah-sekolah memandu. Ada di antara eksperimen yang tidak dapat dilaksanakan kerana mempunyai risiko keselamatan yang tinggi dan terlalu mahal. Namun begitu dengan kecangihan aplikasi multimedia kaedah, simulasi dapat digunakan oleh perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dengan ini eksperimen maya dapat dilakukan. Rajah 8.7 : Kaedah Simulasi PPBK

Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) boleh, merangsang pengguna belajar berkongsi pengetahuan serta menjalinkan hubungan mesra dengan ahli pasukan dan guru. Dengan perisian berbentuk tutorial, pelajar akan dapat mengakses maklumat sendiri dan membentuk pembelajaran sendiri. Guru tidak terikat dengan penyampaian dan masa interaksi dapat dijimatkan, dengan ini guru mempunyai lebih banyak masa berinteraksi dengan pelajar yang lemah.

OUM

175

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

Penggunaan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran akan; • Berkeupayaan meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar tehadap pelajaran; • Meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran dan menggunakan TMK; • Mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar; • Membolehkan murid melaksanakan eksperimen yang terlalu sukar, mahal, mustahil dan bahaya untuk digunakan; • Membentuk pembelajaran kooperatif; dan • Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimun dan masa interaksi dapat dijimatkan. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) amat penting bagi memotivasikan murid dalam pembelajaran. Teknik pengajaran yang menggunakan medium yang berlainan dan dianggap high tech, akan memberikan semangat serta perangsang meneruskan pembelajaran. Sebagai contoh perisian-perisian 3D seperti 3D Studio Max, Light Wave, Softimage dan sebagainya mampu menjana pemikiran pelajar dalam melihat Sesuatu perkara dalam bentuk tiga dimensi. Ini dapat dilihat dalam Rajah 8.8 sepertimana yang digunakan dalam bahan pembelajaran elektronik oleh Open University Malaysia.

Rajah 8.8 : Penggunaan kaedah 3D dalam pengajaran

Penggunaan komputer akan memberikan motivasi kepada pelajar untuk mendalami dunia teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). Penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) akan dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai perubahan yang mencabar seperti perkembangan k-ekonomi, kmasyarakat yang sentiasa menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK). 176

OUM

TOPIK 8

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) juga, menghasilkan pembelajaran yang dapat menggalakkan pelajar menggunakan pelbagai aspek serta medium untuk membuat penerokaan. Hasil penerokaan yang terpandu dan terarah ini, akan lebih memudahkan pelajar menguasai pelajaran dan pelajar akan merasakan pembelajaran yang menyeronokkan. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) boleh merangsang pelajar belajar, berkongsi pengetahuan dan menjalinkan hubungan mesra dengan ahli pasukan serta guru. Melalui perisian yang berbentuk tutorial, pelajar akan dapat mengakses maklumat sendiri dan membentuk pembelajaran sendiri. Pelajar yang lemah pula akan lebih mudah berinteraksi bersama rakan-rakan. Guru juga akan mempunyai lebih masa berinteraksi dengan pelajar yang lemah disebabkan guru tidak terikat untuk membuat penyampaian serta masa interaksi dijimatkan. Sebagai contoh Open Universiti Malaysia telah mewujudkan satu landasan antara pelajar dengan pensyarah yang dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pengajaran atau Learning Management System yang dikenali sebagai MyLMS. Landasan ini merupakan forum untuk para pelajar berkomunikasi dengan pengajar serta rakan-rakan yang berkursus sama dengan mereka agar dapat bertukartukar idea dan pengetahuan mereka. Pengajar akan dapat mengawal perkembangan para pelajarnya dan dapat mengenalpasti antara pelajar yang baik dengan pelajar yang lemah. Ini dapat dilihat dalam Rajah 8.9 di bawah:

Rajah 8.9 : Forum MyLMS OUM

OUM

177

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

(e) Kebihan (PPBK) menurut pakar iaitu; Jadual 8.3 : Kelebihan (PPBK) Menurut Pakar Pakar Hinich (1993)

Keterangannya Menyatakan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) berkemampuan mempersembahkan maklumat dengan menarik serta menyimpan dan mengawal maklumat dengan baik. Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) juga didapati berupaya berinteraksi secara terus dengan pengguna. Kelebihan ini akan membolehkan guru mempunyai masa yang lebih untuk memberikan pemulihan kepada pelajar-pelajar tertentu serta menanamkan minat pengguna untuk pelajar. Sebagai contoh perisian Adobe Photoshop mampu menjana kreativiti pengajar dan pengguna.

Rajah 8.10 : Perisian Adobe Photoshop

Shaifol (2004) Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) membolehkan pelajar memilih serta menggunakan cara yang diminati untuk meneroka dan menjelajah pembelajaran. pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) adalah pembelajaran aktif, berlaku dalam persekitaran multimedia bagi membolehkan pelajar membina pengetahuan dalam berbagai orientasi yang sesuai dengan gaya dan keperluan kognatif mereka. Di dalam situasi pembelajaran aktif, pengetahuan adalah secara langsung dialami dan dibina, dimanupulasikan, diuji dan diteroka oleh pelajar (Thompson dan Jogensen 1989). Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) dilihat dapat menyelesaikan masalah kepelbagaian pelajar. Allen (1985)

Hasil kajiannya, mendapati pembelajaran berbantukan komputer memberi sumbangan yang besar untuk meningkatkan daya kreativiti pelajar dalam bidang Matematik. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) akan merangsangkan minda pelajar dengan pelbagai aktiviti untuk melahirkan pelajar yang kreatif.

Diana (1992)

Mendapati pembelajaran menggunakan perisian komputer dengan menggunakan kaedah simulasi dan pelbagai kaedah lain akan meningkatkan tahap pemahaman teori dan analisis.

Fisher (1994)

Menyatakan multimedia membawa dimensi baru dalam pembelajaran yang dinamakan "pembelajaran terbuka". Kelebihan (PPBK) yang terdiri daripada gabungan media seperti teks, gambar, animasi, video dan muzik sangat bersesuaian sebagai bahan bantu mengajar. Pengajaran dan pembelajaran

178

OUM

TOPIK 8

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

berbantukan komputer (PPBK) bersifat interaktif di mana pengguna tidak menerima maklumat secara pasif seperti membaca buku tetapi boleh mengumpul maklumat mengikut keperluan dan kemampuan sendiri. Watson (1993) Mendapati terdapat impak positif ke arah meningkatkan kefahaman pelajar apabila teknologi perisian dalam pengajaran diaplikasikan. See (1997) yang menyatakan perisian dapat menjadi pemangkin serta penjana pendidikan dan pembelajaran di sekolah.

Nyatakan kebaikan menggunakan perisian pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) di dalam kelas

Latihan 8.1 Definisikan perisian pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK)

8.2

JENIS-JENIS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Adakah jenis-jenis pengajaran melalui kaedah (PPBK) sama dengan kaedah pengajaran konvensional yang biasa anda amalkan, dan cuba anda membuat perbezaan diantaranya.

8.2.1

Tutorial

(a) Alessi dan Trollip (1991) Menurut mereka tutorial dibina untuk mempersembahkan bahan pengajaran baru dan mempunyai langkah-langkah penerangan yang tersusun. (b) Salleh (1997) Salleh pula menganggap bahawa tutorial mampu merangsangkan pembelajaran mengikut kemampuan sendiri serta mendokong strategi pembelajaran anjal. (c) Menurut Merrill et al (1996) Kaedah tutorial yang digunakan dalam perisian boleh menggantikan peranan guru sebagai tutor. (d) Shaifol (2004) Beliau merasakan bahawa tutorial sesuai digunakan untuk menjelaskan sesuatu konsep dan diikuti dengan soalan latihan yang bertujuan untuk menguji pelajar tentang konsep yang dipelajari.

OUM

179

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

(e) Hasselbring dan Goin (1993) Mereka telah mencadangkan bahawa ciri-ciri tutorial yang baik seperti berikut: (f)

Jumlah maklumat yang hendak disampaikan pada satu masa hendaklah dihadkan; (i)

Pengguna boleh mengulangkaji maklumat baru;

(ii)

Memberi maklum balas; dan

(iii) Pelajaran terkawal. (g) Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) Mendefinisikan tutorial sebagai kaedah pembelajaran yang merangkumi pembelajaran yang dikawal urutan persembahan serta latihan. Tutorial digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan yang telah ditetapkan. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001), secara umumnya setiap perisian pendidikan (tutorial) mengandungi satu atau lebih komponen persembahan maklumat yang membimbing, menyediakan atau memberi latihan dan menilai pencapaian pengguna. Alat yang selalu digunakan dalam pembelajaran tutorial ialah komputer dan perisian pendidikan yang disimpan dalam cakera padat, cakera keras atau laman web. Berdasarkan himpunan pendapat dapatlah disimpulkan bahawa, tutorial sesuai dengan kumpulan sasaran yang mempunyai pengetahuan berbeza dan memerlukan strategi pembelajaran aktif dan anjal. Melalui pendekatan tutorial pengguna bebas mengawal situasi pembelajaran mereka mengikut kemampuan masing-masing. Selain daripada itu, kaedah pengajaran tutorial mendokong teori pembelajaran tingkah laku dengan membenarkan proses pengulangan dilakukan oleh pengguna, serta teori pembelajaran kognitif pula membenarkan pengguna meneroka perisian mengikut langkah demi langkah. Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) yang dibangunkan dengan kaedah tutorial, berperanan sebagai tutor untuk melaksanakan pengajaran. Perisian multimedia yang menggunakan kaedah ini juga, merangsang penglibatan aktif daripada pengguna. Dalam Rajah 8.11, menunjukkan model yang dibuat oleh Alessi dan Trolip (1991) sebagai model tutorial. Menurut Alessi dan Trolip (1991), perisian berbentuk tutorial membolehkan pelajar yang cerdas meneruskan pelajaran mereka tanpa merasa bosan, manakala pelajar yang lemah pula akan dibimbing untuk membentuk pemulihan.

Antara contoh perisian pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) boleh didapati melalui Laman Web berikut: www.geocites.com/shaifol6900.

180

OUM

TOPIK 8

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Pengenalan

Persembahan Maklumat

Soalan dan Rangsangan

Penutup

Maklumbalas

Penilaian Rangsangan

Rajah 8.11 : Struktur Pedagogi Tutorial (Alessi & Trolip 1991)

Berdasarkan Rajah 8.11, pendekatan tutorial akan dimulakan dengan skrin pengenalan yang akan menjelaskan tajuk, serta objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Bahagian persembahan maklumat pula, digunakan untuk memasukkan beberapa sub tajuk utama. Bagi memastikan maklumat yang hendak disampaikan berkesan dan menarik minat, elemen-elemen multimedia digunakan. Soalan-soalan latihan disediakan, selepas sahaja pengguna atau pelajar selesai belajar sesuatu tajuk. Rangsangan segera akan diberikan bagi setiap jawapan. Maklum balas diberikan dalam bentuk teks dan audio. Bagi memastikan pengguna dapat memahami sesuatu tajuk, pengguna diberi peluang untuk menjawab soalan sehingga betul. Pengguna dapat menilai sama ada apa yang dipelajari benar-benar dikuasai atau sebaliknya, dengan merujuk kepada laporan ujian yang disediakan.

8.2.2

Latih Tubi

Menurut Ismail (2002), latih tubi merupakan kaedah yang digunakan untuk membolehkan pelajar memahami dan menguasai konsep, prinsip atau prosedur yang lebih berkesan. Pelajar berperanan membuat latihan yang disediakan, menerima maklum balas daripada jawapan yang diberikan serta memilih aras mengikut kemampuan. Latih tubi sesuai digunakan sebagai ulangkaji selepas mempelajari sesuatu konsep atau sebagai latihan bagi pelajar yang lemah. Oleh itu, latih tubi yang baik perlu memenuhi kehendak objektif pembelajaran. Komputer berupaya memberi maklum balas serta merta terhadap setiap jawapan pelajar. Latih tubi berasaskan komputer menawarkan kelebihan dari segi :

OUM

181

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

Jadual 8.4 : Kelebihan Latih Tubi Kelebihan

Keterangannya

Interaktiviti

Perisian komputer dapat mempersembahkan pelbagi masalah yang memerlukan pelajar memberi jawapannya.

Maklum balas cepat

Perisian komputer dapat memaklumkan pelajar dengan segera sekiranya sesuatu jawapan itu betul atau salah dan dalam program yang direka bentuk dengan sempurna, komputer dapat memberitahu pelajar sebab kesilapan. Program pengulang item-item yang tertinggal secara automatik sehingga pelajar mahir.

Kesabaran tanpa had

Perisian komputer latih tubi boleh digunakan dalam jangka masa panjang tanpa perasaan jemu atau marah.

Pelbagai tahap kesukaran Perisian komputer dapat menyesuaikan tahap kesukaran. Tahap kesukaran ditetapkan oleh guru atau pelajar atau program tersebut boleh diubahsuai berdasarkan pencapaian pelajar. Motivasi

8.2.3

Komputer dengan program latih tubi lebih memberi motivasi kepada pelajar berbanding dengan latihan yang sama menggunakan kertas dan pensil.

Permainan

Sifat manusia yang minat pada hiburan dan cabaran, dimanupulasikan dalam pembinaan perisian berasaskan permainan. Pelajar-pelajar lebih gemar menghabiskan masanya dengan bermain. Sifat ini merangsang pembinaan perisian permainan, yang membolehkan pengguna belajar dan bermain serentak. Aktiviti permainan menggunakan pendekatan bermain sambil belajar atau berhibur sambil belajar. Multimedia berupaya menyediakan kesan khas yang menarik bersama kesan bunyi serta simulasi video dan aksi yang pantas. Multimedia berupaya membuat gerakan dalam bentuk Tiga Dimensi (3D), yang benar-benar membuatkan simulasi yang dilakukan berada dalam keadaan realistik. Keupayaan ini menyebabkan multimedia berupaya menjadi bahan pendidikan dan hiburan yang menyeronokan.

Rajah 8.12 : Antara perisian permainan komputer di pasaran 182

OUM

TOPIK 8

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Aktiviti permainan ini boleh meningkatkan dan menanam minat pelajar untuk belajar. Aktiviti ini dapat memotivasi pelajar dan merangsang pelajar mengumpul markah yang paling tinggi. Untuk membina aktiviti permainan, pembangun perisian perlu menetapkan had permainan, keputusan arah permainan serta pemantau permainan. Perisian komputer akan menjadi hakim kepada permainan, serta menyimpan maklumat keputusan permainan. Dalam keadaan tertentu, perisian komputer juga menjadi persaing kepada pengguna. Memandangkan naluri manusia yang gemarkan hiburan terutamanya kanak-kanak Konsep permainan dalam pembelajaran digabung untuk menghasilkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan. Gabungan antara pendekatan pendidikan dan hiburan menjadikan proses pendidikan sesuatu yang sentiasa ditunggu oleh pelajar.

Latihan 8.2 Cirikan Perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) yang dibangunkan dengan kaedah tutorial.

8.3 8.3.1

JENIS-JENIS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK) Simulasi

Simulasi dapat membina ilusi bahan rasa yang realistik melalui teknologi komputer yang mengabungkan audio, visual dan interaksi. Pembangun perisian biasanya menggunakan media video atau animasi untuk mempersembahkan eksperimen dalam bentuk simulasi. Penggunaan kaedah ini juga, dapat membenarkan pengguna memilih dan menjalani eksperimen tanpa kawalan oleh guru. Dengan ini, pelajar dapat bertindak dan berfikir dengan lebih kreatif. Simulasi membuatkan pengguna, merasa seolah-olah berada dalam keadaan sebenar. Simulasi boleh dibuat dalam bentuk dialog, menggunakan alatan atau merasai sendiri interaksi bersama perisian komputer. Model dan pendekatan yang realistik digunakan, untuk menerangkan konsep atau prosedur. Kaedah simulasi terbahagi kepada 2 kategori iaitu untuk mengajar atau melakukan sesuatu. Simulasi membolehkan pengguna melakukan eksperimen, walaupun eksperimen itu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa. Komponen komputer contohnya, cukup sensitif dan kos untuk mendapatkannya cukup tinggi. Memandangkan aspek ini, kaedah simulasi digunakan untuk menunjukkan kepada pengguna kaedah komponen-komponen komputer dihubungkan dengan betul bagi membolehkan komputer berfungsi. Selain dari itu, kaedah simulasi digunakan bagi melatih pekerja yang mempunyai risiko tinggi. Melatih juruterbang contohnya serta, Juru Dandang atau Pemandu Keratapi laju. Pembina perisian perlu merangka keadaan sebenar, serta keadaan yang berlaku sekiranya tersilap mengunakan arahan.

OUM

183

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

Pendekatan simulasi serasi dan menyokong pendekatan konstruktif iaitu teori pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyampaian masalah dan pengalaman pembelajaran autentik (PPK 2001). Kaedah simulasi bagi menggantikan aktiviti-aktiviti yang sukar dilakukan di makmal akan membantu pelajar yang sesuai dengan gaya pembelajaran konstruktif menguasai pembelajaran.

Rajah 8.13 : Simulasi juruterbang

8.3.2

Tunjuk Cara

Pernahkah anda melihat satu demonstari yang cuba dilakukan oleh jurujual tertentu yang berusaha untuk menarik perhatian para pendengar agar membeli produk keluaran mereka. Pernahkah anda cuba memikir dan membuat analisa berhubung dengan kepelbagaian penggunaan cara dan kaedah untuk menarik perhatian pendengar? Apakah iktibar yang boleh anda dapati daripada pemerhatian tersebut?

Tunjuk cara ialah kaedah yang digunakan untuk menunjukkan sesuatu kepada pelajar atau sekelompok pelajar. Tunjuk cara boleh menjimatkan masa pengajaran dan pembelajaran. Kaedah ini sesuai dilakukan apabila kekurangan alatan, ekseperimen ini bahaya. Kaedah tunjuk cara, bertujuan bagi menjelaskan konsep dan proses guru menggunakan perisian komputer sebagai alat untuk membuat tunjuk cara. Kaedah ini digunakan, bagi menujukkan cara kerja samaada dalam eksperimen yang terlalu mahal, mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan. Tunjuk cara merupakan kaedah pengajaran yang memberi peluang kepada pelajar melihat secara langsung sesuatu tugasan dilaksanakan. Contohnya guru menunjukkan bagaimana untuk memulakan perisian Authorware kepada semua pelajar menggunakan perisian multimedia dengan bantuan projektor Liquid Crystal Display (LCD). Pelajar dapat melihat sendiri urutan langkah yang perlu dilaksanakan.

8.3.3

Ujian

Ujian merupakan pendekatan yang digunakan untuk menilai semula kandungan yang telah diajar kepada pelajar.Ujian ialah penilaian yang dilakukan terhadap pelajar setelah menghabiskan pembelajaran. Ujian merupakan salah satu kayu pengukur bagi, keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru berperanan menilai dan menyesuaikan ujian dengan kebolehan pelajar serta menyemak kemajuan pelajar dari semasa ke semasa. Ujian dibentuk daripada himpunan soalan latihan yang membenarkan pelajar memasukan maklumat yang dipelajari ke dalam ingatan jangka panjang. Dalam pengajaran dan pembelajaran

184

OUM

TOPIK 8

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

berbantukan komputer (PPBK) ujian boleh dibina dengan menggunakan alat interaktif dan pemboleh ubah untuk merekod markah ujian. Walaupun terdapat kesamaan antara ujian dan latih tubi namun terdapat perbezaan yang ketara dari segi tujuan dan rangsangan. • Tujuan utama latih tubi ialah untuk membuat ulang kaji oleh itu soalan yang di beri boleh di ulang jawab oleh pelajar dan biasanya di bagi rangsangan dengan cepat serta markahnya tidak di rekod. • Tujuan ujian pula ialah untuk menilai keupayaan pelajar atau kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran oleh itu soalannya tidak dibenarkan di ulang jawab serta markahnya di rekod. Ini dapat dilihat melalui Rajah 8.14 di sebelah:

Rajah 8.14 : Contoh soalan ujian

Rajah 8.15 : Penggunaan pemboleh ubah bagi memaparkan markah pelajar menggunakan Notepad

Setelah anda, didedahkan kedua-dua jenis kategori (PPBK) cuba anda terangkan melalui pandangan anda sendiri mengenai kebaikannya, berbanding kaedah pembelajaran dan pengajaran secara konvensional.

Latihan 8.3 Berikan persamaan dan perbezaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) yang dibangunkan dengan kaedah simulasi dan tunjuk cara.

RUMUSAN Bab ini membincangkan secara keseluruhan aspek pengenalan sejarah serta pembinaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK). Bab ini juga membincangkan jenis-jenis perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) yang selalu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

OUM

185

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

TOPIK 8

GLOSARI CAI

– singkatan Computer Assisted Instuction

CAL

– singkatan Computer Aided Learning

PLATO – singkatan Programmed Logic for Automatic Teaching Operation ) LCD

– singkatan Liquid Crystal Display

UJIAN 1 1.

Terangkan perbezaan dan persamaan jenis pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) latihan dan ujian

2.

Terangkan ciri-ciri yang harus difikirkan dalam membangun perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK).

3.

Nyatakan dan cirikan kandungan keseluruhan yang ada dalam pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK).

4.

Nyatakan empat jenis pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK).

UJIAN 2 1.

Dalam membangunkan perisian pembelajaran dan pengajaran berbantukan komputer (PPBK) beberapa perkara perlu ditentukan untuk mempastikan keberkesanan penggunaannya dalam proses pengajaran pembelajaran Nyatakan empat fasa penting yang perlu ada dalam membangunkan perisian

2.

Takrifkan dan terangkan ciri-ciri mesra pengguna yang ada dalam perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK).

3.

Berikan persamaan dan perbezaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) yang dibangunkan dengan kaedah latih tubi dan permainan.

RUJUKAN Alessi, S.M. & Trollip, S.R. 1991. Computer base instructional: Methods and development. Ed. ke-2. New Jersey: Prentice Hall,Inc. Beattie, E.D. & Preson, N.R. 1990. Selecting micro computer courseware. Review of Education Research 49(3): 70-71. Chua Siwe Geok. 2002. Pembinaan PBBK perkakasan komputer bagi subjek pendidikan komputer. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Fisher, S. 1994. Multimedia authoring building and development document. England: A.P Profesional.

186

OUM

TOPIK 8

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBK)

Hasselbring, T.S. & Goin. 1993. Strategies for teaching learners with special needs. New York: Merill-Prentice Hall. Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D. & Smalindino, S.E. 1996. Instructional media and technologies for learning. Ed. ke-5. New Jersey: Prentice Hall. Ismail Zain. 2002. Aplikasi multimedia dalam pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Jensen, M.S. 1996. A computer unit on diffusion and osmosis with a conceptual change design. Journal Of Computer And Mathematic Science Teaching 12(2): 49-64. Lockard, J., Abrams, H. & Mary, M. 1997. The first decade of microcomputer in education: from computer literacy to curriculum integration. Proceeding The International Symposium of Education Computin, hlm 1-13. Merrill, P.F., Hammons, K., Vincent, B.R., Reynolds, P.L., Christensen, L. & Tolman, M.N. 1996. Computer's in education. Ed. ke-2. New York: Ally and Bacon Norhashim Abu Samah, Mazlan Youp & Rosalinda Alias. 1996. Pengajaran berbantukan komputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Falsafah pendidikan kebangsaan matlamat dan misi. Salleh Hassan. 1997. Kecermelangan penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. Kertas Kerja Seminar Bahagian Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur, 27 November. See Kin Hai. 1997. Kesan pembelajaran berbantukan komputer terhadap daya kreativiti pelajar dalam matematik. Jurnal Persatuan Kebangsaan Pengetua-Pengetua Sekolah Malaysia 2: 61-66. Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Pembangunan Dan Penilaian Perisian Multimedia Bagi Kursus Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Kursus Sekolah Bestari. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Teknologi maklumat untuk institusi perguruan. Kuala Lumpur: Federal Publication. Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Get Logik. (atas talian) www.geocites.com/shaifol6900

OUM

187