WELTANSCHAUUNG KEMANUSIAAN MENURUT.pdf - UMExpert

127 downloads 4420 Views 364KB Size Report
Kata Kunci : Weltanschauung, Manusia, Kemanusiaan dan Islam. Pendahuluan .... dalam Islam sebagai pedoman hidup manusia. Dalam buku Kaifa Nata'amal ...
WELTANSCHAUUNG KEMANUSIAAN MENURUT TOKOH-TOKOH PENDIDIKAN ISLAM Rahimi Md Saad Abdul Muhsien Sulaiman Jabatan Asas Pendidikan Dan Kemanusiaan Abstrak : Perbincangan artikel ini akan menumpukan isu-isu berkaitan dengan kemanusiaan dan respon langsung terhadap weltanschuung Islamik. Beberapa idea dan saranan dalam hal ini akan diambil dari tokoh-tokoh pemikir seumpama al-Qaradawi, Syed Muhammad Naquib al-Attas al-Attas dan al-Nadwiyy. Kata Kunci : Weltanschauung, Manusia, Kemanusiaan dan Islam Pendahuluan

Sikap kemanusiaan manusia secara sedar taupun tidak mencerminkan kedudukannya atau weltanschauung tertentu. Weltanschauung atau pandangan alam dunia hanaymerujuk kepaa perkara serius untuk dijadiakn bahan perbincangan sedangkan manusia adalah entiti yang maha hebat dalam turutan makhluk Allah yang dikatakan ahsan taqwim (Surah al-Insyirah 94:4) dan makhluk Tuhan paling mulia (Surah al-Isra’ 17:70, maryam 19:58). Di satu peringkat pandangan alam terhadap manusia ini akan berkait dengan unsur epistemologikal jika dikaitkan dengan akal. Di peringkat yang lainnya pula terhadap ia boleh bersifat aksiologikal jika berkaitan dengan nilai yang ada pada manusia. Isu metafizikal juga akan tercetus dari pandangan alam terhadap kepercayaan manusia dan semua ini terangkum dalam perbahasan al-ru’yat al-kawniyyah li alwujud dalam siri cetusan dan pandangan ilmiah al-Attas (Al-Attas, 2004). Wan Mohd Nor (1994) menerangkan bahawa weltanschauung menyentuh persoalanpersoalan mengenai tujuan hidup yang melibatkan keputusan yang universal dan umum. Pandangan ala mini merangkumi sikap pendidikan, politik, falsafah dan moral disamping wujud juga perkara-perkara selain daripadanya. Namun makalah ini hanya menumpukan welthanschauung kemanusiaan secara umum berlandaskan pola fikiran tokoh-tokoh pendidikan Islam seperti al-Attas, al-Qaradawi dan al-Nadwi.

Weltanschauung Qur’ani Tentang Kemanusiaan Dalam memahami isu pandangan alam terhadap manusia perlu wujud kefahaman Quranik dalam memerihalkannya secara lebih lanjut supaya tidak berlaku kehilangan arah atau tersalah tujuan dalam membinang isu penting ini. Manusia menurut al-Quran yang disebut 65 kali dan jamknya sebanyak 258 kali (Wan Mohd Nor, 1994) ini adalah makhluk yang dikurniakan akal, roh, dan jasad. Ia adalah sebaik-baik kejadian berbanding dengan malaikat dan binatang. Malaikat hanyalah dikurniakan akal tetapi tidak dikurniakan nafsu sedangkan binatang hanya dikurniakan nafsu tanpa akal (al-Khalidi, 1997 & Muhammad Qutb, 1988). Sungguhpun

begitu kedudukan manusia akan menjadi lebih rendah daripada binatang jika mereka gagal menggunakan akal dengan baik sebaliknya menjadi hamba kepada nafsu. Wan Zailan Kamaruddin (1998) menyatakan dalam al-Qur’an semua manusia adalah berasal (ex-nihilo) dari keturunan Nabi Adam dan Adam pula dijadikan daripada tanah (Surah al-An’am 6:2, al-A’raf 7:12, al-Hijr 15:26, al-Rahman 55:14, Sad 38:75, al-Sajdah 32:9 dan al-Ahzab 33). “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal daging dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang. Kemudian tulang-tulang itu kami balut dengan daging. Sesudah itu, Kami jadikan ia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah Pencipta yang paling baik.”(al-Mukminun, 12-14) Ulama tafsir berpendapat proses pembentukan bayi dalam kandungan juga bermula dari saripati tanah atau disebut sebagai nutfah di dalam al-Quran (al-Zuhaili, 2004 & Zulkifli Yusof et.al, 2001). Pendapat ini ternyata benar kerana semua sumber makanan dan minuman adalah berpunca daripada tanah. Berdasarkan kenyataan ini, jelaslah menunjukkan bahawa konsep manusia menurut Islam adalah berbeza dengan pandangan yang pernah dikemukakan oleh para pengkaji antropologi (al-Zuhaili, 2004 & Zulkifli Yusof et.al, 2001). Berdasarkan ayat di atas al-Quran menjelaskan secara ilmiah proses kejadian manusia yang bermula dari proses percampuran benih kemudian berlaku proses biologi sehinggalah membentuk lembaga manusia. Semua proses fisiologi ini mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh Allah (sunnat al-Allah) yang diluar kemampuan manusia (Che Wan Jasimah, 2005). Pelbagai ilmu dan pengajaran yang ditunjukkan oleh al-Quran kepada manusia. Jika diteliti proses kejadian manusia, secara umumnya, al-Quran menjelaskan proses kejadian manusia itu mempunyai tahap yang berbeza. Kejadian makhluk pertama yang diciptakan Allah iaitu Nabi Adam a.s diciptakan berasaskan unsur tanah. Manakala penciptaan manusia selain daripada Nabi Adam terbentuk melalui proses biologi seperti yang dikaji melalui pembelajaran sains. Proses penciptaan manusia merupakan sesuatu perkara yang unik dan menakjubkan. Proses kejadian ini membuktikan kepada manusia bahawa kebesaran Allah merupakan Pencipta yang Maha Bijaksana, Tuhan sekalian alam. Menurut ulama tradisi, al-Syaibani merumuskan aspek insan kepada tiga elemen penting. Pertama, insan diciptakan dari segumpal darah “alAlaq” berasaskan kepada firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Dia menciptakan manusia dari segumpal darah”(al-Alaq : 2). Manusia dan Kemanusiaanya Perkataan insan apabila dilihat dari aspek disiplin pengajian mantik diistilahkan sebagai haiwan yang berkeupayaan berkata-kata dan mempunyai keupayaan daya berfikir “al-insan hayawan al-Natiq” (Md Zaini Uthman, 1998) . Gambaran ini dijelaskan oleh Allah s.w.t tentang umat yang ditimpa dengan azab dan kemuliaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada orang yang berjiwa tenang. Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam; dan pada hari itu ingatlah manusia akan tetapi tidak berguna lagi mengingatkan itu baginya. Dia mengatakan: “Alangkah baiknya kiranya aku dahulu

mengerjakan (amal saleh) untuk hidupku ini”. Maka pada hari itu tiada sesiapapun yang dapat mengikat sera membelenggu seperti ikatan dan belenggu-Nya. “Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!. “Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan), lagi diredhai (disisi Tuhanmu)!. “Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia. “Dan masuklah ke dalam Syurga-Ku!”(al-Fajr, 23-30). Pada akhir surah ini alQuran menjelaskan manusia diklasifikasikan kepada dua golongan iaitu ahli syurga dan ahli neraka. Mekanisme pembalasan ke atas manusia pada hari kiamat dinilai berdasarkan merit amalan dan perbuatan yang dilakukan semasa hidup di dunia. Secara fitrahnya manusia bersifat pelupa “nisyan”. Secara prinsipnya manusia yang bergelar insan mengikat janji dengan Allah untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba. Namun begitu, apabila lahir di dunia, manusia bersikap alpa terhadap misi dan visi dia diutuskan di muka bumi. Al-Qur’an menjelaskan impak yang bakal diterima oleh manusia yang tidak mengindahkan peringatanperingatan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Dan sesungguhnya Kami telah mengulangi bagi manusia dalam al-Quran ini pelbagai perumpamaan. Dan manusia adalah makhluk yang paling banyak bantah.” (al-Kahfi:54). Che Zarrina Saari (2001) menerangkan manusia yang bergelar insan juga mempunyai beberapa kelemahan dan kekurangan lain bersesuaian dengan fitrahnya. Manusia diselubungi dengan keluh-kesah (anxiety) apabila ditimpa kesusahan, dan tidak tahan apabila diuji dengan kesenangan dan menjadi bakhil bila mendapat kebaikan. Gambaran ini dijelaskan dalam firman Allah s.w.t yang bermaksud: “Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (kedekut). Apabila ia ditimpa kesusahan, ia sangat resah gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan , ia sangat bakhil dan kedekut.”(al-Ma`arij: 19,20 dan 21) Meskipun begitu, kecacatan dan kelemahan dapat diatasi sekiranya manusia itu dibajai dengan keimanan yang hakiki kepada Allah dan Rasul. Ajaran Islam yang ditaja oleh Allah bersifat penawar dan penyembuh bagi seluruh umat manusia. Manusia juga bersifat melupai nikmat Allah apabali berada dalam keadaan yang senang dan selesa dan mengingati Tuhan apabila ditimpa kesusahan. Sebagaimana firman Allah s.w.t yang bermaksud:“Dan apabila manusia itu disentuh dengan oleh sesuatu bahaya, ia segera berdoa kepada Tuhannya dengan rujuk kembali bertaubat kepada-Nya; kemudian apabila Allah memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripada-Nya, lupalah ia dari segala merbahaya yang menyebabkannya merayu kepada Allah sebelum itu, dan ia pula menjadikan menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan dirinya (dan orang lain) dari Jalan Allah. Katakanlah (kepadanya) : “Bersenang-senanglah engkau dengan kekufuranmu itu bagi sementara, sesungguhnya engkau dari penduduk Neraka.”(al-Zumar : 8) Keupayaan yang ada pada manusia berbeza membolehkan manusia dapat mengembangkan potensi keperibadian mereka secara konstruktif ke arah yang lebih produktif. Menurut Iqbal (selfhood, individuality) “is a real and pre-eminently significant entity which is the centre and basis of the entire organization of human life”. Daripada sekelumit contoh di atas ia adalah merupakan sebahagian daripada beberapa contoh berkenaan persepsi al-Quran terhadap konsep insan. Ringkasnya manusia merupakan makhluk ciptaan Allah yang terbaik. Manusia dilengkapi dengan dua unsur penting iaitu jiwa rohani dan jiwa jasmani bagi memenuhi keperluan tabi’inya. Oleh yang demikian, manusia

mempunyai daya potensi secara alternatif sama ada memilih ke arah kebaikan atau ke arah kemungkaran yang boleh membinasakan manusia. Islam telah memberi garis panduan yang jelas kepada manusia ke arah kesejahteraan kehidupan di dunia dan di akhirat. Manusia dianugerahkan akal dan daya pilihan melakukan sesuatu perkara berasaskan pedoman daripada wahyu yang dapat melahirkan insan yang seimbang dari aspek fizikal, spiritual dan intelektual.

Idea al-Attas Tentang Manusia Menurut al-Attas dalam kajiannya tentang konsep insan, beliau berpendapat “Man has two souls (nafsan) analogous to his dual nature: the higher, rational souls (al-nafs al-natiqah); and the lower, animal souls (al-nafs al-hayawaniah)”. Pendapat beliau ini dapat dirumuskan jiwa manusia itu diklasifikasikan kepada dua bahagian, pertama jiwa yang rasional bagi manusia yang menggunakan akal dan jiwa kebinatangan bagi manusia yang membelakangi peranan akal (Wan Mohd Nor, 2005). Berdasarkan sifat dan kecenderungan yang ada pada insan dapat dirumuskan manusia mempunyai potensi ke arah kebaikan dan kebatilan. Ini kerana, setiap jiwa insan yang hidup mempunyai nafsu yang boleh membentuk peribadi manusia sama ada bersifat kebaikan atau kejahatan. Bermula daripada teori Darwin dengan konsep evolusinya hinggalah teori Hegel dengan konsep kitaran hidup manusia, semuanya telah menyebabkan manusia hidup dalam terumbang-ambing di pentas dunia (Sunawari Long, 2006). Banyak pertembungan manusiawi telah berlaku dari zaman ke zaman tanpa jalan penyelesaian. Memang benar dengan akal dan rasional semata-mata manusia akan teraba-raba mencari penduan hidup yang menjamin kesejahteraan hidup di dunia apatah lagi kesejahteraan di akhirat. Oleh itu, manusia tidak boleh lari daripada panduan Ilahi dalam menilai atau memahami satu-satu konsep. Konsep paling penting bagi al-Attas dalam menjana kehidupan yang cemerlang adalah konsep manusia menurut jurus pandang Islam (Wan Mohd Nor, 1994). Konsep yang tepat ini hanya akan terhasil melalui panduan wahyu yang menjelaskan tentang hakikat manusia dan yang telah diturunkan oleh Tuhan yang telah menciptakan manusia. Dalam membuat kesimpulan tentang weltanschauung manusia menurut al-Attas, apa yang perlu difahami ialah kedudukan jiwa manusia yang perlu melaraskan akal rasionalnya dengan menghindari dari bersifat kehaiwanan. Dengan memahami konsep “kunci” ini, maka makhluk manusia tidak akan menafikan keperluan adab dan tahdhib dalam misi mengekalkan potensi fitrah itu (Al-Attas, 2004). Idea Kemanusiaan al-Qaradawi Menurut pandangan al-Qaradawi (1998) dalam al-Islam wa Hadarat al-Ghadd , konsep dan tasawur tentang manusia yang paling tepat sekali adalah yang berlandaskan penjelasan Pencipta manusia itu sendiri iaitu Allah Yang Maha Mencipta lagi Maha Mengetahui akan ciptaan-Nya. Sebagai Pencipta sudah pasti Allah mengetahui sifat, ciri, kekuatan dan kelemahan makhluk yang telah dijadikannya samada yang bersifat macro mahupun micro. Begitu juga dalam mengimplimentasi konsep ´rahmat´ yang terangkum dalam nama-Nya seperti al-Rahman dan alRahim, Allah tidak membiarkan manusia tercari-cari tentang kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya dalam mengharungi kehidupan di dunia (al-Qaradawi, 1998). Dengan berbagai-

bagai kelemahan yang ada pada diri manusia, ia memang tidak mampu untuk meneroka dan menghalusi kejadiannya sendiri. Tambahan pula untuk mengetahui keperluan-keperluan yang pasti mendatangkan kebaikan dan perkara-perkara yang mendatangkan keburukan bagi dirinya di dunia dan di akhirat. Justeru, dalam keadaan inilah terselit motif al-Nubuwwah dan al-Risalah dalam Islam sebagai pedoman hidup manusia. Dalam buku Kaifa Nata’amal Ma’a al-Sunnah yang diterjemahkan sebagai Bagaiman Berinteraksi Dengan al-Sunnah (ABIM, 1997) al-Qaradawi menegaskan secara tepat keperluan manusia dari polisi syariat. Katanya :”keperluan manusia di dunia dan di akhirat perlulah diteliti dari hal penghuraian yang telah dilakukan oleh Penciptanya melalui al-Kitab yang telah diturunkan dan melalui penjelasan al-Rasul dalam kapasiti al-Sunnah”. Al-Qaradawi dalam sya’n peribadinya yang tertonjol dengan manhaj Sunnahnya begitu sekali dilihat mempengaruhi idea kemanusiaannya. Istimewa manusia itu jika hidup bersyariat dan sebaliknya hilanglah erti kemanusiaan manusia tanpa kembali kepada perintah syara’ (alQaradawi, 1998). Justeru apa yang diperolehi daripada analisis ringkas ini, al-Qaradawi yang thabat dengan manhajnya, terus membawa slogan kembali kepada al-Sunnah dalam pola pemikiran kemanusiaannya yang boleh dikatakan al-Sunnah sebagai idea konseptual weltanschauungnya. Memasyarakatkan Manusia Islam : Teori Sosiologi al-Nadwi Unsur jasadi dan rohani yang ada pada manusia memainkan peranan penting dalam menentukan kedudukannya. Namun yang demikian pada hakikatnya, seluruh manusia dalam Islam disamakan kedudukannya (al-Nadwi, 1984). Dalam keadaan inilah al-Nadwi cuba membawa teori kesamaan dari sudut kemanusiaan Islamnya yang mana beliau begitu menafikan apa saja cubaan atau seruan kea rah berlaku asabiyyah yang dinyatakan dalam sumber Islamiah tentang ciri negatifnya : ”bukan dalam kalangan kami mereka yang menyeru kea rah asabiyyah : HR Abu Dawud.”, “Tinggallah cara semacam itu (asabiyyah) kerana perkara semacam itu telah lapuk : HR Abu Dawud”, dan “engkau cegah dia berlaku zalim (asabiyyah), maka engkau telah menolongnya : HR Bukhari dan Muslim”. Dalam perbincangan terhadap penolakan asabiyyah sebagai sartan al-Ummah dalam pemikiran al-Nadwi, terdapat istifadah dari hal ini yang boleh dilihat sebagai isu besar pemulihan pendidikan. Maksudnya, dalam bidang kependidikan, setiap aliran yang dibawa perlu mempunyai kesatuan nilai tanpa menafikan jasa di peringkat masing-masing. Idea sosiologi alNadwi ini perlu difahami secara konsisten dalam menyahkan faham asabiyyah dalam dunia pendidikan.

Kesimpulan